Monday, February 28, 2005

Ujian HIV

UJIAN HIV


Bagus juga topik baru di ERA pagi ini untuk mewajibkan pasangan yang bakal berkahwin menjalani ujian HIV. Patutnya kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kesihatan dan Jabatan Agama negeri menyelaraskan peruntukan undang-undang dan peraturan untuk semua bakal pengantin menduduki ujian kesihatan menyeluruh.

Ujian itu perlu meliputi segala aspek termasuk tahap emosi pasangan, kot ada yang gila ker atau penagih dadah. Sejarah kesihatan keluarga . Selain untuk mengesan jika ada potensi untuk mengidap apa juga penyakit merbahaya lain. HIV hanyalah salah satu penyakit yang digeruni. Tetapi banyak lagi penyakit lain yang menjadi pembunuh utama contohnya kanser payudara bagi wanita. Kesesuaian genetik pasangan untuk menghasilkan generasi rakyat Malaysia yang sihat juga perlu diutamakan.

Tapi kita bercakap hal-hal berkaitan perasaan dan cinta. Bila hati sudah terpaut, ketika itu segalanya seperti memantul balik ke dinding. Islam itu memudahkan umatnya untuk mendirikan rumahtangga. Hanya kesedaran masing-masing dan kesediaan untuk menerima ujian ini sebagai satu tuntutan demi menjamin kualiti keturunan dan masalah berbangkit perlu diperjelaskan.

Mungkin disebabkan banyak kes penceraian yang disebabkan masalah ekonomi akan mendorong kerajaan membuat peruntukan sekian-sekian jumlah pendapatan isirumah sebagai ‘cutting point’ untuk menentukan tahap kesediaan pasangan mendirikan rumahtangga. Perkara ini juga perlu difikirkan. Sebabnya membina keluarga di masa ini dan mendatang menuntut kos yang bukan sedikit. Kemampauan dari segi ini juga perlu dipertimbangkan.

Maknanya perkahwinan di suatu masa nanti bukanlah satu tuntutan biologikal semata. Ianya akan memasuki fasa kehidupan yang cukup kompleks di mana banyak aspek perlu dipertimbangkan dari pelbagai sudut.

Ujian HIV hanyalah salah satu dari aspek tersebut yang kini diberi perhatian umum.

Sunday, February 27, 2005

Sepet



Sesepet Mana Matamu?


Filem kedua Yasmin ini sedang rancak di tayangkan di pawagam Malaysia. Biasalah bila tanya kat orang kita, depa akan kata best! Sebab lain dari yang lain. Berjiwa Malaysia dan dekat dengan kita. Aku sendiri belum berkesempatan menontonya. Baca review di akhbar, depa tetap kata best. Nanti bila aku dah nonton sendiri aku buat point-of-view aku pulak. Dari seorang yang buta seni memberi pendapat. Dari kaca mata penonton.

Dia pun sepet, aku ingatkan dulu dia cina bukit mana. Tapi bila dia buka mulut dan slang UK yang pekat aku tahu dia bukan sebarangan. Dia pun dah menonton filem ni dan kata OKlah lain dari yang lain. Aku pun terfikir setakat ni berapa kali dah dia nonton filem Melayu di panggung? Baguslah sebab dia pun dah mula menghargai filem tempatan. Ya, kalau kena dengan tekak masing-masing, sure laku punya. Surelah penonton akan datang tengok.

Aku menghabiskan hujung minggu di ofis. Pagi tadi jumpa Yana sekejap di hostel. Aku malas nak balik kg. Minggu depan baru balik. Mood aku turut berjerebu time ni. Malas nak ke mana-mana. Kenapalah aku terkena mood jerebu yang kronik?

Bila aku dapat foto yang diambil di CH tempohari. Mata aku nampak sepet jugak. Ehh kuyu sebenarnya, macam tertutup tapi mata tak pejam tu. Kesan rabun ... bukan sepet macam dia.

Saturday, February 26, 2005

Cats

THE TRUTH ABOUT CATS AND DOGS


Pertama cerita ini menarik sebab cinta tiga segi. Antara perasaan sendiri dan persahabatan. Sikap rendah diri dan tidak mahu menerima diri seadanya, sedangkan orang lain pun tidak kisah tentang paras rupa. Tidak semestinya cantik sahaja yang orang pandang. Kualiti lain juga amat membantu. Memanglah kecantikan itu salah faktor yang boleh menambat hati, namun ianya tidak kekal. Berterus terang dan yakin diri dalam merebut cinta yang hadir dalam hidup kita paling mustahak.

Best pulak bila dalm film ni Dr. Veterinar boleh boleh ada program radio sendiri. Pemanggil boleh meluahkan segala masalah tentang haiwan peliharaan. Di Malaysia belum ada lagi perkara sebegini. Kalau ada sudah tentu suatu pembahruan. Selain dapat meningkatkan imej bidang tersebut.

Ada dailog yang aku ingat tentang wanita dan kucing :

“Hidup awak dan kucing, sedar-sedar usia sudah 40 tahun”. Pedas tuh, bagi yang belum ada pasangan. Wanita dan kucing lambang kesepian ker?

Sepi ker tidak, tak kisahlah janji tidak menyusahkan orang lain.

Friday, February 25, 2005

Stres

STRES – TSUNAMI KEHIDUPAN



Definasi Stres

-Tindak balas individu terhadap tekanan berlebihan.
-Tindak balas individu terhadap situasi yang dirasakannya mencabar dan menggugat.

Punca- Punca Stres

1. Masalah kewangan
- Gaji tak mencukupi
- Suka berhutang – kawan, Ah Long, kad kredit.
- Boros

2. Acara kehidupan
- Perkahwinan
- Kelahiran
- Pekerjaan baru
- Penghijrahan
- Penceraian
- Kesihatan
- Kematian

3. Sifat semulajadi - kenali diri
- Bercita – cita tinggi – mudah stress
- Tenang – kurang stress
- Teliti & cermat – sederhana stress
- Tidak suka mendesak – sederhana stress
- Periang – kurang stress
- Perisau – tinggi stress
- Kaki gaduh – tinggi stress
- Mudah sangka buruk – tinggi stress
- Terlalu serius – Tinggi stress

4. Tempat kerja
- Jenis kerja – kerjaya tidak secocok
- Beban kerja yang tinggi dan masa singkat
- Mengejar tarikh akhir
- Bidang tugas yang tidak jelas
- Waktu kerja – panjang, OT berlebihan, syif, rumah jauh dari pejabat.
- Ketua atau penyelia yang garang.
- Masalah komunikasi, bahasa
- Kerja rutin dan menjemukan.
- Tiada latihan sebelum jalankan tugas.
- Ragam pelanggan yang keterlaluan.
- Mobiliti yang terbatas
- Sukar minta bantuan atau maklumat.
- Corak kepimpinan atau penyeliaan – kurang sokongan dari ketua/ penyelia.
- Kecanggihan teknologi
- Suasana tempat kerja yang sentiasa bising / sunyi
- Perubahan dalam pengurusan atau polisi.
- Tiada jaminan kerja

5. Interpersonal
- Budaya kerja kurang sihat – dengki, mengumpat, tidak puashati.
- Masalh buli di tempat kerja.
- Hubungan dengan rakan sekerja yang tidak baik.
- Gangguan seksual.

6. Amalkan Teknik Menangani Stres
- Baca al-Quran/ solat /zikir
- Banyakkan riadah dan bersukan
- Urut mengurut
- Mandi air suam
- Cerita masalah dengan orang lain
- Menangis
- Pernafasan dengan sempurna – banyak oksigen ke otak.
- Becuti /berehat/bersantai
- Menjerit di tempat yang private
- Bernasyid/menyanyi
- Melihat pemandangan.
- Peluk bayi
- Lebih kerap memberi belaian
- Bersikap positif terhadap orang lain dan sayangi semua orang.
- Banyakkan senyum
- Maafkan semua kesilapan orang lain sebelum tidur.
- Bersedekah
- Ingat mati
- Sentiasa redha & bersyukur.
- Minta bantuan pakar/ulama
- Menonton dan membaca kartun
- Tukarkan imej dan tingkatkan harga diri.
- Perbaiki komunikasi.
- Dengar ceramah agama atau motivasi.
- Gambar dalam dompet/belakang pintu /atas meja.
- Momento kenangan manis

7. Kesan Positif stress
- Bertindak mengikut rentak stress
- Lebih bertenaga dan bersemangat
- Lebih kreatif

8. Bersyukurlah

- Anda bergaduh dengan suami isteri … Sebab
Anda masih ada suami / isteri

- Rumah anda bersepah … Sebab
Anda masih lagi ada anak dan anak anda cerdik

- Anda sibuk dengan kerja dan mendapat stress … sebab
Anda masih ada kerja kerana ramai di luar sana tidak ada kerja dan sudah pencen.

Jangan stress pulak kalau baca nota aku ini. Kalau tak faham tanya. Semalam pergi ‘staff development program’ di Melaka. Belajar tentang cara menangani stress di tempat kerja best juga. Tak sedar masa berlalu.

Banyak benda yang membuatkan aku stress selain hal-hal kerja.

- Aku stress sebab selalu dapat sms tersesat daripada dia …
- Aku stress bila tahu dia buat itu dan ini dengan orang lain (rasa macam diketepikan pulak, walaupun aku tahu kalau dia ajak pun belum tentu aku nak pergi. Ajak-ajak kucing pun jadilah kan?)
- Aku stress bila dia tak jawab panggilan aku tapi boleh bersms dengan orang lain ( sebab aku dapat sms tersesat dia) ...

Cukuplah aku tak nak korang stress baca apa yang aku tulis.

Salam Jumaat semua!

Thursday, February 24, 2005

Hitam itu Menawan


Fiq -Penjantan Tangguh! Berusia 5 bulan. Baka Siam (Seal point Siamese Cat)

HITAM ITU MENAWAN


Memang benar kata orang hitam itu menawan. Hitam itu memalit warna paling misteri dalam diri. Cuba lihat kereta yang bewarna hitam di jalan raya. Nampak tegap dan tangkas seperti harimau kumbang. Atau perhatikan sambutan penonton ketika Alex Wex memperagakan pakaian, pasti mengundang tepukan gemuruh.

Jadi aku memilih warna hitam untuk menjaring segala kenangan yang sempat melekat di celah realiti kehidupan seorang lelaki.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada Cik Norsalina ( http://norsalina.blogspot.com) yang sudi meluangkan masa mengubah rumah sepi aku yang dulu. Teratak lama ditinggalkan bukan kerana bosan, dulupun Merryhearted yang menekuninya. Jasa kalian tidak pernah aku lupakan. Buat Cik Norsalina yang senantiasa bertafakur merenung kehidupannya, terima kasih daun palas, rumah ku sudah berhias!

Terima kasih kerana merealisasikan penghijrahan ini.

Ini pula si FIQ kucing siam baka baik yang dihadiahkan oleh seorang teman. Masih berada di rumah ibu angkatnya di Salak Tinggi. Papa belum berkesempatan berkunjung,

Hidup yang indah bukan? Bersyukurlah …

Wednesday, February 23, 2005

Sekiranya

AKU


Dua tiga hari ni badan aku tak berapa sihat. Tekak sakit. Mungkin disebabkan cuaca yang panas berdenting. Bayangkanlah tiap kali aku masuk kereta waktu siang , macam masuk oven. Stering kereta pun panas semacam.

Hari ini rasa malas nak menulis. Ada benda yang aku nak tulis, tapi malas nak fikirkan 'masalah dunia' hari ini. Aku cuma merenung dalam diri. Mentafsirkan semuanya mengikut kehendak aku sendiri. Ya, penilaian kita seringkali tidak sama. Bukan sengaja, mungkin cara kita amat berbeza di dalam melihat sesuatu.

Aku amat berharap kisah "Changjin dan Pembesar Min" wujud bukan hanya dalam drama kehidupan. Walaupun ianya kisah benar zaman Maharaja Korea. Tetapi aku amat sangsi jika ada lagi kejujuran dan sikap sebegitu lagi zaman ini. Terlalu sakti!


Dia mula mengubah sikapnya. Tetapi banyak lagi yang aku tidak faham.


Sekiranya


Sekiranya kau tiba
menemukan kata dengan makna
aku akan senyum lega
kembali muda dan melontar ketawa.


Tapi sewaktu kau mungkir
aku kembali pemikir
perenung corak gaya
murung,
tapi mungkin bijaksana.


Prof Dr. Muhammad Haji Salleh.


Ahh! Kau bukan faham pun apa yang aku maksudkan. Selalunya suara aku melantun dalam diri sendiri.

Nota :
Buat pembaca dan pelawat yang dihormati. Tagboard aku terpaksa ditiadakan sebab-sebab keselamatan. Sebab aku tak ada masa untuk melayan orang-orang sakit. Aku bukan Changjin yang sentiasa pasrah dan mulia hatinya. Aku manusia biasa yang sentiasa jengkel jika sesuatu itu menyentak hati. Aku amat mengalu-alukan komen samada baik atau buruk. Kalau ianya mampu memberikan kebaikan dan manfaat. Bukan kata-kata yang entah apa-apa yang aku tak tahu hujung pangkalnya. Aku sentiasa dahagakan fakta dan pembuktian. Aku belumlah lagi sampai ke tahap Information Scientist. Aku seperti anda semua masih terlalu hijau dalam pelayaran kehidupan ini. Kalau aku pernah melukakan hati sesiapa dalam penulisan ini. Aku minta maaf. Mungkin aku terlalu jujur dan naif. Perbetulkan jika terlihat dan terbaca mana yang tidak tepat.

Tuesday, February 22, 2005

Si Jantung Hati

SI JANTUNG HATI


Satu kajian 10 tahun Amerika Syarikat mendakwa isteri yang gemar bertengkar dengan suami dapat membantu wanita itu mengelak penyakit jantung dan punca kematian lain berbanding isteri yang lebih suka berdiam atau memendam rasa.

Penyelidikan disiarkan di Jurnal Persatuan Jantung Amerika itu turut mendapati lelaki yang berkahwin pula dapat mengelak sehingga separuh risiko mati akibat penyakit jantung jika dibandingkan dengan golongan bujang.

Kajian bersama Universiti Boston dan pasukan penyelidik Eaker Epidemiology Enterprises berkata, isteri yang lebih diam dalam sesuatu konflik didapati empat kali ganda mati kerana masalah jantung.

Sementara itu, kajian kedua oleh Pusat Kawalan penyakit Atlanta yang turut disiarkan jurnal perubatan itu, pula melihat kaitan penyakit jantung dengan kerjaya.

Ia mendapati wanita menganggur yang mencari kerja, mengalami masalah kesihatan fizikal yang serius dengan hampir satu pertiga daripada mereka mengalami masalah tekanan darah tinggi dan enam peratus lain pula serangan jantung , strok atau angin ahmar dan sakit dada.

Wanita bekerja sebaliknya mencatatkan kesihatan paling baik dengan hanya seorang bagi setiap lima orang mengalami tekanan darah tinggi dan dua peratus lain sakit jantung.

Penyelidik , Shree Marshall-Williams berkata peningkatan risiko sakit jantung di kalangan wanita menganggur disebabkan tekanan social dibuang kerja dan kesukaran mencari kerja yang bersesuaian.

Suami-suami kenalah bersabar jika isteri berleter dan marah. Selain marah tandanya sayang, ianya baik untuk meredakan luapan emosi yang tidak tertanggung mereka. Suami kena faham tu.

PTPTN


Kerajaan mengarahkan PTPTN berusaha secara serius termasuk tindakan tegas bagi mendapatkan balik tunggakan pinjaman hampir 7 bilion.

Di Malaysia ada lebih kurang 80,000 siswazah menganggur. Ada yang bekerja dan gaji cukup makan juga ramai. Tuntutan hidup di bandar besar memerlukan kos yang tinggi. Nak bayar tunggakan pinjaman pelajaran, hantar duit untuk ibu di kampung, kos sara hidup, sewa rumah dan sebagainya memang memeningkan. Jadi mereka memilih untuk ‘menangguhkan’ pembayaran balik pinjaman.

Banyak agensi yang memberikan pinjaman pendidikan, Yayasan Negeri, JPA dan Mara contohnya mempunyai cara tersendiri untuk menghambat peminjam membayar balik. Setahu aku dulu JPA memberi diskaun kepada pelajar yang lulus dengan baik, contohnya jika pelajar mendapat ijazah kelas pertama, tidak perlu membayar balik pinjaman, kelas kedua tinggi hanya perlu membayar balik 25% pinjaman. Tak tahulah jika perkara ini masih dipraktikkan setelah PTPTN mengambil alih urusan pembiayaan pendidikan. PTPTN mempunyai term & conditions yang khusus, dimana meminta peminjamnya membayar semula pinjaman selepas 6 bulan tamat pengajian. Jumlahnya agak tinggi setiap bulan RM 400 lebih. Walaupun ketika itu lepasan siswazah baru bertapak.

Elok juga Kementerian Pendidikan mewujudkan Bank Pendidikan Nasional supaya mudah mereka menguruskan hal-hal pinjaman yang bukan sedikit ini. Operasinya diuruskan oleh profesional yang pakar dalam bidang pengurusan kewangan. Seperti bank-bank tempatan yang lagaknya seperti Ah Long bila lewat sikit kita ke bank tiap bulan, barulah gerun peminjam-peminjam ini.

Majikan juga boleh membantu kerajaan dengan memastikan pekerja yang diambil bekerja mencatatkan jenis pinjaman yang dibuat ketika belajar. Data dari pencukaian juga boleh membantu. Mereka tidak boleh lari ke mana.

Sekarang ni semua benda menjadi begitu efisien. Cukai pintu dan cukai tanah juga perlu di bayar dengan ‘cepat”. Jika tidak projek tidak boleh dilakukan, kalau duit tak der. Sebab dulu banyak kontraktor tak dapat ‘payment’ bila banyak projek yang dibuat tapi meraka tak tahu tabung tak cukup duit untuk membiayainya.

Begitulah juga situasi yang berlaku pada PTPTN, pelajar semakin ramai yang layak memohon tapi duit semakin susut!.

Monday, February 21, 2005

Gambar


Anugerah utama foto tahun 2004 dimenangi oleh jurugambar Reuters, Arko Datta melalui gambar tragedi tsunami yang di ambil di Tamil Nadu , India

"GAMBAR BERITA SEBENAR"



Dari dulu lagi aku cukup tertarik dengan foto ini. Mempunyai makna kemanusian yang kuat dalam menggambarkan kesengsaraan akibat Tsunami. Foto ini telah memenangi anugerah foto terbaik dunia bagi tahun 2004. Jurugambar Reuters Arko Datta yang merakamkan foto berkaitan bencana tsunami memenangi anugerah Foto Akhbar Dunia 2004.

Beliau bakal menerima wang tunai 10,000 euros (RM71,000) pada 24 April ini di Amsterdam.

Kemenangan Datta diumumkan oleh pengerusi juri yang juga jurugambar Argentina Diego Goldberg baru-baru ini.

Beliau menyifatkan foto rakaman Datta sebagai gambar berita sebenar selain menekankan kepada pandangan jurugambar yang bertanggungjawab.

"Foto itu penuh emosi, grafik dan bersejarah," kata seorang lagi juri Kathy Ran yang juga pengarah foto New York Times.

Foto itu menunjukkan bagaimana seorang wanita India berkabung atas kematian anggota keluarga akibat tsunami.

Gambar itu dirakamkan di daerah Cuddalore wilayah Tamil Nadu , India pada 28 Disember 2004.

Majalah Time dalam laporan khas mengenai tsunami juga memilih gambar ini sebagai penghias muka depan.

Anugerah Foto Aklhbar Dunia 2004 disertai oleh 4, 266 jurugambar profesional dari 123 buah negara. Sebanyak 13 juri meneliti foto-foto berkenaan. Agensi berita Reuters memenangi enam anugerah pelbagai kategori.


Disesuaikan daripada :
"Gambar Berita Sebenar", Mingguan Malaysia Ahad 20 Februari 2005 p:33.

Cinta Gila

CINTA GILA


Tersebutlah sebuah kisah ketika salah seorang sahabat Rasullulah s.a.w. Ibnu Abbas berada di Arafah , beliau terlihat seseorang yang sangat kurus kering. Tubuhnya hampir tinggal tulang dengan kulitnya sangat melekat pada tulang, tidak ada dagingnya sama sekali.

Lalu beliau bertanya; “Mengapa orang ini menjadi kurus kering begini?” Lalu dijawab oleh orang ramai,”Orang ini kurus kering tinggal tulang dan kulit kerana telah jatuh cinta.”

Dan dijawab sendiri oleh pemuda yang kurus kering itu; “Aku menderita kerana kekasihku jauh, aku sangat sengsara kerana cintaku terkandas di tengah jalan.”

Sejak dari itu , Ibu Abbas memohon perlindungan kepada Allah s.w,t supaya dijauhkan dari jatuh cinta.

Begitulah penangan dari panahan asmara. Ia boleh membinasakan segala rasa (rasional). terutama apabila orang yang dicintai telah menguasai hatinya maka dia telah menjadi orang tawanan. Semuanya akan diserahkan kepada orang yang dicintainya itu; akal fikirannya, pandangan matanya dan hatinya; menyebabkan semua ‘organ’ penting ini sudah tidak dapat berfungsi dengan normal.

Semakin lama keadaan tubuhnya menjadi rosak kerana terlalu mengikutkan sangat perasaan (nafsu), jiwanya lebih berbentuk hampa dan mengidap penyakit yang sangat sukar diubati. Menyebabkan akhirnya juga segala amal perubatan, sifat-sifat peribadi dan tujuan hidup selalu berubah-ubah sehingga mencacatkan pergerakan hidup.

Bukankah cinta itu seharusnya membahagiakan?

Beza Cinta Sejati dan Tergila – gila


Cinta sejati.

1.Berlaku secara perlahan-lahan dan mengambil masa yang lama.
2.Ia berdasarkan kepada kefahaman- anda perlu memahaminya dan dia perlu memahami anda.
3.Anda lebih menumpukan kepada kesejahteraan orang lain daripada diri sendiri.
4.Anda cuba meningkatkan kesejahteraan dirinya yang sebenar.
5.Sepanjang hayat.

Tergila-gila

1. Anda boleh tergila-gilakan seorang dalam masa yang singkat dan secara mendalam, tetapi tidak semuanya akan menjadi cinta sejati.
2. Untuk tergila-gilakan seseorang, anda perlukan seorang sahaja –Diri anda. Perasaan and ayang mendalam terhadap orang itu wujud berdasarkan kepada tanggapan and aterhadapnya; anda jatuh cinta pada imej yang anda bentukkan untuknya . Biasanya selepas 3 bulan anda akan tersedar bahawa dia bukanlah seperti orang yang anda wujudkan.
3. Pentingkan diri sendiri kerana anda Cuma mahu berasa seronok untuk diri sendiri sahaja.
4. Tidak mahu berkongsi dan cemburu.
Tidak kekal lama ( 3 hingga 6 bulan); tapi jika keadaan itu dihalang, ia mungkin lebih lama kerana anda akan menjadikan dia idola anda.


EPILOG LUKA SEORANG PERINDU

Alangkah manisnya jika kecewa ini beralih arah,
Tinggalkan bunga-bunga sepi di daun mimpi.
Alangkah manisnya jika kasih ini
Dipangkuan yang tercinta,
Perjalanan masa tak terasa panjangnya
Tak terasa bahangnya.
Akulah yang merindu malam,
Yang cintanya masih hangat membara,’
Di lorong hidup ini,
Keinginan tak semestinya milik kita.
Kadangkala tertunda,
Mengundang derita mengundang hiba.

Noormala Tompang
Alor Setar.

Nota :

Ada tetamu sesat yang marah-marah di tagboard aku. Apa yang aku boleh katakan ialah moga saudara/saudari hidup aman di luar sana. Kalau hang ada Phd ker apa nanti baru datang semula dan tunjukkan pada aku. Aku tak marah, dan aku takkan mengubah cara penulisan aku untuk orang lain. Sebab aku menulis untuk diri sendiri. Aku tak peduli apa yang orang nak kata atau terasa. "Freedom of Expression" kata orang tu. Paling utama aku tak kenal hang. Datang semula bila sudah ada Phd tu nanti ... supaya boleh ajar aku yang kurang mengerti ini :)

Hujung minggu aku berlalu dengan sesuatu yang menyeronokkan. Dapat bahan untuk penulisan, 2 bab yang amat mendera emosi aku. Dia call pagi-pagi dan bercerita itu ini. Mulanya nak menonton wayang Khamis ni tapi dia tukar plan pulak. Semalam menonton di KLCC, "Constinantine" oklah citer dia. Dia dah tengok "Shall We Dance" dengan kengkawan yang lain.

Aku sempat katakan kat dia kalau dengar lagu "Pernahkah kau menghargai" Saidatul Erma tu fahami maksudnya. Dia macam Huh!

Rupanya Laksa Shack ada di KLCC Food Court . Tapi Laksa Johor yang kami order tak berapa umphh macam yang di buat di One Utama.

Friday, February 18, 2005

Semakin Rindu

SEMAKIN RINDU!



Kalau nak kata rindu takderlah sesiapa yang nak dirindu. Tapi bila teman di ofis ni pasang lagu ni . Aku pulak memang sudah lama tak dengar. Maklumlah lagu 80an rasanya. Terus aku mintak MP3 depa. Sekarang nasiblah sapa yang duduk berhampiran meja aku harus muntah darah boring dengar lagu ni barang seminggu dua lagi. Itulah tabiat aku bila suka sesuatu tidak akan lepaskan sehinggalah aku benar-benar bosan.

Rekod yang pernah aku buat 3 bulan lagu “My Baby You” – Marc Anthony.

Ku pendamkan hasrat hati yang menyintai mu
Kerana ku ragu untuk terus terang
Bimbang aku bimbang
Jika kau tak sudi
Tentu aku malu
Bagaimana nanti harus ku hadapi.
Kenyataan harap kasih
Tapi malang tiada balasan kecewa sedih.

Setiap kali aku tatap wajah mu
Lidah ku kelu dan membeku
Tetapi sinaran sepasang matamu
Buat aku semakin rindu
Semakin sayang kepadamu!

Dayang KuIntan


Alangkah baiknya kalau dengar ayat-ayat al-quran dari MP3 yang ada. Berfaedah juga yer tak. Tapi kalau ada terjemahan dia lagi baik. Kalau boleh setiap patah perkataan dari bacaan tersebut diberikan maksudnya, sejelasnya. Mungkin ada, Cuma aku belum ketemu lagi.

Kita pasti dirisik..
Pertunangan sejak azali..
Di hujung hidup nanti..
Berlangsungnya perkahwinanmu dengan maut..
Hantarannya..
sakit dan nazak..

Tamu bertandang menghadiahkan esak tangis..
Pengantin dimandikan..
Dipakaikan baju cantik putih..
Wangian gaharu dan cendana..
Keranda jadi pelaminan..
Pengantin bersanding sendirian..

Di arak keliling kampung..
Berkompangkan azan dan kalimah kudus..
Akad nikahnya bacaan talkin..
Berwalikan liang lahat..
Saksi pula nisan-nisan..
Siraman air mawar..
Keluarga terdekat menepung tawar..

Tiba masa pengantin..
Menunggu sendirian..
Malam pertama bersama KEKASIH..
Di kamar bertilamkan tanah..
Dan Dia menuntut janji..
Sucikah kita tatkala berpadu..
Pernahkah taubat sepanjang hayat..
Atau terkubur bersama dosa-dosa...
Dan Dia Kekasih itu..
Menetapkanmu ke syurga..
atau melemparkan dirimu ke neraka

KITA PASTI DIRISIK....


P/s : Terima kasih teman yang mengirimkan email ini.


Indah sungguh percintaan Changjin dengan Pembesar Min. Masing-masing tidak mengakui saling merindui dan memerlukan. Kalau berjumpa hanya bertanya hal lain. Perasaan masing-masing di simpan dalam-dalam.


“Hanya itu sajakah, awak jumpa saya.”
“Baiklah saya nak masuk dalam ini.”
Walau dalam hati …
“Sebenarnya saya nak jumpa awak …”.

Walaupun mereka bukan muslim, percintaan mereka diolah pernuh tertib dan penuh kesopanan. Saling menghormati. Perasaan untuk memiliki diwujudkan melalui perlambangan dan renungan mata. Begitu mengasyikkan.

Tapi nasib Changjin sentiasa di duga. Seperti …

Changjin ditikam berkali-kali
Secara sedar belati itu menusuk tubuhnya.
Namun dia membiarkan pembunuhan itu terus berlalu.

Setiap kali ditikam
Changjin merawat kelukaan itu
Dan setelah sembuh Changjin ditikam lagi.

Dia mahu menjadi Ketua Dapur hanya untuk membuka buku rasmi Istana yang membenarkan dia menulis kisah hidup ibunya di situ.. MINYI.


Salam Jumaat.

Thursday, February 17, 2005

Asyura

ASYURA



Dapat resipi buat bubur ni, untuk SATU KAWAH. So kalau nak buat sikit kena bajetlah sukatan dia yer. Berbaloilah kacau bubur ni 8 jam kan kalau nak buat untuk satu kawah.

Bahan-bahan untuk satu kawah

Beras - 4 kg
Kelapa - 20 biji (santan 7 kg)
Gula pasir - 6 kg
Jagung - 5 tin
Kacang hijau - 1 kg
Keledek - 2 kg
Serai - 50 batang
Lengkuas - 1 kg
Halia - 1 kg
Ketumbar - 500 gm(digoreng)
Bawang merah - 1kg
Bawang putih - 300 gm
Daging - 3 kg @ ayam 2 ekor.
Lada hitam - 1 pot kecil
Gula keret/manisan - 1kg
Kacang merah - 1kg
Garam - 1 kampit kecil
Keladi - 1 kg
Labu - 1 kg
Rempah siap asyura - 600 gm
Barli - 1 kg
Kacang dal - 1 kg ( kalau suka)

Cara-cara membuatnya :

1.Beras, kacang merah, barli, kacang dal dan kacang hijau direndam.
2.Daging direbus lalu disiat-siat.
3.Bawang merah, bawang putih, serai, langkuas, halia, lada hitam dikisar.
Kemudian ketumbar digoreng lalu dikisar.
4.Keledek, keladi dan labu dipotong kecil.
5.Masukkan air ke dalam kawah. Bila mendidih masukan beras. Kacau hingga kembang. 6.Masukkan keledek, barli, labu, keladi, kacang merah, kacang hijau dan jagung.
Kacau rata-rata. Jika pekat masukan air dan kacau lagi.
7.Rempah asyura, lada hitam, bawangmerah, bawang putih, halia, langkuas, serai, ketumbar. Dikacau di dalam satu bekas hingga rata.
8.Masukkan santan, rempah yang telah dikacau tadi, gula pasir, gula keret/manisan, garam, daging dan jagung.
Kacau sehingga pekat lalu diangkat.
9.Biasanya di kacau selama 8 jam.
Masukkan kedalam bekas dan taburkan serunding kelapa diatasnya untuk di hidang.


Changjin pun sudah dilantik menjadi Ketua Dapur ( Sementara). Puan Tertinggi bunuh diri,.Rupanya puan tu yang bunuh Mak Changjin. Mak Changjin dulu Pelayan Istana juga. Macam pembalasan sebuah dendam terindah pula. Tapi Changjin tak berdendam dia hanya mahukan kematian orang-orang yang disayanginya terbela.

Bila tengok Changjin masak, penuh keikhlasan dan cinta. Macam mak kita juga bila masak penuh teliti dan cukup ramuan kasih sayangnya. Sebab itulah masakan mak kita paling sedap di dunia ini. Ibu-ibu zaman moden yang jarang-jarang masak pun apa kurangnya, sekali-sekala masak tetap sedap.

Wednesday, February 16, 2005

SIMPANAN

SIMPANAN


Teringat iklan di TV :

“Kalau nak kaya kena bergantung pada diri sendiri.”

Kalau nak kaya kena berusaha sendiri . Bukan duduk menanti tuah orang. Sesiapa pun tidak akan pedulikan nasib hidup kita. Masing-masing akan memikirkan untung nasib diri sendiri. Begitulah selalunya. Mungkin kita kena bersikap mementingkan diri sendiri dulu dan kemudian barulah mementingkan diri orang lain.

Mungkin perlu begitu. Orang yang tamak biasanya akan untung. Orang kedekut di zaman inilah yang banyak wang simpanannya di bank. Aku sudah kenal seseorang yang begitu. Mungkin dia ada alasan sendiri. Tapi entahlah, kita mungkin tidak tahu yang dia pernah hidup susah dan melarat dan kini baru merasai hasilnya. Itu aku tak pasti.

Aku semakin percaya untuk hidup senang kena bergantung pada usaha sendiri. Kalau kita tidak mewarisi harta kekayaan. Kena berusaha secara bijak. Sebab kalau bekerja keras pun bukan boleh pergi ke mana kalau hanya kerja makan gaji. Aku pernah tanya Datuk Presiden universiti aku. Boleh ker kaya kalau hanya kerja makan gaji?

Dia jawab kalau nak kaya melaburlah pada hartanah. Kena ada simpanan dan barulah boleh dilaburkan. Itu pun kalau gaji yang kita dapat ada lebihan. Tidak ada bezanya orang yang bergaji RM 1500 sebulan dengan RM 15,000. Kadang mereka yang bergaji rendah lebih banyak wang lebihan yang boleh di simpan atau dilaburkan berbanding mereka yang bergaji besar. Kata orang: Besar periuk, besar lagilah keraknya.


Mengapa
Apabila semakin aku
Membuka hati kepadamu
Semakin jauh engkau
Meminggirkan aku
Salah lidahku
Atau janggal penafsiranku?

Menjaring Matahari.

Tuesday, February 15, 2005

Amarah

AMARAH


Penjenayah juga hendakkan layanan yang sewajarnya. Mereka tidak mahu dikasari. Tapi bila mereka melakukan kekejaman tidak pula ingat itu semua. Pelik bukan? Suspek kes bunuh juruteknik Muhammad Nazri telah didakwa. Aku tak ler racism ker apa, ada juga orang kita yang ganas. Tetapi apa yang aku alami (mungkin nasib aku yang tidak bertuah) bila berurusan dengan puak depa nih gaya dia lain.

Kalau ada jawatan kerek semacam, baik ada makna dan macam ular sawa yang boleh menelan kita secara senyap. Mungkin aku silap tapi itulah hakikatnya. Bila buat silap sikit di jalanraya semasa di Cameron tempohari pun mereka bengang semacam dan melalak semula kat kita macam anjing lapar.

Ada juga kes bila aku berurusan dengan seorang pegawai bank pun macam tu. Dia buat aku macam orang yang tak sekolah, yang tak tahu peraturan dan undang-undang. Bila aku sudah sampai tahap marah. Aku kata kat dia, aku nak komplen kat boss dia atau tulis kat akhbar tentang cara dia layan customer. Sekarang dia tak berani lagi call aku lagi. Dia suruh kawan dia call. Aku tahulah setiap kali dia call perbualan akan dirakamkan. Ini yang adik aku beritahu. Aku tak tahulah betul ke tidak. Jadi dia takut. Ada bahan bukti kalau aku buat komplen. Aku tahu bagaimana nak handle perkara itu sekarang.

Mungkin kes aku dan puak itu hanya berlaku pada aku sahaja. Kes terpencil. Tapi tiap kali berselisih dan melihat mereka macam pelajar-pelajar yang ada di sini. Hati aku akan terdetik. Aku seperti melihat mereka cuba tersenyum, walau aku tahu tidak ikhlas. Buat aku meluat sahaja. Aku belum kenal dan nampak ‘kawan’ yang boleh aku buat berbincang dan tanpa sebarang prasangka. Mungkin aku belum ketemui lagi.

Ya sekadar baik di luar. Jangan bawa sampai ke hati perut kita, kerana mereka sendiri tidak mengangap kita sebegitu.

DIA
I tried to call dia tapi tak dapat juga. Banyak kali sudah. Dia benar-benar marah. Marah aku, aku pendam sahaja di lumpur sawah. Atau biarkan angin mengusap lembut amarah ku. Amarah dia belum reda. Tak tahu jika dia benar menghilangkan diri kali ini. Mungkin dia lelah melayan segala benda yang bersarang di jiwa.

Kita patut bersangka baik! Tak boleh berhenti mengharap. Aku rasa nak demam. Demam sebab banyak sangat bercuti. Tak larat nak berjalan pun. Just duduk di depan PC dengan kepala pening lalat. Jam sentiasa berdetik, tidak pernah menipu. Kalau silap pun sebab bateri habis.

Monday, February 14, 2005

Hari yang Indah!


City Command Centre Building, Cyberjaya.

TERINDAH!


Hari yang indah. Sudah lapan hari tidak menulis. Tak berkesempatan mengadap PC sebenarnya. Cuti sungguh kali ini. Walau kadang penatnya lebih sebab mengharungi lautan manusia di mana-mana.

Masa cuti sempat ke Cameron bersama mak, Yana dan Ajak. CH jammed masa kami sampai di atas tu. Lata Iskandar airnya keruh tapi ramai yang bantai berendam juga. Kami jeling jer dan tak turun pun. Parking kereta amatlah susah. Bharat Tea jer yang best. Lembah ladang teh yang memukau.

Terbeli sayur di tempat yang silap. Mahal ! So lain kali kena berhati-hati. Sempat juga mendapatkan pokok Ayam Mas (RM 4.00), pokok orkid hutan (RM8.00) dan yang paling best dapat pokok orkid rotan/harimau (RM25.00). Yana yang jadi tukang tawar menawar ni hinggakan mamat orang asli tu kelu lidah. Petai yang dijual depa mahal.

Penatlah sebab entah nampak pokok-pokok dia macam tak cukup umpph daya tarikannya. Sudahlah jammed dan ‘agak panas’. Mungkin sebab orang terlalu ramai cuti CNY.

Bila boring ke Bukit Melawati bagi monyet makan roti .

Bila memandu dan terdengar lagu “Pernahkah kau Menghargai” teringat pada dia. Moga dia sihat sejahtera. Hantar pilihanmu di ERA. Tapi tak tahu tersiar ker belum.

Saturday, February 05, 2005

Cegah Kemungkaran

CEGAH KEMUNGKARAN



Sebuah negara Islam. Namun setiap kali usaha mencegah kemungkaran sering dipertikaikan, double standard pihak tertentu menjadikan institusi ini di perlekehkan oleh sebilangan orang Islam sendiri yang berkepentingan. Malu melakukan dosa, hilang kawalan diri. Komen pedih diterima bila pihak berwajib cuba mendidik mereka. SII memberi komen yang cukup membingungkan “Kesalahan mereka merupakan dosa peribadi, bukan jenayah,” Sungguh, keluar dari mulut orang Islam sendiri. Mungkin Tsunami yang di datangkan Tuhan belum cukup ‘menggegarkan’ lena mereka.

Susahlah jika ingin menegakkan syiar Islam, orang Islam sendiri yang akan menghentam setiap tindakan. Belajarlah dari kesilapan yang pernah dilakukan sehingga BADAR di mansuhkan di Selangor, hingga kini maksiat berleluasa dan membiak di negeri paling maju di Malaysia ini. Siapa yang memansuhkan? Orang Islam juga. Fungsi kerajaan sebagai penguatkuasa ke mana arahnya? Tunduk pada tekanan segelintir pihak ? Masyarakat umum bagaimana pula?

Selamat Tahun Baru Hijrah – Awal Muharram 1426!

Tak perlu pertikai usaha cegah kemungkaran

SAYA kurang pasti di manakah silapnya jabatan agama Islam negeri, seperti Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) apabila ia bertindak terhadap perbuatan mungkar kerana ada saja pihak yang mempertikaikan tindakan pegawai penguat kuasa hingga akhirnya Jawi menjadi ibarat punching bag.

Bukan saja jabatan agama dan pegawainya dikecam oleh keluarga orang yang ditangkap malah ada agensi lain dan sering kali menteri juga turut mengutuk tindakan diambil.Terbaru adalah berkaitan serbuan Jawi terhadap sebuah kelab malam di Jalan Ampang, Kuala Lumpur pada 20 Januari lalu (malam Aidiladha). Kira-kira 100 orang Islam ditahan disyaki terbabit dalam kegiatan kurang sihat dan meminum arak dengan separuh daripadanya adalah wanita berpakaian mengghairahkan.Perkara ini menjadi heboh beberapa hari selepas itu kerana ada pegawai penguat kuasa dituduh menolak permintaan seorang wanita ditahan untuk ke tandas sehingga memaksanya kencing dalam seluar!

Apa yang ingin saya bangkitkan ialah apa yang berlaku itu satu isu remeh-temeh, terpencil dan tidaklah perlu kita berdebat dalam akhbar.Mengapakah pula kerana perkara yang sekecil ini kita meminta Peguam Negara mengkaji semula undang-undang penguatkuasaan jabatan agama dan mahu melantik pegawai penguat kuasa wanita pula?Kuasa pejabat agama dimaktubkan sejak berpuluh tahun yang lalu tanpa dipertikai oleh mana-mana pihak dan saya percaya mereka bertindak atas dasar dan kuasa yang diberikan.Pada pendapat saya undang-undang ini sepatutnya tidak perlu dikaji. Jika kesalahan itu dilakukan oleh mana-mana pegawai penguat kuasa atau anggota yang terbabit, mengapa tidak pula diambil tindakan terhadap pegawai berkenaan saja?Tentu ada peruntukan tindakan tatatertib mengikut Peraturan-Peraturan Am Kerajaan atau Negeri untuk menghukum pegawai yang menyalah guna kuasa. Hukuman juga boleh dibuat pada peringkat jabatan saja.Mungkin hanya seorang atau dua pegawai yang melanggar peraturan.

Apa yang berlaku ibarat “sebab nila setitik rosak susu sebelanga” atau “umpama seekor kerbau yang membawa lumpur semuanya terpalit”.Apa kata jika perkara yang sama berlaku terhadap penagih dadah atau mat motor yang ditangkap dan terkencing dalam tahanan. Adakah undang-undang membabitkan penahanan penagih dan mat rempit ini akan dikaji semula? Mengapakah kerana serbuan dibuat di pusat hiburan penuh glamor atau membabitkan ‘orang glamor’ maka kita cepat melatah hingga ada menteri mahu campur tangan? Kita perlu berbalik kepada isu sebenar yang menyebabkan perkara ini timbul. Pegawai Jawi menerima maklumat adanya kegiatan kurang sihat di kelab malam itu sedangkan pada masa sama takbir bergema pada malam Aidiladha dan jemaah haji selesai berwukuf di Arafah. Kita tidak perlulah cuba melindungi atau sengaja mengetepikan kemungkaran sebenar dan menimbulkan pula suatu isu baru iaitu salah laku pegawai penguat kuasa jabatan agama pula, sehingga ada ibu bapa yang sanggup untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap jabatan berkenaan.

Kita perlu ingat penguatkuasaan jabatan agama dan operasinya bertujuan menyedarkan umat Islam dan ibu bapa yang biasanya sibuk bekerja atau tidak mengambil berat kegiatan liar dan maksiat anak mereka di tengah bandar raya.Ibu bapa baik yang kaya raya atau berpendapatan rendah tidak peduli apa dilakukan anak mereka kerana menganggap si anak sudah cukup dewasa apatah lagi tinggal di tengah bandar raya. Sepatutnya kita masyarakat beragama Islam memberi sokongan tidak berbelah bagi kepada pegawai penguat kuasa Jawi.Isu remeh ini sepatutnya tidak perlu lagi kita latahkan dan perkatakan malah perlulah kita mengetengahkan prinsip kefahaman pemikiran Islam Hadhari sebagaimana yang diuar-uarkan.

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bersama Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan mempunyai tugas yang lebih berat dan besar. Dua kementerian itu sepatutnya menjayakan sama kempen mendekatkan remaja kita memahami Islam Hadhari dan menghindarkan mereka daripada terbabit dengan gejala yang tidak bermoral seperti minum arak, seks bebas, bercumbuan di khalayak ramai, terbabit dalam perlumbaan haram, gangterisme dan hiburan yang terlalu melekakan hingga melampaui batas.Forum, seminar atau program yang sesuai bukan saja perlu difikirkan tetapi perlu dilaksanakan untuk mendidik remaja Islam baik pada peringkat sekolah, universiti atau remaja lepasan sekolah bagi menerap nilai Islam ini pada peringkat yang seawal mungkin.

Sempena dengan Kempen Berbudi Bahasa, penerapan nilai Islam ini juga boleh diketengahkan untuk pegawai kerajaan, swasta dan juga pada orang ramai.Kempen pula perlulah dibuat dengan saksama dan telus tanpa menonjolkan sifat buruk sesuatu kaum saja bagi menjaga kepentingan dan sensitiviti semua pihak menerusi iklan di media massa dan cetak.Kita juga perlu mengadakan kempen percambahan kefahaman pemikiran Islam Hadhari ini secara berterusan supaya kita tidak akan mudah menuding jari dan terus menghukum dengan mencari ‘kambing hitam’ apabila wujud sesuatu isu baru.

MOHD SYAHRIAL MUNSYI,Rawang, Selangor.
( Sumber : Berita Harian 2 Februari 2004)

Isu serbuan Jawi ke Kabinet
Oleh Mohd Feroz Abu Bakar (BH 4 Februari 2004)

PUTRAJAYA: Pejabat Peguam Negara diberi tempoh dua minggu untuk menyediakan laporan tindakan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) menahan hampir 100 remaja di sebuah pusat hiburan di Kuala Lumpur baru-baru ini, sebelum dibentangkan pada mesyuarat Kabinet 16 Februari depan.Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Abdullah Md Zin, berkata Kabinet dalam mesyuaratnya minggu lalu meminta Peguam Negara menyediakan laporan terperinci mengenai dakwaan pegawai penguat kuasa Jawi yang dikatakan bertindak kasar ketika menahan remaja Islam di pusat hiburan di Jalan Ampang.Katanya, pejabat Peguam Negara sebagai agensi kerajaan yang berkecuali, akan mengambil kira pandangan semua pihak, termasuk Jawi dan laporan akhbar sebelum menyediakan laporan lengkap.

“Kita menunggu laporan pejabat Peguam Negara mengenai kesahihan daripada segi undang-undang terhadap tindakan Jawi menyerbu pusat hiburan itu. Saya dimaklumkan Jawi bertindak kerana ada aduan orang ramai berlaku pesta arak di tempat itu.“Jawi menahan mereka berdasarkan peruntukan khusus Enakmen Kesalahan Syariah 1997 yang membenarkan mereka menahan orang Islam yang melakukan kesalahan atau perbuatan yang boleh ditangkap mengikut enakmen berkenaan.

“Bagaimanapun, kita menunggu laporan Pejabat Peguam Negara kepada Kabinet untuk mengetahui jika ada percanggahan hukum syariah dengan undang-undang sivil,” katanya pada sidang media di sini, semalam.Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Jawi yang menimbulkan rungutan ibu bapa remaja terbabit yang mendakwa pegawai penguat kuasa jabatan berkenaan bertindak kasar terhadap remaja.Dr Abdullah berkata, Jawi mempunyai garis panduan khas untuk bertindak mengikut Enakmen Kesalahan Syariah 1997 dan serbuan dilakukan oleh penguat kuasa terlatih.Katanya, walaupun sebahagian pegawai penguat kuasa adalah kakitangan kontrak, mereka diberi pendedahan mengenai bidang kuasa masing-masing dan menerima latihan khas sebelum serbuan.

Beliau berkata, Jawi sudah melakukan 27 serbuan sejak 2002 tanpa menimbulkan sebarang masalah dan serbuan minggu lalu adalah yang ke-28 atau yang pertama tahun ini, tetapi ia mendapat perhatian media.Ketika ditanya mengenai gesaan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang meminta penguatkuasaan Enakmen Kesalahan Syariah 1997 ditangguhkan sementara menunggu semakan menyeluruh, beliau berkata: “Enakmen ini diluluskan Parlimen dengan persetujuan majoriti menerusi perbahasan. Saya tidak mahu mengulas aspek undang-undang ini kerana Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Radzi Sheikh Ahmad yang menjaga aspek ini.”

Di ibu negara semalam, sekumpulan kira-kira 20 remaja daripada kumpulan itu yang menghadiri sesi kaunseling Jawi, menyatakan perasaan lega mereka selepas menyelesaikan masalah dengan pihak berkuasa agama berkenaan.Mereka adalah kumpulan terakhir remaja lelaki yang dipanggil menjalani kaunseling selepas sesi yang membabitkan remaja wanita daripada kumpulan sama, menghadiri sesi yang diadakan minggu lalu.Seorang pegawai Jawi berkata, sesi kaunseling itu antara lain bertujuan mendidik remaja terbabit mengenai asas agama seperti bersembahyang, berpuasa dan menunaikan haji.“Kami dapati semakin ramai umat Islam yang tidak mengetahui asas ajaran Islam dan dengan kesedaran serta kefahaman mengenainya, kami percaya ia dapat mengelakkan mereka melakukan perkara yang ditegah,” katanya.

Seorang daripada peserta kaunseling itu, Ali Imran Kamaruddin, 23, berkata tindakan Jawi menahan mereka sebenarnya adalah selaras dengan tanggung jawab jabatan itu sebagai penguat kuasa agama.“Saya rasa, tiada seorang pun daripada kami yang menentang sesi kaunseling ini. Saya tidak marah dan faham tujuan mereka,” katanya yang ditemui selepas selesai menjalani sesi berkenaan.Beliau berkata, dalam sesi berkenaan penceramah tidak bersikap menyerang sebaliknya cuba mengelak daripada merujuk kesalahan yang mereka lakukan di pusat hiburan seperti minum minuman keras.

Friday, February 04, 2005

The Street Mall


The Street Mall, Cyberjaya. The only tempat lepak yang ada di sini.

SAIZ



Semalam semua Ketua Jabatan mendapat pekeliling “Sebutan Mengenai Saiz (Negeri Melaka) dalam sebarang urusan daripada Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka.

“Adalah dimaklumkan bahawa dalam sebarang surat-menyurat dan urusan sama ada rasmi atau tidak rasmi, dilarang menggunakan perkataan Melaka Negeri Kedua Terkecil di Malaysia ataupun salah sebuah negeri yang terkecil di Malaysia. Sehubungan dengan ini, adalah dilarang menyebut jumlah penduduk yang terendah di negeri ini.”

Pihak tuan dan Ketua-ketua Jabatan hendaklah mengambil tindakan segera untuk mematuhi larangan ini.

Kali pertama dengar benda ini sebenarnya. Sensitif tentang saiz rupanya. Dalam garang mereka ‘mengutuk’ bila bergurau pun mereka tetap terasa hati bila dipanggil sebegitu. Memang tak adalah orang yang akan buat surat rasmi sebegitu.

Sudah hari Jumaat rupanya. Esok kerja tapi Isnin dan Selasa minggu depan akan bercuti sempena Raya Cina. Tahun ni nampaknya cuti raya Cina lebih panjang berbanding Raya Aidilfitri sebab aku kena kerja tahun ni. Tak perlah tak kisah.

Dari Abu Sa'id dan Abu Hurairah r.a keduanya mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: "Tidak ada suatu cubaan yang menimpa orang mukmin, seperti sakit biasa, kesusahan, sakit berat, kesedihan dan kecemasan, melainkan AllahTa'ala menghapus dosa-dosa kerananya."
Hadith Sahih Muslim (2205)

Thursday, February 03, 2005

Clock Tower


Clock Tower di Streetmall. Best gak tempat ni sebab dah ada restoran mamak 24 jam. Dulu tak der sunyi seh. Sekarang ni masyarakat Cyber gempar dengan kes InventQjaya yang masih lagi dalam siasatan.

BOSAN???


Aku tak sepatutnya bosan bila bekerja. Corak kerja aku tak membenarkan kebosanan wujud walau sezarah pun. Kalau bosan satu benda pun tak akan jadi. Semuanya kena buat sendiri tak ada sesiapa yang arahkan buat itu ini setiap hari. Kena plan sendiri apa nak buat dan out put yang bagaimana seharusnya di capai tiap tahun. Target setiap tahun sudah tersedia untuk di penuhi.

Kalau bosan buat kerja aku boleh bukak radio. Aku boleh dengar berita, lagu dan bebelan DJ Radio yang dibayar untuk bercakap tanpa henti itu. Hanya radio yang membolehkan kita mendengar dan buat benda lain serentak. Rugi kalau tak pasang radio. Macam-macam channel ada. Radio Langkawi pun aku boleh dengar. Era dan Radio Muzik usah ceritalah. Jadi tak ada sebab untuk buat aku bosan bila bekerja. Hiburan ada di mana-mana. Tak perlu ke luar ofis mengejar sales sebab aku tahu nak parking kereta susah sangat kat luar tu. Waktu makan tengahari pun aku tak gemar keluar . Makan dekat-dekat dan tapau. Air boleh ambil di pantry, free.

Streaming TV Channels
Channel 9 not available [Why?]

Streaming Radio Channels
Radio ERA.fm (24 hours)
Radio IKIM.fm (24 hours)
Radio MMU (24 hours) [Website]
RTM Radio Muzik (24 hours)

Inilah list hiburan aku di ofis sepanjang hari. Buat kerja sambil tinjau-tinjau channel mana yang nak di tonton bila boring. Semuanya boleh di akses melalui pc. Kena kreatif dan pandai menghiburkan hati bila kerja di ofis. Nanti taklah muntah darah sebab bosan.

Produktiviti? Eh! Still tip-top. Target kena capai ikut dateline yang ditetapkan. Bila siap cepat, aku rehat cepatlah. Atau buat kerja esok pada hari ini. Kena sentiasa mendahului waktu bila nak excellent. Kerja esok bukan bermula pada pagi esok. Tetapi sebaik sahaja kerja hari ini selesai!

Sebab itulah aku tak pernah bosan bila berada di ofis, takder ruang untuk rasa bosan.

Bila rasa diri dah berkurun terkurung di ofis. Kitaorang pergi berkursus/berconference atau buat visit. Selalulah ada ‘academic visit’ nih dalam atau luar negara. Dulu pernah pusing Singapore buat rombongan Cik Kiah. Pegawai boleh buat penyelidikan di luar negara. Tahun ni ada yang akan ke London dan 2 orang lagi akan ke US. Mana boleh bosan kan kerja kat ofis?

Cuma bila “Dia” kata bosan aku rasa kecil hati sangat. Sangat-sangat terasa hati.

Wednesday, February 02, 2005

Intelligent City


Intelligent City - Tak tahulah tang mana yang intelligent tu. Tapi memanglah semua orang yang tinggal dan bekerja di sini intelligent! Hahahhaha ...

SURAT KEPADA EDITOR


Bila membaca akhbar atau majalah, bahagian surat kepada editor antara ruangan yang aku sentiasa belek berkali-kali. Aku suka dengar masalah orang. Aku makhluk yang prihatin mungkin. Sebab aku tahu kalau tidak terdesak mereka tidak akan menyusahkan diri menulis kepada editor akhbar atau majalah. Luahan pendapat dan masalah yang dikemukakan seharusnya memberi ruang kepada pengadu meluahkan apa yang dia rasakan benar.

Setiap kali ada sahaja pendapat baru yang diutarakan. Masalah dan sesuatu isu yang dikemukakan. Kasihan bila membaca luahan hati seseorang. Beberapa hari lepas seseorang menulis tentang sikap nurse yang menggunakan pen sahaja melihat tempat gigitan lebah seorang budak perempuan. Pesakit lambat menerima bantuan doctor dan akhirnya meninggal dunia. Doktor sendiri menyatakan rasa simpatinya terhadap pesakit dan mengatakan pesakit masih boleh diselamatkan jika mendapat rawatan awal. Waris tidak sesekali menyalahkan doktor dalam kes ini, cuma terkilan dengan sikap nurse yang tidak profesional di dalam memberikan rawatan awal sehingga mereka menunggu tempoh yang panjang untuk mendapatkan bantuan kes kecemasan.

Masyarakat kita bukan meminta sesuatu yang keterlaluan. Hanya mahu dilayan seperti manusia dan masalahnya di dengar secara wajar. Mungkin mereka juga menghadapi kengkangan hidup yang memaksa diri ke hospital kerajaan untuk mendapatkan rawatan. Mereka sudah maklum tentang red-tape dan cara bagaimana yang menanti mereka nanti. Jika tidak kerana terpaksa mereka akan mengelakkan diri ke tempat-tempat tersebut. Jika demam cukup hanya menelan panadol sahaja.

Beginilah antara secebis masalah yang membelenggu. Kita akan berhadapan dengan suatu situasi yang ‘blur’ dan pihak yang kita minta bantuan tidak pasti dengan maklumat uang diberikan. Pelanggan merasa di tolak ke tepi dan ketengah tanpa sebarang penjelasan yang jelas. Sampai bila kita perlu bersabar dengan khidmat pelanggan yang sebegini? Masyarakat kita sudah biasa dengan kehidupan ‘elektronik’ yang memudahkan segala urusan kehidupan mereka. Namun ada bahagian-bahagian tertentu yang memerlukan satu anjakan paradigma untuk diperbaiki.

Berkhidmat untuk masyarakat jika kita adalah pekerja. Menyintai tugas dan merasa seronok dengan tugas yang dilakukan. Usah merasa diri terpaksa untuk melakukan tugasan harian di pejabat. Mestilah rasa seronok bila bertugas. Kerana ia dengan sendirinya akan mewujudkan nilai-nilai murna secara tulus. Kita dengan sendirinya akan merasa bahagia bila dapat membahagiakan orang lain. Hari ini mungkin nasib orang, masa kita belum tentu lagi.

Kata orang “apa yang di tanam, begitulah hasilnya nanti”.


Tuesday, February 01, 2005

Tanpa syarat

TANPA SYARAT


Pagi ini keadaan di CJ berjerebu. Macam mendung dan gelap. Sunyi sekali persekitaran di sini. Baru pukul 7.27 pagi. Bila aku datang ke ofis hanya ‘skuad cleaner ‘ yang ada. Masing-masing sibuk menjalankan tugas tak sedar aku sudah muncul di depan pintu. Dalam hidup selalunya kita tidak nampak sumbangan orang lain sehinggalah mereka tiada lagi untuk menghulurkan tenaga.

Manusia begitu berkira dengan perasaannya. Tidak boleh terguris . Pedulilah perasaan orang lain. Namun bila diri sendiri yang merasai barulah tahu pedihnya. Biarlah dia sedar sendiri. Orang lain ‘mengerumuninya’ mungkin sebab dia asset yang penting. Sumber pendapatan mereka, jadi mereka semua itu begitu berhati-hati menjaga hatinya. Mereka juga mendapat apa yang di ingini dan dia seronok dengan keadaan tersebut. Biarlah kalau itu yang dia mahu dan membuatkan dia bahagia.

Suatu hari nanti dia akan sedar juga. Bahawa seseorang yang sentiasa membuatkan dia baran itu. Seseorang yang dia merasakan menyampah sudah, merupakan orang yang benar-benar ikhlas dan menyayanginya tanpa syarat. Tanpa sebab tertentu, tidak kerana kepentingan sendiri atau cuba mencuit kemewahan orang. Kasihnya tanpa syarat dan tidak bertepi walau berterusan di benci.

Mungkin selama ini kata-kata yang keluar berupa satu sindiran tajam. Mungkin dia tidak faham dengan kias bahasa yang dituturkan. Nah! Bila berterus terang muncul pula tanggapan, menjauhkan diri. Waktu mungkin akan menghukum seseorang yang sudah lama terlena dengan asyik dunia. Biarlah dia terus bermimpi. Menikmati mimpi-mimpi itu selama mana yang dia mahu.

Namun mungkin di suatu hari yang lain, pagi berkabut ini tidak akan muncul lagi bila mentari bersinar terang!