Saturday, May 28, 2005

Entah Apa

ENTAH APA

Semalam bersama O dapat juga melihat-lihat Myvi di Puchong. Oklah nampak lebih menggiurkan bila kereta tu berada di depan mata. Akhirnya P2 mampu mengeluarkan kereta yang bercitarasa terkini. Sales person tu dok suruh aku booking cepat-cepat. Tapi kalau booking sekarang pun 5 bulan nanti baru dapat. Nantilah aku fikirkan balik. Ramai juga yang menanti dengan sabar untuk membuat perbandingan TRM keluaran Proton. Tu juga salah satu faktor mengapa aku belum membuat keputusan nak menukar kereta. Lagipun, walaupun kereta aku asyik kena langgar dan dilanggar, tapi enginnya masih baik dan tidak memberikan masalah besar pada aku setakat ini. Orang kata hayat kereta Proton hanya 4-5 tahun jer. Tapi entahlah. O asyik memberi pendapat bahawa tak usah membazir duit untuk menukar kereta. Itu bukan keperluan mendesak, hanya naluri bila ada model baru dipasaran. Betul juga katanya itu.

Hari Isnin aku nak bercuti. Settledkan hal KWSP dan bayar cukai tanah & tafsiran di Klang. Hari ini aku balik kampung, 2 minggu tak balik kampung rasa 2 abad dah tak balik.


Kosong


Kamu seperti hantu
Terus menghantuiku
Ke mana pun tubuhku pergi
Kau terus membayangi aku


Salahku biarkan kamu
Bermain dengan hatiku
Aku tak bisa memusnahkan
Kau dari pikiranku ini


Di dalam keramaian aku masih merasa sepi
Sendiri memikirkan kamu
Kau genggam hatiku
Dan kau tuliskan namamu
Kau tulis namamu


Tubuhku ada di sini
Tetapi tidak jiwaku
Kosong yang hanya kurasakan
Kau telah tinggal di hatiku

Dewa

Friday, May 27, 2005

Kesempurnaan

Kesempurnaan rumah tangga di tangan isteri

TUGAS seorang isteri, selain menjaga kebajikan suami ialah untuk menjadikan tempat tinggalnya sebagai satu tempat untuk berehat serta menghasilkan persekitaran yang menyenangkan. Isteri hendaklah menghias diri supaya suami sentiasa kelihatan gembira dan terhibur.

Dalam pada itu, isteri juga harus menghias rumah supaya ia kelihatan damai dan rasa senang hati untuk tinggal di situ. Untuk menghias rumah, si isteri perlulah menghias mengikut kemampuan keperluan keluarga itu. Cita rasa hiasan dalaman itu bergantung kepada suami isteri asalkan ia tidak melanggar hukum Islam.

Apabila si suami memberi wang perbelanjaan kepada si isteri, maka si isteri mestilah berbelanja dengan bijak serta tidak membazirkan wang pemberian suaminya. Si isteri hendaklah berbelanja mengikut keperluan dan bukannya hawa nafsu. Bersyukurlah dengan apa yang diberi. Si isteri mestilah memahami keadaan ekonomi suami yang sibuk mencari nafkah bagi mencukupkan keperluan keluarganya.Oleh sebab itu, si isteri hendaklah membuat perbelanjaan keluarganya dengan bijak supaya tidak ada perbelanjaan melebihi pendapatan. Maka, si isteri harus berjimat-cermat dalam membuat pembelian supaya suami isteri hidup dalam serba kesederhanaan.

Pengurusan rumah tangga adalah tanggungjawab isteri. Jika ada pun pembantu rumah, isteri masih bertanggungjawab menyelia segala pengurusan rumah itu. Suami pula diharapkan dapat membantu si isteri dalam melakukan kerja-kerja rumah.Dengan adanya kerjasama daripada kedua-dua pihak, maka akan wujudlah sebuah keluarga bahagia serta dapat merapatkan lagi hubungan sesama mereka.Apa pun, tanggungjawab utama seorang isteri ialah perlu taat dan patuh kepada suaminya asalkan yang tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Kesetiaan isteri kepada suaminya perlu diutamakan terlebih dulu lebih daripada keluarga terdekatnya sendiri.

Memetik sepotong hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan Abu Daud dan al-Hakim, bermaksud: “Sekiranya aku ini orang yang menyuruh mana-mana orang supaya sujud kepada orang lain, tentu sekali aku akan menyuruh isteri sujud kepada suaminya.” Ini membuktikan betapa pentingnya suami di sisi isteri.Setelah berkahwin, suami mempunyai hak ke atas isteri. Oleh sebab itu, jika isteri ingin keluar rumah atau berpuasa sunat, ia hendaklah meminta izin daripada suami.

Sekali lagi memetik hadis Rasulullah SAW yang diriwayat al-Bukhari, Muslim, dan Ahmad Ibn Hanbal, bermaksud: “Tidak halal bagi seseorang isteri yang beriman dengan Allah dan hari akhirat untuk berpuasa, sedangkan suaminya ada di sampingnya kecuali dengan keizinan suaminya itu.”Si isteri juga hendaklah melayan kehendak suami dengan baik pada bila-bila masa. Hubungan yang perlu dijaga ialah hubungan kelamin antara kedua-duanya. Oleh sebab itu, si isteri hendaklah memastikan bahawa ia melayan kehendak suaminya.

Sabda Rasulullah SAW: Apabila seorang suami mengajak isterinya ke tempat tidur, tetapi ia enggan melayan ajakan suaminya, maka suami tidur dengan marah pada waktu malam itu, nescaya malaikat mengutuknya sampai waktu subuh.–(Riwayat sebahagian Ahli Sunnah)Dapatlah kita lihat bahawa perkahwinan ini adalah penting dalam sesebuah masyarakat kerana keluarga adalah batu asas dalam pembinaan sesebuah masyarakat.

Untuk melahirkan sesebuah masyarakat yang bahagia, kita perlulah memastikan bahawa ahli-ahli masyarakat itu menjalankan tanggungjawab masing-masing.Untuk melahirkan masyarakat kuat, mulia, dan saling bertanggungjawab, pembentukan keluarga bahagia sangat penting. Oleh sebab itu, adalah penting untuk membentuk sesebuah keluarga bahagia.

Sambungan kisah minggu lepas. Just untuk bacaan dan renungan bersama. Tacit knowledge memasing, lebih baik pengalaman sendiri.

Aku dapat menghubungi dia hari ini. Tiba-tiba semuanya menjadi begitu seronok dikunyah. Menjadi begitu hangat dan bersemangat untuk melakukan kerja.

MA pun sudah menulis semula. Bonus seciput diperolehi bersama gaji yang tidak seberapa. Alhamdulillah, cukuplah untuk membereskan segala cukai dan percukaian.

Banyak perkara yang hanya singgah sementara dalam hidup kita. Hanya sekejap, tapi kesannya begitu besar. Banyak yang ingin ditulis, tapi tidak berkecukupan masa. Biarlah kisah hidup subur dalam kenangan sendiri. Tidak perlu dikongsi, tiada maknanya. Bukan semua orang faham apa yang kita jalani.

Kosong bukan bermakna tiada isi.

Thursday, May 26, 2005

Myvi


NAJIB melancar Myvi sambil diperhatikan Pengerusi Perodua,
Tan Sri Asmat Kamaluddin di ibu negara, malam tadi.



PERODUA Myvi

KERETA terbaru keluaran Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) – Myvi, dilancarkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Hotel JW Marriott, Kuala Lumpur, malam tadi.

Myvi bermaksud My Vehicle (kenderaanku) dan My Vision (wawasanku) yang turut melambangkan Wawasan Malaysia. Setakat ini, Perodua menerima hampir 7,000 tempahan bagi model kereta itu dan mensasarkan jualan lebih 4,800 unit sebulan. Harga antara RM 41,200 (1.0 liter) dan 1.3 liter (RM 44,755 - RM 51,300).

Aku amat busy lately. Banyak sangat aktiviti dan terpaksa berulang-alik Melaka Cyber. Student baru pun dah mula datang (student timur tengah). Dia marah dengan aku dan sengaja mendiamkan diri. Tiba-tiba semua orang nak berdiam diri. Benci kan?

Tuesday, May 24, 2005

Info DJW

INFO DJW

LONDON: Wanita profesional yang keluar bekerja awal pagi, pulang lewat dan mesyuarat yang tidak berkesudahan mungkin memberikan gaji lumayan tetapi di sebalik semua itu ia juga menyebabkan golongan suami menanggung kesakitan.

Akhbar The Independent melaporkan, kajian menunjukkan semakin komited dan berjaya seseorang wanita dalam kerjayanya, semakin teruk perasaan pasangan mereka.

Penemuan itu menyalahkan sindrom yang digelar ‘hipotesis suami terancam’ kerana menjadikan lelaki terasa tergugat apabila wanita pergi terlalu jauh dari peranan tradisi mereka.

Kesihatan fizikal dan mental lelaki ‘lebih teruk apabila isteri mereka bekerja sepenuh masa,’ kata penulis kajian itu.

Sumber : BH 23 Mei 2005 p :15

Letih badan. Cuti 3 hari tapi tak tahu nak buat apa sangat. Macam mengiyakan kata-kata seorang sahabat tentang perjalanan hidup aku ini.

Kadang kita perlukan juga saat di mana kita hanya memerhati waktu berlalu dengan senyap
.

Friday, May 20, 2005

Bebanan

BEBANAN MASA LALU

Aku menerima beberapa kiriman SMS darinya kelmarin.

Buat apa huh?
19-May-2005 18:56:39

Dia bertanya soalan begitu ringkas dan aku menjawabnya penuh sempoi. Tiada apa-apa yang aku lakukan setelah seharian berhempas pulas di ofis. Tiada apa-apa jawabku.

Mcm manalah nak kaya kalau selalu x tau apa nak buat .. hmmm .. it’s a shame.
19-May-2005 19:19:02

Aku jawablah seenaknya. Apa yang aku rasa benar. Hidup kita bukan hanya mengejar harta kekayaan semata. Walau aku tahu kekayaanlah yang orang pandang dan kejar. Seperti juga orang selalu menyangka gemuk tanda sihat dan kaya. Kurus miskin dan hidup menderita. Aku bukan seperti dia yang punya segala.

Mengapa emotional sgt ni! Org bg nasihat pun nak marah pulak. 1st of all u faham ke apa yang I ckp kan td?
19-May 2005 19:30:46

Aku diam. Malas nak memanjangkan hujah. Apa perlunya aku tahu apa yang dia fikirkan. Pause. Dia SMS semula.

Y u marah apa I ckp tadi?
19-May-2005 20:06:03

Masih diam. Terus diam. Mungkin dia rasa bersalah.

LINKED
1/3
Typical of u … mmg x boleh terima kritik or komen. Maksud I u ada expertise, experience n qualification .. mengapa x dieksploitkan sepenuhnya while you
19-May-2005 21:02:54

LINKED
2/3
yg! Day job tu lain kira. What do u want in life? I x nmpak pun mana ultimate goal u .. sorilah kalau u x suka komen I .. by the way, it’s a shame maknanya s
19-May-2005 21:03:02

LINKED
3/3
ayang sekali. Thanks 4 reminding me about my temp.fortune. Bless u.
19-May-2005 21:03:09


Hey! Aku juga punya ‘ultimate goal’. Siapa kau untuk aku kongsi segalanya? Peri pedih hidup aku, apa yang kau nampak dan tidak. Jalanan hidup yang berbeza arah. Mungkin jurang yang terpeta semakin meluas setiap hari. Sedikit sahaja sesuatu isu mampu menimbulkan gempa.

Aku sedar sesuatu petang itu. Bahawa dia mahu aku lebih berjaya dalam mengejar sesuatu dalam hidup. Aku amat hargai tentang itu. Mungkin supaya dia tidak akan merasa malu lagi jika nanti aku menjejaki hidupnya. Orang-orang di sekitar hidupnya yang berjaya dan hebat. Supaya boleh duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi.

Tapi sahabat : Kita cuma punya hari ini. Besok belum tentu …

Atau mungkin bebanan masa lalu yang masih menghantui.

Noktah!


Salam Terakhir
By Ikang Fauzi

Di malam ini,
kuberanikan diri menemuimu'
tuk ke sekian kalinya
Janganlah kau takut
tiada guna pula kau bicara
'ku hanya ingin menatapmu wajahmu

Dan kini kusadari betapa
s'lama ini kau mencurahkan
kasih sayang padaku
Semata hanyalah
'Tuk membangkitan s'mangat juangku
tanpa setitik rasa cinta

Reff:
Kau buka mataku
kau tuntun diriku,
memulai hidup baru
menjauhkan diri dari godaan barang yang nista
ku lakukan semua
untukmu

*bella*
sya..na...na...na...na...na...na...na...na...
sya..na...na...na...na...na...na...na...na...
sya..na...na...na...na...na...na...na...na...na...na...

kumohon cintailah dirimu
kalau kau cintai diriku
doaku akan selalu untukmu

Perlahan aku mencoba bangkit lagi
Menatap tegap masa depan berseri
Setulus hatiku kuhaturkan
t'rima kasih sayang
Maafkan aku salah duga

Reff:
Kau buka matakukau tuntun diriku,
memulai hidup baru
menjauhkan diri dari godaan
barang yang nistaku
lakukan semua untukmu

T'rimalah salamku,
yang terakhir kali
'ku akan pergi jauh jauh jauuhhh
mencoba untuk mengerti dirimu
dan 'ku berjanji
melangkah di jalan-Nya, sayangku

Thursday, May 19, 2005

KERENAH ISTERI

STRATEGI MELAYAN KERENAH ISTERI

Tertarik dengan jawapan Cik Sri Siantan berkenaan pertanyaan seorang suami tentang sikap isterinya yang semakin dingin terhadapnya. Berikut adalah antara pedoman untuk suami ketika melayan dan menghadapi kerenah isteri sebagai satu cara mewujudkan keharmonian rumah tangga.

· Jangan buat tidak peduli ketika isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaflah dengan ikhlas. Kalau perlu pujuk, pujuk dengan mesra. Ini kerana hati perempuan agak sensitif dan sesetengahnya mahu dipujuk.


· Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati dan jangan sesekali bermain kayu tiga dengan perempuan lain. Ada ketikanya isteri sedar mengenai perubahan fizikal dan naluri suami.


· Kalau tidak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik mahu menengking dan menyalahkannya saja. Jauhi perbuatan tidak bermoral seperti memukul isteri.


· Kalau isteri nampak tidak sihat, cepat-cepatlah merawatnya dan jika serius bawa jumpa doktor. Tunjukkanlah anda mengambil berat mengenai dirinya.


· Apabila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersimpan telinga kiri. Sambil itu minda suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak dan prihatin.


· Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan emak anda kecuali masakan dan cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih daripada emak anda.


· Kalau pasangan sudah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Jangan sekali-kali lepas tangan dan suami duduk tersandar depan TV atau relaks. Tidak salah jika suami turut menjemur kain dan menyapu sampah.


· Sekiranya suami makan dulu, tinggalkan sedikit lauk untuk isteri dan jangan habiskan semua kerana kemungkinan si isteri belum makan lagi kecuali isteri memberitahu lebih awal dia sudah atau tidak mahu makan.


· Kalau ada kawan dan kenalan mahu bertandang ke rumah, sebaik-baiknya beritahu isteri terlebih dulu, untuk membuat persiapan seperti memasak, mengemas rumah dan menghias diri. Ini akan mengelakkan isteri berasa malu apabila tetamu datang mengejut.


· Jangan sekali-kali menyakat dan menyindir isteri mengenai saiz dan bentuk badannya yang semakin gejuk atau semakin melidi. Ada ketikanya perempuan cukup sensitif apabila ditanya mengenai perkara itu.


· Hormatilah ibu bapa dan kaum keluarga sebelah isteri walaupun anda cuma bermain wayang dan membodek mereka. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.


· Jangan kedekut dengan isteri serta belanja untuk keperluan rumah tangga. Jangan pula si suami lebih mementingkan adik beradik.


· Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Jika boleh, jangan bebankan isteri dengan masalah kewangan anda.


· Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Apabila anda membuka baju, letakkan dalam bakul baju kotor. Apabila mengambil sesuatu barang, simpan semula di tempat asal. Jika anda merokok, jangan merokok dalam rumah dan bilik air.


· Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia memerlukan bantuan anda dengan kerja rumah dan menjaga anak, apa lagi jika isteri sama-sama bekerja. Jangan tunjuk rajin hanya jika ada tetamu atau mentua bertandang ke rumah.


· Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami bermegah ada kuasa veto, pendapat isteri harus diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbang rasa dan saling menghargai. Ketepikan ego yang keterlaluan.


· Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumah tangga. Jangan membuat apa yang isteri tidak suka. Kalau sekali suami buat baik dengan isteri, isteri mungkin balas sepuluh kali.

Sumber : Berita Minggu, 15 Mei 2005

Berita TV3 semalam rasa macam nak ketuk jer kepala ADUN Rantau Panjang tu. Tersengeh-sengih buat kenyataan mempertahankan diri di atas isu kematian adik Nur Salina. Kalau you benar-benar prihatin dan proaktif tunjukkanlah usaha berapa kali hang turun naik pejabat Shapadu mintak jejantas dan traffic lights tu, ini tidak. Sesiapa pun boleh buat kenyataan sambil lewa nak mempertahankan diri. Harap penggundi kawasan tu jangan pangkah orang macam tu lagi masa pilihanraya akan datang.

Bila dah masuk TV tahu pulak nak bertindak, boleh pulak adakan semua kemudahan tu sekelip mata. Inilah salah satu sikap yang sungguh menjengkelkan. Bila semua orang dah mengamuk baru bertindak. Kalau tidak peram jer isu tu bawah meja. Cehhh … menyirap darah aku bila ingatkan.

Kenapa perlu ada tragedi demi tragedi baru bertindak? Macam sudah jadi budaya kerja pulak. Memang betullah kata MB Selangor ada kakitangan depa yang tidak buat kerja atau tak tahu nak buat apa bila dapat jawatan tinggi. Mungkin depa tak tahu kot apa ‘job description’ depa selepas dilantik jadi wakil rakyat.

Mmmmmmm.

Semalam benih pokok Waterlily yang diposkan oleh seorang kenalan telah selamat sampai. Sudah bercambah pun benih tersebut sebab diletakkan dalam tisu lembab.

Wednesday, May 18, 2005

Nur Salina

NUR SALINA – LEBUH RAYA SKU LALUAN KE SYURGA?

Baca kisah yang menyayat hati ini dan betapa marahnya orang kampung terhadap tragedi yang berlaku. Nur Salina merupakan mangsa ke 44 di laluan yang sama di Lebuh Raya Selat Klang Utara dalam tempoh 4 tahun sejak 2001.

Mereka minta jejantas dan kemudahan lampu trafik untuk kemudahan anak-anak mereka yang bersekolah di Sekolah Rendah Agama Rantau Panjang. Betapa sadisnya kisah ini, keluhan penduduk kampung di pandang sepi dan kematian demi kematian terjadi tanpa pembelaan. Di mana wakil rakyat mereka? Perlukah PM turun padang untuk menyelesaikan masalah ini baru semua pihak buat kerja? Cuba perhatikan kawasan bukan Melayu pasti tiap simpang terdapat ‘trafik light’. Inilah kenyataan yang memedihkan, seolah nyawa penduduk kampung tidak berharga.

KERONGSANG UNTUK GURU

2 kerongsang untuk guru merupakan hadiah Nur Salina untuk gurunya. Warna hijau untuk Ustazah Hanizah, warna biru untuk Cikgu Ida Rusyatina. Kerongsang itu telah kemek akibat tragedy Isnin, 1.30 petang itu. Nur Salina maut digilis trailer memuatkan cerucuk konkrit ketika melalui lintasan pejalan kaki untuk ke SRA Rantau Panjang.

KATA PAK MENTERI

“Saya mahu siasatan dibuat dan jika didapati kawasan berkenaan tidak menyediakan jejantas, maka ia perlu dibina untuk kemudahan penduduk bagi memastikan kejadian seumpamanya tidak berulang”.

“ Pengurusan Lebuh Raya Shahpadu tidak boleh dipersalahkan kerana mereka sudah membina pagar di kedua-dua bahagian jalan untuk keselamatan penduduk di kawasan itu. Malah beberapa jejantas juga di bina sebelum ini.”

Tapi pak menteri, bukan di kawasan itu ok! Kalau ada semua kemudahan itu dan penduduk kampung tidak menggunakannya, itu cerita lain. Sebab tak adalah perkara ini terjadi. Jalan di Klang - Banting, Klang – Sabak Bernam menjadi laluan 4 lorong. Melalui kawasan kampung dan terdapat sekolah di sepanjang laluan berkenaan. Ianya memerlukan kemudahan yang serupa. Bila orang kampung melalui jalan-jalan tersebut, mereka bagai bersabung nyawa. Jalan yang cantik dan kemudahan yang selesa kadang memberi implikasi yang berbeza pada penduduk setempat, jika ciri-ciri dan kemudahan keselamatan tidak disediakan kepada mereka.

AL-Fatihah untuk Allahyarham adik Nur Salina. Semoga dicucuri rahmat ke atas rohnya

Sunday, May 15, 2005

SIX THINGKING HATS (PART 2)

WHITE HAT

Memfokus kepada data dan maklumat sedia ada. Dengan melihat maklumat sedia ada, jurang pengetahuan dapat diperbaiki atau dapat dihapuskan. ‘White Hat’ membolehkan seseorang untuk menganalisa corak (trend) data sedia ada serta cuba untuk membuat jangkaan berdasarkan corak tersebut. Beberapa soalan digunakan semasa ‘memakai’ topi ini :

- Apakah maklumat yang ada?
- Apakah maklumat yang diperlukan?
- Apakah soalan yang perlu ditanya?

RED HAT

Melihat masalah dan isu dengan menggunakan gerakhati dan emosi. Teknik ‘Red Hat’ juga mengambilkira pandangan orang lain atau pihak luar serta bagaimana mereka akan bertindak balas dari segi emosi. “Red Hat” membolehkan seseorang menggunakan gerak hati dan perasaan dalam membuat keputusan tanpa perlu memberikan sebarang sebab. Teknik ini bercanggah dengan kebanyakkan kita yang menggunakan fikiran rasional dalam membuat sebarang keputusan.

BLACK HAT

Dengan menggunakan ‘Black Hat’, seseorang akan melihat keburukan 9bad points0 sesuatu masalah/isu. Masalah/isu tersebut akan dinilai dengan teliti seterusnya akan dianalisa risiko kegagalannya. Teknik ini penting kerana ia dapat menegnalpasti kelemahan-kelemahan sesuatu masalah/isu. Setelah langkah mengenalpasti kelemahan selesai, ianya dapat diatasi/dihapuskan ataupun diubahsuai kelemahan tersebut untuk menghasilkan pelan tindakan.

“Black Hat’ dianggap sebagai topi yang paling berguna serta merupakan topi yang seringkali digunakan. Warna hitam emlambangkan warna jubah hakim yang mana ia turut melambangkan ketelitian di dalam membuat sebarang keputusan.

YELLOW HAT

Membantu pemikiran positif / optimis. Ianya merupakan pandangan optimistic yang membolehkan kita melihat kebaikan dan nilai sesuatu keputusan. Teknik pemikiran “Yellow Hat’ membantu kita untuk terus maju dengan mambantu kita melihat secara positif walaupun terdapat kesukaran dalam membuat keputusan.

Beberapa persoalan timbul dalam penggunaan ‘Yellow Hat’ :

- Apakah kebaikan cadangan ini?
- Di manakah kebaikan cadangan ini?
- Siapakah yang akan mendapat manfaat cadangan tersebut?
- Apakah nilai-nilai lain yang terlibat?


GREEN HAT

Ianya melambangkan kreativiti. “topi’ ini merupakan satu platform untuk mengembangkan kreativiti penyelesaian masalah. Penggunaan ‘topi hijau’ bertujuan untuk membolehkan kita membandingkan alternatif-alternatif penyelesain serta variasi dalam penyelesain sesuatu masalah/ isu.

Topi ini juga kerapkali dianggap sebagai lambang tenaga, kehidupan dan perkembangan. Topi ini seperti yang telah disebutkan dapat membantu kita untuk menjana idea-idea, cadangan, proposal serta alternatif.

BLUE HAT

“Topi” ini membawa kita melihat kembali proses pemikiran dengan bertanya kepada diri sendiri:
- apakah langkah seterusnya?
- Apakah pencapaian kita setakat ini?

Kita menggunakan ‘topi’ ini di setiap permulaan perbincangan bagi mendefinisikan apakah pandangan/pendapat kita terhadap masalah/isu berkenaan, dan untuk membuat keputusan matlamat perbincangan yang akan dijalankan. “Topi” ini juga merujuk kepada kawalan. Ianya digunakan oleh setiap Pengerusi mesyuarat apabila timbul sebarang kekeliruan/kesukaran dalam mengeluarkan idea dan pendapat.





Isnin dan Selasa akan berkursus di KL. Malas sebenarnya nak pergi. Setiap bulan ada jer 'invisible college', discussion, ceramah etc. Kalau tak pergi rasa ketinggalan pulak. Penat sebenarnya mendengar orang bercakap benda-benda yang 'berat'. Kalau berborak kosong tu sampai pukul 3 pagi pun mata segar jerr.



Apapun selamat berhujung minggu.

Saturday, May 14, 2005

Ally McBeal


Ally McBeal



SIX THINKING HATS (PART 1 )

Pengenalan

“Six Thinking Hats”; model yang dicipta oleh Edward de Bono merupakan satu teknik atau instrumen yang penting dan berkesan di dalam sesebuah organisasi. Model ini digunakan di dalam membuat keputusan yang mana opsyen-opsyen keputusan dilihat dari perspektif yang berbeza. Teknik ini terbukti dalam penambahbaikan kebolehan dan kemahiran berfikir.

Apa itu Thinking Hats?

Pemikiran tidak berstruktur atau ‘unstructured’ boleh mengakibatkan keputusan yang dibuat tidak rasional; mengikut emosi; keliru serta kadangkala tidak membantu kita dalam membuat keputusan. Tanpa pelan (framework), pemikiran kreatif, amat sukar untuk membuat keputusan. Maka oleh itu, Edward de Bono telah berjaya menghasilkan satu model yang digunapakai di seluruh dunia khususnya di kalangan organisasi pendidikan dan pengurusan secara amnya.

Setiap ‘topi’ mewakili peranan fikiran yang akan digunakan dalam proses pemikiran. Dengan mengubah dari satu ‘topi’ ke satu ‘topi’ yang lain, ianya memberikan gambaran yang lebih luas sebagaimana kita melihat sesuatu senario dari pelbagai perspektif.

Penggunaan ‘Six Thinking Hats’

Penggunaan ‘Six Thinking Hats’ tidak terbatas dalam mesyuarat malah teknik ini boleh digunakan oleh setiap individu. Penggunaan dalam mesyuarat akan dapat meruntuhkan benteng-benteng konfrantasi di antara individu yang mempunyai pendapat berbeza terhadap isu atau masalah yang sama. “Six Thinking Hats’ merupakan kaedah yang mudah dan praktikal dalam menangani kesukaran di dalam pemikiran kreatif.

Penggunaan ‘Six Thinking Hat’ dapat membantu dalm membuat keputusan di mana, teknik yang digunakan menggabungkan kaedah-kaedah yang merangkumi :

- Kreativiti
- Cita-cita
- Kebolehan executing
- Public sensitivity
- Pelan kontigensi

Kata Kunci Bagi Menggunakan ‘Topi’

Dengan menggunkan model ini, terdapat beberapa kata kunci yang perlu diingat:
- ‘memakai’ dan ‘membuang ‘ topi (metaphorically) membolehkan seseorang pemikir untuk menukar peranan.
- ‘topi-topi’ tersebut tidak bermaksud untuk memecahkan seseorang mengikut kategori.

Edward de Bono’s Six Thinking Hats

This isn’t an article, just something for you to think about. The concept is to look at group dynamics.

White hat – Neutral and objective, the white hat is concerned with objective facts and figures.
Red hat – Suggesting anger, rage, and emotions, the red hat offers emotional views.
Black hat – Somber , serious, cautions, and careful, the black hat points out the weaknesses in an idea.
Yellow hat – Sunny and positive, the yellow hat is optimistic and cover hope and positive thinking.
Green hat – Symbolizing grass, vegetation, abundance, and fertility, the green hat indicates creativity and new ideas.
Blue hat – Cool and symbolizing the sky which is above everything else, the blue hat is concerned with control, the organization of the thinking process, and the use of the other hats.

Emotions are an important part of thinking and, in the end, all decisions and choices are made on the basis of our feelings. Emotions at the right place in thinking are essential. Emotions at the wrong place can be disastrous. The six hats method allows u sto use emotions and feelings at the right place.”

Friday, May 13, 2005

Kegembiraan


Malcom in the Middle

KEGEMBIRAAN
Mampu hindari selsema


Manusia yang sentiasa gembira mempunyai kekuatan menghindari selsema 3 kali ganda lebih daripada manusia sebaliknya, menurut satu penyelidikan terhadap sukarela yang diletakkan virus selsema di hidung mereka.

Ahli psikologi, Sheldon Cohen dan rakan kumpulannya dari Carnegie Mellon University, Pennsylvania, juga mendapati manusia yang mempunyai pemikiran positif kurang mnegadu mengenai tanda-tanda dijangkiti penyakit tersebut. Kumpulan itu menjalankan kajian terhadap 300 sukarelawan yang sihat. Pada peringkat awal kajian , sukarelawan tersebut ditemuduga terlebih dahulu selama dua minggu bagi mengetahui kedudukan emosi mereka.

Pemarkahan dijalankan berdasarkn kategori positif seperti gembira, tenang dan perwatakan menarik. Kategori positif pula kan merangkumi gementar, tertekan dan bersikap dingin. Peringkat seterusnya, penyelidik meletakkan rhinovirus, iaitu kuman yang menyebabkan selsema kepada hidup setiap sularelawan tersebut. Kemudian, para peserta akan disoal selama 5 hari sama ada mereka telah mendapat tanda-tanda dijangkiti penyakit selsema. Hasil kajian mendapati mereka yang mendapat markah tertinggi dalam kategori bersifat positif 3 kali lebih kurang dijangkiti penyakit berbanding mereka yang mempunyai lebih ciri-ciri negatif.

“Mereka yang mempunyai emosi positif mempunyai sistem pernafasan yang sukar dijangkiti kuman berbanding sebaliknya, kata Cohen. Ia juga mungkin disebabkan mereka mengamalkan gaya hidup yang sihat – New Scientist.”

Thursday, May 12, 2005

Bonsai


Bonsai


Name : Juniperus
Style : Yose ue
Site/Origin : The Tree Amigos

Additional information Juniperus :

This forrest by Paul of the Tree Amigos with a height of 18 inches completely consists of cuttings taken in 1990. These cuttings have been grown in the ground for four years in well drained soil. After they were placed in their bonsai pot, their height hasn't increased very much. The reason I placed this forrest in the "My favorite Category" is the beautiful composition. One to study when you make your own little forrest!

GUYANA PROVERB

"When you are good at a job you are expected to perform just as well without the necessary tools and support."


Pn. Syam mula cuti bersalin. Aku memangku segala tugas-tugas dia semua. Tanpa tambahan gaji pun. Since kat sini memang macam tu. Rela hati jer siapa yang kena tanggung tugas siapa. Kerja aku akan bertambah 2 kali ganda. Nasib baik pegawai perempuan hanya sorang kalau ada 3 mahu botak aku dibuatnya. Apapun itulah keistimewaan pekerja wanita.

Kes aku langgar Kancil tu dah settled, aku bayar RM400 untuk kerosakan kereta orang tu. Aku tak ambik pun resit apa yang dibaiki. Malas aku nak tengok. Sebab kerosakan tu taklah teruk sangat, lekuk dia pun 'ala-ala' manja jer. Kalau dia tipu, aku memang tak akan halalkan.

Wednesday, May 11, 2005

Melangkah

MELANGKAH SETAPAK KE HADAPAN

1.Semalam berbincang dengan boss dan AD yang lain tentang nama untuk department baru aku. Khamis nanti boss nak mengadap Dato’ untuk membincangkan proposal aku itu. Alhamdulillah dia nak ‘fight’ sensorang tidak seperti selalunya. Dia kata ini untuk kemajuan kerjaya aku juga. Aku pulak ‘excited’ bila boss menerima cara bagaimana department itu akan aku uruskan. Kalau ikut plan, aku akan ada 3 pegawai dan 6 staff sokongan. Tapi tak tahu berapa yang HR akan approvekan. Aku akan terlibat dengan membuat polisi department baru ini, SOP dan ‘development stages’ dia. Boss nak aku membuat sesuatu yang nampak hasilnya, bukan tugas-tugas rutin sahaja. Aku tidak lagi stress seperti 2 minggu yang sudah. Aku sudah boleh gelak-gelak dan buat lawak bodoh seperti selalunya.


2. Kawan se-batch aku singgah untuk memperkenalkan product syarikatnya. Seronok jumpa dia dan kami bukan berbincang sangat hal kerja lebih kepada masalah semasa negara. Bila sudah berbincang hal-hal terkini hati jadi bimbang apa akan terjadi di masa hadapan. Kami ni kadang mengalahkan menteri dan timbul pelbagai andaian yang kami rasa amat penting untuk kita sebagai rakyat negara ini, muslim dan Melayu fikirkan. Antaranya kenapa kita terlalu rasa bersalah bila mengambil apa yang sepatutnya menjadi hak kita, terlalu berkompromi membuatkan kepala di pijak dan pelbagai lagi isu. Bolehkah Melayu maju tanpa bersikap liberal? Adakah kita perlu mengubah segalanya (ciri-ciri dan nilai bangsa) demi duduk sama tinggi dengan bangsa lain? Tidak bolehkah kita menjadi diri kita sendiri tetapi berfikiran dan pandangan global? Apa yang orang kata “Act Locally but think Global?” Perlukah kita membangsatkan diri dan bangsa untuk kelihatan maju? Eh banyak lagilah isu, nanti botak kepala pulak bila difikirkan. Tetapi kunci kepada segalanya ialah kita perlu berilmu supaya tidak mudah diperlekehkan. Ilmu boleh diperolehi dengan banyak membaca dan menilai kehidupan ini dari kacamata yang berbeza.


3. Seorang kawan telah mendapat kunci kebebasannya. Seronok bila mendapat tahu dia begitu bahagia setelah bertahun menderita. Moga dia akan terus berbahagia dan berjaya di hari-hari mendatang. Aku katakan padanya “Bukankah hidup kita akhirnya harus bahagia?”. Aku juga percaya di suatu hari nanti, kebahagiaan akan singgah juga dalam hidup kita, hidup aku!

Tuesday, May 10, 2005

Rangoon


Rangoon Creeper (Quisqualis Indica).

NILAI DAN HARGA

Bunga ini Mak aku kata cantik ketika kami pertama kali melihatnya di Pasar Isnin di CC. Bila Mak aku dapat tahu harganya RM35 sepasu sebab sudah berbunga lebat. Mak tak mahu aku membelinya. Alasan biasa, membazir katanya. Bagi aku apalah nilai RM 35 untuk senyuman dan membuatkan mak gembira. Kalau beli barang-barang untuk mak jangan beritahu harganya. Dulu pernah aku membelikan beg tangan yang berharga RM400 lebih untuk mak. Aku terlupa untuk membuang tanda harga di dalam beg itu. Aku terpaksa kelentung yang beg itu, aku beli masa sale dengan diskaun 70%. Barulah mak berhenti dari memberi leteran.

Bagi Mak kalau membeli apa juga barang seperti pakaian kalau beratus dan hanya dapat satu hanya membazir. Bagi mak kain berharga RM 200 sepasang kalau beli di CC boleh dapat 4 –5 pasang yang nampak elok dan menawan. Jadi kami tidak pernah memberitahu mak nilai harga barang yang kami beli.

Untuk bunga Rangoon Creeper ni aku dapat anak pokok dalam poli beg di tapak semaian di Dengkil. RM 5.00 satu . Subur menghijau. Aku beli dua. Satu untuk Mak dan aku tanamkan berdekatan tiang batu di depan tangga rumah. Supaya bila tiap kali pokok ini berbunga lebat nanti Mak akan dapat menghidu wangi baunya. Warna putih ketika mula berputik, bertukar kepada merah jambu dan menjadi merah gelap akhirnya. Rangoon Creeper merupakan tumbuhan memanjat, mak pasti akan menjaganya dengan penuh kesabaran seperti bunga-bunga lain yang tumbuh subur di laman.

Aku tanam sepohon di rumah sendiri agar harum wanginya nanti bakal aku miliki.

HUJAN MENGGUYUR DI AL QUDS

Dia seorang anak Al Quds

dengan batu di tangan

dan pasir di mulut

melihat ada darah meleleh di pipi pelangi

lalu mengesat dia dengan jarinya sendiri.

FAHD RAZY, South Circular Road, Dublin (22 April 2005)

Monday, May 09, 2005

DUGAAN

DUGAAN

Teringat kata-kata yang di hantar lewat SMS seorang kawan,

Hidup kadang-kadang kat atas, kat bawah, kat jurang, kat tanah rata, kat taman, kat gurun kontang, kadang-kadang kat tempat yang kita tak tahu.
29-Apr-2005 16:09:50

Begitulah hidup dengan misteri yang tidak terduga. Betapa pun kita berhati-hati dan berwaspada kecelakaan dan musibah datang tanpa amaran. Kadang apa yang berlaku tidak perlu sebab, jadi-jadilah.

Ada 2 -3 benda yang terjadi dalam hidup aku.

1. Mengalami kemalangan kecil semasa pulang ke kampung. Aku melanggar kancil. Lori di depan sekali berhenti tiba-tiba aku tak sempat membrek. Tidak teruk tapi 'mendera emosi dan poket' aku juga.

2. Aku perlu menyelesaikan nama dan department baru aku yang akan lebih menjurus kepada KM (Knowledge Management). Selamat datang ke dunia politik baru! Selama ini aku inginkan tugas yang tidak terlalu bermain politik organisasi dan kini cabaran baru akan bermula. Entahlah labu ... terjun sahajalah kalau sudah tidak boleh mengelak.

3. Ketika inilah kita kenal siapa kawan sejati dan kawan ketika senang dan bergembira.

Ketika engkau bersamaku. Matamu tetap mencari seseorang yang amat kau nantikan.

Saturday, May 07, 2005

Mak

MAK - BERBAHAGIALAH DALAM SEGALANYA

Dari fajar hingga senja
Siang malam diharungnya
Lumpur sawah duri malam
Arus takdir hidup

Tak sedikit dikesalnya
Segalanya untuk kami
Ohh ibuku yang tersayang
Demi kasih ibu

Tak diharapnya balasan
Cuma bahagialah kami
Agar nanti jangan ulangi
Jalanan hidup penuh duri

Tak ternilaikan budinya
Berkorban jiwa raga
Bagai dewi luhur hatinya
Kasih dialah ibuku penuh

M.Nasir & Yunizar

Mak kami tidak pernah mendapat anugerah ibu mithali. Tapi dialah Mak terbaik untuk anak-anak sejuta karenah seperti kami. Membesar dalam kesukaran zaman yang didominasi anak lelaki, ibu tidak dapat membaca itu ini.

Jatuh bangun, di tolak ke tengah ke tepi. Mak tetap tabah dan sentiasa mensyukuri nikmat ilahi. Cinta kasih tetap utuh, secerah mentari di pagi hari.

Tiada perkataan yang dapat menggambarkan segala pengorbanan dan kasih sayang Mak terhadap kami semua. Mak tahu kami amat menyayanginya. Kami tetap anak –anak mak yang punya seribu satu hal di matanya. Di depan matanya kami membesar dan sekarang pun kami tetap anak-anak manja mak. Maklah yang paling memahami dan mengerti perasaan kami. Maklah yang akan mendengar segala kepedihan hati di saat-saat paling menduga, di saat hati tercalar duri. Maklah yang tidak tidur berhari-hari bila krisis melanda kami. Maklah yang hadir dalam segala mimpi, bahagia dan derita kami.

Selamat Hari Ibu . Malaupun mak tak akan membaca catatan ini. Tapi kami tetap akan sentiasa mendoakan kesihatan dan kebahagian Mak setiap hari, 5 kali sehari sepanjang masa selagi ada kudrat dan nadi.

MAK BERBAHAGIALAH DALAM SEGALANYA!

Friday, May 06, 2005

KUCING


Kucing pun pandai menggunakan tandas!



KUCING MILLENIUM

Para pencinta kucing pasti tersenyum lebar bila menatap foto ini. Tapi hakikatnya kucing juga boleh dilatih menggunakan tandas dengan betul. Memanglah payah nak ajar si makhluk berbulu ni mengepam sendiri seperti apa yang dibuat oleh "Mr Jink" dalam filem "Meet The Focker" tu. Pasti seribu kelegaan bila kucing yang di bela dalam rumah tahu menggunakan tandas, tak der lagilah tugas membersihkan pasir kucing (litter box) yang amat mendera tu.

I really love cat. Bila nampak stray cat dengan wajah yang 'meminta-minta' hati pasti tersentuh. Ada beberapa ekor kucing di luar ofis aku. Comel dan suka minta makanan pada mereka yang lalu lalang. Kadang bagilah juga makanan. Kadang lalu jer.

Entah bila boleh membela kucing lagi. Keadaan belum mengizinkan. Maklumlah membela makhluk Allah ini bukan sekadar bagi makan minum, bagi vaksin itu ini, kena juga bagi masa dan kasih sayang. "Bercakap-cakap" dengan mereka. Kalau tak pastilah emosi mereka terdera. Tambahan sesetengah spesis seperti kucing siam yang terkenal 'vocal' dan nakkan perhatian penuh tuannya. Kalau kucing parsi pula kena sikat bulu dia hari-hari. Tak larat weiii. Selalunya orang kita hanya kenal kucing siam dan parsi jer. Lain-lain baka tak tahu, sedangkan ada lebih kurang 53 baka utama kucing di dunia ini.

Apa-apa kucing yang tak ada cert (macam surat beranak)yang menunjukkan maklumat sesuatu baka hanya dikenali sebagai DLH (Domestic Long Hair) atau DSH ( Domestic Short Hair). Jangan tertipu beli kucing beribu ringgit, muka macam parsi segala tapi kalau takder certificate tetap hanya dikenali dengan nama DLH sajer. Apapun kucing yang ada di muka bumi ni, tetap cantik, comel dan mengembirakan bila kita membelanya. Namun tidak semua orang suka dengan komitmen yang diperlukan kerana memelihara kucing bermakna kita perlu bersedia hidup dengannya untuk tempoh yang lama.

Thursday, May 05, 2005

Petrol

Petrol naik 10 sen, diesel 20 sen
Oleh Shamshul Azree Samshir (BH 5 Mei 2005)

PUTRAJAYA: Bagi membendung kenaikan subsidi yang ditanggung kerajaan bagi produk petroleum, Kabinet semalam memutuskan untuk menaikkan harga runcit diesel dan petrol, masing-masing sebanyak 20 sen dan 10 sen seliter, berkuat kuasa hari ini

Berikutan itu, harga baru diesel di Semenanjung ialah RM1.081 seliter, petrol RON97 berharga RM1.52 sen seliter dan RM1.48 sen seliter bagi petrol RON92.Harga diesel di Sabah pula ialah RM1.084 seliter; petrol RON97 berharga RM1.50 seliter dan RM1.48 seliter untuk RON92. Harga baru diesel di Sarawak ialah RM1.078 seliter, petrol RON97 berharga RM1.51 seliter dan RM1.48 seliter bagi RON92.

Kenaikan terakhir diesel sebanyak lima sen dibuat pada Mac lalu, manakala petrol pula, juga lima sen seliter, pada Oktober tahun lalu.

Pejabat Perdana Menteri, dalam satu kenyataan malam tadi berkata, kenaikan terbaru ini dibuat sebagai langkah membendung kenaikan subsidi yang ditanggung kerajaan. Tahun lalu, kerajaan menanggung subsidi produk petroleum sebanyak RM4.8 bilion. “Tahun ini, kerajaan dijangka menanggung subsidi sebanyak RM8.96 bilion jika harga runcit kekal pada paras sedia ada. Pada masa yang sama, kerajaan juga akan mengorbankan sebanyak RM7.85 bilion dalam bentuk pengecualian cukai. Ini bermakna kerajaan mengalami kerugian sebanyak RM16.8 bilion,” katanya.

Kenyataan itu menjelaskan, dengan menaikkan harga runcit diesel dan petrol, subsidi produk petroleum ialah RM6.7 bilion, iaitu penjimatan sebanyak RM2.2 bilion setahun.

Apa-apalah, golongan aristrokrat memang tidak terjejas, golongan marhain gak yang terkontang-kanting menahan diri. Bila kerajaan kata jangan naikkan harga barangan, depa ingat diorang tu bodoh ker apa? Mestilah semua benda akan bertambah naik. 10 Sen tu besar nilainya. Macam 10 kali ganda impaknya.


WARISAN NUMISMATIK MALAYSIA

Aku memang amat meminati buku Malaysiana (Mengenai Malaysia), buku yang berkulit tebal, nampak mewah dan kaya dengan sumber maklumat tentang Malaysia. Terbaru berpeluang membaca buku “Warisan Numismatik Malaysia” terbitan Bank Negara Malaysia. Buku setebal 386 muka surat ini memang patut di baca oleh semua rakyat Malaysia. Maklumlah setiap hari kita memegang duit, tapi tak kenal pula asal-usulnya.

Kualiti kertas dan grafik buku ini memang mengagumkan dan ditulis pula penuh ketelitian membangkitkan semangat pembaca untuk menyudahkan pembacaan. Buku ini dibahagiakan kepada 8 bab kesemuanya. Buku ini secara ringkasnya membentangkan secara kronologi sejarah mata wang di Malaysia, bermula dengan mata wang awal yang digunakan di negeri-negeri Melayu dan Borneo termasuk Sabah dan Sarawak sehinggalah mata wang keluaran Bank Negara Malaysia.

Walaupun Bank Negara Tanah Melayu ditubuhkan pada 26 Januari 1959, namun sehingga 12 Jun 1967, mata wang yang digunakan masih lagi mata wang yang dikeluarkan oleh Lembaga Suruhanjaya Mata Wang Malaya dan British Borneo. Hanya Selepas 12 Jun 1967, Bank Negara Malaysia mengambil alih tanggungjawab sebagai pengeluar tunggal mata wang untuk Malaysia keseluruhannya.

Ketika melihat gambar-gambar duit syiling lama ( koleksi Muzium Matawang Bank Negara Malaysia) ada beberapa matawang lama yang pernah teman miliki sebelum ini. Tapi entah ke mana sudah hilangnya duit-duit lama yang dijumpai di atas tanah di bawah rumah teman di CC.

Duit syiling timah yang terawal di Semenanjung Tanah Melayu dikatakan mula diperkenalkan di Melaka. Hanya sultan, kerabat baginda dan pembesar negeri yang dilantik diizinkan mengeluarkan mata wang.

Negeri-negeri Melayu yang dikenal pasti mengeluarkan mata wang mereka sendiri ialah Melaka, Johor, Kelantan, Terengganu , Perlis, Perak, Pahang dan Selangor. Di negeri Kelantan dan Trengganu , duit syiling timah dikenali sebagai pitis, di negeri Johor sebagai katun dan di Kedah sebagai tra.

British yang menubuhkan Negeri-negeri Selat yang terdiri daripada Melaka, Pulau Pinang dan Singapura telah memperkenalkan satu unit mata wang piawai yang akhirnya diterima pakai oleh kesemua negeri-negeri di Semenanjung Tanah Melayu, termasuk Sabah dan Sarawak.

Sememangnya buku ini memenuhi hasrat untuk menyebarkan maklumat tentang perkembangan mata wang negara dan sekaligus memperkayakan lagi pengetahuan rakyat Malaysia mengenai sejarah perkembangan mata wang tanah air.

Wanisan Numismatik Malaysia
Diterbitkan oleh Unit Muzium Matawang dan Arkib, Jabatan Perkhidmatan Korporat
Bank Negara Malaysia, 2003.
(ISBN 983-9586-33-5)


MISTERI SEORANG GADIS

Misteri seorang gadis
Bertapa di alam mimpi
Bersatu di dalam batinku
Yang mencabar jiwa
Persis keterpaksaan menahan
Gelora rindu
Menagih kasih tidak terhitung.

Misteri seorang gadis
Bersatu di dalam batinku
Kembali meninggalkan
Persoalan
Di antara realiti dan fantasi
Andainya kekeliruan dan
Keraguan begitu dangkal jua.

AL Hisyam
Karyawan PK
(Utusan Malaysia Ahad 1 Mei 2005)




Wednesday, May 04, 2005

Naza

NAZA

"Naza wants to introduce a new minicar based on the Hafei Lobo by the third quarter of the year, the sources told Business Times.The sources said initial indications pointed to an under-RM35,000 price tag for the Lobo, a compact hatchback corresponding to the European Low B segment (VW Polo, Peugeot 106 or Fiat Punto).Lobo — a Chinese word meaning “treasure on the road” — is a five-door, four-to-five seater hatchback with a 1,075cc four-cylinder engine.“The car is designed by Italian design house Pininfarina and has Japanese quality,” a source said". NST 4 May 2005.

Student tengah bercuti suasana best jer sekarang ni. Nak parking kereta mudah sedikit dari hari-hari biasa. Aku sudah hantar proposal yang boss nak. Dia komen sedikit dan aku betulkan. Bila aku terangkan apa yang aku nak nafas aku sedikit semput sebab menahan marah. Bila otak tak henti berfikir dan cuba memberi kefahaman kepada orang yang kurang faham. Darah aku naik, nafas tidak terkawal. Sebab itulah aku tak sesuai masuk bidang pendidikan. Gerenti ramai pelajar yang fail.

Ada beberapa benda yang aku fikirkan sekarang ini. Bukan masalah dunia seperti selalunya. Masalah yang sepatutnya aku tak perlu fikirkan. Tapi selalu menerjah dan meronta-ronta minta aku fikirkan. Mungkin ‘banyak ruang’ sangat kat otak aku sekarang ini.

Pengeluar-pengeluar kereta berlumba mengeluarkan model-model terbaru mereka. Naza pun ikut sama dan kereta keluaran mereka akan berada di pasaran Oktober nanti.

Masyarakat kita berlumba-lumba menukar kereta bila ada model baru di pasaran. Apa yang pasti harga kereta di negara kita terlalu tinggi. Ini mungkin kesan mengawal harga kereta nasional. Kereta kini sudah menjadi fesyen pula. Setiap satu sesuai dengan gaya hidup dan cita rasa seseorang.

Kalau diikutkan aku hanya sesuai pakai kancil. Tapi harga Kancil pun mahal sebenarnya. Kancil sebijak anda! Bijak mengaburi mata kita.



Tuesday, May 03, 2005

Dia


Nasha Aziz - Gambar Hiasan. Memang cukup memberi ilham. "Saat kamu hilang, senyum aku juga hilang".



DIA UNTUK SAYA?

Tertarik dengan soalan Kumbang di Utusan Malaysia Ahad 1 Mei 2005 p:28. Sudah lama tidak membeli UM semenjak Ast*ra J*bat terus menulis di salah satu ruangan itu.

Bagaimanakah caranya jika saya ingin tahu sama ada satu-satunya hubungan itu adalah baik untuk diri saya atau sebaliknya?

Klu yang diberikan :

1. Bolehkah saudara kekal menjadi diri sendiri di dalam satu-satunya perhubungan yang dijalinkan dan bukannya dibuat-buat atau berpura-pura?

2. Adakah saudara mempunyai keberanian untuk bersikap jujur dan telus dengannya dalam apa jua hal?

3. Adakah saudara boleh berkongsi apa jua keadaan, susah mahu pun senang dengan si dia?

4. Sejauh manakah saudara benar-benar menghargai kesucian, maruah diri serta tidak cuba mengambil kesempatan ke atas dirinya?

5. Sesetengah orang berpendapat, cinta sejati adalah apabila kebahagiaan orang lain lebih penting daripada kebahagian diri hatta sanggup korbankan perasaan sendiri.

6. Adakah saudara juga mempunyai satu perasaan di mana saudara hanya mahukan yang terbaik buat diri pasangan?

Hasil kajian mendedahkan, kita memerlukan orang lain untuk mengawal atur sistem emosi , fizikal dan hormon kita. Para saintis turut menyarankan agar kita mencari seseorang yang boleh membuatkan kita berasa serasi, gembira, penting, diperlukan, kemudian setialah dengannya.

Aku? – Siapa yer? Di manakah dia menyorok? Atau aku yang terlalu malu untuk menyapanya tiap kali dia melintas di depan mata?

Monday, May 02, 2005

AIM 12

AIM 12 DAN SEORANG MAK CIK

Sekarang ni dah musim menuai di CC. Seronok melihat jentera penuai macam berada di Prairie Kanada. Musim bertungkus-lumus mengerjakan sawah sudah berlalu. Sabtu aku balik kampung agak lewat. Sampai di gerai mak cik yang jual pecal tu pun sudah hampir pukul 4.30. Pecal dia sedap, jadi bila balik kampung aku mesti beli.

Selepas maghrib ke pekan CC. Nak carik durian. Tak adalah pulak bila orang nak beli. Terus ke Sekinchan. Cina yang jual durian tu sudah nak balik. Jadi aku borong semua durian yang ada dalam 16 biji dengan harga RM20.00 jer. Memang berbaloi. Kalau tidak, harga durian tu RM 5.00 sebiji. Walau ada yang pecah, tapi isinya tetap elok.

Sampai di rumah 4 minit setelah AIM 12 bermula. Masa tu Tiara sedang berasmaradana di pentas. Siap terbang menggangkat cinta Puteri Gunung Ledangnya. Maklumlah stesyen TV suami sendiri. Time menjadi penaja rasmi dan kebetulan Ning berlakon dalam iklan tu. Jadi keputusannya macam boleh diduga. Kalau Ning juga yang menang Album Terbaik, harus confirm teori tersebut.

Cuma aku sedikit terasa bila Paul Moss kata “ Inilah satu-satunya kategori yang Siti Nurhaliza tidak ada peluang untuk menang” semasa dia mengumumkan album Inggeris Terbaik. Hello! Ingat golongan urban di bandar-bandar besar tu pandang ker Album Inggeris keluaran tempatan?

Masa PM Jepun buat ucapan rasmi di satu persidangan antarabangsa di Indonesia baru-baru ni pun dia gunakan juru bahasa. Dia belasah cakap Jepun gak. Kita jer yang rasa rendah diri tak tentu tempat. Biarlah Siti berkarya dalam bahasa yang dia selesa dan diharap dia akan lebih berjaya dalam bidang yang diceburinya. Alah kalau 0.05% daripada 25 juta penduduk Malaysia beli album Siti pun sudah cukup ok. Tapi semakin hari, Siti semakin mantap. Memang susah nak mengekalkan kejayaan seperti apa yang dia lakukan. Terharu sekali. Untuk AIM sudah 7 tahun dia kekal menjuarai Vokal Wanita di Dalam Album. Mana ada penyanyi lain yang berusaha keras dan sentiasa memperbaiki musik yang dibawanya? Cuma kalau Siti nak berjaya di luar negara, rasanya lebih elok dia membawa lagu irama tradisional mesti menjadi.

Tadi ke pasar Isnin. Menarik gak. Terjumpa seorang mak cik buta bermain muzik. Ramai sekali orang yang menghulurkan derma ikhlas. Melihat dia menyanyi sambil bermain alat muzik hati berdetik, begitu sekali gigihnya dia mencari sesuap nasi. Tidak peduli jelingan tajam orang yang lalu lalang. Dia terus mengalunkan muzik dan bernyanyi dalam patah bicara yang sukar difahami. Memandangkan tangan aku kiri kanan sudah berat membawa barang-barang, aku hanya berlalu dan mendoakan mak cik itu memperolehi rezeki yang memuaskan untuk hari ini.