Sunday, February 29, 2004

CUTI DAN MERONDA



Pukul 12.30 petang sudah terpacak di CJ. Yana kena balik awal ke Kolej, dia ada sesi bertemu Julie yang akan ke Nilai 3. Lepas makan ke IOI Mall. Wah! Homelife telah di buka di shopping kompleks ini. Ruang pameran dia taklah besar sangat. Hajat di hati nak mendapatkan bantal yang berharga RM9 itu tidak kesampaian, sudah habis. Perabut yang ditonjolkan bolehlah dikatakan OK sahaja. Ada beberapa tema yang diketengahkan moden dan tradisional. Ada dua tiga item yang berkenan di hati, tapi bila di tanyakan terpaksa beli keseluruhan set jadi terbantutlah idea. Sofa tak minat nak beli keseluruhan set, nampak semak. Kalau boleh nak beli 3 seater yang satu itu. Tapi tak boleh plak kena beli semua.

Esok cadang nak ke bank, kemudian ke Macy dan kalau sempat ke IKEA. Idea ke IKEA dah lama tapi tak kesampaian. Balik tadi dari kampung bawak sekali majalah-majalah Impiana & Anjung Seri. Rupanya Yana dah lama kumpulkan majalah tu, tapi dia berhenti melanggan bila dah masuk kolej. Anjung Seri tahun 1999 pun ada. Khusyuklah menelaah majalah tu. Baca sampai merah biji mata.

Seronok kalau pergi ke shopping kompleks bukan masa cuti. Jadi esok akan memulakan pengembaraan mencuba, melihat dan membandingkan harga. Kemudian buat bajet. Tapi semangat itu kena ada.

MISTERI

Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama. Pepatah ini seakan tidak relevan lagi. Manusia sekarang mati dengan pelbagai misteri yang ditinggalkan. Kisah pelajar UNITEN yang mati itu juga satu misteri. Hizairi Othman juga hilang tanpa dikesan. Sekarang ini banyak juga kes hilang tanpa jejak. Lelaki Melayu profesional juga seolah-olah dilanda krisis dalaman mereka sendiri. Jangan sangka mereka yang nampak riang tiada masalah dalaman. Tapi aku tidaklah sampai tahap itu. Insyaallah selagi kudrat ada, tak mahulah menciptakan misteri yang bukan-bukan ini. Kesian mak bapak dan adik beradik yang tak tahu apa-apa duduk perkara.

Kematian kalau sudah ajal sesaat pun tidak akan terlewat. Tapi kalau hilang "tanpa izin" agak payah untuk ditafsirkan. Di Malaysia sudah ada tanda-tanda pembunuh upahan sudah bermaharajalela. Ada wang semua boleh jadi. Sanggup upah pembunuh upahan asal cita-cita tercapai. Inilah negara kita yang tercinta ini. Kemajuan infrastruktur perlu seimbang dengan pencapaian moral masyarakatnya. Tapi biasalah banyak benda boleh berlaku. Ada lebih 25 juta manusia di Malaysia jadi ada 25 juta karenah manusia yang hidup di dalamnya.

Selagi kita bernafas, lakukanlah sesuatu yang terbaik untuk diri dan orang-orang yang kita sayangi. Hubungilah mereka
(macam iklan Telekom pulak). Bukan apa manalah tahu kalau ...

Esok cuti dan aku nak meronda lagi.

Saturday, February 28, 2004

AF , SMS & FATIHAH SEWAH



Tiap petang selepas maghrib sebelum pukul 8.00 malam ada rancangan Imbasan AF. Si Adi tu budak CC. Kebetulan … maaf aku tak kenal dia. Sudah pasti dia juga tak kenal aku, walaupun mungkin kami pernah bersekolah bersama. Itu pun kalaulah . Aku bukan peminat AF, dah terlalu tua untuk benda-benda macam ini. Tapi kadang-kala aku nonton American Idol yang aku rasa lebih ‘tough’ formatnya mungkin berbeza namun tetaplah ada undian melalui telefon juga dan yang bagusnya tol free. Juri boleh hentam cukup-cukup, kalau kat Malaysia mahu banjir satu Malaya.

Dalam Imbasan AF, hadiah untuk SMS terbanyak cuma RM 500. “Terbanyak” tu subjektif, kalau nilai hadiah dia tidak berbaloi alahai malang sekali. Tapi biasalah kalau duit tu memang berlebih dan tak tahu nak salur ke mana apalah salahnya kita membuat kebajikan. Sekurang-kurangnya kita membantu kanak-kanak seperti Fatihah Sewah yang bercita-cita ingin menjadi doktor itu.

“Sumbanglah ke Telethon Pendidikan Nasional utk pelajar yang memerlukan. Taip TABUNGHIP & hantar ke 36600. Anjuran Celcom, Ansara & NTV7. Setiap sumbangan = RM 10.”

Manalah tahu ada saudara jauh dekat kita yang memerlukan bantuan pendidikan. Sekurang-kurangnya walaupun tak dapat sebarang hadiah untuk SMS terbanyak tapi untuk kejayaan bangsa kita juga. Manalah tahu akan ada tokoh pemimpin berwibawa, professional tersohor dan saintis terhormat yang lahir dari sumbangan SMS kita itu. Pahala dapat hati pun tenang, redha.

Tertarik dengan kenyataan Utusan Malaysia 25 Februari 2004.

Peraduan melalui SMS haram - Harussani

IPOH 24 Feb. - Sebarang bentuk pertandingan termasuk peraduan melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) adalah haram di sisi Islam sekiranya ia mempunyai unsur-unsur penipuan. Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria berkata, hukum tersebut jelas kerana perbuatan mengaut keuntungan daripada wang yang terpaksa dibayar dahulu oleh peserta adalah satu bentuk perjudian.

"Setiap satu benda termasuk pertandingan atau peraduan yang ada unsur-unsur gharar atau penipuan, hukumnya jelas haram,'' katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau menjelaskan demikian sebagai mengulas surat dalam ruangan Forum Utusan Malaysia hari ini yang meminta agar segala bentuk peraduan melalui SMS dihentikan kerana ia mempunyai unsur-unsur perjudian. Menurut surat berkenaan, ramai pengguna terpaksa menanggung kerugian gara-gara ingin memenangi bermacam-macam hadiah yang ditawarkan oleh syarikat penganjur. Ini kerana, mereka terpaksa membayar bil telefon yang melambung untuk menghantar SMS bagi menyertai peraduan tersebut. Sebagai contoh, seorang pengguna terpaksa membayar RM2,000 hanya untuk memenangi hadiah yang bernilai RM3,000, sementara mereka yang tidak menang terpaksa menanggung kerugian yang lebih besar.
Menurut Harussani, walau pun sebarang kuiz atau peraduan pada dasarnya halal, namun ia mesti dilihat dari segi pelaksanaannya. Katanya, jika hadiah yang ditawar disediakan oleh penaja tanpa melibatkan wang terkumpul daripada para peserta, ia dibolehkan dalam Islam. Bagaimanapun, sesuatu peraduan itu bertentangan dengan syariat jika wang terkumpul daripada para peserta digunakan untuk membeli hadiah. Dalam masalah peraduan melalui SMS, unsur-unsur perjudian jelas kerana para peserta terpaksa membayar bil yang mahal untuk menyertainya.

"Sesuatu peraduan itu dibolehkan dalam Islam jika hadiah yang ditawarkan daripada pihak ketiga serta tidak menyebabkan kerugian kepada mereka yang menang atau kalah.”

Patah Hatiku

Patah hatiku
Membawa derita
Merajuklah diri
Merajuk diri tak tentu haluan
(2x)

Ku harap janjimu
Ku harap janjimu
Bahagia selalu … sayang
Rupanya patah
Rupanya patah ditengah jalan

Hendak di ulang
Hendak di ulang
Resah menangung .. sayang
Kenanglah jangan
Kenangalah jangan
Disebut pun jangan

Hancur hatiku
Di dalam nestapa
Mengenangkan nasib
Mengenang nasib diriku malang
(2x)

Maksud hatiku
Maksud hatiku
Bahagia bersama … sayang
Apa kan daya
Diriku miskin harta tak punya

Inginku petik
Inginku petik
Bintang yang tinggi sayang
Tangan ku hangus
Tangan ku hangus di sambar petir.

Sudirman.

Terima kasih kepada pengirim lirik lagu ini. MP3 dia pun cun sesangat, sedih pulak bila dengar. Saya akan bercuti 1 – 2 March 2004. Kalau sempat update akan mengupdate jurnal ni . Kalau tidak jumpa hari Rabu , tapi seboleh-bolehnya saya akan menulis juga. Ada banyak benda nak diuruskan. Penat pak cik …

Friday, February 27, 2004

DOKTOR SOMBONG JEJAS IMEJ HOSPITAL


Berita Harian, Khamis 26 Februari 2004 p. 12.

Kekaguman terhadap kecanggihan Hospital Putrajaya tidak menggambarkan tahap profesionalisme kakitangannya terutama doctor yang sepatutnya mengubati pesakit bukan menyakiti hati pesakit.

Pengalaman adik saya yang demam seminggu diherdik doktor di wad kecemasan pada Sabtu, 21 Februari lalu bukan saja menyedihkan, malah boleh menjejaskan imej doctor secara keseluruhan.

Memang tidak dinafikan bukan semua doktor berperangai sepertinya tetapi jangan nanti akibat nila setitik , orang ramai tidak mahu mendapatkan rawatan di hospital yang terletak di pusat pentadbiran kerajaan itu.

Adik saya terperanjat kerana doktor berkenaan tidak bertanyakan masalah yang dihadapi, sebaliknya memarahi adik saya kerana datang ke wad kecemasan untuk membuang masa beliau saja.

Doktor itu tanpa usul periksa memarahi pesakit hanya kesnya bukan kes kecemasan. Diharap pengurusan Hospital Putrajaya memberi perhatian terhadap cara kakitangannya melayan pesakit.

Amat malang rasanya kerana wang rakyat untuk menampung pengajian dan melatih doktor gagal melahirkan professional yang boleh membalas jasa dengan menawarkan perkhidmatan terbaik.

Walaupun sikap doktor itu tidak menggambarkan budaya masyarakat Melayu, apatah dilakukan oleh seorang doktor wanita yang sepatutnya kaya dengan budi bahasa, masih ramai kakitangan hospital itu yang baik pekertinya.

PESAKIT TERKILAN
Cyberjaya.

Walaupun versi asal surat kepada pengarang Berita Harian itu bertajuk “Hospital Putrajaya : Penemuan Yang Menggemparkan”. Namun segala maklumat yang ingin disampaikan ada tercatat. Lega? Cuma berharap mereka lebih prihatin dan bekerja dengan rasa tanggungjawab. Kalau dirasakan sesuatu kerjaya itu bukan seperti yang diimpikan atau tidak memenuhi selera jiwa. Baik jangan masuk bidang ini. Sebabnya bidang ini terlalu mulia dan memerlukan mereka yang benar-benar berdedikasi. Jika tidak masakan Fatihah Sewah begitu mengimpikan kerjaya ini!

Malam tadi bila menonton Buletin Utama dan mendengar keluarga bekas pesakit kronik jadi insaf tiba-tiba. Memang begitu teruk sekali prosedurnya. Hinggakan nyawa anak-anak mereka tidak dapat diselamatkan. Sebagai ibu bapa dan ahli keluarga kita inginkan rawatan yang terbaik. Namun keterbatasan kudrat dan pilihan yang ada menghadkan segala usaha. Kejayaan sesuatu hospital menangani sesuatu kes, statistik kejayaan, peratusan kematian di sesebuah hospital di negara kita harus didedahkan kepada umum. Tahap pemantauan yang tinggi dengan penubuhan Suruhanjaya Khas di dalam menguruskan tabung pembiayaan pesakit kronik harus dibentuk. Laporan tahunan pencapaian sesebuah hospital di negara kita harus diterbitkan dan boleh dirujuk oleh pesakit dan penduduk sekitar. Zaman online ini ada hospital yang mempunyai homepage mereka sendiri, jadi sebarkan maklumat melalui laman web itu lebih mudah. Tubuhkan "Sahabat Hospital" untuk membantu hospital menangani kekurangan kakitanagn pentadbiran kalau masalah itu menjadi punca perkhidmatan mereka tidak efisien.

Leukemia kes barah tertinggi


Oleh Nor Afzan Mohamad Yusof
Berita Harian, Khamis, 26 Februari 2004

Di negara ini, dianggarkan kira-kira 33,000 penduduk, iaitu seorang dalam 300 orang berisiko kanser sebelum usia 20 tahun. Mengikut Data Pendaftar Kanser Kebangsaan, pada 2002 sebanyak 1,163 kes baru membabitkan kanak-kanak yang dilaporkan di Semenanjung.

Jumlah yang sebenarnya mungkin lebih tinggi tetapi tidak dilaporkan. Pesakit yang disahkan menghidap kanser selalunya dianggap petanda ‘pendek umur’ tetapi hakikatnya dengan kemajuan sains dan teknologi perubatan serta pengesanan awal, kanser kini boleh diubati.

Hakikatnya, potensi penyembuhan kanser bagi kanak-kanak boleh mencapai lebih 70 peratus berbanding dewasa, iaitu 20 hingga 30 peratus, malah sesetengah kes kanser pula boleh mencapai hingga 90 peratus!

Menteri Kesihatan, Datuk Chua Jui Meng, berkata kematian adalah jalan penghujung bagi kanser tidak lagi benar, sebaliknya masyarakat perlu sentiasa mengambil sikap positif kerana sebahagian besar pesakit berupaya disembuhkan.

“Pada 2000, dianggarkan satu dalam 700 orang dewasa di negara Barat adalah seseorang yang pernah menghidap kanser sewaktu usia kanak-kanaknya dulu. Malaysia tidaklah jauh ketinggalan dengan semakin ramai pesakit kanak-kanak sembuh, meningkat dewasa dan ada pula memasuki universiti dan menjadi graduan yang berjaya.


“Ada di antara mereka yang berkahwin, dan seterusnya melahirkan anak yang sempurna sifatnya. Mereka berkerja, seperti orang lain, menjadi anggota masyarakat yang berguna dan berjasa kepada negara,” katanya, selepas melancarkan buku panduan mengenai kanser bertajuk ‘Kanak-kanak Dengan Kanser: Buku Panduan Untuk Ibu Bapa’ di Institut Pediatrik Hospital Kuala Lumpur (HKL), baru-baru ini. Turut hadir Pengarah HKL, Dr Jalal Halil Khalil dan Presiden NCSM, Datuk Dr SK Dharmalingan.

Beliau berkata, bagi kes di Malaysia, dalam banyak jenis kanser, leukemia dikenal pasti menjadi kanser paling banyak dihidapi kanak-kanak di negara ini, iaitu 50 peratus daripada mereka menghidap penyakit itu.

Sementara itu, kanser otak pula dikesan menjadi penyakit paling banyak dihidapi kanak-kanak lelaki dan kanser mata pula membabitkan kanak-kanak perempuan.

Tetapi katanya, sejak Merdeka hingga ke hari ini dan masa depan, kerajaan sentiasa memastikan tahap perubatan negara ini setanding negara maju dan diberikan pula oleh tenaga profesional terlatih khusus dalam bidang onkologi kanak-kanak.

“Oleh itu saya mengharapkan orang ramai khususnya ibu bapa tampil mendapatkan rawatan sekiranya ahli keluarga mengidap kanser secepat mungkin, dengan melihat sebarang perubahan awal yang berlaku seperti deman, penurunan berat badan, bintik pada mata atau badan dan sebagainya.

“Pada permulaan dikesan kanser mungkin sesuatu yang mengejutkan tetapi dengan maklumat yang tepat, rawatan serta susulan ia boleh diubati. Walaupun ia mungkin membabitkan rawatan yang memakan masa beberapa tahun, tetapi apabila sembuh kelak, mereka juga boleh menikmati kehidupan dan berkeluarga pada masa akan datang,” katanya.

Sementara itu, buku ‘Kanak-Kanak Dengan Kanser: Buku Panduan Untuk Ibu Bapa’ tulisan Jururawat Penjagaan Kritikal, Louise Murphy dan suntingan Sarah Davison, sukarelawan Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM).

Ia mempunyai kandungan bertepatan kehendak ibu bapa serta penjaga pesakit kanser kanak-kanak. Hampir segala aspek darihal kanser, bermula dari pengenalan umum, reaksi awal ketika diagnosisi, ujian makmal, kaedah rawatan, komplikasi umum serta nasihat praktikal untuk menghadapi cabaran penyakit ini dibincangkan secara mudah difahami.

Boleh didapati dalam dua bahasa — Melayu dan Inggeris — ia boleh diperoleh secara percuma di Institut Pediatrik, HKL dan Pejabat NCSM. Sebarang pertanyaan, telefon Adeline: 03-2698 7300.

Nota : Takut maklumat ini hilang jadikan diletakkan di sini untuk rujukan. Kak Honeytar maaf tidak dapat membalas SMS akak, handphone ni ada problem sedikit keypadnya. Maklumlah hp ni layak dibuat tukun tiruan dah.

Thursday, February 26, 2004

BLACK RAIN



Dia kata KL sentiasa hujan. Dia berharap hujan turun lebih kerap di CC sebab orang di sana tidur awal ( kuranglah tu). Tapi walau pun CJ tak hujan aku memang jarang keluar malam dan selalunya tidur awal. Penat dan tension sebab macam tak ada benda kat tempat ini lama-lama bosan jadinya. Malam tadi buat entah kali keberapa aku menonton filem Black Rain arahan Ridley Scott. Black Rain adalah istilah yang popular di Jepun tentang pengguguran bom atom ke atas Jepun semasa Perang Dunia Kedua dahulu. Tapi filem ini tiada kaitan langsung dengan bom atom tetapi filem ini cuba melihat perbezaan budaya, tentang perbezaan sistem kerja Amerika dan Jepun.

Filem ini berlatarbelakangkan kota raya Osaka, bandar kedua terbesar di Jepun serta pusat kewangan Jepun yang utama. Nick Conklin ( Michael Douglas) adalah Pegawai Polis New York yang kasar, kecewa dalam hidup dan gemar berlumba motosikal. Bersama Charlie Vincent (dimainkan dengan baik , lucu oleh Andy Garcia), dia harus menyerahkan Sato (Yusaka Matsuda) seoorang ahli Yazuka Jepun kepada polis Osaka.

Sebelum sempat diserahkan, Sato berjaya melepaskan diri akibat kejahilan Conklin dan Vincent dalam bahasa Jepun. Mereka perlu mencari Sato kembali dan usaha mencari Sato di Jepun bukan tugas yang mudah. Usaha ini seperti memburu ikan yang terlepas di air.

Conklin dan Vincent yang sudah biasa dengan sistem kerja polis Amerika, seolah-olah tercampak dalam satu suasana kerja yang asing dan penuh peraturan, lalu perlu bertolak ansur dan memahami. Mereka dibantu oleh Masahiro Matsumoto (yang dilakonkan dengan cukup baik oleh Ken Takakuno) yang juga terkenal sebagai "watchdog" dan penterjemah.

Black Rain dipenuhi dengan keganasan dan pembunuhan yang mengerikan. Lihatlah babak bagaimana Sato melakukan pembunuhan di sebuah restoran di Manhattan, ketika menetak Vincent atau ketika menghiris jari dalam satu ritual kumpulan Yakuza. Namun filem ini tidak sekadar dipenuhi oleh keganasan dan pembunuhan tetapi cuba melihat dan menilai erti kesetiaan dalam persahabatan. Kematian Vincent di tangan Sato menjadikan "catalyst" kepada Conklin untuk terus memburu Sato dan membela kematian Vincent ( ada ker sahabat yang sanggup berkorban sebegitu zaman ini). Kerana kesetiaan dan persahabatanlah Matsumoto sanggup membantu Conklin memburu Sato walaupun dia telah digantung dari jawatan polisnya.

Filem ini diterbitkan awal 1990 tapi masih enak untuk diulang tonton. Ahad lepas nonton Ju On 2 dengan Abg Nasir di KLCC nasib baik nonton slot pukul 5.30. Malam tu bila terpandang siling ketika nak tidur, teringat hantu tu yang suka duduk kat siling. Seram ... most of the time Abg Nasir tutup mata. Hampeh betul, patutlah dia 'cool' jerr lepas tuu.

Hari ini dah hari Khamis. Cepatnya masa berlalu.

Do You Know Where You're Going To

Do you know where you're going to?
Do you like the things that life is showing you?
Where are you going to? do you know?
Do you get what you're hoping for?
When you look behind you there's no open door
What are you hoping for?
Do you know?

Once we were standing still in time
Chasing the fantasies that filled our minds
You knew i loved you, but my spirit was free
Laughing at the question that you once ask me

Do you know where you're going to?
Do you like the things that life is showing you?
Where are you going to? do you know?

Now, looking back in all we pass
We've let so many dreams just slip through our hands
Why must we wait so long before we see
How sad the answers to those questions can be?

Do you know where you're going to?
Do you like the things that life is showing you?
Where are you going to? do you know?
Do you get what you're hoping for?
When you look behind you there's no open door
What are you hoping for? do you know?

Diana Ross -

Wednesday, February 25, 2004

KENAPA MESTI ADA DIA?



Kenapa dia mesti ada dalam setiap perancangan kami. Kena tunggu dia balik dari Milan barulah boleh ke Tokyo. Kenapa mesti begitu? Kenapa dia begitu penting buat dirinya kalau mereka tiada apa-apa hubungan? Adakah perasaan mereka itu sentiasa menggebu? Atau hanya aku yang tidak tahu meneka sedangkan sandiwara mereka bukan lagi telenovela yang perlukan ratusan siri barulah tahu kesudahannya.

Kalau diikutkan mereka sentiasa ada dalam semua acara penting yang diraikan. Aku yang tersisih dan terpinggir. Lantas dia akan berasa bersalah seketika. Selalunya begitulah, cuma seketika dan peristiwa itu akan berlaku lagi. Kalau benarlah aku tidak penting dalam hidupnya, biarlah segalanya ini ditamatkan di sini sahaja. Aku sudah bosan menjadi pilihan terakhir. Hanya diperlukan bila dia tiada.

Sudah penat dengan segala benda yang memerlukan perhatian penuh dariku. Ingin aku lepaskan tapi aku tidak boleh membohongi perasaan aku sendiri. Aku mungkin terlalu bodoh dalam hal ini tapi kalau di situlah aku boleh memperolehi secebis kebahagiaan aku akan terus berusaha untuk mendapatkannya. Biarlah jika ianya menuntut seluruh hidup aku sendiri.

Aku belajar sesuatu darinya : Kita boleh menyayangi seseorang sepenuh hati, tapi dia belum tentu punya sekelumit perasaan yang sama terhadap kita.

Seribu Bintang

Ingin ku pergi jauh dari mu
Agar ku kenal erti rindu ini
Ingin aku menyelami jiwa mu
Agar ku kenal diri mu kasih

Ingin aku membenci diri mu
Tapi kebencian tiada pada ku
Walau apa yang kau sangkakan
Aku tetap cinta pada mu

Telah lama ku hidup melara
Telah ku gagal dalam bercinta
Kini kau datang dengan seribu bintang
Bintang yang dulu sembunyi
Bintang yang tiada bererti

Kalau kau sudi menyentuhi hati ku
Aku kan selalu dekat pada ku
Tapi jangan kau hanya cuba
Untuk mempermainkan cinta ku

Jangan permainkan cinta ku

( Lagu : M. Nasir - Alleycats )

Tuesday, February 24, 2004

HARAPAN FATIHAH SEWAH



"Fatihah Sewah miskin tapi istimewa", begitulah apa yang digambarkan oleh NTV7 terhadap gadis kecil ini. Dia dan ibu bapanya juga cacat. Tapi itu bukanlah halangan baginya untuk berjaya. Fatihah berbasikal 3 km sehari semata-mata untuk menjadi doktor. Kerjaya idaman semua lapisan masyarakat. Harap dia dapat mencapai cita-citanya itu. Kalau itu berlaku saya pasti beliau akan menjadi doktor yang hebat. Kegigihan, usaha keras dan keikhlasan terhadap kerjaya akan menjadikan beliau cemerlang di dalam memberikan perkhidmatan.

20 tahun akan datang Dr. Chua Jung Meng bukanlah lagi boss Fatihah. Menteri Kesihatan ini yang selalunya menekankan betapa beruntungnya rakyat Malaysia dimana perkhidmatan perubatannya antara yang termurah di dunia. Termurah mungkin dapat diterima tapi terbaik itu boleh dipersoalkan. " Di Malaysia pesakit luar yang datang ke klinik kerajaan hanya perlu membayar RM1 dan mereka pulang membawa ubat percuma selepas pemeriksaan kesihatan. Ia berbeza di negara lain kerana mereka hanya dibenarkan pulang selepas membeli ubat".

Mungkin zaman Fatihah menjadi doktor nanti keadaan akan berubah. Ada sebuah hospital khusus yang menangani pesakit kronik di seluruh negara tanpa perlu meminta-minta bantuan mohon simpati. Kemiskinan dapat ditangani dengan sewajarnya. Seperti apa yang dikatakan oleh Soong "Sejuk tidak memudaratkan, kemiskinan barulah memudaratkan" (The Soong Sisters). Fatihah boleh berbahasa Inggeris dengan fasih dan mampu melayan pesakit lain dengan penuh tanggungjawab. Kerana bidang kedoktoran adalah pilihannya. Pesakit seperti Nesa yang mengalami barah hati dan memerlukan RM300,000 untuk pembedahan tidak perlu mengalami masalah birokrasi sistem perubatan di negara kita. Ada pangkalan data khas yang merekodkan data pesakit dan menentukan rawatan yang sesuai. Maklumat pesakit mudah diakses, pakar sentiasa memberikan bantuan.

Hospital di negara kita ketika zaman Fatihah menjadi doktor diberi penarafan bintang seperti hotel di negara kita. Berapa kes yang ditangani setiap tahun, kematian yang direkodkan oleh hospital tersebut, jumlah doktor pakar dan yang pasti pesakit diberikan peluang untuk memberikan komen di atas perkidmatan yang diberikan. Masing-masing saling menghormati satu sama lain tanpa memikirkan kasta. Mungkin harapan Fatihah akan menjadi kenyataan jika kita menyumbang keatas pendidikannya. Mungkin kita akan melahirkan doktor-doktor yang hebat di negara kita. Siapa tahu Fatihah adalah calon doktor yang kita nantikan.


Aku Bukan Pilihan

Kini Ku mengungkap tanya, siapakah dirinya
Yang mengaku kekasihmu itu
Aku tak bisa memahami

Ketika malam tiba
Ku rela kau berada
Dengan siapa kau melewatinya
Aku tak bisa memahami

Reff

Aku lelaki tak mungkin menerima bila
Ternyata kau mendua, membuatku terluka
Tinggalkan saja diriku, yang tak mungkin menunggu
Jangan pernah memilih, aku bukan pilihan

Selalu terungkap tanya, benarkan kini ada
Wanita yang kukenal hatinya
Aku tak bisa memahami
Tak perlu memilihku
Aku lelaki, bukan tuk dipilih

Iwan Fals

Malam tadi tidak boleh tidur. Lantas mencuba menulis haiku. Tidak tahulah jika ini boleh dinamakan haiku. Saya bukan pakar. Pil tidur tidak berani disentuh sebab esoknya bekerja. Pukul 4.30 mata masih terkebil-kebil.

Lama menanti
Nasi di atas daun
Pengantin duka


"Kadangkala kita terlalu memaksa tuhan mengikut kehendak kita. Sedangkan hanya DIA yang tahu apa yang terbaik untuk kita", HM Tuah Iskandar.

Monday, February 23, 2004

TERIMA KASIH DI ATAS DOA KALIAN



Minggu lepas merupakan minggu yang penuh ujian dan dugaan. Penuh dengan kekeliruan dan kegelisahan. Adik Yana masih lemah tapi alhamdullillah semakin bertenaga. Demamnya sudah kebah. Namun wajahnya yang pucat dan tubuh badannya yang semakin susut agak merisaukan kami. Kami ingatkan dia selama ini 'on diet', rupanya memang tiada selera makan ditambah pula dengan exam yang semakin dekat. Ujian demi ujian darah dilakukan. Beberapa ujian lagi akan dilakukan. Kami akan menghantarnya ke hospital 'berjenama' pula dalam minggu depan selepas dia menduduki exam pada minggu ini. Buat masa ini keadaannya terkawal. Tapi kami sekeluarga perlu sentiasa berwaspada. Betapa risaunya kami setiap kali handphone berbunyi dan mendengar suaranya yang lemah dihujung talian.

Untuk sahabat yang sentiasa mendoakan kesihatan dan kesejahteraannya terima kasih saya ucapkan. Harap segalanya dapat ditempuhi dengan tenang dan waras. Kadang sedikit emosional maklumlah Yana anak bongsu yang paling 'fragile'. Masa Man di tingkatan dua barulah Yana hadir dalam keluarga kami. Ketika itu juga Kak Long dalam persiapan untuk ke US. Jadi kehadirannya memang ditunggu, dijaga bagai menatang minyak yang penuh. Barulah saya tahu apa makna sebenar menatang minyak yang penuh itu.

Nasib orang lain lebih teruk. Kes adik Nur Atiqah Najwa yang mengidap bengkak hati juga amat menginsafkan. Nyawa dipertaruhkan dengan nilai wang untuk mendapatkan rawatan di sebuah negara yang dianggap semakin maju dalam pelbagai sudut ini. Tak tahulah dimana silapnya 2 tabung yang dikhususkan untuk membiayai perbelanjaan pesakit kronik seakan wujud hanya pada nama sahaja. Atau karenah birokrasilah yang melambatkan segala proses, sedangkan adik Nur Atiqah berperang dengan hambatan masa yang kian suntuk.

Pengalaman saya dan Yana di Hospital Putrajaya juga amat menggemparkan. Mungkin adik Nur Atiqah juga mengalami situasi yang serupa. Kalau benarlah itu berlaku saya amat bersimpati dengan beliau. Kadang rasanya ada doktor yang hanya dianugerahkan dengan IQ yang cerdik tapi berwatak seperti robot yang tiada perasaan sayang dan saling menghormati pesakit yang di dalam keadaan tidak berdaya dan lemah. Mengeluarkan perkataan yang menjengkelkan akan menambah lagi kesakitan kepada pesakit. Adakah bila pesakit telah berada ditahap kritikal baru mendapatkan rawatan? Kalau itulah mentaliti doktor di Hospital Putrajaya itu, amat malang sekali universiti yang melatih doktor seperti itu. Atau mungkin bekerja di hospital kerajaan tidak mendapat imbuhan yang tinggi seperti di hospital swasta? Kalau itulah puncanya, beliau perlu diberitahu berapa ratus ribu wang kerajaan dibelanjakan untuk melatih doktor di dalam dan luar negara dan yang pasti ramai 'cerdik pandai' bergelar doktor ini mendapat biasiswa penuh kerajaan dan hanya diperlukan bertugas di hospital-hospital kerajaan dalam tempoh masa tertentu. Hanya orang-orang terpilih sahaja yang layak menjadi doktor, dan sikap dan perwatakan ketika melayan pesakit tidak boleh diganti dengan teknologi. Teknologi yang ada hanya alat untuk memudahkan kerja supaya lebih efisien. Namun bila Hospital Putrajaya mempunyai doktor seperti itu amat malang sekali.

Rasanya perkara inilah yang ibu saya alami selama 7 tahun berulang-alik ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang. Ketika Yana berusia 3 tahun. Ada ketikanya ibu amat marah kerana darah Yana di ambil sewenang-wenangnya oleh doktor pelatih untuk membuat ujikaji. Kami tidak akan menghalalkan apa yang mereka lakukan itu . Namun layanan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang bolehlah dianggap terbaik di kalangan hospital kerajaan dan jika dibandingkan dengan hospital serba canggih di Putrajaya itu.

Oklah edisi mengumpat dah tamat tapi saya hanya akan puas bila sesuatu usaha dilakukan untuk memperbaiki sistem kerja zamn lapuk ini diperbaikia atau sekurang-kuranganya ada usaha untuk membuat kerja dengan ikhlas dan penuh jiwa.

Sepi Sekuntum Mawar Merah

Berulang kali kumencuba
Memujuk hati
Lupakan semua
Kenangan...

Namun mimpi bertemu lagi
Di saat engkau
Tiada di sisi...

Ku berpegang pada janji
Tercipta ... antara kita dulu
Hilangmu tiada berganti
Biarlah ... begini

Ku belayar di lautan
Tidak bertepian
Sesekali disedarkan
Ombak yang mendatang
Aku seperti hilang
Punca arah dan ... tujuan

Aku puisikan namamu
Bersama rindu
Di dalam sendu ...

Ella

Thursday, February 19, 2004

DEMI YANA



Apa yang kita ada mungkin tidak kekal.
Kegembiraan yang dimiliki sebenarnya adalah pinjaman juga.
Harta paling berharga adalah kesihatan.
Yana menelefon dan memaklumkan penyakit lamanya berulang semula.
Hampir nak pitam aku jadinya. Dia tak mahu mak dan abah risau. Aku juga tidak mampu lagi memandang masa lalu yang suram itu lagi. Perit sekali, kalau ditakdirkan kami sekeluarga terpaksa mengharunginya lagi. Kamilah yang akan menanggung segala rasa itu bersama. Man, Julie & aku. Hanya kami dan Yana yang tabah.

Doakan kesihatan Yana pulih seperti sediakala. Mungkin ini adalah entry aku yang terakhir. Sebab aku tidak mahu DJW dipenuhi dengan segala macam rasa sakit. Kehidupan akan mencabar dan tidak pasti apa yang terbentang di luar sana, kami sekeluarga perlu memberi tumpuan pada Yana.

Segalanya demi Yana ...

Salam & maaf jika ada terkasar bahasa dan perbuatan. Sampai bertemu lagi di lain waktu.

AAK
Cyberjaya.

SHOPGIRL & NY152



Bagaimana jika kita dipertemukan dengan dua insan yang berlainan karektor di di dunia siber dan realiti? Kadang seseorang itu begitu menyenangkan bila ‘bertemu’ diruang siberr namun sebaliknya bila bertemu empat mata. Ini bukanlah berdasarkan paras rupa atau fizikal, namun yang paling penting sikap. Adakah cinta internet penuh penipuan dan kepuraan? Namun tidak dinafikan, ada juga yang menuju gerbang bahagia ketemu si buah hati. Nasib orang memang sukar di duga.

Saya sendiri pernah beberapa kali berjumpa kawan sebegitu sewaktu berchatting suatu masa dulu . Masa internet dan chatting mula diperkenalkan. Semuanya tidak berakhir seperti yang diharapkan. Mungkin tiada jodoh atau terlalu mengharapkan yang sempurna seperti yang digambarkan. Lucu sekali bila diingatkan.

Bila menonton lakonan Meg Ryan dalam “You ‘ve Got Mail” terhibur sekali dengan keletah Meg. Cinta mereka tumbuh di dunia siber. Joe Fox (Tom Hanks) yang kaya dan Kathleen Keller, pemilik sebuah kedai buku di Manhattan. Mereka adalah ‘kekasih’ di dunia siber tetapi musuh dalam kehidupan sebenar. Selalu jumpa namun tidak mendedahkan identiti “nickname” masing-masing, mungkinkah perkara ini kerap berlaku dalam dunia kita sebenar.

Tapi saya lebih tertarik dengan persaingan dalam dunia perniagaan buku. The Shop Around the Corner yang telah wujud 42 tahun terpaksa akur dengan ‘Superstore” yang serba canggih “Fox & Sons Books”. Jarang sekali perniagaan buku diketengahkan dalam filem. Fox memberikan imej perkembangan industri buku yang sentiasa berubah mengikut peredaran masa dan permintaan. Semenjak zaman manusia menulis maklumat di ‘papyrus’ sehinggalah kertas tercipta. Buku menjadi teman hidup manusia yang dahagakan ilmu pengetahuan. Walaupun sekarang wujud E-books di dalam dunia akademik, namun hanya institusi yang besar sahaja mampu melanggan kepada e-books yang harga setiap judul buku dicampur 50% untuk hakcipta. Sedangkan jangkamasa pengaksesan bergantung kepada lesen pengaksesan yang dipilih dan minimum 500 judul. Perkara ini amat membebankan walaupun kita perlu sedar jika nak canggih perlu membayar lebih. Contoh ebook yang paling baik setakat ini adalah “ebrary.”. Namun bila tempoh langganan tamat institusi tersebut tidak akan mempunyai apa-apa lagi hak pengaksesan kepada maklumnat tersebut. Jadi sampai bila-bilapun manusia akan tetap memilih buku bercetak sebagai pilihan utama. Saya hanya memikirkan ebooks hanyalah aksesori untuk melengkapkan kepelbagaian koleksi yang ada.

Berbalik kepada filem “You’ve Got Mail”, pertemuan yang dirancangkan berakhir tidak seperti yang diharapkan. Realiti kehidupan cinta internet memanglah begitu. Imej buku dan bunga mawar bagi memperkenalkan diri begitu menarik. Kadangkala kita memanglah sesuai untuk pasangan masing-masing, tapi bila cinta tiada kita pasti merasakan sesuatu hilang dalam diri kita. Itulah antara perkara yang ingin disampaikan dalam filem ini yang pastinya berkesudahan dengan kegembiraan.

Wednesday, February 18, 2004

DI BAWAH LANGIT CINTA



Begitu bersemangat sekali ketika membaca dari satu bab ke satu bab kisah sup ayam ini ( maaf saya memang tak makan ayam lagi dah ). Catatan kisah-kisah cinta dan kasih sayang, perhubungan antara dua insan ada yang mengharukan dan tidak kurang juga yang begitu hangat untuk dilepaskan dari ingatan. Memanglah kisah duka sedih lebih tertancap kukuh di ingatan. Chicken Soup for the Couple’s Soul: Inspirational Stories About Love and Relationships, Jack Canfield … [et al] menterjemahkan erti kasih sayang itu melalui kisah-kisah yang dipaparkannya.

Memanglah apa yang kita perolehi hasil perhubungan yang terjalin ketika cinta pernah/masih singgah dalam hidup kita pasti ia tidak akan meninggalkan kita tanpa terkesan di lubuk hati terdalam. Masa bahagia kadang kita terlupa yang suatu hari yang lain kita akan melewati musim-musim terindah itu.

Seperti kata Barbara De Angelis “ Love is a force more formidable then any other. It is invisible – it cannot be seen or measured – yet is powerful enough to transform you in a moment, and offer you more joy than any material possession ever could’.

Memetik satu kisah “My Sergei” dari buku tersebut tentang kehilangan suami tercinta akibat kematian yang tiba-tiba. Kalau dulu dialah penyuluh kegembiraan hidup, tiba-tiba cahaya itu terpadam . “He will never stand up. He will never take me in his arms again, never hug me again, never hold my hand again”. Kedua-duanya adalah pasangan skater yang pernah memenangi pingat di Olimpik. Dalam pertunjukkan memperingati Sergei yang diadakan di Hartford Civic Centre si isteri berucap :”I don’t have enough words, but I want to wish to all of you: Try to find happiness in every day. At least once, smile to each other every day. And say just one extra time that you love the person who lives with you. Just say , ‘I love you’. Itulah kata-kata yang diajarkan oleh Sergei padanya selama ini. Banyak lagi kisah-kisah menarik dalam buku ini.

Bertepatan sekali seperti kata Hamka dalam bukunya “Tengelamnya Kapal Van Der Wick”, “Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan, Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat tetapi membangkitkan semangat’.

Mungkin sebab itulah ada yang masih bersemangat untuk mengingati segalanya walau semuanya telah berlalu pergi.


10 Bilionair Malaysia

1. Tan Sri Robert Kuok Hock Nien ( RM 14.19b)
2. Tan Sri T.Ananda Krishnan ( RM 12.87b)
3. Tan Sri Quek Leng Chan (RM 8.17b)
4. Tan Sri Lim Goh Tong (RM 5.24b)
5. Tan Sri The Hong Piow (RM 3.63b)
6. Tan Sri Lee Shin Cheng (RM 2.46b)
7. Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary (RM 2.15b)
8. Tan Sri Mustapha Kamal Abu Bakar (1.64b)
9. Tan Sri Lim Kok Thay (RM 1.41b)
10. Tan Sri Tiong Hiew King (RM 1.35b)

Normala kata “Tidur di atas timbunan wang ringgit bukanlah kemewahan buat saya”. Itu memang betul dan sebab itulah agaknya terdapat seramai 42, 885 pencarum KWSP yang ‘terlupa’ bahawa mereka pernah menyumbang kepada tabung tersebut mengakibatkan RM 83.8 juta duit tersebut tidak dituntut. Kebanyakkanya berumur 55 tahun tidak memberitahu waris mengenai simpanan atau pekerja asing yang meninggalkan negara ini tanpa membuat sebarang pengeluaran.

Di Bawah Langit Cinta

hati,kuatlah dikau harapku,
janganlah kau sayu, sejuk dan beku.
hati, saat ini harusnya kau peluk jiwamu,
rapuhnya bagai menyentap kalbu.
hati, biarlah memori pergi,
biarkan ia tidak kembali.
hati, lihat dengan halus sinarmu,
dia bukan yang terbaik untukmu.
hati, janganlah berawan lagi,
biarkan dia pergi.

Adik Baiti
http://baiti.blogspot.com
MMU Cyberjaya
17/2/04 6.07 pm.

Tuesday, February 17, 2004

HARTA SEPENCARIAN



Semalam berdiskus tentang isu ini dan terjumpa pula maklumat ini. Sengaja belajar tentang hak dan hukum . Tak tahu pula kalau ada akta-akta yang baru tentang perkara ini.

Harta sepencarian ialah harta yang dapat dikumpulkan dalam jangkamasa perkahwinan iaitu bermula daripada hari ijab kabul hinggalah kepada masa perceraian. Harta sepencarian juga dianggap sebagai sesuatu harta yang diperolehi secara bersama atau pun secara individu, yang mana pembahagiannya kelak akan dikira mengikut takat sumbangan suami isteri sama ada secara langsung atau tidak langsung.

Mahkamah-mahkamah Syariah di Malaysia mempunyai kuasa untuk memerintahkan pembahagian harta sepencarian. Seksyen 58 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 ada memperuntukkan bahawa:

(1) Mahkamah adalah mempunyai kuasa, apabila membenarkan lafaz talak atau apabila membuat suatu perintah perceraian, memerintah supaya apa-apa aset yang diperolehi oleh pihak-pihak itu dalam masa perkahwinan dengan usaha bersama dibahagi antara mereka atau supaya mana-mana aset itu dijual dan hasil jualan itu dibahagi antara pihak-pihak itu.

(2) Pada menjalankan kuasa yang diberi oleh subseksyen (1), mahkamah hendaklah mengambil perhatian tentang:
(a)takat sumbangan yang telah dibuat oleh tiap-tiap satu pihak dalam bentuk wang, harta atau kerja bagi memperoleh aset-aset itu.
(b)apa-apa hutang yang terhutang oleh salah satu pihak yang telah dilakukan bagi manfaat mereka bersama.
(c)Keperluan anak-anak yang belum dewasa dari perkahwinan itu, jika ada.

Tertakluk kepada pertimbangan-pertimbangan itu, mahkamah hendaklah membuat pembahagian yang sama banyak.
(3) Mahkamah adalah mempunyai kuasa, apabila membenarkan lafaz talak atau apabila membuat perintah perceraian, memerintah supaya apa-apa aset yang diperoleh dalam masa perkahwinan dengan usaha tunggal satu pihak kepada perkahwinan itu dibahagi antara mereka atau supaya mana-mana aset itu dijual dan hasil jualan itu dibahagi antara pihak-pihak itu.

(4) Pada menjalankan kuasa yang diberi oleh subseksyen (3), mahkamah hendaklah memberi perhatian kepada:
(a) takat sumbangan-sumbangan yang telah dibuat oleh pihak yang tidak memperolehi aset itu, kepada kebaikan keluarga dengan memelihara rumah tangga atau menjaga keluarga.
(b) keperluan-keperluan anak-anak yang belum dewasa dari perkahwinan itu, jika ada.

Tertakluk kepada pertimbangan-pertimbangan itu, mahkamah telah membahagikan aset-aset itu atau hasil jualan itu mengikut apa-apa kadar yang difikirkannya munasabah, bagaimana pun pihak yang telah memperoleh aset-aset itu dengan usahanya hendaklah menerima satu kadar yang lebih besar.

(5) Bagi maksud seksyen ini, rujukan-rujukan mengenai aset yang diperoleh dalam masa perkahwinan termasuklah aset-aset yang dipunyai oleh satu pihak sebelum perkahwinan itu yang telah dimajukan sebahagian besarnya dalam masa perkahwinan itu oleh pihak yang satu lagi atau dengan usaha bersama mereka.

Terkumpul

Wang KWSP adalah merupakan wang yang terkumpul hasil potongan bulanan daripada pendapatan pekerja sama ada pekerja itu adalah suami, isteri atau kedua-duanya sekali.

Dengan demikian jika, wang yang terkumpul ini adalah hasil tabungan pendapatan yang diperoleh sepanjang tempoh perkahwinan, dengan mengambil kira bahawa harta sepencarian ialah harta yang diperoleh dalam tempoh perkahwinan, maka wang KWSP bolehlah dikategorikan sebagai harta sepencarian dan boleh dituntut walaupun wang yang terkumpul itu atas nama satu pihak atau atas pendapatan satu pihak. Ini kerana dengan sumbangan moral serta pengorbanan supaya wang tersebut dapat disimpan, maka pihak yang satu lagi berhak atas wang KWSP tersebut.

Mengenai tempoh masa untuk membuat tuntutan, mengikut hukum syarak, pada dasarnya tiada had waktu yang tertentu untuk seseorang membuat tuntutan kerana hak tetap hak dan ia tidak boleh dihilangkan oleh tempoh masa, tetapi seelok-eloknya tuntutan hendaklah dibuat dalam tempoh masa yang munasabah.

Monday, February 16, 2004

ANDAI ADA CINTA YANG LAIN



Suka sekali dengan komen dari Perswis dan telah sempat ber YM dengan beliau. Kadang saya keliru tentang apa yang saya inginkan dalam hidup. Rasa semua yang diinginkan telah tercapai. Tapi tetap ada lompang kosong dalam ruang masa yang berlalu. Perkara inilah yang sedang saya kaji dan nilai. Bukan sahaja tentang dia tapi masa depan dan apa yang perlu saya lakukan.

Feedback-to-Feedback
perswis (http://perswis.tripod.com) @ 02/13/2004 07:53:


"When we are in love, giving love and given love, our neuron in our brain (mostly in limbic area) is being altered. The more time we spent with the one we love, the more neurons will grow.

The neurons form networks and the networks is triggered by "bells". Once a "bell" is ringed, the whole network will be notified. A "bell" could be a wonderful song we share with our love one or perhaps a beautiful garden we spend our time together."

Feedback-to-Feedback
perswis (http://perswis.tripod.com) @ 02/13/2004 07:53:

"My point is, the longer the time we spent with someone we love, the harder it takes to forget them (because of the neuron network). Even if the relationship is really bad, we just can't shrug it off easily. It takes a considerable effort, and usually we can't do it alone (perhaps we can but it will consume large amount of time and energy)

One of the ways is to be FRIEND with someone who knows a least how to love - male or female. Be friend and resist the temptation to fall in love and take your time - there's nothing wrong with that. We need that heal ourself so that we can start to love once more!"

Suatu hari nanti pusingan hidup ini pasti akan berulang kembali. Cuma buat masa ini tumpuan terarah pada suatu benda yang nyata di depan mata. Masa lalu umpama melihat dari pintu kaca yang berkabut, semuanya nampak kabur dan tidak pasti. Aku tahu sebenarnya apa yang dia mahu ...

Sedang menilai konsep neo nusantara untuk taman juga Japanese Garden yang nampak comel. Tapi semuanya bergantung pada kos dan keadaan. Harap ianya akan berpihak pada aku kali ini. Penghujung Februari ...

Sunday, February 15, 2004

MUNGKINKAH DIA?



Petang Sabtu yang sunyi , dengan semua penghuni rumah Apt 3003 menghilangkan diri. Saya tidak pulang ke CC untuk berhibernasi seperti selalu. Semalam tuhan telah menghantar saya ke masjid Putrajaya. Memerhatikan cahaya mentari terbenam, cahaya merahnya terbias indah di permukaan tasik. Maghrib di situ, ada seseorang berbaju kuning wajahnya seperti selalu jumpa tapi tidak ingat di mana. Ingin cuba berbicara tapi keadaan tidak mengizinkan . Hilang di telan laungan azan maghrib. Syahdu …terasa diri terlalu kerdil.

Sesudah solat, membelek buletin Suara Masjid (Jan-Feb 2004 bil.25). Buletin percuma terbitan masjid Negara ini informatif dan menampilkan sidang pengarang yang hebat-hebat juga. Tertarik dengan artikel “Jauhi hiburan tidak beretika” tulisan Abd Manaf Mat ( Suara Masjid p:10). Teringat konsert Mariah Carey yang akan dianjurkan di negara kita. Insaf ketika membacanya. Kadang kita tersandung dan jatuh, tapi akidah dan pegangan agama bukan soal main-main. Saya juga masih belajar, selalu silap dan ingin terus belajar memperbaiki diri.

“Tidak dapat dinafikan bahawa sebahagian besar daripada kita suka pada nyanyian. Perkara ini dibolehkan oleh Islam selama mana ia menepati syariat. Dan tidak salah juga menyertakannya dengan muzik yang tidak membangkitkan nafsu, bahkan dalam situasi gembira, ia diharuskan untuk melahirkan perasaan riang dan menghiburka hati seperti pada hari raya, perkahwinan, menerima tetamu, menyambut kelahiran dan ‘aqiqah..”

Daripada ‘Aisyah bahawa bapanya, Abu Bakar ra pernah masuk menemuinya dan ketika itu beliau bersama dengan dua orang hamba perempuan pada hari Mina (‘Idul Adha). Kedua-duanya menyanyi dan memukul gendang sedang Nabi saw menutup wajah baginda dengan pakaian baginda. Abu Bakar mengherdik mereka, lalu Nabi saw membuka wajah baginda dan berkata, “Biarkanlah mereka, wahai Abu Bakar! Sesungguhnya hari ini adalah hari raya.” (Muttafaqun ‘alaih).

Walaupun Islam mengharuskan nyanyian dan muzik, terdapat beberapa perkara yang perlu diberikan perhatian supaya ia tidak tergelincir dari landasan yang halal, iaitu:

1.Nyanyian itu hendaklah diperuntukkan untuk sesuatu yang tidak bertentangan dengan etika dan ajaran Islam. Justeru , jika ia penuh dengan puji-pujian terhadap sesuatu yang haram dan menggalakkan orang melakukannya, maka hukum menyanyikan lagu tersebut adalah haram dan mendengarnya juga haram.

2.Mungkin senikata lagu itu sendiri tidak bercanggah dengan Islam tetapi cara menyanyikannya boleh mengeluarkan lagu tersebut dari linkungan halal. Misalnya lenggang gaya sengaja dilakukan yang boleh menimbulkan fitnah.

3.Islam tidak suka pada sikap berlebih-lebihan dalam semua perkara, hatta dalam persoalan ibadat sekalipun. Ini termasuk berlebih-lebihan dalam hiburan dan menghabiskan masa untuk berhibur sedangkan masa itu sendiri bererti kehidupan! Benarlah kata seorang bijaksana, “Tidak pernah saya melihat suatu perbuatan yang berlebih-lebihan melainkan di sebalik itu ada suatu kewajipan yang terbuang.”

4.Orang yang terdengar suatu nyanyian hendaklah jujur kepada dirinya sendiri di mana jika nyanyian itu mencetuskan keinginan untuk melakukan dosa, maka hendaklah dia menjauhinya dan menutup semua pintu yang boleh menghalakannya kepada keburukan. Ini adalah bertujuan untuk melindungi hati, agama dan budi luhurnya.

5.“Ulamak bersepakat bahawa nyanyian yang disertai dengan perbuatan-perbuatan haram seperti majlis yang menghidangkan minuman arak atau berlaku pergaulan tidak terkawal di antara lelaki dan wanita yang bukan mahram adalah haram. Penyanyi dan pendengarnya diberi peringatan yang keras melalui sabda rasullullah saw bermaksud: “Sungguh akan ada manusia daripada umatku yang minum arak dan mereka menamakannya dengan nama yang lain. Kepala mereka dilalaikan dengan bunyi-bunyian dan nyanyian. Allah menenggelamkan mereka ke dalam bumi dan menjadikan sebahagian daripada mereka kera dan babi.” ( Riwayat Ibnu Majah).

Memanglah lagu “My All”,"Love Takes Time" dan lain-lain lagu Mariah Carey ‘seronok didengar', tapi bandingkan pula maksud artikel di atas dengan penyanyi ini. Sudahlah terkenal dengan keseksian berani matinya, konsert yang pastinya hangat dan sendat. Kemudian terbayang-bayang diruang fikiran gelagatnya di pentas paling kurang 3 – 4 hari selepas itu. Jadi masih mahu ke konsert itu ker ? Jawab Mal!

Chupp ! biarkanlah aku layan lagu ini lagi baik. Hanya senikata bisu tanpa petikan muzik Cuma bilah-bilah kata yang membayangkan kisah dan perasaan.

Aku Cinta Kau dan Dia.

Hancur hatiku mengenang dikau
Menjadi keping-keping setelah kau pergi
Tinggalkan kasih sayang
Yang pernah singgah antara kita
Masihkah ada sayang itu

Memang salahku, yang tak pernah bisa
Meninggalkan dirinya 'tuk bersama kamu
Walau 'tuk terus bersama
Kan ada hati yang 'kan terluka
Dan ku tahu kau tak mau

Sekali lagi maafkanlah
Karena ku cinta kau dan dia
Maafkanlah ku tak bisa
Tinggalkan dirinya

Mungkin tak mungkin 'tuk terus bersama
Jalani semua cinta yang tlah dijalani
Tapi bila itu yang
Kau pikir yang terbaik untukmu
Bahagiaku untuk dirimu

Simpan sisa sisa cerita cinta berdua
Walau tak tersisa cerita cinta berdua

Still love her in my mind
Still love her forever

Dewa

Ahad yang mendamaikan … mogok lapar dengan Abang Nasir.

Saturday, February 14, 2004

NADINE GORDIMER BERJUANG MELALUI MATA PENA



Gordimer telah membuktikan “mata pena lebih tajam dari mata pedang”. Mereka boleh membunuh jasabnya tetapi tidak semangat dan perjuangannya. Bagi Gordimer novel dan cerpen merupakan alat yang mampu digunakan untuk melawan kapitalis, liberalis dan Marxisme. Nadine Gordimer lahir di kota kecil Springs, sebuah kota kecil di pinggir luar Johannesburg, Afrika Selatan . Melalui pengalaman yang sukar dalam hidupnya yang sentiasa di warnai masalah perbezaan ras.

Gordimer diselamatkan oleh buku. Semasa muda dia ‘tenggelam’ dengan dunia ilmu pengetahuaan melalui pembacaan. Buku jugalah yang menyedarkannya soal kehidupan, dan dunia yang bagaimana selayaknya untuk diduduki.

“Buku membuka dunia bagi saya,” kata Gordimer dalam karyanya Living in the Hope and History: Notes From Our Century (1999), sebuah karya yang menjelaskan pengalaman hidup Gordimer dan pertemuannya dengan tokoh besar seperti Nelson Mandela, penulis terkenal , Gunter Grass serta persoalan yang mencakupi diskriminasi, aparteid dan keadilan sosial.

Dalam Living in Hope and History, Gordimer cuba menegaskan bahawa kehidupan sejati bukan semata-mata menyangkut kekuatan, kekuasaan, dan kekayaan. Semua ini akan musnah dengan nyawa yang hilang. Gordimer merupakan wanita pertama di afrika Selatan dan wanita ketujuh di dunia yang menerima Anugerah Nobel Kesusasteraan pada tahun 1991. Juga pernah menerima Anugerah Booker Prize yang berprestij di Britain.

Karya-karyanya :

A Guest of Honor (1970)
The Conservationist (1974)
Burger’s Daughter (1979)
Juli’s people (1981)
Sport of Nature ( 1987)

Telah menulis 13 novel lebih 200 cerita pendik dan sejumlah besar hasil tulisan lain.

MONUMEN ALAF BARU KEBANGSAAN

Monumen ini terletak di dalam taman seluas 26 hektar di Presint 2, Putrajaya. Lokasinya di pinngiran tasik , menyerlahkan keunikan dan keindahan reka bentuk monumen ini. Pada malam hari cahaya lampu suar (beacon light) menjadikan monumen ini kelihatan lebih indah dan dapat dilihat dari jauh. Saya sendiri baru terperasan yang 'tiang" tinggi terpacak itulah monumen yang diperkatakan orang itu.

Dirasmikan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 30 Ogos 2003. Monumen Alaf Baru Kebangsaan merupakan monumen kebangsaan yang pertama di bina di Putrajaya. Pembinaannya diilhamkan untuk mendokumentasikan sejarah kegemilangan negara melalui reka bentuk yang mengenengahkan kesenian dan keindahan warisan budaya dan negara.

Monumen ini diharapkan boleh menjadi penghubung untuk generasi muda memahami sejarah perjuangan, pengorbanan dan kejayaan pemimpin negar auntuk dijadikan pendorong bagi kejayaan yang lebih gemilang pada masa hadapan. Monumen yang diasakan daripada bentuk Bunga Raya ini mempunyai ketinggian 68 meter. Tiang utamanya mempunyai diameter yang berbeza iaitu dari 3 meter di bahagian tapak, 4 meter di bahagian tengah dan seterusnya meruncing hingga ke puncaknya. Bahan utama bagi pembinaan monumen ini adalah tiub besi waja yang diperkukuhkan dengan struktur-struktur besi waja. Keseluruhan struktur ini akan dilindungi oleh 'aluminium cladding' yang dikhaskan dengan ukiran yang menggambarkan detik-detik penting di dalam sejarah negara.

Terdapat perutusan khas bekas PM yang hanya akan di baca pada tahun 2020. Pembinaan monumen ini telah dimulakan pada bulan Julai 2002 dan siap pada bulan Ogos 2003. Saya belum menemui maklumat siapakah yang mendesign monumen ini dan kos pembinaannya.

( Disesuaikan daripada Berita Putrajaya Bil. 3, Jan.2004 p: 11)

IKLAN

Iklan Indah Water yang terbaru tentang tandas angkut yang pernah digunakan di ibu kota suatu masa dulu benar-benar 'menusuk kalbu'. Kadang tidak begitu selesa bila iklan dengan jujur memanipulasikan keadaan dan situasi. Ada baiknya 14 Februari dijadikan hari mengingati fungsi tandas di dalam kehidupan kita. Suatu tempat penting tetapi tidak begitu dihiraukan sangat tahap kebersihannya terutama di tempat awam. Setiap hujung minggu merupakan hari membersihkan tandas dan kita bolehlah memilih 14 Februari ini sebagai "Hari Tandas Sedunia" sebagai tanda kita memperingati fungsi dan peranannya di dalam kehidupan kita. Hari ini sama-samalah kita menjadikan tandas kita lebih harum dan indah. Kalau ada duit berlebihan upah ID menghiasnya!


Kosong

Kamu seperti hantu
Terus menghantuiku
Ke mana pun tubuhku pergi
Kau terus membayangi aku

Salahku biarkan kamu
Bermain dengan hatiku
Aku tak bisa memusnahkan
Kau dari pikiranku ini

Di dalam keramaian aku masih merasa sepi
Sendiri memikirkan kamu
Kau genggam hatiku
Dan kau tuliskan namamu
Kau tulis namamu

Tubuhku ada di sini
Tetapi tidak jiwaku
Kosong yang hanya kurasakan
Kau telah tinggal di hatiku

Dewa


Friday, February 13, 2004

KATAK HIJAU & KAD V-DAY


14 Feb kemuncak hari memperingati kekasih. Sebabnya tiap saat kekasih wajar diingati. Kekasih sejati dan pada yang ESA. Cuma ini bukan disebabkan kisah si paderi. Berdosa sangatkah melayangkan kad tanda cinta dan perasaan hatta melalui sms? Cuma disebabkan 14 Feb dan bukan budaya kita. Auranya tetap di rasakan di mana-mana.

Membantu seorang teman memilih kad paling cantik untuk bakal teman hidupnya di Street Mall semalam. Ada sebuah Gift Shop yang menarik di sini. Himpunan hadiah-hadiah yang comel. Tertarik dengan sepasang katak hijau jenama Russ yang sungguh comel (RM 34.00). Apabila keduanya di tarik akan terucap kata-kata "I Love U". Katak hijau yang nakal!

Harga bunga rose melambung naik. Kalau hari biasa cuma RM 60.00 kini naik 2 kali ganda disebabkan 14 Feb untuk sedozen roses siap digubah. Tapi saya tidak perlu membeli apa-apa tahun ini. Rasa lapang dan juga tidak berasa cemburu kebahagiaan sahabat saya itu. Wan akan bertunang bulan depan, biarlah dia merasai hari-hari terakhir zaman dudanya dengan kegembiraan. Moga perkahwinannya untuk yang kedua kali ini lebih berjaya.

Esok hari Sabtu dan saya perlu bekerja. Tiada yang menarik untuk saya di 14 Feb ini. Saya hanya menantikan penghujung Februari yang amat mendebarkan.

MENDAKAP HARAPAN

Bila segalanya hilang. Kita perlu bersandarkan pada apa yang kita ada sahaja. Kekuatan kita, kepercayaan kita dalam mengharungi hidup yang penuh kerikil tajam di setiap perjalanan. Sesak nafas dan lelah tidak pernah putus dan membiarkan kita berhenti. Kadang makin direnung makin kita tidak faham dan sulit sekali untuk dimengertikan.

Tinggalkan sahaja masa lalu dan rebutlah peluang yang terbentang di depan mata. Kalau segalanya semudah itu , pasti sudah lama aku berlari dengan senang hati. Berikan sedikit masa untuk diri berhibernasi dengan segala duka yang membalut. Bila sampai masanya harapan menggunung itu akan tetap kita dakap.

Segalanya dibentangkan didepan mata. Kenapa memilih untuk bersedih? Adakah rasa hati ini satu pilihan? Adakah kita memilih jalan ini dan tersesat ketika tergesa-gesa membuat pilihan? Kenapa kita tidak mengecap kebahagiaan seperti orang lain?

Subuh ini aku menerima segalanya dengan tenang. Tidak perlu risau segalanya adalah ketentuan dari-Nya. Cuma lambat sedikit dari orang lain. Tidak mengapa juga kalau memang sudah takdirnya begitu. Cuma aku tidak mahu menyiksa orang lain dan mendera perasaan sendiri. Aku tidak sekejam itu.

Jadi biarkanlah aku terus mendakap harapan yang satu itu. Walau entah bagaimana kesudahannya nanti.

Aku bangkit lagi
Menggenggam dendam lama
Meriba kemas harapan ayah bonda
Namun maafkan aku
Jika nanti dendam itu pecah
Melukakan hati mu sendiri.

Mawar merah telah lama layu. Tapi biarlah ia tetap di situ …

FEBRUARI

Di Februari
Menguak pintu rasa
Usir derita

AAK
Cyberjaya

Nota : Aku bukan tengah bersedih, jauh sekali merajuk hati. Cuma aku ingin menyendiri buat seketika dan menilai
segalanya dengan teliti.. Aku sentiasa bersyukur di atas kurnia dan rahmatNya.


Quote ni diambil dari petikan dialog cerita "Armed Reaction III" yg disiarkan semalam (12-02-04). Cerita ni adalah dari slot TVB drama yang disiarkan setiap Isnin-Jumaat, 6.00 - 7.00pm.

"Perkahwinan adalah urusan dua orang. Suami Isteri juga adalah urusan dua orang. Dengan itu, jangan sekali-kali membuat keputusan kerana orang lain. Buatlah keputusan sendiri."

Kiriman Kak Azah.

Thursday, February 12, 2004

TEKNOLOGI NANO



Tertarik dengan artikel tulisan Nurul Adlina AR Kamaludin, “Teknologi Nano Bawa Harapan, Ancaman Baru”, Berita Harian 11 Februari 2004 p:13. Nano Technology atau teknologi nano ini telah bertapak sejak 10 tahun yang lalu. Saintis menganggap teknologi nano sebagai kunci penyelesaian masalah dunia ( perubatan, pertahanan, alam sekitar dan sebaginya dan mengatasi bioteknologi dalam banyak aspek.

Nano dalam bahasa Yunani membawa erti kerdil dan pada skala metrik, ukuran nanometer adalah per satu billion setiap meter. Bagi memudahkannya, sehelai rambut manusia bergaris pusat 50 mikrometer dan satu nanometer bersamaan satu per seribu micrometer. Ini bermakna, bagi setiap satu nanometer, menyamai rambut manusia yang dibelah 50,000 kali.


Kebaikan yang dijangkakan oleh saintis :

a.“nanobots’ atau robot nano yang amat kecil saiznya boleh memasuki saluran darah untuk membunuh sel kanser , virus, mambantu pembedahan otak dalam masa singkat. Istitut Kajian Kanser atau Barah Amerika (NCI) merancang menggunakan teknologi nano bagi menggantikan perubatan kemoterapi merawat kanser. Tidak perlu lagi menelan ubat cukup dengan menelan ‘nanobots’ dan membiarkan tugas rawatan ini diambilalih oleh robot yang pintar ini.

b.Produk harian berasaskan teknologi nano – fabrik kain yang kalis kotor dan air serta reket tennis yang diperbuat daripada tiub nano.

c.Bahan kosmetik – menghasilkan krim penghalang cahaya matahari dan ultra ungu dan produk ini sudah berada dipasaran.

d.Engin jet dan system rangkain televisyen, komponen jet pejuang yang lebih ringan dan murah. Bahan asas lebih tahan lama bagi kegunaan telefon selular.

Paling best teknologi ini mampu meningkatkan usaha pengesanan sel kanser dan Sindrom Daya Tahan Melawan penyakit ( AIDS) dan HIV menggunakan pengesan kecil berukuran nano, menggantikan kaedah pewarna organic bagi menanda kehadiran sel berkenaan.

Mungkin teknologi ini boleh juga ‘mengesan’ siapakah bakal teman hidup kita bila robot nano dikerahkan membaca otak seseorang yang kita minat tapi malu untuk berterus-terang. Hahhahaa ini hanya idea gila aku sahaja. Artikel ini memang best dan tengah membaca artikel-artikel lain yang berkaitan tentang Nano Technologi daripada IEEE database & Science Direct. Tapi kita di Malaysia baru sampai di peringkat Bioteknologi dengan BioValley segala.

MESSAGE IN A BOTTLE



Bulan Februari ini memang mood romantik agaknya, semua filem pun menjurus genre yang sebegitu. Malam tadi sempat juga menonton Kevin Costner menangani watak Garret, duda yang kematian isteri. Kehilangan isterinya itu membuatkan dia mengasingkan diri daripada orang ramai dan menahan kepiluaan hatinya yang tidak tertanggung. Bila bapanya Dodege memberi pilihan antara semalam dan esok. Barulah dia sedar cinta sejatinya bersama Chaterine tetap utuh dan tidak pernah kurang walaupun dia bertemu Theresa seorang ibu tunggal yang menjumpai botol berisi surat di tepi pantai. Keinginan yang membuak untuk mengetahui siapakah penulis surat berkenaan membuatkan Theresa akhirnya bertemu dengan Garret.

"Maafkan aku kerana tidak mendakapmu sekuat tuhan merampasmu semula dariku". Begitulah cinta sejati seorang lelaki yang tidak pernah surut. Theresa cuba menemukan arah cinta mereka dalam ego masing-masing yang kuat. Cinta sebenarnya lebih kuat dari hempasan ombak. Walaupun Garret hanyut tengelam di lautan lepas. Theresa tidak pernah menyesali pertemuan mereka dan berbangga dipertemukan insan yang begitu kuat cintanya seperti Garret yang telah mempersiakan separuh dari hidupnya setelah kehilangan cinta Chaterine.

"Agar awak tahu di mana awak berada dan tahu jalan pulang". Catatan yang terpahat di kotak Kompas hadiah Theresa kepada Garret.

Dalam dunia ini memang ada lelaki yang setia dan tidak sedikit pula yang sentiasa mempersiakan cinta. Aku berdoa yang seorang teman ini akan ditunjukkan cahaya kebahagiaan setelah mengharungi derita yang tidak sudah.

"Azhan, dari hari ini dan esok saya hanya menanti satu keputusan. Sesuatu yang bakal menentukan hidup saya dan anak2. Jika pendek akalnya akan pergilah seorang lelaki yang saya sandangkan harapan, saya korbankan hati dan perasaan... Kali ini rasanya hanya tawakal yang saya ada telah tiada lagi usaha, namun bukan sebab berputus asa kerana tidak ingin terus terhina sedang diri tak langsung dihargai."

Email diterima darinya membuatkan saya berfikir, kita kerap ditemukan dengan insan yang tidak tahu menghargai cinta kita. Ujian Allah dan sebagai hambanya kita perlu tabah untuk mengharungi hidup sehari lagi tanpa cintanya. Kalau itulah yang tertulis di Luh Mahfuz.

Tapi aku percaya cinta sejati tetap ujud dan bukan cerita dongeng versi Hollywood.

Komen dari perswis ini merupakan rangkuman yang tepat tentang harapan, tidak perlu menghanyutkan botol di lautan pasifik dan mamai seperti Garret:

perswis (http://perswis.tripod.com) @ 02/11/2004 07:43:

"Mungkin kita ada teman Istimewa pada masa tu dan ingin hidup bersama dengannya. Tetapi tiba2 ada halangan dan kita tak dapat bersama. Kita cuba lakukan apa yang boleh kita lakukan. Akhirnya tanya diri "Apa lagi yang boleh aku lakukan?" Kalau kita dah lakukan segala yang termampu dan kita tak dapat nak memperbaiki hubungan apa lagi yang boleh kita lakukan? Mungkin hanya dengan move forward sahaja. Hope is a very powerful force. Letak harapan pada sesuatu dan fikiran kita akan fixed kepada sesuatu itu. Mungkin kita perlu cuba untuk meletakkan harapan kepada tempat yang lain.

Maaf ye Kamal sbb saya berkata sebegini. Amat memilukan juga membaca pengalaman org terutamanya bila kita pernah mengalami pengalaman yang hampir sama. Apapun, All the best untuk awak!".

Cubalah menanam harapan di tempat yang lain.

Nota : Catatan hari ini ditujukan kepada sahabat saya yang mengirim email di atas. Ingatlah saya sentiasa ada di sini untuk berkongsi cerita dan memberi sokongan.

Wednesday, February 11, 2004

TAK NAK!!



Mula-mula lihat billboard tulisan sebesar alam “TAK NAK” di salah satu lorong di Chan Saw Lin. Aku selalu buat lawak dengan abang Nasir. "Tu iklan apa tu?" dan aku selalu ingat iklan rogol agaknya dan kami gelak-gelak tak ingat dunia bila terserempak iklan tu di mana-mana. “Tak nak, Tak nak …”.

Tapi kini tahulah aku yang iklan tu tentang bahaya merokok. Kempen mengekang golongan muda dari terjebak amalan merokok ini. Logiknya mula-mula merokok kemudian banyak lagi aktiviti negatif lain menyusul. Namun memang tidak mudah membesarkan anak di zaman ini. Masa kecil nampak elok baik, bila besar tak tentu lagi. Kalau kita lihat anak orang lain kesasar dan terlibat dengan jenayah jangan mudah mencemuh mereka. Sebabnya anak-anak kita masih lagi kecil, kita belum tahu masa depan dia macamana. Kita tak pasti mereka ini akan mengikut lorong yang kita tunjukkan atau tergelincir dari landasan. Jadi jangan mudah menghukum orang itu jahat atau anak orang itu tidak baik. Keluarga sendiri dan diri kita tidak tahu lagi. Entahlah itu semua rezeki masing-masing.

Apa yang pasti kalau kita berusaha untuk menjauhkan diri dari semua benda negatif ini InsyaAllah kita akan berada di landasan yang betul. Orang selalu kata”Masih sekolah dah merokok, membakar duit mak bapak”. Kalau diberi pilihan pun dan ada duit sendiri dan bekerja aku memilih untuk tidak merokok. Apa faedahnya merokok? Selain kita mengkayakan MNC ( Multinational Co.). Aku pernah merokok juga ( curi-curi merokok di kebun getah nenek aku dengan mak cik aku masa zaman hingusan dulu : Codename - Aktiviti menghalau nyamuk) . Tapi keluarga aku memang tegas terutama kakak aku. Terima kasih bebanyak kat akak aku tu selamatlah paru-paru aku dan duit aku dari beli benda tak berfaedah ini. Rasanya zaman sekarang orang yang merokok dipandang “something”. Aku tengah fikir kalau aku nak ambil kakitangan baru aku nak pastikan mereka bukan perokok tegar. Nanti bila kita bagi kerja sikit terus sakit kepala dan lesap ke tandas or pantry merokok. TAK NAK aku …

TAK NAK LAGI!



Boss aku nak kenalkan dengan staf dari dept lain di tempat aku bekerja ni. Memanglah dia baik dan senonoh jer. Lulusan luar negara sopan santun. Tapi aku tak boleh membohongi diri aku. Walaupun boss aku tu ugut nak bagi performance aku UN tahun ni kalau aku tak jadi dengan dia. Kesannya, kami sama-sama malu bila berjumpa. Sebab boss aku dah bagitau yang aku suka kat dia. Haru biru betul jadinya. Dia pun bagi response yang baik. Lagi satu dia jiran aku, dan apartment kami bersebelahan. Tapi minta maaf lah yer boss ini dah 2 kali dah aku tolak risikan boss ni . Hati belum terpikat , Tak Nak lagi …

TAK NAK … aku boleh cari sendiri.

Cerita dari Honey ini menarik untuk di jadikan renungan. Terima kasih kerana sudi mengirimkannya untuk dikongsi bersama.


Feedback-to-Feedback
honey () @ 02/11/2004 05:58:


Once upon a time, there was a teacher and his student lying down under a big tree near a big grass area. Then, suddenly, the student asked the teacher,

Student : Teacher, I'm confused, how can we find our soul-mate? Can you please help me?

Teacher : (Silent for few second, than he answer) Well, it's a pretty hard and easy question.
Student : (Thinking hard) Huh???
Teacher : Look on that way, there are a lot of grass there, why don't you walk there but please
never walk backward, just walk straight ahead. On your way, try to find a beautiful grass and pick it up then give it to me. But just one.
Student : Well, ok then... wait for me... (Walked straight ahead to the grass field).

A few minutes later...
Student : I'm back.
Teacher : Em, well I don't see any beautiful grass on your hand.
Student : On my journey, I found few beautiful grass, but I thought that I would find a better one, so I didn't pick it up. But I didn't realize that I'm at the end of the field, and I hadn't picked up any. Cause you told me not to go back, so I didn't go back.

Teacher : That's what happened in real life.

What is the message of this story?

GRASS - IS PEOPLE AROUND YOU
BEAUTIFUL GRASS - IS PEOPLE THAT ATTRACT YOU
GRASS FIELD - IS TIME

In looking for your soul mate, please don't always compare and hope that there will be a better one. By doing that, you'll waste your lifetime, cause remember "Time Never Goes Back". It applies the same in finding your ideal life partner, your suitable career or business, therefore the morale is LOVE & grab hold of the opportunity that you have now, don't waste time!

Tapi kita selalu tersihir oleh masa lalu yang mencengkam rasa kita selamanya. Kita tidak boleh membohongi hati yang masih enggan melupakan. Bagaimana ingin memberikan cinta andai hati tidak mengizinkan?


Tuesday, February 10, 2004

SEPANDAI-PANDAI TUPAI MELOMPAT



Bekas Pengarah Urusan Perwaja Steel Sdn. Bhd., Tan Sri Eric Chia Eng Hock, 71, ditahan oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) selepas siasatan bertahun-tahun dijalankan berhubung kes penyelewengan dalam syarikat itu yang melibatkan kerugian RM2.9 bilion.

Siasatan terhadap kes penyelewengan dalam Perwaja yang melibatkan kerugian RM2.9 bilion bermula pada 1996 dan sejak itu lebih 50 orang saksi di dalam dan luar negara, termasuk Eric Chia sendiri serta sebilangan kakitangan Perwaja telah dipanggil untuk membantu siasatan. Siasatan itu dimulakan selepas laporan audit yang dilakukan oleh firma audit Coopers and Lybrand menunjukkan kedudukan kewangan Perwaja dalam keadaan tenat. Pengeluar besi waja yang berpangkalan di Terengganu itu dikatakan menanggung beban hutan berjumlah RM10 bilion membabitkan RM926 juta dalam liabiliti semasa, RM6 bilion dalam liabiliti jangka panjang dan kerugian terkumpul sebanyak hampir RM3 bilion.

Jangkamasa yang agak lama untuk menyiasat kes kerana melibatkan individu di luar negara, sekarang baru terbukti. Ramai lagi yang akan dihadapkan di muka pengadilan dan diharapkan usaha PM kita untuk membersihkan imej kerajaan dari amalan rasuah berjaya. Cayalah Pak Lah!

AKU



Sekarang ini agak sibuk dengan kerja. Semalam mengedit DJW untuk di hantar binding. Koleksi pertama perjalanan hidup yang entah apa-apa itu. Boleh buat thesis, setebal 443 muka surat. Nanti akan di pdfkan. Tapi aku lebih berminat untuk membinding, ada nilai sentimental. Akan meminta beberapa orang sahabat baik membuat kata-kata aluan untuk 'buku' aku itu.

Menanti akhir Februari dengan debar ...

Monday, February 09, 2004

KETIKA HIDUP HILANG MELODINYA


Sengaja meminjam tajuk artikel Ku Seman dalam ruangan lirik di Mingguan Malaysia( Pancaindera, 8 Feb.2004 p:8). Saya memang meminati lagu Anne Murray ini - You Needed Me. Ku Seman menulis dalam artikelnya "You Needed Me mengenai seseorang yang dirundung malang. Hidupnya kelam dan semangat untuk mengejar cahaya kecil di hujung terowong hilang. Dalam kegelapan, hadir seseorang yang berdiri disisinya. Anggaplah siapa saja orang itu. Tetapi ternyata dialah orang yang mengusap apabila kelopak mata kita dibanjiri titisan jernih dan dia juga yang menyambut tangan kita apabila tergelincir di tebing yang curam."

Setiap daripada kita mempunyai 'seseorang' tidak kiralah sesiapapun 'seseorang' itu. Kehadirannya pasti kita syukuri. Apalah lagi yang tersisa kalau teman sejati pun kita tidak punya. "Ada orang yang sudi berdiri di sisi ketika mencari melodi hidup yang hilang,' tulis Ku Seman mengakhiri artikelnya.

You held my hand when it was cold
When I was lost lost you took me home
You gave me hope when I was at the end
and turned my lies back into truth again
You even called me friend.

Bertuah juga hari minggu ini kerana memjumpai sajak bertajuk "Dairi" karya Mukhtar Mustafa, penyajak dari Machang.

Dairi

Memula catatan
pada helaian pertama dairi
tahun baru
seperti
ada luka pedih
di lubuk hati.

Betapa sukar
melepas pena
pada baris terakhir
diari musim lalu
bila duka tak sembuh
darah masih mengalir
kemimnya janji belum tertunai
dan ada sejuta
kata-kata
tidak sempat dicatit.

Sumber : Mingguan Malaysia 8 Februari 2004 p:30.

Ya bila luka tak sembuh darah pasti mengalir. Bila persoalan tidak terjawab perlukah berdiam sahaja? Gelodak rasa dihambur pada bilah kata di catatan harian. Aneh bukan? Kadang kita memilih untuk berdiam diri dan mengharungi sunyi yang panjang tanpa kata-kata sakti itu di bulan Februari yang penuh keindahan.

Seorang teman menelefon bertanyakan apa hadiah yang perlu diberikan kepada kekasihnya. Aku jawab belilah sesuatu yang boleh membuatkan dia berfikir dan jangan kelabukan matanya dengan emas permata. Belilah novel Sri Diah- Kuala Lumpur Di Mana Suamiku. Dapat ilmu dan kisah hidup yang tidak ternilai. Dia boleh 'bersedia' sebelum dimiliki oleh engkau dan aku menyuruh dia 'belajar' menjadi Baharin dan belajar menghargai si "S" buah hatinya.

Petang semalam dia menelefon aku semula katanya di Marwillis PKNS tak ada lagilah novel itu. "Oh too bad ler maybe dah habis cetakannya. Carilah di kedai buku lain." aku membalas sepontan. Benda bernilai biasanya susah nak dapat. Emas permata berlambak di kedai emas. Tapi buku hanya satu-satunya diterbitkan oleh penerbit tertentu sahaja.

"Kau bagi apa pula kat N?", dia menyoal. Huh! mahu sahaja aku masuk dalam handphonenya dan ketuk kepalanya 1000X.

GERAI CINTA

Gerai cinta
tak punya tanda harga
usah tergoda

AAK
Nilai 3
8 Februari 2004

Saturday, February 07, 2004

PROTON GEN.2 (GENERASI KEDUA)


Akhirnya kereta nasional yang begitu dinanti-nantikan dirasmikan semalam oleh PM. Rekaan lebih sportif dan dilengkapi engin Campro yang direka untuk tahan lama dengan kos penyelenggaraan yang rendah kerana hanya perlu diservis setiap 10,000 km. Harganya pula amat competitif dengan engin 1,600 cc yang akan dijual pada RM52,888 ( tanpa insurans bagi versi manual. dan RM 55,888 (tanpa insurans) bagi model automatik.

Kalau diikutkan memanglah model terbaru ini menepati citarasa golongan muda dan awal 30an. Namun hanya masa yang akan menentukan 'ketahanan' dan enginnya setelah khalayak pengguna memiliki model ini. Setelah 4 tahun memandu kereta keluaran Proton kadang terasa 'its about time' untuk beralih kepada jenama lain yang telah teruji dengan masa. Tapi tunggu dan lihat sahajalah. Kalau kita boleh pergi ke KL dengan menaiki Kancil apa perlunya Perdana? Tapi corak dan gaya hidup kita juga perlukan perubahan seiring dengan peningkatan usia. Kancil memang mampu membawa kita ke mana-mana dengan kos minyak yang menjimatkan. Tapi keselesaan dan 'kestabilan' emosi itu juga penting. Kalau masuk sahaja tahun pertama masalah mula timbul ( power window rosak dan itu ini) memang akan rasa serik.

Jadi terpulanglah pada kita menentukannya. Duit kita, kita sendirilah yang akan menggunakannya. Pilihan di tangan kita, perhati betul-betul, buka mata luas-luas.

THATS LIFE



That’s life, that’s what people say.
You’re riding’ high in april,
Shot down in may.
But I know I’m gonna change that tune,
When I’m back on top in june.

That’s life, funny as it seems.
Some people get their kicks,
Steppin’ on dreams;
But I don’t let it get me down,
’cause this ol’ word keeps getting around.

I’ve been a puppet, a pauper, a pirate,
A poet, a pawn and a king.
I’ve been up and down and over and out
And I know one thing:
Each time I find myself flat on my face,
I pick myself up and get back in the race.

That’s life, I can’t deny it,
I thought of quitting,
But my heart just won’t buy it.
If I didn’t think it was worth a try,
I’d roll myself up in a big ball and die

Frank-Sinatra
Writer(s): kay/gordon/kay/gordon

Friday, February 06, 2004

MAAF


“Hidup begitu memenatkan bila kita berasa kecewa tetapi ianya tidak begitu bila kita gembira.”

Aku pasrah, semua telah aku cuba. Menghubungi dia, menghantar SMS malah aku juga telah mengirim ucapan maaf melalui Radio ERA . Tapi tak tahulah bila ERA akan siarkan ucapan aku itu. Tak tahu juga dia akan mendengarnya atau tidak.

Aku cuba berkata benar dan meluahkan apa yang terbuku di dada lewat SMS malam Rabu itu. Aku cuba membuat “reversed psychology” sebenarnya. Tapi ternyata tidak berjaya dan kesannya begitu teruk. Agak pelik kalau dia yang berbuat silap. Aku boleh senang-senang dan lurus hati memaafkannya. Mungkin aku ini bersikap matang atau tidak apa. Mungkin sebab aku lelaki, tidak kisah itu semua. Atau mungkin aku terlalu mengambil berat keatasnya sehinggakan apa sahaja kesalahan yang dia lakukan aku dengan rela hati memaafkannya tanpa banyak soal.

Namun bila teringat filem Lord Of The Ring - "War will never stop till the day you die." Kita perlu bersedia menghadapi segala rintangan dan cabaran sehinggalah nafas yang terakhir. Aku tidak perlulah berperang mulut segala. Hanya lontaran kuasa sakti SMS 71 berbalas 33 sudah cukup memenatkan. Tidak dapat melelapkan mata dan akhirnya aku tidak tidur semalaman. Sakit kepala menerjah ruang otak mungkin letih memproses maklumat yang cuba mengimbangi perasaan sendiri.

apologies accepted. i'm sorry 2.
4-Feb-2004 19:46:21

Pagi Khamis yang sunyi, dengan mata yang mengantuk dan kepala yang berdenyut. Cuba melelapkan mata.

Selepas solat Zohor menelefon seorang teman di Karangkraf. Kali kedua berjumpa dan dia membawa aku berjumpa Kak Sri Diah dan Kak Siti Zarinah. Perjumpaan tanpa di rancang. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa emas kalian menerima kunjungan yang tidak diduga itu. Thanks Aida.

Suka sekali membaca Impiana Februari 2004, banyak fokus menarik tentang rumah orang bujang. Kebetulan memang tengah mencari idea untuk rumah di Klang. Majalah lain belum sempat di baca.

Marcell - Semusim

Semuanya tlah terjadi
cintaku telah pergi
dan kini kusendiri
tanpa dirimu lagi

tak mudah menepis cerita indah

semusim tlah kulalui
tlah kulewati
tanpa dirimu
tetapi bayang wajahmu
masih tersimpan dihati

tak pernah kubayangkan
kau putuskan cintaku.
ku coba tuk lupakan
semua tentang dirimu

tak mudah bagiku melupakan mu

Wednesday, February 04, 2004

TRAGEDI SEBAGAI BALASAN DARIPADA ALLAH



Tragedi di Mina yang mengorbankan 251 nyawa rasanya boleh di atasi jika Pemerintah Arab Saudi memikirkan aspek keselamatan dan belajar dari pengalaman yang lepas. Kini sudah tahun 2004, seharusnya tempat-tempat suci di sekitar kota Mekah dan Madinah sudah moden, teratur dan memberikan keselesaan kepada jemaah haji. Bukan satu medan tempat orang mati dirempuh dan dipijak. Walaupun biasanya orang akan kata sudah ketentuan dariNya. Tapi mati di pijak?

Juga di negara sendiri kanak-kanak perempuan tidak sudah-sudah di rogol dan di bunuh. Banyak sekali tragedi dan musibah yang menimpa. Bala atau bencana yang sering menimpa manusia sebenarnya adalah balasan daripada Allah s.w.t. terhadap kesalahan yang dilakukan oleh manusia. Bala ialah balasan di dunia sebelum manusia menerima balasan di akhirat. Di dalam surah Asy Syura ayat 30, Allah s.w.t berfirman yang membawa maksud:

"Dan apa jua yang menimpa kamu daripada sesuatu kesusahan ( atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan ( akibat perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa), dan ( dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dosa-dosa kamu."

Ayat ini jelas menunjukkan bahawa segala bala yang menimpa manusia adalah disebabkan oleh dosa-dosa manusia. Sekiranya Allah itu tidak mempunyai sifat pemurah dan penyayang, sudah pasti setiap dosa yang dilakukan oleh anak Adam akan ditimpa bala dan musibah yang tidak putus-putus. Tetapi oleh kerana Allah itu bersifat Maha Pengasih lagi Maha Pengampun, maka banyak dosa-dosa manusia diampunkan Nya tanpa di balas dengan bala.

Setiap bala yang diturunkan dan setiap musibah yang menimpa manusia adalah disebabkan oleh dosa dan kesalahan manusia itu sendiri. Apabila Allah menurunkan balaNya, bala ini bukan sahaja menimpa mereka yang bersalah dan berdosa sahaja tetapi menimpa keseluruhan manusia. Hal ini dijanjikan oleh Allah seperti firmanNya dalam surah Al-Anfal ayat 25 yang bermaksud:

"Dan jagalah diri kamu daripada (berlakunya) dan (yang membawa bala dan bencana) yang bukan sahaja menimpa orang-orang zalim di antara kamu secara khusus( tetapi akan menimpa kamu secara umum) dan ketahuilah bahawa maha berat azab seksaNya."

Oleh kerana kita juga terlibat dengan bala bencana hasil daripada dosa dan kesalahan orang lain, maka adalah baik kita beristighfar meminta ampun kepada Allah. Kalaupun tidak dihilangkan terus bala tersebut , kita sekurang-kurangnya terhindar dari keburukannya.

NASI LEMAK ANTARABANGSA

Pukul 5.30 petang semalam dapat SMS daripada Abang Nasir :

teringin nak mkn nasi lemak a'bangsalah .. nak tak?
3-Feb-2004 17:27:09

Aku balik ke apartment dan tidur sekejap. Pukul 6.30 mandi dan bertolak ke Cheras pukul 7.00 petang . Maghrib di rumah dia. Masa keluar dari rumah minyak kereta dah dekat E, seriau jugak. Sebelum sampai ke tol Sungai Besi ada stesen minyak Petronas dan aku berkira-kira nak isi minyak di tempat itu. Di satu selekoh berhampiran stesen minyak tersebut, sebuah lori telah melanggar sebuah motosikal. Aku pula yang terkejut dan hampir melanggar kereta di depan aku. Orang yang membawa motosikal itu meraung kesakitan di tepi jalan. Suaranya begitu kuat sekali hingga masing terngiang-ngiang tak sudah.

Nasib baik ada penunggang motosikal lain berhenti dan menelefonkan ambulan. Aku tak dapat memberi bantuan ( masih rasa kesal hingga kini). Sebabnya aku tak tahu nak bawak ke hospital, tak tahu jalan dan minyak kereta aku sudah nak habis. Kang tak pasal-pasal tak sampai ke mana sebab kena isi minyak dulu. Aku dengan rasa yang tidak sedap hati terus sahaja berlalu. Masa mengisi minyak dan ketika sudah nak sampai ke tol Sungai Besi, terlihat Ambulan datang dari arah bertentangan, mungkin nak menyelamatkan mangsa tersebut. Aku berharap sangat yang ambulan itu pergi ke arah penunggang motosikal yang cedera dan meraung kesakitan itu.

Sampai di tempat Nasir rasa tak sedap badan. Selepas menonton berita kami bertolak ke Kampong Baru. Terpaksalah parking kereta "6 batu jauhnya" dari tempat Nasi Lemak Antarabangsa itu. Beratur panjang. Aku makan nasi lemak lauk sotong dan telur RM 3.80 jer. Memang sedap dan terlupa sebentar peristiwa tadi. Habis licin dan minum pun habis 2 gelas teh tarik.

Masa memandu pulang ke Cyberjaya teringat semula peristiwa tadi. Harap orang itu selamat dan menerima rawatan sewajarnya. Aku doakan dari jauh. Tapi memang selalunya penunggang motosikal kadang macam tak ingat dunia bila mencelah kereta/lori.

Hari ini Yana and the gang akan datang buat assignment. Aku akan jemput mereka pukul 1.00 nanti. Banyak benda nak disediakan.


Januari

Berat bebanku
Meninggalkanmu
Separuh nafas jiwaku
Sirna...

Bukan salahmu
Apa dayaku
Mungkin benar cinta sejati
Tak berpihak
Pada kita

Reff:
Kasihku
Sampai disini kisah kita
Jangan tangisi keadaannya
Bukan karena kita berbeda

Dengarkan
Dengarkan lagu.....lagu ini
Melodi rintihan kati ini
Kisah kita berakhir di Januari
Selamat tinggal kisah sejatiku
Wow....pergilah

Lagu/Lirik: Glen Fredly

Aku boleh terasa hati bila dia tujukan lagu ini kepada seseorang itu. Aneh sekali dan seperti biasa perang SMS akan berlarutan sehingga pukul 2 pagi. Ehh stop sekejap masa menonton American Idol. Yang lucunya boleh sambung 'perang' selepas itu.

damage done
4-Feb-2004 09:27:43

Tuesday, February 03, 2004

HATI SIAPA YANG TERKORBAN?



Raya korban di CC biasa-biasa sahaja. Pagi ke surau solat solat aidiladha. Masa tu perut aku sakit benar. Entah silap makan agaknya. Sembahyang pun tak selesa, dengar khutbah tak khusyuk. Alhamdulillah bila tengahari perut ok. Mak dan abah suruh aku ke rumah nenek. Mereka buat korban 2 ekor lembu. Aku tak nak pergi sebab mereka sikit pun tak telefon emak atau ajak mak ke sana. Pak cik & mak cik yang lain pun tak jemput kami mereka senyap sahaja. Bukan tiada telefon, jadi aku kurang selesa dan tahu benar apa yang akan berlaku. Aku memilih untuk makan-makan dan menonton TV sahaja di rumah. Yana dan Julie yang meneman mak dan abah.

Mak kata keadaan di rumah nenek macam orang buat kenduri kahwin dengan nenek menyediakan makanan untuk orang kampung. Bila mak datang boleh dia kata yang lebih kurang begini bunyinya "Kat CC tak de orang sembelih lembu ker?". Hey kami bukan kebulur dan hari tu hari raya dan mak menjenguk atas dasar ingatan seorang anak ke atas ibunya. Banyaklah perkara yang berlaku biarlah ianya menjadi kenangan mak sahaja. Aku tak sanggup menulisnya di sini. Peristiwa begini berlaku setiap masa dan berulang-ulang. Diketepikan, dipinggirkan atau apa sahaja yang dilakukan. Aku menelan setiap "luahan hati" mak bagai menelan kaca-kaca yang berderai.

Aku kata kat mak kenapa bawak balik daging lembu yang mereka bagi. Emak selalu jawab kita orang tua tak elok bermasam muka. Walau aku tahu dalam hati mak memang ada rasa tidak puas hati. Aku tahu rasa sakitnya bila di pinggirkan oleh orang yang kita sayangi. Kita menyayanginya sepenuh hati tapi dia melayan kita seperti sampah. Entahlah cuma aku tak setabah mak ...

Perbincangan dengan Man berjalan lancar. Kami insyaallah akan meneruskan projek rumah kami di CC. Rumah itu akan di baik pulih. Mak tak mahu rumah yang abah buat dengan hasil titik peluhnya diganti dengan rumah batu sepenuhnya. Jadi kami terpaksa menukar plan asal. Buat dapur baru, tambah bilik, jambatan baru, jalan masuk diperbaiki, parking kereta dan sebagainya lagi. Kami nak buat 8 bilik di rumah itu, biar senang bila balik beraya. Sebab masing-masing akan berkeluarga. Mak pulak tak mahu bilik banyak sangat, dia takut tinggal berdua sahaja dengan ayah di rumah besar. Rumah yang ada sekarang ni pun dia dah rasa seram. Ikut plan rumah akan siap sebelum majlis kenduri Julie. Doakan segalanya berjalan seperti yang dirancangkan.

Majlis kenduri Julie mungkin akan dilangsungkan penghujung Disember. Dia dah tentukan warna unggu cair untuk kami pakai masa dia berkahwin nanti. Semua kena pakai baju warna itu. Aku tak suka sangat ungu tapi dah dia suka color itu kita ikut sahajalah. Cuma aku tak mahu pakai baju Melayu. Aku mintak dia carikkan baju batik yang "comel" untuk aku pakai. Mak bagi cadangan beli kain ela banyak-banyak dan bahagikan pada semua. Sedang difikirkan cadangan itu. Yelah kalau tak nanti skima warna pasti tidak sama.

Bila cerita pasal perkahwinan, keluarga dah bising siapa yang mereka akan pinangkan untuk aku. Mereka nak sangat aku bersanding serentak dengan majlis kahwin Julie nanti. Aku diam sahaja, ni bukan diam tandanya setuju. Aku dah letih, aku cuma mintak ruang untuk aku bernafas. Berkahwin itu mudah, cuma aku belum bersedia memikul tanggungjawab yang begitu besar. Memanglah mereka kata nak 'sponsor' majlis kahwin aku nanti hatta duit hantarannya sekali. Tapi aku kata kat mereka ini bukan soal wang. Cuma aku nak masa dan menimbang semasak-masaknya soal perkongsian hidup ini . Aku masih keliru ...Ada banyak perkara yang belum selesai. Kadang terfikir adakah hidup membujang ini memalukan keluarga? Adakah aku akan memalukan keluarga jika nanti aku memilih untuk hidup sendiri? Kalau sebab anak untuk menjaga aku bila tua. Itu belum tentu lagi ketepatannya. Perkara ini boleh diperdebatkan lagi. Cuma aku minta mereka beri aku masa untuk berfikir. Adakah perkahwinan itu sesuatu yang benar-benar akan membahagiakan aku, seperti yang mereka harapkan. Aku masih belum ketemui jawapannya.

Malam tadi nonton Gothika di Mines, midnight pukul 11.50. Balik menonton jalan sunyi. Aku memandu 120km sj di jalan raya yang tiada seorang pun manusia. Rasa seram, macam teringat kisah itu balik. Tapi cerita dia memang best .

Pagi Isnin yang tenang. Ramai yang sambung cuti sampai Khamis dan aku sendirian menatap PC ini.


Insan - Yantzen

Kita adalah insan
Menumpang atas dunia
Aku dengan caraku
Yang sederhana

Kita adalah hamba
Berbakti pada Yang Esa
Aku mencari sinar
Keredhaannya

Kita sama sahaja
Bezanya cuma amalan kita
Engkau dan juga aku
Saling perlukan

Oh cinta yang murni
Sebagai ikatan
Yang kukuh di hati
Demi masa depan
Jangan dihancurkan
Hidup yang indah ini
Akibatnya merana

Jangan hancurkan
Hidup yang indah
Kita adalah hamba Yang Esa