Saturday, December 31, 2005

Pagi

SUATU PAGI DI DETIK AKHIR 2005

Pagi tadi sempat bersarapan di kedai mamak kat Streetmall. Muka aku ngantuk tapi taklah ‘tak terurus’. Walaupun nak makan roti canai jer aku kena senonoh sentiasa, minyak wangi aku sembur dan baju siap ‘tide-in’. Orang tak ramai sangat dan aku makan dengan pelan sekali. Waiter kat situ memang selalu tak korek telinga, bila aku mintak semua kuah kari dia tetaplah dengan dengilnya letak kuah dal. Aku hanya makan roti kosong itu dengan muka tidak puashati.

Aku duduk di meja paling kanan di barisan paling depan. Mata tak lepas memandag peti TV. Kemudian mata aku memandang jam tangan seperti selalu. Bukan nak tengok masa sangat pun, tapi macam habit bila keluar dan duduk makan berseorangan. Ada segerombolan awek ketawa dengan kuatnya di meja sebelah. Tapi tak ada yang menyelerakan, malah membuatkan aku tak ada mood nak menghabiskan makanan.

Rasa bising dan hingar-bingar tapi aku rasa sunyi sesangat. Ohhh hati kecil aku menyumpah-nyumpah sebab bonus lambat masuk tahun ini. Tidak seperti tahun – tahun sebelumnya. Staff yang ada anak risau tentang persiapan sekolah . Aku risau sebab terlepas peluang nak beli kaca mata baru dengan harga diskaun. Betapa berbezanya kehendak aku dan mereka kan?

Sesuatu yang aku pelajari dalam hidup di sepanjang tahun 2005 adalah :

Semua orang ada masalah dalam hidup mereka. Masalah kecil akan tetap kecil jika kita buat tak tahu jer dan sekecil mana pun masalah boleh menjadi besar sebesarnya jika kita mudah gelabah. Jadi, dalam hidup kita ini jangan mudah panik. Kalau panik kita akan rasa kitalah insan yang paling susah dan menderita teruk di dunia ini.

Banyakkan senyum, kerana dengan semyuman kita dapat menutup penderitaan hidup. Aura kebahagiaan akan terlantun dengan sendirinya. Jaga penampilan dan jangan sesekali kelihatan selekeh terutama di tempat awam dan di tempat kerja. Kita boleh menjadi orang lain kalau kita mahu, tapi kita tidak boleh membohongi diri sendiri.

Berhenti menyalahkan orang lain jika sesuatu perkara terjadi. Sebabnya kalau diselidiki ada peratusan yang berpunca dari diri kita sendiri. Terimalah kenyataan hidup dengan lapang dada.

Perbaiki dan banyakkan beramal. Sembahyang adalah kunci ketenangan jiwa. Tapi kalau dah sembahyang 5 kali sehari tapi tak tenang. Cuba kaji di mana silapnya, jumpa tok guru suruh dengar bacaan sembahyang kita. Kang, Al-Fatihah pun tak lepas.

Belajar menyayangi diri sendiri. Sebab sayangkan diri sendiri tulah aku nak sangat beli kaca mata baru tuhh … takpe-takpe nanti aku beli gak …

Ohh satu perkara sahaja yang tak dapat mengubah persepsi aku tentang hidup :

"Semua orang hanya mementingkan kebahagian hidup mereka. Walau apa pun yang berlaku keutamaan hidup adalah yang berkaitan tentang hidup mereka dahulu. Jadi, kita tidak boleh mempertaruhkan hidup kita di atas tangan orang lain. Segala kunci kebahagiaan hidup terletak di tangan kita sendiri. Kita berhak tentukan apa yang kita mahu".

Aku tetap percaya orang kaya tu ada sikap kedekut yang melampau. Dia akan kata nak dapat susah jadi kenalah kedekut. ABC banyak membentuk persepsi aku tentang ini. Sebab kalau sesuatu perkara itu tidak menguntungkannya, sebelah mata pun dia tidak akan pandang. Tapi agak musykil kenapa dia tetap ingin berkawan baik dengan aku yerr?

Ohh sempena akhir tahun ini, aku menginsafi kehidupan orang lain yang tidak sebertuah kita semua ini di Malaysia. Alhamdulillah tiada peperangan, tiada siaran ulangan Tsunami. Kita boleh bekerja dan yang paling best kita boleh dok menung bilalah boss nak bayar bonus nihh!!

SELAMAT DATANG 2006!!!

SAUDARA DI PALESTIN
Khadijah Hashim

Kudengar bisikan pohon zaitun bertasbih pagi dan petang
Seorang ibu tua berdoa sepanjang malam
Mohon diberikan kekuatan untuk menang
Aku pun tidak ingin melihat
Anak-anak membaling batu ke kereta kebal berwajah hantu
Jentolak bukan merata tanah tetapi merempuh rumah
Runtuh bersama maruah keluarga dan bangsa.
Bayi yang baru lahir mencungap semput
Menyedut udara peperangan lalu nyawanya dijemput
Anak itu tidak kenal erti sengketa orang dewasa
Atau suratan takdir yang diatur-Nya
Dia lahir di situ dan terkubur di situ.
Sekumpulan anak muda pulang dengan bendera yang koyak
Namun semangat belum rabak
Bendera bangsa dijahit disulam dan berkibar semula.

Saudaraku
Aku di sini damai seada-adanya
Kau di sana dicabar di duga
Doaku sepohon zaitun yang rimbun
Buahnya lebat, selebat simpatiku
Akarnya kejap seteguh iman kita kepada-Nya
Hatiku dekat walaupun kau di penjuru dunia.
Tuhan kita Allah sama diyakini
Muhammad itu Nabi lagi Rasulullah
Solat kita sama hokum dan rukun
Kiblat kita sama arahnya Kaabah
Puasa kita genap sebulan Ramadan
Haji kita sama ke Makkah.

Kita Cuma berbeza atas nama bangsa dan negara
Namun rintih tangismu sebaknya kuterseksa
Kasih kita telah tersimpul mati
Payah diumpil sukar diurai lagi.
Moga-moga kolam fikirmu masih jernih
semangat juang terus membara
yakinlah, hari kemenangan adalah janji-Nya
kita menunggu saat dan hari itu.

Ogos 2002
Kuala Lumpur
Dewan Sastera, November 2002

2005

DI AMBANG 2006

Tinggal lebih kurang 24 jam sebelum 2005 meninggalkan kita semua. Aku masih menanti seseorang dengan sabar. Mungkin dia memang tidak pernah ditakdirkan untuk bertemu dengan aku tahun ini.

Melakar Rindu

Terlalu singkat hubungan ini
Belum pun sempat melakar rindu
Baru semalam mimpi dicipta
Mengapa mendung melanda sukma

Kaulah segalanya maka digubah
Ketika cinta masih di dada
Punahlah jua kini akhirnya

Entah mengapa hati bertanya
Mengapa kasih terlerai kini
Ku tak salahkan dirimu sayang
Lantaran takdir sudah tersurat

Punahlah jua kini akhirnya

J. Hashim

Seorang kawan cakap kat aku "kena sentiasa ingat, kalau suka jgn lepaskan nanti nyesal tak sudah peluang kadang2 dtg sekali je dlm hidup". Dalam maknanya tu yer... kata-kata yang biasa tetapi memberi makna yang lain pulak aku rasa. Adakah ...?

Friday, December 30, 2005

Bermalasan

BERMALAS-MALASAN

Walaupun masih bercuti aku tetap memilah CJ untuk menghabiskan baki cuti yang ada. I think kalau berjalan ke mana-mana pun hanya sesak dengan manusia di penghujung tahun ni. Baik aku duduk jer di bilik dan membuta hahahha.

3 hari aku di kampong aku jadi kekok. Nak tidor dan tengok TV di rumah parents pun sudah rasa tidak sedap. Sejak dari kecil parents ajar mesti buat SATU kerja dalam satu-satu hari. Mak bapak aku tu cukup aktif ada sahaja benda nak dibuatnya. Kang kalau aku duduk terlentang sesajer jer
sebab cuaca memang memanggil-manggil untuk bermalasan rasa tak sedap hati pulak.

Semua orang ada tugasan masing-masing. Pagi selepas bapak sembahyang subuh dia masak air. Then mak aku buat sarapan. Bila bapak aku siap masak nasik dalam masa yang sama mak aku siap masak segala lauk. Selalunya pagi-pagi lagi kau ke pasar beli sayur dan ikan. Minum petang terhidang bila aku duduk melepek di depan TV. Sehari dua bestlah masuk hari ke-3 aku rasa kekok pulak.

Rasanya aku sudah tak reti nak menajak rumput di halaman pun . Pegang tajak sekejap jer tangan kematu dan melepoh. Hahhaa tangan aku cukup licin sebab jarang pegang cangkul.

Hidup di rumah aku segalanya perlu teratur. Lepas makan kena cuci pinggan dan cawan masing-masing. Mak aku tak perlu terjerit-jerit kejutkan kami bila nak sembahyang subuh. Cukuplah dengan hanya dengar dia petik suis lampu di bilik. Serta merta semua akan bangun menuju ke bilik air ambik air sembahyang.

Tiada apa yang perlu difikirkan bila berada di kampong. Macam dalam syurga pulak. Tapi aku memilih untuk bersendirian di sini.

Bermalasan …

Hutang

Terlepas hutang RM376,000

KUALA LUMPUR: Dalam satu penghakiman bersejarah semalam, Mahkamah Tinggi di sini mengurangkan sebanyak RM376,000 jumlah yang perlu dibayar seorang pembeli rumah kepada sebuah bank selepas beliau gagal membuat pembayaran terhadap satu pinjaman yang dibuatnya mengikut kemudahan pembiayaan Islam.

Hakim Datuk Abdul Wahab Patail dari Bahagian Perdagangan Mahkamah Tinggi memerintahkan rumah berkenaan dilelong mengikut Kanun Tanah Negara untuk mendapatkan balik sebanyak RM582,000 dan bukannya hampir RM959,000 seperti yang diminta oleh bank berkenaan.Affin Bank Berhad menyaman Zulkifli Abdullah, seorang bekas kakitangannya kerana gagal membuat pembayaran pinjaman di bawah kemudahan Al-Bai Bithaman Ajil yang diberikan bank berkenaan pada Disember 1997 untuk sebuah rumah tepi, dua tingkat berangkai.

Al-Bai Bithaman Ajil adalah prinsipal Syariah yang membabitkan bayaran tertunda bagi pembelian hartanah dan penjualan serta pembayaran harga jualan yang termasuk margin keuntungan.Zulkifli, yang meninggalkan bank itu pada bulan yang sama beliau membuat pinjaman rumah itu, diberikan kemudahan pinjaman sebanyak RM346,000 yang disebut Harga Pembelian Bank, tetapi pada hari yang sama, bank itu menjual hartanah berkenaan kepada beliau yang memerlukannya membayar balik pinjaman selama tempoh 18 tahun dengan 216 bayaran ansuran bulanan (berjumlah RM582,000).

Bagaimanapun beliau tertunda dalam pembayarannya sebanyak dua kali selepas melunaskan beberapa pembayaran berjumlah RM33,454 hingga Jun 2001.Dalam penghakimannya, Hakim Abdul Wahab berkata, isu yang dihadapkan ke mahkamah ialah jumlah seorang pelanggan itu perlu bayar kepada penyedia kemudahan jika berlaku bayaran tertunda selepas membuat bayaran ansuran.

“Dalam erti kata mudah, kesusahan defendan ialah selama dua tahun lapan bulan selepas ia diberikan, kemudahan itu menjadikan tuntutan hutang sebanyak RM958,909,21.

“Walaupun nilai pasaran katakan RM400,000 dan harga berkenaan didapatkan daripada lelongan, defendan masih berhutang sebanyak RM558,909.21.

“Berbeza dengan pinjaman konvensional, peminjam yang gagal membuat bayaran hanya diperlukan membayar balik jumlah pinjaman dicampur dengan faedah terakru dan bayaran lain termasuk denda bayaran lewat. Berdasarkan tanggapan serupa pelupusan hartanah pada nilai pasaran, biasanya tidak banyak yang boleh ditambah oleh peminjam bagi melepaskan dirinya daripada liabiliti lain,” katanya.

Beliau menegaskan, sebab perbezaan itu ialah apabila berlaku peminjam tidak membayar balik pinjaman sebelum tamat tempoh pemegangan, jumlah yang peminjam dalam pinjaman konvensional perlu bayar atas jumlah yang dipinjam – faedah dan faedah bayaran lewat – adalah terhad kepada tempoh daripada pengeluaran pinjaman hingga penyelesaian penuh dan bukannya bagi pemegangan penuh pinjaman asal.

Abdul Wahab memberikan contoh dua kes terdahulu di Mahkamah Tinggi, satu membabitkan kemudahan pembiayaan Islam sebanyak RM265,000 dan satu lagi RM150,000, di mana defendan diperintahkan membayar bank harga jualan masing-masing RM583,000 dan RM217,500 apabila peminjam gagal membayar balik.Oleh itu kemudahan sebanyak RM265,000 menjadi hutang sebanyak RM583,000 dan jika pun satu lelongan harga penuh RM265,000 didapatkan, defendan masih berhutang sebanyak RM318,000.

Dalam kes kedua, defendan diperintahkan membayar balik bank harga jualan sebanyak RM217,000 dan walaupun nilai pasaran rumah itu sebanyak RM150,000 dan harga yang didapatkan daripada lelongan, defendan masih berhutang RM67,000.“Apabila kepuasan untuk memenuhi hasrat suci mengelak daripada pembiayaan itu mengandungi elemen Riba (faedah) menyebabkan kedukaan kepada yang mungkir sebelum berakhirnya tempoh pemegangan kemudahan Al-Bai Bithaman Ajil.

“Pendedahan bahawa walaupun selepas sekuriti telah dilelong pada harga penuh pasaran masih terdapat jumlah besar yang terhutang dengan bank, adalah sesuatu yang mengejutkan,” kata hakim.

KOMEN

Begitulah sikap bank walaupun pinjaman secara Islam ianya tetap 'sama' atau dengan bahasa mudah keuntungan yang diterima oleh bank telah dikira siap-siap kadang berkali ganda dari nilai pinjaman asal. Ianya tetap membebankan peminjam. Kes ini menarik untuk direnungkan kerana buat pertama kalinya nasib peminjam seakan dibela. Walaupun kita telah bersetuju dengan harga akhir yang diberikan semasa pinjaman dibuat, apa yang berlaku jika perjanjian terbatal sungguh mengejutkan. Walaupun harta tersebut dilelong, bank mendapat semula wangnya, namun peminjam tetap berhutang baki jumlah seperti apa yang dipersetujui di peringkat awal (sama seperti jika dia terpaksa membuat bayaran dalam tempoh 18 tahun). Wah untung gilerlah bank macam tu.

Siapalah agaknya lawyer untuk kes ni yer? Adakah peminjam diisytiharkan muflis disebabkan kes ini?

Thursday, December 29, 2005

Penghujung

DI PENGHUJUNG WAKTU


Tahun 2005 akan meninggalkan kita tidak sampai 100 jam dari sekarang. Banyak sekali perkara yang berlaku dalam hidup aku. Ada yang aku kongsi bersama di sini dan banyak juga yang aku pendam sendiri. Biasalah yang terbaik harus di simpan untuk diri sendiri. Cuma kadang kala ada juga yang terlepas sebab terlalu excited dan di tulis di luar sedar.

Mungkin ada pembaca yang dapat menduga kehidupan bagaimana yang aku jalani sekarang ini berdasarkan kisah dan catatan yang dipersembahkan hampir setiap hari. Kadang tu memang agak emosi sebab kalau menulis ketika perut kosong dan tergesa-gesa memang macam-macam hal yang akan keluar. Apa pun apa yang aku tulis begitulah realitinya. Cuma kadang bila aku baca balik "Huh ... begini ker ?". Selalunya pilihan perkataan menjadikan emosinya berlebihan. Entahlah ... ikut mood juga.

Tahun ini adalah beberapa pencapaian yang aku buat dari segi kerjaya. Dapat staff baru dan ada unit baru memang begitu menguja. Aku seronok dengan apa yang aku buat. Tak ada sesiapa yang suruh aku buat itu ini . Boss aku pun amat memberi sokongan . Buat apa yang dia nak dan deliver setiap project seperti yang telah di plan. Again kalau kerja di sini nakkan penghargaan, kat sini bukanlah tempatnya. Tapi kalau nak belajar dan menimba pengalaman memang tempat yang paling sesuai. Bila seseorang yang keluar dan masuk company lain akan cakap " Kerja yang paling susah di tempat baru adalah tugasan paling mudah di tempat lama". Fahamkan maksudnya. Jadi dah hampir masuk tahun ke 7 aku di sini tahun depan.

Aku jumpa ramai orang tahun ni. Ada yang sudah jadi musuh pun hahaha. Biasalah hati orang mana dapat kita duga. Aku pula jenis yang susah nak jumpa orang. Aku ikut gerak hati, kalau tergerak dan mood ok tengah malam pun aku kuar minum teh kat Street Mall. Kawan gaduh aku tetaplah sorang tuuh ... gaduh macam langit nak runtuh pun 2-3 hari lepas tuu baik semula. Sahabat cam ni susah nak cari. Aku boleh demam kalau tak gaduh or takder benda nak digaduhkan dengan dia. So bila dapat gaduh tu hilang tension kerja. Harap dia tak kena serangan sakit jantung bila aku mula menaip sms... yelah sms aku boleh dia kata lebih tajam dari pisau yang menghiris ulu hati dia. Aku mana tahu nak selindung. Kalau aku tak suka memang aku tak sukalah. Tak reti nak kata bertapis-tapis nih.

Kehidupan family aku sudah semakin baik. Mak dan abah sihat sepanjang tahun, walaupun ada insiden jatuh dan dilanggar motor. Tapi mereka tu warga emas yang aktif. My dad tak boleh duduk diam dan my mum seperti selalu monitor setiap pergerakkan bf dia tu. Yup, depa tu loving couple kalau berjauhan sorang akan susah hati walau kat depan kita macam 'benci-benci rindu ' gitu.

2005 memberi aku peluang untuk melakukan segalanya yang aku mahu. Wah aku tak ada MC langsung sepanjang tahun ni. Ada satu hari tu aku cam food poisoning, tapi tak dapat MC pun sebab dah tinggal beberapa jam jer lagi . Tapi aku balik gak rumah tido, aku qadha waktu kerja time jerebu melanda.

Ada sorang tu entah kenapa menghilang dan merajuk. Adalah sesekali aku terima sms dia. Wah! kawan sorang tuu memanglah ... nak gi lunch pun kena buat appointment sampai tahun dah nak habis pun dia sentiasa busy ... tapi takpelah.

Tahun baru nanti aku tak mahu buat apa-apa azam. Cuma aku nak satu jer dalam hidup aku ini. Moga Allah berikan kesihatan yang baik untuk kedua ibu bapa aku , panjangkan umur mereka dan berikan segala kebahagian untuk mereka. Moga hidup aku diberkati dan dapat menjalankan tugas sebagai muslim dengan lebih cemerlang.

Wednesday, December 28, 2005

Alat

Alat khas jejak bapa ingkar

LONDON: Golongan bapa di Britain yang gagal membayar nafkah penjagaan anak mereka akan dikenakan tindakan tegas, termasuk dipasang alat pengesan elektronik bagi mengehadkan pergerakan mereka.

Malah, mereka juga akan berdepan tindakan lain termasuk lesen memandu dirampas, lapor akhbar The Independent semalam.Ini adalah antara bentuk hukuman yang disenaraikan dalam rombakan Agensi Penjagaan Anak yang akan diumumkan pada bulan depan.Setakat ini, hanya sembilan bapa diharamkan memandu manakala 27 lain dipenjarakan selepas tindakan tegas itu diperkenalkan pada 2001.

Biarpun kontroversi, tindakan mengenakan alat elektronik itu dilihat satu pilihan lebih realistik berbanding penjara kerana membolehkan bapa terbabit bekerja bagi menanggung bayaran saraan itu.Setiausaha Pekerjaan dan Pencen, John Hutton berkata, dia sendiri sememangnya berazam memastikan agensi itu memulihkan semula imej serta rekod berhubung pembayaran nafkah itu.“Agensi harus bertindak tegas ke atas bapa yang tidak mahu menunaikan komitmen mereka. Malah, segala bentuk hukuman itu menjadi sia-sia andai ibu bapa menyedari ia tidak akan dikuatkuasakan,” katanya.

Agensi Penjagaan Anak yang diselubungi pelbagai masalah penyelewengan sejak dilancarkan pada 1993, menerima peruntukan sebanyak £8 juta tahun lalu, tetapi kos pengurusannya menelan belanja £12 juta.Malah, ia juga gagal mengutip bayaran saraan atau nafkah penjagaan anak-anak yang tidak dibayar bapa sebanyak £1.7 bilion (RM11.4 b) serta 350,000 kes tertangguh.Ia turut melakukan kesilapan yang menyaksikannya terpaksa membayar ganti rugi bagi 35,000 kes sepanjang empat tahun lalu.

Biarpun tiada sebarang keputusan akhir dibuat, sumber kerajaan yang dipetik The Independent berkata, hukuman baru itu sedang dipertimbangkan dan akan dimasukkan ke dalam peraturan baru agensi berkenaan.Ada tugasan tertentu agensi itu akan dikendalikan sektor swasta. Ini termasuk menyalurkan data agensi komputer lama ke komputer baru yang beroperasi 2003. – Agensi

Sumber : Berita Harian 27 Dis 2005


Komen :

Kadang terfikir orang bukan Islam lebih praktikal dalam tindakannya dalam sesuatu isu itu. Perkara sebeginilah yang ‘pembuat keputusan’ wajar fikirkan. Jika undang-undang yang sebegini tegas dilaksanakan di negara kita pasti kaum bapa berfikir 100 kali untuk mengengkari perintah makhkamah. Jika sesuatu perceraian berlaku anak-anak tidaklah terbiar dan merosakkan masa sepan mereka.


Kita masih lagi belum sampai ketahap ini. Undang-Undang Keluarga Islam (Pindaan) yang diluluskan di Parlimen baru-baru ini khabarnya tidak memberi ‘justice’ kepada kaum wanita. Entahlah, selalunya kita hanya tersedar kekurangan itu ini bila seseorang itu mengalami sendiri apa yang berlaku. Berita tentang ini tidak banyak di perdebatkan di akhbar. Kena tunggu atau kalau berkesempatan mahu juga membaca segala pindaan yang di buat.

Seharusnya Undang-Undang Keluarga Islam lebih memberi penekanan kepada soal nafkah anak-anak yang ditinggalkan di dalam pindaan ini bukan terlalu menekankan aspek poligami. Kita mempunyai senator/menteri wanita yang disegani dan jika kaum wanita mendakwa mereka tidak mendapat suara yang secukupnya di Parlimen. Tak tahulah nak kata apa. Terpaksa akur dengan majoriti? Apa pula pandangan pembangkang?

Atau terpaksa merelakan takut kedudukan terancam hahaha …

Sila click di sini untuk dapatkan link teks penuh pindaan undang-undang tersebut. Baca dengan lapang dada ... thanks Dusyum for the link!

Tuesday, December 27, 2005

MELOLOSKAN DIRI DARI SIMBAHAN HUJAN

Sabtu lepas aku berjaya membawa diri ke IOI Mall Puchong, dapat menonton "The Promise". Inilah filem kedua yang aku tonton dengan jumlah penonton hanya 7 orang sahaja selepas Jogho. 3 orang Melayu dan selebihnya Chinese. Mungkin sebab masa tayangan 12.15 tengahari orang belum bangun tidur lagi atau memang semua orang nak tengok En. Kong. Cerita "The promise" simple sebenarnya tapi kesan khas dan costume serta cinematografi dia memang superb. Filem Chen Kaige memang best. Aku amat berharap kalau watak Cecilia tu di ganti dengan Maggie Cheung pasti lebih menyerlah dan mantap. Janji merupakan filem tentang perebutan 3 penjuru terhadap seorang wanita.

Aku masih bercuti sebenarnya. Appointment aku dengan doktor gigi di CC telah dibatalkan, depa call dan ganti hari lain. Entahlah kalau aku free 4 Jan tu aku pergilah kalau tak, baik aku ke klinik biasa tu jer. Benda 'murah' kena bersabar sikit. Tidak boleh ikut tekak kita sahaja yang nak tentukan. Entahlah, cuma teringin nak merasai, bagaimana tahap layanan mereka agar aku ada persepsi baru tentang mereka. Kalau ikut kajian 9 kebaikan/layanan baik barulah dapat memadamkan 1 layanan buruk yang pernah kita terima.

Aku kerap terjaga malam. Tidur di kampong atau di CJ pun sama. Cuma kalau di CJ katil tu kenal aku, jadi aku tak kisah sangat. Kalau di CC rasa lain sangat. Aku terpaksa selubung semua badan dengan selimut supaya mata pejam. Tapi tepat pukul 2-3 pagi mata tak mahu pejam. Nak turun ke laman takut hehehe ...

Banyak perkara yang aku fikirkan untuk tahun depan. Macam-macam yang aku plan dan semua ini bergantungan dalam fikiran aku. Ada perkara terpaksa aku lepaskan sebab kalau terlalu lama aku kendong pun tak akan sampai ke mana-mana. Ada perkara yang aku terlalu nak, tapi aku tahu ianya mustahil. Kadang mulut kata lain tapi fikiran tidak sama. Bukan aneh lagi dah sudah sampai tahap biol.

Mungkin tidak terlalu pelik kalau aku kata, aku sendiri pun tak tahu apa yang aku benar-benar hendak dalam hidup ini. Kadang semua benda aku nak dalam satu-satu masa dan ada ketika yang lain aku meyampah dan meluat dengannya.

Memang payah, tetapi tidaklah terlalu sukar sebab aku hanya mengemudi diri aku sendiri sahaja. Apa yang terjadi hanya aku sendiri yang rasa. Mungkin inilah salah satu nikmat hidup yang aku susah nak lepaskan.

Hati Terluka

Waktu kita bersama indahnya ku alami
Waktu kita berdua, janji2 bersemi
Apapun rintangan dapat kita harungi
Apapun persoalan dapat kita jalani

c/o
Namun semuanya berubah dalam sekelip mata
Hati terluka bila ku sedar kau khianati cinta
Jiwa meronta bila ternyata kau menduakan cinta
Sungguh ku tak menyangka begini di akhirnya
Kau tinggalkan ku hati terluka

Menggamit kan kembali waktu kau lafaz cinta
Sambil ku sarung cincin sebagai tanda setia
Menggamitkan kembali waktu kau kesedihan
Kukesat air mata yg jatuh berlinangan

c/o
Ku terima semuanya dengan tabah
Mengharapkan ada hikmah

Billy Zulkarnain

Thursday, December 22, 2005

Geisha 2


Memoirs of a Geisha


FCM ART MARKET

Pagi tadi ke FCM Art Market, student Beta buat jualan hasil seni mereka. Aku tergerak untuk mengupah mereka melukis satu lukisan untuk 'feature wall' rumah aku. Aku bagi idea lukisan tu dengan mendownload gambar dari internet. Aku suka gambar teratai dan unsur air di dalamnya. Pernah aku nampak gambar sebegini di IKEA beberapa tahun dulu. Tapi masa tu tak berduit nak beli so gigit jari jerlah.

Saiz yang aku mintak student tu buat ialah 4' X 4'. Bila aku tengok hasil kerja mereka yang dipamerkan ok gak. Jadi aku bagi job ni kat mereka. Budak baru belajar teragak-agak nak bagi sebut harga. Kalau dah popular nanti mahu beribu dia charge. So sebelum mereka terkenal ni bolehlah 'beramal' sikit kat kita. Mereka charge RM 200.00. Takpelah aku setuju dengan harga itu. Lukisan kanvas memang mahal kalau ikutkan harga di luar, beribu-ribu lemon.

Judul yang aku beri ialah "Teratai di Pinggiran". Unsur sunyi dan menjauh di gambarkan melalui lukisan tu. Aku nak lukisan tu black & white jer. Since, student tu banyak kerja sekolah yang perlu dibuat aku katakan padanya tak kisahlah bila-bila boleh hantar. Tak perlu rushing kang idea tak keluar. Buat bila tenang dan tidak tergopoh-gapah.

Teruja nak memiliki satu karya seni original. Nak beli dari pelukis terkenal tak mampu. Kita ni bukanlah macam M*S tu beli lukisan jutaan ringgit.

Wednesday, December 21, 2005

Geisha


Memoirs of a Geisha
"Aku melihatmu di antara titik-titik kenangan masa silam. Bagaimanakah, seharusnya aku mengingatimu? - AAK

Usah buang kucing sesuka hati tanpa perikemanusiaan

Saudara Pengarang,
PEMBUANGAN anak kucing di pasar dan tempat kunjungan awam menggambarkan betapa ramai manusia hilang sifat penyayang.Anak kucing tanpa ibu ini hanya menunggu ajal kerana terdedah kepada pelbagai penyakit. Banyak yang berperut buncit, kurus kering, tidak bermaya, cirit-birit dan buta.

Anak-anak kucing ini juga makhluk bernyawa yang perlukan pembelaan, tetapi manusia yang tidak berperikemanusiaan menjadikan mereka demikian.Mungkin mereka yang membuang anak-anak kucing tersebut memikirkan pasar atau tempat menjual makanan adalah kawasan yang paling sesuai untuk membuang kucing.

Tetapi cuba fikirkan apakah makanan utama anak-anak kucing yang masih kecil? Anak-anak kucing hanya bergantung kepada susu ibu. Sekiranya anak-anak kucing dibuang di pasar, makanan yang berulat serta air berkuman jadi makanan. Bolehkah hidup?Anak kucing yang masih memerlukan penyusuan tidak dapat hidup tanpa ibunya. Umpama manusia juga akan menyebabkan anak-anak kucing berpenyakit dan mengiau sepanjang masa memanggil ibu.

Kucing yang sudah besar atau tidak memerlukan penyusuan mungkin dapat mencari makan sendiri. Saya menyarankan sekiranya kucing terpaksa dibuang dari rumah tolonglah buang bersama ibunya.Sekiranya kucing betina beranak terlalu kerap, boleh juga dikasi bagi mengawal pembiakan. Jika terpaksa juga membuang kucing, berikanlah kepada mereka yang suka memelihara kucing.
- INSAN PRIHATIN, Kuala Lumpur.


A TRIBUTE TO HAN

HAN @ KUCING, merupakan nama kucing peliharaan . Domestic Short Hair (DSH), berwajah kacukan siamese amat handsome sekali kucing ini. Hari ini genap 6 tahun dia pergi. Usianya kira-kira 4 tahun ketika dia disahkan mengalami kerosakan ginjal dan penyakit leukemia ketika itu.

Kalau ditanya kesakitan tentang kehilangan, pemergian Han amat melukakan. Kucing umpama ahli keluarga sendiri. Bijak tetapi vocal dan membawa seribu kebahagian terutama ketika pulang dari kerja. Kengkawan yang mengetahui kewujudan Han pasti tahu kucing itu bukan sebarangan. Tetapi kebahagiaan untuk terus memilikinya tidak lama dan ianya merupakan pengalaman yang terindah pernah aku miliki.

Kalau bukan kerana sinus dan kekangan masa pasti aku sudah mencari penggantinya. Tapi rasa-rasanya akan tiba masanya, makhluk Allah ini akan hadir semula dalam hidupku.

Ketika melihat kucing-kucing liar yang berkeliaran di sekitar kampus. Teringat aku padanya.

Kalau kita memelihara kucing, jadilah tuan yang bertimbangrasa. Memelihara kucing menuntut komitmen sepanjang hidup. Ini kerana jangka hayat kucing boleh mencecah 22 tahun.

Kembirikan dan mandulkan kucing jantan dan betina kita. Jika tidak, kemungkinan besar kucing jantan kita akan membuntingkankucing betina liar dan anak-anak yang tidak diperlukan akan lahir . Ini menambahkan bilangan kucing liar yang terbuang. Bayangkan seekor kucing betina mampu beranak 3 kali setahun jika setiap kali beranak menghasilkan 4 anak kucing, maka sedozen kucing tidak bertuan akan dilahirkan dan bilangannya terus bertambah.

Kucing yang dimandulkan akan hidup lebih sihat indoor. Memelihara kucing bukan satu pilihan ‘hobi’ jangka pendek. Ianya memerlukan ‘kerahan tenaga’ seumur hidup. Tanggungjawabnya memang berat tetapi balasan kasih sayang dan keriangan yang diperolehi tidak ternilai dengan wang ringgit yang dilaburkan.

Kucing bukan untuk hobi suka-suka. Kalau nak tahu lebih lanjut tentang kucing pergilah ke forum ini
http://www.kitten.com.my/


Bertanggungjawablah terhadap haiwan peliharaan yang kita miliki, kerana masa depan mereka terletak di atas kewarasan tuannya!

Tuesday, December 20, 2005

KATA DIA

KATA DIA ...

Ada orang kata my blog or lebih tepat lagi penulisan I kadang kala terlalu jiwang tidak sesuai dengan usia dia. Hahhaa ada aku kata, aku menulis untuk dia ker? Takder pun kan? I just suka menulis, isi masa lapang dan bergurau senda dengan perkataan. Kalau ada yang baca atau tidak I tak kisah . Setakat ini aku telah menulis hamper 800 entri. Satu kepuasan peribadi sebenarnya. Maklumlah aku tak der kawan rapat yang boleh dengar gejolak rasa aku 24 jam. Jadi dengan menulis aku rasa lega. Aku terpaksa tutup archive aku atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. Aku tak mahu kisah silam aku dinilai begitu rupa oleh orang-orang yang tidak aku kenali. Aku menulis segala perkara sebab aku suka menimba ilmu.

Masa aku naik komuter Isnin lepas aku rasa seronok bila nampak 2- 3 orang baca buku dalam komuter. Membaca buku ni bagus tapi kena tengok jugak buku apa yang you baca. Apa yang buat aku tergelak ialah adalah seorang mamat nih baca buku bidang falsafah. Dari stesen Serdang ke BNM satu page pun tak berganjak, dan mata dia cam nampak-tak nampak. I’m sure dia boring tahap cipan sebab pilih buku itu untuk dibaca. Commonlah, membaca buku bukan nak tunjuk kita tahu banyak benda or nak jadi golongan elit. Kita baca buku apa yang kita minat dan menyeronokkan juga sesuailah dengan usia kita, tuntutan kerjaya kita dan kita dapat sesuatu faedah dengannya. Contohnya buku-buku motivasi dan untuk pembangunan kerjaya amat sesuai di baca contohnya buku “Rich Dad Poor Dad” saiz kecil cam novel dan boleh di baca di mana-mana sahaja. Jangan seksa jiwa raga kita dengan membaca buku-buku berat tapi sekadar nak tunjuk kita ilmuwan dan ada class tapi tidak pernah habis dan at the end kita tak dapat apa-apa dari pembacaan itu.Sebab itulah agaknya kita benci membaca textbook Pendek kata jangan seksa jiwa kita bila membaca. Membaca sepatutnya menjadi salah satu aktiviti hidup yang paling menyeronokkan. Kita rasa tidak selesa bila tidak membaca. Ada tak kalian perasaan sebegini? Jika ada good!

Semua benda atau perkara di dunia ini ada pakarnya. Bila ada masa lapang aku suka sangat baca buku pasal cat breed, gardening, motivasi dan perhubungan. Aku cukup enjoyed baca buku-buku sebegini kadang semalaman tak tidur sebab nak habiskan pembacaan. Bila kita seronok kita akan ada semangat nak meneroka ilmu itu sedalamnya. Bukan baca buku yang kita tak tahu hujung pangkalnya sebab orang lain baca buku itu. Setiap orang ada bidang kepakaran masing-masing. Saya tetap percaya kita sepatutnya sekurang-sekurangnya membaca 3 core journal yang berkaitan bidang kepakaran kita setiap bulan agar kita tidak ketinggalan.

Yerlah mana yang tak bersemangat membaca tu … cari buku-buku kartun Lat tu atau baca kisah 3 Dara Pingitan . Dulu aku ada kompilasi buku-buku kartun Lat tapi sekarang dah hilang. Nak suka membaca … bacalah bahan yang ringan dulu kemudian semakin usia bertambah kearah perkara-perkara yang bermanfaat.

Blog I? Hahhahah ianya hanya catatan rencam hidup I. Abaikan sajerlah…. hehhehe

Monday, December 19, 2005

JENDELA

JENDELA BERLANGSIR HUJAN

Hari ini aku bercuti. Bangun pagi dan pergi ke klinik gigi di CC, bayar RM1 untuk pendaftaran dan temujanji ditetapkan pada 28 Dec nanti. Yana promote suruh aku pergi ke klinik gigi kerajaan di CC sebab dia kata layanan dia best sangat. Dia dapat tampal gigi dia sebanyak 5 batang serta simen sebahagian gigi dia yang pecah. Doktor itu buat dengan cantik dan sungguh selesa sekali katanya. Hampir tiap hari dia ada appointment dengan doktor tu dan dengan RM 1 dia dapat buat scaling gigi dia hingga cantik sangat. Kebetulan doktor yang bertugas itu pun cantik juga. Rasanya sesiapa yang cabut gigi taklah menjerit bila kena suntik.

Tapi aku belum jumpa apa yang bestnya lagi. Dia periksa gigi aku gitu-gitu dan aku mintak nak buat scaling, kalau kat luar mahu terbang gak dalam RM80.00 tuuh. Sudah lama tak ke klinik gigi kerajaan. Dulu masa kecil adalah. Tapi bila besar dan mereka tak sediakan perkidmatan 'ortodontik' untuk golongan kertu, aku jadi malas nak jumpa mereka. Tapi dengan RM 1, kenapa tak cuba kan?

Pukul 10.30 aku sudah sampai di CJ, bergegas ke bank dan bayar apa yang patut. Gaji dapat awal, aku settledkan segala hutang piutang dulu. Balance baru boleh berpesta pora. Ada kawan nak jumpa aku di Sogo dan kebetulan aku nak sangat beli 'jacket' Padi*n* tu, maka aku pun mencemar duli ke Sogo yang sudah berzaman tak singgah. Naik komuter pun aku dah lupa. Ada ker aku tunggu tiket tu 'terpantul' masa sampai di BNM. Bila keluar melalui pintu sekatan tu, tiket tu di telan terus oleh mesin, tak payah nak mengada tunggu dia terpancul balik ( *Dulu rasanya kena ambik tiket tu dan buang dalam tong - rupanya masa dah berubah).

Wah sale !!! pak cik suka melihat potongan di sana sini. Tapi paling sedih bila aku mintak saiz M untuk baju yang aku penat-penat pilih coraknya, yang ada hanya saiz L. Dia ingat aku ni layang-layang ker apa, kena pakai baju beso? Tapi itulah bila dah jumpa yang berkenan di hati, saiz takderlah itulah inilah ada sahaja yang tak siap. Well, akhirnya dapat juga aku jacket idaman kalbu. Tidaklah berasa sejuk lagi masa di ofis, maklumlah lemak di badan pun ada dalam ketiadaan jer. Tak dapat nak memanaskan tubuh aku menahan kesejukan air-cond. Jacket tu dapat potongan 10% tapi yang celak*nya ialah tanagan dia panjang. Kenalah bawak ke kedai besok ni suruh jahit sikit, kalau tak hehehe cam 'orang-orangan' pulak sebab tangan dia panjang. Bahagian bahu dah ok dah. Ada dua warna nak pilih, warna khakis dan warna cam hijau gelap kelabu. Aku pilih warna Khakis tu. Tu jerlah yang termampu di beli. Ada banyak lagi jacket yang ada, next time nak beli warna hitam pulak. Nanti kau !!!

Kawan aku yang kerja di HKL tu belanja aku makan di SR di depan Sogo tu jer ... dia pilih meja yang muat untuk dua orang ... bencilah, aku suka meja yang beso dia pilih meja kecik tu plak. Makanan dia oklah jugak. As usual tak habis ... ( kalau ada Wan bolehlah aku bagi dia sikit seperti selalu ) heheheh...

Ohhh seperti biasa, aktiviti berpesta pora aku dapat di hidu oleh boss yang berada nunnn di Melaka. Tahu jer dia bila aku nak berseronok sikit. Ada 2 paper dia suruh aku tengokkan. Aku ni kan malas nak menghampakan harapan orang , terutama boss aku sendiri. Kang dia pening, dengan aku- aku sekali dia hangin kang. Esok dia kena present paper yang aku buat untuk BOD. Script apa nak cakap pun aku dah tengok hehehe harap-harap luluslah yerr ... berharap sangat.
Pukul 4.30 segalanya beres. Cuma email boss aku jer ada problem, dia kata dia tak terima bahan yang aku hantar. So aku faxkan mana yang urgent dan yang lain aku suruh dia tunggu jer bila network M*U dah waras sikit oklah tuu. Biasalah takder lain jammmmed as usual.

Aktiviti minum teh dengan Wan ( seperti selalu). Minum teh dan dia jadi pendengar masalah-masalah dunia aku. Dia pendengar yang setia tapi bukan percuma. Aku belanja teh dan dia seperti selalu makan separuh daripada apa yang aku makan. Aku order mee mamak yang sikit punya banyak, aku bagi dia separuh. Heheheheh kawan baiklah katakan hahaha ... dia ada orang yang masak, so aku tak boleh bagi dia makan kenyang-kenyang kang isteri dia masak dia tak makan. Aku tak mahu dipersalahkan di atas kekenyangan dia.

Ohhh dia datang ke bilik aku melihat jacket yang aku beli. Aku jadi model sekejap dan dia ketawakan aku sebab tangan jacket tu agak panjang sedikit. Oklah, esok pagi-pagi lagi akan aku carik kedai jahit.

Jendela berlangsir hujan, judul ni aku terbaca dia blog tanahpusaka (http://tanahpusaka.blogspot.com) aku nak tulis pasal ni tapi tak jadi. Dah banyak aku berceloteh. Esok-esoklah yerr? Esok pun aku cuti.

Friday, December 16, 2005

Kata-kata

KATA – KATA

There is no future in any job. The future lies in the man who holds the job.
George Crane

Kites rise highest against the wind – not with it
Sir Winston Churchill

Even a small idea of substance may be added to and increased.
Charles Fillmore

Instruction does much, but encouragement does everything.
Jahann Wolfgang Von Goethe

Great works are performed not by strength but by perseverance
Samuel Johnson

You can’t harvest success unless you plant the seed of success
Nelson Boswell

Every person is the creation of himself, the image of his own thinking and believing.
Claude M. Bristol

Just one great idea can completely revolutionize your life.
Earl Nightingale

You determine the level of your own prosperity and achievement. You create your own circumstances.
Donald Curtis.

Don’t look back. Something might be gaining on you.
Satchel Paige.

Mutiara kata ini aku jumpa di kalender tahun 2005. Berabuk jer di sudut meja kerja aku. Rupanya benda yang biasa dan aku tak pandang pun sepanjang tahun 2005 itu mengandungi begitu banyak nasihat dan kata-kata yang memberi inspirasi. Aneh kan? Kita tidak tersedar akan sesuatu sehinggalah saat terakhir hayat kewujudannya.

Thursday, December 15, 2005

Disember 8

DISEMBER YANG BASAH 8

Hidup kita ini memang penuh kesulitan. Sememangnya hidup begitu. Kita membina sempadan dalam hidup kita sendiri. Sempadan bukanlah penghalang, tapi hanya menghadkan jangkauan kita memperolehi sesuatu. Memerlukan keazaman dan kekuatan mental untuk memecahkan sebarang tembok yang menghalang. Sebab sudah semestinya ada sesuatu yang hebat menanti diluar sana.

Sebelah kaki melangkah ke depan. Kebencian hanya bersifat sementara, dendam juga hanya kudis yang akan lenyap menunggu masa berlalu. Hidup perlu perubahan sebagaimana tahun berganti dan bertambahnya usia.

Entahlah … aku hanya rindukan seseorang. Itu sahaja.

I love this song … lirik, lontaran suara even nafas penyanyinya sungguh menangkap jiwa. Bahasanya cukup puitis tetapi ringkas. Jarang jumpa lagu Melayu seindah lagu ini.

Bulan sabit yang jatuh di belantaran
Bintang redup tanpa cahaya gemintang
Langkah tanpa arah sesat di jalan yang terang
Aku yang terlena di buai pelukan dosa

Ingin pulang membalut luka hatimu
Ku pun tahu betapa pedih batinmu
Beri kesempatan atau jatuhkan hukuman
Andai maaf pun tak kau berikan

Airmata tulus jatuh di sudut bibirmu
Tak terlintas dendam di bening mata indahmu
Aku yang merasa sangat berdosa padamu
Masih pantaskah mendampingimu

Biarlah bulan bicara sendiri
Biarlah bintang kan menjadi saksi
Takkan ku ulangi walau sampai akhir nanti
Cukup derita sampai di sini.

Biarlah Bulan Bicara - Broery Marantika

Tuesday, December 13, 2005

KETUK - kETAMPI

KETUK-KETAMPI

Bila tengok wajah Wan Zawati, polis wanita yang jadi watak utama kes bogel dan ketuk-ketampi tu. Dia tak kan tak ingat siapa yang dia suruh bogel, bangsa apa itu semua sebelum kes itu jadi hangat dan sensasi. Pandai pulak ahli parlimen Cina tu buat kesimpulan bahawa itu adalah rakaman wanita warga China. Katakan dia tahu watak wanita yang bogel itu wanita Melayu adakah kes ini mendapat layanan sebegini rupa?

Aku simpati jugak pada Wan Zawati ni, dia telah diarahkan buat ‘aktiviti bersenam tanpa pakaian’ dalam lokap tu sejak 1999 lagi. Benda tu sudah jadi rutin pihak polis lakukan tugas siasatan.

So banyak yamg kita boleh kaji dari kes ini. Pertama, tindakan ahli parlimen wanita Cina yang tergopoh-gapah menidakkan keupayaan polis menyiasat kes ini menjadikan keadaan hubungan China – Malaysia suam-suam nak mendidih. Kita mengambil terlalu banyak masa diplomatik dan terpaksa mengadap mereka menerangkan apa yang terjadi.

Kes ini menutup kegiatan haram pelancong asing yang buat ‘kerja sambilan’ untuk menampung kos makan dan hotel semasa mereka ‘melancong’ di negara kita.

Jadi ingatkan diri sendiri, kalau ditangkap polis dan jika disyaki kita boleh dibogelkan dan di suruh ketuk-ketampi … DAN seperti kata 'watak utama wanita Melayu' dalam rakaman telefon bimbit tu dia hanya pakai tudung semasa menghadiri inkuiri awam tu dan majlis keagamaan.

Malu tak kalau kena ketuk-ketampi?

Monday, December 12, 2005

DISEMBER YANG BASAH 7

DISEMBER YANG BASAH 7


Dua tiga hari ni aku rasa seronok pulak … bahagia. Apa yang aku buat semua menjadi. Hidup kita ini tidaklah serumit mana kalau kita tahu apa yang kita nak. Cuma selalunya kita rasa kabur bila emosi menguasai diri.

Ahad malam aku nonton Aeon Flux di KLCC. Tayangan pukul 9.50 malam. Cerita dia best jugak. Rasanya kalau free lagi nanti nak nonton King Kong pulak . Hari Ahad lepas tak jadi nak ke SA nonton Sure Heboh. Mak dan bapak aku pergi ‘rewang’ rumah jiran. Depa kena tolong masak sampai dekat nak subuh jadi penat. Aku pun tak suka nak bersesak-sesak. Selamat …

Hari ini aku ke ofis sekejap finalized something. Nak pastikan bajet yang aku buat tu betul. Aku kira 5-6 kali tak mahu silap.

Baru lepas nonton “Cinta Tsunami” TV3 cam best jer drama arahan Ogy Ahmad Daud ni. Aku tergerak nak nonton sebab ada lagu “Biarkan Bulan Bicara”. Suka sangat lagu ini.

Membencinya membuatkan hati aku bertambah sakit, menyayanginya pula aku tidak boleh. Terlarang sungguh ...

Saturday, December 10, 2005

DISEMBER YANG BASAH 6

DISEMBER YANG BASAH 6

Rasanya hari ini merupakan hari yang paling menggetarkan. Ketika aku sedang meeting dengan kengkawan sepejabat aku yang lain untuk menyediakan concept paper, boss aku call. Dia nak draft siap sebelum aku pergi sembahyang Jumaat. Laa ingatkan boleh siapkan pagi Selasa seperti yang dijanjikan. Pukul 2.30 dia nak jumpa prof supaya bawak proposal itu untuk dapatkan confirmation di BOD. Kelibut aku nak buat, time-time camni nak pegang calculator pun rasa kecik jer ... otak jadi beku tak tahu nak sudahkan yang mana satu.

Balik solat Jumaat aku call boss aku di Melaka. Dia sedang mengadap prof dan aku sudahkan bajet yang nak disubmit bersama proposal itu nanti. Wah inilah kali pertama aku terlibat dengan projek yang bernilai lebih 20mil. Draf awal yang aku buat dipersetujui oleh prof. Wah ungsangkerable biasanya prof tak akan bawak usul yang last minit camni. Ini petanda yang baik.

Namun nasib malang aku tak berkesudahan lagi rupanya. Bajet yang aku buat entah di mana silapnya tidak tersave. Musykil betul, rasanya aku dah save tadi, carik fail kat temp pun tak jumpa. Last choice buat semula dan siap hampir pukul 6.00 petang. Nasib baik kengkawan lain tolong congakkan semula dan go through the details dengan aku. Nasib baik aku buat dari mula, jadi aku ingat mana satu dan apa yang perlu ada. Tapi aku pasti ada lagi yang tertinggal di mana-mana. Boss suruh aku fikirkan mana-mana lagi yang tertinggal dan finalize sebelum pukul 8.30 pagi Selasa.

Selepas ini kena jumpa Engineer untuk technical analysis dan Finance untuk financial analysis. Petang perlu di hantar kepada BOD members untuk depa baca sebelum meeting pada hari Rabu.

Teruk betulkan, buat kerja mesti terkejut-kejut dan last minute. Kalau tak cukup nafas harus semput. Walaupun ini kerja pengarah tapi aku dan team aku tetap 'bersemangat waja' dan melakukan yang terbaik ( walau dalam hati menyumpah tak hengat! Dalam hati jer yerr). Pendek kata kalau kami tercampak di mana-mana boleh hidup dengan selambanya. Ramai kengkawan aku yang terkejut aku masih bertahan di sini. Mungkin depa dapat tahu tentang reputasi "Yang Terutama" tu. Personally YT tu ok, aku tahu dia pun ikut perintah orang atasan. Kadam macam aku nilah yang kena pantas buat kerja.

Bila separuh dari batu yang digalas dapat dikurangkan. Rasa lega ... bolehlah aku balik kampong dengan aman. Kengkawan yang lain pakat suruh tutup hp masa cuti nih. Takut boss kacau, hendaknya dia suruh buat meeting tergempar hari Isnin ni melepas cuti . Yana dan Mak nak nengok Sure Heboh di SA. Layan jerlah kalau depa nak pegi, maybe pegi pagi Ahad.

Setiap hari ada cabaran baru dalam hidup memanglah ianya mematangkan diri tapi kadang kita perlukan masa yang cukup untuk mendapatkan hasil yang lebih baik. Baguslah kalau hasil yang diperolehi cemerlang walaupun masa yang diberi terhad. Jadi fikirkan apa yang boleh kita lakukan jika kita diberi masa yang lebih panjang ...

Kerja dalam waktu paling menekan pun boleh menghasilkan hasil yang baik ( kadang lebih baik daripada masa yang panjang) ...

Selamat Hari Jadi Ya Sultan!

Friday, December 09, 2005

DISEMBER YANG BASAH 5

DISEMBER YANG BASAH 5

Mood aku tak berapa elok macam cuaca di luar sana. Sekejap-sekejap mendung dan hujan boleh dijangka. Tapi aku lebih kepada ribut petir berbanding hanya gerimis. My boss forward my telefon bill pada aku macamlah aku tak pernah bayar setiap sen yang aku guna sebelum ni. Total penggunaannya pun hanya RM18.80 jer, sedangkan aku boleh gunakan sampai RM 50.00 setiap bulan. Baiklah aku apa lagi, aku balas yang aku akan hanya menggunakan email sahaja dalam cara berurusan selepas ini. Bila dia start cakap perkara-perkara di akhirat, aku jadi hangin. Seperti biasa tulisan aku 'yang biasa-biasa' itu di baca terlalu laser baginya. Hahahaha nah kau, jangan ingat orang yang pendiam tu tak reti nak bersuara. Just tunggu nak tekan button jer.

Dekat hujung-hujung ni ada projek besar nak di settledkan. Kena siapkan concept paper untuk Prof bawak ke Board of Directors dan "Ibu Ratu". Kembang kecutlah kepala otak akau beberapa hari mendatang nih. Sampai boleh termimpi-mimpi nak siapkannya. Memanglah kalau nak kan appreciation terhadap kerja, kat sini memang less appreciate staf. Kau buatlah apa sahaja, sebab benda kecik kau boleh kena hambat teruk. Tapi paling untung ialah pendedahannya, bila kita terima semua challenge dan terlibat dalam pembangunan dan keputusan organisasi, pengalaman dia amat berharga. Tahun depan sudah masuk 7 tahun aku di company ni. Cepat sahaja masa berlalu. Since kenaikan pangkat kena mohon, aku tengah berkira-kira untuk dapatkan higher post. Bost aku dah jauh ke depan dengan AGM. Aku masih di sini terkulat-kulat. Its will be look bad in my resume kalau masih begini sahaja.

Kawan aku ada yang jadi tenaga pengajar, dia kata kalau dah bosan kerja di ofis ambilah peluang jadi tenaga pengajar pula. Lebih best, tapi cabaran lain ialah dalam menghasilkan 3 penulisan di journal antarabangsa dan terlibat membentangkan kertas kerja di conference dalam dan luar negeri setiap tahun. Tapi masa kuliah cuma 6-8 jam seminggu sahaja. Masa lain buat research jer ... nampak best tapi tak tahulah sesuai ker dengan jiwa aku nih.

Apa yang pasti aku tetap benggang dengan hal telefon bil tu, tapi dalam kebenggangan tu kepala aku tetap berdenyut nak siapkan concept paper untuk boss aku tu ...

Thursday, December 08, 2005

Disember Yang Basah (4)

DISEMBER YANG BASAH 4


Semalam berkesempatan menonton wayang di IOI Mall, The Fog, 18sx rupanya. Mesti segan mak-cik-makcik yang bawak anak kecik. Tapi keseluruhannya tidaklah membosankan. Suspen gak tapi taklah horror sangat.

Dapat satu set pinggan mangkuk dari seorang kawan rapat. Hadiah hari jadi yang tak sempat-sempat dia berikan. Dia ni selalu tanya nak apa, so kalau waktu tu otak aku cepat pick-up apa saja yang terpantul tu ler yang akan aku dapat. Sebelum ni dia bagi cerek elektrik, tapi tak berapa lama benda tu rosak. So aku malaslah nak mintak barangan elektrik lagi. Tapi yang bestnya, design yang dia pilih memang lawa putih dan warna warni disekelilingnya. Meriah ...

Tadi hantar dia ke ERL Putrajaya untuk ke KLIA. Dia ada meeting di Kota Bahru sampai Ahad. Dia ajak aku ke Hawaii sebab dia bentangkan kertas kerja untuk satu conference di sana Januari nanti. Best gak kalau nak jalan-jalan tu sekurang-kurangnya tempat tinggal dah ada. Cuma mahalah tiket flight dia dan 26 hrs pulak tu penerbangan, kalau ada duit aku lebih rela beli set sofa yang aku tengok di Homelife malam tadi atau set Room 2 Go dia. Sofa RM2999 (harga selepas diskaun) tu amat aku idamkan simple tapi kemas sangat. Comel dan menyenangkan.

Dok berangan dululah. All in all Disember kali ini taklah teruk sangat, tahun 2005 banyak juga pencapaian yang aku dapat. Melegakan jugalah ... Disember basah disulami sesuatu yang indah ...

Wednesday, December 07, 2005

Aduan

ADUAN TAK DIDENDANG!


Hospital Putrajaya lambat jawab aduan


Saudara Pengarang,PIHAK Hospital Putrajaya khususnya mengambil masa yang agak lama untuk menjawab aduan yang dibuat oleh pihak pesakit. Bayangkan kes yang dijawab terhadap aduan pada 25 Oktober 2005 di dalam Forum Utusan Malaysia mencecah lebih sebulan baru dijawab.

Sebaliknya pihak Pejabat Daerah Hulu Langat mengambil inisiatif segera menghantar jawapan dua kali, termasuk pembetulan nombor telefon yang disiarkan salah dan mahu diperbetulkan. Ini menunjukkan sikap prihatin Pegawai Daerah Hulu Langat dalam melayan pelanggan.

Penulis juga ingin memuji Tabung Haji yang suatu ketika dahulu pernah meletakkan gambar pengurusnya pejabat cawangan dengan ayat tertera lebih kurang begini: ``Sekiranya pelanggan menghadapi masalah berurusan dengan Tabung Haji, sila hubungi saya...Pengurus Tabung Haji Daerah.''

Elok pihak hospital mencontohi Pejabat Daerah Hulu Langat dan Tabung Haji. Pihak hospital sepatutnya mempamerkan maklumat _ kepada siapa pelanggan patut mengadu sekiranya mereka tidak mendapat layanan yang baik.

Ini juga sesuai dengan kehendak hospital mencapai taraf ISO yang diuar-uarkan dalam sepanduk di hadapan hospital. - PENGANALISA, Putrajaya.
Sumber : Utusan Malaysia 6 Dis 2005


Aku sebenarnya selalu memerhatikan hospital ini. Sebab pertama ianya sebuah hospital paling canggih dan paling dekat dengan kewujudan aku di sini. Namun setiap kali pelanggan di luar sana terlalu sangat tidak puas hati dengan mutu perkhidmatan yang mereka berikan. Aku cubalah merisik-risik adakah hanya aku sahaja yang berperasaan demikian atau segala yang dibuat oleh mereka memang mengikut pasang surut mood mereka juga.

Satu kisah yang tidak didendang antara kisah yang berlaku terhadap staff aku sendiri :

HP : “Ini gerenti masuk wad nih …kena bayar dulu deposit RM300. Kalau takder tak boleh. Tunjukkan dulu duit RM 300 tuu …”
HP : “ Ini kerja swasta atau kerajaan? HP ni bukan hospital biasa-biasa. Wad semua kelas satu”
Jika benar HP diwujudkan hanya untuk golongan tertentu dan bukan untuk masyarakat sekitar terutama yang tidak berkemampuan cakaplah awal-awal.

Buat notis di luar “BERHATI-HATI KETIKA BERURUSAN DENGAN KAMI, KAMI BUKAN SEBARANGAN HOSPITAL”.

Akhirnya my staff yang amat malu diperlakukan demikian dengan keadaan isterinya yang sakit bergegas pula ke Hospital Banting. Walaupun Hospital Banting itu tidaklah secanggih HP tapi layanan yang di berikan oleh petugasnya lebih bertimbang rasa dan penuh ikhlas. Mudah cara dan sebagainya.

Aku pun rasa pelik kenapalah tiada badan bebas yang ditugaskan untuk memantau prestasi hospital-hospital ini.

Ada lagi satu kes penduduk Putrajaya juga . Mereka datang ke HP ketika isterinya ada tanda-tanda nak bersalin tetapi di halau balik sebab air ketuban belum pecah. Bila mereka balik benda tu dah pecah dan mereka bergegas ke Hospital di Kajang. Bayi mereka telah tertelan najis which is too bad for the baby. Yerlah dah di infection dengan bacteria kuman segala tu.

I don’t knowlah … tapi I taklah generalized semua hospital. Cuma entah kenapa HP ni never learned. Kenapa yer? Musykil betul . Siapa dibelakang kekebalan mereka ini semua?


Tuesday, December 06, 2005

Penangguhan

PENANGGUHAN, PILIHAN ATAU TAKDIR?

Sejujurnya semua manusia ingin mempunyai pasangan, merasa bahagia hidup di dalam sebuah keluarga bahagia. Anak dan isteri , sebuah rumah yang indah menjadi impian semua orang. Pendek kata seseorang yang dapat berkongsi susah senang hidup bersama.

Namun perjalanan hidup setiap orang amat berbeza, tuntutan, kehendak, cita-cita, dan segalanya tidak sama. Ada yang mendapat itu, tapi tidak mengecapi yang satu lagi. Bersyukurlah kepada sesiapa yang dapat mengecapi segalanya serentak. Perjalanan hidup yang sentiasa dipermudahkan dan mendapat segala apa yang diinginkan.

Berkahwin lewat mungkin menurunkan jumlah generasi muda di negara kita jika golongan professional memilih untuk meletakkan perkara ini dalam senarai akhir keperluan hidup mereka. Bukan tidak mahu langsung tetapi ada perkara-perkara tertentu yang perlu dilunasi dahulu sebelum terjun ke dunia kehidupan yang serba baru.

Kahwin datang dalam package yang lengkap, juga menuntut komitmen yang bukan sedikit. Penelitian, persediaaan dari segi fizikal dan emaosi juga perlu mantap. Tidak usah berkahwin jika takut orang mengata atau sebab usia sudah lanjut. Sebaiknya kehidupan kita, kita yang tentukan bila, dengan siapa dan apa yang kita mahukan dalam hidup ini.

Tidak kahwin langsung juga tidak salah(jika perkara itu tidak memudaratkan). Sebab tiada undang-undang yang menidakkan kebebasan individu jika memilih jalan sebegitu. Berkahwin tidak semestinya hidup lebih bahagia dan perkahwinan juga tidak semuanya tidak bahagia. Ada yang berkahwin sambil lewa dan anak-anak terbiar, isteri terdera emosi dan fizikal dan pelbagai lagi kisah duka yang amat mengharukan.

Perkahwinan seharusnya menghalalkan dua insan untuk saling menyayangi dan hidup bersama dalam susah dan senang. Oleh kerana kebahagiaanlah yang menjadi buruan semua orang di dunia ini, tidak salah untuk menangguhkan sebuah perkahwinan kepada satu masa yang sesuai, dengan pilihan serta calon yang sepadan.

Tetapi bila segala usaha telah dilakukan dan seseorang itu tetap hidup sendirian, apa lagi yang perlu kita fikirkan sebab lebih baik hidup sendirian walaupun kesunyian dari menjeruk rasa berkahwin namun terus merasa sunyi dan ditinggalkan.

Ya, benarlah perkahwinan bukan satu teori atau kisah retorik yang boleh di cuba-cuba. Ianya usaha dua pihak jika ingin kekal bahagia selamanya. Hidup sendiri kadang bukan satu pilihan. Namun seperti kata-kata Melly “ Bukankah hidup kita akhirnya harus bahagia”. Cuma ada sesetengah orang yang merasa lebih bahagia hidup bersendirian.

Monday, December 05, 2005

Disember Yang Basah (3)

Disember Yang Basah (3)


disember
kumohon padamu
tiada duka membasahkan waktu
biarkan saja bulanmu
bercerita tentang merdunya bayu


laut biru kian bergelora
ingin bercumbu denganmu
aku takut kiranya
kau bersatu membuang rindu
melupakan gusar bertamu


disember
dikau cukup cantik sekali
tersenyum manis
melihat aku berlari dengannya
membasah cinta dalam renyai disember!




Judul : Disember Yang Basah
Penulis : Adinda

Link : http://puisiadinda.blogspot.com

Disember penutup bulan, menutup tahun yang berlangsung dalam iklim yang pelbagai. 12 bulan yang cukup memberi nikmat pada kita semua. Aku amat mengharapkan detik yang berlaku dalam tempoh 6 bulan di awal tahun itu berulang kembali. Dia hanya datang sekejap untuk aku menikmati rasa dimiliki sepenuhnya dan tanpa kuduga ianya direntap sekali lagi tanpa rela.

Berkali-kali aku membiarkan sesuatu yang kusayangi hilang dan menjauh, … direntap, ketika puncak rasa itu bagai dapat kugapai. Berkali-kali, tanpa mengenal lelah aku mohon dia kembali dan membahagiakan hidup yang sementara ini. Berkali-kali jugalah dia membiarkan suaraku lemas di mamah kerinduan yang tak berpenghujung ini.

Berkali-kali jugalah aku menulis cerita sebegini di sini sepanjang tahun. Disember menghimpunkan segala duka yang tak mampu kukendong ke tahun hadapan. Aku ingin memulakan tahun baru nanti dengan kisah baru yang lebih membahagiakan. Aku layak untuk bahagia bukan?

Biarlah Disember basah dengan keluh kesah seorang aku. Biarlah Disember 2005 menghilang dalam kebasahan yang amat dalam. Biarlah segala kehilangan dan rasa hati itu terbilas di Disember ini. Biarlah ia menggigil dan meraung merenung waktu yang berlalu. Biarlah ia basah begini … biarlah.

Aku pasti melangkah dengan gagah, meninggalkan Disember yang basah!

DISEMBER YANG BASAH (2)

DISEMBER YANG BASAH (2)


Hujung minggu yang paling suspen. Balik ke CC dan mendapat sakit perut yang agak teruk, sepanjang malam berjaga. Mungkin 'food poisoning' sebab makan pelbagai makanan dari rumah orang kahwin dan kenduri doa selamat pada malam sebelumnya. Letih ke tandas setiap masa. Sekarang dah ok dah.

Di luar gerimis, dingin di mana-mana. Wan cuti hari ini. My blog kalau boring aku selalu letak lirik lagu. Tipikal blog yang selalu orang buat. Tapi memanglah sepanjang tahun 2005 aku amat meminati lagu "Cinta" Kris & Melly dan juga lagu "Mungkin". Kalau dengar lagu ini di mana-mana pasti aku kuatkan dan jarum jam seakan terhenti seketika. Pause ...

Kata-kata yang indah dalam lirik lagu kadang seperti membaca kisah hidup yang lengkap. Pilihan perkataan yang tepat dapat melukiskan pengkisahan yang sebenar dalam kehidupan pendengar. Lalu kata-kata yang begitu minima dapat menjimatkan waktu aku menulis. Sebabnya kadang ada perkara yang tidak terluah dengan kata-kata biasa.

Lagu datang dan pergi, macam mood kita juga setiap hari. Setiap minggu juga aku suka mengumpulkan puisi pendek dari akhbar tempatan.

ANGIN


Aku telah menjadi angin
hinggap di liang duka pohon-pohon
menjamah darah dan tangis daun.


Aku tak tidur di laut, aku baring
di rumput renyuk dan menghirup
tangis bumi di malam bungkam.


Angin tak pernah merasa sepi
aku menyanyi dalam kembara
menghibur bukit-bukau yang duka.


Darma Mohammad
Pasir Mas, 2005





Thursday, December 01, 2005

DISEMBER

DISEMBER YANG BASAH


Tup-tup dah sampai Disember lagi. Seperti pusingan jam yang tak henti dan orang seperti kita hanya mengikuti masa beredar walau kita tetap duduk di tempat yang sama tidak berubah ke mana. Hari ini cuaca di bumi CJ cerah namun usah di harap sampai ke petang. Tak sampai tengahari kadang basah di sana sini.

Hari ini, hari AIDS sedunia juga bulan Sale Semalaysia bermula. Aids menggingatkan kita pada diri sendiri agar bersikap seperti manusia yang waras bukan haiwan jadian yang bertopengkan manusia. Juga mengenangkan betapa kesilapan dan keterlanjuran serta nasib malang yang menimpa boleh berlaku di mana-mana pada sesiapa sahaja. Mangsa dan pemangsa hanya di pisahkan oleh tindakan akal dan sikap berhati-hati kita.

Usah di harap Mega Sale kita setanding di gedung mewah UK. Apa yang ada di sini barang-barang stock entah kurun ke berapa yang di beri tanda harga baru dan tidak juga murah. Entah datang dari mana sampah-sampah kitar semula itu datang dan kita berbondong-bondong datang membeli.

Ya Disember datang penuh pengharapan. Gaji dihulur seawal pertengahan bulan agar Krismas di sambut lebih meriah. Di penghujungnya kami menanti habuan yang lebih lebat buat pengubat sakit hati sepanjang tahun.

Disember yang basah, datangnya penuh gelisah.