Monday, June 30, 2003

BUKAN CUCU PILIHAN

Semalam hari Ahad 29 Jun 2003, harijadi Nenek Siti yang ke 74 tahun. Nenek masih sihat, cergas dan "manis" seperti biasa. Anak-anak nenek buat julung-julung kalinya mengadakan sambutan harijadi. Meriah sungguh dengan nasi ambeng bertalam-talam dan kek pelbagai. Pak Cik Ismail buat ucapan selaku abang sulung mewakili pihak anak. Dia sebak kerana katanya setelah 74 tahun barulah kini kita semua dapat meraikan harijadi nenek. Dia menambah "kita boleh cari apa sahaja kat dunia ini dan pergi kemana sahaja tetapi emak kita hanyalah satu dan jenguk-jenguklah selalu" dengan nada paling emosional.

Mak aku adalah anak pertama nenek, anak sulung perempuan. Dan seperti biasa "kekejaman" diskriminasi masa lampau tetap menidakkan Mak untuk menikmati alam persekolahan. Maklah yang bertungkus lumus membesarkan adik-adik yang lain. Semuanya menjadi orang, bekerjaya hebat dan semuanya memandu BMW yang amat membanggakan nenek. Entah mereka ingat jasa mak aku entah tidak. Tapi emak tetap emak, sentiasa pasrah dan berserah dan aku amat geram bila adik-adik lain macam "memperlekehkan" mak. Aku memang ambil peluang nak "luku" kepala mereka terutamanya Cik Anjit. Bagi mereka semua kejayaan sesebuah keluarga itu ialah tentang berapa banyak duit yang ada, kereta apa yang dipandu. Amat materialistik dan tidak mahu ambil peduli hal orang jika tidak menguntungkan mereka.

Tiba masa nenek memberi ucapan. Aku cuba mencari apakah kenangan yang paling indah antaranya dan kami. Tiada satupun yang manis segalanya begitu "double standard" dan terlalu berpura. Terlalu plastik hinggakan adik-adik aku juga perasan. Mungkin pengorbanan paling besar yang pernah dia lakukan ialah melahirkan mak kami kedunia, hanya itulah. Dulu bila atuk masih hidup, aku memang terlalu jarang kerumah mereka. Bila arwah tiada aku berharap keadaan akan berubah, tapi hampa. Nenek berpesan dalam ucapannya "doakan kesejahteraan ibu setiap kali solat".

Selepas majlis makan-makan ada cabutan hadiah untuk setiap ahli keluarga. Bila tiba giliran mak, no yang mak cabut memberikannya hadiah paling mahal. Dan seperti biasa Cik Anjit yang amat materialistik itu telah membatalkan nombor itu dan mak mencabut no lain. Mak dapat satu set cawan murah. Mak kata takpelah dah rezeki kita. Nasib baik ler aku tak nampak insiden itu, kalaulah aku nampak mahu sahaja aku campakkan kat muka Cik Anjit. Bila kami balik awal, dia berpura-pura mintak maaf kalau ada terkasar bahasa. Mak hanya diam. Nasib baiklah wajah mak saling tak tumpah wajah nenek. Kalau tidak jangan harap ler kami nak menjejakkan kaki kat banglo mewah mereka lagi. Banyak lagi insiden yang melukakan hati mak tapi mak aku seperti biasa amat pemaaf. "Biarlah ini masa mereka". Kalau diikutkan anak-anak mak juga berjaya cuma kami tidak menceburi dunia perniagaan seperti adik-adik mak. Adatlah kerja makan gaji kenalah mengukur dibaju sendiri. Masa kami membesar ada ker mereka tanya mak susah senang menyekolahkan anak-anak? Jadi aku rasa mereka tiada hak nak ambil tahu itu ini bila kami dah besar panjang. Cukup menjengkelkan.

Masa perjalanan balik Mak cakap kat aku, mungkin hadiah yang kita bagi tak sehebat hadiah yang diberikan oleh adik-adik mak yang lain untuk nenek. Dada aku jadi sebak tiba-tiba.

Saturday, June 28, 2003

Jongkang Jongket

Malam tadi tak dapat tidur dan start baca Jongkang Jongket yang diberi oleh Syati. Baru baca separuh, seronok membacanya dan kadangkala informatif. Gaya bahasanya juga bersahaja. Prof Shad tu pernah ajar aku masa aku ambil paper "Law & Society" program master. Aku memang terhibur bila dengar lecture Prof Shad, satu isu tu boleh dikupas berjam. So kitaorang pakat ler bagi soalan kat dia dan seperti biasa dia akan komen sesuatu isu sampai habis masa kuliah. Paper tu aku dapat A- jer so aku boleh kata akulah pelajar lelaki paling pandai antara semua dalam kelas tu ( hehehe ikut style Mat Jan). Tapi ada sorang akak tu dapat A, tak acilah sebabnya paperwork dia husband dia tolong buatkan sah-sah hubby dia lawyer. Tak kira yang tuu. Paper law ni amat memenatkan bila time exam dia, otak akan digunakan ke tahap maksimum dan amat penat, terlalu penat sampai nak kiok rasanya bila lepas exam. Wenggg semacam jerr. Nantilah nak baca lagi Jongkang Jongket tu, aku tak tau link dia pergilah tanya Tok Rimau kalau nak download dia punya pdf format untuk Jongkang Jongket.

REMAJA

Malam tadi lepas balik dinner menonton Dewi Remaja di NTV7, dan seperti biasanya kalau pertandingan yang melibatkan bakat mestilah gadis Melayu Islam ramai. Memang kita di Malaysia Melayu kaum majoriti. Bidang glamor seakan menjadi tarikan utama remaja kita tak kiralah apa jua pertandingan nyanyian atau bakat-bakat lain. Nasib baiklah pertandingan ratu cantik tidak lagi boleh disertai oleh gadis Melayu Islam selepas Erra Fazira. Ada juga seorang dua peserta yang aku kenal. Diorang pun kalau bersandung bahu kat KLCC harus tegur aku balik. 3 peserta akhir "Feel Good Girl" terselit nama Zaryn Tumin. Bekas pelajar aku dulu dalam bidang penyiaran. Tapi sayang dia tidak mengunakan pengetahuan penyiarannya ke tahap maksimum. Jawapan untuk soalan yang diajukan oleh Wan Zaleha bagaimana peranan media untuk mewujudkan masyarakat ceria tidak dapat dikupas dengan baik. Sepatutnya dia menggunakan kelebihan bidang penyiaran yang ada padanya ketahap yang maksimum. Mungkin dia gabra tapi dia dah banyak juga berlakon drama.
Apapun bukan rezeki dia untuk menang. Pertandingan itu pun entah apa-apa.

Yana adalah pembaca majalah Remaja yang terbit 2 kali sebulan tu. Isi kandungan dia banyak kepada fesyen, hubungan dan yang berkaitan dengan dunia remaja. Kadangkala seakan hidup remaja ini hanya untuk berseronok dan mengecap zaman glamor. Kecantikan perlu ditonjolkan ketahap maksimum dan ini amat menguntungkan syarikat kosmetik. Mungkin ini yang ingin ditampilkan melalui majalah tersebut. Ada juga informasi berguna untuk panduan remaja. Di rumah di TK majalah tu dah boleh buat tukun tiruan. Aku selak dan baca juga bila aku lapang dan boring tak tahu nak buat apa.

Pemenang dewi remaja dah berangan nak jadi penyanyi dan pelakon. Itulah sekurang-kurangnya peluang atau batu loncatan bila memasuki pertandingan macam itu. Datin-datin yang menonton rancangan tu pun bertambah risau kalau-kalau Dato' termenonton sama, rasa tak selamat atau dedudukan sedikit tergugat. Tak kisahlah kalau tak popular dan glamor janji hajat di hati kesampaian. Hidup ini penuh dengan kejutan bukan!

Friday, June 27, 2003

KERETAKU BUKAN JAGUAR

Hari ini servis kereta di Dengkil. Ambil 2 jam time-off. Biasalah kereta Proton setahun jer power window dia akan rosak. Aku tukar kabel dia RM 54 dan tukar minyak pelincir semua-semua tu RM 162.15. Yelah aku bukan tahu sangat pasal kereta. Kereta aku jarang aku "mandikan" kecualilah bila aku balik kampong. Sebabnya kereta tu berpanas dan berhujan kalau basuh pun tak sampai sejam berdebu semula. Kawasan apartment universiti takde tempat kereta yang berbumbung. Hampir dua jam aku "monitor" mekanik tu mengerjakan kereta aku. Aku perhati dan tanya itu ini. Mekanik yang godam kereta aku tu junior mekanik so aku agak risau dan suruh senior diorang ada sama. Jadi 3 orang sekalilah yang bantu menservis kereta aku. Bila aku perhatikan dalam masa 6 bulan harga minyak pelincir naik agak banyak bulan November 2002 harga dia RM 59.00, Januari RM 66 dan sekarang dah RM 70 untuk Shell Helix Semi Sintetik. Nampak sangat kenaikan dia begitu mendadak dan tak terkawal. Harus telefon 7 dipihak anda untuk mengetahui kenapa harga dia tidak selaras dan naik ikut suka sahaja. Nasib baik dia bagi free gift tak jadi aku nak buat komplen tapi akan tetap komplen juga nanti bila dah dapat bukti-bukti yang sahih.

Beberapa hari yang lalu aku mula pergi kerja berjalan kaki. Tempat kerja aku dengan apartment hanya lebih kurang 5 ke 10 min jer berjalan itu pun kalau ikut lenggang Mak Limah. Kalau drive terpaksa pusing satu Universiti dan ambil masa lagi untuk panaskan engin. Itu pun bila pasang kaset tak habis satu lagu dah sampai. Bila aku mula berjalan kaki ramai yang tanya kenapa berjalan jer? Aku bukan nak berjalan terus cuma nak mengurangkan penggunaan kereta sebabnya nak parking pun payah kat kampus ni . Lebih baik jalan kaki, bagus juga untuk kesihatan jantung kita. Bersenam pun jarang jadi berjalan kaki juga satu aktiviti yang elok. Teringat kat Kak Christine Ling yang berjalan kaki dari rumah dia di PJ ke Akademi TV3 di SS6/6 dulu dan dia tak gunakan lif bila panjat bangunan. Patutlah dia sihat dan awet muda. Selama aku kerja dengan dia tak pernah dia ambil MC ker apa. Tapi kat sini ada hari-hari yang perlu juga aku drive, tak elok nak tumpang kawan jer bila pergi makan kat Street Mall atau pergi sembahyang Jumaat di Dengkil. Jadi kena gilir-gilir ler.

Lepas servis kereta pergi ke Maybank di Cyberjaya. Bayar segala bil dan bila dah bayar barulah hati senang untuk tempoh 30 hari yang akan datang. Hidup ni macamnilah membayar dan terus membayar sehinggalah kita padam. Eh! upah gali kubur pun kena sediakan dulu sebelum padam.



Thursday, June 26, 2003

BONUS

Pagi semasa aku nak taip entri aku seperti selalu, blogger ada problem sebab diupgrade ke version ke berapa entah ni. Mungkin nak bersaing dengan blog-city. Tapi kira oklah mungkin dia pun boring sebab tengok benda yang serupa sahaja setiap hari.

Cerita hari ini ialah tentang bonus, kalau semua staff kerajaan dapat setengah gaji, bonus kita kat sini ikut pencapaian tahun lepas. Pencapaian aku tak berapa bagus sebab untuk tahap SE atau excellence dah di booking untuk orang lain. Ada sistem giliran, yang kengkadang aku rasa tidak berbaloi. Yelah kena tahun tu kerja banyak, projek berlambak oleh kerana giliran kita dah lepas so kita tak dapat SE. Jadi ianya akan memberi kesan kepada bonus dan kenaikan gaji pada bulan 7 nanti. Apa pun aku tetap bersyukur rezeki adik-adik aku.

Yana call dan suruh aku buka akaun BCB. Beli buku-buku dia dan pelbagai lagi. So bonus yang "sedikit" tu terbang ke urusan dialah. Takpelah mungkin kalau aku ditakdirkan tidak berkahwin nanti dia boleh jaga aku. Besar pulak harapan aku ni. Entah ler, aku rasa kalau duit gaji aku hanya untuk aku memang aku akan senang lenang ler. Bukan mengungkit tapi 3 orang adik aku semua aku bantu pengajian dia. Aku ikhlas sebab aku nak juga melihat mereka berjaya. Kalau nanti mereka dapat mencari rezeki sendiri pun itu sudah dikira berbaloi.

Mungkin tahun depan akan dapat bonus yang lebih baik moga-mogalah. Tahun ni tahun yang agak "suram" untuk aku. Aku juga dalam process untuk mempertingkatkan usaha. Kerja apa yang tidak pernah aku buat? Present paper kat persidangan antarabangsa, mesyuarat peringkat menteri pun aku dah attend. Tapi akhirnya aku tahu sistem di sini yang "sakit". Ianya memang mencabar dan aku akan terus menjadi bahan ujian mereka. Kalaulah aku ni tikus makmal dah lama aku bunuh diri. Syukurlah aku muslim yang tahu ada kuasa lebih besar dari kuasa mereka itu, Allah mengetahui dan hanya dialah yang memberi rezeki. Duit banyak mana pun tak cukup. Next week tunggu saham pulak harap-harap saham Telekom naik, tu pun rezeki juga.

Wednesday, June 25, 2003

BERINGAT-INGATLAH

Mayat Canny Ong Lay Kian , 28 telah disahkan. Beliau telah di culik dan dibunuh dengan kejam pada 13 Jun yang lalu. Suspek juga telah diberkas dan mengaku bertanggungjawab. Penjenayah telah mendekati mangsa ditempat letak kereta sebelum menculik dan merogol. Kisah ini telah berulangkali kita dengar, tempat letak kereta merupakan kawasan yang sunyi dan memungkinkan jenayah sebegini berlaku. Bayangkanlah tempat kereta di shopping complex yang bertingkat dan kadangkala "menggerunkan" jika berseorangan terutamanya bagi golongan wanita. Tapi zaman sekarang jenayah tak pernah mengira mangsa, lelaki juga tidak terlepas jadi sasaran sebab manalah kita tahu "selera" penjenayah yang pelbagai itu. Jadi sentiasa berwaspada dan jangan berjalan berseorangan kecualilah tempat itu benar-benar kita confident selamat.

Aku risau juga dengan 2 orang adik perempuan aku tu. Yana terutamanya, dia ni agak penakut sedikit. Bayangkan kalau dia balik ke TK dari Nilai naik komuter ke KL, Kemudian dari KL ke stesen bus klang. Dari Klang ke Kuala Selangor dan seterusnya ke TK. Barulah sampai ke rumah. Kalau dia balik sorang-sorang kami semua akan tak sedap duduk di ofis. Ada tu prepaid dia kehabisan sebab aku tak tambah nilai dia lagi. Mak aku cukup risau kalau ada apa-apa berlaku. Jadi untuk tidak menyesakkan emosi masing-masing aku lah yang jadi driver dia kalau dia nak kemana-mana. Pulang ke kampong mesti berhantar, balik berjemput. Nak pergi shopping aku hantarkan. Tapi aku ni kadangkala sibuk dan tension jadi "sang pari-pari" dia. Setiap cuti hujung minggu dia akan tentukan nak pergi mana. Kalau aku tak hantar dia akan ugut nak pergi sendiri yang akhirnya akan membuatkan aku serba salah. Aku jadi orang bujang yang tak bebas dengan tanggungjawab yang sebegitu. Walaupun itu memang tanggungjawab aku sebagai abang dia. Aku nak juga di berdikari tapi banyak faktor juga yang perlu aku fikirkan. Faktor keselamatan terutamanya sedangkan kalau kat kampong pun nak pergi ke kedai di depan rumah pun kena berteman ini kan pula di tempat yang asing sebegitu. Aku suruh dia kalau nak kemana-mana mesti berteman. Bawak payung yang boleh digunakan sebagai senjata. Dan kalau sesiapa cuba mengacau jangan endah atau memberi respon balik. Alhamdullilah setakat ini dia mendengar cakap.

Julie pula seorang wanita bekerjaya dan independent. Kesenyapannya membuatkan kami risau juga. Yelah kalau balik rumah dari kampong tak pernah call my mum balik. Orang tua tu akan kerisauan. Dia juga jarang call rumah. Dan semenjak berboyfren ni agak jarang balik kampong. Kalau aku paksa balik kampong barulah dia nak balik. Tapi dia memang pandai menjaga diri. Kadangkala agak "garang" sikit. Aku taklah risau sangat pasal dia but still kena ambil tahu jugak. Aku dah jarang bercakap dengan dia kecualilah benda-benda yang perlu tidak seperti masa dia belajar dulu.

Mungkin masa telah berubah dan kita semakin di injak kedewasaan. Atau mungkin aku dah semakin tua? Aku tak nak lah tua sebelum waktunya.

Tuesday, June 24, 2003

PUTIH

Sejak kebelakangan ni banyak betul iklan produk pemutih atau pencerah wajah di pasaran. Orang asia tak kira wanita atau lelaki berlumba-lumba untuk mencerahkan wajah sawo matang masing-masing. Muka yang cerah dan putih sentiasa menjadi igauan semua. Kadang kala ada kebaikan juga sebabnya masing-masing ingin menampilkan yang terbaik sekurang-kurangnya untuk diri sendiri atau untuk makwe atau pakwe masing-masing. Generasi kini sering ingin menampilkan yang terbaik kerana persaingan sengit barang kali. Maka penguasaha produk kecantikan amat memahami hasrat mereka ini. Ada tu siap ada cap mohor lagi.

Tapi tak tahulah jika hanya orang di sebelah sini sahaja yang mempunyai sikap macam itu. Putih cerah nampak ayu di mata mereka. Kalau gelap tu di kira saham dia jatuh. Tapi tak semua yang putih itu menawan dan yang gelap itu jelek. Ada yang berwajah cerah kesan penggunaan kosmetik atau produk kecantikan tapi bahagaian leher dan anggota badan yang lain agak kontras. Ini nampak janggal. Biarlah wajah sawo matang kita ini kekal begitu. Yang paling penting jaga kesihatan, jaga penampilan diri. Biar sihat sentiasa, bila sihat tak kira apa juga warna kulit akan kelihatan memancarkan seri wajah. Jangan nampak cerah pucat dan berpenyakit akibat penggunaan produk kecantikan itu. Tak perlu berbelanja beratus ringgit untuk kelihatan ayu sebenarnya. Amalkan pemakanan yang betul dan pilihlah produk kecantikan yang sesuai dan tidak keterlaluan. Banyak juga sumber semulajadi yang boleh digunakan. Pasti setiap sorang dari kita ada petua dan amalan kecantikan masing-masing. Tanyalah orang tua-tua.

Michael Jackson mungkin nak putih sebab dia malu menjadi bangsa kulit hitam. Tapi aku pasti dia akan lebih dihormati jika mengekalkan warna kulitnya yang sebegitu. Tapi kalau kita rasa rendah diri sebab muka tak lawa atau tak handsome buatlah sesuatu. Fikirkanlah bahawa kita mungkin mempunyai kelebihan yang orang lain tidak ada. Jangan rasa rendah diri. Segala-galanya terletak pada hati dan minda kita. Berfikirlah secara positif dan bersyukur dengan kesihatan yang Allah berikan.

N ajar aku cara nak buat facial or masker gunakan tepung jagung "butterfly'" dan timun yang diparut. Kosnya amat murah dan kesannya amat menyegarkan wajah yelah cuaca kat Malaysia ni kan panas. Yana pulak ajar aku buat rawatan muka dengan putih telur dan susu tepung. Siap letak tisu buat macam topeng. Cara ini agak leceh tapi kesannya memang berbaloi. Yelah nak jelita pun kena usaha jugak dan perlu peruntukkan masa membuatnya. Derita juga sebenarnya nak cantik atau nak maintain ayu ni yer sebenarnya.

Ada sesiapa nak kongsi petua-petua yang lain?

Monday, June 23, 2003

TAK SANGGUP

Jumpa N petang Ahad lepas. Dia ke KT pada hari Rabu dan Khamis. Patut pun bila aku call takde orang jawab. Dia semakin busy sebab business dia dah berjalan, first shipment telah dilakukan. Hujung tahun akan menjelajah Eropah untuk bertemu wakil atau agen pemasaran dia di sana. Apa sahaja yang dia lakukan aku akan mendoakannya sahaja. Tapi tak semestinya ianya berlaku seperti yang dirancangkan. Aku tahu dia cukup arif dengan sepak terajang dunia perniagaan. Dia ada offer untuk aku 'mengikutnya' semasa lawatan ke eropah selama sebulan. Sebulan tu agak lama kalau aku ikut kena cuti tanpa gaji selama sebulan ler jawabnya. Hujung tahun dalam 6 bulan dari sekarang jadi banyak masa untuk memikirkannya.

Kadangkala terfikir juga untuk memulakan karier baru atau berpindah kerja. Benda ni selalu bermain-main di fikiran. Tapi rasa tak sanggup pulak untuk bermula dari bawah lagi. Walaupun mungkin imbuhan dari wang ringgit lebih tinggi tapi banyak benda yang terpaksa di lepaskan. Kawan-kawan di tempat kerja sekarang ni "best" sangat berbanding di tempat kerja lama. Semuanya satu fakulti cuma junior / senior sahaja. Jadi tak ada apa yang perlu dirisaukan. Rasa tak sanggup pulak nak berpisah dengan mereka semua. Tempat baru tak semestinya lebih baik dari apa yang kita dapat sekarang ini. Bersyukur dengan apa yang ada. Keadaan ekonomi sekarang pun tidak menentu.

Kalau tak sanggup menerima cabaran jangan sesekali bermain api. Tapi dia bukan api, lebih kepada perasaan. Seseorang yang amat confius dengan gerak hatinya. Kalau tak sanggup ditinggalkan jangan mulakan langkah pertama. Tapi aku telah melangkah jauh dan rasa tak sanggup nak berpatah balik. Tak perlu dirisaukan kerana itu adalah pilihan hati.

Tak sanggup ku lafazkan cinta
Kerana takut hati kan kecewa
Tak sanggup ku ucapkan sayang
Bila di hati masih terbayang
Dilukai ketika dulu
Pedihnya masih menghantuiku


Serik dah ku rasa mempercayai
Cinta kan abadi selamanya
Hingga ku dinoda menyerahkan jiwa
Untuk dikecewa akhirnya
Tak sanggup aku dihimpit pilu


Oh benar tak sanggup ku ikrarkan
Janji yang tak mampu untuk dikota
Bukannya jiwa tak berkasih
Luka lama ku rasakan
Masih mencurigai gerak hatiku
Pedihnya masih menghantuiku


Oh benar tak sanggup ku berduka lagi
Meletak harapan terlalu tinggi
Tak sanggup ku gadaikan cinta
Pabila dipertaruhkan jiwa
Dilukai... dibelenggu
Pedihnya masih menghantuiku


Vokal: X-Factor
Lagu/Lirik: Cook/Greenaway/Norman/Yusry & Edry


N kata dia suka sangat lagu ini. Dia nak beritahu aku sesuatu ker?

Sunday, June 22, 2003

SELAGI ADA

Semasa memandu ke Putrajaya untuk bersarapan terdengar lagu Ning "Selagi Ada" di corong radia ERA. Bila diamati lirik lagu ini boleh tahan juga. Sememangnya sudah berkali-kali terdengar lagu ini sebelum ini tapi tak begitu peduli. Bila N bagitau yang ex-bf "Kissable" tujukan lagu ini untuk Kissable timbul minat untuk dengar dan hayatinya. Aku jadi gelak sorang-sorang. N kata ex-bf Kissable tujukan lagu ni masa diorang pergi dinner dan siap buat announcement lagi. Kissable yang tak pernah dengar lagu ni jadi terpinga-pinga. Memanglah kalau dengar sekali jer tak boleh tangkap maksud dia. Pertama tak semua penyanyi Melayu menyebut sebutan atau patah perkataan ikut bahasa Melayu, ada yang "melenggokkannya" ikut sedap anak tekak sahaja. Seharusnya mereka menyebut perkataan itu ikut sebutan yang betul dan bangga dengan bahasa itu. Ini pandangan peribadi, sebutan Ning masih dikira ok tapi lontaran suara sopranonya menenggelamkan bait kata.

Telah ku lakukan semuanya kasih
Telah ku korbankan segalanya
Namun ku sendiri tak pernah mengerti
Apa yang engkau fikirkan
Apa yang engkau inginkan


Ku tahu kau tak pernah setia (kasih)
Ku tahu diriku tak bererti
Namun ku sendiri tak pernah mengerti
Apa yang engkau fikirkan
Apa yang engkau inginkan


Selagi ada cinta di hatiku
Selagi ada rindu yang membara
Selagi air mata ini mengalir
Kau tetap di hati ini
Cintamu tetap di hati


Selagi ku mampu bertahan kekasih
Jangan sampai cinta tiada lagi
Jika memang cinta tiada lagi (kasih)
Tinggalkan aku sendiri...
Tinggalkan cintamu kasih...


Selagi ada cinta di hatiku
Selagi ada rindu yang membara
Selagi ku mampu bertahan kasih
Ku terima segalanya
Walau hatiku merana



Bila dihayati lirik lagu ini sedih pulak jadinya. Macam harapan yang tidak kesampaian atau mengharap pada yang tak sudi pulak jadinya. Sanggup meyiksa diri menahan rindu pada seseorang yang disayangi walaupun dia sedar hatinya dah berubah. Tidak salah untuk berharap kalau memang ada jalur sinar dihujung sana. Atau masing-masing masih ambil berat. Tapi kita akan tahu sendiri bila perasaan itu telah lenyap dan harapan telah terpadam. Lepaskan dia dengan pilihannya sendiri kerana mungkin dia akan lebih bahagia tanpa cinta kita.

Hari ini akan ke Banting, jemput Yana dari kampong. Aku suruh Julie ambil Yana di kampong then hantar ke rumah kakak di Banting. Dari sana aku ambil dia dan hantar ke kolej. Petang ni kalau sempat nak ke jumpa N sebab dah seminggu dia senyap tanpa khabar berita. Mungkin dia ke KT urusan bisnes atau dia tidak sihat. Risau pulak.

Terima kasih untuk Dr. Rosalinda di atas komen di GB aku dan insyaAllah akan di panjangkan kepada Mr. X tu. Semalam baru jumpa Mr. X dan bersembang sambil minum teh tarik kat Putrajaya. Banyak pengalaman hidup dia terutama semasa buat master di University of Durham. Aku sempat pesan kat dia kalau musim durian nanti jangan lupa hantar seguni dua ke Cyberjaya.

Friday, June 20, 2003

KAHWIN TANPA CINTA?

Lokasi : YM ( Malaysia)
XXXXXX

Aku : Umor berapa ko kahwin?
Dia : Lepas 2 tahun kerja, masa tu umo aku 26.
Aku : Oh, ko kahwin muda lah ni, dah ada anak?
Dia : 2 orang , sorang lelaki dan sorang girl umo 8 tahun.
Aku : Best lar ko, ko jumpa kat mana bakal bini ko tu?
Dia : Oiii ingat beli ikan kat pasar! Kakak aku carikkan. Mak aku meninggal so tinggal aku jer yang tak kahwin.
Aku : Wah kira kahwin paksa ler tu yerr .
Dia : Dia baik yelah aku nak jugak seseorang teman aku masa tua.
Aku : I can see that, so you ler jantan bertuah kat Mesia ni.
Dia : Tak jugak
Aku : Naper cenggituh? Ko kan dah ada 2 anak mestilah bahagia.
Dia : Tu nafkah kena bagi ler tapi aku tak cinta kat dia.
Dia : Dia memang baik
Aku : mmmmm
Aku : aku kurang faham ler?
Dia : aku cinta orang lain, tapi takde jodoh.
Aku : Atleast ko ada 2 anak, aku ada anak tekak jerr

XXXXXXX

Waduh berkahwin bertahun tapi cinta tetap pada orang lain? Camner tuh lebih baik jangan kahwin . Tapi dia tetap adil dan tahu tanggungjawab dia kepada keluarga. Aku nak jerr tahu perasaan isterinya yang suaminya tidak menyintainya. Perkahwinannya adalah desakan keluarga. Aku faham perasaan dia, cinta memang perkara yang sulit. Tapi aku masih tak faham kalau orang duduk, makan, tidur bersama tanpa rasa cinta. Semuanya berdasarkan tanggungjawab dan amanah untuk menjaga anak orang. Bahagia ker kahwin camtu? Kenapa kahwin kalau hanya nak memenuhi kehendak keluarga? Kenapa yerr …

Aku tahu dia dapat menjalankan tanggungjawabnya dengan baik. Sebagai suami, ayah dan ketua keluarga. Keluarga dia bahagia seperti yang dia kata. Mungkin dia bukan suami yang romantik. Tapi dia tetap tidak mengabaikan tanggungjawabnya dengan keluarga. Aku kesian pulak kat isteri dia yang bersabung nyawa melahirkan zuriat dari benih lelaki yang dicintainya sepenuh jiwa raga. Tapi sebaliknya dia hanya dijadikan alat untuk memenuhi kehendak seseorang. Siapa yang terjebak atau siapa yang jadi mangsa?

Aku pulak telah melakukan perkara yang betul ( ikut kepala otak aku lerr). Bila makcik dan saudara hulurkan gambar calon isteri. Aku tolak dengan baik. Aku kata biar aku cari sendiri. Tunggulah dulu sebab aku nak settledkan something. Aku sebenarnya tak mahu berkahwin dengan orang yang tidak aku cintai. Biarlah lambat cuma aku tak mahu menyiksa orang yang patut aku berikan sepenuh cinta dan perhatianku. Aku tak mahu menjadi lelaki yang kejam. Aku tidak mahu ada wanita yang teraniaya. Mungkin cinta boleh hadir setelah bersama. Tapi aduhhh rumit sekali dan aku taknak fikirkannya.

Mak dan abah kahwin pilihan keluarga gak. Mereka bahagia apa dan ada anak macam aku ni (hehehe). Tapi zaman dah berubah terlalu banyak makan Ajinomoto buatkan otak masing-masing jadi tak betul.

Thursday, June 19, 2003

KEBOSANAN

Kadangkala aku bosan dengan apa yang aku lakukan setiap hari. Melalui rutin yang sebegitu semenjak hampir 4 tahun. Mungkin aku kena mencari sesuatu hobi yang baru atau kegilaan baru. Bukan gila memburu perempuan atau mengumpul sebanyak mana awek yang termampu. Bukan begitu, aku rasa telah sampai masanya aku melakukan sesuatu yang baru juga. Mungkin bukan soal kerja, tugasan di ofis aku amat menyenangkan. Mungkin orang diluar sana amat mengidamkan tempat yang aku duduki sekarang. Dan aku bersyukur kerana memperolehinya sebelum usia aku mencecah 30 lagi. Satu rekod peribadi.

Setiap hari hujung minggu aku pulang ke kampong atau bertemu kawan. Pulang ke kampong memang menjadi kewajipan aku untuk menjenguk kedua ibu-bapa di kampong. Aku tidak pernah merungut yang itu. Menziarahi mereka merupakan detik yang terindah dan saat-saat yang di tunggu. Hingga aku berangan untuk bekerja di Universiti Industri Selangor kalau ada rezeki dan dapat menjaga mereka. Yelah Batang Berjuntai tu dekat dah dengan Tanjong Karang, 30 min drive jerr.

Mungkin aku sudah terlalu letih memikirkan karenah adik-adikku yang pelbagai. Dari masalah peribadi mereka, risau tentang ini dan itu. Segalanya menjadi tanggungjawab aku untuk "monitor" perkembangan mereka. Payah juga menjadi abang ni rupanya. Mungkin kerisauan aku ni hanya boleh reda bila mereka telah berumahtangga. Tapi mungkin tidak juga. Kadangkala lebih havoc dari biasa.

Tapi hari-hari aku yang lain terasa amat membosankan aku kena membuat sesuatu. Mungkin gardening, mungkin aku perlu mendapatkan sesuatu sebagai pets. Kucing mungkin dan mungkin juga anjing kalau boleh ( hehehe anjing harams). Tapi aku ni bukan rajin sangat dan tinggal di apartment membuatkan aku terpaksa melupakan hasrat aku itu.

Kenapa bosan agaknya? Pulang dari ofis kemudian, makan, nonton TV dan tidur. Rutin seharian di Cyberjaya. Aku tak mahu usia aku berlalu begitu sahaja. Kalau aku cakap dengan parents sudah pasti mereka kata kahwin ler cepat. Bukan yang itu juga. Aku ingin menikmati hidup bujang mungkin hingga 2008. Banyak yang perlu aku kejar dan beri tumpuan sepenuhnya sebelum "settled down". Tapi aku diserang kebosanan setiap hari.

Mungkin aku perlu melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti kebajikan. Contohnya menjadi ahli Sahabat HUKM. Ada kawan aku suruh aku masuk kelas tarian zapin dengan Pak Ngah ( Swatari). Kelas dia untuk semua peringkat umur. Tarian zapin memang best tapi aku ni penyegan orangnya. Kang kena gelak dek orang sebab langkah sumbang. Walaupun dah terbayang nak jadi back-up dancer Siti Nurhaliza kat konsert dia ( hahaha berangan betul). Ada sorang kawan bagi idea aku jadi pengacara rancangan "Jalan-Jalan Carik Makan". Bayangkan bakrupt ler restoran yang aku promote tu nanti. Sebabnya aku tak kuat makan dan tak pandai berpura. Kalau makanan tak sedap memang aku tak kan sentuh . Tapi ok untuk tambah berat badan aku . Ehh aku ni camera shy ler pulak. Atau belajar bahasa Jepun di UiTM 3 kali seminggu. Mungkin boleh membunuh rasa bosan aku yang menghempap-hempap jiwa raga ku ini.

"Alah Mal baik ko duk kat surau atau gi masjid Putrajaya tu dari maghrib dan tunggu sampai Isyak dapat gak pahala dan ilmu. Jiwa tenang dan sudah pasti takder risiko apa-apa" . Kata X buat aku terdiam. Betul gak yer, aku patut memperbanyakkan aktiviti yang sebegitu. Mesti itu adalah langkah pertama untuk membunuh kebosanan aku ni.

Aku stressed ker? Confius pulak.


Telah kuhebahkan
Rinduku yang lesu ini
Tertutuplah mastuli
Namun mustika
Cintaku terus membara

Walaupun tenggelam
Cinta yang dalam membeku
Di selendang arus
Namun mutiara
Rinduku masih menyala

Biarkan tidak terlintas hasrat cinta tertutup ini
Untuk sorak dan istihar di hatimu
Mungkin kerinduan belum kau penuhi
Haruskah diuji

Namun pernah terkandas hasrat rindu tenggelam sepi
Mengumum dan merayu terhadapmu
Bukti kerinduan masihkah kau sangsi
Perlukah diuji




Wednesday, June 18, 2003

LASIK - Laser in-situ keratomileusis

Semalam seharian mencari maklumat tentang LASIK. Pembedahan mata menggunakan pancaran laser. Tertarik dengan idea ini untuk memulihkan tahap kebergantungan penggunaan kacamata. Memanglah setiap pembedahan ada risiko yang perlu dihadapi. Tapi bila membaca artikel-artikel berkenaan procedure pembedahan yang dilakukan tahap kejayaannya tetap tinggi. Juga telah mendapatkan pandangan Dr. Rosalinda seorang pakar mata dari Indonesia ( pembaca blog aku ni jugak). Apa yang pasti aku perlu membuat pemeriksaan mata terlebih dulu samada kes aku ni sesuai atau tidak untuk Lasik. Lantas menghantar email kepada beberapa klinik swasta yang mengendalikan prosidur ini. Antara yang paling awal memberi respon ialah TLC.

"Thank you for your interest in LASIK at TLC.
Lasik can correct your myopic astigmatism stated provided your cornea is thick enough for the procedure. We can only determine this using a sophisticated scan that measures the thickness of your cornea (the part of your eye where you place the contact lens on). That means that we cannot tell whether we can solve your problem that until we see you in KL. Anyhow, we had treated a few patients with high myopia such as above 1000. In all cases of LASIK, the main aim is to reduce your DEPENDENCY on glasses/contact lenses. i.e., if you want 100% guarantee you will never need glasses again, no-one in the world can do that. Realistically, you have a 95% chance of not using glasses in most of your activities after your initial lasik, and e few chances that you may have residual power. In such cases where there is residual power, the surgeons usually recommend a retreatment to get rid of the residual power if the vision is still not clear enough for daily activities. In other words, 95 out of every 100 lasik patients can achieve 20/20 vision without glasses, and 5 of 100 may be able to see slightly less than 20/20 (usually the line immediately above 20/20 on the vision chart) without glasses, (but still a large improvement than your current state). Moreover, when you have reched mid-40s, you may require reading glasses to read close fine prints,
just like everyone else. Mr. Kamal, you will need to do an eye examination to rectify your suitability for the LASIK treatment.

TQ.
Regards,
Piria
Customer Service Executive
TLC The Lasik Centre Sdn Bhd.


Apapun aku kena berbincang dengan beberapa pihak lagi untuk mendapatkan pandangan mereka pula terutamanya doktor mata di Hospital Mata Tun Hussin Onn, pandangan keluarga dan N serta Z. Duit untuk membiayai pembedahan ini pula mungkin tak menjadi isu sebab kalau semuanya OK insyaalah ada rezeki di bulan Julai nanti. Mungkin kos pembedahan ini dalam RM 3000 - RM 5000 ikut rate salah satu klinik yang ada di KL. Tapi tak pasti mungkin kos pembedahan ini lebih tinggi dari yang dijangkakan. Kena buat research dan interview orang yang pernah melalui prosedur ini. Sekarang ni memang aku tak boleh ke mana tanpa cermin mata dengan power yang tinggi. Aku pulak jenis yang letak kacamata merata jadi menyusahkan aku untuk mencarinya. Kadangkala aku tercari-cari kacamata aku walhal dia ada di depan mata. Its not about nak menampakkan wajah aku supaya lebih menawan. Tapi lebih kepada keselesaan dan gaya hidup aku supaya tidak terbatas. Kos buat cermin mata pun mahal untuk setiap cermin mata aku harganya lebih RM 500 setiap satu. Kalau setiap tahun kena tukar dah berapa. So moga-moga dengan pembedahan ini kurang sikit tahap kebergantungan aku pada cermin mata. Yelah aku kena 'manjakan" diri aku jugak kerana diriku amat berharga!

Assessment
Borang assessment untuk tahun ni dah keluar. Amat mudah nak isi sebab ianya online dan user friendly. Aku kena mengajar staff aku cara nak isi borang ni ikut target masing-masing. Immediate Officer akan menilai staff masing masing selepas 25 Jun. Aku rasa staff aku layak untuk mendapat SE which means excellent untuk tahun ni. Tapi kadangkala boss aku bagi lebih rendah sebab kemungkinan itu sentiasa berlaku. Ada kouta untuk tahap SE ni. Sesiapa yang mendapat tahap ini akan dicalonkan untuk menduduki interview anugerah staff cemerlang universiti. Setiap tahun anugerah ini diadakan semasa majlis makan malam universiti. Aku pernah menjadi calon akhir pada 2 tahun lepas, dan giliran aku hanya akan datang lagi 7 tahun dari sekarang. Masa tu aku ada lagi ker tidak kat sini tak tahulah.

Teman Baru
Semakin ramai yang ingin berkenalan setelah aku membuka blog aku ni. Terima kasih kerana sudi berkenalan dan menghantar email. Maka bertambahlah kenalan aku dari seluruh negara. Tak sangka pulak sebab pada mulanya aku menulis blog sekadar melepas tekanan perasaan atau mengisi masa lapang aku, bukan untuk mencari publisiti ker apa. Sebabnya aku menulis ikut sedap tekak aku jer nak tulis apa. Terima kasih sekali lagi atas salam perkenalan yang dihulurkan dan moga kita boleh bertukar-tukar pandangan dan pengalaman tentang hidup. Untuk Z di OUM terima kasih kerana sudi berkongsi cerita dan ketahuilah your secrets are safe with me. Yang lain tetaplah aku ingati, berkawan biar beribu dan musuh jangan dicari.

Tuesday, June 17, 2003

Rumah di Tengah Sawah

Masa hari Ahad lepas aku sembang-sembang dengan mak di anjung rumah sambil angin sepoi-sepoi bahasa menampar lembut pipi aku yang merah padam petang itu. Mak cerita tentang Julie dan pakwenya. Abah dah setuju dengan pilihan Julie tapi mak tak nak masuk campur. Mak aku bukan pemilih tapi bagi dia Julie kena buat pilihan yang tepat. Atau lebih mudah lagi jangan menolak tuah kalau ada orang yang lebih bersedia, buat apa pilih lelaki muda yang belum establish. Ada juga kebenaran kata-kata mak tu. Tapi entahlah kuasa cinta ni kan aneh. Aku dah lihat buah hati Julie tu dan aku pasti sejarah akan berulang. Yelah memanglah OK tapi perkahwinan kan menuntut lebih dari itu. Satu pakej yang akan saling melengkapi. Aku pun takut nanti Julie yang akan lebih terbeban dengan tanggungjawab hidup berkeluarga. Sebabnya ada lelaki bila berkahwin serah bulat-bulat pada isteri hal rumahtangga dan masih keliru dengan tanggungjawabnya. Apa pun aku doakan dia bahagia kalau itu memang jodohnya.

Mak pulak bagi tempoh sampai tahun depan nak sandingkan kami bertiga serentak. Aku, Man dan Julie sekali. Aku gelak bila tang ni, yelah kalau dah terima 3 menantu serentak pastilah tak terlayan. Aku tak mahu lerr, tapi mungkin Man nak kahwin cepat. Bagilah adik-adik aku lepas dulu. Mak aku takut anak aku kecik lagi bila aku tua nanti. Tapi trend masa kini memang kahwin lambat apa. Kena belajar, membina kerjaya dan kumpul harta serba sedikit. Zaman dah berubah kalau dulu cukup jer umur boleh kahwin dah dan buat pondok di tengah sawah. Sekarang bukan macam tu lagi. Gaji empat lima ribu pun belum tentu cukup nak tanggung anak orang. Banyak yang kena fikir.

Aku usulkan kat mak aku tentang anak angkat. Mak kata nak ambil anak siapa? Dan sampai bila pun dia tetap anak orang. Betul juga tu tapi ada orang buang anak tepi longkang dan dalam tong sampah. Ada juga orang bujang bela anak angkat. Si N pun ambil anak saudara dia sebagai anak sendiri walaupun tidak tinggal serumah. Semua harta dia dinamakan nama budak tu. Dari KWSP, Insurance hinggalah semua harta terpijak dia tu. Aku tak kisah ler harta dia aku ni sapalah nak masuk campur. Bila aku tengok mak dan abah aku ni. Bila tua tetaplah mereka keseorangan. Yelah anak-anak semua dah duduk jauh-jauh. Hujung bulan atau 2 minggu sekali jer aku balik kampong. Cuma aku , Julie dan Yana jer yang balik. Yang lain setahun sekali atau bila ada urusan di KL jer nak balik TK. Mak dan Abah tinggal berdua. Bilik-bilik di rumah tu dah jadi macam stor pulak. Rumah tu memang "terlalu" besar untuk mereka tinggal berdua. Nasib baik dan aku bersyukur mereka sihat. Aku memanglah kerap telefon rumah tanya khabar berita. Macam iklan Telekom tu apalah ertinya teknologi kalau tak digunakan.

Aku sekarang ni agak tertekan dengan isu ini. Aku sendiri tak tahu apa yang aku carik. Sunyi tu memanglah sunyi bila duduk sorang-sorang tapi itu lebih baik buat masa sekarang ni. Banyak benda yang belum settled dan pencarian masih berlangsung. Kita punya pilihan dalam hidup bukan?

Monday, June 16, 2003

Penat

Hari ini menghantar Yana untuk register semester baru program diploma dia. Mak datuk penat nyer terpaksa beratur sama dengan Yana sebab dia ni akan hilang punca bila orang ramai sangat. Tempat parking punyalah jauh dan kereta tak boleh menghampiri kampus. Kegabraan Yana terserlah bila orang tu mintak RM120 dia boleh selamba jer bagi RM 200. Then boleh blah macam tu jerr. Orang tu pun ingat RM 150 jer dan bagi wang baki RM 30. Nasib baik aku ingatkan Yana pasal duit tu dan dia mintak semula wang baki dan nasib baik juruwang tu nak bagi balik RM 50 tu tanpa banyak soal. Yana boleh maintain ayu jer tanpa rasa bersalah. Yelah bukan dia yang cari duit mana dia tahu peritnya orang carik duit tu. Inilah bahananya anak bungsu sorang ni. Benda lain dia ingat, tapi pasal duit ni dia main hentam jerr. Tu belum kes duit dia selalu hilang kat bilik hostel. Entah-entah dia tak perasan berapa duit yang dia ada. Kalau perasan pun bila duit tu dah hilang atau hampir habis.

Selepas register sessi angkut mengangkut pulak. Mak datuk banyaknya benda yang dia bawak. Macam nak pindah rumah jerr. Bahan mekap dia jerr dah satu beg, orang pompuan ni kan banyak benda kena maintain dia sound aku bila aku mengadu benda apa yang dia bawak banyak sangat tu. Nasib baik si Ajak ada dan tolong aku angkut barang ke bilik dia. Pukul 12.00 semua urusan siap dan aku balik ke Cyberjaya. Tidur sekejap dan ke ofis check email. Boss aku datang dari Melaka hari ini. Tapi tak kisah ler aku tetap buka lagu dari MP3 seperti selalu.

Ada seorang penulis blog dari Geng Jurnal tu rupanya student kami. So dia minta tolong tentang sesuatu insyaalah aku akan tolong. Blog dia memang glamor habis dan aku adalah jugak baca blog dia tu. Dunia ni kecil sahaja rupanya, pusing-pusing ketemu juga. Hanya masa dan keadaan jer tak tahu bila. Entah-entah pembaca blog aku juga adalah seseorang yang aku jumpa hari-hari. Manalah aku tahu kan. Tapi aku tahu pembaca blog aku tak ramai so selamat ler sikit. Selamat dari apa yerr? Rasa selamat bila kita tak kenal orang tu. Kalau kita kenal rasa lain pulak.

Penat aku hari ni sampai makan pun tak lalu. Aku bercuti tapi macam tak bercuti jerr bila aku ke ofis telefon tak henti-henti berdering.

Saturday, June 14, 2003

Engkaukah Sabda Jingga Yang Tak Tergapai Itu?

Ada orang takut untuk jatuh cinta sekali lagi. Takut untuk melalui saat perit kekecewaan. Takut cinta yang dibina tidak seperti yang diharapkan. Ketakutan itu bertambah perit jika kasih yang diharapkan musnah dipertengahan jalan. Cinta itu adalah satu perjudian bukan?. Sebabnya kita tidak tahu apa yang kita akan dapat. Bak kata Sofea Jane dalam sebuah filem "Cinta itu adalah apabila kita bertemu dan membuat pilihan yang tepat". Tapi kita membuat pilihan berdasarkan apa sebenarnya? Adalah kita bersedia menerima dirinya seadanya atau sebab-sebab tertentu. Adakah wujud sesuatu cinta tanpa sebab?

Zaman percintaan mungkin tidak seindah mana tapi kebahagiaan tetap wujud jika kita berusaha mencarinya. Tapi kedua belah pihak perlu berusaha kearah itu. Bukan hanya sebelah pihak sahaja bermati-matian mempertahankannya dan sebelah pihak lagi bersikap tidak kisah. Cinta juga memerlukan kejujuran. Jarak sempadan bukan penghalang untuk membenihkan perasaan itu. Jika ada kemahuan di situ ada jalan. Cinta juga menuntut kesabaran yang tinggi untuk direalisasikan. Ianya bukan semudah mengungkapkan perasaan sayang atau tuntutan nafsu semata. Persediaan mental juga penting. Bersedia untuk berkongsi, memberi dan menerima. Saling memerlukan antara satu sama lain.

Cinta itu bukan kepuraan, bukan seperti memelihara bintang peliharaan. Bila kita tak punya masa kita boleh membuangnya begitu sahaja. Ianya adalah satu tanggungjawab yang berat. Ia juga tidak boleh dipaksa. Paksaan untuk menerima cinta akan membuatkan salah seorang itu serba salah. Ketidakjujuran dan kecurigaan akan bermaharajalela. Jika ini yang terjadi perpisahan adalah jalan yang paling baik. Tak perlu menyeksa diri dan hidup juga perlu diteruskan. Pusingan kehidupan akan bermula semula. Kita akan jatuh cinta lagi. Tapi dengan siapa dan di mana, itu terserahlah pada keadaan. Ada kalanya cinta amat payah hadir dalam diri seseorang. Tapi kepayahan itulah yang akan membuahkan sesuatu yang paling manis. Mungkin dia bukan tercipta untuk kita. Ada seseorang diluar sana yang menanti. Manalah kita tahu, jadi jangan serik untuk jatuh cinta sekali lagi.

Aku? mmmm nantilah, tumpukan pada kerjaya dan buat persediaan serba sedikit. Persediaan untuk menghadapi saat kematian juga perlu. Yelah kita hidup ini hanya sementara akhirat juga yang kekal. Impikan bidadari di Syurga? Teruskanlah bermimpi pada sabda jingga yang tak tergapai itu!

Friday, June 13, 2003

"Reunion"
Semalam nonton cerita yang menarik di TV3, pasal reunion. Dalam banyak hal kita perlu menjadi diri kita sendiri untuk dihormati. Kita tidak perlu menjadi orang lain yang akhirnya memperbodohkan diri. Jika diadaptasikan kisah tersebut dalam hidup kita ianya seakan realiti. Masing - masing berlumba-lumba untuk mendapatkan pekerjaan yang baik dan menjadi somebody setelah tamat pengajian di universiti. Tetapi aku tak setuju jika kejayaan itu hanya diukur dengan berapa gaji kita sebulan atau kereta apa yang kita pandu. Setiap individu mempunyai peranan dan tanggungjawab yang berbeza. Ada yang memang dilahirkan kaya dan tidak perlu risau tentang keluarganya. Maka perjalanan hidupnya lebih mudah. Gaji yang diterima tiap bulan boleh digunakan sepenuhnya hanya untuknya.

Ada juga segolongan yang lain yang perlu memikirkan hal adik-adik yang masih belum tamat pengajian dan keluarga di kampong. Tetapi ada juga yang bila habis sahaja pengajian, dapat pekerjaan dan berkahwin. Begitulah realiti sebenar kehidupan setelah tamat pengajian di universiti. Tapi aku tak dengar pula kawan-kawan aku yang tidak bekerja. Masing-masing aku dengar suka lompat kerja untuk dapat imbuhan yang lebih lebat. Itu rezeki masing-masing. Kami mempunyai Yahoo Group untuk meng "update" perkembangan terkini dan sumber informasi semasa kami. Yelah supaya tidak lost contact. Siapa kahwin dengan siapa dan siapa dapat 'baby" baru juga diberitahu. Sebabnya kami berada di serata pelusuk tanahair termasuk Sabah & Sarawak. Hanya melalui Yahoo Group ini sahajalah dapat kami mengetahui perkembangan terkini masing-masing.

Selepas berpisah dan memulakan kehidupan selepas zaman belajar dan alam kampus. Aku tidak pernah berjumpa mereka semenjak Oktober 1996. Kalau bekerja dalam bidang yang sama kemungkinan berjumpa semasa mesyuarat atau ketika menghadiri persidangan. Tak tahulah apa yang mereka fikirkan tentang kehidupan aku. Mungkin mereka masih mengingati seorang pemuda yang sering mengantuk di kelas walaupun duduk di barisan paling depan dengan cermin mata tebal. Mungkin mereka masih ingat nama untuk kelas Inggeris aku "Kent". Tapi aku hendak mereka tahu aku bukan lagi pemuda naif yang suatu ketika dulu begitu pasrah dengan hidupnya. Mungkin mereka terkejut jika melihat aku yang "baru" tapi aku lebih suka mendiamkan diri. Itu lebih baik bukan?

MyKad
Buat pertama kalinya aku membuat urusan bank menggunakan MyKad. Namun apa yang membuatkan aku marah ialah juruwang itu memberitahu yang cap jari aku tak sama dengan apa yang ada dalam MyKad atau kemungkinan besar chip dia rosak. Habis tangan aku di belek macam penjenayah perang. Dan aku jadi tidak selesa macamlah aku ni membuat kesalahan apa. Masa aku dapat MyKad aku tu 3 bulan lepas tidak diberitahu pulak yang ia rosak ker apa. Akhirnya dia membuat keputusan untuk melepaskan sahaja kes tersebut dan pengeluaran boleh dilakukan. Kecangggihan kadangkala amat menyusahkan. Terpaksa ambil cap jari, padahal di MyKad dah sah-sah ada. Teknologi sepatutnya memudahkan, tapi kita suka buat kerja yang sama berulangkali. Yelah sepatutnya segala urusan menjadi lebih pantas bukan sebaliknya. They never learned.

Thursday, June 12, 2003

Hari ini aku sibuk dengan meeting. Start pukul 9.00 pagi ada meeting dengan HR sebab nak proceed atau tak penubuhan jabatan baru. Dalam masa yang kritikal dan budget yang payah nak dapat ni mungkin peluang adalah tipis. Tapi tidak salah mencuba dan teman sejawatan aku tu dah buat research hampir 6 bulan untuk merealisasikan impian semua.

Terima email komplen dari seorang pelajar. Tapi bila dilihat dan baca betul-betul bukan staff aku yang terlibat. Itu staff Melaka sebenarnya. Tapi Puan aku ni macam dah kena 'pukau' oleh suspect utama yang sikit punya bijak memainkan peranannya. Harap jangan ada insan yang tidak bersalah teraniaya. Harap juga pengadu itu tampil dan beritahu siapa yang dia rujuk. Yelah staff yang tidak bersalah mungkin teraniaya. Inilah masalahnya jika ada nama yang serupa, 3 pulak tu dalam organisasi yang sama dan pengadu main hentam nama bapak atau bin dia. Susah betul jadinya.

Hari ini juga nak "let go" saham Telekom aku tu. Ada kawan yang bagitau ini masa yang sesuai nak exercise. Yelah harga dia tidak akan naik lagi. Kalau simpan pun tak memberi apa-apa makna. Biarlah untung sedikit dari rugi tak dapat apa. Maklumlah pilihanraya dah dekat anything can happen.

Semalam aku 'kehilangan" seorang kawan sebab salah faham yang berlaku. Entah apalah sebabnya buat aku confuse dengan statement-statement dia. Hidup memang sukar untuk diramalkan. Aku layan lagu "Ribaibaru" yang aku dapat dari Spyz. Lirik dia memang kena dengan batang hidung aku. Aku call N dan dia selamat tak de kena banjir ke apa. Tapi sikap dia tetap menjengkelkan aku .

Wednesday, June 11, 2003

Ribaibaru ( Revival )

Lagu ini telah di translate oleh pasangan Amir & Marina. Amir adalah adik Ipar Pn. Syam rakan sejawatan aku di pejabat ini. Beliau telah berkahwin dengan gadis Jepun dan menetap di sana.

Kata Amir & Marina dalam emailnya :

"Susah juga nak translate lagu ni. banyak sangat maksud tersirat. kalau tersurat tu senang la sikit. lepas tu kena feeling sikit baru boleh tulis. Kalau ada maksud yang pelik tu pandai-pandai la buat maksud sendiri."


Ribaibaru

Furishikiru ameno naka wo ashibayani toorisugita
Natsuno hino inazumano yooni hakanaku kieta futarino koi


Ah……. Arehodo hageshiku moeta
kokoroga imawa haiirono ribaibaru


Ah….. kurikaesu dakeno omoidewa
Yomigaeranu kakono monogatari


Yukizurino hitonaraba wasuraremo surukeredo
Namidagumu last scene dewa aino fukasani kizuiteita


Ah…… arehodo yasashikatta anatano
Omokagega imawa aozameta reibaibaru


Ah……. Kurikaesudakeno omoidewa
asuwo shiranu kakono monogatari


Repeat

Repeat

Repeat

Repeat



Revival

Di dalam gerimis hujan ini aku mempercepatkan langkah
Seperti panahan kilat di waktu musim panas
dan begitulah cepatnya kehilangan cinta dua orang kekasih


Ah……Beginilah hatiku membakar
dan kini menjadi warna debu revival.


Ah….. hanya terbayang kisah dahulu
Jikalau hanya kenalan sahaja bolehlah dilupai


Saat terakhir hanya bergelinangan air mata
Barulah sedar betapa dalamnya cinta itu


Ah……terkenangkan dia yang betapa baik hati
Tetapi sekarang menjadi biru gelap revival


Ah….hanya tebayang kisah dahulu
Esok mungkin berulang kembali



Penyanyi ni berusia 30 tahun ketika menyanyikan lagu ini iaitu sezaman dengan Uji Rashid. Tapi lagu ini tetap "menyentap ke langit" bila kita menghayati susunan muzik dan serikatanya yang puitis dan mendayu. Selama ni tak tahu pulak maksudnya, bila dah tahu patut pun lagu ini sedap.

Tuesday, June 10, 2003

Debar 10 Jun 03

Menanti 10 Jun dengan penuh debaran. Adakah segalanya berakhir seperti yang di rancangkan atau penuh liku. Aku tak tahu itu. Man belum call lagi dari JB dan aku takkan call dia kali ini. Tapi dia begitu pasti segalanya adalah seperti yang dirancangkan. Ya Allah permudahkanlah urusan hamba mu ini. Man telah berusaha keras untuk memastikan usahanya berjaya. Dan sudah semestinya dia berhak keatas kejayaannya itu. Sudah hampir 2 tahun dan pastinya penantian itu sesuatu yang amat menguji. Sebagai abang aku hanya mampu mendoakannya sahaja. Bukan berharap apa-apa .

Julie pula amat yakin dengan pilihannya kali ini dan dia mahu berkahwin selewat-lewatnya hujung tahun ini. Aku takut sebenarnya jika calon yang dipilihnya hanya mempermainkan perasaannya sahaja. Kalau dilihat belum apa-apa sudah pandai mengongkong dan cuba meracuni fikiran Julie supaya menjual kereta yang ada sekarang ini untuk model yang lebih canggih. Mak dari awal-awal lagi sudah tidak berkenan dengan pilihan Julie. Tapi apakan daya cinta membuatkan kita lupa saudara mara hatta ibu sendiri. Kalau sudah begitu kehendaknya, kami tidak boleh berbuat apa.

Aku ... gembira seperti biasa. Rasa bersyukur dengan anugerah kesihatan yang diberiNya. Semalam rakan sejawatan di Melaka berkata " mungkin kau dah manoupause, sebab tu semua tanda-tanda manoupause". Aku rasa nak tergelak dan pengsan kat situ juga. Yelah memanglah aku berpeluh, badan seram sejuk segala waktu malam. Mungkin dia mendiagnosis ikut sedap tekak sahaja. Dia tahu ker umur aku berapa dan aku ni belum lagi berkahwin segala. Maknanya belum lagi menggunakan potensi yang ada. Ehh ada ker orang bujang manoupause awal yerr? Kena semak ni, takut pulak aku jadinya. Tapi yang pasti aku kena serangan virus yang hanya aktif pada waktu malam. Siang virus tu takut cuaca panas agaknya atau virus tu suruh aku bekerja tak bagi duduk rumah tidur. MMM macam-macam dan aku hari ini berdebar lagi menanti panggilan telefon ...

Monday, June 09, 2003

Hari Sabtu ke KLCC sebelah petang dengan N. Mak datuk ramai betul umat kat tempat tu. Carik tempat parking sikit punya payah. Tengah sales rupanya, tolong N membeli-belah keperluan hariannya. Penat sungguh dan aku jadi tukang bawak barang cehh. Aku rsa perangai dia memang sudah macam tu dan aku kena berasimilasi dengan karektor yang sebegitu. If I want to proceed to the next step itulah dia dan aku seadanya. Jumpa Bob dengan makwenya di depan Watson, tanya dia tentang tesis dia. Aku sempatlah kenalkan N dengan dia. Makwenya orang Johor dia kata next year akan nikah. Tapi dah kerap benar dia kata next year dan aku hampir lupa ni makwe dia yang kali keberapa entah dan aku sudah lost count. Asalkan dia bahagia sudah.

Malam Sabtu tak jadi nak pergi tengok wayang sebab tengok "Apa Ada Dengan Cinta" di NTV7. Nasib baik ada translation BM . Fahamlah jugak berbanding dengan tengok VCD dia dulu. Tapi ada part yang tak sepatutnya di translate, di translate jugak contohnya part puisi tu jadi lintang - pukang maknanya. Keseluruhannya filem ini memang menghiburkan walaupun simple sahaja. Muzik latar dia superb dan dapat meninggalkan mood yang pelbagai.

Petang Ahad aku buat garang dengan si Max, habis takut dia kat aku. Max lari nyorok belakang N bila nampak kelibat aku seronok aku tengok. Si Tap-Tap pulak seperti biasa akan ajak aku main-main dengan dia. N "marah" kat aku sebab takutkan Max, sebab dia kata Max tu budak kecil lagi. Gelak aku bila N kata cam tu. N ajak aku ke Bali bulan 9 nanti. Tapi aku belum dapat menangkap maksud ajakkan dia tu. Kalau ok dan takde apa plan, why not kan. Aku pun memang cadang nak pergi sana dari tahun lepas lagi.

Satu kerja yang boss aku suruh buat tak dapat lagi disiapkan sebabnya maklumat masih belum diperolehi. Aduhh kepala aku jadi sakit semula. Dah seminggu aku belek beratus dokumen tapi memang takde maklumat seperti yang diminta. Tapi kalau dia nak marah aku nanti marah ler aku dah cuba sedaya upaya carik tapi memang takde. Blank jerrr dan yang tak syoknya bulan depan ni assessment ...


She's Like The Wind
Patrick Swayze

She's like the wind through my dreams
She rides the night next to me
She leads me through moonlight
Only to burn me with the sun
She's taken my heart
But she doesn't know what she's done


Feel her breath on my face
Her body close to me
Can't look in her eyes
She's out of my league
Just a fool to believe
I have anything she needs
She's like the wind

I look in the mirror and all I see
Is a young old man with only a dream
Am I just fooling myself
That she'll stop the pain
Living without her
I'd go insane



Saturday, June 07, 2003

Demam

Malam tadi untuk 2 malam berturut-turut aku diserang demam panas. Badan berpeluh, panas dan tekak terasa amat perit. Aku tidak dapat tidur sepanjang malam. Tapi yang peliknya bila siang elok pulak. Pagi tadi aku ke Klinik Az-Zahrah di Bandar Baru Bangi untuk mendapatkan rawatan. Doktor beri pelbagai ubat suruh aku makan ikut jadual. Lepas makan ubat yang pelbagai bentuk tu kepala aku jadi sedikit "weng", macam ehh kat mana aku ni. So aku bantai tidur walaupun mata akau tak boleh terpejam. Aku tak balik ke TK hari ni sebab kalau aku balik for sure parents aku risau. Kang tak pasal-pasal diorang tak boleh tidur malam. Aku yang demam ni tidur lebih lena dari mereka. Teringat aku masa kecil, suka sangat bila time demam ni. Sebabnya mak dan ayah akan tunaikan segala permintaan aku, nak makan apa pun nah diorang carikkan.

Hari ini aku akan berjumpa dengan N, kami akan pergi dinner dan tengok wayang kalau sempat. Tapi tak tahulah sebabnya plan boleh berubah ikut emosi masing-masing. Kitaorang tak suka plan, selalunya last minute. Dia pun tak call aku lagi. Sepatutnya ada majlis kenduri kahwin rumah Mak Su N. Tapi N tak cakap pun dia nak pergi majlis tu. Kepala aku pun rasa macam tak betul ni so nak sambung baring-baring lagi ...

Friday, June 06, 2003


Aku tidak sihat semenjak malam tadi lagi. Tekak aku terasa perit dan badan suam-suam kuku tapi bila orang bersalaman dengan aku diorang kata tangan aku sejuk. Aku pergi kerja juga dan akan ke klinik bila sempat nanti. Hari ini aku tak bermaya nak buat sesuatu apa. Jadi aku akan duduk depan komputer dan balas-balas email sahaja.
So sempena hari aku tak sihat ni aku buat edisi "cut & paste". Menarik juga kalau dihayati maksudnya, siapalah kita tanpa sahabat sejati.

ERTI PERSAHABATAN..

Dalam dunia ini, Kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri.. Tetapi dalam kita bersendiri, Kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.
Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat, begitu juga dia. Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.

Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. Kita tidak memberi dia peluang untuk menerang keadaannya.
Bagi kita, Itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri. Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti.. Kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati. Kita beri beribu alasan, memaksa dia menerima alasan kita.

Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya?? Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa.. tetapi kita sering terlupa. Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di sisi kita pada waktu kita memerlukan dia.

Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan, harapan dan impian kita luahkan, Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.
Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita, Hingga kadang-kadang terlupa kawan kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita.

Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya?
Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita?
Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya?
Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah?

Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah?
Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan?

Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita. Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan, Kerana dia juga seorang manusia; dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang, sedih dan kecewa. Dia juga ada kelemahan dan Dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan.

Jadilah kita kawannya itu. Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka.
Disebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan, disebalik kesenangannya, mungkin tersimpan seribu kekalutan, kita tidak tahu.. tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia, mungkin kita akan tahu.

Renungilah....




Thursday, June 05, 2003

Kekurangan Kasih Sayang?

"Mungkin diorang tu kekurangan kasih sayang, sebab tu lah diorang tu bersikap biadap dan suka melawan", kata staff aku pada pengawal keselamatan yang baru sahaja di marah oleh seorang pelajar. Jangan tak tahu kat sini pelajar boleh marah staff sesuka hati . Aku pun pada mulanya geleng kepala. Kenapa pelajar suka sangat melepaskan kemarahan pada staff. Staff hanya menjalankan tugas mereka. Mungkin kebanyakkan staff di sini muda-muda dan nampak sebaya mereka sahaja. Tapi pada pandangan akulah pelajar tempatan lebih beradap berbanding pelajar asing terutama dari Timur Tengah. Pelajar Iran terkenal dengan sikap suka memberontak tak kira lelaki atau perempuan. Mungkin masalah kejutan budaya atau tidak faham budaya tempatan. Atau sukar untuk memahami kehendak sistem pendidikan yang berlainan dari negara mereka. Tapi bagi pendapat peribadi aku mereka bersikap begitu disebabkan ini universiti swasta. Begitu ker? Katalah kita pergi ke kedai, kita ada wang nak membeli makanan, walaupun kita pembeli atau pelanggan itu bukan lesen untuk bersikap kedai itu bagai kita yang punya. Mereka hanya inginkan perkhidmatan yang disediakan sahaja. Jadi untuk menyedapkan hati kami katakan pada diri kami sendiri "mereka itu kekurangan kasih sayang dan bertindak begitu sebab inginkan perhatian".

Salah satu problem di sini juga adalah masalah parking. Yelah hampir 85 peratus kakitangan dan pelajar mempunyai kenderaan terutamanya kereta. Kadangkala aku lihat kereta lebih banyak dan melimpah ruah dari pelajar itu sendiri. Kereta kita tidak sah kalau tak calar balar kemek kiri kanan. Kalau baru beli kereta baru mesti risau siang malam takut kereta bercalar dan kemek. Aku terpaksa keluar sebelum pukul 8.00 untuk mendapatkan tempat parking. Selalu juga bertekak dengan student berebutkan tempat parking. Diorang memang tidak makan saman, ada tu tidak hirau pun kalau kena saman tiap hari dan diorang boleh bayar "on the spot". Memang benar tempat parking amatlah terhad. Aku tak tahulah mereka ni mengikut standard kurun keberapa untuk tentukan bilangan tempat parking mengikut populasi. Sah-sah tidak relevan, silap dan amat menyusahkan.

Alamak aku buat edisi membebel plak hari ni. Well hari ini tetap ceria seperti semalam dan cabaran tetap perlu ditempuhi seperti mahu hidup seribu tahun lagi!


Ada Apa dengan Cinta
Melly Goeslaw & Erik


Satu masa telah terlewati
Benci dan rindu merasuk di kalbu
Ada apa dengan cintaku
Sulit untuk aku ungkap semua

Jangan pernah bibir tertutup
Bicarakan semua yang kau rasakan
Cinta itu kita yang rasa
Biar sengsara hati kan merana

Wahai pujangga cinta biar membelai indah
Teladani kalbuku
Jujurlah pada hatimu

Ada apa dengan cinta
Perbedaan aku dan engkau
Biar menjadi bait
Dalam puisi cinta terindah

Andai bumi terbelah dua
Biar kita tetap saling berpeluk




Wednesday, June 04, 2003

Hidup Seorang Aku

Hidup aku semakin menyeronokkan. Teknologi telah menganjakkan kita ke satu tahap yang memudahkan manusia berhubung. Tak perlu sibuk mendail nombor lagi. Aku rasalah bil telefon aku akan susut sikit dan TM Touch gerenti nangis kalau aku bayar RM 3.00 jer kat diorang bulan ni bukan RM 300 macam selalu. Padan muka dia, tulah asyik-asyik naikkan kadar tariff jerr. Ehh aku keje kat Telekom gak so tak boleh komplen lebih-lebih. Diorang dah bagi 5 line free kat aku dan kronis. Hehehehe Melayu mudah lupa plakk. Yelahh line jerr free bil tetap kena bayar. Now aku gunakan YM dan line internet tetaplah free. Nanti nak beli microphone dan cam.

Semalam dapat bercakap dengan N. Sabtu baru boleh jumpa dia setelah 3 minggu tak nampak batang hidung dia. Jumaat malam Sabtu dia kata tak boleh jumpa lagi. Hiss pelik aku macam main sorok-sorok plak. Kejap ada kejap takde. Takpelah atleast di masih nak jumpa aku jugak. Kalau aku beralih arah pulak kang nanti sapa yang susah? Aku jugak ...

Majlis perpisahan semalam amatlah meriahnya. Ada macam upacara sedih sedihan siap berpantun segala. Makanan sedap dan melantak jerr lah petang semalam tuu.

Tak dapat check result Yana sebab aku busy hari ini. Nantilah minggu depan kalau aku dah lapang sedikit. Kena siapkan banyak benda yang pending. Tapi aku tetaplah maintain cool, takperlu terkejar. Life goes on, dan aku taknak pressure diri aku dengan benda-benda yang tak perlu. Bila assessment dah nak dekat ni. Macam-macam diorang buat, datang lambat kena ambil nama, makan tak boleh lewat, masuk kerja kena tepat. Serba serbi di measure tapi bila aku balik lambat dan keje hari Ahad tak pulak diorang ambil pedulik. MMM macamnilah keje kuli.

Tuesday, June 03, 2003

Hijrah

Hari ini ada majlis perpisahan untuk staf kami yang mendapat kerja di tempat lain. Bukan jauh mana pun cuma di Putrajaya. Kerja di sektor kerajaan juga memberikan imbuhan yang menarik, malah pakej dia lengkap dan mantap. Memang adatlah pekerja yang baik akan mendapat apa yang dia inginkan. Jika diperhatikan ada staff yang kaki komplen dan asyik tidak berpuas hati dengan itu ini dan mempengaruhi staff yang lain. Tapi tetaplah dia di takuk lama. Tidak mahu memajukan diri menimba ilmu walau segala kemudahan tersedia di depan mata. Tapi Pn. M ni amat gigih, dalam sarat mengandung pun dia tetap berusaha untuk meneruskan pengajian peringkat ijazahnya dalam bidang perakaunan. Dia sungguh cekal mengurusakan anak-anak, suami dan rumahtangganya. Kehidupannya simple tapi amat berkeyakinan sekali terhadap apa yang dia inginkan dalam hidup. Untuk Pn.M semoga berjaya dengan segala apa yang diimpikan dan sahutlah cabaran bekerja di tempat baru.

Semalam aku call Man, dia asyik demam dan pening kepala. Katanya bukan SARS dia dah buat check-up di klinik. Dia selalu berulang-alaik ke Singapore sebab urusan kerja. Sekarang ni asyik demam sahaja mungkin dia tension dengan kerjanya. Memanglah pressure kerja di tempat yang sebegitu. Harap-harap 10 hb Jun nanti segalanya akan terungkai dan mendapat apa yang dinantikan. Kami sentiasa memanjatkan doa agar Allah memudahkan urusan itu.

Semalam juga si F datang menziarahi aku, masa tu dekat nak lunch. So since dia dah lunch aku invite dia ke rumah. Borak dengan dia, macamlah dah kenal lama. Sebenarnya dia juga pembaca blog aku. Lucu juga bila orang tua baca blog aku yang merapu ni . Dia seorang lecturer di kolej berdekatan dan bercadang untuk melanjutkan pelajarannya ke peringkat Phd. So dia inginkan pendapat aku untuk bidang yang dia nak terokai. So aku bagilah my 2 cents kat dia. Nampaknya dia berminat dan bersungguh. Aku pulak mengofferkan diri untuk jadi research assistant dia. Dia ok sahaja dan mengalu-alukannya. Aku tak kisah, aku bukan tak pernah tolong orang buat Phd pun. Ada juga faedahnya menulis blog ni rupanya, dapat mengeratkan tali persaudaraan dan mendapat kawan baru.

Monday, June 02, 2003

Kepulangan

Buat sekian kalinya aku menulis tentang kematian. Kali ini seorang sahabat, yang membesar bersama zaman kanak-kanak. Namun dia tidak bernasib baik dan memilih jalan yang silap. Kenapalah kesilapan yang satu ini sukar untuk mencari titik temu pangkal jalan. Memasuki lembah itu bakal maut menjemput. Namun sebelum itu penyiksaannya maha hebat bertahun menanggung sengsara. Keluarganya mungkin lega, sekurang-kurangnya mereka tidak perlu risau tentang anaknya yang seorang itu. Tetapi naluri ibu tetap sama mereka tetap menerima keadaan anak walau dalam apa juga takdirnya. Mereka memang tabah.

Namun bagi orang luar yang tidak mengerti. Yang masih tebal sikap keangkuhannya , biarkanlan hari ini nasib mereka. Esok belum tentu dan bila kena batang hidung sendiri barulah mereka tahu langit ini tinggi atau rendahnya. Arwah Jeff telah di hantar pulang setelah pusat pemulihan merasakan dia sudah tidak punya peluang lagi untuk hidup. Keadaanya amat tenat, begitulah yang dikhabarkan oleh ibu. Hospital di TK juga tidak mahu merawat Jeff ini kerana mereka tidak mendapat sokongan dari pusat pemulihan. Bukan setakat itu sahaja kesusahan yang dihadapi oleh keluarga Jeff. Saat untuk memandikan jenazah juga amat memeritkan. Orang yang diamanahkan untuk melunaskan tanggungjawab tersebut tidak muncul tiba sehingga ke petang. Akhirnya mereka pergi semula ke hospital dan merayu pembantu perubatan menunjukkan kaedah yang pemandian jenazah yang sebegitu. Ahli keluarganya yang melakukannya sendiri dengan arahan pembantu perubatan tersebut. Penggunaan klorox dan sebagainya keatas jenazah. Bila aku mendengar cerita ibu, aku amat terkilan dengan sikap sesetengah orang itu. Yang terlebih dahulu menjatuhkan hukum, bukankah itu kerja Allah. walau sebagaimana kejinya kehidupan yang dipilih semasa hidupnya. Adalah menjadi tangungjawab yang hidup untuk menyempurnakan jenazah. Dan yang paling celakanya, orang yang menggelarkan dirinya tahu tentang agama itu juga adalah pembantu perubatan tersebut, dan juga imam di kampung kami. Ibu yang tidak bersekolah itu pun tahu bagaimana aids merebak. Dan yang menambahkan geram di hati, dia tidak muncul di hari tersebut. Pembantu perubatan yang lain juga tidak dimaklumkan.

Dulu ketika seorang lagi kawan aku meninggal dengan cara yang sama. Mayatnya tidak dibenarkan di bawa masuk ke dalam masjid untuk disembahyangkan. Hanya di biarkan di luar kepanasan. Aku amat sayu melihat kedua ibubapanya ketika itu. Walaupun mayat tersebut telah dibungkus dengan plastik dan sebagainya. TK kini menjadi lubuk penagihan dadah. Mana yang tidak keluar dari lingkaran maut itu akan terjebak dan arwah Jeff & Jalil adalah lambang kebejatan hidup. Mereka tertewas ...

Bersyukurlah jika kita mempunyai keluarga yang sempurna, berjaya dari segi akademik dan kerjaya. 31 Mei Hari Keluarga Kebangsaan, mungkin kita patut menilai semula peranan kita kepada masyarakat terutama jiran tetangga. Adakah kita hanya menjadi jiran yang hanya mentertawakan musibah yang berlaku keatas orang lain semata-mata itu bukan masalah kita? Mungkin kita bernasib baik, perkara itu tidak berlaku pada anak kita tetapi cucu-cicit dan menantu kita belum tentu lagi. Maka beringatlah dan bersedia ...

Aku Hanya Serangga

Mengapa aku tak dapat melupakanmu
Antara perjalanan
Suci menangkap waktu
Membuat aku rindu

Bukannya aku tewas dalam perjuangan
Membelai impian
Sebentar tadi aku
Lihat sinar matamu

Meronai garis-garis kesetiaan
Semakin kelam dan amat panjang
Bagaimana aku hendak melupakanmu
Dalam keheningan pagi sering bertemu

Untuk esok biarlah ia berlalu
Lantas membuang mata fikirku
Dalam kenangan begitu payah melupakanmu
Mungkin untuk selama-lamanya

Jadilah aku pengingat yang setia
Setelah aku tahu
Aku hanya serangga
Di taman belantara