Wednesday, March 31, 2004

SUSU


Ada kenyataan secara berseloroh dan membuatkan aku terfikir sesuatu kemudiannya.

"Bayi zaman moden disusukan susu lembu, tidak seperti kita dulu. Manakan tidak mereka berperangai seperti 'ibunya' itu bila besar". Dia merujuk isu buli yang mengorbankan seorang remaja lelaki. Isunya tentang cerek, nyawa jadi taruhan.

Susu lembu tidak bersalah dalam soal ini. Malah ianya membantu jutaan ibu-ibu yang bekerja di Malaysia. Cuma adalah digalakkan untuk menyusui bayi mereka dalam tempoh wajib yang ditetapkan. Jika bekerja ada cara untuk 'menyimpan' susu semasa ibunya bekerja. Hendak seribu daya, dan susu ibu jauh lebih baik untuk perkembangan otak dan akan mengeratkan lagi hubungan ibu anak. Otak yang baik perlu agar remaja ini bila besar mampu berfikir dahulu sebelum bertindak.

Berbalik kepada isu buli di sekolah. Si mati telah menyuarakan kegelisahan hatinya kepada pihak sekolah yang tidak berbuat apa-apa. Kenapa dia tidak menyuarakan masalah tersebut kepada ibu bapa atau saudara terdekat? Yana juga sering dibuli ketika di sekolah rendah, dia takut ke sekolah dan setiasa murung. Dia takut dengan sekumpulan budak perempuan 'ganas' dikelasnya yang suka membuli budak pendiam dan tidak cukup nutrient. Bila sahaja mak dapat tahu keesokan harinya mak menemui budak-budak perempuan tersebut. Pucat lesi dan takut sungguh mereka. Mereka tidak berani mengganggu Yana. Mak memang protektif terhadap kami semua. Yana juga bertuah kerana kami amat melindunginya. Cuma bila besar kami tidak lagi buat kerja 'sergah' orang yang memperlekehkan Yana. Kami bantu dia dari segi emosi dan mahu dia selesaikan sendiri masalahnya. Dia akan call kami bila-bila masa dia tertekan. Pukul 3 pagi pun pernah tetapi kebanyakkanya kini kes-kes pelajaran dan teman sekolej yang mencemburuinya. Dunia remaja penuh pergolakan, cuma kita perlu peruntukan masa untuk mendengar permasalahan mereka. Mendengar dengan penuh minat dan cuba membantu mereka menyelesaikan masalah. Semakin dewasa mereka tetaplah perlukan bimbingan dan perhatian yang lebih. Bukan semakin lepas bebas tanpa kawalan.

Aku juga minum susu 3 kali sehari. Ya mungkin aku tak cukup nutrient aku nak tambah berat badan. Takde sesiapa buli aku ditempat kerja. Aku buli mereka adalah :)

IKAN MASIN


Waktu lunch Cik Adik Manis di Cybercafe Tau tu dah faham. Mesti ada ikan masin baru aku tersenyum riang. “Hari ini ada kesukaan abang”. Dia kata begitu setiap kali ikan masin termasuk dalam menu hari tersebut. Aku pun ligat dan mesti tak akan lupa ambil ikan masin. Lidah aku memang dah dipaternkan sedemikian rupa. Lauk orang kampong.

Dulu aku pernah berseloroh dengan dia. “Kalau hantaran RM2000 boleh?”

“Hantaran RM 2000? Alamat makan ikan masin hari-hari ler”. Sekarang dia sudah bahagia dengan pilihan hati . Dia tak tahu yang aku memang suka ikan masin. Tiap hari pun tak apa, aku tak jemu. Hatta aku suka bagi buah tangan ‘ikan masin’ Kuala selangor untuk kawan-kawan. Ada gerai ikan masin dalam jarak 1.5 km dari jambatan Kuala Selangor. Harga dia amat berpatutan.

Dulu bila tiba musim menuai, ikan darat berlambak-lambak. Sepat dan haruan memang dijadikan ikan masin sebab bila dah mati terpaksalah dijemur. Ikan masin tahan berbulan-bulan. Garing bila digoreng. Zaman itu sudah berlalu. Penggunaan racun serangga telah membuatkan ikan pupus. Juga mungkin bila sistem penanaman padi 2 kali setahun membuatkan ikan tak sempat membiak.

Aku sedang berusaha untuk menambah berat badan. Tapi aku amat pemilih orangnya dalam makanan. Tidak boleh ‘over cook’, tidak boleh itu ini. Semuanya nak perfect barulah nasi yang dibeli habis di makan. Kalau tidak aku hanya makan secuit dua. Aku cepat muak, kombinasi lauk mesti tepat. Kalau silap mesti tidak tersentuh makanan yang dibeli. Cuma kalau ada ikan masin barulah aku lalu makan semuanya dengan berselera sekali.

Teringat ikan terubuk masin yang pernah aku beli dengan dia di Kuching. Banyak sekali kami beli dah agih-agihkan untuk kawan-kawan. Aku rindu ikan terubuk masin, juga aku rindu kenangan itu.

Segalanya masih masin diingatan!


Kekal

Sayang dengarkanlah
Syair kau tulis ku lagukan
Moga jadi siulan
Suatu masa
Dan moga engkau kan tersenyum
Dengan irama indah
Hanya itu
Yang mampu ku beri

Di dalam mimpiku
Syair indah
Yang masih ku baca
Hangus terbakar
Dengan tak ku sangka
Yang ku mimpi
Rupanya terjadi
Punah semuanya

Kesepian kini
Menyusuli hari
Syair nan di rindu
Kau bawa bersama
Tinggallah irama
Terus ku lagukan
Kekal ia bersama
Serpihan harapan kita yang punah

Kita tak menduga
Dari kenalan lahir sayang
Hingga ku terlupa
Kau siapa
Setulus kasih ku kalungkan
Dan selautan sayang
Kau singkirkan
Di persada ramba

Ziana Zain

Tuesday, March 30, 2004

INOVASI


Semalam berjam juga cuba mencari susur galur perkembangan bidang inovasi ini. Bila ia mula dikaji dan mendapat perhatian penyelidik. Rasa seronok pula bila mengetahui kajian bidang inovasi ini telah bermula dan meraih perhatian penyelidik seawal tahun 1971.

Jadi jika diperhatikan definisi inovasi ini juga berubah mengikut kepakaran dan penemuan baru serta teori para penyelidik.

Zaltman et. al (1973), " New idea, practice or material artefact perceived to be new by the relevant adoption unit".

Nelson and Winter ( 1977), "A portmanteau to cover the wide range of variegated process by which man's technologies evolve over time".

Rickards (1985), " Commercialisation of invention".

Van De Van (1989), "The process of development and implementation of new ideas by people who over time engage in transactions with others within an institutional context".

Angle & Van De Van ( 1989), " A purposeful, concentrated effort to develop and implement a novel idea that is of substantial technical, organisational and market uncertainty ; the entails a collective effort of considerable duration; and that reguires greater resources that are held by the people undertaking effort".

Nonaka(1986) - Knowledge Management Guru -" Innovation is a product of the interaction between necessity and chance, order and disorder, continuity and discontuity".

Vrakking( 1990), "Any renewal, designed and realised, that strengthens organisation competitiveness".

Nystrom (1990), "The creation of the future - the process of bringing new ideas into use".

Rickards & Moger (1991), "The process of making things happen".

Utterback(1971), "Phenomenon that involve radically different management styles and structures".

Zain ( 1995), " The process of matching organisational and environmental means and needs".

Definisi yang dikemukakan oleh Zain (1995) menyatakan bahawa inovasi terhasil apabila wujudnya kesatuan yang berjaya gabungan keperluan organisasi dengan perubahan persekitaran contohnya idea baru, process, teknik dan perkhidmatan. Zain merupakan penyelidik dari Malaysia yang telah menghasilkan Thesis Phd ( 1993) dari Manchester Business School. Kajiannya bertajuk " A field study of adoptions and implementations of innovation by manufacturing firms in Malaysia".

Monday, March 29, 2004

KABINET BARU PAK LAH



Kabinet baru Pak Lah kelihatan mantap. Ada kementerian yang diwujudakn semula seperti Wilayah Persekutuan. Ada juga muka lama ( lama betul) yang terus dikekalkan. Mungkin mereka tu memang pakar dalam bidang masing -masing, hingga kalau orang lain ambilalih jalan yang sepatutnya lurus jadi bengkok atau pedagang asing tak jumpa Malaysia dalam peta. Ada Menteri Palajaran dan Menteri Pendidikan Tinggi. Yelah bidang pendidikan merupakan nadi kemajuan sesebuah bangsa. Remaja dan golongan belia perlu dipimpin dengan cara yang betul agar dapat sama-sama merealisasikan Malaysia yang gemilang. Ataupun sekurang-kurangnya agenda mereka sendiri.

Apapun ada menteri yang tidak sesuai potfolio dia. Tapi tak tahulah, mungkin dia juga mahir bidang itu . Tunggu dan lihat sahajalah. Menteri kesihatan menampilkan muka baru . Aku dah agak perkara ini berlaku. Masakan tidak, terlalu banyak kekecohan dalam kementerian itu. Kes pesakit kronik yang tidak dapat pembelaan yang sewajarnya sedangkan dana untuk perkara itu memang ada. Perlu beri peluang untuk orang lain menerajui kementerian tersebut.

Inilah rasanya kabinet yang betul-betul nak buat kerja untuk rakyat. Ada performance indicator lagi. Baguslah kalau ahli politik berlumba-lumba untuk memajukan Malaysia, bukan hanya nak kejar pangkat dan kemewahan. Kita tengoklah ...

PERIUK KERA


Tak tahulah kenapa pokok ini dinamakan sedemikian rupa. Semasa dalam perjalanan balik dari rumah di Klang. Aku, Julie dan tunangnya singgah di sebuah tapak semaian di Jalan Kapar. Meninjau pokok - pokok yang ada di situ. Harga dia juga berpatutan. Cuma mereka tak sediakan lori kalau nak angkut barang dan pokok yang besar. Ada pokok periuk kera, harganya RM 18 sahaja. Aku tanpa berfikir panjang terus membeli pokok ini. Di tempat lain harganya mencecah RM 50. Aku jarang sekali tidak menawar harga ( sepatutnya aku mintak RM15 hehehe). Aku tengok pokok yang aku beli tu sihat, cuma bila aku tanya apa baja yang sesuai orang tu tak tahu. Selalu macam ni, mereka tidak memahami karektor pokok dan keperluan pertumbuhannya. Teringat pokok periuk kera di Kem Lambaian Danau, milik Kak G.

Saturday, March 27, 2004

TANDUK YANG BERGANTUNGAN!


Minat pada tumbuhan eksotik tidak mampu dibendung. Mengajak abg Syukur ke PKNS Bangi. Wah tempat itu macam syurga, taman mini tropika! Rambang mata dan pastinya hati terpikat. Misi untuk mendapatkan pokok tanduk rusa. Aku tak pasti nama saintifik dia. Ada tiga jenis kesemuanya. Aku beli spesies liar dan spesies Thailand yang tanduknya lebar. Spesies liar itu sudah confirm hidup subur dan ada tunas baru. Species Thailand comel, duduk dalam sabut kelapa. Harga kesemuanya RM 78.00 entahlah mahal rasanya tapi memandangkan nak pergi tempat lain belum tentu jumpa yang berkenan di hati.

Dulu pernah beli pokok tanduk rusa masa dalam perjalanan ke Kuantan, mati. Merajuk agaknya pokok tu, atau cara mengambilnya dari habitat asal yang silap. Ada lagi satu spesies yang tanduknya tegak betul-betul macam rusa. Harga dia jauh lebih mahal hingga mencecah RM300. Paling 'halus' pun dah dekat RM80. Tapi nantilah bila dah dapat gaji mahu juga ke sana lagi.

Petang sebelum tu ke Dengkil. Dapatlah satu spesies Heliconia (pak cik tu pun tak tahu nama dia) harganya cuma RM 10.00 tapi memang mengancam pokok dia tu. Aku nak tanam kat tanah dekat bahagian depan rumah. Di PKNS terdapat juga pokok Periuk Kera, itu juga spesies yang menjadi intipan.

Hari Sabtu dengan perasaan mengantuk aku berada di ofis. Sepatutnya giliran aku bercuti. Tapi ada member yang nak pergi shopping kenalah beri laluan pada dia. Orang darah manis ni kita turutkan sahajalah kehendaknya.

Cinta menyintai



Tidak pernah ku sangka
Rupanya kau lebih ku cinta
Dari hati yang putih
Ku hadir untukmu sayang

Aku turut merasa gelora
Yang menghempas jiwa
Biar lama ku tunggu
Ku pasti kau tiba

Kau selalu menduga, menguji
Kejujuran di kamar hati
Membuatku dihimpit oleh keresahan
Ohh... ohh...
Kita memendam rasa dan bermimpi
Terbang ke langit
Langit yang tinggi
Bertemankan awan indah memutih

Sambut tanganku sayang
Bawa ku ke syurga impian
Tiada lagi curiga
Oh... yeah
Kaulah yang ku cinta

Kasih ku kasihi dia
Cinta mencintai kita
Kasih ku kasihi dia

Oh... oh....oh...

Terima kasih untuk Nett yang sudi bersusah payah mencarikkan lirik lagu ini. Aku nak tujukan lagu ini pada insan yang paling nakal, degil, hati batu( batu pun tak keras macam hati u). Moga dia dilimpahi rahmat Allah sentiasa.

Friday, March 26, 2004

YOU RAISE ME UP


“Lagu dengan lirik dan irama yang mantap mampu merangsang minda untuk berjaya dalam hidup “ - itulah kata-kata Rokizan Ibrahim pakar motivasi dalam seminar-seminarnya. You Raise Me Up mendorong kita supaya sentiasa positif untuk hidup.

When I am down and, oh my soul, so weary
When troubles come and my heart burdened be
Then , I am still and wait here in the silence
Until you come and sit a while with me.

You raise me up, so I can stand on mountains
You raise me up, to walk on stormy seas
I am strong , when I am on your shoulders
You raise me up … to more than I can be.

Dalam hidup ini terlalu banyak liku duri yang sentiasa tertancap di mana-mana. Silap langkah luka berdarah dan lebih dahsyat lagi jika ianya menghancurkan hati. Semasa seseorang itu berduka cita disebabkan berbagai permasalahan, jiwa menjadi tidak keruan maka timbul rasa tertekan dan pelbagai perasaan negatif sehingga boleh membuat kita menyepi diri seperti bait :

When I am down and, oh my soul, so weary
When troubles come and my heart burdened be
Then , I am still and wait here in the silence

Dalam hidupnya yang sepi muncul seseorang dan memberi perangsang menyuntik kata-kata semangat. Kata – kata semangat ini yang telah merobah kehidupannya menjadi seorang yang kental. Boleh berhadapan dengans egala rintangan yang amat mencabar. Mampu meraih kejayaan yang ia sendiri tidak pernah terduga.

You raise me up, so I can stand on mountains
You raise me up, to walk on stormy seas
I am strong , when I am on your shoulders
You raise me up … to more than I can be.

Lagu ini dinyanyikan oleh Josh Groban yang bersahaja diiringi oleh muzik orkestra.

Seorang sahabat menghantar SMS ini :

“Doaku utkmu, ketenangan jiwa,keceriaan minda & kesihatan fizikal. Semoga hari ini tetap ceria dan sejahtera hendaknya”.
26-Mar-2004 04:50:32

Terima kasih sahabat, di atas ingatan tersebut. Dia menghantar SMS ini 10 minit sebelum pukul 5 pagi. Ada juga orang diluar sana yang sentiasa mendoakan aku. Juga doa aku untuk dirinya dan ahli keluarga dan sahabat yang lain.

HOMELIFE


Semalam Syazwan meneman aku ke IOI Mall melihat perabot di Homelife. Tertarik dengan dining set di situ. Setelah hampir sejam diyakinkan oleh penjual dan aku mula terpikat dengan set yang ditawarkan. Aku menuju ke kaunter pembayaran. Aku dimaklumkan booking untuk set tersebut telah penuh. Tempahan tidak boleh dibuat lagi. Wah! Kalau sudah tahu tiada stock kenapalah masih dipamerkan di situ. Simpan sahajalah set tersebut di tempat lain. Atau letak tanda “For Display Only”. Geram betul aku. Aku geram sebab hati aku sudah terpikat, kalau sudah minat benda itu akan terbayang-bayang sahaja.

Makan di Shakeys kemudian bergerak ke kedai perabot di tepi lebuh raya Puchong menghala ke Putrajaya. Ada banyak kedai perabot di situ. Kualiti dia pun lebih hebat dan banyak pilihan. Ada satu set kerusi meja makan kayu venge yang cantik. Ada offer pulak tu. Terus aku buat tempahan . Meja itu akan dipadankan dengan cermin 2X3 dengan bingkai dan warna yang sama. Selesai satu tugas Aku puashati dan dapat tidur dengan lena malam tadi.

Thursday, March 25, 2004

AWAK KENAL POKEMON?


Teknologi maklumat, tidak kira betapa ia inovatif atau kreatifnya ia , tidak berguna melainkan ianya diterima oleh pengguna. Penyelidik perlu memahami isu socio-technologi sebelum mengguna pakai technologi tersebut dan diterima pengguna. Ianya juga bersesuaian dengan pengurusan teknologi yang efektif. Apa juga bidang yang kita ceburi , kita perlu memahami kehendak pengguna kita. Kita perlu melihat sesuatu melalui kaca mata pengguna dan memahami kehendak mereka. Barulah apa yang dihasilkan itu diterima pakai. Itulah apa yang aku fahami ketika membaca hasil kajian penyelidikan yang dihasilkan di Universiti ini. Kalau menghasilkan penyelidikan phd dan master hanya untuk mendapatkan title, rasanya kita tidak akan sampai ke mana. Buatlah sesuatu yang boleh memberikan hasil bukan teori semata-mata.

Aku harap mereka memahami “Pokemon”. Aku mahu penyelidik memahami kita berada di dunia nyata dan faham siapakah sasaran pengguna kita. Kita perlu menghasilkan ‘karya agung” untuk generasi sekarang yang lahir dalam dunia Pokemon ini.

“My kids are mad about them. The toys are cute but how are they any cuter than a teddy bear? Clearly, it’s a phenomenon that these children understand and we adults don’t. So already you can see a gap. Why were you not lining up at the McDonald’s for the ‘Hello Kitty” collection? There’s clearly a different view of the world that’s developing as seen by those customers of tomorrow. The business world must realize that today ‘s youth, born into a technology-intensive networked world are going to see the world differently when they become adults. If you want to be there and they are your customers, you must learn to see the world through their eyes to be able to address their needs. No matter what kind of world it is, you still need to delight your customers to become successful. That doesn’t change, whether you are in the agricultural age, the industrial age or the information age’, Chairman and CEO Union Bank of Philippines.

Ya semua organisasi ingin membentuk kakitangannya lebih dinamik dan menjadi 'knowledge worker'.

“ A knowledge Worker is one who transforms personal and corporate experience into knowledge – acquiring, applying sharing and disseminating it and in the process leveraging it across organizational boundaries. A knowledge worker’s values and ongoing educational, personal and professional growth are aligned with corporate vision, management aspirations and the pursuit of strategic goals’.

Mereka juga harus faham kehendak pengguna dan pelanggan mereka. Mereka juga harus kenal Pokemon.

MANDI BUNGA



“Kau kena mandi bungalah … sebab semua usaha tak jalan”. Makcik aku gelak-gelak kecil.

“Mandi bunga buat apa Mak cik? Aku yang pilih bukan diaorang yang pilih”.

“Yelah, banyak dah calon, apsal tak jadi jer, nak yang macamana lagi?

“Tak mahu fikir lagilah …”

“Tu ler orang kata gi mandi bunga, degil”.

Malas aku nak layan. Buat sakit hati jer. Kalau mandi bunga kat spa takpelah. Ni mandi bunga yang controversial. Tak pasal-pasal ada unsur-unsur syirik. Biarlah lambat, sebab aku tengah busy sekarang ni. Bila sampai masanya tahulah aku buat pilihan bijak.

TOSHIO


Dia hanya sebut dua dialog sahaja. Bila Rita tanya namanya, dia jawab Toshio dan buat suara kucing. Yang lain dia hanya termenung, duduk, jalan dan menghilang. Badannya di cat warna putih. Dia datang bila-bila masa, siang mahupun malam. Itulah budak kecil yang Nasir gelar "doktor" ( dalam Juon 2) dan kini kami tahu namanya Toshio. Nasir panggil aku ke rumahnya untuk temankan dia nonton Juon rupanya. Ingatkan pasal kena tolong dia betulkan paip pecah. Kami suka nonton cerita hantu. Tapi dia penakut sangat. Hampir sepanjang masa tutup mata, tapi kemudian sibuk tanya apa yang Toshio buat. Aku gelak sahaja tengok hantu Jepun itu semua. Tapi aksi Toshio benar-benar mendebarkan jantung. Hantu yang merangkak macam "scorpion" itu tidak berapa menakutkan. Muzik latar dia pun biasa sahaja.

Nasib baik bila aku memandu pulang ke CC pada pukul 1 pagi lampu jalan ke CC dan elok terpasang. Dulu gelap gulita. Aku buka radio kuat kuat dengar Farah Fauzana in the house berceloteh. Kalau tak mesti kotak fikiran aku diserang imejan Toshio.

Wednesday, March 24, 2004

HARAPAN


Nanti aku akan tinggal di Jalan Harapan. Nama jalan tu "harapan". Memberi sinar pada satu perjalanan yang tak pasti. Sesungguhnya aku masih keliru kenapa aku memilih tempat itu. Perjalanan ke tempat kerja 45 - satu jam memandu ke CJ. Tapi aku rasakan ianya tempat yang paling strategik untuk aku menghargai kehidupan yang dipinjamkan kepadaku ini. Mungkin ianya tidak terlalu jauh dengan CC. Atau aku ingin berada di sampingnya selalu dalam kenangan itu. Entahlah ...

Yana begitu seronok memilih bilik mana yang hendak dijadikan 'bilik hinggapnya'. Tapi aku katakan padanya ini rumah bujang. Aku harap dia faham maksudnya. Keadaan rumah itu 90% ok. Tapi banyak yang perlu dikomplen. Itu juga akan mengambil masa sehari untuk didokumenkan.

Ajak masuk hospital Putrajaya. Usia baru 20 tahun tapi sudah diserang diabetis. Gemuk dan tak jaga pemakanan. Aku pula beria-ia nak menambahkan berat badan aku. Mula minum Weight Gain & susu setiap hari. Juga perlu menelan multivitamin. Tapi risau pula, mesti ada kesan sampingan bila memakan pil vitamin ini. Aku mengambil Revicon Forte, masalahnya aku sentiasa berasa kenyang setiap kali waktu makan tengahari. Aku harus memaksa diri makan. Kalau mahu gemuk! Kawan di JB suruh aku telan B Complex. Nantilah aku cari di farmasi.

Sekadar renungan :

" Apabila hati manusia telah mati atau menjadi keras, apabila cahaya hati manusia telah padam dan tidak bersinar lagi atau apabila ia telah tumpas dalam pertarungannya menghadapi syaitan maka terbukalah pintu-pintu masuk segala kejahatan terutama ke dalam dirinya, kerana syaitan itu meresap di dalam diri anak Adam sebagaimana pengaliran darah di dalam tubuhnya". ( Fathi Yakan, Apa ertinya Saya Menganut Islam p:82)

Nota : Ada sesiapa yang tahu lirik lagu Cinta menyintai - Nurul & Ajai?

Monday, March 22, 2004

ACACIA & DEBAR



Trengganu cuti hari ini. Kakak aku call subuh-subuh lagi. Tanya aku cuti ker tak. Hari ini kerja juga. Tapi mood pilihanraya masih terasa. Semalam mengundi di AU3 itu. Sekolah tu just depan apartment yang pernah aku sewa dulu. Apsallah aku tak pernah terperasan ada sebuah sekolah kat sebelah apartment tu. Pelik sungguh ... Yelah dulu aku keluar pagi balik malam manalah nak terperasan benda-benda itu semua.

Lepas mengundi aku balik ke CJ. Petang tu rasa boring pula. Wan tak boleh balik lagi sebab tiket flight semua dah habis. Malam ni baru ada. Aku call abang Nasir untuk temankan aku menonton filem Korea Acacia. Filem ni tak tahu kenapa promosinya agak kurang. Sebuah thriller suspen yang baik. Aku ingatkan filem hantu. Walaupun plotnya bercampur baur tapi di akhir cerita tahu sebab dan akibat atas kejadian yang berlaku. Kisah anak angkat, konflik yang terjadi setelah mendapat anak sendiri. Cemburu kehilangan kasih sayang keluarga angkat menjadi tema filem ini. Suka sekali dengan lakonan pelakon kanak-kanak Korea itu. Mainan ekspresi muka dia taklah sebaik lakonan pemain watak utama filem Ponette yang ditayangakan di tv Sabtu malam Ahad lepas, tapi tetaplah baik.

Aku belanja Nasir di Restoran Kelantan KLCC. Dia kehabisan cash sebab biasalah malam minggu dia pasti belanja sakan member-member dia. "Mesra Alam " dan dua ekor anaknya telah di hantar ke SPCA. Kesian pulak "omel-omel " tuu gebu dan gemuk sekali. Tapi Nasir tak larat nak bela pets banyak-banyak. Dia nak pergi bercuti.

Esok aku bercuti ... saat paling bahagia dalam hidup aku bermula.

APA SEBENARNYA


Dia tak membalas SMS aku. Persoalan itu tergantung begitu sahaja. Dia seperti mencari nafas bila dikemukakan persoalan itu. Atau sudah terang lagi bersuluh. Aku cuba untuk tidak bersungut. Dia seperti pelangi yang penuh keindahan dan menggetarkan rasa. Cuma mungkin dia akan hilang bila tiba saatnya. Aku akan terus merindui jalur warna yang sentiasa mewarnai mimpi-mimpiku. Aku amat berharap pelangi itu muncul saban hari dan aku dapat merenungnya dari sini. Biarlah jauh dan terasing namun aku akan terus menggenggam harapan itu. Itu adalah pilihanku.

Sunday, March 21, 2004

HARI MENGUNDI



Kali pertama tergerak hati nak mengundi. Pagi-pagi lagi dah bersiap, tapi ada hal sedikit terpaksa pergi ke pejabat sekejap. Jadi bila dah sampai ke ofis dan nampak PC apa lagi mestilah mengupdate DJW. Semalam ke Puchong membeli lampu. Aku pilih yang bentuk selinder. Kemas simple tapi akan sedikit terjuntai. Itu boleh adjust. Itu baru untuk ruang tamu, dining dan porch, bahagian lain belum lagi. Tak larat nak mendongak, memilih dan membuat pilihan. Sebab aku ni tak suka lampu yang payah nak ganti bila bulb dia terbakar.

Aku akan mengundi di Sekolah Kebabgsaan AU Keramat Jalan 5/56 Jalan AU3 KL. Kat mana tempat tu? Aku lagilah blurr, terpaksa ajak Abang Nasir. Dia pun seblurr dengan aku tang jalan ni. Jadi kami akan pergi makan dulu nanti kot sesat. Sesat dengan perut kenyang takpe. Emosi akan maintain stabil, kalau sesat dengan perut kosong kang mencarut je sepanjang jalan. Dulu aku pernah kerja di area Wangsa Maju. Tapi tetaplah tak reti jalan, aku pergi kerja naik teksi, jenjalan naik bas manalah aku hafal jalan.

Aku nak tujukan lagi ini untuk dia. Tak apalah kalau dia pernah tujukan lagu ini pada sesiapa pun makhluk di dunia ini. Itu hak dia. Hak aku pula, aku nak tujukan lagu ini pada dia. Kalau dia dengar lagu ini harap dia ingat aku. Walau secara keji pun tak pe. Tidak menjadi kudis. Kita kena fikirkan benda yang positif supaya fikiran kita tenang dan hati kita gembira. Jadi aku memikirkan dia akan gembira bila dia dengar lagu ini kat mana-mana. Hati aku puas ...

Sekadar Di Pinggiran

Tiada guna kau berpatah arah
Jika niatmu meyambung kasih
Apalah ertinya disebalik
Tangisan atau rintihan

Untuk apa kau kembali lagi
Sekadar hanya untuk menyakiti
Cukuplah sudah di sini saja
Biar aku pendam duka


Hati sedih, hati pedih
Mengenangkan keindahan
Bersamamu...

Tidak kusampai
Ke puncak sana
Apalah daya
Ku bertahan cuma
Di pinggiran
Yang memilukan...

Jauh sekali di sudut hati
Menyimpan dendam yang amat mendalam
Akan kusahut namamu oh! sayang
Sewaktu ku kesunyian...

Francessca Peters (Manan Ngah / Lukhman S)

Friday, March 19, 2004

BUSY



Hari ini terpaksa mewakili boss untuk Coordination Meeting ( Semua Dekan, Pengarah Pusat Kecemerlangan dan CRPP) akan bermesyuarat. Rasa semacam pula bila orang jemput kita meeting yang tidak tahu hujung pangkalnya. Kalau silap cakap harus memalukan diri dan dept yang diwakili. Jadi malam tadi aku prepared something supaya tak ler nampak kaku bodoh semacam jer. Aku memangku tugas boss aku sehingga hari ini. Boring betul semua keputusan aku kena buat dengan tepat dan rasional. Aku memang malas nak pergi meeting segala ni, itulah antara sebabnya aku menolak perlantikan untuk mengetuai satu unit baru hujung tahun lepas walaupun aku telah pergi 'berkursus' di Sydney dan Melbourne untuk tugasan itu. Bukan di sinilah, company lain mungkin aku suka. Kat sini biar gaji naik jawatan atau pangkat tak naik takpe :). Sebab tak ada beza, cuma kerja bertambah adalah.

Selepas sembahyang Jumaat di masjid Dengkil sempat pulak menulis haiku ini :

Kerikil tajam
Rindu subur di laman
Luka berzaman

AAK
Dengkil 2:30 pm.

Khutbah Jumaat hari ini berkaitan dengan mentaati pemimpin. Itu sahaja yang aku ingat, yang lain aku macam separuh sedar. Ingat-ingat lupa, mungkin kalau ada video presentation masa khutbah tu akan menjadi lebih hebat dan kekal diingatan. Entah ler kehendak manusia ni macam-macam.








Thursday, March 18, 2004

SPR BERI JAMINAN UNDI RAHSIA


Oleh Fazli Abdullah (BH 17/3/2004)

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberi jaminan bahawa undi adalah rahsia seperti termaktub dalam undang-undang walaupun kertas undi mempunyai nombor siri.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman, berkata nombor siri pada kertas undi dan kaki kertas undi hanya bertujuan jika ada petisyen difailkan ke mahkamah.

Beliau berkata, selepas pilihan raya, peti kertas undi akan disimpan di tempat selamat selama enam bulan sebelum dibakar.

Katanya, pemeriksaan semula atas kertas undi hanya boleh dilakukan atas perintah mahkamah selepas menerima petisyen daripada mana-mana pihak.

“Hanya mahkamah yang boleh membuka peti undi yang mengandungi kertas undi dan peti yang mengandungi kaki kertas undi,” katanya pada sidang media di Pusat Media di ibu pejabat SPR di sini, semalam.

Abdul Rashid diminta mengulas gesaan Timbalan Presiden Parti Keadilan Nasional (Keadilan), Abdul Rahman Othman yang mahu SPR memberi jaminan identiti pengundi dan parti yang dipilih dirahsiakan.

“Saya mencabar SPR mengeluarkan kenyataan bagi memberitahu kakitangan awam bahawa mereka tidak harus bimbang. SPR secara jelas harus menyatakan tiada usaha untuk mengetahui undi mereka,” kata Abdul Rahman.

Mengulas lanjut, Abdul Rashid bertanya kepada mana-mana pihak yang tidak yakin dengan perkara itu sama ada terdapat nama pengundi yang didedahkan.

“Adakah dalam 10 pilihan raya lalu, mana-mana pengundi yang undinya didedahkan. Ada ke kes dalam negeri ini, mana-mana pengundi yang undinya didedahkan melainkan dia sendiri keluar ...aku undi (memberitahu orang lain).

“Ada juga karektor (pengundi) macam itu tapi undi memang rahsia,” katanya.

Beliau berkata, misalnya jika ada petisyen pilihan raya pemilih berdaftar mendakwa tidak dibenarkan mengundi, hakim akan mengarahkan peti undi mengandungi kertas undi dan kertas kaki undi akan dibuka untuk diperiksa bagi memastikan kesahihannya.

“Dalam kes ini, kita akan buktikan bila peti undi dan peti kaki kertas undi dibuka. Nombor siri ada dan kita boleh tahu sama ada dia mengundi atau tidak. Ini adalah untuk keselamatan pengundi.

“Untuk mengatakan kita melanggar undang-undang bahawa undi bukan rahsia adalah tidak betul. Itu tanggapan salah,” katanya.

Abdul Rashid juga berkata, amalan menggunakan nombor siri pada kertas undi bukan saja dilakukan di Malaysia, malah di England dan sistem itu diguna pakai di Malaysia sejak dulu.

Beliau berkata, selepas tempoh enam bulan kertas undi berkenaan akan dibakar dan disaksikan oleh calon untuk memastikan tidak berlaku sebarang pencabulan terhadap peti undi berkenaan.

Abdul Rashid berkata, jika seseorang mempunyai persepsi semua yang dibuat SPR tidak betul, sukar bagi pihaknya menukar pemikiran sedemikian.

“Saya nak buat apa lagi... saya nak hantuk kepala ke dinding sampai berdarah kepala untuk suruh orang percaya... tidak boleh. Percayalah kepada saya kerana kita melakukannya secara adil,” katanya.

Nota : Berani kerana benar takut kerana salah. Jangan baling batu sembunyi tangan sudah. Tapi yang lebih penting ialah jangan lakukan teknik balas dendam terhadap sesuatu kawasan. Walau apa pun corak bendera yang ‘diikuti’ seharusnya kemajuan kawasan-kawasan itu tetap berjalan lancar.

FULL MONTY

“Orang tidak akan pandang rendah pada kita jika poket kita penuh”. Banyak mesej yang ingin disampaikan dari filem British ini. Manusia akan berbuat apa sahaja kalau terdesak dan maruah tercabar.

AAK

Ada waktu-waktunya dalam hidup, kita tidak tahu apa sebenarnya yang kita inginkan. Pada ketika itulah kita rasa waktu begitu pantas memintas tanpa kita sedari. Menanti membuatkan kita terus merana. Berpura-pura tidak kisah dan melangkah pergi menjadikan kita tidak tentu arah. Sering bertanya soalan ini. Apa sebenarnya yang diinginkan dalam hidup?


Wednesday, March 17, 2004

APA ERTINYA SAYA MENGANUT ISLAM


Buku kecil setebal 210 muka surat ini adalah tulisan Al-Ustadh Fathi Yakan dan diterbitkan oleh Dewan Pustaka Fajar (2000). Ianya merupakan terjemahan dari kitab Madha Ya'ni Intima 'i Lil-Islam ( Apa Ertinya Saya Menganut Islam). Kitab ini dibahagikan kepada dua bahagian. Bahagian pertama membentangkan sifat-sifat yang wajib ada pada setiap Muslim supaya dengan sifat-sifat tersebut ia benar-benar menjadi Muslim. Bahagian pertama ini menjelaskan syarat-syarat yang wajib ada pada setiap orang yang menggabungkan dirinya dengan agama Islam.

1. Saya mestilah Muslim di sudut aqidah.
2. Saya mestilah Muslim di sudut ibadah.
3. Saya mestilah Muslim di sudut akhlak.
4. Saya mestilah Muslim di sudut berkeluarga.
5. Saya mestilah mampu mengawal diri.
6. Saya mestilah yakin bahwa masa depan di tangan Islam.

Matlamat dari bahagian ini adalah untuk menjawab seluruh persoalan-persoalan ini disamping menerangkan perkara-perkara yang dituntut oleh Islam ke atas seorang Muslim supaya penggabungan mereka ke dalam agama Islam menjadi penggabungan yang sah dan benar dan seterusnya ia menjadi seorang Islam yang benar.

"Di dalam kehidupan ini insan bertarung dengan dirinya sendiri. Adakalanya ia menang adakalanya ia kecundang atau ia tetap dalam pertarungan yang berterusan. Sememangnya pertarungan ini berterusan sehinggalah ajal maut menjemputnya." p:75.

Bahagian kedua buku ini pula menerangkan kewajipan beramal untuk menegakkan Islam dan kewajipan menggabungkan diri dengan Harakah Islamiyyah. Bahagian ini juga menerangkan ciri-ciri atau sifat-sifat Harakah Islamiyyah , sasaran-matlmatnya, cara-cara pergerakannya, falsafahnya, cara atau jalan kerjanya serta sifat-sifat yang wajib ada pada diri orang yang menggabungkan diri dengannya.

1. Saya mesti hidup untuk Islam.
2. Saya mesti beriman bahawa beramal untuk Islam adalah wajib.
3. Tanggungjawab, ciri-ciri dan persediaan Harakah Islamiyyah.
4. Saya mestilah memahami cara-cara beramal untuk Islam.
5. Saya mesti memahami sejauh manakah makna penggabungan dengan Harakah Islamiyyah.
6. Saya mesti memahami makna pemusatan amal Islami.
7. Saya mestilah memahami syarat-syarat Bai'ah dan keanggotaannya.

Banyak yang saya fikirkan ketika membaca buku ini. Gaya bahasanya cukup mudah difahami dan kesannya cukup mendalam. Rasa diri ini begitu kerdil dan begitu alpa sekali. Bersyukur sekali 'bertemu' buku ini di suatu pagi yang dingin.

BULI IWAN

Malam tadi menonton Buli dengan Iwan dan rakan-rakannya. Iwan akan terbang ke Kuching posting di sana pula. Ceritanya agak logik dan natural dari segi acting. Maknanya memaparkan kisah kehidupan dalam dunia realiti bukan lakonan semata-mata. Namun apa yang penting dari kisah ini ialah nilai persahabatan itu tetap akan subur. Siapalah kita tanpa sahabat sejati yang sanggup bersusah senang menelan kepahitan hidup. Di saat kita memerlukan mereka. Hidup ini adalah di atas apa yang kita inginkan atau fikirkan.



Tuesday, March 16, 2004

RUMAH NO. 4


Semalam aku bercuti begitu juga dengan hari Sabtu aku 'ponteng' @ EL. Aku tengok rumah dan settled semua bayaran ( interest, elektrik dan air). Aku buat surat kepada pemaju dan mereka bagi kurang 25%. Alhamdullillah tak lah sampai bertegang leher. Rumah aku tu no 4, mula-mula aku tersilap masuk lorong. Rumah itu no. 4 juga. Tapi banyak yang tak kena dengan rumah tu. Bila aku keluar aku terperasan rumah aku di lorong ke 5. Alhamdullillah keadaan rumah aku tu elok sahaja. Laman dia tak luas tapi cukuplah untuk aku membesarkan Heliconia dan teratai.

Sabtu aku sampai di kg, kakak aku dan keluarga sampai agak lewat petang dari Kuantan. Kakak dan abang ipar aku pun kemaruk dengan teratai yang tumbuh meliar di jalan masuk ke kampong. Memang cantik teratai tu. Pagi Ahad aku dan kakak serta 3 orang bala tenteranya ingin menyudahkan misi itu. Mula-mula tak reti nak ambil macamana. Sebab bila cabut akarnya pasti terputus. Hampir putus asa. Kemudian aku masuk dalam parit tu. Orang yang lalu lalang biasalah heran tengok gelagat aku. Aku pilih pokok yang masih muda, baru aku tahu teknik nak mengambil pokok itu. Akarnya juga tidak putus. Adalah dalam 15 pokok. Tapi penat tak usah cakaplah. Calar-balar kaki aku. Ada juga pokok keladi bunting. Tapi telipok tak sempat ambil. Next time bila aku balik aku ambil jer kat parit di tepi sawah ada warna putih kalau tidak silap aku. Jadi nanti aku nak belajar cara yang betul menanam tumbuhan ini di pasu.

Petang Ahad ke New Village makan di sana. Jangan tak tahu tempat tu. Mula tak perasan kat mana pak cik tu nak bawak aku makan. Rupanya kat Kampong Baru. Aku bermurah hati belanja dia pula. Ikan siakap 3 rasa, nasi sayur dan telur dadar serta air untuk dua orang cuma RM 23. Murah dan kenyang sangat. Malam tu nonton ABP 2003, persembahan pembukaan oleh Anita memang bertenaga. Tapi yang lain agak bosan. Kecualilah suara Siti yang kalau duduk nonton secara live harus meremang bulu roma.

Semalam pula aku sempat ke Macy dan ke bank. Entah di mana Macy sorokkan perabot dia. Semua yang lama, ker sebab ada sale. Nak habiskan stock lama. Minggu ni tunggu Guthrie call untuk ambil kunci rumah.

Monday, March 15, 2004

ULANG TAHUN DJW YANG PERTAMA!



Semalam 14 Mac 2004, DJW genap setahun. Tiada apa yang boleh dibanggakan rasanya kecuali bersyukur dalam tempoh ini DJW dapat menemani segala keluh kesah aku. Corak penulisan tidak banyak berubah. Ada ketikanya ia seolah-olah melontarkan segala rasa yang terpendam ke langit. Kata pujangga jangan dirindui bulan bintang atau pelangi itu kerja sia-sia. Tetapi ada ketikanya kisah yang ditulis sebenarnya banyak melegakan gelodak rasa. Pada ketika yang lain, rasanya malas meneruskan pengembaraan DJW, tetapi inilah satu-satunya pelarian pada tekanan yang paling mujarab.

Menemui rakan-rakan seperti Merry & the Gang merupakan sesuatu yang amat berharga. Ada juga pembaca setia di luar sana yang mungkin aku tidak kenali. Terima kasih di atas segala perhatian dan masa yang 'terbuang' ketika meratah cebisan hidup yang tercatat di sini. Mohon ampun jika apa yang tertulis bukan seperti yang diharapkan. Hidup kita ini ada naik turunnya. Terima kasih jika masih mengingati seseorang seperti aku ini. Jadikan segalanya sebagai asam garam kehidupan insan kerdil, pengembara yang tersesat dan ingin mencari jalan pulang.

Dulu aku memulakan catatan pertama dengan diiringi lirik lagu "Kedinginan". Kerap kali pula ketika memandu terdengar lagu "Dia" dari penyanyi yang sama. Mungkin lirik lagu "Dia" ini menyimpulkan dengan amat tepat apa yang aku alami ketika ini. Rasanya amat berdosa dan membuang masa sekali mengingati dia. DJW bukan lagi dilahirkan kerana dia, melainkan ianya adalah tentang diri aku sendiri. Ya setelah setahun aku perlu bertatih membina hidup aku sendiri. Mencari kebahagiaan dan segala rasa yang hilang. Namun terima kasih kerana membenarkan aku menjadi sebahagian dari kenangan itu sendiri.

Hidup aku menjadi lebih menarik. Tidak lagi perlu menelan pil tidur. Rasa lebih sihat dan dikelilingi oleh keluarga dan adik-beradik tersayang. Cuma aku ingin lebih menyendiri dan biarlah DJW menjadi medium perantara antara aku dan pembaca jika ada. Biarlah mereka mengenali aku dari penulisan aku sahaja. Mungkin kita pernah berlaga bahu ketika di mana-mana. Mungkin juga ada insan-insan yang mengenali aku secara peribadi. Kita akan sentiasa bertemu lagi dengan izinnya di sini setiap hari bekerja dengan keizinanNya. InsyaAllah.

Friday, March 12, 2004

KU PETIK BINTANG-BINTANG


Hari Jumaat dah! Rasanya masih terngiang-ngiang khutbah Jumaat minggu lepas. Cepat betul masa berlalu atau kita yang tak sedar semakin hari semakin tua. Hari ini akan ke bank dan mengeluarkan sejumlah wang untuk dibayar kepada developer esok. Nak mintak pengurangan, sebab kelewatan bank membayar kepada developer bukan salah aku. Terpaksalah aku menggunakan jurus memujuk peringkat tertinggi. Skil memujuk aku selalunya tidak menjadi. Tapi aku akan cuba berpakat dengan pembeli lain yang mengalami nasib yang sama. Harap berjaya.

Kakak dan abang ipar akan balik ke CC minggu ini. Dia dah siap email aku suruh aku balik sama. Terkejut aku, kami jarang sekali bercakap atau beremail. Bukan tidak mesra cuma tidak banyak cakap. Tiada apa yang perlu dibualkan. Sekarang semakin bertambah baik, maklumlah anak dah 3 orang. Dah besar jadi takkan malu lagi macam pengantin baru, tak sesuai!

Semalam petang seperti biasa ada sessi menelefon kengkawan. Selalunya aku call abang Nasir, tak sah kalau tak bertegang leher dengan dia ni. Rasa semacam sahaja kalau semuanya baik-baik. Sampai akan keluar statement "dah lama yer tak gaduh". Gelak sungguh, maklumlah aku jarang sekali gaduh dengan adik-beradik aku sendiri. Hampir tak pernah kecualilah dengan kak Long & Man. Itu pun sekejap jer. Jadi kalau ada peluang memang seronok nak bertegang leher dengan orang yang anggap kita sebahagian dari keluarga mereka sendiri. Kita boleh semakin memahami dan tahu apa yang dia fikirkan tentang kita semasa marah. Tak puas hati ker tunggulah orang marah kat kita. Kalau tak manalah tahu apa yang dia fikirkan. Tapi bila kami keluar makan secuit pun tidak pernah terkeluar apa yang pernah kami gaduhkan. Best jer ...

Untuk Larawanabe & suami harap tabah menghadapi dugaan. Buat semua doakan puteri sulong mereka itu sihat sejahtera seperti bayi-bayi lain. Telah lama sekali mereka menanti detik ini, semoga Allah memberikan cahaya kebahagiaan buatnya sekeluarga.


Ku Petik Bintang-bintang

Ku petik bintang-bintang
Biarpun banyak halangan
Rela tempuhi segalanya
Onak yang ku pijak bagai tak rasa

Ku sedar sejak mula
Tiada jalan yang mudah
Tapi ku yakini di dalam hati
Akhir terkota jua sumpah dan janji

Walau sukarnya bagi mu sayang
Perjalanan menyakitkan
Tapi hadapilah dengan kesabaran
Kan tiba kebahagiaan

Tiada batasannya
Usia ataupun rupa
kita bersama memulakannya
Sehingga ke akhir kita terus berdua

KENNY, REMY AND MARTIN

Thursday, March 11, 2004

CATATAN MENJELANG PILIHANRAYA


Kemeriahan perang poster memang tidak wujud di CJ. Nasib baik dengar lagu “mari mengundi’ di stesyen TV. Kalau tidak harus terlupa yang pilihanraya dah dekat. Kali ini tidak banyak isu yang boleh ditimbulkan oleh pembangkang dan juga pihak pemerintah. Keadaan ekonomi kalau ikut angka-angka BNM dan indeks KLSE nampak mengukuh. Pilihanraya kali ini bakal berjalan dengan tenang.

Banjir besar di Johor. Penduduknya dapat selimut corak warna yang sama, biru juga. Semua biru kalau boleh. Jangan buat filem biru sudah. Ada yang buat wau gunakan poster biru bergambar dacing. Masing-masing nak kreatif dan menonjol.

Dulu semasa kecil abah akan bawa balik poster dacing bewarna biru. Penduduk kampong tampal poster ini merata ceruk kampong. Pacak tinggi-tinggi , tapi bila hujan poster jatuh ke tanah. Poster kertas yang abah bawa balik ke rumah kami buat pembalut buku-buku teks. Hanya satu bahagian yang bercetak. Jadi boleh balut buku-buku dengan amat cun sekali. Itulah yang aku tahu tentang pilihanraya ketika kecil. Dapat poster free dan boleh digunakan untuk membalut buku-buku kami adik beradik. Kelakar tapi ada sentimental value. Tiap kali nampak poster biru bergambar dacing teringat kisah zaman kecil di CC.

Sekarang poster ada berbagai corak, dacing, bulan roket, bentuk mata sepet pun ada. Tidak kisahlah walau banyak mana pun corak yang ada. Janji kita pilih pemerintah yang benar-benar tahu buat kerja. Pilih calon wakil rakyat yang tidak hanya menjadikan kedudukannya nanti tiket untuk meluaskan empayar kekayaan. Pilih yang benar-benar mahu bekerja untuk kita, mewakili suara kita di Dewan Rakyat, di Dewan Undangan Negeri. Kalau yang nampak mengantuk bila Parlimen bersidang, kaki ponteng dan banyak kes faham-faham sahajalah apa nak buat.

OTAK

Professor Petr Kouzmich Anokhin dari Universiti Moscow pada tahun 1973 membuat kenyataan umum hasil kajiannya selama 60 tahun mengenai sel-sel otak dan menerbitnya dalam "The Forming of Natural and Artificial Intelligence" memetik:

"We can show that each of the ten billion neurons in the human brain has a possibility of connections of one with twenty-eight noughts after it! If a single neuron has this quality of potential, we can hardly imagine what the whole brain can do. What it means is that the total number of possible combinations/permutations in the brain, if written out, would be 1 followed by 10.5 million kilometres of noughts!"

"No human yet exists who can use all the potential of his brain. This is why we don't accept any pessimistic estimates of the limits of the human brain. It is unlimited!"

Sedang kemaruk menelaah :

!. McHoy, Peter (1995). "Step-by-Step Low -Maintenance Gardening", London : Lorenz Book.
2. Robinson, Peter (2000). "Pond Basics", London : Hamlyn.
3. Bradley-Hole, Christopher (1999)."The Minimalist Garden", London :Octopus Publ.
4. Bird, Richard (2000)."Small Garden Solutions".London: Hamlyn.
5. Bird, Richard ( 1998)."How to Plan a Small Garden", London : Hamlyn
6. Bueno, Patricia (2003). "Minimalism & Color Architecture & Interriors & Furniture", Singapore : PageOne.

etc.

Sedang menanti perkhabaran gembira.

Wednesday, March 10, 2004

M0NA LISA – WANITA PENYENYUM


Lukisan Mona Lisa lebih dikenali di benua Eropah sebagai La Gioconda atau wanita penyenyum. Lukisan ini telah dilukis oleh seorang artis Itali yang terkemuka; Leonardo, lahir di Bandar kecil Vinci berdekatan dengan Florence dalam tahun 1452. Semasa Leonardo bertemu dengan Mona Lisa ( Mona adalah singkatan kepada Madonna), beliau adalah seorang wanita muda yang sudah berkahwin, berumur dalam linkungan 24 tahun, isteri kepada hartawan , Francesco del Giocondo yang berumur 20 tahun lebih tua daripadanya. Apabila Leonardo memulakan lukisannya pada tahun 1500, Mona baru sahaja keguguran. Vasari iaitu penulis biografi Leonardo, menyatakan bahawa suami Mona terpaksa mengupah penghibur dan pemuzik untuk menggembirakan hatinya.

Peristiwa tersebut telah mendorong Leonardo meneruskan lukisannya untuk beberapa tahun. Timbul khabar angin menyatakan bahwa Leonardo telah jatuh cinta dan Mona pernah menjadi perempuan simpanannya. Apabila Leonardo meninggalkan Florence dalam tahun 1505, beliau telah menyerahkan potret Mona yang masih belum disiapkan kepada suami Mona.

Mengikut cerita lukisan Mona Lisa telah di bawa dari Itali pertengahan abad 18 ke Somerset. Selepas Perang Dunia Pertama, Hugh Blaker , seorang pakar lukiasan telah membeli lukisan Mona di Bath dengan harga beberapa guinea lalu membawa ke studionya di Isleworth. Lukisan ini telah dikenali sebagai Mona Lisa Isleworth dan lukisan itu tidak disiapkan. Menurut penerangan yang diberikan oleh Giorgio Vasari dalam Lines of the Painters :

“Matanya bercahaya dan berkilau di mana selalu melihat ke hadapan dan sekitarnya terdapat garis merah dan bulu mata yang tidak boleh diterangkan tanpa kebijaksanaan yang agung … Hidung dan lubang hidung yang cantik, kemerah-merahan dan lembut seakan-akan hidup. Permukaan mulut dan bibir merah serta warna kulit di muka seakan-akan tidak dilukis tetapi sentiasa hidup.”

Terdapat bukti yang kukuh bahawa potret kepunyaan Blaker adalah Mona Lisa kepunyaan Leonardo kerana mempunyai dua kolum Grecian di salah satu bahagian dan kolum ini yang hanya didapati pada lukisan Mona Lisa Isleworth. Pada tahun 1962, lukisan ini telah dijual dengan harga berjuta-juta kepada pengumpul lukisan , Dr. Henry F. Pulitzer dan beliau telah menulis sebuah buku bertajuk Where is the Mona Lisa? Dan menyatakan lukisannya adalah Madonna Lisa del Gioconda – Mona Lisa yang asli yang boleh dilihat di London.

Nota : Filem Mona Lisa Smile tiada kena mengena dengan lukisan ini. Tetapi senyuman Julia Robert hebat dan bernilai jutaan dolar juga. Filem ini wajar ditonton oleh pendidik di negara kita.

WARISAN

Bila TV3 kerap menayangkan klip lagu Warisan ini rasa semacam sahaja. Liriknya memanglah baik sekali, tidak seperti kebanyakkan lagu patriotik yang agak membosankan. Lagu ini meresap ke lubuk hati. Kadang teringat persoalan ini : "Adakah kita sekarang mewarisi dunia ini daripada datuk nenek kita atau kita sebenarnya meminjam dunia ini daripada anak cucu kita?" Dalam bahasa Inggerisnya, ditulis - Do we inherit this world from our ancestors or we borrow it from our grandchildren?

Jika kita meminjamnya dari anak cucu kita maknanya mungkin kita perlu menyediakan sebuah dunia atau negara yang baik untuk anak-anak membesar dan membiak. Sebuah negara yang aman tanpa pertelingkahan, punya jati diri. Kukuh bahasanya tidak diperkotak-katikkan oleh anasir asing yang mengancam setiap sudut. Bebas rasuah, masyarakatnya punya kualiti yang hebat. Mempunyai pegangan agama, kemiskinan sifar. Banyak lagi ...

Disini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Disini tersemai cita cita
Bercambah menjadi warisan

Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Kemana harusku bawakan
Kemana harusku semaikan cinta ini

Betapa
Dibumi ini ku melangkah
Keutara selatan timur dan barat
Ku jejaki

Aku
Bukanlah seorang perwira
Gagah menjunjung senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini

Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Aku lah penyambung warisan

Sudirman
Lagu & Lirik : Syed Haron Ahmad

Tuesday, March 09, 2004

TERATAI LAYU DI TASIK MADU


Bila dengar lagu Gee ni timbul pula minat pada teratai. Tapi lebih tertarik sememangnya teratai akan mudah 'hangus' kalau kena panahan cahaya matahari yang terik. Sempat ke Dengkil semalam melihat koleksi telipok & teratai yang pelbagai warna. Harga dia tidaklah mahal untuk pokok yang matang dibawah RM100. Warna putih hybrid dari Thailand itu menjadi idaman aku untuk diletakkan di laman rumah. Tak reti sangat kaedah penanaman pokok hiasan ini. Kena baca buku dan tanya taukeh tapak semaian itu macamana cara penjagaan yang betul. Sememangnya teratai dipilih sebab aku malas nak siram pokok bunga setiap petang. Cari pokok yang kaedah penjagaannya minima. Maklumlah kalau aku tak balik rumah 3/4 hari pokok tu sure hidup lagi.

Selain itu melihat-lihat juga pelbagai species heliconia yang unik. Pokok ini akan digabungkan dengan pokok lengkuas dan bunga kantan sebagai tanaman sampingan di tepi pagar. Tapi tak tahu plak macamana hasilnya nanti. Takut laman yang sekangkang kera itu jadi bertambah sempit. Beberapa spesies telah di tanam di CC. Cuma bila dah ok nanti akan dipindahkan ke Kapar.

Ada sejenis teratai di CC berwarna merah jambu yang sangatlah menariknya. Tapi ia tumbuh meliar di parit. Mak dah beberapa kali suruh aku tanam dalam pasu. Mungkin nanti bila aku rajin akan mendapatkan spesies liar itu pula. Putih dan merah jambu bunganya menjulang tinggi. Inilah taman yang aku idamkan. Beberapa pasu teratai dan telipok yang akan menghiasi laman.

"Walaupun tasik kekeringan
Tak mungkin teratai kan tumbuh di darat
Begitulah takdirnya cintaku di ibarat
Tak akan berubah perasaanku terhadap dia".

Teratai bagai terbuang di kolam, penyeri yang dilupakan.

Banyak sekali projek yang perlu dibereskan. Selepas satu, satu lagi menanti. Tapi takpelah nasib baik ada anak buah yang membantu. Bolehlah mereka buat overtime sebab aku kena make sure segala projek siap on time. Dalam pada itu banyak sekali catatan yang tidak tertulis. Nantilah kalau aku free aku tulis. Buat masa sekarang ni angin tasik masih bertiup tenang. Setenang tenangnya ...

Monday, March 08, 2004

SEORANG TEMAN & GERAI CINTA


suatu ketika
aku pernah mendengar
seorang teman berbicara
soal cinta

katanya
cinta itu punya gerai
pastinya
gerai itu gerai cinta
tak pernah punya tanda harga
usah terpedaya

sehingga kini
dia masih belum mahu
membeli cinta

dan semenjak itu
aku sudah beberapa kali
membelek cinta
dari gerai-gerai terpilih

dengan lidah kasih
aku merasa
masam masin manis
tawar pedas pedih
segala rasa
bisaku rasa
kerana itulah cinta

temanku
masih belum mampu
untuk membeli apa-apa
dan aku
masih belum tahu
mahu membeli yang mana.


20022004
HAIRUL ANUAR HARUN

HAK CIPTA TERPELIHARA
(Bakal dimuatkan dalam antologi puisi MIMPI PENGLIPURLARA)

Sepanjang hidup aku memang tertarik dengan sajak. Sajak mampu mengemukakan segala persoalan dalam disiplin bahasa yang ketat. Penggunaan bahasa yang minima mampu melukiskan rasa hati sejujurnya tanpa perlu masa yang panjang untuk menzahirkannya. Puisi “Seorang Teman & Gerai Cinta” karya Hairul Anuar Harun ini mengemukakan persoalan tentang cinta sebagai tema utamanya.

Gerai cinta memberi perlambangan wujud permintaan dan penawaran dalam cinta. Membeli cinta tidak semudah membeli barang keperluan harian. Peniaga, jika Kementerian Dalam Negeri tidak menguatkuasakan undang-undang meletakkan tanda harga. Pasti kita ragu-ragu membeli sesuatu barangan itu. Bernilaikah ia, berbaloikah untuk dimiliki. Jadi pembeli akan tertarik pada fizikal dan luaran sahaja dan akhirnya kita terpedaya.

Cinta tidak boleh dibeli, cinta sebegitu tidak akan kekal. Tidak semua berhasil mendapat apa yang diinginkan. Ada yang masih mencari dan memerhati. Tidak kurang juga ada yang terus meninggalkannya tanpa membeli apa-apa.

Terima kasih saudara Hairul kerana sudi menulis sajak ini berdasarkan catatan haiku aku yang lepas. Aku masih belum mahu ‘membeli’ kerana banyak lagi benda yang penting perlu diuruskan sebaiknya. Sajak ini bakal dimuatkan dalam antologi puisi MIMPI PENGLIPURLARA. Tapi tak pasti pula bila ia akan berada di pasaran.

MENGUNDI & UK PERDANA

Tidak berapa lama lagi kita akan mengundi. Mal akan mengundi di KL dekat kawasan AU3 kalau tidak salah. Tak tahulah kenapa SPR masih tak ubah tempat mengundi Mal yang amat mengharapkan dapat mengundi di kampong. Alamat di kampong tapi entah kenapa diletakkan di KL. Walaupun sudah menelefon pejabat SPR Selangor tahun lepas tentang masalah ini tapi nampak gayanya tidak beres juga. Entah ler KL pun KL lah …

Semalam petang abg Nasir ajak aku makan malam di UK Perdana. Tempat tu best juga, walaupun memang agak sesak dengan pengunjung. Melilau jugalah nak dapatkan seat. Nasib baik dapat, setelah puas mencari. Duduk makan di depan gerai Hani Mohsen dan kebetulan dia pun ada di situ. Minum air carot susu dan sup ekor serta nasi. Sup ekor tu 8 tahun baru sampai. Air adalah 2 tahun kami tunggu. Tapi amat berbaloi sup ekor dia, berbaloi menunggu … licin. Abang Nasir jumpa kengkawan dia di situ. Zaza, Salem, Zubir etc. Mereka ajak makan di meja yang sama . Tapi aku keberatan sedikit. Mereka pun dah 7 orang. Kami makan dulu, kemudian ke meja mereka. Aku ni sikitlah punya ‘rabun’ ingatkan takde seat kat meja tu. Jadi aku biarkan abg Nasir berbual dengan mereka dan aku tengok kereta C3 yang dipamerkan dekat entrance.

Last-last abg Nasir datang jemput aku suruh join sama member-member dia. Kelakar pulak, nanti dia ingat aku tak sudi nak berkenalan dengan diorang. Diaorang jemput ke rumah mereka di Bukit Antarabangsa, tapi dah agak lewat dan aku perlu balik ke CJ. Ngantuk ler, tak boleh memandu kalau ngantuk sangat bahaya. Elok-elok tidur lena aku kang terpaksa tidur atas katil hospital. Tak mahu aku …


Saturday, March 06, 2004

SAHABAT


Sabtu pagi yang mendamaikan. Sabtu minggu pertama, seharusnya aku bercuti. Namun ada program universiti yang perlu dihadiri. Beberapa rakan mengajak aku ke Sg Congkak untuk membasahkan diri, namun apakan daya tuntutan tugas membataskan segalanya.

Dapat mesej dari Iwan :

Akum. Ko free tak esok. Jom ikut g piknik sg congkak. Jom arr..
6-Mar-2004 00:39:02

Tapi kan Iwan aku lebih suka jumpa member dalam kelompok yang kecil. Lebih seronok begitu. Atau mungkin aku sekarang ini lebih suka membuat hal sendiri. Aku tak lupa kawan-kawan, jangan risau.

Malam tadi abg. Nasir menghubungi aku. Meminta pertolongan, aku pun bergegas kerumahnya. Walaupun aku marah sekali dengannya disebabkan banyak hal. Tapi yang anehnya bila aku jumpa dia segala marahku hilang begitu sahaja. Aku selalu cakap bila takde orang lain baru cari aku. Bila masa bergembira langsung tak ingat. Harap dia tahu aku amat marah dengannya. Lepas makan malam dan menonton American Idols aku balik semula ke CJ. Memandu dalam keadaan amat letih dan mengantuk sekali. Terfikir pula, kalau aku berada di dalam situasinya, mahukah dia memandu ke CJ dan datang membantuku? Walaupun jawabnya nanti pasti tidak. Aku tetap bersyukur ada sahabat sepertinya. Kadang terasa kehilangan juga bila tidak mendengar 'gurauan berbisa' darinya itu.

Merry mencadangkan aku menukar instrumental "Where do i begin" kepada lagu lain. Dia mencadangkan banyak lagu Broery dan aku memilih "Hati Yang Terluka". Sedap sekali lagu ini, bilah perkataan yang jelas dan mantap dari Broery. Maksudnya begitu mendalam seperti aku sendiri berada dalam nafas lagu ini.

Hati Yang Terluka

Kan kucari jalan yang sunyi
Untuk menghindar diri darimu
Kuberjanji di dalam hati
Takkan lagi ku menjumpaimu

Di tengahnya kabut bermandi embun pagi
Dingin membuat hatiku membeku

Kau yang telah membuat luka di hatiku
Kau yang telah membuat janji-janji palsu
Kau yang selama ini aku sayangi
Kau merubah cintaku jadi benci

Di tengahnya kabut bermandi embun pagi
Dingin membuat hatiku membeku
Kau yang telah membuat luka di hatiku
Kau yang telah membuat janji-janji palsu
Kau yang selama ini aku sayangi
Kau merubah cintaku jadi benci.

Broery Marantika


Friday, March 05, 2004

SENDIRI

Pagi Jumaat yang tenang. Sibuk sekali setiap awal bulan dengan urusan bank, membayar apa yang perlu dilangsaikan. Kadang hidup kita ini hanya membayar. Tapi itulah hakikat hidup yang perlu diterima, kita dilahirkan bukan dalam golongan berada. Segalanya perlu bermula dari kosong. Syukur dapat melepasi fasa-fasa yang sukar dan kini ada sedikit tenang.

Kawan atau sesiapa yang mengenali diri ini sering tertanya-tanya. Begitu lukakah hati, hingga kasih sayang yang melimpah di mana dicurahkan? Tidak sunyikah hidup sendirian? Makan minum sakit pening mengadu pada siapa? Pelbagai pertanyaan yang sering kali saya jawab dengan senyuman. Saya telah melalui fasa kesunyian yang melantun-lantun itu dengan jayanya. Ada juga yang melihat saya amat pesimis dengan ikatan perkahwinan. Orang lain mungkin tidak boleh hidup bersendirian seperti sahabat saya Wan yang sedang giat menguruskan pertunangannya dengan gadis idaman. Perkahwinan kali kedua baginya. Dia juga sering bertanya tidak sunyikah?

Saya telah melalui ruang waktu yang begitu hangat membakar. Kesedihan dan kadang tiap solat air mata memang tak mampu ditahan. Saat ini airmata telah kering dan tidak ada lagi yang perlu dikesalkan. Hidup kita adalah pilihan kita sendiri. Saya lebih senang begini. Kalau ada jodoh, saya terima seadanya. Kalau tiada, saya juga tidak rugi apa-apa. Tidak perlu berkongsi dengan sesiapa. Memang kadang saya seperti orang yang tamak, tidak mahu berkongsi kebahagiaan dengan orang lain.

Tidak sukar sebenarnya hidup sendirian. Saya boleh membuat keputusan sendiri. Saya boleh tentukan semua benda tanpa banyak bertelagah. Tidak perlu bermasam muka dengan sesiapa jika saya balik lambat. Kebebasan mutlak ! Tapi saya juga manusia biasa yang ingin menyayangi dan disayangi. Saya percaya pilihan hidup saya ini tidak begitu melukakan insan-insan yang saya sayangi di dunia ini. Jika ditanya apa yang akan berlaku esok, saya juga tiada jawapannya. Sehingga kini saya hanya musafir di bumi Allah, yang memilih untuk bersendirian dalam kesibukan yang mengepung dan kebingitan yang menerjah cuping telinga. Saya masih bisa menepis segala gelora rasa buat masa ini. InsyaAllah ...

Thursday, March 04, 2004

TEKANAN


Teringat kisah seorang lelaki yang cuba membunuh diri di ibu kota KL dua minggu lepas. Tanpa seurat pakaian pemuda itu cuba terjun dari tingkat atas apartment yang didudukinya. Tekanan perasaan akibat bebanan kerja dikatakan menjadi punca tindakan nekad beliau itu. Tapi nasib baik nyawanya dapat diselamatkan. Setiap kita sentiasa menghadapi tekanan dalam hidup ini. Tekanan datang dalam pelbagai bentuk selagi kita bernafas. Cuma bagaimana cara kita menanganinya sahaja yang berbeza. Adakalanya tidak perlu difikirkan sangat masalah yang datang dalam hidup kita. Tinggalkan sebentar dan buatlah sesuatu usaha penyelesaian sedikit demi sedikit. Bak kata Dr. Fadilah Kamsah "Kalau kita perlukan RM 100,000, kita boleh dengan mudah mendapatkannya dengan meminjam dalam jumlah yang kecil dari pelbagai sumber dari meminjam RM 100k sekaligus yang pasti sukar untuk memperolehinya".

Setiap hari kita datang ke ofis dan menghadap rutin hidup yang sebegitu. Mesyuarat, tugas-tugas pentadbiran, kakitangan, pelanggan dan politik pejabat sentiasa menyesakkan dada kita. Namun kita perlu sedar yang itu hanyalah salah satu dari perkara-perkara yang tidak boleh tidak harus kita tangani dengan bijak. Caranya terpulanglah dengan kreativiti kita sendiri. Kadang mengambil masa yang lama untuk diselesaikan. Kadang kita harus bersikap mendiamkan diri kalau itu adalah langkah yang terbaik.

Sahabat baik kita sendiri kadang bersikap mementingkan diri. Itu bukanlah sesuatu yang mengejutkan. Manusia pastinya ingin mendapatkan keselesaan dan ketenangan untuk diri mereka terlebih dahulu. Selalunya mereka hanya akan datang bila merasa bosan dan perlukan seseorang mendengar masalah mereka. Kerap kali dan selalunya pula mereka akan 'hilang' di saat kita sangat-sangat memerlukan mereka. Ini adalah hakikat hidup yang perlu kita telan. "Saat gembira kawan akan datang dengan sendirinya, dan siapa yang sanggup berkongsi masalah dengan kita? Kita sendirilah".

Hidup ini kadang umpama mendapat sebuah buku baru untuk di baca. Kadang kita terlalu bersemangat untuk menyelak setiap helaian yang ada hingga kita terleka dan ada waktunya pula kita terpaksa membacanya disebabkan kita telah membelinya dengan harga yang mahal. Kita membaca helaian demi helaian dalam jangkamasa yang lama untuk mengetahui kesudahannya. Kita tidak akan mendapat apa-apa pengalaman dengan hanya membaca ulasan atau membelek terus kesudahan buku itu. Tiada perasaan hebat dan ilmu baru yang akan diperolehi jika kita mendapatkan sesuatu itu dengan terlalu mudah. Misteri dan nilai-nilai keindahan dalam buku itu harus kita hayati mengikut pandangan kita sendiri.

Mungkin ada baiknya kita memberikan senyuman pada orang-orang yang ada disekeliling kita. Mungkin ini dapat meredakan gelora hati yang melanda. Sekurang-kurangnya dapat membias perasaan gembira dalam kita mengharungi hari-hari yang sukar lagi mencabar ini.

Wednesday, March 03, 2004

SHIRIN EBADI - PEMENANG HADIAH NOBEL KEAMANAN 2003



Kelantangan dan ketabahannya memperjuangkan hak wanita teraniaya membuka mata masyarakat dunia bahawa ketegasan suara wanita mampu mengubah keadaan. Perjuangan pemenang Hadiah Nobel Keamanan 2003, Shirin Ebadi akhirnya mencapai matlamat apabila berjaya mencorakkan dimensi baru kehidupan wanita yang seringkali tertindas oleh kerenah dan persepsi masyarakat yang konservatif. Ungkapan yang sering mengandungi kata-kata hikmat bahawa wanita Islam jangan disangka lemah sering berkumandang di seluruh pelusuk negaranya sebagai dorongan semangat agar wanita bangkit menghadapi penindasan dan kekecewaan. Malah, beliau mampu menanam rasa keyakinan tinggi dalam hati wanita yang ditindas.

“Wanita Islam tidak kira memegang apa jua jawatan mempunyai satu semangat juang terpahat teguh dalam diri, malah sokongan semangat itu juga yang membolehkan wanita berjalan menongkah arus walaupun tahu di hadapannya terbentang pelbagai bahaya,” katanya.

Wanita Islam yang pertama kali menerima pengiktirafan berkenaan sememangnya diakui mempunyai semangat kental dan keberanian luar biasa walaupun hidupnya sering terdedah kepada ancaman maut. Namun, berpegang keyakinan dan keikhlasannya untuk memartabatkan kedudukan wanita, beliau sanggup menempuh ranjau walaupun kadangkala tindakannya boleh mencetuskan polemik kontroversi.

“Saya memang sukakan cabaran dan wanita Islam seharusnya menjadikan cabaran sebagai asas kejayaan serta mengikis anggapan agama sering menindas wanita.

“Agama Islam sebenarnya tidak pernah menyusahkan dan memaksa umatnya, cuma adakalanya pemikiran manusia sering dijajah dengan anggapan kolot yang tak sewajarnya,” kata peguam yang berusia 56 tahun itu.

Menyingkap kehidupannya, Shirin dilahirkan di Iran pada 1947 dan mendapat pendidikan dalam bidang undang-undang dari Universiti Taheran. Apabila berjaya meraih segulung ijazah, beliau ditawarkan jawatan presiden di mahkamah daerah Taheran selama empat tahun dari 1974, sekali gus menjadi hakim wanita pertama yang menjawat jawatan berkenaan di Iran. Apabila berlaku revolusi pertukaran kuasa, beliau dipaksa bersara dan mengambil keputusan menjadi peguam sepenuh masa, di samping mencurahkan bakti sebagai tenaga pengajar di Universiti Taheran. Perkahwinannya menemui kegagalan namun beliau tidak pernah menyesal sambil berusaha memberi kehidupan terbaik kepada dua puterinya.

“Kegagalan perkahwinan bukan penamat kehidupan saya, malah lebih selesa hidup begini. Saya tidak prejudis terhadap institusi perkahwinan, malah menyanjunginya kerana saya dikurniakan zuriat sebagai penyambung perjuangan saya,” katanya.

Sejak Anugerah Nobel diperkenalkan pada 1901, beliau menjadi satu-satunya wanita Islam pertama yang menerima anugerah itu kerana keberaniannya membantu memperjuangkan hak wanita dan kanak-kanak yang tertindas selain memperjuangkan misi keamanan manusia sejagat. Beliau menempuh pelbagai cabaran dalam melaksanakan misinya apabila terpaksa merengkok dalam penjara setelah dituduh mengedarkan pita rakaman dan menyembunyikan fakta para tokoh konservatif yang diserang secara fizikal semasa menghadiri perjumpaan parti reformasi dan awam. Atas dasar keprihatinannya, beliau menubuhkan Reformasi Islam untuk membentuk semula struktur perundangan di Iran dan menolak dakwaan mengenai agama Islam yang bertentangan.

“Islam agama yang menyuruh umatnya mengekalkan keamanan, kesamarataan hak dalam segala aspek , kebebasan menganut kepercayaan dan bersuara.

“Jangan sempitkan tanggapan mengenai wanita, mereka juga mampu menyumbang untuk ekonomi. Penindasan terhadap wanita dan kanak-kanak harus dihentikan kerana masyarakat perlu adil dalam memberi peluang mereka menjalani kehidupan,” katanya yang juga pengasas Pertubuhan Penyokong Hak kanak-kanak di Iran.

Selain mencintai kerjayanya sebagai peguam hak asasi wanita dan kanak-kanak, beliau juga menyalurkan semangat juangnya melalui penulisan apabila menghasilkan dua buku terkenal iaitu A Study of Legal Aspects of Children’s Right in Iran (1994) dan History and Documentation of Human Right in Iran (2000).

AKU

Semalam dapat jumpa Ari di Bangi dan mengajaknya makan malam di depan PKNS Bangi. Lama tak berbual, dia pun sibuk dengan kerja dan golf. Jumpa pun lepas waktu kerja dan yang lucunya isteri dia call banyak kali tanya kat mana. Kesian pulak aku tengok mamat tu. Rasa minum air pun terburu-buru jer. Kalau aku ler hishhh macam tak best jer kalau kahwin macam tu. Macam hidup dalam kongkongan kuasa orang lain. Tahulah risaukan suami tapi kalau dah setiap minit nak tanya di mana lokasi payahlah. Saling mempercayai itu penting, kita juga perlukan ruang untuk diri sendiri. Tapi kebanyakkan kawan-kawan aku yang dah berkahwin. Kehidupan mereka hanya pada kerja, rumah dan anak-anak. Baguslah tapi kadang kesian pulak ...