Saturday, May 31, 2003

Sendiri ...

Malam tadi nonton cerekarama di TV3. Kisah dia menarik tentang kehidupan sepasang suami isteri dan permasalahan yang dihadapinya. Mereka di rompak dan isterinya di rogol. Isterinya di dapati mengandung selepas kejadian itu. Keluarga pihak suami dan suaminya beriya-iya hendak menggugurkan anak dalam kandungan tersebut. Namun isterinya tetap dengan keputusan untuk teruskan kandungan. Akhirnya didapati anak tersebut adalah dari darah daging suaminya sendiri. Banyak pengajaran dari cerita ini. Tapi biasalah sebagai manusia kita biasanya dikuasai emosi . Cinta hadir kadangkala terlalu lambat. Kita hanya menghargai sesuatu setelah kehilangan orang yang disayangi. Kebahagiaan kita adalah menjadi tanggungjawab kita untuk mendapatkannya. Adalah menjadi pilihan kita sendiri samada kita hendak hidup secara jujur atau berpura dengan diri kita sendiri. Hanya kita sendiri yang mengetahuinya. Itu keputusan kita, orang lain tidak boleh masuk campur. Sebabnya kita sendiri yang akan menanggung akibat dari tindakan kita. Manusia sering menyalahkan orang lain atau perkara-perkara lain untuk menidakkan kelemahannya. Namun segalanya adalah ketentuan Allah, dan telah tercatat di Luh Mahfuz.

Malam tadi masa makan di Putrajaya, banyak berbual dengan Wan. Dia yang telah berpengalaman hidup berumahtangga juga dalam dilemma bahawa kadangkala adalah lebih baik terus hidup membujang. Aku gelak kat dia sahaja. memanglah dia sekurang-kurangnya telah mempunyai 2 orang anak perempuan. Aku tak ada apa-apa lagi. Kadangkala rasa sudah terlambat untuk memulakan kehidupan berkeluarga juga terdetik di hati. Juga rasa serik pulak. Ohh mungkin diri sudah rasa stabil dan tidak memerlukan sesiapa untuk menguruskan kehidupan. Sudah betah dikongkong sunyi dan hidup sendiri. Hanya melayari kehidupan dengan seadanya. Tidak perlu risau memikirkan anak orang. Atau terlalu berangan untuk memiliki kesempurnaan. Segalanya perlu cukup tersedia barulah memikirkan untuk kearah itu. Material memang penting tapi belum cukup sempurna jika dada tidak diisi dengan ilmu secukupnya. Persediaan emosi dan mengubah corak kehidupan yang begitu santai juga perlu difikirkan. Ahh biarkanlah dulu, sekurang-kurangnya nikmati hari ini dengan secukupnya mana tahu esok tidak mampu lagi berbuat begitu.

Hari ini akan pulang ke kampong di TK.


Gangguan

Awan hilang, bulan dipandang
Kau pun tiba di jelingannya
Bila taman rimbun berseri
Mari kanda gemala hati

Bagai mahu kiranya hati ini dipercandakan
Bagaikan angin yang melanda, malahan ku rasa

Gangguan di fikiran ini
Gelombang muncul bersilangan
Pabila ku merindui
Yang ku rayu bayanganmu

Dia hilang di rundung malang
Dikau pulang lari darinya
Bila teman rindu bersemi
Hilang rasa menikam hati

Bagai mahu kiranya lena ini dipersendakan
Rindu ku semakin melarat, malahan ku rasa

Terganggu di fikiran ku
Gelombang bersilangan
Pabila ku merinduimu
Yang ku rayu bayanganmu

Gangguan di fikiran ini
Yang muncul bersilang-silangan
Pabila ku merinduimu
Yang ku rayu bayanganmu

Sheila Majid



Friday, May 30, 2003

Aku rasa pening kepala pagi ini. Mungkin sebab tidur dengan memasang kipas angin terlalu kuat membuatkan aku kesejukkan. Hari ini amat malas sekali nak bekerja. Tapi kalau aku cuti nak buat apa pun. Rasa dah hampir 2 bulan tidak bercuti dan ini membuatkan semangat aku nak bekerja turun. Semalam Man dan N call. Man kata benda tu akan selesai paling lewat pada 10 haribulan. Ikut kelulusan Central Bank Singapore bukan Bank Negara Malaysia. N pulak tiba-tiba call, aku terkejut gak sebabnya dia macam bersungguh tak nak call aku minggu lepas. Mungkin takut kakaknya kata apa-apa atau dia juga rindu kat aku . Hahahaaa...betul kata Z, dan aku berjaya ikut formula dia.

N ada meeting Sabtu malam ni dengan business partner dia. Jadi hanya pada minggu depan aku dapat jumpa dia. 3 minggu berturut-turut dia sibuk. Takpelah, walaupun kadangkala aku rasa macam tersisih sahaja. But its oklah, asal dia tahu apa yang dia nak buat. Jadi aku akan menghabiskan hujung minggu di kampong sahaja. Balik kampong best jugak sekurang-kurangnya aku boleh basuh kereta free, makan free, dan berehat-rehat. Rindu kat mak jugak.

Thursday, May 29, 2003

Hari ini aku ke Melaka untuk meeting di sana. Biasanya petang baru aku akan balik. Pagi tadi Kakak N telefon aku tanya pasal N. Dia kata N dah lama tak call rumah dia. Aku katalah mungkin N sibuk atau telefon rumah dia rosak ker sebab itulah bila dia call asyik tak dapat. Aku mula terfikir sebelum ini bukan main senang lagi nak call rumah N sekarang ni banyak pulak orang mengadu susah nak contact dia. Sekurang-kurangnya orang lain juga mengalami situasi yang sama. Aku tak tahu apa yang berlaku sekarang ni. Kakak N jemput aku ke kenduri kahwin di rumah Mak Alang dia. Sebabnya mungkin aku ni rajin bawak N kerumah dia. Kalau tak jangan harap N nak datang sendiri. So diorang ingat aku ni sahaja yang boleh pujuk N kalau nak pergi rumah mereka. Diorang tak tahu bagaimana N layan aku sekarang. "Pergilah kalau tidak kau akan menyesal". Bila teringat dialog ni terfikir pulak nak jumpa dia Ahad nanti. Walaupun aku cadang nak buat protes tak nak call atau jumpa dia dalam waktu yang terdekat. Ego kena tunjuk jugak beb.

Petang semalam hinggalah ke malam aku menerima 3 panggilan telefon dari seseorang di Singapore. Tak pernah sesiapa nak bercakap dengan aku selama tu. Salah satunya berlangsung selama 1 jam . Itu satu rekod untuk panggilan jarak jauh. Kami berbual tentang hal-hal semasa dan macam sessi jejak kasih atau lebih tepat lagi menjejak kasih, mana satu yang lebih tepat huh?. Mana yang ku nanti tetap tak kunjung tiba, dan orang yang tidak pernah ku duga hadir memberi semangat. Thanks lah W, moga ada kelapangan untuk lebih mengenali antara satu sama lain. One kite doesn't make a summer. Itulah hakikat yang aku dapat, tapi selalunya aku sentiasa memberi peluang pada diri aku sendiri untuk menerima segalanya. Aku pun taknak membuatkan diri dan emosi tertekan. Itu zalim pada diri sendiri namanya.


Helaian daunan
Yang gugur dari pohon
Mengingatkan daku
Saat dikau berlalu
Sesepi tangkaimu
Begitulah hatiku
Terasing sendiri
Meniti hari


Sejauh manakah
Terdaya ku meredah
melepaskan diri
Dari belenggu ini
Di panggang di bakar
Ia tidakkan pudar
seraut wajahmu
Ku RINDU ...



Email ini juga memberi kekuatan :

Hi Azhan,

I think I can understand how you feel when someone is willing to take a step further by calling you but u got to have a hold of youself. Its only an emotion felt and its nothing wrong with that as long as you know how to balance it. Its nice to feel wanted but at the same time u must be prepared for dissappointment.We all dreams and long for happiness but life isnt that simple. We got to learn to take life with a pinch of salt. We fumble but we stand up and be wiser.The best philosophy in life is to be able to let go of something u wanted so badly and if it comes along your way, thats what we call fate. Take it from someone who have taken more salts than u.

"YESTERDAY IS HISTORY, TOMORROW A MYSTERY BUT TODAY IS A GIFT.THAT IS WHY ITS KNOWN AS PRESENT. BE SENSIBLE TODAY, A WISER TOMORROW AND NO REGRESTS FOR YESTERDAY COS LIFE IS NOT A DRESS REHERSAL"

XXXX

Wednesday, May 28, 2003

Belajar Menulis

Masa belajar dulu aku memang gemar menulis. Bila boring duduk dalam dewan kuliah yang sejuk tu aku mula menulis. Aku mula menyusun ayat pertama setibanya Mr Wah Tat Chong melangkah masuk . Dia memang bagus tapi takde idea lain contoh-contoh yang diberikan asyik-asyik Lung Cancer, sampai senior aku pesan benda tu akan keluar kalau ambik paper dia. Tapi subjek "World of Knowledge" tu memang menarik. Ada suatu hari tu dia pasang filem "Gone With The Wind" untuk kelas aku, mak datuk aku boring dalam keboringan yang melantun-lantun. Biasanya aku duduk di barisan paling depan, tapi itu tidak akan menghalang aku dari terus berangan. Masa lecturer mengajar aku berangan nak masuk dalam otak lecturer tu dan cuba cari apa soalan untuk paper tu. Tapi biasanya apa yang diajar itulah akan keluar periksa. Enteng sekali…

Masa belajar juga aku banyak menulis puisi. Aku tak tahu apa itu puisi sebenarnya. Lebih kepada syok sendiri. Ada sekali puisi aku keluar Utusan Malaysia. Tajuknya "Sesak", dibayar RM35 . Itulah sekali dari berpuluh yang aku hantar. Tahulah aku memang tak berbakat menulis. Malam tadi semasa menyelongkar fail-fail lama disket aku, ada satu puisi ini aku tulis di tahun akhir pengajian. Aku ingat puisi ini adalah untuk Arwah adik Nursyafiqah yang mati didera bapanya. Kisahnya menjadi tajuk akhbar utama lebih hebat dari liputan kes penderaan adik Balasundram yang juga mati didera. Masa tu banyak puisi ditulis dan ditujukan untuk arwah Nursyafiqah. Seperti biasa puisi syok sendiri aku tu memang tak akan tersiar. Nah kau bila aku ada blog sendiri aku boleh publish sendiri. Tak tahulah jika ini boleh dinamakan puisi atau rasa geram aku terhadap pendera itu semata.


Pada Rasa Sakit Yang Pernah Kau Kecap
( Catatan Seorang Pendosa)


Anakku
Engkau hadir saat kami hampir lelah
Mencari arah
Kukira anakku, wang ringgit dan kemewahan
Adalah sutera kasih yang dapat menghangatkan
Malam mu
Dalam dingin hidup kita.


Saat kau merangkak mencari belaian
Senyum tangismu, tidak kuhirau
Dalam degup jantung yang pantas
Mengejar wawasan
Hidup adalah perjuangan anakku
Dan aku tidak pernah puas
Mendaki rimbun impian dan harapan
Dan segalanya tenggelam dalam kabus kegawatan.


Kau tersisih anakku
Bagai boneka kaku, menjadi perhiasan hidupku
Lalu kau ciptakan keriuhan di pondok ini
Mohon simpati
Lalu aku hilang pertimbangan
Kemarahan adalah api yang membakar cinta dan sayangku padamu.


Anakku,
Saat tuhan hilang di sisi
Kasih sayang tiada lagi
Di manakah aku ketika itu?
Saat kau hadirkan rindu
Kuntum mawar telah layu
Menghiasi pusaramu
Kalaulah dapat kucantumkan nafasku dan nafasmu menjadi satu
Kini segalanya menjadi kaku.


Aku tertewas anakku,
Mengerdipkan bintang di syurga impian
Segalanya gugur satu persatu
Nesan sepi dan kemboja berguguran
Menghiasi pelaminku
Segalanya hilang di sisi.


Di sini,
Penjara dan hukuman
Tidak dapat memenjarakan sesalku
Bagai raungan mu
Melantun dalam diriku
Dapatkah kubilas luka ini anakku?
Dan pendosa ini
Tidak pernah menyesal dari terus memikul
Rasa sakit yang pernah kau kecap!


Azhan Assaha Kamal
12 September 1996
11.55
Dewan Kuliah.



YM
Aku baru download YM hari Isnin lepas. My first friend ialah Syati dia respon bila aku invite dia. Dua tiga hari ni juga aku berchat dengan kawan dari KLCC. Aku hanya ada 2 orang sahabat YM sebenarnya. Dan yang dari KLCC itulah yang selalu aku bersembang. Seronok mendengar cerita dia tentang hidup dan kehendak diri. Untuk Z salam perkenalan. Kalau ada masa nanti kita jumpa bersembang dan bergosip macam tak ingat dunia yer.

Tuesday, May 27, 2003

Maka Diciptakan Telefon

"Aku takkan call kau lagi", katanya petang itu. Dan aku sedikit tersentak terpinga-pinga sebenarnya.
"Aku tak akan call ko dari ofis ni lagi, sebabnya diorang dah perli-perli aku pasal asyik no. ko jer yang keluar kat bill", dia menambah.

"Call gunakan public phone ler kalau macam tu", aku cuba memberikan idea yang tak bagus itu padanya. Aku yakin dia takkan buat benda itu semua. Dan sudah semestinya dia memberikan hujah panjang lebar. Dia tak mahu berebut dengan bangla atau indon yang suka bergayut berjam bila gunakan public phone itu. Atau lebih malang lagi banyak public phone yang hanya untuk emergency call.

"Belilah handphone aku menambah". Itu memang sesuatu yang tidak akan terjadi. Walaupun dia lebih dari mampu untuk beli apa juga model terkini tapi itu bukan pilihan bijak untuk N. Alexander Graham Bell pasti tersentak dari neraka ( atau syurga) bila hasil ciptaan agungnya menjadi topik perbalahan aku dengan N. Graham Bell mungkin tidak terfikir bahawa suatu masa nanti ada insan-insan di dunia yang mati kerinduan bila tak mendapat panggilan telefon. Dia mungkin terasa sayu atau sedikit bersalah "di sana".

Habis dia nak call aku lagu mana? Kalau dulu hari-hari boleh dengar suara dia, kemudian berkurang menjadi 2 kali seminggu dan akhirnya takde langsung. Kini aku terpaksa buat appointment bila nak call dia. Dia memang sengaja nak mendera aku. Mungkin dia nak gunakan asap sebagai method komunikasi dia, tapi sudah pasti asap tu akan hilang di telan jerebu. Gunakan email, tahun 2008 barulah aku boleh dapat balasannya.

N berikan sebab yang dia malas nak gunakan handphone. Dia rasa terganggu bila kemana-mana dia terpaksa bawak alat kecil yang tak tahu apa-apa itu. Benda tu berbunyi tidak ikut masa. Ke tandas pun terpaksa di bawak. Dan katanya lagi kalau tak dijawab nanti ada orang yang akan berkecil hati. Dia refer pada aku ker? . Aku tahulah yang dia pernah kena rompak masa dia ke Central Market 3 tahun lepas. Handphone dia hilang, tapi aku tahu bukan sebab handphone itu sangat. Tapi nombor-nombor "penting" yang tersimpan di dalamnya membuatkan dia tak percaya lagi untuk mempunyai handphone. Dia rasakan menulis no. telefon di organizer lebih afdal dan takkan orang nak ambil.

"Oklah nanti 2 minggu lagi, kau gunakan handphone aku ni".
"Nanti trouble you pulak, macamana kalau mak kau call". Dia bersuara.
"Takpe pasal mak , aku yang selalu call dia, tapi kalau miss call buat call ko call ler handphone Wan atau call ofis". Aku menambah yang handphone aku tu takkan bernyawa kalau dia tak call. Hanya nombor telefon family aku dan nombor dia sahaja di dalamnya. N panggil adik aku Yana sebagai Miss Call sebabnya dia hanya buat miss call jer kalau dia nak bercakap dengan aku. Yelah bill telefon dia aku yang bayar.

Aku rasa ini masalah kecil sahaja. Salah satu pihak perlu mengalah kalau semua nak menang. Perang dunia ke-3 akan berlaku bila bila masa. Aku tak mahu itu berlaku. Aku terus-terusan memberinya peluang untuk dia menyedari betapa pentingnya dia dalam hidup aku. Atau aku rasa bertanggungjawab terhadapnya.

"Belikan jerlah handphone kat N tu Mal habis cerita". Eh suara sapa tu?

"Sebab tu ler orang lelaki boleh berkahwin lebih dari satu dan ada tu pasang makwe dua tiga. Bila sorang merajuk ko boleh pergi kat sorang lagi". Wan bagi komen bila kami makan malam di Medan Selera Putrajaya malam tadi.

Tapi aku jenis yang setia pada yang satu, aku katakan pada Wan. Biarlah orang buat kat aku tapi aku takkan mempertigakannya. Aku menjawab dan aku rasa aku seperti memperbodohkan diri aku sendiri. Aku terpaksa mengalihkan perbualan pada hal-hal yang lebih global. Tapi isu dengan siapa dia bersms lebih menarik perhatian aku. Yalah Wan kan dah lebih setahun membujang. Aku rasa dia perlukan seseorang untuk memandu disebabkan dia ada masalah penglihatan. Kami bersembang sampai pukul 10.30 malam.

Kemudian aku balik ke apartment nonton ED di NTV7. Aku tersedar bila TV tu menjeling tajam kat aku dan aku secara automatik bangun ke katil bila siaran TV dah lama tamat.

Bagaikan terdengarnya suara
Menghakis mengikis naluri
Mengeruhkan jernihnya suasana
Dan meretakkan harapan


Tiada erti aku merindu
Jika kau tak ingin bertemu
Apa gunanya bercinta di dalam kepura-puraan
Yang lafaz cinta hanya bibir
Namun diri tak seringnya hadir
Di saat engkau diperlukan
Aku hampa..


Usah dikelirukan cinta
Yang terkusut jiwa merana
Jangan dengan separuh hati
Diri ini kau cintai
Usahlah renung hanya di mata
Benamkanlah ke dasar hati
Renungan mu telusnya pasti
Berarasy ke syurga cinta


Menanti kunjungan hampir pasti
Mengharap titis embun pagi
Dan bagai menadah gerimis
Yang masih pulang pergi


Monday, May 26, 2003

Do You Believe In Loneliness ?

Semalam petang sempat jumpa N. Barulah aku tahu sebab apa dia amat sibuk kebelakangan ini. Sabtu malam untuk 3 minggu berturut-turut dia ada meeting untuk company baru dia. N pump-in capital untuk syarikat baru tu, si S yang uruskan semuanya hal berkaitan dalam negara. N akan monitor pasaran Europe. Nampak macam projek besar. Dia nak eksport textile dari Trengganu ke pasaran Eropah, batik. Sebab itulah dia sibuk uruskan semuanya. Alah kalau dia cakap dari awal kan senang ini nak berahsia pulak. Mungkin dia takut tak jadi. Apa juga keputusan yang dia buat aku akan sokong dari belakang. Buat perniagaan sendiri bukannya mudah, lagi sakit hati kalau kena tipu. Harap semoga usaha dia berjaya. Terasa juga dia macam dah lain sekarang. Tapi mungkin perasaan aku sahaja. Harap segalanya akan berjalan dengan baik. Pertengahan Jun dia akan ke Trengganu 4 hari. Dia macam mintak izin pulak kat aku. Aku kata its ok tapi jangan lupa nak call. Yelah dia kan kalau busy tak ingat dunia dah. Kadang terasa jugak kenapa dia tak invite aku join projek dia. Mungkin dia tahu yang aku tak reti nak berniaga, hampeh ... Aku akui aku memang tak reti buat benda tu semua. Syarikat adik aku tu pun setahun lebih baru nak nampak hasilnya. Aku tahulah macam mana sepak terajang dia. Kena tipu memang permainan biasa. Ada tu bila dah dapat tender, rakan kongsi senyap-senyap jual kat puak yang satu tu. Yelah adik aku dah bersusah payah ke sana sini bila dah dapat tender lain jadinya. Hope N takkan lupakan aku walau sesibuk mana pun dia.

I used to try
To set aside
Some Time for being lonely


So many times
I prayed to find
Someone like you to hold me


All I know is that when I think of you
I'm not alone
I just simply close me eyes
And sing my song
And I am home
Loving where I belong

Do you believe in loneliness
I do now that's where I found you and I'll never let you go
When all I knew was onlyness
There you were
With you around
Who's lonely now


I feared the night
But now it's mine
'Cause something's out there for me


Let's take our time
I'm satisfied
With having you to own me


All I know is that when I think of you I'm not alone
I just simply close my eyes
And sing my song
And I am home
Loving where I belong




Sunday, May 25, 2003

Tuah Orang Tuah Kita?

Semalam petang ada sesi bergebang dengan kawan baru. Seorang executive, somebody gak dari Air Asia. Menarik sungguh mendengar kisah kecemerlangan syarikat penerbangan tambang murah tersebut. Bagaimana dia merealisasikan visi syarikat dan mengawal perbelanjaan syarikat amat menarik. Dia kata bonus paling sikit dia pernah dapat ialah 4 bulan dan paling banyak 8 bulan pun pernah. Aku dengar dan telan air liur jer lah. Aku pulak tanya dia macam-macam tentang operasi syarikat tu. Mana destinasi terbaru, persaingan dari Singapore dan last sekali aku tanya ada kerja kosong tak. Dia gelak jer dan dengan sopan kata takde. Cisss yelah anak kapal pun dapat gaji paling sikit 3K tu penerbangan domestic jer tau. Aku tanya dia kenapa pramugari dia pakai skirt? Dia jawab takkan kita nak tiru orang, tu identiti dia. Dan sekarang semua orang jeles kenapa anak kapal dia boleh pakai skirt. Aku jawab kan ramai orang kampong yang naik jadi kot tak manis. Dia jawab taklah pendik sangat skirt tu macam skirt Ally McBeal ( hehehee aku gelak dengan muka ganaz). Borak punya borak hampir dua jam kitaorang lepak kat restoran mamak di Mines tu. Seronok dan berbaloi dengar kisah kejayaan orang lain dan tuah dia dapat kerja yang best.

Pagi tadi sarapan di Putrajaya dan beli paper di kedai mamak tu. Sampai pukul 8.30 suratkhabar tak sampai lagi dan kena tunggu. Then ke Maybank Cyberjaya dan alhamdulillah gaji dah masuk. Tak sangka gaji masuk awal diorang kata hari Sabtu lagi dah keluar dah. Jarang gaji keluar awal. Selepas tu ke Dengkil gunting rambut, entah macamana gaya dia gunting tu. Tapi bagi aku asal selesa oklah tak suka rambut terlalu pendik sebab kepala dah nak botak. Aku masih lagi menanti panggilan dari N ...

Saturday, May 24, 2003

Orang Bujang Di Hujung Minggu

Petang ni tak dapat jumpa N lagi. Dia ada urusan yang tidak dapat dielakkan. Minggu lepas pun dia sibuk , jadi dah 2 minggu dia tiada kelapangan. So aku kenalah berfikiran positif, tak nak fikir yang bukan-bukan . Walaupun geram, bila dia sibuk dia tak ingat nak call aku. Bila aku nak call dia asyik tak dapat jer.

Aku dapat perhatikan juga si Max dah tidak berapa cam aku lagi. Dia pandang aku semacam jer bila aku dekat dengan tuan dia. Max tak gemar bila aku dekat dengan N, dia risau amat kalau tuan dia terancam. Semenjak Max dah lalu makan, rakus macam selalu. Apa benda pun dia tibai macam tak cukup mulut nak disumbat dalam perutnya yang kecil itu. Si Tap-Tap memang kenal aku dari mula dia dijumpai dalam longkang tu. Aku yang tolong keluarkan dia dari longkang. Masa tu kami baru balik dari Langkawi. Ingatkan dia dah 'keras' sebab kena tinggal 3 hari. Entah diberi makan entah tidak. Tapi sekarang dah besar dah setahun pun usia dia.

Ohh Max & Tap-Tap bukan anak luar nikah kami berdua ( hahhaaa) tapi binatang peliharaan N. Dia sayang keduanya lebih dari N sayang kat aku. N ada bagitau aku dulu yang dia memang sayang Tap-Tap lebih dan dia sayang aku bawah sikit dari Tap-Tap. So aku tahulah sayang dia kat aku camner. Kemudian bila Tap-Tap besar Si Max pulak datang kat ofis N. Cute teramat dan N suka nak buat kawan Tap-Tap. So N telah men"tiga"kan aku secara diam-diam. Tapi aku tak ambil pedulik, Mereka bukan boleh buat apa pun kat N. Sebabnya kita tak boleh mengharapkan orang itu menyayangi kita ikut kemahuan kita sahaja dan itu juga tidak bermakna dia tidak boleh untuk menyayangi kita sepenuhnya. Setiap orang ada cara masing-masing. Apalah aku melalut hari ni, tapi Max & Tap-Tap amat istimewa. Dapat pulak tuan yang penyayang macam si N ni aduh pergi mana-mana ingatkan anak dia jer.

Hari minggu kadangkala aku tak pergi mana. Tapi orang bujangkan pergi mana tak perlu planned main redah jer kalau tergerak nak pergi. Kadangkala malam-malam pukul 1.00 pagi pun boleh drive ke Chan Saw Lin, minum kopi kat depan Utusan tu. Jumpa kengkawan ker atau just drive ke mana-mana tempat lain kalau bosan. Nonton wayang sekali sekala tapi semenjak wabak SARS ni aku tak pergi panggung nonton midnite lagi. Takut apa-apa berlaku di tempat awam.

Kalau tak balik kampung, aku hantar baju semua kat dobi kat bawah apartment student tu . RM 1.50 jer sekilo dan kalau extra malas suruh diorang gosok sekali stok baju kerja seminggu. Mudah sekali tak perlu risau tentang hal-hal remeh camtu.

Pagi Ahad sarapan kat kedai mamak di Cheras atau Putrajaya. Beli suratkhabar dan baca sambil pekena roti canai. Lepas tu kemaskan bilik kalau rajin, kalau tak boleh sambung tidur hahahaaa … atau merayau dan merayau. Yelah aku bukannya kena buat homework apa pun paling-paling menyapu dan buang sampah jer. Seronok yer jadi orang bujang ni.

Boleh melepak jer hujung minggu tapi kadangkala rasa sunyi jugak. Tu yang sedih tu dan mulalah start kereta pandu ke TK …

Kekal

Sayang dengarkanlah
Syair ku tulis ku lagukan
Moga jadi siulan suatu masa
Dan moga kaukan tersenyum
Dengar irama indah
Hanya itu yang mampu ku beri


Di dalam mimpi ku syair indah
Yang masih ku baca
Hangus terbakar
Dengan tak ku sangka
Yang ku mimpi rupanya terjadi
Punah semuanya


Kesepian ini menyusuri hari
Syair nan rindu
kau bawa bersama
Tinggallah irama terus ku lagukan
Kekal ia bersama
Serpihan harapan kita yang musnah


Kita tak menduga
Dari kenalan lahir sayang
Hingga ku terlupa kau siapa
Setulus kasih ku kalungkan
Dan selautan sayang
Kau singkirkan di persada hampa






Friday, May 23, 2003

Cinta Tumbuh Di Rumputan

Tujuh abad yang lalu Jalaluddin ar-Rumi penyair sufi besar pernah mengungkapkan, "Jika tiada cinta dunia akan membeku." Cinta baginya adalah penaka lautan luas dan dalam, seluas dan sedalam daya jelajah nurani manusia itu sendiri. Cinta adalah akar daripada setiap kebaikan dan keutamaan hidup manusia.

Justeru , Rasulullah s.a.w dalam satu hadisnya memberi panduan yang bermaksud:

"Tidak beriman seorang di antara kamu sehingga ia mencintai saudaranya sebagaimana ia menyintai dirinya sendiri (Riwayat Tabrani).

Namun ada juga manusia yang merasakan cinta tidak lagi singgah dalam hidupnya. Cinta yang mampu meniupkan api bahagia lenyap setelah merasakan dirinya tidak layak untuk disayangi. Cinta Uda dan Dara sudah semestinya bukan cinta khayalan. "Bukan Cinta Biasa", kalau dirujuk lagu CT.

Manalah ada orang menderita teruk akibat cinta? Bila hilang satu, sepuluh mari kata mereka. Hari ini berpisah esok dapat pengganti. Jangan terlalu memilih atau jangan jadi bodoh. Soal hidup bukan perkara main-main. Teringat rancangan forum TV yang membicarakan kenapa si bujang kahwin lambat. Keselesaan hidup membuatkannya tidak terasa usia menginjak tua dari semasa ke semasa. Tidak sedar masa berlalu lantaran tugas harian yang membuatkan seseorang terkejar-kejar seperti tak cukup ruang untuk menapak. Siang ke malam, hari ke minggu , bulan dan tahun silih berganti. Masa berlalu terlalu cepat.

Orang-orang bijak dan budiman dari zaman ke zaman pernah mengatakan bahawa cinta adalah sendi segenap keutamaan di dunia ini. Kalau tiada cinta, nescaya nilai kemanusiaan akan hancur. Orang yang bercinta tidaklah pernah khianat kepada orang yang dicintainya. Kalau orang itu mempunyai perasaan cinta dan kasih tidaklah sampai hati membiarkan anak sendiri di buang di tepi jalan seperti yang di laporkan oleh akhbar baru-baru ini.

Mungkin cinta sejati hanya wujud sekali dalam hidup seseorang. Kali kedua dan seterusnya hanya merupakan tanggungjawab untuk mengasihi seseorang disebabkan memerlukan seseorang atau teman hidup. Bagaimana kalau mengahwini seseorang tanpa rasa cinta pada seseorang itu?. Hanya berdasarkan tanggungjawab semata-mata, apakah namanya perkahwinan seperti itu? Kahwin paksa? "Cinta boleh dipupuk, bila dah lama kenal mesti ada sesuatu tentang dia yang kau akan suka," kata mereka.

Kalau kita menyintai seseorang cintailah dia sepenuh hati. Jangan hanya jadikan dirinya terasa seperti pilihan terakhir. Walaupun kadangkala seperti cinta itu tumbuh dirumputan. Meliar di laman hati tanpa diundang. Biarkan hati menerima dirinya, berikan juga ruang untuknya bernafas. Kepercayaan dan perasaan sayang akan tumbuh subur juga. Ada juga rumput yang di tanam orang, rumput mutiara contohnya di biarkan tumbuh subur di laman. Jangan prejudis, bukan semua cinta palsu semata!


Thursday, May 22, 2003

Tahniah Wan!

Tahniah untuk Wan sempena konvo UiTM hari ini. Kami tak dapat nak ke UiTM sebab sibuk dengan tugas kat Office. Lagi pun susah nak park kereta bila takde pelekat kenderaan. Apapun tahniah sekali lagi ...

Meeting User Group semalam berjalan lancar. Zul chair the meeting. Puan yang sepatutnya chair buat emergency leave last minute. Dia memang tak mahu datang meeting tu . Entah ler Puan aku ni kalau kita orang ni siap tak bagi bercuti kalau ada apa-apa tapi kalau dia semua boleh. Semakin lama semakin geram pulak. Kita orang pulak yang selalu jadi "kambing hitam". Bagi aku kalau dah pegang sesuatu post yang tertinggi tu, maka berbaloilah dengan gaji dia dan tanggungjawab yang perlu dipikul tu. Tak boleh pilih meeting mana yang nak pergi meeting mana yang malas dan suruh AM pulak ganti. Yelah kami tak mahulah orang luar kata tak elok atau kita lebih dikenali dari Pengarah kami. Memang kami boleh buat hantarlah mesyuarat mana pun, tapi tak eloklah kalau "orang" muda mempengerusikan meeting dengan pihak luar yang tidak sama taraf. Pengarah sepatutnya dengan pengarahlahkan. Aku tahu pengarah aku ni nak bagi exposure pada semua staff. Itu sesuatu yang baik. Its ok kalau melibatkan meeting dalaman. Tapi kalau meeting tu melibatkan orang luar atau peringkat kebangsaan. Sesuatu pulak, dan dia semakin malas nak pergi meeting-meeting yang penting tu asyik kitaorang jer jadi wakil dia. Ini tidak baik untuk reputasi dia dan jabatan kami. Kalau kami sound nanti dia "blacklistkan " kami pulak. Serba salah dibuatnya, tapi kami cadang nak bagi hint kat dia minggu depan masa meeting dalaman.

Aku tak tahu apa sebenarnya yang berlaku pada Man. Apa yang dia sembunyikan kali ini. Kalau dia tak bercakap benar dia akan menyusahkan kami sekeluarga. Cakap dia semakin berbelit-belit. Susah nak tahu mana satu yang betul. "3 hari lagi kot" bila kita tanya bila. Hai aku dah semakin bosan dibuatnya.

Wednesday, May 21, 2003

Love is All

Malam tadi Wan ajak ke IOI buat fitting blazer yang di tempah minggu lepas. Dia mintak orang tu siapkan hari ini juga sebabnya esok dah nak pakai. Esok konvo Uitm sidang pertama. Wan seperti balas dendam kat kitaorang semua sebabnya tahun lepas kami semua cuti seminggu sebab berkonvo, tahun ni pun dia cuti seminggu jugak. Tahun lepas kami bertiga konvo, Wan tercicir sebab dia cuti setahun untuk berubatkan mata dia. Akhirnya Wan berjaya juga siapkan thesis dan 3 paper terakhir tu. Akulah yang jadi research assistant dan tukang taip dia. Apapun memang amat berbaloi, masa batch aku dari 90 yang mendaftar hanya 9 yang grad dalam tempoh 2 tahun. Ramai yang tak dapat meneruskan pengajian sebab CGPA tak mencapai tahap lulus. Tulah diorang ingat bila balik dari overseas dan buat master kat UiTM boleh bersenang-lenang. UiTM juga ada standard yang ketat untuk lulus, nak masuk course tu pulak kena interview pelbagai. Sekarang ni kajian ambik 30 orang student master jer untuk kursus tu. Nasib kami dah lepas, tapi itu antara pengalaman yang paling berharga. "Belajar atas katil pun boleh boleh dapat master".

Kemudian Wan ajak ke CTBank ( N panggil Wajib Bank sempena nama CT yang wajib menang apa juga pertandingan). Aku tak sure nak lalu mana dari Puchong tu. Jadi terpaksa ikut jalan yang tahu dari Serdang. Patah balik ke Serdang masuk Sg. Besi dan keluar ikut Jalan Chan Saw Lin terus ke KLCC. Kalau N tahu memang dia akan gelakkan . "Ikut jalan yang tahu" statement N yang selalu dia cakap bila kita keluar ke mana-mana. Yelah aku memang tak expert jalan di KL, selama ni N atau Zul yang jadi Co-Pilot aku. Aku dan Wan makan kat Serdang, di gerai Malee tu lama tak makan kat situ. Sebabnya ada cerita tak elok yang diperkhabarkan oleh ramai orang yang pernah makan di Malee di Dengkil. Tapi mungkin sebab restoran tu maju jadi ramai tak puashati. Cerita begini memang biasa didengar. Aku dah masuk 4 tahun menjadi pengunjung tetap restoran tu.

Pagi ni ada meeting di CSA, HQ dan ada product presentation sama. Selepas tu ada meeting User Group untuk sistem yang kami gunakan. Sampai pukul 3 petang kalau ikut agenda. Oklah seronok jugak nak jumpa kengkawan dari Universiti lain. Hari ni aku rasa gembira sahaja. Aku seronok kalau hari-hari macam ni. Yelah kerja takkan habis, hidup juga perlu dinikmati seadanya. Ohh mungkin sebab semalam dapat call N dan berborak pasal "public toilet"!.

When you hold me like this
so many memories fill my eyes
the first time we kissed
the times we nearly said good-bye
but still here we are
tested and tried and still true
and stronger than we ever knew

love is all
the laughter and the tears that fall
the mundane and the magical
love is all
all is love
the careless word, the healing touch
the getting and the getting of
all is love
there's a me you've always known
the me that's a stranger still
the you that feels like home
and the you that never will
but still here we lie
tender and trusting and true
with everything that we've been through

all the glory
all the pain
all the passion
that turns into ashes
only to rise again

Marc Anthony - Love Is All

Tuesday, May 20, 2003

Kerja oh Kerja

Hampir seminggu balik kampong aku mula kerja hari ini. Mak datuk banyaknya kerja yang sedia menanti. Artikel untuk performance review tak siap lagi, cukai pendapatan pun aku tak isi lagi. Ni gerenti sah-sah kena denda nanti. Malas betullah nak isi. Kepala tengah pening memikirkan hal Man. Banyak persoalan bermain di fikiran. Tak berpeluang untuk bersemuka dengan Man di JB. Dia amat berahsia, kalau di tanya sepatah, sepatahlah dijawabnya. Mungkin memang banyak prosedur sebelum segalanya selesai. Kena tunggu dan lihat, walau biasanya hanya memakan masa 3 minggu untuk BNM sahkan. Kena tunggu lagi... dan aku kena sabar seperti selalu.

Tak banyak yang berlaku di ofis sepanjang aku bercuti. Cuma boss nak jumpa staff sebab ada komplen dari lecturer. Itu perkara enteng, boleh diselesaikan. Boss tu pun kenalah tahu macamana anak buah kat Cyber ni bekerja. Tapi kadangkala staff ni pun satu, tak mahu kerja sungguh-sungguh. Kena ketuk baru bergerak. Macam semangat belon, bila lama tak tiup semangat kempis. Tapi staff memang tidak cukup dengan beban tugas yang banyak ini, itu tidak dinafikan. So boss aku tu kenalah faham jugak situasi semasa.

Last week aku "perang" telefon dengan N. Geram bila aku call asyik tak dapat jer. Tapi memang betul pun telefon dia rosak. Dia macam happy jer bila aku datang jumpa dia. Tak buat silent protest macam selalu. Asyik melawak jerr, aku pun kadangkala musykil pulak. Apa pun aku dapat rasakan dia juga perlukan aku dalam hidup dia. Entah betul statement ini ataupun hanya perasaan aku jer. Mungkin terlalu awal, lets time decide. Tapi kalau 2 hari tak dengar suara dia rindu amat.

Air mata yang berderai
Siapa yang menghapuskan
Hati kering dan gersang
Siapa yang meneduhkan
Sedangkan kau yang ku sayang
Telah pergi dari ku
Dengan cinta
Dan harapan
Hidupku...oh sayang
Tiada lagi ku dengar kidungmu
Tiada lagi derai tawamu
Hanya kesepian
Yang kian mencengkam
Jiwaku
Malam-malam dingin membeku
Hari-hari kian kelabu
Dalam doa kudus
Ku sebut nama mu
Cinta ku
Oh sayang
Damailah
Kau di sana
Di sisTuhanyang Esa

Lefthanded
Tiada Lagi Kidungmu

Monday, May 19, 2003


Look at me I'm not the man I used to be
When she smiles at me
I live the light I used to see
There she goes and i know
On my own
I'm not whole

Can't believe
She can't see
That she's taken the best part of me
I'm half a man with half a heart
With nothing left to tear apart
Half of me is walking 'round
The other half is on the ground
She mends me

What's to see I had it all in front of me
It's all on me
All in the name of vanity
There she goes and I know
On my own
I'm not whole

Can't believe
She can't see
That she's taken the best part of me
Tell me where I am
nothing else can replace her
how do i go on the way I am

Marc Anthony : She Mends Me

Nasi Ambeng dan TK

Hari ini masih bercuti, tapi aku datang ke ofis nak check email yang beratus tu. Seronok bercuti di kampong, makan tidur. Rasanya cuti raya pun tak pernah selama ini. Ada banyak kenduri "Nasi Ambeng" masa cuti tu. Aku memang dah bertahun tak pergi kenduri macam tu, rasa kekok bila di minta membahagikan nasi tu untuk di bawa pulang. Hadirin memang tak akan makan nasi tu just bungkus bawa balik. Setalam kongsi 5 orang, ada nasi , sayur, serunding dan ayam separuh. Best juga ...

Masa cuti baru aku sedar yang ayah aku dah berumur 67 tahun. Tapi alhamdullilah kesihatannya di tahap yang amat baik. Aku bersyukur dan jika ada peluang aku nak lebih banyak masa bersama mereka. Berborak-borak dengan ayah memang amat menyeronokkan. Ayah tidak banyak berahsia seperti dulu, mungkin dia dah anggap aku dah dewasa. Cuma ayah tidak gemar berjalan jauh. Kalau pergi mana-mana mesti bawa mak sama. Kalau tidak dia akan rasa canggung dan resah. Aku berusaha untuk membahagiakan mereka berdua sedaya mungkin. Namun kenapa segalanya berjalan terlalu perlahan? Aku seperti kesuntukkan masa kenapa begini? Dugaan mungkin.

Bunga orkid yang aku beli 3 tahun lepas di Taman Orkid KL dah berbunga. Dulu aku ingat orkid tu "mandul" sebab tak berbunga. Tapi memang species lambat berbunga, bila dah sekali berbunga mak datuk indah sungguh ciptaan tuhan. Mak aku dah minat pada orkid pulak, nanti kalau lapang aku beli lagi kat mana-mana. Kali ini nak beli yang dah berbunga. Malas nak tunggu bertahun baru boleh lihat bunganya. Sekarang ni aku nak segalanya cepat sahaja, aku malas nak tunggu lama. Kenapa yer?

Mak dan ayah tinggal berdua sahaja di kampong bila Yana dah balik ke Kolej. Sedih pulak bila ingatkan itu. Tapi mak memang seorang yang aktif dengan kelas agama dan pelbagai aktiviti di kampong. Dia lebih bahagia buat kerja-kerja macam tu. Aku tak tahulah jika dia sunyi bila anak-anak dah besar. Ada juga dia risau sebab kenapa aku tak kahwin-kahwin lagi. Aku pun tak ada jawapan yang tepat. Bila H dah tak ada, aku malas nak fikirkan tentang hal tu lagi. Aku rasa selesa hidup sendiri - sendiri. Tapi aku takut jika dia berkecil hati jika aku diam membisu.

Banyak yang aku fikirkan masa cuti tu. Aku nak jadikan rumah dikampung sebagai tempat perjumpaan semua ahli keluarga pada hujung minggu. Tapi kena buat renovation, tambah bilik, pasang lebih banyak kipas, luaskan laman untuk tambah tempat parking, buat jambatan baru dan sebagainya. Aku nak semua adik-beradik bantu, aku rasa duit takkan jadi masalah besar. Kena bagitau Kak Long di Kuantan dulu sebab dia yang paling jarang balik kampong.

Apapun pun aku rasa segalanya agak lambat. Masa atau keadaan yang membuatkannya lambat aku tak pasti. Aku harap segalanya akan berjalan seperti yang telah dirancangkan. Berilah aku kekuatan ...



Tuesday, May 13, 2003

Survivor

Malam tadi bersengkang mata nonton Survivor Finale sorang-sorang. Masa penjurian di buat aku terlelap seketika. Akhirnya Jenna menang dengan undi majoriti 6-1. Rezeki dia dan dia menang 4 cabaran immuniti dari keseluruhan 8. Power juga ...

Semalam juga lecturer aku dari UiTM datang untuk buat pre-test questionnaire Phd dia. Dia suruh aku perbetul mana yang kurang. Kira tokok tambah mana yang aku tahu. Padahal aku ni anak murid dia jer dulu dan dia hanya pandang sebelah mata jer kat aku. Yelah aku masa belajar dulu tak suka menonjolkan diri. Banyak juga dia perah idea aku petang tu. Aku tunjukkanlah skill aku dan dia nampak bersungguh mendengar. Rasa puas pulak bila buat macam tu.

Asri singgah apartment aku malam tadi. Susah juga nak bagitau direction untuk yang first time datang. Kami berborak tentang semua benda, dia kerja di Telekom juga tapi dah pangkat Senior Manager. Aku teringat statement dia "Kau tu baik sangat, orang akan rasa bersalah kat kau kalau buat tak betul, sebab tulah mereka serba salah nak rapat. Ko kenalah buat tak tahu jer tentang sesuatu hal dan jangan pendam dalam hati". Dia merujuk kat N ker ? Aku konfius, aku pun nak dia tahu yang aku ni bukan baik sangat hahahaaa. Cuma mereka tak kenal aku sangat dan aku jenis yang tidak mudah putus asa.

Esok cuti umum dan aku akan bercuti sampai hari Isnin minggu depan. Mungkin page aku ni takkan berupdate sampai tarikh tu. Tak tahulah kalau di TK ader Cyber Cafe sebab kat rumah aku di kampong takde komputer. Tak tahu nak buat apa untuk cuti ni. Mungkin tolong mak racun rumput kat halaman rumah tu dan "gardening". Pokok-pokok bunga tu kena taruk baja dan re-pot. Tapi pasu dia besar-besar tak larat nak buat sorang.

Ada majlis kahwin rumah saudara Sabtu ni. Aku memang malas nak pergi. Tapi mak mesti nak aku ikut sama. Yelah sapa lagi yang nak memandu. Aku panas telinga bila nanti diorang tanya "bila lagi". Statement yang paling aku tak gemar, nak jawab camna yer?. Aku selalu buat muka seposen jer dan gelak-gelak. Aku nak pastikan mak aku tak duduk lama-lama kalau pergi kenduri kahwin.

Isteri 1

Sehabis menyadap madu, apalagi yang berbaki
di cangkir itu, melainkan bau bibir yang masih merah
melekati kenangan silam. Engkaulah perempuan
yang membuang duri pada telapak kaki, ketika
kakiku tersadung tangkai bougenvilla yang dilemparkan
sisa hari. Namun, teratai yang berkembangan di tasik itu
masih berkembangan, biarpun kemarau panjang telah
meragut kehijauan pada daun-daun musim. Katamu,
engkau masih menanti di hujung sana dengan sekuntum bunga.

Sekuntum bunga setia.

Abdullah Shuib
( Wanita, Mei 2003 pp: 223)

Terjumpa puisi yang indah ini semasa browse majalah di library.

Monday, May 12, 2003

Entah

Semalam aku ke SPCA di KL, tempat tu terletak betul-betul di tepi jalan. Tapi amat malang bila waktu lawatan hanya setakat pukul 9.00 am - 4.00 pm. Nasib baik dapat juga jumpa Mat Saleh yang jaga tempat tu. Dia bagi banyak brochure tentang penjagaan haiwan. Siap nasihat lagi supaya mengkembirikan haiwan peliharaan supaya populasi haiwan yang tidak dikehendaki dapat dibendung. Selepas tu pergi minum di kedai berhampiran dan balik ke Cyberjaya.

Telefon mak di kampong, cadang nak wish mother's day lah pulak. Tapi melalut cakap semua benda lain. Yang tu tak cakap pun, sebab memang tak pernah buat (hampeh). Hanya tanya khabar berita. Sebak pulak bila dengar mak begitu gembira bila anak-anak call dia. Sayang mak ...

Man masih tak call aku. Dia kata dia akan call kalau benda tu dah OK. Mungkin masih dalam proses pengesahan lagi. Itu yang dia tak boleh buat apa-apa lagi. Aku memang amat berharap kali ini menjadi. Sebab aku banyak plan yang dah tersedia untuk dilaksanakan. Percutian ke Cameron Highlands juga bergantung padanya. Hishh aku risau takut mak kata aku ni tak bersungguh bila nak pergi berjalan dengan family. Yana pun dah excited semacam dengan plan trip ke Cameron tu. Insyaallah kalau semuanya ok akan ke sana juga. Sebabnya dah sebulan lebih tak pergi ke mana-mana semenjak balik bercuti dari Kuching bulan Mac lepas. Kali ini memang nak bawak mak berjalan-jalan pulak.

Tak banyak yang berlaku semalam, macam rutin jer. Tak tahu nak buat apa bila sorang-sorang. Terkilan dengan sikap N, tapi tak boleh salahkan dia juga. Dia ada kehendak dan spesifikasi dia tentang apa yang dia mahukan dalam hidup. Jadi aku kena terima itu semua sebagai dugaan. Aku belum boleh mempercayainya 100%, ada ruang-ruang rahsia yang wujud dan dia tidak mahu beritahu. Itu hak dia asalkan dia gembira aku juga gembira. Kalau dia nak mengubah aku no way, aku tetap aku yang sekarang ni. Aku tidak boleh menjadi orang lain. Aku rimas berpura-pura kalau itu yang dia mahu. Aku nak dia terima diri aku yang sekarang ini.

YOU LIGHT UP MY LIFE (Debbie Boone)

So many nights I sit by my window
Waiting for someone to sing me his song
So many dreams I kept deep inside me
Alone in the dark but now
You've come along

You light up my life
You give me hope
To carry on
You light up my days
and fill my nights with song

Rollin' at sea, adrift on the water
Could it be finally I'm turning for home?
Finally, a chance to say hey,
I love You
Never again to be all alone

You light up my life
You give me hope
To carry on
You light up my days
and fill my nights with song

You light up my life
You give me hope
To carry on
You light up my days
and fill my nights with song

It can't be wrong
When it feels so right
'Cause You
You light up my life

p/s : Lagu ini untuk mak ayah, adik beradik dan "Awang bersaudara" - sepasang angsa yang menjadi pak guard rumah kami di kampong.

Saturday, May 10, 2003

Dia Ibuku

Sabtu ni aku tak balik kampong. Cadang memang nak balik sebab nak bawak mak dinner Sabtu malam. Tapi aku rasa elok aku tangguhkan sehingga hari Rabu minggu depan. Aku akan bercuti dari hari Rabu sampai Isnin minggu depannya. Mungkin Man pun akan balik dari JB. Tapi dia tak janji lagi sebabnya takut tak jadi.

Hujung minggu ni "Mother's Day", tapi aku sentiasa mengingati ibu bapa dan sentiasa mendoakan mereka setiap kali lepas solat. Tiada perkataan yang dapat menggambarkan betapa besarnya pengorbanan ibu terhadap kami adik beradik. Sanggup berjuang apa sahaja demi membesarkan kami.

Setiap kali aku menghulurkan duit kepadanya, ibu pasti akan menolak banyak kali. "Eh banyak sangat ni, ada duit ker nanti". Kasih sayangnya tak ternilai dengan wang ringgit atau gelang emas penuh selengan. Ibu tetap seorang yang tidak pernah mendahulukan kepentingannya melebihi kepentingan kami. Walaupun masa suram telah berlalu tapi kenangan lalu tetap segar menghijau diruang ingatan.

Aku terkenangkan zaman mengambil upah memetik buah kopi di kebun Cina, masa usiaku 10 tahun. Naik basikal bersamanya ke pasar di TK sejauh 20 km setiap pagi Isnin. Mengutip telur itik setiap pagi. Ke sawah menanam padi menggunakan kuku kambing walaupun ibu sarat mengandungkan Man sampaikan jiran menegur " Laa kang terberanak tengah sawah tu". Tapi ibu tetap tabah, kerja tetap diteruskan dan kami memang sentiasa bersama kemana sahaja. Ibu tidak pernah merungut atau mengeluh penat.

Maaf ibu jika kami terus menyusahkan dirimu dengan pelbagai karenah dan kedegilan sehingga kami menginjak usia kedewasaan. Bila masing-masing punya kerjaya sendiri dan meninggalkan TK. Aku tahu ibu kesunyian, maaf ibu jika kesibukan kadangkala membuatkan aku lupa menghubungi mu di kampong. Tapi aku berjanji akan pulang sekerap mungkin.

Senyumannya sentiasa membuatkan aku terus bersemangat meneruskan hidup. Nasihatnya yang tidak pernah putus-putus bila H pergi, membuatkan aku sedar yang aku sentiasa disayangi. Dialah ibuku Hajah Saniah bt.Kamtari .

Duhai apakah gerangan budi balasan
Bagi insan melahirkan, membesarkan
Bercucuran airmata bila mengenangkan
Betapakah besar budi ibunda berikan
Siang malam menderita
Hingga entah bila
Sungguh besar pengorbanan
Ibunda berikan

Tiada bahagia jika tiada
Doa puja restu
Syurga itu telapak kaki ibu

Aishah
Syurga Di Telapak Kaki Ibu

Friday, May 09, 2003

Kembali Bertaut - Tentang N

"Boleh saya bercakap dengan N"
" Siapa ni?"
"Saya adik dia"
"Oh Azlan yer, tapi N takde kat sini, dia tak sama ofis dengan I"
"Boleh bagi no. telefon dia?"
"Kejap yer nanti saya cari , nanti boleh call balik? ".

Selepas itu dia menelefon semula dan saya memberikan no. telefon N seperti yang di minta. Aneh sekali sudah hampir 18 bulan N pulang ke tanahair. Baru sekarang dia ingin bertanya tentang N. Semua adik beradik N tinggal di Kuala Lumpur tapi amat jarang bersua muka. N cuma rapat dengan kakak sulungnya berbanding ahli keluarganya yang lain yang seramai 5 orang semuanya. N dijemput tinggal menetap bersama Kak Longnya . Mereka agak rapat dan saling bertanya khabar. Tapi N memilih untuk tinggal sendiri setelah mengambil keputusan untuk menetap terus di Kuala Lumpur.

Semalam N menelefon aku semasa dia lunch di KLCC. Aku , Wan, Ayah Farol, Zul dan Ustaz seperti biasa makan di Food Court Bus Stand dekat Street Mall.

"Hey tahu siapa yang saya jumpa masa makan tadi?".
"Siapa?", jawabku ringkas.
"Alah model iklan softlan tu", dan dia terus gelak-gelak .
"Azlan call I semalam".
"Ya dia call dan tanya pasal kereta tu"
"Baguslah keluarga U semakin rapat sekarang", jawabku semula

Memang keluarga N semakin mengambil berat keatas dirinya. Aku turut bersyukur atas doaku saban hari dimakbulkan. Mereka adik-beradik kini semakin mengambil berat antara satu sama lain. Tidak lagi hidup membawa haluan sendiri-sendiri lebih-lebih lagi setelah kematian kedua orang tuanya. Saban minggu ada perjumpaan keluarga, mungkin hasil usaha kakak sulungnya. Namun N tidak selalu turut serta. Mungkin dia sibuk atau sedikit canggung sebab tiba-tiba mereka berubah. Bukankah perubahan itu sesuatu yang membawa kebaikan? Atau mereka mula sedar yang N adalah seseorang yang tidak seharusnya dilepaskan begitu sahaja. Setelah mereka mengetahui tentang hidupnya yang sebenar. Atau mereka mula sedar air yang dicincang tak akan putus. Aku tidak ada jawapan tentang itu.

Aku amat berharap mereka ikhlas dan menyayangi N sebagaimana aku mengambil berat terhadap dirinya. Walaupun jika ditakdirkan suatu hari nanti kami tidak berkawan rapat lagi. Atau N sudah tidak memerlukan aku lagi dalam hidupnya. Aku tetap akan mendoakan kesejahteraannya setiap kali aku bersolat 5 kali sehari. Aku sentiasa mendoakannya sebagaimana aku mendoakan kesejahteraan kedua ibubapaku dan ahli keluargaku yang lain.

"So Azlan akan jumpa U Ahad ni?
"Tak tahu lagi tapi kami memang banyak bercakap tentang hal-hal keluarga sekarang", jawapnya semula.
"Eh, oklah I have to go".
"OK, take care" . Dan aku meneruskan upacara makan-makan dengan mood yang pelbagai.

They can say anything they want to say
Try to bring me down
But I will not allow
Anyone to succeed
Hanging clouds over me
And they can try hard to make me feel
That I don't matter at all
But I refuse to falter
In what I believe
Or lose faith in my dreams

'Cause there's a light in me
That shines brightly
They can try
But they can't take that away from me
From me

They can do anything they want to you
lf you let them in
But they won't ever win
If you cling to your pride
And just push them aside
See
I have learned there's an inner peace I own
Something in my soul
That they cannot possess
So I won't be afraid
And darkness will fade

'Cause there's a light in me
That shines brightly
They can try
But they can't take that away from me

No
They can't take this
Precious love
I'll always have inside me
Certainly the Lord will guide me
Where I need to go

They can say anything they want to say
Try to break me down
But 1 won't face the ground
I will rise steadily
Sailing out of their reach

Oh Lord
They do try hard to make me feel
That I don't matter at all
But I refuse to falter
In what I believe
Or lose faith in my dreams

'Cause there's a light in me that shines brightly
They can try
But they can't take that away from me
From me

Mariah Carey - Can't Take That Away



Thursday, May 08, 2003

Pra-Shopping

Malam tadi ke Jaya Jusco Puchong menolong Wan shopping. Dia tempah blazer baru untuk majlis convocation dia 22 Mei ini. Aku pun cuba-cuba jaket Mandarin colar yang ada di kedai itu. Nampak ada kelainan bila memakainya, harganya pula ok RM 300 tapi aku tak beli lagi. Mungkin next week, memang aku berkenan sungguh. Sesuai untuk majlis dinner atau bila menghadiri mesyuarat. Kemudian pilih kasut untuk Wan, pilihan di JJ tu amatlah terhad tapi oklah sebab tak perlu rambang mata. Sempat juga window shopping baju-baju yang ada dan marks mana yang berkenan. Nantilah bila aku pergi shopping yang setahun sekali tu aku listkan apa yang aku nak beli. Tahun lepas aku, Zul dan Ayah Fahrol ke Singapore Sale. Kita semua memang jenis yang hanya beli baju setahun sekali. Tapi memang untuk stock setahun dari kasut sampailah baju-baju untuk ofis. Tapi memanglah habis banyak juga bila sekali keluar tu. Masing-masing akan beri pendapat pada fesyen yang dipilih dan kami bercuti untuk urusan tersebut. Tahun ini mungkin hanya shopping di KL sahaja sebab takut nak kemana-mana terutamanya ke Singapore.
Jaket Nehru dan Masa Depan

Aku rasa elok juga kalau aku tempah satu Jaket Nehru pulak kali ini. Sudah muak dengan blazer blue black aku tu. Aku rasa telah sampai masanya sekali-sekala memandang kepada gaya 60-an pulak. Macam Beatles pulaklah kononnya nanti. Fesyen ini mengambil sempena nama Jawaharlal Nehru, Perdana Menteri India yang pertama. Ciri jaket ini ialah dengan ketiadaan lapel dan kolar. Aku rasa pakaian ini lebih kemas dan praktikal. Tak perlu menayang tali leher yang kalau salah pilih corak boleh memburukkan gaya. Gaya penampilan juga amat penting di dalam persaingan kerjaya masakini di samping sentiasa mempertingkatkan diri dengan ilmu di dalam bidang yang diceburi.

" Kalau anda mahu cemerlang dalam hidup , anda mesti sanggup bertembung dengan banyak halangan. Yang terbesar ialah minda anda sendiri , yang hanya sukakan sesuatu yang selesa dan mudah," kata Inamori Kazuo - Pengasas dan Pengerusi Kyocera Corporation dan DDI Corporation. Seorang ahli perniagaan Jepun yang paling dikagumi dan pemikir inovatif.

Robert T. Kiyosaki pula dalam bukunya , Rich Dad, Poor Dad menambah , "Seharusnya wang bekerja untuk kita dan bukan sebaliknya". Beliau sentiasa mengajar orang untuk "pencen" di usia muda. " Biarlah wang bekerja untuk anda setelah itu," katanya lagi. Beliau sendiri bersara di usia 47 tahun pada 1994 daripada perusahaan yang dia bangunkan sejak 1985. Memasuki masa 'pencen' bagi Kiyosaki bukan bererti menganggur. Dia produktif menuangkan gagasan dalam bentuk penulisan. Karyanya menjadi best seller di Amerika Syarikat, bertepatan sekali dengan apa yang diperkatakannya, iaitu "Setelah 'pencen' biarlah wang yang bekerja untuk anda.'

Kadangkala memang rasa sudah selesa dengan rezeki Allah berikan buat masa ini dan tidak mahu meneroka pasaran yang ada di luar sana. Sudah lama juga tidak mengemaskinikan resume dan menghadiri temuduga kerja. Kadangkala gatal tangan juga untuk melihat-lihat "market". Hakikatnya aku perlu bekerja sepanjang hidup sebabnya banyak sungguh yang perlu di bayar. Aku perlu melupakan angan-angan untuk pencen di usia muda. Lainlah kalau aku dapat rezeki terpijak juta-juta macam kawan aku tu. Bakat menulis pun takde, dan jadi penulis di Malaysia tidak mampu membawa kita kemana-mana. Pasaran kecil dan orang tidak jadikan membaca kegiatan utama berbanding menonton drama swasta atau soap opera. Jadi aku perlu bekerja dan bekerja sampai "tamat tempoh". Tiap pagi perlu pergi kerja, meeting, paper work, kena marah etc. Segalanya berulang-ulang sampailah aku pencen. Kalau jadi pengarah pun hanya akan membuatkan kepala aku botak teruk sebelum aku sampai ke usia pencen.

Wednesday, May 07, 2003

Haruskah Diuji

Semalam tiba-tiba kereta aku tak boleh nak di start. Berkali-kali cuba tapi tak juga boleh hidupkan enjin dia. Aku ambil keputusan untuk berjalan jer ke ofis. Tapi bila Wan cuba start malam tadi boleh pulak. Alhamdulillah sebabnya aku dah berkira-kira nak tukar bateri dia. Mungkin kereta aku ni merajuk bila aku cuba menjeling-jeling kat Honda City model terbaru tempohari. Aku dengan N pernah juga ke Puchong tengok kereta Sonata dan Elantra. Untuk N, Sonata paling sesuai dengan dia. Tapi aku tak berapa puashati dengan seat belakang dia. Bumbung belakang dia agak rendah untuk passenger .Kurang selesa walaupun bentuk dia memang macam Jaguar bila di lihat dari belakang. Aku kata kat N kalau dia nak beli Sonata belikan satu untuk aku sama. Aku rasa Elantra lebih sesuai dengan citarasa aku yang simple. Kereta tu nampak simple tapi memberikan imej yang teguh. Harga dia juga taklah sampai lebih dari 100 ribu. Lagi satu kereta yang dalam perhatian aku ialah Kia Rio. Nampak sporty, simple dan memberikan imej cergas. Buat masa ni aku masih lagi berpuas hati dengan kereta yang ada sekarang. Kalau ada rezeki aku nak tumpukan pada rumah dahulu. Kereta yang ada sekarang masih boleh membawa aku ke mana-mana.

Telah kuhebahkan rinduku yang lesu ini
Tertutup mastuli
Namun mustika cintaku terus membara
Walaupun tenggelam cinta yang membeku di selendang arus
Namun mutiara rinduku masih menyala
...

Lagu dari Farish ini aku tertarik pada perkataaan mastuli , kawan aku cakap ia nama sejenis kain. Tapi aku belum jelas kain yang macamana. Nantilah aku semak kamus dewan. Aku download lagu Melayu dari Jakionline, then gunakan Ripper untuk convert jadi MP3. So berdendanglah dengan lagu ini seharian.

Semalam juga aku dapat text penuh laporan Christopher Lockwood tentang Malaysia. Laporan setebal 31 muka surat dari majalah popular The Economist itu memang sedikit menyentap. Tapi aku tak boleh nak komen apa benda sensitif tu, kita yang hidup di Malaysia, tahulah macamana negara ini ditadbir. Cuma aku tertarik pada komen-komen pedasnya pasal project MSC. Kadangkala dia mengakui kejayaan atau pencapaian Malaysia dengan kemasukan syarikat multinasional ke MSC. Tapi dia kata " it is too early to judge the MSC a success: most of the jobs created have been at the low end of the value-chain, and have come partly in response to tax breaks that will be expensive to continue indefinitely. But the signs are quite encouraging." Aku nak tunggu dia komen pasal projek yang sama di Hong Kong iaitu Cyberport. Setakat ini takde laporan lagi tentang projek yang sebijik macam MSC ni. Atau sajer ker diorang dengki dengan ketegasan Malaysia terhadap beberapa isu global. Apapun The Economist keluaran 3 April 2003 itu diharamkan edarannya di Malaysia. Tapi internet kan ada, versi online dia lebih clear aku rasa.

Tuesday, May 06, 2003

Penaklukan Minda

Sejak akhir-akhir ni aku mudah naik angin. Benda kecik pun aku sensitif, mungkin faktor umur. Aku malas nak peningkan kepala, sebabnya aku rasa apa yang aku nak dalam hidup hampir semuanya aku dapat. Kecuali yang satu itu, terlepas dari genggaman. Aku rasa hidup aku ok, tak perlu terkejar ke ofis tiap pagi. Aku duduk dalam kampus. 3 minit drive dah sampai. Tapi still aku rasa tak sedap hati. Something missing in the between. Entah apa agaknya, emosi aku cepat jer respon pada benda yang agak-agak memeningkan kepala. Management tengah buat plan tindakan apa akan berlaku jika keadaan sekarang ini berubah. Bila tampuk pemerintahan berubah ke mana hala tuju universiti. Mungkin pihak pengurusan akan bertukar. Bajet semakin slim tidak boleh lagi beli itu ini. Segalanya kena cut kos, tapi mahu keuntungan yang maksimum. Memang betul keuntungan juga penting, tapi sebagai sebuah universiti tanggungjawab sosial perlu diutamakan. Kita wujud untuk memberikan pendidikan bukan mengaut keuntungan semata.

Aku rasa semua orang telah berkorban untuk universiti. Masa, tenaga, emosi semua dikorbankan untuk mengekalkan kewujudan universiti ini. Tapi menguruskan 2 buah kampus bukan sesuatu kerja mudah. Mesti ada yang tertinggal atau dipinggirkan. Pesaing terutamanya orang luar sentiasa akan mengintai apa yang kami sedang usahakan. Tapi sedar atau tidak mereka sebenarnya lebih mengetahui apa yang dibuat di semua universiti di negara ini. Kebanyakkan universiti melanggan pangkalan data ( online database ). Penyelidik akan membuat search kepada setiap database ini. Vendor yang sudah semestinya mempunyai statistik, data kekerapan hasil pencarian maklumat akan memanipulasikan data tersebut. Mereka akan mengetahui apakah penyelidikan yang akan dilakukan atau sedang diusahakan oleh sesebuah universiti itu. Semua maklumat ini boleh didapati hasil pencarian maklumat di dalam pangkalan data. Ramai yang tidak sedar, kita hanya menggunakan atau melanggan maklumat yang telah disediakan oleh pihak luar.

Selain itu kekerapan pelawat dari Jepun yang sentiasa ingin mengetahui tentang projek MSC juga semakin mencurigakan. Mereka datang dan memberikan pelbagai kemudahan kepada universiti dan sudah pasti inginkan sesuatu sebagai balasan. Mereka datang atas nama pelbagai badan kerajaan negara mereka, melalui orang perantaraan mereka yang juga bekerja sebagai penyelidik.Sudah pasti maklumat tentang sesebuah negara itu di dalam genggaman mereka. Aku paranoid dalam hal-hal begini sebenarnya. Bagi aku penjajahan bentuk baru bukan sahaja melalui bidang ketenteraan. Maklumat perisikan juga boleh dilakukan hasil kerjasama yang dilakukan atas nama pendidikan atau penyelidikan. Mereka sudah pasti melakukannya atas nama penyelidikan akademik. "Ini untuk kerja-kerja ilmiah, jangan takut segala data akan dirahsiakan" kata seorang pelajar master kita dari universiti di Jepun yang inginkan maklumat sulit tentang sesuatu projek. Pensyarahnya memintanya pulang untuk mendapatkan segala maklumat sulit ini. Kita tidak tahu setakat mana maklumat itu ditakrifkan sebagai sulit. Kalau maklumat dari buku itu sudah semestinya boleh diberikan bila-bila masa. Namun maklumat primer hasil dari interview, data-data jabatan juga perlu ditakrifkan sebagai sulit. Kita juga tidak tahu sejauh mana mereka memanipulasikan data-data ini untuk kepentingan negara mereka. Kita perlu bijak untuk menapis maklumat yang ingin diberikan. Namun selalunya dikaburi atas nama penyelidikan akademik. Pelbagai taktik boleh dilakukan, mungkin pelajar itu juga tidak sedar jika dia dipergunakan. Siapalah yang tidak ingin mendapatkan markah yang tinggi untuk setiap tugasan. Ramai pelajar kita yang belajar di universiti luar negara, yang membuat thesis tentang negara kita atau perkara-perkara yang berkaitan. Hasil penyelidikan ini akan menjadi hakmilik universiti yang menganugerahkan ijazah, walaupun hakcipta tetap terhadap pelajar tersebut. Tetapi sebaik sahaja segalanya selesai dan ijazah dalam genggaman ianya akan dilupakan. Sudah pasti maklumat tentang negara ini mudah diperolehi di universiti-universiti tersebut. Jika thesis Master/PHD, JPA ada menyimpan salinannya. Tapi tidak pernah dibuat atau dihebahkan apakah thesis yang telah ditulis. Mungkin juga ada hasil penyelidikan pelajar kita ada yang telah dikomersialkan tanpa pengetahuan pelajar tersebut. Segalanya mungkin, apapun pelajar kita sekurang-kurangnya mendapat ijazah. Tapi otak aku masih terus terfikir tentang perkara yang bukan-bukan.

Monday, May 05, 2003

Entahlah

Pukul 8.00 pagi dah ada dalam perut kereta menuju ke Kampus di Melaka. Perut terasa lapar sebab tak makan apa lagi. Sampai jer, class takde yang kosong semua full dengan program. Sepatutnya aku ada 3 slots sampai pukul 3.00 petang ni. Sekarang ni aku tak tahu nak buat apa. Just duduk-duduk dan surf internet. Seronok jugak camni, sebabnya bukan salah aku. Orang lain yang arrange kelas aku tahu bagi lecture jer. Tapi ada problem pulak, sebabnya jadual program bertembung dengan program lain. So aku hanya duduk-duduk sambil mengenangkan nasib diri, bosan nanti aku cabut ler pergi mana-mana.

Sunday, May 04, 2003

Puyu oh Puyu

Hari Sabtu balik kampong sebab Yana bercuti sebulan. Sampai jer kat kampong terus pergi ke sawah tengok lopak air untuk selamatkan ikan yang nak mati kehausan. Maklumlah musim menuai kolam semua akan kering kontang. Banyak jugak anak-anak ikan yang perlu di selamatkan. Ikan puyu terutamanya, yang lain seperti sepat dah tinggal rangka sahaja. Ikan puyu memang kebal, walaupun tiada air tetap boleh hidup dalam lopak lumpur yang likat itu. Mana yang nak di bela masukkan dalam akuarium dan yang tak nak tu lepaskan kat parit. So dah ada 3 akuarium ikan . Ikan puyu, sepat dan belida. Ikan sepat tu paling aku suka sebabnya masa dia makan mulut dia berbunyi tercunggap-cunggap . Kemudian bawak beberapa ekor ikan puyu ke Cyber. Seekor selamat masuk kedalam lubang air dalam tandas dan yang lain masukkan dalam akuarium kecil. Tak payah gunakan oksigen ke apa benda tu .

Kemudian ke tempat N, dia mintak tolong betulkan pagar dia sebab si Max suka keluar dan main lumpur. Pergi Seven Eleven dan kemudian minum di Fathima sebelum pergi ke KLIA jemput Wan. Dia nampak dah ok tapi saraf mata dia pulak semakin membimbangkan. Entahlah aku tak tahu nak tolong apa dah. Kalau dia mintak tolong drive ke mana-mana insyaallah aku akan lapangkan diri.

Mungkin ... ...

Adik di JB bagitau mungkin minggu depan ni segalanya akan berakhir. Kesengsaraan dan penantian selama hampir 2 tahun berakhir. Era baru dalam hidupnya bermula. Tapi itu mungkin dalam minggu depan. Hari ini baru Ahad minggu depan itu tak tahu harinya apa. Ada 7 hari dan 168 jam. Dia akan ke Singapore hingga Selasa urusan kerja ( dia kerja di CITI Bank Singapore tapi office di JB). Aku juga sibuk hingga Selasa sebab ada kelas di Melaka. Mungkin hari Rabu ada berita gembira. Itu hanya mungkin, tapi katanya segalanya dah ok tinggal tunggu kelulusan BNM. Aku kena tunggu lagi, aku memang sentiasa menanti dan sabar menunggu. Tapi aku benci kejutan yang tak terduga. Aku malas dan letih mendengar kegagalan dan kekecewaan. Tapi aku kena berfikiran positif, aku nak tengok apa yang akan berlaku minggu depan. Kenapalah minggu depan kenapa tidak sekarang. Tapi minggu depan juga yang di pilih , sekarang baru hari Ahad. Lambatnya nak tunggu minggu depan ...


Mata Pisau

Lagu di umpamakan seperti mata pisau. Pengubat hati di kala duka. Menceriakan hidup dan menikmati apa yang tersedia di depan mata. Ini pendapat peribadi aku, hidup perlu di nikmati seadanya. Tidak berlebihan dan sederhana. Jika terlalu banyak ia akan melekakan dan mata pisau itu akan membunuh ...

Daniel Bedingfield - "If You're Not The One"

If you’re not the one then why does my soul feel glad today?
If you’re not the one then why does my hand fit yours this way?
If you are not mine then why does your heart return my call
If you are not mine would I have the strength to stand at all

I never know what the future brings
But I know you are here with me now
We’ll make it through
And I hope you are the one I share my life with

I don’t want to run away but I can’t take it, I don’t understand
If I’m not made for you then why does my heart tell me that I am?
Is there any way that I can stay in your arms?

If I don’t need you then why am I crying on my bed?
If I don’t need you then why does your name resound in my head?
If you’re not for me then why does this distance maim my life?
If you’re not for me then why do I dream of you as my wife?

I don’t know why you’re so far away
But I know that this much is true
We’ll make it through
And I hope you are the one I share my life with
And I wish that you could be the one I die with
And I pray in you’re the one I build my home with
I hope I love you all my life

I don’t want to run away but I can’t take it, I don’t understand
If I’m not made for you then why does my heart tell me that I am
Is there any way that I can stay in your arms?

‘Cause I miss you, body and soul so strong that it takes my breath away
And I breathe you into my heart and pray for the strength to stand today
‘Cause I love you, whether it’s wrong or right
And though I can’t be with you tonight
And know my heart is by your side

I don’t want to run away but I can’t take it, I don’t understand
If I’m not made for you then why does my heart tell me that I am
Is there any way that I

Friday, May 02, 2003

Membaca di Era Cyber

Memetik pendapat Shaikh Mohd Saifudden Shaikh Mohd Salleh ( Felo Kanan Institut Kefahaman Islam Malaysia) , "Kita boleh menilai seseorang itu, sama ada berilmu atau tidak menerusi percakapannya. Kata seorang pujangga: "Orang yang berminda kecil membicarakan mengenai orang lain; orang yang berminda sederhana membicarakan mengenai mengenai peristiwa dan kejadian; orang yang berminda besar membicarakan mengenai idea". Maksudnya di sini, jika seorang itu tidak membaca atau membaca bahan yang tidak membina, ruang lingkup pemikirannya tidak akan berkembang. Dan pemikiran sempit itu diterjemahkan dalam bentuk percakapannya.

Tapi bagi pendapat akulah berilmu atau tidak seseorang itu bergantung pada situasi atau keadaan juga. Kalau memanjang hendak mengupas idea atau teori dari jurnal ilmiah amatlah sukar. Kalau soal kerja, akademik dan perbincangan formal memang memerlukan idea bernas hasil pembacaan yang luas. Membaca pemikiran seseorang melalui apa yang dia tahu juga penting. Tetapi seseorang tidak akan memberikan ilmunya tanpa kita bertanya atau meneroka ilmu tersebut. Sekarang ini menjadi keghairahan baru pula untuk membaca jurnal peribadi. Membaca jurnal peribadi ini umpama mengenali seseorang melalui penulisan apa yang dilalui tiap ketika kisah kerjaya, permasalahan , dilemma juga amat penting untuk diketahui. Taxit Knowledge ini juga amat bernilai jika kita pandai menterjemahkannya untuk panduan diri sendiri. Pengalaman hidup atau apa yang pernah ditempuhi oleh seseorang juga amat berguna. Perkara ini tidak akan kita perolehi bila kita membaca Harvard Business Review atau bila kita membuat pencarian maklumat di pangkalan data atas talian ( databases) seperti IEEE, ProQuest, Emerald Intelligent Library sekadar memberi beberapa contoh. Tapi kisah kehidupan dan pengalaman hidup ini mungkin dapat kita perolehi contohnya ketika membaca jurnal weblog Syati dimana saya diperkenalkan tentang Sporo yang boleh menjangkiti kucing. Juga ketika menjengah jurnal -jurnal lain seperti Cik Kieli, CT Musafir, Toksik, Amd dan Auntie Yan sekadar menyebut beberapa jurnal yang sering aku kunjungi. Jurnal - jurnal ini juga memaparkan maklumat primer yang amat bernilai sekali. Di sinilah wujudnya sharing culture di dalam menyebar-luaskan ilmu dan pemikiran seseorang. Ilmu walau sekelumit akan memberi impak jika dihayati dan dipraktikan untuk menjadi panduan hidup. Jurnal-jurnal peribadi ini merupakan "universiti maya" yang sentiasa merelakan mindanya diterokai walau kita tidak tahu siapakah penulisnya tapi amat kaya dengan pengalaman hidup!.

Hari Buruh I Mei

Aku mula start kerja pada Jun 1996, 3 hari selepas final exam hinggalah sekarang. Syukur kerana aku mempunyai pekerjaan sejurus sahaja bergelar siswazah. Masa tu peluang kerja amat banyak. Tidak payah bersusah payah hanya berebut kerja sesama rakan sekursus. Ramai bakal majikan mengunjungi fakulti untuk mendapatkan calon pekerja. Majoriti sudah di lamar majikan sebulan sebelum final exam. Ada yang mendapat lebih dari satu tawaran kerja juga siap main lambung-lambung untuk pilih hendak kerja kat syarikat mana. Bila nak tukar kerja juga hanya main call senior, tanya ada tak kerja kosong kat tempat mereka. Eksklusif sekali ...

Tapi bila kajian tukar polisi dengan membuat pengambilan yang ramai, berlaku pulak lambakkan. Sekarang 'sukar' sikit tapi peluang kerja tetap ada cuma persaingan sengit. Sebabnya bakal majikan takde masa lagi nak 'groom' atau latih fresh graduate. Semuanya nak cepat dan pantas sahaja. Sekarang ni bergantung pada bidang apa yang kita pilih untuk mendapat pekerjaan. Bidang-bidang popular bukan lagi jaminan untuk mendapat pekerjaan. Mungkin bidang yang tidak glamor, 'membosankan", seperti tidak ada masa depan itulah yang sebenarnya mempunyai pasaran yang luas cuma kita tidak mendapat maklumat yang tepat tentang sesuatu kerjaya itu. Jadi terokailah bidang baru dan menjadi pelopor kepada sesuatu bidang itu akan memberikan anda banyak kelebihan.