Monday, March 31, 2003

PHD

Tadi masa makan dengan Wan aku sempat bergosip tentang awek baru dia. Aku tahu dia tak boleh hidup tanpa wanita dan aku bagi tempoh sampai bulan 5 ni gerenti dia akan mengakhiri zaman "anak daranya". Yelah aku kesian gak dia duk sorang-sorang dan tak ada orang jaga. Dia tanya aku bila aku nak sambung buat PHD. Bila fikir-fikir elok gak aku buat sesuatu yang berfaedah selain asyik ingatkan N. Yelah hujung minggu aku asyik kuar nonton, tido dan bergosip dan ini sudah pasti menambahkan saham aku kat akhirat nanti.

Aku bagi target sebelum umur 35. Sementara aku masih bujang ni aku rasa aku nak capai cita-cita aku tu. Sebenarnya aku masih penat sebab tahun lepas baru jer konvo master . Tapi kalau aku tak start dari sekarang otak aku akan berlumut. Susah nak mulakan balik. Dulu masa buat master aku ambik Flexible Learning Programme. Belajo atas katil, tak pernah ke library pun. Aku memang suka belajo dengan hanya pakai kain pelekat, berangin sikit. Then duk atas katil makan tido dengan laptop.Aku download artikel ker buat pertanyaan rujukan semua melalui email dan forum. Sekarang belajar amat mudah, bahan buat thesis melambak just click dan tentukan pangkalan data atau database mana yang sesuai. Download ....

Tapi PHD lebih mencabar, sebab dia akan menguji teori yang kita nak hasilkan. Perlu perancangan masa dan sumber kewangan yang kukuh. Minimum 3 tahun, kalau aku buat full time. Aku perlu dalam 30 ribu untuk siapkan thesis dan bayar yuran pengajian kalau kat universiti tempatan. Kalau aku ambik skim pensyarah muda elok gak, tapi aku malas nak mengajar. Sebab aku ni jenis yang geram bila budak tak faham. Aku gerenti hangin, for sure bebudak tu dapat F jerr kang. Nanti menganiaya pulak. Lagi satu komitmen pada keluarga, sebab aku support 3 orang adik aku kat Universiti. Ayah bonda, kete dan pelbagai lagi perkara yang perlu aku fikirkan.

Kengkadang bila aku fikir-fikir balik berbaloi ker? Yang pasti untuk kepuasan diri. Teringat dulu masa kecik, kat sekolah rendah aku selalu dapat nombor corot. Biasalah sebab tak tahu lagi pentingnya study. Tapi bila Kak Long dapat masuk PPP, UITM dan kemudian ke US. Masing-masing bersemangat nak belajo. Sedara mara mula buka mata. Tapi bila aku masuk "U", baru aku tahu bukan kecerdikan yang membuatkan seseorang excellent masa di University. Tapi kegigihan dan usaha yang tak mengenal penat. Akhirnya aku dapat among top student dan dapat Dean List utk 4 sem . Aku pun tak sangka, tapi amat berbaloi sebab aku jadikan library rumah pertama aku. Bila subject tu killer paper aku buat soalan tahun-tahun lepas sampai habis, semua tahun aku buat dalam koleksi library tu. Pensyarah aku pun geleng kepala sebab aku nyusahkan dia nak menyemak jawapan aku.

Bila aku tengok pelajar Melayu sekarang ( kat universiti aku ni ) selalu kena appeal untuk masuk sem baru. Aku geleng kepala. Kalau ditinjau kat library yang selalu datang ialah puak yang satu tu. Yang Melayu asyik bercouple dan bergosip, hujung minggu gi Modesto, perangai cam hanjing tak boleh ditegur. Tak hormat orang tua atau staff. Tak ada daya saing yang tinggi, sebab mak bapak dia bayar semuanya. Ini cukup menyedihkan. Kalau mereka rajin sedikit sudah pasti mereka akan lebih cemerlang. Sebabnya bila mereka berusaha disamping beramal, doa mereka akan dimakbulkan. Ini kelebihan pelajar Melayu Islam, doa dan tawakkal selepas berusaha. Allah pasti mendengar doa hambanya. Puak yang satu lagi tu hanya harap usaha semata.

Tulah aku tengah berkira-kira. Kalau aku buat Phd kat university tempatan aku pilih UM, then UiTM. Kalau dapat tajaan aku nak ke UK - semestinya HULL University. Nak jugak aku overseas experience. Tapi kata orang biar kita angan-angankan dulu moga jadi kenyataan. Entah ler yang pasti subuh-subuh lagi aku kena keluar ke ofis mencarik "sesuap nasi' bukan untuk aku jer tapi juga untuk orang-orang yang memerlukan aku dalam hidup mereka buat masa ini - My Family!
Rambut

Bila aku tengok kat cermin, rambut aku semakin menipis. Ada unsur-unsur nak botak agaknya. Mungkin sebab aku dah tua dan semua orang yang masuk 30 an akan camni. Maklumlah banyak berfikir dan cermin mata semakin tebal. Tapi aku risau juga sebab rambut ini memberi kesan yang besar untuk penampilan. Aku pergi ke salon rambut di IOI mall Puchong untuk buat rawatan. Nah kau dia punya kos ialah RM 585 untuk 5 kali rawatan. Sekarang tinggal satu lagi rawatan yang kena aku buat.

Entah ler naper hair stylist tu rekomen gaya yang simple jer macam gunting kat kedai mamak yang boleh aku dapat RM 6 sekali gunting. Aku pun confius, memanglah aku tak pernah tukar fesyen rambut aku dari zaman aku tak boleh berlari lagi. Tak kenal gfren ker apa. Tiba-tiba aku terfikir pulak penampilan juga penting. First impression orang yang melihat. Terutama kerja aku melibatkan mak datin dan datuk. Jangan salah sangka sebab aku kena gi meeting dgn mereka, senat meeting ler pelbagai meeting lagi yang melibatkan top level management. So aku kena nampak senonoh di mata diorang. Baru dikatakan professional. Yelah persaingan sengit, aku tak nak ler orang kata aku nampak kuno jer. Aku terfikir pada mereka yang perlekehkan aku dulu. Aku sekarang ni memang banyak berubah. Bukan nak menunjuk tapi matang sesuai dengan usia.

Pasal rambut ni mungkin sebab dah hampir 10 tahun aku makan kat kedai. Sampai restoran tu bila nampak kelibat aku masuk jer dia dah tahu apa aku nak makan hari tu. Pandai betul makcik tu, kalau dia ada anak dara sah-sah aku dah pinang. Layanan memang first class punya. Tapi mungkin disebabkan dia bubuh banyak sangat Ajinomoto menyebabkan rambut aku menipis.

Lagi satu aku salahkan bos aku sebab dia selalu bagi tugasan last minit. Buat kepala aku pening sentiasa. Tido aku jadi tak tentu. Makan tak lalu, akhirnya protein untuk kesuburan rambut pun menurun. Mungkin sebab ni ... selalu gaduh dengan N ( heheheee).

Mungkin sebab aku dah berusia dan aku selesa jugak dengan perubahan-perubahan ni. Jadi aku akan sentiasa berjaga-jaga kerana aku telah sampai pada satu peringkat hidup dan punya tanggungjawab yang berat. Bila aku tanya kawan baru aku dia percaya pulat-bulat bila kau kata umur aku baru masuk 24 tahun. Memanglah badan aku maintain, perut tak boroi. Walaupun tak hansome tapi manis adalah ( puji diri sendiri ).

Syukur, aku masih ada rambut sebab orang di Iraq tak tahu bila masanya boleh tengok rambut mereka sebab hidup sentiasa dalam ketakutan. Masih hidup untuk menempuh hari esok juga amat berharga. Jadi jangan sia-siakan segala anugerah tuhan. Aku sayang rambut aku dan aku belek-belek lagi tiap kali aku ke toilet.
Realiti atau Fantasi

Semalam hari Ahad yang amat membosankan. Aku kuar dari tempat N awal pagi. Dia macam takde mood jer nak layan aku. So aku decide balik ke Cyber dan sambung tido. Sebelum tu aku gi sarapan kat Precint 8, beli newspaper. Sampai ke bilik aku tido. Masa aku kuar N macam reluctant nak bagi aku balik. Untuk menunjukkan dia tuan rumah yang baik. Dia kata kunci pagar hilang ler, balik ler karang nanti. Aku kata aku ngantuk dan nak sambung tido.

Banyak yang aku fikirkan. Dia masih tidak berubah walau hampir setahun aku kenal dia. Dia masih confius dengan diri dia. Dan ini membuatkan aku jadi orang yang hanya diperlukan bila dia sunyi. Bila orang lain takde. Dia tak menunjukkan perasaanya yang sebenar. Ini memberi tekanan yang hebat pada ku. Yelah I will imagine negative things sahaja. Atau mungkin dia tengah menunggu bintang hati yang lebih bersinar aku pun tak tahu. Aku bukan ahli nujum yang meramal apa akan terjadi esok.

Jalan yang paling selamat aku biarkan dia sorang-sorang dan kenangkan kembali, atau beri dia ruang waktu untuk berfikir. Itu adalah jalan yang terbaik. Aku takkan memaksa. Paksaan hanya akan menunjukkan aku desperate. Tak bukan begitu, aku ni seorang yang suka berterus terang itu sahaja.

Rindu Yang Ku pendam

Pendam rindu selagi
Ku mahu tahan gelora seru
Ke manapun jatuh
Di hati jantungku
Biar gunung menghembuskan lahar kuning
Daku inginkan kata putus

Dendam rindu
Menarik semua resah
Dalam hidup
Kekasihku..merundungku

Aku masih merasakan
Tak sampai di pantai
Penoh caya dalam
Perjuangan dalam hidupku

Ku sesali bila engkau
Berpaling dariku
Sewaktu godaan merobek hati
Kekasihku..mengapa
Hanya aku yang terkejar
Kata rindu semalam
Hanya dusta semata
Oh!Sakitnya bila merasakan
Penyiksaanmu
Yang kau cipta di depan mata








Saturday, March 29, 2003

Berjalan Di Atas Awan ( Part 2 )

" Minggu ni tak balik TK?" dia bersuara ketika aku tak sempat menyuap kerabu mangga yang ku pesan. Entah mengapa tiba -tiba dia mengajakku makan di Chakri Palace , KLCC. "Mungkin" Jawabku pendik. "Awak nak ke mana lak, ada plan?. " Tak tahu lagi jawabnya pantas. Aku tahu dia memang ada plan tapi tak mahu aku turut serta. Aku sudah maklum benar perangainya itu.

Aku seperti biasa makan sesedap rasa. Nasi , tomyam dan pelbagai lagi makanan Thai yang pedas itu amat meyelerakan. Kalau mertua lalu pun tak perasan. Kami berbual seperti biasa. Hari tu valentine day, so ramai yang dapat bunga ros. Oleh kerana kami tiba agak lewat jadi bunga untuk kami tak ada. Habis stok katanya. Dia merungut jugak. Aku gelak-gelak jer.

" Lepas ni nak kemana?" kataku. "Entah" jawabnya. Dan kami turun ke bawah melihat orang ramai di sekitar tasik di Taman Suria KLCC . Ketika itu orang agak ramai. Pemandangan amat indah dengan percikan air pancut yang berirama itu lebih menghidupkan suasana. Aku perasan dia tidak begitu gembira tapi aku diamkan sahaja.

Keesokan harinya aku pulang ke Kampong di TK. Dia ada menghubungiku ketika itu. Bunyi angsa memberikan makna tersendiri padanya. Dia gelak-gelak kerana dia tahu aku di kampong. "Pergi mana malam ni?" , dia jawab tak tahu lagi. Ahh berahsia sungguh. Dan akhirnya aku tahu dia keluar dengan kawan-kawan dia. Macamlah aku ni suka kongkong kebebasanya. Dia boleh keluar dengan siapa sahaja, aku tak kisah. Memang dia tidak pernah memperkenalkan aku dengan kawan-kawan dia. Cuma aku yang lebih terbuka. Dia kenal semua sahabat handai dan saudara- mara aku.

Aku tidak kisah tapi berterus terang adalah lebih baik bukan. Kalau setakat keluar minum apa salahnya. Sebab aku tahu kita juga ada kawan- kawan yang sekepala. Aku pelik kenapa dia macam tak selesa kalau aku ada? Apa yang nak dimalukan. Aku juga ada profession dan hidup yang ok. Mungkin sebab kawan-kawan dia lebih advance atau mungkin dia segan. Entahlah ... Persoalan ini terus bermain di kotak fikiran. Kadang kala otak aku berserabut namun ku serahkan pada tuhan agar segalanya berjalan seperti biasa. Mungkin suatu hari dia akan lebih bersikap terbuka.

Pohon -pohon hijau di laman menenangkan aku . Heliconia, puding dan orkid mewarnai laman. Begitu mengasyikkan terasa damai dan aku mengingati dia ... tapi dia?

Perasaan menjadi sedingin malam di perbukitan
Dingin mencengkam
Kemesraan pudar
Mereput bagai dedaunan kering ...

Friday, March 28, 2003

Meeting Oh Meeting!

Kerja aku asyik gi meeting dan meeting. Kadangkala aku rindu nak jumpa meja aku dan duduk-duduk baca email pelbagai. Semalam aku meeting seharian kat Melaka. Hari ni pulak dari subuh-subuh dah keluar ke UPSI di Tanjong Malim Perak. Meeting pukul 9.30 aku datang pukul 9.45. Aku sesat sebenarnya sebab bangunan UPSI ada banyak renovation jadi aku tak tahu sesangat tempat tu. Setiap hari ada 2 /3 meeting yang aku kena handle.

Bab meeting ni aku paling suka ialah tentang makanan dan souvaniar dia. Best kali ni aku siap dapat kuih Pau Tanjong Malim yang terkenal tu. Siap bawak bekal balik lagi. Ni lah aku suka bila meeting ni, kebanyakkannya senior or junior aku gak. Dan aku ni kira tak senior tak junior jugak. Jadi ramai orang kenal dalam bidang aku lah. Boss aku pulak bab meeting dia selalu bagi chance kat staff. Dia bagi exposure cukup-cukup kat kitaorang. Dan merata ceruk dunia dia hantar staff dia untung gakk.

Lepas meeting jumpa Mat Bess dan Najah. Najah berbadan dua anak kedua. Begitu juga dengan Mat Bess tengah tunggu kelahiran anak kedua jugak. Kami bertanya khabar dan update kerjaya masing-masing. Seronok dan aku sempat mintak maaf kat diorang kalau aku tak jumpa diorang. Yelah manalah tahukan. Then gi makan lepas sembahyang Jumaat dengan Mat Bess.


Keangkuhanmu

Layu.. tak bermaya
Di.. rundung duka
Tiada terbentangnya ruang.. untuk ku..
Terpaksa ku undur diri
Menyusur langkah
Punah segala impian indah
Tak terdaya ku menahannya

Ku menyangka kau menghargai
Setia pada janji
Sayangnya sikap mu kian berubah
Mendustai segalanya...

Aku bagai sandaran kala kau
Waktu kau senang
Mengapa menjauhkan diri

Tergamaknya hati mu melukai hati ku
Menjadi mangsa keangkuhan
Keangkuhan mu

Ku menyangka kau menghargai
Setia pada janji
Sayangnya sikap mu kian berubah
Mendustai segalanya...

Aku bagai sandaran
Kala kau kesusdahn
Waktu kau senang
Mengapa menjauhkan diri

Tergamaknya hati mu
Melukai hati ku
Menjadi mangsa keangkuhan
Keangkuhan mu

Sayang.. mengertilah
Tiada yang kekal
Hanyalah Tuhan yang abadi
Selamanya
Seharusnya kau kesali
Apa terjadi
Usah lukai kasih nan suci
Yang tak pastikan kembali
Usah lukai kasih nan suci
Yang tak pastikan kembali

(Lagu : Salman - Lirik : Huzz )

Armando & Marcella telah "terbang" bebas dan kebebasan itu mungkin yang amat dinantikannya. Kenangan ...






Wednesday, March 26, 2003

Geram Aku Geram ( student overseas yang melampau)

Tadi ada seorang student wanita Iran datang jumpa aku. Sebabnya dia tak bawak smart card ID nya bila masuk dept aku. Yelah semua orang kena bawak smart card tu dan kalau hilang kena bawak surat dari Security sebagai ganti. Dia ada international student card dan aku kata padanya. " I need you to bring the form signed by Security dept". Dia balas balik susah ler sebab I dah ada kad student international ni. Kebanyakkan student luar negara ni memang besar kepala dan tak makan saman. Yelah kita perlukan student card dia untuk access kemudahan university dan kalau ada apa-apa berlaku mudah untuk check nanti kalau sesuatu berlaku . Let say ada orang salah gunakan kad dia, masa peminjaman buku ke apa senag nak trace. Ni tak dia masih dengan sikap bebalnya.

Then dia meluru keluar dan pergi ke President Office. Kat President Office dia mengadu yang aku ni berkasar dengan dia. Wah, kalau dia maki staff aku tu tak apa. President Office pulak macam nak menangkan dia katanya, I perlu bersikat bertolak ansur dan menggunakan budi bicara. Ceh I believe this is the only university in this country yang student boleh terkam masuk bilik President University bila-bila masa. Macamlah orang tak pernah belajo kat University. I believe university lain student tak akan berani jumpa/email direct dengan Chancellor/Rector tapi benda ni common kat sini.

Entahlah kengkadang aku tak tahu lah buat apa kita buat Rules and Regulations berbagai kalau akhirnya kita tak boleh implementkan. Pening aku, kadangkala aku jadi mati kutu. Kalau berkasar sikit kena naik jumpa President Office. Pening lah ...Kalau lagi ramai student camni tak tahulah aku. Tapi kalau student marah staff nak mengadu kat mana yer? Sebab tak de siapa yang nak pertahankan, director ker apa semua sama. Kuli yang makan gaji. Masing - masing kena jaga periuk nasi memasing ler.

Inilah hakikat hidup, kadangkala nak jer aku mohon pinjaman or biasiswa buat Phd kat UK. 3 tahun merantau best gak. Tapi mengenangkan aku ada tanggungjawab lain aku terpaksa tangguhkan. Hidup kat sini tak akan berubah, sebagai University Swasta pertama negara, student seolah-olah berkuasa penuh. Fungsi university untuk mendidik "anak orang" memang tak jalan. Mungkin mak bapak mereka sendiri tak pernah tegur mereka.

Teringat aku pada kata - kata ini.

Kurang Ajar

Kurang Ajar
Sebuah perkataan yang paling ditakuti
Untuk bangsa kita yang pemalu
Sekarang kata ini kuajarkan pada anakku
Kau harus jadi manusia kurang ajar
Untuk tidak mewarisi malu ayahmu
Lihat petani-petani yang kurang ajar
Memiliki tanah dengan caranya
Sebelum mereka tak punya apa
Kerana ajaran malu dari bangsanya
Suatu bangsa tidak menjadi besar
Tanpa memiliki sifat kurang ajar!

... ( 1967).
Sekudup Mawar Ingatan ( In Remembrance of "Yo")

Email dari Syima untuk Arwah ...

Assalamualaikum,

This news about Yo's demise is really hard on me personally. Just last week
dapat call dari dia and we were planning to meet in Trengganu dalam waktu
terdekat ni. Tak sangka juga yg trip kali ni untuk ziarah keluarga dia je..

Aku tak sempat dengan jenazah dia sebab jalan on the way hujan lebat, so drive
slowly, jalan ke rumahnya pun dah byk berubah sebab dah ada highway, sampai pun
dah dekat pukul 6pm. Jenazah dikebumikan selepas Asar, dan ramai lagi saudara
mara dari KL yg tak sampai masa tu.

Pagi tu biasanya kakak dia akan keluar dulu untuk ke sekolah, so
Yo kena undur kereta dia dulu, selalunya dia terus ke office, tapi hari tu dia
masuk semula ke rumah dan betulkan tudungnya sambil senyum2 pada mak dia.
(Terbayang2 rasanya gaya dia tu) Mak dia tegur suruh pergi kerja nanti
terlambat, dia tak cakap apa2, senyum dan keluar rumah.
Tak lama kemudian, dalam 8 lebih dapat call dari office tanya sama ada Yo kerja
atau tidak, ayah dia jawab Yo dah keluar. Dalam 9 lebih dapat call dari polis
mengesahkan accident tu.

Kata kakak Yo, kereta dia dilanggar Mercedes dan teruk
remuknya.Family dia pun tak tau the real news, berpandukan pada cerita org2 yg
nampak accident tu aje. Dia tercampak keluar, dan ada hentakan di kepala, patah
di bahu dan tangan. Dalam hari yg sama juga ada 2-3 accident so maybe
detailsnya bercampur2. Kata org2 kat situ, kalau hujan memang selalu accident kat situ dan tak kurang
dari 3 buah kereta terlibat selalunya.

Dalam 2-3 hari sebelum meninggal, kata kakak dia, Yo asyik sebut2 pasal
Khalili, dan masa dia call aku pun ada sebut kalau dia mati ada tak org akan
tengok dia.

All that is left are memories of her,yg mampu kita buat adalah hadiahkan Al-
Fatihah.

Pesan emak & kakaknya janganle terputus hubungan walaupun dia tak ada, sesiapa
yg ke KT tu pergi le ziarah diorang.

Sekian, Wassalam

Syima

Tuesday, March 25, 2003

Berjalan Di Atas Awan ( Part 1 )

Katanya " I may not be a loving, passionate & caring person. Those feelings have far gone missing ever since the day I had buried them. But ironically, I can't get u out of my mind & sometimes I do miss u so much, even though I express it in a weird manner ( cara keji). Anyway, thank you very much for being there for me always & your tolerance towards my keji attitude ( cute cute / catuan / matikan diri /dingin / etc.)
p/s Not yet a multi-millionaire, only this small gift I can afford. Hope you'll like it. "Beruang Pun Nak Belajar"

Teddy bear itu terlalu comel bersama kad merah yang siap disisip. Kata -katanya membuatkan aku sebak dan aku membacanya berulang kali. Aku rasa akulah orang yang paling bertuah dan di sayangi ketika itu. Namun kadangkala hatiku sakit juga bila seolah-olah dia hidup dalam kenangan silamnya. Kenangan waktu bersama si dia terlalu utuh hingga tidak mampu mengganggu gugat hidupnya. Bila bertemu perasaannya seperti hilang entah kemana. Menerawang jauh walau jasadnya ada di depan mata.

Benci tapi rindu adalah istilah yang paling tepat . Kami memang merindui satu sama lain. Namun bila bertemu mulut seolah terkunci rapat.

" Antara kita tak siapa pun yang perlu menyusun gurindam atau memetik kecapi,
Siulan angin yang nipis mengimbau pada langsir biru telah menguncikan bibir kita dari segala kata"


Jadi aku katakan padanya. "Awak patut belajar menyintai saya jika tidak, kita akan selalu bergaduh. Sebabnya saya tidak ingin disakiti atau di jadikan last choice. Bila ketiadaan orang lain baru nak berjumpa atau teringatkan I".

Dia DIAM . Seperti mendengar, tapi diamnya benar-benar membunuh ! Aku nekad kalau benar dia menyintai aku . Sudah pasti dia akan mencari aku juga walau kehujung dunia.
Saya Belajar Dari Anda Tentang Hidup!

Dalam kehidupan setiap apa yang kita lakukan adalah atas pilihan kita. Yang lain mungkin telah tersurat. Kita perlu bertanggungjawab dengan setiap pilihan di dalam menjalani kehidupan. Pernah saya terfikir untuk berkahwin dan mempunyai zuriat sendiri. Tapi itu cerita tahun 2000 bila semuanya berakhir setelah 8 tahun yang entah apa-apa. Saya tidak ingat jika kami memang pernah bercinta atau hanya desakan sekeliling. Atau tuntutan alam kampus, bila masing - masing berikrar tidak mahu keseorangan di saat bahagia hari konvokesyen.

Saya masih teringat yang dia menelefon saya malam 30 October 2000. Bila saya ajukan pertanyaan, dia mengatakan dia telah mempunyai somebody. Then saya kata kalau itu pilihan awak saya tak akan menghalang. Saya bukan jenis yang pandai memujuk. Jika saya bukan pilihannya saya rela. Atau memang kami tidak punya jodoh. Sekali lagi saya percaya mungkin itu adalah takdir saya.

Sebulan sebelum dia diijabkabulkan, saya menerima panggilan darinya. Jemputan menghadiri hari bahagianya. Dan dia mengatakan " Sebenarnya pada malam itu dia menduga, kalau benar saya menyayanginya saya perlu berusaha merebut dia dari teman lelakinya itu". Saya terkejut, tidak sebenarnya saya marah. Kenapa dia bertindak sebegitu. Atau saya dijadikan pilihan terakhir. 8 tahun yang sia-sia. Di hari bahagianya saya ke Kuantan. Saya tidak mampu menghadiri hari bahagianya. Takut nanti terjadi perkara yang tidak diingini. Saya tetap mendoakan kebahagiaanya dari jauh. Telah tiga tahun berlalu, dan saya mendapat khabar berita yang dia memang tidak mungkin dapat menghasilkan zuriat disebabkan masalah kesihatannya.

Saya tetap percaya setiap apa yang berlaku ada hikmah yang tersembunyi. Walau di mana sahaja dia berada, saya berharap dia bahagia dan saya banyak belajar dari dia tentang hidup. Saya juga ingin katakan padanya saya tidak berdendam, saya juga amat bahagia dengan pilihan kehidupan saya sekarang!

Pintaku Yang Terakhir

Inginku pandang wajahmu
Disetiap ketika
Tiada jemu biarpun terluka
Ingin dibelai selalu
Bagaikan waktu dulu
Rasa bahagia
Dalam dakapanmu

Ku rindu
Wajah dan senyumanmu
Memberikan cahaya
Di dalam setiap mimpi-mimpiku
Kau pergi membawa hati ini
Tinggalkan ku sendiri dalam sepi

Lafazkan cinta dari bibirmu
Inginku dengar sekali lagi
Lafazkan dari hati tulus dan suci
Serahkan cinta abadi
Oh bisikan rindu nan syahdu
Pintaku yang terakhir darimu
Pintaku hanya satu usah kau berlalu …

Lagu/lirik : Affendy

Lagu ini mungkin begitu bermakna jika ianya dihasilkan pada tahun 2000. Tapi ia tetap sedap di dengar dan saya terkenang kisah lama.

Hidup adalah perjuangan. Saya mengkagumi tentera Iraq yang tidak gentar berjuang melawan tentera bersekutu. Secanggih mana pun senjata yang dihasilkan tidak mampu melunturkan semangat pejuang Iraq. Dengan hanya menggunakan senjata konvensional seorang petani mampu menembak jatuh jet pejuang AS. Semangat inilah yang perlu ada dalam diri kita. Kemahuan boleh membuka segala pintu yang tertutup sekian lama!
Sekeras Kerikil

Sabtu malam Ahad 22 March, slot cerekarama menayangkan kisah meyayat hati ini . Sudah pasti buah tangan Rashid Sibir mampu menjelmakan keajaiban melalui sentuhan arahannya. Drama berat ini begitu dekat dengan masyarakat kita namun jarang diungkapkan dalam medium drama. Seperti biasa Fauziah Nawi tidak perlu menangis macam hilang anak untuk menampakkan kesedihan. Tutur bicaranya sahaja sudah mampu mengambarkan situasi dan penderitaan hidupnya. Rosyam semakin maju dan begitu bersahaja menuturkan dialognya. Ada pengkritik mengatakan ( dalam suratkhabar) sampai bila kita perlukan cerita kisah air mata. Satu pertanyaan, mereka inikah antara 3 / 4 juta penonton setia drama Melayu? Atau hanya pandai mengkritik tapi bukan penonton setia.

Slot Cerekarama biasanya di nanti oleh penonton di luar bandar, seperti juga saya dan keluarga. Yelah kami tidak keluar clubbing ( hehehe) pada malam minggu. TV adalah medium hiburan yang ada. Berbalik pada kisah menarik ini, terdetik pula bagaimana nanti bila usia tua dan keseorangan. Plan untuk tinggal di rumah orang tua berbayar muncul tiba-tiba. Entahlah dari hidup meyusahkan orang lain baik buat persediaan dari sekarang. Mana tahu nanti masih sendirian.

Isu perkahwinan tiba-tiba terpancul sudah pasti bonda amat risau tentang hal ini. Yelah sakit pening, makan minum takde yang jaga. But for me benda tu amat mudah diselesaikan cari pembantu rumah ler. Terfikir pula bahawa dunia sekarang sudah tidak aman untuk mengembang biakkan zuriat. Terlalu banyak kecelaruan, sudah tidak suci untuk anak kecil bergerak bebas.

Tapi entahlah yang pasti jodoh ditangan tuhan. Mungkin pasangan untuk saya telah "meninggal" dunia sebelum sempat dilahirkan. Mana tahu ... berita kematian rakan dari Trengganu masih menghantui fikiran. Siapa selepas ini ...

Monday, March 24, 2003

Belangsungkawa
Buat Sahabatku Allahyarhamah Rosmawati bt Ramli ( UiTM batch 92-96 )

Pagi Isnin yang tenang, setelah berhempas pulas memberi tunjuk ajar untuk class MBA intake March. Aku bergegas ke meja untuk membaca email dan berita itu cukup menggemparkan. Tak tergambar di ruang ingatan ku bahawa gadis dari Trengganu yang lincah dan periang itu telah kembali ke rahmatullah. Al- Fatihah ...

Ketika aku memejam mata dan membaca Al-Fatihah apa yang terbayang di ruang ingatan ialah sederetan kelopak teratai putih yang mekar. Aku bertambah sedih, hiba yang teramat. Aku jadi tak bermaya seketika. Masih terbayang di ruang ingatan senyumannya ketika kami berjumpa. Kebetulan arwah ada membuat lawatan kerja ke tempat aku bertugas. Kami mengambil foto berdua, dan dia ada mengatakan kita amat secocok. Dan dia malu-malu apabila kawan-kawan di tempatnya mengatakan perkara itu. Kami berjumpa lagi pada meeting-meeting yang selanjutnya.

Dia ada mengajak aku ke Terengganu dan ke Pulau Redang, juga ronda-ronda dengan kereta kancilnya. Dia juga menceritakan kisah seekor kucingnya. Aku bertambah sebak. Dalam pertemuan terakhir itu aku menghantarnya ke stesen komuter Serdang. Itulah kali terakhir aku berjumpa dan kini dia benar-benar meninggalkan kami semua.

Untuk beliau Al-Fatihah semoga rohnya di rahmati dan di tempatkan bersama-sama orang yang beriman.

Bila kau datang kabut pun hilang
Sebatang jalan kudus terbentang lurus
Aku berjalan di atasnya.

Bila kau pergi
Hari seakan mati
Layu dan Lesu
Saat kau tinggalkanku ...

Sunday, March 23, 2003

Perang Perangan

Kalam Loh Mahfuz mencatat
Dan sesudah mencatat
Lagi mencatat
Segala doa dan ikhtiar
Tidak dapat memadamkan catatan Ilahi
Biarpun hanya sekerat baris
Pun seberapa banyak air mata
Sepatah pun tidak akan terhakis
Catatan Tuhan Yang Maha Menyayangi
( Omar Khayyam - tentang suratan dan takdir Ilahi )

20 March 03 , pukul 10 pagi ketika sedang memunggah barang ke teksi. CNN melapurkan berita perang telah bermula di Iraq. Segalanya telah berakhir. Peperangan juga yang di minta. Untuk apa lagi berdemontrasi, segalanya sia-sia belaka.

Perjalanan Kuching ke KL tidak seindah yang ku duga. Semasa di pintu masuk imigresen, salinan borang kemasukan aku telah hilang, tertinggal di dalam beg. Aku panik dan meluru keluar untuk mendapatkan borang gantian. Hilang punca sekejap aku nekad jumpa pegawai imigresen pompuan itu. Dia dengan selamba berkata " oh hilang yer dan terus cop boarding pass aku. Begitu mudah. Laa ingatkan pegawai lelaki tadi sikit punya kekwat suruh aku isi borang lain. Cehhh.

Selama 3 hari di Kuching ( 18- 20 March 2003) aku dan N lebih banyak menghabiskan masa shopping. Beli Pua Kumbu, ukiran kayu dan manik-manik untuk ole-ole . Juga ikan terubuk masin yang berat amat itu, 11 ekor semuanya. Dalam kapal terbang aku buat 'silent protest" sebab N tak tolong aku masa kat imigresen. Boleh dia pergi masuk dan merokok cehhh. Jenis yang tak akan hiraukan kesusahan orang betullah.

Tapi biasalah lepas tu akan baik semula. Masing-masing memang jenis cepat merajuk kot hahaha. Jumaat pagi pergi ke rumah Kak Yah, then terus ke kampong bercuti lagi. Dan Ahad petang aku dah sampai semula di Cyberjaya setelah menghantar Yana balik ke Kolej. Masih berkira-kira nak ke tempat N atau tak. Dia pun tak call aku ...

Masih lagi trauma sebab perang ni. So tak tahu lagi kesan keatas kenaikan harga barangan dan yang paling penting naik tak gaji tahun ni?

Tuesday, March 18, 2003

Hari ini pada pukul 5.15 petang telah selamat mendarat di KLIA. Penerbangan Air Asia yang agak ok. Tapi bila part bagasi agak leceh. Rupa-rupanya bahan mudah pecah ambik kat tempat lain. Tu yang lambat tuuh. Wan datang ambik tapi Z yang drive sebab hujan. Kemudian hantar N kat Chan Saw Lin. Keseluruhan perjalanan di Kuching oklah menarik. Adalah sedikit ole-ole untuk keluarga dan kengkawan ofis.

Saturday, March 15, 2003

Mayat Hidup - Kematian Sebelum Mati

N berkata " tak guna hidup kalau macam tu baik mati jer", begitulah komennya ketika kami menonton Buletin Utama suatu malam. Dipaparkan kisah pihak penguatkuasa membasmi gejala dadah di Kuala Lumpur. Menteri Besar Selangor juga membuat kenyataan bahawa penagih tegar wajar dibiarkan mati dalam tahanan. Ini kerana setelah beberapa kali ditangkap dan menjalani pemulihan. Para pelatih pusat Serenti masih mengulangi tabiat lama. Peratus kejayaan kembali normal amat tipis. Segalanya bergantung kepada kemahuan sendiri. Namun desakan dan asakan kehidupan membuatkan mereka kembali menagih. Para penagih dadah di Malaysia membelanjakan kira-kira RM 900,000 sehari untuk menagih. Dan yang lebih menyayat kaum Melayu menduduki rangking teratas.

Bersyukurlah kita dan keluarga kita yang tidak mengalami dugaan kehidupan ini. Setiap ibu bapa pasti mengimpikan anak-anaknya berjaya dalam hidup. Berkerjaya hebat, berkereta mewah dan mempunyai keluarga yang bahagia. Bukan material sebenarnya, hanya keberkatan hidup yang diminta. Penangan dari penagihan dadah ini memang sengsara. Ibu bapa paling derita dan ahli kelurga yang lain turut merasa tempiasnya. Jika salah seorang anaknya menagih pasti ibu bapa menghadapi trauma yang maha hebat. Setiap hari si penagih akan meminta duit. Hingga ada kes berbunuhan akibat ketagihan yang melampau. Betapa deritanya kehidupan keluarga ini bayangkanlah.

Seharusnya di usia emas, ibu bapa tenang menghadapi sisa kehidupan. Namun masih terbeban dengan segala permasalahan hidup akibat ada ahli keluarganya yamg menjadi penagih. Ibu bapa tidak seharusnya di persalahkan. Hidup kita adalah pilihan kita sebenarnya. Sekali tersilap langkah padah akibatnya. Sengsara hingga ke lubang kubur. Maruah keluarga tercalar, harga diri lebur. Segala gerak laku jadi umpat dan keji. Jalan inikah yang dipilih?

"Bila kena batang hidung sendiri baru kau rasa". Memanglah simpang malaikat 44, tidak mahu keturunan kita terlibat dengan penagihan dadah. Jadi umpat keji masyarakat. Namun di zaman yang penuh pancaroba ini terlalu sukar sebenarnya. Muda mudi mudah terjebak, kadangkala terperangkap. Pengaruh rakan sebaya, atau pada mulanya sekadar cuba-cuba. Peringkat awal mungkin diberi percuma, setelah ketagih mulalah diperas ugut. Keluarga juga yang sengsara.

Benarlah kata Khir Toyo, mereka ini wajar dibiarkan sahaja mati di penjara. Itu lebih baik rasanya dari mereka terus berkeliaran dan menghabiskan duit berterusan. Kemanusiaan sebenarnya boleh dipersoalkan. Namun sengsaranya hanya keluarga mereka yang terlibat sahaja mampu menafsirkannya. Apalah ertinya hidup, jika jiwa dan perasaan telah mati. Rasa malu telah tiada, agama telah hilang segalanya musnah . Lebih baik mati dari hidup seperti mayat bernyawa.

Aku jadi takut juga, yelah di zaman mendatang ini membesarkan anak-anak menuntut perhatian yang tinggi. Gerun rasanya, anak yang dibelai sedari kecil menjadi ancaman kehidupan kita di suatu masa yang tak terduga. Pengaruh dadah segalanya menjadi tidak berakal. Asal lepas dari ketagihan untuk sehari dua. Rutin kehidupan yang begini elok mati!. Kejamkah kita jika terus membiarkan mereka ini terseksa. Mampukah ibu bapa mereka lena tidur memikirkan permasalahan anak - anak mereka yang sebegini?.

Mati adalah pilihan terakhir. Para pembekal dadahlah yang seharusnya di hukum sula di khalayak ramai agar menjadi pengajaran pada semua. Membunuh anak bangsa sendiri demi kesenangan hidup yang sementara. Kemanusiaan di korbankan untuk manusia-manusia yang tidak mengenal erti kemanusiaan. Untuk keluarga yang menghadapi dugaan hidup sebegini. Apalah dayaku untuk membantu. Ketabahan dan ujian dari Allah ini mungkin ada hikmat tersembunyi.

Ketika aku berjalan-jalan di Taman Tasik Cyberjaya di suatu petang. Aku berasa bersyukur tuhan mengurniakan aku kehidupan yang sederhana walaupun aku masih sendiri. Dugaan dalam hidupku tidak seberapa jika dibandingkan dengan orang lain. Aku memanjat kesyukuran kepada Allah, agar hidup ku terus diberkati. Dan seperti biasa aku merindui N ...

Friday, March 14, 2003

Rindu, Merindui & Dirindu
( Dedikasi untuk N dan TapTap)

"Rindulah kat awak apsal lama tak telefon?". Dia hanya tergelak sahaja bila acap kali aku nyatakan betapa aku merinduinya. Tiap hari bermula pukul 6.00 hingga 8.00 malam aku dengan sabar menanti panggilan darinya. Selalu benar aku hampa. Mungkin dia sibuk. Mungkin juga dia sakit atau seribu satu macam kemungkinan yang tak terjangkakan. Adakah hanya aku yang merinduinya sedangkan ingatannya adalah pada orang lain. Kerinduan sebenarnya boleh membunuh !

Aku jadi tidak berselera jika tidak mendengar suaranya. Hidup aku jadi tension untuk tempoh 24 jam berikutnya atau sehinggalah dia menelefonku. Aku takde mood untuk membuat kerja lain. Segalanya serba tak kena itulah penangan penyakit rindu. Tapi adakah dia tahu aku merinduinya? Rindu berkaitan dengan perasaan. Mungkin sebab sayang atau cinta. Aku juga merindui kedua orang tuaku. Mujurlah tiap bulan pasti aku pulang ke kampung ku di Tanjong Karang Selangor. Bila aku rindu selang sehari aku telefon mereka sekadar untuk bertanya khabar sakit pening. Tapi penangan rindu yang satu ini lain benar.

Banyak lagu-lagu yang didendangkan bertemakan kerinduan. "Rindu bertandang lagi kekasih ... ( Hattan) " atau " Pendam rindu selagi ku mampu tahan gelora sendu ... ( Ziana Zain )" juga yang lebih straight forward " I miss you like crazy". Kita perlu jujur dengan perasaan kita. Kadangkala kita terpaksa menelan segala ego untuk mengungkapkan segala kerinduaan. Tapi bahasa badan tidak boleh membohongi perasaan sebenar kita. Rindu datang bagai angin menderu!

Kalau rindu katalah rindu usah berpura. Penantian itu satu penyiksaan. Masa berlalu bagai duri tajam yang menikam. Perit terasa segalanya serba tak kena. Jiwa jadi sengsara. Mana mungkin kita menolak segala ketentuan yang telah tersurat di Luh Mahfuz. Kita hanya hamba Allah dan berserah padanya. Kita hanya mampu berdoa agar dia diberikan kekuatan untuk mengingati kewujudan kita di dalam hatinya. Tapi hati orang hanya dia saja yang mengetahui.

Telefon berbunyi setelah 4 hari yang sengsara. Tertera namanya di screen telefon. Hati berbunga gembira, salam bersambut. Segala kemarahan hilang lenyap entah kemana. Detik berlalu seakan terhenti seketika. Terungkailah sebuah kerinduan ... Terima kasih N kerana sudi menghubungiku. Aku akan merinduimu semula sesaat, setelah kau mengundurkan diri dan mengucap salam. Tapi malam nanti pasti aku mampu tidur lena ... Terima kasih juga diatas segala kerinduaan ini moga kau juga begitu.

N@K

Marcella & Armando

Mereka bagai sepasang kekasih yang tak boleh dipisahkan lagi. Keriuhan suaranya mampu menggegarkan seluruh warga Upsilon. Mereka hadir saat aku benar-benar kesunyiaan. Armando adalah hadiah dari Wan ( rakan serumahku). Pasangan Armando yang asal telah mati sehari selepas dia tiba dirumahku. Kemudiaan aku mendapatkan penggantinya. Iaitu Marcella yang sememangnya serasi dengan Armando. Merekalah penghiburku ...

Armando ( Hijau) dan Marcella (Kuning) adalah sepasang burung Budgerigars. Ianya adalah keluarga burung kakaktua yang unik. Nama saintifiknya ialah Melopsittacus Undulatusterhasil dari istilah Greek yang membawa makna melos bererti "song / lagu" dan psittakos bermakna "parrot/kakaktua". Manakala undulatus is bahasa latin dan membawa maksud " wavy-lined', yang merujuk kepada corak di keseluruhan badan burung spesis ini. Jangkahayatnya ialah 10 -15 tahun. Kos penjagaan burung ini amat minima. Hanya RM 1.50 untuk makanan sebulan dan air. Juga sedikit tenaga diperlukan untuk membersihkan sangkarnya. Kita akan tahu bila makanannya habis iaitu keduanya akan berbunyi tak hinggat dunia.

Kadangkala aku rasa bersalah juga mengurung mereka berdua di dalam sangkar. Aku rasa berdosa, seolah-olah kebebasannya ku rentap. Tapi aku rasa aku telah menyelamatkannya dari tuan yang tidak bertanggungjawab. Atleast dia tidak bersesak-sesak lagi di Petshop. Taklah makan ikut catuan ke apa. Tapi aku tak tahu dia bahagia ke tidak. Tapi kalau dengar suaranya yang memecah kesunyiaan tu ... entahlah. Aku sayang keduanya. Aku akan bertanggungjawab malah jika benar menyayangi keduanya adalah satu dosa, aku sanggup berdosa kerananya.

Yelah ada tu orang sanggup mendera anak sendiri, mencabul dan sebagainya. Aku rasa species ni dibiakkan secara terancang. Bekalannya pun sikit punya banyak dipasaran. Lihat sahajalah di kedai-kedai binatang peliharaan. Pasti jumpa dan harganya tidaklah mahal sekitar RM 30.00 sepasang. Harga yang mampu milik. tapi nilai kasih sayang bukanlah terletak kepada mahal atau murah. Ianya bergantung kepada hati.

Untuk Marcella & Armando papa tetap akan menyayangi mu selamanya. Kalau selama ini kalian tidak bahagia. Papa mintak maaf bebanyak.



Di Sini Bermulanya

Hari ini 14 March 2003 aku memulakan perjalanan blog aku buat pertama kalinya. Rasa bersyukur kerana akhirnya dengan bantuan rakan sekerja iaitu Kak Azah, blog ini dapat direalisasikan. Kunamakan ia "Detik Jantung Waktu". Ianya memberi gambaran setiap waktu punya peristiwa di dalam kehidupan. Segala peristiwa punya makna tersendiri. Wajar dicoretkan untuk tatapan di masa mendatang. Hidup tak semestinya ceria, pasti ada duka. Kenangan tak semestinya manis pasti ada duka.

Inilah kisah kehidupanku di sini. Bumi Cyberjaya yang dulunya gersang, terasing dan berdebu. Kini makin berwarna, ada ceria. Kadangkala kebosanan menerjah, namun kesibukan dan beban tugas serta amanah yang dipertanggungjawabkan membuatkan aku lupa pada masa. Detik waktu yang berlaku kian pantas memintas. Aku perlu pantas bergerak. Inilah perjuangan yang perlu ku tempuhi.

Aku mendengar lagu ini minggu lepas. Tertarik pada lirik lagunya. "Kedinginan" dendangan Fauziah Latiff. Tapi aku kira penyanyi ini tak berupaya melagukannya dengan baik. Tuntutan emosi yang tak kesampaian kukira.

Kedinginan

Ranting di muka bumi
Bertebaran bintang ku
Di atas langit hitam
Gelap malam kini... Ooo..
Dingin sekujur tubuh ini
Sendiri dalam sepi
Tiada yang menemani
Di kamar ku termenung seorang diri
* :
Di manakah kan ku cari
Andai tiada melayang rindu
Engkau terhadap ku
Ku menanti kau di sini
Kan ku cari secangkir cinta mu
Redup cinta ku
Diri ku kedinginan
Seputih cinta ku kepada mu

( Lagu : Melly Goeslaw - Lirik : Melly Goeslaw )

Aku akan bercuti minggu depan dari 18 - 20 March ke Kuching. Moga aku dapat ketenangan di sana. Lupakan seketika apa yang berbuku di hati. Moga di Kuching nanti dapat membilas segala dukaku!