Saturday, July 31, 2004

Bercanda


"Bercanda di pasiran pantai ... eh silap berendam jerr!

BERSYUKURLAH!


"The beauty of life does not depend on how happy you are, but on how happy others can be...because of you!"

Kadang hidup juga boleh menjadi begitu sukar
Kita tidak berdaya menahan apa yang berlaku itu.
Kadang kita memerlukan ketabahan yang bukan sedikit
Untuk terus berjalan.

Kadang kita terpaksa melalui hari-hari mendatang tanpanya lagi.
Biarlah, mungkin lebih baik begitu.
Biarlah, hanya tuhan sahaja yang mengerti kenapa begini.

Masa berlalu, hari berganti. Syukur rasanya diberi kesempatan olehNya lagi. Memperbaiki diri, menjelajah misteri hidup. Juga mengenali diri. Aku memaksakan diri mendengar suara sendiri. “Ini bukan mimpi … ini realiti!

Jangan memaksakan apa yang tak terdaya aku lakukan.
Gangguan
Awan hilang, bulan dipandang
Kau pun tiba di jelingannya
Bila taman rimbun berseri
Mari kanda gemala hati
Bagai mahu kiranya hati ini dipercandakan
Bagaikan angin yang melanda, malahan ku rasa
Gangguan di fikiran ini
Gelombang muncul bersilangan
Pabila ku merindui
Yang ku rayu bayanganmu
Dia hilang di rundung malang
Dikau pulang lari darinya
Bila teman rindu bersemi
Hilang rasa menikam hati
Bagai mahu kiranya lena ini dipersendakan
Rindu ku semakin melarat, malahan ku rasa
Terganggu di fikiran ku
Gelombang bersilangan
Pabila ku merinduimu
Yang ku rayu bayanganmu
Gangguan di fikiran ini
Yang muncul bersilang-silangan
Pabila ku merinduimu
Yang ku rayu bayanganmu.
Sheila Majid
Berehat, selamat berhujung minggu semua!

Friday, July 30, 2004


Bunga pujaan ...Akanku biarkan tak sampai di hati
Bunga jadi ku petik akhirnya ... 
 

MELEPAK


Selalunya aku mengadu penat pada Wan. Bujang pun penat ko buat apa huh? Yelah pagi sampai petang jadi hamba tawanan perang, petang balik ke rumah lepak, makan dan tidur. Kadang sebelum habis Berita pun mata dah nak terlelap. Apalah sangat yang boleh di buat kat sini. Nak berjogging pun kawasan Taman Tasik Cyberjaya tu tengah dibaikpulih. Jambatan yang merentasi tasik makin reput, pokok-pokok tidak terjaga. Merbahaya kalau nak berlarian manja di kawasan tu ( alasan? :) ).

Perkara paling aku benci adalah kebosanan. Kawan lepak aku adalah beberapa orang, tapi kebanyakkanya jauh di KL. Malas nak turun ke sana kalau tak ada hal. Tempat lepak aku adalah di rumah sahaja. Hujung minggu kalau tiada ‘perjumpaan haram’ aku balik ke kampong.

Tapi aku tak boleh nak kata apalahkan. Sebenarnya melepak lepak ini pun benda yang berfaedah sebenarnya selepas aku baca kenyataan  oleh saintis Jerman  ini. Aku tidak lagi rasa bersalah kalau aku teruskan rutin melepak aku kat mana-mana atau just bermalasan di rumah. *Kalaulah dapat bermalasan di ofis J*.

“Isikan separuh daripada masa lapang anda dengan aktiviti membuang masa seperti lepak atau bermalas-malasan”. Menurut Profesor Peter Axt, lepak lebih berfaedah daripada melakukan senaman. Rasa bertepatan pulak kenyataan Prof ini dengan gaya hidup aku. Kalaupun bersenam lakukan setakat yang termampu sahaja.  Ia lebih baik daripada memaksa diri pergi ke gymnasium. Ini kerana lepak adalah kunci panjang umur dan antidot kepada tekanan terutama bagi golongan profesional. Menurut Profesor Axt, lakukan apa yang sepatutnya iaitu 20 minit latihan sederhana sebanyak 3 kali seminggu sebagai pelengkap kepada gaya hidup. Laaa kena bersenam gak ...

Kalau orang lelaki pergi minum teh tarik kat gerai mamak, lepak –lepak tu sebenarnya aktiviti yang berfaedah. Kalau minum di tempat-tempat yang lebih eksklusif di bukit bintang sambil cuci mata tu pun akan ‘double the excitement’. Jangan marah mereka. Apapun kenalah bersederhana dan tahu tanggungjawab kita. Orang tak kacau kita, kita tak kacau orang. Tapi elok berpesan-pesan kepada kebenaran.

Hari ini hari Jumaat. Salam Jumaat !
 
 
 

Thursday, July 29, 2004

TAK TAHU?


Pagi yang cerah lagi mendamaikan, engkau di mana? Posted by Hello


TAK TAHU!


Aku tak tahu yang lesen kereta aku dah expired lebih 2 minggu. Selama 2 minggu itu aku belasah memandu ke hulu kehilir tanpa rasa bersalah. Tetapi keadaan menjadi lain benar bila  mengetahui sesuatu yang kita lakukan itu salah. Hati akan sentiasa berdebar-debar. Bila kita pandang sahaja polis, dapat dirasakan perasaan menjadi kacau dan tidak tenteram. Adalah lebih baik kita biarkan sahaja sesuatu itu terbiar dan 'tidak tahu'. Jadi semalam aku ke pejabat pos Bangi untuk memperbaharui lesen memandu dan urusan perbankan yang lain.

Banyak perkara tidak akan sama lagi setelah kita mengetahui sesuatu yang memberi impak dalam diri kita. Hubungan tidak akan menjadi semesra selalu bila kita mengetahui pasangan kita curang. Hidup tidak lagi ceria bila kita mengetahui sesuatu penyakit. Kehidupan akan berubah seluruhnya bila kita mengetahui sesuatu perkara yang selama ini kita 'Tidak Tahu". Ada seorang kawan yang mengidap kanser. Dia seorang yang aktif dan ceria sebelum dia mengetahui perkhabaran itu secara tidak sengaja. Sakit demam biasa yang dihidapinya membuka 'lorong sunyi itu'. Hari-hari yang cerah dan keriangan yang selama ini dimilikinya seakan terentap sudah. Hidupnya menjadi murung dan penuh kesedihan. Dia berubah 100%.

Adakah lebih baik kita 'Tidak Tahu" tentang sesuatu perkara itu? Mungkin juga ada baiknya kita membiarkan sesuatu itu berterusan menjadi misteri agar ia tidak mengubah kehidupan kita secara total. Aku rasa sesetengah perkara elok sahaja dibiarkan tanpa sedar.

Aku juga "Tidak Tahu" tentang itu. Aku "Tidak Tahu" jawapannya.

 

Tuesday, July 27, 2004

BRAIN DRAIN


Brain Drain Posted by Hello

BRAIN DRAIN


Rasanya kerajaan tidak perlu bersusah payah memanggil para pelajar tajaannya balik ke Malaysia. Semasa perjanjian di buat semua itu telah dijelaskan. Kalau diukur dari pelaburan kerajaan, memang negara rugi wang ringgit dan kepakaran. 30 ribu rakyat Malaysia yang dibiayai kerajaan bekerja di luar negara  setelah habis tempoh belajar. Tapi bukankah ini juga satu petanda positif kepakaran rakyat tempatan juga setanding atau lebih hebat dengan orang di negara maju?

Cuba pula renungkan perkara yang membina. Memang ada baiknya mereka ini bekerja di luar sana. Dapatkan pengalaman dan kalau memang benar kepakaran mereka ini amat diperlukan lantik mereka menjadi konsultan kepada syarikat tempatan, R&D dan sebagainya. Bukankah ICT memudahkan perhubungan?

Adalah penting budaya merantau dan bekerja di luar negara digalakkan. Itulah lambang kemajuan dan globalisasi yang memungkinkan cendikiawan kita juga mendapat tempat di luar negara. Dapatkan pengalaman kerja di luar sana. Wujudkan polisi yang membenarkan mereka bekerja di luar untuk tempoh tertentu sebelum mereka diwajibkan berkhidmat untuk negara. Rasanya langkah ini dilihat lebih praktikal. Tidak perlu merayu mereka pulang dan memberikan segala faedah yang hebat kerana ia hanya akan membuatkan rakan sejawatan mereka di negara ini berasa tidak senang.

Mungkin aspek-aspek teknikal contohnya pemberian pinjaman pelajaran dan bayaran balik pinjaman perlu diperincikan lagi supaya mereka tidak terlepas tanggungjawab kepada negara yang membiayai pendidikan mereka ini. Perkara yang ini, bijak pandai di kementerian terbabit kenalah fikirkan.

Monday, July 26, 2004

KEHILANGAN.


Mengenang Tap-Tap 2002-2004 (24 Julai 2004) Posted by Hello

KEHILANGAN



Aku selalu salah sangka tentang perasaannya. Dia mudah marah dan tidak peduli apa orang lain kata. Aku tahu benar dia keseorangan.

Pagi Sabtu yang cerah .

 I org yg x boleh menyayangi n disayangi.. it’s a curse! Tap-Tap dah meninggalkan I pg tadi.
24-July-2004  11:37:19

Aku melihat Tap-Tap membesar. Aku prejudis dengan kehadirannya di tempat itu. Dia ingin bermanja tapi aku larikan diri. Aku tidak boleh menyentuhnya. Aku memandang dia dari jauh, dia kenal benar dengan kereta dan faham kehadiranku tidak mengancam tuannya.

Bila dia mengambil keputusan untuk memelihara tap-tap, itu merupakan keputusan yang besar. Dia sanggup menerima umpat keji orang dan Tap-Tap yang terbiar itu tidak mati kelaparan semenjak usianya ‘bayi’ lagi. Tap-tap juga pandai mengambil hati tuannya. Bulunya yang hitam itu selayaknya ku gelarkan Fantasia si minah yang menang American Idol.

2 tahun setengah dia hadir dalam hidupnya. Dia sanggup bergegas pulang untuk memberinya makan di kawasan stor kereta itu walau ke mana jua dia pergi Tap-tap sentiasa diingatannya.

Namun dia tidak pernah faham kasih sayang dan kebahagiaan wujud di mana-mana. Mungkin dia tidak pernah nampak sejalur cahaya terang yang bersinar di celah awan gemawan. Aku kehilanagan kata, sebagaimana aku tidak mengerti tentang keputusannya memelihara Tap-Tap dulu.

Kasih sayang manusia melangkau sempadan dan batasan. Cinta wujud di mana-mana …
Dan Tap-Tap telah membuktikannya. Cintanya belum mati, cintanya takkan mati …

“Nak I tanamkan bangkainya?”

Tq. Its ok. I just 1 2 b alone.. ignoring the fact that he’s visibly gone.
24-July-2004 15:44:33
 
Nota : Tap-Tap bukan sebarangan anjing( penjaga stor).

Saturday, July 24, 2004

MAS


Di dalam sepi itu ... Posted by Hello


MAS


Hari ini tak balik kampong, mahu menonton AF2. Berdebar tengok performance bebudak AF2 tu terutamanya si Mas. Orang sibuk kutuk dia tapi peminat dia sikit punya ramai dan bertambah meriah lagi setelah RMS marah dia. Aku pun turut menghayati persembahan dia, dia ada bakat namun halangan dia juga banyak. Tahap pendidikan, latar belakang kehidupan dia yang tidak berapa meriah dan juga persekitaran di mana dia dibesarkan jauh berbeza dengan pelajar lain. Namun aku tak setuju jika ASTRO mengaibkan dia sebegitu rupa dan ditonton orang seluruh negara.

Perlu diingat seseorang artis walau bagaimana baik sekalipun tanpa sokongan peminat mereka tidak boleh pergi jauh. Ada sesetengah artis punya degree dan tahu muzik namun peminat meluat dan sakit hati bila sahaja melihat kelibatnya di mana-mana. Akhirnya mereka akan menghasilkan album yang syok sendiri. Mas punya kelebihan di mana dia berjaya menciptakan sokongan peminat yang tidak berbelah bahagi. Itu merupakan kejayaan peribadi baginya.

Amat lain kalau seseorang artis itu lahir dalam suasana yang mewah dan moden. Orang bandar takkan beli album Melayu, kalau ada pun sedikit kerana nakkan status eksklusif. Orang biasa akan membeli album asalkan ianya sedap didengar. Lagipun muzik atau hiburan ini bukanlah sesuatu keutamaan dalam hidup masyarakat kita. Kadang sesetengah artis lagunya hanya sedap didengar di radio, tapi orang kalau ada duit pun tidak akan membeli albumnya. Hanya artis yang benar-benar dapat menambat hati peminat sahaja yang sudi membeli.

Harap Mas akan lebih berusaha gigih. Kalau tidak biarkanlah dia dengan caranya.

Friday, July 23, 2004


Cinta tumbuh di rumputan. Posted by Hello

“Rambut En. Kamal dah tumbuh uban”.

“ Huh yer ker?”. Aku pura-pura terkejut walaupun memang aku sedar rambut aku makin menipis dan uban ada satu dua.

“Itulah asyik fikirkan masalah korang jer lah ni”.

Hahhaa aku bukan fikirkan masalah apa pun. Mostly masalah dalam hidup aku adalah melibatkan ahli keluarga aku sendiri. Tapi tak kisahlah cubit peha kiri paha kana terasa juga. Selagi kita termampu meluangkan masa mendengar dan memahami tiap perkara. Kita peruntukkanlah masa. Lagi pun apalah sangat yang boleh aku buat? Paling-paling patahkan kaki dia? Tak guna juga. Berdoalah agar dia ditunjukkan jalan yang benar dan menyedari kesilapannya. Berapa kali yer dia buat hal? Dah letih dah nak kira.

Walaupun kadang cukup malas dengan drama telenovela yang sebegini. Tapi aku cubalah membantu mana yang terdaya. Ikutkan lebih baik aku pergi tandas cabut uban  yang staff aku tegur tadi.

Hari Jumaat, hujan rahmat turun mencurah ...

PS : Apa khabar Ulama kita Dato Nik Aziz? Moga dia selamat dan di panjangkan umur.

Thursday, July 22, 2004

Memory


Layu dalam genggaman ... Mengenang Adik Nur Atiqah Najwa. Al-Fatihah. Posted by Hello

Memory (from Cats)

Midnight, not a sound from the pavement.
Has the moon lost her memory?
She is smiling alone.
In the lamp light the withered leaves collect at my feet
And the wind begins to moan
Memory all alone in the moonlight
I can smile at the old days
I was beautiful then
I remember the time
I knew what happiness was
Let the mem'ry live again
Every street lamp seems to beat
A fatalistic warning
Someone mutters and a street lamp gutters
And soon it will be morning
Daylight I must wait for the sunrise
I must think of a new life
And I musn't give in
When the dawn comes tonight will be a memory too
And a new day will begin
Burnt out ends of smoky days
The stale cold smell of morning
The street lamp dies another night is over
Another day is dawning
Touch me
It's so easy to leave me
All alone with the memory
Of my days in the sun
If you touch me you'll understand what happiness is
Look a new day has begun  

   
Istana Budaya pernah mementaskan Cats tahun lepas. Aku terlepas peluang nak menonton theatre ni sebab dia tak sempat nak temankan aku. Bodoh plak bila aku fikirkan sekarang. Banyak benda yang aku suka, tapi terpaksa aku lepaskan sebab dia tak minat. Tak adil rasanya untuk aku. Patutnya with or without aku kena proceed gak. Tapi tulah tak seronok bila dia tak ada. Habis macamana nak buat?
 
Bila pelajar-pelajar AF2 menyanyikan lagu ni balik aku terkenangkan dia. Takpelah kalau kita hanya ada kenangan pun best jugak.
 
“Daylight I must wait for the sunrise
I must think of a new life
And I musn't give in
When the dawn comes tonight will be a memory too
And a new day will begin …”
 
Dari minggu lepas aku nak menulis tentang adik Nur Atiqah tapi tiap kali aku cuba nak menulis dan mengumpul details tentangnya aku rasa cukup sebak. Sudah seminggu dia meninggalkan kita semua. Hinggakan kesnya diperdebatkan di Parliament. Kadang rasanya lebih baik dan lebih aman dia meninggalkan kita daripada hidup kesakitan. “Bukan sebab birokrasi tapi sebab-sebab klinikal” begitulah yang diterangkan oleh Kementerian Kesihatan. Kalau Hospital Selayang hanya mengenakan charge RM500 kenapa ramai lagi kanak-kanak malang yang senasib Nur Atiqah tidak mendapat rawatan yang setimpal?. Ibu bapa mana yang sanggup berpeluk tubuh menunggu list nama yang panjang sedangkan masa semakin suntuk? Bila sudah pergi ke Hospital swasta bersiap sedialah dengan kosnya yang tinggi melangit.
 
Tabung? Prosedur? Penderma hati yang bukan ahli keluarga etc …Mereka doklah pertahankan pendapat masing-masing. Kanak-kanak dan keluarga yang menghadapi dugaan inilah yang menanggung azabnya tiap masa.  Benarlah kata seseorang, kalaulah Nur Atiqah ini anak orang kenamaan, ahli politik atau kerabat diraja sudah pasti nasib dan layanannya akan berbeza. Siapa kata hidup ini tidak memandang itu semua? Caranya mungkin tidak ada penindasan kasta tapi dengan cara lain.
 
Yang tinggal kini adalah kenangan. Kita mengharapkan hari baru akan membawa perubahan. Atau kita semua telah berhenti berharap?









Wednesday, July 21, 2004


Di tengah padang terbentang sambil mendengar lagu "Fields of Gold" Makan ubi goreng dan teh panas ... alangkah nikmatnya. Posted by Hello

Fields Of Gold

FIELDS OF GOLD

You'll remember me when the west wind moves
Upon the fields of barley
You'll forget the sun in his jealous sky
As we walk in the fields of gold

So she took her love
For to gaze awhile
Upon the fields of barley
In his arms she fell as her hair came down
Among the fields of gold

Will you stay with me, will you be my love
Among the fields of barley
We'll forget the sun in his jealous sky
As we lie in the fields of gold

See the west wind move like a lover so
Upon the fields of barley
Feel her body rise when you kiss her mouth
Among the fields of gold
I never made promises lightly
And there have been some that I've broken
But I swear in the days still left
We'll walk in the fields of gold
We'll walk in the fields of gold

Many years have passed since those summer days
Among the fields of barley
See the children run as the sun goes down
Among the fields of gold
You'll remember me when the west wind moves
Upon the fields of barley
You can tell the sun in his jealous sky
When we walked in the fields of gold
 
Sting


SAMAN


Aku dapat dua saman traffik. Mak aku call dari kampong. “Ada surat saman nihhh…”. Yelah bila ada perkataan polis jer memang diorang rasa macam ‘keji’ sangat. Maksud aku rasa tak elok. Benda yang harus dijauhi. Memang macam itulah. Tapi aku ada gak berkawan dengan polis di Banting. Harap-harap boleh tolong aku untuk kali ini juga. Tapi tak tahulah boleh mintak pengurangan atau tidak. Kalau tak harus bocor poket aku RM 300.00.
 
Kesalahan traffik aku semua berpunca di jalan yang sama. Dari Batu 3 menghala ke Klang tu. Had laju 90 kmsj aku terlebih 11kmsj pun kena. Manalah aku tahu, kot meter kereta aku rosak, bukan setiap saat aku pandang meter. Lebih baik aku pandang pemandu disebelah dan tengok depan. Patutlah lorong laju di kawasan tu jarang nampak orang memotong. Rupanya ada kamera yang memerhati. Cehhh kalau memandu perlahan pun bahaya apa. Gaya memandu dilorong tengah macam, Pak Abu nak pergi bersiar-siar juga merbahaya. Boleh menimbulkan amarah dan kesesakan lalulintas. Tapi tulah depa tak faham … yelah aku salah. Daripada bayar saman baik aku bayar cukai pintu ker, belanja awek kat KFC ker, beli VCD kat pasar malam ker. Nantilah aku memandu gaya  Pak Abulah kat jalan tu bila balik kampong. Tension aku …
 
Ohhh polis yang gemuk akan dibekukan kenaikan pangkat. Begitulah berita yang aku baca. Especially yang dah berumur 40 tahun keatas. Yelah logiklah jugak, kalau dah gemuk tak jaga badan nanti nak pi kejar orang tak larat. Kena gelak dek penjenayah jer. Eeeee tak takut pun, kalau penjenayah nampak polis yang macam tu. Garang bermisai pun tak guna kalau tak kuat lari… Wah kerja polis ni kena tip top serba serbi yer.
 

RENUNGAN


HATI YANG BERKARAT

Dosa yang dilakukan dan kelalaian dalam mengingati Allah akan menyebabkan hati menjadi berkarat.  Hati yang rosak ini akan menyebabkan diri manusia itu semakin jauh dari Allah dan semakin tersesat dari jalan yang benar. 

Rasulullah bersabda:  "Sesungguhnya hati-hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dirosakkan oleh air.  Seorang sahabat telah bertanya, "Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati itu bersinar kembali?" Maka jawab Rasulullah, "Banyakkan mengingati maut dan membaca Al Quran." 

Riwayat Baihaqi dari Ibn Umar.  Rasulullah bersabda :  "Seseorang yang tiada mempunyai sebarang ayat(Al Quran) pun dalam hatinya adalah seumpama sebuah rumah yang kosong. " Riwayat At Tirmizi.  
 
Harap-harap hatiku tidak berkarat. Otak berkarat, hati berkarat apa nak jadi aku ni ...
  
  
 

Tuesday, July 20, 2004

PRIA TERHEBAT


Suatu hari bernama Selasa. Andai aku mampu menemuimu di sini. Posted by Hello
 
PRIA TERHEBAT
 
Pria... pria terhebat
Itu yang ku harap ada padaku
Agar... agar diriku
Bisa melumpuhkan tingkah liarmu
Jangan... jangan siakan
Kehadiranku pada mimpimu
Kerna hanya lewat mimpi
Aku bisa menjamahmu
Udara malam pun terlalu menusuk langkahku
Di persembunyian aku menari
Di persembunyian aku menyanyi
Pria terhebat
Begitu banyak lagu yang tercipta untukmu
Hanya saja aku tak bisa
Mengungkapnya padamu
Na... na... na... na...
 
Vokal: Sheila On 7Lagu/Lirik: Eross Chandra
 
Bila dengar lagu ini sedap juga. Tergelak sendirian ...
 

HUBUNGAN ETNIK


 
Bersiaplah  semua pelajar peringkat ijazah pertama di institusi pengajian tinggi awam dan swasta di seluruh negara akan diwajibkan mengambil mata pelajaran baru – Hubungan Etnik di Malaysia, bagi mencapai matlamat ke arah perpaduan rakyat.
 
Kalau kita bermula dengan silap, mana mungkin mendapat hasil yang sempurna di penghujungnya. Dari mula pelajar kita sudah terpisah. Sistem persekolahan kita memisahkan mereka ini semua. Sekolah Jenis Kebangsaan diadakan mengikut etnik. Mengapa tidak ada satu sistem pendidikan asas yang selaras dan wajib diikuti semenjak dari mula lagi. 11 tahun sistem persekolahan tidak membolehkan mereka ini berinteraksi secara bebas disebabkan penempatan/lokasi, mestilah canggung bila berjumpa. Bila kecelaruan berlaku mulalah berhabis duit mewujudkan program PKN dan sekarang Hubungan Etnik sekadar satu lagi mata pelajaran yang wajib lulus. Mereka memang boleh lulus dengan baik tapi hasilnya tidak akan seberapa. Sudah terlalu terlewat.
 
Memanglah kita berbilang bangsa dan bercampur gaul. Tapi kebanyakkanya setelah kita bekerja. Masa membesar hidup terasing( kedududukan geografi, tempat tinggal, sistem pendidikan yang diikuti, budaya etc.) Inilah harga kontrak sosial yang telah dipersetujui oleh pemimpin kita yang terdahulu. Kalaulah mereka memahami kesan jangka panjangnya dulu …
 
Yelah pak Menteri, dari tidak ada. Asal ada.
 
 

Monday, July 19, 2004

KETENANGAN


Biarkan sahaja diriku sendirian tanpamu ... Posted by Hello
 

KETENANGAN


Jumaat petang balik ke kampong. Jemput Yana di kolej dan kemudian bertolak ke kampong. Nasib baik sampai sebelum Malaysian Idol start. Best gak tapi terkilan bila Nicki dan Sufiah tak dapat masuk top 3 bila nonton result malam tadi. Hari Sabtu belajar membentuk pokok bonsai dengan Along. Selamba jer dia potong dahan-dahan pokok bunga kertas tu. Tapi hasilnya pokok bonsai itu ada karektor tersendiri. Nampak mahal sekali. Kemudian mengalihkan pasu-pasu bunga. Berat sangat rasa nak patah pinggang. Nampak laman lebih kemas, tak berserabut dengan pokok-pokok yang tak perlu.
 
Dapat SMS dari Abang Mohd dari Ipoh. Terlupa yang kami patut berjumpa di Laman 2004 . Terpaksalah mintak maaf dengan dia. Tasik Titiwangsa tu pernah pergi. Tapi kalau pergi sendiri harus sampai ke Banjaran Titiwangsa pulak. Nak bercuti gak untuk melawat pameran Laman tu. Siapa yer mangsa aku kali ini? My passion towards plants boleh membuatkan masa terhenti, kang tiba-tiba dah malam pun tak sedar. Its happen ...
 
Sabtu malam tak dapat nonton AF2, kat CC takde Astro. Kalau I pasang Astro membazir pulak. Mak dan abah tido cepat. Masing-masing busy memanjang. Rugi rasanya. Tapi nanti bila anak-anak buah datang bertandang. Diaorang komplen susah nak nonton kartun ler pelbagai. Zarina terkeluar, rasa sayang plak kat dia ni. Maksud I dia ok, berbanding ada pelajar yang lebih teruk dari dia but still 'hidup' lagi dalam program tu. Maybe nak suscribe gak tapi kena tanya ahli keluarga yang lain dulu. Kalau diaorang setuju nak kongsi membayar bil bulanannya oklah.
 
Malam tadi dinner dengan Uncle di New Village. Aku tak banyak cakap. Tapi kami berborak pasal adik Nur Atiqah, bengkak hati, pembelaan kanak-kanak, kenapa Melayu paling ramai, derma, meminta-minta dan birokrasi. Pasal Siti Sarah pun masuk dalam menu perdebatan kami. Suara bagus, tapi imej dia tak berapa kena buat orang benci. Juga pasal artis sorang lagi tu, buat rambut gaya mak cik-makc ik padahal anak baru satu. Pasal Malaysian Idol dan AF2 sudah semestinya. Wah dia tu tak padan tua ... . Aku dah tak ambil port hal dia lagi lantaklah apa dia nak buat. Semenjak AF2 ni aktiviti menonton wayang pun tergendala.
 
Mungkin akulah burung-burung sesat yang tersihir oleh sunyi ...
 
 
 
 

Friday, July 16, 2004


Berehat di hujung minggu, tenangkan fikiran! Pohon kelapa melambai-lambai! Posted by Hello

Aku ingin kau tahu, tanpa mu waktu tidak akan berhenti walau sesaat. Ombak tetap menghempas pantai. Pergilah walau ke mana sahaja mahu mu. Biarkan aku sendiri menghirup mimpi ini. 

PEJABAT AGAMA

PEJABAT AGAMA


Semalam ke Salak Tinggi tolong Wan jadi saksi untuk borang kebenaran nikah luar mukim dia. Aku pun belajarlah benda-benda yang perlu tentang pernikahan ni serba sedikit. Baca phamplet yang ada disediakan di situ. Yalah kot-kot terbuka hati manalah tahu. Lama juga nak mendapatkan borang pengesahan tu. Hanya kami sahaja yang ada kat situ tapi still agak lambat proses dia. Mungkin sebab Wan duda tu yang diorang nak pastikan semua benda lengkap.
 
Bila semua dah settled, kami pergi makan di food court di depan Pejabat Agama tu. Ada petai segala. Selera makan. Zul kata kat India petai ni diorang bagi lembu makan jer. Aku yang dengar tu terlopong sesaat. Kat Malaysia benda ni sikit punya berharga kat sana diorang bagi makan lembu jer, sungguh tidak patut. Aku makan 4 biji jer maklumlah time kerja. Bukan boleh bedal macam tu jer. Takut nafas berbau masa kat ofis nanti. Nasib baik tak ada meeting ker apa. Zul makan hampir sepapan, nah kau ada juga orang lain yang ‘hantu’ makan petai. Petai ni berkhasiat. Aku memang suka makan ulam.
 
Mak aku yang ajar aku makan petai ni. Dulu masa kecil aku bedal ler makan petai. Masa sarapan pagi pun bila makan nasi goreng aku tibai jer. Bila sampai kat sekolah aku senyap jer, diam semacam takut bila buka mulut, berbau. Tapi never learned. Sekarang ni kena berhati-hati manalah tahu kan . Imej kena jaga tak boleh sembarangan. Hanya bila balik kampong jer boleh makan semua benda ni.
 
Ni aku tuliskan maklumat dari phamplet yang diterbitkan oleh Bahagian Perundangan keluarga (BPK) JAIS.
 

Prosedur Permohonan Nikah Lelaki Bujang/Duda 
 
-Pemohon yang bujang hendaklah menghadiri Kursus Pra Perkahwinan.
-Pemohon mendapat borang Permohonan Nikah (IA) dari Pejabat Agama Islam Daerah.
-Pemohon dan 2 saksi lelaki dewasa hendaklah menandatangani borang permohonan Nikah (IA) dan mengemukakan Sijil kursus dihadapan Penolong Pendaftar Nikah Kariah mengikut alamat dalam kad pengenalan pemohon.
-Pemohon menyerahkan borang Permohonan Nikah (IA), Sijil Kursus dan dokumen berkaitan ke Pejabat Agama Islam Daerah dan mendapatkan pengesahan Pendaftar Nikah Daerah.
-Pemohon menyerahkan borang yang telah disiapkan bersama dokumen berkaitan dan Sijil Kursus kepada pihak perempuan.
 

Prosedur Permohonan Nikah Bagi Perempuan Anak Dara/Janda.

-Pemohon yang belum pernah berkahwin hendaklah menghadiri kursus Pra Perkahwinan.
Pemohon mendapatkan borang Permohonan Nikah( IC dan ID) dari Pejabat Agama Islam Daerah.
-Pemohon, wali dan 2 orang saksi lelaki dewasa hendaklah menandatangani borang permohonan Nikah (IC dan ID) dan mengemukakan Sijil Kursus dan borang pihak lelaki serta dokumen berkaitan yang telah disahkan dihadapan Penolong Pendaftar Nikah Kariah mengikut alamat dalam kad pengenalan/ atau tempat pemastautin.
-Pemohon atau wali hadir di Pejabat Agama Islam untuk mendapatkan pengesahan /surat kebenaran bernikah. 1.Kebenaran Seksyen17:RM5.00
-Akad nikah boleh dijalankan dengan perundingan Pendaftar/Penolong Pendaftar atau dinikahkan oleh walinya sendiri di hadapan Pendaftar/Penolong Pendaftar.
 
Aku juga sempat membelek Permohonan Berpoligami , prosedur dia lebih panjang dan ketat. Wan siap sound aku, “Yang pertama pun belum lepas”. Hehehe …

Thursday, July 15, 2004


Kian lama rindu itu jadi beku, kita menggigil mengharap mentari membawa ia pergi ... Posted by Hello

50 SOALAN

5O Soalan- Soalan Yang Biasanya Ditanya Semasa Interview



Kalau di lihat dan ditengok memang itulah soalan yang biasa ditanya semasa mula menghadiri interview dulu. Daripada 50 soalan ini 3- 4 soalan memang sah-sah kena jawab yang lain ikut mood interviewer tu. Maklumlah masa ‘fresh graduate’ kadang kita jawab pun ikut sedap gigi jer kan. Beginilah contoh soalan yg biasanya ditanya untuk adik-adik fresh graduate kita moga boleh membantu di dalam membuat persediaan.

· What are your long and short –range goals and objectives? When and why did you establish these goals, and how are you preparing to achieve them?
· What specific goals, other than those related to your occupation, have you established for your self over the next 10 years?
· What do you see yourself doing five years from now?
· What do you want to do in life?
· What are your long-range career objectives?
· How do you plan to achieve your career goals?
· What are the most important rewards you expect in your business career?
· What do you expect to be earning in five years?
· Why did you choose the career for which you are preparing?
· Which is more important to you, the money or the type of job?
· What are your greatest strengths and weakness?
· Describe yourself to me.
· How do you think a friend or professor who knows you well would describe you?
· What motivates you to put forth your greatest effort?
· How has your college experience prepared you for a business career?
· What changes would you make in your college or university? Why?
· What qualifications do you have that make you think you will be successful in business?
· How do you determine or evaluate success?
· What do you think it would take to be successful in our company?
· In what ways do you think you can make a contribution to our company?
· What qualities should a successful manager possess?
· Describe the relationship that should exist between a supervisor and those reporting to him or her?
· Describe your most rewarding college experience.
· If you were hiring a graduate for this position, what qualities would you look for?
· Why did you select your college or university?
· What led you to choose your field of major study?
· What college subjects did you like best? Why?
· What college subjects did you like least? Why?
· If you could do so, how would you plan your academic study differently? Why?
· Why should I hire you?
· What major problems have you encountered, and how did you deal with them?
· Do you think your grades are a good indication of your academic achievement?
· What have you learned from extracurricular activities?
· In what kind of work environment are you most comfortable?
· How do you work under pressure?
· In what part-time jobs have you been most interested? Why?
· How would you describe your ideal job following graduation?
· Why did you decide to seek a position with this company?
· What do you know about our company?
· What two or three things are most important to you in your job?
· Are you seeking employment in a company of a certain size ? Why?
· What criteria are you using to evaluate the company for which you hope to work?
· Do you have a geographical preference? Why?
· Will you relocate? Does relocation bother you?
· Are you willing to travel?
· Are you willing to spend at least six months as a trainee?
· Why do you think you might like to live in the community in which our company is located?
· Do you have plans for continued study? An advanced degree?
· What have you learned from your mistakes?


(Berdasarkan penyelidikan yang dibuat oleh Dr. Frank Endicott , CONCEPTS p:98).


Tapi banyak juga soalan yang tidak masuk akal yang akan ditanya masa pergi interview. Ikut pengalaman aku :

“ Awak ni muka macam pembangkang jer? Ahli **NO ker **S? Ini mesti sah pembangkang ni …. Bla bla bla ….”.

Wednesday, July 14, 2004

THE WAY WE WERE

THE WAY WE WERE



Indahnya alam ciptaan tuhan!  Posted by Hello

Semalam ada benda yang buat aku tension dengan Finance Dept. Betul-betul buat aku jadi hilang mood seharian. Mereka reject benda yang aku dah plan elok-elok nak buat. Dan benda tu pun dah masuk ‘target setting ‘ dept aku tahun ni. Aku mengadu kat boss, dan memasing tengah angin semacam. So aku menjauhkan diri dari mengingatkan hal tersebut buat seketika. Jadi untuk memujuk jiwa aku yang tengah berduka lara tu …

Aku layan nonton “The Way We Were” malam semalam. Kisah percintaan yang menarik. Lakonan Robert Redford ( Hubbell Gardner) dan Barbra Streisand ( Katie Morosky). Kisah yang bermula di alam kampus berlatar belakangkan kehidupan pelajar tahun 1937. Kisah kehidupan pelajar digambarkan penuh realiti, suka duka kegigihan sebagai pelajar dan aktiviti masyarakat kampus di paparkan dengan cukup kemas dan logik. Aktiviti pengucapan umum di mana Katie melaungkan slogan anti peperangan. Manakala Hubbell pula seorang atlit sukan yang popular. Persaingan menjadi yang terbaik dalam menghasilan kertas kerja / karya. Di mana Katie terpaksa mengakui kehebatan karya Hubbell , “It’s the All American Smile”.

Hanya setelah 8 tahun dan secara kebetulan mereka bertemu semula di bar dan jatuh cinta dan mengambil keputusan untuk hidup bersama. Hubbell menjadi penulis skrip di Hollywood. Namun perkahwinan mereka tercetus konflik yang akhirnya memisahkan mereka berdua. Filem ini mengemukakan tema perhubungan antara dua insan, cinta yang mengikat keduanya dan perbezaan yang memisahkan mereka untuk terus kekal bersama. Lakonan Barbra cukup cemerlang di samping Robert. Mata birunya sering berkata-kata . Cinta sahaja tidak akan membawa kita kemana-mana tanpa tolak ansur dan kekuatan jiwa menghadapi cabaran hidup berdua.

"Everything that happens in the world does not happen to you personally."--Hubell Gardner (Robert Redford) to Katie Morosky (Barbra Streisand)

"Your friends make me feel like I'm invited for drinks and everyone else is staying for supper."--Katie to Hubell

The Way We Were

Memories
Like the corners of my mind
Misty watercolor memories
Of the way we were
Scattered pictures
Of the smiles we left behind
Smiles we gave to one another
For the way we were

Can it be that it was all so simple then
Or has time rewritten every line
If we had the chance to do it all again
Tell me - Would we? Could we?

Memories
May be beautiful and yet
What's too painful to remember
We simply to choose to forget

So it is the laughter
We will remember
Whenever we remember
The way we were

So it is the laughter
We will remember
Whenever we remember
The way we were

Artist: Barbra Streisand (peak Billboard position # 1 in 1974)
Words and Music by Marvin Hamlisch, Alan Bergman and Marilyn Bergman
title song from the movie.


Tuesday, July 13, 2004

BILA RINDU BERDETIK

BILA RINDU BERDETIK



Rinduku basah di hempap hujan yang mencurah ... Posted by Hello

Baru belajar benda ini. Yelah tulisan akan nampak kaku bila tiada gambar. Tidak perlu kata-kata yang berjela. Sekeping gambar mampu melukiskan segala, mampu bersuara sekuatnya. Walau dalam sunyi yang paling dalam.

Alangkah baiknya pada waktu ini kita menginsafi diri. Lihatlah burung senja telah pulang menuju sarang mencari dirinya yang hilang...

UJIAN DARI TUHAN

UJIAN DARI TUHAN


Setiap dari kita sentiasa diuji dalam kehidupannya. Tiada seorang pun yang menjalani kehidupan ini tanpa dugaan dan ujian dari tuhan. Kekayaan kadang menguji kita tentang nikmat dunia. Ada manusia yang mula lupa diri bila sudah berjaya dan kaya –raya. Lupa siapa yang berada dibelakangnya selama ini memberi kekuatan di saat dia membina hidup.

Satu misteri yang memang sukar dirungkaikan. Kadang bila difikirkan adalah elok menjadi kanak-kanak. Tak perlu memikirkan semua benda yang menyesakkan ini. Tak perlu memikirkan kenapa begitu, kenapa begini. Berjalan terus seakan masa terhenti. Tapi realiti hidup memang menakutkan. Bukan takut menghadapi kenyataan tetapi seharusnya kita mendoakan yang terbaik di sepanjang kehidupan kita yang amat singkat ini.

Kesabaran manusia juga ada hadnya. Aku bukan nabi, aku hanya hambaMu yang kerdil. Tunjukanlah aku jalan yang benar dan diredhai. Aku berharap dia tidak menyisihkan aku terus dalam hidupnya walau aku tahu mimpi itu semakin menjadi nyata.

“Jangan putus harapan kepada kurniaan Allah, sesungguhnya yang berputus harapan kepada kurniaan Allah itu hanyalah orang-orang kafir”. ( Surah Yusuf : 87)

Janji Manismu

Oh dunia ini
Penuh kepalsuan
Oh mungkinkah tiada keikhlasan
Apakah ini
Suatu pembalasan
Ku sedar kebesaran Mu Tuhan

Aku bagai sorang
Kembara jalanan
Terumbang ambing di lautan gelora
Mencari kebahagiaan
Dahan untuk menumpang kasih
Mungkinkah suratan
Hidup kan selalu keseorangan

Hati membeku mengingatkan
Kata janji manis mu oh...
Ku dilambung angan-angan
Belaian kasih sayang suci dari mu
Oh kejamnya

Lidah tidak bertulang
Ucapan cinta menghiris kalbu
Ku kan pergi membawa diri
Cinta di hati terkubur lagi

Tidak ku fahami
Mengapa terjadi
Peristiwa pahit mengguris hati
Jalanan hidup ini
Sudah tertulis
Ku tempuhi dengan kesabaran
Ku sedar kebesaran Mu Tuhan

( Lagu : Adam Ahmad - Lirik : Aishah )



Monday, July 12, 2004

DAH DEMAM?

DAH DEMAM?


Sabtu aku ke JJ di Puchong. Escort Yana gi shopping dgn Ajak. Diorang nak beli barang. Aku pening kalau gi shopping moping dengan Yana ni. Belek benda beratus kali baru nak decide beli. Entah apa sahajalah yang dia beli. Ajak jadi tukang bawak barang. Aku gi kedai buku dan browse buku dan majalah. Banyak juga majalah yang aku 'curi' baca. Hehehe untung sekali. Sebelum tu kitaorang gi Malee di Dengkil makan di situ. Yana yang belanja, tomyam dia sedap sekali.

Pukul 5.30 barulah sampai semula ke Kolej Yana. Kakak di Banting Call "Acik Amal dah demam?" Laa suara anak buah aku yang umur 3 tahun setengah itu rupanya. Mula-mula aku tak dapat tangkap apa maknanya. Slow sikit otak aku bila petang-petang ni. Kakak aku jemput ke rumah dia nonton AF2. So laju jer aku memandu di highway ke rumah dia. Tak sempat beli 'jajan' aku bawak anak buah aku semua ke kedai. Seronok konsert malam tu, walaupun Anding keluar ( bagus ler). Paling best persembahan Mas ( suara tak jelas tapi confirm seksi), rock kapak yang tak berapa menjadi dari Bob( suara kepit tak lepas kangkang ler) dan Zarina paling menyeramkan.

Aku bagitau my sis that tak menjejaskan pelajaran ker kalau asyik mengadap TV nonton cartoon tu semua. Pelajaran si akak tu memang maintain best no satu di sekolah pagi dan sekolah agama. Tapi abang jatuh no 3 dan sekolah agama kekal no 1. Selalunya diaorang scorer. Rupanya diorang hanya nonton astro hujung minggu jer. Hari lain kakak aku jerlah yang nonton ... mmmm yolah.

Ahad emosi terbenam, duduk rumah jer sebab dia sibuk. Nak ke lembah tengah pun tak jadi. Cisss ...

YANG KU MAHU
Lagu ini melatari blog Merry. Aku tak perasan lagu ini mempunyai lirik yang begitu kuat hinggalah hari ini aku menghayatinya dengan sepenuh hati. Hidup ini memanglah berlandaskan apa yang kita mahu. Namun apa yang kita harapkan tidak semuanya terjadi elok. Kadang buntu memikirkan apa yang harus dilakukan selanjutnya.

Seringnya
Ku berfikir
Sampai pernah
Tak jua
Ku temukan
Jalan keluarnya

Jika memang
Bukan ini
Sudah tamatkanlah
Kerna ku
Tak mahu
Waktuku
Terbuang

Jangan memaksakan ini
Jika memang
Bukan yang ini
Kerna
Sesuatu yang peka
Buat kita
Jadi masalah

Yang ku mahu
Ada diri mu
Tapi tak begini
Keadaanya
Yang ku mahu
Selalu denganmu

Jika tuhan
Mahu begini
Robahlah semua
Jadi yang ku mahu
Kerna ku ingin
Semua berjalan
Seperti yang ku mahu.

( Kris Dayanti)

Hanya kita sendiri yang mengetahui dan mengenali hati kita, begitu sukar memahami hati orang. Often, the hammering doesnt break you, it makes you stand firm!

Saturday, July 10, 2004

MY BABY YOU

MY BABY YOU


Kenapa begitu?...

As I look into your eyes
I see all the reasons why
My life worth a thousand skies
You're the simplest love I've known
And the purest one I'll own
Know you'll never be alone

My baby you
Are the reason I could fly
And cause of you
I see all the reasons why
Baby you
There's no more just getting by
You're the reason I feel so alive

Thought these words I sing are true
They still fail to capture you
As mere words can only do
How do I explain that smile
And How it turns my world around
Keeping my feet on the ground

I will sooth you if you fall
I'll be right there if you call
You're my greatest love of all

Arianna I feel so alive.

(Marc Anthony)

Sukar sekali mentafsir tutur kata mu.

Friday, July 09, 2004

PAGI YANG CERAH

PAGI YANG CERAH


Hari ini malas betul nak bangun. Sudah hari Jumaat semula. Esok pula kerja tapi nak 'menghilangkan' diri. Ada urusan di bank yang perlu disettledkan. Semalam Man ke Filipina, naik flight dari Singapore. Dia kehabisan cash terpaksalah aku masukkan dulu duit kat bank. Nasib baik urusan lain company dia bekalkan card. Dia dah selalu outstation ke sana.

Ahad Yana dah 'booking' masa aku. Dia nak pergi shopping kat JJ beli buku katanya. Tapi biasanya benda lain yang lebih banyak. Nasib baik duit belanjanya aku yang pegang. So tak dapatlah dia berpesta pora macam selalu. Dia mudah cemas kalau pegang duit banyak-banyak. Kata duit hilanglah padahal dah dibelanjakan.

Sabtu nak ke Lembah Tengah, ada pameran :

Homedec 2004
Date: July 07 - 11, 2004
Location: Mid Valley Exhibition Centre (MVEC)
Time : 11.00 am. - 9.00 pm.
"The exhibition provides a complete platform and a one-stop solution for house owners in their quest in search for the right kind of ideas, products and tips for their dream home. It is the exhibition that boots of not only new products, it is also one step ahead from the norm with daring concepts and ideas."

Tak tahulah pak cik tu free ke tidak. Tapi aku dah book time dia, suruh temankan. Dia kata peninglah tengok perabot. Cehhh tahulah rumah dia tu upah ID buat segala. Kita yang tak berduit ni kenalah 'curik' idea orang, maklumlah tak mampu nak upah orang buatkan. Harap dia ada masa lapang. Kalau dia cancel memang nahaslah.

Terbaca satu artikel, interview seorang pereka fesyen lelaki terkenal yang masih bujang dan membela anak angkat. "Bagi saya zaman sudah berubah. Jika dulu perkahwinan diatur oleh ibu bapa, kemudian zaman memilih jodoh sendiri, datang semula perkahwinan yang diatur keluarga dan kini kita lihat institusi kekeluargaan itu semakin rapuh, kahwin kemudian bercerai menjadi perkara biasa. Berkahwin tidak semEstinya bahagia dan macam-macam kes yang berlaku dewasa ini yang kadangkala kita tidak terfikir akan terjadi, berlaku dalam masyarakat kita. Jadinya saya rasa saya boleh membuat pilihan sama ada berkahwin atau tidak tetapi tanpa membuang masa dan mempunyai anak dengan menjaga anak angkat..." katanyalah dalam interview tersebut.

Wan my housemate pun selalu kata "Jangan jadikan my marriage life yang tidak menjadi tu sebagai contoh u takut nak berumahtangga." Sekarang dia sedang sibuk isi form dan menguruskan perkahwinan keduanya dengan anak dara dari Melaka. Bekas isterinya yang menuntut cerai itu, still macam tu lagi. Apa-apalah Wan, asalkan kau bahagia.





:











Thursday, July 08, 2004

MENGENANG ROSLI

MENGENANG ROSLI


Kita mungkin pernah tersentuh dengan ungkapan Saaman watak utama dalam Novel Keluarga Gerilya ( Pramoedya Ananta Toer) : “Kemanusiaanku korbankan. Dan sekarang ini – jiwa dan ragaku sendiri. Kupaksa diriku menjalani kekejaman dan pembunuhan agar orang yang ada di bumi yang ku injak ini tidak perlu lagi berbuat seperti itu – agar mereka itu dengan langsung bisa menikmati kemanusiaan dan kemerdekaan”. Pramoedya mengungkap dengan begitu berkesan tentang kemanusiaan, kemerdekaan dan keadilan.

Tetapi hidup sering kali tidak pernah adil, atau kita melalui saat yang silap walau dengan niat yang betul sekalipun. Rasa cinta sesama manusia melebihi dari segalanya.

Kata Jalaloddin Rumi : “ Cinta adalah suatu pemulihan terhadap kesombongan diri kita yang berlebihan. Ia adalah ‘ubat’ semua kelemahan. Hanya orang yang memakai jubah yang dibeli dengan cinta akan benar-benar menjadi murni jiwanya. Cinta adalah kekuatan yang menggerakkan alam semesta. Oleh kerana cintalah sesuatu berjalan tanpa henti menuju asal-usulnya, Tuhanlah yang merupakan tujuannya sekaligus. Dan “Dia” adalah cinta yang mampu memberikan makna yang luas terhadap kehidupan ini. Dalam cinta, kekuatan-kekuatan alam mencapai suatu kesatuan yang unik. Makin seseorang itu mencintai, makin dalam dia menembusi ke dalam ‘tujuan-tujuan Ilahi’ dalam kehidupan. Cinta adalah ‘rahsia langit’.

Dan Rosli tertewas dalam merebut kembali nilai kemanusian yang begitu goyah terhakis. Tuntutan kehidupan memang tidak pernah adil menilai cinta manusia.

Rosli Mohd Saad , 36 kembali kerahmatullah ketika di bawa ke Hospital Ampang Puteri, akibat cedera parah terkena tiga tikaman di dada dan belakangnya. Allahyarham cuba menolong seorang wanita yang menjadi mangsa ragut, mati ditikam ketika bergelut dengan peragut itu di Taman Mulia Jaya, Lembah Ampang di pagi Selasa, 29 Jun 2004.
(BH, Rabu 30 Jun 2004)

Al-fatihah.

Wednesday, July 07, 2004

I BELIEVE


Semalam bekas ‘student’ kami datang melawat dan memperkenalkan produk hasil syarikat mereka. Sudah tentu aku ‘impress’ sebab mereka berani mencuba bidang perniagaan setelah bergelar graduan. Presentation yang dibuat juga menarik dan mereka yakin memberikan pendapatnya. Mereka mengaplikasikan semula apa yang diajar kepada mereka di dalam dunia perniagaan yang diceburi. Mereka bukanlah pelajar cemerlang di kelas, tapi tetap hebat setelah bergelar siswazah. Aku teringat pada Man bila melihat mereka. Anak muda Melayu yang bercita-cita besar. Harap mereka juga berjaya dalam apa sahaja yang diusahakan.

John Kenneth Galbraith (1958) seorang pemikir tersohor menulis di dalam bukunya yang berpengaruh , The Affluent Society, mengatakan yang diperlukan oleh masyarakat bukanlah orang yang kaya, atau yang kaya semakin kaya, melainkan masyarakat di mana ia merasa aman secara kewangan, sosial dan budaya. Dalam 'knowledge society', mereka mempunyai sesuatu yang lebih penting berbanding jaminan kewangan iaitu 'social standing' atau 'social affluence'.

Man dan ex-student kami adalah golongan professional yang mempunyai dua keperluan utama. Pendidikan formal yang memungkinkan mereka memasuki 'knowledge work' secepatnya dan melanjutkan pendidikan sepanjang masa kerja mereka agar pengetahuan mereka tetap berkembang dan terkini.

I BELIEVE
written by Tamrya Gray, performed by Fantasia Barrino

Have you ever reached your rainbow's end
did you find your pot of gold
ever catch a shooting star
tell me how high did you soar
ever felt like you were dreaming
just to find that you're awake
and the magic that surrounds you
can lift you up
and guide you on your way

chorus
I can see it in the stars across the sky
dreamt a hundred thousand dreams before
now i finally realised
you see i've waited all my life
for this moment to arrive
and finally
(i believe)

bridge
I believe in the impossible
if i reach deep within my heart
overcome any obstacles
won't let this dream just fall apart
you see i strive to be the very best
shine my light for all to see
coz' anything is possible
when you believe

refrain
Love keeps lifting me higher
you ought to try it for yourself
lifting me higher
love keeps lifting, love keeps lifting me higher
higher

Tuesday, July 06, 2004

ENTAH

ENTAH


Aku bercuti semalam, ada sesiapa yang rindu aku ker? (Perasan). Yana balik ke kolej so aku kenalah hantar dia. Settledkan hal rumah dia, nasib baik dapat kolej. Kalau dia kena duduk luar haru pulak. Malam Sabtu menonton Spiderman 2 di KLCC. Best sangat citer dia. Walaupun dia bukanlah citer berat, tapi mesej yang nak disampaikan tetap ada dan begitu berkesan sekali. Cinta sejati tetap akan tunduk pada kenyataan. Hati sendiri tidak boleh dibohongi. :)

Pagi Ahad balik ke CC dan pergi ke rumah kakak di Banting dengan Yana. Seebelum tu ke Nilai 3, tak jumpa barang yang dihajati. Rupanya ada kat Banting, hampeh betul rugi jer duit minyak kereta aku. Dapat 2 pokok tanduk rusa dari Ajak. Sanggup dia naik turun bas bawak benda tu.

Sekarang ni demam AF2, we all ada database khas MP3 untuk persembahan bebudak tu. Aku suka sangat persembahan Linda, sambil memetik gitar nyanyi lagu "Leaving On A Jet Plane".

Friday, July 02, 2004

INILAH KEHIDUPAN

INILAH KEHIDUPAN


Selama ini aku ingatkan presiden aku ni seorang yang tidak berperasaan. Dia nak semua perfect dan selalu kata kalau kita tidak serious dengan tugas pelanggan akan lari. Jadi dia tidak akan bertolak-ansur dengan kualiti kerja kakitangannya. Rupa-rupanya dia juga insan biasa. Hatinya juga mudah tersentuh juga. Lagi yang amat mengejutkan dia juga baca kisah DCCK (Di celah-celah kehidupan). Satu kisah yang dipaparkan kira-kira 2 bulan lepas telah merentap hati kerasnya.

Masa tu dia sedang menikmati sarapan paginya di sebuah restoran di Melaka. Kisah ayah halau dari rumah sebab tidak dapat kerja. Graduan tu sudah 6 tahun mengganggur dan tidak ada kerja tetap. Sentiasa gagal dalam interview, sedangkan dia mendapat kelas kedua atas lulusan universiti tempatan. Si ayah menjodohkannya dengan seorang lelaki yang bukan pilihannya. Lelaki itu yang mengaku seorang supervisor kilang rupa-rupanya hanya pengawal keselamatan. Cik Zetty menulis kisah sedihnya itu di DCCK.

Prof kami ni cukuplah hiba dan nak tahu kenapalah Cik Zetty ni sentiasa gagal dalam interview. Prof suruh setiausahanya mengesan siapa Cik Zetty ni. Selama 3 minggu usaha mengesan Cik zetty ini dilakukan. Hinggalah setiausaha itu dapat menjejak Cik Zetty dan kemudian Prof bersama Director HR mengadakan satu interview khas untuk insan ‘istimewa’ ini. Ya, temuduga itu di buat khas untuk Cik Zetty. Maka pada hari yang ditetapkan Cik Zetty dan ayahnya memandulah ke Melaka.

Semasa interview dilakukan banyak soalan dikemukakan. Cik Zetty pula menangis sepanjang 20 minit interview itu diadakan. Soalan mudah pun tidak boleh dijawab dengan ‘bijak’ melambangkan daya intelektualnya. Kalau terlalu emosi manakan dia mampu menangani 1500 pelajar timur tengah yang ‘brutal’ dan tidak makan saman itu. Mana mungkin majikan mahu memberinya kerja kalau nanti sikit-sikit terpaksa merujuk pada pegawai atasan untuk menyelesaikan masalah. Sepatutnya kalau dia mampu melepasi tempoh temuduga tersebut pihak universiti akan memberinya kerja tetap di bawah skim siswazah sebagai penolong pengurus. Dia dijemput untuk datang interview yang diadakan khusus untuknya sahaja. Malangnya dia gagal, prof tidak ‘impress’ langsung dengannya dan tahulah kini kenapa dia gagal dalam kesemua interview yang dihadirinya.

Dua hari selepas diinterview Cik Zetty mengemail setiausaha prof dan mengucapkan terima kasih kerana prof sudi menginterviewnya dan kini dia sedar bahawa dia banyak kekurangan. Bahawa segulung ijazah bukan dapat menjamin kedudukan yang selesa dalam hidup. “Soft Skill” juga penting, interpersonal skill, bagaimana kita membawa diri dan menangani sesuatu situasi juga mustahak. Ianya tidak semudah menghafal teori.

BEBAS


Hanif Basrie telah bebas. Sudah pasti kebebasannya ini harus disyukuri setelah diberi peluang kedua untuk meneruskan kehidupan. Segalanya pasti berubah. Dia akan melihat kehidupan ini dari sudut pandangan yang lain. Ada suara-suara nakal, tetapi manusia juga boleh berubah dan menjadi lebih baik setelah melalui 'trauma kehidupan yang dahsyat'. Apa yang menariknya tentang episod ini adalah bagaimana si isteri tetap setia di sisinya sepanjang tempoh perbicaraan berlangsung. Sudah pasti hatinya hancur berkecai namun dari serpihan-serpihan kasih sayang yang tersisa itu diharapkan mereka akan terus bersama menerjah badai kehidupan.

Ya hidup ini terlalu pendek untuk dimusykilkan!

Thursday, July 01, 2004

REPUTASI

REPUTASI


Everything is in the name!
Mengapa orang beli Mercedez?
Mengapa orang terbang dengan 'first class"?
Mengapa orang nak masuk Harvard?

Orang sanggup menghantar anak belajar di MIT untuk kursus IT dengan yuran pengajian AS$25K setahun berbanding Berkeley (universiti awam) cuma AS$6K setahun. MIT antara pusat pengajian tinggi swasta yang terbaik di AS. Antara Top 5 selepas Harvard, Stanford, Yale. Berkeley pula universti ke 21 terbaik yang termasuk dalam kategori universiti berprestij di AS. Di AS 20 top universitinya dikuasai oleh universiti swasta. Ya sudah pasti reputasi yang baik menjadikan universiti-universiti ini tidak segan silu meletak harga. Pelajar dari seluruh dunia juga berlumba-lumba untuk belajar di sana. Tak perlulah dinyatakan bagaimana produk yang dihasilkan oleh universiti ini. Orang melihat bukan sahaja ijazah yang diperolehi tetapi juga dari institusi mana graduan itu dilahirkan.

Tapi hidup ini tidak hanya bergantung pada sekeping kertas. Dunia pekerjaan terlalu asing dan mencabar. Ramai bijak pandai yang mendapat 'fisrt class' tidak juga mendapat pekerjaan yang diharapkan. Ramai juga yang tidak mendapat pendidikan formal tetapi tetap berjaya dalam hidup. Bill Gates boleh dijadikan contoh yang baik. Majikan akan lebih berminat pada karektor dan nilai diri graduan, kualiti inilah yang tidak diajarkan di universiti. Tidak guna mempunyai Phd dan "terlalu pandai" tetapi menyusahkan majikan dan rakan sekerja. Tidak boleh ditegur dan bongkak. Tidak boleh menjadi 'team player' yang baik dan menyakitkan hati. Suka menyalahkan orang lain semua tak betul. Kalau beginilah sikapnya siapalah yang berani mengambilnya bekerja. Inilah realiti kehidupan.

Top student di kelas belum tentu dapat menjadi pekerja yang baik atau lebih sadis lagi tidak menjamin memperoleh pekerjaan yang baik. Nilai diri itulah yang utama. Pelajar yang cemerlang di kelas biasanya hanya menjadi 'pak turut' pensyarah. Terlalu terikut dengan teori. Manakala pelajar yang mempunyai pemikiran kreatif biasanya berani menjelajah idea-idea lain tetapi malangnya tidak 'sealiran'dengan apa yang diajar di kelas.

Penting sangkatkah mendapat 10A? Hebat sangatkah bila mendapat 'first class'? Ya memang diakui kelayakkan akademik memang penting dalam beberapa tahun di dalam kehidupan kita. Tetapi selepas itu orang tidak pandang lagi itu semua. Pengalaman dan keupayaan membuktikan kebolehan itu akan menjadi aset yang lebih berharga. Pernahkah anda meghadiri temuduga tanpa membawa sebarang sijil atau dokumen? Reputasi yang baik dibina bertahun.