Saturday, August 30, 2003

SALAM MERDEKA MALAYSIA

Aku akan menyambut malam kemerdekaan di TK sahaja dengan keluarga. Tiada ucapan dan gelak ketawa dari dia untuk malam ini. Putrajaya dan KL akan bergegar dengan sambutan yang meriah seperti tahun-tahun yang sudah. Aku pula akan duduk di suatu sudut yang tersorok di suatu daerah bernama TK. Cuba memerdekakan minda dan hati. Harga kemerdekaan ini sudah semestinya mahal.

Bila seoranag kawan bertanya apa erti kemerdekaan padaku. Sepontan aku menjawab "Merdeka dari cengkaman perasaan orang-orang yang tidak layak untuk disayangi." Bentuk penjajahan ini juga sukar untuk dibebaskan sebenarnya. Ada lopak-lopak darah dan kenangan yang tak mampu di padam. Akan terbina muzium kenangan di suatu sudut bernama hati. Dan bila tarikh-tarikh tertentu muncul pastinya ingatan itu akan hadir. Seperti juga sambutan kemerdekaan ini generasi kini tidak akan merasai kesengsaraan generasi lampau menentang penjajah. Mereka datang tanpa diundang dan merampas kedamaian bumi Malaysia yang tercinta. Puluhan tahun, membina kekuatan dalaman agar bangsa kita maju dan berdaulat. Malaysia telah merdeka 46 tahun.

Di pagi 31 Ogos nanti aku akan hanya merenung kehijauan sawah yang terbentang dan siulan burung-burung yang bebas berterbangan. Kedamaian dan kesegaran udara di TK wajar dipertahankan. Semestinya penjajahan bentuk baru akan terus menyelusuri segala ceruk. Hanya dengan jiwa yang merdeka mampu menangkis segala halangan.

Salam Merdeka Malaysia!

Friday, August 29, 2003

The Viagra Myth

Manusia akan berubah, lebih-lebih lagi kalau perubahan itu sesuatu yang memberi keuntungan kepadanya. Kehidupan masa lalu adalah igauan semalam. Sebanyak mana pun kita berusaha kalau ditakdirkan perkara itu terjadi ianya akan terjadi juga. Terbaca dalam akhbar tentang viagra punca keruntuhan rumah tangga. Penyelesaian kepada sesuatu masalah biasanya akan mengundang masalah baru. Kalau dahulu daya pecutan hanyalah tahap kuasa 1.3 sekarang bila dah dapat V6 mestilah lain. Mestilah pemanduan lebih lancar dan lebih bergaya. Tidak lagi tersengguk-sengguk.

Morgentaler penulis buku "The Viagra Myth" mempersalahkan pil biru tersebut sebagai punca keruntuhan rumah tangga dan masalah lain dalam hubungan lelaki wanita. Bila keupayaan mereka dalam hal tersebut telah pulih, mereka tidak akan lagi tertarik dengan isteri atau kekasih masing-masing. Viagra yang dikeluarkan oleh Pfitzer mula dijual di Amerika pada Januari 1998 dan disifatkan sebagai satu revolusi kerana membolehkan masalah mati pucuk dibincangkan secara terbuka.

Macam habis madu sepah di buang. Tapi itulah kenyataan dalam hidup ini. Manusia akan mengambil peluang yang ada di depan mata. Tanpa bersandarkan pada kenangan. Mereka tidak akan memikirkan lagi betapa setianya pasangannya selama ini mengharungi masalah hidup mereka bersama. Bila hidup telah dikuasai oleh nafsu, mereka akan meninggalkan segalanya sebagai takdir atau ketentuan.

Tidak, mereka tidak kejam cuma mereka punya pilihan dalam menetapkan arah hidup mereka.

Warisan

Disini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Disini tersemai cita cita
Bercambah menjadi warisan

Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Kemana harusku bawakan
Kemana harusku semaikan cinta ini

Betapa
Dibumi ini ku melangkah
Ke utara selatan timur dan barat
Ku jejaki

Aku
Bukanlah seorang perwira
Gagah menjunjung senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini

Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Aku lah penyambung warisan

Sudirman (Syed Haron Ahmad)

Lagu ini memang best. Sayu dan menaikkan semangat bila dengar ketika memandu. Tapi jarang amat dengar di radio. Nanti nak cari balik kaset Sudirman kalau masih ada dalam simpanan.

ALAHAI

"Kata sayang janganlah buat macam tu."

"Alah sikit jer bukan buat apa-apapun. Tak sakitkan kau kan?"

"Hish tak eloklah macamni nanti tuhan marah."

"Alah bukan selalu, lagipun ramai yang buat camni, tengok kat sana tu pun ada."

"Tak boleh tak reti bahasalah dia ni."

"Hehehee nak buat jugak."

Kata sayangkan negara tapi conteng sana-sini, vandalisme, kotorkan tandas awam, buang sampah merata-rata. Menyusahkan orang nak gunakan kemudahan awam. Pondok telefon pun dibakar, selalunya yang ada pun tak boleh digunakan.

Thursday, August 28, 2003

BERSYUKUR

"Kalau telah berusaha keras maka kita perlu bersyukur sajalah selepas itu atas apa yang kita perolehi. Mungkin hari ini saya menangis tapi hanya sehari sahajalah, esok saya mula bekerja keras untuk meneruskan hidup." Ucapan kesyukuran sentiasa meniti di bibir doktor gigi ini, Rebecca Tiew (Potret Kejayaan, TV3). Beliau menjadikan makan roti berkulat kerana tidak mahu membelanjakan wang demi keinginannya untuk berjaya dalam pengajiannya. Beliau juga tidak mahu terusan hidup dibelenggu kemiskinan. Orang bukan Islam juga tahu erti bersyukur. Berkeluh-kesah tidak akan membawa kita kemana-mana.

Bersyukur dengan apa yang diperolehi. Dikurniakan kesihatan yang baik, keluarga yang bahagia dan kerjaya. Adalah nikmat yang tidak terperi. Aku perlu menjalani hidup ini seperti biasa. Lautan tanpa batu karang tidak akan dapat menghasilkan corak ombak terindah. Begitu juga dalam kehidupan ini banyak ujian yang perlu kita tempuhi.

Semalam ke IOI Mall Puchong, melihat saki- baki mega sale di sana. Tak banyak pilihan sangat dari segi pakaian. Tapi tetaplah "terbeli" beberapa helai baju. Makan di Kenny Rogers bersama Wan. Selepas bersolat maghrib balik semula ke Cyberjaya. Entah apa yang aku fikirkan. Semasa di mesin autopay tu tempat tiket dengan tempat masukkan duit pun buat aku confius. Nasib baik takde orang memandang. Rasa macam kampung sangat . Entahlah otak tak selari dengan tindakan begitulah agaknya.

Berbual di telefon dengan seorang kawan. Mendapat sesi kaunseling selama hampir 2 jam. Naik panas HP aku dibuatnya. Dia mahu aku menjadi seorang opportunist dan assertive . Meneroka kehidupan ini dan melihat sesuatu disebalik kejadian. Apa yang kita buat dan nilai semula kesannya. Bersikap matang dalam membuat keputusan dan jangan biarkan orang memperlekehkan kita. Kalau tidak dapat sesuatu jangan mengambil masa yang terlalu lama bersedih. Hidup perlu diteruskan dan jangan memandang masa lampau terlalu lama. Walaupun kenangan tetap wujud. Bina kekuatan dari kegagalan. Senang jer dia cakap, tapi banyak juga kebenarannya.

VM dah pandai menyanyi, merdu sekali suaranya. Hari ini aku melihat kehidupan ini dengan pandangan yang baru, semangat baru. Terlalu letih untuk memikirkan barang yang lepas.

Wednesday, August 27, 2003

DOA BUAT ADIK MOHD. FIKRI AMINUDDIN

Sayu sekali bila menatap wajah adik Mohd. Fikri, 4 tahun satu-satunya zuriat yang terselamat dalam kemalangan jalanraya yang mengorbankan seluruh ahli keluarganya. Ibu, ayah dan 3 adik-beradiknya yang lain terkorban dalam kemalangan ngeri di KM 36 Jalan KL-Ipoh, di Serendah Selangor. Keseluruhan yang terkorban daripada tragedi itu berjumlah 12 orang manakala 6 yang lain cedera. Kemalangan ini melibatkan 3 buah kereta, sebuah van dan sebuah lori tangki. Keluarga Mohd. Fikri adalah korban kegelojohan sesetengah pemandu yang tidak mementingkan nyawa lantaran sikap sabar pemandu yang amat tipis. Tidak menggunakan akal dan terlalu biadap semasa memandu.

Sikap tidak sabar pemandu Proton Wira yang dipandu oleh pemuda 21 tahun telah mengakibatkan 12 nyawa melayang. Kereta wira tersebut tidak sempat memotong halangan terakhir sebuah kereta Waja, setelah memotong van dan kereta Satria yang dipandu oleh ayah Mohd Fikri. Kita sedia maklum yang kereta seperti itu sukar sekali untuk membuat pecutan ketika memotong lebih-lebih lagi dalam keadaan jalan 2 hala . Akhirnya lori tangki telah melanggar proton Wira dan pelanggaran tersebut mengakibatkan sistem break lori tangki tersebut tidak berfungsi. Lori tangki tidak dapat dikawal dan berpusing kearah kanan jalanraya, terbalik serta melayang lalu menghempap Proton Satria dan Van.

Semasa memandu, walaupun kita berhemah tetaplah sukar menjangkakan reaksi pemanduan pemandu lain. Kita mungkin telah berhati-hati ketika memandu. Tetapi kemalangan seringkali terjadi disebabkan oleh pemandu lain walaupun kita amat berhati-hati. Ketidaksabaran pemandu lain boleh mengakibatkan nyawa kita melayang. Keluarga Mohd Fikri adalah contoh terbaik bagi menggambarkan situasi ini. Selalunya bila kita memandu, kita amat berhati-hati terutamanya bila orang yang kita sayangi juga turut berada di dalam kereta yang kita pandu. Sikap tolak ansur kita ketika memandu mungkin tidak dihargai oleh orang lain. Mereka pasti hanya menunggu peluang untuk memotong. Biarlah lambat seminit dari sesal seumur hidup. Mungkin sikap gelojoh kita ketika memandu menjadi punca orang lain kehilangan ayah, ibu dan orang-orang yang mereka sayangi seperti apa yang terjadi kepada keluarga Mohd Fikri.

Saya juga sering berulang-alik ke Melaka atau menghadiri mesyuarat di tempat-tempat lain. Bayangkan saya pasti tertidur dalam setiap perjalanan dan membiarkan pemandu memandu tanpa melayannya berbual sepanjang perjalanan. Keletihan selepas bermesyuarat menjadikan saya tidak ingat apa-apa lagi. Kereta yang dipandu laju dan sudah pasti ia mendedahkan saya kepada bahaya. Seperti Mohd Fikri saya juga mempunyai keluarga yang amat memerlukan saya. Bezanya saya telah menjalani hidup ini selama hampir 31 tahun. Mohd Fikri baru berusia 4 tahun dan menjadi anak yatim piatu.

AL-Fatihah untuk keluarga Mohd Fikri dan mangsa-mangsa lain. Saya kehilangan kata, ujian Allah terhadap adik Mohd Fikri begitu hebat . Saya merasakan diri ini begitu kerdil di sisiNya.


Kau Yang Satu

Kaulah yang Maha Esa
Kaulah yang Maha Pengasih
Kaulah yang Maha Penyayang
Tiada hidup tanpaMU

Kaulah yang Maha Agung
Kaulah yang Maha Mengetahui
Tuhan dunia akhirat
Tiada aku tanpaMu

Bilaku rasa pilu, bilaku rasa resah
Bilaku kekosongan
Kau tempatku mengadu
Oh tuhan yang Satu

Segala puji-pujianku tujukan padaMu
PadaMu
Dan hidup dan matiku hanyalah
UntukMu ... UntukMu ... UntukMU



Tuesday, August 26, 2003

BILA CINTA MATI

Kesunyiaan boleh membunuh. Maka manusia mula menyebukkan diri dengan pelbagai aktiviti. Bila tak tahu nak buat apa maka adalah orang yang sanggup merakam aktiviti mereka yang melampau di mata orang lain. Mungkin mereka dah tak tahu nak buat apa ketika itu. Aku tak salahkan mereka, itu kehidupan mereka. Kalau malu nanti boleh berhijrah ke luar negara biar semua benda di sini reda dulu.

Tapi bila sunyi aku tak tahu nak buat apa. Aku buat kerja, kerja buat aku pun ada. Eh camner tu yer? Aku pergi ke ofis dan buat apa yang patut. Tunjuk rajin? Bukan, tapi aku buat apa-apa yang patut supaya hari-hari yang lain boleh aku melepak sakan. Hahhaaaa tinggal maintain jer sebab semua benda dah siap awal. Aku tak boleh buat benda yang melampau. Takut dosa satu hal. Aku ada mak bapak yang amat mempercayai aku. Nanti saper yang malu? Mereka dan keluarga mereka jugak. Tapi bila orang buat dosa mereka tak ingat mak bapak. Selepas tu baru terfikir mereka ada keluarga dan mak bapak.

Baca kisah "Duri Dalam Daging" Berita Minggu. Macam jadi pesaing DCCK pulak. Tetapi tetap menarik, kisah hidup orang lain boleh dijadikan pengajaran. Sudah terlalu kerap dengar bila sesuatu kesalahan itu telah dilakukan barulah timbul penyesalan. Baca ketabahan wanita bernama "Hidayah" dan rasa nak sepak muka suaminya yang telah mempersiakan isteri sebaik itu. Bila telah kehilangan baru timbul penyesalan. Ada orang sanggup mengorbankan kebahagian sendiri untuk kegembiraan hidup orang lain. Berbaloi ker begitu? Itulah harga yang patut dibayar dalam perkongsian hidup. Walau sesetengah benda hanya untuk kebahagian sebelah pihak. Kebahagian yang tidak mahu dikongsi. Bila cinta mati, baru tersedar dan hilang punca.

Hidup yang sunyi. Sunyi atau lebih tepat kesunyiaan. Atau keseorangan, aku kehilangan perbendaharaan kata yang tepat. Atau bosan yang melantun-lantun. Aku cuba meng"adjust" kehidupan aku semula. Perit juga rasanya dan nak "kiok" pun ada. Tapi sebenarnya aku bersyukur juga. Tak perlulah sampai dah beranak pinak kemudian baru realized tak sesuai ker atau tak compatible ker etc. Biar sakit sekarang jangan sakit kemudian hari. Berenang-renang ke muara, hati-hati dilambung ombak.

Deria cinta aku dah mati. Itu yang aku mula rasakan. Atau baru tersedar rasa cinta itu telah lama mati. Aku tidak boleh mengasihi orang seperti dulu lagi. Aku mula mementingkan diri. Segalanya perlu aku nilai bahawa ia menguntungkan aku atau tidak. Menjadi begitu berkira bila tiba soal perasaan. Jadi takut untuk mendekati orang. Takut bila tidak mampu menahan gelora rasa. Takut untuk berkata tidak. Takut memberi dan menerima pengharapan orang. Sakit bila tidak dipedulikan adalah kesakitan yang lebih sakit dari ditinggalkan.

Jadi aku mengambil keputusan nekad untuk hidup sendiri. Hinggalah suatu ketika di mana hati aku mula terbuka kembali menerima cinta. Walaupun ketika itu yang tinggal hanyalah sisa!


Monday, August 25, 2003

ZURIAT

Perkahwinan selalu dikaitkan untuk mendapatkan zuriat penyambung keturunan. Tapi tidak semuanya berakhir begitu. Ada juga yang berkahwin tapi rezeki untuk dapat anak lambat. Kehidupan yang sibuk membuatkan ada kawan aku buat statement "sibuk sangat lah Mal sampai nak buat anak pun tak sempat". Aku gelakkan sahaja dan selalu teringat pesanan mak. "Kalau kahwin lambat nanti anak-anak kau kecik lagi, kau dah pencen."

Aku tahu itu, anak penyambung zuriat. Bila aku nonton rancangan Nona yang membincangkan soal anak yang tidak mahu menjaga kebajikan ibu bapa. Aku terfikir sendiri. Kalau ada anak pun macam itu. Lebih baik aku sendiri. Perkahwinan adalah "perjudian" kita tak tahu apa yang akan kita lalui sehinggalah kita melaluinya. Terletak pada bagaimana kita mengendalikan bahtera. Kalau layar patah tak akan ke mana, akhirnya karam dilautan.

Kawan aku yang satu lagi, suaminya tak nak anak. Dia melalui pengalaman yang pahit bila di dera oleh ayahnya yang kaki botol. Dia fobia dan benci dengan budak kecil. Dia merasakan bila dia tak suka budak kecil dan mempunyai anak, jadi dia tak mahu anak hadir dalam hidupnya. Dia rasakan itu tidak adil bagi si anak, bila ayahnya sendiri tidak mahukan dia wujud di dunia ini. Si isteri pula terlalu inginkan anak. Jadi apakah maksud perkahwinan mereka? Aku keliru juga kenapa mereka berkahwin pada awalnya. Berita terbaru yang aku terima dia dalam proses untuk bercerai. Kadangkala aku rasa dia ni dah hilang akal juga.

Mak cik aku kahwin di usia akhir 30 an. Suaminya telah berumur 49 tahun ketika itu. Mak cik aku pula ada ketumbuhan di rahim yang membuatkan dia tak boleh mengandungkan anak sendiri. Mereka mengambil anak angkat pada satu keluarga di Melaka. Tak pasti bagaimana mereka dapatkan anak dari pasangan yang tidak mampu dan mempunyai anak yang ramai itu. Mereka telah "menempah" bayi tersebut pada awal kandungan lagi. Membiayai segala kos rawatan dan bil sehinggalah anak itu dilahirkan. Apa yang aku tahu mereka juga membayar saguhati yang agak tinggi untuk mendapatkan bayi tersebut pada keluarga asalnya. Kini budak perempuan itu telah memasuki alam persekolahan. Paling mengejutkan wajahnya saling tak tumpah macam muka mak cik aku.

Bila pihak berkuasa dapat menggagalkan cubaaan menyeludup 2 bayi yang disembunyikan dalam tong ikan. Kita dapat agak memang telah ada permintaan yang tinggi untuk mendapatkan anak angkat bagi pasangan yang tidak dikurniakan zuriat. Tapi kita tidak mahu, anak yang diambil tidak diketahui asal usulnya. Memanglah bayi itu umpama kain putih dan ibu bapalah yang akan mencorakkanya.

Sekarang ini telah menjadi trend orang bujang mengambil anak angkat. Lelaki juga tidak terkecuali. Lelaki bujang membela anak angkat tidak mengejutkan. Perempuan bujang juga sudah biasa membela anak angkat. Tapi bagi pasangan g*y, itu agak sukar diterima. Seorang anak membesar dalam keadaan yang keliru. Dua orang ayah dalam hidupnya. Ada sesuatu yang tidak betul sedari awal. Persekitaran tersebut tidak sihat untuk perkembangan emosi si anak. Tidak tahu pula siapa yang membenarkan perkara tersebut berlaku. Mungkin pasangan tersebut mampu memberikan pendidikan yang baik dan ilmu yang secukupnya. Bila anak tersebut membesar dia akan mengetahui juga perkara sebenar. Bagaimana dia akan menghadapi masyarakat yang sentiasa memandang serong? Ini akan memberi tekanan kepada si anak. Anak tersebut memang comel dan tidak tahu apa. Umpama kain putih hanya masa yang akan menentukan corak kehidupan yang bagaimana bakal menantinya. Tetapi kalau itulah kehidupan yang dipilih kita hanya mendoakan setiap anak mampu menjadi insan yang bertanggungjawab terhadap dirinya dan mereka yang ada disekelilingnya.

Sunday, August 24, 2003

EDISI CUT & PASTE

Minggu ini para pembaca akan dibawa menghayati erti kasih sayang kepada orang tua kita. Selagi mereka masih hidup, jagalah mereka dengan baik. Ingatlah jangan sesekali derhaka kepada mereka.

PINGGAN UNTUK AYAH

Kasihnya ibu... membawa ke syurga.. kasihnya ayah.. sanggupkah berpisah... kasihnya saudara masa berada

SEORANG lelaki tua yang baru kematian isteri tinggal bersama anaknya,Arwan dan menantu perempuannya, Rina, serta anak pasangan itu, Viva yang baru berusia enam tahun. Keadaan lelaki tua itu agak uzur,jari-jemarinya sentiasa menggeletar dan pandangan pula semakin hari semakin kabur. Malam pertama berpindah ke rumah anaknya, mereka makan malam bersama. Lelaki tua merasa kurang selesa menikmati hidangan di meja makan. Dia merasa amat canggung menggunakan sudu dan garpu. Selama ini dia gemar bersila, tapi di rumah anaknya dia tiada pilihan. Cukup sukar dirasakannya, sehingga makanan bersepah tanpa dapat dikawal. Bukan dia tidak merasa malu berkeadaan begitu di depan anak menantu, tetapi dia gagal menahannya. Lantaran kerap benar dijeling menantu, seleranya patah. Dan tatkala dia mencapai gelas minuman, pegangannya terlucut. Prannnnngggggg ... !! Bertaburan kaca di lantai. Lelaki tua serba salah.

Dia bangun,cuba mengutip serpihan gelas itu, tapi Arwan melarangnya.Rina masam mencuka. Viva pula kesian melihat datuknya, tapi dia hanya melihat, kemudian makan semula. "Esok ayah tak boleh makan bersama kita," Viva mendengar ibunya berkata pada ayah, sebaik datuk menghilangkan diri ke dalam bilik. Arwan hanya membisu. Namun sempat anak kecil itu merenung tajam ke dalam mata Arwan. Sebagai memenuhi tuntutan Rina, Arwan membeli sebuah meja kecil yang rendah, lalu diletakkan di suatu sudut bilik makan. Di situlah ayahnya menikmati hidangan bersendirian, sambil anak menantu makan di meja berhampiran.

Viva pula dihalang apabila dia merengek mahu makan bersama datuknya. Airmata lelaki tua meleleh mengenang nasibnya diperlakukan begitu. Ketikaitu dia teringat kampung halaman yang ditinggalkan. Dia terkenang arwah isterinya. Lalu perlahan-lahan dia berbisik: "Miah... buruk benar layanan anak kita pada abang." Sejak itu, lelaki tua merasa tidak selesa tinggal di situ. Hari-hari dia diherdik kerana menumpahkan sisa makanan.

Dia diperlakukan seperti hamba. Pernah dia terfikir untuk lari dari situ, tetapi mengenangkan cucunya, dia menahan diri. Dia tidak mahu melukakan hati cucunya. Biarlah dia menahan diri dikelar dan dicalar anak menantu. Suatu malam, Viva terperanjat melihat datuknya makan menggunakan pinggan kayu, begitu juga gelas minuman yang diperbuat daripada buluh. Dia cuba mengingat-ingat, di manakah dia pernah melihat pinggan seperti itu. "Oh! Ya..." bisiknya. Viva teringat, semasa berkunjung ke rumah sahabat papanya dia melihat tuan rumah itu memberi makan kucing-kucing mereka menggunakan pinggan yang sama. "Taklah pecah lagi, kalau tak, nanti habis pinggan mangkuk mama," kata Rina apabila anaknya bertanya. Masa terus berlalu. Walaupun makanan berselerak setiap kali waktu makan, tiada lagi pinggan atau gelas yang pecah. Apabila Viva merenung datuknya yang sedang menyuap makanan, kedua-duanya hanya berbalas senyum. Seminggu kemudian, sewaktu pulang dari bekerja, Arwan dan Rina terperanjat melihat anak mereka sedang bermain dengan kepingan-kepingan kayu. Viva seperti sedang membuat sesuatu. Ada penukul, gergaji dan pisau di sisinya. "Eh, apa sayang buat ni?
Berbahaya main benda-benda ni," kata Arwan menegur manja anaknya. Dia sedikit hairan bagaimana anaknya dapat mengeluarkan peralatan itu, sedang ia disimpan di dalam stor. "Nak buat pinggan, mangkuk dan gelas untuk ayah dan emak. Bila Viva besar nanti, taklah susah cari. Kesian ayah, terpaksa ke bandar beli pinggan atuk," kata Viva. Gamam mendengar jawapan anaknya, Arwan terkedu. Perasaan Rina terusik. Kelopak mata kedua-duanya bergenang. Jawapan Viva menusuk, seluruh tangkai jantung dirasa seperti dihiris sembilu. Mereka benar-benar rasa bersalah! Malam itu Arwan memimpin tangan ayahnya ke meja makan. Rina menyenduk nasi dan menuang minuman ke dalam gelas. Nasi yang tumpah tidak dihiraukan. Viva beberapa kali memandang ibunya, kemudian ayah dan akhir sekali wajah datuknya. Dia tidak bertanya, cuma tersenyum selalu bagi menyatakan rasa seronok duduk bersebelahan datuknya di meja makan. Lelaki tua itu juga tidak tahu kenapa anak menantunya tiba-tiba berubah. "Esok Viva buang pinggan kayu tu, nak buat apa?" kata Viva pada ayahnya selepas makan. Arwan hanya mengangguk, tetapi dadanya terus sebak. huhuhuhuhuhuhuhuhu

MORAL OF THE STORY: Hargailah kasih sayang kedua orang tua kita.....Ibubapa kita hanya satu, perginya tidak akan ada pengganti...jadi, berbaktilah kepada mereka selagi hayat dikandung badan!



Nota : Seorang pembaca menghantar email yang menarik ini. Penulis sebenar tidak diketahui.


Saturday, August 23, 2003

YANA, MAK DAN ABAH

Semalam petang ambil time-off dan bergegas ke TK selepas sembahyang Jumaat. Sampai di TK pukul 6.00 petang, cadang nak gunting rambut tapi kedai rambut favourite aku tutup. Jadi rambut aku tetaplah nampak panjang sedikit, baru terperasan. Lepas maghrib bertolak semula ke Cyberjaya. Dalam perjalanan singah di kedai minum teh. Mak aku tak mahu lah pulak turun sebab dia kata Cyberjaya tu jauh lagi. Jadi minum berdua jer dengan abah. Tengah sedap-sedap minum abah suruh bungkus makanan yang dia pesan dengan kopi yang dah setengah diminum. Confius betul aku, rupanya dia takut mak aku duduk keseorangan dalam kereta. Gelak aku dalam hati, takut mak aku merajuk kot kalau kami sembang lama-lama.

Sampai di Cyberjaya, suara VM dah serak-serak basah lapar kot. VM dapat sangkar baru dan diorang confius sedikit dengan rumah baru tu. Diam jer lepas tu, terkejut kot dan bila dia bertenggek muka nampak tension jerr. Tadi pagi pukul 4.30 seperti biasa diorang melalak tak ingat dunia. Pukul 7.00 bertolak ke Pan Pac, KLIA. Ambil Yana di kolej, Yana & Ajak berkonvo ambil sijil hari ini. Tahniah, lepas ini kenalah belajar rajin-rajin masa ambil diploma. Aku malas nak berkurung dalam Pan Pac tu dan ambil keputusan balik ke ofis. Aku cuti tapi ada benda aku nak settled.

Masa aku,mak & abah minum di kawasan Salak Tinggi. Adalah seseorang yang ada gaya macam ahli politik tegur kami dengan ramahnya. Tanya dari mana semua dan mesra. Mak Datin tu pun sikit punya ramah tegur itu ini dengan mak aku. Yalah aku tahulah pilihanraya dan dekat. Kalau tak jangan harap ler nak nampak mereka minum di gerai pagi-pagi tu. Sekarang ni dah nampak sangat mereka tengah berkempen secara aman. Tanda-tanda pilihanraya dah hampir benar. Hidup tak perlu berpura-pura, pengundi sekarang bukan macam dulu boleh dibeli dan digula-gulakan. Masyarakat sekarang dah well informed, ledakan maklumat menjadikan dunia ini menjadi begitu kecil. Banyak sumber maklumat yang boleh dikorek dan masing-masing boleh menilai sendiri ikut persepsi masing-masing. Aku tukar tempat mengundi aku dari KL ke TK. Nak bantu kawasan aku dibesarkan pulak. Undi aku mungkin lebih diperlukan di sana.

Friday, August 22, 2003

PERJALANAN TERAKHIR

Kalau di beri peluang nak sahaja aku buat interview eksklusif dengan para pejuang berani mati. Kenapa dia buat keputusan nekad sebegitu? Tiada lagikah cara lain yang boleh dibuat. Yelah memanglah jalan perundingan sudah tertutup rapat atau hanya memenuhi kepentingan sebelah pihak sahaja. Bagi akulah mereka membuat sebegitu disebabkan tak mampu lagi menanggung kekejaman yang maha perit dan tekanan puluhan tahun sepanjang hidupnya. Segalanya dilakukan demi atas nama perjuangan dan apa yang diperjuangkan. Dari membiarkan bangsa diperkotak-katikkan lebih baik membuat sesuatu. Bila pemimpin yang dipilih sudah tidak lagi mampu berbuat apa.

Banyak yang aku fikirkan. Terutamanya saat-saat dia bersiap sedia membalut badan dengan segala bahan letupan itu. Dan perjalanan akhirnya dalam kehidupan ini. Macam hari ini merupakan hari terakhir mereka makan malam bersama keluarga. Kemudian kali terakhir menatap orang-orang yang disayangi isteri, anak-anak dan keluarga. Kemudian melangkah keluar dari rumah dan tahu yang dia tak akan pulang semula. Nauzubillah.

Akhbar melabel mereka sebagai "Penyerang berani mati". Macam apa yang Raed Mesk lakukan di Baitulmaqdis. Lebih 24 orang terbunuh dan lebih 100 tercedera. Kesannya mereka akan tetap main tarik tali walau apa juga yang dilakukan. Konflik di situ telah berlaku terlalu lama. Dari zaman kecil aku dulu hinggalah aku dah besar panjang. Masalah itu tak juga surut, maka seperti semua pintu tertutup. Tapi bila difikirkan banyak manapun pejuang berani mati yang mengorbankan dirinya untuk pembebasan tanahair dan untuk apa juga tujuan. Kesannya hanya sekejap kemudian hilang. Perkara ini juga berlaku di negara-negara lain oleh apa juga bangsa dan agamanya. Namun Islam selalunya dilihat lebih extreme dalam isu ini mainan media mungkin. Walau bagaimana pun banyak persoalan yang timbul. Banyak yang bermain difikiran terhadap kewajaran dan kesannya. Isu ini agak sensitif jadi tak dapatlah nak diulas lebih detail. Mungkin apa yang kita lihat tidak tembus pada apa yang sebenarnya dihadapi oleh mereka, pejuang berani mati itu.


Catatan dari email gengjurnal ini agak menarik dan pernah berkali aku terbaca :

"Jika seseorang hadir dalam hidup kamu dan menjadi sebahagian daripada kamu, tetapi atas sebab tertentu dia terpaksa pergi, jangan terlalu sedih ..
terimalah kenyataan itu dan sekurang-kurangnya dia pernah membahagiakan kamu. Masa akan menentukan segalanya, jika dia ditakdirkan bersama anda, dia akan kembali."


Tapi apa yang paling kita harapkan dalam hidup ini selalunya itulah yang kita tidak akan dapat. Allah akan terus menguji kita, hambanya yang terpilih.


Aku tak mengerti ... apa yang sedang kurasa
Rindu yang tak pernah ... begitu hebatnya
Aku mencintaimu lebih dari yang ku tahu
Meski kau tak akan pernah tahu

Aku persembahkan hidupku untukmu
Telah ... kurelakan hatiku padamu
Namun kau masih bisu diam seribu bahasa
Dan hati kecilku bicara

Baru kusadari cintaku bertepuk sebelah tangan
Kau buat remuk seluruh hatiku ...

Semoga waktu akan mengilhami sisi hatimu yang beku

Semoga akan datang keajaiban hingga akhirnya kaupun mau

Aku mencintaimu lebih dari yang kau tahu
Meski kau tak akan pernah tahu





Thursday, August 21, 2003

TENTANG AKU

Bab Pertama

Debaran pertama dah berakhir Housing loan aku dah approved. S&P dah signed cuma belum dapat dokumen dia. Hari ini aku ke bank tu nak sign offer letter. Bila semua dah complete aku buat pengeluaran KWSP pulak. Teringat bila aku ke satu bank di Putrajaya officer tu macam tak confident jer tengok aku nak beli rumah tu. Siap nak suruh aku carik saudara terdekat sebagai peminjam bersama. Ini amat berbeza sekali dengan bank yang satu ini. Bila aku kata nak buat pinjaman perumahan, terus dia suruh aku isi form tanpa tanya berapa gaji aku pelbagai. Yelah logik ler kalau kita dah buat keputusan nak beli rumah mestilah kita dah timbangkan perkara itu semasak-masaknya. Tak perlulah nak perli-perli ker apakan. Bank yang satu tu tak sampai seminggu loan aku approved. Best sekali aku rasa. Rasa nak ke bank pertama tu dan tunjukkan kat dia. Satu masalah besar dah selesai alhamdulillah.

Bab Kedua

Vince & Marcell (VM) dah boleh terbang. Diorang memang kuat makan. Selang 30 minit mulut diorang terbuka nak makanan. Bayangkan pukul 4.30 pagi diorang dah menjerit-jerit nak makan. Macam kebulur habis padahal aku bagi makanan sikit punya banyak. Marcell bersuara nyaring sekali tapi bila aku suapkan makanan dia tutup mulut pulak. Jadi aku yang tak sabar ni bukak jer mulut dia dan suapkan makanan. Diaorang ni lebih dari bayi, cuma tak perlu beli pampers dan buatkan susu tengah -tengah malam jerr. Sabar jerlah sehingga diorang ni boleh makan sendiri.

Bab Ketiga

Kerja buat masa ni semakin bertambah-tambah. Tapi kebanyakkannya meeting dan buat proposal. Jadi tetaplah banyak masa mengadap komputer. Bila mengadap komputer bolehler berborak dengan kengkawan. Rasa macam tak produktif pulak. Tapi itu lebih baik dari kekeringan idea bila paksa otak bekerja. Dateline tetaplah kena jaga. Setakat ini segalanya ikut perancangan. Pagi-pagi lagi aku dah sampai ke ofis. Sebelum pukul 8.30 biasanya aku dah siapkan mengupdate jurnal. Tapi aku kena sediakan catatannya malam sebelumnya. Pagi bila sampai ofis tinggal taip jer.

Hari Sabtu aku bercuti lagi. Baki cuti setakat hari ini ada 27 hari lagi . Tak tahu nak ke mana atau lebih tepat tak bersemangat nak pergi mana-mana lagi.

Bab Keempat

Rasa rindu dan sakit hati saling bersimpang- siur. Rasa nak menjerit tapi suara tersekat di halkumku. Entah apa-apa perasaan aku ini. Kawan-kawan lihat hidup aku ceria. Yelah nak apa lagi kan. Tapi tetaplah ingin mencari sesuatu yang hilang dalam diri aku. Kalau aku ada kuncinya, mudahlah aku keluar dan bebas. Tapi aku telah kehilangan kuncinya pada suatu hari yang suram itu.

Bab Kelima

Ke Bangi petang semalam. Hajat untuk membeli bekalan makanan Vince & Marcell. Kemudian pergi makan. Terdengar lagu terbaru S.M Salim dan Sheila Majid. Lagu duet "Entahkan Jadi Entahkan Tidak". Lantas ke kedai kaset untuk membelinya. Suka sangat lagu tu dan mainkannya berulang kali sepanjang perjalanan balik ke Cyberjaya. Satu lagi lagu yang aku suka sudah semestinya lagu Siti "Bergending Dang Gong". Penuh nasihat dan sindiran. Begitu indahnya bahasa Melayu. Album ini penuh nilai artistik dan budaya Melayu yang kuat. Lagu-lagu lain tidak berkesempatan untuk mendengarnya lagi.

Entahkan Jadi Entahkan Tidak

Tidak mengira manusia sama saja
Di dalam diam ada hati ingin bercinta
Orang muda menanggung rindu
Orang lama menanggung ragam
Carilah, pilihlah yang sepadan

Jika bercinta jangan hanya ikut rasa
Guna akal guna fikiran berwaspadalah
Sesal dahulu pendapatan
Kemudian tidak berguna
Terlajak tindakan merana

Mata bertentangan mata
Bak minyak disambar api
Janganlah asyik bercinta
Semua kerja tak jadi
Seperkara usah lupa
Memohonlah izin doa restu
Saudara, ayah, ibu …

Berenang-renang di muara
Hati-hati dilambung ombak
Dah berzaman Asyik bercinta
Entahkan jadi entahkan tidak
Disebut-sebut peribahasa
Habis manis sepah dibuang
Usahlah begitu hendaknya
Terlanjur bercinta berkekalan

Jika tidak salah lagu ini memang lagu asal Sheila dari album Ratu. Bila dilagukan semula untuk projek album ini nampak lebih hidup dan mengesankan.


Wednesday, August 20, 2003

ERTI KASIH

"Kenapa kau buat mama macam ini?"

"Kalau kau tak ada duitkan mama bagi".

" Kenapalah pergi rumah ini, kitakan ada rumah".

" Cakap dengan mama siapa yang ajar kau buat benda-benda ini semua?".

Si anak pulak tengah "high" masuk telinga kiri atau tak tahu apa-apa. "Stone" semacam sepanjang rakamam 999 oleh TV* itu. Si ibu pengsan mengenangkan nasib anak yang menjadi mangsa serbuk putih yang tidak mengenal batas usia dan warna kulit. Usia baru 21 seharusnya dihabiskan menelaah atau sedang bergelumang dengan nota-nota kuliah bukan menjadi hamba pada dadah. Tangkapan yang dijalankan di KS itu berhampiran benar dengan TK. Aku amat berharap mereka dapat memberkas pengedar atau dalangnya.

Semua ibu mengharapkan yang terbaik untuk anak-anak mereka. Kalau diikutkan dari dialog di atas si ibu sanggup memberikan apa sahaja demi kesenangan untuk si anak. Tapi bila terlalu di manjakan, si anak tidak menghargai pengorbanan orang tua. Tersilap pilih kawan hidup merana.

Seharusnya semua ahli keluarga saling mengambil peduli. Kesan keganjilan yang berlaku sedari awal. Ibu bapa perlu tegas jangan disebabkan sayang semua apa yang diminta diberikan. Anak perlu diajar erti kesusahan supaya mereka menghargai hidup. Semangat untuk menentang yang kuat perlu ada dalam diri. Supaya kita tidak mudah terpengaruh dengan ancaman yang bakal diserakkan di sepanjang kehidupan kita.

Ibubapa tidak mampu mengawal kegiatan hidup anak selamanya. Mereka juga perlu keluar mencari rezeki. Ada anak yang begitu baik perangainya bila berada di rumah. Hinggakan kegitan yang dilakukan sudah berada di tahap kritikal contohnya apa yang di paparkan pada kisah di atas. Mungkin semua ini bermula dengan merokok, kemudian balik lewat malam, minta duit beli itu ini dan akhirnya apa yang tidak disangka berlaku.

Kita masih lagi belum merdeka dari penjajahan bentuk baru ini. Kesannya lebih sakit dan tiada apa yang dapat dilakukan jika diri sendiri tidak mahu melepaskan dari penaklukan serbuk putih ini. Aku hanya pemerhati yang hanya mampu mencatatkan segalanya. Mengenangkan nasib bangsaku yang begitu banyak diuji. Aku sendiri ada 7 orang anak buah yang masih kecil berusia 2 - 9 tahun. Moga Allah melindungi mereka semua dari gejala ini.


DRAMA DJW

TANDA-TANDA AWAL REMAJA MULA KETAGIH

1. Sering mengurungkan diri

"Syam buat apa kat dalam bilik tu? Marilah turun nonton AF final ni. Abang tengoklah anak kita tu bang, asal balik rumah jer masuk bilik tak keluar-keluar."

"Hishh abang dengar tak ni? Mmm mata terjojol jer tengok Nija perform mana kan nak dengar kita cakap."

2. Pendiam

"Mak naper abang Syam tu sejak akhir-akhir ni diam jerr macam ada problem?"

3. Kerap meminjam wang daripada rakan-rakan Ataupun ibu bapa

" Mak mintak sepuluh ringgit, Syam nak beli something lerr"

"Semalamkan Mak dah bagi sepuluh, hari ni mintak lagi, Syam ingat Mak ni keje cop duit ker Syam?"

"Tak kira Syam nak jugak sepuluh ringgit ni lekaslah Mak, Syam dah lambat ni". Gesa Syam sambil menjegilkan mata kepada ibunya.

4. Berubah sikap secara mendadak

"Apa tengok-tengok ada hutang ker?"

"Apa hal lu brader?".

5. Diri tampak keletihan dan tidak bermaya

"Tolong gi kedai Syam beli belacan"

"Ala Mak ni asal nampak Syam jer suruh itu ini, suruhlah adik tu. Syam letih lak mak nak tidur"

"Tulah keje ko Syam membuta jer siang malam".

6. Selalu ponteng sekolah

"Puan Zie, anak awak dah seminggu tak datang sekolah. Dia sakit ker?

"Eh tapi Cikgu, tiap pagi dia keluar ke sekolah dan stayback, balik lewat petang katanya ada kelas tambahan. Kadang-kadang keluar buat study group malam baru balik".

7. Tidak mengikut jadual harian ketika di rumah ataupun di sekolah secara tiba-tiba.

"Tengok ni Mak beg sekolah abang Syam ni ada rokok dan mancis jerr, buku entak dia letak kat mana"

"Yelah Ani, abang Syam ko ni dah lain benar dah sekarang. Dulu tiap pagi dia buang sampah tu semua sekarang ni, semua benda dia lupa".

8. Mudah marah, tidak seperti biasanya

"Releklah brader gurau sikit pun tak boleh ker, tak rock ler camni. Musykil ler dulu Syam ni pak lawak sekarang ni cam something jer. Skru dia tercabut kot."

9. Mencuri

"Alah bang, cincin 18 karat I hilang bang".

"Tulah awak letak barang kemas bawah tilam. Tu duit awak yang dalam bantal tu letaklah tempat elok sikit dalam bank ker. Karang hilang tuduh abang plak".

10. Kehilangan minat untuk melakukan aktiviti yang selalu dilakukan sebelum ini.

"Syam jom gi surau dah nak maghrib ni".

"Abah pergilah sorang, Syam tak sedap badan ler".

11. Perubahan tabiat makan dan tidur

"Syam nasi dah sejuk ni marilah turun makan".

"Syam takde seleralah mak, mak makanlah dulu".

"Apa sajer yang dibuatnya dalam bilik tu, membuta jerlah tu.

12. Semakin berahsia.

"Abah tengok Syam macam ada problem jer, cakaplah apa masalahnya?"

"Takde apalah Abah, Syam ok apa".

"Abah tengok Syam bercampur dengan budak-budak tak senonoh tu. Ingat Syam jangan buat benda tak betul."

"Hishhh abah ni ke situ plak."

Iklan :

Jadi apabila mendapati ada antara anak-anak, adik beradik yang mula bersikap begini, kita perlu selidiki dengan lebih mendalam. Kita perlu bertindak dengan cepat untuk menyelamatkannya.


Nota :

Apa ubat rindu? Tidur... jawab A. Gedebuk kan dah kena sebijik. Memain plak tang camni.


Tuesday, August 19, 2003

YANG MEMBARAH DI DADA

Hari Ahad lepas baru aku tahu Kak Long pernah membuat pembedahan barah buah dada. Alhamdulillah peristiwa itu berlaku semasa di baru berkahwin masa bekerja di ISIS. Sekarang Kak Long telah berpindah ke Kuantan dan menjadi guru di sebuah sekolah di sana. Seorang guru yang paling garang seperti mana tegasnya dia mengawal kami adik beradik masa kami kecil. Hasilnya aku dan Man tak merokok dan bolehlah dikatakan menjadi orang juga. Terasa lagi dulu dia suka cubit dan bila kami dah besar bekas cubitan itulah yang banyak menyedarkan kami. Bila dah tua-tua ni kami saling bertanya khabar dan dia seperti selalu monitor setiap apa yang kami buat. Soalan maut dari dia, "Bilalah mak ni nak dapat menantu perempuan yer?". Mak aku hanya tersenyum. Aku pandang mak dan pura-pura tanya soalan lain. Nak cover beb. Abang Fendi lagi sempoi dia tak larat nak tanya hal-hal peribadi aku. Dia lagi pendiam dari aku.

So aku tanyalah dengan Kak Long tentang kanser tu. Kebetulan hari ini aku pun ber YM dengan seorang sahabat yang baru pergi ke seminar tentang kanser. Barulah aku tahu lelaki pun boleh di serang kanser buah dada. Macam tak percaya pulak benda tu pun boleh menyerang kaum lelaki yang sudah pasti bentuk fizikalnya amat berbeza sekali. Kanser buah dada dikalangan lelaki jarang diperkatakan kerana sukar untuk mendapatkan fakta serta bukti yang jelas. Ada satu sitcom di TV3 yang pernah di lakonkan oleh watak Sam memperkatakan isu ini.

Menurut kajian yang dilakukan di AS, daripada 100 kes yang melibatkan kanser buah dada hanya satu kes asahaja yang membabitkan golongan lelaki. Iaitu lebih kurang 0.2%. Ini bermakna golongan lelaki sukar untuk diserang kanser buah dada dan mereka sering mengabaikannya sedangkan ini tidak bermakna mereka boleh terlepas.

Di dalam tubuh lelaki juga terdapat tisu-tisu pada buah dada yang bertindakbalas dengan hormon stimulasi. Pembesaran buah dada dikalangan lelaki bergantung kepada pertumbuhan duktus dan tisu-tisu sokongan yang dikenali sebagai gynecomastia.

Jenis kanser buah dada yang sering menyerang lelaki adalah sama dengan jenis kanser yang menyerang perempuan. Biasanya kanser jenis Carcinomas merangkumi kira-kira 73%. Bagaimanapun adakalanya kanser jenis Sarcomas turut menyerang lelaki tetapi ianya agak jarang berlaku.

Simptom-simpton kanser buah dada mula menyerang ialah wujudnya ketulan-ketulan yang menyakitkan pada buah dada. Tanda-tanda ini akan dirasai sendiri oleh pesakit. Dan ia adalah tanda-tanda umum atau tanda-tanda biasa. Ketulan-ketulan ini akan wujud di bahagian areola iaitu tempat tisu-tisu buah dada berkumpul. Sesetengah lelaki yang mengidap kanser ini akan menunjukkan aksil nodus limpa yang ketara. Ketumbuhan pada buah dada lelaki yang biasanya tidak terlalu besar . Hanya 51% menunjukkan ketumbuhan tersebut mencecah 3 sentimeter.

Kaedah diagnosis yang digunakan sama dengan kaedah diagnosis yang digunakan pada perempuan. Iaitu meliputi kaedah penerangan, pemeriksaan fizikal, mammography dan thermography. Nyatanya rawatan awal yang diterima berkemungkinan besar dapat membantu seseorang pesakit mengawal kanser yang dihadapi daripada terus merebak.

Kita lihat pula antara faktor yang mempengaruhi kanser buah dada :-

a. Hormon
Kadar metabolisme hormon dan sistem perkumuhan yang kurang sempurna dikalangan lelaki turut menyumbang kepada gejala ini. Malah terdapat kajian menunjukkan lelaki yang mengidap barah buah dada yang berkahwin lewat berkemungkinan besar tidak akan memperolehi zuriat.

b. Baka / Keturunan
Sekiranya terdapat salah seseorang daripada ahli keluarga kita yang mengidap barah buah dada ini. Kemungkinan besar saudara terdekatnya akan turut diserang gejala ini.

c. Faktor Sosioekonomi
Lelaki yang mempunyai latar belakang pendidikan yang tinggai atau graduan dan golongan professional seperti pengurus lebih terdedah kepada kanser buah dada ini berbanding mereka yang bekerja di sektor yang memerlukan pergerakan fizikal yang lebih.

d. Umur
Sama seperti wanita, semakin bertambah umur semakin tinggi kemungkinan diserang kanser buah dada ini.

Kurangnya kesedaran dikalangan lelaki mengenai bahaya kanser buah dada menyebabkan mereka sering mangabaikan pentingnya pemeriksaan awal dan bertanggapan kanser ini tidak memudaratkan mereka. Namun jika dilihat faktor utama kaum lelaki diserang kanser ialah disebabkan oleh tabiat merokok. Jadi nasihatkanlah suami, abang, adik lelaki kita supaya membuat pemeriksaan jika terdapat benjolan atau ketulan-ketulan yang agak janggal.










Monday, August 18, 2003

BERGURAU BIARLAH BERTEMPAT

Kalau selalu sangat dapat email yang sebegitu dan melalui email official pulak tu memanglah sudah tidak ada thrillnya lagi. Kadang malu pulak jika dilihat oleh kakitangan yang lain. Imej-imej yang dipaparkan sudah tidak "menggerunkan" lagi. Naluri ingin tahu juga sudah hilang. Tapi tetaplah bahan-bahan seperti itu datang dengan komen-komen yang langsung tidak memberangsangkan. Aku tak tahu apa difikiranmu.

Seperti yang termaktub mengikut Seksyen 211 Akta Multimedia dan Komunikasi 1998, mereka yang melakukan gangguan seksual menerusi internet boleh didenda sehingga RM50,000 atau dipenjara satu tahun atau kedua-duanya sekali. Mengikut akta tersebut , menjadi kesalahan jika seseorang individu menyiarkan kandungan yang dianggap tidak sesuai, lucah, membahayakan bagi tujuan menyakiti atau mengancam orang lain. Gangguan seksual secara bertulis melalui internet juga boleh dianggap gangguan seksual dan ia terangkum dalam takrifan kesalahan mengikut akta ini.

Kod Amalan Cegah & Basmi Gangguan Seksual di Tempat Kerja

Gangguan seksual ditakrif sebagai usikan secara isyarat, lisan, visual, psikologi dan fizikal. Ia terkandung dalam Kod Amalan Untuk Mencegah dan Membasmi Gangguan Seksual di tempat kerja yang dilancarkan oleh Kementerian Sumber Manusia sekitar Ogos 1999. Ia bertujuan memberi panduan praktikal kepada pelbagai pihak khususnya majikan, pekerja, kesatuan sekerja dan pihak berkaitan untuk melindungi maruah pekerja baik lelaki mahupun perempuan.

Mengikut Kod Amalan tersebut gangguan seksual boleh dibahagikan kepada 2 kategori iaitu gangguan seksual berbentuk ugutan yang memberi kesan secara langsung kepada status pekerjaan seseorang dan yang keduanya gangguan seksual berbentuk ancaman terhadap ketenteraman peribadi yang dianggap oleh mangsa sebagai ancaman, ugutan ataupun penghinaan, tetapi tidak mempunyai kaitan secara langsungdengan faedah-faedah pekerjaan.

Kod berkenaan juga telah menggariskan bahawa gangguan seksual boleh berlaku dalam pelbagai bentuk sama ada lisan atau perbuatan seperti kata-kata, komen, gurauan, bunyi, usikan, soalan berbentuk ancaman dan cadangan mengadakan seksual. Sementara melukis gambar lucah, menulis surat berunsur seksual dan mendedahkan bahagian badan yang sulit pula boleh dikategorikan sebagai gangguan dalam bentuk visual. Merujuk kepada gangguan seksual yang dibuat menerusi panggilan telefon, ia antara lain boleh dianggap gangguan secara lisan dan psikologi.

Tidak lama dulu NTV7 ada menyiarkan dalam Edisi Siasat bagaimana orang yang tidak bertanggungjawab menelefon talian 994 untuk tujuan yang jauh tersimpang. Berbual-bual dengan ahli bomba yang keboringan di tengah malam dan membuat panggilan syahwat yang amat menghairahkan. Tapi kalau dua-dua pihak "menghalalkan" atau memberikan respon yang baik benda sebegini tidak "jalan" juga. Mungkin itulah antara salah satu cabaran yang perlu ditanggani oleh ahli bomba jika tiada sebarang panggilan kecemasan yang tulen.

Teringat juga di tempat kerja lama aku dulu . Adalah seorang penolong pengurus, yang selalu bercakap "double meaning" tapi puak pendengarnya suka pulak tu. Mungkin mereka menyampah juga tapi masa tu belum ada lagi Kod Amalan yang dikeluarkan. Jadinya mereka menerima setiap "double meaning" tersebut sebagai satu perkara yang tidak apa dari seorang boss kepada pekerja bawahannya.

Langkah Bijak Jika Diganggu

1.Beritahu mereka yang berada di persekitaran kamu. Supaya mereka dan pengganggu mengambil langkah berjaga-jaga.

2. Jika berlaku di pejabat. Beritahu ketua yang prihatin atau pihak HR.

3. mencatatkan kejadian gangguan seperti bentuk gangguan, tempat, tarikh dan masa. Lebih baik jika dapat mengumpulkan saksi yang boleh membantu sekiranya ingin membuat tuduhan rasmi.

4. Jika kamu dipanggil ke bilik pengganggu pastikan pintu bilik tersebut terbuka. Sebaiknya beritahu kawan yang memahami keadaan tersebut.

5. Sekiranya kamu diganggu di tempat terbuka. Tak reti-reti nak tarik perhatian orang dengan menjerit mengikut aksi tarzan atau menegurnya dengan kuat lagak dia seorang yang tuli.

Jadi sekarang ni kena berhati-hati. Boleh bergurau tapi kena tahu batasannya. Takut gurauan kita itu disalah tafsirkan sebagai gangguan seksual. Lainlah kalau kita memang "kamcing gila" dengan teman sepejabat yang boleh bertolak ansur masa kita membuat lawak aksi terlampau.

Kalau anda semua ada pengalaman yang tersendiri tentang gangguan sebegini silalah berkongsi dengan penulis, mungkin boleh membantu atau memberi pengajaran kepada orang lain. Lelaki atau perempuan zaman sekarang ni tidak terlepas dengan permasalahan ini.

Mungkin ada sesuatu yang menarik tentang anda yang sentiasa menjadi intipan seseorang yang anda tidak sangkakan manalah tahu. Jadi berhati-hatilah yer.


Hujung Minggu

Afiq, Faiq & Anis Aisyah pulang ke TK bersama ayah bonda mereka. Afiq patah tangan sebab terjatuh. Habiskan cuti hujung minggu melayan telatah diorang. Sekarang mereka tak boleh mengadu tidak selesa bila pulang ke kampung. Opel Zafira mereka amat selesa untuk perjalanan jauh. Aku menanti panggilan dari seseorang tapi masih berterusan hampa.

Saturday, August 16, 2003

DIA

1999
Aku cuba mengingati bagaimana kami bertemu. Dia di tahun akhir pengajian peringkat ijazah di U*M. Bakal engineer dan anak manja dalam keluarganya. Dia mendera aku pada pertemuan pertama itu. Memaksa aku untuk menantinya hingga pukul 2 pagi untuk kami berbual di Chatroom. Alasannya kawannya menggunakan talian telefon untuk "berdating". Kami berkirim berita melalui email setelah itu.

Sukar untuk dinyatakan bagaimana dia setuju untuk kami bertemu empat mata di BB. Dia agak takut untuk pertemuan pertama itu. Seharusnya semua orang pun begitu. Kalaulah dia tahu aku pun berdebar-debar. Waktu membataskan segalanya. Setelah tamat pengajian di bekerja di KL. Anehnya kami tidak pernah bertemu lagi. Dia menyambung pengajian peringkat sarjana di universiti yang sama. Kami tidak pernah berkirim berita. Itu bukan salah aku, dan juga bukan salah sesiapa. Mungkin kesibukan masing-masing membuatkan kami kehilangan kata.

Aku masih lagi menyimpan keratan akhbar The Star yang dikirim olehnya. Gambar aku dan Canselor . Aku menyuruhnya membeli akhbar itu yang kehabisan di tempat aku. Dia memotong akhbar itu dengan begitu cantik sekali. Aku menghargai pertolongannya itu.

2003
Entah mimpi apa dia menghubungi aku semula semalam. Sewaktu aku sedang berbicara dengan seorang rakan di YM. Aku tetap mengingati suara itu walau hampir 4 tahun terpisah. Bila aku tanya kenapa sepi tanpa berita? Dia kata tak tahu. Aku pun tiada jawapan untuk soalan itu. Aku benar-benar tergamam bila dia menghubungi aku semula. 4 tahun suatu jarak masa yang panjang kerana banyak kisah manis dan pahit sepanjang tempoh itu. Aku gembira bila mengetahui dia telah bertudung. Manis sekali, wajahnya semakin ayu. Gaya seorang wanita professional yang anggun ( boleh lah join group cik kieli, ceqtie dan syati).

Dia seorang teman lama yang tidak pernah terduga akan menghubungi aku semula.

Friday, August 15, 2003

International Student VS Student Tempatan

Kes pelajar bergaduh di institusi pengajian tinggi tempatan semakin membimbangkan. Terbaru kes di Bukit Beruang yang melibatkan pelajar dari Jordan dan Sudan dengan penduduk tempatan. Habis pecah cermin kereta dan kecederaan fizikal yang teruk. Aku dah perhatikan kes-kes macam ini akan berlaku. Keghairahan mengimport pelajar luar perlukan satu standard khusus yang perlu mencakupi semua pelajar. Peraturan dan pengawasan perlu ketat dan jelas.

Jika kita lihat UIA adalah antara universiti tempatan yang ramai jumlah pelajar asingnya. Tapi jika dilihat UIA mampu menangani permasalahan yang melibatkan pelajar asing ini dengan baik. Universiti tempatan yang lain perlu belajar bagaimana UIA mengendalikan pelajar-pelajar asing ini.

Ada institusi pendidikan tempatan yang melayan pelajar asing dengan karpet merah. Mana tidaknya mereka besar kepala. Tidak boleh ditegur langsung dan mengadu pada pihak atasan jika terasa kita tidak memberikan layanan yang mereka mahukan. Tetapi mereka tidak pula mahu memahami peraturan yang ditetapkan. Mereka ingat datang ke Malaysia ini macam pergi melancong boleh ikut suka hati diorang sahaja. Kalau menuntut ilmu kenalah ikut cara menuntut ilmu.

Ada jurang sikap dan budaya yang besar antara student dari China, Asia Tenggara dan Timur Tengah. Pelajar dari Timur Tengah yang belajar di institusi swasta lebih bersikap besar kepala dan paling sukar diuruskan. Tiap semester datang dengan masalah yang sama dan membuatkan kita jelak seperti orang yang tidak faham bahasa lagaknya. Kalau inilah graduan yang ingin dihasilkan baik tumpukan pada pasaran tempatan atau bahagian sebelah sini sahaja. Atau jika mereka ingin juga belajar di negara kita pihak kedutaan kita di luar negara berkenaan perlu mendapatkan laporan polis samada mereka ini bebas dari sebarang kes keruntuhan akhlak. Mungkin kita perlu berhati-hati hingga ke tahap itu. Kita tidak mahu mengimport pelajar kelas "sampah" untuk memenuhi sasaran Malaysia sebagai gerbang pendidikan antarabangsa.

Senakal-nakal pelajar tempatan mereka tahu batasan. Mereka tetap hormat pihak pentadbiran universiti dan sekurang-kurangnya mereka memahami peraturan yang diadakan. Namun semenjak akhir-akhir ini "kesamsengan" pelajar-pelajar tempatan juga semakin terserlah. Beberapa kes yang dilaporkan di akhbar memberikan satu fenomena baru yang jika tidak dibendung akan merebak dan membuak.

11 Ogos - Seorang pelajar Sekolah menengah Teknik Batu Pahat dibelasah teruk oleh pelajar senior . Buah pinggang kirinya dibuang kerana rosak teruk.

12 Ogos - Seorang pelajar tingkatan lima MRSM Jeli, patah tangan kanan selepas dipercayai dibelasah lima pelajar lain sebab tidak membuang kulit durian yang diarahkan oleh guru mereka.

14 Ogos - Lapan pelajar M*U dari Sudan dan Jordan bergaduh dengan penduduk tempatan di Bukit Beruang dipercayai berpunca daripada perselisihan faham mengenai masalah trafik.

Nampaknya universiti kita masih lagi jauh dari target untuk menjadi pusat ilmu dunia. Kita harapkan pelajar yang memohon masuk ke universiti kita biarlah berkualiti. Suatu hari nanti diharapkan pelajar dari Jepun dan Korea berlumba-lumba memohon belajar di negara kita. Aku hidup lagi ker masa tu yer
Siri Kisah Benar DJW :

Paparan menarik minggu ini ialah pengajaran erti pengorbanan dan kasih sayang yg tidak terhingga.... bukan wang ringgit dan harta benda menjadi ukuran namun naluri, perasaan ingin dan sanggup berkorban serta memikul amanah menjadi agenda paling utama..

KASIH MAMA

Nurse, boleh saya tengok bayi saya?" ibu muda yang baru bersalin itu bersuara antara dengar dan tidak kepada seorang jururawat. Sambil tersenyum jururawat membawakan bayi yang masih merah itu. Si ibu menyambut dengan senyum meleret. Dibuka selimut yang menutup wajah comel itu, diciumnya berkali-kali sebaik bayi tersebut berada dipangkuan. Jururawat kemudian mengalihkan pandangannya ke luar tingkap. Tidak sanggup dia bertentang mata dengan si ibu yang terperanjat melihat bayinya dilahirkan tanpa kedua-dua cuping telinga. Namun gamamnya cuma seketika. Dakapan dan ciuman silih berganti sehingga bayi yang sedang lena itu merengek. Doktor bagaimanapun mengesahkan pendengaran bayi itu normal, sesuatu yang cukup
mengembirakan si ibu.

Masa terus berlalu...

Pulang dari sekolah suatu tengahari, anak yang tiada cuping telinga itu yang kini telah memasuki alam persekolahan menangis memberitahu bagaimana dia diejek rakan-rakan. "Mereka kata saya cacat," katanya kepada si ibu. Si ibu menahan sebak. Dipujuknya si anak dengan pelbagai kata semangat. Si anak menerimanya dan dia muncul pelajar cemerlang dengan menyandang pelbagai jawatan di sekolah. Bagaimanapun tanpa cuping telinga, si anak tetap merasa rendah diri walaupun si ibu terus memujuk Ayah kanak-kanak itu bertemu doktor. "Saya yakin dapat melakukannya jika ada penderma," kata pakar bedah. Bermulalah suatu pencarian bagi mencari penderma yang sanggup berkorban.

Setahun berlalu...

"Anakku, kita akan menemui doktor hujung minggu ini. Ibu dan ayah telah mendapatkan seorang penderma, tapi dia mahu dirinya dirahsiakan," kata si ayah. Pembedahan berjalan lancar dan akhirnya si anak muncul sebagai manusia baru, kacak serta bijak. Pelajarannya tambah cemerlang dan rasa rendah diri yang kerap dialaminya hilang. Rakan-rakan memuji kecantikan parasnya. Si anak cukup seronok, bagaimanapun dia tidak mengabaikan pelajaran. Pada usianya lewat 20-an, si anak menjawat jawatan tinggi dalam bidang diplomatik.

"Sebelum saya berangkat keluar negara, saya ingin tahu siapakah penderma telinga ini, saya ingin membalas jasanya," kata si anak berkali-kali.

"Tak mungkin," balas si ayah. "Perjanjian antara ayah dengan penderma itu masih berjalan. Tunggulah, masanya akan tiba." "Bila?" tanya si anak.

"Akan tiba masanya anakku," balas si ayah sambil ibunyamengangguk-angguk. Keadaan terus kekal menjadi rahsia bertahun-tahun lamanya.

Hari yang ditunggu tiba akhirnya. Ketika si anak berdiri di sisi keranda ibunya, perlahan-lahan si ayah menyelak rambut ibunya yang kaku. Gelap seketika pandangan si anak apabila melihat kedua-dua cuping telinga ibunya tiada.

"Ibumu tidak pernah memotong pendek rambutnya," si ayah berbisik ke telinga anaknya. "Tetapi tiada siapa pernah mengatakan ibumu cacat, dia tetap cantik, pada ayah dia satu-satunya wanita paling cantik yang pernah ayah temui. Tak percaya... tanyalah pada sesiapa pun kenalannya."

Kecantikan seseorang bukan terletak pada fizikal tetapi di hati. Cinta sejati bukan pada apa yang dilakukan dan dihebah-hebahkan tetapi pengorbanan tanpa diketahui. Selagi ibu kita ada didunia ini, ciumlah dia, cium tangannya, sentiasa minta ampun darinya, berikan senyuman kepadanya, bukannya dengan bermasammuka, kasih ibu tiada tandingannya, ingatlah SYURGA DI BAWAH TELAPAK KAKI IBU, penyesalan di kemudian hari tidak berguna, selagi hayatnya ada, curahkanlah sepenuh kasih sayang kepadanya, 'love u mom'.


Nota : Minggu depan Kisah Benar DJW akan membawa kepada anda kisah "Adakah Aku Pilihanmu Yang Sebenar". Insyaallah akan diusahakan dan kalau tak sibuk.
CUBIT-CUBITAN, "URUT-URUTAN"

Semalam bercuti lagi. Menguruskan segala hal berkenaan Pinjaman Pelajaran Mara Yana. Aku menjadi penjamin pertama dan Julie penjamin kedua. Jumlahnya lebih RM 31 ribu untuk program diploma komputer di sebuah kolej swasta.

Aku bagitahu awal-awal kat Yana duit yang dia dapat perlu digunakan dengan bijak. Jangan berangan nak beli handphone baru atau alat solek jenama mahal. Sebab setiap sen yang dipinjam perlu dibayar balik. Jangan menyusahkan aku pulak di belakang hari. Yana ni pulak bila aku cakap sikit air mata dia berjurai-jurai. Tension aku, nasib baik adik kandung kalau dengan orang lain aku memang dah serik.

Semasa bekerja di KL aku pernah menjadi penjamin kepada seorang staff di tempat aku bekerja. Niat suci kita menolong orang nak mendirikan masjid. Bila duit dah dapat buat-buat lupa nak bayar. Hampir dua tahun nama aku disenaraihitamkan oleh bank sebab menjadi penjamin, walaupun hanya penjamin kedua. Susah nak dapatkan pinjaman bank hatta nak mohon kredit kad sekalipun. Yelah sebabnya kita tak tahu hak kita sebagai penjamin. Bank lebih seronok kejar penjamin dari peminjam. Inilah yang buat aku serik nak jadi penjamin. Tapi kalau orang tu memang aku kenal hati budi dia dan kerja sama level aku confident sikit. Tapi tetaplah berhati-hati.

Semalam juga aku pergi berurut di rumah Wak Jiat. Rumahnya selang beberapa rumah sahaja dari rumah aku. Rupanya selama ini beliau adalah antara tukang urut yang terkenal di TK terutamanya di kawasan kejiranan kami. Eh bukan!, orang kampung tak berapa "kenal" kepakarannya hanya orang dari luar daerah yang berduyun mendapatkan khidmatnya. Banyak jugalah kisah kejayaan Wak ni mengubat orang dengan mengurut. Tapi kehidupan dia tetaplah simple sahaja.

Tahun lepas aku terlibat dengan kemalangan jalan raya. Aneh sekali Wak tu tahu aku pernah di timpa musibah tu walaupun aku tidak memberitahunya. Wak tahu urat mana yang tersimpul dan perbetulkannya. Urat yang tersimpul mengganggu perjalanan darah dan boleh mengakibatkan pelbagai penyakit lain seperti sakit kepala dan dada. Logik sekali penjelasan dia, yelah bila oksigen tak sampai ke otak mestilah kepala "weng" sedikit. Dulu migrain aku Wak inilah jugak yang urutkan dan dengan izin Allah sembuh. Tangan tuanya cukup mahir mencari punca penyakit. Begitu terasa mencengkam pada bahagian-bahagian yang sakit. Hampir meraung aku dibuatnya, tapi dia kata penyakit aku belum begitu teruk. Bila aku lihat tangan dan kaki aku yang selama ini pucat kini semakin kemerahan. Perjalanan darah sudah OK mungkin, tak ada sekatan. Badan rasa ringan dan sedap. Stress pun dah kurang. Sukar digambarkan dengan perkataan. Rasa lebih sihat, syukurlah.

Seperti kebanyakkan tukang urut di kampung-kampung, Wak tidak minta sebarang upah. Cuma adalah wajar kita menghulurkan sedikit sumbangan di atas jasa baiknya. Mengurut juga satu kepakaran yang perlu dihargai. Kalau di KL beratus diorang charge untuk sejam mengurut. Aku juga diurut selama lebih sejam dan aku dapat rasakan kepenatan beliau mengerah tenaga tuanya. Orang seperti Wak Jiat ini semakin "pupus" aku kira, di mana dia meletakkan hal-hal material perkara paling akhir dalam hidupnya asalkan mampu menolong orang yang dalam kesusahan.

Selain Wak Jiat ada beberapa orang lain di kampung aku yang memang handal dalam hal urut mengurut. Cakap apa sahaja masalah luaran dan dalaman pasti ada jalan penyelesaiannya. Antaranya Wak Bakri, beliau juga terkenal hingga ke KL dan negeri-negeri lain. Menteri Besar dan orang kenamaan juga ada yang mengurut dengan mereka. Yelah mereka pun stress macam aku ni, mestilah nak perbetulkan saluran darah yang tersimpul supaya mudah darah mengalir ke seluruh pembuluh darah. Bila dah OK bolehler buat keputusan yang tepat dalam hal-hal pemerintahan negara.


Suatu Masa

Bagaimanakan ku mula
Dan apakah kata-kata
Yang indah untuk ku abadikan
Tiap wajah berkisah
Tiap madah bererti
Manakah ilham ku
Cahaya di mata mu
Senyum di bibir mu
Mengukir seribu tanda pertanyaan
Mungkinkah kau jua
Dalam kerinduan
Di saat begini aku merindukah

Berhelai-helai surat
Terbiar di depan ku
Tak dapat aku utuskan
Ku ramas semua
Dan ku buangkan jauh
Dari pandangan
Lalu aku kesal
Ku kumpul semula
Tak dapat ku nyatakan apa yang ku rasa
Jika engkau tahu di dalam hati ku
Mungkinkah kau sahut jeritan batin ku

Dengarkan lah panggilan ku
Dengarkah lah lagu untukmu
Angin lalu kau sampaikan
Rasa rindu yg membara
Kepadanya

Dengarkan lah panggilan ku
Dengarkah lah lagu untukmu
Angin lalu kau sampaikan
Rasa rindu yg membara
Kepadanya Warna-warna cinta ku
Kian pudar bersama
Malam yang gelap gelita
Entahkan kau rasakan
Apa yang aku rasa
Atau kau tak endah
Tapi ku percaya
Semua telah tertulis
Dan niat suci ku takkan disiakan
Dan di suatu masa
Di hari yang indah
Ku hulur tangan ku
Lalu kau...
Terima....

( Lagu : M. Nasir - Lirik : M Nasir )










Wednesday, August 13, 2003

OMBAK BILASKANLAH LUKAKU!

"Ampunkan Aisyah Bang …"

"Aduhhh sakitnya bang ."

"Aduhhh …".

Suara tangisan dan rayuan saling bertingkah. Hentakan dan gegaran barang-barang di dalam apartment tingkat 4 itu sahaja sudah cukup memberikan gambaran yang menakutkan. Namun jiran tetangga yang kebanyakkannya leka menonton Astro ketika itu hanya mampu mendengar. Ingin masuk campur terasa bukan urusan , itu urusan rumah tangga orang. Suara kanak-kanak menangis menambahkan lagi sebak di dada sesiapa juga yang mendengarnya. Kebetulan tingkap terbuka maka segala butir bicara jelas kedengaran.

Sejak 2 hari, drama pertengkaran suami isteri itu berlarutan dan sedikit sebanyak mengganggu ketenteraman pengguni apartment di kawasan pinggiran KL . Keluarga tersebut baru 4 hari pindah masuk ke apartment itu. Jiran-jiran belum punya masa untuk mengenali keluarga tersebut. Bayangkanlah azab yang terpaksa di tanggung oleh si isteri jika setiap satu pertengkaran berlangsung dalam tempoh 2 hingga 3 jam lamanya.

Suami jenis apa yang sanggup memukul isteri begitu teruk sekali. Tipisnya iman atau dangkalnya akal hingga sanggup membelasah isteri sendiri. Isteri yang menghiburkan hati di kala sunyi dan yang menghamilkan zuriat sendiri. Kalau menghadapi masalah atau dalam kesempitan hidup bawaklah berbincang secara elok. Libasan tali pinggang tidak mampu menyelesaikan segala masalah yang membelenggu. Anak-anak akan membesar dalam keadaan ketakutan. Itu tidak baik untuk perkembangan emosinya dan salah satu penyumbang kearah gejala sosial. Bila keharmonian tidak wujud di rumah sendiri. Mereka akan lebih banyak menghabiskan masa di luar rumah.

Jiran-jiran pasangan tersebut kebanyakkanya bukan Melayu. " Itu orang gila , pukul bini punya orang." En Zul yang tinggal di tingkat 3 hanya mampu tersenyum bila Uncle Lim memberikan komen spontannya. Dia bertekad kalau perkara ini berlanjutan dia akan melaporkan kepada pihak berkuasa. Sekurang-kurangnya atas dakwaan mengganggu ketenteraman awam.

Apakah pula hak wanita yang terdera ? Di manakah mereka boleh mendapat bantuan dan perlindungan?. Kebanyakkan mereka hanya berdiam diri dan pasrah dengan percaturan hidup yang sebegitu. Memikirkan hal anak-anak dan lebih rumit lagi jika si isteri tidak bekerja. Kelukaan itu akan ditelan walaupun pahit.

Dibawah Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga terdapat satu agensi yang dinamakan OMBAK atau WAVe ( Organisasi Wanita Membenteras Keganasan). Bolehlah melayari pautan http://www.ombak.gov.my. Mintalah bantuan atau berilah bantuan kalau kita tahu ada sesiapa yang memerlukannya. Mana tahu kita mampu memerdekakan satu jiwa yang terdera samada penderaan fizikal atau mental. Moga OMBAK mampu membilas lukanya.

Nota : Sudah mencuba berkali-kali untuk mengakses website OMBAK tapi server dia ada masalah . Macamana yer kalau ada sesiapa yang benar-benar mahu mendapatkan maklumat. Akses kepada maklumat pula sukar. Harap Kementerian terbabit ambil tindakan sewajarnya. AAK

Esok aku bercuti jadi entri edisi petang ini ditujukan khas untuk Adik Julie, Yana, Kak Baie & Kak Yah. Group Wanita Professional & yang lain. Salam.

BINTANG KEHIDUPAN

Jenuh aku mendengar
Manisnya kata cinta
Lebih baik sendiri

Bukannya sekali
Seringku mencoba
Namun kugagal lagi

Mungkin nasib ini
Suratan tanganku
Harus tabah menjalani

Jauh sudah langkahku
Menyusuri hidupku
Yang penuh tanda tanya

Kadang hati bimbang
Menentukan sikapku
Tiada tempat mengadu

Hanya iman di dada
Yang membuatku mampu
Slalu tabah menjalani

Malam malam aku sendiri
Tanpa cintamu lagi
Hanya satu keyakinanku
Bintang kan bersinar
Menerpa hidupku
Bahagia kan datang

Lagu : Yanti & Ronie

Nota : Terima kasih kepada pengirim lirik lagu ini Siti the Most Good Gurl. Hanya dengan keyakinan bintang akan bersinar menerpa hidup, bahagia kan datang.
MEJAR SYED OTHMAN PEJUANG HEBAT!

Rasa terharu bercampur sedih dan sebak yang membuak di atas pencapaian Mejar Syed Othman Syed Omar. Beliau menerima Phd dalam bidang sejarah pada konvokesyen UM yang bermula semalam. Apa yang membuatkan saya lebih terharu adalah kenyataanya bahawa kejayaannya dalam pendidikan sebagai "perit" dengan mendakwa kelulusan yang dimiliki selama ini tidak mendapat pengiktirafan sewajarnya kerana sejak hilang penglihatan, beliau tidak berpeluang memegang sebarang jawatan rasmi.

Beliau adalah contoh terbaik bahawa peperangan di dalam kehidupan sebenar ialah bagaimana untuk berjuang menentang segala halangan dan birokrasi yang di hadapinya. Beliau tetap ingin memberikan perkhidmatan yang terbaik walaupun tidak lagi dengan memikul senjata tetapi melalui kemampuan otak dan daya pemikirannya.

Meneliti kejayaan yang diraih oleh beliau membuatkan saya malu sendiri. Saya sering mengeluh tak punya masa untuk menyambung pengajian ke peringkat tertinggi. Kalau saya yang celik ini pun belum mampu lagi bergelumang dengan kertas-kertas kerja dan penulisan penyelidikan. Saya dapat rasakan beliau dan keluarganya memikul azab yang lebih lagi sebelum mencapai kejayaan yang sebegitu.

Kini saya bersemangat semula untuk menggenggam cita-cita. Kalau Mejar Syed Othman boleh melakukannya saya juga begitu. Selama ini saya begitu memanjakan diri dan mudah putus asa. Kini saya sedar ada orang lain yang tidak bernasib baik tetapi berjaya mencapai apa yang dihajatinya. Semuanya perlukan kerja keras dan tumpuan yang sepenuhnya.

Kehidupan ini berjalan di atas landasan bahawa hanya orang yang ingin berjaya sahaja layak untuk menang. Kemenangan seringkali datang sesudah begitu banyak air mata dan halangan yang mendatang. Kita tidak harus terus menangisi nasib. Keluh kesah tidak mampu memberi kita apa-apa. Kadangkala kita tidak berusaha untuk mengubah nasib diri. Segalanya terletak pada apa yang ingin kita impikan dalam hidup. Cuma kadang kala kita mengaku kalah sebelum berjuang.

Kawan baik saya En. Wan juga melalui situaasi yang hampir serupa. Beliau menghidap "advance glucoma" yang begitu teruk. Dalam keadaan penglihatan yang terbatas beliau masih mampu menyudahkan pengajiannya tahap sarjana. Cuma apa yang berbeza dengan Wan ialah mahligai perkahwinannya musnah di saat-saat beliau memerlukan mereka. Isterinya menuntut cerai di atas sebab-sebab yang sukar dimengertikan. Hidup ini amat sukar untuk dijangkakan. Apa yang kita perolehi mungkin tidak bererti untuk orang lain tapi amat berharga untuk diri sendiri.

Mejar Syed Othman dan Wan adalah dua orang pejuang yang hebat. Kehebatanya lebih menakjubkan dari keghairahan orang lain yang begitu berlumba-lumba untuk menakluki segala teluk dan benua.

Mungkin

Biarkanlah saja diriku sendirian tanpamu
Biarkanlah aku merindu sekian lama
Bukan maksud untuk membisu sepi tanpa kata
Terpisahnya kita kerana mengejar impian

Mungkinkah bersama dua jiwa ini
Dalam mencari cinta sejati nan suci
Mungkinkah segala derita di jiwa
Akan terabat kini

Biarkanlah saja diriku sepi tanpa kata
Terpisahnya kita kerana mengejar impian

Hanya satu pintaku
Sabarlah menanti
Ku kan pulang bersama
Cinta...

Nota :

Satu-satunya lagu dari penyanyi ini yang benar-benar menyentap dan satu-satunya lagu yang terpasang di PC aku seharian semenjak dua menjak ini. Mungkin ...

Tuesday, August 12, 2003

KIBARKANLAH BENDERA

"Tak pernah terfikir nak kibarkan bendera", perempuan dalam iklan TV itu menjawab dengan selambanya. Mungkin itu adalah jawapan yang paling jujur. Kempen kibarkan bendera sedang rancak dijalankan. Tapi terus terang aku pun tak pernah nak kibarkan bendera. Tidak di kereta mahupun di apartmen. Cuma di ofis ada ura-ura nak kibarkan satu sebagai syarat mungkin.

Orang akan lihat aku tak patriotik. Tapi biarkanlah, berbeza sedikit dari orang lain tidak salah bukan? Aku tetap pembawa kad pengenalan Malaysia dan passport aku passport Malaysia yang serba canggih itu. Maka adalah bendera Malaysia dalam wallet aku 24 jam. Walau kecil dan tak nampak tapi itu amat bermakna.

Bagi aku kecintaan kepada negara lahir dari hati. Hanya diri sendiri yang tahu. Macam bercinta, kalau selalu sangat ditonjolkan akan muak dan nampak "plastik" tidak original atau berpura-pura. Bagi aku menzahirkan rasa sayang kepada negara bukan terletak pada berapa banyak bendera yang dikibarkan pada kereta atau motor. Kalau naik bas kat mana pulak nak letak bendera tu pulak.

Walaubagaimanapun aku tetaplah warganegara yang taat. Aku tidak pernah berhasrat untuk berhijrah atau bekerja di luar negara. Walau ada beberapa kawan yang aku kenal, sanggup merebut peluang diluar negara semata-mata kerana imbuhan yang lebih. Walaupun biasiswa atau pinjaman dibiayai oleh kerajaan. Walaupun negara kekurangan doktor dan pakar dalam bidang-bidang yang kritikal. Hujan emas di negara orang.Hanya gerimis yang tak menjadi di negara sendiri.

Aku nak hidup dan mati di negra yang bertuah ini. Walaupun ada juga perkara-perkara yang aku tak puashati tapi ianya tetap lebih baik dari negara-negara lain. Aku akui, aku seorang warganegara yang taat. Tidak terlibat dengan kumpulan-kumpulan bawah tanah. Aku juga pembayar cukai, malahan aku kena bayar lebih sebab bujang. Aku tidak terlibat dengan jenayah, vandalisme atau buang sampah merata-rata. Hanya sekadar peyumbang kepada saman trafik yang aktif sejak akhir-akhir ini.

Walaupun aku bukan tentera, tapi aku turut mengabdikan diri dan tenaga sepenuh jiwa untuk melihat anak bangsa aku mendapat ilmu yang bermanfaat. Aku secara tak langsung menolong mereka menjadi warganegara yang baik. Juga aku turut mengundi parti yang aku rasa boleh diharap dan boleh buat kerja, sekurang-kurangnya membangunkan pekan TK yang tercinta.

Aku tidak pernah terlibat dengan aksi yang melampau. Aku bukan pelakon kisah pramugara yang terlampau itu atau turut terlibat dengan skandal video Kisah Datin. Aku tidak terlibat dengan benda-benda yang merosakkan anak bangsa . Itu memang sesuatu yang tidak pernah aku fikirkan. Terlintas pun tidak.

Petronas merupakan stesen minyak kegemaranku. Lebih-lebih lagi setelah masuk F1. Aku setia dengan jenama Malaysia. Juga memandu kereta buatan Malaysia. Dan berjinak-jinak pula dengan Cuti-Cuti Malaysia. Tapi aku tetaplah dianggap tidak patriotik sebab tidak kibarkan bendera Malaysia di bulan kemerdekaan ini.

Cuma aku rasa sedikit terkilan ( kalau adalah ) sebab belum mampu lagi menyumbang kearah 70 juta rakyat Malaysia. Itu aku akui benar. Tapi aku ada alasan, sebabnya aku tidak mahu melihat Malaysia terlalu sesak dengan segala macam bentuk pencemaran. Aku tak mahu melihat zuriat aku membesar dalam sebuah dunia yang tercemar.


Jangan Lafazkan

Jangan lafazkannya hasrat di jiwa
Oh kerana ia kan menambah luka
Biar ku sendiri mengubati hati
Jangan lafaz kau sudah membenci

Ku tahu dari gerak gerimu
Adanya sesuatu mengganggu fikiranmu
Ku tahu kau tak seperti dulu
Masa telah mencemar
Kemesraan kita

Ku sedar sinaran kian pudar
Hati semakin tawar
Menguji kesabaran
Namun ku sukar 'tuk melepaskan
Andai kau ingin pergi
Tunai permintaan ini

Jangan lafazkannya hasrat di jiwa
Oh kerana ia kan menambah luka
Biar ku sendiri mengubati hati
Jangan lafaz kau sudah membenci

Tak ingin ku cuba 'tuk mengerti
Berdepan realiti
Kau tak cintai lagi
Tak ingin tahu apa terjadi
Kau dah punya pengganti
Biar ku butakan hati

Janganlah lafaz apa yang kau rasa
Kerana semua sudah ku baca
Tak usah kau ucap 'selamat tinggal'
Pergilah jangan kau lafazkan

Nota :

Berlalu musim bunga penuh sayu, tiada lagi lagu.




Monday, August 11, 2003

FROM TK WITH LOVE

Sabtu petang memandu ke TK dengan perasaan yang lain. Diam sepanjang perjalanan. Yana tertidur cantik-cantik di sebelah. Sudah lama tidak pulang ke TK dengan perasaan yang sebegitu tenang. Kalau tidak asyik terkejar dari Cyberjaya-Sepang-TK-Cheras. Segala yang berlaku sudah tersurat di Luh Mahfuz. Cinta tidak semestinya bersatu. Aku tak mampu menyatakan apa-apa tentang dia pada mak. Bila Yana mengambil baju yang pernah dia beri, aku jadi sedikit sebak. Mak suka baju tu dan mentioned berkali-kali. Kalaulah mereka tahu ...

Malam mak, Yana, Julie dan aku ke TK. Makan-makan meraikan hari yang bersejarah dalam hidup. Bukan kegembiraan sahaja yang perlu diraikan. Makan besar juga malam tu. TK kian berubah. Wajah malamnya tetap ceria. Ada pesta durian besar-besaran. Harganya begitu murah dan beli jugalah untuk dibawa pulang. Selain durian buah rambutan dan petai begitu banyak di TK. Yelah TK tetap meriah walaupun di perintah oleh parti pembangkang. Cuma jalan rayanya sahaja yang entah kurun ke berapa akan siap. Mungkin menunggu pilihanraya akan datang. Bila ramai pemimpin terasa senak perut bila memandu ke TK untuk meraih undi. Maka peruntukan untuk perluasan dan naik taraf jalan akan dipercepatkan.

Ahad seperti selalu aku pulang ke Cyberjaya sebelum asar. Mak selalu tegur buat apa balik cepat-cepat bukan ada sesiapa pun di Cyber. Aku hanya mampu tersengih. Aku selalu bagi alasan nak tidur kat bilik sendiri lebih selesa. Entah ler logik ker tidak alasan aku tu. Yana bercuti seminggu dan nak selesaikan segala urusan Pinjaman pelajaran Maranya.

Isnin aku ke Klang. Sebelum tu singgah di Syeksyen 2, SA. Minum teh dan makan nasik lemak. Tak sedap atau aku memang takde selera. Masa di Klang aku kena saman RM 30.00 sebab parking di tempat berbayar. Aku manalah perasan tempat tu berbayar. Semua orang aku tengok tak bayar pun. Mesin tiket dia pun aku tak nampak. Jahanam betul. Carik Legal Firm untuk signed S&P, tu pun satu hal. Tanya orang pun tak tahu. Atau aku silap tanya orang yang cam aku gak. Nak call, HP aku bila aku tekan no. 1 dia tak berfungsi. So aku tak boleh call no legal firm tu. Nasib baik ada Pak Guard yang tunjukkan jalan. Selesai urusan tersebut ke bank pulak. Harap-harap semua benda tu akan dipermudahkan. Diorang ingat aku dah married, hehehe sebab diorang kata selalunya hanya orang yang dah berkahwin sahaja yang beriya-iya nak beli rumah. "Awak nak kawin dengan saya ker?". Aku jawab dalam hati. Kemudian ke Klang Parade tengok sale di sana. Ada baju yang ok tapi warna tak kena. Last-last beli 2 tin weight gain. Aku rasa aku dah semakin kurus semenjak dua menjak ni.

Man SMS yang dia akan ke Singapore esok. Semoga segala urusannya dipermudahkan Allah. Aku bantu mana yang terdaya dan doa yang tidak pernah putus-putus. Man dah lama tak pulang ke TK. Aku tahu mak dan abah rindu kat Man. Aku harap segala urusannya akan selesai dengan baik dan dia diberikan kelapangan untuk pulang ke TK. Aku akan lebih kerap pulang ke TK sebab orang yang paling aku sayang ada di sana!


Saturday, August 09, 2003

Wajah ( Aishah)

Setenang air di kolam
Begitu wajahmu
Gelora hati di dalam
Tiada yang tahu

Sentiasa terukir
Senyum di bibir
Lindungi perasaan
Di balik gurauan

Namun dari riak mata
Kudapat membaca
Ada garis keresahan
Jiwa antara kita

Dalam gelak dan tawa
Hati terluka
Di dalam keriuhan
Engkau kesepian

( korus )
Seperti engkau jua
Kukenal erti duka
Peritnya keyakinan
Dipersiakan

Seperti kau alami
Kutahu erti sepi
Mengharung kepahitan ini
Ohh sendiri

Setenang-tenang wajahmu
Tidak setenangmu
Tidak berdaya kau lindungi
Kehampaan ini
Dalam senyum tawaku mereka tahu
Diriku kecundang dalam percintaan

Nota : Macam best pulak dengar lagu ini. Yelah bila keboringan yang melantun-lantun kat ofis. Kerja hari Sabtu ni kerjanya tunggu pukul satu. Yelah kerjalah jugakkan.


JANTINA & PEKERJAAN

Sesiapa yang pernah berbosskan boss wanita mesti faham apa yang aku alami. Bukan mereka tidak berkebolehan, mereka amat berkebolehan cuma kadangkala terlalu terburu-buru dan mendesak. Terlalu detail juga membuatkan pekerja pening dan sukar dijangkakan 'serangannya'. Tapi mungkin perkara ini hanya berlaku di tempat aku kini. Aku tidak boleh "generalized" atau pukul rata semuanya. Ada juga sifat-sifatnya yang aku suka. Dia tak pernah "monitor" 24 jam kerja aku. Aku bebas buat kerja aku asal siap dalam tempoh yang ditetapkan. Boss lelaki aku dulu lagi sempoi, kerja jalan jugak. Atau mereka semua yang beruntung sebab dapat pekerja macam aku yang tidak peningkan kepala mereka.

Bila Menteri Besar Trengganu mendakwa wanita hanya layak menyandang jawatan yang sesuai dengan sifat mereka seperti bidang pendidikan dan kebajikan maka Menteri Pembangunan Wanita & Keluarga agak melenting. Kenyataan Datuk Seri Abdul Hadi Awang perlu diperhalusi. Kalau seseorang wanita itu berpeluang dan ada tawaran yang berpadanan dengan kemampuannya kenapa tidak dia memilih kerjaya yang diidamkan tersebut.

Wanita memainkan banyak peranan terhadap keluarganya ( isteri, ibu, juga kakak/adik kepada seluruh ahli keluarganya) juga ( boss, pekerja ) semasa di tempat kerja. Mereka perlu membuat penyesuaian peranan-peranan ini di dalam keadaan-keadaan yang berbeza. Kekalutan akan berlaku tidak kira kepada pekerja wanita atau lelaki jika dia merasakan tugas yang diamanahkan tidak mampu dilaksanakan dengan sempurna.Bezanya cuma wanita amat beruntung kerana diberi cuti wajib bila melahirkan zuriat. Itu adalah keistimewaan wanita.

Aku pernah menonton di TV, wanita terlibat di dalam kerjaya lasak seperti skuad elit komando. Bila sekali pandang kita sukar meneka yang mana satu wanita dikalangan keseluruhan ahli komando tersebut. Inilah yang mungkin tidak disenangi jika wanita terlibat dengan kerjaya-kerjaya yang dimonopoli oleh lelaki. Dalam bidang masakan pula contohnya seperti Chef Wan . Kita akan mendapati bahawa persekitaran kerjaya yang dipilih boleh mengubah perlakuan individu tersebut samada lelaki atau wanita. Hipotesis aku ialah seseorang itu akan condong ke arah kelompok majoriti yang menggangotai sesuatu bidang tersebut. Atau mungkin ianya hanya pandangan dangkal aku sahaja.

Mengikut perangkaan Jabatan Buruh tahun 2000, daripada 11.4 juta wanita di negara ini, 7.2 juta daripadanya adalah dalam linkungan bekerja ( 15- 64 tahun) termasuk 3.3 juta daripadanya adalah yang sedang bekerja. Jadi golongan profesional ramai. Tiada halangan gender di negara kita. Wanita & lelaki yang berkebolehan layak untuk mendapatkan pekerjaan mengikut kemampuan dan kelayakkan akademiknya. Bebas memilih apa juga kerjaya dan pandai-pandailah membawa diri.

Itulah bertuahnya kita hidup di bumi Malaysia ini. Kebebasan dan peluang sentiasa diberikan asal ingin berusaha dan bekerja keras. Hidup adalah perjuangan kearah apa yang dicita-citakan. Tapi kalau nak kerjaya yang thrill jangan pulak masuk pertubuhan PKPM ker apa, logik ler sikit. Tiada jalan mudah untuk berjaya.

HUJUNG MINGGU

Minggu ni balik kampung. Isnin cuti nak settledkan hal-hal bank. Banyak yang aku fikirkan semenjak dua menjak ini. Tak tahulah apa yang akan aku tempuhi selepas ini. Apapun selamat berhujung minggu pada semua.

Friday, August 08, 2003

MERDEKA SALE!

Bulan Ogos ni selain bulan kemerdekaan adalah bulan berbelanja. Semua gedung membeli belah berebut-rebut menawarkan harga terendah. Entah ler harga dia macam sama sahaja dan kalau yang murah pun rasanya benda yang dah tak masuk gaya. Aku dah malas nak ke mana-mana. Membeli- belah pun dah rasa tak seronok. Stok pakaian aku masih boleh digunakan untuk 3 bulan lagi. Ada beberapa pakaian baru yang belum aku cuba terutamanya kemeja. Malas nak bergaya sakan bila ke ofis lainlah kalau pergi ke mesyuarat atau outstation.

Masa sale ni yang lecehnya kena beratur panjang masa nak membayarnya. Itu yang malas sikit terutamanya masa cuti hujung minggu. Kalau nak pergi sangat kena pergi masa hari-hari biasa, time diorang bekerja. Mungkin aku hanya akan pergi ke Singapore Sale pada September nanti. Kalau aku sihat aku nak pergi ke sana. Teringin juga nak ke Night Zoo dia.

Ada produk penjagaan wajah terbaru untuk lelaki Clarinsmen di pasaran. Aku tertarik pada Fatique Fighter dan Undereye Serum mungkin akan membelinya bila aku sempat nanti. Minggu lepas dah berhabis hampir RM 300 beli produk Nivea for Men. Adik aku si Yana yang tolong pilihkan. Jadi sekarang masa aku untuk memanjakan diri semakin panjang. Aku tak boleh bangun lambat sebab nak touch-up dan sembur itu ini. Rasa malas pulak, tapi kalau nak dapatkan muka yang sihat mestilah buat itu semua. Maklumlah kerana diriku amat berharga.


Agak sibuk dengan penubuhan MARC. Aku dah siapkan apa yang patut. Tapi bos aku telah membuat keputusan drastik mengosongkan post itu. Dia nak MM tunjukkan kebolehannya dahulu. Jadi akan ada persaingan dengan budak baru yang akan diambil 2 bulan dari sekarang. Aku pun peninglah dengan bos aku ni tak percaya sangat dengan orang. Bila dia start percaya pada seseorang tu dia akan percaya sungguh-sungguh walaupun orang tu tak interested langsung. Dunia ini memang macam inilah apa yang kita tak mahu itulah yang kita akan tempuhi.

Ada 2 pasu "fern" paku - pakis yang aku beli di Dengkil untuk koleksi mak aku di kampung. Kalau tambah 2 species terbaru ni kami dah ada 5 jenis. Masih banyak lagi spesis yang kami tak ada. Nanti bila ada masa lapang aku nak carik lagi. Rumah aku di Kapar nanti aku nak tanam dengan spesis fern sebagai tanaman hiasan. Jadi sekarang ni dah boleh mula tanam di kampung dulu. Sampai masa nanti angkut jer ke Kapar.

Terima Kasih

Terima kasih untuk nasihat-nasihat yang diberikan terutamanya M, Ying, Huneydew, Ciki Engineer, Akak RW dan puluhan email yang Mal terima. Terima kasih sekali lagi di atas nasihat yang diberikan. "Biarlah waktu yang merawat segalanya". Hidup perlu terus kata Ceqtie.

Selain dari Malaysia ramai betul orang dari Hong Kong melawat page ini. Diorang baca ker BM?. Nasib baiklah aku tulis dalam BM kalau dalam BI lagi tak boleh nak selindung. Orang lain kalau nak baca page ni kenalah mahir BM. So aku promote BM sekalilah, patriotik pulak aku ni. Maklumlah merdeka sales opps Bulan Kemerdekaan. Aku pun dah merdeka, kebebasan itu sesuatu yang berharga.


Biarpun masa beredar meninggalkan kita
Takkan berubah sejarah
Waktu kau tiba, ku menyambutmu dengan rela
Terjalin ikatan yang mesra
Kau dalam ketiadaan
Ku menghulur bantuan
Bercambah persahabatan dalam keramahan.

Biarpun masa, beredar meninggalkan kita
Tak akan berubah sejarah
Kita di sini bersama-sama mengakui
Bersama hidup dan mati
Lalu aku memberikan
Penuh kepercayaan
Segala yang ku miliki
Ku rela berkongsi.

Tapi segalanya ada had dan batasan
Kau mendesak keterlaluan
Biarpun aku menyayangi
Kau masihku ragui
Hatimu aku tak pasti
Hanyalah jasadmu di sini.

Katamu di sini hidup dan mati
Tapi itu sekadar janji
Bicara dan hati tak sekata
Aku dipersenda.

Thursday, August 07, 2003

CINTA 100 %

Kita tidak boleh menyayangi orang lain 100%. Itu yang aku belajar dari pengalaman aku yang lalu. Jangan berikan sepenuhnya, simpan sedikit untuk menyayangi diri sendiri. Berikan 30% untuk diri sendiri. Sebabnya bila sesuatu berlaku masih ada baki untuk diri bangun semula.

Kalau kita menyayanginya 100% dia akan minta 110% pula. Sentiasa mahu lebih dan kita tidak berdaya untuk menolak disebabkan rasa sayang yang melangit. Bila jatuh terhempas kita tiada apa lagi yang tinggal.

Hanya kenangan yang pasti menghantui. Gambar-gambar yang tersimpan kemas di album kenangan. Senyuman dan lirikan mata serta segalanya tentang dia. Kenapa mesti dia? Aku tak punya jawapan pada persoalan yang aku lontarkan ini. Biarlah, biarkan sahaja waktu merawat segalanya.

Jadi untuk apa disimpan segala kenangan bersamanya? Biarkanlah ia di situ disuatu sudut tersembunyi. Mungkin suatu masa nanti kenangan itu mampu membuatkan aku tersenyum.

Belajarlah menyayangi diri sendiri. Berikan segala rasa cinta pada Allah dan kita sebagai makhluk yang lemah hanya mampu bertawakkal setelah berusaha. Anehnya tiada setitik pun airmata yang luruh. Aku boleh senyum - senyum. Tak mahu sedih-sedih lagi. Buang masa dan tenaga sedangkan dia ketawa dan bergembira. Meraikannya mungkin. Eh aku juga perlu meraikan pembebasan aku dari segala kepuraan ini.

Berikan aku sayap dan terbang mencari kebahagiaan walau ke hujung dunia. Terima kasih atas segala kasih sayang dan perhatian yang diberi selama ini. Tahulah aku kini bila telefon pun tak sudi ada sesuatu yang terjadi. Aku tak pernah rugi apa-apa. Persahabatan itu demi kerana Allah. Maaf aku tidak mampu mengubah mu kearah yang lebih diredhai, sebabnya aku tak berpeluang. Dan kau juga tidak memberi peluang itu. Aku masih tidak rugi apa-apa.

Aneh sekali, aku masih boleh tersenyum. Mungkin aku telah jangkakan? Mungkin aku tak perlu menanti terlalu lama dulu. Seharusnya aku melangkah seawal mungkin biar tiada yang parah. Hari ini kita hidup menuju arah yang ditentukan sendiri-sendiri. Mungkin juga aku belum bersedia untuk melepaskan segala apa yang pernah kita sayangi.

"Tak ingin sakiti lebih baik ku tinggalkan semua … sendiri lagi."


Dalam benak tersimpan kenangan
Yang tak kan ku bilang pada semua
Dalam ingatku ada namamu
Belahan hatiku waktu dulu
Masih terasa kita bersama
Indah dan tak indah berdua
Jemput aku dalam kenanganmu di sini
Tak ingin ku lepas kenanganku
Karna ku tahu ini berarti
Walau kau tak lagi disisiku
Tak apa

(Melly - Tak Apa)




Wednesday, August 06, 2003

KEBEBASAN

Syukur segalanya berakhir dengan aman. Tiada yang bermasam muka. Tiada hati yang terluka. Semua orang telah faham niat sebenar aku. Ohh ini bukan kisah N, tapi hasil meeting aku dengan pengarah. Dia menghormati pendirian aku dan niat suci aku. MM telah mendapat post HOD seperti yang diimpikan. Dia memang selayakknya mendapat post tersebut. Cuma pengarah aku sehingga ke saat ini masih tidak yakin dia dapat melakukannya. Attitude problem katanya. Tapi sikapnya yang agak "peramah" itu tidak disenangi oleh pengarah aku. Apapun aku telah bebas, aku tahu apa yang aku mahu dalam melayari alam kerjayaku.

Untuk menghilangkan kegundahan pengarah aku dan demi rasa tanggungjawab terhadap penubuhan unit baru bagi universiti aku bersetuju menyiapkan segala "foundation" dari vision, mission, job description, budgeting, building, training dan sebagainya sehinggalah unit itu stabil. Semuanya percuma, aku ikhlas untuk menolong. Walaupun aku akan dilihat sebagai "tangan-tangan ghaib" di dalam penubuhan unit ini, itu tidak apa. Biarlah mereka menilai aku semula jika ada post yang lebih mengancam di masa-masa akan datang. Aku tidak rugi apa, rezeki aku bukan di situ. Aku tidak mahu menyiksa diri melakukan apa yang aku tidak suka. Aku memilih corak kerjaya yang aku inginkan. Aku ada kuasa memilih.

Aku akan semakin sibuk dalam 6 bulan yang akan datang mengendalikan dua unit yang berbeza. Berkejaran ke Melaka, more paper works and meeting. Aku kira aku perlukan kesibukan ini dari memikirkan perkara-perkara yang menyakitkan hati. Tiada gunanya menyayangi orang keterlaluan kerana terlalu pedih jika dilupakan. Apapun ianya menambah pengalaman dalam hidup bahawa suatu hari nanti segalanya akan berakhir dengan baik. Mungkin dia akan lebih bahagia bila aku tiada di sisinya dan membiarkan dia memilih jalan hidupnya sendiri adalah langkah yang terbaik untuk kami.


Yang tersisa
Hanya gambarmu
Di meja kamarku
Diiringi dua puisi
Tentang lara hati

Engkau adalah
Yang terindah
Sepanjang hidupku Luka meruah
Semua telah berlalu
Yang tersisa
Rinai tawa mu
Di sudut benak ku
Seperti kau
Masih di sini
Larut di pelukku

Prahara menerjang
Kekasihku terhanyut
Menghilang
Ku semaikan duka
Kau tak pernah kembali

Oh... angin malam
Bawa laguku
Ungkapan rindu menggebu
Ku masih tetap bertahan
Kerna kenangan

Yang tertinggal
Hanya gambarmu
Di meja kamarku
Ditemani dua puisi
Tentang lara hati

Engkau adalah
Yang terindah
Sepanjang hidupku
Luka meruah
Semua telah berlalu



Tuesday, August 05, 2003

SELAMANYA KAU TAK AKAN MENGERTI

Staff kat tempat aku tegur aku semalam " En. Kamal pergilah bercuti nampak teruk sangat muka cik Kamal ni". Wah staff-staff kat sini pun dah perasan muka aku tension semacam jerr. Memanglah banyak sangat "hentakkan" yang berlaku dalam hidup aku akhir-akhir ini. Kalau aku tulis satu persatu hanya akan membuat orang meluat pulak bila membacanya. Orang akan nilai aku tak reti nak mengendalikan hidup dengan baik. Bebannya memang tidak tertanggung. 2 minggu ini asyik terjaga dalam tidur sebabnya otak aku tak reti nak berehat. Ada seketul jerawat besar tumbuh di dahi sebelah kiri di atas mata. Masa aku muda remaja dulu takde pulak jerawat-jerawat ni. Masa ni pulak dia nak tumbuh. Ini salah satu effect yang ketara dan berat badan aku susut banyak kerana selera makan aku yang hilang tiba-tiba. Dulu bila aku lapar badan akan menggigil sekarang tidak lagi.

Aku berada di persimpangan yang kalau aku tersilap masuk sahaja aku tidak boleh patah balik or no turning back. Aku tidak dapat berbuat apa lagi bila sudah sampai ke tahap itu. Hari ini aku nak buat mesyuarat tergempar bersama pengarah dan penolong pengarah yang lain. Aku perlu jelaskan perkara ini sejelas-jelasnya pada mereka. Aku tidak mahu melakukan sesuatu yang aku sendiri tidak mahir. Masa depan kerjaya aku terletak pada aku sendiri orang lain tidak boleh mencorakkannya. Mereka hanya akan mentertawakan aku bila ianya gagal. Kalau orang lain tidak mahu kenapa aku yang dipilihnya, aku tak mahu hanya dijadikan kambing hitam di dalam permainan mereka.

Bagaikan terdengarnya suara
Menghakis mengikis naluri
Mengeruhkan jernih suasana
Dan merentap harapan

Tiada erti aku merindu
Jika kau tak ingin bertemu
Apa gunanya bercinta di dalam kepura-puraan
Yang lafaz cinta hanya bibir
Namun diri tak seringnya hadir
Di saat engkau diperlukan... Aku hampa

Usah dikelirukan cinta
Yang terkusut jiwa merana
Jangan dengan separuh hati
Diri ini kau cintai

Usahlah renung hanya di mata
Benamkanlah ke dasar hati
Renunganmu telusnya pasti
Berarasy ke syurga cinta

Menanti kunjungan hampir pasti
Mengharap titis embun pagi
Dan bagai menadah gerimis
Yang masih pulang pergi

Monday, August 04, 2003

MENATANG HIDUP

Seorang kawan perempuan aku semasa di U mengadu sekarang ni bukan hanya orang perempuan sahaja menjadi saingannya, lelaki pun sama. Maklumlah husband dia boleh tahan orangnya, berkedudukan, bergaya dan lincah. Kawan aku tu pulak sama sibuknya dengan husband dia. Tapi apa-apa pun terletak pada hati dan nawaitu. Pokok takkan bergoyang kalau tak ada tangan yang rela menggoyangkannya. Sekarang ni tidak ada benda pelik dalam dunia ini, semuanya boleh sahaja. Rokok tidak akan menyala kalau kita tidak menyalakan mancis ke hujungnya.

Tapi ada juga orang perempuan yang tidak menghargai kebaikan lelaki yang ada dalam hidupnya. Atau memandang sepi apa yang cuba di sampaikannya. Sehinggalah dia kehilangannya. Gajah di depan mata tidak nampak, kuman di seberang laut juga yang di lihatnya.

Sunday, August 03, 2003

BAHASA JIWA BANGSA

Bahasa Melayu(BM) itu amat indah, tapi sayang nilainya semakin hilang. Aku setuju dengan pendapat seorang penulis di MM hari ini. Bila nilai ekonomi dan penggunaannya yang semakin terhad tidak mustahil suatu ketika nanti Bahasa Melayu jatuh tempat ketiga selepas Inggeris dan Mandarin. Jika di lihat di pasaran suratkhabar bahasa Cina ada berbelas sedangkan akhbar harian Bahasa Melayu cuma ada 2. Orang luar tidak kisah untuk mempelajari bahasa kita lagi sedangkan rakyat negara ini pun jarang menggunakannya untuk tujuan rasmi. Teringat semasa aku bekerja di sebuah stesyen TV, hanya Christine Ling seorang sahaja yang menyampaikan hujah dalam BM sedangkan keseluruhan mesyuarat dan 95 % ahlinya adalah Melayu. Christine Ling bukan tidak mampu berbahasa Inggeris tapi dia amat menyintai bahasa ini dan tidak malu untuk menuturkannya walau di mana sahaja dia berada.

Kenapa begini agaknya? Mungkin kuasa ekonomi bukan di tangan bangsa peribumi. Maka sukar untuk menyebarluaskan penggunaannya. Atau sikap kita sendiri yang mengambil jalan pintas untuk maju. Nasib baik di IPTS, BM diajar sebagai mata pelajaran wajib untuk semua pelajar termasuk pelajar luar negara. Apa akan terjadi jika kita terlalu ghairah ingin "membuka pintu" kita kepada pelajar luar dan memansuhkan mata pelajaran ini. Kalau emas tetap emas ke lubuk mana pun di cari orang. Contohnya Jepun dan Korea, pelajar kita perlu mempelajari dan menguasai bahasa mereka terlebih dahulu sebelum memulakan pengajian. Terbukti pelajar kita mampu melakukannya. Jika di lihat BM jauh lebih mudah jika dibandingkan dengan bahasa Jepun dan Korea.

Bahasa Inggeris memang menjadi bahasa ilmu dan ekonomi serta komunikasi utama dunia. Wajib tahu dan fasih. Namun generasi kini sudah dibayangi fenomena bahawa kalau hanya tahu BM kita tidak akan kemana. Kemana kita nak pergi dalam pendidikan dan kerjaya itu atas usaha masing-masing. Kita terlalu takut jika orang luar tidak memahami kita. Kita berubah untuk semata-mata memenuhi kepuasan mereka. Mereka tidak gentar dan tidak mahu mempelajari BM kerana kita sendiri tidak mempraktikannya. BM akan semakin terpinggir dalam era globalisasi atau hanya menjadi satu matapelajaran wajib lulus untuk membuktikan kita pernah bersekolah di negara ini.


KERONCONG UNTUK ANA

Benarkah tiada bagiku
Ruang di hatimu untukku bertapak
Walaupun sejengkal jari
Agar dapat ku berdiri
Di ambang pintumu

Kemana
Hilangnya keroncong
Oh! cinta yang kita
Nyanyikan bersama

Ataupun
Aku yang bersalah
Hanya menepuk tangan
Sebelah saja

Ana.. Ana..
Ana.. Ana..

Tiada ku sangka akhirnya
Kau tutup semua
Pintu cinta untukku
Hinggaku
Termanggu tiada
Arah nak ku tuju
Membawa hatiku


Apa yang paling kita inginkan itulah yang kita tidak akan dapat.

HARMONI

Sabtu ke Guthrie di Sungai Kapar Indah (SKI) berkenan dengan rumah model Harmoni. Satu perjalanan untuk mencapai cita-cita peribadi. Tadi ke sana semula tukar lot dari 50 ke 72 sebab lot 50 tu menghadap matahari terbenam. Banyak proses yang perlu di buat selepas ini. Harap-harap segalanya di permudahkan Allah. Aku tak beritahu N tentang ini, nanti bulan Januari 2004 bila sudah boleh pindah masuk barulah aku nak beritahu dia. Rumah ini kalau tidak untuk didiami pun boleh disewakan. Rasa selamat membeli hartanah dari Guhtrie sebabnya rumah di situ sudah 80 % siap, beberapa bulan lagi boleh diduduki. Masa membeli, pembeli boleh masuk kedalam rumah sebenar dan pasang angan-angan. Bukan seperti syarikat pemaju yang lain hanya sediakan model skala dan kawasan tanah rata untuk para pembeli.