Thursday, September 30, 2004

Hidup Aku

HIDUP AKU



Aku rasa nak demam pagi ni. Sejak semalam bersin tak henti-henti. Tapi Alhamdulillah bila pagi segar dan bersemangat nak ke ofis.

Semalam petang mak telefon suruh baca Yaasin selepas maghrib dan buat sembahyang sunat Nisfu Syaban. Aku buat ler sensorang kat rumah. Lepas habis tu ke Puchong, beli barang makanan dan ke bank.

Masa balik dari bank aku carik kereta aku. Punyalah susah nak bukak pintu kereta. Rupanya itu bukan kereta aku. Kereta aku sebelah kereta yang aku cuba bukak pintunya itu. Maklumlah alarm kereta aku dah kiok. Nasib baik kereta tuu tak ‘menjerit’. Ramai sangat ler yang pakai kereta warna kelabu nih. Sampaikan mata aku pun turut kelabu.

Oh ya semalam kan ada training. Malam sebelumnya tu sibuklah dok baca buku tuu. Ada 10 Chapter. Kena baca Chapter 1-4. Tapi aku tak tahu pulak style Prof tu mengajar just gunakan power point dan dia bercakap tak henti-henti. Aku sampai tertidur-tidur baca buku tu ke subuh. Lepas ni aku baca sambil lalu jerlah atau aku tengok summary dia sahaja. Tak kuasa pak cik nak bermatian menelaah ni bukan masuk periksa pun.

Cik Wan & Zul ajak aku ke Melaka. Dia kendalikan training, tapi badan aku tak berapa sihat nak ke mana-mana.

Aku tengah pening gak nak fikirkan konsep untuk perasmian satu majlis ni.

Wednesday, September 29, 2004

Terima kasih

TERIMA KASIH!

Malam tadi kena paksa diri baca buku untuk training hari ini. Walaupun hanya 4 chapter tapi mengantuk sangat. Tak tersedar tertidur depan TV. Nasib baik pagi tadi pukul 5 pagi dah terjaga dan aku sambung baca chapter yang ke-4.

Hujan gerimis pagi ini di CJ. Tapi lepas hujan cahaya matahari bersinar terang. Indah sangat. Kehidupan kita pun mungkin begitu. Sesudah hujan teduh mentari akan bersinar terang. Tapi kalau memanjang mendung tak bererti hujan pun payah. Orang akan konfius bila nak membuat keputusan.

Voucher JJ yang aku dapat aku belum tukarkan lagi. Tak banyak pun RM 30 ringgit yer. Malas nak drive ke IOI Mall Puchong tu sesak.

Semalam dia call dari Sukit Sintang. Entah apa dia buat kat situ. Dia wish aku happy birthday. Tak apalah ingat jugak dia kat aku.

Terima kasih juga pada semua yang mendoakan kebahagiaan dan wish Happy Birthday kat aku ini. Kebanyakkanya aku belum pernah jumpa. Pembaca blog aku yang entah apa-apa ini.

Buat Ratna, Dr.Ros, Bakhtiar, Nadya, Akak, Jujul, Man, Ryss, Ceqtie & Auntie Yan dan yang lain terima kasih di atas ingatan kalian. Terharu pak cik.

Ada juga yang mengsms dan menelefon sejauh dari Sabah untuk menceriakan hati aku semalam.

Yalah umur aku kian bertambah .

Tuesday, September 28, 2004

Denting ke-32



DENTING KE – 32



2004 memang penuh onak duri. Satu-satunya tahun yang benar-benar menguji diri. Di saat inilah aku kenal erti setiakawan dan persahabatan. Rasanya banyak yang aku lalui tahun ini menyedarkan aku tentang banyak perkara. Kasih sayang keluarga terutamanya Mak yang sentiasa memberikan semangat dan galakkan dan juga doa Ayah yang tidak putus-putus.

Hari ini, di dentingan usia yang ke 32 aku masih di sini. Mengenang usia yang berlalu pergi. Mohon sekali segalanya berakhir dengan aman. Mohon dimurahkan rezeki dan kesihatan yang baik untuk aku berjuang di tahun-tahun mendatang. Dia usia yang ke 32 ini tiada apa yang lebih membahagiakan bila melihat ibu-bapa sihat dan bahagia di kampong. Syukur pada Allah yang mengurniakan aku kebahagiaan ini buat mereka yang amat aku sayangi.

Aku menangis ketika membuat catatan ini . Airmata memang tidak dapat di tahan-tahan. Tidak pernah dalam diri merasa begitu hiba kerana Allah memberikan aku peluang untuk meneruskan sisa kehidupan.

Masih banyak yang belum selesai. Aku amat berharap agar kebahagiaan yang aku nikmati sekarang ini berkekalan. Sungguhpun sedar segala nikmat ini hanyalah pinjaman sementara.

Pada denting yang ke 32. Tiada apa yang aku inginkan selain melihat Ayah Bonda sihat dan panjang umur.

Aku kini telah 32 tahun menjelajah misteri kehidupan walau yang mampu kuselak secebisan cuma. Namun aku sedar makna kehidupan ini dan jalan mana yang harus kulalui.

Monday, September 27, 2004

Mengunyah Sunyi

MENGUNYAH SUNYI


Hari ini sungguh kelam kabut. Hinggakan entri yang ditulis tenggelam hilang entah ke mana. Lupa save dan pc tiba-tiba padam. Entah kenapa dada rasa berdebar kencang. Esok harus aku bercuti. Mahu mengunyah sunyi ini sendiri.

MENGUNYAH SUNYI

Rahang waktu yang terbuka
Membuat aku mengenangmu semula
Pada setiap bicara
Moga engkau berbahagia.

Biarlah aku sendiri
Mengunyah sunyi ini
Kerana setiap yang berlaku
Bukan kehendakku semata.

Tiap bait kenangan
Yang sesekali singgah di laman
Harus aku telan dalam diam.

Azhan A. Kamal
Cyberjaya
27 Sept.2004

Saturday, September 25, 2004

Lajanda Dilemma

LAJANDA DILEMMA



Aku berkesempatan berbual dengan seseorang semalam petang. Suka berkongsi pendapat dan idea tentang hidup. Kisah dia juga menarik. Bila saya tanya dia mengapa dia terus menjanda dia memberikan pendapat berikut.

“Cari yg muda.. bujang, I ada anak pompuan nanti bila Akak dah tua dia jeling anak pompuan akak, bapak pun tak boleh caya.”

“Cari yang bujang terlajak lebih 40 mesti ada yang tak kena pada dia tuh.. tuh sebab tak kawin. Kalau terlebih handsome.. tertanya gak .. g*y ker.”

“Kalau dpt kematian isteri yg dah tua... anak-anak dah besar nanti anak dia ingat I nakkan harta bapak dia. Itupun kalau ada harta.. kalau tak dia dok ingat arwah isteri kalau dia masih sayang isteri dia. Nanti kekejap.. arwah isteri i masak lagi sedap. Arwah tu cam ni. Tension Akak."

“Kalau kawin duda cerai isteri kena tengok kenapa bercerai... mesti ada yg tak kena, kalau dia baik isteri buat hal.. nanti dia selalu suspicious . Itulah apa orang label. Lepas tuh.. kalau kahwin yang dah tua., 60 plus. Mesti ada sakit.. nanti akak gak kena dok jaga dia... 3 penyakit salah satu mesti ada."

Dia juga bagi tips.

1. Hari pertama kahwin... sebelum bersama, kena terangkan pada isteri apa yg kita suka apa yg kita tak suka. Tujuan perkahwinan.. apa expectation kita terhadap dia. Apa expectation dia terhadap kita. So masing-masing tahu their own role. Bila dah bersama... perkara dah lain.

2. And bila first time bergaduh... jangan mengalah. Sebab wanita ni kalau sekali you senang mengalah Dia akan expect you akan mengalah selama-lamanya I’m talking through experience. Woman ni manusia yg manja. Bila you dah manja kat sangat nanti berlebih. Kena pandai kalau nak tegur pasal benda tak suka. Jangan dah 5 thn kawin baru nak tegur cancell camtuh . Nanti bini jawap “ abg dah tak sayang i.. dulu tak kisah skrg kisah”. Masa tu dah terlewat.

3. Earn her respect dari segi ugama. Wife akan jadi malu bila dah bagus dari segi agama. Wife nak melawan pun tak berani Sebab dia akan belajar jadi isteri yang baik. Camana nak tegur isteri melawan kalau hubby tak solat? Akak tak pernah naik suara pada suami but I feel dissapointed pada dia mengenai agama .Tiap isteri ingin berjemaah dengan suami, I never get that. Layani isteri dengan cara agama. Sebab dengan agama ajer u boleh menegur isteri. So kena lengkap kat diri sebagai pembimbing.

Amat berterima kasih bila ada orang yang sudi berkongsi ilmu dan pengalaman hidup. Memanglah dia lebih dulu makan garam dari aku . Kenapa mesti garam agaknya? Kenapa tidak , dia lebih dulu makan KFC dari aku ker ? Banyak lagi yang kami bualkan. Tacit knowledge yang baik sebagai peringatan dan luahan pankreas dia.

Friday, September 24, 2004

DANA

DANA DAN RAHSIA AWET MUDA



Semalam ada tetamu yang datang dari Sri Lanka. “Dana how old are you?”. Dia suruh aku teka, orangnya kecik molek. Aku gelak-gelak dan teka umur dia dalam linkungan 20an paling maksimum 27 kot. Dia beritahu umur dia dah 37 nak masuk 38. Mak datuk, aku tanya dia apa rahsia awet muda dia.

Katanya dia tak simpan perasaan dendam dalam hatinya. Kalau dia tak puas hati dia akan cakap kat orang itu supaya masing-masing boleh belajar kesilapan. Supaya apa yang kita rasa tidak puas hati tidak membekas dalam dada dan mambuatkan muka kita nampak tua dan tension. Jangan bawa masalah balik ke rumah. Apa yang berlaku hari itu hendaklah diselesaikan hari itu juga.

Masalahnya orang nak ker menerima sikap kita yang terlalu berterus terang? Di sini kena berkias pantun seloka untuk memberikan maksud. Memang benar katanya, kita tak perlulah cakap di belakang. Kalau tak puas hati, jumpa bersemuka. Masing-masing akan faham kalau memang itu cara kita. Kita pula kenalah ikhlas tentang itu.

Banyak yang aku belajar daripada wanita kecik molek ini. Selain hal-hal kerja, banyak juga kami bualkan tentang politik. Pergerakan LTTE, media dan PM baru kita. Perbincangan yang berbaloi. Tapi kami berasa amat bersalah sebab hanya dapat menerima kehadiran tetamu setengah hari sahaja. Sedangkan dia minta ‘attachment’ selama 2 hari. Kesilapan teknikal, dan lambat menerima permohonan membuatkan temujanji department aku sudah penuh. Hari ini Monash University pula yang akan datang menjenguk.

Dana kata “Takpelah, mungkin saya yang tidak bernasib baik”.

Apa nak buat Dana lain kalilah kalau ada rezeki. YM kan ada.

Thursday, September 23, 2004

How to get more done

HOW TO GET MORE DONE

My boss paksa aku baca buku ni : John and Fiona Humphrey, : “How to Get More Done”, London : Kogan Page,1990. Bukunya tak besar mana Cuma 111 muka surat sahaja. Rupanya ada workshop minggu depan. Pra syarat nak mengikuti workshop tu kena habiskan baca buku tu dulu. Macam-macam training ler, letih dah pak cik. Training pun kena ada pra syarat ker? Aku tinjau-tinjau buku tu. Macam best sebab cara nak meningkatkan produktiviti dalam pekerjaan dan kehidupan. Sebabnya kadang kita mengadu kerja banyak tetapi apa yang kita buat sebenarnya tidak menyumbang apa-apa. Kerja-kerja tersebut boleh dielakkan atau dikurangkan.

Rasanya kan, setiap hari tidak salah kalau kita peruntukkan masa sedikit untuk berbual kosong, bergosip dengan rakan sekerja kita yang lain. Ini untuk kesihatan mental kita. Bukanlah dari pagi masuk kerja sampai ke sudahnya hanya buat kerja macam robot. Tidak salah kalau kita ‘berehat’ dan ‘menikmati hidup’ bermasyarakat walaupun kita tengah bekerja. Janji semua beres. Berpada-padalah, nak hidup kena bijak .

Untuk Dikenang

Ingat aku
Saat kau lewati jalan ini
Setapak berbatu
Kenang aku
Bila kau dengarkan lagu ini
Terlantun perlahan

Barisan puisi ini adalah
Yang aku punya
Mungkin akan kau lupakan
Atau untuk dikenang

Ingat aku
Bila kau terasing
Dalam gelap keramaian kota

Tulisan dariku ini
Mencoba mengabadikan
Mungkin akan kau lupakan
Atau untuk dikenang

Doakanlah aku malam ini sebelum kau
Mengharungi malam.

Vokal : Pongki
Album : Jikustik – “Sepanjang Musim”.

Wednesday, September 22, 2004

This used to be my playground

THIS USED TO BE MY PLAYGROUND


Aku suka pulak dengan lirik lagu ini. Tapi aku amat berharap lagu ini dinyanyikan semula oleh penyanyi lain bukan si Madonna itu. Di ofis tengah gempar orang bercerita tentang penderaan kanak-kanak perempuan di Putrajaya. Kisah itu ada di siarkan di rancangan 999 TV3 Isnin lepas. Beberapa orang staff ada yang duduk di kawasan tu. Mereka pun geram juga.

Kehidupan ini adalah perjuangan yang terus. Kita selalu mengharapkan segalanya berakhir dengan baik. Seperti yang selalu kita harapkan, mengikut kehendak kita. Namun hanya tuhan sahaja yang tahu apa yang terbaik untuk kita.

Lagu ini seperti bersiulan di kepala. Saling berlantunan. Teringat sebuah tempat rahsia yang paling mendamaikan. Harap dapat ke tempat itu lagi . Tapi mungkin di suatu hari yang lain dengan keadaan yang berbeza. Segalanya seperti telah dipetakan begitu rupa.

Aku hanya hamba-Mu yang lemah.

"This Used To Be My Playground"


This used to be my playground (used to be)
This used to be my childhood dream
This used to be the place I ran to
Whenever I was in needOf a friend
Why did it have to end
And why do they always say


Don't look backKeep your head held high
Don't ask them why
Because life is short
And before you know
You're feeling old
And your heart is breaking
Don't hold on to the past
Well that's too much to ask


[chorus]
Live and learn
Well the years they flew
And we never knew
We were foolish then
We would never tire
And that little fire
Is still alive in me
It will never go away
Can't say goodbye to yesterday (can't say goodbye)


[chorus]
No regrets
But I wish that you
Were here with me
Well then there's hope yet
I can see your face
In our secret place
You're not just a memory
Say goodbye to yesterday (the dream)
Those are words
I'll never say (I'll never say)


This used to be my playground (used to be)
This used to be our pride and joy
This used to be the place we ran to
That no one in the world could dare destroy


This used to be our playground (used to be)
This used to be our childhood dream
This used to be the place we ran to
I wish you were standing here with me


This used to be our playground (used to be)
This used to be our great escape
This used to be the place we ran to
This used to be our secret hiding place
This used to be our playground (used to be)
This used to be our childhood dream
This used to be the place we ran to
The best things in life are always free
Wishing you were here with me

Madonna

Tuesday, September 21, 2004


Biasan kaca itu melantun kearahku semula. Sebuah arca dan dinding kaca.

Penantian

PENANTIAN

Syukurlah setiap pagi amat bersemangat sekali untuk memulakan hari. Walau tinggal bersendirian, bangun pagi memang tak akan ada masalah. Pukul 5-6 pagi, mata sudah tidak mahu pejam. Aku mula memikirkan banyak perkara sekarang. Pelbagai kemungkinan dan aku tidak sama sekali akan mati terkejut jika akhirnya dia bersuara.

Aku memang menantikan saat-saat keramat itu.

Monday, September 20, 2004

Paku



Often, the hammering doesnt break you, it makes you stand firm! Akhirnya aku mendapat photo yang aku idam-idamkan ini. Dua batang paku yang condong tapi tetap teguh. Memanglah ia perlu menahan seribu hentakan sang penukul namun ia tetap bertahan. Hidup ini pun begitulah, begitu banyak sekali ujian dan cabaran namun kita harus sentiasa tabah untuk bertahan.

Hujung minggu aku balik kampung bersama Yana. Sabtu malam nonton "Sekeras Kerikil" buat kali kedua. Biasalah cerita tu, automatik air mata menitis. Rasanya kalau kepala diserang virus sahaja yang tak akan menangis. Insaf juga, betapa nanti bila kita tua entah apa pula bahagian kita.

Rasanya walaupun usia semakin ke maghrib ada banyak benda yag tidak berubah. Semasa aku sedang berangan di tangga rumah ( biasalah angin sawah yang mendamaikan itu). My dearest dad balik dari kedai. Dia bagi aku aiskrim kacang merah panjang. Lama sudah aku tak makan benda tu. Rasa ternostalgia aku pada benda-benda kecik macam tu. Yana, aku, dan Mak makan aiskrim tuu. Syukur alhamdulillah, walaupun begitu banyak halangan dan rintangan, saat itulah aku amat menghargai semua yang aku ada.

Pentingnya sebuah kenyataan sebenarnya lebih indah daripada mimpi yang hanya sekadar mengasyikkan.

Rindu Bertandang Lagi


Rindu bertandang lagi, kekasih

Hati ku merintih kerana mu
Kesunyian mencengkam
Lautan kenangan
Ajaibnya perasaan


Rindu membawa daku, kekasih

Pada musim-musim bersama mu
Rasa kasih dan rindu
Yang tertanam buat mu
Di jambangan usia ku
Waktu memisahkan aku dengan mu
Kemanisan bersatu
Dalam sebuah rindu
Kini saat indah menjadi sejarah
Dan musim pun berlalu bersama waktu
Kini bertemankan sebuah perasaan
Rasa kasih rasa rindu pada mu

Rindu bertandang lagi di hati
Rindu menghampiri kala sendiri
Telah lama hidup ku yang kosong tak terisi
Sungguh lama dikau pergi

( Lagu : M. Nasir - Lirik : M. Nasir )


Friday, September 17, 2004

Sebuah tesis kehidupan


Tali walau nampak kejap terikat pada tiang, tetap terurai bila disentap dengan kuat. Terputuslah ia tanpa disangka ...

SEBUAH TESIS KEHIDUPAN



Saya lebih suka mengejanya ‘thesis’ mencampuradukkan bahasa. “Sebuah thesis kehidupan” dipilih bagi melambangkan satu kajian tentang hidup, mengkaji kehidupan sendiri dan mentafsir kehidupan orang lain. Mencari titik temu pada satu-satu permasalahan. Menghuraikan teori dan pandangan orang lain. Jadilah ia sebuah tesis kehidupan yang terbuka. Kerana diharapkan perkongsian ilmu boleh berlaku melalui pengalaman saya dan pembaca semua.

Hari ini sudah Jumaat semula. Kerja banyak yang perlu disiapkan. Terlalu banyak hingga kadang hilang fokus. Tapi yang pasti jika sesuatu kerja itu di buat di atas kerelaan sendiri hasilnya lebih memberangsangkan, kepuasan berada ditahap maksimum. Berbanding kerja yang disuruh paksa-rela, hasilnya agak kurang.

Nasib baik banyak projek yang dibuat adalah atas kehendak sendiri. Kalau dipaksa membuatnya memang tidak akan berjalan lancar. Ada satu projek yang saya belum mulakan. Kena menjelajah beberapa buah negeri dan jabatan untuk mengumpulkan maklumat. Malasnya nak mula …

Thursday, September 16, 2004

LAMPU

LAMPU YANG TERPASANG

Selalu makan nasi tapau di ofis. Berlapikkan suratkhabar jer sebab tak mahu meja kotor. Sambil makan sambil baca apa yang tertera di akhbar tu. Rupanya dapat maklumat baru juga. Betulah ilmu itu kena di cari walau dalam apa keadaan sekalipun.

Terbaca kat suratkhabar 11 Sept. 2004 ( BH)

Pasang Lampu waktu malam risiko barah

Beijing: Ahli sains menyatakan amalan memasang lampu pada waktu malam terutama ketika tidur mungkin mendedahkan seseorang kepada risiko mengidap penyakit barah.

Agensi berita Xinhua melaporkan sejumlah penyelidik kini menyertai mesyuarat lim hari di London minggu ini bagi menimbang bukti kaitan antara lampu elektrik pada waktu malam dan peningkatan kejadian penyakit leukemia ketika usia kanak-kanak.

Paakr Sel dan Struktur Biologi di Universiti Texas, Russel Reiter, menyatakan kemungkinan kaitan antara lampu elektrik dengan barah adalah menerusi hormon melatonin, yang melindungi unsure genetic daripada berubah.

Aku memang sentiasa memasang lampu ketika tidur. Kalau tak tak boleh lelap. Ianya bermula ketika zaman belajar dulu, bangun tengah malam. Kalau tutup lampu alamat tak akan terbangunlah untuk study, terus padam sampai ke subuh. Sampai sekarang amalan tersebut tak boleh dihentikan. Sudah jadi habit.

Maybe aku takut pada gelap …

Wednesday, September 15, 2004

Kehidupan

KEHIDUPAN

Hari ini rasanya tiada apa-apa yan menarik. Ada meeting di Melaka. Bangun awal sungguh sebab kena bertolak pukul 7.30 pagi. Tunggu ofismate yang tinggal jauh di Gombak. Jadi aku menulis catatan ini …

Ada 48,100 siswazah Melayu menganggur berbanding 18,200 graduan bukan Melayu sehingga suku pertama tahun ini. Sebabnya kurang ketrampilan dan kemahiran.

Ada pula yang lelaki yang nekad telan racun tikus sebab masalah hidup. Kes tuntutan cerai. Akhirnya kena siasat mengikut Seksyen 309 Kanun Keseksaan kerana cuba membunuh diri. Sabit kesalahan mengikut seksyen itu, lelaki terbabit boleh dikenakan hukuman penjara sehingga satu tahun atau denda atau kedua-duanya sekali. Nasib baik dapat diselamatkan. Jangan lari dari masalah, kang tak pasal-pasal masalah lain menjelma. Kalau orang dah tak sudi …

Tuesday, September 14, 2004

You Raise Me Up

YOU RAISE ME UP



“Lagu dengan lirik dan irama yang mantap mampu merangsang minda untuk berjaya dalam hidup “ - itulah kata-kata Rokizan Ibrahim pakar motivasi dalam seminar-seminarnya. You Raise Me Up mendorong kita supaya sentiasa positif untuk hidup.

When I am down and, oh my soul, so weary
When troubles come and my heart burdened be
Then , I am still and wait here in the silence
Until you come and sit a while with me.

You raise me up, so I can stand on mountains
You raise me up, to walk on stormy seas
I am strong , when I am on your shoulders
You raise me up … to more than I can be.

Dalam hidup ini terlalu banyak liku duri yang sentiasa tertancap di mana-mana. Silap langkah luka berdarah dan lebih dahsyat lagi jika ianya menghancurkan hati. Semasa seseorang itu berduka cita disebabkan berbagai permasalahan, jiwa menjadi tidak keruan maka timbul rasa tertekan dan pelbagai perasaan negatif sehingga boleh membuat kita menyepi diri seperti bait :

When I am down and, oh my soul, so weary
When troubles come and my heart burdened be
Then , I am still and wait here in the silence

Dalam hidupnya yang sepi muncul seseorang dan memberi perangsang menyuntik kata-kata semangat. Kata – kata semangat ini yang telah merobah kehidupannya menjadi seorang yang kental. Boleh berhadapan dengan segala rintangan yang amat mencabar. Mampu meraih kejayaan yang ia sendiri tidak pernah terduga.

You raise me up, so I can stand on mountains
You raise me up, to walk on stormy seas
I am strong , when I am on your shoulders
You raise me up … to more than I can be.

Lagu ini dinyanyikan oleh Josh Groban yang bersahaja diiringi oleh muzik orkestra.
Wan masih bercuti, Cik Syam juga. Ofis sunyi. Bajet tak siap lagi. Esok ada meeting di Melaka. Dia miss call 3 kali semalam sebab aku tak dengar hp berbunyi. Kali ke empat barulah dapat. Bila aku tanya pasal hal tu dia jadi cepat-cepat nak letak phone. Dia serba salah mungkin.

Monday, September 13, 2004

GAGAK HITAM

Sabtu 11 Sep. 2004

GAGAK HITAM

Aku dan Yana ke SM. My sis cukup gembira sebab adik menang pertandingan bercerita pra sekolah daerah Hulu Langat/Banting. Aku tanya adik cerita apa yang dia buat dan aku suruh dia bercerita semula.

Malu-malu dia buat aksi gagak siap dengan nyanyi .” Lalalala akulah gagak, gagak hitam, sungguhpun hitam ku tetap hebat..” Kostum dia serba hitam dan siap kepak bagai. Aku ketawa nak pecah perut, memang terhibur dengan pelat dia tu.

Adik kecik hati sebab budak-budak ejek dia gagak hitam. Aku kata kat dia tak kisahlah adik kan hebat, sebelum ni adik dah menang pingat emas acara berjalan kaki 100 M peringkat negeri Selangor ( Pra sekolah). Memang ler suara dan muka adik ada iras-iras Nija AF2 tapi lebih comel dan manis.

Aku suruh dia lawan balik kalau sesiapa ejek dia katalah , “Sungguhpun hitam ku tetap hebat”.

Dia hanya tersenyum manis.

Ahad 12 Sep. 2004

WARNA OREN

Ahad pagi semasa bersarapan di Putrajaya. Terdengar orang berbisik tapi agak jelas , “Zahid, Zahid …”. Mereka pandang aku sambil sengih-sengih. Sejak bila baju color oren menjadi hak eksklusif Zahid?. Aku penyokong Maslah. …

Aku agak aktif juga dengan MASFC ni. Bila aku jumpa penyokong dia yang lain kebanyakkanya somebody juga dan biasanya melibatkan seluruh keluarga, bukan budak-budak muda yang menghabiskan duit mak bapak mengafundi .

KERIS CIK WAN

Ahad tengahari aku ke Gombak. Majlis kahwin Cik Wan dan Azlina. Aku siap bawak juru pandu. Tapi tetap hampeh. Sesat as always. Punyalah tekun tengok landmark yang tertera di kad jemputan. Manalah stesen minyak ni tak jumpa-jumpa sebab dalam kad ada. Tiba-tiba aku nampak bunga manggar siap nama Cik Wan. Aku apa lagi membelok dengan tiba-tiba, terkejut pak cik tu. Sebab dari jalan raya ke lorong tu agak tinggi dan menjunam.

Lawa pengantin. Keris betul tersisiap di pinggang. Kalah Hang Tuah PGL.

Moga kali ini perkahwinannya berkekalan hingga sselamanya. Banyak kisah hidup kami kongsi bersama. Suka duka masa mengambil masters dulu dan waktu yang sama perkahwinan pertamanya tidak dapat di selamatkan. Itu cerita 3 tahun yang lalu.

Wan … “Selamat pengantin Baru ! ( Baru ker? J)

Lebih muda lebih bertenaga meneruskan hidup bukan?


M

Lepas aku pusing-pusing di Ampang Point beli CD Broery Marantika aku ke Naili’s Place membasahkan tekak. Mula-mula kau tak perasan si M ni di depan aku. Kejung as always. Sorry yer M aku kena tukar my spek ni hahahha. Rupanya si M dan aku siap kata “Ingatkan Cina mana tadi…”. Teruk betul aku ni. M bersama kengkawan dia kat situ.

Aku duduk sebelah meja dia.

Aku order cengkodok pisang diorang bagi cengkodok ikan bilis. Lama order baru sampai. Aku siap buat lawak mungkin diorang kehabisan pisang. Pergi kebun carik pisang tak jumpa-jumpa.

Lama juga kat situ, tunggu hujan teduh.

Lepas tu ke JJ Taman Maluri. Semasa nak bayar tiket parking duit yang aku masukkan seringgit tu asyik kena reject jer. Banyak kali buat aku tension. Kemudian ada Auntie Cina tu dengan husband dia offer syiling. Terima kasih sesangat.

Aku mula menginsafi manusia ini sama sahaja tak kira warna kulit. Buat baik biar selalu … Tuhan akan memberikan nikmatnya dalam keadaan yang sungguh tidak disangkakan.


AKU

Balik ke Cyberjaya selepas maghrib rasa sedih tentang sesuatu. Bila mengetahui kebenaran itu tidak dapat disembunyikan lagi.

SEKILAS BAJET 2005

BONUS

Bonus satu setengah bulan gaji untuk kakitangan awam berpendapatan sehingga RM 1,000 sebulan dan bonus sebulan gaji atau minimum RM 1,500 untuk kakitangan berpendapatan lebih RM 1,000 sebulan, dibayar dalam dua ansuran pada Oktober dan Disember ini.

PERNIAGAAN

Dana Usahawan Baru dinaikkan kepada RM 2 bilion.

RM 500 juta bagi projek prasarana seperti hospital, sekolah dan kuarters kerajaan yang diberikan kepada kontraktor kecil dan kelas F tahun depan.

RM 10 juta bagi mempromosikan produk halal.

RM 500 juta untuk program ‘sumber luar’ kontraktor kelas F selenggara kemudahan awam seperti hospital, sekolah dan kuarters kakitangan kerajaan di daerah.

Mansuhkan cukai jualan dan perkhidmatan dengan digantikan cukai berasaskan konsep nilai tambah (VAT) atau dikenali sebagai Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Menaikkan pelepasan cukai bagi caruman KWSP dan Takaful serta premium insurans.

Penghapusan atau pengurangan duti import terhadap barangan terpilih.

Peruntukan RM 1.5 bilion bagi projek pertanian terutama kepada projek pekebun kecil.

Peruntukan RM 300 juta sebagai modal permulaan bagi mengkomersialkan produk pertanian.

Dana Perusahaan Kecil dan sederhana 2 akan dinaikkan kepada RM 4.5 bilion daripada 1.5 bilion.

PENDIDIKAN

RM 16.3 bilion untuk Kementerian Pelajaran dan RM 5.2 bilion untuk Kementerian Pengajian Tinggi bagi membangunkan masyarakat berpengetahuan dan menjadikan sistem pendidikan negara bertaraf dunia.

Khazanah Nasional akan menaja 100 pelajar cemerlang melanjutkan pelajaran ke universiti terkemuka antarabangsa manakala Mara menaja 1,000 pelajar ke luar negara setiap tahun.

RM 205 juta untuk skim baucar tuisyen anak golongan berpendapatan rendah.

SOSIAL

100,000 unit rumah mampu milik yang akan dilaksanakan dengan kaedah sistem binaan perindustrian (IBS)

RM 94.2 juta untuk program bantuan perumahan, meningkatkan pendapatan , tambahan makanan seimbang, pembangunan minda insan, latihan dan pendidikan untuk golongan miskin tegar.

RM 778 juta bagi membina 21,000 unit rumah kos rendah di bawah program Perumahan Rakyat untuk penduduk setinggan di Kuala Lumpur dan bandar utama.

RM 177 juta secara pinjaman kepada kerajaan negeri bagi meneruskan pembinaan 3,000 unit rumah untuk projek perumahan awam kos rendah.

Imbuhan RM 450 bagi imam setiap masjid seluruh negara.

RM 107 juta bagi pelarasan gaji polis.

Mulai 1 Januari 2005, anggota Pasukan Gerak Khas (PGK) polis dan komando ATM yang berkhidmat satu hingga 10 tahun terima bayaran insentif RM600 sebulan, 11 hingga 15 tahun RM750 sebulan, lebih 16 tahun RM 900 sebulan.

RM 77.3 juta untuk menaikkan taraf kehidupan 147, 500 Orang Asli di seluruh negara.

RM 130 juta untuk bekalan elektrik dan RM 95 juta untuk bekalan air bagi mengimbangi pembangunan bandar dan luar bandar.

RM 174 juta untuk membina jalan kampung dan RM 50 juta untukmenyiap dan membina jalan luar Bandar.

DUTI

Duti eksais rokok naik kepada RM 81 bagi 1,000 batang daripada RM 58.

Duti eksais alcohol naik antara 10 sen dan RM 28 seliter daripada 5 sen dan 23.40.

Sumber : Berita Harian Sabtu 11 Sept.2004.


Friday, September 10, 2004

Tragedi


Tragedi letupan bom kereta di Jakarta.9 Sept.04

TRAGEDI KEHIDUPAN


Takziah untuk semua mangsa bom kereta di Jakarta. Lapan orang terbunuh dan hampir 170 lagi cedera selepas sebutir bom kereta meletup berdekatan Kedutaan Australia di daerah Kuningan, yang menempatkan kedutaan asing, pusat perniagaan dan pasar raya, di sini semalam. Kementerian Kesihatan Indonesia berkata, semua yang terkorban ialah rakyat Indonesia termasuk tiga anggota polis yang mengawal bangunan itu.

Memanglah benar selepas 9/11 lebih banyak lagi keganasan telah dan akan berlaku. Keamanan negara kita Malaysia yang baru sahaja menyambut ulangtahun kemerdekaan yang ke 47 perlu dikekalkan.

Hidup perlu diteruskan walaupun banyak dugaan yang berlaku. Berikut adalah antara amalan yang menyebabkan mudah mendapat rezeki dan hidup diberkati Allah :

Sentiasa bertaqwa kepada Allah
Bertaqwa kepada Allah s.w.t ertinya takut kepada Allah dengan cara mematuhi segala titah perintah-Nya dan menjauhi segala larangan serta tegahan-Nya.

Berbakti kepada ibu bapa
Jika kita ingin hidup senang, panjang umur dan murah rezeki, selain taat kepada Allah maka kita juga hendaklah sentiasa berbakti atau berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapa.

Menjalin hubungan silaturrahim.
“Sesiapa yang ingin diluaskan rezekinya dan dipanjangkan umurnya, maka hendaklah dia menghubungkan silaturrahim ( Riwayat al – Bukhari).

Bangun Pagi
Sentiasa melazimkan bangun pagi sebaik-baiknya sejam sebelum masuk waktu subuh, adalah menjadi salah satu sebab utama rezeki dimurahkan oleh Allah. Bangun, lalu bersuci dan dirikanlah solat Tahajjud, kemudian beristighfar dan berdoa, serta lakukan solat witir jika belum berbuat demikian sebelum tidur. Setelah itu ke masjid atau surau untuk solat subuh berjemaah.

Melazimkan bacaan surah al-Waqi’ah
Sabda rasullullah s.a.w maksudnya, “Sesiapa membaca Surah al-Waqiah pada tiap-tiap malam, nescaya tidak akan menimpa kepadanya kepapaan.” (Riwayat al-Bukhari).

Solat Dhuha
Melazimkan solat Dhuha, setengah daripada fadhilatnya ialah murah rezeki atas orang yang melakukannya. Solat Dhuha dilakukan pada waktu Dhuha iaitu kira-kira setengah jam setelah terbit matahari hingga sebelum masuk waktu Zuhur.

Selain itu berusahalah melakukan pekerjaan dengan bersungguh dan penuh keazaman. "Bekerjalah untuk duniamu seolah-olah kamu akan hidup selama-lamanya. Dan beramallah untuk akhiratmu seolah-olah kamu akan mati keesokan harinya.”
Menginsafi diri, semalam dia call :).

Salam Jumaat dan moga dimurahkan rezeki kita semua.

Thursday, September 09, 2004

Engkau di mana

ENGKAU DI MANA?

Sudah agak lama tak menulis tentang diri sendiri. Menerima email daripada beberapa orang pembaca baru DJW. Pelbagai perasaan yang menerjah. Takut juga jika kisah yang ditulis memberi kesan yang lain. Banyak persoalan yang kadang saya sendiri tidak mampu untuk memberikan jawapannya. Saya berharap tulisan saya memberi kebaikan. Jika sebaliknya itu adalah atas kelemahan saya sendiri. Saya minta maaf. Ramai juga yang menulis mereka mempunyai 'plot hidup' yang hampir sama. Juga sama-sama dapat merasai apa yang saya rasa. Terima kasih kerana memahami.

Memang terlalu banyak N dalam hidup saya. Itu memang saya akui. Kadang saya maksudkan orang lain tapi huruf itu juga yang saya pilih. My dear N … sebenarnya hanya satu. Hakikatnya, orang yang saya kenali secara kebetulan ramai yg bermula dengan huruf N. Tapi saya ada satu N yang paling istimewa. Tiada gantinya.

Saya akan menggunakan gantinama Dia untuk posting saya yang berikutnya. Dia boleh jadi mewakili sesiapa sahaja yang saya kenali. Dia , 3 huruf yang paling mudah. Tanpa tanda soal di mana-mana.

Ya, dia kehilangan handphonenya lagi. Lagi dan lagi. Dia menghubungi saya ketika tengah sibuk berkursus tempoh hari . Saya tidak dapat menjawab panggilannya. Keesokan harinya dia menghubungi saya lagi. Dalam situasi yang sama dan saya serba salah bila menjawab handphone menjadi pantang larang kami ketika itu. Saya kata padanya hubungi saya semula. Dia menggunakan private no dan mungkin belum membeli handphone baru lagi.

Hingga kini saya tidak tahu jika dia terasa hati atau marah. Sebenarnya saya tidak sempat memberitahunya tentang kursus di PD itu. Harap dia tidak bersangka buruk. Juga berharap benar saya dapat menjelaskan segalanya.
Ketika ini tiada lagu menarik untuk di dengar. Masih bersemangat untuk meneruskan plot kehidupan yang begitu banyak kejutan. Belum sampai klimaks lagi!

Wednesday, September 08, 2004

PROFESIONALISM


Profesionalism sang semut.

PROFESIONALISM


Saya sering mendengar perkataan profesional ketika bertemu rakan-rakan dalam pelbagai latarbelakang. “Kita ni profesional lah …”. Sebenarnya banyak benda yang perlu diambil kira bila kita memperkatakan tentang profesion. Pada tahap manakah sesuatu bidang kerjaya itu sudah mencapai tahap profesion?

Mengikut kajian Flexner ( 1955), Carr-Saundres & Wilson (1963), Logan (1963), Parson ( 1965), Millerson (1984) dlln.

Ciri –ciri profesion itu adalah terdiri daripada komponen berikut :-

Badan pengetahuan
Sistem pendidikan dan latihan
Prinsip perkhidmatan
Kod Etika
Persatuan Ikhtisas
Pengiktirafan (Umum/Undang-undang)
Standard / Piawaian.

Badan pengetahuan meliputi teori ,kemahiran dan skop pengajian yang luas dalam aspek psikologi, sosiologi ( memahami budaya masyarakat), falsafah, Sejarah tempatan, Kesenian, komunikasi, bahasa, undang-undang, pengurusan dan perangkaan.

Sistem pendidikan pendidikan secara formal – pendidikan di peringkat universiti untuk pembangunan badan pengetahuan, penyelidikan, penerbitan dan pendidikan berterusan. Sesetengah bidang mengambil masa yang lebih panjang berbanding bidang lain.

Prinsip perkhidmatan – perkhidmatan yang diberikan memberi manfaat kepada masyarakat dan negara.. Keberkesanan kos vs keuntungan . Bergantung kepada kredibiliti profesion.

Penguatkuasaan Kod Etika – Tidak berkesan jika tidak dikuatkuasakan. Akauntibiliti( perkhidmatan berbayar). Kadang sesuatu kerjaya itu masyarakat tidak iktiraf sebagai sesuatu profesion yang penting atau tidak sehebat profesion yang lain disebabkan kod etika ini tidak dikuatkusakan oleh mereka yang terlibat dalam bidang tersebut.

Menggubal dan mengekalkan piawaian – standard dalam kerja/ perkhidmatan akan melahirkan kecemerlangan. Ini meliputi piawaian kerja dan perkhidmatan, pendidikan, pengurusan dan lain-lain. Melibatkan penilaian, perancangan (pengukuran prestasi, ISO dan lain-lain). Melahirkan kecemerlangan, kepercayaan dan penghormatan. Pengiktirafan, kepercayaan dan keyakinan masyarakat.

Sokongan daripada persatuan – bergantung kepada status(budaya dan social). Sokongan ahli ( akreditasi, syarat dan peraturan, kod etika). Juga tertakluk kepada autoriti dan kawalan. Kesetiaan( persatuan vs institusi).

Mendapatkan pengiktirafan dari segi undang-undang dan masyarakat . Ini termasuklah undang-undang, kod etika dan masyarakat berilmu yang kaya maklumat.

Tidak semua kerjaya yang wujud telah mencapai tahap profesion. Mungkin mereka ada beberapa cirri-ciri di atas tetapi dari aspek penguatkuasaan dan kod etika serta tanggapan masyarakat masih lagi jauh atau tidak dihargai. Kita ambil contoh profesion kedoktoran yang bermula ratusan tahun dahulu dan bermula sebagai herbalist. Mereka telah berevolusi dan sentiasa melakukan penyelidikan serta mendapat tanggapan baik masyarakat. Akhirnya profesion itu telah diangkat sebagai salah satu profesion yang disegani oleh masyarakat. Sudah tentu mereka juga melalui ‘zaman gelap’ dalam profesion mereka. Jika dilihat kesemua ciri-ciri di atas ada pada profesion ini.

Jadi nilaikanlah adakah ciri-ciri di atas ada dalam kerjaya kita sekarang? Di tahap manakah bidang kerjaya yang kita ceburi sekarang ini? Apakah sumbangan kita di dalam merealisasikan apa yang kita perjuangkan ini agar muncul sebagai satu profesion yang disegani?

Sesetengah kerjaya itu baru sangat atau orang tidak kenal pun. Tetapi masanya akan tiba juga nanti …

Tuesday, September 07, 2004

Langkah


Air yang mengalir tumpah ke mana? Rindu yang hadir hilang ke mana?

LANGKAH UNTUK BERJAYA MEMECAH SEMPADAN DIRI



Gunakan segala kekuatan dan kehebatan diri kita. Banyak dari kehebatan kita yang tidak digunakan.

Bentuk matlamat yang jelas – tulis atas kertas, sepanduk, di print atas kertas dan di tengok setiap hari kita akan ingat dan ingin buat biasanya akan dapat. Beritahu orang tersayang atau kenalan rapat supaya dapat membantu kita dan mengingatkan kita.

Mengurus diri dan mengurus orang lain dengan baik. Ubah diri kita sebelum ingin mengubah orang lain.

Membentuk suasana yang merangsang – adakah bil akita masuk rumah kit aberasa semangat. Bagai mana tempat kerja kita? Mungkin suasana kasih sayang, seronok , ceria, menyokong , tidak menghentam dan menghukum dan sebagainya.

Bantu orang lain – sebab dengan membantu orang lain, sebenarnya kita membantu diri kita sendiri. Oleh itu , rangsang, dorong, supportlah orang lain supaya kita akan terdorong.

Hormatilah semua orang disekeliling kita – tidak ada diskriminasi antara semua orang . Semua orang yang berjalan dihadapan kita boleh dijadikan guru kita.

Tingkatkan produktiviti – buat kerja dengan cara terbaik dan bersungguh sebab perkara yang baik akan membuahkan benda-benda yang baik.

Luaskan jaringan persahabatan – mesti ramai kawan supaya mudah kita hidup selesa. Berkawanlah dengan semua orang yang baik-baik.

Sentiasa positif dan bersangka baik – kita akan sihat luar dan dalam. Orang yang hati baik biasanya fikiran positif. Kalau kita banyak sayang dalam hati kita, kita akan berjumpa dengan ramai orang yang menyayangi diri kita dan sebaliknya. Padamkan segala sangkaan buruk yang terbentuk dalam naluri dan benak kita.

Tingkatkan kemahiran berkomunikasi – kekok , kaku, segan tanpa sebab.

Lakukan setiap kegiatan dengan penuh semangat – sebab bila kita ceria kita tak akan merasa penat dan lancar. Keseronokan kita akan menjalar kepada orang lain.

Kreatif – berfikir secara luar biasa, berkawan dengan kawan yang hebat, boleh berfikir macam kartun sebab kartun kreatif.

Ikut peraturan untuk kita mudah hidup. Hidup tiada jalan pintas untuk berjaya segera.
Buat perubahan langkah demi langkah secara bersepadu – supaya tidak burn out. Mula-mula hati kena bersih, bersangka baik , cari ilmu jangan membenci, amalan berubah, cari kawan yg baik-baik, sentiasa patuh perintah Allah, pastikan rezeki kita terima berkat dengan berzakat.

Gunakan peluang yang ada sepenuhnya – ramai orang terlambat dalam mengambil peluang dalam hidup.

Sentiasa bantu orang lain dengan ikhlas.

Sentiasa ceria dan senyum – ceria akan menaikkan nilai diri kita.

Pemaaf – hati bersih. Tidak ada dendam dalam hati, bermaafan dengan kawan apabila ingin pulang dari kerja.

Nilai diri dan tulis dalam jurnal kejayaan diri – setiap hari isi kejayaan kita dalam diari kejayaan kita.

Jangan paksa sesuatu bukan haknya – kena ikut tatacaranya.

Bentuk imej diri yang positif agar mudah menerima kita dan boleh dibuat kawan.

Yakin dengan ketentuan dan dengan bantuan dari Nya.


Monday, September 06, 2004

MEMECAH SEMPADAN DIRI

MEMECAH SEMPADAN DIRI


Saya ingin berkongsi nota ini dengan sahabat sekalian. Semua orang ada sempadan yang dibentuk oleh kita sendiri, masyarakat , orang sekeliling dan sebagainya. Pecahkan kepompong diri yang mengekang diri kita.

Langkah Pertama Untuk Berubah

Belajar menerima hakikat yang kita ini ada masalah yang selalu membantutkan usaha kita untuk berjaya.

1.Kita dididik untuk menjadi sederhana – Allah menjadikan kita dengan keadaan yang sempurna dan sebaik-baik kejadian. Bagaimana untuk menjadi pemimpin kalau tidak cemerlang. Sebenarnya Allah mencipta kita hebat dan cemerlang dan hanya Allah yang tahu di mana sempadannya, tetapi kita pula yang memandai-mandai bina sempadan.

2. Takut dikritik – tidak berani membuat inovasi, sekiranya tidak ada orang kritik kita. Sebaliknya minta dikritik (proaktif). Orang kritik kita adalah guru kita , orang memuji adalah musuh kita.

3. Takut gagal – kebanyakkan orang bertindak secara sederhana, jangan takut untuk gagal kerana kegagalan kita dapat belajar macam-macam ilmu.

4. Matlamat tidak jelas – kalau kit amahu mencapai kejayaan mesti ada matlamat atau gambaran yang jelas. Bukan hanya menjawab secara kabur. Semakin jelas gambaran dalam minda semakin kuat semangat untuk mencapainya. Gambaran dalam minda 10 kali lebih berpengaruh dari azam yang dibentuk. Gambaran akan membentuk kekuatan dan keyakinan yang tinggi.

5. Kita jahil – banyak sumber dan ruang untuk belajar tatapi kita tidak ambil peduli . Malu bertanya soalan sekiranya tidak tahu. Bentuk budaya dahagakan ilmu dalam diri, keluarga dan masyarakat.

6. Kekurangan sumber – cari kawan di sekitar kita untuk membantu kekurangan itu.

7. Bodoh sombong – sombong bodoh – bentuk perasaan rendah diri, kalau tidak tahu mesti bertanya. Jangan hanya duduk diam dan terus dalam keadaan tidak tahu.

8. Tidak satu hati – pentingkan diri sendiri. Allah tidak menolong golongan yang tidak satu hati. Hidupkan semangat berkumpulan bekerja.

9. Mudah patah semangat – cepat putus asa. Tingkatkan aras kemampuan kita untuk menerima segala ujian dalam hidup.

10. Ingin cepat dapat hasil – mudah kena tipu, kejayaan yang sebenar bukan mudah, reality hidup menunjukkan untuk berjaya mesti bertahap. Ingat permata dicipta selama berjuta-juta tahun.

11. Ingkar segala peraturan – bentuk ketaatan padaperaturan dalam hidup supaya mudah kita dalam hidup ini.

12. Kurang berdoa.

Nota :

Senyumlah walau hati harimau yang mengaum.

Retreat De’ PD – Berjaya mencapai matlamatnya alhamdulillah.

Rasa lebih bersemangat hari ini .

Friday, September 03, 2004

DSAI dan masa depan Melayu

DSAI DAN MASA DEPAN MELAYU



Semalam DSAI dibebaskan daripada pertuduhannya. Memang telah diduga keputusan akan berpihak kepadanya dia menang 2 –1. Apapun harapnya orang Melayu tidak berpecah belah kerana yang rugi kita juga nanti.

Tertarik dengan artikel yang ditulis dalam Milenia Muslim “Where Will The Malays Be Come 2010?” (Sept, pp 40-41). Artikel yang mampu menyentik minda kita memperkatakan tentang masa depan Melayu . Banyak yang telah dilakukan untuk membantu bangsa kita ini melalui pemberian subsidi, DEB, latihan keusahawanan melalui RIDA dan MARA.

“Unfortunately, all this did not motivate the Malays to work hard towards achieving economic success.”

“ The Malays are Muslims, as stipulated in the Federal Constitution. They belongs to the Islamic Faith, but they do not actually practice Islam in their daily lives.”

“They do not bother to practice the basic principles of Islam, practiced and advocated by Prophet Muhammad s.a.w. These principles include honesty, truthfulness, resourcefulness, creativity, working hard, being compassionate and helping others.

All these positive traits are not with them and many do not even bother to ponder whether the rezeki they bring home to their families are halal or haram.”

Dan yang lebih menggigit.

“Many Malay leaders ignore the practices of the Prophet s.a.w, such as being sidiq(truthful and honest), amanah (diligently carrying out duties with accountability), tabligh( preaching good things) and fatonah ( possessing the intelligence and wisdom to apply the most appropriate solutions to problems at the correct time and place).”

Sesuatu perlu dilakukan, juga kisah pembebasan DSAI itu juga perlu diambil ikhtibar. Hidup ini terlalu pendik untuk dimusykilkan.


Nota :

Cinta itu indah tetapi seperti laut yang dalam, disebalik keindahan itu tersembunyi gelora dan sengsara yang tidak mungkin dijangka”.

Rezeki yang tuhan jatuhkan, adakala melalui jalan yang tidak pernah disangka”


Thursday, September 02, 2004

Balada Hilang Peta

BALADA HILANG PETA



Semalam bercuti. Cuti tahunan banyak lagi. Maklumlah semua plan nak bercuti terpaksa dibatalkan. Tahun 2004 ini tak ke mana sudahnya. Akhirnya semalam aku tersadai di ofis menyiapkan ‘presentation’ yang perlu dibuat untuk retreat di PD Jumaat ini.

Sepanjang petang hingga malam aku diserang ‘migrain’ yang paling teruk tahun ini, setakat ini. Rasa sakit yang teramat. Bunyi kipas angin pun boleh membuat aku ‘hangin’. Entah ke mana tahap kesabaran aku hilang.

Banyak benda yang berlaku tahun ini. Entahlah boleh atau tidak aku menghadapi 4 bulan yang terakhir ini dengan aman. Pastinya ianya tidak semudah selalu. Tidak mudah tetapi tidak mustahil. Perlu berjuang untuk ke penghujungnya.
Kalaulah kita boleh kembali kepada masa lalu dan membetulkan segalanya ...