Thursday, March 30, 2006

Pendek

RUANG, MASA & HARAPAN

Seorang teman mengirimkan email. Kadang memang benar apa yang dia katakan. Sebahagian dari emailnya membuatkan aku berfikir panjang. Sepanjang perjalanan dari CJ ke Klang aku terkenangkan kata-katanya.

Hidup ini begitu pendek sebenarnya. So when u still hv d time, u got to run and search whatever that is available to make your life happy and enjoyable. Memanglah u rasa macam muda sekarang....tapi u will find 20 tahun akan berlalu macam sekelip mata.

At least that's what I feel.....and looking back....I was brave in many ways in doing many things that I wanted. I experienced so many things that I dream to do in my life.....dan akhirnya pelbagai kepuasan telah dapat di capai. Tapi jangan banding dengan kekuatan dan semangat yang ada pada usia I sekarang. Banyak sekali yang dah menurun...tetapi kepuasan yang dahulu bila dikenang....kadang2 akan tersenyum sendirian.

Morale of d story is....do what u want to do in life...but don't just remain where u r (worse lagi kalau just dreaming...) if u want to expect a lot of things to happen to u. Assertive tu assertive lah tetapi untuk berapa orang yang u boleh buat macam tu?

U will b depending on a very level of probability of success dan bergantung kpd pelbagai faktor constraints yang tak dapat diduga....masa itu sekarang seperti sedang menuju ke satu arah perhentian. Susah hendak cakap di sini tetapi pengalaman2 yang lepas telah banyak memberi pengajaran.Ketenangan, kegembiraan, adakalanya kesedihan.....semuanya bercampur2 ...sehingga memberi satu rasa kepuasan yang menyeronokkan.

Pokoknya (bak kata org Indon)....jangan berbuang masa di saat muda...apa yang perlu di rasai perlu di cari di mana saja tanpa banyak berdiam diri. U have to go and search for what u want...right now!”

6.48 pagi tadi terdengar lagu ini di ERA .

Because Of You

"I will not make the same mistakes that you did
I will not let myself
Cause my heart so much misery
I will not break the way you did,
You fell so hard
I've learned the hard way
To never let it get that far

Because of you
I never stray too far from the sidewalk
Because of you
I learned to play on the safe side so I don't get hurt
Because of you
I find it hard to trust not only me, but everyone around me
Because of you
I am afraid

I lose my way
And it's not too long before you point it out
I cannot cry
Because I know that's weakness in your eyes
I'm forced to fake
A smile, a laugh everyday of my life
My heart can't possibly break
When it wasn't even whole to start with

Because of you
I never stray too far from the sidewalk
Because of youI learned to play on the safe side so I don't get hurt
Because of youI find it hard to trust not only me, but everyone around me
Because of you
I am afraid

I watched you die
I heard you cry every night in your sleep
I was so young
You should have known better than to lean on me
You never thought of anyone else
You just saw your pain
And now I cry in the middle of the night
For the same damn thing

Because of youI never stray too far from the sidewalk
Because of youI learned to play on the safe side so I don't get hurt
Because of youI try my hardest just to forget everything
Because of youI don't know how to let anyone else in
Because of youI'm ashamed of my life because it's empty
Because of youI am afraid

Because of you
Because of you

Kelly Clarkson

Wednesday, March 29, 2006

Aku kembali

AKU KEMBALI!

Rasa sudah bertahun tak menulis. Masih kepenatan, masih confused jugak. Namun ada beberapa perkara harus dibiarkan sahaja , tidak perlu di tulis di sini.

Oh ya! Ahad lepas UiTM ada mengiklankan jawatan pensyarah. Ramai juga kawan-kawan yang mintak. Mungkin nak bertukar angin. Kalau diikutkan menjadi pensyarah satu kerjaya yang orang respect dan boleh dikatakan mewah juga. Mana yang dari swasta, boleh ambil skim pencen dan bila sudah disahkan jawatan boleh keluarkan semua EPF. Pehhh best tuuh ...Rasa nak mencuba juga, sebabnya tak perlulah kerja jauh-jauh. Tak perlu bangun pukul 5.30 pagi lagi :)

Kena buat public speaking pulak dah pada 16 hb nih. Banyak pulak tajuk yang diberikan dan kita kena bercakap 10 minit tentang tajuk yang telah diundi tu. So kita tak tahulah nak cakap tentang tajuk apa. Ikut nasib. Bercakap tu boleh, masalahnya kalau bercakap benda yang aku tak suka. Otak rasa 'blank' jer dan boleh kelihatan amat 'bodoh'. Dahlah depa buat di tempat yang menjadi tumpuan pelajar dan orang ramai lalu-lalang. Rasa nak pengsan ler, banyak sangat perkara terkejut berlaku sejak akhir-akhir ini.

Apa yang kita buat dari 8.00 - 5.00 petang orang kata adalah untuk menampung kehidupan, dan untuk kaya bergantung dengan apa yang kita lakukan selepas pukul 5.00 petang itu. Sungguh tepat kata-kata itu. Kalau selepas pukul 5.00 kita tersekat di traffic jammed, mana mungkin nak kaya kan? Kaya dengan dosa jerlah kot sebab banyak sangat maki orang. Bila sampai rumah sudah penat. Tidur awal dan bangun awal. Pendek kata, langau pun belum bangun tidur bila kita keluar rumah waktu pagi buta tu.

Apapun hidup perlu terus!


Pernahkah kau bermimpi seketika
Berada di tempat ku
Membayangkan pahit manis berlaku
Tak siapa yang tahu
Mungkin nanti kau jua merasakan
Berdepan dengan kata menyesatkan
Tak kan ku melupakan
Tiada pertimbangan

Keheningan malam membalutkan
Kepayahan jiwa meluahkan
Andai kau jujur memahami
Tiadaku menjauhi

Dan kisahku yang masih panjang
Menambahkan berat yang memandang
Lantasku pendam ku putuskan
Biarlah rahsia


Semakin aku hitung dalam cinta
Tiada kuasa mampu menghalangnya
Hentikan kata-kata bertulangkan dusta

Pernahkah kau bermimpi seketika
Berada di tempatku...?


Siti Nurhaliza– Biarlah Rahsia

Saturday, March 25, 2006

PERMAINAN

CUTI

Aku bercuti sehingga hari Selasa. Selesaikan segala apa yang perlu dibereskan. Cukai tanah pun belum bayar lagi tahun nih. So nak kena pi bayarlah ni. Penat juga berkemas dalam 2 hari nih. Sebenarnya takder mood nak tulis apa-apa. Tapi bila ternampak jer komputer tangan gatal nak menulis.

Apa pun selamat berhujung minggu pada semua. Jumpa lagi di lain waktu.

PERMAINAN

Kubuka sebuah pintu dengan tangan yang
berdarah
dan impian pecah di dalam genggaman
ketika di hatiku tiada lagi laut dan hutan
untuk menyembunyikan segala rahsia
seorang manusia bernama lelaki

Kini aku tak lagi takut menghadapi dendam
yang dikirimkan oleh sunyi
atau dusta yang selalu menari di depan matahari

Kerana telah kutemui wujudku
di tengah pikuk serta muslihat dunia
dan fikiran tidak akan kulacurkan
di tengah ini permainan.

Marsli NO
Kuantan

Suka sangat puisi ini dan aku membacanya berulang kali.

Friday, March 24, 2006

Adi


Adi Putra hadapi masalah di sekolah
Oleh Shamsul Kamal Amarudin (BH)

IPOH: Budak pintar, Adi Putra Abdul Ghani (gambar), yang sering mengadu bosan belajar mungkin menghadapi tindakan disiplin, termasuk diberhentikan sekolah kerana kerap ponteng kelas.

Adi Putra, 7, yang kini belajar di Darjah Satu Khas Sekolah Kebangsaan Matang Buloh, Bagan Serai dekat sini, sudah diberi surat tunjuk sebab dan amaran akibat perbuatannya itu. Ibunya, Serihana Elias, berkata kebiasaannya dalam seminggu Adi Putra hanya ke sekolah selama tiga atau empat hari kerana mengadu tertekan dan bosan belajar perkara yang terlalu mudah untuknya.
"Begitupun, dia masih menyiapkan kerja sekolah yang diserahkan guru seperti menulis angka 1 berulang kali penuh satu muka surat," katanya pada sidang media di sini, semalam.

Budak kecil selalunya menurut perintah, mengikut peraturan dan mungkin aku tersilap pandang apakah problem Adi sebenarnya. Adalah amat baik jika Adi menjadi pembakar semangat kepada rakan kelasnya dengan keupayaan dan kebolehan yang dimiliki.

Jika masih mentah dan boleh memilih itu ini, bosan dengan perkara remeh, tidak menghormati peraturan dan sebagainya. Pasti terlihat corak atau patern pelajar ini bila besar nanti. Maaf jika telahan aku silap, akan lahir seorang pelajar cerdik tapi bongkak. Ada pepatah Melayu "Ikutlah resmi padi semakin berisi semakin tunduk" ( Thanks , Corrected by YUN)

Kanak-kanak umpama kain putih. Didikan keluarga paling utama. Banyak yang boleh dipelajari disekolah. Pernah pihak sekolah menyatakan kebolehan Adi cuma dalam bidang matematik tetapi ilmu-ilmu dan penguasaan bidang lain dia tetap seperti kanak-kanak seusianya yang perlu belajar banyak perkara.

Kalaulah sesuatu kelas itu terlalu mudah dan membosankan. Adi boleh menggunakan masa itu membaca buku di Pusat Sumber sekolah atau belajar komputer. Namun tidak pernah dinyatakan di mana-mana bahawa Adi sudah boleh membaca atau tidak? Sudahkah dia membaca karya hebat sasterawan negara kita?

Jangan mudah memandang mudah tentang sesuatu atau lupa diri. Ilmu Allah amat luas. Setitik yang kita perolehi ada seluruh lautan yang ada di dunia ini menanti untuk diterokai!

Aku sendiri masih belajar tentang hidup dan kemanusiaan.

Thursday, March 23, 2006

Setia

EVO DIESEL

PUTRAJAYA: Malaysia mula menggunakan bahan api biosawit dikenali Envo Diesel yang bakal memacu penggunaan sumber tenaga alternatif yang mesra alam, sekali gus menjadi sektor baru pertumbuhan ekonomi negara.Envo Diesel yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di sini semalam, dijual pada harga runcit RM1.58 seliter sama seperti diesel petroleum.

Buat permulaan, Envo Diesel digunakan 25 kenderaan milik kementerian, jabatan dan agensi kerajaan sebelum diperluaskan kepada kenderaan awam dan kilang di seluruh negara secara berperingkat.Abdullah berkata, kerajaan juga mengkaji menawarkan insentif menarik bagi menggalakkan penggunaan bahan api itu.

“Percubaan yang dilakukan mendapati penggunaan Envo Diesel terbukti tidak merosakkan enjin kenderaan, malah enjin tidak perlu diubah suai,” katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan Envo Diesel.

FAKTA:
Bahan api bio adalah minyak gantian yang diperoleh daripada bahan asli seperti minyak sayuran, ethanol dan biojisim


Bahan api biosawit adalah kandungan bahan api yang diperoleh daripada minyak sawit atau pokok kelapa sawit


Envo Diesel adalah jenama bagi produk minyak sawit yang diproses dan dicampur dengan diesel petroleum yang mula digunakan secara rasminya semalam


Envo Diesel adunan lima peratus minyak sawit diproses dan 95 peratus diesel petroleum


Penggunaan Envo Diesel lebih baik bagi pemuliharaan alam sekitar kerana dihasilkan daripada sumber diperbaharui serta mengeluarkan kurang asap berbanding diesel petroleum


Envo Diesel ditawarkan pada harga RM1.58 seliter seperti harga runcit diesel di pasaran

Sumber : BH Website

Ohhh baru 5 % jerr ... kang kalau 100 %, minyak sawit berebut orang rumah yang nak goreng ikan dengan minyak kereta. Satu percubaan untuk mempelbagaikan sumber bahan api yang bagus. Semalam nampak banner pelancaran Evo Diesel nih di Putrajaya. Maybe akan sampai waktunya peratusan penggunaan minyak sawit dalam diesel akan bertambah. Tapi tengok harga dia macam biasa jer dengan penggunaan diesel.

Semalam dengar Hattan nyanyikan lagu ni. Best gak bila lagu pompuan lelaki yang nyanyikan. Personally, Banyak lagu-lagu Si Fauziah nih kalau di berikan pada penyanyi lelaki ( dengan sedikit perubahan lirik dan meelodi boleh popular balik. Entah-entah lebih baik lagi dari segi stamina dan cara penghayatan. Kalau dengar lagu "Kedinginan" yang di nyanyikan Fauziah cam sedih tak bermaya jer suara dia. Payah beno ...

Setia Ku Korbankan

Inikah dugaan yang ku terima
Menyintai mu sepenuh jiwa
Untuk bersama mu
Kesabaran membakar fikiran

Rinduku embunan di lautan
Cintamu debunga berterbangan
Tak pernah mempeduli kasih sayang
Yang aku korbankan

( korus )
Kau janjikan bahagia
Namun kau hantui dengan gurauan berbisa
Kau janjikan setia
Rapuh ku berpegang untuk hidup bersamamu
Kembalilah hangati semula asmaraku dengan mu
Demi cinta suci

Andainya tak mungkin ku miliki
Keayuan kasih impianmu
Lepaskan asmara di jiwaku
Setia ku korbankan

Setia ku korbankan

Fauziah Latiff

Wednesday, March 22, 2006

TIBA-TIBA

TIBA-TIBA

Tiba-tiba Tuhan tarik balik segala kesenangan. Dah lama sangat terbuai, tiba tiba Dia ambik satu persatu apa yang pernah Dia berikan. Tersentak jugak. Kecut juga pada mulanya. Maklumlah aku ni tak banyak kawan nak mintak tolong dengan siapa kan? Mula-mula aku demam selama dua minggu hingga satu peringkat macam dah kena cacar sebab alahan antibiotik. Rupanya tersilap ubat ... pehhh.

Aku malam tadi ke P9 carik rumah/bilik sewa. Call mamat tu kata ada satu bilik kosong then bila aku call lagi kata pulak dah ada orang masuk . Rasa nak ketuk jer kepala dia tu . Aku nih bukan sabar sangat orangnya macam Pak Lah kita. Ada sikit-sikit nak jadi pejuang ber*ni m*ti bila terlalu geram. Jenis yang simpan lama-lama dan bila betul-betul marah akan hambur segalanya. Heheh taklah, jangan takut aku tak buat macam tu. Bila agak tergelincir jer aku just diam jer, buat dek jer. Tu stail aku. Sebab bila riang ria aku suka bercakap dan menyampuk .

Sejak dua menjak nih aku rasa aku tengah diuji. Tak perlah aku akan usahakan dan atasi segala permasalahan ini dengan jayanya. Tapi masih geram tahap cipan gak kat mamat P9 nihhh !!

Tuesday, March 21, 2006

Bersamamu

BERSAMAMU LAGI


Malam tadi ternonton edisi khas "Bersamamu". Bergenang juga air mata bila Mazlin Nordin cuba makan nasi cecah garam jer. Sedih siot, tak dapat tahan pulak airmata jantan aku dari menitis. Patutlah ada orang tu memang tak boleh nonton program "Bersamamu" nih. Confirm banjir.

Memang ada orang susah dan tersangat melarat. Ada orang yang sepatutnya dalam kertas tidak susah tapi tetap menderita juga. Kawan-kawan aku dalam forum memperkatakan tentang gaji yang cukup-cukup makan dan komitmen yang besar. Kalau orang yang duduk di Perlis dan Kedah pun merungut tentang kehidupan mereka apatah lagi mereka yang tinggal di KL? Kos minyak dan tol jer sudah 3 - 4 ratus sebulan, itu belum termasuk servis lagi dan pelbagai perkara yang 'terkejut-terkejut' itu.

Orang miskin memang sah-sah mendapat pembelaan. Di Selangor ( kalau ketua kampong dia proaktif) janda dan warga emas mendapat bantuan makanan fakir miskin berjumlah RM 350 sebulan. Barang makanan ni untuk stok sebulan. Kalau ada anak kecil siap susu tepung bertin-tin sampai ada yang komplen belum habis yang bulan lepas, sudah datang pula peruntukan untuk bulan baru.

Itu kisah orang yang benar-benar miskin. Bagaimana pula golongan yang di atas kertas tidak layak di bantu tetapi masih terkial-kial dalam mengatur hidup. Golongan 'kelas pertengahan bawah' seperti executive rendah contohnya paling menderita terutama di kota-kota besar. Siapa pula yang akan membela mereka sedangkan mereka punya jawatan tapi tanggungan yang melebihi bebanan.

Hidup tidak semestinya memuaskan hati semua pihak. Ramai yang memendam perasaan dalam diam. Sebab itulah mungkin ramai yang 'emosi terganggu' di ofis.

Monday, March 20, 2006

Letih

ISNIN DATANG LAGI ...

Hujung minggu tak balik CC pun. Dok jer kat bilik tengok F1. Plan nak siapkan penulisan yang telah tergendala sekian lama. Dulu memang rasa malas nak sambung. Sebab bila lama dah tinggal nak dapatkan 'feel' dia agak payah. The Editor suruh siapkan jadi aku buatlah pelan-pelan. Harap ianya menjadi.

Adalah buat research, untuk dapatkan fakta yang tepat. Watak-watak yang aku cipta ada kekuatan masing-masing. Tapi tak tahulah sejauh mana ianya memberi kesan kepada orang lain. Jadi tunggu !!!

Tapi memanglah, sepicisan mana pun karya itu ianya tetap begitu mendera emosi penulis untuk menyiapkannya. Hujung minggu lepas hanya dapat menulis sekitar 10 muka surat jer. Tak produktif sungguh. Banyak tidur hehehe ... Aku ada masa 2 bulan untuk siapkannya.

"Lebih baik anda lupakan sahaja dan bergembira daripada anda mengingati dan berduka - Christina Georgina Rossetti".

Friday, March 17, 2006

Mensyukuri


MANGSA DAN PEMANGSA

Gambar ini di ambil oleh Kevin Carter pada tahun 1994 untuk anugerah Pulitzer. Seekor helang pemakan bangkai menanti dengan sabar saat anak kecil yang tidak berdaya itu mati lalu memakannya. Kevin dilaporkan membunuh diri 3 bulan setelah foto itu diambil akibat tekanan perasaan.

Saat kita tidak berdaya dan terleka, maka adalah insan-insan lain yang akan mengambil kesempatan terhadap kita. Kalau diikutkan inilah aturan kehidupan. Mengambil peluang dan mengeksploitasi peluang yang ada demi kelangsungan hidup. Entah siapa yang akan menjadi helang pemakan bangkai dan bangkai yang menjadi santapannya.

Setiap hari saya mengingatkan diri bahawa walau bagaimana stabil pun kedudukan kita dalam organisasi ini. Belum tentu kita akan selamat selamanya. Kita tak tahu apa yang akan berlaku esok hari. "Bumbung" yang menjadi teduhan, kita tak tahu ketahanannya sampai bila. Kita harus berjaga-jaga mengenal pasti 'musuh - musuh' yang mengintai . Berjaga-jaga dan sentiasa bersiap sedia dan ambilah tindakan sewajarnya jika perlu. Kalau kita mahu terbang jauh, pastikan kita tidak keletihan mencari dahan baru untuk berteduh. Perjalanan baru belum tentu menemukan kita dengan apa yang kita cari.

Semalam saya bermesyuarat seharian di Melaka. Ada perkembangan baru dan gossip terbaru tapi biarkanlah sahaja. Lebih baik kita menjaga diri sendiri. Buat yang terbaik dan puaskan hati sendiri!

"Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada sang pendosa yang tidak mempunyai masa depan. "

7.53 pagi tadi Era siarkan lagu "Jujur" dendangan Radja. Ada orang tu minat gila lagu ni. Dia suruh aku dengar juga. Aku pun dengar macam tulah. Dengar dan ingat dia, pehh tak ada maknanyalah!

Jujur - Radja

Duhai kekasih pujaan hatiku
Apakah kau memberiku satu arti
Sedikit rasa yang bisa kumengerti
Bukan sumpah atau janji

()
Buktikanlah bila kau ada cinta
Setulus hatimu bisa menerima
Sebatas kejujuran yang kau miliki
Bukan sekedar bersama

Reff:
Jujurlah padaku bila kau tak lagi cinta
Tinggalkan aku
Bila tak mungkin bersama
Jauhi diriku lupakanlah aku

O… Ho… O… Ho…

Jujurlah padaku bila kau tak lagi cinta
Tinggalkan aku
Bila tak mungkin bersama
Jauhi diriku lupakanlah aku
Selamanya
Kembali ke: ()

Aku mula terfikir tentang bait-bait kata ini :
"Jujurlah padaku bila bila kau tak lagi cinta
Tinggalkan aku
Bila tak mungkin bersama
Jauhi diriku lupakan aku
Selamanya".
Entah bila lah ...

Thursday, March 16, 2006

kisah

KISAH INSPIRASI DARI JENDELA HOSPITAL


Mungkin ada yang telah membaca kisah ini. Cerita ini menarik dan saya menaipnya semula sebab saya amat takut kisah ini hilang begitu sahaja jika tidak diarkibkan. Jadi hayatilah dan hargailah kehidupan ini. Betapa bernasib baiknya kita.

Ada dua lelaki yang sakit dan berkongsi bilik hospital yang sama. A dibenarkan duduk di atas katilnya selama sejam pada setiap petang bagi membolehkan pengaliran keluar cecair daripada paru-parunya. Katilnya terletak di sebelah satu-satunya tingkap yang ada di dalam bilik itu.

Sementara itu, seorang lagi lelaki, B, perlu menghabiskan masanya dengan berbaring sahaja di atas katilnya. Kerja A dan B hanya bercakap , bercakap dan bercakap sepanjang hari. Bercerita tentang isteri, keluarga, rumah , pekerjaan, percutian , kampung halaman dan sebagainya.

Setiap petang A akan bangun dan menghabiskan masanya selama sejam dengan menggambarkan apa yang dilihatnya di luar jendela kepada B. Kehidupan B selama satu jam itu menjadi meriah dan luas tatkala dia mula membayangkan warna-warna kehidupan dan aktiviti di luar sana.

Tingkap itu betul-betul menghala ke sebuah taman yang turut diserikan dengan sebuah tasik yang indah. Itik dan angsa bermain-main di gigi tasik manakala anak-anak riang menolak bot mainan masing-masing. Turut kelihatan, pasangan kekasih yang berjalan sama sambil berpimpinan tangan di tengah-tengah kuntuman bunga yang berserakan. Paling menarik adalah pemandangan latar langit bandar raya yang terlihat dari kejauhan.

Dalam pada A menggambarkan kesemuanya dengan cara yang indah dan terperinci, B pula memejamkan matanya rapat-rapat sambil membayang senario yang penuh indah permai itu.

Pada suatu petang yang redup, A menggambarkan ada perarakan kereta berhias sedang berlangsung melalui hospital. Sekalipun tidak dapat mendengar pasukan pancaragam bermain gendang, namun B tetap dapat melihatnya menerusi mata hatinya, sebagaimana yang dipaparkan oleh A dengan kata-kata.

Pada suatu pagi seorang jururawat yang biasa menyediakan air untuk mandian mereka mendapati A, yang ditempatkan di sebelah tingkap, sudah tidak bernyawa lagi. Dia mati dengan aman di dalam tidurnya. Jururawat tersebut berasa sungguh sedih lalu memanggil atendan hospital untuk menguruskan jenazahnya.

Beberapa hari kemudian, B bertanya kalau-kalau di aboleh berpindah ke katil lama A bersebelahan tingkap. Jururawat tersebut dengan senang hati membuat pertukaran dan setelah memastikan B benar-benar selesa, dia keluar dari bilik itu.

Dengan perlahan-lahan dan mengalami sedikit kesukaran, B menopang menggunakan sebelah sikunya untuk melihat dengan mata kepalanya sendiri keindahan dunia luar. Dengan bersusah-payah, dia memusingkan badannya untuk melihat ke luar jendela. Yang ada cuma dinding berbatu bata yang kosong.

B memanggil jururawat tersebut dan bertanya, apakah yang membuatkan A bercerita seolah-olah melihat semua pemandangan yang luar biasa disebalik jendela itu. Kata jururawat itu : "A buta. Dia bahkan tidak mampu untuk melihat tembok besar itu. Barangkali, A ingin memberimu semangat untuk hidup."

Sebagai renungannya, ada kebahagiaan yang memuncak apabila kita membuatkan orang lain berasa gembira di sebalik situasi kita sendiri yang mungkin tidak berapa baik ketika itu. Pendek kata, rasa duka yang dikongsi bersama menjadikan kedukaan itu tinggal separuh tetapi sebaliknya, apabila kebahagiaan pula yang dikongsikan , ia menjadi berganda.

Jika anda mahu berasa kaya , mudah sahaja. Hitunglah perkara-perkara baik yang anda ada dan lakukan, yang tidak boleh dibeli dengan wang ringgit. Percayalah, ada hal-hal yang mempesona saat kita mampu memberikan kebahagiaan kepada orang lain.

***Kisah ini didedikasikan buat AJ anda tahu siapa anda.

Nota:

Sasterawan Inggeris Charles Caleb Colton pernah mengingatkan bahawa persahabatan dengan percintaan ibarat dua sungai yang bersatu di muara. Malah Charles pernah berkata, “Persahabatan tidak mustahil berakhir dengan percintaan tapi tidak ada percintaan yang berakhir dengan persahabatan.”

Manusia yang paling gagah di dunia ini adalah mereka yang mempu menahan kesepiannya ... Henrik Ibsen

Wednesday, March 15, 2006

Angkasawan

IMPIAN SEMAKIN NYATA: Empat calon angkasawan negara(dari kiri) Mohammed Faiz, Dr Sheikh Muszaphar,S Vanajah dan Faiz Khaled gembira apabila terpilih ke peringkat akhir pemilihan di Russia tidak lama lagiselepas nama mereka diumumkan di Pangkalan TenteraUdara Diraja Malaysia, Subang, semalam.

SIAPA KE ANGKASA?

Seorang wanita terpilih dalam senarai empat calon bakal angkasawan negara yang akan menjalani latihan selama dua minggu di Russia, awal bulan depan. Jurutera Kualiti, S Vanajah, 35, terpilih bersama juruterbang Penerbangan Malaysia (MAS), Mohammed Faiz Kamaluddin, 34; pegawai perubatan di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Dr Sheikh Muszaphar Shukor, 34; doktor gigi angkatan tentera, Dr Faiz Khaled, 26.

Empat calon berkenaan akan dihantar menjalani latihan di Moscow, Russia sebelum dua daripadanya akan disenarai pendek untuk pemilihan ke peringkat seterusnya.

Siapa yang akan menjadi top 2?

Pilihan DJW : Dr Sheikh Muszaphar Shukor & Mohammed Faiz Kamaluddin

Bakal terbang ke angkasa :

Pilihan DJW : Mohammed Faiz Kamaluddin.

Banggalah 3 anak Melayu terpilih ke peringkat akhir dan harapnya anak Melayu jugalah yang akan menjejakkan diri ke angkasa raya.


Tuesday, March 14, 2006

3 Tahun

SUDAH 3 TAHUN KITA BERSAMA

875 Entri tercatatlah sudah, sejak Jumaat 14 Mac yang gelisah. Bukan mudah menulis dengan penuh hemah, selalu tersasar fakta pun punah.

DJW hanyalah catatan kosong, tidak intelek. Bukan kerana nama, bukan juga nak menang anugerah. Hanya tulisan saja-saja, mengisi masa yang berlalu sudah.

Andai ada kata menguris rasa. Ampun dan maaf harus kupinta. Tidaklah pernah bermaksud begitu, maklumlah menulis bahan yang mudah, tak kena gaya harus kena ludah.

Buat pengunjung setia, maafkan aku membazirkan masa. Am, Moon, Atiranara, Nadya-my dan semua, terima kasih kerana sering mengulas bicara. Pandangan kalian sungguh berharga. Walau tiada apa yang besar di sini kiranya. Kalian masih sudi bertandang juga.

"Kedinginan" 14 March telah berlalu. Hati yang beku telah mencair. Rindu yang ada telah lenyap bersama angin. Esok catatan baru bakal lahir.

Inilah tahun ke -3 DJW, meneroka sunyi seorang aku !
__________________________

Dapat sms dari dia.

Happy 4th Anniversary of our friendship. May god bless u and just be yourself.
14-Mar-2006 00:17:01

Ya aku menulis DJW setahun setelah aku kenal dia. Tapi bukan sebab aku kenal dia.

Monday, March 13, 2006

TAUGEH

TAUGEH

Aku dapat email tentang taugeh baru-baru ini. Kawan aku kata dah bertahun depa buat camtu. Patutlah dia memang kalau makan apa-apa "tak mahu taugeh ye!". Kalau ada dalam makanan, sanggup dia carik dan asingkan. Tapi dia tak cakap pulak sebabnya dulu. Agaknya dia sengeh dan ketawakan aku dalam hati bila aku kata tentang 'keranggupan' taugeh dalam mee goreng yang selalu aku makan.

Kesucian makanan memang sentiasa diragui. Nak dapatkan makanan yang betul-betul halal di negara kita pun memang payah. Roti, burger dan sebagainya siapa yang keluarkan? Memang ada pengeluar makanan Islam tapi kadang yang Islam pun belum tentu bersih. Jangan tertipu dengan tanda halal tiruan. Hanya makan di tempat yang sudah pasti kebersihan dan 'asal-usulnya'. Kes restoran India yang gantung ayat suci Al-Quran di restoran mereka juga memang sungguh 'kurang ajar'. Nak mengaburi mata pelanggan pulak dengan cara macam tu. Tapi peliknya bila dah tahu mereka itu macam tu ada gak yang datang lagi makan minum di tempat itu. Oh yalah, restoran Melayu Islam mana ada yang 24 jam yer?

Hari Sabtu lepas nonton "Final Destination 3" di KLCC. Ada orang belanja so aku pergilah nonton. Best gak dan amat menggegarkan jantung gak.

Sepanjang Jalan Kenangan (iii)

Dia menatap wajahnya yang tertera
di cermin kaca yang tak pernah berdusta
dan berdiri di hadapan meja pengadilan
lantas cuba menghakimi diri sendiri
dengan kalbu terpejam, mengalir air wangi
mengimbas kembali
pengalaman resah membanjiri hati
kelmarin telah mati.

Betapa dengan mudah dia terjerat
dan dengan cepat ia tamat
sehingga tak terasa keharuman
hanya dari percikkan senja dan dia
semakin menghampiri pintu neraka

IZAM ABDUL MANAF
The Mall , Kuala lumpur (1990 -1997)
Berita Minggu (Dimensi) Ahad 12 Mac 2006 p:8

Saturday, March 11, 2006

DIAM

DIAM (BUAT MEREKA YANG TIDAK MENGERTI)


Sesudah tiba waktunya, tengah malam
menunggu warna reda terpancar
sinar matamu bening dan menikam
aku telah memilih diam

diam bukan bererti marah
diam bukan bererti kalah
diam bukan bererti salah
diam bukan bererti lemah

Malam ini kita dicabar dengus angin
mana ada cinta perkasa yang tidak membadai
antara umbi hidup dan sulur kehidupan
aku telah memilih diam

diam mengajar aku memahami sabar
diam adalah salju memadam api amarah
diam umpama bunga penyeri halaman mereda gelora
diam dibina dengan ambangan bulan mencari kebenaran
diam seperti memandang cermin diri

Setelah seribu tingkah menongkah
aku telah memilih diam
kerana ada kalanya diam lebih enak dari berbicara
jika bicara hanya mengundang dosa
memarak api sengketa
mendatang bencana
disalah teka

Sesudah tiba waktunya, tengah malam
izinkan aku memilih diam
sehingga kutemui kata-kata
yang mampu menjadi makna

Izam Abdul Manaf
Kampung Melayu, Pulau Pinang
Wanita, Disember 2005 p:182.


Suka sangat sajak ini. Maknanya cukup mendalam. Seribu kata-kata kadang tidak diperlukan. Berdiam diri lebih baik. Atau hanya dengan pandangan mata yang menzahirkan segala-galanya tentang sesuatu. Pengertian dan pengharapan terperosok di bawah bayang-bayang masa silam . Apapun biarkan sahaja. Bukan sesuatu yang mendesak.

"For things that do not come back : The spoken words, the speed arrow, time past and the neglected opportunity" ( Omar Al Halif)

Prophet Muhammad (SAW) Said:
"Allah Almighty wants that when one of you does, he/she does it well". - tradition reported by al Baihaqi.

Friday, March 10, 2006

Bahasa

Sukar berbahasa Melayu, banyak urusan dalam BI


DULU kita sering disaran supaya meningkatkan keupayaan berbahasa Inggeris (BI), tapi sekarang kita diminta memperkasakan bahasa Melayu. Mengelirukan. Sekejap bahasa Melayu, sekejap bahasa Inggeris, lepas itu nanti bahasa Inggeris balik.


Dengan penggunaan bahasa Inggeris yang begitu meluas di dalam sektor pekerjaan dan juga dalam perbualan harian lebih-lebih lagi di kalangan masyarakat kota, saya berasa amat susah untuk kita kembali bertutur sepenuhnya dalam bahasa Melayu.


Ini kerana bahasa Inggeris digunakan dengan begitu meluas sehingga di sesetengah tempat dan dalam urusan perniagaan, bahasa Melayu langsung tidak digunakan.


Di dalam temu duga di mana sekalipun, amat jarang penemuduga bertutur dalam bahasa Melayu. Kebanyakannya bercakap dalam bahasa Inggeris walaupun syarikat berkenaan bukan syarikat antarabangsa.


Macam mana hendak memperkasakan bahasa Melayu jika orang Malaysia sendiri tidak menghargai dan menggunakan bahasa Melayu itu sendiri dalam urusan seharian.


- NAHIZUL ASRAN,
Alor Star, Kedah.

BM? Ingatkan bahasa ni telah pupus. Sebabnya semua orang nak bercakap dalam BI walau grammer lintang pukang. Student kat sini ada complaint tentang ada staf kaunter yang tak mahir BI. Apa yang menggeramkan, dia tu pun Malaysian gak tak kan tak faham basic communication dalam BM dan bagaimanalah dia boleh lulus SPM?

Memang BI ni penting tapi kalau setakat untuk menuntut ilmu dan berurusan dengan totally stanger yang tak tahu BM dimaafkanlah. Apa yang berlaku, generasi sekarang berlagak nak cakap BI walau kadang bunyinya macam itik serati tu. Kalau kena dengan aku tak bagi chan punyalah.

Kerajaan pulak macam akhir-akhir ini berkempen pasal BM balik. We all confused tahap dewalah dengan depa nih. Memanglah kita sayang BM, tapi environment yang ada tidak menyokong ke arah itu. Akhirnya kita menggabungkan bahasa slanga yang perbagai corak ikut sedap gigi masing-masing jer. Bercakap 50% BM - BI untuk memuaskan hati sendiri dan sebagai cara untuk memprotes pun ya jugak.

Kalau berurusan dengan orang dalam BI, orang tak akan perlekehkan kita sangat kan?

Thursday, March 09, 2006

Oldies

OLDIES ANYONE?

Malam tadi MA tolong I dengan bersungguh hatinya masukkan lagu ni kat my blog. Dia buat semua! I tinggal cut and paste dalam my template jer. Lagu nih sedap juga dan boleh dikira meresap dalam tengkorak I ler. Serious, inilah kali pertama dengar lagu Tom Jones. Si KT kata ini lagu datuk dia dulu hehehe. Tapi aku suka sangat muzik dan lirik lagu nih. Sekarang nih MA dah bekalkan aku dengan senarai lagu oldies yang pelbagai. Entah dari mana dia godek benda dah ‘berabuk’ tu semua yer? Tapi rasanya kebanyakkan lirik lagu oldies lebih jujur dan menyentaplah. Banyak kisah yang boleh difikirkan. Kadang liriknya terlalu jujur pula.

MA kata lagu nih paling sesuai dengan I. Ceh … ceh hehehhe so kepada sesiapa yang rasa telinga tak selesa dengar lagu ni just ‘mute’ kan jerlah media player tu yer. Jangan kata I tak ‘warning’. Harap hari ini lebih membahagiakan kita semua !


Tom Jones - I ( Who Have Nothing)

I, I who have nothing
I, I who have no one
Adore you, and want you so
I'm just a no one,
With nothing to give you but Oh
I Love You

He, He buys you diamonds
Bright, sparkling diamonds
But believe me, dear when I say,
That he can give you the world,
But he'll never love you the way
I Love You

He can take you anyplace he wants
To fancy clubs and restaurants
But I can only watch you with
My nose pressed up against the window pane

I, I who have nothing
I,I who have no one
Must watch you, go dancing by
Wrapped in the arms of somebody else
When darling it's I
Who Loves you

I Love You
I Love You
I Love You

Buat AJ ...

Wednesday, March 08, 2006

Siti

CIK SITI DAN NO COMMENT

Kisah Cik Siti kita yang tengah hangat bercinta sentiasa menjadi buruan akhbar. Jadi tajuk muka depan pula. Datuk K tu pulak dapat publisiti percuma dan sedikit sebanyak orang kenal syarikat dia. Menerajui 3 buah syarikat, berumur 48 tahun dan Cik Siti kita yang sudah bersedia membuka hatinya. Paling bijak bila Cik Siti sentiasa menjawab "No Comment" dan tersenyum manis bila diajukan wartawan. Jadi wartawan tidaklah mendapat ruang memanjangkan kisahnya itu. Lama tu dia berbuat begitu dan taklah macam sesetengah artis belum apa-apa dah heboh dan bila nak bercerai-berai pun hebohnya sama juga.

Apa yang pasti kisah Cik Siti di muka depan akhbar berbahasa Melayu seolah-olah meredakan 'kepanasan' hati akibat beban kenaikan harga minyak dan kenaikan harga barangan di negara kita. Tumpuan masyarakat seolah dipesongkan agar memikirkan perkara lain. Kisahnya menjadi nilai berita yang dinantikan ( Ye ker?).

Rasanya kepada sesiapa yang belum berkahwin dan sentiasa diserbu pertanyaan 'bila lagi' oleh sanak saudara harus menjawab "No Comment'. Tapi kalau pihak berwajib menjawab "No Comment" terhadap pertanyaan yang diajukan wartawan terutama mengenai isu-isu berbangkit nak kena luku cubalah!

Bulan takkan terbit tanpa malam
Siang takkan cerah tanpa mentari
Rindu takkan lahir tanpa rasa cinta
Cinta takkan lahir tanpa rasa sayang

Ombak takkan bergelora tanpa badai
Pohon takkan bergoyang tanpa bayu
Airmata takkan mengalir
Tanpa resah hiba didada
Jiwa takkan pilu sayu
Tanpa derita yang melanda

Kasih dan sayang insan
Ibarat malam dan siang
Rindu dan cinta insan
Ibarat ombak dan badai

Silih berganti senyum dan tangis
Takdir menentukan bersabarlah
Ohooo tuhan

Juliza Adlizan – Kasih Dan Sayang Insan

Aneh betul semenjak dua menjak nih aku suka pulak letak lirik lagu. Lagu ni dulu-dulu kalau dengar rasa nak rejam jer radio tu dengan batu. Tapi sekarang nih bila dengar buat aku terfikir balik. Betulah kalau dihayati lirik lagu ini memang kita kena terima kenyataan .

Rindu takkan lahir tanpa rasa cinta
Cinta takkan lahir tanpa rasa sayang …

Apa yang kita nak atau kita hajatkan belum tentu membahagiakan diri. Tapi kalau sudah dicuba kenalah bertanggungjawab terhadap akibatnya pula.

Seronoklah kerja hari nih semangat terlebih pulak.

Tuesday, March 07, 2006

Kasih


MIMPI DI ATAS BANTAL

Hari yang indah. Tidak semua hari yang berlalu pergi terlalu biasa untuk dikenang. Namun tidak semuanya harus dibenamkan di sini. Mata hati kita melihat sesuatu tetapi menafsirnya dengan terlalu berlainan. Kehidupan kadang menjadi satu perjalanan yang sunyi, kerana kita mahukan ianya berlaku seperti itu. Walau kita tidak pernah inginkannya. Keinginan dan realiti kehidupan tidak semestinya menyamai mimpi kita malam tadi.


Kasih Tak Sampai

Indah .. terasa indah
Bila kita terbuai dalam alunan cinta
Sedapat mungkin terciptakan rasa
Keinginan saling memiliki

Namun bila itu semua
Dapat terwujud dalam satu ikatan cinta
Tak semudah seperti yang terbayang
Menyatukan perasaan kita ...

Reff #
Tetaplah menjadi bintang di langit
Agar cinta kita akan abadi
Biarlah sinarmu tetap menyinari alam ini
Agar menjadi saksi cinta kita
berdua ... berdua ...

Sudah .. terlambat sudah
Kini semua harus berakhir
Mungkin inilah jalan yang terbaik
Dan kita mesti relakan
kenyataan .. ini

Menjadi saksi kita berdua ...

Padi


Suka lirik lagu ini.

Monday, March 06, 2006

Optimis


OPTIMIS : RAHSIA UMUR PANJANG


Pandangan dan sikap anda mempunyai impak yang besar terhadap tahap kesihatan anda. Kenapa? Kerana "Optimis dan berfikiran positif itu baik untuk jantung anda".

Sekumpulan penyelidik dari Belanda mengikuti seramai 545 lelaki berusia antara 64 hingga 84 tahun selama 15 tahun. Tidak ada seorang pun di kalangan mereka yang melaporkan sejarah penyakit jantung semasa kajian itu dimulakan.

Lelaki-lelaki berkenaan mengambil kuiz optimisme sebaik sahaja kajian bermula dan beberapa kali lagi sepanjang tempoh berkenaan . Merek aturut menilai tahap kesihatan secara keseluruhan dan menyediakan lain-lain maklumat tentang diri mereka sendiri.

Penemuannya sebagaimana diterbitkan di dalam Archives of Internal Medicine, adalah : Responden yang kurang optimis cenderung mati disebabkan oleh masalah jantung sepanjang 15 tahun itu manakala responden yang optimis condong untuk terus hidup dengan penuh keyakinan.

"Optimis mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan kesihatan fizikal, malah sehingga ke nafas terakhir seperti penyakit jantung.'

"Orang yang optimis mempunyai kecenderungan untuk menjaga diri dan menguruskan masalah mereka dengan lebih baik,' Kata Erik Giltay dari Institute Kesihatan Mental Delft.

Jantung wanita optimis juga boleh mendapat manfaat ketara dari segi risiko yang rendah akibat kematian kardiovaskular.

Kalau terlalu memikirkan kesan kenaikan harga minyak terhadap kenaikan barang dan kemerosotan kualiti hidup akibatnya memang tension. Walaupun kehidupan hari ini mencabar, hidup perlu juga diteruskan. Sebahagian besar apa yang berlaku hari ini adalah berpunca dari kesilapan kita juga, kita yang inginkan ianya berlaku. Kita memilih mereka dan inilah harga yang harus kita bayar. Optimistik!

"People are like flowers - even if they are good quality breeds, if their friends or environment are not, they will turn bad." ( Kaoru Sugita, Actress)

Friday, March 03, 2006

GERAM

GERAM

Geram betul kalau call seseorang dia jawab "I tengah makan nih, nanti I call you back yer". Dan ayat 'call you back' tu sampai ke sudahlah tak akan ditunaikan. Macam menunggu buah yang tak gugur. Bukan perkara yang senang nak call dia tuuh. Busy memanjang.

Begitulah nasib badan jadi orang biasa macam aku nih. Selalunya macam tulah. Kalau dia kata call you back jangan nak berangan hp aku akan berdering. Sunyi jer macam kena campak kat kubur.

Tertulis nama di hati
Sentuh rasa terdalam di jiwa
Tak ku duga jadi begini
Dalam ucap ku andaikan rasa
Rasa cinta ku dalam benci ku

Sesungguhnya aku masih cinta
Sesungguhnya aku masih sayang
Yang terjadi dalam cinta kita
Karena angkuh hati
Hanya aku yang persis merasa
Bunga cinta masih harap cemas
Walau ada yang lain telah hadir
Hati mu yang terpilih

Jika hati boleh memilih
Ingin ku sapa diri mu di hati
Akhir kita apa terjadi
Hanya hati kita yang menjawab
Rasa cinta ku dalam benci ku

Hati Yang Terpilih - Rossa

Sudah dua hari aku start jogging. Keliling uni nih jer, tapi kan rasanya jarak dia mencecah 3km tau. Yerlah aku start pukul 5.45 pagi dan selesai 45 minit kemudian. Banyak berjalan daripada berlari sebenarnya. Badan rasa segar dan otak cergas jer. Tak der rasa cam malas-malas lagi. Lebih-lebih lagi bila baru kebah dari sakit ni kan. Dah masuk 30-an ni kenalah jaga badan. Tak moh lah boroi ker apa kang tak muat baju pengantin hahahha.( tahun bila yer?).

Hujung minggu nih balik kg. Balik pagi Sabtu. Duit Mak dan Bapak tu semua orang 'bank-in' dalam akaun aku so kenalah balik untuk serahkan. Takut simpan lama-lama.

Thursday, March 02, 2006

BERUBAH

KITA KENA BERUBAH?


Sejak isu kenaikan harga minyak banyak sudah aku dengar pemimpin menyuarakan "rakyat perlu berubah". Memanglah kita telah lama berubah. Tidak lagi membuta tuli melihat sesuatu tanpa mengkaji kebarangkalian yang berlaku. Kita kena berubah dan menerima segala tekanan yang bakal dan telah berlaku. Kenaikan harga barangan dan cara kehidupan yang akan turut menerima tempiasnya.

Kalau dulu ada yang sebulan sekali dapat balik ke kg, mungkin kini tidak lagi. Menjenguk orang tua di kg akan menjadi satu aktiviti 'mewah' pula. Datuk dan nenek akan merindui cucu-cucunya. Penggunaan telefon pula tidak akan lagi sekerap selalu kerana masing-masing akan takut bil meningkat. Hidup akan berubah dan rakyat jelata terpaksa berkorban dan turut 'menderita' kerananya.

Bila kepincangan dan asakan ekonomi berlaku rakyat jelata harus menerima kesannya secara langsung. Setiap kali kita memandu di atas jalan raya yang selesa. Sebenarnya kitalah yang membina segala kemudahan ini. Kita membayar setiap sen apa yang kita gunakan dan keselesaan yang kita nikmati. Jalanraya yang saban hari kita lalui, kitalah yang turut sama 'membinanya' dari kutipan tol yang kita bayar.

Rakyat harus berubah? Pemimpin juga harus memikirkan yang mereka harus menjadi pengurus yang baik. Segala projek mestilah di pantau agar tidak berlaku penyelewengan dan kos-kos yang tidak perlu dapat dikurangkan. Kerana segala kesilapan yang mereka lakukan kita jugalah yang akan menanggung akibatnya di kemudian hari. Pembayar cukailah yang harus 'menyelesaikan' segala kepincangan yang berlaku.

Rakyat telah berubah dan ketika mereka bersesak menaiki LRT dan Komuter ke tempat kerja, deretan kereta mewah tetap membawa pembesar negara melalui jalan raya cantik yang kami turut membantu membinanya!

Wednesday, March 01, 2006

Dugaanku

Dugaanku

Hari ini merupakan hari terakhir makan antibiotik. Mula - mula makan 4 biji sehari selama seminggu dan kemudian ditukar ke dos yang lebih tinggi 2 biji sehari. Alhamdulillah 'sakit' yang dideritai beransur pulih. Walaupun ada kesan sampingan seperti badan panas dan tumbuh ruam tapi semua itu dapat di atasi dengan jayanya.

Bersemangat nak kerja hari ini. Walaupun mata sedikit berpinar memandang monitor tanpa henti. Banyak juga kerja yang berjaya di sudahkan. Ada beberapa tugasan yang aku buat semula. Minggu lepas macam buat cincai jer rasanya, tak mencapai standard yang aku harapkan. Jadinya aku buat semula. Bila siap pagi ni baru puas sedikit rasa hati.

Aku masih terjaga bila jer masuk detik 12.00 malam kebelakangan ni. Mata jadi segar bugar sampailah pukul 5 pagi barulah boleh pejam. Kemudian terjaga 15 minit sebelum pukul 7.00 pagi. Badan taklah letih sangat. Aku kena amalkan diet yang selalu aku buat. Aku dah start berjalan kaki ke ofis harap semuanya akan dipermudahkan.

Masih bernafas lagi ... Syukur Alhamdulillah.

Jiwa ku yang suram
Malam yang panjang ini
Aku bersendirian
Merenung kehidupan
Memikir kesudahan
Pada siapakah hendak ku curah keresahanku

Aku berpaut pada sejengkal tali cuma
Itulah yang ada sementara aku
Hidup di dunia ini
Inikah dugaanku inikah kesempatan
Haruskah ku terus atau membiarkan
Ianya berlalu

Dekat di depan mata berat meluah kata
Terpendam segala apa dirasa sekian lama ini
Apakah kita nanti tiada dapat serasi
Ataukah hanya aku bermimpi untuk memiliki

Kesempatan yang datang tiada ketentuan
Mampukah ku memandang di kejauhan
Tak kesampaian
Sering terbayang-bayang tinggi lagi harapan
Entahkan ku sempat ataupun tidak
Untuk bersama mu

Ning Baizura