Thursday, March 31, 2005

Romantik

LELAKI MELAYU TAK ROMANTIK?

Kawan aku yang seorang ini mengeluh sebab ‘boyfren’ dia tak romantik langsung dengan dia. Tak pandai ambik hati dan tak pandai memujuk? Dia bertanya aku sungguh-sungguh.

Perempuan merajuk sebab tak cukup perhatian semua angkara lelaki yang kontrol macho dan tak tunjukkan emosi dia”.

Sabar dik. Lelaki Melayu Millinium(LMM) ni macam kita beli kereta protonlah. Ikut nasib, kalau baik kita puashati dengan prestasi dia yang tak banyak songeh. Kalau yang silap spesifikasi tu, mintak maaflah memang kena banyak bersabar dan kena maintain elok-elok. Tak boleh jer terus pandu laju, ada banyak step kena ikut, baru dia dapat membawa kita dengan selamat. Modifikasi juga perlu dilakukan jika perlu.

Rasanya semua lelaki di dunia ini sama sahaja. OK mungkin kita nampak Mat saleh yang berkepit dengan Sarong Party Girl di KLCC tu nampak loving. Tapi mana kita tahu dengan ‘mem’ dia dingin ker atau dia tak setia dan banyak perempuan simpanan manalah kita tahukan?

Masa bercinta dan tengah nak memikat memanglah lelaki akan ‘all-out’. Tengah malam pun akan call nak pastikan gf dia dah makan ke belum. Bila dah berkawan lama dah tahu semua apa yang gf buat dan lakukan. Dia tidak akan berasa bimbang lagi. Kalau dulu pepagi dah call nak pastikan gf di selamat sampai di tempat kerja, now jarang-jarang. Sebab dia sudah tahu aktiviti gf dia macamana.

LMM ni mementingkan pekerjaan dan nak lengkap segalanya sebelum dia ‘settled down’. Dia nak pastikan apa pun yang dia lakukan kerja adalah perkara paling utama dalam kamus hidupnya. Kedua keluarga dan kawan-kawan rapat dan ketiga or maybe yang keempat barulah teman wanita. Berada di kedudukan terakhir bukan bermakna perkara yang tidak perlu dirisaukan oleh lelaki, cuma dia nak pastikan dengan kerjaya yang mantap lelaki boleh membahagiakan hidup orang-orang yang berada disekelilingnya. Ini bermakna kalau ekonomi makmur, kemakmuran itu akan dikongsi bersama dengan keluarga dan gf dia. Yelah, bila keluar dating pun kena pakai duit kan? Nak tengok wayang segala tu. Jadi lelaki akan menghabiska lebih banyak masa dengan kerjaya dan benda-benda yang berkaitan denganya.

Nampak macam mengabaikan gf dia? Dari satu segi ya. Maklumlah lelaki ni makhluk yang pelupa pada benda remeh-temeh. Kadang tu hari jadi sendiri pun lupa, inikan pula hari jadi gf. Siapa tak sukakan perhatian yer tak? Kalau pagi-pagi ada orang call dan 'say hi' kat kita memang best. Tapi banyak lagi keutamaan dalam hidup yang perlu difikirkan oleh lelaki. Sometimes dia boring juga denga aktiviti perempuan yang tidak memenuhi minatnya. Penat sungguh kalau nak membontoti pompuan pergi shopping, lebih baik pergi nonton bola sepak atau pergi minum teh dengan member or geng sekepala.

Keromantikan lelaki ini macam packagelah jugak. Ada lelaki menunjukkan ilmu keromantikan dia dengan sentiasa mengambil berat keselamatan gf dia. Ada yang menunjukkan yang dia 'care' sesangat dengan bakal mak mertua dia sedangkan dengan diri gf dia macam endah tak endah jer. Hey! Lelaki penuh dengan muslihat tau. Banyak perkara yang tidak terduga. Memanglah perempuan mungkin mahu lelaki berkata ‘I LOVE U selalu atau memanjakan diri gfnya . Kadang ia tidak berlaku seperti yang diinginkan. Itu tidaklah bermakna kasih sayangnya berkurang. Banyak cara lagi dia nak membahagiakan gf dia. Tak perlulah aku bagi contoh. Kang ada yang termuntah pulak bila membacanya.

Kes kalau dah kahwin. Beruntunglah perempuan yang dapat lelaki yang bertanggungjawab, balik dari ofis 'on-time', membantu anak-anak dengan pelajarannya, tidak lupa nafkah batin dan nafkah lain, tolong kupas bawang di dapur or even bersusah payah ke Pasar Borong Selangor setiap pagi Ahad. Maybe mereka ini jarang menuturkan kata-kata sayang tapi diluahkan dengan sikap tanggungjawab dan perkara lain pula tanpa kita sedari. Kesetiaan yang tidak berbelah bagi contohnya.

Ibu bapa kita dulu pun romantik apa. Tapi depa tak tunjukkan di depan anak-anak. Ini lah mungkin sebabnya anak-anak tak nampak the true color bapak mereka. Apa yang mereka tahu sikap garang dan bengis si bapa yang lebih menonjol. Zaman DAP ( Di Alam Percintaan), mungkin ada yang lelaki menunjukkan emosi yang sederhana berbanding bila sudah berkahwin. LMM juga makhluk yang pemalu dia tak mahu berlebihan mendedahkan emosinya selagi belum sah sebab mungkin dia tak mahu menggongkong. Kalau sudah sah menjadi Hak Milik Kekal mungkin berlainan pula kaedahnya.

Rasanya lebih baik tak romantik sebelum kahwin daripada dah kahwin nanti tak romantik langsung. Kalau dari zaman DAP hingga anak berderet tak juga romantik tu tak tahulah pak cik nak jawab. Nasib ler dapat spesis yang macam tu. Apa yang kita tanam biasanya itu yang kita akan dapat. Tidak salah kalau pompuan zaman sekarang menunjukkan caring dia pada pasangannya, manalah tahu yang bf dia tak reti nak express benda tu, takuttt di salah anggap mungkin. Kalau berlebihan menunjukkan emosi akan mengikat diri sendiri. Mungkin dia ada perancangan lain dalam hidupnya. Manalah kita tahu. Jadi komunikasi dua hala tu penting. Banyak-banyaklah bawa berbincang.

Ehh apa kejadahnya romantik tu huh … blurrlah. Yup, I’m typical Malay.

Kalau ada sesiapa nak berikan pendapat amat di alu-alukan. Mana-mana yang sudah berpengalaman atau baru berjinak-jinak dengan DAP harap dapat memberikan pendapat.

Wednesday, March 30, 2005

Tentang Bahagia.




Tentang Bahagia

Kita sering kehilangan kata bila bahagia. Seperti tiada apa yang perlu dikisahkan. Masa berlalu tanpa disedari. Jadi hargailah waktu-waktu bahagia ini kerana kita tidak tahu bila ianya akan dirampas semula dari genggaman kita.

Kita mungkin akan melukakan hati teman. Melewati musim-musim bahagia, kita mungkin tidak akan mampu mengingati seseorang yang pernah hadir dalam hidup kita (walau tidak dijemput). Kebahagiaan itu menutup kisah lalu dengan kesibukan baru.

Seperti engkau , aku pun telah menemui kota bahagia aku sendiri di sudut ini. Bukankah aku juga perlu membahagiakan diri sendiri?

Our Ways

OUR WAYS - MEREKODKAN PENGALAMAN HIDUP


Semasa melancarkan buku Our Ways karya Ismail Husin, Tun Dr. Mahathir Mohamad meluahkan rasa kecewanya dengan sikap malas menulis di kalangan rakyat Malaysia.

Memang sudah banyak kali beliau meminta mereka yang melalui pelbagai pengalaman dalam hidup mencatatkan apa yang dilalui itu supaya ia boleh dipelajari serta diambil iktibar oleh orang lain.

Malangnya, seruan beliau masih belum mendapat sambutan. Kata Dr. Mahathir, jika mereka yang berkenaan itu tidak mahu menulis, setidak-tidaknya mereka hendaklah sedia diwawancara supaya pengalaman mereka dapat direkodkan.

Nampaknya, orang kita bukan sahaja liat membaca, menulis pun liat. Bagaimanapun mereka cukup ligat dalam bab gosip dan sembang kedai kopi - sampai pukul 2 pagi pun boleh.

Orang kita memang kuat bercerita, lebih-lebih lagi hal politik. Sebab itu negara kita begitu kerap dilanda khabar angin dengan teori konspirasi gila-gila.

Bagaimanapun bila diminta memberi pandangan untuk direkodkan, semua tidak mahu.

Itulah kita.


Ismail Husin .“Our Ways”, KL: Utusan Publications , 2004.


Keywords : Ismail Husin, 1946-, Malaysia—History, Malaysia – Economic Conditions, Malaysia-Manners and Customs.


Buku berharga RM 29.00 ini secara ringkasnya menceritakan keadaan hidup sebelum dan selepas Malaya mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Juga perubahan yang berlaku semasa pembentukan Malaysia 1963 sehingga tahun 2003. Kisah kemiskinan dan tekanan hidup yang dilalui di kawasan terpencil sehingga kita maju sekarang. Penggunaan bahasa yang mudah dijalin dalam naratif pengkisahan yang sungguh menarik.


Sedang menanti ketibaan buku :


Tun Abdul Razak : A Personal Potrait dan satu buku dari Sabah.


Terima kasih kerana sudi menghadiahkan buku –buku tersebut kepada saya.

Tuesday, March 29, 2005

Kawan Cyber

KAWAN CYBER & DUNIA REALITI

Melalui dunia blog, aku telah menemui begitu ramai kawan cyber. Saudara dan saudari yang membaca blog ini mungkin salah seorang daripadanya. Kawan cyber, jauh dan dekat yang sentiasa ‘di sisi’ bila diperlukan. Melangkaui sempadan masa, negara dan budaya. Ada yang sejauh di UBC, Canada. Tidak pernah kenal dan berjumpa. Namun jalinan ukhwah yang terbina amat bermakna.

Kehidupan pekerja ‘9 to 5’ seperti aku amat terikat dengan rutin yang tetap seharian. Keseronokkan terhasil bila kita mampu menjelmakannya di paparan skrin komputer. Realitinya, aku hanya punya rakan sejawatan, kakitangan di tempat kerja dan keluarga. Hanya itu yang mampu aku temui dalam kehidupan realiti. Teman serumah mempunyai agenda kehidupan mereka yang tersendiri. Jadi aku hanya punya ‘kawan-kawan’ maya untuk menumpang kasih. Itu pun kalau ada yang sudi untuk menghulurkan ruang masa dan keikhlasan.

Benar persahabatan gaya masa kini lebih mudah dan santai. Tanpa perlu bersesak-sesak untuk bertemu empat mata. Kecanggihan teknologi menganjakkan kita ke satu tahap yang tak terduga. Jaringan persahabatan maya kadang kala lebih memukau berbanding dunia realiti itu sendiri. Apa yang penting ialah kejujuran dan keupayaan untuk menghormati hak individu atau ‘privacy’ masing-masing. Penyamaran boleh berlaku namun ianya tidak akan kekal lama. Yelah, “sepantas mana kita menaip di key-board, ada juga huruf yang silap” atau “secanggih mana antivirus, begitu jugalah banyaknya virus yang datang”.

Sebenarnya aku seorang yang amat penyegan di dunia nyata. Bercakap bila perlu dan lebih banyak berfikir dan memandang sesuatu kadang tanpa berkedip (berangan ler tuh!). Aku tidak ada kawan baik di luar lingkungan Bandar Pintar ini. Aneh bukan? Apa yang aku perolehi sentiasa bersifat sementara dan mereka akan pergi bila keperluan diri sendiri melangkaui kehendak orang lain. Itulah hakikatnya.

Terkenang kehidupan zaman kanak-kanak di Cape Coral yang damai tanpa tekanan. Keasyikan masa lalu yang tidak dapat ditukar-ganti. Realitinya kita akan berterusan hidup dalam lingkungan kecil dan semakin menjauh. Kerana kehendak individu atau diri sendiri biasanya lebih utama.

Sahabat akan hilang semudah kita menekan icon ‘x’ di penjuru atas sebelah kanan blog aku ini. Semudah itulah …

Tetapi akan ada yang terus berkunjung setiap hari ke sini.


Tengah Membaca :

Why Men Lie and Women Cry oleh Allan dan Barbara Pease.

Orang kata “Kalau nak lelaki yang memberikan komitmen 100% pergilah ke mental hospital.“ Lelaki dan wanita adalah makhluk yang sukar difahami. Sebab itulah aku tergerak nak membaca buku ini. Baru nak start baca, nampak gayanya macam best.

CAPE CORAL BERGEGAR!

sempat menelefon mak di kampung pagi tadi. Gegaran tengah malam tadi lebih hebat dan lama berbanding 26 Disember lalu. Alhamdulillah tiada apa-apa tragedi yang berlaku. ERA melaporkan gegaran 8.7 skala ritcher di Sumatera.


Nota :

Buat ‘O’ terima kasih kerana memberikan aku keyakinan bahawa kebahagian itu tetap akan hadir jika kita sabar menanti.

Monday, March 28, 2005

Sedarlah

SEDARLAH!

Akhirnya ada juga pemimpin Melayu bertaraf anak raja Melayu dan berkelulusan Phd sependapat dengan apa yang aku fikirkan selama ini.

“Sedarlah! Apabila sesuatu bangsa memilih untuk merendahkan bangsanya sendiri, akan terbukalah jendela yang memberanikan bangsa lain untuk menghinanya, lalu bangsa akan dipandang fakir dan adat budayanya bakal tersingkir.

“ Apabila kekurangan begitu cepat ditafsirkan sebagai kelemahan, maka padi mula dikatakan lalang, beras pula disangka pasir titah Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah dalam ucaptama “Bangsa Melayu: Mencanai Minda – Membentuk Sikap" di Kongres pendidikan Melayu Kedua, Kuala Lumpur.

Selama ini pemikiran dan pandangan yang aku utarakan dianggap pelik, tidak menggambarkan realiti kehidupan Malaysia, jumud dan sebagainya. Namun ada juga pemimpin Melayu yang masih sedar tentang hakikat bangsanya yang sebenar.

BAHASA INGGERIS

Pelbagai pihak menggesa kerajaan supaya meneruskan penggunaan BI sebagai kaedah pengajaran mata pelajaran Sains adan Matematik di sekolah. Aku rasalah kalau dari dulu lagi perkara ini dikuatkuasakan harus sekarang ni aku sudah menjawat jawatan penting di sebuah syarikat Multinasional di luar negara. Tapi apa nak buat, aku dari mula lahir cakap bahasa Jawa, kemudian bertutur dalam Bahasa Melayu yang diajar disekolah. Manalah nak pandainya kalau gunakan Bahasa Melayu untuk mata telajaran tersebut. Jadi aku pun salahkan pembuat dasar dahulu kerana membentuk masa depan aku yang ‘gelap’ ini.

Masa aku belajar di IPT jenama tempatan. Tiba-tiba semua benda dalam bahasa Inggeris. Aku sentap dengan situasa yang tak diduga ini. Maklumlah anak kampung yang tidak pernah bercakap Bahasa Inggeris. Cikgu yang mengajar Bahasa Ingeris pula menggunakan kaedah ‘2 dalam 1’ – BI/BM.

Alhamdulillah aku lulus juga. Aku sendiri tidak menduga dengan pencapaian yang agak baik. Tapi sampai sekarang aku masih terkilan . Hanya 0.05 lagi untuk mendapatkan kelas pertama. Mungkinkah ini disebabkan faktor BI?

Bila Buletin Utama menemubual tokoh pendidik Vateran yang mahukan BM digunakan semula untuk Matematik dan Sains. Aku rasa simpati sangat dengan mereka. Walaupun peratusan kelulusan tidak ‘flying colors” terutama untuk anak Melayu. Tempoh 3 tahun bukanlah ukurannya. Statistik hanyalah angka. Kementerian Pendidikanlah yang seharusnya dipertanggungjawabkan.

Hey! Bukankah kanak-kanak zaman sekarang hanya tahu BI. Bila mereka bercakap BM ramai yang pelik dan masing-masing ternganga. Apalah salahnya diteruskan. Kalau mereka gagal pun itu kegagalan individu bukan kegagalan bangsa yang mencorakkannya. :)

Sunday, March 27, 2005

Tentang Dia

TENTANG DIA

Lagu “Cinta” ini merupakan lagu tema filem “Tentang Dia” yang akan berada di pawagam pada 28 April 2005 nanti. Melihat dari promo di TV3, filem ini macam harus ditonton sahaja. Ada filem Indonesia yang mantap pembikinannya. Naskah cinta popular. Bukan filem generasi Garin Nugroho yang lebih bersifat docudrama contohnya filem “Daun Di Atas Bantal”. Filem popular Indonesia yang pernah aku tonton ialah “Ada Apa Dengan Cinta”.


Tadi aku menonton CD filem “Sepet” buat kali ke-2. Ya I did menangis, entah sebab apa tiba-tiba air mata bergenang jer. Nasib baik takder orang nampak kalau tidak harus malu seminggu pak cik. Oklah filem tu memang ada sesuatu yang sukar diungkapkan dengan kata-kata. Kebenaran kadang memang pahit. Aku terpaksa mengakui ianya memang menyentuh perasaan. Seperti depa, aku pun minat cerita Cina(tapi taklah menonton masa maghrib). Aku memang syok habis bila menonton filem lakonan Maggie Cheung , terutamanya filem “Cente Stage” @ Ruan Ling Yu, “Hero”, “In the Mood for Love”, dan sudah tentunya “Days of Being Wild” yang di iktiraf antara 100 filem terbaik Cina.

Bila dengar lagu “Cinta” dari filem “Tentang Dia” ini aku rasa sedih sangat. Amat tersentuh dengan lirik dia yang begitu menusuk. Aku tak tahulah kenapa aku amat menyukai lagu-lagu Melly Goeslow. Dia mampu menulis lirik lagu yang benar-benar dekat dengan hati dan jiwa. Seperti oksigen yang ada dalam darah.


“Misteri hidup akankah menghilang
Dan bahagia di akhir cerita”.


“Bukankah hidup kita akhirnya harus bahagia”.


“Cinta biar saja ada
Yang terjadi biar saja terjadi
Bagaimana pun hidup hanya cerita
Cerita tentang meninggalkan dan yang ditinggalkan.”

Aduh mantap banget …


Tentang Dia: Dari Cerpen ke Film ke Novel


“Dari cerpen karya Melly menjadi scenario film karya Titien Wattimena, lantas terwujud dalam bentuk film layer lebar 35mm, dan berubah lagi menjadi novel karya Moammar Emka. Itulah proses metamorfosa novel ini. Masing-masing mempunyai keunikan, masing masing mempunyai kelebihan dan kekurangannya. Mungkin ini adalah novel pertama dari adaptasi sebuah scenario film, yang sebelumnya berwujud cerpen.”
(Oleh: Ekky Imanjaya http://www.layarperak.com/yourreview/main.php?id=1110465611)


Buku :


Judul: Tentang Dia
Penerbit : Gagas Media
Penulis: Moammar Emka
Tebal: 129 halaman + xi

CINTA

Menapak jalan yang menjauh
Tentukan arah yang kumau
Tempatkan aku pada satu peristiwa
Yang membuat hati lara

Di dekat engkau aku tenang
Sandung matamu penuh tanya
Misteri hidup akankah menghilang
Dan bahagia di akhir cerita

Cinta tegarkan hatiku
Tak mau sesuatu merenggut engkau
Naluriku bergetar tak ingin terulang lagi
Kehilangan cinta hati bagai raga tak bernyawa
Aku junjung petuahmu
Cintai dia yang mencintaiku
Hatinya dulu berlayar kini telah menepi
Bukankah hidup kita akhirnya harus bahagia

Di dekat engkau aku tenang
Sandung matamu penuh tanya
Misteri hidup akankah menghilang
Dan bahagia di akhir cerita

Cinta tegarkan hatiku
Tak mau sesuatu merenggut engkau
Naluriku bergetar tak ingin terulang lagi
Kehilangan cinta hati bagai raga tak bernyawa

Aku junjung petuahmu
Cintai dia yang mencintaiku
Hatinya dulu berlayar kini telah menepi
Bukankah hidup kita akhirnya harus bahagia

Cinta biar saja ada
Yang terjadi biar saja terjadi
Bagaimana pun hidup hanya cerita
Cerita tentang meninggalkan dan yang ditinggalkan

Lagu : Cinta
Nyanyian : Melly Goeslaw feat. Kris Dayanti

Saturday, March 26, 2005

berjalan di atas awan


Berjalan di atas awan.


Time In A Bottle


if I could save time in a bottle
the first thing that I'd like to do
is to save every day 'til eternity passes away
just to spend them with you
if I could make days last forever
if words could make wishes come true
I'd save every day like a treasure and then
again I would spend them with you
but there never seems to be enough time to do the
things you want once you find them
I've looked around enough to know that you're the one
I want to go through time with
if I had a box just for wishes
and dreams that had never come true
the box would be empty except for the memories
of how they were answered by you
but there never seems to be enough time to do the
things you want once you find them
I've looked around enough to know
that you're the one I want to go through time with


Jim Croce

Paras atau waras

PARAS ATAU WARAS



Impian Tocarra untuk menjadi super model pakaian ‘over sized’ kulit hitam yang pertama dalam program “American Next Top Models” tidak kesampaian. Adibah Noor penghibur bersuara lunak itu juga terpaksa mengeluarkan belanja sendiri untuk albumnya. Syarikat album masih memandang paras rupa dan ukuran badan sebagai faktor utama strategi pemasaran mereka. Dina menambahkan lagi senarai penghibur yang melalui kesukaran sepertinya. Masyarakat sebelah sini masih memandang kecantikan luaran tanpa menilai bakat dan kesungguhan seseorang. Selalunya mereka akan melalui jalan yang lebih getir.

Dalam kehidupan seharian juga, gadis remaja dan wanita amat risau dengan penampilan mereka. Ini membuatkan mereka terpaksa mengambil ubat kurus untuk tambil jelita. Walaupun kesan yang bakal menanti amat berisiko tinggi.

Mungkin kita juga bersalah dalam hal ini. Kita terlalu memandang kecantikan luaran. Ada kes penceraian yang berlaku akibat pasangan tidak lagi cantik setelah melahirkan anak. Kecantikan luaran bukan segala-galanya. Namun kecantikan luaran tetap menjadi asset yang paling dibanggakan ( jika ada ). Kalau dulu ada istilah “beauty without brain”. Tapi zaman ini ramai sekali orang cantik yang pandai serba-serba. Orang kurang cantik menjadi kelompok yang terpinggir. Pilihan terakhir mungkin. Persaingan sengit ini terjadi di mana-mana. Hinggakan di sebuah negeri di Malaysia, menyeru kakitangan yang diambil bekerja dari golongan yang tidak jelita. Jadi golongan yang tidak berwajah dan potongan menarik terpaksa menggunakan saluran lain untuk berjaya.

Saya sendiri ada bertanya kepada kawan-kawan yang sudah berkahwin. “Kalau nak gemuk kahwinlah”. “Bini you pun akan mengembang atleast 10% dari saiz asal”. Wah! Banyak faktor yang menyebabkan lelaki juga mengalami situasi begini. Perut boroi sebab makan pakai terjaga dan ada seseorang yang mengambil berat serba-serba. Hidup tidak banyak masalah dan hati tenang.

Kesenangan menjadikan 21 % penduduk dewasa kita gemuk dan mendedahkan mereka kepada bahaya diserang sakit jantung, kencing manis dan tekanan darah tinggi. Daripada jumlah itu, 40% adalah golongan eksekutif yang tinggal di kawasan bandar manakala hampir 19 % pelajar juga didapati gemuk, termasuk 8 % murid. Ini bukanlah perkembangan yang sihat kerana rakyat gagal mengikuti amalan pemakanan seimbang berpandukan kalori yang perlu mengikut umur, kecergasan dan berat badan. Kerajaan menperkenalkan Pelan Bertindak Nasional bagi Pengambilan Zat . Carta Saranan Pengambilan Zat dirangka kerajaan wajib diamalkan. Ini semua untuk mengelakkan penyakit orang kaya menyerang golongan dalam kategori produktif di negara kita. Kalau bergerak lambat dan banyak penyakit ianya juga akan memberi implikasi yang buruk kepada negara.

Orang kurus juga ramai di negara kita. Mereka ini juga ingin merasa mempunyai bentuk badan yang sedap mata memandang. Terlalu kurus dan terlalu gemuk juga mengundang tanggapan yang kurang enak.

Namun kalau kita sihat dan cergas dengan bentuk tubuh badan kita yang sedia ada. Individu itu seharusnya bersyukur dengan apa yang ada. Apa yang paling utama ialah keselesaan masing-masing. Sikap kita terhadap hidup ini kena betul. Orang lain dan pandangan mereka tidak penting.

Kita hidup dengan apa yang kita rasa sesuai dan tidak memudaratkan. Saya tetap bersyukur dengan pemberian Allah. Alhamdulillah saya tetap dikurnikan kesihatan yang baik.

Friday, March 25, 2005

Belum Saatnya

BELUM SAATNYA

Aku memberhentikan kereta betul-betul di depan pintu pagar rumahmu. Aku tidak pasti engkau sudah tidur atau belum. Tiada cahaya yang menerobos keluar dari kamar tidurmu. Gelap dan sunyi. Sesunyi rasa hati. Aku ingin membunyikan hon kereta. Tapi aku kira pasti jiran-jiranmu kaget. Aku lelaki budiman yang tidak mahu mengejutkan mereka yang sedang asyik melakukan sesuatu. Sesuatu yang aku tidak pasti apa. Seperti kau juga, aku tidak pasti kau ada di rumah itu atau tidak.

Aku cuba menghubungimu melalui handphone. Suara mesin menyambut ramah. Pasti ini kesan positif iklan kempen budi bahasa. Aku hanya mendiamkan diri dalam kereta. Seminit , dua minit berlalu. Aku hanya dapat mendengar nafas aku sendiri ketika ini.

Sulit untuk kuucapkan selamat tinggal lagi
Sebab mungkin akukan kembali
Meski benci…
Di saat kita terpisah
Hanya engkaulah mimpiku

Mungkin engkau tiada di rumah. Atau sudah bermimpi. Apakah yang kau mimpikan agaknya? Tentang aku?

Di dalam hatiku kurasa ada ragu
Pada dirimu…
Di dalam jenuhku masih ada dalam hati
Kasihku padamu

Aku sentiasa memancung kata-katamu. Harap engkau tidak terasa hati. Aku tahu engkau marah dan berduka cita. Tapi itu hanya sedikit. Hanya suku dari seluruh yang perlu kau tahu.

Mungkin kita telah lama menutup diri
Kini tiba waktunya berhenti saling benci
Kuinginkan dirimu…
Impikan aku juga…
Kita saling membenci.

Entah untuk apa kita bertemu lagi kalau hanya untuk menyakiti hati. Aku tidak sengaja berhenti di depan rumahmu saat ini. Pukul 3 pagi. Setelah pulang dari CT Bank, entah keretaku atau perasaanku yang membawa aku ke sini. Di waktu pagi begini.

15 minit berlalu dan aku menghidupkan semula engin kereta. Beberapa ekor anjing menyalak manja di kiri kanan rumahmu. Seperti memberi amaran agar aku berlalu. Aku tahu kita saling membenci dan menyesali diri. Keterlanjuran kata menghukum diri.

Seperti kuyakin saat ini ( Seperti kau yakin saat ini )
Kau rasakan juga sesal dihatimu
Uuu …hu…yeh

Aku harap kau tahu aku menyesal kini. Aku belajar sesuatu tentang ini.

“Cinta dan kasih sayang itu milik Allah. DIA boleh ambil balik daripada sesiapa yang dia suka.” **

Aku berlalu dari situ.


Gratis :

*Lagu : Belum Saatnya
Penyanyi : Glenn Fredly

** Seorang sahabat memberitahu aku tentang ini. Terima kasih kak!

Kebenaran jiran syarat dapatkan lesen anjing


Oleh Salina Abdullah dan Saring Sirad, (Berita Harian, 25 Mac 2005)

KLANG: Penduduk Shah Alam yang ingin memiliki anjing kini perlu mendapatkan kebenaran daripada jiran terlebih dulu sebelum lesen dikeluarkan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA

Syarat baru MBSA itu dikuatkuasakan sejak Januari lalu bertujuan memastikan pemeliharaan haiwan itu tidak mengganggu keselesaan, ketenteraman dan keselamatan penduduk sekitar.Penolong Pegawai Perhubungan Awam, Shahrin Ahmad, berkata penduduk yang ingin memelihara haiwan berkenaan perlu mendapatkan kebenaran daripada jiran di sebelah kanan dan kiri rumah.“MBSA menyediakan borang khas bagi tujuan ini dan mereka perlu mengemukakannya bersama-sama borang permohonan lesen memelihara anjing daripada MBSA,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kejadian seorang pelajar, Mohd Hazman Khan Seh Zahidi, 9, yang terpaksa menerima 180 jahitan kerana diserang empat ekor anjing di kawasan perumahan Putra Perdana Puchong, Jumaat lalu.Selain itu, Shahrin berkata, MBSA juga menetapkan syarat lain bagi mengawal pemeliharaan anjing di rumah kediaman, termasuk mengehadkan dua ekor anjing bagi kediaman jenis banglo, rumah berkembar, rumah teres lot tepi, kilang dan kelab golf atau kelab eksekutif.Penghuni rumah teres lot tengah, rumah pangsa dan pangsapuri tidak dibenarkan memelihara haiwan berkenaan.

Di samping itu, Shahrin berkata, anjing peliharaan itu hendaklah dikurung atau disimpan di dalam rumah haiwan yang berpagar, lantai bersimen dan dilengkapi paip air untuk tujuan mencuci kawasan berkenaan.Shahrin berkata, pemilik juga harus memastikan anjing yang dipelihara dikawal dan dijaga dengan teliti supaya tidak berkeliaran dan membuat bising serta mengganggu ketenteraman dan keselamatan jiran, penduduk sekitar serta orang ramai.Katanya, pemilik harus memastikan anjing bertali dan memakai logam lesen serta berjalan seiiring dengan pemilik apabila dibawa keluar dari kawasan kediaman.

Beliau berkata, pemilik yang melanggar syarat boleh dikenakan tindakan mengikut Undang-undang Kecil Pelesenan Anjing 1982 iaitu denda tidak melebihi RM1,000 atau penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya.Sementara itu, katanya, setakat ini kebanyakan kes dan aduan yang diterima MBSA membabitkan anjing liar atau anjing tidak bertuan.Pada 16 Mac lalu, katanya, MBSA menangkap sembilan ekor anjing liar di Seksyen 25 dan 32, dekat sini.Beliau berkata, MBSA mempunyai Unit Haiwan Kacau Ganggu yang bertanggungjawab membuat rondaan dan tangkapan jika ada masalah membabitkan haiwan berkenaan.

Sementara itu, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Klang, Abdul Bakir Zin, berkata pihaknya menangkap kira-kira 4,000 anjing liar dan anjing berlesen yang berada di luar kawasan rumah, sepanjang tahun lalu.Beliau berkata, MPK turut melantik tiga syarikat untuk menangkap anjing liar dan anjing berlesen yang berkeliaran dalam kawasan majlis dengan bayaran RM38 seekor.Katanya, anjing yang bertuan tetapi tidak dituntut pemilik selepas ditahan MPK akan turut dimusnahkan.Abdul Bakir berkata, MPK mengehadkan dua ekor anjing bagi kawasan seluas 1,000 meter persegi dan empat ekor bagi keluasan lebih daripada 1,000 meter persegi.

Selain itu, Abdul Bakir berkata, penduduk yang ingin memelihara anjing perlu mengemukakan salinan sijil kesihatan anjing terbabit daripada Pegawai Jabatan Haiwan Negeri atau doktor haiwan yang berdaftar ketika memohon lesen pada harga RM10 setahun bagi seekor anjing. Abdul Bakir berkata, mereka yang melanggar Undang-undang Kecil Pelesenan Anjing boleh didenda tidak melebihi RM2,000 atau penjara tidak melebihi setahun atau kedua-duan

Nota :

Maklumat ini penting buat aku yang tinggal di Klang. Kadang kita tidak sedar yang undang-undang telah ada kecatas sesuatu perkara. Mewujudkan masyarakat bermaklumat dan tahu mendapatkan maklumat yang dikehendaki juga penting.

Mungkin kita akan memerlukannya di masa akan datang. Tidak pasti jika undang-undang yang sama diguna-pakai di tempat lain. Kalau kita tidak pasti harap dapatkanlah maklumat tersebut di Majlis Perbandaran yang berhampiran. Elok juga kalau mereka ini mengadakan pameran atau sebaran maklumat berkenaan perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan. Yelah bukan semua orang tahu atau “well informed”.

Thursday, March 24, 2005

Iklan

IKLAN MENDIDIK ATAU MEMPERSENDA?


Sharifah Rosnah Syed Mahmud memberi kenyataan kurang tepat bila menulis dalam Forum Utusan Malaysia bertajuk “Usah Nafikan Melayu Biadap” (UM, 24 Mac 2005). Ianya berdasarkan isu yang dibangkitkan dalam Parlimen berkenaan dengan iklan pemuda Melayu dalam LRT yang menunjukkan sikap tidak hormat kepada orang mengandung, wanita tua yang secara kebetulan watak tersebut dipegang oleh bukan Melayu. Iklan terbitan Kementerian Kesenian, Kebudayaan dan Warisan tersebut menggambarkan pemuda Melayu sebagai watak kurang berbudi bahasa atau biadap.

Mungkin iklan tersebut tidak bermaksud ingin menimbulkan isu perkauman. Namun jika diperhalusi ianya tetap menjatuhkan nilai moral sesuatu kaum itu. Bagaimana kita ingin menayang kepada dunia bahawa bangsa Melayu hebat jika iklan yang diterbitkan oleh kerajaan sendiri memberi gambaran yang sebaliknya. Isu sikap luhur dan berbudi bahasa orang Melayu yang kian terhakis dijadikan topik utama sedangkan mesej yang ingin disampaikan ialah kempen berbudi bahasa.

Mari kita perhalusi watak dan perwatakannya.

1.Watak utama ialah seorang lelaki Melayu yang enggan memberikan tempat duduk kepada wanita tua dan wanita mengandung yang secara kebetulan bukan bangsa Melayu. Ianya seolah-olah memberikan gambaran Orang Cina dan India di negara kita lebih berhemah dan beretika berbanding orang Melayu. Sharifah Rosnah memberikan contoh iklan lain yang menampilkan telefonis India yang bersikap sambil lewa berbanding telefonis Melayu. Itu dari segi percakapan bukan kehadiran individu secara nyata yang boleh melambangkan sesuatu kaum itu. Lagipun iklan itu tidak kerap disiarkan dan impaknya tidak besar hanya berkomunikasi melalui telefon.

2. Watak orang buta merupakan watak yang berkecuali dan eksklusif. Di mana-mana tempat di dunia ini pun dia akan mendapat ‘keutamaan’ tempat duduk ketika menaiki pengangkutan awam. Orang buta itu juga telah menolong mengambilkan barang yang terjatuh. Dia tidak tahu siapa pemilik barang tersebut dan juga siapa yang memberinya tempat duduk.

Mengapa iklan ini dianggap perkauman.

1. Kerana ianya melibatkan bangsa lain dalam iklan yang dilakonkan. Memanglah siapa juga yang akan berlakon sebagai pemuda yang tidak berhemah akan mendapat tempias dan kritikan. Perkara ini melibatkan 3 bangsa yang nyata. Jadi ia tetap memberikan gambaran tentang sesuatu bangsa itu. Langkah selamat buat satu versi sahaja atau 3 versi yang mewakili sesuatu kelompok bangsa.


2. Jika pihak kerajaan tidak mahu menimbulkan kemarahan sesuatu kaum adalah perlu pihak kerajaan menukar iklan ini dengan hanya menampilkan pelakon dalam kelompok bangsa yang sama. Mungkin ianya tidak mengambarkan realiti kehidupan sebenar di Malaysia. Namun jika mesej yang ingin disampaikan ialah kempen berbudi bahasa ianya tidak mengapa. Lagipun ini bukan filem “Sepet”.


3. Iklan ini disiarkan di seluruh Malaysia dan dengan adanya ASTRO sudah tentu tersebar keseluruh pelusuk rantau sebelah sini. Gambaran yang akan mereka ‘tangkap’ ialah “Orang Melayu Biadap berbanding Bangsa Lain di Malaysia”.


4. Kerajaan sendiri perlu membuat iklan yang tidak mencalar sensitiviti sesuatu bangsa. Penerbit atau penulis skrip sudah tentu ada cara untuk menampilkan iklan lain dan tidak menjadikan isu memberikan tempat duduk ini sebagai agenda utama di dalam kempen budi bahasa.

Pengangkutann awam merupakan isu antarabangsa. Di luar negara walau sebagaimana ‘bangsat’ pun seseorang itu dia tetap akan memberikan tempat duduk kepada orang yang memerlukannya. Jika kita memberikan gambaran yang salah melalui iklan ini secara tidak langsung akan menjatuhkan moral orang Melayu yang seakan diperlekehkan oleh penulis skrip untuk iklan ini. Iklan ini sendiri menggambarkan unsur perkauman secara tidak sengaja. Selalunya apa yang berlaku di negara kita ialah bangsa Melayu sendiri menjatuhkan imej dan moral bangsanya . Bukan orang lain. Ya! Kita sendiri, dan ini amat menyedihkan sedangkan kerajaan dan rakyat mahukan bangsa kita dihormati di mata dunia.

Persoalan yang paling utama ialah :

Adakah kita ingin membetulkan bangsa Melayu ini dengan mengetengahkan unsur-unsur negatif bangsa melayu itu sendiri?

Mengapakah Melayu sering dijadikan contoh sebagai bangsa yang tidak bertimbangrasa, malas, tidak mempunyai moral dan sebagainya?

Adakah kerana kita ini bangsa majoriti, perlu menjaga sensitiviti bangsa lain dan malas bertindak?

Seperti filem “Sepet”, penutup kisah ini terletak di tangan anda sendiri. Kita tentukan apa yang kita mahu.

Theater

Zeni buka tirai program budaya Selangor


Oleh Suraiya Mohd Nor (Berita Harian, 24 Mac 2005, C12)

PEMENTASAN perdana teater Zeni di Auditorium Dewan Sivik Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MPPJ), Petaling Jaya bermula hari ini, menjadi acara pembukaan kegiatan menyemarakkan seni dan persembahan pentas di negara berkenaan.

Pementasan berdasarkan novel Daerah Zeni oleh Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said, dipersembahkan Pertubuhan Teater Hidayah, berdasarkan tulisan Allahyarham Abdul Aziz HM. Ia mendapat sokongan padu kerajaan Negeri Selangor, Jabatan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri Selangor (JKKWNS) dan juga MPPJ. Ini akan diikuti dengan pementasan Bangsawan Perdana Tanggang yang bermula 26 April di Auditorium Majlis Perbandaran Shah Alam (MBSA), Shah Alam serta pelbagai pementasan teater lain pada bulan berikutnya.

Menerusi program ini, sekurang-kurangnya satu pementasan teater diadakan setiap bulan. Pelancaran Program Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri Selangor 2005 dan penghargaan kepada media disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Kebudayaan Negeri Selangor, Datin Paduka Seripah Noli Syed Hussin di Hotel Quality, Shah Alam, baru-baru ini. Hadir sama, Yang DiPertua Majlis Kebudayaan Negeri Selangor (MKNS), Datuk Abdul Sama Maharuddin, Pengarah MKNS, Sermaini Pien dan Penolong Pengarah MKNS, Azhar Abdul Kadir. Pengarah teater Zeni, Kamarul AR berkata, usaha menyemarakkan seni yang dilaksanakan JKKWNS adalah satu langkah murni yang dapat membantu merancakkan kegiatan seni persembahan pentas di Negeri Selangor. “Usaha yang lakukan ini memang baik kerana atas sokongan kerajaan negeri serta beberapa badan terbabit, persembahan teater di sini akan bertambah meriah.

Pertubuhan Teater Hidayah menganggap langkah ini memang wajar kerana jika kegiatan kesenian dan persembahan pentas tidak mendapat sokongan kerajaan, tentu agak sukar untuk ia berkembang,” katanya. Sebagai pembuka kalendar persembahan teater di Negeri Selangor, Kamarul AR sengaja memilih satu naskhah yang terkenal dan bersesuaian menjadi wadah bagi memberi gambaran masyarakat di negeri ini. “Dari segi pemilihan naskhah, kami memang agak berhati-hati-hati bagi memberi gambaran masyarakat Selangor maju pada 2005.

Naskhah A Samad Said ini sudah lebih 10 tahun berada dalam simpanan setelah diberi oleh penulisnya dan ini adalah kali pertama ia dipentaskan. “Naskhah Zeni memang berat tetapi kami cuba melakukan yang terbaik dengan mengambil latar Negeri Selangor yang sedang menuju ke arah kecemerlangan,” katanya yang naskhah asalnya memakan masa tiga jam tetapi dipendekkan kepada dua jam saja. “Memandangkan ia naskhah berat, saya cuba ringankan dengan menyelit lagu yang bererti supaya memberi lebih pengertian kepada teater ini.

Ia mengisahkan tiga lelaki - ayah, bekas suami dan teman lelaki yang mempunyai masalah mereka sendiri. “Ayahnya berasa bersama atas pemergian isterinya kerana sibuk dengan perjuangan manakala bekas suami dan teman lelakinya pula, masing-masing cuba merebut Zeni. “Zeni digambarkan sebagai seorang yang tabah, penyabar, keras hati serta teguh mempertahankan maruah. Zila Bakarin dipilih bagi menjayakan watak Zeni,” katanya yang jatuh cinta pada watak Zeni itu sendiri. Barisan pelakon lain adalah Noorkhiriah Ahmad Shapie, Nazri Ahmad, Yusree Sarijan, Roslan Muhammad, Mas Aida Mohamed, Zaki, Mohd Mohaldin dan Azlan Sham. Mereka termasuk antara 60 tenaga produksi selain pemuzik dan penyanyi. Pementasan teater ini diadakan untuk tiga malam berturut-turut bermula pada 24 Mac di Auditorium Dewan Sivik MPPJ, Petaling Jaya dan masuk adalah percuma.

Wednesday, March 23, 2005

KEASYIKAN UTP

KEASYIKAN UTP


6:30 pagi - Sudah bergegas ke STC. Kenderaan universiti sudah menanti . Aku , Wan dan boss bertolak ke UTP. Jangan Tanya aku camner nak ke sana. Aku tidur dalam perjalanan. Bangun sekejap bila boss kejut suruh sarapan. Dia belanjalah pulak. Kami berhenti sarapan di perhentian Tapah. Then aku sambung tidur … tiba-tiba ‘walla’ sudah sampai di depan Kompleks Canselor yang tersergam indah bak kapal angkasa yang sedia untuk berlepas itu.

10.40 pagi - Barulah misi menjelajah UTP bermula. Presentation di Information Recource Centre dan kemudian ke Chancellor Hall. Pusat sumber dia indah, moden lagi stylist. Perabot dari Sweden dengan palitan warna putih , hitam dan kelabu melatari persekitaran. Konsep ‘open spaces’ di mana manusia dan alam bersatu. Dinding kaca menembuskan cahaya dari luar menyimbah ke ruang dalam yang terbuka bagai tiada halangan. Minimalist dan sentuhan British yang memukau. Dijalin erat dengan tenunan songket dari Trengganu dan corak itu jugalah yang terbias di keseluruhan bangunan. Seperti hati yang menjalinkan keseluruhan fungsi. Idea tumbuhan alam, tunjang kanopi memayungi bangunan yang gagah di kedua sisi. Sentuhan arkitek ternama dari UK.


IRC mampu memuatkan maksimum 500,000 buku. 4 tingkat rak buku dari lantai ke tingkat paling atas. Kemudahan kelas dunia. Terasa betapa bersemangatnya bekerja jika persekitaran dan ofis indah dan penuh tarikkan. Rasa bangga bila tetamu berkunjung.

Kemudian ke Chancellor Hall di mana konvokesyen diadakan. Melihat teknologi yang digunakan. Waduh! kain satin berasimilasi dengan corak geometri di dinding. Kemudian kami di bawa ke Makmal kejuruteraan.

Pukul 1.00 – 2.15 petang - Makan dan bersembang. Biasalah, aku paling lambat habis makan. Makanan sedap.

2.30 petang - Melihat projek Masjid. Ya! Masjid ni sebijik macam masjid di KLCC tapi lebih cantik. Di tepi tasik dengan air membasahi persekitaran. Seakan terapung di julang alam!

3.20 petang – Melihat hostel atau perkampungan pelajar. Laksana resort. 2 penghuni sebilik yang sungguh selesa. Rasa nak sambung belajar sahaja di sini. Semua pelajar dapat tempat tinggal. Kalau ada anak, mahu sahaja aku hantar belajar di sini.

4.00 petang - Masih di Loji Gas yang membekalkan tenaga elektrik dan air-cond untuk keseluruhan UTP. Tak faham sangat penerangan dia, sebab bising. Tapi bestlah jugak.

Kemudian singgah di masjid lama sembahyang zohor & asar jamak.

7.35 malam - Sampai di Cyberjaya. Barulah tersedar dari mimpi.


Sedikit Maklumat tentang UTP

Terletak di kawasan seluas 400 hektar di Bandar Seri Iskandar Perak.

Lahir pada 10 Januari 1997 , bila Menteri Pendidikan Dato Najib Tun Razak mempelawa UTP menjadi Univesriti.

Diuruskan oleh ITP ( Institute of Technology Petronas Sdn Bhd, syarikat milik penuh Petronas.

2 bidang utama iaitu Kejuruteraan dan IT menjadi tunjang universiti ini.

Terdapat 4568 pelajar termasuk 335 pelajar luar negara di UTP ( setakat 15 Ogos 2004)

Lirik Lagu Rasmi UTP ( entah apa judulnya)

Luasnya samudera dalamnya bumi
Mendasari ilmu ke akar umbi
Di dunia tanpa sempadan
Kami berazam membina harapan.

Berpegang kepada nilai yang murni
Kemakmuran insane misi kami
Hasil dituai benih disemai
Laba dinikmati beramai-ramai.

Chorus
Universiti Teknologi Petronas
Setiap warganya cerdas dan tangkas
Berilmu, beriman, berpandangan jauh
Di bidang teknologi berdiri teguh.

Bersama ilmu, yakin dan jati diri
Kami bertekad mencurah bakti
Untuk dunia untuk manusia
Matlamat kami sejahtera semua

Song : Manan Ngah
Lyrics : Habshah Hassan.

Tuesday, March 22, 2005


Suka pix nih. Tadi pagi tak sempat nak publish. Sebab pukul 6.30 dah bertolak ke UTP. Cute jer budak kecik tuhhh...

Anjing

ANJING


Bila ke 'Lembah Tengah' aku selalu menjenguk “Pet World”. Aku memang suka binatang peliharaan. Kalaulah diberi pilihan dan dibolehkan memeliharanya, sudah pasti aku pilih anjing sebagai binatang peliharaan. Namun memelihara binatang peliharaan memerlukan tanggungjawab yang besar. Tidak boleh rajin bermusim, atau ala kadar. Tidak boleh dibiarkan begitu sahaja kerana binatang itu perlukan perhatian dan masa kita. Paling utama kesediaan kita untuk menjaganya seumur hidup.

Tanpa pengawasan dan perhatian yang sewajarnya binatang peliharaan seperti anjing boleh menjadi pembunuh. Kalau diikutkan anjing binatang yang paling menurut kata tuannya dan boleh dilatih. Rasanya ada undang-undang yang mewajibkan kalau jiran kita ingin memelihara anjing dia perlulah mendapatkan persetujuan jiran di kiri dan kanan rumahnya terlebih dahulu sebelum lesen dikeluarkan. Tapi perkara ini sudah diwartakan atau belum aku tak pasti.

Kita amat memahami kebebasan orang lain namun tanggungjawab sosial usah diabaikan. Jika jiran tetangga boleh bertolak ansur dengan salakan anjing tanpa sebab (sebab kerja anjing memang menyalak dan mengertak orang yang lalu lalang) pemilik anjing pula perlulah bersikap prihatin dan tidak mendedahkan anjingnya untuk membaham sesiapa sahaja bila dibiarkan berkeliaran.

Kes seorang seorang kanak-kanak menerima 140 jahitan di kepala dan leher serta 32 lagi di badan akibat cedera parah diserang empat ekor anjing, kira-kira 100 meter dari rumahnya di Taman Putra Perdana, Puchong harus dijadikan ikhtibar. Sudah banyak sangat kes sebegini yang dilaporkan. Undang-undang sahaja tidak mencukupi jika tiada kesedaran kepada pemilik anjing.

Sensitiviti masyarakat Islam terhadap binatang ini perlu diketahui oleh non-Muslim, supaya anjing dan manusia dapat hidup sejahtera. Kalau non-muslim boleh membelanjakan ribuan ringgit untuk mendapatkan baka anjing yang baik, apalah sangat bayaran yang dikenakan untuk mendapatkan lesen memelihara anjing. Persekitaran yang baik juga perlu diwujudkan sebelum memutuskan untuk memelihara anjing. Jika tidak kes seperti yang dilaporkan oleh akhbar ini akan sentiasa terjadi dan tiada penyelesaian.

* Tap-Tap dalam kenangan.

Thought for Today :

1. Some men rob you with six gun - others rob you with a fountain pen.
- Woody Guthrie, American singer /songwriter (1912-1967)

2. Have patience and the mulberry leaf will become satin!
- Spanish Proverb

Monday, March 21, 2005

Tiada undangan

TENTANG AKU (TIADA UNDANGAN)


Aku balik ke kampung. Musim menanam padi melalui tempoh yang agak kritikal. Palung tidak dapat membekalkan air secukupnya ke sawah. Padi kekuningan, namun mereka masih dapat bertahan.

Mak sihat. Bapak tetap ceria. Aku termenung sendirian, fikiran entah ke mana. Namun mata tetap terpaku menatap skrin TV tanpa banyak bersuara. Aku membenamkan diri di atas sofa yang panjang. Makin lama kita kehilangan butir bicara bila berada di samping insan-insan yang paling kita sayangi. Hanya sunyi berbicara lantang.

Sembilang laut siap terhidang. Bubur kacang memang menyelerakan. Aku tidak makan ketam yang besarnya hampir setengah pinggan. Mak sanggup masak segala makanan kegemaran untuk aku seorang. “Sambal tu tadi bercampur ketam ke Mak?”. Badan ku jadi gatal. Mak amat bimbang.

Julie & Nizam datang bertandang.”Ada tak surat jemputan kahwin kawan dari Seremban?” Aku bertanya sebelum Julie sempat membuka selendang. “Tak ada pun.” Dia jawab tanpa rasa bimbang. Macamana aku mahu datang jika tidak diundang? Duhai sahabat usahlah dikau meradang. Surat jemputanmu tidak kunjung datang.

Aku sudah mahu pulang. Takut panas amat bila petang. Mak membungkuskan makanan buat mengalas perut setiap kali aku pulang. Ku cium kedua tangannya. Mak hanya memandang. Minggu depan belum tentu lagi aku akan pulang.

CAHAYA

dosakah aku bila dicintaimu
bila jalinan hati kini menjeratku
tapi haruskah diriku pasrah
diriku mengalah.


memang cinta tiada bermata
bisa ciptakan sedih juga bahagia
aku kini terjerat karenanya
susah lepaskan dia

Reff.
Jalannya cinta nodai hati
aku dicinta jalinan tiada pasti
dan aku tak harus terkalahkan
dan diriku terabaikan
kuikuti cahaya hati oh.........

Kris Dayanti

Sunday, March 20, 2005

Islam Hadhari

ISLAM HADHARI



Kalau berpeluang memang aku hendak mendalami roh Islam Hadhari seperti yang dicanangkan oleh PM awal tahun 2004. Aku terlepas pandang pada isu yang kerap ditekankan ini sebab kebanyakkan artikel dan email yang aku terima nampak banyak pro dan kontranya. Kalau kita membaca tanpa ilmu asas harus kita terjerumus dengan polimik apa perlunya Islam Hadhari sedangkan Islam itu sudah lengkap. Setelah membuat beberapa kajian barulah aku faham konsep Islam Hadhari.

Secara pinsipnya Islam Hadhari mahu menggambarkan bahawa Islam adalah satu agama yang sentiasa membawa umat manusia menuju kepada pembangunan bagi meningkatkan kualiti kehidupan. Konsep Islam hadhari pertama kalinya telah digariskan oleh PM, Datuk seri Abdullah Ahmad Badawi ketika menyampaikan ucapan dasar sulungnya di Perhimpunan Agung Umno ke 55. Perdana Menteri menjelaskan konsep Islam Hadhari bertujuan melahirkan umat Islam/Melayu yang lebih baik dalam semua aspek kehidupan selain menjadi jawapan kepada permasalahan umat ketika ini.

ISLAM HADHARI

Secara umumnya perkataan Hadhari bermaksud peradapan ataupun tamadun. Secara signifikannya ia melambangkan kehidupan manusia yang beradab. Dalam konteks ini ialah peradaban Islam. Jadi bolehlah difahami Islam Hadhari ini berasaskan kepada pembangunan (kemajuan) fizikal dan intelektualisme yang mengarahkan kepada kedamaian alam sejagat. Ini sesuai dengan asas tamadun itu sendiri (Islam) yang diturunkan untuk memberi rahmat ke seluruh alam. Tamadun Islam bertunjungkan kepada aqidah – keyakinan kepada Allah (sementara tamadun Barat semata-mata berpandukan kepada logikal dan akal manusia.

LIMA TONGGAK PENTING YANG MEMBANGUNKAN ISLAM HADHARI.

1.PENGETAHUAN ATAU ILMU
2.PEMBANGUNAN
3.KEKAYAAN
4.KESIHATAN
5.MENIKMATI HASIL KEKAYAAN(PERHIASAN)


1.PENGETAHUAN ATAU ILMU
Asas kepada pendekatan Islam Hadhari. Tanpa ilmu kita mudah dipesongkan dan diperlekehkan. Tidak terbatas kepada ilmu pengetahuan yang (nature) semulajadi sebaliknya lebih jauh dan global. Kita mesti berani meneroka ilmu-ilmu baru > Bukan setakat membaca tetapi menyelidik,mengkaji serta berani mencuba ilmu-ilmu baru yang sejajar dengan perintah Allah. Bidang ekonomi kini juga sudah menjurus kepada ilmu pengetahuan tidak lagi tertumpu kepada sumber alam. Itulah kuasa ilmu pengetahuan yang sebenarnya.

2.PEMBANGUNAN
Pembangunan atau kemajuan adalah penting dalam kehidupan. Malahan pembangunan (kesenangan dan kebahagian) yang menjamin kesejahteraan di dunia ini. Pembangunan secara holistic (menyeluruh ) yang meliputi semua bidang. Segala yang terangkul dalam fardhy kifayah yang menjadi kewajipan bersama ( pertanian, IT, politik, pendidikan dan sebagainya). Menambahkan produktiviti keluarga dan menyumbang kepada pembangunan negara. Umat Islam usah ketinggalan di dalam soal kemajuan ini.

3.KEKAYAAN
Islam menggalakkan umatnya mencari dan memiliki harta kekayaan. Melaluinya bolehlah kita mengeluarkan zakat untuk kesejahteraan umat Islam yang lain. Harta kekayaan itu perlulah dibelanjakan dalam jalan yang tidak memudaratkan manusia dan alam.

4.KESIHATAN
Manusia yang sihat dan kuat diperlukan untuk merealisasikan segala macam pembangunan ini. Kesihatan mental sangat diperlukan kerana dengannyalah kita dapat ketajaman dan daya akal yang tinggi untuk bersaing secara sihat di dunia ini.

5.MENIKMATI HASIL KEKAYAAN(PERHIASAN)
Islam tidak melarang umatnya daripada menggunakan kekayaan, asalkan ia digunakan ke jalan baik untuk manfaat bersama.

Itulah 5 perkara asas yang menjadi tunggak kepada Islam Hadhari. Kesimpulannya konsep Islam Hadhari itu ialah menuju kepada progresif, dinamik dan menjadi Muslim yang berkualiti di dunia dan juga di akhirat.

Friday, March 18, 2005

Halal & Haram

HALAL & HARAM



Definitions

Al-Halal (the lawful)
That which is permitted, with respect to which no restriction exists, and the doing of which the Law-Giver, Allah , has allowed.

Al-Haram (the prohibited or unlawful)
That which the Law-Giver has absolutely prohibited; anyone who engages in it is liable to incur the punishment of Allah in the Hereafter as well as a legal punishment in this world.

Al-Makruh(the detested)
That which is disapproved by the Law-Giver but not very strongly. The makruh is less in degree than the haram, and the punishment for makruh acts is less than for those that are haram, except when done to excess and in a manner which leads an individual toward what is haram.

The Islamic Principles Pertaining To Halal And Haram

“The basic asl is the permissibility of things.
To make lawful and to prohibit is the right of Allah alone.
Prohibiting the halal and permitting the haram is similar to commiting shirk
The prohibition of things is due to their impurity and harmfulness.
What is halal is sufficient, while what is haram is superfluous.
Whatever is conducive to the haram is itself haram.
Falsely representing the haram as halal is prohibited.
Good intentions do not make the haram acceptable.
Doubtful things are to be avoided.
The haram is prohibited to everyone alike.
Necessity dictates exceptions”,
( Yusuf al-Qaradawi (1995). The Lawful and The Prohibited in Islam ( Al-Halal wal Haram fil Islam), KL : Islamic Book Trust, p :11).

Buku ini menarik dengan segala penerangan yang terperinci dalam soal halal dan haram.


Makanan bersih, halal asas ketakwaan

ISLAM menggariskan makanan dan minuman yang halal untuk keperluan manusia. Semua haiwan di darat dan laut halal dimakan kecuali

· Haiwan yang tidak disembelih mengikut hukum syarak.
· Anjing dan babi.
· Haiwan bertaring yang digunakan untuk mencakar dan membunuh seperti harimau.
· Burung yang mempunyai kuku mencakar dan menyambar seperti helang.
· Haiwan yang diperintahkan untuk membunuhnya seperti tikus, kala dan lipan.
· Haiwan yang dilarang Islam untuk membunuhnya seperti semut dan lebah.
· Haiwan yang dipandang jijik seperti kutu, lalat dan ulat.
· Haiwan yang hidup di darat dan di air seperti katak dan buaya


· Semua jenis tumbuhan yang hidup di air dan darat, halal dimakan sama ada buah, daun, batang atau akarnya asalkan mendatangkan faedah kepada tubuh badan dan tidak membahayakan kesihatan.

Semua air adalah halal diminum kecuali yang beracun, memabukkan atau bercampur dengan benda yang najis dan membahayakan kesihatan.Allah berfirman bermaksud: “Wahai orang beriman! Sesungguhnya arak, judi, berhala dan bertenung nasib adalah kotor dan perbuatan syaitan, maka hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.” (Surah al-Maa'idah, ayat 90)

Makanan dan minuman yang halal adalah jelas. Bagaimanapun, ramai yang tidak menyedari bahawa proses pembuatan atau penyediaan sesuatu makanan atau minuman itu boleh menjadikan ia haram dimakan. Kaedah pembersihan, ramuan masakan dan alat kegunaan memasak perlu menepati piawaian menurut buku ‘Garis panduan makanan, minuman dan bahan gunaan orang Islam’ yang disediakan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Ia menyatakan bahawa sesuatu makanan yang diproses adalah halal sekiranya bahan ramuan dan kaedah pemprosesan adalah suci daripada najis seperti:


· Ia tidak mengandungi bahagian atau benda haiwan yang dilarang umat Islam memakannya atau tidak disembelih.
· Ia tidak mengandungi benda yang dianggap najis mengikut hukum syarak seperti minyak babi, lemak bangkai atau jenis arak.
· Dalam proses penyediaan, alat yang digunakan bebas daripada najis seperti kuali, periuk, pinggan mangkuk dan sudu.
· Ia tidak bercampur dengan benda yang haram ketika menyedia, memproses atau menyimpannya
.

Perkara berkaitan halal dan haram dalam makanan dan minuman penting kerana ia adalah keperluan asas manusia. Ia adalah faktor penting untuk membina dan mengekalkan kesihatan serta kekuatan tubuh badan.Makanan yang bersih, lagi suci dan pengambilan secara sederhana akan memandu ke arah takwa dan peningkatan ibadat kepada Allah. Sebaliknya, memakan secara berlebihan dari sumber yang kotor dan tidak halal menyebabkan nafsu bermaharajalela dan menutup pintu jiwa ke arah yang makruf.

Firman Allah bermaksud: “Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (atau mengerjakan sembahyang), makan dan minumlah kamu semua dan jangan pula kamu melampau-lampau, sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang melampaui batas.” (Surah al-A'raaf, ayat 31).

Sumber :

Makanan Bersih Asas Ketakwaan”, Berita Harian, Khamis 17 March 2005.

Pengalaman sendiri

Waktu itu aku ada buat lawatan ke University of Sydney dan UNSW di Sydney. Maklumlah aku berdua sahaja ke sana dengan rakan sejawatan. Tak tahu sangat nak berjalan ke mana. Buat kerja penyelidikan. Kebetulan aku kenal seorang kawan baik nama dia Joe B*ski. Senonoh mat saleh nih. Dialah yang bawak aku berjalan keliling bandar tengok Opera House segala.

Bila tang makanan dia belanjalah aku di satu Italian Restoran. Classy juga tempat tu. Aku dah bagitahu kat dia makanan apa yang orang Islam ditegah makan. So dia kata faham. Aku order makanan yang berasaskan ikan. So makanlah kami dengan selamba rocknya.

Sotong, ikan dan sebagainya terhidang di depan mata. Lapar sangat masa tuh. Makan sahajalah. Ada dua keping daging yang dia tak mahu aku atau kawan aku sentuh. Apasal lak yer? Aku dan kawan aku tu dah seriau dah. Tadi dia tak kata pulak ada daging dalam tu. Aku pun tak nampak sebab tertutup sos dia. Bila sos tu kami dah makan. Barulah terlihat dua keping hirisan daging tu di dasar pinggan hidangan yang besar.

You cannot eat this”, Joe cakap dengan mulutnya penuh menyuap salah satu hirisan daging tu.

Huh ! Is it something non-halal?”

Dia mengiayakannya. Mak datuk ! Rupanya makanan tu bercampur dengan daging babi. Walaupun kami tak makan tapi kami dah makan sos dan makana lain yang bercampur dalam hidangan itu.

Rasa loya dan nak muntah tiba-tiba. Aku apa lagi bila marah memang speaking London aku agak lancar dari biasa. Dia terkedu. Dia tak faham. Ingatkan tak boleh makan daging tu saja. Mungkin dia dan ramai lagi non-muslim yang tak faham tentang konsep ni. Tidak boleh salahkan dia juga.

Itu kes kat luar negara. Bukan negara Islam macam kita ni. Sekarang ni baru sosej yang hangat diperkatakan. Belum lagi kedai mamak, hotel dan kedai-kedai yang dianggap mewah.

Di Malaysia pula kita mengharapkan non-muslim menghormati perasaan dan sensitiviti kita sedangkan umat Islam sendiri tidak menghormati dan menjaga sensitiviti agamanya. Kita hidup dalam rentak tari bukan Islam dari pemakanan hinggalah kepada hiburan. Hinggakan golongan bukan Islam begitu mudah memperdaya dan menipu kita. Ramai golongan pertengahan Islam Melayu akan berkata : “Kita perlu bersikap terbuka, kita hidup dalam masyarakat majmuk”. Namun adakah mereka berfikiran seperti kita juga? Bayangkan hanya 6 kakitangan yang memantau logo halal di negara yang majoritinya Islam.

Sepatutnya logo halal hanya dikeluarkan kepada pengeluar makanan Islam sahaja. Yalah sebab pemantauan adalah aspek paling lemah di Malaysia. Jika di berikan kepada non-muslim dikhuatiri produk tersebut hanya halal semasa pemeriksaan atau ketika lesen dikeluarkan. Bagaimana dari segi operasi seharian? Produk yang dikeluarkan oleh non-muslim harus mempunyai label “Bahan Ini Dikeluarkan oleh Pengilang Non-Muslim, Ianya mematuhi syarat Halal pada tarikh sijil halal dikeluarkan”. Ada banyak syarikat Non-muslim yang menggunakan nama seolah-olah produk tersebut keluaran Melayu Islam dan ini boleh mengelirukan pembeli. Penggunaan label “Produk ini keluaran syarikat Non-Muslim” dianggap wajar untuk melindungi umat Islam dari di tipu (berkali-kali). Pengguna akan membuat penilaian sendiri sama ada ingin membeli produk tersebut atau tidak.

Rakyat telah menyerahkan tanggungjawab ini kepada pihak pemerintah. Jakim gagal melaksanakan tanggungjawabnya disebabkan masalah kekurangan kakitangan. Ada 3 aspek utama yang perlu ditekankan disini.


Kepercayaan kepada organisai atau jabatan yang ditugaskan untuk menguatkuasakan dan menjalankan tanggungjawab pemberian sijil halal mampu melakukan tugasnya dengan berkesan.


Pemantauan dari semasa ke semasa. Mempunyai skuad/pasukan yang mencukupi dan terancang melibatkan agensi –agensi yang mampu bertindak. Jangan hanya memantau tapi kuasa tiada.


Hukuman – undang-undang yang jelas dan boleh disabitkan. Mengikut Akta perihal Dagangan 1972, mereka yang menyalahguna, memalsu dan menggunakan logo tanpa kebenaran boleh didenda maksimum RM250,000 bagi syarikat dan RM 100,000 individu atau dipenjara 3 tahun atau kedua-duanya.

Seperti biasa bila isu ini telah hangat, boleh pulak pihak berwajib MENCAMBAHKAN IDEA serta-merta. Hasilnya Kabinet mengarahkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengambil semula tugas menguatkuasakan peraturan berkaitan logo halal, manakala Jabatan Kemajuan Islam Malaysia(Jakim) bertanggungjawab mengeluarkan sijil halal. Rasanya masih kurang kemas jika 2 jabatan yang berlainan bertindak, ini menyusahkan urusan penguatkuasaan undang-undang. Mengapa tidak menubuhkan satu jabatan Sijil Halal di bawah KPDNHEP terus. Tubuhkan unit ini di bawah KPDNHEP, sedangkan Jakim pun hanya ada 6 kakitangan(Unit Sijil Halal). Bolehlah diserapkan terus dan mereka boleh bekerja dengan 1,600 penguatkuasa kementerian berkenaan. Rekrut siswazah lepasan Akademi Islam untuk mengisi kekosongan. Selain memberikan mereka pekerjaan, ini akan memberikan imej baru terhadap permintaan kursus berkaitan Islam di IPT.

Thursday, March 17, 2005


Dalam kabut kehidupan, cahaya di penghujung jalan memberi pengharapan baru pada seorang insan.

SURAT KEPADA SANG PENDOSA ( LELAKI YANG MEMBUNUH CINTAKU)



Kepada Sang Durjana,

Akulah Mukhtiar Mai, yang telah kalian perkosa. Kalian sentap sanggul maruahku tanpa simpati, tanpa diadili. Sejam yang amat sengsara dalam seluruh sejarah 33 tahun kehidupanku sebagai wanita di dunia ini.

Ingatkah kalian pada Jun 2002 di daerah perkampungan Meerwala, di wilayah Punjab? Kalian melakukannya demi kesalahan abangku yang kau dakwa mengadakan hubungan sulit dengan seorang wanita keluarga berpengaruh. Aku menjadi pertaruhan dendam yang tak berkesudahan itu. Undang-undang rimba yang kalian adili cukup menzalimi wanita seperti aku ini.

Tidak cukup dengan itu, kau paksa aku berjalan pulang tanpa seurat benang. Aku wanita yang hilang segalanya di hujung cengkaman nafsu mengila kalian. Tidakkah kau sedar ibu mu juga wanita sepertiku? Juga isteri dan anak perempuanmu? Maruahku kau pijak, dan aku wanita yang tak tahu apa-apa ini menanggung kesalahan yang bukan kulakukan. Demi tradisi dan keegoan kalian, lelaki bangsawan.

Ayahku yang juga lelaki, berlari-lari membawa selimut buat membaluti tubuhku ini. Dia menangis melihat keadaan ku. Dia lelaki budiman yang ingin melihat aku bahagia. Selama 33 tahun ini, ayah menatangku bagai minyak yang penuh. Semudah itu kalian rentap segala yang menjadi milikku!

Aku tidak akan berhenti di sini!

Akulah Mukhtiar Mai yang kau bunuh rasa cintanya itu. Telah kukhabarkan segala dukaku pada dunia. Kalian terlepas ketika Mahkamah anti pengganas mengarahkan hukuman mati. Aku tidak pernah berputus asa. Aku terus mencuba berkali-kali.

3 Mac kalian merayu di Mahkamah Tinggi di bandar Multan dan mengubah keputusan itu. Membebaskan lima daripada enam lelaki itu serta menukarkan hukuman mati kepada penjara seumur hidup kepada tertuduh keenam.

Tuhan mendengar tangisanku, dunia melihat penderitaaan seorang Mukhtiar. Kalian hanya mampu ketawa sesaat dan akan terus terhukum hingga ke hujung hayat.

Detik itu hampir tiba. Minggu lalu, Mahkamah Syariah Persekutuan menolak keputusan Mahkamah Tinggi itu dengan menyatakan mahkamah itu tidak mempunyai bidang kuasa mendengar rayuan kes berkenaan. Tidakkah kau tahu, lidahku tidak pernah kelu memohon pertolongan pada yang Satu..

Mahkamah Agung kelmarin memutuskan menggantungkan kedua-dua keputusan dan berkata, ia sendiri akan mendengar kes berkenaan.Tarikh baru untuk mendengar kes itu akan ditetapkan kemudian. Ini baru hukuman dunia. Seluruh negara gempar, kemarahan masyarakat antarabangsa menentang kekejaman terhadap wanita meluap-luap. Kalian pasti tahu tentang itu.


Wanita di negaraku Pakistan dan juga beberapa bahagian di Asia Selatan kerap menghadapi hukuman balas seperti dicurah asid sehingga ke rogol dan bunuh, sebagai bayaran terhadap kesalahan yang didakwa dilakukan saudara mara kami.Tapi aku telah bangkit dari kisah duka itu. Harus kubela nasib insan teraniaya. Aku berjuang melancarkan kempen memperbaiki tahap pendidikan di kalangan wanita di Pakistan ini, yang 72 peratus daripadanya buta huruf. Seluruh wang pampasan yang dibayar telah aku gunakan untuk menubuhkan sekolah pertama untuk wanita di daerahku.

Telah ku bunuh rasa cinta pada kalian yang telah menodaiku. Tapi kalian tidak dapat membunuh semangatku untuk terus hidup!

Yang teraniaya,

Mukhtiar Mai


Nota : Ditulis oleh Azhan A.Kamal kerana Mukhtiar Mai baru belajar mengenal huruf. Bukan usia, yang paling penting adalah bagaimana kita mengisi kehidupan itu. Disesuaikan daripada kisah benar Mukhtiar Mai.

Wednesday, March 16, 2005

Toleransi

TOLERANSI



Sepatutnya sikap toleransi yang diberikan oleh orang Melayu terhadap kaum pendatang di negara kita wajar mendapat pujian dunia. Sebagai kaum asli, anak watan yang ketinggalan di negara sendiri sepatutnya mereka mencurigai dan membenci kaum pendatang. Tetapi keangkuhan penduduk tempatan asli tidak ternampak di kalangan orang Melayu.

Adakah kita benar-benar toleran ( tidak seperti bangsa-bangsa lain di dunia yang sentiasa bercakaran)?

Tun Mahathir menulis dalam satu artikel , “Menanda aras toleransi”, IKIM Journal Vol.10.No.1 January/June 2002 pp : 61- 71.

Menurutnya : “Sebenarnya toleransi orang Melayu disebabkan mereka suka kepada yang mudah. Sejarah bangsa Melayu menunjukkan betapa mereka lebih mengutamakan keselesaan hidup daripada soal-soal keselamatan dan kemajuan bangsa mereka. Sikap Melayu Melaka terhadap pedagang asing memang toleran dan baik. Tidak ada diskriminasi terhadap kaum pendatang yang tercatat dalam sejarah Melaka. Demikianlah layanan baik terhadap saudagar asing sehinggap ramai daripada mereka untuk tinggal dan berniaga di Melaka secara tetap. Orang berketurunan India, Cina dan Arab telah bermastautin di Melaka lebih awal daripada kejatuhannya ke tangan Portugis.” (Mahathir, p: 63)

Kaum pendatang ada yang berkahwin dengan orang tempatan. Mereka menerapkan budaya dan bahasa Melayu dan orang Melayu menjadi lebih toleran terhadap mereka walau setelah mereka menerima Islam.

Di zaman Belanda dan British proses ini terhenti sama sekali kerana sikap bangsa-bangsa Eropah ini bukan sahaja memisahkan diri mereka daripada bangsa tempatan, terutama Melayu yang berugama Islam, tetapi budaya Barat menjadi tumpuan kaum-kaum pendatang. Ramainya kemasukan kaum pendatang sehingga orang Melayu menjadi kaum minoriti di beberapa buah negeri Melayu.

“Tetapi orang Melayu tidak juga bermusuh dengan kaum pendatang. Mereka rela mengundur diri dari bandar-bandar yang dibangun dan diduduki oleh kaum pendatang yang lebih agresif. Mereka menyerahkan kebanyakkan aktiviti ekonomi kepada kaum pendatang.” (Mahathir, p:64)

“Sikap toleran orang Melayu adalah luar biasa tetapi ia bukan di dorong oleh perasaan timbang rasa terhadap kaum lain. Ia sebenarnya disebabkan oleh kemudahan dan kualiti khidmat yang dibekalkan oleh orang lain yang dikecapi juga oleh orang Melayu. Toleransi orang Melayu adalah kerana ‘expedience’, iaitu kerana mudah dan mengurangkan bedan hidup orang Melayu. Mereka sanggup bersikap toleran jika kerananya mereka dapat hidup selesa tanpa terlalu bersusah payah. Bahawa mereka menjadi lebih miskin daripada kaum pendatang tidak menyebabkan mereka risau. Yang utama bagi mereka ialah beban kerja mereka dikurangkan.” (Mahathir , p:65)

“Di Malaysia kita percaya bahawa tidak mungkin semua kaum berpuas hati dengan keadaan mereka. Mereka sedar bahawa tidak semua tuntutan mereka diperolehi. Untuk tidak menidakkan kaum-kaum lain, setiap kaum perlu mengorbankan sedikit kepentingan mereka. Dengan pengorbanan ini mereka akan menikmati sebahagian daripada nikmat dan kekayaan negara bertuah ini.” ( Mahathir, p:70)

Falsafah majoriti rakyat Malaysia ialah “mendapat sebahagian yang bermakna daripada kekayaan negara adalah lebih baik daripada mendapat semua daripada kemiskinan negara” atau , “Getting a portion of the economic wealth is better than getting the whole of the economic poverty of the nation”.

Tun Dr. Mahathir membuat kesimpulan berikut :” Sebenarnya sikap toleran hanya wujud jika kepentingan diri terselamat atau ia menguntungkan diri sendiri. Mereka yang mendakwa mereka menjunjung sikap toleran kerana ia adalah sikap yang mulia dan bertamadun, adalah dakwaan munafik dan hipokrit. Oleh itu janganlah sesiapa cuba berhidung tinggi kerana kononnya mereka mendukung dan menperjuangkan toleransi sesama manusia. Mereka juga dalam keadaan tertentu tetap akan mengetepikan sikap toleran demi kepentingan diri mereka.”

Mereka di sini adalah merujuk kepada orang barat (US, Australia dsbnya).

Ada banyak persoalan yang bermain di kepala. Betulkah orang Melayu hanya suka kepada yang mudah? Kenapa raja/pembesar dahulu tidak memimpin rakyat jelata dan membangunkan mereka? Adakah kerana mereka terikat dengan segala bentuk kemewahan melalui pungutan cukai yang diterima? Atau telah termakan pujuk pegawai British di Tanah Melayu seperti Frank Swettenham? Banyak sekali persoalan yang timbul di benak.

Misteri nusantara betul, sehingga ianya mencorakkan kehidupan kita sebegini rupa. Macam batik indah bercorak .

Kita ini sungguh bertoleransi sehinggakan kita percaya makanan yang disediakan oleh bukan Islam halal di makan. Tidakkah mereka merasa bersalah menyediakan makanan yang didakwa halal, namun di buat dari sumber yang terangan haram? Memanipulasikan tanda halal sewenangnya. Sehinggakan entah berapa kurun kita menikmati makanan yang sebenarnya tidak halal jika tidak didedahkan di akhbar atau media.

Kita mengambil mudah, kerana kita amat mempercayai mereka, tidak prejudis. Selangor akan menyediakan satu zon pengeluaran makanan halal di Pulau Indah. Kita perlu mengeluarkan produk kita sendiri. Perlu ada rasa sangsi juga dalam diri kita ketika menikmati hidangan seperti sosej, bebola ikan dan produk-produk yang sewaktu denganya. Bila makan di tempat 'high class' perlu rasa curiga juga dengan apa yang dihidangkan.

Jadi kita akan hidup dalam situasi begini selamanya bukan?

Tuesday, March 15, 2005

Rina


Rina Kumari - Pengorbanan anak kecil bantu keluarga.


RINA KUMARI – RANJAU KEHIDUPAN


MENATAP gambar yang dipaparkan hati berdetik. Inikah kehidupan yang harus dilalui Rina Kumari yang baru berusia lima tahun. Amat berat tanggungjawab yang dipikulnya untuk membantu keluarga.Realiti hidup anak kecil ini bergelumang dengan debu, bahaya dan panas terik. Namun itulah yang harus dilakukannya untuk terus hidup.Dalam usia muda, tidak siapa mampu meramal nasib Rina Kumari pada masa depan. Tidak nampak sinar dalam arah tuju hidupnya buat masa ini. Apa yang kelihatan, hanyalah kesuraman dan kepayahan.


Di negara ini dalam usia seperti Rina, kebanyakan anak-anak sudah mampu membaca, menyanyi dan mengaji. Mereka telah kenal sekolah dan pandai bergaya. Malah ketika Rina keluar dari pondok usangnya untuk bekerja, anak-anak sebayanya di seluruh dunia yang hidup dalam negara yang mewah masih berselimut dalam pelukan manja ibu. Begitu juga kala rakan-rakannya mengejar mainan dan ais krim di laman rumah, Rina Kumari pula terpaksa bergelut dengan kerja di tengah panas terik bagi mencari rezeki untuk keluarganya.


Nasib baik adalah makanan dan minuman, jika tidak, cukup dengan menelan air liur. Pun begitu Rina tidak pernah merungut, malah memikul tanggungjawab membantu keluarganya tanpa sebarang keluhan.Rina dan keluarganya adalah antara 400 juta penduduk India yang hidup di bawah paras kemiskinan dengan pendapatan kurang daripada 1 dollar US sehari.Menurut anggaran, beratus-ratus ribu kanak-kanak seperti Rina menjadi buruh dan mengemis di jalan-jalan raya di India untuk mencari duit bagi menampung hidup.


Seperti orang lain, Rina terpaksa keluar rumah pada awal pagi untuk membuat kerja dan pulang hampir senja.Bayangkan dalam usia lima tahun, Rina terpaksa bekerja sebagai buruh memecah batu di tebing Sungai Mahananda di Siliguri, Timur laut India. Hakikat hidup, seorang anak sentiasa perlukan ibu di sisinya, begitu juga dengan Rina. Dia tidak keseorangan, kerana si ibu turut bersama melakukan kerja bagi menampung hidup mereka.


Gambar yang tertera menceritakan segala-galanya. Bayangkan jika di negara ini wujud senario seperti yang Rina lalui. Apa pun, beritahu anak-anak kita supaya selalu memanjatkan rasa syukur kerana dapat hidup dalam negara yang mewah, aman dan makmur. Jangan sekali-kali lupa akan tanggungjawab mereka apabila telah menjadi manusia. Seperti Rina Kumari yang terpaksa bekerja untuk hidup, anak-anak kita dan generasi muda harapan negara juga perlu berusaha untuk mengekalkan kemakmuran, kemewahan dan kedamaian yang kita nikmati sekarang.


Setiap saat bisikkan kepada anak-anak kita yang juga anak-anak Malaysia, bertuahnya kamu hidup di bumi Malaysia!


Sumber : Normala Hamzah .”Pengorbanan anak kecil keluarga’, Utusan Malaysia , 15 Mac 2005 p:7.

AKU

Dulu kalau mak dan bapak suruh aku ke sawah tiap hujung minggu. Aku memilih untuk ke sekolah. Membaca buku di kelas-kelas kosong. Membaca novel dan segala buku yang aku mahu. Mereka diam sahaja dan terus bekerja di tengah sawah.


Ada ketikanya kami semua turun ke bendang menanam padi. Ketika itu menggunakan kuku kambing lagi . Aku lebih banyak bermain dari bekerja. Mak diam sahaja, bapak geleng kepala.


Musim menuai, aku menolong membanting padi. Tak banyak padi yang berjaya diperolehi. Tapi mereka tetap puas hati. Aku seperti anak yang tak mengenang budi. Segala hasil buat menampung pelajaran ku nanti.


Aku dan Kumari. Dunia kanak-kanak yang sungguh berbeza. Kumari bekerja mencari rezeki. Aku segalanya tersedia di hujung jari!






Monday, March 14, 2005

Angka dua

ANGKA DUA



Apa yang budak dua tahun boleh lakukan di dunia yang luas dan maha kejam ini? Apa yang mampu dilambungkan ke ruang siber kadang melantun balik ke muka. Kehadirannya tidak dipeduli, namun jauh sekali meraih simpati. Tiada pencapaian yang membanggakan dari aspek penulisan yang kadang terlanjur nahu dan bahasanya.

Keliru, namun diteruskan juga. Menulis baginya adalah satu kepuasan. Idea yang datang perlu dicatat dan dikongsi. Kalau rindu, seharianlah dihurung emosi itu. Kalau bahagia dan ceria. Banyaklah ilmu yang dapat di kongsi bersama. Terapi jiwa yang amat mujarab katanya.

Ada orang berkata “Tulislah dari jiwa, supaya kita boleh merasai roh yang mengalir dalam diri penulisnya mampu terbias kepada pembaca”. Aku tidak mampu menulis sebegitu. Kadang ingin menulis sejujurnya tapi untuk apa?

Jadi aku penulis ‘entah apa-apa’ ini telah dua tahun menjalani rutin yang sebegini. Memerah dingin pagi menjadi bait-bait emosi dan kehidupan yang tak punya rasa simpati ini.

“Tentang dia ..” tentang aku juga. Kehidupan yang disulami tanggungjawab dan amanah dariNya. Pelayaran insan kecil menuju abadi.


Selamat Hari Jadi DJW tahun ke-2 – 14 March !


Kepuasan

KEPUASAN



Kata-kata Mahatma Ghandi ini menjadi begitu popular setelah adik Amalina mendapat 17A1. Setelah seseorang yang begitu dekat dengan kita mengiyakan kata-kata ini.

“Kepuasan terletak kepada usaha, bukan pencapaian!”

Terus berusaha mengejar apa yang aku percaya benar. Walau kadang macam malap dan berjerebu. Dalam rabun-rabun tu pun aku gagahkan diri . Kadang terpaksa meletakkan keegoan sendiri ke tepi.

Tuhan akan memakbulkan apa yang kita sangkakan. Apa yang kita gambarkan dalam fikiran kita.

Hari ini memang penat sekali. Sakit-sakit badan aku. Nak bangun tidur pun malas setelah bekerja 7 hari seminggu non stop. Kepuasan dalam bekerja menuntut pengorbanan dan masa cuti juga. Semalam entah mimpi apa, aku terbeli prepaid 013 sedangkan aku guna 012 untuk sim card prepaid tuhh. Nampak sangat aku dah tua kan?

Sunday, March 13, 2005

Maggie Cheung


Maggie Cheung dalam filem Hero (2004).

Mungkin ada rahmatnya
Kita tidak bersama
Andainya diteruskan
Apakah kesudahan
Itulah ucapan mu
Dihujung pertemuan


Kuat mana diikat
Pasti akan terlucut
Andai disambung lagi
Tidak sekuat dulu
Kerana cuma aku yang menarik
Bukan lagi tangan mu.


...


Tiada Jodoh Antara Kita
Ziana Zain


Hari ini aku bekerja seharian. Ada open day lah pulak kat sini. Malam tadi kena standby sebab Prof Dato' buat spot check. Biasalah nak kesempurnaan. Habis segala tandas pun dia masuk nak pastikan tip top.


HANYA DI HUJUNG JARI!



Semalam sempat singgah di weblog Nisah Haji Harun. Membaca perkembangan terbaru penulis / peguam ini. Kemudian singgah di Ujana Ilmu. Benar, pembaca boleh mendapatkan buku terbaru dengan cara yang paling mudah persis amazon .com.

Click ke
http://www.nisah.cjb.net/

atau terus ke :

www.ujanailmu.com.my

Register di situ . Pilih buku dan pilih kaedah pembayaran secara bank–in, kiriman wang/wamg pos atau cek. Cubalah singgah dan layari laman web ini.

Pasti ada buku yang akan memberikan anda pengalaman pembacaan yang menakjubkan.

Saturday, March 12, 2005

Nasi Tambah

NASI TAMBAH


“Sometimes what you want isn’t always what you get, but in the end, what you get is so much better than what you wanted”.

Ya, itulah apa yang sering aku doakan. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Ada yang berterusan jadi mangsa keadaan. Ada yang menderita dalam diam. Ada yang membenarkan diri disakiti. Ada yang melupakan segalanya demi 5 huruf yang membunuh itu.

“It is better to be hated for what you are than to be loved for what you are not”

Biasanya manusia lebih senang menjadi orang lain untuk memuaskan hati orang lain. Kejujuran sering disalahtafsirkan. Betapa ketelusan sering menjadi pantulan kebimbangan orang lain. Menjadi pelik dimatanya.

Oh! Aku hampir terlupa satu perkara. Permainan kehidupan ini sering menduga dan tiada siapa pun yang ingin bersusah payah membina hidup jika gerbang bahagia sudah terbentang di depan mata. Hidup ini adalah mengenai membuat pilihan. Pedulikan hati orang lain, pedulikanlah hati orang yang benar-benar ikhlas. Sebab keikhlasan sahaja tidak mampu membuat apa-apa!

Usah berterusan menjadi nasi tambah, dalam santapan di raja!

Friday, March 11, 2005

Pembaziran


Parrot flower ...

9 PEMBAZIRAN


IBNU Qayyim al-Jauziyah, ulama dan tokoh gerakan dakwah Islamiah ialah murid ulama terbilang, Syaikh Al-Islam Ibnu Taimiyah. Beliau mempunyai banyak karya ilmiah yang menjadi panduan dalam gerakan dakwah Islam.Ibu Qayyim dilahirkan pada tahun 691 Hijrah (1292 Masihi) dan meninggal dunia pada 751 Hijrah (1350 Masihi)Ibnu Qayyim al-Jauziyah mengatakan ada sembilan pembaziran yang sering dilakukan manusia iaitu :-

Ilmu pengetahuan.
Membazir jika tidak diamalkan untuk jalan kebaikan.

Amalan.
Membazir jika dilakukan tidak dengan hati yang ikhlas.

Kekayaan.
Membazir jika dibelanjakan pada perkara yang tidak bermanfaat dan tidak diredai Allah.

Hati.
Membazir jika kosong daripada kasih kepada Allah.

Tubuh badan.
Membazir jika tidak digunakan untuk beribadah kepada Allah.

Cinta.
Membazir jika dicurahkan kepada selain Allah atau melebihi cinta kepada-Nya.

Masa.
Membazir jika tidak diurus sebaiknya.

Akal.
Membazir jika tidak memikirkan sesuatu yang bermakna kepada agama.

Zikir.
Membazir jika tidak memberi kesan kepada hati.

Menurut Ibn Qayyim al-Jauziyah dalam Madarij al-Salikin, waktu tidur yang lebih baik adalah pada pertengahan malam yang awal iaitu kira-kira jam 10 malam. Waktu yang tidak seharusnya kita tidur adalah selepas waktu Subuh sehingga terbit fajar, waktu selepas Asar sebelum terbenam matahari dan dari waktu Maghrib ke Isyak.Beliau berkata, tidur pada waktu itu tidak memberi manfaat kepada tubuh badan, malah boleh mendatangkan kemudaratan dan makruh hukumnya.

Sumber : Berita Harian 10 Mac 2005



Jerebu

Dua hari call asyik tak dapat. Rasanya dia tak angkat bila aku call. Aku pun tersilap sebenarnya. Kalaulah aku ambik jer kain yang dia bagi tu mesti tak jadi macam ni. Ada ke masa lepas makan malam tu aku kasi balik kain tu kat dia dan suruh dia kasi kat my mum sendiri. Mestilah dia rasa tercabar dan kecik hati. Mestilah hati dia mengecil ketahap maksimum.

OK aku terover tang tu. Silap aku gak. Aku rasa tercabar bila dia kata pasal satu hal tuuh. Hahaha la ni aku jugak yang susah hati. Tiap malam berdoa hatinya sejuk. Hari ni dah Jumaat balik dan nanti aku nak berdoa banyak-banyak moga hati dia sejuk. Tahulah musim panas ni, hati manusia tak mudah sejuk.

Ada orang nak hantukkan kepala aku dengan dia. Takutnyeee …!!!

Thursday, March 10, 2005

Nur Amalina

TERHANGAT DI PASARAN


Nur Amalina Che Bakri, mencatatkan pencapaian luar biasa dalam sejarah SPM dengan memperolehi 17A1. Beliau merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Ulu Tiram, Johor Bahru. Nur Amalina membuktikan belajar di sekolah luar bandar juga boleh berjaya tahap ‘dewa’. Kebanyakkan orang yang berjaya pasti mempunyai sikap positif, aura kejayaan terpancar di muka. Moga beliau akan lebih cemerlang di universiti dan mempunyai masa depan lebih gemilang.

Baca Surat Pilihan di BH hari ini. “Sepet Pinggirkan Melayu”. Memang banyak perkara yang terjadi sekarang ini. Aku juga setuju dengan pendapat penulis SH. Biasanya orang Melayu bila berjaya akan mempunyai sikap yang ‘berbeza’. Akan bersikap ‘tidak apa’ dan sukar membuat pertimbangan demi menjaga perasaan ‘orang lain’. “Mereka “ akan meracuni pemikiran kita melalui ‘sejuta jalan’ yang terbentang.

Ianya bukan soal takut tidak mampu bersaing. Tapi hak dan jati diri kita yang digugat dan kita melepaskannya satu persatu tanpa kita sedari. Biasanya Melayu yang berjaya akan terlena bila berada dipuncak. Manalah ada orang yang benar-benar ikhlas dalam sesuatu perkara, jika ia tidak menguntungkan mereka. Akhirnya kita akan sentiasa mengalah dan melepaskannya. Kita akan sentiasa diasak dan dipaksa dipersoalkan itu dan ini. Terbaru soal “Interfaith Commission” – Suruhanjaya Antara Agama. Islam perlu duduk semeja dengan agama lain dengan taraf pari passu(sama rata), walhal Islam sebagai agama rasmi adalah bertaraf lebih atas daripada yang lain.

Hak kita akan terus dipersoalkan. Kesilapan sejarah atau pemimpin terdahulu merupakan hakikat yang pedih. Bangsa Malaysia akan sentiasa meragui keikhlasan satu sama lain. Paling malang akan ada yang perlu mengalah demi memberikan hak samarata. Inilah sesuatu yang pemimpin terdahulu terlupa. Kita akan melepaskan sesuatu untuk mendapatkan sokongan.



Wednesday, March 09, 2005

Hide and Seek

AKU, DIA DAN “HIDE & SEEK”


9.10 pm. Filem tamil ‘kutty”
8-Mar-2005 13:16:33

Sedang sibuk melayan diri makan tengahari, dapat SMS dari dia. Oh,ada program nonton wayang hari ini. Lupa pulak dah janji nak nonton hari Selasa atau Rabu minggu ini. Ikut sedap gigi dia ajer bila nak pergi nonton. Sikit pun tak tanya aku apa nak ditonton. Tajuk dia pun aku tak tahu lagi pada mulanya. Biasanya dia yang beli tiket dan aku belanja makan. Aku ajak dia nonton “Sepet” tapi dia kata dah nonton. Tak best nak nonton filem Melayu 2 kali citer yang sama. “Environment” dia lain. Entah apa yang lain pun aku tak tahulah. Kena tunggu main kat TVlah jawabnya.

Call dia tak berjawab, as always. Semalam baru jer ‘bergaduh’ macam langit nak runtuh tapi hari ini nak nonton wayang pulak. Ikut sukalah, sebab bertekak tu memang hobi memasing. Kalau tak, tak meriah hidup. Tak best kalau tak ada isu yang nak dirajukkan. Bila jumpa pulak macam takder apa yang berlaku. Hahaha magik!

Bertolak dari CJ pukul 6.15. Lepas solat maghrib ke KLCC. Ohh citer Hide and Seek. Movie start pukul 9.10 pm. Panggung tak penuh pun sebab hari bekerja.

Cerita ni taklah seram sangat. Walaupun ada babak yang buat aku terkejut. Kisahnya berkisar pada trauma yang dihadapi oleh Emily ( Dakota Fanning) dan ayahnya David (Robert De Niro). Kawan Imaginasi Emily iaitu Charlie telah berusaha untuk membuatkan hidup David terpisah dengan dunia luar. Selepas kematian ibu Emily yang didakwa membunuh diri dan di jumpai pada detik 2.06 oleh David. Ianya lebih kepada kisah ‘split personality’. Kecelaruan watak David @Charlie. Kita akan mengetahui siapa pembunuh ibu Emily sebenarnya.

Runut bunyi filem ini amat menyegarkan dan thrill, berlatarbelakangkan sebuah kawasan country di New York mampu memberikan unsure suspen untuk filem ini. Lelaki yang menghadapi kecelaruan personaliti, mengetahui kecurangan si isteri dan tidak mampu memuaskannya mampu bertindak kejam. Sebagai seorang pakar psikologi dia memanipulasikan keadaan Emily. Siapa yang sebenarnya sakit dan menghadapi trauma?

Lepas menonton filem ini aku pun pergilah makan malam. Mendengar kisah dia dan DIA. Makan malam di tempat yang tak classy sebab aku yang belanjalahkan. Aku ni standard "Arif Kauna” jer . Aku tahu dia memang tak kisah pun makan di mana-mana.

Waktu nak balik aku kata kat dia. “Baju yang awak nak bagi kat Mak I ni, you kasilah sendiri bila you jumpa dia bebila.”

Dia terkejut dan merungut. “Itulah sebabnya I tak mahu cerita apa-apa dengan you ni.”
Aku tak seharusnya menerima pemberian dari dia begitu sahaja.Walaupun aku tahu niatnya ikhlas. Tapi aku tak mahu termakan budi.

Biarlah dia menilai sendiri. Penilaian orang dan penilaian kita amat berbeza.

Suatu malam yang hampir sempurna. Hampir …

"Even if you're on the right track, you'll get run over if you just sit there." (Will Rogers)

Tuesday, March 08, 2005

Polis

POLIS


Wanita pengsan selepas disaman trafik. Macam lucu jer bunyinya. Mungkin itulah pengalaman pertama kena tahan polis. Rasa gerun dengan polis. Selalunya kita memberi gambaran yang tidak elok bila berurusan dengan mereka. Kalau boleh kita mesti menjauhinya. Sedangkan mereka seperti kita juga sekadar menjalankan tugas. Aku ada beberapa orang kawan polis. Bila keluar minum dengan mereka macam orang pandang semacam. Gerun ker atau takut? Tak tahu ler. Tak kenal maka tak cinta.

Pengalaman aku dulu semasa mula mula berkereta. Ada ‘road-block’ di jalan menghala ke Dengkil. Nak pergi makan malam. Bila polis tahan dan mintak lesen memandu segala. Gabra habis. Sampai terlupa camner nak start engin kereta pun tak tahulah. Hinggakan polis yang memeriksa tu pun turut bantai gelak. Kurang asam sungguh. Kengkawan aku yang lain tahan ketawa jerlah kat seat belakang.

Panik beb! Sudahlah memandu pun tak pass lagik, then kena tahan polis tengah malam buta. Tapi taklah sampai pengsan.

DIAM

Dia terdiam. Aku menanti dia bersuara di hujung talian.

Senyap.

Aku seakan mendengar nafasnya. Lalu perkataan itu meluncur laju dan bergema di ruang fikiran. Tidak seperti yang aku inginkan. Bukan apa yang aku mahu. Aku mematikan talian sebelum dia mengucap salam.

Terpaku aku. Nafasku turun naik. Fikiran menjadi kosong.

Entah apa yang aku rasakan saat itu.

Aku tak tahu.

Noktah.