Tuesday, January 30, 2007

Indah

INDAH ...

Hari ini sungguh indah. Cahaya mentari bersinar terang. Tadi sudah siapkan tugasan, jadi untuk memberi 'hadiah' kepada diri sendiri maka aku pun datang ke sini. Ada satu dua tugasan yang sedang menanti. Skrip untuk emcee tak siap lagi. Tak mula pun. Tapi biasanya bila dah terdesak ianya akan keluar juga. Kali pertama kena buat skrip untuk emcee manalah aku tahu formatnya. Tapi sebagai seorang yang bersikap positif dan tak reti nak menolak arahan bos aku terima sahajalah. Orang di ofis gelarkan aku "IT - Saya Yang Menurut Perintah". IT tu depa saja reka, "Intan Terpilih". Cehhh depa boleh kata "IT satu kepada Bukan IT 2". Kadang nak marah pun tak boleh.

Saya memang macam tu. Rasa seronok bila hasil tugasan menjadi walau itulah kali pertama kita menangani perkara tersebut. "Note to the Editor" untuk press yang aku tulis dah di hantar, ucapan untuk menteri yang aku tulis pun dah difinalized. Orang lain mungkin akan kata "Tak retilah bagilah orang lain buat ..." Kalau kita bersikap begitu kita tidak akan belajar sesuatu yang baru walaupun berpuluh tahun pun kita bekerja. Setiap hari belajar perkara baru barulah hidup lebih bererti, ya tak?

Untuk semua di hadiahkan lagu terbaru latar DJW. Hayatilah lirik lagu ini ...

Je n'attendais que vous (I Awaited only you)

A sun is kept
At the bottom of us
A fire which one awakes
Despite everything
In spite of the pains of yesterday
Suddenly one hopes

Randomly of a day
Similar with the others
One feels less heavy
The life carries us
For a glance of light
Only one consent to be made

I awaited only you
I hoped for only you
I walked so a long time
I come by far
The world was large
And length the way
I awaited only you
Null other that you
I awaited your voice
Your sighs
Give me your air
That finally I breathe

One keeps a little gold
At the bottom of the heart
But time devours
Extinct the flame
So far of chance
And sudden one sets out again

Our eyes are filled
Other colors
Does one see there better?
Is one better?
When all becomes again so clearly
Only one consent to be made

I awaited only you
I hoped for only you
I walked so a long time
I come by far
The world is too large
Too much long the way
I awaited only you
Null other that you
I awaited your voice
Your sighs
Give me your air
That finally I breathe
You, you

I awaited only youI
hoped for only you
I walked so a long time
I come by far
The world was large
And length the way
I awaited only you
Null other that you
I awaited your voice
And your sighs
Give me your air
That finally I breathe

I awaited only you
Oh, I awaited only you
At the bottom of us
Despite everything
In spite of the pains
I awaited only you
I come by far
I did not hope
Only you hoped

I awaited only you
I awaited only you


Garou

Monday, January 29, 2007

BENGKEL

BENGKEL PENULISAN ALAF 21

Alhamdulillah, bengkel ini berlangsung dengan jayanya pada Sabtu dan Ahad hujung minggu yang lalu. Yalah, siapalah yang tidak rasa bertuah bila ada satu syarikat penerbitan tersohor negara mempelawa kita mengikuti bengkel percuma ini. Banyak yang saya pelajari, kunyah dan hadamkan dalam minda saya di sepanjang sehari setengah berkampung di Shah Alam.

Apa yang menarik ialah persoalan yang diutarakan oleh orang kuat Alaf 21 sendiri "Bila penulis sarjana menulis novel popular, tidakkah ianya seperti melacurkan sastera atau kerana wang?" Seperti yang kita ketahui semua orang di sekeliling kita ini sudah mempunyai sekurang-kurangnya satu ijazah dan jumlah pemegang sarjana menulis memang bersepah di luar sana. Cuma ianya bergantung pada niat kita untuk apa menulis itu? Ada yang kata menulis adalah untuk kaya, itu tidak salah. Memang ianya menjadi idaman semua penulis untuk hidup senang dengan hasil jerit perih yang dilakukan untuk menghasilkan karya.

Saya sendiri menyatakan kepada En Norden ketika kami sedang minum bahawa jika dalam waktu-waktu terdekat ini saya menjadi calon pelajar Ph.D pun saya tetap akan menghasilkan novel popular. Saya tidak akan malu menyatakannya dalam resume saya bahawa saya adalah novelis.

Bagi menjawab persoalan di atas, mengapa?
1. Saya mahu falsafah, pandangan hidup saya, kempen yang saya lakukan menjangkaui khalayak yang ramai. Cth manuskrip saya yang pertama saya menyelitkan peranan golongan lelaki menjadi pendorong kepada kaum wanita melakukan pemeriksaan kanser payu dara. Saya telah menulis perkara ini di Berita Harian beberapa bulan yang lalu dan saya telah menyelitkan perkara ini dalam novel saya. Ianya mendapat maklumbalas yang baik dari Pusat Kanser Negara.
2. Saya mahu membahagiakan keluarga saya.
3. Saya akan lebih berkeyakinan dan pengalaman melakukan penyelidikan memudahkan lagi pengumpulan data dan maklumat di dalam proses yang dihasilkan.

Biasanya setelah pulang berkursus saya lebih bersemangat, namun kini saya seperti 'menggigil' dengan segala apa yang dipertanggungjawabkan untuk menghasilkan satu karya yang sekurang-kurangnya boleh saya banggakan dan waris saya tidak malu untuk membacanya di kemudian hari.

Hanya tuhanlah yang mengetahui!

Friday, January 26, 2007

Makan

MAKAN-MAKAN

Alhamdulillah selama 3 minggu ini hampir setiap hari ada sahaja staf yang buat makan-makan di ofis. Sarapan dan lunch ditaja. Masing-masing berlumba-lumba nak menaja siap ambik catering hantar makanan ke ofis. Ini sesuatu yang baik, kesan perkongsian rezeki yang diperolehi kemudian dilaburkan kembali. Macam ibadah korban, bila kita lihat dari mata kasar bagaimana lembu dikorbankan dan dagingnya diagih-agihkan. Sejauh mana kita mampu membelanjakan harta yang diperolehi untuk kebajikan orang lain. Lihat! Allah memberi kita ilmu tanpa kita sedari. Maha suci Tuhan.

Sebenarnya aku tak berapa sihat, sudah demam-demam. Tapi doktor tak bagi MC. Aku tahulah, pernah dulu aku dah nak pengsan pun dia tak keluarkan surat MC. Aku boleh menggunakan otak aku lagi dengan baik tapi badan aku sakit dan sengal-sengal. Rasa nak patah riuk tulang belulang yang ada. Hehehehe ...

Besok pagi bermula 8.30 hingga tengahari Ahad aku akan berkampung di SA. Ada bengkel penulisan yang perlu aku hadiri. Orang menjemput (aku mengharap hehehe). Alhamdulillah segala nikmat yang diberi oleh Allah.
Alhamdulillah ... (Selamat berhujung minggu saudara dan saudari sahabat jauh dan dekat!)

Thursday, January 25, 2007

Penat

Selamat Kembali Hajah dan Haji!

My friend yang buat Haji kebanyakkanya sudah balik. Makin tembam dan tak ingat anak dan kerja kerana begitu teruja dengan pengalaman di tanah suci. Baguslah begitu sekurang-kurangnya segala pengorbanan yang dibuat begitu berbaloi. Masih muda dan sudah menunaikan rukun Islam yang ke -5 itu. Satu pencapaian peribadi ku kira.

Majalah 3 Sabtu lepas pun membuat catatan perjalanan pengacara rancangan itu ke tanah suci. Hebat dan menginsafkan, membuat jiwa aku meronta-ronta untuk ke sana. Bilalah masanya aku dipanggil ke sana dan mampu mengerjakannya pula? Pasti masa itu akan tiba juga.

Mak pula menyatakan hasratnya untuk menunaikan umrah buat kali ke 3/4, moga segala harapannya termakbul jua.

Monday, January 22, 2007

Rindu

AKULAH, SEGALA RINDU
(yang kau mahu!)


Lagi puisi cinta yang terbit dari tulus hati. Tapi kalau maksud tersasar dari apa yang digambarkan sila komen.


TERATAI DI PINGGIRAN (1)

Engkau hanya memandang
Kuntum teratai mekar di kolam

Engkau tetap menanti
Cinta datang menjulang

Di pinggiran itu,
Doa dan harapan bersatu
Menanti dia menyapamu.

Azhan A. Kamal
Cyberjaya
19 Jan. 2007

TERATAI DI PINGGIRAN (2)

Keindahanmu yang terjulang
Menjadi igauan sang kumbang.

Gemersik angin mengutus debar
Diakah yang kau nanti penuh sabar?

Ini, sebuah kehidupan yang kaupilih
Usah dipersia harapan ayah bonda
Memasang angan melihatmu bahagia.

Azhan A. Kamal
Cyberjaya
19 Jan.2007


TERATAI DI PINGGIRAN (3)

Titis embun jatuh dikelopakmu
Memberi sinar baru
Dia datang semalam
Memberi huluran salam.

Usah benamkan mahumu ke lumpur
Usah palingkan tulus perasaan
Hanya iman menjaring gelora.
Tuhan mengetahui segalanya.

Sayang,
Usah memaksakan segalanya,
Kerana segalanya milik-Nya jua.
Kitalah insan kerdil yang sering
tersihir segala rasa!

Azhan A. Kamal
Cyberjaya
19 Jan.2007

TERATAI DI PINGGIRAN (4)

Tinggallah segalanya
Sebuah rindu yang tertunda
Sebuah sayang yang menerpa.

Saat itu, detik terindah kita.
Wangi baumu dipangkuanku
Sebuah ikatan maha suci
Dalam lafaz penuh erti.

Akulah, segala rindu yang
kau mahu!

Azhan A. Kamal
Cyberjaya
19 Jan. 2007

Friday, January 19, 2007

Puisi Cinta Islami

Puisi Cinta Islami


Aku baru hendak belajar menulis puisi untuk antologi puisi Islami kelolaan Pn Sifu Ainon Mohd. Memang sukar sekali ingin menerbitkan kata-kata indah dalam baris perkataan yang begitu terhad.

Ini adalah cubaan pertama :

Nafas (1)

Rindu yang kau kirim
Menyelinap dalam diam
Tidak upaya aku menahannya.

Hanya padaMu
Kalimah cinta itu bergetaran
Memberi nafas dalam jiwa.

Kekasih,

Dikaulah mimpi-mimpi sedih
yang kutinggalkan!

Azhan A. Kamal

Cyberjaya
19 January 2007




Jawapan Komen Pn. Ainon Mohd Sifu PTS :
Sdr MAL,
Bait-bait itu gerenti gadis remaja suka membacanya. Ringkas. Jelas. Tidak mengada-ngada.

Amat dinamis maknanya - berlapis-lapis-lapis! Lapisan-lapisan yang orang biasa-biasanya pun boleh fikirkan.

Ayat yang makna emotif-nya ringan, namun bisa memedihkan sanubari perempuan.



Sdr MAL,

Saya mahu terangkan kepada saudara apa yang disebut dengan istilah “pengalaman linguistik”.

Fenomena menikmati pengalaman linguistik berlaku apabila seseorang itu membaca ayat-ayat yang belum pernah dibaca ataupun didengar sebelumnya.

Seperti apakala membaca bait:

“Dikaulah mimpi-mimpi sedih yang kutinggalkan!”
Errmmm….

Thursday, January 18, 2007

Kelabu

HARI KELABU, SEMANGAT BIRU

Kawan aku yang patah tangannya itu sudah beransur baik. Bayangkan 2 kali urut sahaja tangannya sudah boleh digunakan untuk memandu. Alhamdulillah, syukur pada tuhan. Tapi semenjak balik dari TK dia senyap sahaja dan tidak menghubungi aku lagi. Hahaha ...

Dia menonton konsert IL DIVO, entah kenapa aku rasa sedikit jealous pulak. Yalah, aku membayangkan aku juga berada di tempat itu menonton konsert daripada penghibur yang ternama, mestilah lain suasananya. Oh! aku sendiri tidak pernah melihat konsert mahal seperti itu. Taraf dan kedudukan kami jauh berbeza. Kalau aku mampu pun, rasa sayang juga membelanjakan sejumlah wang yang banyak untuk sesuatu yang tidak kekal. Seronoknya hanya sekejap baik beli CD/kaset .... hahaha aku cuba memujuk hati sendiri.

Aku banyak kerja sekarang ini. Terlalu banyak, ada 4-5 projek besar berjalan serentak. AJKnya orang yang sama juga. Muka yang sama cuma kadang aku yang memerintah dan ada ketikanya aku diperintah. Adil begitukan? Bos nampaknya lebih suka berurusan dengan team di sini yang tak banyak kerenah. Yalah kami jarang sangat membantah setiap arahannya. Bukan takut boss tapi kami nak lakukan yang terbaik untuk organisasi ini. Namun kadang aku terfikir elok juga kalau bersikap sedikit memberontak. Hehehe ....

Semalam juga aku tersenyum panjang, hujung minggu depan aku dijemput/terpilih mengikuti barisan penulis tersohor berkursus bersama mereka. Aku terpilih kerana manuskrip /buku aku akan diterbitkan tahun ini, aku amat teruja. Aku hendak menimba pengalaman dan ilmu sebanyak-banyaknya. Macam mimpi ...

Tuesday, January 16, 2007

Putik Kapas

Penggunaan putik kapas boleh jejas pendengaran

SEIRING dengan perkembangan kemajuan negara, masyarakat Malaysia juga semakin mengambil berat dalam soal penjagaan kesihatan dan kebersihan diri. Limpahan produk di pasaran boleh dikatakan lebih daripada mencukupi.

Apa yang menarik perhatian untuk saya kongsi bersama ialah berhubung penggunaan putik kapas (cotton bud) sebagai alat untuk membersihkan telinga. Berdasarkan pengalaman mengendalikan klinik telinga, hidung dan tekak, masalah pesakit yang datang dengan kurang deria dengar boleh dikatakan ada setiap hari. Daripada mereka seawal usia baru lahir sehingga ke warga emas, punca yang pelbagai juga dikesan menjadi sebab berlakunya masalah ini.Satu punca yang boleh diatasi dan didapati kerap berlaku di kalangan pesakit kurang dengar ialah masalah saluran telinga luar tersumbat dengan ‘tahi telinga’, atau lebih tepat lagi lilin telinga (ear wax) yang sudah termampat.

Menerusi soal selidik dijalankan, hampir semua daripada mereka mengakui menggunakan putik kapas secara rutin dan berterusan. Mereka, atau kita juga mungkin beranggapan putik kapas digunakan akan dapat membersihkan saluran telinga daripada lilin telinga yang terhasil secara fisiologi.Di sinilah timbulnya kesilapan. Putik kapas yang digunakan sebenarnya menolak masuk lebih ke dalam lilin telinga dan hanya sedikit yang melekat padanya dan dikeluarkan. Sedangkan, saluran telinga kita sudah dicipta lengkap dengan mekanisme rerambut halus yang berfungsi dalam gerakan ke arah keluar telinga bagi mengeluarkan lilin yang berlebihan.

Penggunaan putik kapas dalam gerakan ke dalam yang melawan arus fisiologi akan menyebabkan kegagalan fungsi normal ini dan seterusnya menyebabkan sedikit demi sedikit, lilin telinga akan tertolak semakin ke dalam, termampat ke arah gegendang telinga dan seterusnya mengganggu konduksi bunyi daripada punca rangsangan.Keadaan ini disebut gangguan pendengaran jenis konduktif ( conductive hearing loss ).Satu lagi masalah yang timbul daripada penggunaan putik kapas ini ialah ada kemungkinan bahagian kapasnya itu tertanggal dan tertinggal di dalam saluran telinga. Ia juga akan mengganggu pendengaran dan jika terbiar lama akan mengundang jangkitan kuman pula. Jadi, berhati-hatilah menggunakan putik kapas terutama kanak-kanak.

Selaras dengan slogan ‘Mencegah lebih baik daripada merawat’, marilah sama-sama kita menjaga kebersihan dan kesihatan diri dengan mendalami ilmu yang sahih daripada autoriti yang tepat. Kita sudah dicipta dalam sebaik-baik keadaan dan sifat, justeru menjadi tanggungjawab kitalah untuk menjaganya dengan selamat.

DR IRFAN MOHAMAD,
Jabatan ORL-HNS (ENT)
Hospital Universiti Sains Malaysia
Kota Bharu, Kelantan.
(BH, 15 Jan 2007)

My dad menghadapi masalah pendengaran, masalah ini berlaku kira-kira 3 bulan yang lalu di mana telinganya merasa sakit. Bila dibawa ke hospital di TK, depa bagi ubat air yang dimasukkan ke dalam telinga. Itu sahaja. Then bila ke klinik swasta barulah tahu puncanya ada bisul di dalam telinga. My dad korek telinganya hingga berdarah then sampai sekarang kepalanya berdengung, sakit etc. Hilang pendengaran di salah satu telinganya.

Bila aku bercakap dengan dia, patutlah dia macam tak heran sahaja. Rupanya dia ada masalah telinga ini. Katanya bila telinga sakit, rasa dengung di kepala hilang. Bila sakit hilang rasa dengung pulak dalam kepala. Hishhh pening aku dibuatnyalah. Plan nak bawak jumpa doktor ENT juga.

Friday, January 12, 2007

Patah

PATAH

My friend jatuh motor dan tangan dia 'teralih' dari kedudukan asalnya. Walaupun doktor sudah masukkan tangan tu di tempatnya tetapi dia rasa ada yang tak kena lagi. Mungkin kesan keretakkan atau sebagainya, tangannya tidak bersimen. Aku mencadangkan dia berurut di tempat aku di TK, ada beberapa tukang urut yang pandai hal-hal kepatahan ini. Mungkin boleh dicuba. Company dia hanya tanggung gaji dia untuk sebulan setengah sahaja sedangkan dia perlu bercuti sekurang-kurangnya 3 bulan, selepas itu kalau tangannya masih tidak baik dan dapat berfungsi lagi dia tidak mendapat gaji lagi.

Aku akan membawa dia ke TK esok, hari Sabtu. Dia bersetuju setelah beberapa rakannya memberi kebenaran. Aku tak tahulah keputusan aku ini betul atau tidak, aku hanya ingin membantu mana yang terdaya. Sebenarnya aku boleh membiarkan dia kesakitan sahaja, bersikap tidak kisah kerana itu bukan urusan hidup aku. Tabi bila difikirkan balik tentang "apa yang kita tanam itulah yang akan kita tuai di kemudian hari" amat menginsafkan aku. Bagaimanakah jika adik-beradik atau ahli keluarga aku menghadapi situasi yang sama dan rakan-rakan dan orang sekeliling bersikap lepas tangan dan melihat sahaja?

Kita hidup saling bersandaran, kita saling memerlukan. Walau apa pun yang terjadi dalam hidup kita, ada titik-titik cinta sesama manusia yang terus subur. Cinta adalah memberi dan yang pasti ianya bukan cinta asmara!

Thursday, January 11, 2007

Jalur




JALUR SINAR DI CELAH DAUN

SEPERTIMANA yang telah diketahui sebelum ini, novel nostalgia daripada Zaharah Nawawi bertajuk 'Jalur Sinar di Celah Daun' telah pun siap dicetak dan kini sedang menanti anda di kedai-kedai buku sekarang.

Mengimbau nostalgia novel yang pernah mendapat perhatian daripada pembaca suatu ketika dahulu telah menggamit penerbit Alaf 21 untuk menerbitkan semula novel ini. Tersentuh hati ketika membacanya bagaimana pengorbanan yang dilakukan oleh sepasang suami isteri muda, Dali dan Tijah yang menjadi peneroka di sebuah daerah untuk meneruskan hidup semata-mata ingin memiliki geran sebidang tanah yang baru diteroka. Namun, satu kebakaran secara mendadak mengheret mereka ke dalam pancaroba hidup menyebabkan si suami terpenjara dan si isteri tersisih di desa bersama anak yang masih kecil.

Dengan bahasa yang mudah, Zaharah Nawawi berusaha menjalin sebuah novel kehidupan rumah tangga yang mencabar. Beliau ternyata ingin meyakinkan kepada pembaca bahawa seseorang wanita tetap dapat menjadi ilham utama yang berkesan kepada lelaki. Dan, setiap cabaran hidup sebenarnya dapat cepat memperkaya dan mendewasakan lahir dan batin seseorang.

Untuk mengetahui kisah seterusnya, sila dapatkan novel ini sekarang. Selamat Membaca!

Tajuk: Jalur Sinar di Celah Daun
Halaman: 256
Harga: RM11.00
Untuk Langganan :http://www.alaf21.com.my/buletin/form-borang%20langganana.htm


Novel ini merupakan novel yang sentiasa evergreen, bahasanya mudah dan isu yang diketengahkan memang sentiasa segar. Teringat ketika masih bersekolah rendah, aku meminjam buku ini di sebuah perpustakaan bergerak (van). Lepas itu sampai ke hari ini aku tak pernah menjumpai buku ini di mana-mana lagi. Kisahnya cukup mengesankan. Sampaikan aku boleh hafal plotnnya walau kali terakhir aku membaca buku ini ialah lebih 25 tahun yang lalu.

Kisah yang hebat memang tidak memerlukan kata-kata yang baik. Zaharah Nawawi merupakan penulis yang aku kagumi. Selain buku ini kisah "Pesisir Hitam" juga wajar diberi perhatian.


TOK LI : RESTORAN NASI PADANG & SUCH ...

Kawan aku telah membuka sebuah restoran di ibu negara setelah lama sangat dia plan nak buka akhirnya segala kerja keras dan hajat tertunailah sudah dalam tahun 2007.

"Tok Li : Restoran Nasi Padang & such..." .

Alamat :
No. 95, Jalan SG 3/1, Taman Sri Gombak, 68100 Batu Caves, Selangor Darul Ehsan.

Keistimewaannya sudah pastilah masakan Padang tu, juga makanan tempatan dan Western.

Sudi-sudikanlah singgah dan beritahu rakan-rakan tentang kewujudan restoran ini.

Untuk kak Honeytar and family selamat maju jaya!

Website :

Wednesday, January 10, 2007

Pasir


Di Atas Pasir Terlukis Sebuah Kehidupan!

“Dua orang sahabat karib sedang berjalan melintasi sebuah gurun pasir. A dan B. Di tengah-tengah perjalanan, tiba-tiba sahaja tercetus pertengkaran di antara mereka berdua. A telah menghadiahkan B satu tamparan yang hinggap di pipinya. B berasa sangat sakit hati tetapi tidak bertindak balas.

Tanpa berkata apa-apa, B menulis di atas pasir : Hari ini, sahabat baikku telah menampar mukaku. Kemudian mereka meneruskan perjalanan sehinggalah mereka menemui sebuah kawasan subur di padang pasir. Mereka mengambil kata sepakat untuk mandi di oasis tersebut sebelum meneruskan perjalanan yang masih jauh.

Dalam mereka asyik membersihkan diri masing-masing. B nyaris tenggelam dan lemas tetapi berjaya diselamatkan oleh sahabatnya, A. Ketika B mulai sedar dari lemas dan hilang rasa takut, dia menulis di atas sebuah batu : Hari ini, sahabat baiku telah menyelamatkan nyawaku.

A bertanya: “Kenapa setelah aku melukai hatimu, kau menulis di atas pasir. Dan sekarang kenapa pula kau menulis di atas batu? Sambil tersenyum, B berkata: “Ketika seorang sahabat melukai kita, kita harus menulisnya di atas pasir agar angina maaf datang menhembus dan menghapuskan tulisan itu. Dan apabila sesuatu yang luar biasa terjadi, kita harus memahatnya di atas batu hati kita, agar tidak hilang ditiup sang bayu.”

Moral cerita, dalam kehidupan seharian kita, sering terjadinya perbezaan pendapat dan konflik disebabkan oleh pandangan kita yang juga berbeza-beza. Oleh kerana itu, cubalah untuk saling memaafkan dan melupakan perselisihan lalu. Belajarlah menulis di atas pasir.”

Setelah membaca kisah ini tiba-tiba aku terfikir siapakah kawan baikku? Aku berfikir sesaat dan hanya dia yang boleh aku katakan sahabat baik. Memang ramai orang yang baik di luar sana, tetapi kebanyakkanya baik ada makna. Mereka meninggalkan kita setelah kita tidak memberi keuntungan kepadanya. Sahabat seperti ini senang dijumpai dan tidak sukar untuk dikesan kehadirannya.

Sahabat sejati sanggup bersusah payah dan memahami kita. Dia menemankan ketika kita memerlukan seseorang, saat kita kesusahan dan bersama meraikan hari-hari indah kita. Namun jika kita hanya mempunyai seorang sahaja sahabat seperti ini, rasanya kitalah orang yang cukup bahagia di dunia ini.

Untuk seseorang : Sukar untuk aku memisahkan benci dan rasa yang satu lagi itu.

Monday, January 08, 2007

Hari yang baru


Eyes On Malaysia -- Jom kita naik bersama dan mengintai hidup dari atas sana. Melihat betapa sesuatu itu berpusing dan menangkap bayang yang pernah kita lepaskan. Banyak yang kita lepaskan ...

Hari Yang Baru

Hari Sabtu lalu, aku ke Taman Permata untuk menghadiri kursus penulisan Teknik Surah Yusof. Menarik dan kadang menginsafkan juga. Insaf untuk menulis hanya yang terbaik di masa akan datang. Insaf bahawa aku ini terlalu hijau berbanding rakan-rakan yang lain seperti penulis dan penyajak tersohor Masli N.O. Juga insaf bahwa beratnya tanggungjawab kita menulis dan seterusnya berdakwah. Memanglah kita tidak boleh mengubah masyarakat, tapi jika sebahagian kecil mampu memahami apa yang kita tulis dan mengamalkannya maka kita sudah dianggap berjaya.

Hari ini aku kena buat presentation melalui Video conferencing tentang ISO untuk staff di Melaka dan Cyberjaya. Slide semua dah siap. Ini untuk memberi kefahaman kepada semua staff tentang projek kami tahun ini. Busy dan dalam waktu yang sama banyak lagi kerja rutin yang terpaksa aku pikul. Tangan hanya ada dua sahaja. Tapi cabaran, kita kena lalui juga walaubagaimanapun. Kejayaannya nanti adalah kemenangan secara berkumpulan, bukan kemenangan individu. Bukan mengejar nama. Memang akan menerbitkan kepuasan dalam bekerja, tapi itu setelah kita diperah sejat segala-gala yang kita ada.

Kita tidak boleh lari dari masalah, kita kena lalui juga. Sebab inilah kehidupan kita. Semakin kita berusaha melarikan diri dari sesuatu, jiwa kita tidak akan tenang. Sekarang ini kita kena bersikap mencabar keupayaan diri kita, jika tidak kita tidak tahu kita mampu melakukannya.

Friday, January 05, 2007

Claims

CLAIMS

Beberapa tahun yang lalu aku paling malas nak submit borang claim selain claim untuk duit tol. Sebenarnya aku di sini boleh buat meal claims juga. Kalau orang lain yang book transport tu yang aku malas nak buat meal claims. Sebab orang tu yang akan keluarkan duit untuk tol. Kita yang menumpang kenderaan tu tak terfikir untuk bersusah payah sedikit buat tuntutan 'meals'.

Jadi sekarang kami berpakat untuk setiap apa sahaja yang melibatkan claim akan dilakukan serentak. Masing-masing akan inform jika terlupa. Bila diconggak-conggak banyak juga yang boleh kita dapat setiap bulan. Lagi banyak meeting di luar, lagi banyaklah elaun tuntutan yang boleh di buat. Boss tak akan remind kita pasal hal-hal tuntutan ini, bagi dia lagi bagus kalau staff tak claim apa-apa. Jadi pandai-pandailah kita kan. Bila zaman orang berkira, kita pun kenalah berkira sama.

Aku teringat peribahasa ini : "Adat periuk berkerak, adat lesung berdedak" - Maknanya tidak ada manusia yang sempurna, apa yang pasti setiap orang mempunyai kelebihan dan kekurangan.

Hujung minggu ini kemungkinan tidak balik ke TK. Ada kursus penulisan di KL pada sepanjang hari Sabtu. Aku ada mengajak beberapa orang kawan tetapi mereka menarik diri di saat-saat akhir. Tidak mengapa sebab kejayaan hidup kita ini, kita sendiri yang menentukannya, bukan orang lain. Orang lain hanya boleh memberi dorongan dan pencetus, diri sendiri yang perlu berusaha mencapai apa yang diinginkan.

Untuk projek penulisan manuskrip ke-2 rangka penulisan sudah siap. Cuma sedang berusaha gigih untuk menciptakan setting, latar tempat dan membuat penyelidikan tentang watak dan perwatakan . Juga perlu menghubungi beberapa pertubuhan untuk membuat temubual bagi mendapatkan fakta yang tepat. Itulah, aku tetap percaya 'sepicisan manapun sesebuah karya itu dihasilkan ianya menuntut kesungguhan dan pengorbanan'.

Untuk manuskrip novel remaja, aku masih berguru dengan Pn. Ainon Mohd untuk mempelajari teknik penulisan Surah Yusof. Bila dah tua ini, ilmu lambat masuklah. Sebab banyak juga pantang larang yang perlu diikuti.

Thursday, January 04, 2007

MARI MEMASAK

MARI MEMASAK

Antara resolusi untuk tahun baru ini ialah makan malam di rumah. Kurangkan makan di luar terutamanya makan malam. Kurangkan pengambilan MSG. Teman serumah amat rajin memasak. Aku hanya pastikan peti sejuk terisi dengan bahan mentah yang sepatutnya dan mereka akan memasak untuk kami semua.

"Saya masak yang simple-simple saja, takut nanti muak pulak makan masakan saya." Lee yang amat merendah diri. Tapi ketika kami sibuk menonton Buletin Utama segala macam masakan sudah tersedia. Terlebih masin di sana sini itu adatlah.

"Saya tak kisah janji ada orang masak. Saya tak reti nak masak." Aku selalu memberi alasan. Masak nasi pun lembik (hahaha ...). Buat air teh tu tahulah.

"Apa kata esok you pulak jadi chef?" Lee ni biar betul. Manalah aku tahu nak masak ni semua. Harap dia sahajalah yang tahu 'area dapur' tu.

Makan di rumah lebih menjimatkan. Kalau habislah apa yang dimasak. Bayangkan kalau untuk makan malam sahaja jika di luar untuk seorang bujangan paling koman pun RM 7.00 termasauk air. Kalikan 25 hari sebulan bersamaan dengan RM 175 sebulan. Kalau kita belanjakan seorang dalam rumah itu RM 100 sebulan untuk membeli bahan mentah hisss banyak tau. Lagilah kalau dapat housemate yang tak banyak kerenah dan makan sikit macam aku ni.

Makan malam bersama banyak faedahnya, boleh mengeratkan silaturrahim, berkongsi idea dan masalah dan tidak kurang juga sesi kutuk mengutuk. Hidup perlu "happy", sebab terlalu banyak tekanan di luar itu. Sekurang-kurangnya, bila kita kenyang kita mampu tidur dengan lena dan mimpi yang indah-indah. :)

"Jangan sampai ke sudah saya jadi tukang masak awak sudahlah ..." Lee dah mula komplen, dia bagi 'hint' suruh saya cepat-cepat cari orang rumah. Teruk!

Wednesday, January 03, 2007

Tahun Baru

SELAMAT TAHUN BARU!

Selamat tahun baru teman! Tahun 2007 datang tanpa aku sedari. Aku tertidur lantaran dingin udara yang menerobos dari celah jendela membuatkan aku lebih rela berada dalam selimut dan tidur awal. SMS masuk bertalu-talu tetapi hp aku telah kehabisan kredit. Atas alasan jauh untuk ke kedai dan dingin malam yang menggigit aku telah berkira-kira untuk tidur sahaja.

Petang sebelum itu aku telah bermati-matian cuba menghubungi seseorang sedangkan akhirnya aku hanya menemui suara tanpa perasaan. “Ehhh …Aku tengah bersiap untuk sesuatu …” dan akhirnya talian dimatikan. Aku rasa saat itu aku juga perlu memadam nombornya di handphoneku dan juga dalam ingatan.

Setiap tahun ketika menyambut tahun baru pasti aku menemui ‘kedinginan’. Betapa dinginnya perasaan dan saat itu azam tahun baru aku pun ikut menjadi pelik dan luarbiasa. Menjadi bahan gelak si Wan yang tidak sudah-sudah akan mengatakan. “Ianya cuma untuk tempoh 24 jam dan tidak akan lebih lama daripada itu .”

Tidak ! Untuk kali ini ianya akan menjadi kekal. Aku cuba membekukan segalanya. Tapi dingin malam menjadikan aku lebih ‘berpeluh’ dalam selimut menyambut tahun baru.

Tahun baru kali ini memang berbeza kerana aku telah mengisytiharkan yang dia telah mati dalam ingatanku. Kerana tahun ini juga aku bakal diuji dengan tanggungjawab yang besar untuk meng”ISO”kan jabatan aku di CJ dan MLK. Ianya menuntut begitu banyak masa dan bebanan yang terpaksa aku pikul.

2007 datang dengan debaran. Novel sulongku bakal berada di pasaran pada pertengahan tahun ini (insyaAllah).Walaupun aku masih tidak pasti tarikhnya. Ianya akan muncul juga tahun ini kerana itulah janji editorku yang kini masih menekuni naskah itu untuk diperbaiki.

Ohh! Aku telah mencukur misai dan janggutku. Sebenarnya pak cikku yang bersungguhan meminta aku berbuat demikian. Tanpa misai dan janggut itu, aku masih aku yang dulu, tidak ada bezanya. Cuma aku tidak mahu menjadi sepertinya yang hanya prihatin terhadap kami setelah kami besar dan bebas. Kenapa tidak dia menjadi prihatin ketika ibu bapaku tercunggap-cunggap membesarkan aku dan ahli keluargaku yang lain? Kini, misai dan janggutku, juga dengan siapa aku keluar begitu menarik perhatian mereka.

Kitaran itu tidak akan berterusan. Aku tidak mahu menjadi seorang pak cik yang hanya datang setelah anak-anak saudaranya menjadi 'orang'. Sungguh, aku akan terus dan akan tetap membantu anak-anak saudaraku berjaya menggapai cita-cita mereka. Aku ingin melihat mereka berjalan jatuh dan menjadi peniup semangat di saat-saat mereka teraba-raba mencari arah hidup. Anak-anak kecil tidak seharusnya terbeban dengan permasalahan keluarga. Mereka seharusnya merasai keindahan hidup ini. Bukan rasa kedinginan dan ketakutan dihempap tekanan hidup yang tidak berkesudahan.

Ya, aku tidak mahu kitaran itu berlaku lagi. Aku ingin pastikan mereka mendapat apa yang seharusnya mereka miliki. Sekecil mana ingatan mereka nanti pasti akan tetap menjadi sesuatu yang bererti. Sekurang-kurangnya aku berhak untuk memberi komen dan nasihat ketika mereka dewasa nanti.

Azam tahun baru adalah berkaitan apa yang kita inginkan dan lalui. Sekadar menulis sesuatu dan berusaha mencapainya jika berkesempatan. Ya, aku tidak mahu lagi kedinginan di sepanjang tahun menghadapi 2007 yang amat mendebarkan ini. Kehadiran kalian pasti menghangatkan dan memberi inspirasi untuk aku dan kita melangkah dengan lebih gagah.

Hari ini baru hari yang ke-3, belum terlewat untuk melakukan sesuatu dan aku telah mula ditimbuni dengan begitu banyak tugasan.

Harapnya, bersama-samalah kita melalui tahun 2007 ini dengan segala rahmat dan keazaman yang jitu. Moga kita menjadi lebih baik, menjadi lebih waras dan mampu menunaikan kewajipan kita terhadap tugas dan tuntutan agama sebaik-baiknya.

Salam Tahun Baru 2007!