Malam tadi nonton cerekarama di TV3. Kisah dia menarik tentang kehidupan sepasang suami isteri dan permasalahan yang dihadapinya. Mereka di rompak dan isterinya di rogol. Isterinya di dapati mengandung selepas kejadian itu. Keluarga pihak suami dan suaminya beriya-iya hendak menggugurkan anak dalam kandungan tersebut. Namun isterinya tetap dengan keputusan untuk teruskan kandungan. Akhirnya didapati anak tersebut adalah dari darah daging suaminya sendiri. Banyak pengajaran dari cerita ini. Tapi biasalah sebagai manusia kita biasanya dikuasai emosi . Cinta hadir kadangkala terlalu lambat. Kita hanya menghargai sesuatu setelah kehilangan orang yang disayangi. Kebahagiaan kita adalah menjadi tanggungjawab kita untuk mendapatkannya. Adalah menjadi pilihan kita sendiri samada kita hendak hidup secara jujur atau berpura dengan diri kita sendiri. Hanya kita sendiri yang mengetahuinya. Itu keputusan kita, orang lain tidak boleh masuk campur. Sebabnya kita sendiri yang akan menanggung akibat dari tindakan kita. Manusia sering menyalahkan orang lain atau perkara-perkara lain untuk menidakkan kelemahannya. Namun segalanya adalah ketentuan Allah, dan telah tercatat di Luh Mahfuz.
Malam tadi masa makan di Putrajaya, banyak berbual dengan Wan. Dia yang telah berpengalaman hidup berumahtangga juga dalam dilemma bahawa kadangkala adalah lebih baik terus hidup membujang. Aku gelak kat dia sahaja. memanglah dia sekurang-kurangnya telah mempunyai 2 orang anak perempuan. Aku tak ada apa-apa lagi. Kadangkala rasa sudah terlambat untuk memulakan kehidupan berkeluarga juga terdetik di hati. Juga rasa serik pulak. Ohh mungkin diri sudah rasa stabil dan tidak memerlukan sesiapa untuk menguruskan kehidupan. Sudah betah dikongkong sunyi dan hidup sendiri. Hanya melayari kehidupan dengan seadanya. Tidak perlu risau memikirkan anak orang. Atau terlalu berangan untuk memiliki kesempurnaan. Segalanya perlu cukup tersedia barulah memikirkan untuk kearah itu. Material memang penting tapi belum cukup sempurna jika dada tidak diisi dengan ilmu secukupnya. Persediaan emosi dan mengubah corak kehidupan yang begitu santai juga perlu difikirkan. Ahh biarkanlah dulu, sekurang-kurangnya nikmati hari ini dengan secukupnya mana tahu esok tidak mampu lagi berbuat begitu.
Hari ini akan pulang ke kampong di TK.
Gangguan
Awan hilang, bulan dipandang
Kau pun tiba di jelingannya
Bila taman rimbun berseri
Mari kanda gemala hati
Bagai mahu kiranya hati ini dipercandakan
Bagaikan angin yang melanda, malahan ku rasa
Gangguan di fikiran ini
Gelombang muncul bersilangan
Pabila ku merindui
Yang ku rayu bayanganmu
Dia hilang di rundung malang
Dikau pulang lari darinya
Bila teman rindu bersemi
Hilang rasa menikam hati
Bagai mahu kiranya lena ini dipersendakan
Rindu ku semakin melarat, malahan ku rasa
Terganggu di fikiran ku
Gelombang bersilangan
Pabila ku merinduimu
Yang ku rayu bayanganmu
Gangguan di fikiran ini
Yang muncul bersilang-silangan
Pabila ku merinduimu
Yang ku rayu bayanganmu
Sheila Majid