Tuesday, June 29, 2004

Jangan Menangis Lagi

JANGAN BERSEDIH LAGI


Semalam ‘melaser’ rakan setugas aku di Melaka. Kali pertama aku bercakap dengan nada suara yang berbeza. Dia terasa hati. Aku dah mintak maaf. Rasanya semua apa yang aku katakana adalah fakta. Inilah padahnya bila selalunya aku bercakap dengan dia dengan ‘senda gurau’. Nah kau gedebuk kena sebijik!

Oh baik aku layan lagu Bob AF2 ni, “Jangan Bersedih Lagi”. Untung Anuar Zain. Lagu ni tiba-tiba ‘meraung’ semula di kebanyakkan PC staff aku. Tempias suara Bob yang jelas dan lantang itu amat memukau ruang kepala aku yang agak berdenyut ini.

The Different between a Successful Man and a Very Successful Man is THE SIZE OF THEIR DREAM




Jangan Bersedih Lagi

Kekasihku Jangan Bersedih Lagi
Keringkanlah titisan Airmata Di pipi
Kekasihku Tabahkan Hatimu
Sekalipun Tak Pernah Terduga Halangan Yang Melanda
Melenyapkan Impian Bersama

Jangan Di Kesali Atas Apa Yang Terjadi
Mungkin Rahmat Sebaliknya
Membuahkan Bahagia

C/o
Kekasihku Aku Tahu Kita Sama Saling Percaya
Tidak Pernah Ada Dusta Kasih Antara Kita
Jangan Berduka ( Kekasihku)
Jangan Berdendam Pada Sesiapa
Bersabarlah Menerima Segala -galanya Dengan Redha

Tuhan masih kasihmu sayang
Aku Masih Mengharap Segalanya Kan Berulang Semula.





BACALAH

BACALAH!


Kenyataan Ketua Pengarah DBP “ Orang Melayu berjiwa kecil ketika orang lain membaca 4 buku seminggu kita membaca 2 naskah setahun” harus direnungi. Sebenarnya kita perlu melihat ini dari konteks sistem pendidikan kita. Mengapa Literasi maklumat tidak diajar dan menjadi sebahagian dari matapelajaran wajib diajarkan di sekolah-sekolah? Kita memulakan sesuatu dengan jalan yang salah dan berharap mendapat sesuatu dipenghujungnya. Bila pelajar masuk ke universiti barulah terkebil-kebil nak kenal perpustakaan, buku, pangkalan data dan benda asas seperti Online Public Access Catalog (OPAC) menjadi begitu asing. Kalau kemahiran maklumat tiada, macamana nak menghasilkan kertas kerja, projek yang bagus? Buat ‘refrences’ pun tunggang langgang tidak ikut stail MLA atau APA.

Apa kemahiran maklumat tu? Secara mudah semua kemahiran yang diperlukan bagi mendapat dan mengolah maklumat secara cekap dan berkesan. Ianya penting bukan hanya untuk belajar dan lulus periksa sahaja tapi untuk sepanjang hayat kita. Kebolehan untuk mengenalpasti, mendapatkan semula, menilai penggunaan maklumat bersesuaian dengan kehendak kita. Kita masih memerlukan kemahiran ini walaupun kita telah berada di peringkat tertinggi sekalipun. Bekas PM kita Tun Dr.M juga seorang pencinta buku. Lihatlah koleksi peribadi bahan bacaannya yang tersimpan kemas dan menjadi koleksi penting Yayasan Kepimpinan Perdana. Kalau nak jadikan tokoh untuk kempen membaca jemput sahaja beliau atau pemimpin masyarakat lain.

Orang lain membina perpustakaan di tempat tumpuan awam, kita ditempat jin bertendang. Sukar diakses, jauh dari pusat tumpuan masyarakat sekitar. Ini sedikit sebanyak menyukarkan pengguna. Kenapa tidak membina perpustakaan di bangunan canggih seperti di KLCC? Singapore contohnya ada menyediakan kemudahan perpustakaan awam di pusat membeli belah. Orchard Library boleh dijadikan contoh yang paling baik. Lihatlah bagaimana orang luar begitu menghargai ilmu pengetahuan dan organisasi perpustakaan. Kalau mereka boleh mengenepikan tuntutan komersial mengapa kita tidak. Semangat ini kita tidak ada.

Negara kita juga pengimport bahan bacaan. Buku-buku tempatan kurang. Begitu juga budaya membeli buku. Ini berkaitan dengan kedudukan ekonomi dan keutamaan orang Melayu. Namun perpustakaan awam ada disediakan. Boleh menjadi ahli dan meminjam buku. Keahlian dengan yuran yang amat minima. Harold Bloom, seorang professor kesusasteraan Inggeris, dalam bukunya The Western Cannon: The Books and School of the Ages (1994), mengatakan, “Membaca dalam istilah tradisional merupakan ‘pelayaran’ intelektual yang holistic “menyeluruh” yang meninggalkan makna-makna tertentu dalam hati dan fikiran pembaca khususnya membaca karya-karya besar seperti karya klasik, satera, falsafah dan sejarah yang mampu “memanusiakan” manusia. Nicholas Negraponte, seorang penganjur utama ‘dunia digital’ yang menghasilkan buku ‘terlaris’ Being Digital, pernah ditanya kenapa dia masih menulis buku dalam bentuk konvensional; beliau menjawab,’ Kerana buku merupakan ‘antara muka’ yang dimiliki oleh pembaca saya. Ia masih kekal sebagai ‘antara muka’ yang dimiliki oleh mereka yang mahukan maklumat. Ia masih merupakan tanda pengesahan. Satu-satunya cara untuk ‘betu-betul’ menjadi sebahagian daripada komuniti intelektual.”

Monday, June 28, 2004

GERIMIS

GERIMIS


Hari ini hujan gerimis di CJ. Aku kehilangan kata untuk menulis. Tiba-tiba apa yang aku nak tulis hilang. Blank sekejap. Jadi aku hanya duduk diam dan menatap ayat ini dengan senyap.

"Love only hurts when it's STILL THERE, and not when it's ALREADY GONE."


Saturday, June 26, 2004

BIOL

BIOL


Hari Sabtu, sampai sahaja di ofis, network down. Aku dan kroni semua pakat tak buat apa-apa. Alhamdulillah jugak bila network takder ni. Bolehlah baca newspaper. Tapi aku tak boleh hidup tanpa internet. Rasa sunyi sangat. Aku tak boleh buat satu benda bila servis interrupted macammni. Kalau beberapa jam sahaja boleh membuatkan aku tension.Ianya seperti mengubah rutin seharian. Tiap pagi bila samapi sahaja ke ofis kena check email dan menulis. Tapi bila 'tools' takde rasa macam bodoh sahaja.

Dia tengah bermesyuarat pagi ini. Boleh pulak PA dia arrangekan mesyuarat sebelah pagi tanpa perlu merosakkan malam minggu aku. Tapi bila aku tanya dia sentiasa menjawab "TAK TAHU LAGI". Aku jadi muak tiba-tiba. Aku rasa tak seronok. Benci pun ada. Aku benci kalau orang tak plan hidup dia dengan betul sebabnya ianya memberi kesan kepada orang lain. Aku nak balik kampong selepas ni. Baik aku buat benda aku yang banyak tertangguh. Biarlah, aku malas nak terkejar-kejar... sungguh, aku malas dan penat.

Selamat berhujung minggu.

Friday, June 25, 2004

RUN TO THE SKY!

RUN TO THE SKY!


Ke mana hendak di cari jika cinta terus-terusan hilang? Ke langit? Cinta pada keluarga sendiri menjadi tunjang utama filem ini. Kasih sayang seorang abang terhadap adiknya suatu tema yang jarang diangkat menjadi filem. Hilang di laut selama 9 bulan, kemudian pulang semula kepangkuan keluarga dan Indra yang malang kehilangan cinta. Ya filem kita perlu ada cinta, kekecewaan, komedi,pertentangan pendapat dan konflik yang sebegitu rupa.

Ada ketikanya kesabaran diperlukan untuk menghayati 'keromantikkan' filem ini. Suara pelakon utamanya amat teratur dan halus kadang tenggelam di dalam kesegaran bahasa visual pantai, hujan dan kejujuran latar tempat perkampungan nelayan. Lagu latar yang didendangkan kadang lebih lantang membicarakan soal tunjang filem ini. Tapi terlupa siapa penyanyinya.

"Maafkan saya menumpang kesunyian awak untuk melupakan kedukaan saya"



Si adik Iman dan Indra ke KL memburu si kekasih yang perpenyakit kanser. Di mana hendak di cari? Kebetulan minat si adik terhadap penyanyi Siti Sarah menemukan semula cinta yang hilang itu. Tapi ianya tidak semudah itu, si adik meninggal dunia akibat terjatuh dalam pergelutan dengan seorang penagih dadah. Cinta juga ada peluang kedua, lebih-lebih lagi pada orang yang ada rupa seperti Indra (semua orang terseksa kerana cinta tanpa melihat status dan paras rupa :)).

Bila hidup telah sampai kepada satu tahap putus asa :

"Larilah pergilah ke mana kau nak pergi aku tak kan kejar kau lagi .."


Dan kuasa Allah membukakan hatinya datang semula ke perkampungan Nelayan itu membina istana impian.

Panggung tidak penuh, mungkin baru permulaan. Langit masih jauh tidak terjangkaukan. Seperti ada sesuatu yang tak kesampaian dalam filem ini. Tapi aku tidak tahu apa bendanya.

Thursday, June 24, 2004

MULTIVITAMIN

MULTIVITAMIN


Seseorang mencadangkan aku makan pil vitamin. Dia kata boleh menambahkan selera makan. Aku dengan girangnya carik pil itu 3 bulan yang lalu. Maklumlah dari tahun lepas memang azam tahun baru nak tambahkan berat badan. Aku tak mahu kurus kerempeng, aku nak berat badan yang ideal untuk susuk tubuh aku dengan ketinggian 172 cm ini. Tiap hari tanpa missed aku telan pil itu. Namun yang diharapkan tidak juga berlaku. Malah aku berasa sentiasa kenyang. Bila aku timbang badan aku, mak datuk semakin menyusut! Pil itu tidak membantu, malah menjahanamkan impian aku. Aku berasa kenyang sentiasa. Pakcik tertipu !!!

Yana pun makan pil itu juga, dia sukalah sebab badan dia ramping semacam kini. Ehh sebab kesan pil tu ker? Confius pulak aku. Tapi dia juga kata kesannya sama : Tidak berasa lapar langsung bila makan pil tu. Mesti bahaya ni, aku suruh dia stop makan. Aku pun dah stop makan pil tu mulai semalam. Memang pun, sekarang tak sampai pukul 12.30 am badan aku mula menggigil kelaparan. Aku berselara makan semula. Selama 3 bulan ni, dengan ‘kejatuhan’ berat badan yang tidak aku inginkan ini. Harus aku mulakan aktiviti makan aku dengan teratur semula.

Kengkawan pompuan di ofis mahu mencuba makan pil itu. Kesannya tanggung sendirilah yer. Aku berikan baki pil multivitamin itu kepada FS. Dia nak nampak ramping ayu demi suami tercinta katanya. Gasaklah dia, aku tak mahulah jadi the next Nasha Aziz. Seperti mana yang kawan aku tu selalu perli. Nantilah yerr, basically kadar metabolisme aku tinggi. Itulah puncanya. Sedang menimbangkan semula, perlu ker tidak ambil pil multivitamin ini. Letihlah …God please granted me with another 10 kilo pleaseee!!!!.

Wednesday, June 23, 2004

KERUSI BERTOIA DAN TENTANG SESEORANG

KERUSI BERTOIA DAN TENTANG SESEORANG


Kadang kita tidak perasan yang kita sedang duduk di atas kerusi Bertoia (1951-52), ciptaan pereka terkenal Harry Bertoia. Ciptaannya cukup simple menggunakan elemen aluminium berjaring di bahagian penyandarnya. Walaupun simple ia tetap menjadi kegilaan ramai.Bagi aku kerusi adalah tetap kerusi tidak lebih dari itu fungsinya. Orang lain mungkin memandang dari sudut nilai estetikanya. Hanya pengalaman dan pengetahuan sahaja yang dapat membezakan antara kaca dan permata.

Kita mungkin melihat sesuatu itu dari sudut lain. Benda yang sama tapi kita memberikan pentafsiran yang cukup berbeza. Sesuatu yang mudah boleh menjadi begitu berat dan sukar kepada individu yang lain. Atau kita mungkin tidak pernah menghargainya atau tidak tahu bagaimana menghargai sesuatu mengikut kehendaknya. Kehendak kita sendiri?

Mungkin seseorang telah saban hari kita kenali, tapi kita tidak tahu siapa dirinya. Kita tidak cuba memahami sesuatu tentangnya. Hinggalah sampai ketikanya dia pergi.”Ini hari terakhir saya. Saya gembira berkerja dengan encik tapi saya rasa di jabatan baru nanti saya boleh memberikan sesuatu yang lebih.” Nah … mungkin kita menilai dia terlalu rendah atau kita tidak pasti keupayaannya. Hinggalah suatu hari dia bosan melakukan rutin pekerjaannya. Padahal kita tidak berani memberikan tugasan yang berat padanya sebelum ini. Kita takut dia tidak boleh melakukan sebaiknya, kita tidak yakin dia boleh. Mungkin pengalaman pertama membuatkan kita serik.

Hinggakan kita terlalu selesa dengan apa yang kita peruntukkan padanya itu. Kita tidak pernah mencabar kebolehannya, setakat mana dia boleh pergi. Sejauh mana dia mampu melakukannya.

Seperti kerusia Bertoia, yang nampak simple dan ringkas itu, begitulah dia yang pergi tanpa aku sedari kewibawaannya.

Tuesday, June 22, 2004

SAMPAIKANLAH SALAM

SAMPAIKANLAH SALAM


Semasa panaskan engin kereta dengar radio ERA. Lagu "Sampaikan Salam Cintaku" daripada Alleycats buatkan aku tersemyum sendirian. Benar, kadang kita ingin melupakan seseorang, malah cuba untuk membencinya. Tapi bukan mudah untuk berbuat demikian. Harap dia bahagia walau di mana sahaja dia berada. Kebahagiaan adalah pilihan masing-masing. Kenangan yang tercipta tetap utuh diingatan. Masa lalu banyak mengajar kita mensyukuri apa yang berlaku. Betapa kita hanya merancang Allah yang menentukan segalanya. Andainya dia tahu, aku bersyukur dengan jalan hidup yang aku pilih sekarang ini.

Sampaikan Salam Cinta Ku

Sampaikanlah salam cintaku padanya
Walaupun terluka namunku merindu
Kerana cintaku tiada akhirnya
Walaupun kau telah menghancurkannya

Sampaikanlah salam cintaku padanya
Walaupun sengsara namunku masih sayang
Kerana cintaku mewangi dan harum
Walau tercampak di mana jua

Andaiku tiada, andaiku pejam mata
Biarku abadi, cinta yang setia ini
Biarpun kau jauh, sambutlah salamku
Kerana aku masih menyayangimu
Tidak pernah aku membenci dirimu

(Alleycats - A.Ali)

Monday, June 21, 2004

RAGUT

RAGUT


Peragut (bukan binatang berkaki 4). Kalau lembu atau kambing mudahlah di tambat. Ini manusia macam kita juga. Tapi mereka ni kurang @##$$$ sikit, mengambil kesempatan di atas kelalaian orang lain. Wanita : mak cik (chic) dan remaja perempuan macam adik aku tu yang bila berjalan semua benda nak dimasukkan dalam beg tangan adalah target mudah mereka. Aku selalu pesan kat adik aku buat apalah bawak beg tangan ni masa pergi berjalan/shopping bawak dompet jer kan mudah. Jalan laju sikit jangan jalan macam pengantin. Dalam beg tangan dia macam-macam ada.

Ini apa yang aku baca di The Star Sabtu lepas :

THE FIGHT AGAINST SNATCH THIEVES

Prevention Methods

1. Always be alert while walking.
2. Avoid wearing expensive valuable/don't show-off jewellery.
3. Clutch and hold your handbag firmly.
4. Walk against the flow of traffic.

If you are a Victim

1. Shout to alert those around you.
2. Take note of the snatcher's appearance, race, vehicle registration number and model.
3. If your wallet or purse has been taken , immediateley lodge a police report and inform your bank and credit card companies to have your ATM card and credit card cancelled.

To make a Citizen's arrest

1. Upon apprehending a suspect, call 999, the nearest police station or the local police hotline number for help.
2. Wait until the police arrive before handling over the suspect and valuables.
3.The victim is the only person who needs to logde a police report while those who helped need only give their statements as witnesses.

(Source ; The Star, Saturday 19 June 2004 p:4).

Kalau di baca atau di lihat bila mak cik pegang beg tangan kejap dan amat berwaspada akan memberi gambaran yang dia membawa banyak barang berharga atau duit yang banyak. Jangan memberi gambaran yang kita ketakutan, tak perlulah bawa semua benda bila berjalan nak beli sayur di pasar. Kalau majlis kahwin tu nak 'dress to kill' tu tak kisahlahkan.

AKU
Sabtu malam Ahad yang lepas, minggu pertama tak pergi menonton. Just gi makan di Naili's Place di area ampang point tu. Nasib baik M beri panduan ke tempat tu. Makanan dia oklah, so so jer. Mungkin aku salah pilih makanan. ABC dia sedap tapi bertahun nak habiskan. Cadang nak jenguk anak Merry di Hospital Ampang Puteri tapi tidak esampaian. Aku dan Nasir balik awal 10.15 dah sampai rumah balik. Nonton TVlah pulak lepas tu sebelum aku bali ksemual ke CJ pukul 1.00 Pagi. Ahad tak tahu nak buat apa, aku merayau ke Kajang. Jalan 3 lorong sudah siap, selesa sangat. Tapi tak tahulah kalau still jammed time balik kerja. Menyesal tak beli rumah area tu dulu. :)

Saturday, June 19, 2004

BLOG WANITA BESI

BLOG WANITA BESI


Pagi ini sesudah bersarapan aku bergegas ke ofis siapkan presentation untuk student baru. Kena buat taklimat lebih kurang. Sepatutnya pengarah aku yang hadir program ini, tapi di Melaka pun ada program Orientasi yang sama. Rakan sejawatan aku masih bercuti sebab keguguran. Jadi aku ambil alih tugas dia hari ini. Tak kisahlah aku tak berkira sangat tentang kerja, sebabnya kita tak akan tahu pula bila kita susah. Nanti mereka jugalah yang tolong kita juga. Hidup ni kena saling membantu. Yang bestnya mereka juga selalu memberikan kerjasama yang jitu. Teamwork yang mantap!

Oh ya pagi ini bila aku singgah di blog 'Wanita Besi' itu. Blog dia sudah di renovate sekali lagi. Dia tampal beberapa perenggan ayat yang menyatakan kekesalannya. Kesian pulak aku kat WB itu. Sebabnya tak dapatlah aku nak bergosip lagi secara terbuka dengan dia. Aku suka baca kisah hidup dia sebab aku tahu ramai wanita Malaysia macam dia. Independent dan punya daya juang yang tinggi untuk berjaya dalam hidup. Tapi biasalah bila kita dapat sesuatu tuhan akan uji. Kita tak dapat semua benda cantik elok. Seperti dia ramai juga penulis blog yang tidak mahu dikenali. Aku juga setuju dengan konsep itu. Tak payah kenal penulis, just bacalah apa yang tertulis dilembaran putih dunia siber. Mengenali hidupnya sahaja melalui tulisan sudah cukup bererti. Dan jika dia dan sesiapa sahaja penulis blog yang tidak mahu dikenali umum, hormatilah permintaan mereka.
Mereka sudah mengorbankan sebahagian daripada apa yang menjadi kisah peribadinya untuk semua, jadi usah minta lebih dari itu jika mereka tidak mahu dikenali. Ini bukan realiti TV, bukan AF. Menulis pengalaman hidup memerlukan kekuatan yang bukan sedikit. Mereka juga memerlukan ruang untuk bernafas dan bergerak bebas.

Buat WB itu jangan lupa update blog yerr :). Rindulah nak baca kisah seterusnya. Hehehehe ... selamat berhujung minggu.

Friday, June 18, 2004

BIARKAN BULAN BICARA

BIARKAN BULAN BICARA


Semenjak dua menjak ni aku kuat mencarut dalam bahasa tamil yang aku sendiri tak faham. Aku dah tak kisah apa, kadang dalam meeting pun aku main lepas cakap jer. Aku ni kan lelaki pemalu. Kadang aku sendiri rasa terkejut dengan pencapaian aku ini. Entah ler maybe aku buang tebiat.

Hari ini sudah Jumaat semula. Kalau dikumpulkan setiap hari Jumaat, dengar khutbah Jumaat harus banyak ilmu yang aku dapat. Tapi masa khutbah itulah mata aku macam dipaksa-paksa supaya tertutup. Kalau orang tanya apa yang dibentangkan masa khutbah itu nak dapat 30% pun susah. Susah nak recall balik apa point penting dia. Bila staff pompuan tanya aku jawab tak berapa ingat. Masalah tu yer? Nasihat yang baik tapi kita selalu mengambil mudah.

Kita selalu mengambil mudah tentang benda-benda penting dengan harapan ianya masih ada di situ untuk kita. Jumaat akan datang lagi. Kita mengambil sikap tidak apa terhadap orang-orang yang kita sayangi, dengan harapan dia sentiasa ada bila kita memerlukan. Kita tidak mengambil endah hinggalah Allah tarik balik nikmat yang kita dapat. Orang yang kita sayangi pergi meninggalkan kita. Atau kawan yang benar-benar ikhlas bosan lantas meninggalkan kita keseorangan.

Kadang terfikir inikah Jumaat yang terakhir yang bakal aku tempuhi?

Bulan sabit yang jatuh di belantaran
Bintang redup tanpa cahaya gemintang
Langkah tanpa arah sesat di jalan yang terang
Aku yang terlena di buai pelukan dosa

Ingin pulang membalut luka hatimu
Ku pun tahu betapa pedih batinmu
Beri kesempatan atau jatuhkan hukuman
Andai maaf pun tak kau berikan

Airmata tulus jatuh di sudut bibirmu
Tak terlintas dendam di bening mata indahmu
Aku yang merasa sangat berdosa padamu
Masih pantaskah mendampingimu

Biarlah bulan bicara sendiri
Biarlah bintang kan menjadi saksi
Takkan ku ulangi walau sampai akhir nanti
Cukup derita sampai di sini.

Biarlah Bulan Bicara - Broery Marantika

Thursday, June 17, 2004

WHY WE SHOULD GO HOME BY 5.00 PM.

WHY WE SHOULD GO HOME BY 5.00 PM.


by Trade Minister Rafidah Aziz

KOBE, March 18 (Bernama) -- With a reputation for her strong stamina despite arduous and hectic schedules, it was not surprising that someone had to ask the Minister of International Trade and Industry, Datuk Seri Rafidah Aziz, where her source of almost boundless energy came from. "In my job, you have to be cheerful because it's about wanting people to invest. Can you imagine if I come to Kobe with a sour face and no smile? You will not want to come to Malaysia," she said when asked by a Japanese
businessman to reveal the secret of her staying power at a seminar on Business Opportunities in Malaysia here today. "You're great. You're so dynamic and cheerful. We don't see such a character in our Japanese ministers," said the businessman who was obviously an admirer of Rafidah's dynamic personality.

In reply, Rafidah said she was a naturally cheerful person."I am not making it up (in being cheerful). I laugh a lot and so it's easy for me to be cheerful. It's not like I'm pretending to be cheerful. My nature is like that," she said in a matter-of-fact and yet lighthearted manner. The minister said her energy also came from the fact that she liked her job."I've been in this job (her present position) for 16 years and Ihave been in the government for 27 years," she said, acknowledging that shewas no longer young as she would be 60 years old this year and already has three grandchildren. "It makes me happy. You must always do what that makes you happy. If you're not happy, you don't do it. That's very simple...If you don't like the thing but you have to do it (anyway), you'll get the sour face,"she said. Rafidah said she usually did not bring her work home
with her!. But if she really has some work to finish up, she would wake up at 5.00 am to complete it. "If I go home late, my driver will have to wait for me, my security guard will have to wait for me and my other staff also has to wait for me. And they will curse me because they want to go home (early)," she said.

Rafidah said if she did not leave for home by 5.00 pm, there was a likelihood that there would be five or six people who could be angry with her. "Angry people are no productive," she said, admitting that she was also not productive in her work after 5.00pm. "After 5.00 pm, I'm not productive. So five unhappy staff and one unhappy minister is not good (at all)," she said.

Rafidah felt that working very late in office was a waste of time."You would be better off at home, (or) go out for dinner or play golf. So (at least) you're happy and the next morning you're fresh," she said. "If you go home late at 11.00 pm or midnight and you don't look at your family and tomorrow you go into the train to go to office, in the end you're not happy and your family is not happy," she said. "The world will go on even if you go home at 5.00. The world will not stop if you go home at 5.00 pm. "Why must you go home at 11.00 pm? What's the point and how much work can you do between 5.00pm and 11.00pm?" "Enjoy yourselves and be happy. I find that I work more when I'm happy," she said. – BERNAMA

Nota : Tak tahu lah pulak kalau ini bukan kenyataan dari Rafidah. Tapi aku peduli apa sebab ada juga kebenaran dari kata-kata ini. Pukul 5.00 jer aku cabut balik. Tak moh tunggu lama-lama di office ni. Zaman aku stay back sampai pukul 3.00 pagi sudah lama berlalu pergi. Itu masa aku baru mula kerja, company pun baru pindah dan sebab banyak yang perlu disettledkan. Sekarang sudah stabil keadaannya. Bolehlah aku berpesta pora sekarang ni walaupun projek sikit punya banyak.

Wednesday, June 16, 2004

AIYOOO

AIYOO


Dapat email dari Pejabat Presiden; Perkara: Jemputan Khas ke Taklimat "Calon Suami Pilihan". Siap tulis "Kepada Saudara/Saudari khasnya yang masih bujang/belum
berkahwin/ibu/suami tunggal." Aiyooo begitu prihatin sekali pihak pengurusan ni (pada benda-benda yang tak perlu). Maksud aku banyak lagi perkara-perkara penting yang mereka boleh lakukan untuk kakitangan. Banyak lagi aspek kebajikan kakitangan yang boleh mereka 'terokai' kalau mereka mahu. Kalau nak wujudkan the Bujang Club pun aku tak kisah, tapi bukan di sini. Di tempat kerja ni tak sesuailah. Aku banyak kali juga cuba dipasangkan dengan orang-orang setempat. Tapi pada pandangan aku kurang sesuai sedikit kalau masing-masing bekerja satu tempat kerja. Kalau emosi baik oklah, tapi masa emosi terganggu kan agak payah.

Aku tak tahulah tapi kalau dah jodoh tak boleh kata juga. Harap-harapnya janganlah satu tempat kerja. Walaupun dari aspek lain contohnya jimat belanja perjalanan etc. Tetapi kalau company ada krisis dua-dua akan berada dalam keadaan bahaya. Tapi entahlah ...

Apa yang pasti aku tak akan datang ke taklimat tersebut.

Erti Kasih

Nian berbisa
Imbas deru kasihnya
Siapa harus kutanya
Lahir kasih sempurna

Di manakah akan terus kulayar
Lara hatiku
Menahan rasa

Tiada dapat kusentuhi
Tiada lagi cahayanya
Sesuci langkah terhenti
Hilang punca

Di maya hanyalah mimpi
Di maya dikau kembali
Berbisik hiba
Erti kasihmu di sisi
Selamanya

Tiada kau mengerti
Tulus kasihku ini
Tak dikau rayu kembali
Daya aku menanti

Dan berlalu
Hari-hari daku sayu
Gerak naluri pada kekasih

Di maya hanyalah mimpi
Di maya dikau kembali
Berbisik hiba erti kasihmu di hati
Sesungguhnya.

Aku pinta Yang Esa
Dalam ku menghirup masa
Pada kasihku
Kembalilah

Rem (Azlan Abu Hassan / Ucu)

Edisi Tengahari

:

Terbaca di ruangan surat di BH 16 Jun 2004 p:12. Luahan Suami Kesal ini hanya untuk simpanan penulis. Rasanya memang banyak yang diperkatakan tentang Hospital tersebut, kalau tidak masakan doktor-doktor dari hospital lain pun kata "payah kalau di bawa ke hospital tu". Telah sampai masanya bapak-bapak menteri buat lawatan mengejut ke Hospital tersebut kaji apa masalahnya. Aku rasalah pihak pengurusan hospital perlu berbuat sesuatu. Memang kita tidak pernah mendengar hospital di negara kita diarahkan tutup, tapi apalah gunanya kalau di buka tapi tidak menjalankan tugas yang sepatutnya. Mungkin mereka ada masalah lain, motivasi kerja yang rendah atau soal yang terlalu klise soal gaji. Kita bercakap sebuah hospital di Putrajaya bukan hospital daerah di CC!

SENGSARA PESAKIT DI PUTRAJAYA

PUTRAJAYA - mendengar namanya saja orang dapat bayangkan betapa canggihnya bandar ini. Begitu juga dengan hospitalnya yang dilaporkan akhbar serba canggih dan menarik. Namun hakikatnya segala kecanggihan itu terkubur dek cara kakitangannya bekerja. Mereka masih mengekalkan status kakitangan awam 8-4.30.

Baru-baru ini isteri saya dirujuk ke wad kecemasan, Hospital Putrajaya kerana disyaki demam denggi atau demam virus. Malangnya, kami disindir kerana membawa surat rujukan doktor itu. Jururawat yang bertugas mengatakan tidak perlu semua itu kerana mereka boleh membuat pemeriksaan sendiri. Lantas isteri saya diarah menunggu tanpa diberitahu nombor gilirannya.

Memandangkan tidak ramai pesakit, kami menunggu tanpa banyak soal. Namun selepas sejam isteri saya masih tidak mendapat rawatan. Saya memberitahu kerani dikaunter isteri saya tidak larat menunggu lama kerana sebelum ini sudah beberapa kali dia pengsan. Tetapi dia menyuruh kami terus menunggu. Bayangkan kami menunggu hampir tiga jam untuk dipanggil ke bilik doktor.

Oleh kerana sudah tidak tahan lagi, saya membatalkan temu janji pada hari itu dan membawa pulang isteri saya dengan 1001 kekesalan . Benar lah kata rakan kita menghadapi dugaan paling berat apabila ke Hospital Putrajaya.

SUAMI KESAL
Bandar Bukit Puchong.

Tuesday, June 15, 2004

SUCI DALAM DEBU

SUCI DALAM DEBU


Enam minggu berturut-turut, tiap hujung minggu aku pergi menonton wayang. Dari satu cerita ke satu cerita. Tak kisahlah sebab ada orang belanja. Aku cuma bawa diri aku elok-elok jer dan lapangkan dada pergi menonton. Mungkin harus aku buat part-time kat TGV nanti, sebab kerap sangat ke sana. J

Terbaru nonton The Punisher, ada dialog yang tidak boleh aku lupa lebih kurang begini. “Jangan biarkan memori memusnahkan hidupmu”. Juga satu lagi kata-kata yang menarik “Memori yang baik boleh menyelamatkan diri anda”. Kenangan memang sukar untuk dipadamkan dalam ingatan. Kadang kita seperti disumpah untuk membawanya hingga ke hujung hidup. Namun kita perlu rasional dalam menentukan hala tuju kita sendiri. Kalau dia boleh bahagia kenapa kita tidak.

Sejarah menonton wayang aku bermula dari zaman dulu-dulu lagi. Masa tu Kementerian Penerangan buat Wayang Pacak di simpang jalan dan orang kampong keluar menonton ramai-ramai. Biasanya setelah diadakan ‘khutbah’ tentang agenda kerajaan. Kemudian filem pertama yang aku dan keluarga nak pergi nonton di pawagam ialah filem “Hapuskanlah Airmatamu”. Tetapi sayang, filem baru nak start aku dah ajak diorang semua balik. Aku bosan, jadi terselamatlah dari menonton filem di panggung. Zaman remaja tak pernah menonton sebabnya orang tua aku cukup marah kalau anak-anak dia pergi menonton wayang, takut buat tak betul, jahat dan ponteng sekolah. Membesarlah aku dengan pemahaman yang sedemikian. Menonton wayang dipanggung berdosa dan melalaikan. Aku kendong tanggapan sebegitu sehingga aku membesar ranum!

Filem pertama yang aku benar-benar tonton ialah Braveheart, itu pun aku dah berada di tahun kedua ketika itu. Aku kena buat assirgnment untuk kelas BI aku, movie reviews.
Dulu aku sangatlah takutnya bila pergi menonton di panggung ini, takut berkongsi dosa kering dengan ornag lain. Tapi matlamat aku ialah menonton sahaja, menikmati hasil seni. Itu sahaja, memanglah boleh menonton vcd di rumah, tetapi aku tidak punya kekuatan untuk duduk berjam hingga tamat cerita seperti mana yang boleh aku dapat ketika berada di panggung. Aku rasa pergi menonton wayang tidaklah dapat menghakis nilai murni yang telah keluarga tanamkan dalam diri aku . Aku sudah cukup matang untuk menilai baik buruk. Aku menggunakan wang aku sendiri, ehh bukan, aku tak kuar sesenpun untuk menonton wayang. Aku hanya keluarkan duit untuk beli ‘popcorn” dan mineral water. “Popcorn” itu pun aku sorang yang habiskannya.

Aku tak pergi clubbing, aku tak sesuai ke tempat sendat sebegitu. Jadi aku rasa hidup aku tidaklah teruk sangat. Aku masih suci … dalam debu.

Aku rasa lagu ini banyak persamaan dengan kisah hidup aku. Secara kebetulan mungkin. Tak salahkan kalau nak bermelankolik pepagi ni ...

Kerna Terpaksa

Kerna terpaksa aku melangkah pergi
Kerna terpaksa ku turut kata hati
Gementar tibuhku dengan keputusan ini
Biarpun pedih ku teruskan jua

Di antara kita mengapa ada dia
Biarpun hanya kawan biasa
Tapi ku rasa berlainan caranya
Hingga mencakar perasaan ku
Terpaksa ku..
Terpaksa ku membuat pilihan
Mengundurkan diri untuk kebahagiaan mu

Kerna terpaksa aku rela sendiri
Kerna terpaksa lalu aku menangis
Tertutup hatiku untuk bercinta lagi
Tidak ku tahu bila kan terbuka

Di antara kita mengapa ada dia
Biarpun hanya kawan biasa
Tapi ku rasa berlainan caranya
Hingga mencakar perasaan ku
Andainya ku melakukan begitu
Bagaimanakah perasaan mu
Terpaksa ku..
Terpaksa ku membuat pilihan
Mengundurkan diri untuk kebahagiaanmu

(Lagu : Manan Ngah)



Monday, June 14, 2004

128

128


England kalah 2-1 dengan Peranchis. Puashati gak Peranchis boleh kalahkan England tu. Oklah tak mahu ulas banyak-banyak.

Kisah 128 pelajar cemerlang yang teringin sangat nak jadi doktor agak menarik untuk direnungkan. kata-kata Naib Canselor UM juga begitu membekas. Doktor sahaja ker bidang yang memberi pulangan lumayan? Negara maju hasil kepakaran pelbagai bidang. Kecil besar sumbangan kita tetap penting kepada pembangunan negara. Mungkin tugas doktor swasta nampak memberikan pulangan lumayan tetapi tahap ketensionan dan masa kerja yang tidak menentu itu juga perlu diambil kira.

Sebenarnya saya agak 'kesian' pada para doktor. Belajar sikitlah punya susah dan kerja pun sentiasa tension. Tempoh pengajian juga panjang, bidang lain sudah grad 3 tahun dia baru nak habis. Jadi jika difikirkan sama sahajalah dari segi pendapatan dan senioriti itu. 128 pelajar itu harapnya jangan nanti hanya bekerja dengan kerajaan 3 tahun kemudian keluar pula berkhidmat untuk swasta. Semua bidang akan ada kos melepasnya, kita dapat sesuatu dan hilang sesuatu yang lain. Mungkin kerja kita mudah tetapi bukan senang, juga tidak glamor. Tapi kita ada banyak masa untuk keluarga dan membuat aktiviti lain. Hujung minggu yang aman tenteram dan tidur yang lena.

Saya tidak katakan doktor tidak penting, cuma banyak lagi pilihan kerjaya yang boleh memberikan pulangan yang lumayan. Contohnya di Malaysia sudah ada jawatan Chief Knowledge Officer, di CC ini ada yang dibayar lebih 10k untuk jawatan tersebut. Banyak lagi bidang baru yang memerlukan calon cemerlang ini. Apa pun bidang yang kita ceburi jadilah yang terbaik, lulus dengan cemerlang dan mampu memberikan sumbangan yang sebenar-benarnya. Apa yang penting juga kita mestilah 'enjoy' dengan apa yang kita lakukan. Tidak guna menjadi doktor tapi suka marah pesakit dan memberikan perkhidmatan yang 'ala-ala' terpaksa sahaja.

Kita sepatutnya berterima kasih dengan ramai doktor Melayu yang sudi berkhidmat di hospital-hospital kerajaan di negara kita. Itulah kenyataannya.

Friday, June 11, 2004

BANYAK RUANG

BANYAK RUANG


Dua hari selepas masyarakat bloggers merayakan Hari Weblog Antarabangsa ( 9 June 2004), Ketua Kampong Paku Tunggal menanyakan aku tentang mengapa aku tidak menulis dengan serius. Aku menulis hanya untuk suka-suka. Aku jawab dengan perlahan. Dia kata aku mempunyai daya imaginasi yang bagus. Otak aku banyak ruang kosong lebih-lebih lagi setelah pukul 5.00 petang katanya lagi. Semua benda aku boleh gossipkan terutama meramal apa yang dia buat dan kenapa dia buat itu semua. Kami sentiasa bergaduh hasil ramalan otak aku yang banyak ruang itu.

Aku gelak guling-guling tiap kali dia kata begitu. Aku sebenarnya akan menulis tentang dia kalau aku mahu. Tapi aku segan nak paparkan kisah dia walaupun aku tahu kisahnya mampu membuatkan hati aku terhibur. Nanti orang kata apa pula, menjaja kisah murahan. Tidak elok untuk pertumbuhan otak aku yang sentiasa sendat dengan masalah ini. Kalau aku tulis novel pun, aku takut tidak laku di pasaran. Siapalah aku nak compete dengan Sri Diah. Mungkin dia tidak perasan Sri Diah telah ada novel terbaru "Jangan Ada Dusta" di pasaran. "KL Di Mana Suamiku?" pula sudah diulang cetak entah keberapa kali. Menulis bukan boleh dibuat-buat. Hingga kini aku tidak tahu arah mana harus di tuju. Lantas aku memilih untuk menjadi seperti kebanyakkan warga Bloggers yang lain. Ya seperti merekalah.

Aku katakan padanya yang aku banyak juga tulis kertas kerja untuk seminar. Terutamanya seminar yang boss aku kene present. Aduhh boss aku yang dapat nama tapi aku yang tuliskan untuk dia. Katanya next time aku patut jadi presenter pula, bukan hanya jadi co-author. Entahlah menulis ini bukan kerja mudah. Kalau kalian baca DJW pun entahlah apa yang korang dapat.

Susah nak jadi penulis di Malaysia. Memang ada yang berjaya tapi banyak yang tidak bernasib baik. Kalau tulis bahan ilmiah lagilah sukar mencapai ulang cetak. Jadi aku memilih untuk menjadi penulis DJW sahaja. Cukuplah walau tidak dikenali tapi aku puas. Aku boleh menulis dengan aman tanpa melibatkan birokrasi. Lebih tepat aku menulis bukan kerana nama. Apa yang aku catatkan di sini amat berharga dan tidak ternilai dengan wang ringgit. Ya, aku tidak melacurkan kehidupan aku di ruang terbuka ini. Aku masih waras, degup jantung aku masih kuat untuk menghasilkan sesuatu setiap pagi, saban hari. Mugkin sampai masanya aku akan berhenti menulis. Saat itu hanya akan hadir bila ada sang bidadari yang mampu mengalihkan tumpuan aku.

Buat masa ini otak aku masih banyak ruang untuk memikirkan segala benda. Ya sudah pasti tentang dia. Sebab kerana dialah aku menulis hingga ke hari ini!

"Langkah semakin hilang jejak
Dihembus angin luka
Kini tinggal samar bayangan
Andainya putus katamu pergi
Tinggalkan daku cuma
Usahlah kau menyesali lagi ..."

Nicky Astria, Samar Bayangan


Untuk kengkawan yang akan bergathering esok :
DI PUSAT REKREASI TMN WETLAND PUTRAJAYA (Precint 13)

Tarikh: 12 Jun 2004 (Sabtu)
Masa: 2 petang
Tema: Biru & Putih

Selamat berhujung minggu dan bergembira semua. Maaf aku tak dapat hadir walaupun dekat amat dengan tempat aku. Aku ada urusan lain yang perlu dibereskan.

Thursday, June 10, 2004

MUSIM KAHWIN

MUSIM KAHWIN


Terus terang aku katakan yang aku memang fobia nak ke majlis kahwin sejak kebelakangan ini. Kali terakhir aku pergi majlis kahwin kawan aku ialah tahun lepas. Itu pun mengenangkan dia staff aku. Entalah sekarang aku main kirim hadiah sahaja atau aku jumpa bakal pengantin di mana-mana dan kasi hadiah. Aku rasa cara itu lebih praktikal dan aku ada masa untuk bersembang dengan mereka.

Selalunya bila aku pergi ke majlis kahwin, jarang berkesempatan bertemu pengantin. 'Wrong timing', pengantin tak sampai lagi dari rumah pengantin perempuan dan sebagainya. Sudahlah memandu jauh-jauh sampai ke hujung ceruk banat yang aku dapat hanya makan dan kemudian balik. Kalau nasib baik dapatlah bunga telur. Lainlah majlis kahwin masyarakat Jawa, siap ada bekal boleh bawak balik lagi.

Ada dua jemputan majlis perkahwinan untuk hujung minggu ini. Aku sudah beritahu kawan aku yang aku tidak dapat hadir. Hadiah untuk mereka akan aku serahkan setelah mereka balik semula ke KL. Adalah juga dengar statement “kalau turn ko pulak nanti bersanding ler ko sensorang”. Macamlah dia pasti akan datang ke majlis aku itu nanti. Tahunnya pun tak nampak bayang lagi.

Ohhh hadiah yang selalu aku bagi ialah kipas angin meja. Aku rasa dah berpuluh-puluh aku beri pada kawan-kawan aku yang jadi pengantin. Entah aku tak tahu kenapa aku suka beri hadiah itu. Mungkin unsur angin yang memberikan kenyamanan dalam perkahwinan. Yelah kalau panas dan hangat satu benda pun tak selesa nak buat. Tapi aku tak mahulah mereka bagi aku hadiah yang sama juga. Parah aku kalau macam ni.

Masa kecil bila aku pergi ke majlis kenduri kendara ini, selesai sahaja majlis mesti aku kena serang demam panas keesokannya. Aku tak percaya sangat benda-benda tahyul, tapi adalah yang kata aku terlangkah ‘benda’ yang diorang tanam kat tanah sebagai unsur untuk menghalau hujan. Yelah majlis kenduri kendara masyarakat Jawa ini lain sikit, kalau hujan alamat tuan rumah akan rugilah. Makin ramai orang yang datang makin banyaklah mereka akan dapat wang sumbangan. Ianya budaya yang baik, tolong-menolong. Bila tiba masa mereka pula kita pula memulangkan jumlah wang yang mereka beri. Setiap sumbangan akan dicatatkan dalam buku. Budaya ini masih lagi diamalkan hingga sekarang.

Teringat masa kakak-kakak aku kahwin, ada sedara mara yang beri sumbangan seekor lembu, wang ringgit dan jiran tetangga dengan pelbagai barang masakan dan kuih. Hinggakan selepas majlis berbulan jugalah stok beras, gula dan minyak masak itu masih berbaki. Mana yang tidak tahan lama disedekahkan semula pada jiran tetangga.

Aku fobia bila ke majlis kahwin sebab bila terserempak dengan kengkawan mereka akan tanya turn aku pulak bila. Siap diorang suruh mintak buah yang pengantin buat barang hantaran supaya bila dimakan akan mempercepatkan jodoh. EEEEEeee tak semudah itulah, soal hati sesuatu yang paling sulit untuk dirungkaikan. Nafsu itu cerita lain sebabnya alhamdulillah aku bukannya Haniff Basrie.

Wednesday, June 09, 2004

KITA INI PEKERJA ILMU

KITA INI PEKERJA ILMU!


Teknologi bukan lagi sumber utama untuk bersaing. Kita inilah asset utama sesebuah syarikat yang ‘mengerjakan’ kita secukupnya. Kebolehan menguasai ilmu membolehkan sesebuah organisasi itu terus unggul untuk bersaing. Sebagai sebuah syarikat berstatus MSC sudah semestinya teknologi merupakan benda penting yang mereka boleh beli. Namun tanpa ilmu yang ada pada pekerja, teknologi itu tidak akan menghasilkan sesuatu yang bermakna. Teknologi tadi dikembangkan oleh ilmu yang dimiliki oleh kakitangan supaya syarikat boleh berdaya saing.

Ya sudah semestinya pekerja ilmu ini juga sukar diuruskan. Mereka juga ada ‘demand’ yang pelbagai. Lagilah bila mereka sedar bila syarikat memerlukan mereka, mereka akan mengancam pihak pengurusan. Konsep satu pergi sepuluh datang, kadang membuatkan kita benar-benar teruja. Bagaimana kita mahu syarikat melayan kita? Ada peraturan-peraturan yang cukup menjengkelkan. Kerja tidak siapkah kalau kita pergi membeli makanan untuk bersarapan? Adalah lebih menguntungkan jika pihak pengurusan lebih bersikap terbuka dan dalam masa yang sama pekerja dan majikan memahami tanggungjawab masing-masing.

Menurut Frances Horibe dalam Managing Knowledge Workers: New Skill and Attitudes to Unlock the Intellectual Capital in Your Organization (1999), para pekerja ilmu perlu dianggap sebagai 'rakan kongsi'. Suasana pekerjaan yang kreatif perlu diwujudkan. Para pekerja tidak terikat dengan birokrasi arau 'arahan-arahan' atasan yang memaksakan, sebaliknya memberi ruang yang bebas tentang bagaimana hasil sesuatu kerja itu dapat dilakukan secara bebas, kreatif dan berdaya saing. Paling mengejutkan Horibe mencadangkan para pekerja ilmu tidak harus dihukum atau diambil tindakan jika melakukan kesalahan. Cuba hayati kata-kata Horibe ini, "many people may agree about not punishing failure but what about actually rewarding mistake? In most corporate setting, it's probably not rewarding the mistake. Sometimes you're fairly sure a mistake has been made, but you don't have all the facts and the employee can't or won't supply them. If people admit mistake, you can work on ways to avoid it in the future. If they deny it, you can't get any farther in the learning and knowledge building process." Seseuatu yang menarik untuk direnungkan bukan?

Thomas A. Stewart dalam bukunya Intelectual Capital: The New Wealth of Organisation (1997) menerangkan bagaimana kita seharusnya memperlakukan sebaik-baiknya modal intelektual/manusia ini yang menjadi komponen aset pengetahuan organisasi serta bagaimana modal intelektual dapat mengurangkan beban sumber daya kewangan organisasi dan dalam masa yang sama meningkatkan keuntungan organisasi. Modal intelektual atau modal manusia ini secara mudahnya adalah segala idea, pengetahuan dan pengalaman yang ada dalam 'minda', sama ada yang tidak terlihat seperti'kreativiti' atau yang 'terlihat' seperti hasil penulisan, dokumen dapat dirumuskan dalam bentuk pengetahuan atau produk yang boleh membuahkan hasil kepada organisai untuk bersaing.

Alangkah bagusnya kalau boss-boss di sini dapat membaca atau menghayati tulisan ini. Berhenti berharap ...

KILLING ME SOFTLY


Strumming my pain with his fingers,
Singing my life with his words,
Killing me softly with his song,
Killing me softly with his song,
Telling my whole life with his words,
Killing me softly with his song ...

I heard he sang a good song, I heard he had a style.
And so I came to see him to listen for a while.
And there he was this young boy, a stranger to my eyes.

Strumming my pain with his fingers,
Singing my life with his words,
Killing me softly with his song,
Killing me softly with his song,
Telling my whole life with his words,
Killing me softly with his song ...

I felt all flushed with fever, embarrassed by the crowd,
I felt he found my letters and read each one out loud.
I prayed that he would finish but he just kept right on ...

Strumming my pain with his fingers,
Singing my life with his words,
Killing me softly with his song,
Killing me softly with his song,
Telling my whole life with his words,
Killing me softly with his song ...

He sang as if he knew me in all my dark despair.
And then he looked right through me as if I wasn't there.
But he just came to singing, singing clear and strong.

Strumming my pain with his fingers,
Singing my life with his words,
Killing me softly with his song,
Killing me softly with his song,
Telling my whole life with his words,
Killing me softly with his song ...

He was strumming, oh, he was singing my song.
Killing me softly with his song,
Killing me softly with his song,
Telling my whole life with his words,
Killing me softly with his song ...
With his song ...






Tuesday, June 08, 2004

DIALOGUE IN CYBERSPACE

DIALOGUE IN CYBERSPACE


John Updike telah menulis naskah ini semasa Pameran buku Frankfurt pada tahun 1995 ( Pameran Buku Frankfurt merupakan pameran buku terbesar di dunia). Jangan tidak tahu KL International Book Fair juga termasuk di dalam agenda pameran buku dunia. Berbalik kepada tulisan Updike tentang “Dialogue in Cyberspace’, ianya merupakan dialog imaginasi antara John Gutenberg, perintis seni percetakan buku dengan Bill Gates, pemilik software terbesar di dunia tentang kelebihan dan kekurangan media masing-masing.

Pastinya dialog yang dipaparkan itu amat menarik kerana dua orang yang berbeza latarbelakangnya, zaman dan kemahiran yang berbeza. Bagi Bill Gates, Pameran Buku Frankfurt dengan ruang-ruang pameran ‘raksaksanya’ dipenuhi berbagai-bagai ‘barang’ cetakan itu, tidak ubah seperti sebuah upacara kematian meratapi nasib buku.

“Masamu, wahai Gutenburg, yang telah berlangsung selama lima ratus tahun telah usang. Telah tiba saatnya, di mana barang-barang cetakanmu yang berat, berdebu dan melahap ‘punah’ hutan-hutan di bumi ini, ‘hilang’ dari peredaran zaman,” tegas Bill Gates dengan lantang.

Namun , Gutenberg tidak menyerah begitu sahaja, “Revolusi buku telah melalui jalan yang alamiah. Bagaikan sebuah aliran air sungai, kata-kata tercetak hadir di hadapan pembacanya. Dan penyebarannya yang murah telah memungkinkannya untuk mengalir perlahan, saat saluran yang dilaluinya menyempit,’ jawab Gutenburg.

Banyak yang boleh difikirkan tentang karya Updike ini :-

1. Apakah kaedah pembacaan yang ada sekarang akan berubah terus kepada sesuatu yang lebih digital /hiperteks?
2. Betulkah bahan bercetak akan lenyap di masa akan datang?

Sumbangan Gutenburg di dalam teknologi percetakan moveble –type yang diilhamkannya menjadi perkakasan utama bagi media cetak. Ia mampu mencetak karekter dan grafik di atas kertas semenjak 500 tahun dahulu dan telah memberi sumbangan yang amat besar dalam penyebaran maklumat dan pengetahuan.

ICT pula hanya memberi pilihan kepada pengguna di dalam penerbitan bahan maklumat secara elektronik. Seperti yang kita maklum banyak perkara yang selalunya menjadi isu besar terutama soal hakcipta, pasaran dan pilihan yang begitu terhad berbanding bahan bercetak. Selain itu harganya juga relatif mahal berbanding buku.

YANA


Yana sudah keluar dari hospital tengahari semalam. Dia kata tangan ajaib tukang urut itu dan izin Allah penyakitnya beransur sembuh. Cuma bengkaknya sahaja yang agak lambat surut. Dia perlu berurut lagi. Aku pasti penyakit ini akan berulang ( tiap bulan?).
Hujung minggu ini harijadinya yang ke 21. Tak plan lagi nak buat apa.

AKU


Banyak perkara mengarut berlaku di ofis. Kadang tidak masuk akal. Masing-masing perlu menjaga bontot masing-masing. Bila melihat kengkawan menerima nasib yang sungguh diluar jangkaan, rasa terfikir pula. Siapa pula akan mendapat giliran seperti itu? Beginilah dilema kerja di tempat yang majoriti top management tidak professional dan takut memegang amanah atau tanggungjawab. Boss yang dianggap boleh menjadi atap menghalang hujan dari menimpa diri, tapi boss zaman moden ini lebih suka pada benda-benda yang tidak memeningkan kepalanya. Kalau menguntungkan dan dapat nama harus senyum. Tapi bila turn tanggungjawab boleh tolak menolak.

Aku juga perlu memastikan kerusi yang aku duduki sekarang tidak boleh disentuh, team yang aku ada juga mantap dan boleh dipercayai. Tapi rambut sama hitam hati lain-lain. Siapa tahu, bukankah hidup ini terlalu pendek untuk dimusykilkan!

Monday, June 07, 2004

ALHAMDULILLAH

ALHAMDULILLAH


Hari Sabtu minggu lepas merupakan Sabtu yang paling panjang. Ada kecemasan berlaku. Yana sakit orang perempuan yang teruk. Hingga bahagian tersebut bengkak. Aku dan Julie bawak dia ke Klinik di CC. Tapi hampeh satu pun takde yang bukak. Hari Sabtu doktor pakat tengok Harry Potter agaknya. Tiada pilihan, aku bawak Yana yang seperti biasa menangis tak ingat dunia itu ke Bahagian Kecemasan Hospital CC.

Yana sudah tak boleh berjalan. Katanya sakit tu dah 2 minggu berlaku dan dia hanya pergi berurut sahaja. Malam sebelumnya dia makan pelam. Bengkak tu datang balik. Apa kaitan pelam dengan kebengkakan? Confius aku, sementelaah pula aku tak arif tentang benda-benda ini. So aku tak boleh bayangkan ...

Mak ke rumah Nenek di Ijok. Aku telefon dia tapi tidak dapat dihubungi. Doktor yang merawat Yana doktor dari Myanmar. Seorang lelaki dan pembantu perubatan pun lelaki sahaja yang ada ketika itu. Satu-satunya doktor perempuan yang ada di hospital itu pun bercuti. Maklumlah Sabtu semua orang takde. Yana tak selesa dan aku minta nurse yang jaga kaunter pendaftaran menemankan dia. Julie awal-awal lagi kena halau. Setelah diperiksa doktor tu pun tak tahu apa puncanya dan Yana ditahan untuk pemeriksaan lanjut.

Bila orang tua tiada di rumah. Biasalah masing-masing panik. Tak terfikir pun yang kalau masuk wad hari Sabtu hanya pada hari Isnin sahaja baru pemeriksaan lanjut dilakukan. Kalau tiada doktor, nurse hanya akan melakukan langkah-langkah untuk menstabilkan pesakit. Bagi antibiotik dan buat pemeriksaan luaran. Bila mak dapat dihubungi dia pun marah sangat kat aku. Kenapa tak mintak untuk bawak ke klinik di tempat lain diluar CC. Yup aku memang mati akal ketika itu. Malam tu Julie tak dapat menemankan Yana di hospital, pukul 10 malam kena balik juga. So buat pertama kalinya dia menghadapi malam di hospital itu keseorangan.

Hari Ahad Mak bawak tukang urut dari Ijok. Katanya ada urat yang tersimpul dan mengakibatkan angin. Bahagian perut dan bahagian itu juga. Nasib baik Yana dapat bilik yang bertutup, bukan bahagian terbuka. Kalau tidak harus malu dia. Bila dah diurut bengkaknya surut. Alhamdulillah, tapi still kena tunggu Isnin untuk pemeriksaan lanjut.

Aku yang tension malam sebelumnya dan dapat migrain lagi. Balik ke CJ petang tu. Nasir booking tiket untuk tengok Harry Potter di Mines. Aku harus dapat sesuatu yang baik untuk diri sendiri setelah 'ketensionan'. Yup cerita itu memang best. Habis nonton pergi makan di restoran mamak. Hantar dia balik dan sampai di CJ pukul 1 pagi.

Hari yang panjang ... alhamdulillah segalanya berakhir dengan baik. Harap Yana keluar dari hospital hari ini.

Friday, June 04, 2004

HIKMAH & KISAH PERKAHWINAN DALAM ISLAM

HIKMAH & KISAH PERKAHWINAN DALAM ISLAM



Seorang sahabat yang anti dengan perkahwinan telah nekad mengambil keputusan bernikah setelah didatangi mimpi, didalam mimpinya melihat anak-anak kecil sedang sibuk memberi minuman kepada orang ramai yang kehausan di sebuah taman syurga. Bila sampai gilirannya, dia tidak diberi minum, sahabat tadi diberitahu tidak tersenarai antara penerima minuman kerana tidak seorang pun dari kalangan anak kecil itu adalah anaknya.

“Sesiapa yang berkahwin, sesungguhnya dia telah melengkapkan separuh imannya maka bertakwalah kepada Allah (bagi melengkapkan separuh bakinya)” mafhum hadith sahih.
Kata Iman al Ghazali : Yang dimaksudkan dengan baki lima puluh peratus itu ialah jihad. Berkahwin itu ialah jihad, dan latihan jihad itu ilah menunaikan hak-hak keluarga, mentadbir, bersabar dengan telatah dan budi pekerti perempuan, memimpin ke jalan yang baik, berjuang mencari rezeki yang halal dan mendidik anak-anak.

Sirah Rasul pernah merakamkan pada suatu ketika nabi s.a.w pernah bertanya kepada Abdullah bin Jabir yang kelihatan terlalu gembira. Ujar Jabir “Saya dah berkahwin ya Rasullullah dan perkahwinan ini mengubat kesunyian dihati saya,” “Dengan siapa kamu berkahwin dengan anak adara atau janda?’ Tanya nabi lagi. Jelas Jabir “Dengan Janda”. Rasullullah bertanya “Kenapa kamu tidak berkahwin dengan anak dara? Kerana berkahwin dengan anak dara akan memudahkan kamu bergurau senda”. Disini Rasullullah s.a.w memberi priority kepada anak dara untuk dipilih sebagai pasangan hidup.

Pengajaran dari sebuah hadith: Seandainya di dalam sebuah rumahtangga itu, suami bangun tengah malam menunaikan solat tahajjud dan mengejutkan isterinya, kalau isterinya tidak terjaga, dia kemudiannya merenjiskan air ke muka isterinya. Ini adalah pasangan yang dirahmati oleh Allah s.w.t, dan kalau isteri pula yang bangun tengah malam, dan ingin solat tahajjud, dia kejut suaminya dengan merenjiskan air ke muka suaminya, suami isteri ini adalah pasangan yang dirahmati oleh Allah.

Seorang isteri yang menyediakan segelas air untuk suaminya akan mendapat pahala berpuasa sunat setahun. Kalau dia mengurut badan suami tanpa disuruh, isteri itu mendapat pahala tujuh ketul emas, dan kalau isteri itu mengurut dengan permintaan suaminya, isteri itu mendapat pahala tujuh ketul perak.

DETIK BERLALU PERGI


Hari ini sudah Jumaat semula. Pantasnya masa berlalu. Ada benda yang berubah, usia bertambah dan ada juga yang tidak. Dua pokok tanduk rusa yang di beli di PKNS Bangi telah aku isytiharkan mati kering. Mula-mula daun gugur satu-satu dan sekarang pucuk pun dah kering. Putus asa aku dan biarkanlah ‘diorang’ mati. Mungkin terlebih makan kulit pisang agaknyalah. Dalam hidup ini begitulah, terpaksa membiarkan apa yang disayangi hilang walau dikasihi sepenuhnya.

Namun pokok pakis tak-tahu-nama yang aku kutip di Chan Mali Chan telah mula bertunas, pucuk-pucuk muda mula menjenguk dunia. Cantik sangat tak tergambar dengan kata-kata. Masa aku kutip sebulan lepas, orang dok tanya apa khasiat pokok tu. Cina kontraktor buat longkang tu hairan. Aku cakap ini pokok hiasan, Terra Garden jual agak mahal. Kat sini free jer boleh kutip. Jadi aku ambik ikut sesedap rasa. Alhamdullihlah pokok-pokok itu yang dulunya botak tak berdaun sekarang sudah bertunas menjulang indah. Bentuk daunnya macam tapak itik tapi panjang. Alah kalau kita nampak pokok-pokok besar tepi jalan ketika memandu kadang ada makhluk ini. Tapi kalau minat dan tahu nilainya tahulah. Kalau tidak, tidak akan perasan.

Begitu jugalah tentang pokok Colok Cina, kalau aku tak baca Impiana haram tak tahu yang pokok tu boleh jer kutip kat kebun di kampong aku. Tumbuh liar dan orang tak hirau pun. Cuba pergi ke PKNS Bangi tu tanya berapa harga dia? Mahu tertelan air liur kalau dengar. Begitulah pentingnya membaca dan mendapatkan maklumat tentang sesuatu perkara. Darinya kita akan menghargai sumber alam ciptaan Illahi. Paling untung benda itu tumbuh liar dan senang dapat disekeliling kita. Kita hanya akan menghargainya bila kita tahu nilai yang ada padanya, setelah kita mendapat maklumat tentangnya. Kadang maklumat itu tidak sampai kerana kita tidak meneroka dunia ini sepenuhnya.

Dunia ini terlalu luas, aku terlalu kerdil!

Thursday, June 03, 2004

KECANTIKAN LELAKI & KEGAGAHAN WANITA


Kecantikan Lelaki

Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik, adalah :-

1)Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan
2)Lelaki yang sedia menerima segala teguran
3)Lelaki yang memberi madu,setelah menerima racun
4)Lelaki yang tenang dan lapang dada
5)Lelaki yang baik sangka
6)Lelaki yang tak pernah putus asa

Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati.Seluruh kecantikan yang ada pada Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.

Kegagahan Wanita

Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada
kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah, adalah :-
1)Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan
2)Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan
3)Perempuan yang tabah menangung kerinduan setelah diti nggalkan
4)Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.

Sabda Rasulullah SAW:- "Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun" Surah
Al-Ahzab: Ayat 71

Komen

Hari ini dapat lagi forwarded email yang menarik. Mungkin ada yang pernah terbaca di mana-mana. Ada lelaki cantik, memang perfect banyak bersepah di KLCC. Lelaki-lelaki yang berkerja di syarikat-syarikat gergasi tempatan di sekitar KLCC itu. Mereka ada imej tersendiri, gaya korporat mereka. Dari rambut, pakaian, dan muka yang berfacial (agaknyalah sebab muka aku ada gak tumbuh jerawat nakal). Ada lelaki yang bertuah ada yang tidak. Itu semua tidak penting, walau masih dianggap perlu dalam perlumbaan hidup zaman ini. Kecantikan lelaki sebenar seperti yang yang dibicarakan melalui petikan email di atas wajar direnungkan bersama.

Untuk kegagahan wanita, teringat filem ‘Dia Ibuku’. Latar tempat begitu dekat dengan apa yang dialami oleh mak, cuma jalan cerita sahaja yang berlainan. Hayati lirik lagu dari filem ini :

Dari fajar hingga senja
Siang malam diharungnya
Lumpur sawah duri malam
Arus takdir hidup

Tak sedikit dikesalnya
Segalanya untuk kami
Ohh ibuku yang tersayang
Demi kasih ibu

Tak diharapnya balasan
Cuma bahagialah kami
Agar nanti jangan ulangi
Jalanan hidup penuh duri

Tak ternilaikan budinya
Berkorban jiwa raga
Bagai dewi luhur hatinya
Kasih dialah ibuku penuh

M. Nasir & Yunizar

PEREMPUAN

Menyusur bening matamu
Terpukau dalam bias bahasa
Meredah belantara kota
Menyisip daerah maya
Penuh warna
Engkaukah yang menyembunyikan
Cinta ini?

Ijamala M.N
Penjara Sg Buluh

Wednesday, June 02, 2004

INGATAN & KISAH SEBUAH BAS

INGATAN & KISAH SEBUAH BAS!


Tertarik dengan philosophy yang diucapkan oleh Madam Tan Sze Foon :

Work hard as you must
Enjoy life while you can
Continue learning as you should
Contribute as you can afford
Stay humble, Be sincere
Appreciate “Love and Care”
Don’t be greedy as it might hurt later.

Ini mengingatkan aku pada W H Davies :

What is this life if, full of care,
We have no time to stand and stare …
No time to see in broad daylight
Streams full of stars, like skies at night …
A poor life if, full of care,
We have no time to stand and stare.

Kadang kita terlupa betapa bertuahnya kehidupan kita berbanding orang lain. Alangkah indahnya kehidupan jika dapat dikongsi sejujurnya. Tiada insan yang tamak haloba ingin menguasai seluruhnya. Kadang aku amat berharap agar masa silam itu berhenti. Agar aku tak perlu mengingati semuanya. Hanya wujud dalam masa itu dan menikmati segalanya dengan aman.

Ini email yang dikirim oleh seorang sahabat : Pn. Seriadriani
Tahu tak, cinta sebenarnya sama seperti seseorang yg menunggu bas. Bila bas tu datang, awak nengok bas tu dan awak kata pada diri awak, "Eee...penuhnya...tak de tempat duduk." Jadik, awak katakan pada diri awak, "Saya akan tunggu bas yg lain." Awak pun biarkan bas tu berlalu dan awak tunggu pulak bas yg lain.

Kemudian, datang pulak bas yg kedua.
Awak nengok bas tu dan awak akan cakap, "Eee...bas ni buruk sgt... mesti tak selesa. Dan mungkin bas ni akan rosak kat tengah jalan." Jadi, awak pun biarkan bas buruk tu berlalu dan awak bercadang untuk tunggu bas yang seterusnya.

Setelah beberapa ketika, datang lagi sebuah bas.
Bas yg datang tu kosong, tak penuh dan tak seburuk bas yg tadi tapi kali ni awak kata, "Emmm... tak de air-cond...cuaca pulak panas. Lebih baik saya tunggu bas yg lain." Dan sekali lagi awak biarkan bas tu berlalu dan awak bercadang utk menanti bas yg seterusnya.

Tiba-tiba awan mula gelap, cuaca semakin mendung dan baru awak perasan yg awak pula dah terlambat rupanya. Awak mula panik dan terus naik bas yg datang ketika itu, walaupun bas itu tak sebegitu sempurna.

Dan kemudian barulah awak sedar bahawa...awak dah naik bas yg salah. Jadi, selama ni awak dah membazir banyak masa dan wang untuk menunggu apa yg awak nak.

Walaupun yg datang tu adalah bas yang berair-cond, adakah awak dpt pastikan bahawa bas tu tak akan rosak di tengah jalan atau mungkin bas tu tak terlalu sejuk untuk awak?

Jadik, mengingini apa yg awak idamkan tu memang tak salah. Tapi, tak salah juga kalau anda sanggup memberi satu peluang pada orang lain, kan?

Sekiranya awak dapati "bas" itu tak sesuai dengan awak, apa yg perlu awak lakukan hanya tekan loceng dan turun daripada bas tu.

Tapi...saya pasti awak semua tentu ada pengalaman yg macam ni. Awak nampak sebuah bas datang (tentulah bas yg awak nanti-nanti kan), awak tahan bas tu tapi pemandu bas tu pulak buat tak faham dan pura-pura buat tak nampak awak dan terus berlalu tinggalkan awak!

Bila ada bas yang lalu melintasi saya macam tu, apa yang saya lakukan ialah BERJALAN!

Bodoh sebenarnya untuk mengejar bas tu sebab setiap kali, awak akan terjatuh dan menyakiti diri awak sendiri.

Jadi, bercinta tu adalah ibarat menunggu bas, sama ada awak nak naik dan beri peluang pada bas tu...semuanya terpulang pada diri awak.

Dan bila awak berjalan, awak sebenarnya cuba melarikan diri daripada cinta!

Komen :

Aku tidak kisah tentang bas, sebab aku lebih suka jadi pemandu bas. Aku yang tentukan destinasi mana aku nak pergi. Penumpang yang ada kadang cukup menjengkelkan, conteng tempat duduk, toreh dan tekan loceng ikut ‘dan’ jer. Komplen itu ini, tidak boleh bawa laju, aircond tak cukup sejuk. Apalah yang mereka tahu tentang bas, buruk ker, baik ker akan tetap sampai ke destinasi yang dituju. Tidak salah memilih bas yang elok, tapi jangan tergoda, luaran tidak menjamin kualiti perkhidmatan yang baik.Ini dari perspektif akulah, kisah bas ini analogi yang baik tentang cinta. Cinta tidak perlu ditunggu ianya perlu direbut. Kalau nak tunggu dia datang entah sampai bila dia akan datang 'menyerah diri'. Ianya juga satu perlumbaan masa, benar kita akan jumpa 'bas-bas' yang silap. Tapi dengan berlakunya kesilapanlah kita akan lebih faham tentang arah yang kita mahu tuju. Apa yang penting belajar dari pengalaman dan pertahankan apa yang kita percaya benar. Keseronokan menikmati perjalanan hidup ini bukan hanya bergantung pada bas mewah, kadang bas LEN di kampong aku seperti di CC tu cukup membahagiakan!

MENJAUHKAN DIRI

Ramai yang menyangka kita
Hidup bahagia
Tetapi sebenarnya pahit ku rasakan
Memang dahulu ku bahagia
Tetapi semuanya dah berubah
Bila kau tiada lagi setia kepadaku

Kasih sayangku padamu
Tidak kau hargai
Seolah aku tidak lagi kau perlukan
Apalah erti kesetiaan
Jika kau tidak pedulikanku
Sehingga kau tiada
masa untukku.

Walaupun ku cuba mempertahankan
Agar cinta kita berterusan
Tetapi engkau masih menyakiti ku sesukamu
Dan biarkanlah aku menjauhkan diri
Agar tidak mengganggu kebahagianmu
Bersama insan baru
Yang memisahkan cintaku.

Fauziah Latiff.




Tuesday, June 01, 2004

RED COFFEE

“RED COFFEE”


Awal bulan begitu letih sekali. Rasanya 'its about time' aku membuat anjakan paradigma. Kerjaya dan kehidupan personal aku sendiri. Tapi harus mula dari mana yer? Bismillah … aku mula menyukai kehidupan baru aku sebenarnya. Seseorang yang sentiasa membuat aku ‘mendidih darah’ juga sentiasa di sisi. Aku tahu dia amat membenci aku, tapi dia juga takut jika aku meninggalkan dia keseorangan. Memanglah kawan dia ramai, nak yang macamana sahaja boleh dapat. Tapi hanya ada seorang aku sahaja dalam hidupnya. Yang memahami dia sejujurnya, yang boleh memberi komen secara terbuka dan mampu ‘meramal’ apa akan berlaku. Sangkaan aku sentiasa tepat dalam kes-kes yang berlaku padanya. Mungkin bahasa yang aku gunakan sedikit menyengat kesan menonton 'Edisi Siasat' barangkali. Tapi aku peduli apa.

Hari itu dia ‘marah’ yang amat sangat bila perkara itu aku bongkarkan. Tapi kenapa harus marah? Kenyataan memang pahit. Aku sekuman pun tidak rugi apa-apa. Rezeki masing-masing dan dia lebih bertuah menerima segala madu yang terhidang. Aku biasalah hanya dapat tempias angin dari pergunungan yang tersesat ke lembah ini. Tapi aku tetap bersyukur di atas segalanya. Rezeki tuhan ada di mana-mana.

Hidup di dunia ini terlalu pendek untuk dimusykilkan. Tiada apa yang mustahil akan berlaku. Kalau sesuatu itu terjadi, akan tetap terjadi. Mengapa berdusta atau enggan mengakui walau kenyataan telah terbentang di depan mata.

Aduhai aku sudah terlalu letih untuk bermain tarik tali dan menganyam angan yang tak sudah. Namun terasa di hati juga jika hari-hari yang aku lalui terlalu mendatar tanpa rasa itu. Aku tidak boleh membohongi perasaan aku sendiri.

Ya aku rasa bertenaga juga kesan “Red Coffee” pemberiannya itu. Mungkin aku harus menunggu dia menghantar sms pada aku pula hari ini. Semalam seharian dia diam, SMS aku tidak berbalas.

Aku tidak perlu menunggu SMS itu sebenarnya kalau aku mahu.