STRATEGI MELAYAN KERENAH ISTERI
Tertarik dengan jawapan Cik Sri Siantan berkenaan pertanyaan seorang suami tentang sikap isterinya yang semakin dingin terhadapnya. Berikut adalah antara pedoman untuk suami ketika melayan dan menghadapi kerenah isteri sebagai satu cara mewujudkan keharmonian rumah tangga.
· Jangan buat tidak peduli ketika isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaflah dengan ikhlas. Kalau perlu pujuk, pujuk dengan mesra. Ini kerana hati perempuan agak sensitif dan sesetengahnya mahu dipujuk.
· Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati dan jangan sesekali bermain kayu tiga dengan perempuan lain. Ada ketikanya isteri sedar mengenai perubahan fizikal dan naluri suami.
· Kalau tidak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik mahu menengking dan menyalahkannya saja. Jauhi perbuatan tidak bermoral seperti memukul isteri.
· Kalau isteri nampak tidak sihat, cepat-cepatlah merawatnya dan jika serius bawa jumpa doktor. Tunjukkanlah anda mengambil berat mengenai dirinya.
· Apabila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersimpan telinga kiri. Sambil itu minda suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak dan prihatin.
· Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan emak anda kecuali masakan dan cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih daripada emak anda.
· Kalau pasangan sudah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Jangan sekali-kali lepas tangan dan suami duduk tersandar depan TV atau relaks. Tidak salah jika suami turut menjemur kain dan menyapu sampah.
· Sekiranya suami makan dulu, tinggalkan sedikit lauk untuk isteri dan jangan habiskan semua kerana kemungkinan si isteri belum makan lagi kecuali isteri memberitahu lebih awal dia sudah atau tidak mahu makan.
· Kalau ada kawan dan kenalan mahu bertandang ke rumah, sebaik-baiknya beritahu isteri terlebih dulu, untuk membuat persiapan seperti memasak, mengemas rumah dan menghias diri. Ini akan mengelakkan isteri berasa malu apabila tetamu datang mengejut.
· Jangan sekali-kali menyakat dan menyindir isteri mengenai saiz dan bentuk badannya yang semakin gejuk atau semakin melidi. Ada ketikanya perempuan cukup sensitif apabila ditanya mengenai perkara itu.
· Hormatilah ibu bapa dan kaum keluarga sebelah isteri walaupun anda cuma bermain wayang dan membodek mereka. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.
· Jangan kedekut dengan isteri serta belanja untuk keperluan rumah tangga. Jangan pula si suami lebih mementingkan adik beradik.
· Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Jika boleh, jangan bebankan isteri dengan masalah kewangan anda.
· Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Apabila anda membuka baju, letakkan dalam bakul baju kotor. Apabila mengambil sesuatu barang, simpan semula di tempat asal. Jika anda merokok, jangan merokok dalam rumah dan bilik air.
· Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia memerlukan bantuan anda dengan kerja rumah dan menjaga anak, apa lagi jika isteri sama-sama bekerja. Jangan tunjuk rajin hanya jika ada tetamu atau mentua bertandang ke rumah.
· Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami bermegah ada kuasa veto, pendapat isteri harus diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbang rasa dan saling menghargai. Ketepikan ego yang keterlaluan.
· Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumah tangga. Jangan membuat apa yang isteri tidak suka. Kalau sekali suami buat baik dengan isteri, isteri mungkin balas sepuluh kali.
Sumber : Berita Minggu, 15 Mei 2005
Berita TV3 semalam rasa macam nak ketuk jer kepala ADUN Rantau Panjang tu. Tersengeh-sengih buat kenyataan mempertahankan diri di atas isu kematian adik Nur Salina. Kalau you benar-benar prihatin dan proaktif tunjukkanlah usaha berapa kali hang turun naik pejabat Shapadu mintak jejantas dan traffic lights tu, ini tidak. Sesiapa pun boleh buat kenyataan sambil lewa nak mempertahankan diri. Harap penggundi kawasan tu jangan pangkah orang macam tu lagi masa pilihanraya akan datang.
Bila dah masuk TV tahu pulak nak bertindak, boleh pulak adakan semua kemudahan tu sekelip mata. Inilah salah satu sikap yang sungguh menjengkelkan. Bila semua orang dah mengamuk baru bertindak. Kalau tidak peram jer isu tu bawah meja. Cehhh … menyirap darah aku bila ingatkan.
Kenapa perlu ada tragedi demi tragedi baru bertindak? Macam sudah jadi budaya kerja pulak. Memang betullah kata MB Selangor ada kakitangan depa yang tidak buat kerja atau tak tahu nak buat apa bila dapat jawatan tinggi. Mungkin depa tak tahu kot apa ‘job description’ depa selepas dilantik jadi wakil rakyat.
Mmmmmmm.
Semalam benih pokok Waterlily yang diposkan oleh seorang kenalan telah selamat sampai. Sudah bercambah pun benih tersebut sebab diletakkan dalam tisu lembab.