Friday, January 27, 2006


Mendung tak bererti hujan. Kalau hujan jugak takkan nak halang. Hujan pun best apa. Tapi sejuklah time-time hujan nih ..."Selamat Bercuti , jumpa lagi Khamis minggu depan ..."

Dailog

Dailog Kehidupan


Kebanyakkan kawan - kawan yang aku kenali sungguh sibuk sekarang ni. Seperti aku juga. Ada yang terus senyap tanpa kata. SMS pun jarang di kirim. Alasannya tetap sama sibuk. Yelah mungkin kita hanya mengingati orang bila kita lapang, atau bila kita telah melunaskan keutamaan hidup kita. Sungguh terasa bila mereka berada dalam kelapangan akan sentiasa bertalu-talu sms masuk dan mereka akan marah pada aku yang malas memberi response kepada mereka. Aku tetap ingat mereka walau sesibuk manapun. Persahabatan itu bukan bermusim, bukan boleh dibuang bila tak perlu dan dikutip semula bila terasa sunyi. Kehidupan ...

Dailog Kehidupan I

Aku bertanya pada seorang perempuan
Sifar kerjaya dan berpunya
katanya tanpa sumber hanya kasih
dia seperti mengharap,
cahaya bebintang dan hujan dari awan.

Aku berbual dengan seorang perempuan
punya kerjaya dan kasih sayang
katanya pergi dan pulang keletihan
kadangkala seperti kemarau
dalam musim tenmgkujuh
sukar ditafsir makna letih dan lusuh.

Aku berbincang dengan seorang perempuan
punya kerjaya dan hidup sendiri
katanya dia menjadi beburung
singgah di mana-mana pulau dan pohon
hidup segar menghijau tanpa harum.

Aku pun bertanya pada diriku
tentang cinta dan kasih sayang
wang serta kehidupan.

Solihin Osman
UiTM Seri Iskandar, Perak
Wanita ( Jun 2005)

Aku ni peminat sajak Solihin semenjak dari SA lagi. Dulu dia lebih banyak menulis tentang isu penderaan kanak-kanak. Sekarang dia dah global dan karyannya sudah world. Kalau berkesempatan rasanya ingin sangat mendapatkan antologi puisinya itu ( tapi tak tahu pulak tajuknya) kena check kat PNM lah nampaknya.

Nota :
Hati saya akan luka melihat dia pergi. Tetapi ada beberapa perkara yang lebih penting daripada perkara lain. Hidup ini Tuhan lengkapi dengan pilihan dan sedalam mana pun hiris lukanya, sekejam mana pun jalan yang kita ambil, kita kena membuat keputusan, mengharap segala pedih akan segera sembuh.

Wednesday, January 25, 2006

BUSY

BUSY


Dua tiga hari ni banyak sangat kerja. Berhempas pulas di ofis. Letih sangat . Tenaga dan otak sama-sama di kerah. Penat sangat. Macamanalah yer orang yang dah masuk zaman nak pencen mesti dia boring sangat nak ke ofis dan buat rutin yang sama dalam hidupnya. Kalau kena kerja banyak travel pun tak best sangat. Kalau travel dan buat kerja bukan seronok sangat pun.

Bila aku fikirkan kenapa cuti aku tak pernah habis tiap tahun sekarang aku dapat jawapannya. Tak buat apa di rumah pun boring dan kalau boring di ofis pun jumlah cuti tak kena potong. Baik pergi ke ofis atleast ada kawan nak bergosip hahaha ...

Tahun ni jer dah masuk 6 tahun aku di sini. Macam baru semalam jer aku jejakkan kaki di ladang kelapa sawit nih. Batch yang sama masuk dengan aku dah ramai yang berhijrah. Aku pulak terus melekat kat sini. Maybe sebab geng aku best dan tak perlu melalui banyak karenah dalam kerja aku. Tak kisah ler orang perasan ker tidak kehadiran aku di sini. Apa yang penting tiap bulan aku dapat gaji hahaha ...

Tak tahulah macamana kehidupan aku 20 tahun akan datang. Macam ni ker jugak corak kerja aku ? Sejujurnya aku masih enjoy kerja di sini memandangkan apa yang aku dapat agak payah untuk mendapatkan seperti ini ditempat lain. Sekurang-kirangnya tepat pukul 6.00 petang aku sudah menebeng dengan Wan di Restoran Hassan kat Street Mall pekena teh o panas.

Tuesday, January 24, 2006

Sastera

Karya sastera semakin kurang bermutu?


SAYA kecewa dengan mutu karya sastera yang semakin rendah baik di akhbar mahu pun di majalah yang hilang nilai seni dan estetika, khususnya untuk genre puisi. Tidak dapat dinafikan, banyak akhbar dan majalah yang menyediakan halaman sastera untuk memberi peluang penggiat sastera berkarya sama ada puisi atau cerpen.

Namun, agak menyedihkan bahan karya yang menghiasi laman sastera seolah-olah tidak langsung menepati piawaian untuk dikategorikan sebagai bahan sastera bermutu. Ada sajak yang dimuat di akhbar utama negara hilang nilainya, seolah-olah seperti membaca sebuah prosa semata-mata.

Bacalah di sini :

PUISI HIKMAH

‘Hadapilah sepuluh kekalahan
sebelum menerima sebuah
kemenangan’.

Hakikat itu mengajar pasrahku kaku
dan tunduk menghitung sedar
lalu menghukum haloba yang memburu
amarah
membasuh resah yang rebah dalam
payah.

NAZIRA MOHD NOOR
(5 Februari 2005)
Kuala Terengganu

Sebagai pembaca karya sastera tanah air memang kadang wujud karya yang gitu-gitu jer dan penulis yang sama di berikan tempat berulang kali. Rasanya penulis baru akan sentiasa diragui keupayaan mereka sampai bila-bila. Ada orang berkata hantar puluhan sajak ke penerbitan pun belum tentu akan tersiar. Memanglah tempat terhad, dan kualiti yang di cari jika benar ianya melalui prosedur pemilihan yang ketat sudah pasti karya-karya yang dipilih tidak menimbulkan 'kemualan'. Namun karya sastera sebenarnya amat subjektif sifatnya.

Monday, January 23, 2006

Cat Show

CAT SHOW

Pertama kali melihat pertandingan kucing anjuran FSM. Macam-macam jenis baka ada geram jer tengok. Antaranya Maine coon, American Curl, Burmese, Siamese etc.

Lunch di Ampang Point dengan member. Asyik makan jer. Paling kelakar bila beli muffin 4 ketul. Masa tu rasa penatnya nak habiskan makanan tuuh. Nak habiskan satu pun seksa. Akhirnya aku yang terpaksa usung ke sana ke mari.

Ke KLCC kengkononnya nak nonton Geisha pukul 5.25 petang, tapi tiket dah habis. Show lain pukul 6.15 petang. Tapi for sure nanti maghrib dalam panggung so kami batalkan. Tak mahulah maghrib dalam panggung kan, sungguh tidak elok itu. Tengok hari lainlah, tunggu bila sudah reda.

Berbincang dengan dia tentang apa nak buat demi mengisi masa lapang. I need to do extra work. Nak tambah pendapatan. Dia cadangkan aku buat benda yang aku suka sebagai punca pendapatan sampingan. Tengah fikir aku nak buat apa sebenarnya. Kerja yang jumpa orang memang aku tak reti nak buat. Dia suruh aku jadi g*g*l*, hahhaa kalau badan berketul boleh gak hahhahha. Ini mmm ... taklah sampai ke situ. Since masa banyak terluang aku perlu lakukan sesuatu.

Kadang amat sunyi. Tapi kita biasanya melihat sesuatu yang bukan milik kita dengan penuh bernafsu sedangkan kita tidak pernah bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang.

Saturday, January 21, 2006

Tak Menjadi

EDISI MALAS


Hari ini semua benda tak menjadi. Tak jadi balik sebab aku malas nak drive dan memandangkan minggu depan pun akan bercuti 4 hari. Kengkononnya nak bersihkan bilik tapi tak jadi gak. Sebab aku malas sangat.

Pergi bank, aku ingatkan bank bukak. Just dapat buat bank-in jer urusan lain tergendala. Yana call tanya kenapa aku tak balik. Hehehe dia baru jer 5 hari kat kolej dah nak balik jugak. Yup, maybe mak tertanya-tanya kenapa aku tak balik. Tapi entahlah hari ini macam malas serba serbi.

Ejen call tanya nak tengok Geisha ker tak. Dia siap suruh kawan dia di Petronas pergi berbaris beli tiket. Phone booking dah takder. Show pukul 8-8:45 dah sold out. Midnite plak tinggal seat paling hadapan. Malas nak mendonggak ( kang patah pulak leher) dan malas nak drive pagi-pagi buta balik ke CJ we all batalkan. Cadang nak gi 'mengeteh' di KL hari ini. Tapi ...

Uwaaaaa ... kereta tak boleh start langsung. Padahal pagi tadi elok jer. Call Wan dan staff aku yang lain. Cuma Wan dan ipar dia yang datang. Kita orang tolak ramai-ramai. Rasa nak tercabut nyawa. Semput ... Wan tu lagilah rasa nak pitam. Kereta satu apa pun tak bunyi. Call mekanik suruh hantar bateri baru dan sahlah bateri jadi puncanya. Terbanglah duit aku ( yang kononnya nak berjimat tadi tak moh balik kampong sebab next week nak menYam Seng sakan). Bateri kereta aku baru di tukar 2 bulan yang lepas. Sekarang langsung 'kong'. Sudahlah 'warranty card' dia aku tak tahu kat mana. Pelik pulak aku ni, segala benda aku simpan tetapi benda yang penting selalunya lesap. Lepas maghrib barulah mekanik sampai. Alhamdulillah ... takderlah major problem cuma bateri jer. Tadi macam-macam yang aku fikirkan.

Mungkin sebab minggu lepas aku gi tengok-tengok kereta kat Putrajaya. Biasalah kalau ada masa free memang aku suka tengok kereta. Tu pun kete aku nak merajuk ... cehhh.

Friday, January 20, 2006

Comel


"I want to grow old with you .."

BIARKAN IA BERLALU ...


Hidup memang bukan mudah dan kerana payahnyalah kehidupan itu, aku dan engkau akan menjadi lebih bermakna sebagai manusia. Kekeliruan, kesakitan dan kesilapan yang berlaku dulu usah dikesali lagi. Mengingatinya sekadar menambah rasa bersalah.

Billy Idol (Speaking):
Good afternoon everyone. We're flying at 26,000 feet, moving up to thirty thousand feet, and then we've got clear skies all the way to Las Vegas, and right now we're bringin you some in-flight entertainment. One of our first-class passengers has written a song inspired by one of our coach passenger, and since we let our first-class passengers do pretty much whatever they want, here he is.

Robbie Hart (Singing):
I wanna make you smile whenever you're sad
Carry you around when your arthritis is bad
All I wanna do is grow old with you

I'll get your medicine when your tummy aches
Build you a fire if the furnace breaks
Oh it could be so nice, growing old with you

I'll miss you
Kiss you
Give you my coat when you are cold

Need you
Feed you
Even let ya hold the remote control

So let me do the dishes in our kitchen sink
Put you to bed if you've had too much to drink
I could be the man who grows old with you
I wanna grow old with you

Salam Jumaat dan berhujung minggu!

Thursday, January 19, 2006

Staff

STAFF BARU


Ada 4 orang staff baru masuk department kita orang. Empat orang perempuan muda. Seorang sudah bertunang dan 2 dikenal pasti masih bujang dan seorang diragui statusnya. Staff menjadi lebih bersemangat bekerja. Kalau dulu ada yang susah sangat nak masuk office sekarang mula berubah. Ada yang tak pernah ke pantry, sekarang 3-4 kali ambik air di situ.

Mana yang bujang jadi sasaran usikan. Aku pun tak terkecuali, bila aku mula buka mulut jer mereka dah tersenyum-senyum. Takderlah aku nak buat hal dengan staff satu tempat kerja nihh. Depa tu macam adik-beradik aku jer dah. Selalunya dengan staff aku tak nak terlalu terbuka sangat kang depa tak segan dengan kita.

So aku dengar gak gossip di belakang-belakang. Tapi aku buat 'derk' jer ...tak kuasa aku nak ambil port benda-benda macamni.

Wednesday, January 18, 2006

CALON

CALON



Semalam berkesempatan mengikuti majlis ilmu yang dikendalikan oleh PO. Walaupun pada awalnya aku malas nak hadir tapi memandangkan boss aku amat berharap aku datang mendengar aku gagahkan juga. Apapun memang berbaloi juga. Tersipu-sipu bila boss mention nama aku ( malu dong ahhh ... hahahha). Sepanjang ceramah tuu kengkononnya aku sibuk mencatat nota. Memanglah begitu bila aku ke apa juga majlis ilmu . Aku tak betah just dengar jer ... mesti nak mencatat . Kalau tak, rasa datang sia-sia jer. Oklah aku nak kongsi dengan korang semua .

Ciri-Ciri Suami Unggul

1. Beriman
2. Pembimbing
3. Bertanggungjawab
4. Bijaksana
5. Merendah diri
6. Sederhana
7. Pengasih
8. Sabar
9. Tolong-menolong
10. Suka bergurau
11. Prihatin
12. Pemaaf
13. Dermawan
14. Adil

Kalau berharap semua ciri-ciri ni ada payahlah kan. Paling utama berimanlah yer. Kalau you all dapat bf/suami yang kaya alhamdulillah. Kalau yang berwajah kacak pun memang berbaloi, tetapi paling utama ialah iman sebab dengannya ia mampu memandu kehidupan kamu menjadi lebih baik. Wajah akan berubah mengikut peredaran masa, harta benda boleh dicari.

Ciri-Ciri Isteri Durhaka

1. Apabila dipanggil suami ia tidak datang
2. Membantah suruhan atau perintah suami
3. Bermasam muka terhadap suami
4. Menyakiti hati suami
5. Meminta diluar kemampuan suami
6. Keluar rumah tanpa izin
7. Berhias-hias ketika suami tidak disamping
8. Menghina pengorbanan suami
9. Membenarkan seseorang yang bukan muhrim masuk ke rumah tanpa kebenaran suami
10. Tidak menerima tunjuk ajar suami.

Begitulah serba sedikit apa yang aku sempat catatkan. Namun zaman sekarang bila kita berkahwin lambat bukan bermakna kita melupakan terus niat tersebut. Mungkin (ini pendapat peribadi aku) bagi lelaki sekarang umur awal 30 an amat sesuai untuk menamatkan zaman bujang dan bagi perempuan sebelum usia 30-an. Tuntutan kerjaya dan rata-rata semua perlu menyudahkan pengajian peringkat tinggi. Kumpul harta serba sedikit barulah boleh berangan-angan nak meminang anak orang. Tapi kalau kita bertemu jodoh di penghujung tahun 30-an pun, tak boleh nak kata apa. Rezeki masing-masinglah. Apa yang pasti bila kita telah bersedia memikul tanggungjawab itu, lakukanlah dengan sepenuh hati dan bila telah benar-benar bersedia bukan disebabkan tekanan pihak lain.

Kehidupan kita terletak di tangan kita sendiri untuk mencorakkannya.

Pohon Keinsafan

Kutanam pohon keinsafan
di ladang takwa
dan kupinta
keberkatan-Nya
agar pohon keinsafan ini
berakar akhlak
bertunjang akidah
berdaun iman
berbunga pasrah
dan ladang ini
terus subur
disirami air kasih-Nya

R Hamzah Dua
Nilai Perdana, Negeri Sembilan
Berita Minggu, Ahad 1 Jan 2006 p:8

Tuesday, January 17, 2006

Kiamat

KIAMAT SUDAH DEKAT


Teringat filem ini yang di tayangakan masa raya haji minggu lepas. Keikhlasan telah memenangi hati si bapa yang mementingkan ilmu agama. Hatta pemuda yang berkelulusan Timur Tengah pun tidak mampu menandingi kesungguhan lelaki biasa yang dibesarkan dalam latar kehidupan barat. Akhirnya mereka berkahwin setelah keikhlasan dan kesungguhannya mendalami agama Islam. Cinta mampu membuatkan seseorang berubah.

Tahun ini semua orang ingin berubah. Meninggalkan perkara-perkara yang melalaikan dan berlumba mempertingkatkan ilmu agama. Mungkin impak kepada perkara-perkara yang berlaku di sekeliling dan sudah terlalu bosan dengan urusan dunia ( kisah proton, minyak naik, inflasi, telefon bimbit bebudak sekolah, putus cinta, along etc ...) Hhahaha letih kan? Banyak sangat perkara-perkara yang berlaku di dunia ini. Kalau kita masih tidak berubah tak tahulah apa nak kata.

Setiap mukmin perlu mengisi masanya dengan tiga kegiatan berikut :

Merancang Kerja

Setiap hari yang dilalui seorang mukmin adalah simpanan baginya. Kerana waktu sesaat akan menjadi penyumbang pada buku laporan kerja di bawah pemegang kuasa dua malaikat, Raqid dan Atid. Kerja yang dilakukan hendaklah memberi manfaat kepada dunia dan akhirat. Sebenarnya kita bekerja untuk Allah. Hidup ini untuk memastikan kewujudan diri kita berada pada tahap yang mulia, berjaya dan diredhai Allah. Kita tidaklah boleh hanya duduk diam melihat kemiskinan dan kebodohan melanda umat kerana mukmin sejati dilahirkan untuk menjadi khalifatullah fil ardh.

Mengurus diri

Mukmin yang amanah terhadap masa, cekap menguruskan dirinya. Kebijaksanaan mengenal diri dan mengawalnya adalah kunci kejayaan bagi perancangan yang dibuat. Kenali diri dan cuba terokai nilai positif yang ada dan serlahkanlah ia untuk kemajuan diri. Ilmu mengenal potensi diri mengajar kita sentiasa bermusahabah terhadap apa yang baik dan buruk untuk menjamin kejayaan.

Memberi manfaat kepada orang lain

Hidup kita akan lebih bererti jika perbuatan yang dilakukan memberi kebahagiaan kepada orang lain. Biarlah hidup ini berjalan dengan potensi setiap orang yang dicurahkan untuk kesejahteraan bersama. Sabda Rasullullah SAW: "Barang siapa yamg memudahkan urusan orang yang mengalami kesulitan, maka Allah akan memudahkan urusannya baik di dunia mahupun di akhirat. Barang siapa yang menutup keaiban seorang Muslim, Allah pasti akan menutup aibnya di dunia dan akhirat. "Allah sentiasa memberi pertolongan kepada hambaNya selama dia menolong saudaranya." (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Bersama-samalah kita saling ingat-mengingati. Aku pun masih belajar tentang hidup. Mencari dan meneroka susuk gelap dan terang kehidupan ini. Alpa dalam gemersik dendangan gendang dunia, juga terjaga bila ada yang berkata ... Kiamat Sudah Dekat!

Monday, January 16, 2006

WAKTU LURUH MENJADI KACA


Hari ini aku bercuti. Hantar Yana balik ke kolej. Dia dah masuk ke semester akhir dan akan menghabiskan pengajiannya bulan 6 nanti. Budak perempuan tiap kali balik ke kolej kereta penuh dengan segala macam barang. Macam pindah rumah. Segala macam nak diangkut .

Bila semua urusan pendaftaran selesai. Aku tolong dia angkat barang naik ke biliknya. Semput gak rasanya. Cuti hujung minggu aku tak buat apa di rumah. Naik turun rumah jerlah kerjanya. Tak produktif langsung. Nak ke mana-mana pun malas sangat ( ker memang aku malas?).

Bila aku boring suratkhbar pun aku boleh ulang baca hahaha ... Teruk sungguhlah aku nih. Nanti raya Cina cuti panjang. Takkan nak duduk rumah jer yer? Segan pulak dah. Kena plan buat sesuatu. Tapi biasanya semua tempat akan jammed dan penuh umat manusia. Last year aku ke Cameron Highland, jammed atas bukit tu. Mungkin aku nak ajak my mum nonton 'Baik Punya Cilok' kat Klang Parade. Dalam minggu ni kalau aku free, nak nonton Long Khong & Memoirs of a Geisha.

Waktu Luruh Menjadi Kaca

Waktu luruh
menjadi kaca
jalinan kemesraan
telah pecah.

Tiada wajah ceria
tiada senyum manis
meninggalkan kesuraman.

Waktu luruh
menjadi kaca
bergelinangan air mata
basah hingga ke malam.

Tiada lagi sapaan
tiada lagi usapan
kamar semakin suram.

Tiada lagi pertanyaan manja
Tiada lagi waktu kasih sayang
segala-galanya pecah berderai.

Mohamad Nor A. Bakar
Dungun, Terengganu
Mingguan Malaysia, Ahad 15 Jan 2006 p:30

Friday, January 13, 2006

KOSONG

KOSONG

Rasa semua benda berubah tahun ini. Ramai kengkawan yang mula berubah ke arah kebaikan. Which is good lah kan? Mana-mana yang dah masuk 40-an tu mula tersedar nak pergi umrah ( Kalau dulu asyik nak ke Eropah jer). Mula mencongak bajet nak pergi haji juga. Menjadi lebih baik dan membuang segala sikap buruk lagi menjengkelkan umat sekeliling.

Ya, kita tak tahu bila kita dijemput mengadapNya. Kembali ke alam abadi. Bukan kira tua muda dah, hatta bila-bila masa sahaja. Baguslah bila kawan-kawan mula sedar bahawa hidup ini bukan sekadar membayar bil setiap hujung bulan dan membuat kerja yang tak ada titik noktahnya di pejabat.

Bila congak-congak usia hehehe banyak juga angkanya sudah. Kadang terasa mensia-siakan sahaja masa berlalu. Banyak juga perkara yang menujah-nujah. Soal itu ini yang tidak pernah selesai. Terbaca beberapa blog, rasanya best juga kalau ada teman hidup nih. Ada gak tempat bermanja dan menghibur hati. Tapi ... nantilah . Nak puaskan hati dulu barang 2-3 tahun lagi.

Sebenarnya bila kita dah sampai certain age, sudah selesa dengan keadaan yang dilalui setiap hari. Kita menjadi tidak kisah ada teman ker tidak. Sebab walau apa pun setiap hari harus dilalui juga. Siang akan malam akhirnya dan bermulalah hari baru, saling berganti tiap waktu. Tup-tup kita bangun dari tidur dan sedar usia sentiasa bertambah.

Tahun ni (spt tahun lepas) President Office jemput si bujangan di sini ke satu ceramah "Memilih Calon Suami or Calon Suami Pilihan" begitulah bunyinya. Kali ni boss aku yang bagi talk. Which is aku pun dah tengok ppt dia. Hehehe segan lah nak datang. Dahlah tadi masa meeting semua terkejut tengok perubahan imej aku nih but my boss bagi komen "Not Bad" walau pada awalnya dia kata "What Happen to you ? ..." Sah-sah dia nak jaga hati aku tuuh.


Aku still rasa ada kekurangan dalam hidup aku nih. Bukan pasal takde orang temankan aku. Bukan yang itu ( aku tak kisah perkara itu semua ). Tapi memang aku kadang rasa kekosongan juga. Itu tak dapat aku deny. Aku ni insan biasa yang tak sunyi dari buat silap. Seperti kengkawan aku semua yang sudah mula berkiblat pada kebaikan. Aku rasa its about time aku juga harus berubah menjadi lebih bertanggungjawab terhadap perasaan aku sendiri, kehidupan aku dan tentukan apa yang aku nak tercapai juga akhirnya.

BUT bila aku dah dapat semua yang aku inginkan. Aku tetap rasa kosong juga ... ( maybe kena adopt kitten lerrr nanti or suatu masa nanti).

Berat bebanku
Meninggalkanmu
Separuh nafas jiwaku
Sirna...

Bukan salahmu
Apa dayaku
Mungkin benar cinta sejati
Tak berpihak
Pada kita

Kasihku
Sampai disini kisah kita
Jangan tangisi keadaannya
Bukan karena kita berbeda

Dengarkan
Dengarkan lagu.....lagu ini
Melodi rintihan hati ini
Kisah kita berakhir di Januari
Selamat tinggal kisah sejatiku
Wow....pergilah

Januari - Glenn

Thursday, January 12, 2006

3K

3K


Radio Era kemukakan persoalan isu Kaya, Kacak & Kelakar ( 3K ) sebagai faktor pilihan memilih calon suami. Pastilah istilah kaya sentiasa mendapat carta teratas. Yess kita hidup di zaman millinium nih di mana serba serbi memerlukan wang. Pendek kata celik jer mata dah nak kena keluarkan duit even gunakan tandas pun berbayar.

Tidak salah memilih yang kaya. Kaya wang ringgit, mampu menyediakan perkara asas demi kebahagiaan keluarga. Kalau suami kayap susah juga, hidup tertekan dan mendera si isteri bila tanggungjawab beralih-arah. Isu ungkit mengungkit akan berlaku. Maruah si suami jugak akan tercalar. Maklumlah ipar duai saudara mara pastinya akan membuat lintas langsung kehidupan kita.

Dengan RM kita boleh menyediakan segalanya. Kalau tak pandai bidang agama mampu mengupah ustaz/ustazah untuk mengajar. Tidak pening kepala bila tidak berduit yang boleh mengakibatkan bercerai-berai. Boleh beli apa sahaja dan pergi mana sahaja yang dimahukan. Bila perut kenyang segalanya akan menjadi OK.

Tidak salah bila wanita memilih yang kaya sebagai pilihan. Kalau ada ke semuanya pun tak apa. Itu rezeki namanyalah. Tapi bersedialah dengan ujiannya pula. Maklumlah suami yang 3K ini banyak yang akan mengambil peluang. Wanita bujang zaman sekarang bukan macam dulu-dulu. Kalau dia sudah nak, tak kira suami orang ker apa. Main rembat jer ...

Boleh pilih yang kaya & kacak tapi bersedialah dengan segala kemungkinannya. Jadi tepuk dada tanya iman. Apa yang kita mahukan terletak di tangan kita. Since suami isteri zaman sekarang perlu bekerjasama sebagai satu pasukan mencari rezeki. Kebahagiaan dan kekayaan boleh di bina mengikut kehendak masing-masing. Jika plannya betul pasti akan hidup senang juga akhirnya. Apa yang pasti jujur dengan pasangan dan bertindak mengikut akal fikiran.

Wednesday, January 11, 2006

KORBAN

KORBAN

Seperti tahun-tahun yang sudah, raya haji di kampong aku taklah meriah sangat. Bergantung kepada kitalah nak meriahkan ker tidak. Dapatlah 3 kilo daging korban dari jiran dan entah dari siapa. Mak ajak aku ke rumah nenek sebab pak cik buat korban seperti selalu. Tapi Julie ada, aku malas nak ikut. Mak takut jugak sebab Julie tak biasa memandu Myvi dia tu. Aku terus balik ke CJ dengan segala juadah yang di bawa dan setandan pisang emas.

Ohhh ... aku telah memotong pendek rambut aku. Sebijik macam orang baru balik umrah. Tapi taklah sependek rambut M*wi tu. Rasanya no 4, Yana yang beriya benar suruh aku potong pendek@botak nih. Masa tukang gunting tu gunting, aku tak pakai spek jadi tak berapa nampak. Akhirnya, muka aku jadi lain sangat. Kadang macam budak nakal pun ada, staff aku kata "Macam muka filem baru keluar tu ... Castello?". Gulp ... First time potong sependek ini. Jadi amat lain rasanya, segan pun ada. Yelah, bila ke mana-mana orang dok pandang, or tenung kita.

Tapi gaya potongan rambut sebegini memang sudah menjadi trend terkini. Selain mudah dari segi penjagaannya, tak perlu risau tentang nak sikat dan gaya rambut ianya amat menjimatkan. For sure rambut hanya tumbuh 2 cm dalam masa 7 minggu (kalau tak silap i ler). Jadi dalam tempoh 3 bulan barulah potong dan kemaskinikan semula. Setahun hanya 4 kali jer ke kedai gunting. Kalau tak agak kerap juga.

Sebenarnya aku masih nak adjust my feeling dengan keadaan tak berambut sangat nih. Nak buat selamba jer sebenarnya. So bila rambut aku tumbuh semula nanti ( harapnya tumbuh dengan lebatlah) bolehlah nampak perubahan wajah.Hehehe ...

Saturday, January 07, 2006

Suara

SUARA TAK DI DENDANG


RUPA-rupanya rekod keselamatan di tapak pembinaan di Malaysia sangat buruk. Sebanyak 700 kes kecuaian dan kemalangan berlaku dalam tempoh tiga tahun, termasuk 150 kesalahan berat.

Patutlah ada pihak yang bertanya, apa menteri berkenaan telah buat? Yang jelas, tindakan yang lebih tegas mulai diambil selepas kematian perunding syarikat, Dr. Liew Boon Horng apabila keretanya dihempap konkrit yang jatuh dari tingkat 20 sebuah bangunan dalam pembinaan.

Syarikat pembina yang terlibat mempunyai rekod penarafan D dari segi keselamatan dan dikenakan tiga kompaun sejak mula projek berkenaan. Patutlah ramai yang bertanya, jika orang yang dihempap konkrit itu sekadar penjaja kecil tepi jalan, adakah reaksi dan tindakan susulan sama seperti kes Boon Horng?

Dalam kejadian di Sri Hartamas itu, seorang perunding syarikat, Dr. Liew Boon Horng maut, manakala isteri, Loy Ai Lan, 35, dan pemandunya Ahmad Harun Jajuli, 50, cedera parah akibat tersepit dalam kenderaan yang mereka naiki. Konkrit simen seberat dua tan itu jatuh dari tingkat 20 kondominium yang dalam pembinaan itu, tepat di atas kereta Dr. Liew.

Satu lagi kes berprofil tinggi yang sedang disiasat oleh CIDB ialah mengenai dua bahagian jambatan bertingkat yang sedang dalam pembinaan di Kilometer 3.2 Lebuh Raya Lembah Klang Baru (NKVE) runtuh secara tiba-tiba menyebabkan dua pekerja binaan warga Bangladesh mati pada 10 Julai 2005.

Persoalan timbul di sini. Mengapa selama ini agensi-agensi yang terbabit dalam soal itu tidak berbuat sesuatu - sehinggalah satu kes yang menyayat hati itu berlaku Jumaat minggu lalu.

Itu belum termasuk lagi kisah pelajar yang dilanggar lori kontena di Kapar. Lebih 40 kematian berlaku sebelum ini dan bila orang kampong menunjuk perasaan barulah jejantas dibina. Boleh pun di bina kalau ada arahan pihak atasan. Kenapa semua dengan tiba-tiba boleh dilaksana?

Tiba-tiba bila orang kaya yang terbunuh semua orang tersentak. Baru terkebil-kebil menudi
ng pihak yang harus dipersalahkan. Macam baru disimbah sebaldi air sebab terlalu lama bermimpi di siang hari.

Ahhhh !!! kalau orang-biasa mereka boleh ditutup dengan duit segenggam cuma agaknya. Tapi bila orang besar samannya pun sebesar alam. Beberapa bulan lalu 3 orang pekerja Indonesia mati dihempap kren di tapak pembinaan. Taklah benda ini kecoh sebegini. Agaknya pegawai yang berwajib masih mampu menjamah roti canai dan meneruskan aktiviti minum teh tarik seperti biasa. Sebab mereka hanya orang-orang kecil yang tidak punya suara.

Tapi bila orang besar dan berharta yang boleh pasang lawyer paling ampuh. Semua buka mata.

Ohhh !!!! kasihannya menjadi orang-orang kecil … suara orang kecil tidak mampu membuka hati-hati manusia yang sentiasa lapar pujian dan harta berjela.

Atau kesan membantu orang-orang kecil tidak ke mana. Inilah dunia … orang-orang kecil nyawanya tiada harga.


Gurindam Seloka

Biar buta penglihatan
Jangan buta hati dan fikiran
Biar pun miskin hina
Jangan papa adat dan bahasa

Berhelang helang buana
Jangan lupa saudara tetangga
Bila hujung di jumpa
Jangan pula pangkal kau lupa

Harumnya bunga rampai
Oleh kerna ramuan yang pandai
Indahnya sang pelangi
Tapi sayang tiada bererti

Hidup dalam dunia
Banyak ceritanya
Selagi bernyawa
Ada saja kerenahnya
Yang indah hanyalah bahasa
Disebut dibaca

Gurindam serta seloka
Namun kenyataan hidup masih tetap sama
Tidak kira walau di mana
Tepuk dada tanya selera
Amalan biasa

Ramlah Ram

Friday, January 06, 2006

EPAL MERAH

EPAL MERAH

Sebiji epal merah terletak cantik di atas meja. Kad comel dengan kata-kata "We appreciate you" datang dari kumpulan Christian Students of M*U. Mereka memang tidak pernah lupa tentang ini semenjak 3 tahun yang lepas. Ramai memberi reaksi yang pelbagai. Ada yang tidak kisah dan memakannya dan ada pula yang tidak akan menyentuhnya langsung.

Kita ini merupakan bangsa yang amat terbuka. Dalam kehidupan kita sendiripun kita amat bertimbang rasa dan banyak memberi. Kita tidak terlalu berkira walau sedar apa yang kita miliki semakin terhakis dan menghilang. Oh! ini bukan isu perkauman. Sebab kalau menulisnya ianya amat menjengkelkan.

Cuma apa yang berlaku di Bosnia, minoriti memerintah majoriti Islam dan perang saudara boleh dijadikan peringatan. Kita tidak mahulah perkara buruk terjadi di negara kita yang tercinta ini. Namun kadang sikap beberapa pemimpin 'seperti boleh dibeli' tidak tegas dengan tindakannya amat memualkan.

Cuba kita ingat bagaimana kes Teresa yang mendedahkan isu wanita bogel. Bila dia tahu sahaja yang terlibat itu adalah wanita Melayu, tidak sepatah pun keluar dari mulutnya. Mengapa dia tidak dikenakan tindakan ISA? Sedangkan nama negara tercemar, ekonomi dari sudut pelancongan goyah. Terang-terangan berlaku ancaman terhadap negara di atas tindakannya itu.

Isu itu menutup 50,000 warga cina yang terlepas bebas di negara kita. Bayangkan kalau 10,000 sahaja dari mereka ini wanita dan bersalin di hospital-hospital swasta dan didaftarkan untuk mereka-mereka yang tidak mempunyai anak dan berlaku sindeket menjual anak. Apa akan terjadi? Kadang imaginasi aku melangkaui masa. Kita perlu banyak memikirkan sesuatu perkara ini . Oh, ini bukan masalah kita sebab kita tidak terlibat secara langsung. Tetapi inilah negara kita ...

Terlalu banyak yang ingin ditulis ... sebab terlalu banyak yang dibincangkan semasa aku dan geng dalam perjalanan pergi balik ke Melaka tempoh hari. Harap semua itu (yang kami perdebatkan - pelbagai isu tentang bangsa Melayu) tidak akan terjadi. Walau sedar entah apa akan berlaku pada generasi Melayu masa depan yang terhakis nilai-nilai murninya. Kerana segala kesilapan yang terjadi hari ini bakal mencorakkan masa depan mereka.

Begitu beratnya ... hari esok bermula hari ini.

Thursday, January 05, 2006

Terimakasih

UCAPLAH TERIMA KASIH


Dua tahun lepas ketika keluar dinner dengan dia teringat kata-kata ini darinya, "Why you nampak sombong bila keluar? Jarang senyum dan tak pernah ucap terima kasih pada orang?" Aku agak tersentak dengan komen sepontannya. Aku rasa sudah cukup bersopan dan menjaga tingkah laku selama ini namun apa yang kita buat kadang masih tidak mencukupi. Nasib baik ada orang yang tegur. Dulu rasanya aku mempunyai pendapat jika kita membayar/membeli perkhidmatan itu tidak perlu ucapkan terima kasih pada mereka. Aku dulu-dulu memang tak pernah ucap terima kasih pun kalau waiter hantar hidangan. Selamba sahaja dan nampak sombong. Tidak pernah ucap terima kasih kalau perkara itu bukan pemberian dari orang lain. Benda yang aku bayar patutnya dia yang perlu ucapkan terima kasih.

Namun aku silap. Memang benar kita membeli makanan, namun di dalamnya ada 'perkhidmatan-perkhidmatan' yang berunsurkan perasaan dan jiwa manusia. Manusia akan rasa lebih 'lega' dan ceria jika ada orang lain yang menghargai mereka. Ucaplah terima kasih dalam apa juga perkhidmatan dan urusan yang kita lakukan walaupun kita membayarnya. Jika mereka tidak berkata apa-apa pun sekurang-kurangnya jiwa kita akan gembira dan ceria. Cubalah idea ini dan mulakan sekarang. Ucaplah terima kasih kepada sesiapa sahaja orang yang kita berurusan dengannya.

Juga entah bila kita pernah mengucapkan terima kasih kepada kedua orang tua kita yang membawa kita ke dunia ini. Kerana mereka jugalah yang mengajar kita satu perkataan mudah dan cukup bererti ini ... terima kasih!

Melayu itu maknanya bijaksana
Jika menipu pun bersopan
Kurang ajarnya tetap santun
Dajalnya cukup selamba
Budi bahasa jangan dikira
Beraninya cukup benar
Tunduk bila bersalah
Lembutnya cukup jantan
Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyuman
Marahnya dalam tertawa
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak

Puisi Dato' Usman Awang, Sasterawan Negara

Wednesday, January 04, 2006

CGPA

CGPA & SIFAT GRADUAN YANG DIKEHENDAKI MAJIKAN

Mendapat markah sempurna CGPA 4.0 semasa menyudahkan 4 tahun pengajian merupakan idaman semua siswa dan siswi. Setiap pagi mereka berduyun-duyun ke dewan kuliah dan pensyarah bekerja keras memberikan sebanyak-banyak pengetahuan kepada mereka. Pelajar pula menumpukan seluruh perhatian dan tenaga untuk mendapatkan CGPA yang tinggi. Sekali imbas dengan mudah kita boleh membuat kesimpulan seolah-olah graduan yang berkualiti adalah yang memiliki CGPA yang tinggi semata-mata.

Sejumlah wang di laburkan untuk tempoh 4 tahun pengajian. Jumlah pinjaman pendidikan yang mencecah 30 ribu untuk diploma dan hampir 50 ribu untuk ijazah pertama tidak harus di pandang ringan. Tidak sesuai jika pelaburan yang begitu besar pelajar hanya mampu mendapat C untuk subjek yang mereka ambil. CGPA yang diperolehi seharusnya dapat mencerminkan kemahuan dan keazaman seseorang pelajar berjuang untuk menjadi yang terbaik, sekurang-kurangnya begitulah yang tercatat di transkrip ijazah mereka. Namun apabila pelajar keluar mencari pekerjaan, ujian psikometri dan temu duga yang dihadapinya sebenarnya bukan hanya mencari CGPA yang tinggi.

Majikan memerlukan pekerja mahir berkomunikasi, bertanggungjawab dan beretika, berkebolehan bekerja dalam kumpulan, mampu mengurus dan memimpin, berkebolehan mengenal pasti masalah dan mencari penyelesaian yang sesuai, peka kepada budaya dan adat-adat masyarakat, sentiasa memperbaharui pengetahuannya dan beberapa sifat lagi yang bersifat umum.

Bagaimanakah perkara ini boleh diperolehi jika pelajar terutamanya lulusan kolej/universiti swasta yang dikatakan 'membayar' segala ilmu yang diperolehi hatta ada yang mengatakan merekalah yang membayar gaji pensyarah dan kakitangan? Ya, universiti dan kolej swasta bukanlah kilang yang menghasilkan 'robot'. Akhlak pelajar tetap bergantung kepada cara mereka ini dibesarkan di rumah. Bagaimana mereka mampu menyesuaikan diri dengan persekitaran dan aktiviti yang mereka sertai. Keseimbangan perlu ada antara kecemerlangan akademik (diukur dari segi pungutan CGPA) dan sikap pelajar itu sendiri.

Kajian telah dijalankan oleh Univesriti North Caroline State (1998) untuk meninjau sifat graduan yang di cari oleh pihak industri. Kajian ini mengesahkan CGPA yang tinggi bukan merupakan kriteria keutamaan.Bahkan kursus yang diambil semasa di universiti juga menjadi kurang penting berbanding dengan kriteria kemahiran komunikasi dan sikap bekerja.

Sifat Graduan yang dicari oleh Majikan

1. Kemahiran berkomunikasi (Lisan, tulisan dan mendengar) (Kepentingan 4.7)

2. Sifat kerja ( sikap terhadap kerja, bekerja dalam kumpulan, menepati masa, menyesuaikan diri dengan keperluan kerja, bekerja dalam tekanan, tidak bergantung, boleh bekerja dengan orang dari berbagai-bagai golongan dan latar belakang) (Kepentingan 4.7)

3. Sifat-sifat keprofesionalan (beretika, profesional, berkeyakinan , ringan tulang) ( Kepentingan 4.6)

4. Menggunakan pengetahuan untuk menyelesaikan masalah( berkebolehan menyelesaiakn masalah, kreatif, mengenal pasti masalah, merancang, mengumpulkan maklumat dan idea berkaitan masalah, berkebolehan melihat secara konsep, memahami sistem berorganisasi berinteraksi) (Kepentingan 4.6)

5. Pembangunan profesional (Kemahuan menerima tanggungjawab baru, kebolehan maju dalam pekerjaan, kebolehan belajar sendiri, kemahiran mengurus dan memimpin) (Kepentingan 4.5)

6. Pengetahuan teknikal (Kemahiran menggunakan pengetahuan matematik, kebolehan menggunkan prinsip-prinsip asas sains) (Kepentingan 4.3)

7. Kemahiran komputer asas, memahami teknologi komputer (Kepentingan 4.1)

8. Latar belakang akademik: Kursus-kursus yang diambil (Kepentingan 3.9)

9. CGPA (Kepentingan 3.8)

Walaupun CGPA diletakkan di dalam kelompok kepentingan paling bawah. Para pelajar perlu ingat CGPA yang baik juga diperlukan jika persaingan untuk sesuatu jawatan itu sengit. Ada sesetangah jawatan memerlukan CGPA yang baik terutama yang berkaitan bidang akademik dan juga jika pelajar ingin menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Apa yang diperlukan ialah minat untuk memperbaiki diri perlu ada dan ditingkatkan dari semasa ke semasa.

p/s : Entri ini dededikasikan untuk Yana & Baiti.

Tuesday, January 03, 2006

WiG

THE WIG DAN LETUSAN BOM UDARA


Semalam berkesempatan menonton filem seram "The Wig" di KLCC. Biasalah filem Korea selalunya memberikan psychology thriller untuk memainkan perasaan penonton. Jika terlepas satu babak pun kita akan hilang punca. Keseluruhannya oklah kisah cinta, penolakan, tanggungjawab terhadap adik yang mengidap kanser serta puaka rambut palsu itu. Tidak sangka kekasihnya menolak cinta untuk seorang lelaki yang mengubah penampilan menjadi wanita.

Keluar sahaja dari panggung aku bergegas menuju ke lif. Tingkat 3 ke ground floor. Di sinilah seorang hamba allah telah melepaskan bom udaranya. Nasib baik tidak lama sangat, kena kalau bangunan setinggi 15 tingkat harus semua 'pengsan' di dalam tu. Pekat dan cukup adunan telur busuk. Buatkan aku sakit kepala. Nasib baik tak kena migrain. Nak termuntah pun ada.

Kemudian ke Ampang Park naik train. Carik barang. Jalan kaki ke KLCC semula sebab nak carik teh tarik di kedai mamak dan air suam untuk makan panadol serta ENO. Lega sikit kepala. Tak ada mood nak makan malam. Terus bergegas pulang ke CC pukul 9.30 malam.

Bila kita menyayangi seseorang. Kita tidak perlu mengubahnya mengikut apa yang kita inginkan. Biarkanlah sahaja dia dengan caranya. Kerana memaksanya mengikut apa yang kita mahu hanya akan membuatkan dia tidak selesa dan berdendam. Jiwa kita juga tidak sakit menahan rasa setiap kerenahnya.

Sunday, January 01, 2006

PERMULAAN

PERMULAAN

Bermula dengan lafaz bismillah ... usia bertambah. Harapnya sesuatu yang ditunggu-tunggu akan muncul jua. Sudah terlalu letih menanti. Banyak yang perlu diselesaikan. Ingin cuba membuat perubahan di mana yang terdaya.


PUISI HUJUNG MUSIM

Disember yang ranum
di penghujung tangkai waktu
tempat aku menafsir
kenangan dan pengalaman

Disember adalah kuala
berhimpun air mata dan sengsara
kesedihan dari gunung
nafas hayat yang lara.

Disember sekeping ruang
berkumpulnya persoalan dan jawapan
semusim ditebar duga dan cabar
menguji akal dan iman.

Disember penghujung ceritera
tempat aku bersila
merumus sejarah
buat membentuk
strategi arah.

FIRDHAUS HASSAN
FSSR UITM PERAK
Berita Minggu, Ahad 1 Jan 2006 p:8

Rasanya ada sesutu yang tertinggal di 2005 yang tidak mampu kukendong dan seperti takdirnya begitu, wajarlah ia dilepaskan. Agar hidup aku tidak terlalu terbeban. Musim baru ini bakal membawa cerita baru dari sudut terasing ini.