Saturday, January 31, 2004

SABTU YANG TENANG



Pagi Sabtu sehari sebelum raya Aidiladha. Tidak banyak yang berlaku sejak akhir-akhir ini. Cuma selera makan aku semakin baik. Rasa menyesal tidak memohon cuti. Tapi kalau semua cuti siapa yang nak tinggal dan bekerja. Kalau ada pilihan mestilah nak bercuti, tapi biarlah orang lain yang jauh dan berkeluarga bercuti dahulu nanti akan tiba giliran aku bercuti sakan.

Nak buat apa yer cuti sampai Isnin ini? Bawa beberapa buah buku untuk di baca. Tapi selalunya tinggal tidak tersentuh. Di Cape Coral aktiviti dia makan tidur sahaja tidak lebih tidak kurang. Setiap saat dihayati penuh nikmat di samping orang-orang tersayang. Kalaulah setiap hari adalah hari cuti :)

Man akan pulang beraya petang ini. Banyak yang perlu di bincangkan dengannya. Yana, Kak Yah dan anak-anak balik bersama aku tengahari ini. Februari ini memang mendebarkan. Kadang macam tidak percaya, kadang terpaksa menelan segala apa yang bakal terjadi lantas memandang masa depan dengan lebih yakin. Hidup perlu diteruskan tanpa keajaiban yang bakal tercipta atau mungkin tidak tercipta langsung. Entahlah sukar sekali meramalkan apa yang terjadi.

Semalaman aku cuba menghubungi dia, tidur pun tidak lelap asyik terjaga sahaja. Tapi dia sudah besar, pandailah dia menjaga diri. Namun dia berjaya mencipta kegelisahan hati, ajaib sungguh. Aku bermimpi mendapat sebuah basikal.

sorilah..fon tertinggal dlm kereta. ni baru dia pulangkan. u ok?
31-Jan-2004 08:38:58

Ayat yang kerap aku dapat lewat SMSnya. Manusia yang sukar diduga. Berilah kekuatan untuk aku mempercayai katanya dan bersangka baik *ayat untuk menyedapkan hati*.

OMBAK RINDU

Namamu bergetar di hatiku
seawal dini hari
selewat malam sunyi
hanya memori penawar lara
bila rindu mengusik jiwa

Wajahmu berombak di mataku
di balik cermin di ufuk langit
walau bermusim tidak bersama
kasih ini tetap membara.

Kita rupanya mainan takdir
bertemu hanya untuk berpisah
setelah kita lemas dalam cinta!

Nazirah Muhammed
PUSPA, Johor Bahru
Wanita 2000 p:164.

Friday, January 30, 2004

IBADAT HAJI – BAGAIMANA IA BERMULA …



Berpandukan wahyu Allah s.w.t, Rasullullah s.a.w diperintah supaya menukarkan dua hari raya masyarakat jahiliah iaitu Nairus dan Mahrajan dengan dua hari raya yang lebih baik dan istimewa bagi umat Islam iaitu Aidiladha dan Aidilfitri.

Aidiladha yang bererti Hari Raya Korban atau Hari Raya Haji berlangsung ketika umat Islam sedang mengerjakan ibadat haji di tanah suci Makkah. Aidiladha pernah juga disebut sebagai Aidilakbar iaitu hari raya besar, kerana dianggap lebih besar dan bererti berbanding dengan Hari Raya Puasa.

Sejarah ibadat haji dan korban berlaku dalam zaman Nabi Ibrahim di Palestin. Nabi Ibrahim diperintahkan supaya membawa isterinya Siti Hajar dan anaknya yang masih kecil Ismail menaiki unta berhijrah ke suatu daerah yang tidak di ketahui.

Ada riwayat mengatakan setelah 30 hari 30 malam unta yang ditunggangi Ibrahim bersama isteri dan anaknya berjalan, akhirnya unta pun berhenti di suatu kawasan lembah padang pasir yang kering kontang tanpa penghuni. Tempat itu hari ini dikenali dengan nama Masjidilharam.

Di situlah Nabi Ibrahim diperintahkan supaya meninggalkan isteri dan anak kesayangannya, dan pulang semula seorang diri ke Palestin. Perpisahan yang memilukan hati ini terpaksa dilakukan semata-mata atas dasar ketaatan dan kepatuhan kepada Allah s.w.t, dan merupakan satu pengorbanan suci seorang hamba terhadap Tuhannya.

Setelah bekalan kehabisan , Ismail menangis kelaparan dan kehausan; si ibu berlari-lari dari satu gurun ke gurun yang lain dengan harapan untuk mendapatkan sesuap makanan dan setitik minuman. Perbuatan berlari dan bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain , hari ini dikenali sebagai sa’I di antara Safa dan Marwah.

Setelah berpisah berbelas tahun lamanya, Ibrahim datang semula ke Makkah untuk menemui isteri dan anaknya. Sebelum masuk ke kawasan Makkah, Ibrahim berhenti di suatu kawasan, memerhatikan arah datangnya dahulu, dan mencari-cari jalan masuk ke kota Makkah. Tempat itu dikenali sebagai Padang Arafah, di mana umat Islam melakukan rukun wuquf ketika mengerjakan ibadat haji.

Setelah bertemu semula dengan isteri dan anaknya Ibrahim diperintahkan supaya menyembelih anak kesayangannya itu. Atas dasar ketaatan dan kepatuhan kepada Allah s.w.t, Ibrahim dengan rela ingin melakukannya. Semasa Ibrahim membawa Ismail ke tempat penyembelihan, syaitan dan iblis berusaha berbagai-bagai cara untuk menggagalkannya. Ibrahim melontar syaitan-syaitan itu dengan batu dan perbutan melontar itulah hari ini dikenali sebagai jamrah.

Memandangkan Ibrahim sudah nekad untuk melaksanakan penyembelihan ke atas anaknya Ismail, maka Allah s.w.t menggantikan penyembelihan itu dengan seekor kambing yang besar. Lalu kambing itulah yang dikorbankan oleh Ibrahim. Perbuatan menyembelih kambing yang dilakukan oleh umat Islam hingga ke hari ini dikenali sebagai amalan korban.

Setelah Ismail terselamat dari penyembelihan, tidak berapa lama kemudian Ibrahim diperintahkan supaya meninggikan asas binaan Kaabah yang telah sedia tetapi tertimbus oleh pasir. Setelah kerja-kerja pembinaan semula hampir siap, Nabi Ibrahim mengelilingi binaan Kaabah itu beberapa kali mencari bahagian yang perlu dibaiki dan ditokok tambah. Perbuatan baginda mengelilingi Kaabah itulah dijadikan sebagai rukun haji iaitu tawaf mengelilingi Kaabah.

Semua perlakuan Nabi Ibrahim dijadikan sebagai amalan ibadat haji pada hari ini. Perbuatan menyembelih kambing yang dilakukan oleh baginda tidak dijadikan sebagai salah satu rukun haji, Cuma dijadikan sebagai ibadat umum yang boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja.

Tapi tak tahulah kenapa hari raya Aidiladha tidak disambut meriah di negara kita kecualilah beberapa negeri di pantai timur. Mungkin kita mewarisi dari generasi terdahulu bentuk sambutan yang sebegitu. Kita hanya meneruskannya, atau perlukah kita mengorak langkah mengubah kebiasaan ini? Esok hari Sabtu dan saya masih lagi bekerja. Siapalah yang nak beli daging untuk ibu saya masak rendang?


MEMINUM BENCI

Bancuhkan aku secangkir benci
untukku minum
hilangkan haus
rindu padamu

campurkan gula seperit duri
untukku hirup
menghapus rasa
cinta padamu

aku sudah jemu
pada rindu yang kau hidangkan
pada janji yang kau hamparkan

aku manusia biasa
berpijak di bumi nyata
bukan sekadar bicara kosong
bisa mengenyangkan aku
bisa hilangkan hausku

manusia punya sabar
kadangkala tercalar
kadangkala tercabar
bila sebentar menjadi hambar

berikan aku benci itu
biarku teguk sebagai air jampi
membunuhmu dari ingatan
seumur hidupku.


hairulanuarharun
05082003


Rasa terkesan dan membekas sekali sajak Meminum Benci - Hairul Anuar Harun ini hingga ke tulang hitam ( bak kata Iwan). Saudara Hairul memang terkenal dengan dunia penulisan terutama penulisan lirik. Ingat lagi lagu Cindai – Siti Nurhaliza yang begitu berhantu itu. Terima kasih kerana sudi meninggalkan sajak ini untuk DJW.

Untuk semua selamat hari raya Aidiladha. Kepada sesiapa yang pulang ke kampung memandulah dengan keadaan sedar dan cergas. Kalau terkepung dengan asap jerami padi itu, pandai-pandailah mengelak.

Thursday, January 29, 2004

KERETA : KEHAMPAAN SESUDAH AFTA



Industri automotif negara kita umpama sebiji kek yang dipotong-potong. Negara kita ada 25 juta penduduk dengan empat syarikat kereta nasional iaitu Proton, Perodua, Naza dan Inokom. Keseluruhannya pula ada 15 pemasang dan pengeluar yang mempunyai keupayaan mengeluarkan 720,000 kereta setahun sedangkan pasaran kereta kita setahun sekitar 360,000 unit . Di Malaysia pula tiada peruntukan undang-undang untuk “tukar” kereta setelah lebih 5 tahun. Kesannya banyak kereta “fesyen lama” masih menguasai jalan raya di seluruh negara. Nak tukar kereta mahal harganya, perlu mengorbankan masa sehingga 7 – 10 tahun untuk membayar balik pinjaman bank. Kadang ‘memakan’ sehingga 35% dari jumlah keseluruhan pendapatan bulanan seseorang. Harapkan sesuatu berlaku sesudah AFTA, keadaan bertambah teruk pula. Kenaikan antara RM 1,500 hingga RM20,000. Harga kereta nasional sendiri naik 2 –5%. Tetapi malam tadi dalam Buletin Utama TV3 (28/01/04), Tg Tan Sri Dr. Mahaleel menafikan yang harga Proton akan naik, malah model terbaru keluaran syarikatnya akan diperkenalkan awal Februari ini . Kita tunggulah pengumuman harga semua model kereta di pasaran negara kita sedikit masa lagi. Jadi mahu tidak mahu pakai sahaja apa yang ada. Janji masih dalam keadaan baik sehingga ada sesiapa yang sudi untuk 'menaja' kereta baru. Biarlah kereta melambak di pasaran negara kita, biarlah. Mereka akan tetap kata “Awak tak beli, orang lain akan beli juga.” Apa pula yer kuasa kita sebagai pengguna atau bakal pembeli?

Teringat sajak dari filem “10 Things I Hate About You”.

Suka sangat sajak ini. Bila kita sukar sekali menolak rasa hati kita sendiri. Kadang kita bermatian untuk membenci seseorang. Tapi hakikatnya hati kita enggan melupakan. Cinta dan benci bersatu. Walaupun keduanya seakan dua benda yang terasing tetapi saling berkaitan, saling bertaut.

I hate the way you talk to me,
and the way you cut your hair.
I hate the way you drive my car,
I hate it when you stare.
I hate your big dumb combat boots
and the way you read my mind.
I hate you so much it makes me sick,
it even makes me rhyme.
I hate the way you’re always right,
I hate it when you lie.
I hate it when you make me laugh,
even worse when you make me cry.
I hate it when you’re not around,
and the fact that you didn’t call.
But mostly I hate the way I don’t hate you,
not even close…
not even a little bit…
not even at all.

Nota : Dari Filem 10 Things I hate About You - baca di dalam kelas penuh emosi kalau boleh sambil nangis :), Thanks HanyaSayang ( Azah) di atas kiriman sajak ini.

Ada orang bertanya atau dapat mengesan kegembiraan dalam diri ini. Memang aku gembira, lebih tepat lagi aku memilih untuk gembira. Setiap pagi bila kita memulakan hari baru kita diberi pilihan samada untuk menjalani hari yang seterusnya dengan rasa kesyukuran dan bahagia gembira atau berduka lara. Jadi aku memilih untuk merasai hidup ini dengan kegembiraan dan cuba menciptakan kebahagaian sekurang-kurangnya untuk memuaskan hati aku sendiri.

IDHAM

Jumpa Idham semalam di Masjid Putra, Putrajaya. Sembang dan berkenalan. A Nice person, gambar di blog dia tu gambar kurun ke berapa entah. Dia nampak matang dan lebih tinggi dari aku. Moga persahabatan ini akan berkekalan.



Wednesday, January 28, 2004

MENGUAK PINTU KEJAHATAN?



Tidak berapa sihat semalam. Mungkin sebab silap makan. Takut juga keracunan makanan. Selak akhbar cerita pasal rogol bunuh juga. Apa jadahnya dunia sekarang nih !( baca ikut gaya Edisi Siasat). Perogol Nurul kena 20 tahun, 24 sebatan. Pertuduhan membunuh belum lagi disabitkan. Apapun hukuman tidak dapat menggantikan yang telah pergi, harap boleh menginsafkan kepada mereka yang ‘berhajat’ buat perkara yang sama. Atau hukuman yang sedia ada tidak cukup menggerunkan maka peristiwa sebegini terus berlaku? Mungkin mereka tidak membaca akhbar jadi maklumat tidak sampai. Mungkin juga silap kita sendiri. Eh kita ini bukankah masyarakat bermaklumat “information society” ?.

Saidina Ali pernah berkata “… mungkin saja sebuah perkataan boleh menghilangkan kenikmatan dan mendatangkan seksaan ( bencana).” Kalau kita menulis benda yang tidak betul dan mudarat di tengah masyarakat. Jika kita memahami mitos Greek, segala kejahatan di dunia bermula apabila Pandora tidak tahan digoda oleh suara kejahatan yang datang dari sebuah peti di mana tersimpan segala elemen jahat di dunia. Walaupun, Pandora hanya membuka sedikit sahaja tudung besi itu, tetapi akhirnya segala elemen jahat itu bebas ke dunia dan membawa kesedihan serta kerosakan.

Memanglah tidak salah akhbar dan segala bentuk media melaporkan berita bunuh/rogol/liwat sebagai bentuk pengajaran. Namun kadang elemen “apa” dan “bagaimana” berita itu disampaikan berulang-ulang dan begitu detail sehingga menimbulkan kesan yang kurang selesa. Takut remaja kita lebih terdorong membaca bahan picisan yang memaparkan kisah benar yang sebegitu. Lihat sahajalah penerbitan picisan yang tidak terkawal di pasaran, itu tidak termasuk lagi kesan penyebaran maklumat di internet.

Pintu kejahatan tidak boleh dibuka sama sekali. Jika sekali dibuka , walaupun dikuak sedikit sahaja akan memudahkan anasir dan pengaruh negetif lain menyelinap masuk dengan pantas. Dalam Islam sendiri kita tidak boleh menghampiri zina juga wajib menghindari perbuatan yang boleh menggalakkan ke arah itu.

Entahlah dunia tanpa sempadan semakin menjerumuskan kita kearah negetif jika tiada kawalan. Jadi siapa yang perlu dipertanggungjawabkan dalam hal ini? Tidak lain tidak bukan diri kita sendirilah. Perlu bijak menganalisa sesuatu isu dan menolak bahan yang tidak memberi manfaat .

Tak larat nak buat satu benda, telinga berdengung. Baca buku “E-Government in Malaysia : Improving Responsiveness and Capacity to Serve”, tulisan Muhammad Rais Abdul Karim & Nazariah Mohd Khalid terbitan Pelanduk Publication(2003). Mencakupi segala persoalan E-Government termasuk Cyberlaw. Tapi aku sebenarnya lebih tertarik dengan buku “Net Ready : Strategies for Success in the E-Conomy”, Amir Hartman and John Sifonis ( McGraw-Hill : 2000).

Abang Yim siap warning dan call aku kat ofis “Pergi klinik, makan … bla-bla bla …”.
Apa yang aku dengar kalau tak makan ubat, dia tak mahu belanja nonton wayang lagi. Macamlah aku tak berduit dan tidak dapat menonton wayang kalau dia tak belanja. Ramai sekali orang yang sayang kat aku. Rasa begitu dihargai … Kenal dia baru sebulan tapi macam dah berpuluh tahun kenal. Ada yang berpuluh tahun kenal tapi macam belum pernah jumpa. Aneh sekali, tapi begitulah hakikatnya.

Dapat SMS dari abang Nasir.

Org Suci boleh ke tengok concert separuh bogel?
26-Jan-2004 19:21:35

Nak tergelak concert Mariah Carey 22 Februari ini rupanya. Dia nak belanja ke confused aku.

WHAT A WONDERFUL WORLD - LOUIS ARMSTRONG



I see trees of green, red roses too
I see them bloom for me and you
And I think to myself what a wonderful world.

I see skies of blue and clouds of white
The bright blessed day, the dark sacred night
And I think to myself what a wonderful world.

The colors of the rainbow so pretty in the sky
Are also on the faces of people going by
I see friends shaking hands saying how do you do
They're really saying I love you.

I hear babies crying, I watch them grow
They'll learn much more than I'll never know
And I think to myself what a wonderful world
Yes I think to myself what a wonderful world.

Note : Thanks Ardawalika di atas kiriman lirik lagu ini.



Tuesday, January 27, 2004

SETENANG AIR DI KOLAM



Semalam yang indah, ketenangan abadi. Atau belum ada lagi ribut taufan yang singgah. Sekurang-kurangnya keadaan terkawal. Syukur di atas ketenangan yang Allah berikan. Hati tidak lagi bercelaru dengan persoalan-persoalan yang tidak terjawab. Semuanya dilepaskan dengan rela. Tidak perlu bermasam muka atau berdendam. Pasrah …

Menanti pertengahan Februari dengan sabar. Agar segalanya berjalan dengan baik seperti yang dirancangkan. Ehh ini bukan tentang jodoh atau teman hidup. Bukan yang itu. Ini perkara lain Cuma doakan segalanya berjalan dengan lancar dan seperti yang dijanjikan.


NATASYA



Tasya … sometimes our heart sees what eyes can’t explain .
(KLDSK p:197)

“I always remember Tasya, papa. She always in my mind.”
“Really?”
“Yes papa. Almost every second in my life.”
“That’s love … isn’t it?”
(KLDSK p: 229).

Banyak yang aku pelajari dari Natasya, saudara baru yang mengalami penderaan fizikal dan mental dari perkahwinannya yang tidak bahagia. Nazril yang semakin hanyut dibuai gelora. Baha dipanggang dilemma antara kasihan dan kasih.

Aku juga belajar tentang kandungan dan kehamilan. Tentang toxemia of pregnancy, eclamptic fits( sawan yang menyerang wanita mengandung), sawan beranak, hubungan semasa mengandung. Kelahiran dan kematian Nurul Ain.

200 more pages to go … Kuala Lumpur Dimana Suamiku.


LOVE STORY



Lagu 2 theme song from movie LOVE STORY.
26-Jan-2004 18:58:26

SMS dari Abang Nasir. Engelbert yang nyanyikan lagu tu. Tapi susah ler nak dapatkan lagu tu.

Ada sesiapa yang pernah dengar lagu tu?


Where Do I Begin (Theme From Love Story )


Glen Campbell

Where do I begin to tell the story of how greater love can be
The sweet love story that is older than the sea
The simple truth about the love she brings to me where do I start
With her first hello she gave a meaning to this empty world of mine
There'll never be another love another time
She came into my life and made the living fine she fills my heart
She fills my heart with very special things
With angels songs with wild imagenings
She fills my soul with so much love
Everywhere I go I'm never lonely with her alone it could be only
I reach for her hand it's always there
How long does it last can love we measured by the hours in a day
I have no answers now but this much I can say
I know I'll need her till the stars all got away and she'll be there


Note : Thanks to Jolie sebab kasi tahu judul lagu ni.

Monday, January 26, 2004

BAHAGIA



Hidup sendirian bukanlah teruk sangat. Malah kalau difikirkan lebih bebas dan bahagia. Ada rakan-rakan yang sudah berkahwin juga "merindui" zaman bujang masing-masing. Tapi tiap satunya pasti ada pro and kontra. Jangan yang dah berkahwin berlagak bujang sudahlah. Hujung minggu dihabiskan dengan aktiviti indoor dan membaca. Sampai awal dari CC sebab Yana ada kelas di hujung minggu. Tidak dapat berlamaan di CC seperti selalu.

Semalam sedang asyik 'mengunyah' persoalan hidup Tasya dan Baha dalam Novel Sri Diah "KL Di Mana Suamiku". Abang Yim call dari Mines. Sudah pukul 2.00 rupanya janji nak temankan dia nonton "The Last Samurai". Part Tasya dalam dilemma disebabkan perlakuan suaminya yang mendambakan cinta bekas isterinya dan mengabaikan perasaan Tasya isteri yang sedang mengandungkan anaknya. Rasa puas bila membaca novel dewasa yang sarat dengan ilmu bantu tentang kehidupan alam rumahtangga dan persoalan yang melingkarinya. Tapi tak boleh ulas lagi belum sempat habis baca lagi.

Sampai di Mines dalam pukul 2.25, sempat withdraw duit lagi sebab duit tinggal seringgit sahaja di dalam dompet. Buat aktiviti window shopping serba sedikit. Nampak Abg Yim tak berapa ceria, penat layan tetamu atau letih makan limau mandarin agaknya. "The Last Samurai " start 2.40 pm. Cerita ini memang paling dinantikan dan seperti biasa kepuasannya memang berada di tahap maksimum. Filem epik arahan Ed Zwick ini cukup cemerlang. Lakonan Tom Cruise sebagai Kapten Nathan Algren dengan penghayatan watak amat meyakinkan. Dia kesal terhadap pembunuhan yang dilakukan oleh pihaknya terhadap masyarakat orang Asli Red Indian secara beramai-ramai itu hingga membawanya ke Jepun untuk melatih tentera Jepun menggunakan senjata moden menangani pemberontakan. Sinematografi yang begitu indah dengan adegan peperangan yang kelihatan amat real sekali. Sungguh berkesan sekali bahasa badan Taka ( Kiyoki) dan juga lakonan Ketua Samurai Katsumo( Ken Watanabe). Persoalan pertembungan budaya samurai yang dilupakan dan kemodenan diangkat dalam kanvas kehidupan masyarakat tradisi Jepun yang teguh. Filem yang baik tidak memerlukan banyak kata-kata untuk menggambarkan perasaan. Ada waktu-waktunya air mata bergenang. Aku tengok Abang Yim dah merah mata dia selepas menonton filem ini. Aku tanya "Sedih ker?". Dia angguk dan tak terkata.

Kami tak sempat minum atau dinner bersama . Dia ada hal lain. Aku call Abang Nasir dan ajak dia makan. Janji nak ke Up-Town tapi dia bawak aku ke tempat lain. Tak sedaplah makanan kat Ulu Kelang tu . Tapi bila orang belanja sedap jer.

Hidup aku semakin ceria. Ada mereka-mereka yang sentiasa ada bila aku memerlukannya.

Saturday, January 24, 2004

AMIR EFFENDY, SEORANG ABANG & ...



Simpati sungguh dengan trauma yang ditanggung oleh saudara kita Amir Effendy. Beliau jadi begitu bukanlah setelah menonton filem terbaru Aziz M. Osman "Trauma". Namun Amir telah melihat satu kedahsyatan yang tidak mungkin dapat dilenyapkan dari ruang fikirannya sampai bila-bila. Beliaulah orang yang pertama sekali melihat dan menjumpai adik bongsunya Nurul Huda di pondok kawalan TNB dalam keadaan yang cukup menyayat. Sesiapapun pasti akan trauma dengan kejadian yang menimpa. Malah seluruh negara seperti biasa akan turut bergegar walau tidak berapa lama sebelum itu kejadian yang sama berlaku di tempat lain.

Saya dapat merasai kesakitan yang dialami oleh Amir. Kesakitan jiwa akibat peristiwa itu lebih menghiris dari tusukan seribu mata pedang. Lebih melapah hati dan perasaan di mana lukanya akan terus membekas hingga ke hujung hidup. Menjadi seorang abang kepada 7 adik beradik yang lain memang tanggungjawab yang berat. Saya tahu benar tentang itu. Namun itulah rentak kehidupan, apa yang sudah tercatat di Luh Mahfuz. Moga dia akan tetap tabah kerana adik-adiknya yang lain masih memerlukan perhatian dan kasih sayangnya.

Kadang pening juga memikirkan perkara ini. Menjaga adik perempuan di tahun 2004 dan tahun-tahun mendatang cukup mencabar. Kadang rasa seperti balik semula ke tahun 1904, zaman gadis pingitan, masyarakat tidak terdedah dengan maklumat dihujung jari atau maklumat terpampang di depan mata. Sekarang ini bila kita tutup pintu depan mereka akan keluar melalui "tingkap" lain. Malah lebih jauh menjelajah dunia.

Penat dah memberi syarahan kepada adik perempuan dan anak buah yang lain. Kesian pulak bila kita takutkan mereka dengan kisah-kisah ini. Tidak boleh berbasikal ke kedai hatta di depan rumah itu pun. Segalanya perlu berteman atau keluar dengan kelompok yang ramai. Kalau nak keluar juga bawak adik-adik yang lain keluar ramai-ramai kalau tidak duduk rumah sahaja. Tapi mereka perlu ke kelas tuisyen, sekolah agama dan sekolah biasa. Mencabar sungguh membesarkan mereka di zaman ini. Tidak boleh percaya pada sesiapa lagi kecualilah saudara rapat. Yana sukalah sebab handphone dia akan 24 jam ada kredit. Sebab apa-apa boleh call terus. Kena buat laporan harian kepada keluarga di kampung. Nak ke mana-mana mesti berjemput berhantar.

Inilah cabaran di tahun 2004 agaknya, lebih merapatkan lagi hubungan kekeluargaan melalui peristiwa-peristiwa yang berlaku! Jadi memang selayaknyalah Amir trauma.


Intro

Slowly time is passing somehow I get bye
keeping myself busy
is my sole occupation
I don't know
what I'm doing
but it fills my mind
putting off the moment
when I can't escape you baby.

Alone in the night

me and the memory
somebody set me free
from someone who used to be.
A part of my night
woman please let me go
you said godbye

now here I lie
alone in the night.

It's lucky I got lovin' friends who come around
eatin' drinkin' talkin'
about anything out you love
late night shows in T. V.
when they've all gone home
and then I gotta face it I am dyin' for you baby.

Alone in the Night ...

Lonely days are bad enough but come the night
my heart and I can't fight it

we remember come back we surrender.

Alone in the night
woman please let me go you said goodbye

now here I lied alone in the night.

Alone in the Night ...

(Engelbert Humperdick - Alone In The Night)

Sekarang ini memang suka sangat dengar oldies. Lagu-lagu dia memang jujur dan begitu membekas di hati. Banyak kisah yang terjadi dalam hidup dan alhamdulillah semuanya berakhir dengan baik. Tak perlulah menyakiti hati masing-masing. Semakin bertanggungjawab dengan perasaaan sendiri sebab kita hidup di dunia ini bukanlah lama. Hargailah setiap detik yang berlalu.

Gloria Jean's
Secangkir kopi pahit
Menghirup pilu.

AAK
KLCC 22/1/04 11:50 am

Wednesday, January 21, 2004

KERASUKAN BLOG


Apa akan terjadi agaknya kalau sehari tidak menulis atau tidak menjenguk blog. Tahap kegilaaan ini memang tinggi. Kuasa tarikannya tidak bertepi. Rasa rimas dan gatal tangan saja nak menulis itu ini. Ini disebabkan rasukan blog ker? Musykil sungguh …

Apa yang kita tulis? Tulis apa yang kita tahu. Untuk diri sendiri atau kepuasan semua? Style masing-masing, kita pakai baju pun ikut selera dan kemampuan kita. Kalau nak yang berjenama kena usaha lebih. Jangan tak kena gaya pula.

Berbaloi ker buat semua itu? Ikut niat dan nawaitu masing-masing. Kalau kita tulis tentang “hok hek” pun itu hak kita. Kalau nak tulis tentang semua benda yang terlintas di kepala pun tidak salah. Tiada pantang larang atas semuanya ini.

Orang menulis mungkin ada agendanya yang tersendiri. Mencari kenalan, berkongsi maklumat dan ilmu pengetahuan mungkin sekadar hobi dan mengisi masa lapang. Tapi tetaplah ada tujuannya yang tersendiri. Kalau kita makan nasi pun sebab kita lapar dan kita nak kenyang bukan? Jadi blog juga kadang memberi impak dalam hidup seseorang.

Dulu aku menulis sebab aku tak tahu nak luahkan dengan sesiapa kalau aku ada masalah. Dengan orang tua? Kawan-kawan? Rasa segan pula. Jadi akau menulis itu ini dan ‘hok hek” segala. Aku puas dan released tension.

Bila aku tulis panjang berjela aku puas. Tapi tension tetap ada. Jadi patutkah aku berhenti sahaja? Tension aku bukan sebab aku menulis, tapi apa yang sebenarnya aku cuba tulis. Mungkin juga sebab aku menulis dulu disebabkan “dia”. Rasa tidak ada yang berbaki bila dia sudah tiada. Tapi rasukan dia tetap ada. Aku menulis tentang semua benda.
Aku benar-benar telah kerasukan hingga aku tidak mampu berhenti.

Aku perlu menyemak kembali apa yang aku tulis. Tentang semua perkara dan betulkan semula nawaitu aku ketika menulis ini sebenarnya untuk apa. Aku harus belajar dari situ dan lihat komen-komen yang diberi.

Tapi aku benar-benar telah kerasukan, aku telah pergi terlalu jauh di mana aku tidak boleh berhenti menulis barang sehari. Aku rasa Bloggers dah merasuk aku setiap hari!

*Sebenarnya aku tak mahu menulis apa-apa hari ini*

JEJAK MEDIA



Sebat di khalayak ramai: Hukuman baru ke atas perogol kanak-kanak
Oleh Mohd Azlan Jaafar dan Salina Abdullah


PUTRAJAYA: Hukuman sebat di khalayak ramai ke atas perogol kanak-kanak sehingga menyebabkan kematian mangsa, akan diperkenalkan berikutan meningkatnya kes rogol dan bunuh sejak akhir-akhir ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Rais Yatim (gambar), berkata beliau sendiri akan mengemukakan cadangan itu kepada kerajaan supaya undang-undang baru itu dapat menangani jenayah berkenaan.

Katanya, cadangan baru itu selaras dengan keprihatinan dan perasaan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang mahu hukuman lebih berat dikenakan terhadap pesalah terbabit.

“Saya mengambil kira amaran dan perasaan Perdana Menteri yang khusus menjurus dalam hal ini dan kita akan memberi sepenuh kerjasama untuk meningkatkan aspek perundangan.

“Pihak saya akan mencadangkan hukuman yang berat dan benar-benar boleh diambil kira, misalnya merotan pesalah di khalayak ramai,” katanya diminta mengulas bentuk hukuman serta sentimen masyarakat yang mahu hukuman lebih berat dikenakan terhadap perogol kanak-kanak.

Peningkatan kes rogol membabitkan mangsa berusia bawah 16 tahun membimbangkan ibu bapa dan masyarakat yang mahu hukuman lebih berat dikenakan terhadap pesalah terbabit.

Rais berkata, beliau dan Jabatan Peguam Negara, bahagian undang-undang dan polis serta pihak lain akan memberikan pandangan masing-masing dalam merangka undang-undang lebih berat itu.

"Ini perlu kerana 60 hingga 67 peratus dari kes-kes baru (rogol) membabitkan anak berumur 16 tahun ke bawah," katanya

Beliau berkata, cadangan mengenakan hukuman sebatan di khalayak ramai pernah disuarakannya awal tahun lalu tetapi bantahan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyebabkan cadangan itu terbengkalai.

"InsyAllah saya akan cuba kemukakan kembali cadangan tersebut supaya kali ini masyarakat dan juga kerajaan bersama-sama mewujudkan situasi undang-undang yang diperlukan," katanya.

Rais juga akan cuba meminta Kabinet menimbang dilema undang-undang sedia ada dan pelaksanaan penguatkuasaan selain tugas pendidikan dan media massa dalam menangani isu rogol.

Undang-undang terhadap jenayah rogol yang terkandung dalam Seksyen 367 Kanun Keseksaan dipinda tahun lalu tetapi khusus untuk jenayah sumbang mahram yang mana pesalah boleh dihukum penjara minimum 15 tahun dan maksimum 30 tahun selain 10 sebatan.

Mengenai pandangan sesetengah pihak bahawa undang-undang sedia ada sudah mencukupi, Rais berkata ketika ini pesalah boleh dirotan dan dipenjara sehingga 30 tahun dan jika mangsa mati, mereka boleh dijatuhkan hukuman mati.

"Cuma tinggal merotan di khalayak ramai atau menambah bilangan sebat... sekarang 10 kali... mungkin kita timbang untuk tingkatkan bilangannya kepada 20 dan sebagainya," katanya.

Ditanya sama ada hukuman sebatan di khalayak ramai itu akan dibantah NGO atau negara tertentu, beliau berkata, sekiranya sentimen kebencian kepada jenayah ini diterima, semua pihak harus menerima hukuman yang bakal dilaksanakan.

"Walaupun pihak Barat atau mana-mana pemerhati akan mengatakan Malaysia "Draconian" atau "barbaric", kita akan membuat perhitungan untuk masyarakat kita sendiri," katanya



Tuesday, January 20, 2004

PERNIAGAAN VS URUSAN KEHIDUPAN


Aku amat tertarik sekali dengan artikel yang ditulis oleh Chung Po-Yang, “Reengineering Your Life” ( Asian Business Wisdom from Deals to Dot Coms : A Collection of timeless Success stories from leading CEOs, John Wiley : 2001 pp 41-48).

Antara katanya : “Unlike a company, where one can declare bankruptcy and start over again, we can’t live our lives all over again. How, then, do we get a new start?”.

Beliau mengemukakan konsep kehidupan dengan memberi perbandingan yang wajar tentang dunia perniagaan. Beliau menggunakan konsep ini di mana kehidupan ini juga seperti perniagaan, ada pelanggan, produk, dan perkhidmatan, ada standard kualiti barangan, dan ada juga untung ruginya.

Bila perniagaan menuju kegagalan, ianya boleh di isytiharkan bankrup dan semuanya boleh dimulakan sekali lagi. Tapi kita sebagai individu secara literalnya tidak boleh begitu, perlu melalui “reengineering dari segi mental dan emosi” untuk memastikan pencapaian kualiti perkhidmatan, kebahagian dan keyakinan yang tinggi.

Perancangan perniagaan , yang mengemukakan tindakan jangka panjang dan jangka pendek memberi impak yang proaktif dan sistematik dalam perniagaan. Perkara ini juga boleh diaplikasikan dalam perancangaan hidup kita.

Beliau memberikan definasi perniagaan dalam diri setiap individu itu seperti berikut :
Each of us is an operating entity who has social contracts to provide service to all of the people with whom we come into contact and to receive service from them”.

Banyak perkara penting dalam perniagaan boleh ditafsirkan dan saling berkaitan dengan kehidupan peribadi kita. Pelanggan kita diwakili oleh keluarga kita, kawan dan saudara –mara yang berkaitan. “Corporate Culture “ bersamaan dengan philosophy kehidupan kita sendiri. Produk dan perkhidmatan yang dihasilkan juga boleh disamakan dengan perkhidmatan professional dan personal kita. Manakala “Company Strategic Plan” berkaitan perancangan peribadi kita sendiri.

Dalam perniagaan berbentuk perkhidmatan, rekod kualiti pencapaian perkhidmtan, penyata untung rugi dan ‘balance sheets’ menunjukkan keadaan perniagaan tersebut. Bila kita terjemahkan perkara ini di dalam kehidupan kita: “i rekod kualiti perkhidmatan “ kita membayangkan percapaian yang membanggakan yang kita capai dalam hidup ; “untung dan rugi” boleh juga diukur sebagai tahap kebahagiaan dan ketenangan fikiran kita; dan “balance sheet” mengukur tahap kendiri seseorang. Lantas penulis mewujudkan korelasi dalam dunia perniagaan dan urusan kehidupan kita. Di mana adanya hubungkait diantara kualiti perkhidmatan dengan tahap kebahagiaan kita. Theorem Po Chung mewujudkan "Level of personal quality =Level of personal happiness."

Jadi aku ingin menambah dalam perhubungan kita juga ada nilai perniagaan. Berjumpa dan berkenalan juga dengan insan-insan baru bagai mewujudkan jalinan rangkaian dengan mereka. Kalau sesuai kata sepakat di buat. Dalam perhubungan ini ada untung rugi. Kita tidak akan tahu nasib kita. Segalanya bergantung pada nasib dan kebijaksanaan kita menguruskannya. Setiap perniagaan inginkan keuntungan. Begitu juga halnya dalam perhubungan kita dengan seseorang.

Januari



Berat bebanku
Meninggalkanmu
Separuh nafas jiwaku
Sirna...

Bukan salahmu
Apa dayaku
Mungkin benar cinta sejati
Tak berpihak
Pada kita

Reff:
Kasihku
Sampai disini kisah kita
Jangan tangisi keadaannya
Bukan karena kita berbeda

Dengarkan
Dengarkan lagu.....lagu ini
Melodi rintihan kati ini
Kisah kita berakhir di Januari
Selamat tinggal kisah sejatiku
Wow....pergilah


Lagu/Lirik: Glen Fredly

Januari mengungkap kisah dan membuka mataku tentang sesuatu perkara. Ianya tentang pilihanku dalam hidup dan tekad untuk terus berjalan tanpa memandang masa lalu lagi...Walaupun di setiap penghujung jalan acapkali kutemui "dia" atau insan-insan sepertinya. Hidup ini adalah satu penjelajahan. Tidak mengapa kalau sesekali jatuh dan terluka. Itu tidak apa. Tampilkan diri lebih hebat setiap kali kita bangun. Semua ini memberi makna tersendiri dalam pelayaran hidup kita yang sesingkat ini.


BERKEJARAN



Kau kukejar
Lari menghilang lagi
Lelah sendiri.

AAK
Cyberjaya

Monday, January 19, 2004

SEANDAINYA MASIH ADA CINTA


Dayang Nurfaizah

Usah kau berpura
Di sebalik kata
Kerana ku tahu siapa diriku

Tak perlu merayu
Dengan pujukanmu
Biarkanlah saja semuanya pergi

Cukuplah sekali
Kau menghiris hati
Menghancurkan kasih
Yang telah lama terbina

Seandainya masih
Ada cinta lagi
Lupakan oh sayang
Hasrat dan perasaanmu

Rindu nan membara
Nyala dan membelai jiwa
Tiada berteman
Sepinya berpanjangan


Resah dan gelora
Jadi sahabat derita
Berakhirlah sandiwara
Kisah dusta dan dilema
Pintaku semoga kau sedar
Kesilapanmu

Kini hanya duka
Bersulamkan pasrah
Titis airmata
Tak lagi bererti

Namun di hatiku
Terukir namamu
Menjadi memori
Kekalnya abadi.


Hari ini tiada mood nak menulis apa-apa. Rasa tiada apa yang perlu dicatatkan atau tiada kata-kata yang mampu diluahkan. Otak terlalu penat. Penat memikir itu ini. Kisah pembunuhan adik Nurul Huda begitu membekas. Dunia tidak selamat untuk sesiapa sahaja bergerak bebas. Orang akan kata dah ajal dia macam tu, cuma cara dia diambil mungkin berbeza. Tapi benda itu semua saling berkait dan boleh dielakkan. Makin lama manusia kian bersikap binatang, dunia sudah sakit. Atau orang-orang di dalamnya semakin tidak berperikemanusiaan. Nyawa semakin tidak berharga. Mungkin sebab tiada lagi perasaan belas sesama insan. Cinta dah mati, kemanusiaan terkubur. Bintang pun lebih sayang anak-anak. Kucing jantan pun tak akan terkam anak kucing!

Tengah cari lirik lagu Januari dari Glenn. Tapi tak jumpa. Semalam nak beli kaset dia juga tak ada di PKNS. Yana balik kampung. Aku harus hantar dia kalau nak ke mana-mana. Tak boleh naik bas sorang. Bukan dia takut naik bas. Tapi nanti kami yang risau setengah mati. Dia lepak, senang-senang jer kemana-mana. Tak tahu orang risau ker apa. Keluar ke mana-mana mesti berteman. Siapa lagi escort dia? Aku or my mum and dad ler. Penat? Untuk keselamatan, until dia berumahtangga, barulah kurang sikit tahap kecemasan kami ni. Tapi aku ni bukan ada banyak masa terluang sangat. Walaupun bujang banyak perkara yang perlu perhatian aku gak. Ni kalau ada makwe harus semakin sibuk hahaha.

Entah apa-apa aku tulis hari ini. Otak aku tak dapat mencerna maklumat dengan baik. Banyak benda yang melayang-layang macam kapal UFO dalam kepala aku ini. Semuanya macam tak jelas dan tidak pasti. Maaflah kalau sesiapa yang terbaca catatan aku kali ini atau dua tiga hari yang lalu macam something sikit. Memang tak berapa betul ler, mungkin Merry dah ketuk kepala aku kuat sangat kot masa pergi gathering tempohari.

Rasa nak balik ke apartment jer sambung tidur...



Sunday, January 18, 2004

SUNYI



Dia call aku lagi dengan bersungguh hati. Bercerita tentang 'dia' dan aku mula faham sesuatu. Aku ini hanya persinggahan segala burung-burung yang telah di halau oleh sunyi.

Otak aku lebih sibuk mencerna info gathering semalam. Jumpa Kak Sri Diah dan dapatkan autograph untuk Adik Baiti. Jumpa Azah, EP, Ungku Nor (menang pantun), Mush ( pakaian tercute sebab ada rama-rama 2 ekor). Syati & Ceqtie yang manis bertudung segala. Ceqtie pun cam malu-malu cenggituh. Jumpa Iwan dan sempat tangkap gambo. Masa lain aku sibuk makan kangkung rebus. Makan itu ini sambil sembang-sembang dengan Lara & Merry. Jumpa basrie,Tahrizi, Spyz, Daun, Rudy etc. Ramai lagi yang aku jumpa. Aku kurang vitamin B kot jadi tak ingat sangat nama orang

Jadi dia akan bertunang dan berkahwin hujung tahun ni? Ko withdrawlah .... apalah aku tak berapa dengarlah line tak clear. Ini semua gara-gara dengar lagu kuat-kuat masa memandu, semua lagu jiwang karat pasal ko jugaklah nih ...hehhee ada jer alasan yang aku boleh bagi. Rasa seronok pulak kenakan dia balik

Padahal aku lebih sibuk baca akhbar, aku lebih simpati dengan kanak-kanak malang yang dibunuh dengan kejam, aduhai seusia itu kena liwat dan rogol lagi . Aku harap kalau kau keluar ke KL tu hati-hati sebab 'dia' pun dah busy dengan orang baru dia. Tak payah call akulah, naik komuter jerr kalau nak ke KLCC. Lagi pun tempat tu jer yang selalu ko bawak aku.

Kau kata kau sunyi. Mana perginya semua geng gosip ko tu? Aku dah busy sekarang nih. Padahal aku pun lebih kurang ko jugak. Tapi aku yang sekarang ni akan lebih busy nanti.

Sekarang baru kau tahu tentang sunyi bukan?

Saturday, January 17, 2004

SAHABAT


Amat sukar sekali untuk seseorang mengakui kesilapannya. Sukar kerana ego masing-masing. Walau sedari mula faham benar salah siapa. Tapi dalam hidup ini kalau kita terlalu berkira tentang kesilapan. Kita tidak akan kemana-mana dengannya. Dunia ini terlalu sempit untuk ego manusia yang saban hari kian membesar. Sukar bernafas dengan aman kalau kiri kanan terpancung dengan penyesalan. Aku amat berharap dia makin dewasa di dalam menangani masalahnya sendirian. Aku bukan lagi 'pari-pari' yang akan membetulkan segala kesilapannya. Tidak seperti drama klasik.

2 late 2 feel regret 2 all been said, but i have 2 admit that something is missing in my life, and it's u. forgive me pls.
16-Jan-2004 19:27:10


Doaku saban hari telah dimakbulkan tuhan. Aku berdoa agar dia tahu siapa yang benar. Mungkin matanya dulu telah tertutup dengan kilau kemewahan dunia. Atau tidak mampu menolak keasyikan nikmat dunia yang tidak terbatas. Selamat datang ke alam nyata duhai sahabat. Hidup ini memang terlalu pendik untuk dimusykilkan.

dah tak boleh call ke?
16-Jan-2004 20:28:41


saje nak dengar suara. manalah tau kalau tak dapat bercakap lagi lepas ni. sorilah kalau i kacau u je.
16-Jan-2004 20:41:52


Aku akan terus berjalan dan tidakkan memandang masa lalu itu lagi. Semuanya adalah kenangan buat kita yang telah tercatat di Luh Mahfuz. Tapi aku ini terlalu kerdil untuk menolak takdir Illahi.

Lara Hati

Yang tersisa
Hanya gambarmu
Di meja kamarku
Diiringi dua puisi
Tentang lara hati
Engkau adalah yang terindah
Sepanjang hidupku
Luka meruah
Semua tlah berlalu
Yang tersisa rinai tawamu
di sudut benakku
Seperti kau masih di sini
Larut di pelukku
Prahara menerjang
Kekasihku terhanyut menghilang
Kusemaikan duka
Kau tak pernah kembali

Oh, angin malam
Bawa laguku
Ungkapan rindu menggebu
Ku masih tetap bertahan
Kar'na kenangan

Katon Bagaskara

Friday, January 16, 2004

TENTANG ABAH



Semalam terkejut sungguh bila abah call melalui handphonenya. Dah berbulan kami belikan handphone inilah kali pertama dia call saya. Itu pun setelah tersalah hantar SMS. Ingatkan dia tak berapa expert nak guna hp tu, malah SMS pun dah pandai. Terharu sungguh sebabnya selalu abah akan suruh kengkawan dia sahaja yang call kami kalau ada apa-apa yang berlaku atau lebih tepat lagi kalau dia rindu kat kami semua. Yelah 2 minggu kalau tak balik kampung bersamaan setahun agaknya bagi dia :).

Mak tak menunjukkan minat untuk berhp ni, mungkin leceh agaknya. Takut kalau dia tengah naik motosikal kami call kang menyusahkan mak jerr nak berhenti menjawab panggilan telefon. Lainlah kalau ada teknologi suara yang retrieve no tel kami melalui suara mungkin dia akan berminat.

Saya tak berapa banyak bercakap dengan abah semasa kecil. Saya faham tentang itu kerana bekerja di sawah dan ladang mengerah seluruh tenaganya. Tidak banyak yang tersisa dan sikapnya yang pendiam itu telah disalin dengan baik oleh saya. Ramai yang kata saya banyak mewarisi sikapnya itu.

"Kasih ibu membawa ke syurga, kasih bapa sepanjang hayat". Kasih bapa selalunya tidak terungkap di bibir. Inilah yang saya pelajari dari ayah saya. Allah s.w.t telah berfirman dalam Al-Quran, Surah al-Isra' ayat 23 yang bermaksud: "Jika salah seorang daripada keduanya, atau kedua-duanya sekali ( ibu bapa) sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka( sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan 'uh' dan janganlah engkau menengking mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia( bersopan santun)".

Abdullah Nasih 'Ulwan dalam bukunya Tarbiyyatul Awlad fi al Islam telah menggariskan beberapa kewajipan anak terhadap bapanya. Antara kewajipan tersebut adalah seperti berikut :

1. Mentaati segala arahan bapa kecuali dalam perkara maksiat.
2. Bercakap dengan bapa dengan penuh hormat dan soapn santun.
3.berdiri untuk menghormati mereka ketika mereka datang kepada kita.
4.Mencium tangan bapa di waktu pagi dan petang.
5. Memelihara kemuliaan bapa.
6. Memberikan kepada bapa apa sahaja yang dimintanya.
7.Memperbanyakkan istighfar dan doa kepada mereka.
8.Jangan meninggikan suara kepada mereka.
9. jangan mencelah ketika bapa bercakap.
10 Jangan keluar dari rumah tanpa keizinan mereka.
11. Jangan melebihkan anak sendiri dan isteri daripada mereka.
12. Jangan mendahului mereka ketika menjamah makanan.
13. Jangan menghulurkan kaki ke arah mereka ketika sedang duduk.
14. Jangan berkawan dengan orang yang menderhaka kepada bapa.

Ganjaran di atas layanan kepada bapa dibalas Allah tunai semasa di dunia lagi. Contohny, jika kita mentaati bapa., anak-anak kita pula akan taat kepada kita. sebaliknya jika menderhaka, anak-anak itu akan derhaka kepada kita pula. Jadi sama-samalah kita berbuat baik kepada mereka selamanya. Tanpa mereka kita tidak akan 'hadir' di muka bumi ini. Jumaat datang lagi ...

GATHERING GENG JURNAL



Esok 17hb Januari bersamaan hari Sabtu merupakan perjumpaan tahunan bagi semua GJ. Bertempat di Restoran Nelayan Titiwangsa GJ akan berjumpa dan beramah mesra. Aku insyaallah akan menghadirkan diri kalau tiada aral melintang. Jumpa anda semua di sana yer!.




Thursday, January 15, 2004

SAHABAT MADU & RACUN



Sabtu malam selalunya hari yang membosankan. Ramai kawan-kawan keluar bersuka-ria di club-club atau pergi 'clubbing'. Aku pulak biasanya berada di Cape Coral. Mana kawan-kawan yang biasa dengan aku tahu yang aku tak berclubbing dan memang tak akan pergi kalau diajak. Aku bukan nak tunjuk alim pada mereka tapi aku tak suka suasana bising dan sesak, asap rokok dan gelagat manusia yang begitu-begini. Uncle Botak pun tahu tentang itu jadi kalau dia nak pergi clubbing dia mesti tak akan bawa aku sama. Selalu dia pesan pada kawan-kawan dia yang lain jangan bawak "orang suci". Gelak aku bila dia translate dari perkataan "holy man", tu dah macam bomoh jadinya. Aku lebih suka 'fine dining' sebenarnya, suka sangat.

Namun aku gemar kumpul t'shirt Hard Rock Cafe, bila aku pergi ke mana-mana memang akan beli. Adalah dari Sydney, Melbourne, Baltimore juga Bangkok kecuali KL! Mungkin bila orang lihat macam tu dia fikir aku suka pergi ke club. Masa belajar dulu Univeristi di perbukitan Shah Alam itu banyak menganjurkan kursus kesedaran tentang hal-hal ini. Syukur sebab aku rasa univeristi itu begitu mendidik pelajarnya, bukan menyuap fakta dan teori semata-mata. Atau mungkin sebab pengaruh kawan-kawan aku juga yang tidak merokok dan tidak pergi ke tempat-tempat itu. Jadi mungkin aku ni dilabel sebagai orang yang cukup membosankan tidak boleh ini dan itu. Tapi itulah hakikatnya. Masih mempertahankan 'keterunaan' dalam hal-hal tersebut. Ada yang kata aku hilang salah satu nikmat keseronokan dunia. Tapi hidup bukanhanya untuk berseronok semata. Kalau boleh dielakkan aku akan elakkan.

Ohh hari ini hendak menulis tentang sahabat dan orang-orang yang ada dalam hidup kita. Aku tak ramai kawan, sahabat sejati pun cuma 2 tiga orang. Tapi kenalan, atau orang yang kenal aku memanglah ramai dalam bidang profesion aku. Di luar lingkungan tugas dan memang cuba memperbanyakkan kenalan. Orang kata berkawan biar seribu. Aku memang amat menghargai setiap persahabatan yang terjalin. Memanglah teman atau sahabat itu memainkan peranan yang penting dalam hidup kita. Sebab kita takut hidup kesunyiaan selalunya.

Seorang penulis buku terkenal, Mary Catherwood memberi pendapat bahawa " ada orang yang duduk bertahun di bawah satu bumbung tapi tidak pernah saling 'mengenali' dan ada pula yang seolah sudah kenal bertahun walau baru berjumpa buat pertama kali." Ikatan persahabatan adalah satu hubungan diantara individu dengan individu yang lain yang ada keserasian dan rasa diri dipunyai. Apabila wujudnya keadaan tersebut maka terjalinlah sebuah ikatan yang dinamakan persahabatan.

Tidak bermakna kita berkawan dengan orang itu, kita akan berkongsi segalanya. Masalah peribadi dan keburukan kita tidak akan terserlah. Kita mungkin berkawan dengan disebabkan minat atau faktor pekerjaan semata. Ada peraturan-peraturan tidak tertulis yang perlu dipatuhi. Ada satu lompang kosong yang menjarakkan kita dengan teman biasa.

Namun persahabatan pula adalah berkaitan dengan kehidupan yang ada turun naiknya. Hidup yang ada pasang surutnya ini memerlukan lebih dari seorang teman biasa. Bertindak sebagai 'penangkis' atau 'bantal empuk' saat kita dilada kedukaan. Persahabatan merangkumi kesabaran , persefahaman, kemaafan, senda gurau, tangisan dan juga kegembiraan. Bak kata Honey " masa gembira memanglah semua orang nak kat kita, masa susah?'.Segalanya itu dinikmati bersama-sama. Rasa best sangat bila ada seseorang disaat berduka lara. Namun biasanya saat berduka kita keseorangan tapi bila gembira bagai datang tidak berjemput pula.

Apa yang pasti kita juga perlu bersedia untuk memberi tanpa mengharapkan sebarang balasan. Perlu bersedia untuk memaafkannya mereka bila melakukan kesalahan, juga menilai dan menasihati sahabat kita itu bila perlu. Juga pertahankan mereka bila mereka dicemuh atau disakiti oleh orang lain. ( M & Merry- pantang kalau ada yang sakiti kengkawan mereka) Betapa besar dan beratnya peranan seorang teman ni kan?

Berhati-hati memilih kawan kerana mereka sedikit sebanyak akan membentuk peribadi kita. Namun hargailah persahabatan yang terjalin kerana tidak elok memutuskan tali silaturrahim. Hidup ini adalah satu pelayaran sementara, banyak yang ingin dinikmati dalam ruang waktu yang terbatas. Kita akan memerlukan mereka dan ada waktunya mereka pula akan meminta pertolongan dari kita. Alangkah indahnya hidup jika kita saling bertolak ansur dan cuba saling memahami.

Apapun aku hanyalah insan biasa yang banyak kekurangan dan tegurlah jika berbuat salah. Salam persahabatan buat semua di pagi Khamis yang ceria ini. Senyum ... betul tak Merryhearted?


ADIK



Yana baru call dia ada 'exam' pagi ni, harap dia dapat menjawab soalan dengan baik. Aku masih confused macam manalah aku boleh menonton "Paycheck" di IOI Mall sensorang show pukul 9.45 malam tadi. Tiba-tiba jer tergerak nak ke IOI mall mencari t'shirt putih tapi tak jumpa yang berkenan di hati.

Wednesday, January 14, 2004

TOLSTOY : MERAKAM PENGALAMAN HIDUP DALAM DAIRI!



Pernah baca novel War and Peace (1865-69), karya epik yang agung dari Rusia? Kandungannya bukan sahaja mengenai Rusia, malah merangkumi keseluruhan sejarah kemanusiaan. Novel ini memaparkan sejarah Rusia ketika menghadapi serangan Napoleon dari Peranchis, keadaan Raja Alexander 1, golongan bangsawan, petani dan sebagainya.

Nama sebenar Tolstoy ialah Lev Nikolayevich Tolstoy. Dia dilahirkan pada 9 September 1828 di Yasnaya Polyana, di daerah Tula, Rusia. penulis agung ini juga didedahkan oleh gurunya agar menanamkan tabiat suka membaca dan mencatatkan setiap peristiwa di dalam dairi. Oleh itu saban hari Lev mencatatkan semua pengalaman, pandangan dan perasaannya di dalam diari. Catatan-catatan ini kemudiannya dikembangkan menjadi catatan perkembangan kemanusiaan di Rusia.

Tabiatnya yang suka mencatatkan setiap peristiwa diteruskan walaupun ketika berjuang memimpin pasukan meriam untuk mempertahankan kubu Sevastopol dalam peperangan Crimean. Setelah berjaya dan punya masa terluang dibereknya dia menghasilkan Childhood(1852) novelnya yang pertama. Novel ini menceritakan riwayat hidupnya dalam zaman kanak-kanak. Kemudian dia menulis Boyhood(1854) dan seterusnya Youth(1856). pengalamannya menghadapi pemberontakan di Savastopol, menjelmakan buku Savastopol Sketches yang penuh dengan gambaran-gambaran dahsyat kesengsaraan para askar berjuang menentang pemberontakan.

Karya-karyanya yang lain ialah Cossaks(1863), Anna Karenina (1875-77) dan yang terakhir diterbitkan Hadji Murad (1912).

Dia mati pada 20 Nov. 1910 ketika berusia 82 tahun dalam bilik kecil di sebuah stesen keretapi setelah 3 hari meninggalkan Yasnaya untuk mencari kehidupan bersama rakyat miskin.

Apa yang kita lalui, rasai, penjelajahan dan penerokaan ruang sulit kehidupan jika dicatatkan dalam dairi pasti menyumbangkan sesuatu. Budaya menulis perlu wujud dalam diri kita. Kerana seperti juga Tolstoy kita juga mampu memiliki sebuah dairi!

( Catatan ini ditujukan khas pada Honey dan pembaca lain yang masih belum menulis dairi. Tulislah jika tidak anda akan menyesal!).

HATI KE HATI



Ibnul Qaiyim al Jauzi menyatakan dalam tulisannya bahawa ujian terbesar bagi seseorang ialah tentang cita-citanya. Lebih tinggi cita-cita seseorang, lebih besarlah usaha yang akan dicurahkannya. Beliau sendiri mempunyai cita-cita yang terlalu besar. Beliau ingin menguasai semua bidang ilmu. Oleh sebab itu tidak mustahillah beliau telah habis membaca 20,000 buah buku ketika beliau sedang menuntut. Kegembiraanya tidak terperi apabila beliau mendapat sebuah buku yang baru. Buku itu akan terus dibacanya dari kulit ke kulit!




CATATAN SUNYI SERANGKAP SMS



adakah I terlalu menyeksa hidup u? jwp dgn jujur.
9-Jan-2004 22:00:54



Kau tanyakan soalan itu masa aku mengantuk benar. Lewat benar aku menerima balasan SMS itu. Aku juga keletihan sepertimu setelah seluruh tenaga aku kerahkan seharian di ofis. Kau pun tahu aku ini spesis yang tidur awal . Pantang nampak bantal sahaja. Aneh sekali baru sekarang kau bertanyakan andai aku terseksa? Atau kau sentiasa ingin menduga bahawa aku tidak mampu melupakan segalanya? Mungkin juga kau terlalu dihukum dengan tindakanmu terhadapku dulu. Aku sebenarnya tidak mahu kau tahu bagaimana rasa hati ini. Aku tidak mahu kau tahu tentang itu. Sebab itulah SMS mu tidak aku jawab.

Apa yang pasti hidup aku sentiasa berlangsung dengan aman. Aku mampu menulis dengan lebih kerap dan membaca buku setiap masa terluang. Tidak perlu gaduh-gaduh andai kita ber SMS seperti selalu. Aku punya banyak masa untuk diri aku sendiri.

sekali tak’gaduh’ bila sms boleh tak? Geram tau!
9-Jan-2004 17:11:33



Aku tahu kau geram sebab apa yang aku katakan benar belaka bukan? Kau tidak mahu menerima hakikat sebenar-benarnya. Aku bukan budak kecil yang boleh kau gula-gulakan. Ada banyak kisah yang tak mampu aku luahkan dan biarlah ianya menjadi rahsia. Kepercayaan dan saling menghormati itu amat perlu dalam perhubungan. Kejujuran juga penting, andai segalanya tiada . Maka tiada apa yang tinggal …Jadi kau tanya aku adakah kau terlalu menyiksa aku?

Sejujurnya aku amat berterima kasih di atas kehadiranmu. Ada saat indah yang tidak mungkin dapat dilupakan, juga waktu-waktu yang menuntut seribu kesabaran. Cuma aku sedikit kesal aku tidak berpeluang mengenalimu dengan lebih rapat lagi. Kau tidak memberikan peluang itu setelah dia hadir dalam hidup mu. Itu yang setepatnya. Engkau pula tidak mahu memahami aku. Kalaulah ...

Kau tidak pernah menyiksa hidup aku. Malah aku amat menghargai segalanya. Aku bertuah mengenalimu dan berharap kau juga tidak menyesal mengenaliku. Aku akan sentiasa mendoakan kebahagianmu dan tidak sezarahpun mendendamimu.

Kita memang ditakdirkan untuk bertemu. Kerana setiap pertemuan itu pasti akan mendewasakan kita dengan pengalaman hidup. Aku harap kau akan sentiasa tahu yang aku akan mengingatimu sebagai seorang sahabat yang paling aku ingati. Cuma walaupun ianya tidak berakhir dengan baik. Seperti kisah –kisah dongeng klasik. Tuhan tetap menemukan kita. Cuma kita tidak berdaya menolak apa yang berlaku selepas itu. Walau aku telah mencuba sedayanya.


I M SORRY ..
11-Jan-2004 22:24:47



Kata-kata keramat ini akhirnya terucap juga. Lewat SMS darimu di malam Isnin yang damai. Bagai satu kemenangan mutlak padaku. Akhirnya kau percaya tentang sesuatu. Aku harap kau belajar darinya. Sayangilah seseorang yang menyayangimu kerana hatinya yang tulus ikhlas. Bukan kerana kehebatannya yang terserlah disebalik senyum manis. Itu semua hanyalah “kulit”. . Aku juga meminta maaf di atas segalanya. Namun maafkan aku jika hati ini masih enggan mengakui hakikat itu!


AKU DAN KAUM KERABAT



Call man di JB malam tadi. Dia sakit tonsil di tekaknya, ada nanah dan perlu disedut keluar segala nanah itu. Moga segalanya akan berakhir dengan baik. Dia ni asyik demam sahaja. Mungkin terlalu tension kerja di bank.

Juga call Yana dan suruh aku ambil dia hari Khamis petang. Dia nak balik kampong. Aku hantar dia balik ke rumah Kak Yah dulu di Banting. Ahad pagi baru balik Cape Coral.

Salam selamat pagi dari Abang Yim :

Salam Han dan selamat pagi. selamat bertugas, Jangan leka lak. Buatlah yang sebaik mungkin, jangan sekadar buat2 jer
14-Jan-2004 09:01:54



Macam tahu-tahu jer yang aku kerap beronline segala. Habis dah kerja mengadap PC kenalah "merayau" kalau tak mati hijau aku dibuatnya. Apapun terima kasih Abang Yim diatas ingatan itu. Ada juga sahabat yang ingin mengingatkan aku tentang itu.




Tuesday, January 13, 2004

PENDERITAAN & PENGALAMAN HIDUP DALAM KARYA PEMENANG HADIAH NOBEL SASTERA



Entah secara kebetulan atau mungkin disengajakan penulis-penulis yang memenangi Hadiah Nobel Sastera kebanyakkannya mengalami trauma yang cukup hebat. Mereka tidak terlepas dengan sunyi dan penderitaan hidup. Mungkin pengalaman-pengalaman ini jika ditangani dengan waras mampu menghasilkan karya yang cukup hebat. Jika benarlah begitu, kehidupan kita di Malaysia mungkin tidak cukup menarik hingga penderitaan yang dialami, yang dijalin dalam novel zaman sebelum dan selepas perang tidak mampu memenangi hadiah tersebut.

Gao Xiangjian dari China (2000) ,Yasunari Kawabata (Jepun-1968) dan V.S Naipaul(India-2001) merupakan contoh yang tepat . Kedua penulis Gao & Naipaul pernah saya bincangkan karya beliau di DJW. Jadi kali ini biarlah saya memfokuskan kepada Yasunari Kawabata.

Kawabata (1899-1972) dilahirkan di Osaka,sebenarnya menjadi yatim piatu pada usia tiga tahun dan tinggal bersama neneknya selama 4 tahun. Kawabata kemudian hidup bersama seorang saudaranya. Di situlah dia mulai belajar tentang kesepian dan kesunyian. Dan kematian dalam keluarganya meninggalkan trauma yang dalam . Masa kanak-kanak yang dipenuhi drama kematian keluarganya itu begitu membekas di hati. Trauma itu begitu sulit dihilangkan. Namun trauma itulah yang memberikan perisa berkesan dan nilai yang tinggi dalam tulisan-tulisannya.

Dia memulakan pengajian kesusasteraannya di Tokyo University Imperial pada tahun 1920 dan tamat pengajiannya pad atahun 1924. Mencari dan mengagumi keindahan menjadi tema yang menguasai karya-karya Kawabata. Keindahan bagi Kawabata tidak semestinya mutlak; keindahan itu dimanifestasikan kepada gadis mentah dan suci atau kepada cinta wanita seperti yang digambarkan dalam novel Izu No Odoriko( Penari Izu) yang menjulang namanya. Novel ini mengisahkan percintaan seorang pelajar sekolah yang melawat Semenanjung Izu dan bertemu dengan seorang penari dan dia kembali ke Tokyo dengan semangat baru. Ceritanya memang sensual dan menggambarkan pengalaman Kawabata sendiri. Apa yang menarik beliau tidak takut mengangkat masalah seks dalam budaya masyarakat tradisional Jepun. Tulisannya mengangkat sebuah realiti sosial yang dipadu dengan unsur surealisme.

Dalam Snow Country and Thousand Cranes, Kawabata terus menceritakan tentang keindahan desa dan pergunungan Jepun dan ia digambarkan melalui percintaan seorang geisha muda.Pembaca pasti terpesona dan terharu membaca novel ini dan dapat membayangkan seperti Kawabata sendiri wujud dan mengalami kisah-kisah yang dipaparkan.

In the depths of the mirror the evening landscape moved by, the mirror and the reflected figures like motion pictures superimposed one on the other. The figures and the background were unrelated, and yet the figures, transparent and intangible, and the background, dim in the gathering darkness, melted into a sort of symbolic world not of this world. Particularly when a light out in the mountains shone in the center of the girl's face, Shimamura felt his chest rise at the inexpressible beauty of it." ( dari The Snow Country)

Dalam Yama No Oto ( The Sound of Mountain), Kawabata secara halus memperlihatkan kefahaman tentang sifat manusia dan perhubungannya yang mungkin dapat dicapai.Tugas berat ini dilaksanakan dengan semangat kemelut akibat kekalahan Jepun dalam Perang Dunia Kedua.

Karya Kawabata tidak sahaja melankolik tetapi mengabungkan secara harmonis tradisi budaya dan kemodenan Jepun. Beliau menjadi warga Jepun pertama memenangi Hadiah Nobel pada tahun 1968. Manakala Kenzaburo Oe ( 1935- )memenanginya semula pada tahun 1994. Akademi Kesusasteraan Sweden mengatakan Hadiah Nobel Sastera diberikan pada Kawabata,” atas kemahirannya dalam mengarang dengan kepekaan yang besar mengungkapkan tradisi dan inti nurani pemikiran masyarakat Jepun.”

Anugerah ini memang ternyata menjulang nama beliau tapi menyulitkan beliau untuk berkarya. Media massa terlalu mengagungkan tokoh ini sehinggalah kehidupannya berakhir dengan tragis. Kesepian mula mempotretkan diri Kawabata. Setelah rakan akrabnya, Yukio Mishima, seorang novelis tersohor Jepun membunuh diri pada tahun 1970, dia benar-benar rasa kehilangan dan menyusul 2 tahun selepas itu. Dia juga membunuh diri secara menghirup gas beracun. Alasanya dia berasa malu mendapat hadiah tertinggi sastera, pada hal dia sendiri tidak mampu lagi berkarya. Mungkin di sebabkan pujian yang melangit dan hidupnya terlalu di buru bayang-bayang sendiri!


Karya-karya Yasunari Kawabata
· JUROKUSAI NO NIKKI, 1925
· IZU NO ODORIKO, 1926 - The Izu Dancer
· KANJO SOSHOKU, 1926
· ASAKUSA KURENAIDAN, 1930
· KIN JU, 1933 - Of Birds and Beasts
· HANA NO WARUTSU, 1940
· JUROKUSAI NO NIKKI, 1948
· YUKIGUNI, 1948 - Snow Country - Lumen maa - film 1957, dir. by Shiro Toyoda
· HOKURO NO TEGAMI, 1950 - Luomi
· MAIHIME, 1951
· SEMBARAZU, 1949-52 - Thousand Cranes - Tuhat kurkea
· HI MO STUKI MO, 1953
· YAMA NO OTO, 1949-54 - The Sound of the Mountain - Vuoren jyly
· MIZUUMI, 1954 - The Lake
· TOKYO NO HITO, 1955
· NIJI IKUTABI, 1955
· ONNA DE ARU KOTO, 1957
· KAZE NO ARU MICHI, 1959
· NEMURERU BIJO, 1961 - House of Sleeping Beauties and Other Stories
· KOTO, 1961-62 - Kioto
· KAWA NO ARU SHITAMACHI NO HANASHI, 1962
· KATAUDE, 1964 - One Arm
· UTSUKUSHISA TO KANASHIMI TO, 1965 - Beauty and Sadness
· RAKKA RYUSUI, 1966
· GEKKA NO MON, 1967
· UTSUKUSHII NIHON NO WATAKUSHI, 1969 - Japan the Beautiful and Myself
· BI NO SONZAI HAKKEN, 1969 - The Existence and Discovery of Beauty
· TENOHIRA HO SHOSETSU, 1971 - Kämmenenkokoisia tarinoita
· The Master of Go, 1972
· The Old Capital, 1987
· Palm-of-the-Hand Stories, 1988 (trans. by Lane Dunlop and J. Martin Holman)


IJO & NING



Ijo telah mendapat teman! Ning dibeli semalam juga di Dengkil. Mereka berdua masih malu-malu, tapi biasalah bila orang tak ada mereka tetap aktif. Apa yang pasti saya perlu memperuntukkan sedikit masa untuk mereka setiap hari. Jadi adalah alasan untuk saya balik awal ke rumah. Kalau ada rezeki nanti nak juga mendapatkan spesies-spesies kura-kura yang lebih esotik dan berharga mahal itu. Rasa tidak susah membelanya macam lebih senang dari membela ikan pulak.


Monday, January 12, 2004

GAO XINGJIAN : “MENGARANG MENGHILANGKAN PENDERITAAN SAYA …”



“Would it be better to go along the main road? It will take longer traveling by the main road? After making some detours you will understand in your heart? Once you understand in your heart you will find it as soon as you look for it? The important thing is to be sincere of heart? If your heart is sincere then your wish will be granted?”

Gao Xingjian ( baca gow shing-jen) adalah seorang novelis, pengkritik, sutradara, pelukis juga seorang penulis China yang hidup dalam “buangan”. Dilahirkan pada 4 Januari 1940 di Ganzhou ( daerah Jiangxi) di China dan kini menetap di Paris, Peranchis.

Gao memenangi Hadiah Nobel Kesusasteraan pada tahun 2000. Beliau merupakan penulis China pertama yang memenangi hadiah itu dalam tempoh 100 tahun sejarah Hadiah Novel. Beliau dipuji diatas keaslian bahasanya dan pandangan-pandangannya terhadap perjuangan bagi individu dalam budaya masyarakat. Akademi Sweden yang menganugerahkannya kemenangan itu mengulas “ … for an oeuvre of universal validity, bitter insights and linguistic ingenuity, which has opened new paths for Chinese novel and drama.” Kebolehan kepengarangan Gao telah dipupuk sedari kecil. Seawal usia 8 tahun , Gao rajin menulis buku harian. Ia mengatakan menulis atau mengarang mampu menghilangkan kesakitan , baik secara fizikal mahupun emosional.

Memang terlalu mencabar liku getir perjalanan hidup Gao. Menulis “kisah benar” di China bukanlah sesuatu pekerjaan yang mudah. Beliau terpaksa melarikan diri ke Peranchis pada tahun 1988 dan puluhan karya yang belum diterbitkan terpaksa dibakar. Karya-karya itu ditulis secara sembunyi –sembunyi selama berlangsungnya Revolusi Kebudayaan pada zaman kekuasaan MaoTse-Tung dari tahun 1966 hingga 1976. Pada 1987 sebuah karya dramanya dilarang dipentaskan dan beliau terpaksa melarikan diri. Beliau terpaksa menempuh 10 bulan mengharungi desa-desa di pendalaman China sebelum sampai ke Paris.

Karya Gao berjudul Fugitives ( orang-orang buruan ) merupakan sebuah drama yang ditulis berdasarkan kejadian peristiwa berdarah di Medan Tiananmen , Beijing pada tahun 1989. Gao telah bergabung dengan pembangkang China di seberang laut. Fugitives menceritakan kisah pembunuhan berdarah di Medan Tiannanmen yang menyebabkan pemerintah China mengisytiharkan Gao sebagai “pesona non grata” dan semua karyanya diharamkan.

Gao memasukkan pelbagai teknik penulisan di dalam penghasilan karyanya. “Ketahuilah bahawa saya hanya berkata pada diri sendiri untuk mengurangi kesepian. Kesepian ini merupakan sesuatu yang tidak mampu disembuhkan. Saya berbicara kepada diri sendiri yang menjadi teman bicara”.

Kata-katanya yang paling saya ingati ialah : “Mengarang mengilangkan penderitaan saya. Kalau kita menggunakan kata-kata, kita mampu menjaga otak kita supaya tetap hidup. Menulis adalah cara saya mengukuhkan kewujudan saya,” komen Gao.

Namun hidup Gao memang disulami dengan kekejaman dan penderitaan yang tidak berpenghujung sehinggalah dia menetap di Paris. “Bagi saya, menulis ialah persoalan hidup dan mati. Di China, saya tidak mampu percaya kepada sesiapa pun, walaupun keluarga sendiri. Suasananya sudah begitu diracuni, orang-orang sudah begitu ‘dicuci’ otaknya sehingga ahli keluarga kita pun boleh membahayakan kita”. Katanya, dia tidak punya hubungan dengan sesiapa pun di China. “Saya sudah memutuskan semua hubungan sehingga saya dapat berekspresi secara bebas tanpa membahayakan keluarga saya dan orang-orang yang dekat dengan saya,” katanya lagi.

Dalam Soul Mountain (2000) terbitan Harper Collins dan novel setebal 528 muka surat ini telah dialihbahasakan ke bahasa Inggeris oleh Mabel Lee., muncul satu keunikan kerana ‘narrator’ dalam bukunya mengkritik penulis. ‘Orang” itu berkata kepada Gao: “Anda hanya mengabungkan catatan perjalanan, perasaan, pesan moral, kutipan, diskusi yang tidak berteori, kisah mirip fable, menciplak lagu-lagu daerah, menambahkan beberapa legenda. Itu nampak sebagai sesuatu yang tidak bererti, namun anda milikinya dan lantas disebut sebagai fiksi.”

Soul Mountain merupakan karya Gao yang paling diingati. Merakam sebuah kisah perjalanan, dengan deskripsi daerah di desa-desa, cerita cinta, memasukkan dongeng rakyat dan sejarah. Tema pokok novel Soul Mountain berdasarkan dua peristiwa yang berlaku dalam hidup Gao sendiri. Pertama, pengalamannya menjadi sasaran kecaman ketika Revolusi Kebudayaan dan keduanya , pengalamannya didiagnosis secara keliru sebagai pengidap kanser paru-paru. Pengalaman-pengalaman ini memang menghantui hidup Gao. Selama 6 minggu ketika dia di’kelirukan’ sebagai pengidap kanser paru-paru, Gao mengeluarkan kembali segala peristiwa yang dilalui dalam hidupnya, lantas dijelmakan melalui Soul Mountain.

Membaca novel ini seperti juga menhayati kehidupan Gao sendiri melalui watak-watak yang dijelmakannya. Watak “Aku” ialah sang pengarang yang melarikan diri dari ibu kota dan melakukan kajian tentang masyarakat di pinggiran Han. “Aku’ mengunjungi banyak dusun di pendalaman, kawasan lindungan hutan, biara dan kuil-kuil terpencil, menyaksikan kehidupan puak kuno serta praktik-praktik pendukunan. Terselit dalam banyak bab-bab ‘Aku’diisi percakapan, dialog, nyanyian rakyat; dan si ‘Aku’ mengamati bagaimana naluri-naluri primitif ditindas serta betapa upaya-upaya selama Revolusi Kebudayaan untuk menghapuskan amalan-amalan seumpama itu.

Karya-karya Gao yang lain ialah :

1. “The Other Shore ( 1996) : Plays by Gao Xingjian( Translated into English by Gilbert C. F. Fong)
2. “Between Life and Death (1991)
3. “Weekend Quartet( 1995)
4. “One Man’s Bible A novel ( 2002)
5. “Ink Paintings by Gao Xingjian: The Nobel Prize Winner. (2002).


Siapa tahu pengalaman hidup kita kalau diungkapkan penuh disiplin mampu menghasilkan satu kerja seni yang tinggi nilainya. Penderitaan hidup jika “ditulis semula secara jujur “ memungkinkan kita keluar dari belenggu penindasan. Cuma Gao lebih bertuah dari kita semua kerana selain penulis yang kaya dengan pengalaman hidup, dia juga menang Hadiah Nobel!.

NICOLE KIDMAN JUGA BERJURNAL!



"Saya suka menyimpan jurnal, dengan cara ini saya sentiasa menulis. Itulah cara saya mengekspresikan diri. Saya sering terbayangkan macam-macam benda-ada yang buruk dan ada yang gila - ini semua akan saya tulis di dalam jurnal saya. Saya masih menyimpan kesemuanya yang saya tulis semenjak usia saya lapan tahun. Saya juga gemar duduk sendirian di dalam bilik. Ini membuatkan kedua-dua ibu bapa saya risau malah ibu pernah mengaku kepada saya bahawa dia pernah membaca jurnal-jurnal saya. Mulanya saya terkejut tetapi setelah menjadi ibu, saya faham motif di sebalik tindakan ibu saya ", kata Nicole ( Pancaindera, Mingguan Malaysia, Ahad 11 Jan.2004 p.18)

Nicole juga membaca buku/novel ini :

1. Life of Pi by Yann Martel , Harcourt (2002 pp 336).
2. A Venetian Affair by Andrea Di Robilant, Knopf (2003 pp 313)


BALADA DALAM SERANGKAP SMS



I M SORRY ..
11-Jan-2004 22:24:47

Akhirnya dia mengerti. Tapi hati masih enggan mengakui ...

Life can give you a hundred reason to cry,but you can give life a thousand reasons 2 SMILE!
11-Jan-2004 23:36:51

Adik Baiti yang nakal, harap telinga dia dah sembuh.

NICE Friends are hard to fish ... I'm glad I caught You ... so better stay Nice or else i'll FRY You!
10-Jan-2004 19:28:15

Alamak takut nanti kena goreng cicah dengan sambal belacan!


AHLI BARU



Semalam petang ke Dengkil. Pergi membeli suratkhabar dan ke kedai Akuarium. Seronok dengar Adik Baiti dengan Pippin dia jadi cuba-cuba untuk memelihara kura-kura hijau. Belilah seekor dulu harganya RM 9.80 sebesar duit 50 sen tu. Kura-kura tu penyegan. Aku masukkan dalam akuarium kecil bersebelahan Geng Puyu From TK seramai 4 ekor tuu. Makanan kura-kura ni pun macam jimat. So tengah terfikir nak bagi nama apa samada "Merry" atau "Ijo" tak tahu pulak jantina dia. So buat masa ni panggil "adik" jer boleh?

Abang Yim kata "Dahlah tuan dia kesunyian, tak baik beli seekor nanti kura-kura tu pun mati keras sebab rindukan kengkawan dia." Yolah nantilah aku beli seekor lagi buat peneman.

Sunday, January 11, 2004

ORANG KESUNYIAN PENDEK UMURNYA?



Tertarik dengan Info Sihat dari majalah Minda ( Mac 2003 p:86) ;

"Ahli psikologi mendakwa bahawa orang yang suka hidup sendirian dan tidak mempunyai ramai kawan, lebih pendek jangka hayatnya berbanding dengan seseorang yang mempunyai kehidupan sosial yang baik. Pengkaji telah membuat kajian ke atas 25,000 orang yang berumur lingkungan pertengahan selama 6 tahun. Mereka mendapati bahawa terdapat beberapa faktor yang menyebabkan seseorang itu jangka hayatnya pendek. Antaranya tidak terlibat dalam mana-mana organisasi dan kurang bergaul dengan masyarakat. Jika masih bujang ( ehem ehem), carilah pasangan dan berkahwin kerana faktor tersebut dikatakan penyebab sampingan yang mengakibatkan anda tidak dapat mengecap kenikmatan dunia dalam tempoh jangka masa yang lama."

Ada logiknya juga kenyataan tersebut walaupun boleh diperdebatkan lagi. Memanglah kesunyian selalunya membuatkan kehidupan kita menjadi tidak stabil emosinya. Hidup saya sendiri tidaklah sunyi. Kerja membuatkan minda kita sentiasa aktif . Bila kita sentiasa menggunakan otak untuk berfikir kita akan menjadi lebih sihat. Ramai orang bujang yang menyibukkan diri dengan aktiviti sosial. Badan-badan kebajikan banyak yang memerlukan sukarelawan. Ada yang mengikuti aktiviti MERCY, menjadi sukarelawan di rumah orang-orang tua dan sebagainya. Semua ini untuk mengisi masa lapang yang terluang secara berfaedah.

Mesti ramai yang nak tahu bagaimana saya mengisi masa lapang? Saya tak punya banyak masa lapang sebenarnya. Banyak masa saya habiskan di ofis. Membaca dan menulis di DJW juga sudah menjadi rutin harian yang harus di isi setiap hari. Disiplin dalam penulisan ini juga menuntut ruang masa yang bukan sedikit sebenarnya. Namun kepuasannya tidak terhingga. Saya suka membaca tentang hidup, falsafah dan apa juga perkara baru yang ada. Isu-isu sosial yang berlaku juga tidak terlepas dari pandangan.

Hujung minggu pulang ke Cape Coral bersama Yana menjadi rutin wajib jika tidak bekerja di hari Sabtu. Saya dapat melupakan banyak "keresahan hati" ketika melihat ibu bapa di kampong. Merekalah sebenarnya yang banyak memberikan kekuatan dan semangat dalam saya mengharungi hidup. Menjadi sumber inspirasi saya di samping bermanjaan dan berbual tentang kisah lalu mereka. Menjadi abang kepada Yana, Man & Julie juga agak "memenatkan". Tapi kepada siapa lagi yang perlu dicurahkan kasih sayang kalau bukan kepada mereka.

Saya jarang keluar dengan kawan seusia atau yang lebih muda dari saya. Kebanyakkanya lebih tua dari saya. jalan dengan "pak cik- pak cik" ini juga menyeronokkan. Mereka lebih memahami saya dan tidak kedekut ilmu.Tanyalah apa sahaja, mereka tidak lokek untuk menurunkan tips-tips berdasarkan "tacit knowledge" mereka. Cuma biasalah mereka ini juga sibuk dengan urusan keluarga dan pekerjaan mereka. Kadang berminggu kena buat temujanji walau sekadar untuk minum teh di gerai depan Utusan Melayu Jalan Chan Saw Lin!

Saya tahu kepada siapa perlu saya salurkan segala kesepian ini. Tugas, keluarga, kawan sudah cukup mengisi masa terluang. Saya juga berjumpa ramai kenalan baru melalui GJ. Mereka juga kawan-kawan yang hebat. Prihatin dan saling ingat mengingati. Saya tidak membenarkan kesunyian itu menjajah minda saya lagi. Banyak perkara yang saya terlepas dan saya perlu mengejarnya semula supaya saya tidak menyesal. Saya perlu mengecap nikmat hidup ini secukupnya. Masa lalu adalah kisah lama yang telah ditutup. Harap saya tidak terlalu tua untuk belajar banyak benda baru.

Do You Believe in Loneliness
Marc Anthony

I used to try
To set aside
Some Time for being lonely

So many times
I prayed to find
Someone like you to hold me

All I know is that when I think of you
I'm not alone
I just simply close me eyes
And sing my song
And I am home
Loving where I belong

[Chrous:]
Do you believe in loneliness
I do now that's where I found you and I'll never let you go
When all I knew was onlyness
There you were
With you around
Who's lonely now

I feared the night
But now it's mine
'Cause something's out there for me

Let's take our time
I'm satisfied
With having you to own me

All I know is that when I think of you I'm not alone
I just simply close my eyes
And sing my song
And I am home
Loving where I belong

Note : Lagu banyak menceritakan tentang kehidupan. Lirik yang baik dapat merakamkan "kisah" dengan baik. Setiap lagu bagai ada kisah yang ingin diceritakan. Kadang bagai menikmati sebuah cerita hidup atau novel dalam bait-bait kata yang ringkas dan padat.

Saturday, January 10, 2004

TENTANG SESEORANG



Hari itu dia menyapa saya lagi di YM tapi saya diam sahaja. Dia di Hong Kong, setahu saya tiada kenalan di Hong Kong. Rupanya dia bertugas di KL, orang Malaysia tetapi tuntutan tugas memaksanya kerap ke luar negara. Kami bersembang agak lama dan akhirnya dia mengatakan yang dia orang Cina. Kenapa gunakan nama Melayu? Dia jawab nanti orang Melayu tak berapa layan dia sebab tahu dia Cina. Dia suka berkawan dengan orang Melayu katanya lagi. Dia tanya saya , “Han ramai ker kawan dari bangsa Cina.?” Saya teragak-agak menjawabnya. Kebanyakkannya atas urusan kerja. Ya bekerja di universiti mestilah yang melibatkan urusan pekerjaan, dikelilingi majoritinya orang Cina. Pensyarah mahupun pelajarnya.

Dia soal lagi, “Selama ini takder kawan rapat dengan bangsa lain ker?” Mungkin dia dapat menangkap apa yang saya bayangkan difikiran. Maksud dia kawan baik dari bangsa asing ada ker? Saya berkawan baik dengan Joe di Sydney dan beberapa orang lain yang saya kenali. Saya harus akui padanya yang saya tiada kawan baik dari bangsa Cina. Entah kenapa saya rasa sedikit bersalah, malu lebih tepat. Tinggal di Malaysia tapi ke Chinese Garden di Sydney untuk mengetahui budaya orang Cina. Joe pun ketawa dan katanya semua ini ada di Malaysia. Terkedu …

Jangan salahkan saya. Sistem persekolahan kita juga terasing. Sekolah kebangsaan dan jenis kebangsaan terpisah. Bila masanya ingin kenal mengenali mereka. Belajar di IPT dulu pun semuanya sebangsa. Jadi jurang itu kian melebar. Saya bertemu mereka ini hanya ketika bekerja dan hanya di situlah, di ofis atas urusan kerja juga. Umur dah 30an bila masanya nak bersosial dengan mereka ini semua. Kita ke kedai mereka, membeli barangan dengan mereka tapi hanya setakat itu. Segalannya nampak formal.

Saya tidak mengenali mereka dengan lebih rapat sebagai rakan karib. Merayakan perayaan bersama, di jemput ke rumah mereka makan malam atau lepak menonton TV bersama juga tidak pernah. Segalanya begitu formal dan atas urusan rasmi. Jadi bagaimana mereka ingin mengenali kita dan kita memahami mereka? Akhirnya saya menyedari yang selama 30 tahun ini saya tidak ada pun seorang rakan karib dari bangsa Cina. Aneh bukan? Tapi begitulah hakikatnya hidup di negara kita ini.

Minggu pertama 2004 ketika saya beratur panjang di Mines untuk menonton LOTR. Dia menelefon saya. Beratus orang menanti giliran mendapatkan tiket. Saya tidak menempah tiket terlebih dahulu. Dia mengofferkan diri meneman saya menonton LOTR di IOI Mall. Itulah kali pertama kami bertemu. Muka dia 90 % berwajah Melayu siap misai. Selalunya jarang orang Cina nak bermisai. Katanya ada waktunya pada hari Jumaat dia memakai baju Melayu. Aku gelak sahaja tapi dia kata , kita kan orang Malaysia. Terasa persahabatan ini sesuatu yang murni. Selalu dia mengingatkan diri saya tentang solat dan sebagainya. Aneh sekali seorang non-muslim begitu perihatin tentang solat saya bila kami keluar bersama.

Terima kasih Abang Yim di atas persahabatan ini. Segala nasihat dan kata-kata perangsang sentiasa segar dalam ingatan.


SANGKAANKU BENAR BELAKA


“Sesetengah orang menanti dengan taat tapi tidak dihargai kehadirannya, sesetengah yang lain hilang tanpa dapat dikesan tapi dirindui setengah mati – AAK.”

Aku gatal tangan semalam menghantar SMS ini padanya. Bagai Gegaran runtuhan kota lama Bam meranapkan segalanya. Bukan sebab itu, aku cuma mahu dia tahu tentang sesuatu. Tapi tak apalah dia salahtafsirkan niat suci aku itu. Segalanya telah ku pendam ke lumpur. Namun kenangan itu tetap kugantung di dada langit supaya aku dapat merasai kerdip sinarnya hingga ke hujung hidup.

Aku nak belajar ketawa dan senyum semula. Sudah lama aku tidak ketawa terbahak-bahak ... Sudah sekian lama juga tiada yang mengerti.

"Hatiku hancur mengenang dikau
Berkeping-keping jadinya ...
Ingin ku rasakan lebih lama lagi
Hidup bersama denganmu.

Mengapa ini harus terjadi
Di tengah-tengah kebahagiaan ..."

Alamak kaset Emilia Contessa rosak tak ingat lirik. Tukar lagu nilah, lirik dia pun sikit punya dahsyat ...

Suatu Masa
M. Nasir

Bagaimanakan ku mula
Dan apakah kata-kata
Yang indah untuk diabadikan
Tiap wajah berkisah
Tiap madah bererti
Manakah ilhamku

Cahaya di matamu
Senyum di bibirmu
mengukir seribu tanda pertanyaan
Mungkinkah kau jua dalam kerinduan
Di saat begini aku merindukah

Berhelai-helai surat
Terbiar di depanku
Tak dapat aku utuskan
Ku ramas semua
Dan ku buangkan
Jauh dari pandangan

Lalu aku kesal
Ku kumpul semula
Tak dapat ku nyatakan apa yang ku rasa
Jika engkau tahu di dalam hatiku
Mungkinkah kau sahut jeritan batinku

Dengarkanlah panggilanku
Dengarkanlah lagu untukmu
Angin lalu kau sampaikan
Rasa rindu yang membara
Kepadanya

Warna-warna cintaku
Kian pudar bersama
Malam yang gelap gelita
Entahkan kau rasakan
Apa yang aku rasa
Atau kau tak endah

Tapi ku percaya
Semua telah tertulis
Dan niat suciku takkan disiakan
Dan di suatu masa
Di hari yang indah
Ku hulur tanganku
Lalu kau terima.


"Andai ia tahu ..."




Friday, January 09, 2004

CIK PUAN



Bila bekerja kita jumpa ramai orang. Ragamnya juga pelbagai. Pandangan mata selalu tersilap. Kalau dengan lelaki senang sahaja. Tapi kalau dengan perempuan ini ada sedikit kalut.

Pernah ketika mula-mula bertugas dulu memo yang saya keluarkan "direject" sebab satu kesalahan yang tidak dapat dimaafkan.

"Sila betulkan ini, saya belum berkahwin lagi".

Laa Cik lagi rupanya. Ingatkan ...baru bekerja manalah kita kenal orang sangat.

Dalam situasi yang lain:

"Cik Aini, apa khabar?"

"Maaf yer En. Kamal, saya dah puan." Katanya penuh makna.

Aduh malu sungguh.

Inilah masalahnya bila status perkahwinan dijadikan isu. Mungkin perkara ini timbul bila kita terpengaruh dengan masyarakat barat. Jadi isu Cik dan Puan ini timbul. Budaya masyarakat Inggeris contohnya sentiasa menekankan aspek bahasa di mana taraf wanita yang sudah berkahwin dengan yang belum berkahwin dibezakan. Maka timbullah panggilan Miss untuk yang belum berkahwin dan Mrs( singkatan untuk Missus) untuk yang sudah berkahwin.

Saya rasa dalam masyarakat Melayu dulu masalah ini tidak timbul. Sehinggalah pemikiran kita dipengaruhi oleh pandangan hidup masyarakat asing. Kalau diikutkan sekarang ini pun pengerusi atau pengacara majlis mengekalkan kata sapaan "Tuan-tuan dan puan-puan", dengan tidak perlu bersusah payah mengasingkan khalayak wanita yang sudah atau yang belum berkahwin. Dalam surat rasmi pun kita masih mengekalkan kata sapaan puan dan bukannya cik.

Jadi kata cik dan puan boleh digunakan tanpa rujukan khusus untuk wanita yang bersuami atau yang belum bersuami. Orang yang belum atau tidak bersuami tidak wajar marah apabila dipanggil puan, kerana panggilan itu malahan merupakan kata panggilan hormat. Sebaliknya pula wanita yang bersuami tidak perlu malu atau serba salah dipanggil cik. Tak perlulah terlalu berkira dengan status perkahwinan. Lainlah masyarakat India yang terangan ada tanda didahinya.

Kalau orang itu telah kita kenali, itu sudah menjadi cerita lain. Selalunya masalah ini berlaku pada pertemuan pertama dengan pelanggan kita. Senang jadi lelaki ada isteri ker, bujang ker, duda ker, ada bini 4 ker tetaplah dipanggil Encik. Oh mungkin sebab wanit takut kita mengurat mereka atau mereka ingin mengingatkan diri mereka sendiri yang sudah berkahwin itu. Alahai ...

HATI KE HATI



"Kita hendaklah cuba mencari jalan untuk menghindarkan pertelingkahan yang tidak memberi faedah atau tidak menuju ke arah kebenaran. Sebaliknya kita hendaklah memberi seberapa banyak ruang untuk mengasihi seberapa banyak makhluk di bumi , supaya kelak kita dikasihi oleh makhluk di langit atau sekurang-kurangnya disayangi oleh burung di udara ataupun paling kurang disayangi oleh kucing yang kita bela."



LAYU SEBELUM BERKEMBANG



KOTA KINABALU: Seorang budak perempuan berusia 10 tahun dibunuh sebelum dirogol ketika dalam perjalanan ke sekolahnya di Menggatal, kira-kira 20 kilometer dari sini pagi semalam. Mayat Harirawati Saridi, murid Tahun Empat Sekolah Kebangsaan (SK) Tebobon, Menggatal, yang lengkap berbaju kurung seragam sekolah dan masih menggalas beg, ditemui berlumuran darah dalam belukar di Kampung Ratau, Menggatal.

Moga Allah sentiasa melindungi orang-orang yang kita sayangi dari malapetaka seperti ini. Al-fatihah. Bila tuhan hilang di sisi kau jelajahi neraka ini...


You Mean Everything To Me


Neil Sedaka
Written by Sedaka and Howie Greenfield.

You are the answer to my lonely prayer
You are an angel from above
I was so lonely till you came to me
With the wonder of your love.

I don't know how I ever lived before
You are my life, my destiny
Oh my darling, I love you so
You mean everything to me

If you should ever, ever go away
There would be lonely tears to cry
The sun above would be never shine again
There would be teardrops in the sky

So hold me close and never let me go
And say our love will always be
Oh, my darling, I love you so
You mean everything to me

So hold me close and never let me go
And say our love will always be
Oh, my darling, I love you so
You mean everything to me

Note : Lagu ini ditujukan kepada Merryhearted & Suami yang menyambut ulangtahun perkahwinan yang ke-9 semalam ( malam Jumaat tuhh). Moga Bunga-Bunga Cinta sentiasa harum mewangi di sepanjang perjalanan hidup kalian. Amin.

Thursday, January 08, 2004

KEGANASAN RUMAHTANGGA


Iklan di TV sering menyiarkan tentang keganasan terhadap wanita. Sebuah kementerian khusus juga telah di bentuk untuk memperjuangkan isu wanita dan keluarga. Maka sudah semestinyalah wanita di Malaysia ada tempat mengadu jika berlaku apa sahaja bentuk keganasan terhadap mereka. Saya agak terkeliru dengan aspek keganasan rumahtangga dan keganasan terhadap wanita. Dua benda yang saling berkait rapat sebenarnya. Dalam rumahtangga tidak semestinya wanita yang teraniaya kaum lelaki juga tidak terkecuali. Namun kuasa fizikal biasanya ada pada kaum lelaki , merekalah biasanya yang melakukan keganasan terhadap pihak yang lemah.

Definisi keganasan rumahtangga secara yang lebih luas meliputi aspek berikut : “Keganasan rumahtangga bermaksud perbuatan-perbuatan yang mencederakan, menyerang dan memukul, paksaan, serangan seksual, kekacauan, ugutan, tahanan bukan mengikut undang-undang, kemasukan rumah tanpa izin undang-undang atau kerosakan harta benda, kecurian atau perlakuan-perlakuan jenayah yang lain.”

Jangan disangka orang yang kelihatan baik di luar tidak mampu melakukan keganasan. Status sosial dan taraf pendidikan juga tidak menjamin benda ini tidak berlaku. Oleh kerana perkahwinan itu adalah “perjudian” dan lafaz nikah itu hanya menghalalkan dua orang asing untuk duduk di bawah satu bumbung, apa yang dilalui selepas perkahwinan sering kali tidak dibincangkan demi menjaga nama baik keluarga. Wanita yang mengalami kecederaan akibat pukulan suami enggan memberitahu keadaan sebenar kerana ingin melindungi si suami atau pasangannya. Wanita yang menjadi mangsa ini seringkali merana keseorangan dan sedaya upaya menyembunyikan kejadian tersebut kerana malu dan takut dirinya dipersalahkan. Segalanya kerana takut kehilangan suami dan berharap si suami akan berubah di suatu masa nanti. Tapi sampai bila?

Tahun lepas saya ada menulis tentang kisah seperti ini “OMBAK … bilaskanlah lukaku”. Saya mulanya tidak menyangka lelaki yang mendera isterinya itu kelihatan begitu baik dan biasa sahaja sifatnya. Beliau telah berpindah ke tempat lain dan tidak diketahui apa yang berlaku pada keluarga itu.

Kalau diperhatikan dalam Islam sendiri sudah menjadi tanggungjawab suami untuk mendidik isteri. Membimbingnya, dengan Al-Quran sendiri membenarkan suami memukul isterinya.

Ayat yang dimaksudkan ialah surah 4:34 yang berbunyi:

“Maka perempuan-perempuan yang salih itu ialah yang taat ( kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara(kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemeliharaan Allah dan pertolonganNya. Dan perempuan –perempuan yang kamu bimbing melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka, dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur, dan (kalau juga mereka masih degil) pukullah mereka 9dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya). Kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka …”.

Jika diteliti ayat ini menunjukkan satu kesederhanaan dalam pelaksanaan cara menasihati seorang isteri oleh seorang suami. Ia tidak langsung menghalalkan sebarang kekejaman. Tetapi tafsiran seperti ini membawa bersamanya anggapan bahawa agama memberi kuasa mutlak kepada kaum lelaki . Sedangkan apa yang diberikan oleh al-Quran itu jelas satu perlaksanaan secara berperingkat-peringkat. Seorang suami tidak boleh mengikut hawa nafsunya sendiri dan mesti bertanggungjawab memulihkan keadaan hubungan berbaik-baik dengan isteri dengan cara-cara tertentu.

Kehidupan moden serba canggih ini juga menjelmakan pelbagai bentuk “penderaan emosi” pasangan yang berkahwin. SMS, Handphone yang boleh merakamkan segalanya, Chatting dan pelbagai lagi punca penyelewengan yang mampu menjejaskan keharmonian rumahtanggga. Keganasan seperti ini lebih payah untuk dibuktikan namun kesannya cukup parah.

Segalanya dalam hidup ini memerlukan kerjasama dua pihak. Kalau tiada angin masakan pokok bergoyang. Setiap yang berlaku mesti ada punca. Berkahwin juga memerlukan ilmu. Tanpa ilmu sukar untuk mewujudkan rumahtangga yang aman damai. Kejujuran amat penting dalam kehidupan ini. Ya KEJUJURAN.


KEJUJURAN

Kejujuran itu seperti ais krim
Kalau tidak dilahap
Maka akan cepat meleleh
Hilang ditelan hawa panas

Kejujuran itu otot mental
Dan otot harus di latih terus
Biar kuat…
Untuk hari ini latihan kejujuran gue
Jujur pada diri sendiri…

Gue takut, takut kalau intuisi gue
Mengenai banyak hal adalah salah
Gue takut, takut kalau bangun besok
Matahari enggak muncul ditimur
Atau bagaimana bila gue bangun besok
Dan gue baru tahu yang
Hati bisa salah…

(Sajak petikan dari Filem Andai Ia Tahu ….)

N ... for NAJIB



Pembabitan awal dalam politik ...

Semalam berita telah mengumumkan yang Najib merupakan TPM kita. Strategi politik barangkali memandangkan pilihanraya pun dah tak lama lagi. DJW rajin pulak hari ini untuk mengetahui profile Datuk Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak. Dilahirkan pada 23 Julai 1953 di Kuala Lipis, Pahang Darul Makmur.

Berkelulusan B.A. ( Ind.Econs) dari University of Nottingham, London. Dalam Kariernya, beliau pernah memegang beberapa jawatan tinggi di badan-badan berkanun khususnya di Negeri Pahang Darulmakmur mulai 1982 hingga 1986. Antaranya termasuklah menjadi Pengerusi Yayasan Pahang., Pengerusi Amanah Saham Pahang, Pengerusi Lembaga Kemajuan Negeri Pahang dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuantan.

Sebelum melibatkan diri secara aktif dalam politik tanahair, beliau pernah memegang jawatan Eksekutif di Petronas ( 1974-1978) dan Pengerusi Majuternak (1977 -1978 ). Ketika berusia 23 tahun, pada 1976 ayah yang dikasihinya, Tun Haji Abdul Razak ketika itu Perdana Menteri dan juga Ahli parlimen Pekan meninggal dunia di London. Kekosongan kerusi Ahli Parlimen Pekan diisi oleh Datuk Sri Najib.

Pada tahun 1978 Datuk Sri Najib dilantik sebagai Timbalan Menteri. Kementerian yang mula-mula dipegangnya ilah Kementerian Tenaga, Telekom dan Pos sehingga 1980 dan bertukar ke Kementerian Pelajaran sehingga 1981. Beliau ditukarkan lagi ke Kementerian Kewangan sehingga 1982.

Datuk Sri Najib dipilih menjadi Ahli EXCO Pemuda UMNO Malaysia mulai 1978 hingga 1980. Dalam tahun 1980-1982 Datuk Sri Najib menjadi Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pekan dan Ketua Pemuda Pahang 1981-1982. Mulai 1982 menjadi Ketua UMNO Bahagian Pekan dan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri.

Dalam pilihanraya umum 1982 Datuk Sri Najib memenangi kerusi Dewan undangan Negeri Kawasan Pekan dan dilantik sebagai Menteri Besar Pahang sehingga 1986. Datuk Sri Najib dipilih menjadi Ahli Majlis Tertinggi UMNO pada 1981 sehingga sekarang dan mulai 1983 -1986 dilantik sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri.

Dalam Pilihanraya umum 1986 Datuk Sri Najib bertanding untuk kerusi Ahli Parlimen Pekan dan menang. Beliau dilantik menjadi Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan dalam rombakan kabinet pada 14 Ogos 1986, mengambilalih dari Datuk Dr. Sulaiman Daud. 1982 dilantik sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Pada 24 Mei 1987, memangku jawatan Ketua Pemuda UMNO yang dikosongkan oleh Encik Anwar Ibrahim.

Antara pingat yang diperolehi SSAP, SIMP, DSAP dan Gelaran Orang Kaya Indera Shanbandar(OKIS) oleh Kebawah D.Y.M.M. Sultan Pahang Darulmakmur.

7 Januari 2004 menjadi TPM dan Menteri Pertahanan.

Wednesday, January 07, 2004

FAHAMI SEJARAH NEGARA


Buku sejarah sudah lama tak di belek. Tersihir di mana-mana, tak tersentuh jika bukan hanya untuk peperiksaan. Sudah lama sekali meninggalkan apa yang dinamakan sejarah. Sejarah negara kita seharusnya menjadi titik tolak kehidupan kita. Sesuatu yang akrab tapi tidak tersentuh. Malang sekali sejarah negara kalau diikutkan ditulis oleh cendikiawan barat seperti Rupert Emerson yang menulis buku tentang “Malayia: Satu Pengkajian Tentang Pemerintahan Secara Langsung dan tidak Langsung”( DBP:1982). Takut juga sejarah kita menyimpang dari fakta sebenar sedangkan buku-buku itulah yang memenuhi perpustakaan di negara kita. Menjadi rujukan generasi muda seperti aku ini. Membaca sejarah bukan sekadar mengingati tarikh tapi kesan sejarah terhadap tindakan kita di masa ini. Kita tidak sedar betapa seriusnya fungsi sejarah itu. Ramai yang menganggap ia hanya salah satu mata pelajaran akademik semata-mata.. Memanglah ahli sejarah memberi perhatian yang penting kepada tarikh, tokoh serta peristiwa, namun sejarah bukan hanya suatu rekod tentang masa lampau.

Selalu aku keliru kenapa tanah Melayu menjadi negara majmuk. Jawapannya ada pada sejarah negara kita. Aku juga sering bertanya apa peranan raja-raja Melayu, cuba selak dokumen, surat-surat lama yang ada di Arkib Negara kita pasti temui jawapannya. Sejarah membuka lorong suram kekeliruan manusia mengenal masa lampaunya. Kalau masuk tingkatan 6 kita beriya-iya belajar sejarah Asia Tenggara. Sejarah negara China, Thailand etc. Tapi apa yang paling penting kita belajar tentang negara kita dahulu. Cikgu sejarah yang paling aku kagumi tapi aku tak ingat namanya ada di SDH. Dia dapat menghuraikan sejarah negara kita macam dia pernah berada di tempat itu. Jelas dan teratur satu persatu.

Sejarah negara sesuatu yang tidak boleh di ubah. Tidak boleh “ditulis” semula ikut kehendak politik sesubuah negara atau cuba untuk menonjolkan tokoh mana yang paling berjasa. Terpaksalah mengakui kalau pemerintah kita diperkotak-katikkan dengan mulut manis penjajah. Permainan licik mereka membolehkan Tanah Melayu menerima tetamu-tetamu yang akhirnya menjalin kejap sejarah negara kita. Membentuk Malaysia yang satu-satunya ini. Segala yang wujud sekarang ini adalah akibat daripada suatu proses yang cukup kompleks dan memakan masa yang lama. Wujudnya masyarakat majmuk di Malaysia timbul daripada kedudukan negara ini yang agak istimewa dalam ekonomi dunia: Mula-mula Malaysia merupakan pusat perdagangan yang pesat; kemudian Malaysia menjadi pengeksport komoditi seperti bijih timah dan getah.

Hanya melalui sejarahlah dapat disampaikan kepada generasi sekarang tentang proses-proses perkembangan yang melahirkan masyarakat majmuk. Dasar British sejak awal-awal lagi terpengaruh oleh perhitungan pragmatik. Pembangunan ekonomi secara besar-besaran adalah tujuan utama Bristish campurtangan di negeri-negeri Melayu. Oleh sebab itu pihak Bristish kurang memberi perhatian kepada soal integrasi. Satu-satu golongan dilihat sebagai satu faktor pengeluaran – yang penting ialah kepakaran masing-masing untuk menjayakan pengeluaran. Oleh itu orang Cina dan India banyak digunakan sebagai ejen untuk memupuk pembangunan ekonomi.

Orang Melayu terutamanya di semenanjung , mempunyai latar belakang sejarah yang tertentu; pengalaman mereka secara tradisional tidak begitu sesuai dengan kehendak zaman. Secara umum orang Melayu lebih biasa bergantung kepada laut untuk mencari rezeki; mereka makan ubi, buahan-buahan dan ikan.

Negeri-negeri Melayu yang merupakan warisan kerajaan Melaka-Johor Lama adalah negeri maritim – ekonominya banyak bergantung kepada perdagangan laut. Tetapi kedatangan kapal-kapal pedagangan British yang dikenali sebagai “country traders”( seperti Francis Light) kemudian memaksa orang Melayu berundur dari laut dan memberi tumpuan kepada sungai.

Dengan perahu dan sampan mereka, orang Melayu memainkan peranan yang besar sebagai pengangkut barang di antara kawasan pedalaman dengan pelabuhan di muara sungai. Sehingga peringkat awal campurtangan British, peranan ini tidak berubah. Kawasan-kawasan perlombongan seperti Larut, Kinta dan Kelang serta Sungai Ujong dihubungkan dengan pelabuhan melalui sungai sehingga tahun 1890-an apabila keretapi diperkenalkan yang mengakibatkan kemerosotan perniagaan sungai.

Di samping itu pihak British melancarkan dasar menggalakkan orang Melayu memberi perhatian sepenuhnya kepada pertanian. Ini termasuk dasar pelajaran yang mengandaikan bahawa orang Melayu akan seterusnya menjadi petani. Maka ditetapkan suatu order sosial yang walaupun tidak jauh bezanya dengan order lama dari segi strukturnya mempunyai asas ekonomi yang berlainan.

Justeru itu dari segi organisasi ekonomi orang Melayu tidak berkesempatan mendapatkan pendedahan kepada perubahan-perubahan yang berlaku di negara ini bukan hanya dengan adanya orang Cina sebagai orang tengah dan peruncit tetapi mulai menampakkan kemunculan syarikat-syarikat moden yang saham-sahamnya dipegang oleh kebanyakkan orang ( Bristish terutamanya) yang tidak pernah datang ke negara ini. Bahkan Sabah telah jatuh kepada pemerintahan sebuah syarikat –Bristish North Borneo Company..

Ternyata pembangunan ekonomi merupakan faktor utama yang telah melahirkan sebuah masyarakat baru yang begitu kompleks. Tetapi peranan orang Melayu dalam sistem ekonomi baru itu adalah marginal. Oleh sebab pihak Bristish tidak meruntuhkan struktur sosial tradisional orang Melayu bahkan golongan atasan diasuh untuk memainkan peranan yang besar dalam sistem pentadbiran, akhirnya telah wujud dua dunia yang berasingan – satu politik dan satu ekonomi. Orang Melayu terbabit dengan politik; orang bukan Melayu dalam ekonomi. Masalah ini belum dapat di atasi sehingga kini.

Apabila kita merdeka masalah-masalah ini terus mendesak berabad lamanya iaitu mula daripada masa pihak British mulai menguasai Selat Melaka. Kini 2004 penubuhan sekolah Wawasan yang menggabungkan 3 sekolah yang mewakili 3 kelompok utama masyarakat di negara kita juga sukar untuk dilaksanakan. Hanya dengan mengetahui sejarah kewujudan masyarakat majmuk di negara ini kita mengetahui sebab musababnya. Social engineering akan membawa akibat yang agak negetif jika sekiranya hakikat sejarah diabaikan.

Hari ini Cinta datang mengetuk,
tapi pergi sebelum pintu dibuka.

Berapa jumlah orang yang beruntung
dapat mendengar isi hati?

Dan lebih sedikit lagi mengikutinya.

Kita telah tumbuh menjadi generasi
yang dibuai oleh dongeng klasik dimana
cinta adalah kunci kebahagiaan.
Tapi kita tak tahu bagaimana mencari cinta.

Dan bagaimana mengetahui cinta
bila cinta datang berkunjung.

Tidak ada dari kita yang tahu.
Tapi saat ini, aku berharap ..
Andai ia tahu.

Petikan puisi dari Filem "Andai ia Tahu.."

"Sesetengah org menanti dengan taat tapi masih tidak dihargai kehadirannya, sesetengah yg lain hilang tanpa dikesan tapi dirindui setengah mati " -Azhan Assaha Kamal.