Thursday, June 30, 2005

Julie Posey

The Julie Posey Story

Kisah yang menarik tentang seorang suri rumah Julie Posey menangkap penjenayah fidofil hanya dengan melayari internet di ruang tamu rumahnya.

Segalanya bermula bila Julie dan suaminya menghadiahkan anak perempuannya sebuah komputer di hari jadinya yang ke 13. Kristyn telah melayari laman sembang di Internet dan berkenalan dengan Sam “MagicMan” yang berasal dari Boulder. Mereka telah membuat janji temu dan mereka telah berjumpa di tempat yang di janjikan. Nasib menyebelahi Kristyn bila kawan baiknya berkunjung ke rumahnya untuk menggunakan PC dan menjumpai perbualan antara Kristyn dan Sam. Julie telah dapat menghalang sesuatu yang dahsyat berlaku pada Kristyn. Namun Sam yang hanya mahukan seks daripada gadis bawah umur terlepas.

Detik ini telah membuatkan Julie berazam untuk menangkap fidofil dengan bekerjasama dengan anggota polis. Beberapa perjumpaan yang dirancangkan berjaya memerangkap penjenayah dan ada juga yang menemui kegagalan. Walaupun pada satu tahap Julie berputus asa lebih – lebih lagi bila kisah silamnya diungkit dalam satu kes perbicaraan mahkamah. Julie pernah di perkosa oleh jirannya iaitu Thomas Radner ketika berumur 11 tahun. Perkara inilah yang membuatkannya berazam untuk menumpaskan penjenayah yang mengambil kesempatan ke atas anak gadis melalui kemudahan laman sembang Internet.

Satu kes pembunuhan dalam laporan berita yang ditonton oleh suami Julie mengenai kematian seorang budak perempuan telah membuka mata suami Julie bahawa perjuangan Julie harus di teruskan. Gadis berusia 13 tahun itu telah di bunuh oleh seorang lelaki tua di sebuah hotel hasil perkenalannya di laman sembang Internet.

Kemuncak cerita ini ialah bila Sam akhirnya dapat diberkas hasil usaha Julie menyamar sebagai gadis berumur 14 tahun.

Moral kisah benar ini ialah kadang tanpa disedari kita mengundang penjenayah masuk ke dalam rumah kita tanpa disedari. Anak-anak yang mudah terpedaya menjadi mangsa kerakusan fidofil untuk memuaskan nafsu. Walaupun kebanyakkan mereka sudah berumur dan berumahtangga tapi menjadikan laman sembang (chatroom) untuk berseronok.

Cerita ini amat menarik. Sebuah tesis kehidupan dan wajar dijadikan pedoman dan pengajaran.

Kehidupan ini kadang sudah terlalu tercemar. Terlalu sesak dan memualkan.

Disesuaikan daripada filem
Defending Our Kids: The Julie Posey Story
(8TV 29 Julai 2005 10.00 pm)

Wednesday, June 29, 2005

Koma

DIPERSIMPANGAN DILEMA

"Saya tak sanggup jadi pembunuh, saya tak sanggup bunuh anak saya! Dialah satu-satunya anak lelaki saya yang menjadi harapan keluarga,? kata Mohsin Hassan mengenai satu laporan kononnya beliau mahu sistem bantuan hayat anaknya, Azrin, yang koma akibat dibelasah 20 lelaki Sabtu lalu, dicabut." (BH 29 Jun 2005)

Kisah keluarga ini pernah dilalui oleh Terry yang koma selama 15 tahun dan akhirnya Si suami mendapatkan perintah mahkamah untuk 'melepaskannya' pergi dengan aman supaya Terry tidak terus menderita. Bantahan dari ibu-bapa Terry membuatkan kes itu berlarutan dan akhirnya bantuan makanan Terry dihentikan. Terry meninggal dunia setelah kelaparan beberapa hari.

Kelmarin, seorang pakar bedah neuro surgeri hospital itu menjangka Asrin mungkin hidup dalam keadaan koma selama-lamanya akibat cedera parah di otak. Asrin tidak sedarkan diri selepas dibelasah sekumpulan remaja samseng dalam pergaduhan dipercayai berpunca daripada cemburu di Persiaran Gurney, jam 2.30 pagi, Sabtu lalu

Doa saya buat keluarga Pak Mohsin.

Redha.

Asrin, 18, meninggal dunia di Hospital Pulau Pinang (HPP) awal pagi ini selepas koma empat hari. Al-Fatihah

Tuesday, June 28, 2005

Siput

Siput Babi, Pucuk Paku.

Berderai air mata bila menonton kisah realiti kehidupan “Bersamamu” terbitan TV3. Malam tadi kisah keluarga Maini dan Mariam serta 5 orang anaknya dari Sarawak benar-benar menginsafkan. Paling mengharukan bila keluarga itu memakan siput babi sebagai lauk hidangan makan tengahari. Sayur pun hanyalah pucuk ubi yang diperolehi disekitar kawasan hutan tempat tinggal mereka.

Mengapalah masyarakat sekitar memencilkan mereka? Zaini anak lelaki sulung keluarga tersebut begitu gigih membantu keluarga mencari kayu api. Walaupun hidup tidak sempurna, namun mereka tidak menyalahkan takdir yang menimpa. Malam bertemankan cahaya pelita. Kemewahan tidak pernah menjelma.

Sedang 'orang-orang besar' panas punggung ketika kes ‘politik wang” dan rasuah ketika ini. Terdapat segelintir masyarakat yang tidak mendapat pembelaan kerajaan. Kesan kepincangan sistem yang ada. Kesenangan dan kemewahan yang diperolehi mungkin akibat menjahanamkan peluang orang lain untuk hidup secara bermaruah.

Insaf.

Monday, June 27, 2005

Matahari

MATAHARI DI DEPAN MATA

Sabtu pagi aku men’snake’kan diri. Kontraktor yang betulkan pakir di rumah aku dah janji nak datang. Pukul 7.30 aku dah bertolak ke Kapar. Tapi hampeh pukul 1.00 petang baru mereka buat kerja baik pulih tu. Kalau tahu macam tu takderlah aku ambik EL.

Dalam dok melangut jadi mandur, sebab nak pastikan segalanya sempurna. *Aku bab komplen memang cekap. Tapi kan depa tu berjimat habis, kayu yang terkopek depa gam jer hanginlah aku kan? Aku suruh tukar dan siap varnish sekali. Nampak ler macam baru. Lega sikit hati.

But tiba-tiba dapat call dari secretary boss aku di Melaka. Biasalah kalau cakap lembut-lembut ni mesti ada hal. Ingatkan dia dapat menghidu jejak aku mensnakekan diri. Rupanya dia panggil aku semula datang ofis sebab ada hal penting. Sekarang katanya, pulak tu di Melaka. Adoii, pening kepala. Sebab tadi dah janji dengan Yana nak hantar dia ke Avon di KS. So aku mintak meeting tu di buat hari Ahad. Aku turun sorang sebab Zul dah terlepas ke Kuching berjalan-jalan, Wan pulak dengan ‘beraninya’ kata ada hal lain. Aku sorang yang bujang nih sentiasalah tak tahu nak create alasan . Lagipun ‘performance appraisal’ hujung bulan nih. Biasanya boss akan ‘makan hati’ dan terkenang benda-benda sebegini yang boleh memberi impak pada prestasi kerja. Aku belajar dari dulu , masa-masa appraisal janganlah buat hal kang tak pasal-pasal dapat teruk.

Dalam paksa rela pergilah aku ke Melaka. Memandu 90km sejam jer dengan air-cond kereta aku yang tak berfungsi. Masa air-cond kereta ok jarang pulak aku gunakan.. Bekerjalah aku dari pukul 9.00 pagi sampai 5.00 petang. Buat booklet untuk pelawat belia seluruh dunia. Aku sediakan content sebab tak reti nak buat design. Zul yang pandai buat design. Makan tengahari di kedai mamak then sambung kerja lagi. Siap semua aku check presentation boss aku dan pastikan semuanya ok. Orang buat kerja ni seminggu kitaorang kena buat dalam tempoh sehari jer. Payah tapi siap juga akhirnya. Fax kan material ke Singapore sebab President di sana. Then tadi dapat panggilan dari boss satu muka surat tu kena ubah ‘ as usual’ mana boleh buat sekali dan approve kan?

Semalam memandu balik ke CJ dengan pancaran matahari tepat di depan mata. Leher aku jadi zirafah sebab terpaksa mengelak pancarannya yang menyilaukan. Bahaya sungguh . Pukul tujuh dah sampai di tol Kajang. Makan malam di Bangi pekena ‘sup ekor’ . Balik nak sambung kerja dan nonton Apprentice pun tak dapat.

Minggu ni 2 tiket VIP nak nonton Mentor di SA pun terbuang. Terlupa pulak pasal hal itu dalam masa sibuk-sibuk camni. Yelah kadang bila kita bekerja, kita ni dah jadi milik syarikat. Harap BOD yang akan bermeeting minggu ni approvekan ler kerja 5 hari . Hehehe …

Saturday, June 25, 2005

The Calon

The CALON & REUNION

Tadi selepas solat Jumaat seperti biasa aku , Wan dan Zul makan di gerai berhampiran masjid di Dengkil itu. Seperti biasa dua orang sahabat baik aku tu bagi nasihat tentang perkara yang tidak berkesudahan ini.

The Calon itu orang yang sama. Yup aku tahu dan fasih segala kebaikannya. Kadang aku rasa The Calon itu terlalu baik untuk aku. Tetapi Zul sentiasa kata “ Wanita yang baik untuk lelaki yang baik”. Well, sekurang-kurang nya aku tidak menyimpang dari landasan .

Wan pula kata masa dia berkahwin dulu dia tidak kisah pasal hal harta atau segala ‘faedah’ yang boleh diperolehi. Yelah kadang pasangan kita lebih berharta dari kita dan sebaliknya. Dia kata, segalanya yang dipunyai nanti akan dikongsi dan kita tidak kisah itu semua lagi. Sama-sama membina hidup.

Ramai orang-orang disekeliling aku sudah menemui si jantung hati.

Batch 92-96 akan memgadakan ‘reunion’ pada pertengahan bulan depan di Restoran Sri Melayu. Aku memanglah nak pergi sangat jumpa kengkawan semua sebab dah 9 tahun tak jumpa. Tapi nanti “Dia” juga berkemungkinan besar akan datang. Seganlah … tiba-tiba aku rasa amat jauh dan tiada apa yang dapat dibanggakan setelah 9 tahun berlalu ini. * Takkan nak tunggu aku kahwin dgn CT then baru jumpa mereka kan?* Tidaklah macam tu, tapi aku rasa kawan-kawan aku lain semua dah ‘settled-down’ dan hidup dengan bahagia. Ada beberapa puak yang masih single –mingle termasuklah aku. Confirmlah aku bakal jadi topik panas mereka. Bukankah perjumpaan seperti itu hanya nak lihat anak kita sudah ada berapa, isteri kita yang mana satu, kereta apa yang kita pakai sekarang ? Hehhehe buruk benar pandangan aku pada reunion ni yer? Pastinya tak ramai yang menghubungi aku dalam masa 9 tahun ini. Cuma jumpa begitu-begitu semasa conference/seminar sekali-sekala.

Jadi kemungkinan besar aku memilih untuk balik kampung jer pada tarikh itu.


J. Mizan
Renungkanlah

Rasa cinta pasti ada
Pada makhluk yang bernyawa
Sejak lama sampai kini
Tetap suci dan abadi
Takkan hilang selamanya
Sampai datang akhir masa
Takkan hilang selamanya
Sampai datang akhir masa
Renungkanlah

Perasaan insan sama
Ingin nyinta dan dicinta
Bukan ciptaan manusia
Tapi takdir yang kuasa
Janganlah engkau mungkiri
Segala yang Tuhan beri

Rasa cinta pasti ada
Pada makhluk yang bernyawa
Sejak lama sampai kini
Tetap suci dan abadi
Takkan hilang selamanya
Sampai datang akhir masa
Takkan hilang selamanya
Sampai datang akhir masa
Renungkanlah

Lagu ni aku curik dari komen page Salina. Tak kisah lah kan yerr? Jangan marah pulak.

Friday, June 24, 2005

Percaya

TENTANG HIDUP
"PERCAYA kepada naluri kerana ia sentiasa benar. Lakukan sesuatu dengan ikhlas dan gembira kerana kehidupan ini tidak sesukar mana, andai setiap perkara dijayakan, disulam dengan kegembiraan,” ujar pemilik A Cut Above, Winnie Loo pada pelancaran Autobiografi A Cut Above baru-baru ini.

Kehidupan memang tidak sesukar mana jika kita berada di landasan yang betul. Bila kita tahu apa yang di ingini Tidak lari bila sesuatu masalah timbul. Selesaikan satu persatu agar fikiran kita menjadi tenang dan stabil.

Escapism? Merokok, buat benda-benda mengarut taklah sampai begitu sekali. Tahulah kenapa ada yang menghabiskan masa di Kelab Dangdut segala. Rasanya sebab nak lari dari masalah, walaupun masalah lain mungkin menjerat.

Hiduplah dengan apa yang kita rasa selesa. Masih percaya dengan perkara ini. Jangan hidup berpandukan orang lain. Kita melayarkan bahtera kehidupan ikut kemampuan kita. Orang lain tak akan faham apa yang bakal kita hadapi. Akhirnya kita juga yang terpaksa menelan perkara itu sendiri-sendiri. Sendiri mahu ingatlah kan?

Dalam kehidupan sebenar aku amat berahsia dan jarang buka mulut. Sebab mereka tak perlu tahu apa yang aku lalui dalam kehidupan ini. Tidak perlu … pengalaman mengajar aku bahawa orang yang paling kita percaya pun belum tentu akan sanggup membantu bila kita kesusahan. Jadi lebih baik hadapi segalanya sendirian.

Saat gembira memanglah menyeronokkan, saat ribut petir mati kesejukanlah keseorangan

Thursday, June 23, 2005

Bersamamu

BERSAMAMU

Aku mintak lirik lagu ni kat Mai SA, sebab bila aku dengar kat TV tak sempat nak hafal. Lagu Negara Ku pun tak hafal, ini kan pula lagu macam ni kan? Rancangan Bersamamu TV3 ni sedih sekali, ramai orang susah di Malaysia ni rupanya. Gunakan SMS untuk menderma. Ianya untuk tujuan mulia, meringankan beban saudara yang dalam kesusahan. Alangkah baiknya kalau peminat AF3 juga berlumba-lumba mengsms, tapi tak ramai yang menonton rancangan ini. Aku tak tahu ratingnya macammana. Yang pasti hanya non-astro subscriber yang menonton TV free kot yang nengok rancangan ni. Golongan mak datin yang banyak duit mestilah nonton channel lain.

Ada orang yang tak sanggup menonton kisah macam ini di TV. Kisah penderitaan orang terutama bangsa Melayu kadang dilihat penuh sinis. Tapi mereka tidak akan meminta, jika tidak terpaksa. Manalah ada orang yang sanggup mendedahkan aib dan kesengsaraan hidup selain terpaksa. Bagi mereka ini adalah jalan terakhir setelah mungkin usaha lain tidak berkesan.

Hari ini hari mereka, hidup kita tidak tentu lagi bagaimana peta perjalanannya. Langit tidak selalu cerah, hujan air batu boleh terjadi secara tiba-tiba.

Bercakap tentang TV3, tadi ‘bekas’ kawan aku call aku di ofis. Terkejut aku dengar suara lemak merdu @ manja dia tu. Tidak berubah, biasalah bila ada hal, orang yang dah berkurun tak ditegur pun akan jadi makhluk paling penting ketika ini. Dia mengandung anak keduanya ketika ini. Tak sangka masa berlalu begitu pantas. Aku mintak dia simpan kan tiket JL hujung tahun ini sebab aku tak pernah nonton sebarang konsert secara live. Dia kata kalau nak nengok Mentor secara life dia boleh tolong. JL kena mintak dengan boss dia, kalau ada balance baru dia kasi. Dia bagi no hp dia dan ofis, walaupun aku tak mintak. Sebab dia dah berpunyakan. Tapi dia tetap begitu. Dia tanya aku kenapa tak kahwin lagi? Aku terkedu …

Macam kisah jejak kasih pulak. Banyak kisah yang terjadi di masa lalu, dan kita hanya membiarkannya berlalu begitu sahaja.

Wajah (Bersamamu TV3)
Penyanyi: Jaclyn Victor (1st Malaysian Idol 2004)
Komposer: Othman Mohamad
Penulis lirik: Habsah Hassan

Berbumbungkan angkasa kelabu
Lantainya bumi retak seribu
Setiap langkah perjalananmu
Beronak berliku

Betapa berat mata memandang
Berat bahu menggalas bebanan
Belum sempat menitis ke pipi
Tangisan kering sendiri

Berkali tersungkur
Pandanganmu kabur
Namun azam meneruskan hidup
Tak pernah luntur

Engkaulah perwira
Di medan derita
Merentasi ranjau kehidupan
Dengan harapan

Luahan rasa derita jiwa
Pada wajah tiada rahsia
Menunggu malang berganti tuah
Usah kau berputus asa
Kaulah wira

Wednesday, June 22, 2005

5 Hari

KERJA 5 HARI SEMINGGU?

Setakat ni belum nampak pembayang yang management akan announce kerja 5 hari seminggu. Orang di Pucuk Rebung sudah lama kerja 5 hari jer. Orang tua tu tak dapat ilham lagi kot nak bagi pekerja dia rehat 2 hari . Yelah mana yang 'kaki bekerja' kang takder apa nak buat.

Bagus gak kalau dapat kerja 5 hari seminggu nih. Ada banyak masa nak balik kampong jenguk orang tua. Boleh pergi dating dan carik pasangan mana yang bujang tuhh (hehehe). Mana yang dah ada pasangan, banyak masa nak bersama bini dan menambahkan statistik jumlah penduduk Malaysia. Meramaikan umat Islam. Mana yang sudah beranak pinak boleh jaga anak dan bagi masa maid pergi bercuti pulak .Maknanya banyaklah benda boleh di buat. Tapi kalau jenis yang buat 'dunno' tu cuti ker tak cuti ker sama jer.

Akhirnya dia menghubungi aku jugak. Dengan alasan biasa dia dan tidak berasa bersalah langsung. Bencilah sikap dia tuuh tapi itu jer yang boleh aku kenangkan.

Tuesday, June 21, 2005

KERJA

Baca tulisan ni di akhbar BH pagi ini , “9 Ciri Mudah Dapat Kerja”

Sembilan Ciri Graduan Mempunyai Pasaran

1.Maju dan berdaya saing
2.Berketrampilan dan berpersonaliti unggul
3.Mempunyai pengetahuan dan kelayakan sesuai dengan kerjaya.
4.Menguasai kemahiran komunikasi.
5.Bersikap positif dan bersemangat tinggi.
6.Beretika dan mempunyai intergriti tinggi.
7.Mempunyai kemahiran sampingan.
8.Mempunyai kualiti intelektual
9.Memanfaatkan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi.

Soalnya bagaimana majikan dapat mengesan kesemua ciri ini semasa temuduga diadakan? Kadang apa yang dilihat didepan mata tidak seperti yang diharapkan setelah calon diambil bekerja. Ada yang hanya pandai bercakap tapi kerja entah apa-apa dan menimbulkan masalah kepada team yang sedia ada.

Tapi sebenarnya, semasa interview diadakan kita dapat merasa mana calon yang ‘sesuai’ dengan kita tanpa dia membuka mulut pun. Kita sudah tahu yang dia layak untuk menjawat jawatan yang dipohon. Macam sudah ada kuasa ajaib bakal majikan dan calon pekerja sewaktu dia menunggu di luar bilik temuduga lagi.

Itulah yang bekas-bekas majikan aku katakana ketika aku diambil bekerja. Dia ada kata, dia sudah tahu mana calon yang nak diambilnya. Cuma interview sebagai formiliti sahaja dan calon-calon lain yang dijemput sebagai ‘back-up ‘ jika aku tidak hadir.

Betulah pengalaman aku menginterview orang ni. Kadang kelulusan semua baik, tapi sikap dia yang sukar digambarkan kita dapat tahu yang dia boleh get along dengan kita atau tidak, dia ni jenis lompat kerja kerap sangat atau tidak. Menurut arahan atau kaki bangkang ker. Tapi itulah seperti yang aku katakana tadi, kalau dia memang ada rezeki, kita dapat rasakan dari awal lagi walau dia tidak membuka mulutnya lagi. Kita boleh tahu orang itu nak kan kerja itu atau gaji.

That’s why kenapa sesetengah orang sukar mendapat kerja di tempat lain atau mintak kerja ( tukar kerja) tak dapat-dapat. Sebab aura dia tak kena. Kena mandi bungalah dulu .

Monday, June 20, 2005

Senyap

SENYAP

Sudah seminggu dia mendiamkan diri. Tiada suara, tiada apa. Senyap sunyi. Aku tidak menanti apa-apa di hujung sini. Tapi kadang risau jika ada sesuatu yang terjadi dan aku menjadi orang terakhir yang tahu. Sedih bukan?

Aku pun gatal tangan untuk mengsmsnya. Tiada jawapan. Ditelan naga barangkali. Panggilan juga tidak berjawab. Barangkali dia tiada di sini. Mungkin terbang jauh tanpa pamitan. Mungkin aku bukan di antara insan yang perlu tahu apa yang dia lakukan.

Tidak mengapa kawan, bukan tidak pernah kita bersenyap sunyi. Tapi tiap kali kau 'hidup semula' aku tidak pernah mengungkit masa-masa senyap yang aku lalui.

Masa berlalu, senyap juga yang merayap di jemari ini.

Sunday, June 19, 2005

Di Hujung waktu

DI HUJUNG WAKTU INI!

Hujung minggu aku lepak jer di CJ. Malas nak balik kampong. Aku bersihkan bilik, buang benda yang tak patut terutamanya nota-nota kuliah aku zaman tok kaduk pun aku usung ke sana ke mari. Bayangkan, sudah berapa kali aku pindah tempat dan benda tu turut sama aku bawak. Its about time untuk melepaskan segala ‘harta karun tu’. Aku ni memang suka menyimpan ‘sampah’. Dari 7 kotak aku simpan 3 jer tu pun aku tak tahu untuk apa aku simpan. Ada 3 kotak besar lagi yang aku tak bukak, mostly buku-buku dan nota-nota zaman ambik master dulu.

Aku jumpa banyak buku-buku yang aku beli dulu. Tapi dah lupa isi kandungannya. Aku mula baca balik.

Lagi Cerpen-Cerpen Underground - Saharil Hasrin Sanin dan Faisal Tehrani ( di tandatangani sendiri oleh penulis – baru aku terperasan).

Aku suka cerpen Kulat oleh Faisal. Cerpen ni pernah tersiar di akhbar arus perdana suatu ketika dulu. Helle Berry juga amat menarik. Saharil pula memperkenalkan teknik penulisan yang menarik cerpen dia ada yang pendek amat tapi melontarkan maksud yang sungguh dalam. Buana Serpih Angkasa tulisan terbaik beliau.

Antologi cerpen ini diterbitkan sendiri oleh penulis. Aku beli direct kat Saharil yang bekerja di UNITEN. Tapi tak tahulah ada lagi ker tak sebab lama tak dengar khabar berita depa tuhh.

Cinta Hari-Hari Rusuhan – Faisal Tehrani . Buku terbitan tahun 2000 Creative Enterprise. Sebagai peminat FT sudah tentu aaku suka membaca karya beliau. Aku amat berharap suatu hari nanti aku berpeluang jumpa dia dan dapatkan autograph untuk kesemua buku yang aku miliki. Dulu aku pernah mengemail FT dan mintak koleksi Cerpen dia yang lain. Tapi kat mana aku letakkan pun aku tak tahu selepas tuu. Komputer aku kena virus dan sudah bertukar komputer banyak kali. Lesap…

Kisah yang amat bermakna untuk di baca. Aku tertarik dengan kata-kata ni :
Cintamu , cinta yang berputik dalam keadaan rusuh. Cinta hari-hari rusuhan tak upaya kau bawa ke mana-mana".

Janji - Rosmini Shaari terbitan Marwillis 1993. Aku beli dengan harga RM 2.00 jer di PKNS, Shah Alam. Dulu aku ada buku dia yang lain iaitu Isteri. Biasanya bila lepas habis baca buku, aku bagi kengkawan lain buku yang telah aku baca. Jadi aku takderlah buku “Isteri” tu lagik. Aku suka sekali novel “Isteri” tuhh. Sebab itulah dia sentiasa dalam senarai penulis yang aku nantikan karyanya.


Entah kali keberapa aku nonton “Centre Stage”. Aku suka sekali jalan ceritanya berdasarkan kisah benar. Aku amat menantikan ending dan muzik latar diakhir cerita. Maggie Cheung benar-benar menampilkan lakonan yang superb!

Gone with the butterfly is my heart.
Lonely night, lonely me, lonely tears.
I have a craze for tenderness, and love.
Yes, love must go; its goes tardily, sadly.” - Centre Stage



Can't Smile Without You

You know I can't smile without you.
I can't smile without you.
I cant' laugh and I can't walk,
finding it hard even to talk.

And I feel sad when you're sad.
I feel glad when your glad.
And you must know what I'm going through,
I just can't smile without you.

You came along just like a song
you brightened my days.
Who'd believe you were part of a dream
that always seemed light years away.

And you know I can't smile without you.
I can't smile without you.
And you must know what I'm going through,
I just can't smile without you.

Some people say
the happiness way
is something that hard to find.
Into the new, leaving the old behind me.

And I feel sad when you're sad.
I feel glad when your glad.
And you must know what I'm going through,
I just can't smile without you.

(Instrumental Break)
Into the new, leaving the old behind me.
And I feel sad when you're sad.
I feel glad when your glad.
And you must know what I'm going through,
I just can't smile without you.

Carpenters
(Chris Arnold, David Martin & Geoff Morrow)

Saturday, June 18, 2005

Aku tanpa cintamu

Aku Tanpa Cinta-Mu

Aku menjemput O di KLIA petang tadi. Flight dia lambat, hampir pukul 6.00 petang baru berlepas. Sepatutnya pukul 6.30 dah sampai tapi pukul 7.20 baru dia call. Aku tunggu juga dia sebab dah janji.


Dia demam, mungkin tension layan customer agaknya. Conference yang berlangsung membuatkan dia keletihan sangat. Dia belikan aku cokelat “Toblerone” , hampir cair ketika aku membukanya. Dia bagi aku teddy bear cute sebesar penumbuk “Conrad Centennial Singapore” tempat dia menginap sepanjang lebih seminggu di sana. Juga sebungkusan botol mandian hotel yang aku kata berminat mengumpulnya, so aku ada koleksi “Muguet D’Ogive Collection”. See , souvaniar tidak semestinya di beli. Tapi dia lupa nak ambilkan aku pen dan pencil sekali. Aku suka kumpul benda-benda yang tak berfaedah ini. Aku just suka mengumpul, tapi tak tahu sangat gunanya bila sudah ada di depan mata. Hanya suka memilikinya, melihatnya terbiar di atas meja. Cuma itulah, dan aku puas.


Kami makan malam di Malee. Dia makan ubat lebih banyak dari nasi. Aku hantar dia terus ke pejabatnya. Aku nak hantar dia terus ke rumah dia tak mahu. Aku balik dan menonton Malaysian Idol. Membelek-belek benda yang dia beri. Sanggup dia bersusah –payah mengumpulkan segala benda itu dalam kesibukan. Dia tetap ingat aku rupanya.


Sesetengah orang memang amat menghargai persahabatan yang terjalin.


Izzat:
Telah ku mungkiri janjiku lagi
Walau seribu kali
Ku ulang sendiri
Aku takkan tempuh lagi
Apakah kau terima cintaku lagi
Setelah ku berpaling
Dari pandanganMu
Yang kabur kerna jahilnya aku

Faizal:
Mengapa cintaMu tak pernah hadir
Subur dalam jiwaku
Agarku tetap bahagia
Tanpa cintaku tetaplah Kau di sana
Aku tanpa cintaMu
Bagai layang-layang terputus talinya

JayJay:
Telah ku mungkiri janjiku lagi
Walau seribu kali
Ku ulang sendiri
Aku takkan tempuh lagi
Apakah kau terima cintaku lagi
Setelah ku berpaling
Dari pandanganMu
Yang kabur kerna jahilnya aku

C/O:
Masihkah ada sekelumit belas
Mengemis kasihMu Tuhan
Untukku berpaut dan bersandar
Aku di sini kan tetap terus mencuba
Untuk beroleh cintaMu
Walau ranjaunya menusuk pedih


Ini lagu ketuhanan. Perjalanan insan menemui cinta sejatinya. Walau di manapun kita berana Tuhan berada di atas kita. Aku suka lagu ini. Lirik nya begitu menusuk .


References
3:35 minit
Lagu: Mujahid Abdul Wahab
Lirik: Mujahid Abdul Wahab
Producer: Mujahid Abdul Wahab
Vocal Arrangement: Mirwana
Music Arrangement: Mujahid Abdul Wahab
Lirik disalin dari http://liriknasyid.com
Disalin semula dari http://www.kroni.biz/nordin/blog/

Friday, June 17, 2005

AIBO


AIBO



AIBO, robot hiburan Sony, bermain dan berhubungan sesama sendiri dengan bahasa yang dibangunkan khas oleh Luc Steels, Pengarah Makmal Komputer (CSL) Sony di Paris. Bahasa yang menggunakan teknologi Fluid Construction Grammar (FCG) ini membolehkan robot berkenaan menunjukkan perasaan dan emosi seperti marah, sedih atau gembira di rumah terbuka CSL di Tokyo baru-baru ini. – Gambar AFP

Khutbah tadi menyentuh tentang Hari Bapa. Menghargai bapa kita semasa hayat dan ketika ia telah tiada. Aku tak rapat sangat dengan bapak. Aku pun tak tahu sebab apa. Tapi aku tahu dia sangat sayang kat aku dan kami semua. Aku sebenarnya tak mahu campur tangan bila ada isu yang melibatkan kedua ibu bapa. Bak kata orang diluah mati mak, di telan mati bapak. Aku lebih suka mendiamkan diri. Aku tak mahu bersuara, sebab takut salah seorang akan merasakan aku dipihak mana pulak nanti. Lagi pun sudah tua-tua ni apa yang aku harapkan mereka berdua dapat melalui masa-masa ini dengan aman dan bahagia. Walau aku rasa keduanya perlukan perhatian mendalam, aku tak tahu sangat apa yang mereka fikirkan. Aku amat mengharapkan segalanya akan berakhir dengan baik. Lautan tanpa batu karang tak akan dapat menghasilkan corak ombak terindah. Sudah lebih 40 tahun mereka hidup bersama, kalau sesuatu terjadi pasti akan meninggalkan kesan paling dalam. Apapun doa aku supaya segalanya akan sentiasa bersinar dan setenang waktu dulu. Tapi aku hanya mampu berdoa mohon segalanya akan kembali reda.

Redalah.

Thursday, June 16, 2005

Jambatan



BANTU KAMI MENYEBERANG!

ENAM puluh pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Labang, di Pensiangan, Sabah mempertaruhkan nyawa hampir setiap hari apabila terpaksa melalui jambatan gantung usang melintasi Sungai Salaput, di Kampung Labang, untuk ke sekolah.

Mereka hanya berpaut pada kabel jambatan sepanjang 80 meter itu dan apa yang membimbangkan kabel berkenaan boleh putus pada bila-bila masa berikutan keadaan jambatan yang sudah terlalu usang.

Penduduk yang ditemui berkata, jambatan itu rosak sejak 1989, namun masalah banjir yang kerap melanda kampung berkenaan memburukkan lagi keadaan jambatan berkenaan.”

Bila membaca berita ini hati aku amat tersentuh. Begitu sekali mereka mempertaruhkan nyawa untuk mengejar ilmu. Sanggup menggadai nyawa mengharungi rutin sebegitu setiap kali ke sekolah. Aku ingatkan dulu semasa kecil, kehidupan aku sudah terlalu perit, berjalan kaki berbatuan untuk ke sekolah. Namun apa yang ditanggung oleh mereka lebih menginsafkan.

Betulkah rakyat Malaysia prihatin? Kalaulah undi SMS AF3 boleh diagihkan sedikit untuk mereka adalah lebih bermanfaat dan memberi seribu kesyukuran. Namun, keprihatinan rakyat Malaysia kadang tidak bertempat. Membazirkan airmata dan duit untuk perkara-perkara yang tidak perlu.

Pasti wakil rakyat mereka sudah membaca kisah ini di dada akhbar. Itu pun kalau mereka punya waktu untuk membacanya, kalau mereka terus menyelak laman hiburan. Aku tidak tahu tentang itu. Takut juga kalau pemimpin masyarakat di situ lebih sibuk untuk menubuhkan Fan Club peserta AF3 dari Sabah dan terlepas perkara besar sebegitu, aku tak tahu.

Mungkin pihak yang berwajib menanti penduduk kampong berdemontrasi setelah kematian anak-anak kecil baru bertindak, aku juga tidak pasti tentang itu. Aku tidak dapat membaca apa yang mereka fikirkan sudah 16 tahun perkara ini berlarutan.

Apa yang aku mahu, bantulah mereka menyeberang dengan selamat! Mereka juga anak Malaysia yang dahagakan ilmu pengetahuan buat bekal melalui waktu-waktu mencabar. Bantulah mereka menyeberang dengan selamat, supaya mereka mampu hidup senang di hari muka dan ... ( punya duit untuk melanggan ASTRO, menonton AFXX pastinya!)

" Tidakkah kau kasihan, kepadaku yang mengharapkan cintamu, Mengalir airmataku, merintih dalam pilu, bila kau berlalu ..." Bersamamu (Siti Sarah )


Wednesday, June 15, 2005

Satu

SATU

Petang selepas maghrib, ada satu drama kat TV3 tu tak ingat nama, bukan sebab drama tu tapi terpikat dengan lagu latar yang dinyanyikan oleh Siti Sarah bertajuk “Bersamamu”. Dengarnya lagu dari album dia yang baru. Aku suka sangat lirik lagu tu walaupun ada ketikanya seakan dia terpelat or termanja bila sebut perkataan …berlaluuuu! Hehehe entahlah mungkin gaya dia. Tapi sebelum ni sebutan dia ok jer untuk lagu-lagu dia yang lain. Siti Sarah ada FC juga, tapi lorat susah nak masuk webpage tu walaupun dah register.

Baca news tadi, Jacko bebas dari semua pertuduhan. Manusia aneh tu akhirnya terselamat dari menerima hukuman. Hanya dia yang tahu apa yang berlaku. Aku tak suka sangat lagu-lagu dia tapi lebih meminati tarian dia yang best itu.

Aku takder apa nak tulis sebenarnya, sebab sibuk sekali sekarang nih.

Satu

Vokal: Dewa

Aku ini adalah dirimu
Cinta ini adalah cintamu
Aku ini adalah dirimu
Jiwa ini adalah jiwamu
Rindu ini adalah rindumu
Darah ini adalah darahmu


Tak ada yang lain selain dirimu
Yang selalu ku puja ouo...


Ku sebut namamu
Di setiap hembusan nafasku
Ku sebut namamu...
Ku sebut namamu...


Dengan tanganmu aku menyentuh
Dengan kakimu aku berjalan
Dengan matamu ku memandang
Dengan telingamu ku mendengar
Dengan lidahmu aku bicara
Dengan hatimu aku merasa

Monday, June 13, 2005

GARUDA

GARUDA MENYERANG SUNYI

Mereka telah kembali! Keadaan kampus menjadi begitu padat dan riuh dengan gelagat anak-anak garuda yang dahaga ilmu pengetahuan. Mengibas-ngibas sayap malu, menjuih bibir mongel minta perhatian. Kami kelemasan menatang amanah yang diberi. Letih tak terperi. Rutin 3 minggu yang aman damai menjadi begitu kacau dan inilah realiti kehidupan di sini setelah mereka kembali.

Waktu bermalasan dan hanya menumpukan satu dua projek, menjadi bersilang cabang. Sekejap ke hulu- ke hilir menangani segala hal yang memerlukan perhatian. Tadi boss datang. Settledkan siapa yang akan ke Melbourne dengan hanya 2 tiket yang ada. Aku menarik diri sebab tak elok bergaduh sakan disebabkan hal-hal kecil. Sebagai ganti aku mendapat voucher membeli belah di JJ sahaja 20% dari nilai sebenar hadiah yang dimenangi.

Hidup aku beginilah, aku akan menarik diri jika ada isu yang boleh mengeruhkan keadaan. Mungkin bukan rezeki aku kali ini. Kata orang kalau kita memberi rezeki pada orang lain, tuhan akan ganti dengan rezeki yang berganda. Aku memilih untuk menjadi pemberi kali ini, di lain masa belum tentu lagi.

Sebagaimana aku amat mensyukuri segala nikmat dan berhati-hati dalam segala hal. Ada sahaja perkara yang terlepas pandang. Boss telah 'menangkap' 3 orang staff aku yang didapati merokok di pantry. Segala sumpah seranah dan amaran tetap di telan dengan redha. Aku pun kadang naik letih dan tidak mahu sangat memikirkan perkara-perkara kecil yang dianggap besar dimatanya. Kalau aku terlalu sangat memikirkan perkara sebegini, aku akan terlepas perkara-perkara besar yang lain.

Bukan mudah mengepalai segerombolan anak-anak garuda yang lapar ilmu, lapar nasihat dan kering fikiran.

Friday, June 10, 2005

Hujan

Antara Hujan & Airmata

Sudah lama tidak mendengar lagu ini. Terlalu lama. Teringat sesuatu ketika hujan turun mencurah. Cuma itulah.

Rindu …


Selebat hujan yang turun
Mencurah membasahi bumi
Tidak selebat hujan
Di dalam jiwa ku


Sehebat halilintar
Membelah langit yang kelabu
Tidak sepanas petir
Yang membakar hidupku


Oh hujan
Di antara airmata ku
Menitis laju
Bersama pilu pilu


Ku cuba menghapuskan
Kenangan waktu silam
Namun bertambah membara
Rindu yang kusergamkan


Semakin aku mencuba
Semakin terasa siksa
Inikah yang kau tinggalkan
Untuk diri ku oh.... kasih


Sudirman - Antara Hujan Dan Airmata

Thursday, June 09, 2005

The Interpreter

THE INTERPRETER

Semalam berkesempatan untuk menonton filem ini di KLCC pukul 9.00 malam. Mungkin tarikan Nicole Kidman yang membuatkan aku tergerak untuk menonton. Setelah sebulan lebih tidak ke situ. Filem ini sentiasa mendebarkan dan lakonan Nicole dan Sean Penn begitu menghidupkan suasana. Latar tempat segala ceruk bangunan PBB menjadi lokasi utama filem ini.

Plot berkisar pada rancangan pembunuhan pejuang pembebasan sebuah negara di Afrika. Dengan segala susur galur kehidupan yang turut membabitkan masa lampau dan orang paling di sayangi oleh Slyvia Bromme. Keluarga Slyvia yang mempunyai kerakyatan Afrika telah terbunuh dalam letupan periuk api. Meninggalkan dia sebatang kara setelah abangnya Simon turut terbunuh. Pemimpin Afrika yang terlibat dalam pembersihan etnik akhirnya dibawa ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa.

Ada saat paling aku suka, paling sedih rasanya. Iaitu ketika Sean Penn menemui Slyvia dan membawa beg berisi buku-buku catatan Simon ( iaitu abang kepada Slyvia). Riak wajah tanpa dialog begitu kuat bersuara melontarkan jangkaan sedih yang membilur di hatinya. Phillippe yang menyaksikan kematian Simon di tembak seorang remaja Afrika telah membunuh diri kerana tidak sanggup memberitahu kisah sebenar kematian Simon kepada Slyvia.

Balas dendam merupakan penderitaan dengan cara paling malas. Bisikan paling perlahan mampu didengar oleh seluruh angkatan tentera bila ia menyatakan tentang kebenaran. Akibat bisikan yang didengar dalam bahasa KU satu dialek Afrika yang dikuasai oleh Slyvia mengenai satu rancangan pembunuhan telah memulakan perjalanan plot keseluruhan cerita ini.

Aku suka ending filem ini. Ada rasa cinta yang tidak mampu diluahkan. Penn baru kehilangan isteri yang meninggalkan dirinya kerana lelaki lain. “Apa yang kita paling mahukan ialah mahu dia kembali kepada kita, tetapi aku juga ingin bersendirian”. Terlalu kecewa dengan hidup dan mana mungkin pengalaman masa lalu mampu dipadam walau prospek calon pengganti ada di depan mata (org kata kubur masih merah). Walaupun rasa cinta itu ada, ia di benam sahaja dalam lubuk paling dalam.

Ada seorang mamat Cina menangis teresak-esak saat Slyvia membacakan nota yang ditulis oleh Simon. Tersedu-sedan mamat tu. Sedih sungguh agaknya. Aku pulak biasalah cerita kartun jer yang pernah membuatkan mata I bergenang hahahha (Spiderman).

SAVVY
Petang semalam aku nengok Savvy di Putrajaya. Kereta color hitam. Design ok tapi ada banyak benda yang aku rasakan kereta itu terlalu kecil untuk aku. Kalau nak tukar kereta baik pilih Myvi kalau dibandingkan dengan harga yang sama. Kereta itu sesuai untuk pelajar kolej yang selama ini tertumpu pada kereta Kancil. Ada aspek yang Proton masih gagal menanganinya, iaitu kualiti interiornya. Contoh paling nyata pembuka kereta itu nampak begitu ‘fragile’ sahaja. Macam kes pembuka pintu Waja suatu masa dulu, mudah patah.

Apapun ikut citarasa masing-masing
.

Wednesday, June 08, 2005

Proton Savvy


Proton Savvy

"Dia datang dengan lenggang lengguknya, dia datang !!" Yang ditunggu telah tiba. Jadi beginilah rupa paras 'pejantan tangguh' yang asyik ditangguhkan launching dia sejak awal tahun ni. Nampak mantap dan 'garang' ciri-ciri kereta jantan yang sebenar. Kuasa dan specifikasi dia aku tengah kaji. Engin 1.0 - 1.3 liter dengarnya. Harap Proton keluarkan terus spec untuk pelbagai version kereta ini sekaligus tak payah tunggu after 3 - bulan ada model 'special edition'. Contohilah adik dia si Perodua tu. Pembeli terus boleh tangkap mana yang berkenan di hati.

O dah ajak nengok kete ni pukul 11 nanti di Putrajaya. Tak tahulah dah ada ke belum. Harap sudah ada kat sana. Aku paling suka lampu depan dia. Nampak mewah. Since aku berseorangan keta saiz kecil sudah memadai. Lagipun harga minyak dah naik. Kereta bagi aku setakat boleh sampai dari A ke B cukuplah. Tak classy sangat pun tak per. Kereta tempatan, janji poket tak parah setiap hujung bulan. Boleh balik kampong bila-bila masa jer aku tergerak nak balik tak perlu bajet-bajet.

Orang tu nak ke Singapore selama seminggu. Dia suruh aku hantar ke KLIA. Kereta dia diletakkan di apartment tempat aku. Aku nak ketuk apa yerr? Tengah fikir ole-ole apa nak suruh dia belikan ...

Tuesday, June 07, 2005

Rumah

RUMAH

Tadi masa lunch ikut Wan ke Putra Permai. Ada kawasan perumahan di situ. Wan bayar duit booking rumah dia. Akhirnya Wan beli rumah kat situ di Prima Tropika - Perdana Link House. Harga dia 259 k dengan keluasan 22 X 70. Luas, menarik dan reka bentuk yang sungguh memuaskan. 4 bilik dan 3 bilik air. Bersiling tinggi pendek kata memang berbaloi dengan harga dia. Seronok bila tengok kawan-kawan beli rumah. Satu kepuasan untuk kejayaan peribadi. Cepat atau lambat pasti rumah idaman dimiliki. Aku ... teringin pulak nak dapatkan rumah macamtu. Tapi bermimpi sahajalah. Aku sudah terbeli rumah di Klang dan aku rasa rumah tu sesuai dengan kemampuan kewangan aku. Maklumlah aku bayar sensorang. Wan bayar berdua. Apa pun tahniah untuk Wan, rumah idaman semakin dalam genggaman.

Tadi aku suruh Man kirakan margin interest rate untuk pinjaman aku yang dulu. Bila aku minta kat HLB dia kata P&C tak tahulah, itulah, inilah pendek kata tak tahu macamana keuntungan tu dikira. Berapa peratus keuntungan sebab aku ambik Islamik Bank. Bila kira-kira rupanya margin dia 5.23% setahun. Rasa untung jugak. Ingatkan bila ambik islamik bank, 'rugi teruk' sebab macam berkali ganda jerr figure dia. Atleast bila ambik islamik bank kita tahu sebanyak mana kita perlu bayar kepada bank. Tapi setiap satu cara memang berbeza (konvensional dan islamik). Ada product yang interestnya dibayar setiap hari. Macam-macam ada. Pelanggan macam kita ni kena pandai pilih product bank di luar tuu.

Monday, June 06, 2005

Isnin

CERAH

Student baru dah mula register semalam. So depa semua tengah melalui fasa minggu orientasi. Semua department tengah bergilir-gilir memberi penerangan. Teringat zaman kat Shah Alam dulu. Rasa macam baru semalam jer berlalu. Tapi kalau nak melaluinya lagi tak sanggup. Berjalan merentas padang kawat nak pergi kuliah. Habis bocor kasut aku.

Balik kampung dengan Kak Yah dan Julie. Masing-masing tengah sarat. So tahun ni dapat lagi anak buah yang ke 9 dan 10. Julie dijangkakan dapat anak lelaki dan another girl for Kak Yah. Rezeki memasing ler kan. Anak Julie nanti Kak Yah yang akan jagakan. Julie jadi weekend 'mummy' jer.

Orang Kuantan pun balik semalam tapi aku tak sempat nak tunggu. Aku tak gemar sangat memandu waktu malam. So dalam pukul 5 petang aku terpaksa bertolak ke Banting. Sampai di CJ sebelum maghrib.

Hari ini badan aku dah semakin ok. Cuma selera makan memang tak der langsung. Tugasan di ofis makin melambak. Renovation untuk 'gudang' baru tu tak jalan lagi. Aku belum fikir camner design dia. Bajet amatlah terhad. Sebab semua benda kena cut cost sekarang ni. Overtime untuk staff dipotong separuh. Nak jimatkan belanjalah kan.

Dia call aku di kampong. Heran tak tanya apa-apa. Maybe dia nak tahu aku berada di mana. Terima kasih kerana prihatin.

Saturday, June 04, 2005

TIBA-TIBA

TIBA-TIBA

Semalam, mulanya elok sahaja. Namun dekat pukul 10 pagi mata aku semakin kabur. Email tak dapat ku baca. Pandangan berkaca. Kepala menjadi pening tiba-tiba. Aku cuba keluar mencari tumbuhan/pemandangan hijau. Tapi kat sini manalah ada pandangan hijau yang menyegarkan. Aku masuk semula ke ofis. Badan rasa nak pitam, rasa loya dan berpeluh dalam aircond.

Aku suruh Wan hantar aku ke klinik sebab aku sudah macam tak menjejak tanah lagi. Melayang dan pertuturan jadi tak betul. Tapi sempat juga memberi arahan itu dan ini. Jumpa doktor di kampus sahaja sebab aku tak tahan sudah. Doktor tu suruh aku baring dan dia buat pemeriksaan termasuklah sukat kadar gula dalam darah. Dia tengok mata aku kekuningan, dan kata mungkin aku kena jaundice (betul ke ejaan aku ni) something berkenaan dengan hati. Dia tekan-tekan perut aku tapi tak rasa sakit. Nasib baik takder apa-apa yang parah.

Rasa pitam dan loya aku disebabkan migraine aku yang datang tiba-tiba. Aku diberi ubat tahan sakit kepala beberapa jenis. Rasa loya dan nak pitam berterusan. Aku suruh Wan belikan 100 plus di StreetMall. Kedai tu pulak sudah nak tutup. Semua benda dijual separuh harga. Akhirnya dapat juga 100 plus yang aku nak tu di sebuah kedai minum di stesen bus.

Balik ke rumah makan segala ubat yang diberi dan tidur ... wallla!!! pukul 4.45 baru bangun. Terlepas sembahyang Jumaat sebab aku tak sedar apa. Lepas elok sikit dan boleh berdiri aku solat. Hantar SMS dan batalkan temujanji yang telah dibuat di sebelah malam.

Ke StreetMall carik makanan. Cuba 'chicken chop' di JFZ not bad gak. Kenyang jugak. Sakit kepala tak seteruk tadi. Lepas makan, memandu ke Tasik Cyberjaya. Tasik tu semakin tak terurus. Tapi aku sempat mengutip biji benih Lotus/Teratai yang tumbuh melata di tasik tu. Warna putih dan merah jambu. Jarang benar nampak biji benih pokok ni . Nanti nak tanam di tempayan yang aku beli tempohari. Ohhh pokok lotus di tasik tuu pun sudah tua dan macam nak mati semuanya. Kemudahan trek yang merintasi tasik masih belum diperbaiki. Nak tunggu TV3 datang menjenguk ker?

Terkenang masa sakit tadi, betapa aku takder sesiapa. Masa inilah aku mula berkira-kira jika apa-apa terjadi, hanya kawan-kawan yang dapat menolong. Keluarga jauh. Esok nak balik kampong, mungkin aku stress sejak kebelakangan ini. Pagi yang indah, bermula dengan baik berakhir dengan sesuatu yang tidak disangka-sangka. Hidup ini penuh dengan benda-benda diluar jangkaan. Bersedia sahajalah bila-bila masa ... sesuatu terjadi secara tiba-tiba.

Friday, June 03, 2005

PILOT PROJECT

PILOT PROJECT

Kerajaan nak perkenalkan pemberian kond*m dan jarum suntikan percuma kepada penagih dadah. Ini sebagai 'pilot project' untuk mengurangkan kadar jangkitan HIV dikalangan penagih. Bagi pendapat akulah ianya seperti menyelesaikan satu masalah dan menambahkan satu masalah yang lain. Dadah gantian telah diperkenalkan kepada penagih seperti SUBUTEX, kini kedua benda tu pulak nak diperkenalkan. Benda ni ada pro dan kontra. Kena tengok tahap penerimaan para penagih tu. Mmmm depa tu 'stabil' ker untuk membuat keputusan?

Di Sydney apa yang aku nampak, penagih memang diberikan jarum suntikan yang baru/bersih untuk mengelakkan jangkitan HIV. Namun depa akan berterusan jadi penagih tegar dan mati akhirnya. Namun langkah yang dibuat oleh kerajaan itu sekurang-kurangnya akan membendung isteri pasangan yang terlibat terkena jangkitan. Yelah, isterikan bila dah sayang akan tetap setia walaupun suami terlibat dengan penagihan nih.

Elang (Helang)


Aku ingin terbang tinggi
Seperti elang
Melewati siang malam
Menembus awan


Ini tanganku untuk kau genggam
Ini tubuhku untuk kau peluk
Ini bibirku untuk kau cium
Tapi tak bisa kau miliki, aku


Tak usah kau terus tangisi kepergianku
Air mata takkan memanggilku
Untuk kembali
Aku adalah mimpi-mimpi sedang melintasi
Sang perawan yang bermain dengan perasaan


(Aku adalah mimpi - mimpi, tiada arti)
(Aku ingin terbang tinggi seperti elang)


Dewa

Thursday, June 02, 2005

Entah

LAGI-LAGI ENTAH

Semalam ke premis wakil pengedar Proton di Puchong, alah sebab my friend memindahkan booking kereta Gen 2 dia. Mulanya dia buat tempahan di Putrajaya, tapi dah lebih 2 bulan tak dapat-dapat, sedangkan semua urusan pinjaman bank dah berbulan approve. Sambil tu aku apa lagi merisik khabar ler kereta model terbaru Proton yang kata wakil penjual tu kata Rabu minggu depan akan keluar. Dari apa yang aku lihat di brosur tu, TRM tu memang nampak sporty walaupun cuma 1.2 liter. Kecil sedikit dari Getz dan saiznya hampir menyamai Kelisa dan Kia Punto. Dari segi lain Myvi mendahului peserta-peserta dalam kategori harga 40-50 k ni.

Aku semakin sibuk yang melantun-lantun sekarang ni. Customer ada seribu satu hal yang memeningkan, tetapi under control. Maklumlah setiap bulan pergi training itu ini, jadi agak mangli jugalah dengan semua benda tu. Sekarang ni masa begitu cepat benar berlalu. Tup-tup dah petang, hehehhe.

Aku rasa seseorang itu minat orang lain, bukan aku. Dari gaya dia aku tahu tentang itu. Aku pun tak kenal dia. Aku buat andaian atas angin sahaja. Mungkin aku silap. Tapi selalunya naluri aku betul bila mengandaikan tentang ini. Mungkin aku silap. Entahlah ...

Wednesday, June 01, 2005

Training

SDP
Semalam ke Melaka ada Staff Development Program. Yelah kerja di universiti kalau tak menuntut ilmu dengan segala macam professor di universiti ini amatlah merugikan. Kepakaran dan pengalaman mereka terutama pensyarah yang pernah bekerja di sektor korporat sebelum terjun ke bidang pendidikan amatlah berharga.

Semalam diajar juga macamana nak uruskan kewangan kita. Topik Financial Planning ini memang menarik. Tiba-tiba semua orang yang bekerja nak jadi kaya macam jutawan Azizi Ali. Banyak dapat tips yang berfaedah. Lagi awal kita menyimpan dan dilaburkan lagi banyaklah untungnya. Paling kurang kita kena menyimpan paling sedikit seribu ringgit setahun kemudian dilaburkan. Bila pencen senanglah sedikit. Sebab kebanyakkan orang akan kehabisan duit EPF dalam tempoh 3 tahun selepas pencen.

Steps in the Financial Planning Process

1. Define financial goals
2. Develop financial plans and strategies to achieve goals.
3. Implement financial plans and strategies.
4. Develop budgets to monitor and control progress toward goals.
5. Evaluate results by using financial statements.

Masa topik penyelesaian masalah ada game yang dijalankan. Tergelak bila staff aku cuba kenakan aku. Aku dengan muka selambanya menjawab soalan tu. Ianya tentang masalah apa yang tengah aku fikirkan. Ada satu teknik untuk hafal steps problem solving ini.

Dodi And Diana In England Doing It

1.Define the problem
2.Analyse the problem
3.Determine solution requirements
4.Identify possible solutions
5.Evaluate solutions
6.
Decide
7. Implement and Monitor decisions.

Decisions selalunya dibuat dalam teamwork. Orang yang lebih pakar akan memberi input kepada team dan boss akan diberi maklumat secukupnya sebelum decide. Menarik topik ini. Since pensyarah tu kenal aku dan aku duduk depan. Dia asyik kenakan aku jer. Mmmm layan jerlah …


Ada lagi dua topik yang lain berkenaan Why Service Excellence?.

Statistiks menunjukkan :

96% of dissatisfied customers never complain.
1 dissatisfied customer will tell 13 others, whereas 1 satisfied customers will tell only 3 others.

Based on a research done in corporate sectors :

Reason customers are not happy :

9% Rate of return
23% Environment
68% Indifference in attitude shown by staff.

Customers need 9 good experience to cover 1 bad experience.


Begitulah bukan senang nak puaskan hati pelanggan. Kita buat macamana baik pun dia tetap akan tidak puashati. Kalau mereka tak komplen bukan bermakna kita perfect . Satu keburukan dengan mudah sahaja akan melenyapkan seribu kebaikan yang pernah kita lakukan.

Dalam huibungan sesama manusia begitulah, sukar diduga.

Baik berdiam diri macam N2O tuu … layan jerlah.