Monday, July 31, 2006

Tidak Semanis Gula


Tidak Semanis Gula ...

Sabtu aku balik kg dengan kakak dan anak buah aku yang 5 orang itu (termasuk sorang rakan sekolah depa). Kira sendatlah kereta aku tu dengan bebudak ribena. Bila naik kereta tu orang mesti ingat depa tu semua anak aku hahaha ....

Family aku buat kenduri kesyukuran di kampung. Nasi ambeng main tempah jer sekarang, sebab Mak malas nak susahkan jiran-jiran datang masak. Cuma seorang dua jer yang datang tolong buat kuih. Beli jer mudah. Setalam Nasi Ambeng berharga RM 35.00. Dalamnya ada serunding, sayuran, seekor ayam dibelah dua. Nasi ambeng ni sesuai untuk 4 orang setalam. Kalau 5 orang macam sikitlah pulak. Nasi dia memang banyak berbaloi beli sahaja daripada kena buat sendiri. Nak masak untuk 10 talam seksa juga. Bila dah masak kena atur kat talam tu lagi memang leceh.

Di CC, Klang dan kawasan yang sewaktu dengannya telah kehabisan gula tahap kronik. Nak buat kuih pun sikit punya susah sekarang ni. Sedangkan semua makanan menggunakan gula. Lainlah kalau lidah kita dah mati tak boleh merasa. Semua kedai di CC yang aku masuk tak mempunyai stock gula. Memang sudah berpakat mungkin. Sekarang ni kalau dapat beli gula macam dapat beli emas pulak. Hinggakan mak cik-mak cik di kampung menjadikan aktiviti membeli sekilo gula satu aktiviti sampingan yang cukup menguja. Yelah raya pun dah dekat, puasa pun tunggu hari jer nih.

Ohh ... Hari ini ada berita gembira, bonus masuk. Balance yang tahun lepas. Dulu dapat sebulan then lebihan dapat hari ini. Tapi yang tak bestnya hanya yang SM ke atas dapat bonus ni. Siapa yang dapat AM ( meet target ) tak dapat . Sedihlah kat department aku ada 50 lebih kakitangan, berapa kerat jerlah yang dapat SM kan? Inilah kehidupan yang patut ditelan. Sebab kerja kita bukankah saling bersandaran? Kalau boss dapat SE mestilah akibat kerja keras anak buah mereka juga.

Hidup ini memang tidak semanis gula, walau kita berharap dan mampu memilikinya tidak semestinya kita akan dapat.

Hari yang membahagiakan ...

Saturday, July 29, 2006

Cinta

CINTA TAK PERLU BERSEBAB

Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada sisuami. Ini dialog mereka;

Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?

Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai Sayang!

Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.

Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!

Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya.

Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata "Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!"

Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi.Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma.

Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital. Surat tersebut berbunyi begini :

"Sayang!Jika disebabkan suara aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu...sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jikadisebabkan senyuman aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau tersenyum?

Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai mu.... sekarang bolehkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi.Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini,selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab.

Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu... ia boleh dirasai dalam hati."

Sumber : Unknown maybe sudah menjadi khazanah alam cyber.

Friday, July 28, 2006

Best


BEST

Petang semalam setelah mengalami hari yang cukup menguji, ada benda lain yang membahagiakan. Siri Tiramisu menghadiahkan 2 episod serentak. Best sangat cerita tu, sampai aku hampir hafal dialog dia. Semangat tuh ...

"Keadaan berubah, manusia berubah. Kadang manusia berubah tanpa menyedarinya." Memang betul manusia akan berubah. Walau dia akan menafikan sekeras-kerasnya. Dia akan terus mengatakan "Tak ada apa yang berubah. Semuanya sama seperti dulu. Cuma sekarang bertambah sibuk." Pernah dengar ayat macamni tak? Selalunya begitulah kan? Mana nak mengaku bila segalanya tiba-tiba pudar.

Aku tumpang kereta dia semalam untuk ambil kereta di bengkel. Not much lah, sebab kawan dia ada. Rasanya ada banyak perkara yang harus aku pendamkan ke lumpur sahaja. Terlalu letih untuk terus berkubang di padang permainan ini.

Lebih baik aku menikmati hidup ini seadanya dan fikirkan apa yang aku betul-betul inginkan.

Thursday, July 27, 2006

HARI

CABARAN

Pagi tadi bersungguh nak ke tempat kerja ni, tiba-tiba kereta aku buat hal. Tiba-tiba padam di tengah lebuh raya menuju ke Cyberjaya. Panik aku. Aku call semua my friend tapi sorang pun tak angkat phone. Maybe busy or tengah driving ke tempat kerja. Panik sekejap.

Then Zul tolong aku. Dia bagi kereta dia dan aku cari 'foremen' di Dengkil. Aku call 2-3 nama tapi hampa. Kawan Melayu tu, tanya sikitlah punya banyak tapi bila suruh datang ke tempat kejadian tak mahu pulak. Si India tu lagilah asyik kata sekejap-sekejap tapi sampai ke sudah tak datang. Aku call Chinese guy, dia setuju untuk datang. Tapi bila hari nak hujan. Aku bergegas ke Dengkil dan jumpa dia sendiri. Kawasan tu agak susah nak bagi instruction. Kang satu hal pulak. Aku bawak foremen tu ke tempat kereta aku buat pertunjukkan mogok lapar di tengah jalan raya.

Depa try tapi tak mahu hidup jugak dan decide untuk tarik sampai ke bengkel di Dengkil. Sampai di dengkil depa test dan didapati hanya problem pada bateri, ada wayar yang problem kat situ. Pehhh lega. Ingatkan kena beratus-ratus macam yang kawan aku tu kena dulu. Alhamdulillah, aku ambil kesempatan service kereta kat situ.

Hari ni aku ambil 'emergency leave'. Habis dah setengah hari aku kat luar.

Tapi kan walau banyak halangan dan cabaran, dugaan dan masalah. Aku tak terasa gelabah sangat sekarang. Which is good lah kan? Hehehe ...

Wednesday, July 26, 2006

Tiba

Tiba Waktunya

"Cinta tidak pernah meminta ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan tetapi tidak pernah berdendam, tidak pernah membalas dendam. Di mana ada cinta di situ ada kehidupan. Manakala kebencian membawa kepada kemusnahan."

"Cinta dapat mengubat pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat dan kemarahan menjadi rahmat."

Ahad lepas ada sesuatu yang membuatkan aku terfikir tentang ini. Betul juga katanya sampai bila harus sendiri. Sampai bila harus hidup begini. Aku layak untuk hidup bahagia seperti mereka semua. Membina kehidupan yang sempurna. Menyayangi dan mengasihi. Memberi dan menerima.

Ada sesuatu tentangnya yang membuatkan aku terus memikirkan tentang ini.

Tuesday, July 25, 2006

Tidur


Lelaki jadi bodoh jika tidur dengan isteri?

VIENNA: Berita buruk untuk lelaki. Saintis Austria mendakwa, otak lelaki akan terjejas seketika jika mereka tidur sekatil dengan isteri, sebahagiannya berpunca daripada gangguan ketika tidur.

Sekumpulan penyelidik diketuai pakar Gehard Kloesch membuat kesimpulan itu selepas memerhati reaksi lapan pasangan yang belum ada anak selama 10 hari mereka tidur bersama dan 10 hari apabila tidur berasingan.Mereka mendapati, apabila lelaki terganggu tidurnya, kadar hormon ‘tekanan’ meningkat yang mengurangkan kecerdikan atau keupayaan kognitif, keesokannya.Wanita pula tidur dengan lebih nyenyak dan tidak memberi reaksi yang sama apabila ada gangguan. Kloesch membentangkan hasil pemerhatian kumpulannya dalam mesyuarat Forum Neosains Eropah di sini, minggu lalu. – Agensi (BH/25/07/2006)

Hahaha ... entah ler labu. Tapi yang betulnya kalau tidak boleh tidur malam memang akan lesu di keesokan harinya. Kalau dah ada bini dan tidur sorang memanglah 'something wrong'.

Thats why lah kot ada lelaki yang terus tidur walau anak menangis nak susu waktu malam. Mmmm alasan yang bagus nih ...

Aku - Tidur bertemankan bantal peluk jerlah ...

Monday, July 24, 2006

Entahlah


ENTAH ...

2 hari bercuti macam tak buat satu apa. Tak produktif langsung. Cadang nak siapkan projek penulisan pun terbantut. Idea tak keluar. Tidur dan nonton TV jer.

Terkenang beberapa orang kawan (boleh dikatakan kawan ker kalau macam tu?) . Mereka semua dah berjaya dalam hidup. Peluang, kegigihan dan sikap tidak putus asa yang membuatkan mereka berjaya. Apa yang paling membuatkan aku jealous ialah dia ada protoge, aku? Takder siapa yang nak bantu aku. Dia pun tak peduli. Biarkanlah. Tak kisah. Tapi bila dia kata dia bahagia bila kawan-kawan dia semakin berjaya dalam hidup sebab berwawasan dan berinisiatif aku sedikit terasa. Bukan ker dia yang membantu? Tak pe, takpe nanti aku buktikan juga yang aku boleh buat. Walau tanpa dia!

Saturday, July 22, 2006

Warisan


WARISAN

Suka sekali lagu ini. Since ramai yang sudah mengalami masalah kebosanan melampau bila dengar lagu Dealova -Once, maka aku tukar pada lagu yang patriotik ini. Sempena bulan kemerdekaan bulan depan. Lagu "Warisan" dendangan Sudirman. Hayatilah senikata lagu ini memang best.

Semalam di KL, masyarakat Malaysia yang prihatin berdemontrasi. Orang kita jarang buat bantahan jalanan ni. Demontrasi biasanya dipandang sepi. Kitaorang lebih suka menghentam secara atas talian dan khidmat pesanan ringkas (SMS). Demontrasi gaya Malaysia selalunya diluahkan melalui blog. Sebagai masyarakat yang sibuk dan mementingkan kerja, kita selalu menunjukkan cara bantahan melalui email yang di 'forwardkan' kepada khalayak masyarakat.

Kita sentiasa mengutuk rejim zionis laknat itu yang sentiasa mengambil peluang membinasakan Palestine dan Lubnan. Semalam lebih 5,000 orang berkumpul di depan kedutaan AS. Hantar memorandum bantahan. Agaknya apalah reaksi si Pesurujaya AS ni yer bila mereka dapat bantahan dari seluruh dunia? Macam bagi bunga kat beruk agaknya. Memang dasar beruk kau bagilah apa sahaja mana mereka peduli. PBB yang seharusnya bersikap berkecuali pun tak reti nak buat apa. Oklah kan? Kalau banyak masa nanti nak berdemontrasi jugak. Tapi tengah fikirkan cara apa yang boleh dibuat untuk menyedarkan Bapak Beruk tu. Kena jadi beruk jugak agaknya.

Friday, July 21, 2006

Pelabuhan


Siri Perahu 4 -Final


Akhirnya aku sampai ke pelabuhan itu. Rupa-rupanya engkau tidak pernah menantiku selama ini. Pelabuhan itu telah kau tinggalkan sekian lama. Jejak bayangmu hilang dalam remang senja. Pelayaranku sia-sia, engkau tidak pernah mengotakan janji. Aku tidak mahu ke daratan. Aku tidak mahu melihat engkau di situ, melihat dia merampas apa yang seharusnya menjadi milikku.

"Lihatlah, burung senja telah pulang menuju sarang. Mencari dirinya yang hilang. Di kepaknya tersisip pengalaman. Di hatinya terpeta jejak perjalanan."

Aku ingin meneruskan pelayaranku, seharusnya aku hidup dengan apa yang aku inginkan. Sebenarnya, apa yang aku inginkan bukanlah kamu!

DJW

Sudah masuk tahun ke-4 DJW bersiaran. Semalam aku cetak dan hantar edisi pertama DJW untuk dibinding. Ada 3 volume lagi yang tak mampu aku nak print dan binding serentak. Penat woo .. satu volume untuk tahun 2003 jer mencecah 458 muka surat. Tebal macam thesis PhD. Aku takut nak biarkan segalanya berada di alam cyber. Takut pulak kang tiba-tiba blogspot tak mahu continue perkhidmatan freenya. Hari ini sahaja entry aku sudah mencecah hampir 950. Entahlah, macamana entah aku punya masa untuk menulis.

Kalau aku buat satu cerita mesti dah banyak dah novel aku kan? Hahaha ... Kalau bermula dengan 'silap' tak perlulah nak mengeluh di penghujung ceritanya. Taklah, tak menyesal pun menulis kisah sebegini. Aku tak kisah pun kalau tiada siapa yang baca, sebab benda tu tak penting. Aku cuma seronok bila mampu mencatat sesuatu. Gembira bila ada 'cerita' yang aku nak sampaikan buat diri aku sendiri mungkin 10 -20 tahun akan datang jika diizinkan Tuhan aku nak baca kisah-kisah aku hari ini bersama anak cucu (berangan betul ...). Serious memang aku nak buat ala-ala "Memoirs" camtu.

Thursday, July 20, 2006

Perangan


Siri Perahu 3

Aku belayar di laut luas. Dihempap hujan mencurah, di baling angin yang memukul setiap sisi diri. Luka di hati begitu mendera setelah segala usaha menjaring bahagia menghadiahkan derita, bertahun... Pelayaranku entah ke mana. Tetap mengimpikan cahaya bintang menyuluh pelayaranku ke pelabuhan idaman. Saat itu dapatlah aku membilas segala derita. Membilas segala duka lara. Sujud menginsafi diri. Betapa kerdilnya aku ini …

"Ombak, aku takut kau datang hanya untuk melukakan hatiku sahaja".
"Kau harus terus berlayar, mungkin pelabuhan itu ada di depanmu sahaja. Disebalik kabus pekat kenangan silammu."
"Hey! Aku berada di depanmu bukan?"
"Hahahah ... Aku akan terus mendengar nyanyianmu selama mana yang kau mahu, percayalah!".
"Kalau begitu lepaskan aku kembali ke laut sunyi agar aku lebih mengerti hati budi."
"Esok, kau tetap akan menanti aku lagi bukan?"
"Ya, aku akan tetap menantimu. Dalam mimpiku hanya ada kamu ..."
"Hahaha kau tidak akan mampu ke mana-mana jika terus mengimpikan aku !"

PERANG - PERANGAN

Hidup kita juga sentiasa berperang walau kita telah lama bebas dan merdeka. Berperang dengan segala ancaman yang datang menyelinap dari serata ceruk menusuk ke dalam minda, menyesakkan pernafasan. Menjadi darah dan kadang mampu melukakan seluruh masyarakat dan agama.

Jika di Palestine kita dihidangkan dengan lontaran bom meledak di merata-rata tempat. Kita di Malaysia berperang dengan segala bentuk ancaman yang menguis lembut hati kita setiap hari. Isu halal & haram makanan yang kita ambil setiap hari, air yang tercemar, kenaikan harga barangan hinggalah segala perkara tengik yang semakin membesar.

Kini isu murtad cukup menggerunkan. Itu tidak termasuk lagi ‘Islam liberal’.

Sungguh mencabar bukan? Lina Joy wanita yang kali terakhir aku jumpa dia 2 tahun lepas semasa dia mengendalikan training ‘online databases’. Wanita itu yang kini berpindah ke Sabah rupa-rupanya mengarit luka imej Islam dan menimbulkan perdebatan seluruh umat Islam di negara kita.

Lagi … click di sini :

<
http://www.geocities.com/membela_islam/>



Semalam semasa aku pergi minum petang di Putrajaya sebuah kereta melanggar bahagian kiri pintu kereta aku. Aku tak perasan cat keretaku tanggal. Ingatkan hanya cat kereta dia sahaja yang melekat di pintu kereta aku. Jadi aku tak mintak ganti rugi pun. Hishhh kenapalah aku terlalu baik semalam. Padahal kalau aku melakukan perkara yang sama pada orang lain mereka akan menekan aku habis-habisan. Kawan aku kata hanya aku sahaja yang terlalu baik pada orang. Mungkin benar. Dulu masa aku terlanggar kereta yang berhenti secara mengejut di depanku, aku terpaksa membayar RM400 termasuk kerosakan lama kereta dia. Entahlah, samaada aku menghalalkannya atau tidak. Keliru ... tapi kalau mereka berniat menipu, tidak akan aku halalkan walau sesen pun. Aku masih ingat wajah-wajah mereka ...

Wednesday, July 19, 2006

Perahu 2


Siri Perahu 2


Perahu sudah di gigi air. Lepaskanlah tambatanku. Aku ingin belayar mencarimu di setiap teluk dan pulau rahsia. Aku tahu engkau tetap setia menantiku di situ. Nantilah, aku datang untuk mendakapmu selama aku mampu ...

Rakyat Malaysia membaca 2 buah buku setahun. Ini satu perkembangan yang menggalakkan di negara kita. Kalau dulu hanya 2 muka surat sekarang sudah berbuku pula. Kita sebenarnya masyarakat yang gemar membaca. Apa juga bahan yang menimbulkan minat laku terjual, tersebar di internet dan sebagainya. Cuma persoalannya apa yang kita baca?

Manusia membaca bahan yang memberi 'keselesaan' padanya sahaja. Bahan khusus bidang yang diceburi , maklumat umum, politik dan sebagainya saling menawarkan golongan sasar yang tertentu. Pendapat umum memberikan tanggapan kita gemar membaca novel. Malahan novel Melayu laku 5 ke 6 ribu berbanding novel bahasa Inggeris yang cuma terjual 600 naskah sebulan di MPH. Pasaran buku terutama novel sentiasa menjanjikan pulangan yang menguntungkan. Kualiti? Oh! Novel ditulis oleh mereka yang mempunyai kelulusan akademik yang baik juga (bukan lagi bergantung pada idea datang dari langit seperti tanggapan orang - berangan). Penyelidikan, maklumat tambahan dan sebagainya kini menjadi bumbu khas penghasilan novel tanahair. Cinta hanyalah penyedap cerita. Begitu jugalah kenapa semua majalah memaparkan gambar CT & MW sahaja. Tututan komersial perlu seimbang. Buat apalah kita menghasilkan buku yang hanya di baca oleh diri sendiri atau terletak di stor!

Kita masih mengimport bilion bahan bacaan daripada luar negara, ini tidak termasuk pangkalan data atas talian yang kadang harganya mencecah 750 ribu untuk langganan setahun untuk satu produk( hanya untuk tempoh 12 bulan dan perlu di renew) kita mempunyai 23 kolej universiti and universiti di negara kita ( menjadi ahli PERPUN - Persidangan Perpustakaan Negara & Perpustakaan Akademik). Bajet untuk pembangunan koleksi bagi setiap institusi akademik ini biasanya (minimum) mencecah 5 juta bagi buku dan 3 juta untuk langganan pangkalan atas talian. Belum lagi jurnal dan majalah. Namun segalanya akan mengalir keluar negara.

Penghasilan bahan tempatan perlu dipertingkatkan. Ini bagi menyeimbangi apa yang diimport dan yang dihasilkan di negara kita. Namun sungguh sulit untuk mendapatkan bahan yang dihasilkan di dalam negara. Payah sekali, walau pelbagai usaha dilakukan untuk mewujudkan 'institutional repository' yang boleh diakses secara percuma oleh warga sendiri. Kita baru bermula ... perubahan sikap golongan pembuat dasar amat perlu. Mereka ini perlu mempunyai sikap apa sahaja bahan yang dihasilkan di negara kita boleh diakses oleh rakyat negara ini demi pembangunan negara. Bukan bersikap tamak dan mementingkan diri sendiri.

Tuesday, July 18, 2006

Rahsia


PERSOALAN CINTA TERJAWAB: Siti dan Khalid mengumumkan tarikh pernikahan pada sidang media khas di Hotel The Zon On The Park di Kuala Lumpur, semalam. (Pix Berita Harian)

MANA BOLEH RAHSIA ...

Satu Malaya dan tahu siapa gerangan Pak cik K yang menjadi buah hati Siti. 'Biarlah Rahsia' selama ini telah terjawab. Ramai jugalah hati yang kecewa, berduka lara lantaran Siti memilih duda beranak 3 sebagai teman hidup. Kita mungkin akan bertanya, Siti boleh sahaja memilih siapa sahaja lelaki bujang, setaraf dan kaya di kalangan sekalian warga tetapi tetap memilih lelaki yang berusia. Siti secara langsung menyampaikan mesej kepada peminatnya, "Lelaki kaya dan berusia" lebih berbaloi untuk didampingi. Mmmm ...

Kalau sudah jodoh. Teringat juga dulu perkahwinan Mas Anizan dan Ali Bapoo juga akibat panahan cinta. Cinta menyatukan individu-individu ini walau kadang pelik juga untuk kita perhalusi secara mata kasar. "Kalau dia mampu menyediakan apa yang dimahukan, pasti orang itu akan menjadi pilihan utama". Pilihan bijak bagi wanita di negara kita. Kita tak perlu mempunyai PhD. untuk mengetahui kenapa.

Oklah, berbahagialah Siti. Berbahagialah tapi jika kebahagian ini di bina dari limpahan air mata orang lain ianya sungguh tidak berbaloi. Teringin mendapatkan maklum balas bekas isteri Pak cik K tu, tak pernah dengar pun kenyataan dari mulutnya. Mungkin kena cari surat khabar picisan baru ada kisah dari sisi ex-wife K.

Monday, July 17, 2006

Siri Perahu 1


Siri Perahu 1

Perahu ini melambangkan kesunyian. Dapat tak rasa betapa ia sunyi walau ombak menghempas badannya bertalu? Lumut dan karang menampal sunyi? Terlalu sekali rasa itu berlari-lari di gigi air. Sunyinya sebuah pelayaran. Entah sempat atau tidak menuju pelabuhan impian.

Aku taklah sesunyi itu. Kerja melambak-lambak dah nih. Tiba-tiba projek yang di dingin-bekukan itu tiba-tiba "ON". So aku terpaksalah menghabiskan bajet yang ada tu untuk buat renovation. Entah apa-apalah kejap bos aku kata ok kejap tak jadi. Pening pak cik macamnilah. Tapi memang dah beli pun perabut untuk ofis baru tu, tempat jer yang tak ada. Kang siapa nak gunakan barang-barang tu semua?

Aku meeting di Melaka hari ini.

Saturday, July 15, 2006

The Man


The Man You Love
Il Divo

Si me ves hallarás en mis ojos el amor
eres tú la mitad que a mi vida completó
Lo que soy te daré sin miedo a algun error
creo en ti y dejaré en tus manos mi ilusión.
Quiero estar dentro de tu corazón,
Poder lograr que me ames como yo.

I only wanna be the man
to give you everything I can
every day and every night
love you for all my life.
I don't wanna change the world
as long as you're my girl
it's more than enough,
just to be the man you love.

Quiero ser el lugar donde puedas refugiar
el temor y calmar en mis brazos tu ansiedad
Desde hoy voy a ser todo para ti
Hasta ayer te soñé y ahora estás aquí
Quiero oir tus secretos, lo que sueñes descubrir,
quiero amarte así.

I only wanna be the man
to give you everything I can
every day and every night
love you for all my life.
I don't wanna change the world
as long as you're my girl
it's more than enough,
just to be the man you love.

I only wanna be the man
to give you everything I can
every day and every night
love you for all my life.
I don't wanna change the world
as long as you're my girl
it's more than enough,
just to be the man you love.

Just to be the man you love


Kau ada di depan mataku. Selalu aku nampak engkau di sini. Di depan mataku. Tetapi mungkin engkau tidak perasankanku yang selalu melihatmu, di depanmu.

Engkau ada di depan mataku selalu ...

Friday, July 14, 2006

Luka


LUKA SERIBU TAHUN

"BEIRUT 13 Julai - Tentera Israel terus bermaharajalela dan hari ini pesawat-pesawat udara rejim itu melancarkan serangan bom di selatan Lebanon hingga mengorbankan 45 orang awam dan memusnahkan lapangan terbang antarabangsa Rafiq Hariri, di sini.Serangan sebelum subuh itu menjadikan episod konflik di Asia Barat semakin rumit, malah bertambah tegang kerana rejim tersebut kini melibatkan sama negara lain dalam pertikaiannya dengan Palestin.

Israel menggunakan alasan yang sama untuk membolehkan serangan itu dilancarkan iaitu membalas dendam ke atas pembunuhan dan penawanan tenteranya oleh pejuang Hizbullah. Ia merupakan pertempuran paling sengit selepas Israel berundur dari selatan Lebanon yang didudukinya selama 22 tahun.

Semalam, dalam pertempuran di sempadan Lebanon-Israel, pejuang Hizbullah berjaya membunuh lapan askar Israel dan menawan dua yang lain.Pada masa yang sama, rejim itu juga terus melancarkan serangan di Gaza dan kini sudah membunuh lebih 70 rakyat Palestin hanya dengan alasan untuk membebaskan seorang askarnya yang diculik, Koperal Gilad Shalit.

Kejadian terbaru ini sekali gus merencatkan pelan damai di Palestin yang direncanakan oleh Allahyarham Yasser Arafat dan disusuli oleh Presiden Palestin, Mahmoud Abbas sebelum menemui jalan buntu selepas kemenangan Hamas dalam pilihan raya Palestin lalu."

Sumber : Berita Harian & Utusan Malaysia

Kadang rupa-rupanya hanya kerana mencari kebebasan hidup kanak-kanak itu membayarnya dengan harga yang paling mahal. Darah menjadi titik temu perjuangan. Nafas terhenti bila peluru sesat menjamah tubuh.

Ribuan hari-hari duka terus menanti, hidup dihujani peluru dan ratusan jam duduk bersidang mencari kata putus. Kematian menanti, kerana mati itu sudah pasti datang. Mungkin dengan kematian ini sahajalah mereka mengerti perjuangan ini harus diteruskan bila tangan-tangan syaitan bersuara anjing dari bangunan PBB terus-terusan bersikap berat sebelah mempertahankan bapak segala syaitan!

Lalu biarlah luka ini menceritakan segalanya ...

Thursday, July 13, 2006

Sesi Bergebang

Sesi Bergebang : Rakyat Malaysia tidak basuh tangan dengan betul

KUALA LUMPUR 12 Julai - Jika majalah Reader‘s Digest meletakkan Kuala Lumpur sebagai bandar raya ketiga mempunyai penduduk paling biadap di dunia, bancian global oleh Hygiene Council pula mendapati masyarakat negara ini tidak tahu membasuh tangan dengan betul.

Kajian itu dijalankan ke atas lebih 1,000 responden di seluruh negara berbanding hanya 60 orang responden dalam kajian Reader‘s Digest.

Menurut Prof. John Oxford dari Queen Mary‘s School of Medicine and Dentistry London, rata-rata rakyat negara ini membasuh tangan secara ala kadar.

‘‘Kebanyakan mereka membasuh tangan kerana prosedur. Jika mereka memahami tangan yang bersih dapat mencegah penyebaran penyakit, tentunya tabiat membasuh tangan dengan betul dapat diterapkan secara efektif,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan hasil kajian pada satu majlis di sini hari ini.

Tambahnya, hanya 30 peratus sahaja responden bersetuju bahawa membasuh tangan merupakan cara pencegahan penyebaran kuman.

Menurutnya, pelbagai jenis virus merebak dengan mudah melalui sentuhan seperti influenza yang menyebabkan penyakit selesema, Hepatitis A (radang hati), jangkitan usus dan cirit-birit.

‘‘Semua virus ini, mudah tersebar melalui tangan yang tercemar.
‘‘Untuk mengelakkan jangkitan, perkara asas boleh dilakukan ialah cuci tangan anda dengan bersih,” katanya.

Oxford berkata, kajian itu juga mendapati ramai mengambil jalan pintas dan tidak membasuh tangan dengan betul.

‘‘Sebanyak 34 peratus responden mengaku tidak membasuh tangan dengan betul sebelum atau selepas makan.

‘‘Sebanyak 29 peratus responden mengatakan mereka tidak membasuh tangan selepas ke tandas dan 18 peratus bersetuju mereka tidak membasuh tangan selepas bersin atau batuk,” katanya.

Menurutnya, sikap buruk rakyat Malaysia ini akhirnya akan membawa padah.

Sumber : Utusan Malaysia 13 Julai 2006

Tidakkah kita sebagai seorang Muslim juga perlu membasuh tangan semasa berwuduk? Juga jika difikirkan tapak kaki kita juga lebih bersih dari ---- mereka? Walaupun begitu memang ada kebenarannya bila aku pun tak pernah basuh tangan selepas bersin dan batuk. Kecualilah kalau ada lelehan hingus keluar hehehe.

Wednesday, July 12, 2006

KWSP

KWSP

Pagi tadi aku bergegas ke SA untuk selesaikan urusan pengeluaran KWSP untuk mengurangkan baki pinjaman perumahan. Sampai dalam pukul 8.30 dan lepas 15 minit kemudian urusan selesai. Perkhidmatan yang bagus aku kira. Tapi itu di SA.

Jumaat minggu lepas. Selesai sahaja aku solat Jumaat aku ke KWSP Kajang. Sudahlah bandar tu 'sempit' dan jammed semacam jer, cari parking punyalah susah. Sebelum tu aku dah terlajak sebab jalan ke sana sudah bertol dan aku 'keliru' exit dia yang mana satu.

Orang cukuplah ramai. Jam sudah menunjukkan pukul 4 petang dan ada kira-kira 13 orang lagi di depan aku yang menunggu giliran. Tiba giliran aku ... pak cik berdebar.

Pegawai tu semak dokumen yang selambak tu. Sikit punya banyak.
"Surat dari bank ni tak ikut prosedur KWSP sebab tak nyatakan baki pinjaman yang dibuat." Pehhh berderau jantung aku. Aku pun jelaskan yang sememangnya bank aku ikut standard depa cuma the way they construct the information tu jer yang lain malah lebih lengkap lagi. Lagi satu aku buat pinjaman cara Islam nampak lah lain.
Bezanya dia tak tulis "Baki pinjaman terkini " tapi dengan "Baki harga belian bank (pada tarikh). Aku siap tunjukkan perbezaan dia. Kaedah islamik bank ni memang lain sikit ( dengan nilai Harga jualan bank yang kadarnya mencecah 2 kali ganda pinjaman yang dibuat) Sebab tak mahu terlibat dengan riba yang tak halal tapi terpaksa bersetuju dengan jualan yang dibuat (merelakan faedah yang mereka nak kenakan).
Pegawai tu yang memang bekerja ikut buku atau dia tidak faham konsep islamik bank tetap tak menerima permohonan aku. Bila aku lihat orang di belakang sudah berkerut aku pun berlalu. Hilang daya nak mempertahankan hujah.

Hari Isnin aku call bank, depa pun heran apsal sudah bertahun format surat yang sama tidak pernah kena reject tapi bila time aku ada problem pulak. Sudahlah bank charge mahal RM 50 untuk surat dan salinan dokumen lain (gadaijanji, hakmilik etc. depa ni saja jer ... nak duit free takder apa yang percuma kalau dari bank nilah ...)

Aku pun mengadulah kat KWSP, telefon Call Centre depa. Mereka suruh hantar ke PJ pusat proses mereka. Depa macam faham masalah yang aku hadapi. Tapi aku tak reti nak ke KWSP PJ tuuh. Depa nasihat kalau orang kaunter tak terima boleh rujuk kat "Supervisor Counter" atau Penolong Pengurus cawangan. Hari Jumaat tu aku nak cepat sebab banyak lagi benda aku nak settled. Masa tu pulak dalam hati aku nak marah bank jer (hehehe).

Well, bila pagi tadi aku ke Shah Alam, Cik Adik Manis tu mudah sahaja terima borang permohonan aku. Tak sampai 5 minit selesai urusan kaunter. Dia tak bising pun pasal format surat yang digunakan taklah macam KWSP Kajang. Entah apa-apalah depa ni . Lain cawangan lain pulak prosedur kerja depa. Tak ada SOP ker atau ikut kepala otak pekerja depa jer? Kena yang tak banyak cakap tak per. Kena yang kaki komplen kat akhbar (hehehe) siaplah depa.

Tahulah cuaca kat Malaysia ni tengah panas, hati mudah panas. Tapi buatlah kerja elok-elok dan fahami bidang tugas sebaiknya. Tak elok menyusahkan pelanggan. Macam kes I nih, nasib baik I tahu kat mana nak mengadu kena yang orang tak tahu nak buat apa bila bank lepas tangan tak nak buatkan balik surat tu, terbantutlah niat kan?

Untuk pegawai di KWSP Kajang tu. I maafkan kali ini. Sebab KWSP SA telah menunjukkan mutu kerja yang cukup membanggakan. Hati yang sakit itu terubatlah sikit.

Tuesday, July 11, 2006

She Mends Me


She Mends Me
Marc Anthony

Look at me
I'm not the man I use to be
When she smiles at me
I live the light I use to see
There she goes and I know from my own
I'm not home
Can't believe she can't see
That she's taking the best part of me
I'm half a man with half a heart
With nothing left to tear apart
Half of me is walking around the other half is on the ground
She Mends Me
Whats to see I had it all in front of me
It's all on me who lived the name of vanity
There she goes and I know from my own
I'm not home
Can't believe she can't see
That she's taking the best part of me
I'm half a man with half a heart
With nothing left to tear apart
Half of me is walking around the other half is on the ground
She Mends Me
Tell me where I am
Nothing else can replace her
How do I go all the way
I am I'm half a man with half a heart
With nothing left to tear apart
Half of me is walking around the other half is on the ground
She Mends Me

Pagi tadi sampai ke sudah nak dengar lagu ni , aku rewind berkali-kali tak jugak sampai kat lagu ini. Benci betul aku. Setiap pagi ada lagu yang aku selalu pasang kuat-kuat masa memandu. Tak tahu lah pulak kalau orang yang berada di kereta bersebelahan dengar ke tidak bila ada seorang lelaki terkumat-kamit mengikut lirik lagu.

Ada beberapa orang yang selalu aku telefon untuk bertanya khabar, now I dok berdiam diri jer. Malas nak bersusah payah seperti selalu. Bil telefon kat ofis aku kena gak bayar tiap bulan. Tak mahu lagi bersusah payah. Lainlah dia tu semua ahli keluarga aku kan. Kalau depa berkira bila nak call aku, aku lagilah berkira. Lebih baik senyap dan berdiam diri sahaja.

Bila aku diam mulalah depa buat spekulasi … ehhh aku bukan artis. Aku bebas buat apa sahaja.

Cadang nak ke Laman 2006. Tapi … tak retilah nak memandu ke sana. Hahahah …

Monday, July 10, 2006

Juara Dunia


Italy di Puncak Dunia!


Italy akhirnya membenamkan Peranchis melalui sepakan penalti 5-3 setelah masing-masing terikat 1 -1. Walaupun Zidane telah membuka peluang Peranchis pada seawal minit ke 7 melalui sepakan penalti. Apa yang paling diingati adalah 'tandukan' Zidane ke atas Meterazzi Marco hinggakan dia 'dianugerahkan' kad merah. Entah apalah yang si Materrazzi tu cakap kat Zidane hinggakan dia jadi kambing menanduk. Zidane kemudian terus keluar hinggakan semasa penyampaian pingat pun dia tiada. Piala dunia yang gemilang buat Zidane kerana akan diingati sebagai penjaring gol pada setiap perlawanan final. Namun disebabkan tandukan itu sedikit sebanyak akan mencalarkan reputasinya kerana membiarkan Peranchis bermain dengan 10 orang pemain.

Kita harap menjadi penyokong sahajalah. Yup, Italy memang diramalkan menang walaupun ramai yang mengatakan Peranchis boleh sebab menewaskan Brazil sebelum ini. Berbaloi ker bersengkang mata selama ini? 4 tahun lagi dari sekarang dan puluhan tahun mendatang. Kita akan tetap menjadi penyokong pasukan negara luar sahajalah agaknya.

Kata Teman: Yang terima padah, nampak buruknya perempuan juga!
Oleh Hanizam Abdullah


MAKA bersorak sakanlah beberapa peminat perempuan yang separuh gila cintakan Mawi. Sorakan mereka pun bersebab kerana akhirnya bintang pujaan yang selama ini membuatkan mereka tidur tak lena, mandi tak basah, makan pun tak berapa nak kenyang, sudah kembali ‘bujang’.


Dulu ada excess baggage - gadis kampung lagi bertudung yang sekadar manis tetapi tidak memiliki aura glamor memegang tagline ‘tunang’ bernama Nordiana Mohd Naim atau lebih dikenali dengan panggilan Ina.Orang keliling Mawi yang khabarnya tak terkejut langsung dengan berita itu, tentu boleh menghela nafas lega kerana sekurang-kurangnya mereka tidak lagi terpaksa melayan SMS Ina setiap kali mahu bertanya khabar tunangnya itu. Hairan juga, apa jenis hubungan kalau tak ada access dengan tunang sendiri sehingga terpaksa berkomunikasi dengan orang tengah saja.

Dunia anak seni memanglah sibuk, terutama orang macam Mawi yang tengah laku macam pisang goreng panas. Tetapi takkanlah sibuk memanjang sampai tak ada masa nak bertanya khabar tunang sendiri? Rupa-rupanya itu adalah satu mesej Mawi yang memang dah tak ada hati dengan Ina.Teman rasa, takkan jadi begini jika Mawi berusaha untuk sekurang-kurangnya ‘jaga hati Ina’. Cinta perlu sentiasa dibaja untuk memastikan ia terus subur. Cinta juga banyak cabarannya terutama apabila ada rasa cuak di dada dengan pelbagai cerita negatif mengenai kekasih hati. Tak salahkan Mawi juga kerana orang keliling Mawi sewajarnya lebih peka bukan pekak. Tetapi orang kata, hendak seribu daya, tak hendak seribulah dalihnya.

Ina pula begitu naif dalam percaturan dunia hiburan lalu jadilah pasangan ini terutama Ina seperti sarkas media.Barangkali turut tumpang gembira adalah kalangan artis wanita remaja yang dalam diam rupanya ada menaruh hati dengan juara Akademi Fantasia musim ketiga ini. Teman tak mahu masukkan Diana Rafar dalam senarai artis yang syok kat Mawi ni kerana awal-awal lagi, gadis bermata bundar yang pernah dikatakan mencairkan hati Mawi sehingga sanggup hantar ikan bandaraya jam 4 pagi kata, jangan sesekali kaitkan dirinya.Tak salah amaran awal Diana adiknya si Linda itu kerana pengalamannya ‘dibelasah’ teruk peminat fanatik Mawi sukar dipadam dari ingatan. Memang teruk Diana dihentam sehingga terpaksa mencari ketenangan di bandaraya yang tak kurang serabutnya, Jakarta. Perempuan juga yang terima bahana!

Nampak gayanya yang tak berapa nak terjejas adalah Mawi sendiri kerana walau apapun dia tetap mendapat sokongan peminatnya. Mereka memang rally habis di belakang Mawi. Eloklah tu sebab kalau dah minat inilah masa untuk membuktikannya. Memang bertuah Raja SMS ini.Kata mereka, Mawi tak bersalah langsung, memang hak Mawi nak tentukan gadis yang bakal menjadi isterinya. Mawi pula dalam temu bualnya dalam Malay Mail Selasa lalu dengan nada keras berkata, “I don’t want to see her again!”

Tak apalah, tak nak jumpa Ina yang pernah singgah di hatinya dan orang yang banyak menolong Mawi ketika susahnya dulu tak apalah. Orang tak berapa nak salahkan Mawi kerana bak kata peminat Mawi sendiri dia seorang juara, ada aura lelaki Melayu terakhir dan lebih penting Mawi world. Jadi dia keluar paper hari-hari pun tak apa. Lainlah Ina, gadis kampung yang hanya bekerja di kilang.Sedih teman dengar, sedih lagi hati Ina mendengar komen sebegini.

Orang kata berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Iyalah... Ina memanglah tak sesuai lagi dengan Mawi sekarang ini kerana Mawi bukan sekadar bintang popular tetapi bintang paling popular. Apabila dah jadi bintang, cita rasa pun tinggi. Tengok sajalah gaya Mawi ketika menghantar jenazah Pak Atan tempoh hari, T-shirt cap Polo yang disarungnya barangkali gaji seorang pekerja kilang. (Sedih bila baca part ni)

Teman tak hairan dan tak terkejut dengan berita putus tunang Mawi-Ina. Lagipun status tunang tak pernah menjanjikan apa-apa. Sedangkan orang yang dah kahwin pun bercerai-berai, inikan pula orang yang bertunang. Tak ada jodohlah tu. Tetapi orang yang tahu rentetan cinta mereka pasti lega kerana sekurang-sekurang penantian penuh seksa Ina sudah berakhir. Orang yang cintanya tulus suci dan menerima si dia seadanya memang dalam lukanya.Bukan perkara pelik Mawi beralih hati. Dan buat apa juga meneruskan perhubungan sedangkan hati sudah mati. Tetapi biarlah kena caranya.

Agak terkilan juga dengan sikap Mawi yang nampak tak jantan dalam menangani situasi sebegini. Bukankah lelaki diberi akal yang lebih berbanding wanita yang banyak ikut emosi?Teman harap Mawi menerima teguran teman ini dengan hati dan minda terbuka kerana Mawi pernah berkata kepada teman, “Tegurlah saya Kak Cham kalau tiba harinya saya terbabas landasan.”

Mawi, salam takziah daripada teman di atas pemergian Pak Atan. Terbayang senyuman dan wajah ceria Pak Atan ketika berbicara dengan teman mengenai hasratnya hendak ke Tanah Suci Makkah. Tak sampai rupanya hajat Pak Atan... Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan bersama orang yang beriman.

Memanglah Mawi rasa kosong sekarang dan teman tahu sangatlah rasa kosong itu kerana teman sendiri sudah mengalaminya terlebih dulu. Tetapi betapa kosongnya rasa Mawi sekarang begitu jugalah rasa Ina, gadis yang berasa cintanya dipersia. Kehilangan itu memang dengan cara berbeza, tetapi sakit dan rasa kosong itu sama saja. Tetapi ada orang kata rasa sakit dianiaya lagi dalam lukanya. Jumpa lagi! - hanizam@bharian.com.my

Rasa lain bila Pn Hanizam menulis kisah ini. Bukan sebab beritanya adalah Mawi, maaf saya tak minat sangat bintang realiti setelah satu kes itu (biarlah rahsia). Luka di hati gadis bernama Ina mungkin hanya Tuhan sahaja yang tahu sebab dia tiada peminat yang akan mempertahankannya. Tetapi doa saya tetap untuk you Ina. Tabahlah menghadapi ranjau kehidupan. Kalau bukan milik kita, dibuat macamana pun tidak dapat juga. Soal hati dan perasaan cukup sulit untuk kita hakimi. Cinta lebih menuntut lebih dari 2 hati yang saling menyayangi. Apalah ertinya kasih jika hanya sebelah pihak sahaja yang menarik. Cinta tidak akan bertakhta kalau si dia terus membenamkan segalanya begitu sahaja. Bukan rezeki untuk jadi orang kaya mungkin. Allah maha mengetahui ...

Tabah Ina, hidup harus terus!

Friday, July 07, 2006

Tiramisu



TIRAMISU

Semalam masa nonton Tiramisu di NTV7 entah siapa sms aku dan kata "Bestla cite tiramisu kt ntv7 ni ... so romantic." Hahaha tahu tak pe. Citer nilah yang buatkan aku nak menghafal skrip dia. So pure and naive jer bahasa yang digunakan. Dia lebih menumpukan emosi dalaman dia. Episod semalam menceritakan Si Chief tu dalam dilema. Bila ex-gf dia nak rujuk balik kat dia. Cara penolakan dia pun best. Kata jer terus terang bila tak nak sebab dia dah terpaut hati dengan pembantu dia sendiri si pembuat char kuey tiaw. Adegan di panggung wayang, nonton wayang berdua sahaja dalam panggung, album kenangan merupakan imej yang hebat. Class sangat. Kita sanggup berbuat apa sahaja demi orang yang kita minati. Bayangkan si gf tu telah menyimpan keratan akhbar tentang bf dia sejak dulu kerana dia pasti suatu hari nanti bf di atu akan memasak semula.

Tapi sedih bila gf dia nak jumpa dia di restoran dan terdengar si Chief tu kata kat ex-gf dia " Dia tu bukan my type, hanya kerana dia banyak membantu maka mereka rapat." Ohhh tidak, the gf dia tu terdengar. Yupp, aku tahulah dia tidak maksudkan. Lelaki pun kadang kata berbelit gak untuk menjaga ego dia juga. The gf tu seperti mengiayakan kata-kata adik lelakinya "Cuba you lihat ex-gf dia, you not his type". Adegan Chief tu menanti gf di pintu pagar sampai ke sudah pun nampak mengiyakan yang dia memang terpaut pada pembantunya itu, "Kalau hal itu pun bukan hal peribadi, aku tak tahulah apa ertinya aku dalam hidupmu".

Ada tak yer CDs dia di jual di pasaran? Aku nak menelaah cerita ni, nak belajar cara bercinta hahaha ...

Starring: Sharon Au, Gof Akara, Jaymee Ong, Pamela Oei (Louise), Benjamin Heng, Alex PolstraGuest star: David Gan

About the showChef Steve Lee (Gof Akara) is an award-winning chef who loses his passion for his craft after his father's death. His strained relationship with his mother Martha is not helping much. Slowly but surely, his morale and enthusiasm for life and his career is going down the pits. His bitter and disillusioned outlook on life is affecting his work.Enter Sharon Ong (Sharon Au), an ordinary hawker who is a stark contrast to Gof's gloomy self. She is full of life, bright-eyed and passionate about guess what..the humble, greasy but irresistible char kway teow.When Steve's boss Louise (Pamela Oei) decides to employ Sharon to save their fledging cafe business, sparks fly. At first resentful of her bubbly and seemingly rose-tinted naivety, Steve slowly grows to respect and like Sharon as they share their love for food.Will his admiration develop into something more for Sharon? Will he give up his beautiful and career-minded food critic girlfriend Nicole (Jaymee Ong) for the plain Jane?

Bacalah kat sini kisah dia yerr !

Wednesday, July 05, 2006

Love



I Will Always Love You


If I should stay,
I would only be in your way.
So I'll go, but I know
I'll think of you ev'ry step of the way.

And I will always love you.
I will always love you.
You, my darling you. Hmm.

Bittersweet memories
that is all I'm taking with me.
So, goodbye. Please, don't cry.
We both know I'm not what you, you need.

And I will always love you.
I will always love you.

I hope life treats you kind
And I hope you have all you've dreamed of.
And I wish to you, joy and happiness.
But above all this, I wish you love.

And I will always love you.
I will always love you.
I will always love you.
I will always love you.
I will always love you.
I, I will always love you.

You, darling, I love you.
Ooh, I'll always, I'll always love you.

Whitney Houston


Lagu ini buat diri sendiri. Nak tunggu orang tujukan lagu kat Radio Era manalah ada kan? Buat sesiapa juga yang menggemari lagu ini. Tak ada apa-apa yang tersirat cuma sedap pulak dengar lagu ini pagi tadi. Hidup sehari lagi tanpa cintanya hehehe. Masih menanti sebuah perkhabaran. Berdebar sungguh ...

Monday, July 03, 2006

Misteri

MISTERI

Pagi ini pukul 7.00 pagi dah 'check-in' dah terconggok di depan PC di Ofis. Sampaikan minah guard tu pun kata "Awalnya sampai ofis". Entah ler pagi tadi belum pukul 6.00 pagi pun mata dak tak boleh katup dah. Meronta-ronta nak ke ofis cepat. Ada email yang amat dinantikan hahaha ...

Pagi ni nak menulis tentang bagaimana bila seseorang telah berjaya dan dia melupakan insan yang setia berjuang di sampingnya selama ini, di masa dia susah dan merangkak untuk ke puncak. Mungkin ada yang kata aku ni asyik berfikiran negatif jer tentang perkara ini tapi kenyataan sesungguhnya begitu. Zaman kutu berahak siapalah yang berada di samping? Bila bermandikan kemewahan siapa pula yang menadah kebahagiaan? Terlukanya sekeping hati ( keping ke bongkah?) dilukakan insan sebegini sesungguhnya amat sakit. Tapi dia pula berfikiran lain. Lebih elok melukakan hati seseorang yang telah dia kenal dan setia bersamanya selama ini untuk insan lain yang lebih menepati citarasa diri.

Ahh!! sememangnya kita perlu mencipta kebahagiaan dan kejayaan untuk diri sendiri. Siapa kata kejayaan seseorang pasti ada insan-insan di belakangnya? Kejayaan seseorang itu pasti akan ada insan yang terkena tempiasnya juga. Mungkin hari ini dia gembira dan bahagia mengecapi segalanya. Esok belum tentu. Putaran masa sering melekakan kita.

Mungkin hari ini dan esok milik kita pula kan? InsyaAllah ...