Tuesday, February 28, 2006

MINYAK NAIK

MINYAK NAIK LAGI ( DAN LAGI ...)

Malam semalam ada orang sms aku suruh isi minyak penuh sebelum pukul 12.00 sebab minyak akan naik lagi RM0.30. Nonton Nightline malam tu dah sahih minyak naik lagi buat entah kali keberapa. Kenaikan ini demi pembangunan negara katanyalah nak bina insfrastruktur lain untuk rakyat ( duh!).

Pagi tadi seperti minggu-minggu yang sudah, aku jalan kaki ke ofis. Bukan apa demi kesihatan takut terkena sakit PAD ( yang boleh membuatkan renjatan jantung) kalau tak gerakkan sangat anggota badan terutama kaki ( baca Berita Minggu).

Ramai orang yang marah dengan kenaikan minyak ni. Tapi orang kita hanya marah yang dipendam dalam jiwa. Tak der masa nak buat rapat umum macam orang yang takder kerja. Pendam dalam jiwa, sebab itulah agaknya ramai yang sakit jiwa. Semua nak zahirkan kemarahan pada pilihanraya akan datang ( nak vote down). Buatlah apa yang patut. Semua benda akan naik macam perkara yang tidak boleh di tahan-tahan.


Monday, February 27, 2006

POPULAR


POPULAR DAN TERKENAL

Menjadi popular dan terkenal sebenarnya penting dalam semua bidang yang kita ceburi. Adalah amat malang apabila kita tidak 'dikenali' walau oleh kakitangan lain di organisasi yang telah kita bekerja puluhan tahun. Bak kata orang masuk keluar bangunan tapi orang tak kenal kita. Macam kita ni hantu yang singgah setiap hari dah pulang setelah tamat bekerja. Mesti ada sesuatu yang tak kena kan? Menjadi terkenal dan dikenali di tempat kerja seharusnya menjurus kepada kebolehan, kepakaran, kesungguhan dan ketepatan kita menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan kepada kita.

Di tempat kerja semua ini membawa makna yang besar kepada kita. Membina reputasi yang baik dan akhirnya rakan sekerja dan organisasi akan mengenal potensi yang ada kepada kita. Ada seorang staff (awek cina yang menang best executive award baru-baru ini) memang mempunyai PR yang baik. Jumpa sesiapa jer dia akan panggil nama dan senyum. Kita akan terasa wah! Dia pun kenal kitalah. Inilah pentingnya kita dikenali dan mengenali orang lain sekurang-kurangnya dalam lingkungan tempat kerja kita.

Menggingati nama orang merupakan satu perkara yang sukar. Tapi jika kita usahakan pasti akan menjadi mudah. Wan sampai boleh ingat Ext no semua department di U ni. Ini sesuatu yang miracle! Maka memang perkara ini boleh dilakukan jika kita mahu. Selalunya dan kadang kala kita tak sempat pun senyum bila jumpa orang lain ketika keluar membeli makanan atau bila terserempak dengan rakan dari jabatan lain sebab kita tidak pernah berurusan dengan mereka. Perkara ini sebenarnya boleh 'makan dalam' dan takut-takut mereka akan cop kita sebagai sombong pula. Tak kiralah apa status pangkat mereka. Senyum dan bertegur sapa merupakan satu usaha yang baik membuka ruang untuk kita lebih diterima dalam komuniti yang ada.

Bila kita sudah terkenal di peringakat dalaman, kemudian lebarkanlah pula kepak kita di peringakat yang lebih luas melalui pembentangan kertas kerja dalam bidang yang kita ceburi, penulisan di journal profesional dan buku. Yelah, biarlah kehadiran kita itu memberi makna dalam bidang yang kita perjuangkan. Manusia mati meninggalkan nama bukan?

Bagimanalah orang lain akan menggingati aku nanti yer?

Di Dalam Sepi Itu


Serasa diri ini
Terpinggir di batas nan sepi
Tak sesiapa menemani


Di dalam sepi itu
Kembali ku mengingati mu
Lalu hati jadi rindu


( 1 )
Aku terperangkap dalam diri
Aku terpedaya oleh mimpi
Aku dikejari bayang-bayang
Keterpaksaan menyiksakan


( 2 )
Lama ruang hati kekosongan
Lama ku menangis sendirian
Lama hanyalah hitungan masa
Tak terluntur kenangan indah
Di antara kita


Di dalam sepi itu
Bertakhta bayangan dirimu
Mencengkam sanubariku

Sudirman

Friday, February 24, 2006

Sekadar Renungan


SEKADAR RENUNGAN


Warga tua lelaki atau wanita menghadapi risiko kematian yang meningkat selepas pasangannya jatuh sakit atau dimasukkan ke hospital.

"Manusia itu saling berkait di antara satu sama lain , begitu juga dengan kesihatan mereka. Seseorang itu boleh meningal bukan hanya kerana patah hati apabila pasangannya telah pergi (mati) tetapi juga apabila teman hidupnya jatuh sakit", kata ketua penyelidik Dr. Nicholas Christakis dari Harvard Medical School.

Hasil kajian yang diterbitkan di dalam The New England Journal of Medicine itu melibatkan lebih daripada sejuta responden.

Dalam pada kecenderungan seseorang menuruti jejak langkah pasangan nya yang telah meninggal dunia berjaya didokumentasikan dengan baik , tidak banyak fakta yang diketahui tentang nasib yang menimpa individu itu apabila suami atau isterinya sakit.

Saintis berkenaan mengaitkan penemuan ini dengan faktor tekanan. Contohnya dalam tempoh 30 hari pertama selepas berita mengejutkan itu, seseorang mungkin lebih senang mendapat serangan jantung, terlibat di dalam kemalangan jalan raya atau mengambil alkohol secara berlebihan.

Thursday, February 23, 2006

Tag

TAG

Macam berantai-rantai pulak. Since Sis Sya want me to do this so ...inilah yang dapat disedialan dalam masa 30 min.
4 jobs

1.Masa aku lepas SPM aku kerja main-main di Kilang kat kampong aku. Gaji dia dapatlah RM 1.80. Nak tahu keje apa? Pasang filamen mentol. Haluss sangat benda tu dan kena siapkan 500 baru dapat RM.1.80. So tahulah aku betapa susahnya nak dapat duit masa tu.

2.Kerja kilang Papan “Greenwood” di Pelabuhan Klang. Ni tahan seminggu jer … tak tahan habuk!

3.Kerja kilang di Mattel … ya ampun selalu songlap si “Ken” bertuxedo. Tapi semua dah hilang kat mana tah. Masa nih kerja tak ingat dunia tuu.
4.Lepas tamat pengajian kerja di TV* tiga tahun setengah dan now berdendang sayang di sebuah universiti swasta. Pendek kata hidup aku macam dari lorong kelam ke menara impian :)

4 Movies

1.Braveheart – Memang suka sangat filem ini. Kali pertama buat tugasan review filem untuk paper English. Kali pertama menonton filem di panggung. Aku tengok 3-4 kali. Dan tidak terkira selepas itu.

2.The Centre Stage – Lakonan mantap Maggie Cheung, suka filem lakonan Maggie untuk watak serious. Lagu kematian dia di akhir filem tu sungguh menyayatkan. Menonton lakonan dia buatkan aku banyak terfikir tentang mutu lakonan pelakon kita …

3.The Way We Were – Suka falsafah yang nak disampaikan dalam filem ini tentang menyintai seseorang. Cinta tidak semestinya sempurna untuk bahagia.

4.Semua cerita hantu … Nang Nak ker , Toshio tu ker … filem seram dari Indonesia paling menyeramkan setakat ini. Tapi selalu ketawa terbahak-bahak bila tengok cerita Korea tang hantu merangkak. Tak senonoh nak takutkan orang cara tuu.

4 places i lived

1.Selangor – Cape Coral
2.Selangor - Shah Alam
3.KL – Wangsa Maju , AU3
4.Cyberjaya

4 shows
1.Buletin Utama - Nak tengok pembaca berita dia tersasul ada sorang tu lawak gila. Selalu tersasul.
2.Majalah 3
3.Agrojurnal - Aku minat pertanian/penternakan
4.Semua rancangan Home deco dan perihal haiwan. Tapi selalunya malam tak sempat nak nonton TV, padam awal.

4 Places I rather be

1.Rasanya I akan pilih balik kg jugak di CC kalau ada peluang. Tapi masalahnya tak dapat gaji yg sama di tempat itu.
2. Melbourne
3. Sydney
4. Brunei

albums I can't live without

1.Il Divo
2.Broery
3.Lagu-lagu Klasik
4.Surah-surah pendek yang dipasang ketika memandu.

4 vehicles I owned

1.Basikal
2.Proton Iswara
3.Wira Aeroback
4.Belum dapat ilham untuk tukar yang baru.

4 orang aku nak tag

1. Klinikminda
2.Cempakasari
3. KT
4. Merryhearted

Cerita

AL-KISAHNYA ...

KUALA LUMPUR 22 Feb. - Seorang pengarah akaun sebuah hotel bertaraf lima bintang di ibu negara kecewa apabila terpaksa melepaskan jawatan yang dipegangnya sejak lebih 10 tahun lalu semata-mata kerana memakai tudung.

Habsah Jaafar, 46, mendakwa beliau terpaksa berbuat demikian setelah diberi kata dua oleh pengurusan hotel terbabit sama ada mematuhi peraturan yang melarang pemakaian tudung ketika bekerja atau melepaskan jawatannya.

Ingatkan kisah ni di Eropah jer kat sebuah negara Islam progresif pun ada. Boikot jer hotel tuu. Apa kaitan bertudung dengan performance seseorang?




HABSAH Jaafar sambil diperhatikan Subahan Kamal menjelaskan isu larangan bertudung oleh majikannya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Pergerakan Pemuda UMNO di sini, semalam. - Gambar ZAINI HUSIN.

Wednesday, February 22, 2006

TEORI KEKECEWAAN

Kerja di universiti ni dan bergaul dengan golongan ilmuan pelbagai teori tercipta. Kawan aku bagi teori kekecewaan ini pada aku.

Kekecewaan = Pengharapan - Pencapaian
Oleh itu untuk mengurangkan kekecewaan, seimbangkan kedua-dua P agar pengharapan tidak menjadi terlalu tinggi.

Mudah bukan? Orang tak pandai Maths pun boleh faham.

Kita akan sentiasa diuji dan diduga dengan pelbagai musibah dan juga rezeki yang tidak disangka-sangka. Bagaimana kita melalui semua itu terpulanglah dengan keazaman dan kekuatan kita menghadapi hari ini dan esok yang belum pasti.

Tertarik dengan tagline filem 9 Naga : “ Penyesalan terbesar adalah bermula dengan awal yang salah” . Lebih kurang begitulah. Kita biasanya terduduk setelah terhantuk teruk dalam kehidupan kita. Tapi pada awalnya kita sendiri yang membenarkan segalanya itu memburu hidup kita semula dan kita tidak rasa tenteram untuk menempuhi hidup.

Tapi setiap sesuatu pasti ada jalan penyelesaiannya.

UNGGU
Akhirnya engkau tidak lagi
Mencintaiku
Akhirnya kita telah berpisah
Aku terpaksa
Aku rela
Aku tamatkan dengan doa
Lantas pulang ke sepi yang awal.

Langsung tidak menyangka
Suci dan bersih sebelum berjumpa
Sudah hilang
Engkau di hatiku
Sekarang serumpun unggu
Api dalam serkam terus membakar
Menunggu waktu
Bangun memekik dan menyambar.

CHUI YUE PEI
Setapak, Kuala Lumpur.
Mingguan Malaysia Ahad 19 Feb.2006 p:30

Tuesday, February 21, 2006

Matahari

MATAHARI DI ATAS SEJADAH


Cerpen tulisan S.M Zakir ini tersiar di Mingguan Malaysia (19 Februari.2005). Jarang sekali dapat membaca cerpen-cerpen yang best dan berjiwa serta sarat dengan pengajaran. Sindiran yang di buatnya cukup tepat dalam mengolah pergolakan semasa yang berlaku antara dunia barat dan Islam. Rasanya inilah cerpen yang mempunyai jiwa glokal.


Berkulit putih kuning dan berwajah bersih ceria. Ustaz Nik senang tersenyum dan sangat baik hati. Ustaz Nik mengajar di sekolah agama tempat Tamrin dan Mat Nor belajar. Malamnya Ustaz Nik menghabiskan masanya di surau. Bukan sahaja menjadi muazin tetap di surau itu, Ustaz Nik juga acapkali menjadi imam terutamanya solat zuhur dan asar berganti dengan Haji Salleh dan Ustaz Aziz. Dalam pada itu Ustaz Nik selalu mengadakan kuliah subuh untuk budak-budak di daerah ini.”


“Seluruh dunia termasuk pemimpin Islam mengutuk Ustaz Nik dan pasukannya. Ustaz Nik digambarkan sebagai pengganas yang jahat. Orang yang terkeluar dari Islam, sesat dan gila. Ustaz Nik dan sahabat-sahabatnya dicap sebagai pengganas yang paling jahat. Pemusnah dan pembunuh. Bahkan pemimpin-pemimpin Islam juga mencaci dan mencerca Ustaz Nik. Ustaz Nik dikatakan sebagai memalukan Islam. Tetapi mereka sendiri tidak pernah malu untuk menyembah Amerika Syarikat yang ternyata memijak dan membunuh umat Islam.”

Monday, February 20, 2006

MC

MASIH DEMAM


Hari Jumaat aku MC. Pergi dapatkan ubat di Klinik dalam kampus. Ohh sekarang sudah tukar kepada klinik kesukaan aku itu. Tapi entah kenapa macam terkena badi si Gomez ubat diberi tidak semantap macam selalu. Masih seperti standard Gomez ( yang kalau u makan badan akan bertambah demam/sakit). Akhirnya setelah 3 hari, badan aku masih tidak berapa sihat, pening kepala dan rasa nak demam. Tapi aku datang juga ke ofis hari ini.

Hujung minggu aku balik kg seperti kebiasaannya ( yang tak biasa bila aku tak balik kg). Kat kg tengah hangat daripada biasa kisah cabutan kupon no bertuah dengan hadiah yang mahal. Taktik orang nak jual barang. Barang yang tidak seberapa di jual mahal pula. My dad so excited bila dapat surat yang mengatakan nama dia naik dan dijemput untuk ambil hadiah di KS. Bila sampai ke sana nak bukak sampul hadiah tu pun kena bayar RM50.00 dan kemudian kena bayar lagi RM 700 untuk barang yang di menangi. Nasib baiklah my mum tu tak mudah terpedaya. Tapi terbang jugalah RM 50.00 untuk barang murah yang berharga tak sampai RM5.00.

Ramai jugalah orang yang tertipu dengan taktik penjualan yang sebegini. Mertua si Julie terkena RM 1500 untuk barangan yang tak sampai RM 300 nilainya. Mak mertua dia bayar jer 'on-the-spot'. Tak elok betul kenakan orang-orang tua yang tinggal di kampong. Walaupun barangan yang dijual atau 'dimenangi' memang ada, tapi kualiti dan nilai sebenar tidak sama. Harganya jauh lebih murah sebenarnya dan tidak berjenama ( entah-entah tanda Sirim pun takde).

Hidup jangan menindas dan menipu orang lainlah. Kita hidup ini bukannya lama sangat.

Friday, February 17, 2006

Dinner

M*U APPRECIATION DINNER & STAFF AWARD 2006 : COLOURS OF M*U

Malam tadi pergi dinner di Cyberview Lodge Resort & Spa CJ (Cindai Ballroom). Mulanya we all plan nak buat dinner ni di PD, bigger space etc. Tapi Tun tak berapa sihat dan Tun M pun nak datang. Last-last malam tadi Tun M ada di langkawi sebab ada dinner gak di sana. Dewan hanya memuatkan 400 orang bila buat di CJ nih sedangkan we all ada 1500 staff dah. So ramailah yang tak dapat datang.

Staff award antara yang paling dinantikan. Bekas hausemate aku menang "Best Executive Award ( Technical) dia memang terlalu layak. Aku bangga dia menang. Rajin dan tidak berkira orangnya. Sanggup tolong orang tanpa banyak protokol. Admirerlah dengan kesungguhan dia tu.

Makanan Chinese Food bolehlah dikatakan sedap. Camtulah kan makanan Cina bukan ada apa sangat. Cambutan bertuah pun memang tak akan pernah nyer dapat kat aku nih. Pakat tengok jerlah. Overall menariklah jugak. Staff gak yang buat persembahan. Boss T* pun datang, dan BOD's.

Aku balik awal masa depa semua ambil gambar dan acara seterusnya nyanyi lagu universiti.

Thursday, February 16, 2006

addicted

ADDICTED TO LOVE

Cinta hilang di New York dan bekas tunang dan kekasih cuba merebut kembali cinta yang sudah ditakdirkan hilang. Akhirnya tidak lagi mampu membohongi diri bahawa cinta sejati telah wujud di depan mata. Pehhhh Meg Ryan still the best!





Aku belajar sesuatu dari kisah ini :

1. Bila hati terluka, ‘membalas dendam’ terhadap tindakannya terhadap kita boleh menjadi terapi yang baik. ( Hehehe Cuma jadikan dia masa lalu kita juga). Tapi apa yang berlaku diakhirnya nanti hanya diri kita sahaja yang merasai kesannya.

2. Wanita berambut blonde ( Si Maggie ) tetap nampak cute bila marah. Tapi kalau wanita Melayu berambut blonde nampak macam hantu !

3. Walau bagimana terluka pun hati akibat kehilangan, kita tidak dapat apa yang kita mahukan sebab apa yang terjadi akan terus terjadi. Cinta datang dan pergi semudah kita jatuh cinta itu juga. Jadi memang adil bila hati kita terluka saat ini sebab di masa akan datang/ lalu pasti kita akan / telah melukakan hati orang tanpa kita sedari.

Quotes from the film :

"You never want to get out of this town and see the possiblities!" (Linda)

"Everything I wanna see is right here: you, the sky." (Sam)

"Sam, I went to school in that building right there. I hung upside down on this jungle gym. In 20 years, I haven't moved an inch!" (Linda)

"I fell in love with you on this jungle gym..." (Sam)

"She tought it would be best if you did not talk for a while. Let me finish this off, ok? (Linda's father)"

'You're my best friend in the world Sam! So you must know, this is the way I am. I can't help it, it's my nature.' " (Linda's father, still reading)

"I sleep naked, it's the only way I'm comfortable. So don't think of it as a come-on 'cause if you so much as breathe in my direction, I'll nail your willy to that beam. Don't mess with my stuff, don't get in my way, and I'm sure we'll get along fine." (Maggie)

"Do you know what's going to happen to her Sam? He's going to make her feel like she is the only woman in the world. And when he looks at her, it'll be just like when a little kid looks at a Christmas tree, all lit up and shiny. And for the first time, she'll feel like she's really being seen and really loved. And then... and then... three weeks later, she'll find a pair of panties in the couch, and then she'll learn that she was just a stepping stone, that he was just... using her to get a visa... It will change her, Sam." (Maggie)

"You're not that tough, Maggie. I can tell you're not that tough." (Sam)

"I know what you're going through, I'm going through the same thing!" (Sam)

"Get this straight, pal! I'm not like you, I don't care what you're going through. Frankly, if I thought you and me were alike even in the most trivial way, I would tie a rope around my neck!" (Maggie)

Addicted To Love
( Robert Palmer )

Your lights are on, but you're not home
Your mind is not your own
Your heart sweats, your body shakes
Another kiss is what it takes
You can't sleep, you can't eat
There's no doubt, you're in deep
Your throat is tight, you can't breathe
Another kiss is all you need

Whoa, you like to think that you're immune to the stuff, oh yeah
It's closer to the truth to say you can't get enough
You know you're gonna have to face it, you're
addicted to love

You see the signs, but you can't read
You're runnin' at a different speed
Your heart beats in double time
Another kiss and you'll be mine,
a one track mind
You can't be saved
Oblivion is all you crave
If there's some left for you
You don't mind if you do

Whoa, you like to think that you're immune to the stuff, oh yeah
It's closer to the truth to say you can't get enough
You know you're gonna have to face it, you're addicted to love

Might as well face it, you're addicted to love
Might as well face it, you're addicted to love
Might as well face it, you're addicted to love
Might as well face it, you're addicted to love
Might as well face it, you're addicted to love
[break]

Your lights are on, but you're not home
Your will is not your own
You're heart sweats, your teeth grind
Another kiss and you'll be mine
Whoa, you like to think that you're immune to the stuff, oh yeah
It's closer to the truth to say you can't get enough
You know you're gonna have to face it, you're addicted to love

Might as well face it, you're addicted to love
Might as well face it, you're addicted to love
Might as well face it, you're addicted to love
Might as well face it, you're addicted to love
Might as well face it, you're addicted to love
Might as well face it, you're addicted to love
Might as well face it, you're addicted to love
Might as well face it, you're addicted to love
Might as well face it, you're addicted to love

End Note :
There are times I wish wealth could buy a fix for the broken heart, but unfortunately that’s not how it works in the real world, I strongly agreed on that point nevertheless, life is short enjoy it ( of course with limit).

Wednesday, February 15, 2006

Rombakan Kabinet

ROMBAKAN KABINET

Lega rasanya bila mengetahui rombakan kabinet yang diumumkan semalam. Datuk Mustapa Mohamed berpindah ke Kementerian Pengajian Tinggi mengambil alih tugas Datuk Seri Dr. Shafie Mohd. Salleh yang digugurkan. Mana tidaknya huru-hara Univ awam kita sejak akhir-akhir ini dengan kes Naib Canselornya dan kemudian banyak perkara yang tidak betul-betul diteliti. Tapi yang tidak bestnya program yang kami terlibat dengan Kementerian terpaksalah ditangguhkan sebab menteri bertukar, nama Shafie dah tak masuk dalam senarai lagi.

Antara yang dilihat paling pantas naik Datuk Zulhasnan Rafique daripada Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan kepada Menteri Wilayah Persekutuan. Aku mengundi di kawasan dia. Kawasan rumah sewa aku ketika aku mula-mula bekerja di KL.

Tapi ada beberapa menteri yang tetap tidak boleh dicuit. Personally aku amat berharap Menteri Kesihatan ditukar kepada orang Melayu. Tapi tidak juga bertukar dan rasanya Kementerian Kesihatan antara kementerian yang 'panas' sepanjang tahun.

Senarai perubahan kabinet baru boleh di baca di akhbar tempatan.

Monday, February 13, 2006

Masa Lalu

KITA ADALAH MASA LALUNYA BILA ...


Segala yang kita ada akan berubah dan kadang perubahan itu berlaku tanpa di duga. Lebih tepat lagi, perpisahan berlaku tanpa sebab. Ianya berlaku tanpa perlu ada punca. Hari ini dia ada, esok belum tentu. Sedar-sedar kita sudah menjadi masa lalunya pula.

SMS yang di kirim olehnya semakin ringkas dan tidak sekerap dulu. Pendek kata 100 yang you hantar kalau satu berbalas sudah di kira cukup baik.

Hanya kita sahaja yang teringat padanya. Dia sudah tidak peduli untuk menghubungi. No telefon you sudah di masukkan dalam 'senarai hitam'. panggilan tidak berjawab. Dulu walau dia dalam meeting, dia akan bergegas menjawab "Saya dalam meeting". Atau panggilan kita akan di jawab sejurus dia menyudahkan urusannya. Kini, hanya kitalah yang menunggu bagai buah yang tak gugur.

Dulu dia akan memberitahu kita aktiviti hariannya. Ke mana dia pergi, apa yang dia buat dan sebagainya. Sekarang nak dengar dia bercakap pun susah. Kita tidak lagi termasuk dalam agenda hidupnya lagi.

Kalau sesuatu berlaku, bolehlah merajuk-rajuk. Sekarang pujuklah diri sendiri. Lagi bagus kalau kita tidak mencampuri urusan hidupnya. Hidup dia lebih aman tanpa kehadiran kita.

Bila cuti dia tidak lagi bertanya kita apa yang kita nak buat, pergi mana, sampai bila kita balik kampong etc. Dia plan hal dia dan kita plan hal kita.

Begitulah antara yang dapat aku catatkan bila kita sudah tidak lagi termasuk dalam senarai manusia terpenting dalam hidup seseorang. Faham-faham sahajalah bila ia berlaku. Tidak perlu tunggu lagi. Angkat kakilah jawabnya, kita sudah menjadi kisah masa lalunya.

* Kalau ada idea lagi silalah tambah. Nak tahu jugak ikut pengalaman korang camner.

And close my eyes
Dream to mind
But you don't know
You don't even know that I'm there
I wish that I was in your arms

Like that Spanish guitar
And you would play me through the night
A smoky room, a small café
They come to hear you play
And drink and dance the night away
I sit out in the crowd
Till the dawn
I wish you'd hold me in your arms
Like that Spanish guitar
And you would play me through all night long
All night long I'd be your song, I'd be your song

Fill my heart with
Every note you play
I pray you'll look my way
And hold me to your hear someday, yeah
I long to be the one that
You caress with a tenderness
And you don't know
You don't even know that I exist

I wish that I was in your arms
Like that Spanish guitar
And you would play me through the night
Till the dawn
I wish you'd hold me in your arms
Like that Spanish guitar
All night long
All night long I'd be your song, I'd be your song

Te sientes inteligente
Cierras tus ojos
Y suenes que soy tuyo
Pero yo no se
Ni si quiera que estas aqui

Me gustaria tenerte en mis brazos amor

I sit out in the crowd
And close my eyes
Dream to mind
And you don't know
You don't even know that I exist, oh

I wish that I was in your arms
Like that Spanish guitar
And you would play me through the night
Till the dawn
I wish you'd hold me in your arms
Like that Spanish guitar
Wish that I was in your arms
Like that Spanish guitar
All night long
All night long I'd be your song
(Seria tu cancion)

I'll be your song, your song, your song
I'll be your song, yeah
I'll be your song, your song, your song
Play me all night long
I'll be your song, your song, your song
I'll be your song, yeah
I'll be your song, your song, your song
I wanna be your song
I'll be your song, your song, your song
I'll be your song, yeah
I'll be your song, your song, your song
Hold me baby all night long

Toni Braxton - Spanish Guitar

Friday, February 10, 2006

Ingatan

TANDA INGATAN

Ada kawan-kawan aku yang mengadu suami mereka tidak sensitif tentang benda-benda yang kecil atau perkara yang sudah diberitahu berkali-kali. Mereka jadi tension. Asyik mereka jer yang ingatkan, mereka tak ambil port pun. Lelaki memang macam tu ker? Mengambil mudah segala hal. Cthnya kalau bagi RM 1000 lelaki bagi sahaja dan tak akan ambil tahu duit itu buat apa, tetapi perempuan nak pendetailan pada semua itu, ke mana duit itu di salurkan. Complicated huh?

Yer wanita amat komplikated dan sentiasa nak penjelasan secara terperinci dan detail. Kalau mereka tak puas hati nahas kau. Kalau yang sedia ada tak boleh diubah maybe cara asuhan yang memang begitu, ubah pulalah anak lelaki you all tu. Didiklah mereka menjadi lelaki yang lebih memahami perempuan. Bertuah ler para ibu yang mampu melaksanakan tanggungjawab tersebut. Melahirkan lelaki generasi baru yang sentiasa peka pada perubahan perasaan dan susuk halus dalam hati wanita. Di mana roh mereka dapat berkomunikasi tanpa perlu bersuara.

Mungkin wanita terlalu dahagakan seseorang yang mampu menyayanginya seluruh. Sensitif terhadap perasaan mereka, walaupun mereka seharusnya saling melengkapi kelemahan masing-masing. Tiap sambutan di raikan bersama, kejutan hadiah -hadiah kecil, sms -sms yang dihantar tanpa di duga. Tanda kasih sayang dan penghargaan. Perkara ini seharusnya dilanjutkan sepanjang bersama, walaupun orang kata dah tua-tua tak perlu nak dirisaukan apa lagi dah.

Ada 3 kategori pasangan yang dapat aku perhatikan.

Pertama : Wanita yang sentiasa mengingati semua perkara tentang pasangannya, manakala pasangannya bersikap tidak kisah ( lupalah tu). Yang sentiasa makan hati pastilah yang perempuan itu.

Kedua : Lelaki yang cukup prihatin terhadap wanita dalam hidupnya, manakala pasangannya bersikap sebaliknya pula. Si lelaki pula yang rasa hanya dia yang berusaha keras dan bersikap romantik sedangkan yang perempuan pula tidak kisah.

Ketiga : Dua -dua tidak kisah. Tidak apa. Dua-dua ikut mood dan saling tidak mengambil tahu perkara-perkara yang kecil. Maka tiadalah hat-hati yang terluka di atas tindakan masing-masing.

Aku jenis yang suka buat kejutan. Tapi kadang lupa gak bila dah sibuk bekerja.

Thursday, February 09, 2006

SIBUK

SIBUK

Hari ini 10 Muharram, lupa nak berpuasa. Sibuk sangat sampai terlupa pulak. Petang ini ada pelawat dari one of the Ministry. Junior I pulak tu. So kena layanlah. Walaupun memang sudah busy melampau-lampau tetaplah tak sampai hati nak tolak lawatan dari pihak luar nih. Membahagiakan orang itu dan berkongsi ilmu memang sesuatu yang aku suka buat.

Tapi malangnya in reality aku ni seorang yang pendiam dan cakap direct jer tak suka melalut. Selalunya meeting yang aku kendalikan amat ringkas, padat dan tepat. Lainlah kalau depa tanya sesuatu, aku jawablah panjang lebar. Lebih suka begitu, berkongsi idea dan pengalaman dengan orang jika diminta. Aku tak suka terlalu berprotokol sebab yang penting hasil keatas apa yang diusahakan.

Wednesday, February 08, 2006

SYUKUR

KEAJAIBAN

Sudah setahun lebih semenjak aku hantar borang permohonan untuk dapatkan housing loan subsidy kat HR (yang terlalu banyak peraturannya) dan awal tahun ni bila aku dapat statement dari bank barulah aku tahu berapa Islamic Financing Rate dia. Ingatkan masalah tu akan selesai rupanya tidak. HR terhilangkan pulak surat yang menyatakan bulan bila yang aku kena bayar penuh instalment kepada bank. Haru dan mengusutkan.

Petang tadi aku berhempas pulas buka semua kotak-kotak khazanah aku. Sebab aku ni jenis yang simpan semua benda. Ya SEMUA. Kebanyakkannya "sampah" hatta nota masa zaman kuliah pun aku sayang nak buang. Walau sesetengah tu takder gunanya lagi. Berpeluh-peluh pak cik, nasib baiklah duk dalam bilik sorang tak perasan yang aku hanya ber .... hahahha. Hampeh tak jumpa.

Sudahlah dari tahun lepas aku hangin dengan officer bank tu yang tak kasi tahu berapa profit rate (sebab Islamic Bank) tu yang membuatkan permohonan aku tersangkut tuh. Hanjing betul that lady, memang aku sumpah jadi pokok jering betul ( kalau aku ada majis ler). Nyusahkan orang sesangat. Lepas tu kes nih pulak.

Waktu dah masuk maghrib dan aku bergegas mandi dan bersolat. Keajaiban terjadi. Ketika aku menadah tangan dan berdoa aku ternampak beg fail aku itu. Aduh beg itu terselit di antara pakaian yang ada di dalam almari dan kebetulan pintu almari terbuka. Aku merasa amat lega dan bersyukur kepada Allah. Macam manalah aku boleh terlupa. Semua dokumen pembelian rumah itu ada di situ. Lega selega leganya.

Walaupun subsidi yang bakal diperolehi berdasarkan interest rate itu tidak seberapa dalam seratus lebih jer tapi itu kan duit jugak dan aku sudah terlepas hampir 2 tahun dari menikmati kemudahan tersebut. Memang rugilah.





My life is brilliant.
My life is brilliant.
My love is pure.
I saw an angel.
Of that I'm sure.
She smiled at me on the subway.
She was with another man.
But I won't lose no sleep on that,
'Cause I've got a plan.

You're beautiful. You're beautiful.
You're beautiful, it's true.
I saw your face in a crowded place,
And I don't know what to do,
'Cause I'll never be with you.

Yeah, she caught my eye,
As we walked on by.
She could see from my face that I was,
Flying high,
And I don't think that I'll see her again,
But we shared a moment that will last till the end.

You're beautiful. You're beautiful.
You're beautiful, it's true.
I saw your face in a crowded place,
And I don't know what to do,
'Cause I'll never be with you.

You're beautiful. You're beautiful.
You're beautiful, it's true.
There must be an angel with a smile on her face,
When she thought up that I should be with you.
But it's time to face the truth,
I will never be with you.

James Blunt - You're
Beautiful

Tuesday, February 07, 2006

Bosan


KEBOSANAN

Semenjak dua menjak ni aku rasa bosan yang melampau pulak. Mungkin disebabkan cuti panjang minggu lepas. Momentum untuk membuat sesuatu berada pada tahap yang amat kritikal. Banyak juga perkara yang perlu dibereskan, dan aku tak biasa buat kerja last minute sebelum ni. Hari ini kena selsema pula.

Kadang aku pun sudah bosan melihat diri aku sendiri . Entah macam mana pula orang lain melihat diri aku ini, mungkin mereka pun bosan tahap cipan jugak. Sebenarnya aku terkilan dengan perangai manusia yang hanya mementingkan kebahagian dan kehendaknya sendiri. Langsung tidak memikirkan implikasinya pada orang lain. Memanglah keutamaan hidup adalah kebahagiaan dan kesenangan sendiri, tapi jangan buat seperti orang lain tidak wujud.

Teringat kata-kata Khalil Gibran : Tentu ada yang sakral pada garam, ia ada di dalam air mata kita dan ia ada di seluruh lautan luas. Ada keajaiban yang tuhan wujudkan bersama masin garam, kemudian disembunyikan.

Kadang terpaksa menyeka air mata dari terus menitis. Hidup ini penuh dengan kemasinan air mata kalau kita tidak kuat berjuang menahan kebosanan hidup !

Sunday, February 05, 2006

Gemilang

GEMILANG
Jac menang lagi dengan "Gemilang". Aku lebih suka kalau Mawi menang dengan salihanya atau Elegi Sepi yang membuatkan aku seakan terasuk bila mendengar lagu itu. Di atas semua kemenangan itu, ramai juga yang tertewas meninggalkan solat pada Maghrib yang singkat.
(Pix : Berita Harian)


Kita akan belajar tentang diri kita sendiri. Walau selalunya kita hanya berdiam diri dan memerhati kehidupan itu berjalan dengan amat perlahan sekali. Keterpaksaan melakukan sesuatu hanyalah seperti menambah garam pada luka yang sedia pedih. Aku mula memaafkan diri pada setiap tindakan (walau betapa serong sekalipun) bukanlah salah pada awalnya. Kita ini buta, hidup ini tiada manual yang boleh memaksa kita pegun tanpa melakukan sesuatu. Bukan tersalah membaca peta kehidupan sendiri. Sebenarnya tiada jalan yang salah, tiada keputusan kita yang salah, cuma destinasi sahaja yang tidak betul. Lama-lama kita akan sedar yang kita tidak seharusnya menyesali segala kesilapan kita, segala luka lama kita, keputusan-keputusan yang kita tersalah ambil. Segala-galanya adalah sejarah kita yang kita harus raikan dengan syukur. Sesuatu yang mencorak kita, membentuk kita sekarang.

.

Friday, February 03, 2006

Regresa

REGRESA A MI



Rasa sungguh damai sekali bila berkereta melalui sawah bendang. Memandu sambil biarkan udara segar mengusap lembut wajah dan kemudian dengar lagu “Regresa A Mi “ IL Divo pehhhh!! Rasanya lembu-lembu yang meragut rumput pun terkedu sebentar masa kereta aku lalu.

Sometimes, aku rasa takut bila hidup bersendirian dan aku terasa sangat gementar bila terbayang saat tua aku nanti hidup sendirian. Tapi aku rasa persoalan pokok adalah kebahagian hidup. Mungkin akulah antara salah seorang yang merasa lebih bahagia hidup seorang diri ( buat masa ini, masa depan aku tak tahu).

Bukan mudah membina benteng menentang godaan di dunia ini. Tetapi yang paling payah ialah menghadapi tanggapan orang lain terhadap diri kita. Itulah kepayahan yang paling besar harus aku lalui.

Tapi hidup kita yang sementara ini harus kita teruskan. Bagaimana kita menghadapi dan mencorakkan kehidupan itulah yang membezakannya.

Memanglah, aku mungkin rugi dari satu segi tetapi ada perkara lain yang aku rasa tidak menyulitkan langsung.

No me abandones así
hablando sólo de ti.
Ven y devuelveme al fin
la sonrisa que se fue.
Una vez más tocar tu piel
el hondo suspirar.
Recuperemos lo que se ha perdido.


Regresa a mí,
quéreme otra vez,
borra el dolor
que al irte me dio
cuando te separaste de mí.
Dime que sí
Ya no quiero llorar,
regresa a mí.

Extraño el amor que se fue,
extraña la dicha también.
Quiero que vengas a mí
y me vuelvas s querer.
No puedo más si tú no estás,
tienes que llegar.
Mi vida se apaga sin ti a mi lado.

[Chorus]
No me abandonas así,
hablando sólo de ti.
Devuelveme la pasión de tus brazos.
[Chorus]

Nota :

Memang benarlah, hati yang patah bukanlah dalih untuk kita melangkah dengan goyah. Tetapi ia sebenarnya adalah satu peringatan agar langkah kita tidak kembali salah.

Wednesday, February 01, 2006

Maal Hijrah

SALAM MAAL HIJRAH & MABUK LIMAU MANDARIN


Tak terasa pun sambutan Maal Hijrah kali ini, media massa pun rasanya tak memperhebatkan 'aura' sambutan tahun hijrah 1427 kali ini. Terbenam bersama-sama filem Hong Kong dan mabuk limau mandarin. Yelah Maal Hijrah tiada nilai komersial seperti 'V' day yang bakal menyusul 2 minggu lagi.

Cuti 5 hari hanya berlegar-legar di sekitar CC, Banting dan CJ. Selain itu makan-makan , 'teh-tehan' dan kenduri di sana sini. Oh ya, habiskan duit 'bonus' beli baju sale yang tinggal pakaian 'tak berjenis' itu. Dapat jugalah 5 helai baju 'murah' yang termampu di beli.

Seronok dapat jumpa anak buah yang makin cute dan menggeramkan. Baby Syikin yang sudah mula merangkak dan Baby Arief bergaya botak ala "M*wi". Sempat juga melihat apartmen baru kakak di Banting. Luas dan berbaloi ..

Apa yang berlaku disekeliling dapat aku nikmati bersama keluarga. Ohh sungguh melucukan bila berada di rumak kakak di Banting, entah macamana seluar jeans yang aku pakai koyak di kedua belah lutut. Koyak yang bukan sedikit. Macam peminta sedekah pulak rasanya. Nasib baik abang ipar aku bagi seluar lama dia. Tapi tak sama saiz. Setakat aku pakai untuk balik ke CC bolehlah. Nasib baik tak koyak semasa aku pergi kenduri di rumah saudara sebelumnya. Kalau tidak mahu malu besar aku. Pelik pulak kenapa benda tu boleh terjadi sedangkan rasanya seluar tu taklah lama sangat, biasanya jeans lagi lama lagi sedap di pakai. Tapi tak tahulah seluar yang satu ni ...jadi macam Hulk pulak hehehe.

Well, dia berada di Redang dan aku berada di bendang. Tidak terkenang, tidak juga meradang. Kisah yang tidak perlu didendang tapi sentiasa menerjah digegendang ...