Saturday, August 28, 2004

AKU HIDUP DALAM BLUES III

AKU HIDUP DALAM BLUES III

28 Ogos 2004
Aku jumpa abang Nasir malam tadi. Dia bersedih bagai, tapi bila bab mengutuk aku memang tak pernah berkurang. Aku faham apa yang dia rasa. Yelah dah tua-tua, anak yatim piatu. Ada kakak sulung tempat menumpang kasih tapi tetap direntap nikmat itu dari genggaman. Tuhanlah yang amat memahami apa yang terbaik untuk kita sebenarnya. Ajal maut di tangan tuhan.
Aku tanya dia, kenapa tak pulang ke kampong ayahanda? Dia kata tak larat nak ke sana. Dia tak juga mengikut jenazah bila dikebumikan. Entah apa-apalah pak cik sorang ni. Habis diorang tak carik ker? Dia kata "I dah cakap apa yang hendak diperkatakan". Yelah degil tak boleh diajar jugak.
Simpati manusia hanya paling kuat seminggu. Selepas itu hidup perlu diteruskan. Yang pergi akan hanya wujud di celah-celah memori kita yang sendat dengan seribu macam agenda selagi nafas ada. Terfikir pula aku siapalah yang akan menggingati aku lagi setelah aku tiada nanti
Hari paling sibuk. Uruskan segala program retreat de PD. Dapat lagi sponsorship 3K then aku belasah beli tracksuit dan t'shirt lagi untuk 50 kakitangan di dept aku. Pukul 2.00 petang bertolak ke Cheras ada meeting. Mesyuarat habis pukul 6.00. Then bertolak ke Cape coral lalu Kepong. Dapat 2 miss call dari abg Fendi tanya aku kat mana. Orang kuantan dah sampai rupanya. Sampai rumah pukul 8.30. Wah akak aku mengandung lagi rupanya dah 7 bulan. Bulan 11 akan bersalin. Lelaki lagi menurut meerka. Harap keluarga mereja sentiasa dimurahkan rezeki dan aman sentosa. Bukan Sentosa Island yer? Tu pulau plastik.
29 Ogos 2004
Pergi rewang di rumah jiran, depan rumah aku sahaja. Majlis menyambut menantu mereka. Aku tolong basuh pinggan mangkuk jer. Tu ler yang aku expert sejak dari dulu kalau pergi kenduri kendara ni. Sebab style sekarang dah berubah. Layan diri kan. Pening sebab panas sekali keadaanya. Mereka tanya aku soalan "Bilalah aku nak tolong rewang di rumah ko pulak?". Aku senyum sahaja.
Petang aku ke Ijok rumah nenek aku. Mak cik aku buat majlis Marhaban bayi perempuan mereka. Nama bayi tersebut panjang dan agak pelik. Jumpa pula adik angkat dia yang nak dijodohkan dengan aku dulu. Tapi aku tak kenal. Tak ingat wajah dia sebenarnya. Sebabnya dulu rasanya saiz dia X jer tapi dah menjadi XXL pulak. Ehh ini jawapan melawak yang aku bagitahu Yana bila dia kata tak perasan ker "mak cik" yang dokong sorang anak tuu. Suami dia muda, mereka secocok. Gembira dengan kebahagiaan orang lain.
Aku pulang ke Cyberjaya dan sampai pukul 10.00 malam. Sempat menonton Malaysian Idol. Then tidur ... ZZZZ.
Ehhh dah lama tak buat lintas lansung camni. Salam Merdeka semua!!!
JUST ONCE
James Ingram

I did my best
But I guess my best wasn't good enough
Cause here we are
Back where we were before
Seems nothin' ever changes
We're back to being strangers
Wondering if we ought to stay
Or head on out the door
Just once...
Can't we figure out what we keep doin' wrong
Why we never last for very long
What are we doin' wrong
Just once...
Can't we find a way to finally make it right
To make the magic last for more than just one night
If we could just get to it
I know we could break through it
(Hmm hmmmm)
I gave my all
But I think my all may have been too much
Cause Lord knows we're not gettin' anywhere
Seems we're always blowin'
Whatever we've got goin'
And it seems at times with all we've got
We haven't got a prayer
Just once...
Can't we figure out what we keep doin' wrong
Why the good times never last for long
Where are we goin' wrong
Just once...
Can't we find a way to finally make it right
To make the magic last for more than just one night
I know we could break through it
If we could just get to it
(Bridge)
Just once
I want to understand.....
Why it always comes back to goodbye
Why
Can't we get ourselves in hand
And admit to one another
We're no good without each other
Take the best and make it better
Find a way to stay together
Just once.....
Can't we find a way to finally make it right (Whoa)
Make the magic last for more than just one night
I know we could break through it
If we could just get to it
Just Once.....
Whoa oh, we can get to it
Just Once.....

Friday, August 27, 2004

JUMAAT YANG SYAHDU

JUMAAT YANG SYAHDU

Saya agak bersedih hari ini. Kakak sahabat baik saya telah kembali kerahmatullah pada pagi 3.30 tadi. Saya agak terkilan juga. Cadangnya hari ini saya hendak mengunjunginya di hospital. Namun Allah lebih menyayanginya. Beliau telah bertarung dengan kanser payu dara itu semenjak 3 tahun yang lalu. Kesihatannya semakin merosot di awal tahun ini. Hinggalah beliau disahkan tiada harapan lagi semenjak 4 hari yang lalu. Beliau koma, kanser itu telah menyerang hati dan turut menjahanamkan buah pinggangnya juga.
Patutlah 3 malam yang lalu saya kerap terjaga dari tidur dan terbayang-bayang wajahnya. Allahyarhamah tiada sebarang kaitan tali persaudaraan dengan saya. Beliau merupakan kakak sulung Abg Nasir. Mungkin dia mahu saya menjenguk-jenguk adiknya itu bila dia tiada lagi. Entahlah sebabnya saya jarang ingat wajah orang.
Buat saudara saudari yang membaca catatan saya ini. Adalah amat penting kita menyarankan kepada orang -orang yang kita sayangi untuk membuat pemeriksaan payudara. Beritahulah kepada kakak, adik perempuan kita, juga teman kita untuk membuat pemeriksaan. Pengesanan awal mengurangkan risiko.
Juga mohon kepada anda semua sedekahkanlah al-Fatihah pada Allahyarhamah Zahara binti Manap (48 tahun). Saya amat menghargai ingatan daripada para pembaca sekelian.
Al-Fatihah.

Thursday, August 26, 2004

Harga Kemerdekaan

HARGA KEMERDEKAAN



Bulan Ogos bulan kemerdekaan. Jalur Gemilang banyak menghiasi kereta 'buatan tempatan'. Namun saya lebih tertunggu-tunggu iklan syarikat gergasi tanahair yang penuh maksud tersirat. Seorang nenek tampak biasa namun tangkas mengaplikasikan ‘mobile technology’ dalam kehidupannya. Kesan asakan gaya hidup moden. Saya sendiri masih menggunakan handphone lama ( asal boleh buat panggilan, sms dan bayar bil tiap bulan sudah memadai).

Cinta antara etnik di Malaysia dipaparkan dalam satu iklan yang lain. Orang Melayu dan India berkahwin bukanlah satu perkara pelik. Betapa kita mudah berasimilasi dengan persekitaran dan bangsa kita amat terbuka gaya penerimaannya terhadap sesuatu.

Jadi tidak hairanlah juga jika budaya kita juga ikut sama bergerak pantas dengan perubahan ini. Apa sahaja yang ada di barat, esok lusa kita ‘carbon copy’ sepenuhnya. Tidak boleh ketinggalan barang sedikit. Inilah nilai kebebasan yang terpaksa kita bayar.

Kalau dibaca sejarah terlalu banyak airmata yang tumpah demi nenegakkan kemerdekaan ini. 31 Ogos lahir dari perjuangan perajurit kita yang banyak terkorban. Pejuang kemerdekaan tidak kiralah siapa pun mereka ini. Perlu diingat kemerdekaan yang kita kecapi sekarang adalah hasil usaha orang terdahulu dan kita sebenarnya meminjam kemerdekaan ini daripada anak cucu kita.

Harga kemerdekaan tidak boleh dibayar bila hanya satu pihak sahaja hidup mewah tetapi pihak yang lain hidup melarat. Kelak nanti segala kekayaan yang tidak seimbang ini akan hilang begitu sahaja.

Cuba renungkan pandangan Datuk Dr. Norraesah Mohamad bahawa “Pendapatan antara orang Melayu dan bukan Melayu semakin mengengkang. Sebelum DEB jurang perbezaan dalam pendapatan atau income disparity ratio antara Melayu dan Cina ialah 1:2.29. Pada tahun 1999 ia menurun pada 1:1.74 dan kini berada pada tahap 1:1.83”.

Apakah maksudnya ini semua? Ianya memberi maksud setiap satu ringgit yang orang Melayu perolehi, rakan Cinanya memperolehi hampir 2 kali ganda. Ini juga bererti matlamat kesamarataan antara kaum iaitu aspek penyusunan semula masyarakat jauh dari sasaran.

Jika di lihat hampir 90% dari ribuan graduan yang mengganggur adalah terdiri daripada orang Melayu. Bila kita bekerja di dalam bidang pendidikan, barulah kita tahu situasi sebenar yang berlaku. Alangkah bertuahnya kita bila kerajaan masih memberi keutamaan kepada bidang pendidikan. Masyarakat kita masih mengagungkan bijak pandai. ITM akan dibuka semula agar lebih ramai pemuda pemudi harapan bangsa kita berpeluang mengikuti bidang yang memenuhi kehendak pasaran tenaga kerja.

Tidak semua orang bertuah dalam hidupnya. Begitu jugalah tidak semua orang memperolehi peluang pekerjaan yang diharapkan, hidup dalam keadaan tenteram dalam aspek ekonomi, emosi dan persekitarannya. Bila seorang Melayu dapat bekerja bersama bangsa lain pasti mereka akan berkata “ Saya mempunyai semua kualiti yang setanding dengan apa yang bangsa lain inginkan”. Bersyukurlah hendaknya, kerana dia berpeluang memperolehi apa yang kebanyakkan orang lain hanya dapat bermimpi!

Saya percaya bidang pendidikan mampu mengubah pemikiran bangsa kita. Kita mesti tahu apa yang harus diberi tumpuan, kejarlah kecemerlangan kerana pelajaran adalah segala-galanya. Benar negara kita memerlukan penghibur, tetapi kita juga kekurangan doktor, jurutera, penyelidik malahan pensyarah dalam pelbagai bidang yang tidak pernah kita fikirkan sebelumnya.

Ramahnya angin Disember
Dinginnya hujan di pendalaman
Bersatu dalam warna malam sepi
Aku teringat
Sebuah taman terbakar hangus
Debu dendam berterbangan
Dan kau masih dalam kenangan
Selam-lamanya.

Ahmad J.Husein

Wednesday, August 25, 2004

MEROGOL ISTERI

ROGOL ISTERI


Langkah Suruhanjaya Hak Asasi Manusia(Suhakam) meminta kerajaan menjadikan tindakan suami ‘merogol’ isteri sendiri sebagai kesalahan di bawah Kanun Keseksaan menimbulkan pelbagai persoalan. Pengerusi Suhakam, Tan Sri Othman Talib antara lain berkata, suami yang tidak memberi nafkah dari segi wang ringgit selama berbulan-bulan tetapi masih ingin layanan seks daripada isterinya, melanggar hak asasi si isteri.

Perbuatan suami itu dianggap sebagai satu penderaan seks dan keganasan dalam sesebuah perkahwinan. Saranan itu mengundang bantahan keras daripada ulama dan pendakwah yang mempersoalkan kewajaran langkah itu. Seperti kata Mufti Perak, Datuk Seri Dr Harrusani Zakaria, ia bercanggah dengan ajaran Islam dan boleh merosakkan kesucian institusi perkahwinan.

Dalam Islam, pernikahan menghalalkan hubungan seks malah kesediaan wanita untuk perkahwinan dengan suaminya menggambarkan wujudnya kerelaan di pihak isteri. Kegagalan suami menanggung nafkah isteri baik zahir dan batin pula membolehkan wanita itu mengemukakan tuntutan cerai atau faskh. Dalam pada itu, seperti kata seorang peguam syarie, isteri boleh menolak ajakan hubungan jika suaminya dijangkiti HIV, menagih dadah atau berpenyakit kelamin. Ini demi mengelakkan si isteri pula ditimpa kemudaratan. Persoalannya siapakah solongan sasaran Suhakam . Ini perlu diperjelaskan kerana hukum perkahwinan dalam Islam sudah mencukupi bagi menangani sebarang masalah yang timbul dalam sesebuah rumahtangga.

Banyak lagi yang boleh diperjuangkan oleh Suhakam, kes cerai berai yang tertangguh, soal penderaan dalam perkahwinan yang lebih menyeluruh dan sebagainya seharusnya ditangani segera. Kes rogol isteri boleh di masukkan bersama kes-kes rumahtangga yang lain. Kalau tidak ‘banjirlah’ makhamah syariah /sivil di negara kita dengan kes-kes airmata ini.

Sumber :
Salah suami `rogol' isteri -- Suhakam anggap seks di luar kerelaan langgar hak asasi (UM 22/08/04) oleh Rihani Ibrahim

KUALA LUMPUR 20 Ogos - Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam), Tan Sri Abu Talib Othman meminta kerajaan menjadikan tindakan suami `merogol' isteri sendiri sebagai satu kesalahan di bawah Kanun Keseksaan negara ini.

Beliau menegaskan, Suhakam menganggap perbuatan suami yang melakukan hubungan seks di luar kerelaan isteri adalah melanggar hak asasi manusia.

``Suami yang tidak memberi nafkah dari segi wang ringgit selama berbulan-bulan dan masih inginkan layanan seks daripada isterinya juga boleh dikatakan melanggar hak asasi seorang wanita dan isteri,'' jelasnya.

Menurut Abu Talib lagi, kedua-dua perbuatan di atas disifatkan sebagai perlakuan ganas dalam perkahwinan dan perlu dianggap sebagai satu kesalahan di bawah Kanun Keseksaan.

Beliau yang juga bekas Peguam Negara berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan ahli jawatankuasa pilihan bagi membincangkan pindaan kepada Kanun Keseksaan dan Kanun Acara Jenayah di bangunan Parlimen hari ini.
Jawatankuasa tersebut dipengerusikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Radzi Sheikh Ahmad.

Ia turut dianggotai oleh beberapa ahli Parlimen termasuk Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar (Santubong), K. Devamany (Cameron Highlands), Che Min Che Ahmad (Pasir Puteh) dan Teresa Kok (Seputeh).

Abu Talib berkata, penderaan seks dan keganasan yang berlaku dalam sesebuah perkahwinan adalah satu perbuatan melanggar hak asasi seorang wanita.
``Artikel Dua Deklarasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Untuk Menghapuskan Keganasan Terhadap Wanita menggariskan perbuatan suami merogol isteri (marital rape) sebagai perbuatan ganas yang menafikan hak asasi dan kebebasan asas wanita,'' katanya.

Malaysia, tambah Abu Talib, sudah menandatangani deklarasi tersebut bagi peringkat ASEAN pada 30 Jun lalu.

``Oleh itu sudah sampai masanya Malaysia menghapuskan penderaan seksual dan keganasan yang berlaku kepada wanita di dalam sebuah perkahwinan dengan memasukkan kesalahan terbabit di dalam Kanun Keseksaan,'' jelasnya.

Pada pertemuan itu, Abu Talib turut menyerahkan satu kertas pembentangan kepada jawatankuasa pilihan terbabit yang turut memuatkan alasan Suhakam meminta kerajaan memasukkan kesalahan terbabit di bawah Kanun Keseksaan.

Antara alasan yang diberikan Suhakam ialah penderaan seksual dan keganasan yang berlaku kepada wanita dalam sesebuah perkahwinan akan menjadikan golongan wanita lebih `lemah' dan menjadikan kaum lelaki lebih `berkuasa'.

Satu lagi alasan yang diberikan ialah mengikut Artikel 16(1)(c) Konvensyen Menghapuskan Semua Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita PBB, setiap pasangan mempunyai hak yang sama di dalam sebuah perkahwinan.

``Seorang isteri bukanlah tertakluk di bawah kekuasaan suaminya ataupun harus diperhambakan oleh seorang suami,'' kata Abu Talib lagi.

Tambah beliau, penderaan seksual dan keganasan yang dilakukan oleh seorang suami ke atas isterinya tidak harus dibezakan dengan perbuatan sama yang dilakukan oleh seorang lelaki yang tidak dikenali ke atas seseorang wanita.

Kertas pembentangan Suhakam itu juga menjelaskan bahawa satu kajian yang dijalankan di negara ini pada tahun 1994 mendapati 39 peratus daripada wanita berkahwin didera secara fizikal oleh suami mereka.

``Sementara itu, 68 peratus daripada mereka didera ketika sedang mengandung,'' kata Abu Talib. Selain kesalahan suami merogol isteri, Suhakam turut membangkitkan penjelasan mengenai organ wanita iaitu vagina yang sering dibangkitkan di dalam kes rogol di negara ini. Mungkin Kanun Keseksaan perlu menjelaskan beberapa lagi organ pada alat sulit wanita untuk memastikan kesalahan merogol mempunyai definasi yang lebih jelas di dalam Kanun Keseksaan negara ini,'' tambah


Isu anggap hubungan seks tanpa kerelaan isteri sebagai rogol - Suhakam `dibelasah' (UM 22/08/04) oleh Nazeri Nong samah … [et. Al]


KUALA LUMPUR 21 Ogos - Mufti dan cendekiawan Islam membantah sebarang usaha untuk menghukum suami `merogol' isteri sendiri di bawah Kanun Keseksaan kerana ia bercanggah dengan Islam dan boleh merosakkan kesucian institusi perkahwinan.


Selain itu pelbagai pihak lain seperti pengamal undang-undang dan aktivis wanita menyifatkan kenyataan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) yang beranggapan perbuatan suami `merogol' isteri patut dihukum, sebagai pandangan yang berasaskan perjuangan hak asasi manusia di Barat.


Mufti Perak, Datuk Seri Dr. Harussani Zakaria berkata, perbuatan suami yang melakukan hubungan seks di luar kerelaan isteri sama sekali tidak boleh dianggap sebagai merogol isteri dan tidak boleh dianggap kesalahan di dalam hukum Islam.


Beliau yang menganggap permintaan Suhakam itu sebagai menentang hukum Tuhan, turut berpendapat bahawa pandangan sedemikian adalah pengaruh dari Barat yang kini memberikan hak secara berlebihan kepada golongan wanita.


Katanya, masyarakat Barat berbuat demikian bagi membetulkan kesilapan silam dan perasaan bersalah golongan lelaki mereka yang satu ketika dulu beranggapan seseorang wanita itu bukan manusia.


``Dalam Islam, hubungan kelamin suami isteri ada batasan dan had-had tertentu umpamanya waktu isteri sedang dalam haid, suami tidak dibenarkan menyetubuhi isterinya.


``Oleh itu, saya tidak bersetuju dengan cadangan Suhakam kerana seseorang suami berhak menyentuh isterinya manakala si isteri wajib taat. Jika isteri enggan, jatuhlah hukum nusyus dan tidak wajib ke atas suami memberi nafkah kepada isterinya,'' katanya kepada Mingguan Malaysia. Beliau mengulas kenyataan Pengerusi Suhakam, Tan Sri Abu Talib Othman yang disiarkan pada muka depan Utusan Malaysia hari ini yang meminta kerajaan menjadikan tindakan suami `merogol' isteri sendiri sebagai satu kesalahan di bawah Kanun Keseksaan kerana ia satu penderaan seks dan keganasan di dalam sesebuah perkahwinan. Abu Talib berkata, Suhakam menganggap perbuatan suami yang melakukan hubungan seks di luar kerelaan isteri adalah melanggar hak asasi manusia. Tambahnya, suami yang tidak memberi nafkah dari segi wang ringgit selama berbulan-bulan dan masih inginkan layanan seks daripada isterinya juga boleh dikatakan melanggar hak asasi isteri.


Timbalan Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Zainul Rijal Abu Bakar pula berpendapat undang-undang sedia ada sudah memadai dalam menangani perbuatan suami yang bertindak ganas terhadap isteri. ``Selain itu istilah merogol isteri dalam perkahwinan yang sah sendiri bertentangan dengan hukum syarak kerana salah satu tujuan perkahwinan adalah untuk menghalalkan hubungan seksual. Saya percaya agama lain juga menggariskan perkara yang sama. Oleh itu budaya dan adat Timur yang dipegang oleh rakyat Malaysia tidak harus dicampuradukkan dengan gaya hidup Barat,'' katanya.


Sementara itu Pensyarah Undang-Undang Wanita dan Kekeluargaan, Fakulti Undang-Undang Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Madya Noor Aziah Mohamed Awal berkata, bagi orang Islam hubungan seks hanya boleh dilakukan melalui ikatan perkahwinan dan kerelaan wanita untuk berkahwin dengan suaminya menggambarkan bahawa berlaku `kerelaan' pada pihak isteri. Bagaimanapun, kerelaan seks seorang isteri bukanlah hak mutlak suami sebab itu jika isteri berasakan tindakan suaminya itu sebagai keterlaluan hingga mengundang kepada unsur kezaliman, maka tuntutan fasakh berdasarkan taklik boleh dibuat,'' tegasnya.


Pendakwah bebas wanita, Siti Nor Bahyah Mahmud yang turut tidak bersetuju dengan pandangan Suhakam, berkata, perkahwinan itu sendiri sebenarnya menghalalkan perkara yang haram di antara lelaki dan wanita. ``Istilah rogol tidak sepatutnya timbul apabila merujuk kepada perhubungan suami isteri kerana Allah berfirman di dalam surah Al-Baqarah Ayat 187 yang bermaksud, isteri kamu adalah pakaian bagi kamu (suami) dan kamu juga adalah pakaian bagi isterimu,'' katanya. Bagaimanapun, beliau berkata, jika ada kes keterlaluan suami terhadap isteri termasuk dalam hubungan kelamin, istilah yang wajar digunakan adalah keganasan atau penderaan seksual dan bukannya rogol; kerana Islam sendiri tidak menggalakkan seorang suami menyakiti isterinya.


Seorang peguam syarie, Datuk Mohd. Zaidi Zain berkata, saranan Suhakam itu jika dipenuhi oleh kerajaan, boleh mengelirukan institusi perkahwinan dan masyarakat Islam.
Beliau berkata, seseorang isteri hanya berhak untuk tidak memberikan layanan seks kepada suami jika suaminya menghidapi penyakit kelamin, jangkitan HIV ataupun menagih dadah dan berhak memohon cerai di Mahkamah Syariah secara fasakh.

Profesor di Jabatan Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Prof. Datuk Dr. Mahmud Zuhdi pula menegaskan bahawa jika kerajaan menuruti saranan Suhakam itu, ia hanya membawa lebih banyak keburukan termasuk mengundang perbalahan lebih serius di kalangan suami isteri.


Sementara itu Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim meminta Suhakam meminta perhatian kepada usaha menangani masalah perceraian di kalangan umat Islam dan berhati-hati sebelum membuat sebarang cadangan agar tidak bercanggah dengan agama.


Pendakwah bebas, Md. Daud Che' Ngah berpendirian bahawa cadangan Suhakam itu membelakangkan tuntutan agama kerana menafikan hak suami untuk mendapat layanan seks daripada isteri yang dikahwini secara sah dan tidak boleh dianggap sebagai kes rogol.

Tuesday, August 24, 2004

Denting

DENTING


Entah kenapa sekarang ini asyik kerap terjaga dari tidur . Pukul 3 atau 4 pagi mata sudah tidak boleh lelap. Terkebil-kebil di atas katil. Mata dan otak sudah mula memikirkan itu ini sedangkan badan tidak bermaya. Separa sedar atau separa tidur? Baca tafsir Al-quran dapatlah beberapa juzuk. Tak mampu mencerna maklumat di waktu sebegitu. Tapi suasana begitu tenang aman dan dingin sekali.

Semalam mohon kawan-kawan cyber mencarikkan aku lagu ini. Akhirnya beberapa orang tampil memberi bantuan. Ada yang mencuba menghantarnya tapi tak berjaya. Akhirnya kawan lama, Ifa menghantarnya melalui email. Aku berdentingan dengan lagu ini di ofis. Aku suka lagu ini secara tiba-tiba. Lagu dari filem AADC. Apapun tafsirannya
Ianya sebuah lagu yang hebat.

Aku suka liriknya. Kerinduan …

Wan sudah bercuti sempena majlis pernikahannya. Takdelah lagi teman bergaduh aku. Rasa sunyi kadangkala. Tapi hidup walau bagaimanapun takdirnya harus diteruskan. Aku tidak dapat menghubunginya, sudah 3 hari panggilan yang aku buat dihumban di voice mail . Mungkin aku perlukan cuti. Tapi percutian akan menjauhkan aku dari dunia online yang aku tidak akan betah hidup tanpanya. Baik aku menukunkan diri di ofis. Ada seminggu lagi untuk retreat di PD.

Denting yang berbunyi
Dari dinding kamarku
Sadarkan diriku
Dari lamunan panjang
Tak terasa malam kian semakin larut
Ku masih terjaga

Sayang kau di mana
Aku ingin bersama
Aku butuh semua
Untuk tepiskan rindu
Mungkinkah kau di sana
Merasa yang sama
Seperti dinginku di malam ini

Rintik gerimis mengundang kekasih di malam ini
Kita menari dalam rindu yang indah
Sepiku rasa hatiku
Saat ini oh sayangku
Jika kau di sini aku tenang...

Denting – Melly Goeslow

Monday, August 23, 2004

In the Mood for Love

IN THE MOOD FOR LOVE


Malam tadi NTV7 tayangkan semula filem “In the Mood for Love” lakonan mantap Maggie Cheung yang satu itu. Cerita sepasang manusia yang kesepian apabila pasangan masing-masing pergi mengejar cinta yang lain. Sebuah perkahwinan yang amat rumit dan sukar dijangkakan. Tertarik dengan kata-kata Maggie yang lebih kurang begini maksudnya :“Semasa hidup bujang sudah cukup jika kita membuat yang terbaik untuk diri sendiri namun dalam perkahwinan tidak cukup jika sebelah pihak sahaja yang membuat yang terbaik.”

Mereka berjiran, namun mereka tidak tergamak melakukan apa yang suami dan isteri mereka telah lakukan. Walaupun ada getar rasa yang sukar sekali diungkapkan. Muzik latar yang bergema dalam hujan, warna-warni cheongsam yang menawan. Walaupun hanya tertumpu pada dua watak, namun perwatakan mereka amat kuat membuatkan penonton mengikuti filem ini sehingga tamat. Aneh bukan?

Apa yang berlaku minggu lepas yer?

Satunya tentang pembukaan semula ITM di seluruh negara. Saya kira ini berita baik kepada semua rakyat Malaysia terutamanya bumiputera. Peluang anak Melayu melanjutkan pelajaran akan semakin terbuka luas. Kos melanjutkan pelajaran dalam bidang diploma di IPTS boleh mencecah 35K sedangkan di ITM pelajar hanya perlu membayar RM 90 hingga RM 200 pada setiap semester. Dengan RM 800 segulung ijazah kepujiaan sudah berada dalam genggaman. Kualiti? Sudah terbukti hebat …

Rasanya jika ITM dibuka semula saya juga berminat untuk menyumbangkan tenaga. Kita tunggu dan lihat.




Saturday, August 21, 2004

Epilog Cinta Dari Bromley

EPILOG CINTA DARI BROMLEY


Seronok rasanya kalau ada bakat tulis lirik dan mengubah lagu. Boleh tulis sesuatu yang bermakna dan dikongsi dengan semua pendengar. Silap haribulan boleh popular dan lagu itu di sukai ramai. Kisah peribadi jika digubah menjadi melodi indah dan bait kata yang puitis sungguh memberi makna pada penciptanya dan pendengar akan terbuai dengannya.

Saya masih meminati “Biarlah Bulan Bicara” entah tahun bila kita akan mendengar lagu dan lirik yang begitu indah sekali. Ehhh jangan sesekali lupa lagu ini Epilog Cinta Dari Bromley dendangan penyanyi 80 an Suhaimi Meor Hassan. Lagu yang baik sekalipun akan hancur jika dinyanyikan oleh orang yang tidak tahu sejarah dan kisah di sebalik lagu ini. Inilah yang berlaku pada Kaer AF2, sungguh mendera telinga kalau dengar dia menyanyikan lagu ini. Feel ke longkang!

Lagu Epilog Cinta Dari Bromley adalah luahan pengalaman cinta Suhaimi sendiri. Bromley adalah nama sebuah tempat di Bradford yang penuh kenangan cinta pada pencinta lagu ini. Suhaimi tertarik dengan seorang gadis kulit putih dari Bradford bernama Khaty. Tapi disebabkan terlalu banyak perbezaan antara mereka, terutama dari segi kefahaman agama, percintaan mereka tidak dapat diteruskan. Lagu tersebut pernah memenangi tempat pertama dalam satu pertandingan mengubah lagu di Singapura. Selepas itu Suhaimi dihubungi oleh syarikat rakaman EMI untuk menjadi penyanyi piring hitam. Suhaimi sempat merakamkan 3 buah album iaitu Prolog(1981), Dedikasi(1983) dan Misteri Cinta (1983).

Harap di masa akan datang Suhaimi akan membuat comeback dengan lagu ciptaanya yang begitu peribadi dan menyentap rasa kemanusiaan itu. Pengalaman hidup yang dialirkan dalam melodi dan lirik lagu yang indah mampu memberi makna pada kehidupan insane-insan lain yang juga para peminatnya!.

Muzik mampu meleraikan kegundahan, juga seperti mata pisau yang menghiris!

Epilog Cinta Dari Bromley - Sohaimi Mior Hassan

Kau tersenyum manja
Menyatakan hasrat di hatimu
Kau kata kau cinta
Cinta pertama kepadaku

Ku hampir tergoda
Bergelora dalam kalbu
Kau bukan untukku
Kau dan aku tak mungkin berpadu

Nun di sana
Beribu batu
Kau kutinggalkan bersama hatiku

Nun di sana
Kau meratap pilu
Satu masa nanti
Kau akan mengerti
Apa maksudku

Kini kau menanti
Harapanmu abadi terhadapku
Kau coretkan lagi
Rahsia hatimu kepadaku

Ku doakan dikau
Bertemu seorang teman sejati
Yang satu aliran
Satu kepercayaan
Aduhai Kathy

Friday, August 20, 2004

Sepohon Kayu

SEPOHON KAYU


Sampai awal di ofis, menaip entry hari ini walau bukan ada apa sangat yang menarik. Monotone sahaja kebelakangan ini. Oh hari ini sudah Jumaat balik. Semalam aku call dia dan dia mempertimbangkan perkara yang aku mohon sangat-sangat supaya dia dapat membantu. Dia akan pertimbangkan setelah dia berbincang dengan orang itu. Jadi aku harus menanti sahaja di sini apa sahaja keputusannya. Harap dia dapat membantu aku. Terasa hati juga bila dia kata “Nak ikut ker? Boleh ker dapat cuti lama-lama”. Mereka nak pergi bercuti tanpa mengajak aku. Tapi takpelah bukan rezeki kita.

Sekarang lagu “Biarkan Bulan Bicara” macam sentiasa tergiang-ngiang sahaja. Malam tadi terjaga dari tidur lebih kurang pukul 4 pagi. Buat sembahyang hajat kemudian sambung tidur. Harap hajat aku akan diperkenankan tuhan ( semudah itu?). Teringat dulu zaman budak-budak di kampong setiap kali nak periksa aku mintak mak aku buat sembahyang hajat takut dapat nombor corot! Tapi memang selalu dapat nombor corot hehehe cikgu tak reti nak mengajar ( mesti salahkan orang lain ).

Dulu masa kecil, waktu maghrib selalu dengar lagu nasyid di radio, “Sepohon kayu”.

Sepohon kayu daunnya rimbun, lebat bunganya serta buahnya.
Walaupun hidup seribu tahun kalau tak sembahyang apa gunanya.

Kemudian kawan bertuah aku tu selalu tukar lirik dia jadi :

Sepohon kayu daunnya rimbun, lebat bunganya serta buahnya.
Walaupun hidup seribu tahun kalau tak kahwin apa gunanya.

Ciss …

Thursday, August 19, 2004

Biarlah bulan bicara

BIARKAN BULAN BICARA

Semalam kepala sakit sekali. Aku suruh Wan urutkan bahu aku. Dia mengomel suruh aku cepat-cepat cari orang rumah. Wah! kalaulah semua perkara ada penyelesaian yang sebegitu, tidaklah akan ada penderitaan dan kesengsaraan dalam dunia ini.
Menonton rakaman AF2, nonton sorang-sorang sebab Wan jenis yang tidur awal. Lagu "Biarkan Bulan Bicara" dendangan Zahid begitu sedap sekali didengar. Tapi aku lebih suka dendangan penyayi asal Broery, lebih membekas. Kalau dihayati lirik itu dalam-dalam harus terasa sesuatu.
Bulan sabit yang jatuh di belantaran
Bintang redup tanpa cahaya gemintang
Langkah tanpa arah sesat di jalan yang terang
Aku yang terlena di buai pelukan dosa
Ingin pulang membalut luka hatimu
Ku pun tahu betapa pedih batinmu
Beri kesempatan atau jatuhkan hukuman
Andai maaf pun tak kau berikan
Airmata tulus jatuh di sudut bibirmu
Tak terlintas dendam di bening mata indahmu
Aku yang merasa sangat berdosa padamu
Masih pantaskah mendampingimu
Biarlah bulan bicara sendiri
Biarlah bintang kan menjadi saksi
Takkan ku ulangi walau sampai akhir nanti
Cukup derita sampai di sini.
Biarlah Bulan Bicara - Broery Marantika
Lagu ini mengisahkan keterlanjuran yang berlaku oleh seorang lelaki yang menjahanamkan hidup seorang wanita yang dicintainya. Ingin kembali semula merebut cinta yang tersisa. Merasa begitu terhukum sekali kerana pasangannya itu begitu luhur hati hingga meleburkan segala dendam. Keikhlasan hati wanita itu begitu menghukum, lebih memedihkan jiwanya yang terasa amat berdosa sekali.
Lirik yang begitu bermakna sekali. Sebab itulah aku gemar sekali lagu-lagu Broery. Begitulah kita hanya menghargai sesuatu setelah sesuatu tragedi berlaku. Setelah kita kehilangannya barulah timbul penyesalan.

Wednesday, August 18, 2004

AKU, DIA DAN WAKTU

AKU, DIA DAN WAKTU

Akhirnya aku telah menghubunginya. Buat sekian kalinya aku meletakkan ego aku ke tepi. Manusia punya masalah dan urusan yang perlu diuruskan sendiri-sendiri. Hidup ini penuh dengan segala misterinya. Namun adalah lebih baik melihat sesuatu itu dari sudut yang positif. Bertindak terhadap situasi yang berlaku dan mengambil keputusan sewajarnya selepas itu. Tiada apa yang perlu direbutkan. Masa tetap berlalu, 24 jam sehari kadang tidak cukup untuk menyukat segala tindakan. Ada sahaja yang tertinggal dan ditinggalkan. Jika itu berlaku, renungkanlah, mungkin ada insan-insan yang hadir dalam hidup kita tanpa kita sedari kewujudannya.

Kebelakangan ini kerja macam bertimpa-timpa. Belum habis satu yang lain tanpa segan silu menunjukkan diri. Retreat untuk PD awal bulan September kena bersiap sedia. Kena panggil speakers dan uruskan segalanya dari A-Z maklumlah aku project manager untuk retreat tu. Selepas habis seminar tempohari aku kena handle satu lagi seminar untuk bulan Disember nanti yang ni pun aku kena jadi pm dia. September ni aku kena mulakan projek dengan Yayasan Perdana tu jugak. Mahu bertambah kurus aku macam ni. Tapi yang peliknya online tetap online, tak akan kasi chance semua benda ini ‘mengancam’ kehidupan lelaki melayu terkini ini. Bila time kerja aku kena bekerja bersungguh-sungguh, bukan aku yang kena buat pun . Hanya pastikan semuanya berjalan lancar tapi kalau ada masalah barulah aku turun padang. Teamwork kami amat bagus sekali. Syukurlah mereka semua boleh diharapkan.

Hidup yang mudah bukan?

Tuesday, August 17, 2004

Keji

Kejinya orang sengaja tinggalkan solat

Terbaca sirah ini di BH semalam. Saya selalu kesuntukkan masa kadang ingatkan baru pukul 1.00 ptg rupanya sudah 3.00 ptg. Begitulah selalunya, terlalu asyik dengan kerja yang entah bila akan sudah. Bersama-samalah kita menghayati kisah ini.
PADA suatu senja, seorang wanita berjalan terhuyung-hayang. Pakaiannya yang serba hitam menandakan bahawa dia berada dalam dukacita. Kulit wanita itu bersih. Badannya ramping dan wajahnya ayu. Namun, kesedihannya tidak dapat diceriakan dengan wajahnya yang cantik itu.Kepedihan dan kesedihan yang amat sangat jelas terbayang pada wajah wanita itu.Wanita itu bagaikan hilang punca dan tidak tahu apa hendak dilakukan bagi mengubati kelukaannya. Dia kemudian melangkah perlahan-lahan menghampir rumah Nabi Musa. Diketuknya pintu rumah Nabi Musa perlahan-lahan sambil memberi salam.Apabila mendengar salam itu, Nabi Musa membalasnya dan mempersilakan wanita itu masuk ke rumahnya.Perempuan cantik itu masuk ke rumah Nabi Musa sambil kepalanya terus tunduk merendah diri.Air matanya berderai ketika bersuara kepada Nabi Musa.
Katanya: “Wahai Nabi Allah. Tolonglah saya. Doakan saya agar Tuhan berkenan mengampuni dosa keji saya.” “Apakah dosamu wahai wanita ayu?”tanya Nabi Musa terkejut. “Saya takut mengatakannya.” balas wanit itu.Nabi Musa kemudian berkata: “Katakanlah jangan ragu-ragu!" Wanita itu dalam nada suara rendah kemudian bercerita: “Saya telah berzina.”Nabi Musa terkejut, hatinya tersentak mendengar pengakuan wanita itu.Wanita itu kemudian meneruskan ceritanya: “Hasil perzinaan itu saya hamil. Selepas anak itu lahir, saya cekik lahirnya hingga mati.”Wanita itu terus menangis selepas menceritakan hal itu kepada Nabi Musa.Nabi Musa marah dengan apa yang dilakukan oleh wanita itu. Dengan muka yang berang dia mengherdik wanita itu: “Perempuan jahat, pergi kau dari sini, agar seksa Allah tidak datang ke rumahku kerana perbuatanmu.“Pergi kau dari sini.”
Hancur luluh hati wanita itu apabila mendengar perkataan yang keluar dari mulut Nabi Musa.Secara perlahan-lahan dengan hati yang sayu, wanita itu melangkah keluar dari rumah Nabi Musa.Ratap tangisnya amat memilukan. Dia tidak tahu ke mana lagi hendak mengadu nasib. Hatinya bertambah pilu apabila seorang Nabi pun menolaknya, apa lagi manusia biasa? Siapa yang sudi menerima dan mendengar kesedihannya?Terbayang olehnya betapa besar dosanya, betapa jahat perbuatannya.
Selepas wanita itu meninggalkan rumah Nabi Musa, Jibril turun menemui baginda.Jibril bertanya kepada Nabi Musa: “Mengapa engkau menolak seorang wanita yang hendak bertaubat daripada dosanya? “Tidakkah engkau tahu dosa yang lebih besar daripadanya?" Nabi Musa terperanjat. Katanya: "Dosa apakah yang lebih besar daripada kekejian wanita penzina dan pembunuh itu?"
“Betulkah ada dosa yang lebih besar daripada perempuan yang keji itu?" “Ada!" jawab Jibril tegas. “Dosa apakah itu?" tanya Musa yang ingin tahu mengenainya.Jibril menjawab: "Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja dan tanpa menyesal. “Dosa orang itu lebih besar daripada seribu kali berzina.” Mendengar penjelasan ini Nabi Musa kemudian memanggil wanita tadi untuk menghadap kembali kepadanya. Dia mengangkat tangan dengan khusyuk untuk memohon keampunan kepada Allah untuk perempuan itu. Nabi Musa menyedari, orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja dan tanpa penyesalan adalah sama saja seperti berpendapat bahawa sembahyang itu tidak wajib dan tidak perlu atas dirinya. Ini bererti orang itu seakan-akan menganggap remeh perintah Tuhan, bahkan seolah-olah menganggap Tuhan tidak punya hak untuk mengatur dan memerintah hamba-Nya.
Dalam hadis Rasulullah disebutkan orang yang meninggalkan solat lebih besar dosanya dibanding dengan orang yang membakar 70 al-Quran, membunuh 70 nabi dan bersetubuh dengan ibunya dalam Kaabah.Dalam hadis lain disebutkan bahawa orang yang meninggalkan solat hingga terlewat waktu, kemudian dia mengqadanya, maka dia akan diseksa dalam neraka selama satu huqub. Satu huqub adalah 80 tahun. Satu tahun ada 360 hari, sedangkan satu hari di akhirat perbandingannya adalah seribu tahun di dunia. Solat itu tiang agama dan kemuncak nilai atau etika kehidupan Muslim Ia ialah satu bentuk ibadat yang penuh dengan hikmah dan falsafahnya. Allah berfirman bermaksud : “Sesungguhnya solat itu ialah satu ketetapan yang diwajibkan ke atas orang yang beriman, yang tertentu waktunya.” (Surah an-Nisa, ayat 103) Abdullah ibn Umar meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: “Islam tertegak atas lima rukun iaitu bersaksi bahawasanya tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad adalah hamba dan rasul-Nya; mendirikan solat; membayar zakat; mengerjakan haji dan puasa pada Ramadan."Agama Islam diibaratkan oleh Rasulullah sebagai sebuah khemah yang disokong oleh lima batang tiang.Tiang tengahnya ialah kalimah syahadah. Empat tiang lagi ialah tiang sokongan yakni satu tiang pada tiap satu penjuru khemah itu. Tanpa tiang tengah, maka tiang itu tidak boleh ditegak dan sekiranya mana-mana satu daripada tiang sokongan yang di penjuru itu hilang, maka runtuhlah penjuru khemah yang rosak itu.Kini marilah kita lihatlah dengan mata sendiri sejauh manakah kita tegakkan agama Islam itu.

Monday, August 16, 2004

Mengenali Personaliti

MENGENALI PERSONALITI

Jenis-Jenis Gaya Personaliti
Model DISC
  • D - Direct ( Berterus terang) - Saya mesti selalu MENANG
  • I - Influential ( Berpengaruh ) - Setiap orang mesti HORMATI saya.
  • S - Steady ( Tenang ) - Saya mesti selalu BETUL
  • C - Cautious ( Berhati -hati) - Semua orang mesti SAYANGI saya.

Petunjuk

D

  • Straight to the point
  • tidak sensitif dan bercita-cita tinggi.
  • Gemar warna terang ( striking colors) - orange, purle, berbelang-belang.
  • Makan makanan yang eksklusif, lain dari yang lain ( pedas & makanan orang lain tak makan).
  • Suka aktiviti adventurous/mencabar, Iguana.

I

  • Suka bercampur dengan orang ramai
  • Suka warna terang tetapi lembut ( biru, hijau), tidak sakiti hati orang.
  • Semua makan ( mesra alam)
  • Suka berjalan , melancong, membaca general knowledge.

C

  • Perfectionist
  • Straight to the point, regulation.
  • Suka memakai pakaian berbunga-bunga kecil, warna bercampur-campur, petak-petak kecil.
  • Makan 2 lauk sahaja, pinggan bersih dan tidak tinggal. Suka tanya harga dulu sebelum makan. Suka berkawan dengan orang I. Suka mintak makanan bila makan bersama.
  • Suka membuat puzzle, duga akal, very good in logic & suka window shopping

S

  • Sensitif
  • Menyayangi orang lain dan mengambil berat masalah orang lain.
  • Suka memakai pakaian berwarna putih, hitam kelabu.
  • Makanan berkuah, sup.
  • Suka bersendirian. Balik duduk rumah.
  • Suka menonton filem sedih/tragis - Hindustan.

Ada juga dikalangan kita yang jatuh dalam kategori NI ( No identity). Orang 4 seasons yang tidak ada identiti tersendiri. Moody dan berhati hatilah jika bekerja dengan orang sebegini.

Salam pagi Isnin yang cerah. Dia buat miss call pada 16:08.2004 12:53;10 am, walaupun hanya miss call tapi sudah cukup memberi kelegaan. Masa tu aku dah tidur. Tapi kalau aku masih terjaga pun aku tidak akan menjawab panggilannya. Masa untuk mendera dia pula :)



Friday, August 13, 2004

Cuti

CUTI

Esok saya akan balik kampong. Minggu lepas tidak balik kampong sebab penangan AF2. Tapi bila Mas dah terkeluar, rasa tak berseri masa final Sabtu ni. Lantaklah apa yang berlaku, tak akan saya ambil tahu.

Dia sibuk dengan KL Fesyen Week, hari ahad busy dengan majlis penutup dan penganugerahan. Company dia terlibat dengan acara itu. Biarlah dia mendiamkan diri. Kita kena faham kerja orang. Tak mahu ganggu dia. Memang sunyi bila dia tak SMS, memang letih nak tunggu dia call. Tapi itulah dia. Dia yang selalu diingatan.

Kita kena mencari kebahagian walau sukar untuk menemukan titik bahagia itu. Kita kena hidup dengan apa yang kita rasa selesa. Orang lain tetap akan memikirkan kehidupan mereka terlebih dahulu. Perlukah kita menghentikan langkah dan menunggu? Berbaloikah?
Teringat lagu ini di blog MA. Bukan tempias kejiwangan dia melibas DJW, tapi lagu ini memang ada kisah disebaliknya. Andai dia tahu ...

Ingin ku pergi jauh dari mu
Agar ku kenal erti rindu ini
Ingin aku menyelami jiwa mu
Agar ku kenal diri mu kasih

Ingin aku membenci diri mu
Tapi kebencian tiada pada ku
Walau apa yang kau sangkakan
Aku tetap cinta pada mu

Telah lama ku hidup melara
Telah ku gagal dalam bercinta
Kini kau datang dengan seribu bintang
Bintang yang dulu sembunyi
Bintang yang tiada bererti

Kalau kau sudi menyentuhi hati ku
Aku kan selalu dekat pada ku
Tapi jangan kau hanya cuba
Untuk mempermainkan cinta ku

Jangan permainkan cinta ku
( Lagu : M. Nasir )

USER GUIDE

USER GUIDE

Semalam keluar ke KL selepas subuh. Jammed gak, tetapi sampai tepat pada waktunya. Ada seminar seharian. Lupa nak bawak blazer, sejuk sangat. Apa pun best jumpa kengkawan. Ex-Wife si Wan pun ada, nasib baik Wan tak datang. Kalau tak mesti kecuh. Ex-W tu tak tahu Wan akan berkahwin dalam tempoh 2 minggu lagi. Kadang kesian pulak aku tengok dia, nampak agak kurus dari sebelumnya.
Agak bengang bila mat saleh tu tanya audience, nak ker tambah "user guide' dalam bahasa Melayu. Maklumlah database tu memanglah sah-sah mengunakan bahasa Inggeris. User Guide tu ada dalam pelbagai bahasa. Adalah mak cik dari universiti terulung tu, Melayu pulak tu kata. "Tak payahlah sebab, boleh latih student baca instruction dalam BI". Sedangkan pendapatnya itu di sangkal oleh seorang mak cik gak ( Cina ) dari universiti yang sama. Rasanya that chinese lady tu lebih patriotik dan faham dengan kehendak pengguna. Yelah tak semua pelajar mahir sangat BI, kalau mereka tidak faham arahan susahlah mereka nak menggunakan database tersebut. Lagi satu semua bahasa ada, Thailand, India etc. Oklah kita jangan bandingkan dengan bahasa cina yang 100% lain. Bandingkan dengan Portugis, seharusnya pelanggan di negara kita juga mendapat keistimewaan tersebut sama dengan mereka. Selain boleh memberikan kepelbagaian pilihan bahasa kita juga boleh mempromote bahasa Melayu pada orang luar.
Rasanya kalau saya berada di belakang Mak cik tuu, mahu jer I tarik rambut dia. Tak patriotik sungguh. Apalah salahnya diorang nak tambahkan/translate user guide tu kedalam bahasa ibunda kita. Bahasa Inggeris memang sah-sah ada. Bukan kena bayar pun. Hangin pulak bila aku ingatkan. Rasanya BM akan terkubur disebabkan orang-orang macam mak cik tuu. Kalau pun BI dia perfect, jangan menidakkan keistimewaan BM atau kehendak orang lain. Salute orang dari KUSTEM yang mempertahankan hujahnya tentang isu BM ni.
Balik ke Cyberjaya dah nak maghrib. Sempat jumpa boss, dia ada di ofis hari ni. Kenalah bersopan santun hari ini. :)
RINDU YANG SIRNA
Ogos yang cerah
Mengusap bibir rindu
Yang seakan menghilang
di celah batu-batu kusam
di laman.
Rintik hujan yang singgah
di dedaunan waktu
di rentap sang mentari
tanpa kusedari.
Tahulah aku
di kebisuan ini
Engkau tidak merinduiku lagi.
Phylloscopus Collybita AAK
Mutiara Hotel
12 Ogos 2004
10.40 am.

Wednesday, August 11, 2004

LETIH

LETIH

Semalam seharian berseminar. Letih sekali maklumlah orang sekarang ni pantang kalau di suruh pergi berkursus. Malas sesangat, lebih-lebih lagi kalau tempatnya dalam dewan kuliah. Kalau buat kursus di Langkawi ker tempat-tempat lain tu harus ada yang pergi mengular. Tapi kat sini tak bolehlah, boss kat depan dan kita ni sentiasa di jeling-jeling.
Basically, kursus semalam tentang pembentukan imej, bagaimana mengendalikan pelanggan yang mencabar dan bagaimana khidmat pelanggan dapat mempertingkatkan kecemerlangan dan keuntungan. Temanya juga agak menarik "Customer Service Management: Free From The Conventional." Mengajak kita berubah atau bebas dari kebiasaan atau sesuatu yang konvensional.
Ciri-Ciri Imej Yang Positif
  1. Komunikasi berkesan.
  2. Kemas dan segak
  3. Budi bahasa.
  4. Perhubungan manusia yang baik.
  5. Sosial
  6. Tingkah laku dan rupa yang menyenangkan.
  7. Kawal emosi
  8. Sihat.
  9. Beriman
  10. Hormat.
  11. Berpengetahuan.

Istilah Imej

  • Gambaran
  • Cerminan
  • Bayangan
  • Keperibadian atau watak seseorang sebagaimana yang terpapar pada pandangan atau tangapan orang atau pihak lain.

Kepentingan Imej Diri

  1. Keyakinan diri sendiri dan orang lain
  2. Maruah
  3. Kredibiliti.
  4. Dipandang
  5. Diketengahkan.
  6. Kepimpinan
  7. Sosialisasi.
  8. Diterima
  9. Di hormati.

Ehhh letih plak nak menulis nihh. Setelah membaca blog saya, pasti ada yang dapat mengesan apakah imej yang ingin saya sampaikan atau gambaran kehidupan saya yang terpancar melalui tulisan saya setiap hari.

Tuesday, August 10, 2004

KISAH CINTA AGUNG

KISAH CINTA AGUNG

Saya pergi ke ofis semula malam tadi. Memastikan segala persiapan besok berjalan lancar. Maklumlah 'tetamu' datang dari jauh dan dekat. Sempat juga membelek akhbar dan membaca serba sedikit. Bila melihat iklan filem Puteri Gunung Ledang dengan tagline "kisah cinta agung" mula terfikir, ada ker sebenar-benarnya cinta agung di dalam dunia ini? Rasanya cinta dalam buku tak sama dengan kisah percintaan di alam nyata. Terlalu jauh benar, berbatu-batu jauhnya. Kita mungkin mengharapkan yang lain, namun kita mendapat yang sebaliknya. Apa yang terhidang terpaksa diterima dengan syukur. Atau mungkin kita telah menepis sesuatu yang telah diperuntukkan untuk kita tanpa sedar. Atau kita tidak peduli tentangnya sama sekali.
Kisah pembunuhan di Serdang dan di Nilai baru-baru ni harus di ambil ikhtibar. Satunya, belia muslim kita membunuh kerana cintanya di tolak. Haruskah kita hilang akal bila cinta di tolak dan menjahanamkan masa depan sendiri serta harapan keluarga? Graduan yang sepatutnya berjuang menegakkan masa depan keluarga tersungkur kerana cinta. Cinta agungkah itu?
Suami yang mempertahankan maruahnya dengan membunuh lelaki yang berasmaradana dengan isterinya. Mempertahankan apa yang menjadi miliknya. Maruah keluarganya harus dituntut dan akhirnya undang-undang akan mengadili nilai pengorbananya itu. Semua ini adalah cebisan kisah kehidupan yang mungkin berlandaskan cinta agung atau nafsu semata-mata.
Entahlah, saya rasa kisah cinta agung ini hanya wujud dalam sejarah silam dan telah terbenam sepi di helaian buku-buku. Ianya memerlukan dua hati penuh luhur yang saling memerlukan, saling mempercayai dan yang paling penting menyayangi pasangannya TANPA SYARAT. Cinta tanpa syarat lebih memberi erti. Tidak terikat oleh faktor luaran ( harta, pesona luaran etc.). Adakah lagi kisah cinta agung di zaman ini?
Namun bagi saya sendiri. Masa-masa itu telah berlalu. Apa yang berlaku di masa hadapan adalah kisah klasik yang tidak mungkin diulang tayang. Tiada siaran tertunda dalam percintaan. Kita mungkin telah terlepas cinta agung yang pernah hadir dalam hidup kita. Mungkin kita tidak pernah tersedar bila ia berlaku. Tapi entahlah ... sukar sekali mentafsir apa yang sebenarnya berlaku dalam hidup kita.

Monday, August 09, 2004

Semoga Di murahkan rezeki!

SEMOGA DIMURAHKAN REZEKI!


Saya sayu bila Mas menuturkan ungkapan tersebut kepada para pengundinya. "Semoga dimurahkan rezeki" kepada para pengundi yang bertungkus-lumus memastikannya bertahan hingga minggu yang ke-9. Pasti dia bukanlah yang terbaik tetapi jika diperhatikan memang ada 'sesuatu' padanya. Sekurang-kurangnya dia lebih original berbanding peserta MI yang terlalu ke'Fantasia'an. Seakan-akan tiada langsung identiti Malaysia. Entahlah kalau bercakap tentang antarabangsa sahaja, perlu 100% mengikut acuan mereka. Kita copycat semuanya. Bila lagi kita nak merdeka? Terus dijajah hingga bidang seni pun kita terpaksa tunduk.

Hari minggu berlangsung dengan kebosanan tahap melampau. Entah macam ada yang tak kena sahaja. Tapi tak tahu kenapa. Pagi Ahad tak sedar membeli 2 suratkhabar yang sama. Sungguh membazir. Marah sungguh sebab lalai. Hari ini banyak yang perlu di buat. Esok ada seminar sehari. Tidak boleh bermalasan hari ini. Kerja banyak menunggu ...

Salam pagi Isnin yang dingin ( Aircond ni nak membunuh orang agaknya).


Why do I seem to be caught up inside a dream

All my life, it's always been my shadow and me

Over my shoulder there's always a voice somewhere

Saying I never should try to set my heart free

I wish that love would come and take me in her arms

Show me what I've never known.

Where I could hold someone words like right and wrong

Just fade away like yesterday

Lonely won't leave me alone

Lonely won't leave me alone

Why, tell me why, won't even let me fall in love

Oooooh everywhere I go always by my side

Won't even let me fall in love

I try and say I love you but the words won't come through

In my eyes, see all the tears and sad memories

Why can't I start out new and leave that old feeling too far behind

I guess that lonely needs company

Around each bend of road

I'm thinking that.

lonely wont leave me alone - by glenn medeiros

-MA-

Saturday, August 07, 2004

RUMAH KITA

RUMAH KITA

Selamat datang sahabat
ke rumah kami
hiruplah udara segar
di bumi bertuah ini
Selendang budaya dan adat resam
Milik kami
Ada banyak yang telah kami kongsi
Warna-warni sejarah kami.
Laugan azan bukan pencemaran bunyi
Islam agama rasmi, ini rumah kami.
Bahasa Melayu pengikat setia
Malaysia yang kita cinta.
Namun sahabat
Di rumah kita
Terlalu banyak yang diberi
Terlalu banyak yang di minta
Esok lusa, mentari tetap bersinar
Moga kita saling mengerti.
Rumah kita
Kitalah yang membinanya
dari runtuhan kota Melaka
Ke seluruh pelusuk negara
Senyum dan tangis tetap bersama
Kerana semuanya telah bermula
kendonglah segalanya dengan lapang dada.
Azhan Assaha Kamal
Cyberjaya
7 Ogos 2004
10.40 pagi.

Friday, August 06, 2004


Kata-kata puitis telah hilang, terbenam entah ke mana.

Di persimpangan dilemma

DI PERSIMPANGAN DILEMMA


Seorang sahabat menyoal saya tentang dilemma yang dihadapinya.

“ I dapat biasiswa melanjutkan pelajaran peringkat Master. Dan dalam masa yang sama, majikan saya juga menawarkan sesuatu yang sukar sekali ditolak. Jaminan ‘trust fund’ untuk kedua-dua anak saya di masa hadapan jika saya menolak tawaran pertama. You tahulah sekurang-kurangnya pendidikan anak-anak I di masa depan sudah terjamin. Tapi dalam masa yang sama saya terpaksa mengorbankan cita-cita saya. Saya tidak kisah sebenarnya jika saya memilih pilihan kedua. Pendidikan anak-anak lebih utama. Saya buntu ler sekarang ni.”

Ini pendapat saya. Saya selalu berfikiran lain dalam hidup. Orang meminati Siti Nurhaliza saya lebih menggemari vokal Siti Sarah. Orang kata macam-macam tentang Mas, saya tetap berdoa yang dia boleh berjaya dan menutup mulut pengkritiknya, walaupun entah bila mimpi itu jadi nyata.

Sijil hanya penting dalam tahun-tahun awal kerjaya kita. Kecualilah kita bekerja di dalam bidang akademik atau memang menjadi syarat utama kenaikan pangkat di organisasi yang kita bekerja. Namun bila kita bekerja di sektor korporat sijil itu semua hanya penting di masa-masa awal kewujudan kita di organisasi itu. Apa yang dipentingkan ialah kebolehan kita menonjolkan diri dan betapa efisiennya kita terhadap tugasan yang diamanahkan.

Namun kita juga perlu sentiasa peka dengan perkembangan terkini. Menghadiri kursus jangka pendik atau seminar yang berkaitan bidang kita saya rasa lebih bermakna dalam perkembangan kerjaya kita. Pemahaman tentang IT, akaun, PR, Customer Service atau pelbagai ‘soft skills’ yang tidak diajarkan di universiti dirasakan lebih memberi keuntungan. Memanglah mendapatkan ijazah peringkat tertinggi mampu menaikkan moral dan kepuasan peribadi tetapi siapa yang peduli tentang itu semua. Kadang 40 unit kredit yang dipertaruhkan untuk mendapat Master hanya sekadar teori yang ‘hilang’ setelah tugasan kursus disiapkan. Sedangkan kita terpaksa berhempas pulas dan mungkin kehilangan masa emas dalam tahun-tahun penting anak kita membesar. Halangan masa bersama keluarga dan sedikit sebanyak pasti tumpuan kita semakin berkurangan terhadap mereka.

Ya ilmu boleh diperolehi melalui pergaulan dan pengalaman. Pembacaan yang luas di dalam bidang yang kita ceburi juga penting. Sekurang-kurangnya kita membaca “core jurnal” yang menjadi rujukan utama di dalam bidang yang kita ceburi. Membaca jurnal akademik bukan hanya untuk tujuan akademik sahaja. Ianya sebenarnya penting dan tidak harus ditinggalkan setelah kita menggenggam ijazah. Sekurang-kurangnya kita tahu apa yang berlaku dalam bidang yang kita ceburi.

Namun sahabat, pilihan di tangan anda. Saya hanya memberikan pendapat sahaja. Jika kita boleh maju atau majikan memberikan kepercayaan tanpa mengira kelulusan kita. Apa lagi yang perlu direbut? Memang payah jika semua itu memang sesuatu yang kita inginkan. Gaya belajar zaman sekarang juga semakin mudah tapi bukan senang. Kursus separuh masa, pendidikan jarak jauh, ‘fleksible learning program’ ada tersedia untuk golongan yang bekerja. Tapi beban tugasan selalunya lebih banyak dari biasa. Maklumlah kita jarang menghadiri kelas Cuma berhubungan dengan pensyarah melalui dunia cyber. Jadi untuk memastikan kita faham, assignment memang melimpah ruah. Nak jaga standardlah katakana.

Alangkah baiknya jika kita boleh memperolehi segalanya dalam hidup tanpa perlu mengorbankan salah satu darinya. Alangkah baiknya jika hidup saya juga begitu mudah jalannya seperti sahabat saya itu. Tapi rezeki masing-masing dan keputusan tetap di tangan anda.

Saya hanya memberikan sekupang dua …Jika anda juga mengalami permasalahan seperti ini, apakah langkah terbaik yang akan anda ambil?

Thursday, August 05, 2004

SENYUMAN

SENYUMAN


Tertarik dengan artikel yang dimuatkan dalam Milenia Muslim “Perjalanan Alex Koh Mencari Tuhan Sebenar”, Milenia Muslim (Ogos 2004) p :66 –69.

Alek menyatakan Islam perlu disebarkan melalui pelbagai cara kontemporari selaras dengan perkembangan dunia seperti melalui muzik atau program televisyen. Setuju benar dengan hal ini. TV1 telah menyiarkan program Forum Perdana yang mendapat sambutan hangat. Membincangkan hal-hal masyarakat Islam dalam keadaan terbuka dan ini dengan sendirinya boleh menarik minat belia muslim sendiri. Formatnya tidak terlalu terikat dengan konsep ‘masjid’ bila membincangkan hal-hal agama. Seakan memberikan isyarat sebenar ilmu boleh dituntut di mana-mana sahaja. Secara santai …

Namun siapa pula penonton kepada program berbentuk dakwah? Memang telah ada slot yang membincangkan hal ini dalam bahasa Mandarin dan Tamil . Tetapi masa siarannya tidak kena. Kecualilah Forum Perdana yang disiarkan dalam waktu kemuncak dan ratingnya juga baik. Ya, penerbit perlu memikirkan idea kreatif jika mahu dakwah diterima melalui saluran TV dan juga filem. Kalaulah Mel Gibson dengan beraninya menerbitkan filem tentang ketuhanan atau Jesus. Sewajarnya ada juga penerbit dari dunia Islam dapat mengangkat tema sebegini dan di zahirkan melalui layar perak. Pasti impaknya lebih besar ketika imej islam begitu buruk di mata masyarakat dunia terutamanya setelah peristiwa 11 September. Pendekatanya mungkin berbeza sebab halangan yang terpaksa dihadapi untuk merealisasikan tema sebegini.

Berbalik kepada Alek dan kenyataannya dalam artikel tersebut, katanya lagi langkah pertama mendekati bukan muslim adalah melalui senyuman. “ dunia akan berubah sekiranya setiap orang Islam menghadiahkan senyuman kepada bukan Islam. Dia juga menganggap senyuman itu satu ibadah. Ketika masyarakat Cina di Malaysia masih lagi menganggap ‘masuk islam’ bermakna seseorang itu akan berubah menjadi ‘Melayu’, Alex telah menemui tuhan sebenarnya tanpa ragu.

Sekarang dia rasa seronok dan indah setiap kali bangun dari tidur. “Sebelum ini, tak ada tujuan. Buat lebih pun sama. Buat kurang pun sama. Sembah hanya satu Tuhan. Saya tak tahu macam mana rupa Dia tapi saya percaya Dia sedang tengok saya. Saya tak nampak dia, tapi saya percaya Dia ada.”

Alek lahir sebagai bukan muslim sebelum dia menganut agama ini. Tetapi semangatnya memperkatakan tentang islam begitu melimpah ruah, tidak seperti kita yang lahir sebagai Muslim ini. Kenyataannya untuk tersenyum kepada orang bukan Islam benar-benar memberi semangat yang lain dalam diri sendiri.

Senyum-senyumlah di pagi yang ceria ini sahabat!

Wednesday, August 04, 2004

LAYU SEBELUM BERKEMBANG


Mencari sunyi ...

LAYU SEBELUM BERKEMBANG


Al-Fatihah buat Allahyarhamah adik Safiyyah Khadijah binti Iskandar @ Faisal. Sekali lagi dan buat sekian kalinya. Tuhan lebih menyayanginya. Redha.
Peperangan yang berlaku dalam diri kadang lebih hebat dari segala perang-perangan. Lebih sukar menewaskan ego manusia. Lebih payah mencari titik damai yang diharapkan. Setiap hari kita mengharapkan semuanya berlalu dengan aman. Berjalan terus menikmati mentari pagi. Di sebalik kabut mungkin akan ditemui sejalur cahaya. Apa yang dicari oleh setiap dari kita? Kebahagiaan dan kesenangan sendiri?
Aku Cinta Pada Mu
Malam yang romantis ini
‘tuk kau dan aku
Tetapi di kau seakan air
Yang membeku
Ku masih melihat ragu
Di matamu
Haruskah lidahku berikrar lagi
Untuk yang keseribu kali
Aku cinta padamu... sungguh
Aku cinta padamu... sungguh
Mestikah ku ucapi
Dari mulutku sendiri
Aku cinta padamu
Kasih...
Sesungguhnya dikau tak sabar
Bila berkata
Begitu banyaknya cabaran
Yang telah mengoda
Tetapi hingga saat ini
Daku bertahan
Masihkah kau mengerti
Masihkah kau tak tahu
Aku cinta padamu... sungguh
Aku cinta padamu... sungguh
Mestikah ku ucapi
Dari mulutku sendiri
Aku cinta padamu
Cinta padamu...
Uhh... Mmmmmm...

Sheila Majid.

Tuesday, August 03, 2004

KEMPEN NAK TAK NAK

KEMPEN NAK TAK NAK


Kerajaan kita buat kempen 'Tak Nak" supaya remaja menjauhi rokok. Hasilnya kempen tu jadi nak tak nak bila usaha yang dibuat sekadar begitu-begitu sahaja. Remaja kita tidak gerun atau penguatkuasaan undang-undang tidak berkesan. Mereka tetap bebas membeli rokok. Singapura mengambil langkah lebih drastik, setiap kotak rokok ada gambar kesan negetif merokok. Jadi remaja mereka secara tidak langsung akan tersedar bahaya merokok ini bila menatap kotak rokok itu. Idea yang menarik. Suruh sahajalah pengeluar rokok itu buat begitu. Tak payahlah susah-susah tegakkan iklan billboard disegala ceruk yang kesannya tidak seberapa.
Banyak lagi rasanya kempen yang dibuat nak tak nak ni. Tahun 2003 diisytiharkan sebagai tahun membenteras gejala penagihan dadah. Apa yang berlaku kes penagihan terus meningkat. Pusat Serenti terus sesak dengan pemuda harapan bangsa. Ada kes lebih teruk lagi yang dilaporkan, pelatih boleh mendapatkan bekalan dadah di Pusat Serenti seperti yang dilaporkan oleh media. Susahlah kalau begitu ... Kaedah rawatan yang lebih sistematik perlu difikirkan, ubatan moden bagi melawan ketagihan juga harus diperluaskan penggunaannya.
Bulan Julai setiap tahun juga diisytiharkan "Bulan Membaca Kebangsaan". Kempen ini dilakukan setiap tahun di bawah teraju PNM. Media massa di negara kita acuh tak acuh jer dengan kempen ini. Bila nakkan slot untuk mempromosi bulan membaca mereka lebih tertarik dengan isu-isu semasa yang boleh menaikkan rating. Isu pembacaan tidak 'komersial' pada mereka. Bulan membaca juga terpaksa berentap dengan kegilaan rakyat Malaysia yang sudah demam AF2, Who Will Win dan Audition. Keluarga di Malaysia lebih memberikan tumpuan pada program hiburan ini.
Juga Kempen Cintailah Bahasa Kita!. Aduhai bila kita sendiri segan nak bertutur dalam bahasa ini manakan orang lain akan mengikutnya. Banyak juga kes orang luar yang sebelum datang bekerja di negara ini belajar bahasa kita. Tapi akhirnya bila mereka sampai di negara kita, tiada seorang pun yang sudi bertutur dalam bahasa kebangsaan dengan mereka. Habis siapa yang perlu dipersalahkan? Dulu bahasa baku lepas tu di mansuhkan. Kemudian rakyat di asak dengan pentingnya mempelajari BI hinggakan matapelajaran sains dan matematik di ajar dalam bahasa itu di sekolah-sekolah. Sebelum ini pelajar tak faham ker kalau diajarkan dalam BM? Tak ada ker lulusan 'pure malay' yang memerintah negara?
Banyak lagilah kempen "Nak Tak Nak" ni. Tapi begitulah kita kan, unik dalam kesederhanaan :)

Monday, August 02, 2004

REDHA

REDHA


Semalam aku meronda-ronda ke Putrajaya. Makan malam sensorang, Wan dah sibuk menunggu hari bahagia dia. Sibuk benar dia, buat persiapan itu ini. Rumah sewa diapun dah dibersihkan tinggal angkut barang jer. Hishh rasa sedih bila dia tak ada nanti. Yelah semuanya akan aku buat sensorang balik. Macam putaran roda, back to square balik. Tapi takpelah dia pun sudah lama menderita. Kalau tidak kuat iman mahu 'gila meroyan' gaklah hahhaa. Macamana gila meroyan tu yer? Tu rasanya untuk pompuan yang baru lepas bersalin. Hehhehe silap statement.

Siapa kata lelaki tidak menderita teruk akibat penceraian. Kisah yang berlaku minggu lepas juga amat ngeri. Sanggup si ayah nekad menjerut hingga mati 3 orang anaknya sebelum dia membunuh diri. Hidup di dunia ini penuh dengan dugaan dan tekanan. Dia Malaysia, ada 10% penduduknya yang sakit jiwa. Entah-entah kita berurusan dengan orang sakit jiwa ni saban hari tapi kita tak perasan. Sebenarnya mereka ini ada yang tidak menunjukkan tanda-tanda langsung, normal macam kita jugak. Tapi bila gunung berapi meletup, tu yang banyak kejadian tidak disangka-sangak tu. Sembelihlah, bunuhlah macam-macam.

Apa yang pasti, kita perlu redha dengan setiap kejadian yang berlaku. Harus terus tabah dan waras ketika membuat keputusan. Kalau kita terlalu mengharapkan kesempurnaan apa yang kita perolehi hanyalah kekecewaan. Walaupun harus menelan segala kepahitan, tapi rasanya itu lebih membahagiakan dari hidup tidak berpijak di bumi nyata. Esok lusa kita tidak tahu apa yang akan berlaku. Segalanya telah tertulis di Luh Mahfuz.

Ada kawan ajak ke Tawau kalau Mas masuk final AF2. Yayadan yang dibawakan Sabtu lalu nampak menunjukkan peningkatan. Namun biasalah, yang buruk akan terus nampak buruk. Dia ada sesuatu yang pelajar lain tak ada. Tapi aku tak tahu apa ... Cuma semakin ramai yang menyukai kesederhanaannya.