Tuesday, February 27, 2007

TAG

TAG


Mula-mula Kak Meen Zulaikha( Novelis) tu tagged aku. Kemudian Kakak aku Kak Sya pula tagged jadi aku buat sekalilah untuk memenuhi 'impian' depa berdua itu. ( Sajalah nak korek rahsia aku kot nih ...). Apa pun inilah benda-benda pelik seorang AAK yang penuh misteri itu.

1. Cepat Bosan
Perkara cepat bosan ini berlaku bukan dalam percintaan ya! Dalam percintaan puak libra memang setia bagai nak rak. Bak kata orang biar langit runtuh sekali punlah. Ini soal hobi. Hobi aku sentiasa bermusim ikut nasiblah cuaca di luar tu kot. Kalau musim tu kemaruk nak bela ikan, pagi petang dok teringat ikan saja. Kalau time tu teringat kucing atau pokok, sanggup berpanas di tapak semaian carik pokok. Tapi 4 hobi utama aku ialah ikan, tumbuhan, kucing dan membaca. So kalau lihat tiba-tiba aku tak minat sesuatu tu, bukan bermakna aku lupa terus. Aku berehat sementara sahaja sebab ada benda baru yang mengujakan aku.

2. Pendiam dan pemalu
Aku sebenarnya bukanlah makhluk yang pendiam dan pemalu. Bila aku dah dapat rentak dan orang yang ada didepan aku tu aku kenal, baru dia tahu aku ini adalah seorang pak lawak yang teruk sekali. Pemalu dan pendiam itu hanyalah untuk sesiapa yang aku tak kenal sahaja.

3. Simple
Aku seorang yang simple, bagi aku buat apalah orang tu berspot rim segala keretanya, padahal bila memandu bukan nampak pun, ya tak? Orang lain sahaja yang menghayatinya, kita tidak. Benda-benda yang tidak menguntungkan begitu memang aku tak ambil port langsung. Kalau benda yang aku beli itu macam tu, macamtulah dia sampai kiok. Hahahaha...

4. Makan tak habis
Ini satu tabiat aku, makan tak pernahnya habis bila makan di luarlah. Kecualilah masakan yang mak aku masak. Bukan sebab tak sedap ke apa tapi kadang mood aku masa makan tu tak stabil kot. Masa makan memikir banyak hal tu yang tak habis tu. Aku suka melihat orang yang makan apa sahaja licin pinggan. Sebab aku tak boleh, entah kenapa ya? Tapi bila aku kelaparan badan aku menggigil.

5. Tak suka lambat.
Aku jalan sangatlah laju, tak terkejar korang semua bila jalan jalan sama. Bila jalan lambat terasa nak jatuh jer. Buat kerja pun aku pantas gak ( ini kot yg buat bos sayang hahahah ...) Semua benda aku buat laju dan pantas. Sebab kalau lambat nanti aku tak buat langsung jadinya. Macam benda yang satu tulah ... sampai la ni tak terbuat-buat hehehe ...

6. Bila suka sesuatu tu itu sahajalah yanga aku buat.
Ini satu lagi, tang makanan ke, baju ke, buku ke semualah. Kalau aku dah suka tu benda tu jerlah yang aku hadap. Tapi bila tak suka, bau dia lalu pun aku tak boleh.

So akak berdua puas hati tak dengan jawapan aku ? Sila komen ya!

Monday, February 26, 2007

Harapan


SECEBIS HARAPAN

"Orang yang yakin dan penuh harap akan nampak ros dan bukan durinya. Tetapi mereka yang putus harap selalu akan nampak duri dan tidak bunga rosnya." Pesanan mutiara ini ditinggalkan oleh tokoh pemikir dan sasterawan agung Khalil Gibran.

Indah bukan? Keindahan itu bukan hanya pada kata-kata tapi falsafah yang terkandung di dalamnya.

"Setiap hari melewati hidup , saya tidak pernah putus harapan malah saya selalu memikirkan akan mendapatkan lebih daripada yang ada." Kata novelis Amy Tan lewat bukunya One Hundred Secret Sense.



Margaret Weis pula berpesan dalam Dragon Of Winter Night bahawa, "Harapan terhadap sesuatu adalah menafikan realiti semasa yang ditanggung." Ini bermakna manusia hidup kerana mereka ada harapan biarpun realiti yang dilalui begitu menyulitkan.

Tidak juga dilupakan pesan tokoh ulama dan saterawan Nusantara, Hamka, "Semua manusia dianugerahkan kegembiraan sama ada pada awal, tengah dan akhir hidupnya." Maka apabila hari ini hidup kita tragis, barangkali kita telah menikmati kegembiraan di masa lalu. Suka dan duka silih berganti umpama sesetia malam kepada siang. Kedua-duanya pasti ada.

Hidup ini dengan segala macam kisah yang tidak mampu diungkapkan. Hanya tuhanlah yang maha mengetahui!

Friday, February 23, 2007

Unggu



UNGGU

Apabila orang tua main tarik tali depan anak-anak yang sudah bujang ala-ala "benci tapi rindu" apa yang perlu kita lakukan. Berdiam diri? Tidak memihak kepada mana-mana pihak? Dengar sahaja apa yang termampu. Hidup perlu diteruskan kerana kebosanan setelah hidup berpuluh-puluh tahun pastinya mengundang ketidakpuasan hati.

Oh! Bagaimanalah nanti jika ditakdirkan saya tua dan hidup sendiri dengan siapalah saya nak merajuk-rajuk begini? Kadang saya berasa lucu juga sedih dalam waktu yang sama. Telah terlalu banyak yang mereka harungi bersama, kemudian di detik emas ini segalanya menjadi unggu. Sedih kan?

Cinta dan kasih sayang memerlukan kesabaran dan sikap tolak ansur. Betulah, satu perkahwinan itu hanya menghalalkan 2 orang asing untuk tinggal bersama. Apa yang berlaku di dalamnya hanya merekalah yang akan merasainya. Jika indah Alhamdulillah, jika sebaliknya perlu banyak bersabar dan berusaha memperbaiki diri.

Saya lantas berkata kepada diri sendiri ..."Saya akan hanya mengingati momen indah dalam hidup ini dan benamkan ke lumpur perkara-perkara sedih yang boleh mengusut-masaikan fikiran. Sebab hidup ini terlalu singkat dan terlalu pendek untuk dimusykilkan. Hanya dengan menggingati detik yang membahagiakan kita rasa lebih bersemangat untuk menempuhi hari mendatang."

Namun saya berdoa, mereka mengetahui apa yang bersarang difikiran mereka sendiri dan dapat mengatasi segalanya kerana anak-anak tidak mampu melakukan apa-apa setelah kata-kata hanya mampu menjadi minyak yang boleh menambahkan marak apinya.

Unggu di mana-mana dan kata-kata bakal menerbitkan gempa.

GERIMIS


Aku melihatmu
dari pintu kaca yang berdebu
saat kau berlalu, menjinjing sendu
di suatu waktu itu.


Segalanya seakan mengelirukan,
Aku berdiri menghadap matahari
yang rakus membakar sesal
dan kilaunya menggilap
kelam perasaan.


Pasti kau nanti titis gerimis
Membilas duka lara disebalik manis rupa
Pada wajah yang tak mampu kulupa.


Azhan A. Kamal
Cyberjaya
23. Feb. 2003

Thursday, February 22, 2007

Muksin


MUKHSIN

Semua orang, kalau tak pun semua rakyat Malaysia ternanti-nanti filem ni. Cadangnya nak pergi menonton dengan seseorang. Temanya cinta dan persahabatan. Filem arahan Yasmin lah pulak kan. Mestinya berbeza. Apa yang buat aku teruja nak menontonya ialah latar tempat di sawah bendang di Sekinchan Selangor itu. Pasti macam tempat aku membesar di kampung. Filem ini pulak dah menang anugerah di luar negara. Pasti impaknya lebih membekas.

Melalui filem kita boleh memperjuangkan sesuatu. Jika jalannya ikhlas demi agama dan bangsa pasti segalanya turut mengalir dalam nadi filem itu. Keikhlasan berkarya amat penting kerana hasilnya akan terakam di layar putih.

8 March nanti merupakan tarikh filem ini bakal menemui penonton. Tak sabar kan? Memanglah, sebuah filem yang hebat sentiasa membuatkan kita termimpi-mimpikannya.

Ne Me Quitte Pas (Don’t Leave Me) -
Nina Simone

ENGLISH TRANSLATION:

Don't leave me
We must forget
All we can forget all we did till now
Let's forget the cost of the breath
We've spent saying words unmeant
And the times we've lost hours that must destroy
Never knowing why everything must die at the heart of joy
Don't leave me don't leave me
Don't leave me don't leave me

I'll bring back to you the pearls of rain
From a distant domain where rain never fell
And though I grow old I'll keep mining the ground
To deck you around in gold and light
I'll build you a domain where love's everything
Where love is king and you are queen
Don't leave me don't leave me
Don't leave me don't leave me

Don't leave me
For you I'll invent
Words and what they meant only you will know
Tales of lovers who fell apart and then fell in love again
There's a story too that I can confide
Of that king who died from not meeting you
Don't leave me don't leave me
Don't leave me don't leave me

And often it's true that flames spill anew
From ancient volcano's we thought were too old
When all's said and done scorched fields of defeat
Could give us more wheat than the fine April sun
And when evening is nigh with flames overhead
The black and the red aren't they joined in the sky
Don't leave me don't leave me
Don't leave me don't leave me

Don't leave me
I will cry no more
I will talk no more hide myself
To look at you and see you dance and smile
And hear you sing and laugh
Let me be for you the shadow of your shadow
The shadow of your hand the shadow of your dog
Don't leave me don't leave me
Don't leave me don't leave me


Wednesday, February 21, 2007

Selamat


SELAMAT KEMBALI ...

Semalam petang sudah sampai di Desaminium, badan hampir demam kerana bercuti sakan di kampung. Makan tidur, baca buku dan tidur lagi di depan TV. Emak dan bapak pun tak kuasa nak menghalang. Sebab hanya hari-hari cutilah kami semua dapat berehat. Kalau tidak sebelum terbit matahari sudah berada dalam kereta untuk ke pejabat. Kembali setelah matahari terbenam (tetapi tidak kaya-kaya juga ... belum kaya lagi :) ).

Empat hari di kampung terputus dengan dunia Internet. Bawa laptop tapi hanya sempat membuahkan 4 puisi sahaja. Dua lagi belum cukup ummp untuk diserahkan kepada Sifu Ainon. Nanti bila sudah diperhalusi barulah boleh dihantar semula. Alhamdulillah 4 puisi yang lahir daripada segala kemalasan semasa bercuti itu diterima. Sebelum ini banyak juga puisi saya yang ditolak. Penolakan membuatkan saya lebih teruja untuk menghasilkan yang terbaik dan meningkatkan mutu penulisan.

Emak sudah bising-bising berkenaan tumbuhan air yang aku tanam di depan tangga rumah. Pokok Pypyrus itu pokok kesayangan tetapi burung-burung nakal sentiasa cemburu dengan daunnya dan gondol dibuat sarang. Geram sungguh dan emak takut jika ada jentik-jentik membiak di situ.

Hobi aku sentiasa bermusim, musim gila membela ikan beribu habis membeli akuarium dan sanggup membuat bilik khas di bawah rumah. Hasilnya 4 akuarium berukuran 4 kaki setiap satu tersergam dan kini aku sudah seakan bosan. Abanglah yang menjaganya pula kini.

Nasib baiklah aku tidak pernah bosan dengan kerja yang aku tekuni sekarang. Harapnya tuhan tidak akan menarik balik apa yang telah Dia anugerahkan kepadaku. Aku berdoa agar sentiasa diberikan kesihatan dan kekuatan untuk menghasilkan sesuatu yang bererti dalam hidup.

Kes 2 beradik yang mati terjerut itu cukup menyayatkan hati. Sungguh, kadangkala terfikir ada manusia yang tidak layak mempunyai zuriat dan anak-anak zaman sekarang terdedah dengan begitu banyak ancaman. Walaupun ekonomi negara dilaporkan begitu positif perkembangannya kes-kes bunuh diri dan 'emosi terganggu' semakin menjadi-jadi. Kehidupan sudah tidak seimbang lagi antara pembangunan fizikal dan moral manusia. Keadaan sekeliling menjadikan kita semua nanar. Kes-kes jiwa tanpa pertolongan menjadi-jadi.

Ingin kubunuh kesunyian dalam diam yang panjang ...

Friday, February 16, 2007

Raya Cina


RAYA CINA


Semua akan bercuti dan balik kg. 4 hari kalau digunakan untuk menulis mesti banyak yang diperolehi. Tapi selalunya bila cutilah, automatik menjadi tidak produktif. Tak buat apa-apa, tapi masa pantas berlalu. Hanya kekesalan merasakan masa tidak dilaburkan dengan sebaiknya. Lebur begitu sahaja.

Sekarang ini mabuk menulis puisi. Setiap hari sekurang-kurangnya menghasilkan sebuah bagi mempertajamkan bahasa. Saya tak pandai bermain kata-kata. Saya menulis dengan terus terang, tapi akan ada lapis makna yang sukar ditafsirkan dengan mata kasar (ke saya yang perasan sendiri?)

Sabtu ini, insyaallah akan meneruskan kajian untuk penulisan manuskrip yang terbaru. Tidak kisahlah bila manuskrip yang terdulu akan diterbitkan. Tidak mahu mengusutkan fikiran. Kerja penulis adalah menghasilkan produk yang lebih baik setiap masa. Biarlah mereka-mereka yang berkenaan melakukan kerja-kerja yang lain. Sebagai penulis (layak ke dipanggil penulis?) saya hanya perlu menumpahkan idea melalui tulisan.

Saya teringatkan seseorang tetapi biarlah ingatan itu hanya terbiar begitu sahaja. Saya tidak mengharapkan apa-apa, kerana apa yang saya harapkan itu tidak pernah menjadi nyata.

Wednesday, February 14, 2007

Shah Alam

TOKO BUKU ALAF 21

Ramai yang bertanya kepada saya bolehkah orang luar singgah dan membeli buku di premis Alaf 21 di Shah Alam itu?. Rasanya tidak menjadi hal. Cuma sebelum masuk ke premis itu perlu ke pondok pengawal untuk memberikan nama dan tujuan. Kemudian teruslah ke toko buku itu yang terletak di bahagian sebelah kiri pintu masuk pejabat Alaf 21.

Ada 2 petugas di toko buku itu yang ramah menyambut tetamu. Semua terbitan terkini dan terdahulu Alaf 21 ada di situ. Saya ni macam mengiklankan Alaf 21 pulak. Bukan apa kalau kita singgah di Shah Alam selain pergi ke Tasik SA, Masjid SA dan pusat membeli-belah di PKNS dan sekitarnya kenapa tidak kita melawat kilang atau syarikat penerbitan yang mengeluarkan buku-buku dan bahan terbitan yang berkualiti. Siapa tak kenal Alaf 21? Karangkraf juga terletak tidak jauh dari situ.

Banyak impaknya bila kita melawat ke SA dan kemudian memasukkan agenda membeli buku terus dari kilang dalam program lawatan kita ke itu. Kebetulan tahun 2007 tahun melawat Malaysia. Orang membayangkan bila lawatan mesti ke tempat hiburan dan tempat-tempat menarik yang konvensional. Kenapa tidak melawat toko buku? Kata orang "Diamond are forever" begitu juga dengan buku, ya tak? Rasanya kalau saya bawa anak buah saya ke premis Alaf 21 tu semua buku dia nak beli. Harga pula amat berpatutan.

Jadi kalau inginkan maklumat lanjut click sahajalah di sini http://www.alaf21.com.my

Tuesday, February 13, 2007

Alaf

DI SITU

Tadi sempat berjumpa Tuan Editor di Shah Alam. Juga dapat membeli beberapa buku di toko buku di Alaf 21. Wah! Buku Zaharah Nawawi telah cantik terletak untuk di dibeli sebagai koleksi peribadi.

Tuan Editor yang amat prihatin itu menerima manuskrip yang telah saya edit buat sekian kalinya. Segalanya kini terpulanglah padanya untuk mencantikkan lagi 'hidangan' yang telah saya masak itu. Hangus atau tidak, menjadi atau tidak saya tak tahulah. Berserah sahaja ...

Tadi sempat juga membuatkan blog untuk rakan novelis Zara Juita. Beliau telah menerbitkan novel sulong beliau dengan Alaf 21 tajuknya "Erti Rindu Ini". Sila click di website beliau http://zarajuita.blogspot.com

Harapnya rakan-rakan novelis akan saling bantu membantu dan berhubungan. Kalau di lihat di luar sana. Di dunia sastera mapan mereka seakan-akan saling bercakaran. Puak penulis baru jauhilah segala rasa yang sebegitu dan lipatgandakan usaha untuk lebih produktif menghasilkan karya. Biar kita diam-diam dan meluncurkan karya saban waktu.

Monday, February 12, 2007

Penat


Keindahan Aurora Borealis di Fairbanks, Alaska

PENAT

Penat sungguh sepanjang minggu lepas. Majlis gilang gemilang telah berlalu. Nasib baik aku mempunyai jantung yang kuat, jika tidak banyak kejutan yang berlaku semasa pak menteri datang. Alhamdulillah semuanya telah selesai dengan jayanya. Pengalaman yang tak ternilai.
Hari Sabtu berkursus di KL dan hari Ahad pun sepatutya berkursus.Tapi aku terbangun lewat hari itu lantas terus bermalasan di depan TV.

SEINDAH AURORA BOREALIS (I)

Yang aku ingati adalah dikau
Saat jaluran cahaya itu
menari-nari di dada langit,
menyinari dingin malam Alaska.

Malam di pergunungan sepi ini
tidak mampu membekukan hatiku
dari terus merasai wujudmu
di mana-mana dalam diriku.

Kamal
Aurora Borealis Lodge
Fairbanks, Alaska.


SEINDAH AURORA BOREALIS (II)

Bukan jaluran cahaya utara itu
yang kunanti penuh debar di sini,
Andai kau tahu saat ini
Segunung sepi membeku di jiwaku.

Sehari lagi tanpa cintamu
Tak terdaya aku melangkah sendiri
Merenung jaluran itu membenamkan
rinduku di hati!

Kamal
Aurora Borealis Lodge
Fairbanks, Alaska.

SEINDAH AURORA BOREALIS (III)

Dalam dingin beku itu
Cahaya hijau terliuk-liuk
Memancar sinar pada lanskap malam
Di tengah pancaran cahaya
serba ungu kemerahan
Tersedar aku tentang sesuatu
Hanya bersamamulah yang aku mahu!

Kamal
Aurora Borealis Lodge
Fairbanks, Alaska.

Monday, February 05, 2007

UiTM Yang Gah!

UITM Yang Gah!

Tadi berkesempatan ke UitM, best sangat univ. Cantik, artistik menarik dan penuh dinamik. Melambangkan sebuah universiti mega yang tersohor. Mata terpana tak kala melangkah ke Golden lounge, juga wajah-wajah indah sepanjang laluan ke PTAR itu. Nostalgik ...

Rupanya segala yang indah itu tetap subur di situ dan aku rindukan waktu-waktu dulu.

Friday, February 02, 2007

Edit


EDIT JANGAN TAK EDIT!

Semalam seharian di rumah menyiapkan editing terakhir (ya ke terakhir hahahah...) Sempat juga ke JJ beli barang keperluan. Housemate semua pergi mancing dengan awek masing-masing. Memancing ke berendut pun aku tak tahulah. Tapi memang aku tak tahan kalau berpanas seharian tu kat luar di tasik Putrajaya.

Malam ini ada kawan dari UiTM Jengka nak menumpang tidur sebab Isnin dia ada kursus di PJ. Okeylah kalau sudi nak tidur di rumah bujang tu. Jangan komplen udah hahahah ...

Nak buat apa ya hujung minggu ni kalau tak balik kampung? Jalan-jalan ke PTJ dan kawasan sekitarnyalah. Aku nak suruh dia edit part agama dan hadith yang aku selitkan dalam manuskrip tu. Dia tu pensyarah tamadun Islam.

Okeylah selamat berhujung minggu!