Friday, June 30, 2006

Adat Tol

ADAT TOL

Sudah beberapa kali isu 'adat tol' diutarakan di akhbar tempatan terutama di ruangan surat untuk editor. Menarik juga mendengar luahan rasa mereka yang 'terbabit' dengan adat yang di dakwa sedikit 'melampau' ini.

Aku tanya beberapa wanita Johor yang aku kenal. Tidak pulak begitu sebenarnya. Adat itu hanyalah untuk suka-suka dan ikut keikhlasan pemberi - pihak lelaki dari Johor atau luar Johor. Masalah yang berlaku biasanya melibatkan pengantin lelaki yang bukan orang Johor. Perjalanan yang jauh untuk ke Johor, bajet yang nyawa-nyawa ikan. Sebabnya untuk majlis kahwin paling murah pun sudah mencecah RM 15K sekarang (termasuk hantaran). Bila ditambah dengan adat tol yang pada asalnya untuk mendekatkan silaturrahim dan berkenal mesra menjadi 'tragedi' pula.

Senang jer nak atasai maslah ni, kenalah buat perbincangan dari awal, siapa yang nak diberi duit tol tu, banyak mana. Pihak perempuan pula kenalah faham, janganlah suruh semua mak cik pak cik dok menadah duit tol. Satu dua orang bolehlah buat syarat jer. Kalau nak dihapuskan adat ni tak elok juga. Kita ni kadang masa tulah sahaja nak kenal saudara belah isteri mana akan ada peluang lagi kalau balik kampung pun setahun sekali payah. Tak adalah orang jatuh muflis bila menderma dan bersedekah kan?

Niatkan dalam hati dan bermuafakat . Saling kenal mengenali. Aiseymen mak we Si Man tu pun orang Johor ...

Thursday, June 29, 2006

Harapan

HARAPAN

Doaku agar kaukan selalu bahagia,
Agar kau temui insan tulus menyayangimu,
Lepaskanlah diriku kerna keredhaanmu,
Bukan kerna dendam jua bukan kerna kau terpaksa,

Ku tinggalkan memori bersamamu,
Kuundur diri bersama harapan.

Chorus :
Tidak kesampaian cinta kita,
Kubawa harapan kupendam rahsia,
Ku dikejauhan mendoakan,
Agar kau bahgia tiada lagi duka.
Daku rela mengundur diri,
Ku pasti dikaukan fahami ...

Tiada penyesalan kasihku korbankan
Andai telah tertulis kuterima ini bukannya kupinta,
Oh pergilah dikau diiringi keikhlasanku,
Cuma pengalaman mengisi kekosongan mimpiku

Judul : Harapan
Artis : Fazli Zainal
Penerbit : Azlan Abu Hassan
Komposer & Lirik : Hazami
Source : http://www.myspace.com/fazlizainal


Semalam terdengar lagu ni di radio Era semasa tengah memandu balik dari ofis (sambil berangan hahaha) Lagu ni untuk seorang kawan. Lirik dia pun mantap ada cerita di dalamnya.

Manusia hanya punya harapan bila segala mimpi tak lagi sudi menghampiri. Kenyataan lebih memberi kelegaan andai kita tahu segalanya sudah ditentukan begitu. Lebih baik melepaskannya pergi dari terus memberi harapan palsu. Sesiapa pun kita, takdir penentu segalanya.

Seperti yang telah kukhabarkan kali yang ke sejuta ... "Bukankah hidup ini akhirnya harus bahagia?".

Aku cuba menyayangi dalam seribu harapan palsumu moga engkau memahami segalanya adalah satu kesilapan. Kesilapan kerana cuba menyayangimu.

Wednesday, June 28, 2006

Hidup

HIDUP

Masa ke ofis pagi tadi ada kemalangan. Bila berlaku satu musibah atau tragedi maka akan ada pula orang lain mendapat rezeki. Rezeki dari penderitaan dan kesengsaraan orang lain. Hidup sememangnya saling bersandaran. Kita saling memerlukan walau dalam keadaan kita menanggung derita atau kesakitan ada sahaja yang akan mendapat manfaatnya. Setiap sesuatu yang berlaku akan memberi 'nyawa' kepada orang lain.

Tadi aku perbaharui lesen memandu aku untuk tempoh 3 tahun lagi ( setahun RM 30 plus RM2 untuk proses). Buat kat pejabat pos di Bangi. Jauh aku pergi, nasib baik tak ramai orang.

Aku mendapat satu pokok baru sebenarnya (tapi belum sempat di tanam) pokok susun kelapa namanya. Tumbuhan renek berbunga putih macam kelapa di susun hahaha. Senang pulak orang dulu bagi nama. Ikut dan jer kan?

Tuesday, June 27, 2006

LEGA 2

LEGA 2

Pagi tadi aku ke klinik di tempat tinggal aku ini. Lebih 2 minggu result yang ada tersadai. Ingatkan depa call bagi tahu ( perkhidmatan tak cekap ler ni). Aku jumpa doktor dengan degupan jantung yang maha kencang takut la. Menggeletar jer aku bila doktor tu baca result tu. Kalau aku baca memang tak fahamlah jadi dia terangkan.

Alhamdullillah segalanya OK. Cuma C4 (complement 4) 47 sepatutnya dalam range (10 - 40). Aku ni sebab banyak membaca kadang lebih doktor dari doktor pulak. Bila rasa tak puas hati jer aku paksa doktor tu buat test. Pertanyaan-pertanyaan yang aku buat kadang doktor pun boleh terkedu. Dia tak boleh kelentong aku sebabnya aku selalu carik maklumat di internet tentang sesuatu penyakit sebelum aku ke klinik untuk kes-kes yang aku rasa ada tanda-tanda yang berkaitan. Hehehe syukur bukan penyakit itu . Kena buat sembahyang kesyukuran nih.

Aku ke ofis tunggu surat dari bank. Aku mintak penyata baki pinjaman aku dan surat gadaian untuk keluarkan EPF, nak buat pengurangan pinjaman perumahan. Bank ni kalau kita lewat sehari depa call. Tapi kalau depa buat kerja macam siput depa tak rasa bersalah pun. Bayangkan nak mintak statement dan copy gadaian tu pun ambil masa sebulan. Hishhh macam siput betul. Mintak sesuatu dari kerajaan sekarang pun lebih cepat. Aku call depa pagi tadi dan dia dengan rasa tak bersalah janji nak hantar courier, esok sampailah katanya.

Aku bercuti hari ini dan juga esok. Nak buat research sikit.

Monday, June 26, 2006

LEGA

LEGA

Lega sudah selesai segalanya. Bermula dari rambut tak ada sampailah semalam aku ke Bangi untuk gunting rambut menandakan 'azab' itu telah berjaya dilalui. Tapi lepas ni ada azab lain yang menanti ... yalah menanti sebuah jawapan pulak. Doakan ya!

Demam piala dunia ni memang membuatkan semua orang demam. Ngantuk di ofis cam nak tidur jer di ofis. Kadang rasa nak cuti pun ada sebab letih tak cukup tidur.

Pernah tengok 'Tiramitsu ' tak di NTV7 Khamis jam 7.00 mlm? Best sangat drama dari Singapore tu. Kisah seorang chief dan pembuat Char Koew Tiau yang jatuh cinta. Kisah mak cik kelakar dan ibu yang mementingkan status. Antara drama yang paling best skrip dan pengarahan dia. Lakonan pun superb.

Drama Malaysia? Ada. Gol & Gincu the series pun memang padat dengan maklumat dan isu yang nak diketengahkan. Lakonan Pierre tu hidup dan bersahaja. Macam tulah pasangan kekasih yang sporting. Cuma bila masing-masing panggil 'sayang ... sayang' rasa geli ketiak plak hahaha. Tapi memang real lah. Lokasi penggambaran di buat di Lim Kok Wing U di sebelah tempat aku nih. Setakat ni, inilah drama Melayu ( manglish) yang boleh di banggakan. Tak rugi nonton.

Friday, June 23, 2006

TERKEJUT!

TERKEJUT!

Hari ini aku agak lewat sampai ke ofis daripada biasa. Sebab housemate aku tu mandi lambat sangat. Aku solat dan gosok baju dan siap berangan pun dia tak siap mandi lagi. Jadinya aku sampai lambat daripada biasa walaupun aku tetaplah orang terawal sampai.

Masuk jer kat ofis. Aku tak pasang lampu lagi. Terasa macam lain. Mimpi apa aku malam tadi huh sampaikan begini jadinya. Hehehe ... meja kerja aku jadi kemas sesangat. Sangat teratur. Ohhh ... tidak staff-staff aku kemaskan meja aku rupanya. Diorang susun semuanya menjadi lebih cantik. Tapi aku tahu semua benda ada kat atas meja ni lagi. Cuma susunan dia lebih teratur. Sebab aku memang malas nak kemaskan meja sebelum aku balik. Meja aku jadi tempat gajah bermain.

Sekarang jadi lebih comel! Thanks pada mereka yang telah membuat perubahan ala-ala Eric Le*ng ni. Hahahah ...

Thursday, June 22, 2006

Debaran

DEBARAN

Sejak akhir-akhir ni aku tak banyak menulis kat blog. Sebab aku kena beri tumpuan pada 'agenda' yang lebih besar dalam hidup aku. Mengkaji dan menilai, tambah dan edit mana-mana yang belum lengkap. Beri lebih perasaan dan jiwa dalam apa yang aku usahakan selama ini.

Berdebar jugaklah. Tapi yang tak bestnya aku boleh selalu tertidur cepat dalam musim piala dunia nih. Kepala penat nampak bantal sekejap jer hanyutlah. Macam zaman aku belajar gak dulu. Tapi bila semua kerja dah siap kang nanti pasti tak boleh tidur malam semula.

Ada member dari UUM yang bantu aku bagi idea kalau tiba-tiba aku tak tahu nak tulis apa. Terima kasih sebab jadi pendengar dan pengkritik yang baik.

Wednesday, June 21, 2006

Bapak

BAPAK

Hari Bapa Ahad lepas dan sepatutnya aku buat entri khas buat bapak. Aku tak tahu nak tulis apa sebenarnya. Kami anak- beranak saling menyayangi tanpa perlu mengeluarkan sepatah perkataan. Aku dan anak-anaknya yang lain tahu bapak sentiasa ada disisi di saat susah dan senang. Bapak berkahwin dengan mak ketika berusia 27 tahun.

Banyak perkara yang aku pelajari tentang bapak. Sikap menepati masa, tekun dan gigih berusaha tanpa mengenal penat diwarisi oleh kami semua anak-anaknya. Gene itu sentiasa mengalir dalam darah kami. Ayah semakin tua kini, menghabiskan sisa-sisa hidupnya bersama mak di kampung. Sesekali bila anak cucu balik keriangan terpancar di wajah mereka. Aku tak pernah perasan tentang bapak yang semakin tua. Kerana dia sentiasa ligat ke sana ke mari bersama mak. Ke pasar berdua, membeli-belah bersama.

Banyak masanya dihabiskan dengan mengaji. Bapak juga mengaji dalam majlis kenduri jika di minta dan dia tidak menolak untuk melakukannya. Bapak mudah mesra dengan sesiapa sahaja. Baginya bila seseorang berkelakuan baik padanya, dia akan membalasnya dengan 100 kali kebaikan pada orang itu.

Usia bapak mencecah 67 tahun tahun ini. Dengan mak yang sentiasa di sisi menemani, bapak pasti ceria. Kami tahu tanpa kelibat mak, bapak pasti kerisauan. Melihat bapak yang selalu memicit kaki mak ketika kami menonton TV amat menginsafkan. Betapa kasih sayang itu terlalu mahal harganya. Walau kadang aura kasih, benci tapi rindu itu sentiasa berlantunan. Kami tahu bapak sentiasa memerlukan mak di waktu-waktu ini.

Moga bapak akan sentiasa bersama kami, Ya Allah lanjutkanlah usianya dan berikanlah kesihatan yang sempurna buatnya agar dapat kami berteduh dalam limpahan kasih sayang ibu bapa kami.

Selamat Hari Bapa!

Monday, June 19, 2006

Neo



NEO SI SANG PENAKLUK

Aku dah tengok si Neo ni. Cantik bergaya dari segi rupa. Tapi ada ciri-ciri ke'gen2an' dia jugak. Bahagian lampu belakang paling mengancam. Harga dia masih boleh dikatakan mahal. Kereta 2 pintu maa ...

Siapa golongan sasaran si Neo nih? Kalau di Malaysia, untuk golongan muda. Golongan muda pun berapa hari dia muda dan bercinta-cintun nak bergaya ke sana ke mari? 2-3 tahun atleast? Sekarang ni semua orang tengah berjimat nak hidup secara praktikal. Minyak mahal. Ada kereta cantik tapi tak praktikal apa guna. Orang bujang (terlajak) biasanya bersikap family oriented gak. Hujung minggu balik kampung, tiap hari Jumaat nak bawak kawan-kawan pergi masjid etc. Semuanya kena praktikal . Sebab kita bukan hidup untuk diri sendiri macam orang barat. Kita hidup bermasyarakat. Kereta kita, orang tumpang jugak kalau nak ke mana-mana atleast gi masjid bersama. Kalau 2 pintu malasnya nak sorong-tarik seat tu.

Jadi si kacak Neo ni memang disasarkan untuk golongan kaya, nak second car yang 'rugged', orang bujang yang baru lepas kolej dan universiti pun tak mampu nak beli sebab terikat nak bayar balik duit pinjaman pelajaran depa RM 400 plus sebulan (hehehe). Kereta yang lebih praktikal untuk depa si sutera, kancil dan Myvi. Myvi sudah menjadi raja di jalan raya kita. Nampak seekor Myvi kemudian berderet Myvi-an di belakang, kiri kanan. Tapi orang kaya di negara kita mana nak pandang kereta tempatan ( Proton?).

Ok, bagi pandangan peribadi aku. Wira, Waja & Iswara masih menjadi kereta yang paling praktikal di negara kita. Berbaloi dengan wang. Apalah salahnya laburkan jer 500 juta tu untuk menaik tarafkan 3 kereta yang memang mendapat sambutan tu. Gunakan design baru untuk 'menyolek' wajah tua mereka lebih berbaloi. Waja yang lebih sportif, ciri-ciri Neo pada Wira dan Gen 2.

Apapun banyak faktor yang perlu di fikirkan untuk kereta nasional kita. Kita sebagai pengguna amat terasa jika perubahan yang di buat kepada Proton tidak mencapai apa yang diharapkan. 'Kereta kita wajah kita'.

Friday, June 16, 2006

Mati

HIDUP MENANTI MATI

Entah ler bila saban hari ramai yang ingatkan akau pasal kematian. Pasal betapa hidup ini sementara dan kita akan menuju alam kekal bila-bila masa sahaja. Tanpa tarikh luput tapi dalam jangkaan yang di ketahui. Sudah bersedia ker?

Belummmmm .... banyak yang tertunggak. Amalam belum cukup. Belum puas berbakti untuk menjaga orang tua. Belum berjumpa si jantung hati dan banyak lagilah yang tertangguh. Moga umur panjang , doaku setiap hari.

Tapi kadang macam hidup telah terhenti pada satu titik. Nak ke depan malas dan ke belakang pun rasa rugi.

Ohhh ada benda best nak habaq, JJ dekat Pasar Borong Selangor tu dah buka. Start semalam, sales pun nampak best hinggakan parking susah sangat. Ada yang sanggup bercuti nak pergi pembukaan JJ tuu. Bestlah, tak payah nak ke KLCC or IOI Mall bila teringin nak nonton wayang. Bila dah terasa bosan itu jerlah yang termampu dilakukan.

Perasan tak hari berlalu dengan amat pantas sekarang. Tadi rasanya baru sampai di ofis and now dah pukul 11 pagi. See ... dah tak lamalah tuu!

Thursday, June 15, 2006

Boring

BORING PULAK MALAM NI

Malam ni rasa boring tahap cipan so I ke CC di bawah ni. YM dia rasa cam lain plak. So tak dapat ber YM . Rasa dah lama tak bersuka-ria di YM. But rasanya tiada sesiapa pun yang rindukan I kan?

Secara teknikalnya I dah siapkan manuskrip I tuu. I mintak beberapa kawan rapat try baca. Kalau tak best I nak suruh depa bagi komen, kutuk pun oklah kalau ke arah kebaikan. Ada bab yang memang agak akademik dan membosankan. Sebab I nak pembaca, membaca bahan lain dalam waktu yang sama. Maknanya bila dia baca cerita itu dia turut membaca puluhan buku dan cerita lain yang disulam jalinkan dalamnya. Memang amat membosankan kadang-kala. Benda cenggitu manalah ada yang menyeronokkan. Macam kisah dalam "Message in the bottle". I amat tertarik dengan kata-kata "Maafkan aku kerana tidak mampu terus mendakapmu lebih lama kerana tuhan telah mengambilmu dariku". Lebih kurang begitulah. Tu masa si Kamarul berada di pesawat dalam perjalanan ke Melbourne- KL dia tonton cerita tu.

Aku tak suka tulis tebal sangat sebab aku tak mahu membuang masa dengan maklumat yang tak perlu . Maksud aku kala kena paksa tambah mukasurat maknaya aku terpaksa create konflik lain. Tabik springlah seseiapa yang dapat maintainkan emosi pembaca untuk jangkamasa yang lama dan muka surat yang pastinya tebal. Selain faktor masa, aku ni pulak jenis yang nak cepat siap. Hahahahha ...

If tidak diterima untuk penerbitan, ianya akan tetap menjadi koleksi peribadi. Kerana banyak jugak masa dan air mata aku tumpah nak menulis kisah itu. Apa pun ada beberapa projek yang menanti untuk ditulis. Akan mulakan proses penyelidikan dan pengumpulan data dalam awal bulan 7. Bulan ni nak berehat dulu.

Banyak kisah pelik yang berlaku di ofis. Terutamanya bila bos tak suka dengan staff dia. Memang akan dicincang lumatlah orang tua. Gerun kan kerja camni? Rasa cam tunggu masa jer untuk blah... Ada member yang nak angkat kaki jadi lecturer di UiTM. Rugi plak aku tak mintak dulu. Kalau aku mintak pastinya best. Kuar ramai-ramai dari sini. Ada benda yang sayang untuk dilepaskan dan ada juga yang terpaksa kita tahan-tahan sebab ... aku pun tak tahu sebabnya.

Entahlah banyak benda yang berlaku tanpa sebab bukan?

Wednesday, June 14, 2006

Penat

PENATLAH ...

Tengah ada gotong-royong kemas ofis. Student pun masih bercuti senang sikit nak bergerak. Tadi ke klinik di Putrajaya. Buat 'blood test' sebab aku tak puashati bila ada sesuatu yang berlaku pada diri aku sejak kebelakangan ini. Doktor tu siap suruh aku sain 4 borang untuk claim padahal benda tu hanyalah RM180 jer bukan beribu pun. Since bukan duit aku dan aku jarang benar ke klinik aku pun setujulah.

Keputusan akan diperolehi next week. Doktor tu kata if takder apa-apa dia nak tolong bantu aku dengan masalah keguguran rambut pulak selepas ini. Orang mengantuk di sorongkan bantal ler. Aku ni memang prihatin hal ehwal kesihatan ni. Sebab if anyting goes wrong kita tahu sedari awal.

Tadi nurse India tu kata" Encik, you seorang saja yer, what a waste!" . Sambil senyum pada aku. Aku mengambil 2 saat untuk memahami apa yang dia nak sampaikan. Ohh ! pasal aku masih bujang rupanya. Elehhh ...

Tuesday, June 13, 2006

Masa

MASA

Masa pantas sekali berlalu. Yana pun sudah mula mencari kerja dan menghadiri interview. Pengajiannya sudah sampai ke penghujung. Mahu menyambung pelajaran ke peringkat tertinggi pasti belanjanya juga semakin meningkat. Akhirnya dia memilih untuk bekerja sahaja, menimba pengalaman.

Aku juga rasa semakin tua. Tapi tak akan kuizinkan masa menjadikan aku setua ini. Masih banyak yang perlu aku lalui lagi. Mengutip pengalaman hidup dan mencatatkannya buat diri. Kepuasan sendiri mungkin.

Semalam aku berasa gerun bila membaca artikel "Adakah kematian itu satu proses yang menyakitkan". Ada yang kata tubuh kita seperti dicincang dengan seribu tusukan pedang. Kena ingat pasal mati sekurang-kurangnya 20 kali sehari agar kita tidak terleka dalam asyik duniawi.

Wednesday, June 07, 2006

SIBUK

SIBUK

Sibuk betul sekarang nih. Nak menulis dan buat research untuk penulisan memang mencabar minda. Nak detailkan maklumat pun satu hal jugak. Menulis ni bukan harap dapat ilham datang dari langit jer. Siapalah dulu yang cakap menulis ni pekerjaan untuk orang yang kuat berangan memang tak sama langsung.

Kena banyak membaca, tanya orang itu ini. Even terpaksa tanya tuan doktor untuk dapatkan kepastian ubat apa yang digunakan. But memang menyeronokkan disepanjang proses ini. Banyak belajar dan dapat maklumat baru. Kalau orang lain tak terasa apa-apa tak kisahlah. Janji aku puas. Sebab banyak perasaan aku tercurah ketika menghayati watak dan perwatakan. Kamarul tak semestinya betul dan Azrul tak selamanya silap. Iryanty dan Nazatul pula telah ditentukan perjalanan hidupnya begitu.

Yerlah kalau kita tulis benda yang baik dapat pahala bila orang baca. Kalau kisah itu macam 'tersasar' dari landasan sikit, pembaca boleh buat tauladan. Tapi bukan niat nak mendidik, itu tugas guru, tugas ibu bapa dan diri sendiri. Penulis hanya menyampaikan apa yang dia rasa betul dan bersesuaian dengan keadaan. Kebenaran kadangkala pahit untuk ditelan.

DIA
(Wanita yang membunuh cintaku)

Si jelita itu
Membawa sedulang dusta
Ketika aku terlalu naïf
Menghirup cinta yang kau hidangkan.

Ketika belati itu menusuk ke jantungku
Engkau terus berlalu
Rintihan dan raunganku
Kau biarkan tersekat di celah sepatu
Dan kau terus berlalu.

Entah kenapa,
Setelah sekian waktu
Kau kembali menagih simpati.
Aku melihat kilau belati yang pernah
Menusuk jantungku
Aku melihat sepatumu yang penuh debu
Aku melihat si jelita itu
Yang pernah kucinta sepenuh jiwa

Waktu rupa-rupanya
Lebih adil
Derita dan rintihan ku dulu
Rupanya lebih bahagia
Dan aku tak ingin terus leka
Menghirup segala duka.

Pada si jelita
Kukhabarkan,
Telahku bunuh segala cinta
Yang ada cuma kenangan
Melekat di ruang ingatan.

Azhan A. Kamal
Cyberjaya

Monday, June 05, 2006

SYIKIN

SYIKIN YANG MANIS

Sabtu pagi ke rumah kakak di Banting. Ajak semua anak buah balik kg. Baby Syikin pun dah 10 bulan, dah pandai berjalan jatuh. Comel dan nakal budak tu. Rasanya kalau pipi dia di buat dari plastik dah habis bocor dah sana sini. Maklumlah semua orang tergeram dengan budak nakal nih. Pantang di tinggal mak dia sikit.

Aktiviti di kampong takderlah apa sangat. Makan tidor jer seperti selalu. Oh ya masa pergi ke pasar I terkeliru antara ikan selar kuning dan ikan kembong sebab warna ikan tu lebih kurang sama. But masa I beli tu ikan selar kuning tu agak gebu sedikit daripada ikan kembong. Maklumlah nak masak kari. I beli 2 kilo sebab harganya RM5 sekilo. Bila balik depa kata tu selar kuning. Tak sedap sangat ikan tu sebab agak keras dagingnya berbanding ikan kembong bila di masak kari.

So i pegi balik ke pasar carik ikan kembong tu sekilo RM 7 - 10 ringgit ikut saiz. Mata dia kecik sikit dari ikan selar dan tanda kuning di badan dia tak nyata sangat. Tapi memang berbeza dari segi rasa. Untuk orang yang 'sembrono' jer masa membeli barang kadang tak terperasan kalau tak tanya jenis ikan tu.

Jumpa my friend yang masa di sekolah menengah dulu. Anak dia dah 4 orang.Pehhh bila dia tanya I keje kat mana I katalah kat sini. Dia macam tak percaya jer ... ahhaha maybe masa zaman sekolah dulu i ni nampak macam takder masa depan kot hahahha ...

Friday, June 02, 2006

Cokelat

COKELAT

Aku keluar rumah tepat pukul 9.30 ke LRT PTJ. Mematungkan diri di bawah cahaya lampu. Bosan! Lalu aku baca buku dari kulit pertama sampailah ke muka surat 232 , Dugalia Huso. Dia tidak juga kunjung tiba.

Aku sms dia dan dia kata flight delay. Oklah aku tunggu lagi, jam menunjukkan pukul 10.30. "Baru sampai dan ERL delay !" Aku tunggu lagi. Masuk dalam kereta, ke tandas dan baca buku lagi. 11.20 malam barulah dia muncul dengan muka penat, pening sakit kaki segala.

Dia tanya aku jalan nak balik ke Puchong ( Dia tak tahu ker I 'slow' tentang direction lebih-lebih lagi malam-malam buta).

"Boleh drive ker? Nak minum teh dulu kot mengantuk tak jumpa jalan balik nanti?" Aku offer diri. Sebenarnya aku nak tanya dia tentang trip dia ke Phuket tempohari.
"Oklah " Sambil memusingkan badan tapi tiba-tiba ...
"Alah ... penatlah nak terus balik" Tipikal dia yang aku kenal.
"Nah aku belikan cokelat (RM 7.30). Terima kasih sebab jemput. Oh ya! ada 2 set botol syampu hotel yang I bawak. U suka kumpul kan?"
Dia masih ingat apa yang aku suka buat. Tapi ... takpelah. Aku dapat cokelat dan botol-botol itu. Dia pun berlalu.

Aku sms dia tentang satu perkara yang tidak pernah dia akan jawab. Malam tadi aku tidur dengan lampu terpasang hingga ke subuh!

Thursday, June 01, 2006

Laksana Bulan

ENGKAU LAKSANA BULAN


Masa aku hantar dia di LRT dia jalan laju dan tidak menoleh. Dia pergi jauh dan tinggalkan segala kenangan itu di hadapan tayar keretaku agar aku dapat melenyeknya. Biar pecah berderai menghilang dalam dingin subuh. Pagi itu aku bangun seawal mungkin untuk hantar dia dan ditinggalkan lagi.


Dia akan kembali menjadi orang lain yang tidak akan aku kenali . Dia telah menghantar segala rasa mengharapku pergi. Dia akan sentiasa hadir dalam hidup aku. Pasti dia juga tidak mahu aku lagi. Kerana ‘dia’ adalah semalamku.


Semalam yang membuatkan aku terus dibuai lagu ini ketika aku memandu. Memandu sebuah kehidupan baru!


Engkau Laksana Bulan


Engkau laksana bulan
Tinggi di atas kayangan
Hatiku dah kau tawan
Hidupku tak keruan


Mengapa ku diseksa
Kenapa kita bersua
Berjumpa dan bercinta
Tetapi menderita


O...o...o...o...o...o...o...o
Kau tinggalkan diriku *


Oh Tuhanku
Mengapa kah
Kau bezakan hidupku
Oh Tuhanku
Mengapa kah
Manusia begitu


O...o...o...o...o...o...o...o
Kau tinggalkan diriku


* Oh Tuhanku
Mengapa kah
Jadi miskin hidupku
Oh Tuhanku
Mengapa kah
Sangat buruk nasibku


Mengapa ku diseksa
Kenapa kita bersua
Berjumpa dan bercinta
Tetapi menderita


* (original version: Kau cabutlah nyawaku)


Dengar lagu ni versi Sheila Majid sungguh best sekali.