Wednesday, August 30, 2006

Salam Kemerdekaan


SALAM KEMERDEKAAN YANG KE -49

Rasa bertuah hidup di Malaysia jika dibandingkan di negara lain yang bergolak. Alhamdulillah, walau banyak perkara sentiasa merungsingkan kita namun secara asasnya kita merdeka dari penjajahan. Orang luar tidak boleh sesuka hati rampas tanah kita, kita bebas melakukan apa sahaja dan berbuat apa sahaja asalkan mematuhi undang-undang negara.

Aspek kemerdekaan luaran telah kita kecapi hingga ke hari ni. Hidup kita kemudian diuji pula pelbagai bentuk penjajahan baru. Kekebalan minda dan akal yang sempurna yang diterima melalui pendidikan sepanjang proses kita menjadi dewasa sesungguhnya memberi kesan ke mana arah tujuan kita selepas ini.

Adillah kalau mata kita telah celek untuk mengenal intan atau kaca, kita telah 49 tahun merdeka. Kemerdekaan itu anugerah yang tidak ternilai, hari ini banyak perkara kita perlu perhalusi semula kerana kita takut suatu hari nanti nama bangsa kita sendiri terpadam dalam sejarah negara. Kita tidak mahu sejarah ditulis semula bagi memenuhi kehendak dan keperluan bukan lagi pembuktian kewujudan sebuah bangsa yang berdaulat!

Salam Merdeka Malaysia!

MARI HIDUP 100 TAHUN LAGI!

Dr A. Schindler dalam bukunya How To Live 365 Days A Year telah menggariskan beberapa tip untuk mencapai tujuan tersebut!

JAGA KESIHATAN
Mencegah lebih baik dari mengubati. Pastikan anda mendapat rehat yang cukup. Jangan lupa bersenam ( Mal buat push-up 15 kali setiap kali selepas solat ..)

CINTAI KERJAYA ANDA
Jangan terasa terbeban dengan kerja yang kita buat setiap hari. Belajarlah mencintai kerjaya anda sepertimana menyintai pasangan anda ! Setelah mencintai kerja, pasti hidup anda akan berasa girang, tempat kerja menjadi tempat yang paling menghiburkan. ( Pukul 7.00 telah terpacul di muka pintu ofis, mengadap pc dan menulis di DJW, mula kerja seawal pukul 8.00)

KAWAL PERASAAN ANDA
Jangan terlalu emosional, apalagi untuk membiarkan emosi orang lain mempengaruhi mood anda. Anda berhak ke atas diri sendiri. ( Emosi seperti biasa sering terganggu … macam ikut mood lagulah pulak ..)

MEMPUNYAI HOBI YANG MENGHIBURKAN
Jadikan hobi itu menyeronokkan , ‘hidup’ dan menyebabkan anda mahu hidup lebih lama supaya dapat terus melakukan hobi tersebut. ( Ohhh Mal amat menyintai pokok-pokok yang Mal tanam, kadang Mal bercakap dengan ‘mereka’ tengah malam buta!)

BELAJAR UNTUK SENTIASA BERPUAS HATI DENGAN DIRI ANDA
Setiap orang ada kelemahan dan kekuatan sendiri. Kesempurnaan tiada pada sesiapa dan setiap orang memerlukan masa untuk belajar. Anda tidak terkecuali, begitu juga orang lain. ( Pendek kata orang tak ada ilmu yang kita ada, begitu juga kita. Jadi setiap orang itu sama sahaja. Apa yang perlu dilakukan ialah belajar perbaiki apa yang perlu supaya kita lebih berkeyakinan … nak tukar fesyen rambutlah hehehe)

HIDUPLAH SECARA SEDERHANA
Perhatikan perkara-perkara kecil yang berlaku di sekeliling anda. Jangan sesekali abaikannya kerana tidak mustahil perkara kecil itu akan menjadi besar. Pastikan perkara kecil itu sentiasa dalam kawalan anda. ( Gossip ? …)

SUKAILAH ORANG LAIN
Sayangi ahli keluarga, kawan dan jiran-jiran. Jangan asyik melihat keburukan mereka. Terima diri mereka seadanya. Wujudkan suasana yang baik. Berboraklah. Mereka akan berasa lebih dihargai. ( Family antara perkara paling utama dalam hidup Mal. Kedua pokok-pokok yang Mal tanam dan ketiga jiran tetangga, keempat saudara mara , kelima …awak!)

UCAPKAN KATA-KATA YANG BAIK DAN MELUNAKKAN
Kata-kata yang lahir dari bibir anda melambangkan diri anda yang sebenar. Lagipun , untuk apa mengeluarkan kata-kata buruk sedangkan ia tidak memberi anda sedikit faedah pun. ( Dah lama tak cakap sayang kat orang yang tersayang … sebab tak ada hahaha …)

HADAPILAH CABARAN DAN DUGAAN DENGAN HATI TERBUKA
Itulah warna-warni kehidupan. Tabahlah mengahdapi hari-hari dalam hidup anda. Kita tidak mampu melawan takdir. Sebaliknya redha dan sabar. Apabila berdepan dengan masalah, abaikan soal siapa salah dan siapa betul. Berbincang! Itulah cara terbaik dan satu-satunya jalan keluar untuk anda. ( Macamana nak berbincang, bila cakap sikit kalau tak bergaduh, mengamuk …)

ELAKKAN PERTELINGKAHAN
Kadang-kadang kita kurang sabar dengan kerenah orang lain dan tanpa disedar, barangkali kerenah kita juga boleh menimbulkan kemarahan pihak lain. Jauhi dendam. Elakkan daripada bertelingkah. Anda kelak akan kerugian. ( Cubalah … tapi ada sesuatu yang perlu dilepaskan … kerana tanpanya juga belum tentu kita tidak bahagia)

FIKIRAN DAN SIKAP YANG POSITIF
Banyak perkara yang berlaku ke atas diri kita setiap hari. Hari ini, pasti ada perkara yang menggembirakan hati anda. Tidak kurang pula yang mendukacitakan. Tidak kira bagaimana tanggapan anda terhadap perkara tersebut, ambillah ia sebagai perangsang untuk berjaya pada hari-hari seterusnya.

JADILAH PERANCANG YANG BAIK
Setiap orang memerlukan asas psikologi yang baik untuk memulakan sesuatu yang baru. Jadi mulakanlah ia dengan penuh bersemangat.

JAUHI SIFAT DENGKI
Kalau lihat orang lain berjaya, bergembiralah seolah-olah andalah orang yang berjaya itu. Jangan sesekali berasa dengki dan cuba merosakkan kejayaan mereka.

KAWAL MAKAN
Jangan makan lebih-lebih. Makan berlebihan hanya akan mengundang penyakit yang menyebabkan cita-cita kita untuk hidup selama 100 tahun tingal angan-angan.

Sumber :
Johan A. Schindler “How to Live 365 Days a Year: And Live 365 of Them Happily”

Monday, August 28, 2006

Batuk

BATUK & SAKIT KEPALA

Jumaat malam Sabtu dinner untuk sambutan 50 tahun kajian berlangsung di sebuah hotel terkemuka di SA (terkemuka ker makanan tak sedap?). Jumpalah beberapa orang lecturer dan senior. Tapi oleh kerana jurang usia kami begitu jauh, kalau junior terlalu junior dan senior amat senior membuatkan aku dan kami di meja 20 hanya terpaku di meja. Makan dan dengar mereka bergossip. Ohh terima kasih kepada Datin yang menaja meja aku, makan free. Yelah kalau nak bayar sendiri malas aku nak pergi. Hujan malam tu sikit punya lebat sampai tak nampak apa pun. Dah lama tak drive dalam hujan dan malam buta.

Pagi Sabtu aku lepak di Klang tunggu Julie dan Yana balik kerja pukul 1.00 dan kami bertolak ke kampung. Ariff dah semakin berisi. Tapi bila aku batuk dia pun dapat batuk sama. Aiseymen ...

Aku terbongkang jer tak buat satu apa. Makan tidur. Mak dan bapak ke rumah jiran yang buat majlis kahwin. Aku tak berapa sihat jadi tak dapatlah aku pergi 'rewang' sama. Ramai gak orang tanya pasal aku. Alah ... masa aku buat kenduri dulu depa pun tak datang kan, so its time to payback lerrr ... hehehe.

Semalam masa balik ke CJ, ada sebuah kereta ni asyik follow jer kereta aku di highway. Kereta dia bertinted gelap so aku tak berapa nampak muka dia. Bila aku ke kiri dia ikut di belakang dan bila aku ke tengah dia ada sekali. Rasa best pulak tapi jadi takut kot ada apa-apa. Rasa lega bila sampai di exit Putrajaya.

Sakit kepala yang amat selepas tu. Batuk pun tak berkurang dan sebotol ubat batuk habis dah. Maybe nanti nak ambik lagi kat klinik.

Ohh semalam sempat jumpa my friend di Warta Bangi.

Friday, August 25, 2006

Kebebasan

KEBEBASAN

Entry semalam "Benarkah Kita Telah Merdeka" hanya mampu bertahan kira-kira 45 minit sahaja sebelum beberapa orang kawan menggesa entri itu dikeluarkan. Ini demi untuk memastikan kelangsungan DJW juga. Kebenaran kadang pahit untuk ditelan dan memikirkan blog sentiasa dipantau membuatkan diri sedikit gelisah. Akhirnya entri itu di delete sahaja.

Kemerdekaan menuntut lebih dari hanya bebas secara mutlak dari penjajah. Penjajahan bentuk baru sesudah merdeka lebih teruk kerana ia dilakukan oleh munafik bangsa sendiri. Kesannya lebih mendalam dan lama kelamaan mampu menghakis jati diri bangsa Melayu di muka bumi ini. Kalau cerita tentang bab agama kang lagilah parah.

Kita adalah bangsa yang hebat kerana begitu terbuka. Kawan aku dari Singapore sendiri mengakui 'Orang Melayu melayan orang luar lebih baik daripada melayan bangsa sendiri'. Memang betul pun, kita lebih senang berurusan dengan bangsa asing untuk semua urusan harian. Walaupun kesan jangka panjang akan melemahkan bangsa kita sendiri. Mereka pula amat kukuh dari segi kerjasama antara sesama mereka. Contohnya beberapa minggu yang sudah seluruh kedai di TK 'bekerjasama' untuk tidak menjual gula dan tidak satu pun yang berani untuk engkar!

Kalau hendak ditulis terlalu banyak yang ingin diperkatakan. Soal bahasa, soal hak keistimewaan, agama dan sebagainya. Kita hidup di sini, kepulauan Melayu. Inilah tanah tumpah darah kita. Untuk maju kita kena bersaing dan berusaha keras memajukan diri. Kita bangsa yang paling unggul, cerdik, berwawasan dan Islam agama yang sebenar menjadi panduan hidup. Segala yang kita ada pada hari ini menjadi bukti betapa bertuahnya kita hidup di bumi Malaysia.

Hari ini kita perlu bergerak seiring untuk tidak menghampakan Malaysia dan membanggakan seluruh anak cucu kita di kemudian hari.

Berangan nak jadi YB ker Mal?

Wednesday, August 23, 2006

Kenangan

KENANGAN TERINDAH

Aku Yang Lemah Tanpamu
Aku Yang Rentan Karena
Cinta Yang Dah Hilang Darimu
Yang Mampu Menyanjungku

Selama Mata Terbuka

Sampai Jantung Tak Berdetak
Selama Itu Pun
Aku Mampu Tuk Mengenangmu

Darimu.. Kutemukan Hidupku

Bagiku..Kau Lah Cinta Sejati

Bila Yang Tertulis Untukku

Adalah Yang Terbaik Untukmu
Kanku Jadikan Kau Kenangan
Yang Terindah Dalam Hidupku

Namun Takkan Mudah Bagiku

Meninggalkan Jejak Hidupku
Yang Telah Terukir Abadi
Sebagai Kenangan Yang Terindah

Samsons


Terdengar lagu ini di radio petang semalam dan terkesan dengan bait kata "Bila yang tertulis untukku, adalah yang terbaik untukmu ..." Kenangan terindah dalam hidup akan tetap menusuk sisi paling membahagiakan hidup kita. Apa pun ia, kalau dengan menggenggam kenangan itu mampu menjadikan kita lebih bahagia, biarkanlah ia terus mendakap hidup kita sepuasnya dan simpanlah ia di sudut paling dalam memori perjalanan hidup kita.

Berdoalah agar detik membahagiakan itu akan hadir semula, walau hadirnya dalam bentuk yang lain dengan keadaan yang berbeza pula. Berdoalah juga agar hati kita tabah, jika apa yang dihajati tidak dimakbulkan oleh-Nya.

Bila yang tertulis untukku, adalah yang terbaik untukmu ...

Tuesday, August 22, 2006

CT




Tak sah kalau tak tulis pasal CT. Semalam cuti dan dapatlah nonton kisah dia di TV. Beruntung orang yang bernama CT ni. Dengan segala kegilaan media melaporkan kisahnya, membuatkan kita 'terpaksa' menonton kisahnya di mana sahaja. Yalah, untuk menjadi manusia yang lebih peka, kita tidak boleh mengasingkan diri darinya. Ini hakikat hidup, dan kalau orang kata, orang Melayu terlalu suka pada kisah yang sensasi, itu silap. Cuba baca akhbar Cina dan Tamil sekalipun apa yang depa tulis dan apa pula yang pembaca baca? Semua manusia di serata ceruk dunia memang teruja dengan berita sebegini malah lebih teruk lagi. Jadi orang Melayu di negara kita masih dalam kategori 'waras'.

Semalam dia call setelah banyak panggilan yang aku buat tidak bersambut lantaran kesibukan dia. Biasalah kalau bercakap mesti nak menyakitkan hati. Tapi bila tidak dapat bercakap tercari-cari pula. Hidup kita memerlukan sesuatu supaya kita merasa bahagia. Mungkin dengan cara ini aku dan mungkin dia akan lebih menghargai makna kehidupan yang sementara ini. Ada sesuatu yang dia tinggalkan dan aku belum mampu melupakan. Walau aku sedar tiada apa sebenarnya yang dia tinggalkan untuk aku.

Friday, August 18, 2006

Hitam

HITAM

Seperti kepekatan malam, masa yang berlalu tidak mengubah warna hitam. Hitam mungkin tidak berubah, namun masa yang berlalu sedikit sebanyak mengubahnya menjadi kelabu dan akan terus berubah lagi menjadi semakin putih jasad dan rohnya.

Namun di satu sudut lain, hitam dan putih tidak dapat dibezakan.

Banyak yang berubah tetapi warna putih tetap sama. Caranya mungkin berbeza, sekurang-kurangnya pendirian tetap sama, teguh walau sekejam mana ia melalui masa.

Aku berbaju merah darah (merah yang susah nak dikenalpasti warnanya?) Wan pun pakai baju warna yang sama hari ini. Merah dia lebih gelap. Hari ini sudah hari Jumaat. Isnin nak bercuti, tapi tak ke mana pun. Cuma ingin berehat-rehat membelai tumbuhan yang baru di beli di kampung.

"Bila nampak petai ni mesti nak beli sebab teringatkan Mal". Hati aku tersentuh, Mak sentiasa ingat kami anak - anaknya. Aku tengok dalam peti sejuk tu banyak petai-petai yang melingkar dan makin hitam tak terusik. Tukang makannya hanyalah aku dan Mak, sesekali Julie makanlah jugak bila kami semua balik berhujung minggu.

Awal bulan lepas aku belikan Mak jam tangan bermanik yang menjadi trend terkini bebudak ofis. Bila masing-masing memakainya aku teringatkan Mak. Aku tahu Mak suka warna merah jadi aku pilih tiga warna asas iaitu merah, putih dan keemasan. Bila aku beri kat Mak dia kata "Cantiknya ..." Aku tahu Mak suka. Dia pakai masa pergi kenduri kahwin. Dia simpan baik -baik dalam kotak merah yang comel itu.

"Berapa harganya?" Bila mak tanya pasal harga, pastilaha ku jawab "Murah jer Mak sepuluh ringgit dapat 3". Aku gelak-gelak. Harga ni kes sensitif karang dia takut nak pakai macam beg tangan yang aku belikan dulu tu. Dia simpan jer dalam plastik sebab sayang nak pakai bila dia tahu harganya berapa.

Terlalu sedikit yang mampu aku beri, terlalu banyak yang Mak korbankan demi kami!

Thursday, August 17, 2006

Hydroxene

Mengimbangi petrol dengan teknologi hydroxene
Oleh YULPISMAN ASLI (WARTAWAN UTUSAN)


PERNAHKAH anda membayangkan air mampu menjimatkan penggunaan petrol sebanyak 50 peratus? Mungkin tidak. Tetapi itulah yang dibuktikan oleh seorang saintis tempatan, Dr. Halim Ali apabila menghasilkan teknologi hydroxene yang mampu mengurangkan sebanyak 50 peratus petrol dengan penggunaan air.


Dan kelmarin, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah melancarkan dua model kenderaan utiliti lasak (SUV) jenis LMG yang menggunakan teknologi tersebut.Secara praktikalnya, air tidak mungkin dapat menggerakkan kereta kerana air bukan satu bahan pembakar semula jadi. Bagaimanapun, dengan semangat ‘Malaysia Boleh’, Dr. Halim membuktikan tiada yang mustahil. Malah, sebelum ini, pereka cipta negara, Zulkifli Haron turut membuktikan kereta boleh digerakkan dengan menggunakan air yang dicampur dengan sedikit ubat gegat dan belerang sebagai tenaga alternatif kepada petrol.


Dr. Halim ketika dihubungi menjelaskan, penggunaan teknologi hydroxene boleh menjimatkan dari segi kos memandangkan air bukan bahan komoditi dan mudah didapati. Beliau bagaimanapun, menjelaskan air bukanlah sumber tenaga alternatif kerana penggunaan teknologi itu masih memerlukan petrol iaitu bahan bakar semula jadi.


‘‘Sebaliknya, teknologi hydroxene hanya mengurangkan penggunaan petrol sebanyak 50 peratus. Selain itu, penggunaan teknologi ini juga lebih bersifat mesra alam,’’ katanya. Mengikut congakan mudah, jika sebelum ini seseorang itu membelanjakan RM80 hingga RM100 untuk mengisi penuh tangki minyak keretanya dengan petrol, tetapi menggunakan teknologi hydroxene, anda hanya perlu berbelanja antara RM40 hingga RM50 sahaja.

Teknologi


Ini kerana, teknologi itu yang menggunakan hidrogen daripada air sebagai bahan api tambahan atau sokongan, dapat mengurangkan 50 peratus penggunaan petrol. Sangat menjimatkan. Adakah kereta anda lebih laju atau lebih perlahan? Dr. Halim menjelaskan, ciri-ciri hidrogen yang lebih ringan dan terapung, lebih memudahkan enjin kereta untuk memecut laju.Teknologi hydroxene ialah teknologi mengguna air biasa yang diisi dalam tangki berkapasiti 10 liter.


Proses bermula dengan air dari dalam tangki itu disalurkan kepada satu kanister atau sistem yang menukarkan air kepada hidrogen dan oksigen menerusi nisbah tertentu. Hidrogen dan oksigen itu kemudiannya disuntik ke dalam karburator yang mana ia bercampur dengan petrol atau diesel sebelum ditukarkan menjadi bahan bakar. Teknologi ini menjadikan hidrogen sebagai bahan api tambahan atau sokongan kepada petrol atau diesel.


Persoalannya, mungkinkah selepas ini harga air akan naik dan orang ramai sudah pasti tidak lagi dengan sewenang-wenangnya membuat pembaziran, membiarkan paip bocor di sana sini?
Mengambil kira laporan sebelum ini yang menjelaskan dunia mungkin berdepan dengan krisis bekalan tenaga, maka usaha mencari sumber tenaga alternatif atau sokongan sangat diperlukan.
Justeru kemunculan kenderaan menggunakan teknologi hydroxene yang berupaya mengurangkan penggantungan sepenuhnya kepada petrol sebagai bahan bakar, adalah dialu-alukan.


Keperluan itu dikuatkan lagi dengan peningkatan harga minyak mentah dunia, iaitu bahan bakar semula jadi yang mencari sumber utama ketika ini, berada di paras sekitar AS$72 atau kira-kira RM260 setong. Kenaikan berterusan harga minyak mentah dan kemungkinan berlaku krisis tenaga, menunjukkan keperluan terhadap sumber tenaga alternatif semakin mendesak.
Di negara maju seperti Amerika Syarikat sendiri, usaha sedang digiatkan untuk menggunakan sumber tenaga boleh diperbaharui berasaskan pertanian. Ini menyaksikan Minnesota menjadi negeri pertama di negara kuasa besar itu menguatkuasakan peraturan bahawa semua bahan api diesel yang dijual, sekurang-kurangnya disuling, sebahagiannya daripada kacang soya.


Langkah itu dilihat sebagai satu percubaan untuk mengurangkan tekanan permintaan di AS yang begitu cenderung kepada minyak mentah. Malah, pentadbiran Presiden George W. Bush dilaporkan bercadang untuk mengurangkan import minyak mentah sebanyak 75 peratus dari Asia Barat. Mengikut laporan, pakar dan wakil daripada banyak persatuan berkaitan sektor minyak dan lemak di AS telah memantau dengan rapat perkembangan di Malaysia yang begitu proaktif dalam menggalakkan biodiesel berasaskan sawit yang dianggap sebagai produk kompetitif berbanding bahan api berasaskan soya. Penggunaan bahan bakar alternatif juga semakin diterima di banyak negara Eropah seperti Jerman, Belanda dan Perancis yang menggalakkan penggunaannya menerusi rebat atau pengecualian cukai.

Wednesday, August 16, 2006

Sway

"Sway"

When marimba rhythms start to play
Dance with me, make me sway
Like a lazy ocean hugs the shore
Hold me close, sway me more

Like a flower bending in the breeze
Bend with me, sway with ease
When we dance you have a way with me
Stay with me, sway with me

Other dancers may be on the floor
Dear, but my eyes will see only you
Only you have that magic technique
When we sway I go weak

I can hear the sounds of violins
Long before it begins
Make me thrill as only you know how
Sway me smooth, sway me now

Sway me, make me
Thrill me, hold me
Bend me, ease me
You have a way with me
Sway with me

Sway (sway)(Sway)

Other dancers may be on the floor
Dear, but my eyes will see only you
Only you have that magic technique
When we sway I go weak
I go weak

I can hear the sounds of violins
Long before it begins
Make me thrill as only you know how
Sway me smooth, sway me now
Make me thrill as only you know how
Sway me smooth, sway me now
Make me thrill as only you know how
Sway me smooth, sway me now
Sway me
Sway me
Sway me now
Pussycat Dolls


Esok pagi-pagi selepas subuh kena bertolak ke Melaka. Ada meeting, so confirmlah tak sempat nak tulis apa-apa kan? Tapi hari ini happy semacam jer. Kegembiraan jarang nak dikongsi bersama orang, kesedihan ya (hahaha ...). Biarlah rahsia. So teringat lagu 'Sway' ni dan terus menyanyi-nyanyi riang.

Tuesday, August 15, 2006

Sahabat

SEORANG SAHABAT

Semalam berkesempatan lunch bersama seorang sahabat. Aku keluar dalam pukul 11.45. Dia dari company yang berdekatan. Sudah lama kenal dia. Kira macam mentor jugaklah. Dia ni amat sibuk dengan kerja dan keluarga dia. Maklumlah bila sudah berkahwin, banyak perkara berubah dan tidak seperti kita yang bujang ini.

"Abang dan kakak akan menunaikan haji hujung tahun ini, dalam bulan 11 nanti". Dia berkata sebaik sahaja aku mula melabuhkan punggung di kerusi.
"Wah itu berita baik." Dia sudah banyak berubah. Ke arah kebaikan.
"Abang banyak kekurangan. Banyak perkara kena belajar".
"Memanglah tidak semua kita ni sempurna kan?" Aku menambah.

Kami berbual banyak perkara tentang hidup. Banyak yang dia nasihatkan aku. Perkara penting yang perlu di beri perhatian katanya, kerjaya kita, kesihatan dan bekalan ke sana nanti. Dia banyak berubah!

"Mal, kalau jalan tu tegak jangan tunduk". Dia sempat memberi komen tentang perkara ini. Aku memang kagum dengan dia. Dia sudah macam abang kandung sendiri.

Aku menghantarnya semula ke ofis, banyak kerja yang perlu dihabiskan katanya walaupun baru pukul 1.15 tengah hari.

Kesibukan dunia tidak akan pernah surut!

Monday, August 14, 2006

Kahwin

Kahwin boleh atasi murung


NEW YORK: Adakah anda sunyi, tertekan, murung dan kesepian? Jika ya, penawar paling mujarab adalah berkahwin yang terbukti bukan setakat mengatasi masalah tekanan jiwa berkenaan tetapi dapat meningkatkan tahap dan kemampuan mental seseorang.


Ini bukan andaian tetapi hasil kajian terbaru sekumpulan saintis Amerika Syarikat yang diumumkan semalam.Malah, kesan keindahan dan kenikmatan perkahwinan itu terhadap pesakit atau penghidap kemurungan ternyata amat dramatik sehinggakan turut mengejutkan kalangan penyelidik bergelar profesor dan pelajar yang terbabit dalam kajian berkenaan. Hasil yang kami temui jelas bertentangan daripada apa yang dijangkakan, kata Adrianne Frech, pelajar doktor falsafah Sosiologi Universiti Ohio. Dia bekerjasama dalam kajian itu bersama Kristi William, profesor madya jurusan sama. Kami sebenarnya menjangkakan yang kemurungan seorang lelaki atau wanita akan menjadi lebih buruk apabila berkahwin. Tetapi ia terbukti sebaliknya. Adanya pasangan mampu mengurangkan simptom atau gejala akibat kemurungan berkenaan, kata Frech.

Frech membentangkan hasil penemuan mereka pada satu mesyuarat tahunan Persatuan Sosiologi Amerika di Montreal, Kanada, semalam.Menerusi kajian itu, penyelidik mengkaji 3,066 responden yang mengukur tahap gejala kemurungan seseorang seperti sukar tidur atau sering bersedih ketika individu itu bujang dan selepas berkahwin buat kali pertama.Mereka dapati kalangan yang murung mencatatkan pengurangan mendadak masalah tekanan jiwa itu. Orang murung sebenarnya memerlukan perhatian, layanan dan kemesraan. Itu semua hanya mampu dinikmati apabila berkahwin. Jika anda memulakan hubungan perkahwinan itu dengan penuh kegembiraan, maka usaha memulihkan masalah kemurungan itu tidak sukar, katanya.

Frech bagaimanapun berkata, jika seseorang itu tidak mengalami kemurungan, perkahwinan sebaliknya berkemungkinan memberikan kesan sebaliknya jika pasangan mereka mengalami masalah berkenaan. Mereka yang menikmati hidup bahagia ketika bujang akan mengalami masalah konflik atau berasa tersisih apabila berkahwin dengan pasangan murung. Reuters

Sumber : BH 16/08/2006

Hahaha ... bergantung jugak pada nasib. Langit tidak selalu cerah. Cinta berubah-ubah. Macam cuaca, mendung, kemarau, hujan dan gempa bumi. Tapi memang betul, hanya pasangan kita yang akan menemani kita di waktu-waktu kita amat memerlukannya. Contohnya bila waktu cuti dan cuti umum. Kawan-kawan kita akan sibuk dengan pasangan masing-masing. Mana ada masa nak meneman kita nih. Si bujangan akan sibuk mendail nama kawan-kawan dalam hp masing-masing ( Kalau nak jimatkan tel bil, delete nombor yang tak berkenaan). Haram mereka nak jawab. Bila pasangan depa tak lapang sahaja barulah terhegeh-hegej nak jumpa kita. Tahu pulak sunyi. Masa tu pulak kita jual mahal lah pura-pura sibuk.

Oh ... dia ada dusun. I like ! Tadi dia bawak rambutan, tapi bila digigit memancut-mancut airnya.

Friday, August 11, 2006

Umur


Rahsia umur panjang

BOSTON: Kepercayaan agama dan kerohanian adalah perkara yang kerap dinyatakan oleh mereka yang berusia 100 tahun ketika menceritakan rahsia panjang umur, menurut kajian yang ditaja oleh UnitedHealth Group.

Dalam kajian ke atas 100 orang yang berusia antara 100 dan 104, 24 peratus menyatakan kepercayaan berbanding genetik dan penjagaan kesihatan yang baik menjadi punca mereka panjang umur.

Faktor lain yang diberikan termasuk kerja keras, makanan yang sihat serta gaya hidup bersih. Sebanyak 61 peratus mereka yang dikaji menyatakan tiada apa yang perlu mereka lakukan lagi dalam hidup mereka manakala 78 peratus berkata mereka tidak lagi perlu berusaha keras.Kira-kira 13 peratus menyatakan, mereka berharap dapat peluang lebih banyak melancong manakala 9 peratus menyatakan mereka mengharapkan kerja yang lebih ringan ketika muda dan enam peratus berkata mereka kini mahu lebih banyak masa bersama keluarga. – Reuters

Kajian itu yang dilakukan oleh Evercare yang menyediakan pelan kesihatan untuk mereka yang sudah uzur atau menghidap penyakit kronik menunjukkan 30 peratus warga emas ini menganggap membesarkan anak-anak adalah pencapaian paling bermakna manakala 20 peratus merasa puas terhadap kerjaya mereka. – Reuters

Sumber ( BH 11/08/06)

Setakat ini kepuasan dalam hidup aku ialah bila dapat melakukan apa sahaja yang terdetik di hati. Contohnya semalam setelah menunggu hampir setahun lebih akhirnya dapat memiliki pokok Papyrus ( pokok ini di buat kertas di zaman dahulu di Mesir). Aku angkut sekali beberapa pokok yang susah di perolehi antaranya Sand Paper Leaf, another Kesidang dan Hunny Suckles. Penat tau nak angkut depa ni naik rumah sebelum dihantar ke kampung. Puas betul bila dapat pokok Papyrus itu akhirnya. Semua 4 jenis pokok yang aku beli berharga RM 34.00 berbaloi sungguh. Sebab beli dengan orang yang minat dengan bunga, bukan semata-mata memperdagangkan tumbuhan semata-mata. Depa tu kalau di tanya tentang pokok A-Z tahu ini yang aku suka bila berurusan dengan mereka.

Siri Tiramisu akhirnya sampai ke penghujung semalam, akhirnya cinta sejati menemui pengakhiran yang selayaknya. Tidak sia-sia menanti 3 tahun. Walau lelaki itu tidak pernah meluahkan rasa cintanya pada si gadis. Dia takut terluka sebab pengalaman lalu telah menjadikannya begitu. Tindakan yang dilakukan mendokumenkan segala apa yang berlaku memahat rasa cintanya ke dalam hati si gadis. Cinta kadang lebih bermakna tanpa diucapkan, ya pada titik genting masa dan nasib, akhirnya mereka dipertemukan kembali. Skrip yang mantap dan lakonan hebat. Ada tak CD dia di jual ya?

Thursday, August 10, 2006

Full dress

Rehearsal

Pagi ini ada 'full dress rehearsal' bersama Tun S. Kalaulah hidup kita ini ada 'rehearsal' pasti tidak ada jejak duka yang ingin kita tempuhi. Elok dan molek sahaja segalanya berlaku mengikut kehendak kita tanpa sebarang kesilapan.

Semalam, aku , M dan boss besar mengadap 'budget committee' untuk mendapatkan peruntukan tambahan bagi project digitization. Dari mula mereka dah kata memang sukar untuk menyakinkan committee, walau tahu datang untuk menyerahkan 'kepala disembelih' tapi M tetap cuba menerangkan apa yang patut. Aku hanya menyampuk sepatah dua sebab aku tahu dari mula lagi mereka sudah tidak berkenan maka banyak sahajalah alasan yang diberikan.

Aku memerhatikan orang-orang yang ada title Dato, Prof dan Dr. menegakkan benang basah untuk perkara yang mereka tidak mahir. Ohh! Kalau kamu ada title itu semua maka itu merupakan lesen untuk kamu tahu semua perkara dan semua orang perlu mengikut cara kamu, dan apa yang kamu fikirkan adalah benar?

Aku sudah membayangkan halangan-halangan ini berlaku dan sebab itulah aku menolak bila ditawarkan untuk mengemudi dept ini dulu. Aku hanya menjadi penasihat dan segala tugas mewujudkan dept ini telah aku laksanakan. Aku juga telah bentangkan pada Management Committee Meeting 3 tahun yang lalu.

Aku membayangkan kesukaran ini 3 tahun yang lalu. 3 tahun ini, M berhempas-pulas menyakinkan pihak management tentang apa yang dia perjuangkan. Mungkin mulai semalam, atau hari ini dia perlu bermula dari awal semula.

Ya! Kalaulah hidup ini hanya satu 'rehearsal' pasti semalam itu hanya bagai mimpi.

Wednesday, August 09, 2006

Harapan


NASIB

Hidup kita ini, dibina oleh penantian dan harapan. Banyak perkara hadir di luar aturan kita, tidak mampu kita kawal. Kadang-kadang nasib datang sengaja menguji kita. Dan kemudian, setelah puas melihat kita terkejut ia akan ketawa, meninggalkan kita terkial-kial.

Kita akan terus berusaha dan menanti dalam kebasahan sebuah rindu yang tidak berpenghujung!

Hari ini ada Pesta Tari Piala Tun S, aku berkira-kira nak 'mengular' dan menyusup di celah orang ramai dan menghayati tarian. Aku dah lama tak menonton tarian terutamanya Zapin yang pada pandangan mata kasar aku paling sesuai mewakili konsep tarian Melayu. Zapin punya ciri-ciri yang istimewa, tidak terlalu gemalai, tegap digayakan, unik, serta kadang lucu bila sekumpulan kanak-kanak menarikannya. Cukup menghiburkan.

Hidup kita bukankah tidak ubah seperti tarian? Kita berusaha mempelajarinya, mengejar ilmunya bila kita berminat. Asyik padanya untuk sekian waktu dan tiba waktunya bila muzik berhenti, persembahan kita telah sampai ke penghujungnya. Kita tidak pernah sedar ia telah sampai kepenghujungnya pun!

Tuesday, August 08, 2006

GRO


GRO

Hari ini rehersal untuk konvo berjalan seperti biasa. Sepanjang minggu setengah hari aku berkurung di Grand Hall. Sejuk dalam dewan ni. Kerja aku ala-ala GRO untuk seorang ketua pengarah sebuah kementerian. Aku tengah mencari wajah dia supaya dari jauh aku boleh sambut mesra masa dia menjejakkan kaki di univ aku ini. Layanan kena baik, tip-top namapun GRO. Univ booked khidmat aku untuk dia seorang. Kenapa aku yer?

Beberapa tahun yang lepas aku kena layan puak ibu bapa. Jadi tahun ini bila 'star-star' dah keluar dapat kerja baru, depa perlukan perkhidmatan aku pula untuk layan VIP. Aku tak kisah biasalah bila orang takder baru nampak kita ini. Hehehe ... 'aiman tak kisah'.

Semalam tandas di rumah sewa aku itu tersumbat. We all tak tahu nak buat apa. Aku pening bila masing-masing menuduh siapa punya 'kerja' hinggakan keadaan itu berlaku. Khidmat seorang 'plumber' diperlukan ketika itu. Mudah sahaja kerja tersebut diselesaikan olehnya. Bayar sahajalah RM 110 untuk kerja 'teruk' dia selama beberapa minit. Oh! Khidmat itu termasuk jaminan selama sebulan. Bila berlaku 'pengapungan' semula, dia akan datang 'menyelesaikannya' dengan percuma.

Monday, August 07, 2006

Debaran

DEBARAN

Tahun lepas seorang kawan beriya-iya suruh aku keluarkan EPF untuk dilaburkan di Unit Trust. Aku dah siap isi borang segala dan entah macamana hati aku terdetik semula. Biasanya kalau hati aku berbelah-bahagi ni mesti ada sesuatu yang tidak kena. Aku call kawan aku itu dah suruh dia batalkan pengeluaran aku itu dan aku inform KWSP sendiri bahawa aku nak membatalkan pengeluaran yang dibuat. Walaupun aku hilang kawan, tapi akhirnya aku terselamatlah jugak. Memanglah pelaburan di Unit Trust tidak menjanjikan keuntungan, bila-bila masa boleh rugi. Bila baca laporan akhbar 2 hari lepas. Aku menarik nafas lega.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Nordin Abdul Hamid yang terkejut dengan laporan bahawa jumlah terkumpul kerugian ekoran pengeluaran caruman untuk tujuan tersebut berjumlah RM600 juta, mahu kerajaan campur tangan.”

Minggu lepas juga masa aku ke KL tu, something happen. The interview so-so jer but after the interview tu yang aku panic. Bila aku sampai di KTM Serdang, aku ke tempat kereta aku parking, kereta aku takder. Bayang dia tak nampak pun. Masa tu dah dekat nak Maghrib. Aku ingatkan kereta aku dicuri, rupanya kena tunda dengan MPSJ. Sia-sia jer kena membayar RM 134 kat depa. Yelah, tempat parking tak cukup, aku nak cepat jadinya aku main parking ikut done jerlah. Rupa-rupanya tempat tu Zon Tunda.

Lagi satu perkara yang mengharukan, aku beli 5 helai baju di Sogo saiz M. Everything is ok tapi aku tak perasan pulak saiz baju itu lebar di bahagian bahu. Membazir tul. Ingatkan ok lah kan. Inilah padahnya kalau membeli-belah dengan tergesa-gesa. Cadang nak bagi kat Man jerlah nanti.

Hujung minggu aku balik kampung sorang. Yana gi dating. Kalau aku tahu dia pergi dating mahu jer aku sound. Dia kata kat aku dia nak gi shopping dengan Julie. Pandailah. Patutlah dia senyap jer tak call. Takut aku marah ler tuuh. Dia dah besar panjang tapi kami tetaplah risaukan. Mana boleh percaya kat orang zaman sekarang ni kan?

Ohhh … aku beli ‘water Canna’, tumbuhan air untuk menggantikan tumbuhan dalam pasu di rumah. Harganya Cuma RM 12 dan aku dapat dua pasu. Harap dia sempat berbunga masa raya nanti.

Thursday, August 03, 2006

Success

Success

"Success will not come easily. Those who work hard will have the chance to be included in that group. And I know you are one of the members of the winning team."

"Dont let other determine your future. The world is full with oportunity . Grab it before its slip away!"

Thanks Sue for the interesting quotes. I malas pulak nak menulis apa-apa hari ini. Ada benda besar yang berlaku dan perlu diselesaikan pada hari ini di KL.

Wednesday, August 02, 2006

Bersalin

CUTI BERSALIN

Bila adik I Julie dapat anak pertama pada tahun pertama perkahwinannya hidupnya berubah terus. Kepenatan menjaga anak kecil yang tidak terhingga dan terpaksa bekerja hingga lewat malam setiap hari. Bila balik kampung dan si Aiman yang kerap menangis malam dan hanya akan memberi response terhadap ibunya cukup membuatkan Julie kepenatan. Kadang terfikir begitu 'azab' sekali proses membesarkan seorang bayi menjadi seorang insan. Aiman pula selalu demam dan sakit-sakit Julie kerap juga bercuti disebabkan masalah bayinya. Inilah antara dilemma mempunyai anak kecil dan kerjaya yang perlu dipertahankan.

Rasional mohon cuti bersalin 84 hari
Oleh Nor Affizar Ibrahim (BH 2/8/2006)

Lebih 119 negara maju, dunia ketiga menepati ketetapan Konvensyen Seal 183

APAKAH pentingnya atau kebaikan yang timbul apabila tempoh cuti bersalin dilanjutkan daripada 60 hari kepada 84 hari untuk pekerja wanita di negara ini? Apakah rasional di sebalik tambahan cuti itu, adakah permintaan itu hanya bersifat peribadi atau wanita memang sengaja meminta-minta cuti tambahan itu demi kepentingan diri semata-mata? Tidak cukupkah daripada 42 hari kepada 60 hari dan kini berterusan mendesak, menjadikannya 84 hari?Barangkali, persoalan dan kenyataan seumpama ini yang berlegar di fikiran ramai, terutama di kalangan tidak mengerti atau memahami kenapa perkara itu diutarakan. Malah, persoalan lain turut timbul mengapakah pula perkara ini hanya dibangkitkan wanita?Jawapannya mudah, wanita yang mengandung, melahirkan anak dan mengambil cuti bersalin. Jadi, sudah pasti ia dibangkitkan wanita, tetapi jika hukum alam berlaku sebaliknya, tidak mustahil lelaki juga akan menyuarakan perkara sama.

Sebenarnya, bagi memahami dan menerima cadangan melanjutkan tempoh cuti bersalin, sewajarnya keadaan itu tidak hanya dilihat sebagai isu wanita saja. Sebaliknya, perkara ini perlu dilihat secara menyeluruh yang dikatakan memberi impak kepada pembangunan ekonomi dan sosial negara serta bakal generasi tenaga kerja pada masa depan.Pengerusi Jawatankuasa Wanita Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Noorlaila Aslah, berkata selain melahirkan zuriat, pekerja wanita juga banyak berkorban dan memberi sumbangan kepada ekonomi dan pembangunan negara. Oleh itu, sewajarnya pengorbanan dan sumbangan itu dihargai dengan menjaga keperluan kesihatan dan sosial mereka.Beliau berkata, antara pentingnya melanjutkan cuti bersalin ialah untuk memberikan masa rehat mencukupi kepada wanita yang baru bersalin dan juga memberinya ruang untuk menyusu bayi mereka, selain dapat memberi perhatian sepenuhnya kepada anak baru dilahirkan.

Ini berikutan, secara umum hubungan dan penyusuan ibu memberi kesan dari segi psikologi serta fizikal kepada kedua-dua ibu dan bayi. Wanita bukan saja menjadi tenaga kerja, tetapi juga melahirkan generasi guna tenaga pada masa depan. Jika kebajikan dan kesejahteraan wanita tidak dijaga serta dipandang remeh, bagaimanakah mereka dapat melahirkan guna tenaga kerja produktif yang diperlukan negara pada masa depan, katanya ketika dihubungi Berita Harian di Kuala Lumpur, baru-baru ini. Noorlaila berkata, sejak beberapa tahun lalu, kesatuan ada mengusulkan cadangan supaya cuti bersalin untuk pekerja wanita sama ada sektor swasta mahupun kerajaan diselaraskan kepada 90 hari. Gesaan itu sejajar dengan ketetapan Pertubuhan Buruh Kebangsaan (ILO) yang dibuat melalui Konvensyen Seal 183 Metaliti Protection 2000. Ketetapan itu menggariskan sekurang-kurangnya 12 minggu cuti bersalin, walaupun 14 minggu adalah cuti yang dicadangkan oleh ILO. Selain itu, perlindungan kesihatan ibu dan anak yang ditetapkan ILO juga ialah majikan wajar menyediakan keperluan tertentu sepanjang tiga fasa kehidupan reproduktif wanita - kehamilan, melahirkan bayi dan selepas bersalin. Hasil ketetapan berkenaan, lebih 119 negara di dunia sudah pun menepati piawaian ILO itu pada masa ini termasuk negara maju dan beberapa negara dunia ketiga seperti Laos dan Vietnam.

Tambahan cuti bersalin kepada 90 hari sudah lama disuarakan MTUC, tetapi hingga kini hanya ada Akta Pekerjaan 1955 yang memberi cuti bersalin sekurang-kurangnya 60 hari kepada pekerja wanita. Pelaksanaan itu pula tidak semua kerana bagi majikan di sesetengah sektor swasta ada yang menetapkan beberapa syarat tertentu sebelum cuti bersalin itu dapat dimanfaatkan pekerja wanita. Jadi, selepas lama menyuarakan isu ini, kesatuan amat berharap cadangan melanjutkan cuti bersalin dari 60 hari ke 84 hari dapat diterima. Lebih-lebih lagi, difahamkan Singapura sudah pun menerimanya tahun lalu, katanya yang turut kecewa ada segelintir majikan tidak prihatin dengan kebajikan pekerja wanita.

Noorlaila berkata, persepsi bahawa cuti bersalin terlalu panjang akan menyebabkan pekerja wanita lebih selesa duduk di rumah dan akhirnya, mengambil keputusan berhenti kerja selepas beberapa bulan kembali bertugas tidak wajar dijadikan alasan untuk menolak cadangan berkenaan. Tenaga pekerja berhenti kerja sama ada lelaki atau wanita adalah fenomena biasa dan berlaku di mana-mana sektor pekerjaan, katanya.Mengenai aspek seperti kewangan, produktiviti dan daya saing di sesebuah organisasi beliau berkata, perkara ini tidak patut timbul kerana jika wanita bersalin diberi rehat yang mencukupi, kesihatan lebih baik dan apabila kembali bertugas mereka boleh menyumbangkan tenaga dengan lebih produktif. Kajian juga sudah pun membuktikan, wanita adalah tenaga pekerja yang rajin dan sering memberikan komitmen dalam tugas mereka di samping begitu berperanan penting dalam pelbagai industri utama.Memperkatakan kebimbangan pihak tertentu jika berlakunya segelintir majikan meletakkan kuota tertentu dalam pengambilan pekerja wanita kerana tidak mahu menanggung risiko cuti bersalin yang panjang, Noorlaila menegaskan, sikap itu jelas menunjukkan mementingkan diri sendiri dan ketidakprihatinan majikan.Cuti bersalin bukan saja isu wanita, tetapi isu pembangunan keluarga, sekali gus ada kaitan jalinan hubungan suami dan isteri serta membina kehidupan institusi keluarga. Kita juga tidak mahu wanita terus dipersalahkan menjadi punca kerapuhan institusi keluarga dan gagal mendidik anak sehingga terjebak dengan gejala sosial tidak sihat.

Cuba bayangkan pula apakah akan berlaku jika wanita pula menetapkan kuota atau memboikot terus untuk tidak melahirkan anak kerana ingin bekerja. Adakah pembentukan institusi keluarga ini dapat dibina? Jika wanita tidak mahu melahirkan anak, adakah negara dapat menyediakan sumber tenaga kerja kelak? Perkara seumpama inilah harus difikirkan kerana ketika ini sudah pun ada segelintir wanita yang lebih banyak menumpukan kerjaya sehingga enggan mendirikan rumah tangga. Apa akan terjadi jika golongan kecil ini semakin bertambah bilangannya dan adakah kita ingin terjadi seperti di Singapura yang mana kerajaan terpaksa mengadakan kempen menggalakkan kehamilan, katanya.Kesimpulannya, cadangan melanjutkan cuti bersalin daripada 60 hari kepada 84 hari bukan demi memenuhi hak wanita sebagai tenaga kerja saja, tetapi juga untuk memikirkan kesan jangka panjang yang bakal dihadapi masyarakat dan negara kelak.

Ibu pasti penat selepas 9 bulan mengandung

PERMINTAAN melanjutkan cuti bersalin bukan saja berasas, tetapi juga mesti dilihat secara positif oleh semua pihak agar hak, kepentingan dan kebajikan pekerja wanita sentiasa diberikan perhatian serta dinilai dari aspek kemanusiaan serta fitrah semula jadi wanita itu sendiri.

Presiden Persatuan Pekerja Wanita Malaysia (Perwanis), Silam Hassan, berkata cadangan melanjutkan tempoh cuti bersalin daripada 60 hari kepada 84 hari seharusnya tidak perlu lagi dikaji kerana penyelidikan terperinci kesan baik buruknya terhadap semua negara di dunia sudah pun dibuat Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) sebelum resolusi ditetapkan. Beliau berkata, kajian keseluruhan kesan kebaikan dan keburukan cuti panjang bersalin dibuat ILO tidak saja terhad kepada negara maju dan membangun, tetapi juga merangkumi negara yang mana pertumbuhan ekonominya kurang memberangsangkan seperti di India dan Vietnam.Keputusan untuk menambahkan cuti bersalin tidak harus dilihat di kalangan wanita yang tidak berminat bekerja, tetapi mestilah mengambil kira mereka yang ingin terus menyumbangkan tenaga dan sama-sama membantu meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara. Lagipun, wanita menyumbangkan hampir separuh daripada tenaga kerja di Malaysia, katanya.

Sehubungan itu, beliau menggesa pelaksanaan cuti bersalin tiga bulan dibenarkan kepada pekerja wanita di negara ini. Pelaksanaannya mungkin boleh dipertimbangkan dengan pelbagai cara pilihan termasuk, dua bulan cuti bergaji penuh dan sebulan lagi ditanggung menerusi skim Pertubuhan Keselamatan Pekerja ataupun pilihan cuti tanpa bergaji oleh pekerja wanita berkenaan.Silam berkata, dengan adanya peruntukan seperti itu mengelakkan diskriminasi terhadap wanita selepas pantang. Kontrak pekerjaan mereka juga lebih terjamin apabila tempoh cuti itu tamat dan boleh bekerja semula di tempat sama. Faedah ini diharapkan dapat dijadikan satu undang-undang dalam akta supaya semua pekerja wanita mendapat faedah penuh peraturan itu sama ada mereka yang bekerja dengan kerajaan ataupun di sektor swasta.

Silam turut menegaskan, pembangunan negara mestilah seimbang dan tidak hanya menumpukan pada aspek ekonomi, politik serta sosial, tetapi pembangunan manusia juga mesti dilihat penting dan berperanan besar sebagai pemangkin membentuk sesebuah negara maju. Tiada guna jika sesebuah negara itu hanya maju dari segi ekonomi sedangkan, tanggungjawab sosial diabaikan. Justeru, pembangunan produktiviti dan manusia perlu stabil serta seimbang, sekali gus membolehkan negara mencapai Wawasan 2020 seperti dicita-citakan.Perubahan minda perlu ada untuk membuat sesuatu keputusan yang memberikan kebaikan kepada semua. Selepas sembilan mengandung dan bersalin, wanita tentu penat apabila terpaksa melalui semua itu.

Jadi, janganlah dipaksa wanita bekerja kerana ia tidak mungkin membantu meningkatkan reputasi organisasi,katanya. Silam turut mencadangkan kepada Kementerian Kesihatan bekerjasama supaya membuat kajian terhadap bilangan statistik tenaga kerja wanita di negara ini yang terpaksa mengambil cuti sakit selepas beberapa bulan kembali bekerja daripada cuti bersalin.Berdasarkan aduan diterima, ada pekerja wanita yang terpaksa kerap mengambil cuti sakit selepas bersalin kerana keadaan kesihatan kurang memuaskan selepas bersalin, selain ada yang terpaksa mengambil cuti kerana bayi perlu membuat pemeriksaan kesihatan pada tempoh tertentu dalam peringkat tumbesaran.

Katanya, senario pembangunan yang lebih mencabar dan kos kehidupan semakin meningkat pada masa kini tidak mungkin membuatkan wanita menjadi suri rumah sepenuh masa sebaliknya, mahu tidak mahu mereka harus keluar bekerja dan sama-sama membantu suami menambahkan sumber pendapatan keluarga.Menangkis alasan akan berlaku kesan kekurangan tenaga kerja dalam bidang pekerjaan kritikal seperti pendidikan, perubatan, penyelidikan dan pengurusan tertinggi pentadbiran apabila dibenarkan pekerja wanita cuti bersalin yang lama, Silam berkata, perkara itu sukar diterima

Berhenti kerja selepas dapat anak

DI KEBANYAKAN negara di dunia, pekerja wanita yang hamil menghadapi ancaman kehilangan pekerjaan, cuti tanpa gaji dan risiko kesihatan ekoran kekurangan aspek penjagaan keselamatan oleh majikan.

Sedangkan, pendapatan wanita adalah penting untuk menyumbang kepada keperluan keluarga dan rumah tangga di kebanyakan negara itu. Malah, kajian pernah dibuat beberapa tahun lalu juga menunjukkan kira-kira 30 peratus wanita menjadi penyumbang utama kepada keluarga dan rumah tangga di dunia. Di Malaysia, sumbangan pekerja wanita dalam ekonomi negara juga dilihat penting. Pembabitan wanita dalam pasaran buruh didapati meningkat daripada 44.8 peratus pada 2000 kepada 46.7 peratus pada 2002 dan 47.7 peratus pada 2003. Jika diteliti, sejak tahun 70-an apabila negara beralih kepada sektor perindustrian, wanita adalah kumpulan besar yang membantu pembangunan ekonomi negara.

Tetapi, kecenderungan wanita untuk berhenti kerja selepas melahirkan anak pertama juga adalah satu aliran berterusan di Malaysia menyebabkan peratusan wanita bekerja di negara ini berkurangan. Walaupun, pekerja wanita hamil di negara ini boleh dikatakan mendapat faedah lebih baik, berbanding negara lain, tetapi belum dapat menjamin kesejahteraan pekerja wanita.Ini termasuk, cuti bersalin 60 hari diberikan kepada pekerja wanita yang termaktub dalam Akta Pekerja 1955. Malah, laporan Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) menyebut, Malaysia adalah antara 25 daripada 152 negara menyediakan cuti bersalin selama 60 hari atau kurang. Justeru, memenuhi ketetapan Pertubuhan Buruh Kebangsaan yang dibuat melalui Konvensyen Seal 183 Mentalilti Protection sudah sampai masanya, cuti bersalin bagi pekerja wanita di negara ini patut diselaraskan.

Bagi wanita di negara ini khususnya di sektor awam tentu berasa lega apabila Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil turut menyokong cadangan melanjutkan tempoh cuti bersalin daripada 60 hari kepada 80 hari.Baru-baru ini, Shahrizat turut menyatakan, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menunjukkan reaksi positif mengenai cadangan yang dibuat kementerian itu dalam memberi kemudahan cuti bersalin kepada kakitangan awam wanita di negara ini. Perkara itu dijangka akan dibawa ke Kabinet secepat mungkin. Jika ini menjadi kenyataan, pastinya ia membawa khabar berita yang menggembirakan bagi wanita di Malaysia kerana ia juga sejajar dengan hasrat dan janji kerajaan untuk memberi hak serta menjaga kepentingan wanita dalam segala aspek kehidupan.

INFO: Cuti bersalin di beberapa negara di dunia
· Malaysia 60 hari
· China 90 hari
· India 12 minggu
· Iran 16 minggu
· Laos 90 hari
· Myanmar 12 minggu
· Pakistan 12 minggu
· Filipina 60-78 hari
· Thailand 90 hari
· Vietnam 120 hari
· Afrika Selatan 16 minggu
· Itali 17 minggu
· Kanada 17 minggu
· Republik Czech 28 minggu
· Sepanyol 16 minggu

FAKTA:
Antara ketetapan yang dicapai dalam Persidangan ILO di Geneva mengenai pekerja hamil:


· Dalam artikel (3) Peruntukan Perlindungan Kesihatan Pekerja Wanita memperuntukkan bahawa mana-mana pekerja wanita terutama yang hamil dan menyusui bayi berhak mendapat perlindungan kesihatan semasa bekerja.


· Pekerja wanita diberi hak mendapat cuti bersalin selama 14 minggu dengan bergaji sebanyak dua pertiga, berbanding 12 minggu sebelumnya. Ini termasuklah jaminan waktu rehat untuk ibu menyusui bayi mereka.


· Dalam Artikel 10 ketetapan dibuat terhadap kepentingan penyusuan ibu. Ia demi memastikan kesihatan ibu dan anak. Justeru, pekerja wanita diharapkan dapat diberi satu atau lebih cuti rehat atau diberi sekali atau lebih pemotongan masa untuk menyusui bayinya. Majikan boleh membenarkan (memberikan pelepasan) pekerja wanita untuk menyusui bayi mereka sama ada pada waktu rehat atau sebelum pulang ke rumah selama setengah jam.


· Dalam Artikel 5, ketetapan dibuat meluluskan cuti sakit kepada pekerja wanita sekiranya kesihatan mereka tidak mengizinkan atau terdapatnya sebarang komplikasi semasa mengandung atau selepas cuti bersalin.


· Dalam Artikel 8 ialah mengenai perlindungan pekerja dan tidak ada sebarang diskriminasi oleh majikan terhadap mana-mana pekerja wanita denga pekerja lelaki yang lain. Artikel ini juga banyak menyentuh mengenai perlindungan semasa mengandung, masa cuti bersalin dan cuti yang berkaitan dengan komplikasi semasa dan selepas kelahiran.


· Majikan perlu memastikan bahawa pembuangan pekerja wanita itu tiada kaitan langsung dengan kehamilan atau cuti bersalin pekerja berkenaan. Sekiranya tiada sebab yang munasabah pekerja wanita itu boleh mempertikaikan semula dengan mengambil tindakan undang-undang terhadap majikan.

Tuesday, August 01, 2006

Gemuk


Wanita gemuk pilihan lelaki lapar

LONDON: Tahap kekenyangan lelaki mampu mengesan jenis wanita yang digemarinya, menurut kajian penyelidik Britain yang mendapati semakin lapar seseorang lelaki, semakin mereka tertarik kepada wanita gemuk.

Kajian ke atas 61 penuntut lelaki sebuah universiti mendapati mereka yang lapar lebih tertarik kepada wanita berbadan gempal berbanding lelaki yang kekenyangan.Lelaki yang lapar juga tidak begitu memberi perhatian kepada bentuk tubuh wanita dan menyifatkan wanita dengan bentuk tubuh kurang menggiurkan lebih menarik dan perkara sebaliknya berlaku kepada lelaki kekenyangan.Kajian berkenaan disiarkan dalam The British Journal of Psychology.

Walaupun masih belum jelas bagaimana kelaparan mempengaruhi tarikan, penyelidikan terdahulu mendapati faktor sosial, kebudayaan dan psikologi terbabit.Dalam sesetengah masyarakat yang makanan adalah sumber terhad seperti di Pasifik Selatan, golongan berbadan gempal disanjung manakala di kawasan yang makanan mudah didapati, seperti di Barat, wanita kurus lebih digemari.

Penyelidikan menyebut, apa dicari pada pasangan ialah peluang terbaik mendapat anak sihat dan dalam persekitaran yang makanan sukar didapati, wanita gemuk dianggar pertaruhan terbaik untuk tujuan itu. – Agensi ( BH 1 Ogos 2006)

Kelaparan apa yer? Dalam jugak maknanya tu. Wanita gemuk pada pendapat saya lebih rasional, tidak memilih, bijak dan mudah dikawal. Maknanya, kalau lelaki memberikan kasih sayang padanya dia akan setia dan taat selamanya. Mereka tidak menimbulkan banyak kerenah di samping mempunyai suara yang menggoda(sedap).

Semalam sempat ke JJ Taman Equine. Ok gak dapatlah sehelai dua baju. Tapi tempat yang paling best beli baju ialah kat Sogolah. Insyaallah hari Khamis ni nak ke sana.