Tuesday, November 20, 2007

Blog baru saya

BLOG BARU SAYA :

Kepada saudara dan saudari di sini disertakan blog baru saya. Silalah lawati

http://azhan.wordpress.com

salam hormat.

Azhan Kamal

Friday, August 17, 2007

AKHIR KATA

Banyak perkara yang saya 'nisankan' dalam Detik Jantung Waktu". Terima kasih untuk sebuah perasaan dan terima kasih untuk sepotong hati... teringat secarik kata yang indah dalam sebuah filem, "cinta itu memabukkan... cinta itu bukannya untuk orang seperti kita!"

Terima kasih untuk persahabatan dan ingatan kalian. Saya tidak akan menulis lagi di sini. DJW adalah kisah lalu saya. Saya akan ke rumah baru. Ke daerah baru dengan azam baru. Seperti insan lain saya seharusnya bahagia dengan apa yang saya ada.

Wassalam
Azhan A. Kamal

Thursday, August 09, 2007

Versi Asal

VERSI ASAL "PAKAIAN BARU"

Ramai yang bertanya dan mengemel saya tentang versi asal "Pakaian Baru" jadi oleh kerana saya malas nak membalas satu persatu emel maka saya letak di sini sahajalah. Lagi pun sajak memeng untuk orang membaca dan mendapat manfaat daripadanya ( jika ada).


Pagi ini saya diperkenalkan oleh rakan ofis sejenis buah dinamakan buah jentik yang hanya terdapat di Kedah.

PAKAIAN BARU (Buat Abang)
Syukurlah,
Tuhan telah membukakan
Pintu hatinya untuk kembali
Menanggalkan pakaian semalam
Yang penuh terpalit noda hitam
Di almari kenangan.

Lalu bersungguhan dia menguncinya
Dengan keimanan
Agar tidak lagi terlanjur sesalan.

Syukurlah,
Termakbul doa ayah bonda
Dia kembali menyarungkan pakaian baru
Dari almari keinsafan itu
Agar segala sesuatu yang diburu
Tidak lagi tersasar seperti dulu.

Bercahayalah seraut wajah
Dia kembali melangkah penuh gagah
Di tangannya menggenggam kunci kebebasan
Dan haruman seribu kemenangan
Inilah kemerdekaan hakiki seorang insan
Dari belenggu kedurjanaan
Sebuah kehidupan yang tidak punya
Belas kasihan.

Cyberjaya, selangor
31 Julai 2007


Memang agak berlebihan puisi ini atau mungkin editor tak cukup ruang dan hendak sangat mencukupkan ruang yang ada. Entahlah hanya mereka sahaja yang memahaminya. Lagipun saya penulis baru yang nak memasuki lautan penulisan yang begitu ramai jerung dan paus yang bersedia untuk membaham impian saya itu.


Editor saya sudah mula menelefon saya semula semalam. Adalah benda yang dia tak faham tu, ketika saya dalam perjalanan pulang dari Melaka ke Cyberjaya. Entah kenapa saya hanya dengar dia berguman tanpa saya fahami satu pun patah perkataannya. Rasa macam bermimpi tapi bila saya picit pipi saya tidak bermimpi pula, memang dia yang call saya. Doakan jalan penulisan saya dipermudahkan ya!

Tuesday, August 07, 2007

Pakaian baru

PAKAIAN BARU

Hujung minggu lepas ke rumah seorang sahabat di N9 ada majlis kenduri kahwin. Aku ikut dia dan haram tak kenal tuan rumah itu. Layanan mereka amat memuaskan hati. Depa panngil aku 'ujang' sahaja. Pagi Ahad teruja sebab ada sajak tersiar di Berita Minggu walaupun hampa sebab hanya 2 rangkap daripada 4 rangkap yang dihantar. Rasa sedih sebab editor cincang karya agung aku itu. Sajak itu ditujukan pada Along. Jadi agak sentimental bila dibaca keseluruhannya.


Apa pun kita menulis untuk orang lain dan sebab editor faham bahawa sebuah karya yangbaik perlu masuk ke dalam hati semua pembaca jadi hanya inilah hasilnya. Apa yang melegakan ialah sajak itu aku hantar pada 31 Julai 2007 dan pada hujung minggunya 5 Ogos sudah tersiar ini merupakan rekod peribadi.


PAKAIAN BARU


Syukurlah
Tuhan telah membukakan
pintu hatinya untuk kembali
menanggalkan pakaian semalam
yang penuh terpalit noda hitam
di almari kenangan.


Lalu bersungguhan dia
menguncinya
dengan keimanan
agar tidak lagi terlanjur sesalan.


Cyberjaya, Selangor
31 Julai 2007
(Berita Minggu, 5 Ogos 2007)

Thursday, August 02, 2007

Bahasa

PETIKAN

Hairan bukan Melayu kurang fasih bahasa Malaysia

SAYA adalah warga Indonesia keturunan Cina. Saya telah berada di Malaysia sejak awal tahun ini bagi mengikuti pengajian di sebuah universiti swasta.

Apa yang mahu saya kemukakan ialah rasa hairan terhadap kemampuan berbahasa ibunda di kalangan rakyat Malaysia daripada kalangan bukan Melayu.

Aneh melihat warganegara Malaysia sendiri yang lahir dan dibesarkan di negara ini masih tidak fasih dan kurang lancar menggunakan bahasa Malaysia.

Lalu saya bertanya mengapa jadi begitu? Di mana salahnya?

Dalam hal ini, saya cukup berbangga menjadi warga Indonesia yang walaupun dari rumpun bukan Melayu atau Jawa tetapi penguasaan bahasa kami sama sahaja.

Jika anda tidak memandang muka kami dan hanya mendengar suara menerusi telefon, mungkin anda akan merasakan bahawa kami adalah keturunan Melayu Indonesia atau Jawa.

Saya percaya dasar yang dilaksanakan oleh pemerintah Indonesia sejak merdeka, adalah cukup baik kerana dapat menyatukan warga Indonesia secara kental menerusi bahasa.

Seperkara lagi yang mengganggu fikiran saya ialah sebahagian rakyat Malaysia tidak mempunyai rasa bangga untuk bertutur dalam bahasa Malaysia.

Di kalangan orang Melayu, mereka lebih suka bertutur bahasa silang campur seperti Malaysia-Inggeris (bahasa rojak).

Di kalangan bukan Melayu pula, mereka lebih suka bertutur bahasa ibunda mereka atau bahasa Inggeris.

Pada saya, inilah realiti yang melingkari masyarakat majmuk Malaysia. Penyatuan menerusi bahasa kelihatan masih jauh daripada nyata.

Semoga sesuatu dapat dilakukan supaya bahasa nusantara yang indah ini tidak diabaikan dan lenyap berlalu bersama arus globalisasi.

Sungguhpun saya daripada etnik Cina tetapi saya berbangga bertutur bahasa Indonesia dengan penuh penghayatan.

Begitu pun, ia tidak menghakis sedikitpun kemampuan dan rasa cinta terhadap bahasa ibunda saya.

Begitu juga etnik Cina di Thailand, Filipina dan Vietnam yang fasih bahasa negara itu walaupun mereka tetap memelihara bahasa ibunda masing-masing.

Apa makna menjadi warganegara jika kita malu untuk bertutur dan menguasai bahasa tanah air yang menaungi kita?

Sempena menjelang Hari Kemerdekaan Malaysia ke-50, renungkanlah hakikat ini.

– BUDI HARTONO (LIM SIA KIM),

Subang Jaya, Selangor.


Tertarik dengan surat pembaca di Utusan Malaysia ini. Hahaha ... menjadi kebanggaan bila warga Malaysia tidak tahu berbahasa Melayu. Itulah hakikatnya, dengan bangsa sendiri pun perlu 'speaking' itulah kenyataannya. Bahasa Inggeris menjadi simbol status seseorang, yalah kita kan anak didik British. Teringat guru bahasa Inggeris saya dulu, dia merasakan kerajaan silap sebab sekolah-sekolah kebangsaan menggunakan Bahasa Melayu (Hidup lagi ke dia ya?).


Ohh kita telah merdeka 50 tahun ... ya 50 tahun kita telah menghumban sesuatu yang amat berharga begitu sahaja.

Wednesday, August 01, 2007

Salam

BEST

Sekarang busy sungguh. Balik sahaja rumah, sibuk pula mengisi borang peraduan "Saya Anak Malaysia". Letih memikirkan slogannya. Saya tanya beberapa orang rakan yang lain ada yang tak ambil port sebab bukan BMW or Brabus katanya. Yalah, tak tahu pulak kita ni hidup dalam jalur yang berbeza hehehe.


Sabtu lepas balik dengan anak buah. Syikin tu comel, keletah dan aktif best sangat ada anak saudara macam tu. Masa umur diorang kecil jelah boleh bermanja. Bila dah masuk je sekolah, depa akan bertukar jadi pemalu yaamat. Zaman-zaman emas sebegini memang singkat. Ruginya ibu bapa yang tak menikmati masa-masa indah itu.Begitulah yang sepatutnya kan?


Oh! sekarang ni kalau saya nampak sahaja baby kat mana-mana saya dapat agak dan rasakan bahawa budak itu kekurangan kasih sayang atau tidak. Macam anak buah saya yang penuh perhatian ibu bapa, sinar matanya lain, lebih galak, senyumnya lebih menawan dan kita dapat baca bahasa tubuhnya berbeza sangat dengan budak yang dihantar ke nursery atau hanya jumpa ibu bapa hujung minggu sahaja. Perbandingan yang tidak tepat ke?


Well, Yana pun sudah nak bertunang ...

Monday, July 23, 2007

SASTERA

SASTERA ISLAMI - FAISAL TEHRANI

Hari Sabtu berbengkel di Taman Permata anjuran PTS. Faisal Tehrani berkongsi idea dengan bakal penulis (hehehe) tentang teori Sastera Islami. Dapatlah saya sedikit sebanyak ilmu untuk memantapkan jalan cerita manuskrip yang tengah diusahakan ini.
Konsep pertama ialah "Tauhid" iaitu mesti membawa mesej mengesakan tuhan. Terima akidah islam. Ditulis oleh seorang Islam.


Kedua - Unsur keindahan ( pada pengarang mesti baik akhlaknya), kebenaran ( Islam sahaja yang benar)dan unsur kebaikan.


Sastera Islam sebagai ibadah.


Banyak lagilah yang dibincangkan dengan penulis tersohor negara itu. Tapi saya segan nak ambik gambar maklumlah tergamam hahaha ...


Pagi Ahad saudara Mya Marja mengsms saya ... terus meluru ke kedai beli surat khabar.


HARAPAN

Musim kering
angin dari perbukitan
hanya mampu menggegarkan
pohon rindu yang tidak lagi beranting
menggugurkan daun kepedihan.


Moga hujan
akan turun
merahmati dan melenyapkan
debu kesakitan
yang melekat
di perdu hati.


Tuhan, temukanlah
tunas sakti yang
membenihkan sejuta bahagia!


Cyberjaya, Selangor.
(Berita Minggu, Ahad 22 Julai 2007)


Ini merupakan karya ke dua setelah sajak pertama tersiar pada 17 Jun yang lalu. Alhamdulillah, daripada 5 yang dihantar 2 sudah tersiar. Ini yang buat saya bersemangat untuk menulis lagi. Untuk kepuasan peribadi.

Thursday, July 19, 2007

Nuri

Anggota TUDM mengangkat mayat mangsa nahasNuri untuk dibawa ke Hospital Kuala Lumpur, semalam. Pix - Berita Harian


NURI - PATAH SAYAPMU LAGI ... (18 x)
Burung Nuri terbang tinggi, di sapa awan sayapmu patah di Genting Sempah.

Al-fatihah untuk semua mangsa yang terkorban. Akhirnya, para pembuat keputusan bersetuju untuk menggantikan teknologi antik ini dengan sesuatu yang boleh di guna pakai tanpa was-was.

"Ini adalah nahas ke-18 membabitkan pesawat Nuri. Berikutan nahas terbaru itu, Kabinet semalam bersetuju membeli pesawat baru bagi menggantikan Nuri yang sudah digunakan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sejak 1968."

Ini teknologi zaman sebelum saya lahir lagi. Kadang rasa geram juga, benda yang penting kita ambil mudah. Masa wartawan interview saudara mangsa tu lagilah geram. Cara mereka mengajukan soalan pun macam tak tahu jaga hati dan perasaan keluarga mangsa yang terlibat. Hentam kromo sahaja. Mestilah mereka sedih, ini soal hidup mati orang. Mestilah mereka sedih tahap giga!

Tulis entri ini pasal Nuri ni pun hati saya menggelegak sahaja. Al-Fatihah untuk semua mangsa Nuri dulu dan kini!

Al-Fatihah ...

Wednesday, July 18, 2007

Sajak


SAJAK-SAJAK SUCI - ABDULLAH JONES

Umum mengetahui buku sajak merupakan karya sastera yang paling susah untuk dijual. Maka selalunya penerbit tidak mahu mengambil risiko menerbitkan buku sajak. Pelik bukan? Sajak mempunyai ramai pengemar tetapi khalayak pembeli tidak membeli produk sebegini di pasaran. Kenapa ya?

Jawapannya mungkin sebab pembaca merasakan sajak terlalu mudah untuk kunyah dan dihadamkan. Maka tidak berbaloi untuk memiliki. Namun ketika saya menatap naskah Abdullah Jones ini hati saya berdetik. Jika saya menerbitkan buku sajak saya mahu karya saya ditampilkan sebegini, caranya lebih santai dan menarik!

Sajak-sajak Suci menampilkan bahasa polos Abdullah Jones yang selamba memberi kritikan dan meluahkan rasa pada sesiapa sahaja. Saya seronok membacanya, saya terhibur dan kemudian berhari saya memikirkan kesan bahasanya terhadap makna dan maksud yang dilontarkan memang sempoi.

Pada muka surat 76, sajak "tiada esok bagiku" sengaja di cetak di bahagian bawah supaya memberi kelainan. Secara peribadi saya menyukai "mneleh" pada muka surat 77.

Pada keseluruhannya pencinta sajak harus memiliki buku ini untuk memahami pemikiran Abdullah Jones dan sajak bukanlah satu karya yang 'blurr' dan payah untuk ditafsirkan. Ianya begitu jujur sehingga kita merasakan perasaan itu juga terlontar kepada pembaca.

Untuk mendapatkan buku ini sila hubungi alamat berikut kerana kita tidak akan memperolehinya di kedai buku 5 bintang di mana juga :

amirmukhriz@gmail.com (terus nyatakan alamat dalam e mel yang dihantar. buku akan diposkan beserta kaedah pembayaran. dua puluh satu ringgit sahaja.)

Tuesday, July 17, 2007

Hijrah

SELAMAT ...

Semalam selepas meeting bajet ada jamuan perpisahan. Dua orang rakan kami akan pergi ke Goverment selepas ini. Better offer dan taklah tension sepanjang masa. Akan ada lebih ramai staff maklumlah skil pun sudah ke s48 -S52 siapa tak nak kan? Harap mereka bahagia dan lebih berjaya di tempat baru.

Kadang saya terfikir, mana-mana staff yang setia di satu-satu tempat kerja itu apa pandangan orang lain ya? Is it just a bunch of idiot yang tertinggal keretapi? Atau tak berpeluang untuk ke tempat baru sebab telah selesa di tempat lama? Sayalah contohnya sudah 8 tahun melekat di CJ ni. Pejam celik batch yang mula-mula dulu hampir 90% sudah berhijrah di tempat baru.

Adalah juga nak cuba cari tempat kerja baru, tapi di KL? Tak sangguh saya ... jammed, kalau naik komuter pun berebut, terkepit bawah ketiak masamlah etc... hissh tak sanggup saya 'trade' dengan kehidupan aman damai saya di sini. Itulah dia ... sudah selesa. Lainlah saya dapat jawatan S48 di tempat kelahiran seperti kawan-kawan di atas tu. Bestkan? Hidup aman damai menuju ke usia pencen ...

Nampaknya nasib saya masih lagi tenggelam belum muncul-muncul muncung sabutnya.

Thursday, July 12, 2007

Kenapa

KENAPA?

Semalam saya berbual dengan ahli KJW (Kelab Jiwa Luka?) pasal kenapa selalu kita suka kepada orang yang silap. Kita suka dia tapi dia tak suka kita atau sebaliknya. Sepusing sepusat begitulah, macam tulah. Akhirnya salah satu pihak kena beralah dan mengorbankan perasaannya untuk menerima cinta orang yang dia tidak cintai supaya cintanya itu mekar subur di hati orang yang tak minat itu. Berbelit jugak ya?

Okaylah bacalah madah-madah cinta ini. Mungkin kita dapat idea kenapa. Apa nak susah-susah fikir kenapa orang yang kita suka tidak suka kepada kita? Hidup ini macam roda, lagipun banyak benda lain yang perlu difikirkan dalam hidup ini selain cinta. Contohnya macam mana nak kumpul duit beli kereta baru Nissan si Latio tu ke? Namp[ak jugalah faedahnya kan? Heheheh ...

1. Cinta tidak pernah meminta ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan tetapi tidak pernah berdendam, tidak pernah membalas dendam. Di mana ada cinta di situ ada kehidupan. Manakala kebencian membawa kepada kemusnahan.

2.Mungkin tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu.

3. Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada di sisi kita. ( Saya doakan dia selamat duduk dalam hutan tu heheheh ...)

4. Cinta ibarat pasu antik ia sukar ditemui, sukar diperolehi tapi mudah untuk jatuh berderai. ( Cinta itu bagai orked hutan, ianya cantik bila dibiarkan di rimba, tapi akan mati bila diubah dan di bawa ke dunia baru ... dia mati akibat terlebih kasih sayang kot)

5. Jangan melarikan diri dari cinta apabila ia berada dihadapan kamu. Jangan melarikan diri daripadanya kerana suatu hari nanti kamu pasti akan teringat-ingatkannya kembali dan menyesali perbuatan kamu itu.

Akhir kalam, "Wanita yang baik untuk lelaki yang baik dan kalau diri tak baik jangan komplen bila dapat pasangan yang tak perfect."

Tuesday, July 10, 2007

Durian

SAMBAL TEMPOYAK PUCUK KAYU

Musim durian dah bermula. Sesak di sana sini dan harus masing-masing balik ke KL tanpa memasang aircond sebab but kereta penuh dengan durian. Sabtu lepas ke Gemencheh, rumah keluarga angkat yang dikunjungi bila musim durian sahaja ( bertuah punya anak angkat hahaha ...) Masa inilah semua mengaku anak angkat hahahaa ...

Sabtu petang ke Felda Palong 2, kutip durian. Naik 4 wheel macam pengembaraan Camel Trophy menyusuri ladang kelapa sawit. Melalui lorong-lorong babi dalam lanskap bukit yang mencabar dan mendebarkan untuk ke dusun di tengah kebun kelapa sawit itu. Disekeliling kebun kelapa sawit itulah pokok-pokok durian melambai-lambai. Mak oiii, buah durian jatuh di lereng bukit. Kena baling durian tersebut ke atas, silap-silap kembali melorot ke bawah semula. Pehhhh habis birat tangan dan kaki.

Banyak sungguh durian yang dikutip petang itu penuh but kereta. Terima kasih sangat-sangatlah dengan mak cik ( yang aku lupa namanya itu). Baik sungguh mereka melayan kami dari kota ini hahahah... Aktiviti kami makan dan makan sampai demam.

Balik siap diberi bekal segala lauk pauk. Sambal tempoyak pucuk kayu yang sedap itu, daging kambing etc. Pehhh seminggu tak habis nih. Isninnya saya keletihan dan ambil EL, bantai tengok transformer dan Die Hard 4 dari pukul 11.45 sampai pukul 5.30 petang nah kau !!!

Hari ni pun rasanya masih bernafas bau durian lagi nih ...

Saturday, July 07, 2007

O7

O7.07.07

Cantik nombor ini untuk diabadikan pada tarikh penting. Yup saya hanya mampu mengabdikan tarikh ini pada blog. Ramai yang bertunang /kahwin pada tarikh indah yang jatuh pada hari Sabtu pula.

Pilihan hidup yang dipilih sudah begini jadi saya tidak boleh kata apalah. Kalau orang lain buat apa sahaja berteman, saya pula harus pandai memaksakan diri melakukannya bersendirian. Makan sendiri, sarapan tadi pun sendiri. Tengok wayang sendiri etc ... hahaha... tak boleh kata apalah kan.

Selalu saya terfikir mengapa saya memilih jalan hidup begini. Segalanya bermula dengan baik dan berakhir dengan silap? Atau segalanya memang telah tertulis di Luh Mahfuz begitu.

Kelip-kelip di sangka api
Kalau api mana puntungnya
Hilang ghaib disangka mati
Kalau mati mana kuburnya?

Friday, July 06, 2007

LEGA

LEGA

Semalam Adequacy Audit berjalan lancar. Setengah hari sahaja pun ingatkan sampai petang. Banyak juga yang ditanya. Akhirnya ada sedikit penambahbaikan diperlukan dan kami boleh proceed untuk Compliance Audit hujung bulan September nanti. Auditor itu kata dokumentasi kami baik. Alhamdulillah.

Malam tadi dapat tidur dengan lena. Sebelum tidur dapat juga menulis sajak ini. Untuk sesiapa sahajalah yang mengerti.


SEMALAM (1)

Kesatlah seraut rindu
diwajahmu kekasih
semalam adalah kisah
yang tidak tersentuh
untuk kita rangkul
menjadi nyata.

Azhan A. Kamal
Seri Kembangan,
5 Julai 2007

SEMALAM (2)

Untuk segala terima kasih
yang diucapkan itu
aku perlu melalui segala kesakitan
mengharungi keterbatasan waktu
mempastikan segalanya elok begitu!

Azhan A. Kamal
Adequacy Audit
Cyberjaya, 5 Julai 2007

HILANG

Telah lama aku berdiri
mengisi hari dengan kesabaran
segalanya begitu mudah
untuk kau lupakan.

Jika nanti kau tersedar
Aku telah lama menjauh
mencari apa yang hilang
dan saat itu harus kau sedar
aku telah lama hilang
dari sudut sunyi rindumu.

Azhan A. Kamal
Seri Kembangan
5 Julai 2007

Wednesday, July 04, 2007

DOA

DIA

Hari ini dia ada 'oral presentation conference' pukul 3.40 petang. Yalah saya doakan dia dapat bercakap dengan lancar dan audien faham apa yang disampaikan. ( Alah you kan lecturer dah hari-hari bercakap ... tak ada apalah kan ... boleh punya.)

Rela ku menunggu mu seribu tahun lama lagi
Tapi benar kah hidup ku kan selama ini
Biar berputar utara selatan
Ku tak putus harapan
Sedia setia

Rela ku mengejar mu seribu batu jauh lagi
Tapi benar kah kaki ku kan tahan sepanjang jalan ini
Biar membisu burung bersiulan
Tenang lah gelombang lautan
Ku masih setia

Ada kah engkau yakin ini cinta
Ada kah engkau pasti ini tuk selama lama nya
Rela ku menunggu mu seribu tahun lama lagi
Tapi benar kah hidup ku kan selama ini
Biar berputar utara selatan
Ku tak putus harapan
Sedia setia

Kelip kelip di sangka api
Kalau api mana puntungnya?
Hilang ghaib disangka mati
Kalau mati mana kuburnya???


Imran Ajmain – Seribu Tahun

Autumn is here inside my heart
When there's springtime in the air
Loneliness is tearing me apart
Being lost makes me scared

I keep on asking the gods above
To send my love back to me
Oh please let these days and weeks
Pass by so quickly

Nobody suffers like I do
Nobody else, oh no
Nobody suffers like I do
Nobody else but you

You had to leave, I know
And we knew it would be tough
You said you would be back soon
Soon is not soon enough

Through this waiting in vain
All this darkness and pain
I've been crying for you, now I'm dying
When this test is at end I hope you'll understand
That you're all that I've got
Oh darling


Jay Jay Johanson - Suffering

Lagu-lagu yang akau suka pasang masa tengah tension kat ofis ...ada idea nak tulis cerita nih ...

Sunday, July 01, 2007

MOGA CEPAT SEMBUH

MOGA CEPAT SEMBUH

Ayahandaku sedang terlantar di katil, ketika aku masuk ke rumah kerana pintu hadapan tidak berkunci. Dia agak terkejut. Aku terus meluru mendapatkannya. Melihat tubuhnya yang tua dan kakinya yang bengkak itu.

"Doktorkan suruh tinggal seminggu di hospital?" Aku menyoalnya.

"Mana dia nak tahan tidur baring kat hospital itu!" Emak menjawab.

Ayah hanya tersenyum. Ada kerut kesakitan diwajahnya. Semenjak balik dari rumah orang kahwin bengkak di kaki kiri ayah menjadi lebih besar. Susut sekejap, ayah akan tidak sabar untuk ke warung kopi. Sehari kadang 5-6 kali keluar. Emak sudah tak boleh kata apa.

"Jaga orang tua memang susah, degilnya sudah tidak makan saman," leter emak seperti biasa.

Hari-hari tua yang sepi seorang lelaki seperti ayanhandaku ini amat meruntum hati. Kesabaran dan kecekalan emak diperlukan untuk menjaganya siang malam. Ayah tidaklah manja sangat pun, dia hanya memerlukan kita semua ini anak-anaknya memahami dirinya.

Aku sudah trauma dengan perkataan hospital. Aku lagi trauma bila kerja-kerja ku tidak lagi siap sedangkan audit akan dilakukan pada 5hb ini.

Moga ayah cepat sembuh dan rajin-rajinlah makan ubat.

Wednesday, June 27, 2007

Kecurangan

KECURANGAN?

Bila ada sahaja kes-kes berprofil tinggi di negara kita ada satu benda yang bermain difikiran saya, bagaimanakah isteri-isteri yang tertuduh itu mampu membiuskan diri mereka mendengar penghujahan tentang kecurangan suami masing-masing? Ianya memerlukan kekuatan dan tekanan mental yang bukan sedikit. Isteri Razak Baginda, Isteri Haniff Basree(siap mengandung lagi ketika itu), isteri Najib ( kes Kenny Ong, isteri dia bekerja di bank dan jual lampin bayi untuk menampung kehidupan).

Dan benarlah kisah-kisah ini tuhan tunjukkan kepada kita untuk kita menyedari kesilapan dan keterlanjuran diri. Supaya kita menginsafi diri, supaya mereka, kita yang lain jika melakukan kesilapan yang sama - pulang ke pangkal jalan.

Lihatlah kebesaran Allah, Dia menunjukkan sesuatu yang kita tidak nampak supaya tidak akan terus hanyut. Siapa kata kes-kes di mahkamah tidak penting? Baguslah ianya mendapat liputan media. Baguslah jika setiap hati pandangan mata kita terpaku di kaca TV mengikuti perbicaraan kes-kes sebegini ...

Monday, June 25, 2007

Puisi


CERITA DARI CEDERA JIWA (1)

Mereka datang dan membinasakan
Makna kemanusiaan
Tanpa undangan mengirim sengsara
di tangga kehidupan sebuah negara.

Bagai hujan darah memenuhi
segenap pandangan
Wanita dan kanak-kanak
Menjadi habuan peperangan.

Engkau seorang ibu
Di tanah gersang
Di hujani peluru
Berlari-lari tanpa sepatu
Tidak tahu ke mana di tuju.

Duniamu bernafas dalam kesedihan
Mencari damai di antara timbunan
Kesengsaraan.

Kami datang membantu,
Menyembuhkan luka-luka
Walau luka di hatimu
Entah bila akan sembuhnya.


Kamal
23 April 2007
Cyberjaya, Selangor


Mmmmm masih lagi dalam proses menjernihkan makna. Penat kepala memikirkan perlambangannya. Akhirnya puisi itu menjadi dua bahagian dan saya telah kirimkan ke penerbitan BM. Tunggulah kalau editor tertarik dia akan siarkan. Kalu tidak tidak mengapa.

Wednesday, June 20, 2007

Sibuk

SIBUK

Sekarang ni tengah sibuk dengan kerja-kerja akhir pendokumentasian. Sudah nak siap dah. Ada 14 hari lagi ni. Hidup macam tulah banyak rutin sahaja. Tak ada faedah didokumenkan kat sini pun.

Oh ya aku sedang membaca novel Hlovate - "5 Tahun 5 Bulan", sempoi bahasa dia. Aku sudah jatuh cinta dengan novel-novel Jemari Seni. Aku selamba je baca novel masa tunggu order makanan kat restoran atau kat mana-mana sahaja. Tak kisahlah bila orang pandang semacam je peduli apa aku. Aku dengan dunia aku, sebuah buku dan masa aku sendiri! Best siot!

AKHIRNYA ...
AKU YANG TERLALU MALU
(MENYATAKAN SAYANG ITU)

Aku sentiasa mendoakan dirimu
Berbahagia selalu
Walau terlalu payah untuk kunyatakan
Sayang itu sentiasa menggebu dijiwaku.

Dikaulah ayah ibu yang mengasuhku
Tanpa jemu membelai jiwa nuraniku
Menjadi seorang lelaki berani di gelanggang
kehidupan ini.

Akulah anakmu itu
Yang terlalu malu menyatakan betapa
Aku terlalu menyayangimu,
Walau dalam kejauhan
Walau dalam ketiadaan,
doa restumu adalah kekuatan buatku.

Mungkinkah tanpa kata-kata,
Dapatkah kauizinkan rasa kasih itu
Kembali menjalar seperti dulu?


Cyberjaya, Selangor
(Berita Minggu, Ahad 17 Jun 2007 )

Friday, June 15, 2007

Bahagia dan sedih

BAHAGIA

Hari ini saya mendapat balance bonus tahun lepas. Alhamdulilah dapatlah saya membeli baju raya untuk ibu saya. Maklumlah tukang jahit kat kampung saya itu 'hangin satu badan' bila mendapat tempahan baju raya bila dekat nak raya. Dia akan suka hati dia sahaja kata nak tolak baju yang dihantar walaupun kita ini pelanggan sain mati dia.

Saya berkira-kira untuk menempah blazer baru dengan duit bonus ini. saya beli yang dah siap sahaja rasanya. Mungkin juga saya akan beli hp murah sebab hp lama saya itu sudah nazak sangat sehinggakan malu saya nak mengeluarkannya di tempat umum.

Banyak kehendak dengan duit yang sikit. Apa-apapun saya bayar cukai tanah dulu. Ini pun dah terlebih tarikh dia.

SEDIH

Perkara sedih, bila saya dapat emel dari 'yang berkuasa' dan dia memberi kata dua. Saya tahu saya pacal yang hina. Saya akan tunggu juga agar yang indah itu menjelma juga. Budak baru nak mengenal dunia penulisan beginilah. Perjalanan penuh liku untuk mengecapi kejayaan. Suatu hari nanti saya akan ingat emel dia itu. Saya tahu dia tertekan dan saya maafkan dia. Saya juga doakan kesejahteraan dia selalu.

Thursday, June 14, 2007

JOG

JOGGING

Setelah membaca laporan akhbar yang masyarakat di sebuah negeri di Amerika amat gemar berjogging sebab takut sakit manakala kita hanya bersenam dan berjogging bila dah sakit maka saya pun mengambil langkah pencegahan dengan melakukan perkara yang sama. Selepas waktu pejabat detik 5.30 ptg saya pun menukar pakaian kerja dan mula berlarian ( ehhh rasanya lebih banyak berjalan cepat ) di Taman Tasik Cyberjaya. Ramai juga yang berjogging, rakan setugas pun ada 4-5 orang yang turut serta. Mereka tu semua nak kuruskan badan demi suami tercinta. Ya! kebanyakkan yang saya jumpa semasa berjogging ialah mereka yang mempunyai masalah berat badan ( kenyataan walaupun pahit).

Walaupun kurus kita kena membina stamina. Lebih-lebih lagi bulan 8 nanti saya akan mendaki Gunung Nuang. Takut pancit dan tak boleh turun gunung, itu yang membuatkan saya mula berjogging semula. Best lah badan jadi ringan dan rasa malas tu macam hilang. Bersemangat nak mulakan kerja dan tidur pun tak terjaga di tengah malam macam selalu.

Our staff Ana, selamat melahirkan anak perempuan 3.7 kg, lewat 3 hari dari jangkaan. Hahaha dapat anak degilah ni. Orang kata kalau anak lahir awal sikit dari tarikh due ikut cakap ibu bapa dan kalau lambat dari tarikh due degil . Heheheh ...

Thursday, June 07, 2007

Selamat



Paklah dan Jeanne Abdullah, 53


SELAMAT PENGANTIN BARU PAK LAH!



Betullah kesedihan akibat kehilangan tidak akan lama. Paling lama seminggu. Kemudian kita akan menempatkan memori tersebut di satu sudut terpencil di hati kita. Kita cipta kebahagiaan baru di hari mendatang. Di hati kita banyak ruang yang boleh diisi untuk mencipta memori baru.

Pak lah pun sudah mendapat kebahagiaan barunya, tidak perlu ulas banyak lihat sahaja sidang media di Buletin Utama malam tadi. Cahaya kegembiraan terpancar jelas di wajahnya. Hidup perlu diteruskan. Cinta datang dan pergi. Hilang dan akan tumbuh cinta baru.

Kalaulah perkara itu menjadi begitu mudah. Kalaulah ...

"Even if it hurts sometimes
I want to keep feeling you
At least I have my memories to comfort me
I’ll always have you here"'

Arigatou' - Kokia

Wednesday, June 06, 2007

Kesederhanaan

KESEDERHANAAN

Bila dikenangkan kehidupan orang lain dan kehidupan kita banyak yang perlu difikirkan semula. Ya, kita perlu mengukur baju di badan sendiri. Hiduplah dengan apa yang kita rasa selesa dan tenang. Azizi Ali, si jutawan itu pernah berkata "Kalau kita mampu memandu Perdana, belilah Waja atau Kancil sahaja supaya kehidupan kita tidak membebankan diri kita di kemudian hari". Logiknya, wang lebihan yang ada adalah untuk simpanan dan keperluan lain.

Saya terfikirkan sebuah kehidupan yang simple. Memandu kereta kecil (Viva) dan tinggal di sebuah rumah atau apartment sederhana di kawasan pinggiran yang tidak jauh dari tempat kerja. Di depannya ada pasaraya dan Masjid juga sekolah. Dengan wang gaji yang begitu-begitu sahaja dan kemudian menikmati kehidupan sekadarnya pasti membahagiakan. Setiap kali berlaku perubahan dalam hidup kita, contohnya bila gaji naik otak mula terfikir untuk tukar kereta baru. Atau bila kereta sudah habis bayar mahu beli kereta lain yang lebih 'menggiurkan'. Lama kelamaan, kehidupan kita begitu sahajalah ... kita jadi hamba bank tak sudah.

Bayangkan kalau kita hidup simple ( tapi bukanlah nampak sengkek) dengan wang gaji yang sama. Duit lebihan ada untuk tabungan, senang nak pergi melancong, boleh beli banyak buku setiap bulan alangkah indahnya. Kemudian fikiran kita tenang tidak perlu memikirkan hutang bank yang banyak, kecualilah hutang beli rumah. Dapatlah juga kita membantu kedua ibu bapa kita. Kalau dulu mungkin kita membantu sekadar yang termampu, kali ini dapatlah kita memberi lebih. Pasti jiwa kita menjadi lebih tenang.

Sebenarnya kehidupan yang simple, bebas hutang akan lebih membahagiakan. Ahhh ... semua itu tanyalah diri sendiri. Kehidupan kita kitalah yang menentukan. Bagaimana pula bagi kita yang sudah 'terlanjur'? Bolehkah berpatah balik? Mungkin masih belum terlambat...

Saya masih menghitung hari ...

Wednesday, May 30, 2007

CUTI

CUTI

Semalam bercuti. Hantar Yana ambik periksa di INSPEN, Bangi. Seharian dia ambil exam tu. Habis je exam jam 4.15 petang aku hantar dia balik ke kampung. Tapi sebelum tu singgah di Giant beli 'jajan' berkotak. Sebab beli berkotak tulah cashier tu dah silap tekan harga dia. Patutnya lebih murah lagi. Aku panggil supervisor suruh check dan memang betul harga dia bukan harga yang budak tu bilkan. Hehehe ... customer always rite kan? Itulah pentingnya mengingat harga barangan di pasar raya besar nih. Kadang sistem online depa 'pening' nak memproses data. Kalau kita nak cepat je memanglah rugi. Tapi petang tu aku berjaya membuatkan orang ramai beratur panjang. Mesti kena sumpah seranah tu. Duit susah nak carik kan?

Pagi tadi lalu jalan baru Guthrie tu ke Putrajaya. Tol RM5.40 tak payah lalu SA yang jammed teruk tu. Laju je aku memandu. Kalau aku tinggal di Kapar tol sehari 10.80 kalau lalu jalan tu lah. Mmmm cadang nak tinggal di sana hujung tahun depan.

Monday, May 28, 2007

ISO

HUJAN

Training untuk ISO hari ini di batalkan. Pagi gajah trainer tu call dan cancelkan sebab suara dia hilang ( hehehe banyak sangat berkaraoke agaknya). Jadi pagi ini kami dapatlah makan free jimat sikit belanja. Okay juga kalau selalu macam ini. Petang ini atau bila-bila masa sahaja, ikut mood aku nak balik ke kampung ( rindu kat my parents sebenarnya - semalam tak balik ada kawan jauh datang bertandang). Esok pulak saya bercuti, adik nak pergi ambil periksa di INSPEN.

Semalam sempat tengok Lanun Lautan Caribbean. Okay gak walau pening sikit dengan sub plot dia yang bersimpang siur. Kena tahu cerita yang terdahulu kalau nak enjoy menonton cerita itu. Saya ke panggung pukul 10.30 pagi. Ehhh best jugak tengaok time pagi ni. Kita boleh buat banyak perkara selepas itu.

Sedap pula lagu ini. Maksudnya dalam. Teringat kisah lalu cewahhh!!

Pada awalnya ku sangka berkawan saja
Akhirnya ku sedari kau ku sayangi
Ingin aku mengiringi kehidupan mu
Kerna engkau bererti bagi diri ku
Kau nyalakan pengharapan hidup masa depan
Ku membina cita cita untuk hari muka

Kiranya aku jambatan yang menghubungkan
Tiba kau ke seberang ku kau lupakan
Kalau dulu segandingan seia sekata
Kau bertukar haluan tidak setia

Bila aku mengenangmu di dalam sepi ku
Ku terkenang pengorbanan yang telah ku berikan

Rupanya aku menjadi batu loncatan
Bertemu yang kau hajati ku kau tinggalkan


Pelangi – Aku Jambatan Buatmu

Thursday, May 24, 2007

Gerhana

GERHANA

Kisah seorang anak yang menjerut leher bapanya hingga mati di KL semalam membuatkan saya terfikir tentang sesuatu. Hidup berdua dengan seorang bapa yang lanjut usia memang memerlukan tahap kesabran yang tinggi. Mungkin lelaki itu (usia 50-an) sudah dileteri berhari-hari atau bertahun dan semalam adalah kemuncak kesabarannya. Mungkin juga dia bukan seorang islam jadi dia tidak dapat mengawal kemarahannya. Yalah kalau dia seorang muslim pasti dia beristifar banyak-banyak dan menerima keadaan orang tua itu seadanya. Ah! kalau sudah tak tahan semua itu tidak menjadi sebarang apa.

Persoalannya ialah seorang anak sebagaimana penyabar pun pasti akan mendidih hatinya itu betul. Di usia emas ibu bapa akan bertukar watak menajdi LEBIH SENSITIF. Anak-anak perlu memahami perubahan fisiologi dan emosi orang tua mereka. Tersilap cakap, tersilap tindakan mampu mengguris teruk perasaan mereka. Walaupun kita ini insan yang lemah, tapi mengambil sikap berhati-hati dan berdiam diri lebih baik. Sensitif dengan keperluan mereka dan bercakaplah dengan nada yang betul. Tone suara tu pun boleh menjadi isu besar!

Bapa saya berumur 71 tahun dan ibu saya berumur 61 tahun. Sejuta kesabaran diperlukan untuk membahagiakan mereka dan ketelitian diperlukan. Kasih sayang serta perhatian tidak boleh membuatkan mereka risau barang secuit pun. Saya berdoa setiap kali selepas solat supaya ibu bapa saya panjang umur dan sihat walfiat.

Moga saya dan adik beradik yang lain mampu menjadi anak yang taat dan sentiasa memberikan yang terbaik untuk kedua ibu bapa kami. Ohhh ... ayah saya masih sihat cuma daya kesabarannya sudah berkurang kasihan ibu saya ...

Wednesday, May 23, 2007

ALHAMDULILLAH ...

ALHAMDULILLAH ...

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihi ...

Pembedahan kedua-dua mata Dia telah selamat. Katarak itu berjaya 'dihapuskan' matanya dapat melihat dengan terang kini. Tidak lagi terasa macam berkabus dan tidak mampu memandu di waktu malam. Dia telah memperolehi kesejahteraan itu hasil teknologi laser yang mampu dijalaninya.

Tetapi kenapa dia tidak pernah terpandangkan aku yang wujud di depan matanya walau setelah katarak itu dibuang?

Tuesday, May 22, 2007

Sektor Awam

SEKTOR AWAM

Kenaikan gaji sektor awam yang diumumkan oleh PM semalam memang telah dijangka. Kenaikan yang banyak dan memberi impak yang besar kepada negara. Kakitangan sektor awam akan menikmati taraf hidup jauh lebih baik jika dibandingkan dengan kakitangan swasta sendiri. Itulah kenyataannya sekarang.

Terasa rugi tidak memceburi sektor awam ketika mula-mula menceburkan diri di arena pekerjaan 11 tahun yang lalu. Gaji yang ditawarkan ketika itu RM 1200 S41 rasanya. Itu tidak termasuk pelbagai elaun. Kini dengan kenaikan gaji yang dijanjikan pastinya ianya lebih 'menyegarkan'. Ramai kenalan di sektor awam tersenyum puas dengan segala kesabaran mereka. Harapnya rezeki yang mereka nikmati itu akan turut tempias ke GLC. Kalau dapat COLA RM 300 pun rasanya berbaloi. Jika difikirkan sektor swasta di negara kita tidak semuanya mendapat skim gaji yang berbaloi. Harap lanskap gaji untuk para esekutif swasta di negara kita akan diperbaiki. *Rasanya saya bercakap dengan dinding --- tiada siapa yang memperjuangkan nasib golongan eksekutif sektor swasta.

- MMM kalau saya melompat ke sektor kerajaan saya minta S48 /S44 seperti kawan-kawan saya yang lain.
- Harga barang naik tak? Hehehe ...
- Nak pilihan raya ke Pak Lah?
- Bolehlah kumpul duit beli VIVA :)

Friday, May 11, 2007

Mimpi

KU IMPIKAN BINTANG

Selepas solat Jumaat saya bergegas ke Presint 9, apa lagi ... menjenguk si Vivalah. Okaylah kereta tu untuk segmen kereta kecil /compak, harga dia masih relatif mahal untuk yang 1.0 cc tu. Harga 1.0 Ezi automatik 44,200, tambah je sikit lagi dapat kereta Wira 1.5 A/B yang lebih selesa. Itu pun kalau pembeli tu fikirkan untuk jangka panjang, kita tak selamanya muda kan? Tapi apapun kelahiran Viva menambahkan lagi kereta-kereta 'cute' di negara kita.



Ku impikan bintang jatuh ke bumi
Menyinari awan yang berat hujan
Dalam kegelapan malam
Bintang membawa harapan
Sinaran cinta kita

Belailah daku dalam dakapan mu
Semaikan ku dalam mimpi mimpi mu

Bila berdua indah segala
Seakan kita di syurga
Ku berdoa agar cinta kita
Seperti bintang yang menyinar

Nyata bintang takkan jatuh ke bumi
Namun kita kan jatuh cinta

Sean Ghazi – Ku Impikan Bintang

Thursday, May 10, 2007

Membaca




MEMBACA MEMBUKA CAKERAWALA !

Saya mula membaca banyak karya penulis tempatan lain ketika ini. Menghiburkan dan memberi banyak input tentang plot dan style penulisan masing-masing. Saya sudah habis membaca Jibunsyi "Biarkan Ia Terbang" karya Norehan Muhamad. Jibunsyi adalah berdasarkan kisah benar. Dari usia kanak-kanak sampai sudah beranak-pinaklah watak itu difokuskan jalan hidupnya. Ceritanya menarik dan sesuai dibaca untuk semua lapisan masyarakat. Lelaki gagah perkasa pun tak akan dianggap 'lembik' atau 'sentimental tahap gaban' kalau baca novel sebegini.

Wah ... PTS ada novel terbaru "Curahan Cinta Niagara" karya Maya Iris. Amboi tajuk dia mengancam sukma. Cuba click di sini untuk berita lanjut tentang buku tersebut. Saya belum membacanya lagi tapi memang teruja untuk mendapatkannya. <http://www.pts.com.my>

SINOPSIS

Kita sering kali bertanya, "Kenapa aku tidak dapat apa yang aku idam-idamkan? Quran menjawab, "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia baik bagimu. Boleh jadi kamu menyayangi sesuatu padahal ia buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." Surah al-Baqarah, ayat 216.


Mira Zahila, gadis yang mudah berkawan tetapi tidak mempercayai institusi perkahwinan telah menjadi rebutan dua orang lelaki. Air terjun Niagara Falls menjadi titik permulaan Farhan disapa oleh perasaan cinta pertama. Namun Farhan terpaksa memendam rasa kerana adiknya Faris yang sering memperolehi apa yang diingininya lebih dahulu menagih cinta Mira.Di saat-saat menemui ajal, Faris telah memberi laluan kepada Farhan untuk merebut cinta Mira. Namun, Mira tidak dapat menerima cinta Farhan kerana cara hidup Farhan dirasakan asing baginya.

Farhan pula mula sangsi dengan cintanya kerana sejarah silam Mira dan Faris bercanggah dengan prinsip hidupnya. Dalam keadaan terpaksa, Farhan menikahi Mira walaupun dia sendiri tidak pasti perasaan sayang atau benci yang bersarang di hatinya.Ketika Farhan dan Mira bergelut mencari kebahagiaan sebagai suami isteri, muncul pula seorang wanita yang bakal menggoncang keharmonian rumahtangga mereka. Yang bakal mematikan benih-benih cinta yang baru bercambah.Berjayakah Mira mencari kebahagiaan, merentasi lautan dari New York ke London dan Paris hingga ke Kuala Lumpur? Dan sempatkah Farhan membuktikan cintanya sehebat curahan Niagara?

Sinopsis dipetik dari laman web PTS (http://www.pts.com.my)

Wednesday, May 09, 2007

Hujan

HUJAN


Pagi tadi hujan lebat. Jammed masa jalan nak keluar ke persimpangan CJ/PTJ/KJG. Hujan rahmat. Rasa macam hujan lagi hati ini pulak. Semua orang busy dengan meeting hari ini. Aku buat satu paperwork sahaja. Data tak sampai jadi aku tak boleh siapkan. Masa lunch tadi otak masih memikirkan sesuatu yang membuatkan nasi yang terhidang tak habis ditelan. Kronik ke? Mungkin kita tidak boleh berfikir sesuatu perkara ketika menghadap rezeki. Kena fokus.
Love Chooses You...

If you find yourself in love with someone, and that someone does not love you...be gentle to yourself, there is nothing wrong with you, love just did not choose to rest in that someone's heart.

If you find someone in love with you, and you can not answer that love... feel honored that love came by and called on your door.... but gently refuse the feeling you cannot return, as love did not choose to settle in your heart.

If you find yourself in love with someone and the love returned...it still can happen that love chooses to leave... do not try to reclaim it and do not assess any blame... let it go, despite the pain...there is a reason and meaning to this... you cannot choose love by yourself...LOVE CHOOSES YOU!!!!

Mmmmm ...

Monday, May 07, 2007

Ungu

BILA RINDU MENJADI UNGU

Hari Ahad saya, Yana, Mak dan Man bergegas ke KL. Cadangnya nak ke Pesta Buku KL untuk kali ke dua. Yana nak beli koleksi majalah yang dia suka benar nak cukupkan koleksinya. Tak boleh tercicir walau senaskah. Tapi kami hampa, parking untuk kereta tak ada. Kesian kalau nak parking jauh, nanti Mak penat nak jalan kaki. Jadi kami pergi shopping sahaja ... hahaha teruk.

Balik ke TK pukul 2.00 petang dan pada pukul 5 bertolak semula ke CJ. Penatnya. Sarapan pagi di KL dan makan tengahari di TK. Saya yang memandu.

Masa di pesta buku pada 30 April saya sempat bertemu beberapa penulis yang sudah tercetak naskahnya. Tahniah untuk mereka, ada yang sudah mendapat royalti ... bila ditanya berapa? Jawab mereka "Harga Kancil ful settlement"... fuhhh tertelan air liur. Alhamdulillah rezeki mereka. Saya juga perlu sabar menanti saat dan detik itu menghampiri. Bila?

Antara buku yang saya beli ..."Biarkan Ia Terbang" terbitan PTS, "Gurindam Jiwa" Jemari Seni, koleksi novel klasik dari Alaf 21 antaranya "TukCa" karya Azizi Abdullah. Berpuluh-puluh majalah ... leganya. Saya tidur dengan semua buku-buku yang saya beli itu.

BILA RINDU MENJADI UNGU

Telah terpeta jejak pilu di hati
Sepi merangkul rindu itu

Hilanglah sudah kemesraan
rinduku menjadi ungu

Engkau pergi tanpa pamitan
Tidak kunanti esok lagi ...
Kamal
7 Mei 2007

Sunday, April 22, 2007

Kerja

KERJA, KERJA ...

Sekarang ini cuti ke tak cuti memang pagi-pagi lagi aku dah sampai ofis. Maknanya akulah yang bukak pintu ofis setiap hari. Bukan tak tahu apa nak buat tapi kalau di rumah atau di kampung aku jadi malas sangat. Tak tahu apa nak buat. Malam pun kadang pukul 3-4 aku dah terjaga. Bila terjaga aku mop lantai, basuh tandas dan sebagainya. Sampailah aku letih sambil menunggu waktu subuh.

Banyak perkara yang aku fikirkan sekarang ini. Selain projek ISO 9001:2000 yang mendera emosi aku ini,ada jugalah plot-plot sampingan yang membuatkan hidup aku rasa ... Rasa apa ya? Tak 'complete' entah sukar nak digambarkan dengan tulisan.

Oh ya, aku sudah habis membaca novel "Surat Ungu Untuk Nuha" kisah yang menghiburkan jugalah. Aku baca sampai habis dan lega juga dengan ending dia. Entah bilalah novel sendiri nak keluarkan? Kata editor tahun ni juga. Jadi kena tunggulah.


"Kesedihan dan kerinduan hanya terasa selama mana yang kita ingini dan
menyayat hati sedalam mana yang kita izinkan.
Yang berat bukan caranya menanggung kesedihan dan kerinduan itu,
tetapi bagaimana mengambil pengajaran darinya."

Wednesday, April 18, 2007

Yin

YIN 2

Yin telah selamat kembali ke pangkuan ibu bapanya. Namun kisah dia tidak berhenti di babak paling dinantikan itu. Lembaran baru bermula, kisah pasangan Myanmar suami isteri itu pula kini menyusul untuk di soal siasat. Memanglah wajar, tapi perlu dilakukan secara tertutup tanpa dihebahkan kepada media. Bukankah ibu bapa Yin juga telah berjanji untuk memaafkan sesiapa juga yang mengembalikan anak mereka?

Pasti penculik/penjenayah yang melakukan perkara sebegitu dengan niat, tidak akan memulangkan sesiapa juga yang 'diculik' atau 'diambil' di masa akan datang jika beginilah halnya. Apa terjadi dengan ratusan kanak-kanak yang hilang di negara kita? Kisah seorang anak perempuan yang hilang di Kuala Selangor sepi hingga kini. Pasti ianya mengundang harapan setipis kulit bawang untuk kanak-kanak ini dikembalikan semula kepada ibu bapa mereka.

Kisah Yin ini seolah-olah ibu bapanya langsung tidak bersalah. Padahal mempunyai anak hyper active ( Attention Deficit Hyper Activity Desorder) ini memerlukan penjagaan dan penelitian bukan sedikit. Tidak boleh terlepas pandang langsung. Ya, mungkin pasangan Myanmar itu ada niat lain. Kita tidak tahu, namun dia juga telah melakukan tindakan yang mulia dengan menjaga Yin selama ini walau serba kekurangan dan kemiskinan.

Yin telah kembali, dia bernasib baik kali ini. Dan nasib baik seperti ini sungguh jarang berulang kembali.

Hanya Allah yang Maha Mengetahui ...

Tuesday, April 17, 2007

YANG

YANG INDAH BELUM LAGI MENJELMA

Rasa nak demamlah hari ini. Badan rasa sakit-sakit pulak. Rasa nak cuti tapi belum boleh cuti kena gantikan kengkawan yang tengah bercuti saat ini.

Yang indah belum lagi menjelma dalam hidup. Kena tunggu dan terus menggali lagi!


SURAT UNGU UNTUK NUHA


Semalam petang semasa ke kedai buku nampak novel Noor Suraya "Surat Ungu Untuk Nuha". Tertarik dengan buku ini secara fizikal dan isinya. Pertama binding dia kemas, reka letak menarik. Mutu kertas bagus. Gam kat buku tu nampak kukuh untuk menampung 484 muka surat. Yalah ada sesetengah penerbit tu gam kat buku tu mudah terlerai muka suratnya bila di belek lama-lama. Tapi buku terbitan Jemari Seni ini boleh dianggap A+ dari segi konsep keseluruhan bentuk fizikal dan reka letaknya. ( www.jemariseni.com)

JALAN CERITA

Menghiburkan, sedih dan nak tergelak pun ada. Suka watak Alang dan Nuha yang ala-ala benci tapi rindu. Bersahaja dan matang. Aku suka buku ini sebab Alang minat puisi, dia tulis sajak. Ada fragmen-frangmen sajak yang menarik dalam buku ini juga. *Alamak aku dulu baru nak buat cara yang sama ada orang lain yang gunakan kaedah ini pulak. Kena fikirkan idea lainlah nampaknya nanti.

Malam tadi aku baca sampai muka surat 124 jadi taklah boleh komen banyak-banyak pasal isi. Cuma memang berbaloi untuk dibeli dan dibuat koleksi.

Surat Ungu Untuk Nuha ni memang aku suka baca. Kalau tak, pasti pukul 9 malam aku dah berlayar ke kota mimpi...

Nuha:

Jendela hati diketuk lagi
kubuka separuh-separuh
separuh hati
"Selamat malam, nama saya Cinta!"
hangat dan dingin
merantai di luar.

"Izinkan saya berteduh di tepi jendelamu?
"Cinta terus bertanya.

Lalu hatiku tertanya-tanya:
"Cinta, kenapa mesti aku?"
Muzzammil:
Nuha, benarkah... tidak semua ombak menemui pantai?

Monday, April 09, 2007

Yin

YIN

Kehilangan Muhammad Nazrin Shamsul Ghazali atau Yin ketika ibu bapanya membeli belah di Sogo seharusnya tidak berlaku. Saya yang mendengar kisah ini bukan sahaja bersimpati malah geram pun ada dengan pasangan muda itu. Kalau sibuk mencuba pakaian sekalipun, berkumpullah di depan 'fitting' room atau bawa sekali anak itu masuk ke dalam bersama. Bayangkan untuk ke bahagian belakang pintu keluar Sogo itu bukan mudah, menyelusuri tangga bergerak itu juga bukan kerja senang untuk budak berusia 5 tahun. Ini bermakna keluarga itu sambil lewa sahaja dalam aspek penjagaan anak mereka ketika itu. Seronok membeli-belah yang akhirnya membawa padah.

Kalau ikutkan fikiran jahat saya, macam-macamlah yang bakal berlaku. Penculikan untuk dijadikan pengemis profesional, pemindahan organ dan dijual untuk mereka yang inginkan anak. Nauzubillah ... tidak sanggup saya bayangkan.

Moga Yin kembali kepada keluarga yang merinduinya dan kisah ini wajar dijadikan iktibar untuk semua.

Sabtu pagi ke Banting melihat anak saudara yang ditimpa kecelakaan. Kakinya tertusuk jarum dan terpaksa dibedah untuk mengeluarkannya. Nasib betul abang tu, tempanglah dia untuk barang seminggu lagi. Tahun ni UPSR pulak tu ...

Adik Syikin pulak kedua-dua pehanya terkena ekzos motor bapak diorang yang diletakkan di depan pintu rumah. Habis melepuh peha comel budak tu. Hisss ... macam-macam dah tahu ada anak kecil letak motor pun di depan pintu rumah. Penat pulak nak membebel pagi-pagi ini.

Kita harus menyediakan persekitaran yang sleamat untuk anak-anak membesar. Zaman lasak dan berkubang macam dulu-dulu sudah lama berlalu. Zaman ini kanak-kanak di kawal seperti tawanan perang hehehe ...

Tuesday, March 27, 2007

HURT

HURT

Lagu Christina Aguilera "HURT", tu memang sedap dan indah melodinya. Terasa sarat dengan peristiwa yang berlaku dalam lirik lagu itu. Bahasanya simple tapi disampaikan dengan cara yang begitu mantap. Pernah dengar tak?

Terkesan dan antaranya liriknya ...

"Ohh I'm sorry for blaming you
For everything I just couldn't do
And I've hurt myself, ohh ..."

Lagu yang simple tapi menarik dari segi senikata dan susunan muziknya. Layan jugak masa nak pergi dan balik kerja ...

MENGUTIP KATA-KATA

Hargailah pasangan anda, biarlah dia menangis kerana kehilangan anda janganlah anda menangis kerana kesilapan anda yang tidak menghargainya. (YD, Klang)

Hal paling kejam yang seseorang lakukan kepada orang lain adalah membiarkannya jatuh cinta sedangkan kita tidak berminat untuk menangkapnya.

Di saat kita fikir telah melakukan yang terbaik untuknya tetapi tanpa disedari kebaikan mungkin dibalas dengan kesakitan.

Monday, March 26, 2007

HARI YANG INDAH (UNTUK BERSENDIRIAN)


Setelah terlalu penat memikul beban
Engkau berdirilah menghadap awan
Yang telah seharian memuntahkan hujan
Burung-burung berkicauan riang
Menyambut hari indah yang menjelang.


Seindah ini warna alam
telah kau lepaskan daripada pandangan
sedang mata asyik tertikam
sisa-sisa duka semalam.


Lukiskanlah corak terindah di hatimu
Senyumlah, menghadapi hari esok
walau telah terpeta jejak duka
di tubir nasib dan bahagia entah
bila akan menjelma.


Hari ini amat indah untuk bersendirian
Kau bukalah pintu-pintu bahagia
Yang telah sekian lama kau hilangkan kuncinya
Pada kelmarin yang sengsara.


Kembalilah mengatur langkah
Menghapus gundah
Untuk hari esok yang lebih indah.


Kamal
25.03.07


Hari yang indah untuk bersendirian. Alhamdulillah ... syukur di panjangkan usia sehari lagi. Paling tidak kita masih punya masa untuk mengucapkan betapa bertuahnya kita ini. Semalam dapat membeli satu cadar baru dari Aussino corak berbelang-belang biru hijau putih. Supaya dapat lena tidur, dapat lebih banyak ilham. Dapat menangkap segala kebimbangan dan menghumbannya keluar dari tingkat 14 apartmen aku itu. Kronik ? Hehehe ...

Thursday, March 22, 2007

Sedih

KESEDIHAN

Tiba-tiba saya rasa begitu sedih sekali. Suara saya tidak keluar ketika bercakap. Sebak sekali ... Hari ini dah hari seterusnya akan lebih menguji. Dunia ini penuh dengan segala kemusykilannya. Haruskah kita mengetahui segala jawapannya? Jawapan untuk segala yang diselerakkan di depan mata?

Tuesday, March 20, 2007

PUISI

CINTA DALAM PUISI

Saya agak sibuk sejak kebelakangan ini. Selain tugas-tugas menyiapkan ISO, aktiviti sambutan 10 tahun universiti ini tetap berjalan. Tolonglah mana yang patut, masuk mana-mana AJK yang biasa-biasa. Yalah, kita ni manalah orang kenal.

Saya mula diperkenalkan dengan puisi semenjak mengikuti Kursus Teknik Penulisan Surah Yusof yang dikendalikan oleh Ibu Ainon. Kalau diikutkan genre puisi paling saya minati. Mungkin sebab 'kesakitan' penghasilan sesuatu karya itu tidak terlalu panjang, tidak seperti novel yang mengambil masa yang lebih lama.

Saya percaya kita mesti berguru bila memasuki bidang baru. Mesti ada yang membimbing dalam industri tersebut jika tidak jadilah kita penulis syok sendiri. Menulis selain untuk kepuasan diri sendiri kita juga menulis untuk orang lain iaitu pembaca kita. Jadi setelah beberapa bulan menekuni genre ini. Inilah hasilnya ... moga yang indah akan terus menjelma!

Koleksi Puisi Cinta Kamal di Universiti Terbuka PTS <http://www.universitipts.com/?cat=35>

Monday, March 19, 2007

Al-Fatihah

AL-FATIHAH BUAT HISYAM

Arwah merupakan jiran saya. Kami membesar di ruang lingkup yang sama. Cuma nasib lebih menyebelahi saya dan mampu keluar dari Jalan Mayang Rotan untuk membina hidup di tempat lain, tapi masih di Selangor.

Banyak juga kenangan zaman kanak-kanak yang terimbas kembali. Dia 'istimewa' orangnya. Tersenyum dan melambaikan tangan setiap kali kami bertentangan di mana-mana. Sekadar bertanya khabar. Dia atau saya yang menjauhkan diri itu saya tidak pasti. Kami meneruskan hidup dengan cara sendiri.

Pagi Ahad yang cerah, saat dia menghadap Ilahi telah tertulis di Luh Mahfuz. Kami yang hidup seakan tersentak dengan kehilangan ini. Saya yang bertugas tidak dapat menziarahinya. Kerana jenazah dikebumikan pada petang itu juga. Saya menangis di atas kehilangan ini, untuk sahabat yang saya tahu atau mungkin jika saya berpeluang mengenalinya dengan lebih dekat lagi ...

Al Fatihah untuk Arwah Hisyam dan keluarga. Pastinya kehilangan ini lebih membekas di saat keluarga itu menerima menantu. Dan untuk pemandu kereta yang melanggar lari arwah ... tidak akan ada sesaat pun masa dalam hidupmu, kamu dapat melelapkan mata dari terus mengingati peristiwa ini! Tidak akan ada ...

Al Fatihah ..