Wednesday, November 30, 2005

HILANG

HILANG


"Bukan rezeki ko lah Mal redha jerlah". Senang jer housemate aku cakap macam tu. Dia tak tahu betapa sakitnya hati aku bila menyedari perkara itu. Empat tahun, setia dia menemani perjalanan hidup aku di sini.

Ketika aku kehilangan sesuatu di Masjid KLCC, tuhan menemukan aku dengannya. Aku menanti begitu lama kehadirannya sebab susah nak dapat yang sepertinya. Bila telah serasi, bila hati dah suka. Seseorang yang maha kejam mengambilnya dari hidup aku. Di dalam rumah aku sendiri pulak tu.

"Yelah, yelah ... walaupun hanya selipar, tapi bukan sebarangan selipar tau! Mahal dan ada sentimental value."

Kawan aku sengeh sajer dan tak kata apa dah selepas tu.

"Kembalikan selipar aku !!!!"

Tuesday, November 29, 2005

Doa

DOA

Aku seperti tidak ingat lagi tentang dia selepas raya. Bila dia tidak jadi datang ke rumah beraya, aku bertambah tidak kisah lagi tentang dia. Dia sudah ada orang yang menjaga dan menyayangi dirinya.

Aku tidak perlu lagi mengingati dirinya. Walaupun aku mencuba, setiap waktu terluang tanganku gatal mengsms dia. Sepuluh kali SMS belum tentu dia menjawab. Tapi aku tahu dia membacanya. Cuma mungkin dia rasa tidak perlu membalas.

Tiada lagi nama dia dalam senarai doa-doaku setiap solat, 5 kali sehari. Bersungguh aku cuma melupakan dia. Bersungguhan kali ini. Jadi aku berhenti mendoakanya.

Menggingatinya dalam keadaan yang lain. Aneh dan mengharukan berselang-seli.

Saatnya ku berkata mungkin yang terakhir kalinya
Sudahlah lepaskan semua kuyakin inilah waktunya
Mungkin saja kau bukan yang dulu lagi
Mungkin saja rasa itu telah pergi

Dan mungkin bila nanti kita kan bertemu lagi
Satu pintaku jangan kau coba tanyakan kembali
Rasa yang kutinggal mati
Seperti hari kemarin saat semua disini

Dan bila hatimu termenung bangun dari mimpi2mu
Membuka hatimu yang dulu cerita saat bersamaku
Mungkin saja kau bukan yang dulu lagi
Mungkin saja rasa itu telah pergi

Dan mungkin bila nanti kita kan bertemu lagi
Satu pintaku jangan kau coba tanyakan kembali
Rasa yang kutinggal mati
Seperti hari kemarin saat semua di sini

Tak usah kau tanyakan lagi simpan untukmu sendiri
Semua sesal yang kau cari semua rasa yang kau beri

Peter Pan – Mungkin Nanti

Monday, November 28, 2005

Tak best

Tak Best Yer?

Kalau cerita best pasti aku tak ngantuk. Ni semua tertidur dan tiba-tiba kakak aku tersedar dan matikan TV. “Apa ending dia yer ?” .Aku diam dan terus masuk bilik dan sambung tidur . Anak buah aku termasuk atuk dia tidur lintang – pukang depan TV. Nilah penangan citer tak best agaknya.

Ingatkan bila Ziana Zain berlakon citer dia gerenti best. Tengok tajuk dan production house yang terbitkan nampak mantap. Tapi pengarahan dan skrip hancur. Penonton confused dan akhirnya TV tengok penonton.

Ingatkan nak review Cerekarama “Cermin Untuk Bulan”. Tapi aku nonton hingga takat bila ZZ kata dia muflis dan sambut raya di kampong dengan mak dia sahaja. Banyak sangat flashback tu yang cerita tak ‘smooth’. Kalau dia minimumkan flashback dia pada satu part drama tu mesti best. Ada lawak yang takperlu jugak. So aku tak boleh nak kata apa.

Aku tertidur.

Saturday, November 26, 2005

Memori TV Hitam Putih

MEMORI TV HITAM PUTIH
Oleh : Azhan A. Kamal

Aku jumpa dia di sini. Di kedai Seven Eleven. Dia rupanya bekerja di sini selama ini . Cuma aku yang tidak tahu. Dia agak malu-malu bila ternampak aku. Aku control nafas. Aku tidak mahu dia nampak aku menggelabah seperti selalu. Kami dibesarkan di kampong yang sama cuma aku dan dia amat berbeza.

Dia anak orang kaya. Waktu keluarga aku masih pakai pelita, dia sudah ada TV hitam putih menggunakan bateri. Sewaktu kecil aku selalu ke rumah dia menonton Combat atau cerita Melayu yang ditayangkan lewat malam selepas Berita Dunia. Akulah budak comot yang tak tahu bahasa selalu memaksanya membuka TV walau keluarganya tidak suka aku selalu ke rumahnya. Aku jenis yang tidak putus asa walau ada ketikanya bapanya selalu kata “Bateri dah habis” dan aku faham benarlah yang kedatangan aku itu amat mengganggu mereka.

Dia juga pandai semasa di kelas. Aku cemburu bila dia tahu semua perkara am di dunia ini sedangkan aku hendak menyebut perkataan yang dia sebut pun makan masa berjam. Mungkin sebab dia ada TV di rumah dan banyak buku di rumahnya yang dia baca.

Dia senyum kelat bila aku kena cubit oleh guru matematik yang suka mencubit bahagian dada . Sakitnya boleh terasa sampai ke otak, tetapi aku tetap tak pandai subjek matematik itu. Aku jadi gerun tiap kali guru itu masuk ke kelas sedangkan dia paling dipuja.

Setiap kali dia di hantar ke sekolah oleh bapanya dengan motor kami semua hanya memandang dari jauh. Seronok betul kalau aku juga dapat naik motor tiap-tiap hari agaknya. Sedang kami semua tekun mengutip sampah, dia baru sahaja sampai ke sekolah. Aku ke sekolah berjalan kaki dengan kasut yang sentiasa kotor kena becak. Jalan pula tidak berturap. Jalan tanah merah. Jauh rumah aku dari sekolah kira-kira 3 kilometer.

Dia menjadi kebanggaan sekolah bila mendapat 4A 1B ketika Penilaian Darjah Lima. Aku tidak mimpi pun tentang satu A yang tersesat diapit oleh B berderet. Aku belum rasa apa-apa tentang pentingnya belajar ketika itu.

Kami tidak lagi berhubungan bila dia ke sekolah Sains Selangor . Aku tetap bersekolah di kampong. Ke sawah setiap hujung minggu dan meneruskan rutin kebosanan di Jalan Mayang Rotan itu.

Kami jarang bertemu walaupun rumahnya tidak jauh dari rumahku. Ibunya begitu bangga bila anaknya dapat bersekolah di asrama penuh. Mak hanya mendengar dan mengiyakan segala apa yang di dengar.

Segalanya berubah bila aku mula minat menulis. Aku sentiasa ke perpustakaan bergerak yang singgah di kampong setiap petang Rabu. Aku banyak menelaah dan membaca novel-novel hebat sasterawan Negara. Aku mula membina ruang khayalan aku sendiri. Memenangi beberapa peraduan menulis cerpen dan aku dianugerahkan Biasiswa Kecil Persekutuan yang bernilai RM 300 setahun semenjak tingkatan satu lagi. Aku mula menghargai tentang peri pentingnya berjaya dalam pelajaran.

Suatu hari kami gempar bila dia mengutus surat cinta kepada kawan sekelas aku. Kebetulan masa itu Ustazah X sedang sibuk mengajar dan kawan aku itu tersengih-sengih di meja belakang membaca surat daripadanya. Silap besarlah, maka surat yang di kirimnya itu dirampas oleh Ustazah X dan di bacakan di hadapan kelas. Aku mula tahu tentang cinta remaja! Kawan-kawan aku dan dia sendiri mula ada perasaan itu.

Aku yang tidak handsome dan kurus kering, tiada siapa yang berminat. Akhirnya aku menumpukan sepenuh tenaga menangani SRP yang bakal menjelang. Alhamdulillah aku berjaya dengan agak baik. Aku tahu dia juga mendapat keputusan yang lebih kurang seperti apa yang aku perolehi. Kejayaan aku sebenarnya di dorong oleh ugutan ibuku yang mengatakan kalau tak lulus SRP aku bakal dibelikan sereban kambing untuk di ternak. Mana mungkin aku betah buat kerja itu semua.

Walaupun aku lulus dan naik ke tingkatan 4 Sains di TK, keluarga akau tetap memelihara kambing setelah Jabatan Haiwan memberikan baka kepada kami. Kini kerja aku bertambah banyak, ke sawah dan menyabit rumput untuk kambing yang membiak tidak henti.

Aku benci ke sawah dan tidak sanggup menyabit rumput untuk kambing kami setiap petang. Dia pernah tutup hidung bila terserempak dengan aku tanda ‘busuk’, padahal badanku tidaklah berbau kambing. Jahat sekali, tapi tidak apa. Ketika semua orang ada motor kapcai aku hanya berbasikal ke mana-mana.

Aku tidak punya banyak masa untuk urusan lain. Berbasikal sejauh 22 kilometer sehari dan tugas-tugas rutin membuatkan aku leka dengan dunia aku sendiri. Walaupun aku tidaklah anti sosial tapi keluarga aku memang amat tegas. Ketika kawan-kawan seusia aku mula merokok dan berjinak-jinak dengan dadah, aku tidak ternoda oleh anasir sialan itu.

Ketika keputusan SPM di umumkan dia tidak mendapat ‘result’ seperti apa yang diharapkan. Akhirnya dia masuk tingkatan 6 di sekolah aku di TK cuma berlainan kelas. Keputusan SPM aku agak baik juga. STPM aku juga tidak menghampakan. Dia gagal ke IPTA manakala aku meneruskan usaha di menara gading.

Hari ini aku jumpa dia semula dalam keadaan yang cukup berbeza. Aku bukan lagi budak comot yang pernah bertandang ke rumahnya untuk menonton TV dan dihalau oleh bapanya. Aku juga pernah bertugas di stesyen TV swasta tersohor negara dan meninggalkan stesen tv glamour itu bila mendapat tawaran lebih lebat .

Dia juga ada di sini, bandar Pentadbiran Kerajaan yang serba canggih dan aku meneruskan kelangsungan hidup dalam keadaan yang sukar aku impikan dulunya. Aku berikan kad nama kepadanya dan menjemputnya ke rumah bila berkelapangan. Pastinya, bukan untuk menonton TV!

MEMORI TV HITAM PUTIH 2
Oleh : Azhan A. Kamal

Malam itu aku dan Along beritahu Mak yang kami hendak nonton TV di rumah jiran. Cahaya bulan terang benderang. Memang kami tak ‘miss’ nonton Combat. Rumah dia sunyi sepi sahaja. Aku beri salam beberapa kali pun tidak berjawab. Mungkin suara aku terlalu halus dan bunyi cengkerik lebih nyaring.

Aku dan Along ke rumah kenalan kami yang lain. Agak jauh tapi demi rancangan TV kegemaran segala malu terpaksa di tepis. Akhirnya kami tiba di rumah Mak Cik Z ( kini sudah arwah, meninggal dunia akibat kemalangan dan ketika dia mengandung 8 bulan) . Orang sudah ramai memenuhi ruang tamu memandang peti TV kecil bersaiz 12 inci bewarna merah itu. Semua mendongak dan senyap.

Aku ternampak dia. Dia duduk di bahagian paling depan di temani adiknya. Setelah cerita tamat. Aku dapat tahu yang bateri tvnya baru petang tadi di hantar ke kedai Cina di Batu 6 untuk dicas semula. Sekali cas sehari semalam dikenankan bayaran RM1.50 sen.

Bila bateri TV mula habis, gambar jadi bentuk yang tidak menentu dan goyang. Kemudian hitam dan hanya dengar suara yang semakin hilang. Aku ketawakan dia dalam hati. Orang ada TV sendiri pun tumpang menonton di rumah orang lain juga.

Malam itu aku sungguh gembira. Kami lalu jalan short-cut bila balik ke rumah. Ada jalan kecil yang memisahkan antara sawah dan parit. Selain itu ada juga tanaman. Demi tidak mahu melanggar tanaman yang ada di sebahagian jalan yang kecil itu, entah macam mana Along dan aku serta basikal kami terhumban ke parit.

Terbenamlah kami di situ. Nasib baik air tak dalam. Rasa kegembiraan yang kami kecapi tadi hilang begitu sahaja.

Pendekkan cerita, bila selesai musim menuai tahun itu. Mak beli sebuah TV hitam putih hasil jualan padi. Mak dan bapak takut kami terjatuh dalam parit lagi agaknya.

*Rasanya nak sumbangkan tulisan ini untuk "Gangguan Tekstual" V5 apa macam?

Friday, November 25, 2005

China

CHINA DOLL


Kerajaan Malaysia di lihat bersungguh menangani pelancong Cina dan mengarahkan Menteri yang baru naik pelamin tu ke China untuk memberikan penjelasan tentang situasi sebenar tindakan mereka. Satu perkara yang bagus, namun ianya bukan atas dasar desakan ahli parlimen keturunan Cina untuk menangani isu ini. Pelancongan dan bukan pelacuran . Nampak sangat kita takut jika pelancong China tak datang ke Malaysia.

Siapa pelancong di Malaysia? Orang Amerika tak melawat Malaysia sebab mereka begitu percaya apa yang dilaporkan oleh media mereka. Sehingga usaha membawa reporter mereka yang ditanggung kerajaan pun, walaupun mereka datang tapi tak keluar dari bilik hotel. Mereka takut dengan bayang sendiri . Agenda yang di rancang untuk mereka menulis tentang negara kita ini gagal.

Ramai pelancong di negara kita dari UK, negara-negara eropah lain dan sudah semestinya Pak Arab yang membanjiri KLCC untuk shopping sakan.

Rasanya jika di lihat semasa mesyuarat menteri-menteri pelancongan di Langkawi awal Januari/Februari tahun ini Menteri Pelancongan kita malu besar bila Menteri Pelancongan China menghentam Malaysia sebab tiada satu pun kenyataan dari kementerian terbabit yang mengatakan Malaysia tidak terjejas akibat Tsunami. Orang China tidak dapat maklumat sebenar tentang keadaan di Malaysia. Agensi pelancongan kita tak jalankan tugas menyebarkan maklumat itu.

Lain pula kisahnya di Thailand walaupun Phuket rosak teruk, menteri pelacongannya mengarahkan kakitangannya keluar ke seluruh dunia menerangakan tentang Phuket masih selamat untuk dilawati dan akan pulih seperti biasa.

Seharusnya ketika negara jiran menghadapi bencana dan tidak ke Bali dan Phuket pelancong ini datang ke Malaysia yang tidak terjejas akibat Tsunami dan SARs tetapi sebab tiada usaha penyebaran maklumat dilakukan pelancong tetap tidak datang ke negara kita.

Bila pelancong China mula datang walaupun mereka sebenarnya telah datang sekian lama dan jumlahnya meningkat saban tahun. Wujud isu sebegini yang menjejaskan reputasi kita tentang melayan pelancong China terutamanya pelancong wanita.

Penyebaran maklumat yang tepat oleh agensi pelancongan kita perlu dilakukan berterusan dan bukannya bermusim, rebut peluang yang ada kerana Malaysia mempunyai produk pelancongan yang sungguh hebat. Sayang jika kegagalan menarik pelancong ke Malaysia bukan disebabkan negara kita tidak menarik tetapi tiada usaha berterusan akibat maklumat dan promosi yang diharapkan tidak sampai kepada golongan sasar ini.



DUIT GAJI

DUIT GAJI


Setiap bulan selain duit gaji yang diterima akaun bank saya selalunya akan 'penuh sesaat' juga bila kakak dan adik- beradik yang dah bekerja kirimkan duit untuk orang tua di kampong. Oleh kerana saya selalu balik kampung, depa percaya kepada saya untuk serahkan duit tu kat mereka. Dulu ada yang hanya bagi kat my mum jer tapi selepas kitaorang meeting dan discuss semula ada yang terbuka hati untuk memberikan 'portion' tertentu untuk my dad sama. Bukan apa kalau bagi kat my mum, dia lebih teliti dan tahu nak buat apa duit tu. Kalau bagi kat my dad terus, alamat sehari jer kang dah habis.

Tapi setelah kami semua berbincang ada yang rasa tak best kalau tak bagi kat bapak terus. Walaupun kalau bapak nak guna duit selalunya dia mintak kat mak. Mak I ni pulak penjimat bukan main. Zaman macamana pun duit dia tak pernah surut, thats why boleh selalu pergi umrah dan ke tanah seberang bila mood dia baik. Bapak biasanya carik duit sendiri, sebab dulu dia macam tak suka terima duit dari anak-anak. Tapi we all faham , bapak dah tua dia patut sudah bersenang lenang terima duit kita orang setiap bulan. Sepatutnya dia menerima kalau tak sama pun separuh dari yang mak dapat. Anak-anak perempuan dalam keluarga kami biasanya bagi jumlah yang lebih sedikit untuk mak atau bagi duit untuk mak sahaja. Macam saya dan adik lelaki saya beri jumlah yang sama untuk mereka berdua.

Hidup di kampong pun sebenarnya memerlukan perbelanjaan yang banyak juga. Biasalah selalunya ada kenduri kendaralah. Lebih-lebih lagi musim orang kahwin sekarang nih. Tapi sesuatu yang saya perhatikan bapak tak pernah merungut bila mak malas nak masak yang berat-berat. Apa yang mak saya masak walau sesimple mana pun dia diam jer dan makan tanpa banyak songeh. We all selalu pesan kalau malas nak masak sebab hanya berdua jer, lebih baik beli makanan di kedai. Kalau mood depa baik, my parents belilah. Kadang peti sejuk barang-barang dia tak berusik pun. Penuh jer tak berkurang. Ikan keras jadi batu dan daging pun kalau di baling kat dinding mahu runtuh.

Thats why saya selalu balik kampong sebab saya tahu kalau saya balik or anak-anak balik, my parents rasa seronok dan time inilah mereka akan masak tak henti macam berminggu kami tak makan.

Thursday, November 24, 2005

SAMAN

SAMAN


Salah seorang adik-beradik company tempat saya bekerja kena tuntutan saman 1.6 billion. Tapi kes baru difailkan. Risau gak kalau ianya menjejaskan bonus kitaorang hujung tahun nih. Tak dapat kang nak berpesta pora dengan mega sales hujung tahun. Teringat program "kita kan sekeluarga" yang ditunjangi oleh syarikat tu. Macamana yer? Harapnya lawyer keluarga kami tu dapat berbuat sesuatu yang miracle.

Perokok di negara kita yang mengidap penyakit akibat daripada tabiat merokok boleh menyaman syarikat rokok yang didakwa menyebabkan penyakit tersebut. Langkah ini boleh diambil mulai bulan Oktober 2005. Ini berikutan daripada keputusan kerajaan untuk menggunapakai peraturan yang dibuat oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia, selepas raktifikasi kerajaan terhadap Konvensyen Rangka Kerja Antarabangsa Mengenai Kawalan Tembakau (FCTC).

Bab saman menyaman ni, orang kita malas sikit. Tapi kalau di kaji secara halus boleh jugak buat duit dengan adanya 'lorong' undang-undang yang melindungi pengguna/pelanggan. Contoh paling baik ialah tentang perkhidmatan bank. Sesiapa sahaja yang bekerja di bank tidak boleh mendedahkan maklumat kewangan pelanggannya kepada pihak ke-3 hatta isteri pelanggannya sendiri. Ada satu kes yang berlaku di Singapore yang melibatkan sebuah bank antarabangsa yang memberikan khidmat kad kredit. Setiap bulan pegawai pungutan hutang akan membuat reminder call kepada pelanggannya. Oleh kerana nama pelanggannya tu lebih kurang jer sebutannya dengan nama isterinya. Pegawai bank tersebut telah memberikan maklumat kewangan baki kad kredit tersebut kepada isteri pelanggannya. Si suami mengambil peluang ini untuk menyaman bank tersebut. Ikut undang-undang si suami boleh mendapatkan sehingga 500k. Yang untungnya that guy dapat melupuskan hutang kad kreditnya yang berjumlah 120k plus another fresh 120k lagi sebagai gantirugi. Bayangkan jika kita mengetahui hak kita.

Saya lihat kefahaman tentang hak kita sebagai pelanggan di negara kita kurang. Kita selalu diperkotak-katikkan dengan bank. Ingat ! setiap perbualan kita bersama mereka akan dirakamkan. Jika ada yang tidak puas hati komplen dan saman jika perlu (hahhha). Contoh paling ketara bank selalunya mudah benar memberikan data baki pinjaman kereta kita kepada jurujual kereta. Ikut undang-undang, pihak peminjam perlu mengeluarkan surat kepada bank jika ada pihak ke-3 yang ingin mendapatkan maklumat tersebut. Di sini kita tidak kisah pun, jurujual kita gunakan 'cable' mereka untuk mendapatkan maklumat ini semudah A,B,C. Sepatutnya tidak boleh begitu.

Yup kita perlu banyak mengetahui hak kita. Jika tidak kita akan terlepas peluang untuk menyaman orang pula!

Wednesday, November 23, 2005

Artikel

Di sebalik penukaran jantina

LIPUTAN berita dan maklum balas masyarakat umum baru-baru ini tentang perkahwinan antara seorang lelaki yang telah menjalani pertukaran jantina dengan seorang lelaki yang lain menunjukkan bahawa rakyat umumnya belum mempunyai gambaran tepat tentang gender dan seksualiti.

Seksualiti bukan hanya bergantung kepada struktur dan fisiologi kelamin seseorang itu, malah ia terutamanya bergantung kepada perasaan.Setiap insan mempunyai kesedaran dalaman dari segi psikologi tentang jantinanya, sama ada merasakan dirinya perempuan atau lelaki. Kesedaran ini tidak boleh diubah dan dikenali sebagai identiti gender.

Identiti gender seseorang mulai ketara apabila seseorang berumur dua setengah tahun. Ramai orang beranggapan identiti gender dikaitkan dengan sifat fizikal seseorang yang dapat dicam melalui organ kelaminnya. Akan tetapi, terdapat sekumpulan minoriti yang mempunyai identiti gender yang tidak serasi dengan sifat fizikal kelaminnya.Mereka memang telah wujud dalam dunia ini sejak azali lagi, di mana-mana juga dan dalam semua budaya.

Istilah yang tepat untuk merujuk kepada mereka ini ialah `transgender'. Identiti gender memanglah merupakan salah satu daripada asas kehidupan setiap insan. Apabila seorang bayi dilahirkan, sudah tentu orang ramai ingin tahu sama ada ia akan hidup sebagai seorang lelaki atau wanita.Akan tetapi, oleh kerana identiti gender lebih berkait dengan perasaan, ia tidak boleh ditentukan pada saat kelahiran.

Apa yang ketara pada saat kelahiran ialah ciri-ciri fizikal organ kelamin, yang digunakan oleh orang ramai untuk ``mengandaikan'' identiti gendernya.Sebagai contoh, seseorang yang mempunyai ciri-ciri fizikal organ kelamin lelaki kemungkinan besar akan menjalani hidup dengan merasakan dirinya sebagai orang lelaki, menepati ``andaian'' orang ramai. Tetapi, untuk golongan transgender, ``andaian'' ini tidak tepat.

Barangkali seseorang yang dilahirkan dengan ciri-ciri organ kelamin lelaki akan merasakan dirinya sebagai seorang perempuan.Maka, keadaan menjadi rumit apabila golongan transgender dipaksa oleh masyarakat sekeliling untuk menjalani hidup bersesuaian dengan ``andaian'' yang dibuat berdasarkan ciri-ciri fizikal mereka semata-mata.Ini bermaksud bahawa mereka sebenarnya dipaksa untuk menjalani hidup sebagai jantina yang bertentangan dengan naluri mereka.

Mereka tidak mampu mengubah identiti gender mereka walau betapa kuat pun mereka berusaha.Seorang mak nyah akan merasakan dirinya sebagai seorang wanita.Jika kita memaksanya untuk hidup sebagai seorang lelaki, ini bermaksud bahawa kita sebenarnya sedang memaksanya untuk melakukan sesuatu yang amat pedih dan memang tidak mampu dilakukannya.

Situasi ini seolah-olah memaksa seorang wanita hidup sebagai seorang lelaki.Di kalangan transgender, ada juga yang melalui pembedahan untuk menukar jantina fizikal untuk mengurangkan percanggahan antara identiti gender dan ciri-ciri fizikal kelamin mereka. Orientasi seksual ialah daya tarikan seseorang terhadap orang lain dari segi emosi, romantik, seksual dan kasih sayang.

Kebanyakan orang tertarik kepada jantina berlainan (heteroseksual) sementara segolongan kecil manusia tertarik kepada jantina yang sama (homoseksual / gay).Orientasi seksual seseorang itu mulai ketara sejak awal remaja dan tidak boleh diubah sesuka hati. Seorang mak nyah mempunyai gender identiti sebagai seorang wanita. Ini bermakna, mereka mempunyai perasaan dan daya tarikan seperti orang wanita walaupun mereka mempunyai ciri-ciri fizikal lelaki.

Maka, untuk seorang mak nyah yang tertarik kepada orang lelaki, sebenarnya orientasi seksualnya bersamaan dengan seorang wanita heteroseksual dan bukannya lelaki gay.Oleh itu, jika dia berkahwin dengan seorang lelaki, adalah tidak tepat untuk merujuk kepada perbuatan tersebut sebagai ``perkahwinan sejenis''.

Orientasi seksual tidak mempunyai kaitan dengan identiti gender. Keadaan ini dapat dilihat melalui pengalaman individu dan pemerhatian pakar perubatan. Namun, masyarakat umum kurang dapat memahami perbezaan di antara kedua-duanya. Oleh itu, masyarakat umum seringkali membuat andaian bahawa seseorang mak nyah itu sebenarnya ialah seorang lelaki gay. Ada juga yang membuat andaian bahawa lelaki gay mempunyai keinginan untuk menukar jantina kepada wanita.

Sebenarnya, berlainan dengan golongan mak nyah, seorang lelaki gay mempunyai gender identiti sebagai seorang lelaki dan dengan itu, tidak mempunyai keinginan untuk menukar jantina mereka. Masyarakat bimbang bahawa gay, transgender dan keinginan untuk penukaran jantina itu adalah sesuatu yang boleh ``merebak''.

Akan tetapi, identiti gender dan orientasi seksual seseorang tidak boleh ditukar dengan sewenang-wenangnya, dan ia tidak boleh bertukar disebabkan oleh ``pengaruh orang lain''. Oleh itu, masyarakat sebenarnya tidak perlu bimbang jika mereka telah mengkaji fakta-fakta di sebalik isu ini.

Kepelbagaian identiti gender dan orientasi seksual di kalangan manusia sebenarnya menjadi ciri masyarakat sejak azali lagi merentasi semua budaya di dunia.Maka, tindakan mengharamkan penampilan golongan minoriti seksual sebenarnya tidak akan mengubah seksualiti mereka tetapi akan memaksa mereka untuk menjalani kehidupan yang penuh dengan penderitaan.

Oleh itu, hujah di sebalik desakan untuk mengharamkan penampilan golongan minoriti seksual bukan sahaja akan menyebabkan penderitaan ramai insan yang tidak bersalah, malah ia hanya akan menimbulkan ketakutan yang tidak berasas di kalangan masyarakat umum.

- PROFESIONAL PERUBATAN, New York, Amerika Syarikat.
Utusan Malaysia 23 Nov 2005

Nota : A good article about this issue. Takut hilang (maklumat yang wujud namun gagal di kesan bila dikehendaki ditafsirkan hilang) so I letak di sini supaya semua orang boleh memahaminya.

GHAIB

"GHAIB"

Imigresen gagal mengesan 'ramai' pelancong China yang terbenam di Malaysia.
Menurut angka-angka tersebut dalam tahun 2002 , daripada 537,000 pelancong China yang masuk hanya 360,000 pulang; tahun 2003, 500,000 masuk hanya 315,000 keluar. Ini data dari tahun 2002. Tahun 80an -90an? Silap-silap ramai yang sudah dapat warganegara sebab dulu penyelewengan amatlah banyak terutama di dalam mendapatkan kad pengenalan dan segala lesen yang boleh di 'terbangkan'. Baru kinilah badan-badan berkenaan terjaga dari tidur yang panjang. Rasanya mungkin dalam 25 tahun mereka bertugas baru tahun nilah mereka tersedar kes ni terjadi. Aneh pulak ...

Teringat dulu cakap-cakap orang yang kalau keluarga China mati tidak dilaporkan dan kad pengenalannya di tukar dengan 'saudara' mereka di China. Mungkin perkara ini benar-benar terjadi. Sebab kalau tidak masakan ramai warga China yang tidak fasih Bahasa Melayu? Lagipun orang Melayu tidak ambil pusing sangat tentang puak mereka ni. Kalau ada pun hanya urusan nak membeli barang sahaja. Nak tegur-tegur bermesra-mesra hanya di iklan dan kempen di TV sedangkan hakikatnya tidaklah sebegitu molek. Prasangka? Kadang perlu juga sedikit.

Tak entah ler yer, kalau di pilih untuk memilih negara mana untuk diduduki saya tetap memilih Malaysia. Malaysia ni memang bumi bertuah dengan segala sikap tidak apa rakyatnya. Apa yang berlaku hari ini kalau tiada siapa yang bising akan selamatlah untuk tempoh yang panjang itu pun kalau ada ...

Tuesday, November 22, 2005

CUTI

CUTI ... eh EL Ler !


Hari ini ambil EL, hantar Yana balik kampong. Saya nak hantar dia ke rumah Kak Yah di Banting dia tak mahu. Ada krisis dalaman kot sebab kes masa raya lepas. Hehehe dah tua-tua bangka pun boleh 'gaduh- gaduh' pasal turn masak. Tak masuk akal kadang tu, sebab yang sorang sensitif dan sorang lagi cakap main lepas. Citt ...

Entah bilalah my parents boleh lepaskan Yana nih naik bus balik kampong pun tak tahulah. Takut kena culiklah, pencopet ramailah, kena kacaulah nanti dan banyak sangat benda yang boleh buatkan semua orang nanti risau kalau dia balik sorang dengan bus. Kat kampong pergi kedai depan rumah pun Abah kena temankan. Memanglah bagus, tapi tak larat nak layan kadang tu sebab kita ni pun kan ada agenda kehidupan masing-masing. Apapun demi tak mahu risaukan orang tua pak cik pun cutilah hari ini. Dia bercuti semester ...

Rindulah kat baby Arief, dia sudah ada pengasuh sekarang nih. Tak bolehlah nak bermanja-manja macam selalu. Kalau nangis pun orang tak heran ler kecualilah kalau ada mak bapak dan uncle/ auntie dia yang penyayang nih. Seronok jadi babylah tak perlu fikir banyak sangat tentang bil itu ini hahahha ...

Ada seseorang tu marah sebab saya sentiasa 'vocal' bila bercakap. Since saya tak mintak makan dengan dia, tak ada 'personal interest' so saya bebas bercakap kalau tak puas hati. Tapi dia terasa hati bila kebenaran amat menusuk pankreas dia yang kembang kuncup mengepam segala perkumuhan yang ada di badan dia tuh. Kawan-kawan dia memanglah baik sebab semua mereka tu dapat merasa dulang emas yang terhidang di depan mata, boss pekerja etc. Hidup ini sungguh pelik, manusia paling takut pada kebenaran. Mereka lebih suka orang cakap benda-benda yang enak didengar dan mengampu. Tak apalah suatu hari nanti dia akan faham juga, walau waktu itu pastinya sudah terlalu terlewat dan saya sudah tidak akan ada masa untuknya lagi.

MELEWATI PUSARANYA

Perjalanan kita ini
mengarus dengan urus
bila menerus jalan
melewati pusaranya
antara keyakinan yang ada
di kehadapan memacunya.

Biarlah sampai
kesimpulannya
yang tahu memaut sentuhan
meracik kekaki pencadang
menanggam segala rancang
di setiap sudutnya
agar sekali-kali tidak terluntur
tersisih dari genggaman dasar.

S.M Salim
Bukit Gambir Muar.
( Mingguan Malaysia Ahad 20 November 2005 p:30)

Pening memikirkan apakah maksud sajak S.M salim kali ini (pasal kematian Dr. Azhari ker?). Dari dulu memang suka sekali mengumpul sajak dia. Paling saya hafal ialah puisi dia "Menggenggam Darah" tu tersiar awal 90-an dulu. Entah-entah penulisnya sendiri tak hafal sajak tu. Ahad lepas cerpen Saifullizan Yahaya bertajuk "Mesin basuh" juga best, sebab penamat dia tergantung ikut penafsiran kita sendiri dengan sepotong ayat yang tak habis "lagipun mesin basuh tu". Misteri, depa semua suka buat kepala kita pening. Hahaha mungkin depa nak kita memikirkan apa yang terakam di kepala otak depa agaknya ...

Monday, November 21, 2005

7 Rahsia

Rahsia sihat mental, fizikal sepanjang hayat
Oleh Nor Affizar Ibrahim ( BH 21 Nov.2005)


KESEJAHTERAAN minda, fizikal dan rohaniah adalah konsep asas serta ideal untuk hidup sihat sepanjang hayat. Bagi mencapai atau dalam usaha membentuk kesejahteraan hidup sihat itu, tujuh prinsip penting yang perlu diamalkan oleh setiap individu.


Pengasas dan Pengerusi Eksekutif, Worldwellness Network Sdn Bhd (WWN), Dr Noordin Darus, berkata prinsip yang harus dipegang itu ialah ketegangan minda, kesihatan dan tenaga, kasih sayang yang berpanjangan; kebebasan kewangan, mempunyai matlamat hidup, memberi dan membalas serta bersyukur.

Dr Noordin yang pernah berkhidmat sebagai pakar sakit jiwa, berkata ketenangan minda misalnya, membawa kepada peranan utama untuk memastikan kesihatan tubuh badan. Banyak kes menunjukkan, jiwa yang tidak tenang akan menyebabkan pelbagai penyakit dan akibatnya, keseimbangan dalam diri tidak tercapai sepenuhnya. “Minda sihat lahir daripada badan yang sihat. Badan sihat pula lahir daripada minda yang sihat. Tetapi dalam kehidupan, semua orang akan mengalami tekanan dalam hidup. Oleh itu, kita perlu bijak menanganinya.

Ini kerana tekanan ialah reaksi terhadap persepsi atas apa yang berlaku dan jika tidak terkawal, ia boleh memberi kesan lebih buruk. “Sesuatu yang anda harus tahu, persepsi itu seolah-olah ‘cermin mata’ yang anda pakai. Jadi, persepsi anda mestilah jelas termasuk, mengenai batasan hidup, prinsip hidup, keutamaan harus diberikan dan sebagainya.” kata Dr Noordin ketika menyampaikan ceramah pada program motivasi, “Tujuh Rahsia Sihat Sepanjang Hayat” yang di adakan di Pusat Konvensyen Sunway Piramid, Petaling Jaya, baru-baru ini.

Seminar anjuran WWN itu antara lain bertujuan, menyemai keprihatinan dan penjagaan yang mendalam terhadap kesihatan, kecergasan dan tahap tekanan di samping, memberi panduan dalam membentuk pelan gerak kerja realistik agar lebih kreatif dan positif. Dr Noordin berkata, bagi mendapatkan ketenangan minda, seseorang itu tidak seharusnya terlalu ‘mendekatkan’ diri dengan masalah dihadapi. Misalnya, apabila suami isteri bergaduh, salah seorang mesti berundur tetapi jika kedua-dua berbuat demikian, tindakan seumpama itu jauh lebih baik.

“Keluar dari pertengkaran itu bukan bererti masalah sudah selesai. Berundur juga bukan bermakna lari dari masalah. Sebaliknya, berundur sebentar sekurang-kurangnya, dapat meredakan persengketaan. Memang ramai yang mampu melaksanakan perkara ini dari segi teori tetapi realitinya sukar kerana tidak dipraktikkan dalam kehidupan,” katanya.

Mengenai matlamat atau tujuan hidup beliau berkata, prinsip itu sangat penting bagi menentukan hala tuju kehidupan seseorang. Untuk mencapai itu, individu perlu ada keyakinan diri kerana ia asas sikap yang dibentuk. Selain itu, dalam kehidupan adalah penting seseorang itu memahami lima fasa kehidupan yang manusia tempoh iaitu roh, janin, dunia, kubur dan akhirat.

“Anda kena faham di mana fasa kita berada. Ini kerana setiap individu itu mesti mempunyai matlamat hidup iaitu berkhidmat kepada Tuhan, sesama manusia dan diri sendiri serta alam sekitar untuk mewujudkan kesejahteraan hidup," katanya.

Kata beliau lagi, antara tujuh prinsip yang diketengahkan, kebebasan kewangan antara perkara yang sering diabaikan dan diperlekehkan kebanyakan individu. Padahal, mencari rezeki dan mengumpul aset adalah satu tuntutan dalam kehidupan.Nasib seseorang tidak akan berubah selagi diri sendiri enggan mengubahnya. Walaupun rezeki manusia itu berbeza-beza, sewajarnya setiap individu mesti berusaha bagi memperbaiki kehidupan.

“Ini bukan soal mata duitan tetapi membina kehidupan yang lebih baik. Malahan, tiada kebebasan wang boleh membawa pergaduhan dan iri hati yang akan turut meruntuhkan kenikmatan sedia ada. Oleh itu, ingatlah, ganjaran diperoleh adalah apa yang kita usahakan sendiri,” katanya.

Sunday, November 20, 2005

Daun Ketupat Kering

DAUN KETUPAT KERING

Nasib baiklah saya menonton sendirian drama hebat ini. Benci sekali bila airmata mencurah laju tanpa di minta. Drama Arahan Rashid Sibir ini membariskan aktor hebat Rosyam Nor dan Fauziah Nawi satu gandingan yang sentiasa menjadi.

Kisah seorang ibu menanti kepulangan anak-anak dari kota untuk beraya bersamanya di kampong. Ibu tunggal itu menanti dengan penuh pengharapan ketibaan anak-anak dan hanya menerima kepulangan jenazah ke semua anak-anaknya yang terlibat dengan kemalangan ngeri di malam raya.

Plot bergerak dengan imbas kembali peristiwa yang berlaku 2 minggu sebelum syawal bila Along, angah, Su dan Achik bersama menantunya Ita dan anak angkatnya Midi yang tinggal bersama si ibu merasakan hari raya yang bakal di sambut tahun ini cukup berbeza. Mereka masak makanan yang dihajati seakan tidak akan lagi bertemu di Syawal nanti. Si Along memberikan amanat-amanatnya kepada Midi seolah-olah mereka tidak kan ketemu lagi nanti. Harapnya siapakah yang akan menjaga cucu sulung sungguh menyentap rasa.

Antara babak yang paling diingati ialah ketika Along memberikan hadiah gelang dan kalung emas kepada si ibu dan memintanya memakai barang kemas tersebut di pagi raya. “Sikit bagi banyak mintak”.Harapan anak-anak untuk membahagiakan si ibu yang telah lama bersusah-payah membesarkan anak-anaknya sehingga berjaya. Sebuah rumah baru untuk si ibu, kuncupan mesra di kepala si anak memberikan makna Hari Raya lebih bererti. Namun akhirnya semua anak-anaknya meninggal dunia. Begitu juga dengan si menantu yang turut sama mati setelah melahirkan anak sulungnya.

Along rindu masa lalu, tapi terlalu rindukan masa lalu pun boleh jadi gila”.

Kehilangan itu memang amat menyakitkan …

Tertulis nama di hati
Sentuh rasa terdalam di jiwa
Tak ku duga jadi begini
Dalam ucap ku anggapkan rasa

Rasa cintaku dalam benciku
Sesungguhnya aku masih cinta
Sesungguhnya aku masih sayang
Yang terjadi dalam cinta kita
Kerna angkuh hati

Hanya aku yang persis merasa
Bunga cinta masih harap cuma
Walau ada yang lain telah hadir
Hatimu yang terpilih

Jika hati boleh memilih
Inginku sapa dirimu di hati
Akhir esok apa terjadi
Kerna hati kita yang tahu

Rossa – Hati Yang Terpilih

Saturday, November 19, 2005

Al Fatihah

AL-FATIHAH BUAT DR. AZHARI (ARWAH)


Setiap manusia pasti ada nilai mulia di hatinya, seteruk mana pun kehidupan yang dilaluinya atau fahamannya tentang sesuatu perkara pasti ada nilai positif yang boleh kita pelajari. Dr. Azhari ‘berjuang’ dan memperjuangkan apa yang dia fikirkan adalah benar. Mungkin dia melihat sesuatu yang kita sendiri tidak terfikir dan sedar tentangnya. Dia memiliki kepintaran dan kerjaya . Beliau tidak pernah menghasut anak didiknya atau saudara maranya melakukan apa yang dilakukan itu. Tidak sesekali meracuni pemikiran belia di negara ini untuk sama-sama mengikut jejak langkahnya. Dia berjuang sendirian kerana itu adalah pilihannya.


Dia sendirian ketika saat kematiannya. Kita masih belum jelas di atas setiap pengeboman yang dikaitkan dengannya. Kematiannya pasti tidak akan menghentikan tindakan ganas pengebom berani mati di seluruh dunia. Ada manusia yang terus ingin berjuang demi menegakkan Islam dan ramai juga umat Islam yang hanya melihat dan meneruskan kehidupan seperti biasa. Mengejar kekayaan dan kesenangan sendiri dan tidak peduli tentang perkara ini.


Berikut petikan surat Azhari itu yang disiarkan oleh detik.com;


Ketahuilah sayang, kematian pasti datang. Yang penting, bagaimana cara untuk mati. Mati yang dapat redha Allah atau mati yang dalam kerugian.


Abang melakukan jihad kerana abang takut akan ancaman Tuhan jika tidak melakukan jihad ini. Doakan abang mati secara syahid kerana mati syahid adalah cara yang paling mulia.


Abang sebenarnya khuatir terhadap saudara-saudara abang dan saudara-saudara kamu juga, yang selalu mementingkan dunia. Apabila abang mati syahid akan bererti abang akan membawa 70 keluarga abang ke surga. Kerana seorang syuhada kalau dia mati maka surga akan diramaikan 70 anggota keluarganya.


Akhirnya abang meminta maaf atas kesalahan abang kepadamu. Dan abang pun sudah memaafkan semua kesalahanmu. Dan jagalah anak kita, Aisyah dan Sabil
.


Surat itu tidak sempat dibaca oleh isterinya di Malaysia kerana tidak sempat dipos. Surat itu ditemui polis Indonesia yang melakukan serangan ke tempat persembunyian Azhari di Vila Flamboyan, Jalan Flamboyan Raya, Kota Batu, Malang di Jawa Timur. Azhari ditembak mati pada 9 November. Seorang rakannya turut mati. Polis mengakui menemui banyak surat Azhari di rumah yang disewanya itu.


Satu kematian dan banyak lagi kematian menyusul …


BAGHDAD 18 Nov. - Sekurang-kurangnya 77 orang terkorban dan lebih 90 lagi cedera apabila dua pengebom berani mati meletupkan diri mereka dalam dua buah masjid pengikut Syiah di timur Iraq, tengah hari ini. Letupan itu berlaku semasa sekumpulan jemaah mengerjakan sembahyang Jumaat di Masjid Sheikh Murad dan Masjid Besar Khanaqin. Kedua-dua masjid berkenaan dilaporkan musnah sama sekali dalam letupan itu.”


Al- Fatihah

Friday, November 18, 2005

KIAN

KIAN

Lagu ini benar-benar memberikan satu luahan rasa paling lengkap dalam diri saya. Pemilihan kata yang begitu tepat, sukar dipercayai ianya begitu menyamai apa yang saya gambarkan selama ini. Satu garis cerita yang sama plotnya. Akhirnya disudahi dengan baris kata ini …”Sebenarnya sudah lama ku sungguh berkecil hati”.

Hati siapakah yang tidak akan meronta bila lagu ini melantunkan kisahnya dalam muzik paling memukau. Saya terpaku …

KIAN

Kian jauh
Kian hilang
Kasih antara kita
Nampak tenang
pada zahirnya
Tapi batin tersiksa

Yang terguris tak nampak di mata
Yang terhiris terluka
Sesekali terbit airmata
Tahan sebak di dada.

Ke manakah nak di bawa
Resah kian melanda
Di manakah hendak ku khabar
Pilu di dalam dada
Bila kasih di hujungnya nyawa
Rasa ingin di manja
Perasaan pun kian tersentuh
Bila rindu ini berlabuh

Apakah yang di kejar dalam hidupmu
Berkali ku kata padamu
Kita singgah di dunia yang sementara
Penuh tipu daya
Yang kekal di sana
Biarlah kita bersama
Usahlah hanyut terus terlena
kerana dunia.

Pada aku masih ada
Kasih belum terhakis
Sebenarnya sudah lama
Ku sungguh berkecil hati.

Lagu : Fauzi Marzuki
Penyanyi : Mawi

Menurut teori psikologis Dr Norman Vincent Peale, pakar pemikiran positif yang terkenal; “Tugas utama manusia bukanlah menanggung kehidupan, tetapi menguasai kehidupan”.

Seorang sahabat Rasulullah SAW, Abdullah bin Mas’ud berkata : “Belum pernah aku menyesal, melainkan penyesalanku ketika matahari terbenam, semakin singkat umurku, sedangkan amalanku tidak bertambah.”

Jadi saya juga tidak akan menyerah dengan kehidupan yang saya jalani, bahkan saya berusaha untuk menguasai kehidupan dengan lebih bersemangat. Saya seorang pejuang yang belum tertewas … cuma saya belum bernasib baik!

Lebih baik meronta-ronta, menjerit di dalam blog dan maintain 'ganas' di dunia nyata. Kita boleh 'membunuh' dan melakukan apa sahaja CUMA di dalam fikiran kita dan kita tidak akan di saman kerananya!









Thursday, November 17, 2005

Soul Mate

SOUL MATE


Semalam berhajat nak menonton Zorro2 di IOI Mall Puchong. Tapi setelah beratur panjang, depa kata filem tu takder ditayangkan malam tu. Heran kat newspaper kata ada pulak. So we all pun ambil keputusan pergi makan jer lepas tu. Saya sempatlah menjenguk di Homelife, wah banyak sekali tawaran menarik. Ada satu sofa yang dari tahun lepas saya minat sangat dah ada tanda SOLD. Macam tulah semua perkara kalau lambat sikit mestilah kena sambar. Tapi memang harga dia dapat potongan gila-gila.

We all carik makanan di area Puchong, ada satu gerai “Pecah Periuk” yang kami selalu makan tutup pulak. Depa masih cuti beraya agaknya. Masa nonton berita TV3 tu adalah satu kes seorang anak membunuh ibunya dan kemudian menghumban mayat ibunya ke tebing. Gara-gara si ayah menegur anak yang menagih dadah tersebut menguatkan volume tv yang ditontonnya. Semua ini di bawah pengaruh dadah. Saya tak terkata apa. Teringat ibu bapa saya di rumah tiba-tiba. Mereka tinggal berdua sahaja di rumah, di tengah sawah.

Terbaca artikel ni di majalah :

8 Petanda dia adalah Soul Mate Anda …

Petanda 1 – Persefahaman.
Saling membantu dalam semua urusan remeh atau besar. Melalui segala aspek kehidupan secara bersama-sama. Menyenangkan walaupun tanpa melibatkan orang lain.

Petanda 2 – Kemampuannya bersikap bersahaja di depan anda.
Gerak-gerinya, cara berpakaian, gaya rambutnya, caranya berbicara serta tertawanya memberi kesan kepada kita atau tidak? Adakah caranya bercakap nampak sopan atau di buat-buat.

Petanda 3 – Deria batiniah membuat hati kamu berdua selalu saling memahami.Bila anda atau si dia saling dapat membaca fikiran dan menduga reaksi serta perasaan satu sama lain pada situasi tertentu.

Petanda 4 – Bersamanya dapat membuat perasaan kamu menjadi tenang, selesa dan tanpa perasaan tertekan. Berjam-jam bersamanya setiap waktu dan setiap hari tanpa membuat anda berasa bosan.

Petanda 5 – Dia selalunya ada untuk anda dalam situasi apapun. Dan dia selalu dapat memahami situasi dalam hati anda baik dalam suka dan duka.

Petanda 6 – Dia tidak peduli dengan masa lalu keluarga anda, sewaktu bersama kekasih terdahulu. Dia juga tidak malu-malu menceritakan masa lalunya. Dia bersedia menerima anda seadanya.

Petanda 7 – Anda tidak malu-malu menunjukkan kekurangan diri padanya. Dia juga berterus-terang tentang kelemahan dan kekurangannya.


Petanda 8 – Anda berasa rahsia anda selamat berada di tangannya daripada di tangan sahabat-sahabat yang lain. Atau anda rasa sudah tidak dapat lagi menyimpan rahsia.

Kalau kelapan-lapan tada ini telah kita temui padanya nahhhh ….

Disesuaikan daripada artikel Napi Hashim “ 8 Petanda dia adalah Soul Mate Anda …”, Maskulin November 2005 p: 31.

Apa yang berlaku selalunya saya mendapat seseorang yang memberikan saya ‘nasty winter’ unless sesekali spring dekat Wisteria Lane (lokasi Suri rumah terdesak).

Baru memulakan pembacaan buku : Matthias Chang “Future Fastforward the Zionist Anglo –American Empire Meltdown”, Selangor : Thinker’s Library, 2005.

Wednesday, November 16, 2005

Jeffry

JEFFRY - JESSE

Lima tahun dulu bila saya ke KLCC saya perhatikan lelaki-lelaki yang bekerja di kawasan sekitar kelihatan lebih ‘cantik’ dari wanita. Bergaya dan menjaga penampilan, mengenakan fesyen terkini tidak salah. Mereka dianggap lelaki ‘metroseksual’. Satu istilah untuk lelaki yang begitu mementingkan penampilan yang kadang perempuan pun boleh geleng kepala.

Ada ketikanya saya juga terfikir ‘environment’ banyak mengubah kehidupan kita. Saya perhatikan lelaki berlumba-lumba menjadi ‘perempuan’ dan sebaliknya wanita ‘keras’ dan menampilkan imej ‘lelaki’ pula. Walaupun tiada kajian saintifik yang dilakukan, mungkin wujudnya gen-gen dalam genetic dan kesan persekitaran yang mengubah ciri-ciri biologi lelaki. Entahlah saya tetap percaya selagi tongkat ali power root mendapat permintaan tinggi di pasaran selagi itulah lelaki sejati tidak pupus di bumi ini.

Ahad lalu Jessie Chung dari Kuching melangsungkan perkahwinan dengan jejaka idamannya di sebuah gereja dan di saksikan oleh 800 tetamu. Kisah Jessie yang telah melakukan pembedahan jantina ini menarik untuk direnungkan. Perkahwinan sesama jantina mendapat restu dari gereja itu dan masyarakat seperti ‘menghalalkan’ perkara itu. Agama sekarang bukan lagi penampan kepada kegiatan manusia. Kebebasan melakukan sesuatu kini terletak seratus-peartus kepada keputusan individu dan orang lain seakan tidak mempunyai hak untuk masuk campur. Perlu diingat ada peratusan dalam kehidupan kita ini milik masyarakat. Yelah, bila kita mati siapakah yang akan mengusung kita ke pusara?

Jadi kisah Jessie ini walau bukanlah baru harus di beri perhatian serius. Penukaran jantina, perkahwinan sesama jenis perlu ditegah dikhuatiri ianya akan menular kepada masyarakat Islam kita. Golongan khunsa sahaja setakat ini yang boleh menukar status jantina mereka di MyKad dengan pengesahan doktor.

Namun kita jangan lupa tentang satu perkara. Melalui undang-undang dan perintah mahkamah perkara penukaran jantina ini di Mykad boleh dilakukan dan bukanlah sesuatu yang mustahil. Lihat … ada satu jalan untuk mereka bertindak.

Timbalan Dekan Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Datuk Dr Mohammad Yusoff, berkata, perkahwinan sesama jantina adalah tidak mengikut norma hidup manusia bertamadun dan salah dari segi ajaran Islam.Mohamad Yusoff berkata, amalan perkahwinan sesama jantina perlu dihalang di negara ini bagi mengelakkan kepincangan sesebuah masyarakat itu serta ia mungkin anggap tidak bermoral.“Ini bukan isu kebebasan bersuara seperti yang dilaungkan, tetapi ia adalah masalah kehidupan bermasyarakat di mana perkahwinan sesama jantina adalah dilarang oleh agama,” katanya.

Setiausaha Agung Ahli Kumpulan Kristian Evangelika Kebangsaan (NECF), Paderi Dr Wong Kim Kong, berkata, perkahwinan sesama jantina tidak diiktiraf walaupun pasangannya sudah menukar jantina.

Undang-undang diguna pakai juga tidak membenarkan orang Islam yang menukar jantina memohon status jantina dan nama barunya diletakkan pada MyKad, kecuali golongan khunsa yang melakukan pembedahan jantina dengan pengesahan doktor.

Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Datuk Seri Azmi Khalid, berkata kerajaan tidak bercadang meminda undang-undang membenarkan status baru individu bukan Islam yang menukar jantina dicetak pada MyKad.“Setakat ini, belum ada keputusan kerajaan menukar undang-undang mengizinkan (nama dan jantina baru diletakkan pada MyKad) melainkan satu kes sebelum ini yang sudah diberi arahan oleh mahkamah.

“Jadi arahan mahkamah itu membolehkan seseorang itu menukar jantina. Itu pernah dibuat,” kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Sementara itu, Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Datuk Tan Chai Ho berkata, kerajaan tidak pernah mengiktiraf perkahwinan sesama jenis, walaupun selepas seorang daripada pasangan itu membuat pembedahan jantina.Katanya, perkahwinan sesama jenis itu disifatkan sebagai ‘tidak sah’ kerana sijil perkahwinan dikeluarkan berdasarkan butiran dalam kad pengenalan yang menjelaskan mengenai jantina seseorang.

Kita tidak tahu apakah ‘penderitaan’ yang dilalui oleh Jeffry sehingga dia menjadi Jesse sekarang. Cinta itu memang buta dan membutakan mata hati kepada sesiapa yang tidak lagi mempercayai kewujudan Adam dan Hawa. Bahawa manusia itu di ciptakan dengan fungsi dan aturan hidup yang berbeda.

Mungkin setelah kita mengadakan kempen pertahankan dara dan teruna kita akan adakan pula kempen pertahankan jantina dan kelakian kita pula hahhahaha ….

Tuesday, November 15, 2005

Penat

PENAT

Semalam sampai rumah pukul 8.00 malam. Silap naik bus dari KL ke CJ. Bus tu masuk Putrajaya dan segala ceruk dia masuk tu yang lambat. Bus dari Alor Star pun hisss malas nak cakap ( next time tak mahu naik bus tu). Elok naik bus Durian Burung tuuh.

2 hari di sana sungguh best. Hari pertama di sekitar pekan Kuah. Window Shopping jerlah sebab baru lepas raya kan. Poket dah bocor habis. Sempat tengok mak cik - mak cik borong beg dan pinggan mangkuk. Pinggan mangkuk depa tu tak lah terkini sangat ( design dia). Mostly orang ke sana kalau shopping beli benda tu lah dan juga cokelat. Saya beli juga sejenis dua dan habis gaklah dalam seratus. Kemudian ke pasar malam carik makanan. Malam tak buat apa sangat. Tidur ..

Hari ke dua ke Cable Car. Pagi-pagi dah beratur tuh, mengalahkan bebudak sekolah . Best dan berbaloi dengan nilai duit RM15 untuk sampai ke atas Bukit Mat Chincang tu. Jambatan gantung dia benar-benar cantik dan memukau. masa turun tak terasa penat masa nak naik dari jamabatan tu ke pelantar cable car tu terasa ohhh pak cik dah tua rupanya. Letih ...

Makan di pantai Pasir Hitam. Pasir dia tak hitam dan agak kotor tempat tuu. Sebab perut lapar makan di situ. Tak berapa sedap ( tapi tak boleh mencela makanan, haram) so tak habislah. Bermalam di Pantai Chenang. Best Star Resort RM 80 semalaman. Sempatlah berjalan di pantai. Makan malam yang best dan tidur. Pagi Isnin bertolak ke jeti pukul 7.15. Feri ke Kuala Kedah sampai pukul 8.00 pagi. Hanya sejam setengah sampailah. Naik teksi ke Alor Star RM 14.00.

Tersilap pilih bus Starlight apa tah tu.. not recommendedlah bus nih. Berhenti-henti kata bertolak pukul 10.00 pukul 2 masih kat Gurun lagi. Entah apa-apa entah. Sudahlah tak berhenti makan, hanya berhenti untuk kenc*ng jer. Terima kasih untuk seorang teman yang telah menaja kereta kancil dan tempat penginapan sepanjang saya di sana. Jasa mu di kenang wahai kawan!

So pagi ni saya ke ofis bila PC di rumah kong kali kong.


SYAHDU


Hujan berbisik
ke telinga malam
gelita tersentak
ada amanat nikmat
dari langit rahmat ...


Ridzuan Kamis
Sanggar Kayangan, Perlis
( Utusan Malaysia 13 Nov 2005)

Friday, November 11, 2005

Garam

Terapi garam didakwa sembuh kanser payu dara
Oleh BORHAN ABU SAMAH (UM 10/11/2005)


KUCHING 9 Nov. - Seorang pengamal perubatan sufi purba di sini mendakwa dapat merawat kanser payu dara dengan hanya menggunakan terapi garam. Othman Mohidin, 62, berkata, teknik perubatan menggunakan garam itu dipelajarinya pada tahun 1984 daripada seorang lelaki dan ia terbukti berjaya merawat pelbagai penyakit termasuk kanser payu dara.

``Saya pernah merawat pesakit kanser payu dara tahap keempat dan dengan izin Allah dia telah sembuh,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.
Menurut Othman, dia terpanggil untuk mendedahkan teknik rawatanmenggunakan garam itu sebagai menyahut cabaran Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi supaya mencari kaedah perubatan yang lebih murah bagi merawat pesakit kanser.

Tambah Othman, dia juga bersedia untuk memberi tunjuk ajar secara percuma kepada pesakit terbabit dan mereka boleh mengamalkannya sendiri di rumah.

``Saya lebih menggalakkan ahli keluarga sendiri merawat pesakit, kerana kasih sayang yang dipamerkan ketika terapi dapat membantu pesakit,'' katanya.

Menurut beliau, rawatan yang digunakan adalah mudah iaitu menggunakan garam sebanyak enam kilogram sehingga sembilan kilogram mengikut saiz badan pesakit.

Garam tersebut, katanya, dimasak di dalam belanga dan kemudiannya dibahagikan kepada tiga bungkusan.

Jika enam kilogram garam digunakan, katanya, setiap bungkusan mengandungi dua kilogram.

``Satu bungkusan diletakkan di bahagian pinggang, satu di punggung dan satu lagi di dada (bagi pesakit kanser payu dara).

``Pesakit hanya perlu berbaring kira-kira dua jam dan rawatan itu perlu dilakukan setiap hari selama enam bulan,'' katanya.

Menurut Othman, dia bagaimanapun tidak dapat menghuraikan bagaimana garam dapat bertindak secara saintifik menyembuhkan pelbagai penyakit. Sehubungan itu, beliau meminta mana-mana pihak yang mempunyai kepakaran terutama universiti tempatan supaya melakukan kajian tentang kaedah rawatan tersebut dan diperluaskan kepada semua orang.

``Kalau boleh saya mahu amalan terapi garam ini menjadi amalan tradisi seperti amalan bertungku selepas bersalin dan berurut apabila terseliuh,'' katanya.

Kos rawatan berkenaan juga, katanya, lebih rendah kerana pesakit hanya perlu membeli garam, kuali dan kain untuk membungkus garam.Selain itu, ujar beliau, rawatan itu juga boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja tanpa mengira fahaman agama, tetapi bagi yang beragama Islam mereka boleh membaca bismillah dan berselawat sebelum memulakan terapi.

Pesakit dan ahli keluarga juga, katanya, boleh melakukan sembahyang hajat memohon kepada Allah seperti yang diajarkan dalam Islam.Orang ramai yang berminat untuk mempelajari rawatan itu boleh menghubungi melalui talian 082-448862.

DURIAN BURUNG (KJG051000705)

Malam ini saya akan bertolak ke Kuala Perlis. Melarikan diri ke Langkawi, konon-kononya nak release tension sebab letih mengenangkan masalah dunia. Padahal saya teringin sangat nak naik cable car di Langkawi tu. Naik bus malam nanti pukul 11.30 mlm. Harapnya housemate saya adalah untuk hantar saya ke perhentian bus di Kajang. Baju semua belum packing lagi.

Sepatutnya hari ini saya bercuti. Tapi rupanya saya belum apply. Saya akan bercuti pada hari Isnin dan Selasa. Balik dari Langkawi Isnin pagi bertolak dari sana. Saya akan dokumenkan perjalanan saya nanti. Tapi masalah betul kamera tertinggal di kampong. Itu yang tak best tuhh.. Tapi tak apalah dalam bulan March tahun depan saya akan ke sana lagi kemungkinan dengan Mak saya juga.

Inilah kali pertama saya berjalan seorang diri. Naik bus pulak tu. Tapi oklah, kalau kena caranya. Harap dapat menemui ketenangan yang di cari. Agak teruja.

Cinta - Melly Goeslaw feat. Krisdayanti

menapak jalan yg menjauh
tentukan arah yg ku mau
tempatkan aku pada satu peristiwa
yg membuat hati lara


di dekat engkau aku tenang
sendu matamu penuh tanya
misteri hidup akankah menghilang
dan bahagia di akhir cerita


reff:
cinta, tegarkan hatiku
tak mau sesuatu merenggut engkau
naluriku berkata, tak ingin terulang
lagi
kehilangan cinta, hati bagai raga tak bernyawa


aku junjung petuahmu
cintai dia yg mencintaiku
hatinya dulu berlayar, kini telah menepi
bukankah hidup kita akhirnya harus bahagia


di dekat engkau aku tenang
sendu matamu penuh tanya
misteri hidup akankah menghilang
dan bahagia di akhir cerita

repeat reff
cinta biar saja ada
yg terjadi biar saja terjadi
bagaimana pun hidup hanya cerita
cerita tentang yg meninggalkan
dan yg ditinggalkan
cinta

Saya makin menyukai lagu ini. Rasa bersemangat pada bait kata "Bukankah hidup kita akhirnya harus bahagia". Saya akan menulis semula pada Isnin nanti ..

Thursday, November 10, 2005

De CC

De' CC

Semalam petang sampai di CC sudah hampir pukul 7.00 petang. Nasi dah terhidang, rupanya mak dan abah sudah start puasa 6. Mereka dah masuk hari ke-3 rupanya. Tunggu waktu berbuka dan makan bersama.Saya belum mula pun puasa 6 nih. Badan saya susut hampir 6kg puasa kali ini. Kena gain weight balik ...

Hantar Yana balik ke kolej. Bertolak pukul 6.30 dan sampai di CJ pukul 9.00 pagi. Perjalanan kali ini begitu tenang tak banyak sangat kereta. Jalan dari CC ke Klang sudah cukup selesa. Semua pemandu berada di lorong sebelah kanan walau memandu amat perlahan. Kereta terpaksa memotong menggunakan lorong sebelah kiri pulak.

Tahulah kenapa kemalangan jalan raya meningkat setiap kali musim perayaan. Masing -masing mementingkan diri sendiri. Saya pun tidak terkecuali. Memandu di lorong sebelah kiri amat melemaskan dengan motosikalnya dihadapan, lori yang merangkak-rangkak cukup menjengkelkan. Semua pemandu nak cepat sampai ke destinasi. Biar cepat dan selamat. Memandu terlalu berhati-hati dan perlahan boleh menggundang bahaya kepada pemandu lain. Beri tumpuan penuh ketika memandu nescaya kita pasti selamat. Pendek kata janganlah jadi pemandu lembab.

Saya rasa kerajaan perlu membuat kajian tentang data-data yang ada berkenaan kemalangan jalan raya di negara kita. Jenis kereta/model, CC yang digunakan, umur pemandu, taraf pendidikan, umur kereta, jumlah penumpang, jenis motosikal dan CC, jenis jalan raya/lokasi dan pelbagai lagi patut di buat kajian. Kita boleh menggunakan data-data ini untuk memperbaiki sistem dan polisi yang ada. Tidak mahulah mereka menghabiskan duit beratus juta untuk kempen keselamatan jalan raya sedangkan 'soft data' yang ada tidak diuruskan untuk mendapatkan pembuktian tentang sesuatu perkara. Umum perlu mengetahui perkara ini secara terperinci dan meluas.

Hari ini saya masih sendirian di ofis. Pegawai yang lain masih bercuti sakan. Boringlah, rindu kat mereka semua tak ada kawan nak bergosip :).

Wednesday, November 09, 2005

izinkan

IZINKAN AKU MENGINGATIMU!

Semalam menemankan seorang kawan dinner di Street Mall . Saya cuma minum teh sahaja sebab sudah makan nasi lemak yang di beli dari pasar Dengkil. Pak cik soto tu masih bercuti rayalah pulak. Pasar tu bila tak ramai orang Melayu yang berjual jadi semacam pulak, melemaskan dengan udaranya yang ‘tak berapa suci’.

Saya duduk di meja di mana saya pernah makan bersama dia dulu. Mata memandang peti TV tapi perasaan terbuai-buai ingatan masa lalu. Saya benci sebenarnya mengingati kisah lalu tetapi semua itu tidak memerlukan belanja besar untuk diulang tayang.

Sebagai mana saya membenci kehilangannya, begitulah juga saya menghargai segalanya ini. Percaya tak? Saya tetap menyimpan dan menaip semula kiriman SMS yang dia hantar semenjak tahun 2003 lagi. Bila segalanya telah berakhir saya mula berbuat begitu. Hari ni sahaja lebih 70 muka surat kiriman SMSnya saya dokumenkan. Mungkin saya gila kerana berbuat begitu. Tapi entah kenapa saya amat sayang sekali jika ianya hilang atau terdelete bila ‘inbox’ hp saya penuh.

Saya menghargainya dalam cara yang paling aneh. Sedangkan dia tidak pernah mengambil pusing segala kata-kata yang saya kirimkan. Entah apa yang saya carik dari longgokkan ‘sampah’ yang dia hantar lewat SMSnya. Mungkin saya masih ingin mencari ruang-ruang sunyi dan keikhlasan hatinya. Atau hati saya amat berharap dia terluka seperti lagu “Saat Hilang Cintamu” dendangan Sarah itu. Entahlah …

Saya tetap menggingati segala apa yang dia lakukan, tempat-tempat yang kami pernah makan dan kunjungi. Catatan-catatan bodoh yang kami lakarkan. Semuanya bagai khazanah paling berharga. Sampah bagi orang lain tapi, paling tinggi nilai sentimentalnya buat saya.

Orang melihat jiwa saya cukup terdera tetapi untuk melupakannya membuatkan saya lebih terluka.

Saya tidak khusyuk ketika menonton Desperate Housewives malam tadi. Fikiran saya masih menerawang. Mungkin saya amat berharap dia turut menderita teruk dan hati saya puas kerana itu.

Namun saya sedar tentang suatu perkara. Bila seseorang yang istimewa pergi meninggalkan kita, kita perlu melepaskan dia dengan rela, mendoakan kebahagiaannya supaya jiwa kita lebih tenang. Cuma saya belum menemui caranya lagi atau saya tidak mahu kehilangan rasa untuk terus mengingatinya!

Rahim Maarof (Fauzi Marzuki / Amran Omar)
Usang

Helaian daunan
Yang gugur dari pohon
Mengingatkan daku
Saat dikau berlalu
Sesepi tangkaimu
Begitulah hatiku
Terasing sendiri
Meniti hari

Sejauh manakah
Terdaya ku meredah
Melepaskan diri
Dari belenggu ini
Dipanggang dibakar
Ia takkan pudar
Seraut wajahmu Ku rindu

( korus )
Memori yang usang
Bagai bara merah
Kurasa hangat bahang
Yang menujah (menyala)
Memori yang usang
Mengekori langkah
Diusir dibuang tak terpadam

( solo )( ulang korus )
Sayangnya hatimu
Sepejal tembok batu
Tak bisa dirayu
Dengan airmatamu

Terbuku di hati
Dengan kedegilanmu
Tak daya ku tawan semula
La.. La... Oh... Oh...
La... La... Oh... Oh...
La... La... La... La...
Oh... Oh... Oh... Oh...


Hidup ini adalah merupakan satu perjalanan. Lebih bermakna jika kita berteman dalam perjalanan itu. Teman itu boleh jadi sesiapa sahaja yang kita kenali dan hargai. Ibu, rakan karib atau sesiapa sahaja yang menghulurkan keikhlasan hati. Manusia diciptakan dengan kepelbagaian kehendak, namun kesunyian seharusnya bukanlah salah satu daripadanya “. DH

Tuesday, November 08, 2005

Mungkir Bahagia

MUNGKIR BAHAGIA

Baru sudah nonton filem Thailand ‘Ong Bak’ kat TV3. Best giler citer ni. Apsal saya terlepas nonton filem sebest ni dulu? Maybe ingat saya produk dari Thailand takde kelas kot. Hahhaa salah saya menilai dari sudut yang tidak benar tentang sesuatu sebelum merasainnya sendiri.

Yana beli handphone baru. Kang nanti bila balik kolej mengadu manjang tak cukup duit, tapi baju baru tiap bulan tak pernah lekang sampai tukang jahit kat kampong tuu sudah jadi best friend dia jadinya. Tapi takpelah sekurang-kurangnya mak dapat hp lama Yana yang sebenarnya masih ‘baru’. Hp saya dah 5 tahun hanya digunakan untuk buat call, terima dan sms yang menggunakan 160 aksara tuhhh …MMS ker hapa jangan nak mimpi. Simple sangat saya nih. Tapi memanglah saya suka orang membuat jangkaan sebegitu tentang saya. Gunakan teknik di luar jangkaan kesan membaca terlalu banyak komik “Pedang Setiawan” hehehe …

Tarif elektrik akan naik tahun depan. Tahun baru belum muncul tapi ‘pembaharuan’ itu ini sudah mula terbit dari kepala pemikir negara. Rakyat marhein macam saya nih tak ada kuasa nak buat apa. Keuntungan TNB menyusut tu ler sebabnya kena naikkan tariff. Oklah company mana-mana yang agak-agak nak rugi tu bolehlah contohi depa nih. Kalau duk bergelap pun masalah lain pulak timbul nanti J.

Nak komen sikit tentang perkara ini

KISAH seorang penuntut Cina di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) yang dikatakan enggan memakai tudung pada upacara penyampaian ijazahnya menunjukkan bahawa walaupun sudah lulus universiti dia masih tidak cerdik dalam soal budaya Malaysia.”

Alah sebab apa mereka berani buat begitu? Jawapannya sebab kita sendiri tak tegas dengan protokol. Di istana sendiri kalau bukan islam dibenarkan pakai blazer/kot untuk ambil watikah yang sebenarnya perlu pakai baju kebangsaan. Sentiasa bersikap tidak apa dari pemimpin-pemimpin mereka sendiri mana nak dapat contoh yang baik. Bosan pulak bila dengar cerita nih. Kalau macam tu UIA kena buat polisi baru hanya Islam dari dalam dan luar negara jer boleh belajar di universitinya. Nanti ada pulak yang komplen tak demokratik dari segi pendidikan. Hahaha …

Oh ya ! Saya mula menyukai lagu Hazami ni Mungkir Bahagia. Pertama kali dengar masa balik dari Sekinchan Sabtu lepas. Masa tu dekat nak maghrib, ingatkan siapa yang nyanyi sebab tak jelas sangat. Kalau Anuar yang mendengdangkan lagu ni mesti lebih best hahahha … siapa lagi penyanyi lelaki yang kita ada di Malaysia ni kan? Mawi? Opps …

Kenapa mungkir bahagia yer? Menolak kebahagian yang hadir? Sebab mungkin kebahagian itu belum tentu dapat memberikan ketenangan jiwa dalam jangka panjang. Silap lelaki selalunya pergi begitu sahaja tanpa memberi alasan yang kukuh. Macam lari 100 meter, bila tahu tak boleh memang terus malas nak bertanding. Dari satu segi memang tak menyusahkan otak, tapi memusnahkan harapan orang lain tu yang tak elok. Itu kes lelaki, perempuan juga sama sahaja zaman sekarang ni. Cuma siapa jadi mangsa dan pemangsa sahaja. Kesakitan dan kesan jangka panjangnya tetap sama.


Dihimpit di cengkam rindu ini
Gerimis duka ku
Menggamit kenangan silam
Resah nan pilu menghampiri

Sunyinya malam ku kelam
Pedih kemelut cinta
Dingin kelu bicara
Untuk mengungkap pilu

Sayang ku mungkir
pada kejujuranmu
Menolak segala bahagia di hadapan ku
Kasih ku mungkir
pada kata janji ku
Berlari aku jauh dari cintamu ku kesali

Di hanyut
di lambung ombak lara
Sepi ku berkelana melayari jiwa nestapa
Menggagahi rasa kesayuan

Leburlah harapan cinta
Namun kesetiaanmu ku genggam
bagai hukuman
Mengheret langkahku

Maafkan daku kekasih hati cinta
kita berakhir
Maafkan daku kerna ku memungkirinya
Maafkan daku kekasih
hati cinta jadi begini
Maafkan daku ku mungkir bahagia

Hazami – Mungkir Bahagia

Monday, November 07, 2005

Kemaafan

KEMAAFAN DENDAM YANG TERINDAH

Hari raya di kampong sungguh meriah ( ayat tipikal orang kampong :) ). Siapa kata mercun dan bunga api dah pupus? Langit malam satu Syawal gemerlapan di hiasi dentuman mercun dan bunga api. Lebih ganas bunyi dentuman lebih meriah. Tak dengar pulak ada yang terbunuh dan tercedera :).

Ok, saya pun ada main mercun juga sisa tahun bila entah abang ipar sedekahkan. Bunga api pun jenis yang cap kucing tuuh. Tak puas kanak-kanak ribena dan spiderman in the making main dan tengok. Hari raya adalah melunaskan kegembiraan mereka sebab waktu-waktu ini akan menyusut bila mereka meningkat dewasa.

Naufal, Syikin dan Arief adalah bayi-bayi comel yang turut mewarnai syawal kali ini. Naufal yang sudah pandai merangkak sentiasa ingin mengetahui semua benda yang dia nampak di depan mata. Syikin baru saja belajar merangkak dan Arief seperti selalu inginkan perhatian tahap maksima. Rindu pulak pada Arief bila dia balik pada petang 1 Syawal ke Sg Siput.

Saya tidak ke rumah nenek tahun ini. Volunteer jaga rumah pulak sebab petang itu juga Man kena balik ke JB. Dia cuti 2 hari sahaja sebab ikut cuti Singapore. Dia baru dapat kerja di sebuah bank yang berpangkalan di sana.

Baraan seperti selalu meriah dalam keterpaksaan. Dipaksa makan dan minum walau perut telah sendat. Pelbagai juadah dan setiap rumah ingin menampilkan kelainan. Siapa yang hanya menghidangkan kuih raya bakal mengundang jelingan tajam sahaja. Saya pergi seorang diri sebab dulu selalu dengan Man.

Dapat duit raya seperti selalu RM 1 dari nenek. Bersungguh dia cam kenapa saya tak pergi rumah dia dan bagi duit raya sebagai syarat setiap tahun. Saya bagi juga duit raya buat nenek. Seperti biasa dia pasti mendoakan yang terbaik untuk saya ... uhuks.

Hari raya adalah hari bermaafan ... drama air mata. Semakin kita tua semakin hati kita mudah terasa, sensitif dan tidak boleh tercuit walau sedikit. Seorang ibu terpaksa menjaga hati kesemua anak-anaknya. Cuma kadang kita mudah emosi terhadap perkara-perkara kecil. Melupakan dan memaafkan sesama kita adalah lukisan jiwa paling indah. Setiap tahun kita melakarkan palitan 'dosa' yang perbagai corak dan warna. Kata-kata maaf terhidang untuk disuap walau hati kadang terdetik untuk inikah segala apa yang dilakukan di Syawal ini? Melupakan dendam yang melantun bila kita melihat wajah-wajah manusia yang dulunya amat melukakan jiwa. Syawal menuntut kebersihan jiwa. Hati dengan perlahan memaafkan ...

Maaf ... maafkan saya jika nanti dendam itu retak dan melukakan hati sendiri.

A'kum. XXXXX mengucapkan 'SELAMAT HARI RAYA dan MAAF ZAHIR BATIN xxxxx mohonkan. Segala kenangan manis kita ... tetap XXX kenangkan. Drpd XXXXX.
2-Nov-2005 17:00:41

Entahlah saya dapat rasakan Syawal kali ini lebih meriah sebab saya dapat mendekati insan-insan tersayang dengan lebih dekat lagi. Hanya setahun sekali dapat bertemu mereka, 'bergaduh' dan segalanya. Keindahan syawal sungguh bererti dan melekat di sanubari. Ya Allah kekalkanlah keindahan dan nikmat-Mu ini di tahun-tahun mendatang!