Monday, May 31, 2004

BERHENTI BERHARAP

BERHENTI BERHARAP


Tajuk hari ini macam lagu Sheila On 7, lagu orang putus asa. Hidup begitulah bila sesuatu itu bukan tercipta untuk kita, selama mana ditunggu pun ianya tidak akan datang juga. Walau telah diteroka segala benua. Aku beli kaset '30 Hari Mencari Cinta' Sheila On 7, hanya lagu Berhenti Berharap sahaja yang best. Sepanjang 3 jam dari CC ke Melaka aku pasang lagu itu sahaja. Mak bapak aku diam sahaja, tapi tak tahulah apa yang ada difikiran mereka. Yana sudah boleh hafal sebab sepanjang jalan dia tolong rewind.

Aku bercuti mengejut dari hari Jumaat lepas. Pergi ke Melaka dengan mak bapak dan Yana. Melaka tiada apa-apa yang menarik. Durian yang kami beli di Tampin tu pun mahal RM3 sekilo di CC lebih murah. Tapi kami beli juga sebab tidak sampai hati untuk kata tidak bila dah pilih penat-penat. Hasilnya kereta aku berbau durian hingga hari ini.

Semalam petang aku ke Midvalley dengan Nasir. Pergi ke Homelife dan kemudian dinner di Secret Recipe. Mee Tomyam dia tidak sedap. Aku cuma kuis-kuis sahaja. Hinggakan kakak yang bagi bil tu tanya. Tidak sedap ker?. Bukan tidak sedap cuma tidak masuk dengan selera aku. Kemudian aku memandu laju ke KLCC untuk nonton filem "Lusa". Filem kesan khas lagi. Isu yang diutarakan menarik tentang "global warming". Tiada pelakon hebat. Oklah jugak, sebab orang belanja.

Nasir gelar aku ahli nujum yang paling teruk di dunia. Tetapi apa yang aku ramalkan semuanya betul. Dia tidak boleh lagi berbohong atau menyembunyikan fakta. Segalanya terselak lembaran demi lembaran. Aku telah berkata padanya dulu lagi. Aku rasa dia tidak mampu menyembunyikannya lagi dari pengetahuan aku. Aku rasa cukup hebat bila telahan aku betul tentang semua perkara itu. Kebenaran memang pahit. Telan sahaja jika mampu dan berhenti berharap.

Friday, May 28, 2004

SENGKENIT@TUNGAU

SENGKENIT @ TUNGAU



Sekarang ni musim menuai di CC. Mak aku sudah tidak lagi bersawah. Sawah, kami sewakan senang tak payah menyusahkan kepala kalau padi kena serangan serangga makhluk perosak. Atau tiba-tiba bekalan air tidak cukup. Orang tua aku bukan sudah bosan untuk mengerjakan sawah. Tapi cukup-cukuplah berbakti pada tanah yang telah memberikan kami semua tempat seperti apa yang kami semua ada sekarang.

Ada yang kata kalau pergi ke sawah sahaja mesti terbayang pacat. Di CC semenjak aku lahir, tak ada seekor pun pacat yang pernah aku jumpa atau gigit peha aku yang cantik gebu ini. Aku jumpa pacat masa kem bina semangat di Melaka. Ada satu makhluk Allah yang aku kira lebih ‘sadis’ dan brutal. Kecil-kecil cili padi tapi berbisa hingga ke ‘hujung nyawa’.

Setiap kali musim menuai, maklumlah budak kecil kan pakai seluar pendik sahaja. Maka dia akan merayap dan mencari posisi yang cantik untuk menggigit. Halus macam hama, warna merah sehalus debu. Tapi bisanya mampu membuatkan hidup tidak keruan sebab gatal dan membengkak yang amat sangat.

Nak tahu ker ‘port’ mana yang dia carik untuk membengkakkan bahagian badan kita? Kalau kena tu bayangkanlah ‘bawang besar’ merah tuu. Gatal tak usah cakaplah. Dok garu dan menangis ler jawabnya. Sengsaralah kawan kita tuu. Kalau aku kena, hanya Abah sahaja yang boleh ‘melihat’ dan mencari sang tungau yang cukup kurang asam itu. Abah aku cukup sabar membelek dan mencarinya. Kalau orang lain memang aku tak bagi punya. Wah! dulu pun kecik-kecik aku dah tahu kalau sesiapa nak buat ‘sexual harassment’. Hahhahaha…

Selamat berhari Jumaat semua ...

INSAN


Kita adalah insan
Menumpang atas dunia
Aku dengan caraku
Yang sederhana

Kita adalah hamba
Berbakti pada Yang Esa
Aku mencari sinar
Keredhaannya

Kita sama sahaja
Bezanya cuma amalan kita
Engkau dan juga aku
Saling perlukan

Oh cinta yang murni
Sebagai ikatan
Yang kukuh di hati
Demi masa depan
Jangan dihancurkan
Hidup yang indah ini
Akibatnya merana

Jangan hancurkan
Hidup yang indah
Kita adalah hamba Yang Esa

Yantzen

Thursday, May 27, 2004

SABARLAH SAYANG

SABARLAH SAYANG …



Aku pernah beli buku dari Amazon.com. Senang sahaja dan cepat sampainya. Semalam buat pertama kalinya aku mencuba beli pokok pula. Pokok periuk kera atau Nepenthes. Aku beli 15 spesis dari Kuching. Harganya agak munasabah termasuk Export Permit, CITES certificate and Phytocertificate . Pokok-pokok ini merupakan spesis asal negara kita dan dilindungi sebab itulah kena ada CITES Certificate.

Spesis yang aku beli :

QUANTIT PRODUCT DESCRIPTION
1 N. ampullaria (Bau, spotted) - NE-3F 15.00
1 N. albomarginata x veitchii - NE-40 17.00
1 N. clipeata x reinwardtiana - NE-37 15.00
1 N. gracilis (green) - NE-11B2 9.00
1 N. hirsuta (Kuching, spotted) - NE-14A2 15.00
1 N. mindanaoensis - NE-23 9.00
1 N. mirabilis - NE-19 15.00
1 N. pilosa - NE-24 18.00
1 N. rafflesiana (Johore, spotted) - NE-25G 15.00
1 N. rafflesiana (Kuching, squat red) - NE-25E 15.00
1 N. rafflesiana (Sandakan) - 25L 15.00
1 N. rafflesiana x veitchii - NE-98 15.00
1 N. truncata - NE-31A 9.00
1 N. ventricosa (black peristome) - NE-33 9.00
1 N. x hookeriana - NE-43 15.00
NOTES: SUBTOTAL 206.00

15 potted plants. Shipped by EMS Poslaju
CREDIT 0.00
FREIGHT 39.00

Total semua : RM 245.00

Aku beli spesis yang murah dari tanah rendah dulu. Nanti bila sudah mahir membela makhluk Allah ini akan mengumpulkan spesis yang lain pula. Baby-baby ini semua akan datang ke pangkuan aku dalam tempuh 15 hari.

Tak sabar rasanya …

site : http://www.malesiana.com


BERHENTI BERHARAP


Sheila On 7

aku tak percaya lagi akan apa yg kau beri

aku terdampar disini tersudut menunggu mati

aku tak percaya lagi akan guna matahari

yg dulu mampu terangi sudut gelap hati ini

aku berhenti berharap dan menunggu datang gelap

sampai nanti suatu saat tak ada cinta kudapat

mengapa ada derita bila bahagia tercipta mengapa ada sang hitam bila putih menyenangkan...

aku pulaaaaaaaaaaaaaaaaang tanpa dendaaaaaaaaam

kuterimaaaaaaaaa kekalahankuuuuuuuu

aku pulaaaaaaaaaaang tanpa dendaaaaaaaaaaaam

kusalutkannnnnnn kemenanganmu

kau ajarkan aku bahagia kau ajarakan aku derita

kau tunjukan aku bahagia kau tunjukan aku derita

kau berikan aku bahagia kau berikan aku derita....


Rasa semacam sahaja bila dengar lagu ini ...

Wednesday, May 26, 2004

KESIHATAN MENTAL

KESIHATAN MENTAL



Kesihatan mental merujuk kepada keadaan kesihatan yang merangkumi aspek-aspek psikologi, emosi dan kerohanian seseorang serta mempunyai kaitan yang rapat dengan kecergasan fizikal, keharmonian hubungan sesama manusia, keupayaan melaksanakan tanggungjawab , mengharungi tekanan seharian dan kebolehan untuk menjadi produktif dengan mencapai tahap kedudukan taraf hidup yang lebih baik.

Ciri-ciri kesihatan mental yang positif :

1. Pada diri sendiri
a. Keharmonian pemikiran, keceriaan emosi dan menunjukkan tingkah laku yang dapat diterima oleh masyarakat.
b. Memahami serta dapat menerima kekuatan dan kelemahan yang ada pada diri sendiri.
c. Berupaya mengawal naluri perasaan yang bersifat agresif dan kemusnahan – pada diri dan orang lain.
d. Boleh menerima kegagalan di dalam hidup ( dulu, kini dan selamanya) , serta mampu membina semula kehidupan baru di atas kegagalan di masa lalu,
e. Menghargai dengan tidak memandang rendah di atas segala kebolehan dan keunikan yang telah dikurniakan tuhan kepada diri sendiri.
f. Boleh menyesuaikan diri ketika berlakunya krisis dalam kehidupan.
g. Mampu bersaing secara sihat.

2. Terhadap orang lain
a. Sentiasa menghormati dan menyayangi orang lain, dan mempunyai perasaan belas kasihan walaupun kepada musuh anda.
b. Boleh memberi dan menerima, dari segi aspek material, kasih saying, penghargaan, dan juga kritik.
c. Menghargai kekuatan dan kelemahan orang lain, dengan menghulurkan bantuan bila perlu mengikut kemampuan apabila orang lain ditimpa kesusahan.
d. Belajar memajukan diri daripada orang yang lebih berjaya dan cemerlang daripada kita.

3. Terhadap cabaran dan alam sekeliling
a. menjadi matang dan lebih kuat setiap kali tercetusnya konflik atau berlakunya krisis.
b. Boleh membuat keputusan yang matang, rasional serta bersesuaian dengan situasi semasa.
c. Mempunyai sifat menghargai akan kurniaan alam serta menghargai makhluk Tuhan.



KISAH LALU


“Tahu tak bedak Cuticura dalam tin kecil segi empat, warna merah tu? Sebelum tidur ayah akan garukkan nombor dibelakang tu, barulah si anak dapat tidur lena.”.

“Dengar alunan tin bedak Cuticura tu best ker?”.

Hehehe dia geleng kepala. Tak ingat katanya.

“Lebih parah lagi , bila menangis tengah malam buta pukul tiga pagi. Nak naik kereta sorong sambil minum susu botol. Barulah boleh tertidur. Kalau tidak melalak sahaja. Si ayah dengan sabar bangun dan menurut sahaja”.

“Kawasan rumah tu pulak dikelilingi hutan dan menyeramkan”.

“Hehehe anak manjalah ni, yer?”

Membesarkan anak bagai menatang minyak yang penuh. Segala-galanya dipenuhi.

“Tapi kenapa yer bila besar, tidak serapat dulu bagai ada jarak yang memisahkan, tidak banyak bercakap lagi”.

Semenjak kelahiran adik bungsu, juga lelaki. Mengalih tumpuan . Seluruhnya.

Akhirnya dia menjadi manusia tidak kisah, kurang sensitif dengan perasaan orang lain. Juga pendendam barangkali. Aku belum mengerti apa yang dia mahukan. Sesuatu yang aku amati ialah dia kekurangan kasih sayang di zaman-zaman remajanya.


Aku Kehilanganmu
Saat aku kehilangan mu
Hati dibaluti rasa pilu
Kedukaan ku pasti berlarutan
Kerna dikecewakan

Bagaikan aur dengan tebing
Kita mengatur langkah seiring
Menghadapi kepahitan hidup berdua
Pernah menangis bersama

Panas dan hujan.. ribut dan taufan
Telah menguji kesetiaan
Bersama keyakinan kita jadikan
Mimpi satu kenyataan

Tiada pernah ku menyangka
Kejayaan mengaburi mata
Sehinggakan kau merasa tak lagi perlu
Ku berada di sisi mu


Tuesday, May 25, 2004

SAAT TUHAN HILANG DI SISI

SAAT TUHAN HILANG DI SISI


Diciptakan seorang insan
Lembut hati bak redup pandangan
Pabila berkata
Seluruh alam menyaksikan kesyahduan
Bagai tersentuh rasa percaya
Tika terdengarkan

Aduhai... Nirmala Bonat. Usia baru 19 tahun namun trauma yang dialaminya bakal meragut segala kemanisan hidup yang seharusnya dia miliki. Malaysia rupa-rupanya berjaya 'mengubah' kehidupannya secara total. Yim Pek Ha tanpa rasa belas memperlakukannya sebegitu rupa. Suatu bentuk penderaan yang tidak seharusnya berlaku di sebuah negara Islam dan rakyatnya yang terkenal dengan santun. Aku tidak tahu apa yang Yim mahukan sebenarnya : Mahu seorang pembantu rumah atau hamba suruhan yang diperlakukan sewenang-wenangnya. Selalunya kita mendengar layanan buruk terhadap pembantu rumah Indonesia di negara Arab. Maklumlah pak arab menguasai segala-galanya dan kita sedia maklum perlakuaan mereka yang kasar itu.

Tapi di Malaysia, di mana rakyatnya sanggup bekerjasama malah mengalu-alukan kedatangan warga luar ribuan batu. Malah hingga memberikan kuasa politik untuk bersama-sama membina Malaysia. Semua orang harus mengutuk penganiayaan yang dilakukan terhadap Nimala Bonat. Aku tak mahulah perkara ini hanya akan panas sekejap. Sesuatu harus dilakukan, kes ini harus menjadi titik tolak (atau kes rujukan) terhadap mana-mana bentuk penganiayaan yang sedang berlaku. Hukuman semaksimumnya harus dijatuhkan. Mungkin hukuman yang dijatuhkan sebelum ini tidak menggerunkan. Sudah sampai masanya kes ini dijadikan penanda aras terhadap nilai kemanusiaan yang semakin terhakis. Bila manusia melihat orang lain yang tidak berdaya sebagai suatu objek sasaran nafsu amarah.

Untuk Yim, hukuman walau semaksima 67 tahun pun tidak akan mengembalikan apa yang telah dirampas daripada Nirmala. Nirmala akan terus mengingatinya sebagai sebuah tragedi buruk yang diraih dari sebuah negara bernama Malaysia.

Saturday, May 22, 2004

ANAK

ANAK


Semalam terjumpa beberapa kawan dan senior aku. Satu habit yang aku tak boleh elakkan hingga kini ialah, aku gagal mengingati nama-nama diorang. Tak kan nak panggil dengan nama gelaran semasa di kampus nampak tidak sesuai. Kalau yang biasa tu oklah, ni semua dah berjawatan tinggi dan somebody. Biasanya mereka yang tegur aku dulu. Maklumlah muka aku agak famous masa di kolej dulu (perasan). Taklah, saiz kebanyakkan mereka telah berubah tapi aku tetap maintain dari zaman aku grad lagi. Cuma sekarang ni agak senonoh sikit hahahha.

Soalan yang diorang tanya, berapa anak dah sekarang? Bila masa pulak aku beranak? Anak kucing ker? Atau bila nak berkahwin? Kebetulan kawan kami yang seorang tu akan berkahwin pertengahan bulan depan. Jadi mereka tertanya-tanya bila CC nak menjamu nasi minyak pulak. Sekarang tinggal 7 - 8 orang sahaja yang single mingle dalam batch aku tu.

Mak cik cleaner kat tempat aku bekerja ni selalu tegur aku, jangan menyanyi dalam toilet nanti dapat isteri tua. Betul ker? Hahahaha kalau tua kaya tak apalah mak cik. Senang hidup aku nanti (kurang -kurang).

Hari Sabtu lagi dah, hari ni mungkin ke KLCC nonton Troy kalau ada mood. Atau ke Midvalley. Esok hantar mak berurut di Banting. Sibuk kan hidup bujang aku ni, penuh dengan aktiviti. Kadang terkejar-kejar dan tak ada masa untuk diri sendiri. Bila cuti keluarga perlukan kita, maklumlah bujang...

Menghitung Hari


Sayang ku menghitung hari
Dengan debaran di hati
Saat-saat berjauhan teramat menyiksakan

Sayang sejak engkau pergi
Waktu seakan terhenti
Dalam rindu kubisikan lagi namamu

Belum pernah ku alami keresahan yang begini
Siang malam ku bagaikan tiada berbeza
Dalam hatiku bertanya apa kau jua gelisah
Menghitung hari untuk segera kembali

Sayang dalam perpisahan
Terlalu banyak godaan
Demi kejujuran ini
Tidak kuhiraukan

Sayang bila kesunyian
Ku diburu kebimbangan
Apakah aku berdosa merasa curiga

Salamiah Hassan
(Freddie Fernandez/Habsah Hassan)

Suka pulak dengar lagu ni. Tapi tiada kaitan dengan hidup aku sekarang.

Selamat berhujung minggu semua! Jaga diri baik-baik ...

Friday, May 21, 2004

BEGITU KE?

BEGITU KE?


Sekarang ni akhbar begitu bersungguh siarkan berita Noritta. Semua benda keluar secara terperinci sekali. Kadang tak sanggup nak baca. Kebebasan media mungkin. Hinggakan yang tetuduh jadi macam ‘superstar’ sekejap bila menjadi buruan pemberita. Muka hari-hari keluar Buletin Utama. Penting sangat ker Noritta tu hinggakan berita kematianya perlu dihebahkan ke serata alam? Mungkin sebagai pelaris akhbar masing-masing.

Dia sudah meninggal dunia. Pengadilan biarkanlah menjalankan tugasnya dengan aman. Bagaimana perasaan keluarga Noritta, ibu bapa dan adik-adiknya yang lain? Aku lebih bersimpati dengan nasib adik-adiknya. Pandangan orang terhadap mereka yang terpaksa dikendong seumur hidup. Mungkin belum kena batang hidung sendiri, kalau sudah terkena diam terduduk tak terkata. Adat dunia begitulah.

Memanglah PM suruh dedahkan salahlaku penjenayah seks. Tapi kadang media melaporkan berita tersebut agak keterlaluan. Daripada orang elok-elok tidak tahu, menjadi berita sensasi di mana sahaja. Kalau benda tersebut berlaku akibat penganiayaan, atau kes yang tidak pernah berlaku di negara ini oklah. Mungkin tujuannya adalah untuk mendidik masyarakat. Ini berita yang sudah menjadi asam garam masyarakat kota.

Akibat benda ini, banyak lagi perkara lain yang penting terabai. Bila semua tertumpu pada masalah seks. Perkara lain yang memerlukan pembelaan menjadi sesuatu yang tidak ada nilai pula. Banyak lagi yang perlukan perhatian dan media harus dedahkan. Didiklah pembaca menghargai tulisan atau rencana ilmiah. Tulislah tentang ketidakadilan, kesengsaraan rakyat yang perlukan pembelaan. Kepincangan dan masalah sosial merupakan pokok utama, itu yang perlu didedahkan. Bukan bila menatap akhbar tiap hari terbayang di kepala “Siapa pula yang kena rogol hari ini?”.


MENTAFSIR CINTA



Kata mereka, cinta itu
Tiada definisi
Terlalu subjektif dan tersendiri.

Kata aku, cinta itu
Perlu dikaji
Dari suatu sudut
Yang tidak ketahui.

Kata mereka, rindu itu
Suatu cabang
Daripada sebuah pohon cinta.

Kata aku, rindu itu
Perlu ditafsir
Dengan minda
Yang sedar.

Kata mereka, sepi itu
Perlu dirumus
Menjadi kesimpulan
Sebuah erti.

Kata mereka, cinta
Adalah sejagat.

Kata aku cinta
Belum mencapai makna sepakat.

SOLIHIN OSMAN
PSSR, UiTM Shah Alam

Berada di KL hari ini. Merayau-rayau dengan tujuan. Dibayar untuk merayau-rayau Jumaat datang lagi …

Rindu padanya.

Thursday, May 20, 2004

RUMI

RUMI
Kami mencari-Nya ke langit yang tinggi
Dia bersinar bak bulan di atas sebuah danau
Tetapi jika kamu memasuki air
Ke langitlah dia akan terbang …



Puisi karya : Jalaluddin Rumi

“ Tidak ada seorang pun yang mampu menyingkap rahsia paling dalam dari doa mistik seperti rumi. Dia merasa dalam doa itu sendiri adalah rahmt Ilahi, dan dia membuka dirinya sendiri terhadap rahmat itu”, tulis Annemarie Schimmel dalam bukunya Mystical Dimension of Islam. Beliau merupakan seorang professor wanita dari Universiti Harvard yang berasal dari Jerman, seorang orientalis.

Dan aku selalu berharap yang doa yang satu itu akan termakbul. Aku sudah letih berlarian, menanti dipenghujung lorong dan berjalan lagi. Terlalu memenatkan ...

Wednesday, May 19, 2004

PEMBALASAN TUHAN

PEMBALASAN TUHAN


The Revenge of God: The Resurgence of Islam, Christianity, and Judaism in the Modern World, hasil tulisan Gilles Kepel, seorang sarjana di Pusat Kajian Ilmu-Ilmu Sosial di Peranchis. Keppel ingin menegaskan bahawa kebangkitan agama-agama samawi dalam dunia moden sebagai sumber moral, dan sekaligus pelaku perubahan mampu menawarkan penyelesaian bermakna kepada tentangan gejala kekerasan. Apa yang menarik tentang tulisan Kepel ialah penegasan yang dibuatnya bahawa tindakan bukan kekerasan ( non violence) pernah diajukan oleh para nabi dalam menangani kekerasan.

Namun, ‘wajah perang’ dalam agama-agama banyak diketengahkan oleh para’agamawan’ kepada penganut-penganut agama sehingga memberi gambaran bahawa perang dan kekerasan merupakan sesuatu yang tidak terpisah dari kehidupan beragama, dan ini akan menyebabkan semakin terasa bahang panas antara hubungan agama dengan agama lain, sehingga boleh menimbulkan konflik yang berakhir dengan kekerasan.

Dalam konteks sejarah, Kepel menceritakan bagaimana nabi Muhammad s.a.w menyampaikan risalah Islam di tengah masyarakat Islam yang sentiasa memusuhi baginda, menghina bahkan menuduh ‘gila’ dengan melakukan berbagai aksi kekerasan. Dan, ini semua dihadapi dengan sabar bahkan Rasulullah sentiasa tersenyum di saat musuh meludahi dan mengejek baginda.

Cerita di atas merupakan salah satu sikap aktif tanpa kekerasan, melawan kekerasan tanpa kekerasan , yang dilakukan Rasulullah . Satu contoh yang sangat hebat dalam sejarah, sekaligus satu sikap yang visioner, moden dan santun. Sikap melawan kekerasan tanpa kekerasan atau 'active non violence' merupakan bentuk penyedaran dalam lingkup peribadi mahupun social yang dilandasi kebenaran dan sikap arrahman (kasih) serta ar-rahim (sayang). Landasan kebenaran di sini diertikan sebagai nilai dasar yang menjadi tujuan kehidupan yang harus diperjuangkan oleh setiap manusia.

Sebenarnya masih banyak contoh hebat melawan kekerasan tanpa kekerasan dalam konteks moden. Antaranya : Mohandas K. Ghandi dari India, Martin Luther King Jr.(Kristian), Ibu Theresa ( Katolik), Malcom X ( Islam) dan Dalai Lama ( Buddha). Perjuangan mencapai kebenaran akan berhadapan dengan kezaliman dan kekerasan. Sedangkan sikap kasih sayang merupakan landasan yang harus dipegang teguh dalam memperjuangkan kebenaran. Maka melawan kekerasan dengan sikap yang dilandasi cinta kasih yang berkomitmen pada kebenaran semata, diharapkan dapat menghapuskan kekerasan di muka bumi ini, sebagaimana yang dicontohkan oleh Nabi Muhammad s.a.w dan pejuang-pejuang agama yang lain.

Persoalannya mampukah kita mencontohi sikap-sikap yang mulia ini kerana melawan kekerasan sentiasa dihadirkan dengan sikap berkepentingan diri yang mengatasi kepentingan sejagat? Di dunia ini bersikap toleransi akan dilihat lemah dan menurut. Tidak berbuat apa akan dilabel pengecut. Contoh paling klasik ialah konflik Palestin –Israel. Apakah tidak wajar kekerasan digunakan bagi menentang Yahudi di bumi Palestin?


Tuesday, May 18, 2004

MALAS NAK KASI TAJUK

MALAS NAK KASI TAJUK


Aku setuju sangat dengan buah fikiran Zamri Misman “ Penyelesaian atasi sindrom tidak mahu kahwin ( BH 17/05/04 p:9) “ … sebenarnya, kita tidak harus dengan mudah menghukum lelaki atau wanita yang memilih jalan untuk hidup membujang. Persoalan rezeki , ajal maut dan jodoh pertemuan adalah ketentuan Allah yang mesti kita yakini. Adakah perlu kita meletakkan beban kepada mereka yang menbujang jika telah ditakdirkan tidak mendapat jodoh sepanjang hidup mereka?. Sememangnya lebih baik tidak berkahwin jika berkahwin hanya menganiaya orang lain atau menjadi mangsa penganiayaan orang. Seharusnya kita lebih memikirkan tindakan dalam membendung orang yang mudah dapat jodoh dan kemudian berkahwin ataupun berpoligami tetapi gagal mengurus rumah tangga dengan baik sehingga bercerai berai, zuriat perkahwinan terabai dan keganasan rumah tangga berlaku.”

Masalah itulah yang paling utama untuk ditangani. Yelah ramai yang kahwin tapi tak tahu makna perkahwinan itu sendiri. Masa aku sedap-sedap menghirup kuah laksa Johor di One Utama Ahad lepas. Aku sempat bergosip dengan partner- in- crime aku tentang seorang sahabat ni. Ini bukan edisi mengumpat tapi hakikat hidup yang perlu ditelan. Moga memberi sedikit makna tentang apa itu kesetiaan dan kecurangan.

Mr X ni dah berkahwin, dia kawan aku juga. Ada seorang isteri dan anak yang comel sangat. Isteri dia baik, cantik, bijak. Lulusan luar negera tetapi terpaksa jadi guru berijazah ajar bahasa Inggeris sebab kalau tidak suami dia tak kasi kerja. Aku nampak Mr. X tengah berkepit dengan makwe dia si Z ni, nama dia pulak sikit punya glamour.Mr. X kata dia memang sayang sangat-sangat isteri dia tu tapi dalam masa yang sama dia tetap ada makwe untuk berseronok –seronok. Aku dapat bayangkan yang si isteri tu tengah huru-hara jaga anak lelaki dia tu kat rumah. Masa yang sama Mr. X bangga tayang makwe dia di One Utama dalam cahaya terang benderang di tengah kesibukan umat manusia. Kalau dia bujang aku peduli apa.

Tidak , aku tak cemburu kalau dia nak berkahwin 2 atau 4 sekaligus. Itu hak dia kalau mampu. Tapi aku amat pantang kalau orang tu tidak setia dan jujur dalam perhubungan. Aku rasa marah tiba-tiba. Memanglah perlu berkawan tapi apa ertinya hidup kalau sentiasa berbohong dan nasib baik dia tak dapat isteri macam Mak Andeh tuu. Kawan aku bagitahu, memang payah nak dapat satu tapi bila dah dapat memang tak putus-putus macam orang berebut di kaunter masa “sale”. Yelah maybe dia ada rupa, berpangkat besar senang dapat. Kawan aku bagitau walaupun dia pergi dating tapi dia tetap call si isteri bagitau kat mana dia berada. Ok fine, tapi aku tetap tidak faham apa yang dia nak dalam hidup. Surelah dia tak kata dengan si Z nak mampus. Jadi tidak ker sentiasa berbohong tu namanya.Si Z tu pun satu dia dah tahu Mr. X dah kahwin tapi dok layan jugak. Aku dapat simpulkan naluri si X seperti kereta Honda, sentiasa berubah-ubah versi atau modelnya. Tak sempat nak panas engin model baru keluar. Hishhhh …

Or boleh jadi sebab orang macam aku yang tak mahu mengambil peluang. Tapi kalau macam si Z tu maaflah bagi free pun aku tak nak. Maaf yer Mr. X aku cuma kagum dengan tahap komunikasi dan kelentong kau menangani situasi yang pelbagai tu. Tak tahulah jika kau dapat tidur lena tiap malam. Nak hidup mungkin kena begitu. “Work smart and play hard!”.

Monday, May 17, 2004

SERONOK TAPI BAHAGIAKAH?

SERONOK TAPI BAHAGIAKAH?


Aku dapat rasakan hidup aku semakin seronok sekarang. Lebih seronok dari bulan-bulan yang terdahulu. Satu peningkatan indeks pencapaian hidup yang aku kira bertambah baik. Aku lebih banyak senyum dari termenung kosong menatap cicak di siling. Aku bukan menang loteri atau ada anak raja yang datang meminang aku. Bukan itu. Walaupun Ustazah Siti Norbayah menyarankan wanita juga memberi 'hint' jika dia suka seseorang lelaki, tapi aku tahu wanita kita cukup berkira tentang itu. Nanti habis semua timba yang ada di pasaraya mencari perigi.

Nak hidup lebih lama lelaki kena berkahwin. Nak stabilkan emosi dan ada yang menyarankan ( pakar ker diorang ni) supaya memilih wanita yang gemuk supaya lebih setia. Tapi ada pandangan dari pakar jugak lah kot yang kata wanita kurus lebih subur. Pening pak cik macam ni. Tapi yang pasti saiz asal kan bertambah 20% sesudah berkahwin jadi bajet sendirilah ya. Alah itu semua nasib, sebab kahwin kan satu perjudian. Bukan setakat beli katil baru. Boleh try test dan dapatkan katil lain jika tidak selesa. Hisshh berdosa sangat kalau macam tu :). Tidak semua lelaki yang boleh 'menternak cinta'. Ada yang tidak tahu menyemai di ladang kontang.

Ada satu pendapat dari seorang lelaki tentang perkahwinan ini aku tidaklah sokong 100 peratus sebab aku tahu hanya diri sendiri sahaja yang tahu jalan yang kita pilih:

Apa salahnya lelaki memilih hidup membujang?

Saudara Pengarang,

SAYA adalah salah seorang lelaki yang membuat keputusan untuk hidup tidak berkahwin atau membujang. Saya ingin bertanya, salahkah saya mengambil keputusan sebegitu? Apakah setiap lelaki yang hidup di dunia ini mesti mendirikan rumah tangga dan jika gagal berbuat demikian dianggap seorang lelaki yang `aneh' atau tidak betul?

Apa guna seseorang itu berkahwin kemudian bercerai-berai beberapa tahun kemudian? Ya, kemungkinan ada yang mengatakan itu adalah satu takdir, satu jalan mudah menyerah pada Tuhan.

Saya ada kawan yang pada permulaan cinta mereka `bagai hendak rak' tetapi akhirnya bercerai-berai selepas mendapat anak pertama. Begitu juga yang terjadi dengan salah seorang ahli keluarga saya sendiri. Beranak dua sudah menduda. Saya rasa kita sepatutnya lebih menumpukan fikiran kepada menyelesaikan masalah sosial yang berlaku apabila berlaku penceraian dan bukan soal kahwin atau tidak seseorang itu.

Bagi saya, itu hak peribadi. Siapa yang ingin berkahwin, berkahwinlah dia dan begitulah juga sebaliknya. Jangan kerana ingin menambah zuriat atau umat tapi kualitinya amat rendah sekali. Apakah Nabi Muhammad s.a.w. akan berbangga dengan hanya banyaknya anak-anak orang Islam atau umat Islam tapi amat sedikit yang dapat memberi manfaat kepada Islam? Bukankah Nabi kita pernah berkata di akhir zaman nanti umatnya bagai buih di lautan tapi lemah kualiti peribadinya? Hari ini kita sudah melihat kata-kata Nabi itu menjadi kenyataan. Umat Islam hanya gah pada bilangan tapi nak lawan Israel yang tak berapa kerat itu pun tak mampu. Inikah yang kita mahu?

Bagi saya lebih baik membujang daripada memiliki anak-anak yang mendatangkan banyak masalah pada saya kemudian hari. Ya, kemungkinan ada yang berkata itu kemungkinan kerana salah asuhan. Tapi ada anak ustaz atau tuan imam, tuan guru sendiri yang tidak menjadi manusia berguna, kerana salah asuhankah itu?

Kepada mereka, lelaki atau perempuan, pilihlah jalan terbaik untuk diri anda sendiri dan bukan kerana desakan orang lain. Yang hendak hidup kita, bukan mereka yang hanya tahu menghukum ini salah, ini tak betul, ini tak baik saja. - AHMAD NASIR MOHAMED, Alor Star, Kedah.

Komen aku untuk Ahmad Nasir :

1. Kena kumpul duit banyak-banyak kalau hendak memilih jalan ini selamanaya. Sebab bila ada tabungan yang banyak hidup taklah terlalu tersisih sebab duit boleh membiayai segalanya di usia senja. Bila ada duit dan berharta taklah sedara menyisihkan kita. Mereka akan datang dengan sendirinya. Duit itu juga boleh membiayai kehidupan di Nursing Home bertaraf 5 bintang kalau diperlukan.

2. Bab anak tu ikut 'cetakan' ibu bapa juga. Tapi kadang pengaruh sekeliling juga mencorakkannya juga. 20 tahun akan datang tidak tahu corak bagaiman pula yang akan timbul. Ya 50=50 untuk perkara ini . Untung sabut timbul.

3. Berkahwinlah jika sudah bersedia ( ikut nasihat Mak Andeh) sebab kalau tak bersedia tu nanti . Bila anak merengek minta perhatian kita pulak naik angin dan berlakunya penderaan. Atau tidak memahami peranan masing-masing dalam keluarga. Nanti bakal perang jer hari-hari :).

Yang lain banyak nak tulis tapi nantilah yer ...


Friday, May 14, 2004

YAYASAN KEPIMPINAN PERDANA

YAYASAN KEPIMPINAN PERDANA


YKP menyediakan akses terus menerus dan berpusat kepada pelbagai maklumat tentang bekas-bekas Perdana Menteri Malaysia menerusi perpustakaan penyelidikan elektronik moden lagi canggih yang mengandungi data daripada pelbagai sumber utama dan kedua.

Aku akan menjadi penyelidik jemputan untuk mendokumenkan semua bahan Tun Abdul Razak bin Dato' Hussein ( 1970-1976)- Bapa Pembangunan Malaysia dan Tun Hussein Onn (1976-1981)- Bapa Perpaduan Malaysia. Aku kena mendekatkan diri dengan kedua tokoh negarawan ulung ini dan mengetahui semua perkara yang berkaitan. Agak mencabar juga tugasan sukarelawan ini. Bahan - bahan penulisan untuk kedua tokoh ini tidak banyak yang diterbitkan. Kebanyakkannya unpublished material yang tersimpan di Arkib Negara dan koleksi peribadi. Ianya nanti seperti mencari sesuatu yang aku sendiri tidak tahu di mana harus dimulakan. Pastinya aku akan banyak keluar membuat penyelidikan. Meninggalkan tugas-tugas hakiki aku buat seketika. Proposal untuknya akan dihantar kepada Yayasan, namun universiti aku yang akan membiayai tugasan aku ini. Maklumlah Petronas antara pemegang syer terbesar untuk Yayasan ini.

Aku semakin pelik dengan kerja aku ini sekarang. Melakukan tugas-tugasan luar lebih banyak dari tugasan di universiti namun univeriti yang membayar gaji aku. Tapi yang pentingnya aku suka dengan cabaran baru ini. Kesibukan nanti akan membuatkan aku sedikit aman dari memikirkan hal-hal yang tidak perlu.

Dia tidak mahu aku kesunyian dan rasa keseorangan, nah aku sudah menyerahkan diri aku kepada segala kesibukan. Jangan kata aku tidak menghiraukan dia pula nanti bila aku tidak punya masa lagi untuk 'bergaduh' lewat sms seperti selalu.

Thursday, May 13, 2004

MEMASAK

MEMASAK


Dia tanya aku pandai masak ke tidak. Aku hampir tertelan lidah menahan ketawa. Memasaklah perkara yang paling aku tak suka. Leceh dan kalau masak untuk makan sendiri baik aku beli bungkus. Economikal dan ‘hazard free’. Yelah kang tak pasal-pasal bomba kena standby time aku memasak. Cuma kalau beli lauk memang macam tu lah sahaja. “Over cooked” satu hal, kadang tidak terjamin selamat. Sebatu dah tahu jenis masakannya.

Inilah agaknya yang orang tua risau. Tiada orang yang menjaga makan pakai. So agaknya kalau aku tahu memasak atau lebih tepat lagi rajin memasak di rumah nanti. Badan aku boleh nampak subur dan terurus. Boleh jadi pandangan mereka tentang aku akan berbeza. Atau sekurang-kurangnya mereka tidak risau yang aku kebuluran.

Pagi, aku sarapan Nestum 3 in 1 dan teh panas yang dibeli. Nana Cybercafe Tau tanya aku “ Minum teh jer bang? Taknak makan? Patutlah badan kurus”.

Aku sengih sahaja, sebabnya kalau aku beli pun aku tak makan dan buang tidak tersentuh. Atau selalunya aku sedekahkan makanan itu pada kengkawan. Kadang membazir sahaja. Dia tak tahu aku dah bosan menatap makanan yang serupa itu saban hari sepanjang 5 tahun aku di sini.

Bayangkan pula bagaimanalah nanti kalau aku terpaksa makan makanan yang di masak sang isteri sepanjang hayat aku bersamanya. Lebih parah kalau dia hanya tahu masak benda yang serupa dan sampai masanya aku bosan dengan masakannya. Alangkah terseksanya batin, tidak boleh komplen dan telan sahaja seadanya. Tak, aku tak cerewet tentang makanan, cuma payah nak menemukan selera aku. Silap pilih lauk boleh putus selera aku.

Akhbar semalam ada berita tentang penurunan kadar perkahwinan pasangan Islam di negara kita. Saban tahun orang kahwin dah berkurangan. Kahwin pun dalam usia yang agak 'matang'. Memanglah begitu, tuntutan kerjaya dan sosial sentiasa menjadi batu penghalang. Kahwin zaman sekarang bukan boleh lagi asal ada. Mesti kena cukupkan segalanya dulu. Takdelah orang kahwin untuk hidup susah. Nak tunggu stabil usia akan mencecah 30-an, kadang terlepas peluang 2 -3 kali. Yelah siapalah yang nak tunggu lama-lama. Bila dah sampai ke usia 'matang' yang ada pula tidak memenuhi selera sebab tak tahu sangat latar belakang. Cinta zaman kampus sudah berlalu jauh. Zaman bekerja tak sempat nak buat pilihan. Jumpa biasanya dah berpunya. Takkan nak cari pasangan kat panggung wayang or pasar raya :). Ada yang bagi cadangan cari pasangan di masjid, alamat sembahyang tak khusyuk ler jawabnya. Kang masing-masing melilau masa imam mengaminkan doa atau lebih banyak yang lepak di kaki tangga dari duduk dalam masjid beramal ibadat.

Entahlah yang pasti aku kena belajar memasak.

TABUNG HAJI


“Ketika saya mula-mula mencadangkan penubuhannya dulu, Tabung Haji adalah tempat orang Islam menyimpan wang bagi mengerjakan haji dengan selamat dan mudah. Namun fungsinya sekarang menyerupai bank selain membuat pelbagai pelaburan yang akhirnya merugikan sehingga menjejaskan simpanan penyimpan.”.

Prof. Diraja Ungku Aziz ( Pengasas Tabung Haji), mencadangkan urusan kewangan dan pelaburan Tabung Haji dikawal mengikut Akta Perbankan dan Institusi Kewangan (Bafia).

Wednesday, May 12, 2004

ONLY FOOL RUSH IN!


Aku kerap terjaga dari tidur. Kadang tu pukul 3 pagi mata tak mahu pejam. Baca buku atau hanya dengar radio. Tidak juga lelap. Sejak akhir-akhir ini abah kerap telefon. Dia risau tentang aku. Dia bermimpi yang aku dalam kesusahan. Orang tua memang mudah mendapat firasat. Abah call semua anak-anaknya supaya lebih berhati-hati. Aku tegaskan padanya yang segalanya dalam kawalan. Tidak perlu risau, tapi orang tua tetap begitu.

Aku memikirkan sedalam-dalamnya kata-kata dari seorang sahabat ini. Dia juga betul dengan pendapatnya.

“... think carefully before u start being in love and be ready to be loved. U have to value urself high brader before u start!”.

“Mal....I think you are a fool to think so much about that idiot(sorry Mal if I am saying too hard here).You will never experience what real love can feel if u get urself hooked on some one like XXXX. Buat penat ajer.....and I think you are not doing justice to ur life and in fact u have placed urself into a difficult position unnecessarily for some one who is really not worth it. Alah... XX bukan lah tahu sejarah Mal sepenuhnya, tapi this is just my plain, bloody frank opinion.I will never EVER go for that kind of a character.....NEVER!!!”.

Aku berada dalam satu garis bulatan yang sentiasa menemukan titik yang sama.

"The problem with u is...bila dah like dengan sesorang itu, u really macam dah tak ada orang lain lagi dalam dunia ni yang u will go for. Banyak Mal......! Cuma the problem dengan orang macam kita ini, susah sikit nak cari. Itu saja. But u r still young, so masih lagi ada masa".

"Selain dari bercinta....we have to focus ourselves on other things like our career, hobbies,travel etc. or others that can make our live happier and most important live longer. Jangan umur belum sampai 40 dah kena diabetes, stroke, heart attack d.l.l. So don't waste your time playing with your emotions(and of others too).....it will never end
(believe me)".

Aku semakin mendapat ilham yang datang semalam. Mendiamkan diri dan cuba menjarakkan diri dari segalanya ini. Kemudian lihat apa yang terjadi. Jika takdirnya tetap begitu, dia akan datang semula lagi. Tapi aku berharap akan punya kekuatan untuk menjadi aku yang lain ketika itu. Amat berharap …


bayahy: Words Of Inspiration for the day:

It is not enough to get things done; they must be done right.
Arthur T. Hadley


Jadi aku perlu menulis sesuatu yang berfaedah :

GLOBAL BRAIN : THE EVOLUTION OF MASS MIND FROM THE BIG BANG TO THE 21ST CENTURY – HOWARD BLOOM



Maklumat perlu di kongsi ( sharing information)atau lebih tepat perlu ada 'sharing culture', bertukar pengetahuan secara bebas maka internet telah dicipta untuk tujuan ini. Menurut Bloom, “the global brain is not just human, made of our vaunted intelligence. It is webbed between all species. A mass knits of the continents, the seas and the skies. It turns all creatures and small into probers, crafters, innovators, ears, and eyes. This is the real global brain, the truest planetary mind”.

Di Internet, transisi metasistem baru akan mengubah ‘superorganisme” peradaban manusia menjadi cerdas dengan terbentuknya 'super brain'. 'Super brain' ini terdiri daripada kumpulan otak manusia yang menyatu dengan berkembangnya world wide web di internet yang tidak ubah seperti urat-urat penghubung antara sel-sel di dalam otak manusia.

Dengan cara demikian , jaringan web lebih menyerupai memori ‘otak’ manusia. “Link” antara dua dokumen web itu serupa dengan kaitan antara dua konsep. Ketika manusia menambah ‘link-link’ baru dalam webnya sesuai dengan pencarian dalam 'search engine', web itu akan bertambah cerdas. Segalanya ini akan memberikan ledakan maklumat dan ilmu pengetahuan. Bagi Bloom internet adalah sebahagian daripada evolusi manusia menuju kesempurnaanya.

Tuesday, May 11, 2004

PARAS ATAU WARAS


Sejak akhir-akhir ini banyak sangat pertandingan mencari bakat baru dalam bidang seni. Tak kiralah TV ker atau yang dianjurkan oleh badan-badan tertentu. Yang berkerumun tiada lain remaja Melayu. Melayu begitu berminat sangat nak menjadi orang terkenal dalam profesion ini. Ada rupa sikit dan tahu membaca lebih kurang nak jadi artis terkenal. Memanglah bidang ni tiada kouta, tak perlu kelayakan segala janji ada pakej yang lengkap. Agaknyalah kalau ditabur wang siling kat KLCC tu salah satunya pasti terkena kepala artis tempatan kita. Begitu banyak sekali artis di negara kita, cuma terkenal dan tidaknya sahaja.

Tak semestinya jelita sahaja yang boleh berjaya. Karisma itu penting. Tapi kalau tiada rupa walau suara best macamanapun tetaplah susah nak terkenal. Banyak contoh di negara kita ni. Tapi kenapa yer remaja kita terlalu benar asyiknya nak jadi penghibur?

MENCARI DIRI


Walau di cuba segalanya. Permainan ini masih belum tamat. Ikut rentaknya, hati terluka sentiasa. Biarkan sahaja lebih membarah. Perlu mencari sunyi agar lebih mengenali diri. Apa mahu mu lagi?

Monday, May 10, 2004

8 JAHANAM


Entah kenapa aku berasa agak geram dengan kes budak IPT yang dirogol beramai-ramai di sebuah rumah di Puchong. Apa yang aku kesalkan perkara tersebut boleh dielakkan. Dengan begitu banyak pendedahan yang dibuat oleh media ada segelintir umat manusia yang sentiasa memandang ringan sesuatu kes. Lebih mengharukan bila ianya terjadi kepada pelajar IPT yang sudah semestinya bijak menilai baik dan buruk. Teknologi sebenarnya menganjakkan kita ketahap yang lebih tinggi. Dunia Chatting tidak salah, ianya memudahkan perhubungan. Mencari teman hidup juga tidak berdosa jika kena gayanya. Aktiviti chat biasanya dilakukan oleh orang-orang yang kesunyian. Perkenalan melalui chat biasanya bergantung kepada nasib. Selalunya terjadi 'kejujuran sifar'. Bahaya sentiasa menanti terutama kepada golongan wanita yang memilih cara ini untuk mencari teman. Biasalah, kalau 'nickname' pun sudah semacam begitu jugalah karektor tuan punya diri.

Buat adik-adik di luar sana, jagalah diri baik-baik. Beringat selalu, dunia ini terlalu luas dan maha kejam. Lelaki-lelaki normal sudah pasti menanti peluang yang terbuka luas. Pintu kejahatan sentiasa terbuka dan jangan sesekali hampirinya. Kesilapan sedetik akan memadamkan segala kepayahan ibubapa yang membesarkan kita semenjak dari kecil. Lelaki-lelaki budiman tetap ada disekeliling. Mungkin tanpa disedari ada rakan sekuliah yang menaruh hati, tapi tidak kau peduli. Lebih baik berkawan dengan orang yang dikenali, walaupun kemungkinan terjadinya sesuatu jenayah tetap ada tapi, masakan rakan sendiri ingin menjahanamkan hidup kawannya sendiri.

IBU


Menyayangi seorang ibu umpama dahaga yang berlarutan hingga ke akhir hayat. Sentiasa kehausan kasihnya. Tanpanya hidup tidak akan bererti. Senyumannya membawa seribu erti yang tidak terucapkan. Kasihnya melimpah ruah bagai arus sungai yang mengalir terus tanpa hentinya. Dia mungkin tidak mengetahui ayat-ayat klasik, kerana dia tidak tahu membaca. Juga, dia tidak menghiraukan kilau permata. Hanya kehadiran anak-anak mampu memberinya bahagia.

Friday, May 07, 2004

ADUHAI!


Aku sudah ada hobi baru … bergaduh! Perang SMS, Perang jarak jauh gunakan telefon sudah menjadi hobi baru. Bila jumpa segalanya tak terkata. Tiada apa yang terluah. Buat bodoh sahaja. Tapi bila berjauhan, macam-macam yang tidak puashati. Sebenarnya banyak maklumat baru yang aku dapat bila bertegang leher dengannya.

Senyap sekejap, kemudian akan menyatakan ayat keramat yang satu itu … SORRY. Entah siapalah yang cipta perkataan ini. Bila setiap ‘salahlaku’ boleh terpadam dengan sepotong ayat. Sebelah pihak wajib menerimanya paksa rela. Sedangkan Nabi ampunkan umat. Ahhh aku rindu betul kalau lama tidak ‘gaduh’ . Entah kenapa kalau segalanya berjalan baik bukan seperti kami. Nampak aneh semacam pula.

Cuma satu yang aku tekankan dan keyword dia ialah “kejujuran”. Kalau kita jujur ikhlas, walau di mana sahaja kita tercampak. Iman tetap teguh, jujurlah pada diri sendiri dan orang yang kita sayangi. Aku benci pada kecurangan. Sikap ‘tidak apa’ pula hanya akan menjadi barah jika tidak dibendung.

Aku harap dia sedar yang segalanya adalah berkaitan dirinya. Bukan dia atau sesiapa sahaja yang dia kenali. Menyayangi seseorang bukan seperti memiliki binatang peliharaan. Dibelai bila punya masa terluang, ditinggalkan begitu sahaja bila sibuk. Aku bukan binatang peliharaan sesiapa, dia juga bukan.

Thursday, May 06, 2004

BAHASA JIWA BANGSA



Banyak yang ditulis tentang permasalahan bahasa Melayu. Aspek penggunaan dan memartabatkan bahasa ini di negara kita yang tercinta. Namun bila Bandar pemerintahan utama di negara kita juga seolah-olah ‘segan’ untuk menggunakannya bagi menamakan tempat-tempat di jajahan takluknya. Ianya memberikan satu makna yang cukup pedih. Bahasa Melayu walaupun mungkin tidak akan pupus tapi mungkin akan muflis. Siapalah Melayu tanpa bahasanya.

SINDROM DRAKULA



Mereka menangis bila TV merakamkan detik sedih kematian si anak dan mohon agar pendera budak dua tahun itu dihukum. Mereka menyalahkan pembantu rumah yang tidak tahu apa itu. Tetapi jiran tetangga, pihak nursery bukan buta. Banyak pihak yang boleh menjadi saksi terhadap kes tersebut. Mereka ingat orang lain setolol mereka! Berbulan-bulan masakan mereka tidak menyedari anak mereka luka rabak? Kalau benarlah semua pertuduhan dapat dibuktikan mereka yang melakukannya, sungguh celaka! Setiap detik dalam hidup mereka tidak akan ada sesaat pun yang mampu mereka melupakan kekejaman itu. Merekalah drakula itu sebenarnya.


Hati Lebur Jadi Debu

Titik-titik noda, tertinggal di dalam dada
Guratan hatiku masih ada
Terguris di mata, pahit ku rasakan
Hari ini hati masih luka

Telah aku cuba, melupakan segalanya
Namun titik terang tiada datang
Langit makin cerah, luka makin dalam
Hati ini hancur jadi debu

Hanya satu, yang ku sayangi
Tiada pengganti, sampai saat ini
Hari-hari, langit kelabu
Menutup hatiku, serasa 'kan mati

Bukit 'kan ku daki, laut pun ku seberangi
Agar dapat lupakan diri mu
Namun apa daya, aku manusia
Gagal menghapus kenangan lama

Hetty Koes Endang

Dia masih tidak tahu makna kejujuran. Peduli apa aku apa yang dia miliki. Atau apa sahaja yang dia beri padanya. Tanpa kejujuran dan keikhlasan sesuatu jalinan perhubungan itu hanya menanti hari untuk mati!

Wednesday, May 05, 2004

HARI RABU YANG SUNYI


Agak lama tidak mengupdate jurnal ni. Cuti 4 hari yang memenatkan, lebih penat dari bekerja :). Di CC hanya ada aku, Yana dan parent sahaja. Mak beransur pulih, walaupun pergerakannya masih lambat. Kami tidak bercuti ke Cameron Highland. Maklumlah masa cuti nak pergi beli ikan di pasar pun rasa berjam inikan pula keluar ke tempat-tempat awam. Sabtu berjaya juga meloloskan diri ke Teluk Batik. Seksa memandu masa cuti tak usah cakaplah. Semua jalan jammed teruk walaupun jalan kampong.

Teluk Batik terlalu sesak dengan manusia. Hanya berkelah sekejap dan posing lebih kurang, balik ... panas sangat! Ohh tapi yang menariknya masa singgah di tapak semaian tu. Berjaya memiliki 2 pokok Tanduk Kijang sekaligus. Cuma RM 100 sahaja untuk 2 pokok bertuah itu. Macam dapat emas rasanya. Di PKNS harganya mencecah RM 300 sepokok bayangkanlah sukanya hati. Pokok-pokok tu aku letakkan di kampong dulu. Pasu pun murah di Perak.

Hari Isnin pergi ke pasar Isnin di CC. Menarik sangat dapat lagi tumbuhan yang aku idamkan. Murah juga. Lepas tu duduk rumah berkebun dan meracun laman rumah yang rumput tanpa permit tumbuh sesuka hati. Semalam pula ke Dataran Masa, best juga. Tapi tak berani naik 'Roller coster' di situ. Rasa sudah terlalu tua untuk benda sebegitu. Takut otak aku bergegar nanti hahahha.

Hari ini mulakan hari baru. Minggu yang sibuk dengan meeting dan lawatan. Meeting peringkat antara universiti akan diadakan hari Jumaat. Kertas kerja aku kena siapkan. Hari ini ada segerombolan pelawat dari Thailand datang melawat.

Perasaan aku tidak menentu. Geram, kecewa, rasa dipermainkan saling berbaur antara kenangan yang menikam setiap sudut. Tapi aku kena hadapi kenyataan hidup. Tidak semua yang kita inginkan akan diperolehi. Setelah berusaha keras, kejayaan hanyalah satu bonus. Tawakal sahajalah ...

- Kaulah Segalanya-
Hazrul Nizam

Kau mahu bak segala
Cinta yang ku dahaga
Kehadiran dirimu
Menyinari maka semua hatiku

Kaulah segalanya
Yang menyinari hidupku kasih
Hanya satunya
Yang kucintai

Hulur tanganmu kasih
Sambut cintaku
Jangan tinggalkan daku
Seorang diri
Tak sanggup lagi dilukai oh..

Maafkan daku
Jika salahku
Peristiwa yang pernah ku alami dulu
Aku tahu betapa pahit
Mu menerima sejarah hidupku oh..

Kaulah segalanya
Yang menyinari hidupku kasih
Hanya satunya
Yang kucintai

Sambutlah cintaku
Jangan kau pergi dari sisiku
Cintaku padamu
Ikhlas sejati
Cintaku padamu
Ikhlas sejati