Monday, October 27, 2003

BAHAGIA

Seingat, aku jarang menulis tentang kegembiraan. Segalanya bagai nada duka dan titik gelap kelam yang aku bayangkan dalam diri aku sendiri. Apa yang kita percaya dan bayangkan itulah sebenarnya apa yang kita akan perolehi. Selama ini aku membayangkan begitu banyak tragedi yang berlaku. Hingga aku terlupa bahawa aku telah bertindak kejam terhadap diri sendiri. Ada yang sepatutnya boleh dielakkan jika aku mahu.

Bagaimana mungkin kita dapat membahagiakan orang-orang disekeliling kita, jika kita sendiri tidak bahagia. Kemurungan sepatutnya tidak perlu diendahkan sangat. Luaran bukanlah gambaran sebenar peribadi seseorang. Wajah menawan belum tentu memiliki sikap yang menyenangkan. Bersikap positif dan pandai membawa diri itu lebih utama. Aku sedar benda-benda kejiwaan inilah yang lebih utama dan perlu ditekankan.

Aku perlu menciptakan kegembiraan dan memberi peluang memiliki kebahagiaan untuk diri aku sendiri. Aku perlu menghargai diri dan apa yang aku ada. Selama ini aku tidak sedar walau sekelumit pun ada insan-insan yang begitu mengambil berat , menyayangi dan begitu sabar dengan setiap kerenahku. Aku malu sendiri, kenapalah aku begitu sukar atau buta dari melihat itu semua. Tiada apa yang mustahil untuk dikecapi atau dimiliki. Aku perlu berusaha untuk membahagiakan diri aku sendiri mulai saat ini, ramadhan pertama 2003!

OCCINDENTAL STUDIES : MENJELAJAH MINDA EROPAH

Eropah mengambil formula keilmuan untuk membentuk tamadun mereka, seiring dengan pembentukan pemikiran dan minda manusia itu sendiri. Mereka berusaha untuk meningkatkan segala potensi pemikiran manusia agar berkembang dalam tahap yang paling tinggi bagi memanfaatkan ilmu-ilmu yang dipelajarinya dari tamadun keilmuan Islam. Hasil dari agenda bersepadu pendidikan inilah mereka telah berjaya mempertingkatkan sesuatu bidang ilmu sehingga ilmu itu berkembang merentasi zamannya, malah mendahului zamannya.

Roger Garaudy, seorang pemikir besar Peranchis telah menentang keras sikap membuta tuli Barat Eropah terhadap Islam dan mengingatkan hutang budi Eropah kepada Islam yang tidak putus-putus membantu pengetahuan Barat dan menyuburkan seni, sains, sastera dan falsafah. Bahkan Garaudy berkesimpulan bahawa Timur lebih jauh maju daripada Barat Eropah yang belum cukup beradab, menjajah dan memanipulasi hasil bumi serta menebal rasisnya. Garaudy menyuarakan pandangannya itu dalam awal tahun 1980-an dan kebenaran pandangannya tetap relevan sehingga kini.

Dalam ketekunan mereka dalam bidang kajian ini, mereka mengkaji juga segala sesuatu yang melibatkan orang-orang timur, dari segi budaya dan bahasanya, sehingga kepada sistem kepercayaan agama dan adat istiadat mereka. Jangan terkejut kalau kita lihat orang barat membuat kajian tentang negara kita untuk tesis Phd mereka. Kajian ini telah dijalankan sejak beberapa lama dulu , iaitu yang dikenali sebagai kajian"ketimuran" atau oriental studies.

Sejarah Barat Eropah adalah sejarah berperang. Mereka menawan bangsa-bangsa bukan Eropah dengan begitu kejam dan mendirikan negara-negara baru dan mempayar-empayar mereka. Sasterawan Inggeris, Joseph Conrad dalam Nostromo: A Tale of the Seaboard menulis , "Kita orang Barat akan menentukan siapa penduduk asli yang baik atau yang jahat untuk mewakili kita. Kita ciptakan mereka, kita ajarkan mereka cara berfikir dan berbicara, dan ketika mereka memberontak, mereka hanya menegaskan pandangan kita terhadap mereka sebagai anak-anak yang bodoh". Inilah sesungguhnya yang dirasakan oleh Amerika dan Eropah bahawa kemerdekaan yang diharapkan adalah kemerdekaan yang mereka persetujui. Yang lain dari perspektif mereka tidak akan disetujui.

Pemimpin kita pula membangkitkan tentang sejarah ringkas Eropah dengan segala agenda dan strategi mereka untuk menguasai fizikal dan mental umat manusia di seluruh dunia. Mereka agak berjaya dalam menguasai bangsa-bangsa di dunia, khususnya negara-negara membangun, iaitu dengan terlaksananya beberapa perubahan baru dalam iklim dunia. Mereka dapat mengembangkan sayap ekonomi dengan menubuhkan syarikat multinational dan industri mereka dengan dasar globalisasi dengan kuasa yang dipaksakan ke atas negara membangun. Negara-negara Islam yang kaya pula merasakan bahawa baratlah tempat mereka bergantung tanpa mereka sedari yang mereka dipergunakan.

Amat bertepatan jika kita mengambil langkah dan usaha untuk mengkaji pula pemikiran , taktik dan tindakan Eropah dan barat atau Occidental Studies untuk benar-benar memahami tindakan fizikal dan psikologi mereka keatas kita, budaya dan cara pemikiran mereka serta perubahan persekitaran dan sikap yang mempengaruhi tindakan mereka.

Cadangan untuk mengkaji dan menyelidik bangsa Eropah dari segenap aspeknya merupakan cadangan yang amat konkrit dan sesuai dengan peredaran zaman ketika ini. Kalau selama ini mereka sahaja yang mengkaji tentang orang Timur, memahami cara berfikir dan cara hidup serta agama orang Timur, maka telah tiba masa kita pula mengkaji budaya, pemikiran, cara hidup dan segala kemelut yang wujud dalam segala tindakan dan mentaliti mereka.

Media Barat telah mencapai kejayaan yang agak besar dalam mencorakkan pandangan umum dunia seluruhnya tentang dakyah jahat mereka menggambarkan Islam dengan imej buruk. Sekiranya bangsa Eropah dan Barat telah berusaha menggunakan segala peralatan dan teknologi moden, dan menggunakan segala kekuatan minda dan pemikiran mereka, termasuk kekuatan pertahanan dan persenjataan mereka menentang segala sasaran manusia yang mereka anggap sebagai "musih" mereka, maka umat Islam seharusnya melakukan perkara yang sama untuk mempertahankan maruah dan kehormatan mereka sendiri.

Mengkaji kemajuan dan kemunduran bangsa Eropah, membaca segala yang tersurat dan tersirat di dalam kepala dan minda mereka haruslah diusahakan dengan segera namun tidak kedengaran lagi perkara ini dibangkitkan setelah disuarakan oleh peminpin negara kita pada awal tahun ini. Adakah perkara ini satu gimik dan bersifat bermusim?

Sunday, October 26, 2003

Fields Of Gold

You'll remember me when the west wind moves
Upon the fields of barley
You'll forget the sun in his jealous sky
As we walk in fields of gold
So she took her love for to gaze awhile
Upon the fields of barley
In his arms she fell as her hair came down
Among the fields of gold

Will you stay with me, will you be my love
Among the fields of barley?
We'll forget the sun in his jealous sky
As we lie in fields of gold
See the west wind move like a lover so
Upon the fields of barley
Feel her body rise when you kiss her mouth
Among the fields of gold

I never made promises lightly
And there have been some that I've broken
But I swear in the days still left
We'll walk in fields of gold
We'll walk in fields of gold

Many years have passed since those summer days
Among the fields of barley
See the children run as the sun goes down
Among the fields of gold
You'll remember me when the west wind moves
Upon the fields of barley
You can tell the sun in his jealous sky
When we walked in fields of gold
When we walked in fields of gold
When we walked in fields of gold

Sting & Police

Kala aku mendengar lagu ini, bagai aku berada di kawasan perbukitan. Di tengah padang luas saujana pandangan . Angin menampar lembut pipi. Dingin mencengkam dan terkenangkan seseorang. Di situ, di suatu sudut memori. Kalaulah aku dapat mengecapi suasana ini alangkah bahagianya.

Pagi Ahad, Wan ke Melaka untuk menyambut birthday dengan si dia sejak semalam lagi. Aku keseorangan, pergi bersarapan sendirian di Presint 8. Rasa menyesal pula tidak balik ke TK. Rindu kat mak ( alah baru seminggu tak balik). Call Yana, mak tengah bertungkus lumus menyiapkan langsir yang aku beli minggu lepas. Mak memang macam tu, selagi tak siap dia tidak akan berganjak dari mesin jahitnya itu.

Hari ini nak bermalasan sahaja, mungkin ke IOI mall jenjalan. Tapi aku kalau keluar mestilah hendak membeli sesuatu, tu yang aku malas tuh. Baju raya ayah tak beli lagi, untuk mak tinggal nak beli kasut jer. Baju rasanya mak dah ada beberapa pasang yang baru, termasuk yang Uncle Botak bagi. Yana pula tinggal bayar untuk upah jahit. Ada 3 pasang baju fesyen Kemboja ker apa tu yang dia tempah. Untuk aku malas ler nak beli, pakai baju Melayu tahun lepas jerlah sebabnya aku jarang pakai baju Melayu. Baju yang bakal adik ipar aku bagi masa bertunang tu pun aku tak hantar untuk jahit lagi. Rasa malas nak menyambut raya tahun ni. Sudah tua mungkin, atau tiada sebab untuk merayakannya seperti tahun lepas. Tiada sumber inspirasi :)

Esok baru nak mula berpuasa. Seronok rasanya, rasa bersemangat pula. Masa bertugas dari 8.30 pagi hingga 4.30 petang, masa rehat dipendekkan 30 minit sahaja. Satu pembaharuan yang tidak terduga yang di buat oleh HR. Mereka ini kadangkala ada juga terfikir tentang kebajikan pekerja "once in the blue moon". Mungkin telah insaf agaknya sempena Ramadhan ini.

MENDEKATI JACQUES CHIRAC

Pada 17 Oktober Presiden Peranchis , Jacques Chirac menghalang Kesatuan Eropah (EU) daripada mengeluarkan kenyataan keras yang mengutuk komen Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad mengenai kaum Yahudi. Chirac dengan sokongan Perdana Menteri Greek Costas Simitis membantah tindakan sidang kemuncak EU memasukkan satu kenyataan ringkas dalam kenyataan setebal 19 muka surat yang mengutuk komen Dr. Mahathir itu pada Sidang Kemuncak Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) Ke-10 di Putrajaya.

Siapakah Jacques Chirac?

Jacques Rene Chirac dilahirkan di Paris pada 29 November 1932. Bapanya merupakan seorang kerani bank sebelum menjadi eksekutif sebuah syarikat kapal terbang. Chirac lulusan institusi terkenal Lycee Carnot dan Lycee Louisle-Grand yang berprestij pada 1950. Dia bekerja seketika di atas kapal kargo tetapi pulang ke Paris dan memasuki Institut d'Etudes Politiques, universiti yang khusus menyediakan tenaga politik dan perkhidmatan awam negara Eropah tersebut.

Pada 1953, beliau mendaftar di Universiti Harvard. Pada 1959, beliau lulus pula dari Ecole Nationale d'Administration, sebuah sekolah elit bagi perkhidmatan awam. Sebagai seorang pegawai tentera Chirac cedera parah dalam perang kolonial berdarah dengan Algeria.

Ketokohannya bermula dalam dekad 1960-an. Pada 1960, Chirac memulakan karier yang panjang bersama kerajaan dengan bekerja sebagai juruaudit di pejabat perakaunan. Menjelang 1962, dia menyertai kakitangan Perdana Menteri Georges Pompidou. Di bawah Pompidou, Chirac menjadi Timbalan Setiausaha Negara, di mana dia menangani masalah pengangguran.

Pada 1967 Chirac dipilih ke Perhimpunan Kebangsaan dan memainkan peranan penting dalam berunding dengan pelajar dan pekerja yang mogok pada 1968. Apabila De Gaulle meletak jawatan dan Pompidou menjadi Presiden pada 1969, Chirac dilantik sebagai Setiausaha Negara bagi ekonomi dan kewangan. Dia kemudian dilantik pula sebagai Menteri Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar, sebelum menjadi Menteri Dalam Negeri. Chirac dipilih sebagai Datuk Bandar Paris pada 1977 dan sekali lagi terpilih menganggotai Perhimpunan Kebangsaan.

Chirac mendapat jolokan "Le Bulldozer" kerana kemahirannya menyelesaikan banyak benda semasa menjadi anggota kabinet Perdana Menteri Georges Pompidou. Tetapi Chirac bukan manusia suci. Dia juga tidak menghiraukan kritikan dunia ketika Peranchis menguji senjata nuklearnya pada tahun 1995.

Sesudah 2 kali menjadi Perdana Menteri dan Datuk Bandar selama 18 tahun sejak 1977, akhirnya beliau menjadi Presiden selapas percubaab ketiga pada 1995. Ini dilakukan selepas beliau meninggalkan dasar pasaran bebas dan menyokong dasar kebajikan. Beliau mengamalkan polisi jimat cermat demi membolehkan Peranchis memasuki sistem kewangan euro. Ini menyebabkan kekalahan partinya dalam pilihanraya umum 1997. Akibatnya beliau terpaksa berkongsi kuasa dengan pemerintah sosialis. Malah imejnya jatuh teruk kerana dakwaan rasuah sewaktu menjadi Datuk Bandar Paris, tetapi Chirac didapati mempunyai kekebalan politik dan tidak boleh didakwa di nahkamah.

Imejnya mula terserlah semula bila beliau mengatakan tidak terhadap perang Iraq dan menggunakan kuasa veto Peranchis di Majlis Keselamatan PBB.

Saturday, October 25, 2003

MENGUCUP SYAHDU RAMADHAN

Ramadhan datang lagi, putaran masa terlalu pantas berlalu. Memintas aku yang sentiasa leka dengan tugasan seharian. Syukur aku masih mampu untuk menghirup syahdu ramadhan tahun ini. Nikmat yang tidak terperi. Esok atau Isnin umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa. Cuaca hari ini mendung, pasti anak bulan akan menyorok malu dilindung awan kumulus nimbus.

Tahun ini hanya aku dan Wan yang tinggal, Zul telah selamat dan akan menyambut Ramadhan dengan isteri. Eh! zaman bujang juga menyeronokkan apa. Tidak perlu risau itu ini hatta berbuka di masjid juga memberi nikmat yang tidak terperi. Memanglah tidak terbanding jika menyambut bersama keluarga. Terasa seronok yang tak terperi menjamah hidangan bonda di TK. Nasib baik Yana bercuti 2 bulan, ayah dan ibu tidaklah terlalu sunyi kalau hanya berbuka dan bersahur berdua. Insyaallah tiap hujung minggu aku akan bersama mereka. Azam di hati tidak mahu tertinggal walau satu malam pun sembahyang terawih tapi entah ler. Kita hanya merancang ...

Untuk semua salam Ramadhan moga kita dapat menjalankan ibadat ini sebaiknya.


Hujan Lagi Hati Ini
Dayang Nurfaizah


Rintik hujan basah lagi
Kian kini keruh di muara
Mengharap panas ke petang
Kini cuma harapan
Oh... semakin suram perhubungan cinta
Teguh merimbun kasihku
Tiada jemu menyemai rindu
Mengapa kau meracuni keikhlasan
Ikatan suci berulang kali
Sudah sering kali berjanji kepadaku
Lupa silammu lupa lakumu
Siapakah kau dahulu
Telahpun aku pedulikann
Namun sering dirimu menyakitiku
Perasaan hati ini
Kau nodai kesetiaan
Mempersendakan janji cinta kita... oh
Ku kau ibarat kini
Tiada makna
Bilakan nanti berhenti
Rintik hujan membasahi hati
Ku berdoa kau kan berubah
Tingkah lakumu itu
Kembalilah sayang jernih kasih kita
Rintik hujan basah lagi
Kian kini keruh di muara
Mengharap panas ke petang
Kau makin jauh kini
Oh semakin hilang



Hujan sebenarnya rahmat dari Allah. Doa pepohonan, memberi air untuk minum. Tasik yang kekeringan memerlukan hujan agar teratai tumbuh berkembang. Sang ratu memetik sekudup mawar di jambangan. Lalu jarinya luka tertusuk duri. Apa yang kau lihat sakitnya hanya sekejap. Dia, kumbang jalang yang menghamilkan seribu dendam di taman itu. Kau masih di situ memerhatikan waktu berlalu tapi tak mampu menyentuh mimpinya pun.

Kenapa kau masih berdiri dalam hujan? Ini payung hikmat tersedia untukmu. Pilih sahaja mana yang kau mahu. Kau menggeletar tiap kali nama itu terpanggil. Seharusnya telah lama kau singkirkannya. Dia di daerah itu bergembira di atas kesengsaraan mu. Apa yang kau tahu tentang itu?

Kau bertanya padaku? Aku memang cukup aneh kerana tiada jawapannya. Kau melihat aku dari sudut manapun aku tetap aku yang terpanggang oleh dendam itu. Aku tahu kau tak memahami aku.

Thursday, October 23, 2003

SUNYI

Ku pilih suatu pagi
Berjalan dalam sunyi
Lalu aku ingin sekali menari-nari
Di sebuah lorong sepi
Dalam hati tak henti
Membilang hari

Pergilah kau kenangan,
jangan hampiri sunyi ini!

AAK
Cyberjaya


Batuk aku belum hilang sudah 2 minggu begini. Dada terasa sesak dan bila mula bercakap batuk yang akan terhambur keluar. Zash kata "orang sakit tuhan sayang." Memang begitu Allah memberi ujian kepada hambanya. Tapi memang aku kerap demam semenjak dua menjak ini. Cukup risau kadangkala, atau mungkin sebab musim demam sebab bila aku ke mana-mana ramai orang batuk sana-sini. Dalam ofis ini juga begitu.

Datin Sue suruh aku kalau mandi jangan terus jirus kepala/rambut, mulakan dari kaki dulu. Aku akur petua dia itu. Memang logik pun, dan haba akan keluar dari bawah ke atas, kepala tidak terkejut. Ubat batuk dari klinik dah habis aku bantai pula ubat batuk Cap Ibu & Anak, sedap pula.

Aku mula menulis tentang Dr. M tapi bila aku menginterview orang di sekeliling aku, aku mendapat maklumat yang begitu berbeza sekali. Benarlah kata seorang tokoh bidang politik bila aku mendalami ilmu ini di U dulu " Politik lebih sukar dari fizik". Yelah Fizik lebih kepada teori dan telah dibuktikan. Politik sering berubah tiap saat. Pemainnya mempunyai agenda-agenda sulit dan tersembunyi. Aku jadi keliru dan membawa aku membaca begitu banyak maklumat dari media yang bukan dari arus perdana. Memang telah aku agak begitu. Tapi aku tidak akan menulis tentang itu.

Aku tetap mengkagumi keberaniannya di arena antarabangsa dan perubahan yang dilakukan untuk Malaysia. Ada banyak juga persoalan yang aku keliru, mengapa begitu, kenapa tidak begini? Tapi aku hanya rakyat biasa, orang - orang kecil yang jauh dari puncak pemerintahan. Bukan pemain, hanya pemerhati dari jauh. Manusia bila sesekali di puncak akan merengut sejumlah bintang yang berkerlipan. Kadang kita memang tidak terduga, namun sesiapa juga yang berada di atas sana pasti akan bertindak begitu. Entahlah aku tidak punya jawapan untuk persoalan itu. Aku harap manusia biasa seperti aku masih rasional menerima semua ini.

Aku tidak mahu benda-benda ini menyesakkan dadaku yang terasa sakit kesan batuk yang tidak henti. Tapi aku tidak mampu menutup mata atas semuanya ini. Aku dengan sikap "investigative" pasti sahaja ingin mencari jawapannya. Menghantar email kepada beberapa orang rakan dan bertanya pendapat mereka. Respon yang aku terima juga pelbagai. Entah apa yang akan berlaku di penghujung Oktober ini. Kita semua akan menanti dengan penuh debar. Aku perlu terus sihat dan meneruskan tugas aku seperti biasa.

Jari-jariku tidak henti mengetuk bilah huruf di papan kekunci. lantas tiba-tiba :

"Iqra!" - Bacalah!

Gema suara mengejutkan! Nabi Muhammad s.a.w yang zahirnya sendirian menghuni suasana hening di Gua Hira' menjadi cemas. Terkejut! Suara itu begitu menakutkan. Lantang! Getarannya dapat dirasakan hingga ke pelosok jiwa. Tafakur yang dilakukan sepanjang Ramadhan itu tersentak. Segala kesunyian yang dinikmati oleh sebuah jiwa kudus pembawa obor ketuhanan itu sudah tiada lagi.

"Iqra!" - Bacalah

Sekali lagi! Gema suara tersebut kembali memecah kesunyian. Dalam keterkejutan itu, Baginda menjawab; "Aku tidak tahu membaca!"

Selepas memeluk tubuh suci Muhammad, malaikat Jibrail, empunya suara yang ditugaskan untuk menyampaikan wahyu pertama Ilahi mahfumnya :

"Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu. Tuhan yang menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah, yang mengajar manusia dengan perantaraan qalam ( baca-tulis), dan mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahui." ( Surah al-Alaq:1-5).

Sesungguhnya wahyu pertama yang terkandung di dalam Surah al-Alaq tersebut bukan sahaja memecah keheningan Gua Hira' yang sepi , malah turut memecahkan suatu tamadun keilmuan yang selama ini lebih banyak berasaskan kepada tradisi lisan. Dengan jelas surah itu membahagikan manusia kepada dua kelas: masyarakat membaca (literate society) dan masyarakat tidak membaca (illiterate society).

Justeru dengan turunnya surah al-'Alaq, sistem penilaian dunia intelektual berubah dengan meletakkan keupayaan membaca dan menulis sebagai asas keintelektualan seseorang ilmuan. Semakin tinggi nilai ilmu yang terkandung di dalam sesebuah tulisan yang dibaca oleh seseorang ilmuan, maka semakin tinggilah pula martabat keilmuannya. Biarpun Nabi Muhammad s.a.w sendiri ummi ( tidak menulis atau membaca; bukan tidak tahu menulis atau membaca) kerana faktor-faktor kenabiannya, namun Baginda sering menyatakan bahawa asas kesempurnaan jiwa agama adalah ilmu yang perlu dituntut melalui pembacaan serta disebarkan melalui penulisan, sama ada secar implisit atau eksplisit. Dan bagi manusia, proses membaca ini ada maratibnya yang tersendiri: bermula dengan membaca bahan-bahan bacaan yang lahiriah seperti buku untuk mendapatkan ilmu, hinggalah kepada membaca simbol-simbol lahiriah yang ada di alam ini seperti keindahan gunung-ganang untuk mengetahui Zat Allah, Kebesaran-Nya dan Kebijaksanaan Yang Maha pencipta.

Kepentingan membaca dan menulis ini diwajibkan secara eksplisit oleh Nabi Muhammad s.a.w semasa hayatnya. Setelah peperangan Badar selesai iaitu pada tahun kedua hijrah, Baginda menerima cadangan Saidina Abu Bakar supaya tawanan -tawanan perang dibebaskan dengan dua syarat: pertama, membayar harga kebebasan dengan kebendaan, atau kedua, mengajar kanak-kanak Islam sehingga pandai mambaca dan menulis.

Kesedaran Muslim tentang kepentingan membaca dan menulis memang menjadi salah satu ciri utama pembentukan peradapan Islam, iaitu yang sekaligus menunjukkan bahawa Islam begitu mengambil berat tentang soal keilmuwan. Apatah lagi dengan gesaan Nabi Muhammad s.a.w supaya ulama menulis : "Dakwat para ulama lebih baik daripada darah para Shuhada".

Kita perlu banyak membaca dan mengkaji. Mendengar dengan teliti dan mentafsir maklumat dengan akal yang waras. Tidak hanya mendengar atau membaca dari satu sumber, perlu menyelidiki dan mempunyai semangat ingin tahu yang kuat.

Batuk aku semakin kuat dan aku harus menyudahkan catatan ini sebelum ke Café membeli sarapan. Fikiran aku masih lagi mengenangkan dia. Dia masih berdiam diri dan aku dihambat kesunyian yang panjang di dalam keriuhan ini.

Noktah.


Wednesday, October 22, 2003

TAIPEI 101 & MENARA KEMBAR PETRONAS

Wakil Associated Press ketika menemubual Dr. Mahathir di Sidang Kemuncak Pertubuhan Persidangan Islam ke-10 OIC bertanyakan PM tentang perasaannya apabila Taiwan kini merampas gelaran sebagai negara yang mempunyai bangunan tertinggi di dunia dari Malaysia.

Jawapan yang diberikan oleh Dr.M amat menarik , "Mereka mempunyai hanya sebuah bangunan tinggi, yang lebih tinggi daripada kami, Tetapi kami mempunyai dua ( Menara Kembar Petronas), " katanya di sambut dengan tepukan. Beliau sentiasa mempunyai idea yang bernas untuk menangkis setiap putar belit media seperti Associated Press salah sebuah agensi berita yang memberikan tumpuan kepada isi ucapan PM yang di dakwanya berbaur anti-Yahudi.

" Kami memiliki perbezaan tersendiri dengan mempunyai menara kembar tertinggi di dunia. Belum ada lagi sesiapa yang cuba membuatnya." Katanya lagi dan disambut, tepukan lebih kuat. Ternyata Dr M mempunyai skill "face-to-face with the media" yang tinggi dan mampu menyeimbangi antara fakta dan emosi. Pasti wakil dari Associted Press "terbakar" mendengar jawapan spontan Dr. M.

Taiwan merupakan rakan dagang Malaysia. Taiwan melabur lebih daripada AS$9.3 bilion (RM35.3 bilion) di Malaysia sehingga Jun lalu, untuk mengukuhkan kedudukannya sebagai pelabur ketiga terbesar di negara ini selepas Amerika Syarikat dan Jepun, bakal pula pecahkan rekod Menara Berkembar Petronas dengan bangunan pencakar langit mereka . Taiwan menerusi usahanya mendirikan sebuah bangunan pejabat yang dikenali sebagai Taipei 101 setinggi 508 meter akan memadamkan rekod Malaysia ini.

Kerja-kerja membina puncak menara setinggi 60 meter yang melengkapkan bangunan 101 tingkat itu telah disiapkan, dengan dihadiri oleh para pegawai dan tokoh perniagaan Taiwan. Pembinaan itu sekali gus menjadikannya lebih tinggi daripada Menara Berkembar Petronas setinggi 452 meter di Kuala Lumpur. Taipei 101 sedang dalam proses pembinaan dan dijangka siap sepenuhnya pada tahun depan. "Saya yakin bangunan ini boleh menjadikan Taipei terkenal di seluruh dunia dan membawa seluruh dunia ke Taipei,'' kata Datuk Bandar Taipei, Ma Ying-Jeou. Taiwan berharap mercu tanda baru itu akan meletakkan Taipei di peta dunia. Bagaimanapun, serangan terhadap Pusat Dagangan Dunia (WTC) di New York pada 11 September, 2001 menimbulkan persoalan mengenai kewajaran membina bangunan tinggi. Arkitek berkata, Taipei 101 akan dapat menghadapi serangan seumpama itu dengan memberikan kesempatan kepada penghuninya menyelamatkan diri.

Menara itu direka untuk menahan gempa bumi melebihi tujuh pada skala Richter dan angin kencang.Bangunan pencakar langit yang dibina daripada keluli, konkrit dan kaca itu akan menempatkan sebuah gedung membeli-belah, kompleks pejabat untuk 12,000 orang dan Bursa Saham Taiwan. Ia juga dilengkapi lif terpantas di dunia iaitu 34 gerabak lif dua tingkat yang boleh bergerak pada kelajuan 60 kilometer sejam dan membawa penumpang ke tingkat 90 dalam masa kurang 39 saat.

"MENGKHINZIRKAN BUTA"

Aku cuba bersikap serasional mungkin. Melayan tiap karenahnya dengan sabar. Juga terlalu bersabar dengan semua tindakannya. Cuba memahami situasi dan kedudukannya dengan telus. Sejujurnya cuba bersikap tidak apa. Malangnya aku bukan robot. Dia tersilap kalau berfikiran begitu tentang aku.

Tetapi dia berterusan bersikap sambil lewa dan juga mengatakan itu ini pula. Menuduh aku bertindak "mengkhinzirkan buta". Aku cuma ingin menyuarakan pendapat aku keatas apa yang dia lakukan, kalau dia lebih bahagia bersamanya teruskan. Tapi dia akan kehilangan sebuah keluarga yang amat menyayanginya. Itulah pertaruhannya.

Dia diam dan berdiam diri katanya bukan mengaku kalah. Itu aku masak benar tentang sikapnya. Aku tahu dia cuba menelan kata-kata yang ku hambur lewat SMS itu dengan amat sukar sekali. Tetapi itulah kenyataannya. Kesukarannya membuat pilihan atau terlalu ramai yang menyayanginya membuatkan dia serba salah. Ingin memuaskan hati semua orang atau cuba menyayangi semua orang. Itu sesuatu yang tidak mungkin akan berlaku.

Dia perlu melepaskan aku dari cengkaman rasa itu jika dia memilih salah seorang dari mereka itu. Kerana inilah pertaruhannya. Dia perlu membuat pilihan itu sekarang, aku sudah bosan menanti kesudahan kisah ini. Terlalu lama menanti kata putus darinya. Atau aku sendiri perlu memutuskan siapa antara kami yang dia pilih. Aku perlu meninggalkan semua kerja gila ini dan meneruskan hidup aku sendirian tanpa dikejar bebayangnya dari kejauhan. Memang ianya sesuatu yang sukar tapi lebih sukar kalau aku terus tersihir oleh rasa itu. Teraba-raba mencari titik temu pada semua persoalan ini.

Keroncong Untuk Ana 2
M. Nasir


Setelah lama berjauhan
Baru kini engkau terasa
Sedalam mana cinta
Yang terbenam di lubuk hatiku

Apakah sebenarnya
Rahsia yang engkau sembunyikan
Hingga sanggup berpaling
Dari hakikat sebenar-benarnya

Marilah ku huraikan
Kekusutan yang engkau alami
Sambil kita nyanyikan
Keroncong cinta kita dahulu
Ana

Bentangkanlah lembaran
Kasih sayang baru untuk kita
Dan semuga hendaknya
Akan bertapak mahligai bahagia

Tuesday, October 21, 2003

KEGANASAN DAN AGAMA

Sidang Pertubuhan Kemuncak ke-10 Persidangan Islam - OIC ( baca Oh I See) yang telah berlangsung di Pusat Konvensyen Putrajaya 11-18 Oktober, mencatat sejarah tersendiri dengan kehadiran Presiden Russia Vladimir Putin sebagai pemerhati dan dibenarkan berucap selama 15 minit. Pemimpin Russia yang selama ini lantang mengkritik tindakan Amerika Syarikat menyerang Iraq mahu diwujudkan kerjasama antara Moscow dengan OIC yang mewakili 57 negara.

Ucapan Putin mendapat tepukan gemuruh hadirin apabila beliau menyatakan bahawa keganasan tidak harus dikaitkan dengan mana-mana agama, budaya, tradisi atau cara hidup seseorang. "Rusia ingin menyatakan bahawa negara kami menyokong pendekatan multilateral dan akan terus mempertahankan fahaman itu walaupun sesetengah negara tidak," katanya., Apa yang pasti kehadirannya di OIC amat "melukakan" AS yang dalam rangka lawatan ke beberapa buah negara di Asia Tenggara termasuk Thailand, Indonesia dan Singapura.

Keganasan atas nama agama lebih "menyerlahkan" Islam walhal semua agama di dunia ini mempunyai catatan "gelap" tentang keganasan. Kalau di perhalusi AS sendiri tidak boleh menafikan keganasan wujud di negara yang kononnya memperjuangkan penentangan terhadap pengganas. Ancaman teriorisme agama kerap kali datang dari kelompok hardliners Kristian. Pandangan kelompok Christian Reconstruction dan Christian Identity yang radikal sejauh ini merupakan ancaman tidak kurang berbahaya kerana "menghalalkan' aksi-aksi kekerasan dalam melaksanakan misinya.

Di Israel pula, kelompok radikal Yahudi bukan hanya menakutkan masyarakat Palestin tetapi pemerintahan sekular Israel sendiri. Pembunuhan tragis terhadap Perdana Menteri, Yitzhak Rabin oleh Yigar Amin pada tahun 1995 dan serangan yang membunuh lebih dari 30 warga Muslim yang sedang solat Subuh di Hebron merupakan catatan hitam yang pernah dilakukan oleh kelompok radikal Yahudi. Namun ianya seolah-olah dilupakan dunia.

Begitu juga kelompok "pemisah Sikh" yang menoreh wajah gelap agama dengan rangkaian serangannya yang "brutal" di India. Buddhisme juga tidak terkecuali masuk di dalam daftar kekerasaan agama. Serangan gas 'sarin' terhadap kereta api bawah tanah di Tokyo pada 1995 yang mengorbankan 12 orang dan mencederakan hampir 5 ribu orang telah dilakukan oleh kelompok Aum Syinrikyo, suatu aliran Buddhisme Jepun. Bagaimanapun dunia seolah-oleh begitu sulit mencari justifikasi peristiwa tragis tersebut dalam kamus Buddhisme yang selama ini terkenal damai dan tenang.

Osama bin Laden menjadi begitu dibenci oleh barat kerana beliau dituduh sebagai penggerak terrorisme dan segala aksi keganasan yang berlaku di Kenya, Tanzania termasuklah bangunan World Trade Center di New York. Kerana itulah kempen anti terorisme oleh AS dan sekutunya dengan 'jalan perang', yang mungkin diinspirasikan oleh pepatah lama : If you want peace, prepare for war, jelas sekali perang dianggap bukan bentuk 'keganansan" bagi mereka yang berfikiran dangkal.

Media asing yang mengecam ucapan Dr. Mahathir di Sidang Kemuncak Pertubuhan Persidangan OIC ke -10, sebagai antisemitik dan menuduhnya cuba meniupkan kebencian umat Islam terhadap Yahudi.

Perdana Menteri berkata, beliau berhak membuat kritikan terhadap orang Yahudi sama seperti orang Islam yang dikritik dan dituduh sebagai pengganas oleh orang lain.

"Banyak orang yang membuat kenyataan buruk mengenai Islam sebagai pengganas, malah ada yang kata Rasullullah s.a.w, nabi kami sebagi pengganas, tetapi mereka boleh terlepas."

"Sebaliknya jika kita kata apa-apa juga yang menentang Yahudi, kita dituduh antisemitik jadi tidaklah kita tidak boleh mengkritik langsung orang Yahudi kalau mereka membuat salah?".

"Jelas sekali bahawa mereka fikir mereka adalah satu golongan yang istimewa. Kita tidak fikir begitu," tegasnya lagi.

"Kita perlu menghentikan orang Yahudi membunuh orang Islam, menghentikan orang Islam dari membunuh orang Yahudi dan menghentikan orang Islam dari membunuh orang Islam lain," ujar beliau lagi.

Dr. Mahathir menggesa negara-negara Islam menghentikan pendekatan lama untuk memperjuangkan Islam sebaliknya lebih banyak menggunakan akal seperti yang telah dilakukan oleh Yahudi. Kaum itu berjaya menharungi episod penindasan dan pembunuhan terhadap mereka berabad lamanya di Eropah.

Dr. Mahathir turut memberitahu betapa beberapa Yahudi mampu menguasai hala tuju banyak negara berkuasa besar yang kemudiannya mengeksploit dan memalukan 1.3 billion umat Islam.

"Yahudi memerintah dunia dengan menggunakan proksi. Mereka menggunakan orang lain untuk berperang dan mengorbankan nyawa bagi pihak mereka."

Islam adalah agama yang menitikberatkan persaudaraan, perpaduan dan menentang keganasan, namun apakah yang perlu dilakukan setelah penindasan demi penindasan dilakukan ke atas umat Islam dan saudara seislam mereka yang lain terus berpeluk tubuh?. "Oh I See" pasti akan menemukan jawapannya … di persidangan akan datang ( atau pada suatu hari nanti … jadi nanti -nantilah).

KLINIK KESIHATAN PUTRAJAYA

Kali pertama "melawat" ke klinik ini untuk mendapatkan pandangan kedua doktor gigi. Persekitaran yang menarik dan penggunaan IT begitu terserlah menjadikannya begitu diminati oleh warga Putrajaya dan kawasan sekitar. Hari Isnin pelanggan klinik ini begitu ramai sekali. Klinik dibuka dari pukul 8.00 pagi lagi.

9.17 - Menunggu giliran untuk membuat pendaftaran. Nombor yang tercatat 2122 sekarang baru nombor 1170. Isi borang pendaftaran bagi yang pertama kali menjejakkan kaki ke klinik ini.

10.45 - Nombor giliran tertera di skrin. Membuat pendaftaran dan diberikan slip berbarcode yang mencatatkan nombor bilik 17 klinik pergigian. Lantas ke klinik tersebut. Kaunter tiada orang lalu duduk. Tertera di skrin nombor giliran pelbagai yang tidak menurut urutan seperti kelazimannya. Setelah duduk kira-kira setengah jam. Barulah petugas kaunter ada. Dengan tak malunya aku bertanya " Puan saya kena mendaftar kat sini pula yer?". "Yelah kena scan barcode tu dulu sampai nama kamu hilang dalam skrin tu, diorang kat luar tu tak bagitau awak ker?". Memang mereka tak bagitau. Awak pun takde, nak tanya kat siapa pula kataku dalam hati. Patutlah, kalau tunggu jer sampai ke subuh pun nombor tidak akan dipanggil. Setelah menscan nama pada slip berbarcode aku meneruskan aktiviti bersms untuk mengilangkan kebosanan menunggu.

12.45 - Barulah nombor 333 tertera diskrin. Dr. Geoffrey amat mesra dan begitu teliti memeriksa gigi aku itu. Aku katakan padanya nak buat scaling. Oleh kerana kes aku bukan kes "terdesak" atau kecemasan. Aku diminta membuat temujanji dan nama aku dimasukkan dalam waiting list. "Bila boleh buat appointment tu doktor?". "Schedule untuk tahun depan saya belum dapat lagi". Jadi sahlah aku hanya akan mendapat rawatan pada tahun depan boleh jadi Februari 2004.

Lantas aku bertanya tentang pendapatnya mengenai perlu atau tidak aku mencabut gigi taring aku itu. Aku katakan padanya gigi itu tidak berfungsi dan aku hanya menggunakan sebelah kanan sahaja ketika mengunyah. Dia menjawab its possible untuk dibuang. Selain ia sedikit menjejaskan penampilan aku. Dia juga berkata bibir atas aku akan jatuh sedikit.

Aku juga mengajukan soalan tentang kesannya terhadap mata bila gigi dicabut. Memandangkan gigi taring merupakan gigi yang paling panjang dan kedudukannya begitu hampir dengan mata dari sudut struktur dan akarnya ia amat merisaukan aku. Seperti kebanyakkan doktor swasta yang aku jumpa Dr. Geoffrey juga membuat komen yang serupa " Takdelah ia tiada kaitan dengan mata, cuma kedudukannya yang hampir dengan mata itu dan itu juga terpulang dengan kes-kes individu." jawabnya. Aku juga memberikan contoh tahun lepas bila aku mencabut salah satu gigi, kesan pada mata aku amat ketara sekali bila power kaca mata aku bertambah lagi 75. Dia tidak dapat menjawab soalan aku itu. Tapi dia mencadangkan aku untuk mencabut gigi taring itu pada oppoinment aku yang akan datang, tahun depan.

Banyak juga soalan yang aku kemukakan pada sessi itu. Kesian pulak aku pada doktor itu dan dia sedaya upaya memberikan jawapan walaupun telah nampak benar keletihan. Tahulah aku kini mengapa klinik Putrajaya ini begitu terkenal dan begitu ramai orang yang mengunjunginya. Selain hanya diminta membayar RM1 bagi pekerja swasta layanan dan kemesraan petugasnya amat membanggakan. Cuma itulah bagi yang pertama kali datang pasti akan sedikit terkial-kial dengan teknologi dan prosedur yang digunakannya. Tapi itu semua alah bisa tegal biasa.


Monday, October 20, 2003

HILANG BERGANTI

Setelah menunggu 3 minggu akhirnya dapat menonton "Tales of Two Sisters" malam tadi. Uncle Botak(UB) yang tengah sakit gigi terpaksa aku usung buat meneman. Sebelum itu aku belanja dia dinner di Kelantan sebab Senja tutup atau buat renovation. UB ke Dockers perbetulkan jahitan seluar yang dia beli sebelum itu. Sabtu pagi bertolak ke TK dengan Yana yang akan bercuti 2 bulan.

Oh ya UB bagi baju raya dan "pin tudung" untuk mak. Nasib baik ada orang yang masih sudi ambil tempahan. Aku dia bagi jam tangan Pierre Cardin. Terima kasih daun keladi kalau rezeki bertambah, bagilah lagi ( kurang-kurang ). Aku bercuti 2 hari badan masih demam dan batuk. Nak buat 'scaling' gigi dan macam-macam lagi, kepala masih berdenyut. Tales of Two Sisters tidak banyak membuatkan jantung aku berdegup kencang tapi ada waktu-waktunya menjerit juga. UB tutup mata bila menonton part yang hantu tu panjat katil. Kelakar sungguh orang tua tulah.

Sepanjang perjalanan balik ke Cyberjaya dengar lagu Sudirman. Sayu dan mendayu jer kehidupan dia. Kesepian di bawa hingga ke liang lahad.

Hilang Berganti

Bila kukenangkan
Masa yang berlalu
Tidak kukesalkan
Pedih pilu

Tidak ku menduga
Tidak kupercaya
Perpisahan ini
Jadi nyata

Usahlah kau rayu
Usahlah kau pinta
Kepada hatiku yang luka
Kini aku puas
Kini aku bebas
Dari seksa pedihnya cintamu

Pergilah kau pergi
Ku takkan menanti
Yang patah kan tumbuh
Yang hilang kan berganti

Bila di KLCC UB selalu jer buat lawak ehh kat mana kita ni?. Keluar jer dari tempat parking dan masuk ke KLCC berdekatan dengan KFC tu ada tempat yang sah-sah jawab "Kerepek La". Kitaorang akan ketawa pecah perut bila lalu tempat tuu. Teringat kerepek yang mak buat, UB suka kerepek keladi yang mak buat.

Friday, October 17, 2003

NEGARA LAIN HEBAT ATAU KITA LEBIH BERTUAH?

Aziz tinggal di TK. Namun kualiti hidupnya tidak jauh bezanya dengan seorang pegawai kanan di sebuah Kementerian di KL. Aziz hanya seorang pembantu penyelidik di Projek Barat Laut di Kuala Selangor. Aziz mampu memiliki rumah banglo, menerima bekalan elektrik, air, telefon serta menikmati siaran rancangan TV termasuk Channel 9 dan ASTRO. Ya dia juga melanggan ASTRO ( sesuai dengan taglinenya "Ada ASTRO Ada Gaya"). Udara yang bersih, ruang yang luas dan keselamatan yang lebih terjamin dibandingkan dengan pegawai kanan tersebut. Aziz mungkin tidak rasa tertekan dan kekurangan atau merosot nilai hidupnya kerana jangkauan dan harapannya mungkin pada tahap yang munasabah. Oh ya lagi satu ikan segar yang baru di daratkan di Bagan dan sayuran segar begitu berpatutan harganya. Hidup di kota besar menuntut semangat juang yang tinggi, pencemaran udara, kesesakan lalulintas dan celek mata sahaja perlu membayar itu ini hatta bila menggunakan tandas. Inilah realiti kehidupan di negara kita.

Mengikut Laporan Tahunan 2002 Bank Negara Malaysia, pendapatan perkapita pada harga pasaran rakyat Malaysia sehingga akhir tahun 2002 adalah sebanyak RM 13, 716 dan ini bersamaan AS 3,610. Inilah jumlah nilai barangan dan perkhidmatan yang boleh dibeli oleh rakyat Malaysia di Malaysia sendiri. Nilai barang dan perkhidmatan tersebut di AS adalah lebih kurang AS$9,000 ( RM 34, 200). Inilah nilai setara atau pariti kuasa beli (purchasing power parity) rakyat Malaysia. Dalam erti kata lain, dengan pendapatan perkapita AS$4,000 kita mampu menikmati sejumlah perkhidmatan dan barang yang bernilai AS$9,000 yang dinikmati oleh rakyat AS. Perkara ini berlaku disebabkan oleh perbezaan dalam kadar inflasi antara Malaysia dan AS serta kenaikan tingkat harga umum dan kos sara hidup antara Malaysia dan Amerika.

Kak Long yang pernah menjadi anak angkat sebuah keluarga di Jepun sewaktu menjadi pegawai penyelidik di ISIS berkata "Kita bertuah sebab dengan RM 20 kita boleh membeli 10kg atau I kampit beras, di Jepun kita perlu membayar kos sekurang-kurangnya RM 200." Dalam erti kata lain nilai setara kuasa beli rakyat Malaysia adalah lebih tinggi dibandingkan dengan rakyat Jepun. Walaupun tingkat upah atau pendapatan per kapita rakyat Malaysia jauh lebih rendah daripada rakyat Jepun tetapi perbezaan dalam nilai dan kualiti penggunaan barangan dan perkhidmatan yang mampu dinikmati oleh rakyat di kedua-dua buah negara adalah tidak sebesar perbezaan dalam upah dan pendapatan.

Cuba kita tinjau pula negara jiran kita yang kelihatan begitu sofistikated siapa lagi kalau bukan Singapura. Pada tahun 2002 pendapatan perkapita rakyat Singapura ialah AS$20,068 iaitu lebih kurang lima setengah kali ganda berbanding dengan pendapatan perkapita rakyat Malaysia yang hanya AS$ 3, 610. Cuba bayangkan kalau mereka berbelanja di negara kita dengan tukaran ringgit pasti mewah. Tetapi realitinya tidak begitu walaupun mereka memperoleh pendapatan per kapita yang jauh lebih tinggi tetapi terpaksa menanggung kos sara hidup yang tinggi juga. Sebuah rumah 2 tingkat kos sederhana boleh dibeli dengan harga RM 150,000 di negara kita cuba lihat rumah jenis apa pula yang boleh mereka beli dengan nilai yang sama di Singapura? Sedangkan ingin melihat negara sendiri perlu membayar itu dan ini di Singapura. Kuasa beli rakyat Malaysia di Malaysia sendiri adalah lebih tinggi berbanding dengan kuasa beli rakyat Singapura jika mereka berbelanja di negara mereka sendiri. Rakyat Malaysia lebih mampu untuk memiliki barangan dan perkhidmatan yang sama berbanding dengan kemampuan rakyat Singapura. Malah bagi beberapa komponen yang diambil kira dan menganggarkan indeks kualiti hidup, Malayais lebih baik lagi dibandingkan dengan Singapura. Kita bukan sudah mewah tapi boleh dikatakan selesa. Kita tidaklah perlu rasa inferior, gedung IKEA yang terbesar juga ada di Mutiara Damansara.

Sekarang ini pula ramai yang berlumba-lumba ingin mendapatkan pekerjaan di tempat kelahiran. Seperti Aziz di TK, kalau ada peluang ingin juga balik kampung dengarnya sebuah universiti akan di buka di Batang Berjuntai. Kalau dengan gaji yang ada sekarang dan bekerja di kampung alangkah indahnya dunia, tapi ada ker peluang?


Malam bercemperaan
Dan bintang biru gigil di kejauhan
Angin malam bergulung di langit biru dan berlagu
Malam ini aku bisa menulis bait-bait paling pilu
Kucintai dia
Dan kadang waktu dia mencintai daku.

Pablo Neruda @ Neftali Ricardo Reyes Basoalto
.

Perasaan bisa tembus lewat membaca puisi ini. Kalau sang pemuisi mampu menulis sebegitu indah dan begitu mendalam maksudnya maka apa lagi yang mampu dilakukan oleh mereka yang bercinta. Kehilangan kata ...

Thursday, October 16, 2003

AKU SEADANYA

Melewati usia awal 30-an, masih sendiri dan juga seorang professional dalam bidangnya (ewah hehehe). Kadangkala cukup sulit untuk berdepan dengan situasi yang tidak menentu. Selalunya kita melihat kehidupan orang lebih menarik dari kehidupan kita sendiri. Kebahagian mereka terpancar dari raut wajah. Kata sahabat "Belajarlah senyum dari dalam diri". Aku cuba mempraktikkan teknik yang diajar oleh Merryhearted ini. Membayangkan kebahagian diri dan singkirkan rasa meluat dan dendam jauh-jauh, maka cahaya kegembiraan akan terpantul di wajah. Orang lain akan mengesan emosi kita melalui apa yang terpancar di wajah.

"Dia tu kawan yang paling elegent, apa yang di pakai kena menarik untuk di dekati". Lantas aku melihat ke dalam diri. Sikap tidak apa akukah yang membuatkan diri sedikit rimas. Lantas aku mengambil keputusan belajar ilmu itu. Menghubungi Merryhearted dan berdiscus panjang lebar tentang penampilan diri. Bertuah Hk dapat Merry yang tahu citarasa terkini lelaki moden. Yelah zaman sekarang manusia memang telah cukup segalanya, ijazah berjela dan dunia pekerjaan menuntut lebih dari itu. "First Impression" orang terhadap kita bermula dari saat pertama dia melihat kita, melihat apa yang kita pakai, cara pembawaan kita dan disinilah permulaannya. "Jadi Mal kena yakin apa yang dipakai paling sesuai dan menarik, jangan ada perasaan lain yang boleh menggugat pendiriaan itu", Merry menambah.

Almari pakaian didominasi dengan warna biru, dari biru yang pekat kepada tone warna biru paling lembut dari yang bercorak kepada plain. "Tukarlah kepada warna-warna pastel dan lembut, jauhkan warna-warna garang merah, hitam atau cokelat pekat," Merry memberikan tips. Lagi sekali aku mendengar dengan teliti. Kami berbicara tentang rambut, cermin mata hinggalah di mana nak dapatkan pakaian yang menarik semuanya diberi oleh Merry. Aku juga menyimpan segala "nota" itu. Terima kasih Merry.

Aku ini semakin aneh agaknya, usia awal 30an membuatkan aku risau. Tetapi benda ini normal. Kegilaan untuk kelihatan lebih menawan dari segi fizikal menerusi kecanggihan penggunaan teknologi pembedahan kosmetik atau pembedahan plastik semakin menular di kalangan rakyat AS. Aku takdelah sampai nak membuat pembedahan kosmetik, kalau pembedahan mata LASIK itu mungkin dan membetulkan kedudukan gigi yang tidak rata di sebelah kiri rahang atas itu memang pernah terdetik.

Menurut statistik yang dikeluarkan oleh American Society of Plastic Surgeons pada Mei 2003 didapati seramai 6.6 juta orang rakyat Amerika telah menjalani pembedahan plastik pada tahun lepas - pengurangan sebanyak 12 peratus berbanding tahun sebelumnya. Walaupun agak sedikit merosot namun penjualan Botox iaitu bahan kimia botulism yang dicairkan untuk disuntik pada bahagian otot muka bertujuan mengelakkan kulit daripada membentuk kedut mengalami peningkatan sebanyak 31 peratus pada tahun lepas berbanding 2001. Penggunaan Botox diluluskan oleh Pentadbiran Dadah dan Makanan Amerika (FDA) pada April 2002.

Kegilaan terhadap pembedahan plastik yang dahulunya menyerang golongan wanita AS kini berjangkit kepada lelaki pula. Semakin banyak lelaki Amerika menjalani pembedahan plastik untuk kelihatan kacak. Merry kata muka aku ni "unik" hahha tergelak aku. Kali pertama orang kata muka aku unik. Memanglah unik sebab semua manusia akan kelihatan "berbeza". Ketika melayari laman web www.phudson.com terdapat jenis-jenis pembedahan kosmetik lelaki :

Kaedah Tujuan Kos(AS$)

Rhytidectomy - Menegangkan rahang dan leher 4,500
Forehead lift - Menegangkan dahi 3,000
Blepharoplasty - Menegangkan kelopak mata 3,250
Rhinoplasty - Mengubah bentuk hidung 2,750
Penanaman Rambut - Merawat kepala botak 3,000

dan pelbagai lagi bentuk pembedahan. Janji ada duit untuk membayarnya semua ditanggung beres. American Academy of Facial and Plastic Reconstructive Surgeons baru-baru ini mengumumkan hasil kaji selidiknya mendapati jumlah lelaki yang menggunakan kaedah suntikan lemak untuk menghilangkan kedut bertambah sebanyak 497 peratus pada tahun 2002 berbanding tahun sebelumnya. Secara amnya lelaki dan wanita mengunjungi pakar pembedahan plastik bagi tujuan kosmetik adalah yang berumur 40 dan 59 tahun. Kaji selidik itu mendapati 44 peratus lelaki dan 57 peratus wanita mengakui memilih pembedahan kosmetik dengan tujuan untuk kelihatan lebih muda. Kira-kira 25 peratus lelaki dan 10 peratus wanita menjalani pembedahan kosmetik atas sebab-sebab pekerjaan.

Zaman berubah tapi sesuatu yang tidak pernah berubah ialah untuk menerima kenyataan yang sesuatu yang kita miliki itu tidak pernah kekal. Muda akan menjadi tua, yang tegang gebu akan kendur dimamah usia. Pucuk muda akan tumbuh menggantikan pucuk tua yang gugur ke bumi. Perjalanan hidup ini umpama roda. Mengharapkan sesuatu itu kekal mungkin seperti meniup cahaya mentol dari luar. Aku ... bahagia dengan apa yang aku ada. Cuma banyak masa terluang itu cuba membelek dan memperbetulkan apa yang silap. Menjadi lebih baik dan maju cita-cita semua insan. Tidak salah untuk kelihatan menarik dan sedap mata memandang, lebih-lebih lagi bagi yang masih available. Kalau yang dah berpunya tu berpada-padalah. Apapun terimalah aku seadanya, aku yang 'unik' ini, jika tidak kau akan menyesal.

Wednesday, October 15, 2003

SAMAN JANGAN TAK SAMAN

Pemandu warga Singapura yang mempunyai rekod kesalahan lalu lintas tidak akan dilepaskan pulang ke republik itu jika mereka tidak membayar saman yang tertunggak sejak 2000,mulai hujung tahun ini. Kesalahan trafik yang belum dijelaskan itu membabitkan nilai berjumlah RM 28.6 juta. Malaysia baru tersedar dan belajar dari kesilapan, selalunya terlalu menjaga hati orang dan bersikap tidak apa. Dua tahun lepas sewaktu aku dan rombongan dari universiti ke Singapura kenderaan kami di tahan dan tidak dibenarkan keluar semula dari Singapura. Ada saman tertunggak yang belum dibayar. Kami semua akur dan bayar jumlah yang tertera. Tidak perlu gaduh-gaduh, kita hormat undang-undang negara orang. Tapi orang luar pulak buat acuh tak acuh sahaja undang-undang kita. Ada rakyat Singapura yang dikesan melakukan kesalahan trafik di negara ini tetapi enggan menandatangani saman berkenaan apabila diarahkan berbuat demikian. Ada yang mengoyakkan saman depan-depan anggota polis trafik kita.

Kita patut buat benda yang sama lama dulu dah. Jangan risau sampai bila mereka nak berkurung dalam sangkar merpati mereka. Cukup masa mereka rimas dan keluar juga sekurang-kurangnya ke Johor membeli belah atau memanaskan engin kenderaan mewah mereka di jalanraya Malaysia yang terbentang indah. Ramai rakyat Singapura yang membeli rumah di Melaka dan Johor. Mereka tetap akan datang ke Malaysia, negara bertuah ini cukup indah untuk dilupakan sahaja. Ramai juga yang memohon untuk menjadi warganegara bila dah dekat nak bersara. Tapi awas jangan tertipu sudah, Malaysia bukan perhentian terakhir. Malaysia terlalu suci untuk orang-orang yang tidak mengerti erti menghormati orang lain. Banyak yang ditawarkan untuk mereka pemilikan rumah dari RM 150,000 ke atas yang senang-senang boleh dibeli oleh orang asing.

Berbalik kepada saman trafik, mengikut rekod dalam tempoh dari 2000 hingga hari hanya 12 peratus atau 13, 026 saman daripada jumlah keseluruhan 108, 486 saman oleh pesalah trafik Singapura menjelaskan saman masing-masing. Ini salah kita juga yang terlalu berlembut. Diharapkan pelaksanaan Sistem Imbasan Kenderaan Automasi (AVSS) boleh membantu tapi kalau dari tahun 2000 takut mereka ramai yang telah bertukar kenderaan. Harap bukan sahaja kesalahn trafik semua saman perlu dijelaskan sebelum orang luar meninggalkan negara kita. Belajarlah dari pengalaman dan bagaimana orang lain melayan "tetamu".

Tuesday, October 14, 2003

KAMPUNG BUKU MALAYSIA LANGKAWI (KBML)- BUKU-BUKU TAK TERSENTUH!

Buku tanpa pembaca umpama nisan sepi yang tersihir oleh sunyi. Hanya sesekali direnung untuk mengingati sesuatu. Kita juga ada sebuah perkampungan buku yang paling indah di dunia, tapi juga paling sepi dan muram. Walaupun dibangunkan dalam kawasan hutan lipur di lubuk Semilang yang berlatarkan air terjun, paya dan saliran air yang jernih ia masih gagal menggamit pengunjung. Gerai-gerai buku berbentuk rumah kampung Melayu yang menghiasi suasana yang nyaman ini. Keselesaan dan udara nyaman ini sepatutnya menjentik emosi para pencinta ilmu untuk berkampung dan menghayati apa yang tersedia di KBML.

"Eh KBML? Tempat tu orang dah tak pi la Mal, dah tak terurus ler," kata seorang teman. Katanya lagi keadaan dan suasana KBML lesu dan tidak terurus, persekitaran yang memilukan dan tanpa pengunjung. Hanya dua buah gerai buku yang masih berfungsi. Pejabat pentadbirannya juga ditutup. Ini bagai memberikan satu mesej, kemajuan yang dikecapi tidak sealiran dengan aspek pembangunan intelektual. KBML sebenarnya mempunyai matlamat yang besar untuk menanam tabiat dan penghayatan budaya membaca yang tinggi di kalangan masyarakat Malaysia. KBML merupakan kampung buku yang pertama di Asia Tenggara dan ketiga di Asia.

KBML telah dirasmikan oleh Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamed pada 3 Disember 1997. Walaupun sehingga kini ianya masih beroperasi namun nasibnya seakan tidak menentu. Walaupun KBML terletak di pulau pelancongan yang paling terkenal dan terbesar di Malaysia seharusnya ia mampu menangani cabaran yang berlaku dengan mengujudkan pelbagai aktiviti sepanjang masa. Kampung buku pertama di dunia iaitu Hay-on Wye terletak jauh terpencil di kawasan pendalaman Wales, tetapi sentiasa dipenuhi dan dimeriahkan oleh pencinta buku dari seluruh pelusuk dunia. Ini sesuatu yang aneh kerana KBML telah menyediakan sesuatu yang memang luarbiasa dengan persekitaran dan kemudahan yang tidak terbandingkan. Kehadiran kampung buku yang kedua di Asia Tenggara dan ke-22 di dunia iaitu Kampung Buku Taman Kyai Langgeng, Kota Magelang , Indonesia yang dirasmikan pada Mei 2003 di bina di kawasan yang cukup strategik kerana berada di tengah-tengah kota besar iaitu Semarang dan Yogyakarta. Satu kota yang terkenal dengan budayanya termasuk kota yang banyak menempatkan penerbit-penerbit yang menghasilkan buku-buku "wacana tinggi".

Tumpuan masyarakat Malaysia apabila memperkatakan tentang buku akan lebih melekat dengan MPH atau Kino. Gedung membeli belah yang cukup moden dan selesa. Langkawi amat jauh dengan segala pusat kegiatan keilmuan dan penerbit yang rata-rata tertumpu di bandar besar seperti KL. Mungkin nasibnya akan lebih baik jika di bina di kawasan pinggiran KL contohnya di Sepang. Sementara itu kebanyakkan penerbit dunia menjadikan Singapore gudang buku dunia dan penerbit seperti McGraw Hill, Blackwell dan sebagainya menumpukan pemasaran buku di kawasan yang lebih menguntungkan. Itu bukanlah alasannya.

Sesiapapun yang membangunkan KBML sewajarnya mempunyai iltizam dan keazaman untuk memajukan pembangunan buku. Pihak pengurusan perlu lebih peka dengan kehendak pengguna, sekadar menempatkan buku di sesuatu kawasan tanpa sebarang promosi dan aktiviti yang berterusan KBML akan terkubur tanpa nesan. Sesuatu perlu dilakukan dan produk pelancongan ini sememangnya perlukan suntikan baru agar ianya bergerak seiring dengan pembangunan keilmuan dunia. Atau kita sememangnya tidak menghiraukan kewujudannya? Tempat-tempat lain lebih 'mengancam' untuk dijelajahi dan terkeluar dari senarai "wajib singgah" ketika di Langkawi. Jika inilah puncanya kita tidak boleh berbuat apa-apa lagi.


Mencintaimu...
Seumur hidupku
Selamanya...
Setia menanti
Walau di hati saja...
Seluruh hidupku
Selamanya...
Kau tetap milikku

Hanya satu yang tak mungkin kembali
Hanya satu yang tak pernah terjadi

Segalanya...
Teramat berarti di hatiku
Selamanya...

Mencintaimu...
Seumur hidupku
Selamanya...
Kau tetap milikku

Mencintaimu - Kris Dayanti

Ada yang mungkin tak terucapkan. Ada yang paling sukar untuk dimengertikan. Ada yang memang aneh untuk difahami. Mudah tetapi cukup sukar untuk mentafsirkan segalanya kerana ...? Kerana hanya satu yang tak mungkin kembali , hanya satu yang tak pernah terjadi. Teramat bererti dan selamanya. Aneh bukan?

Monday, October 13, 2003

DOWN WITH LOVE

Semalam pagi jumpa Yana di kolej kemudian ke McDonalds di Nilai. Sampai di sana berebut "figurin Snoopy" dapat 19 jenis yang comel-comel untuk koleksi. Yana memang hantu benda-benda macam tu. Aku beli 2 sets, satu sets bagi kat Uncle Botak. Petang tu aku singgah tempat dia dan bagi satu sets Snoopy tu, entah ler dia cam tak berapa suka jer.

Makan tengahari di JJ Cheras. Kemudian mencari dawai untuk membetulkan pintu pagar yang rosak. Petang aku bermalasan sahaja di tempat dia. Selepas maghrib ke KLCC cadang nak menonton "Tales of Two Sisters", tapi masalahnya tinggal seat bahagian depa yang memaksa kita mendongak. Sudahlah cerita seram mestilah tidak selesa. Uncle Botak nak tengok citer "Down With Love". Sebab tak mahu duduk barisan depan mendongak yang sungguh tidak selesa.

"Pergi Jahanam Dengan Cinta", cerita era 60-an yang memfokuskan kehidupan penulis Barbara Novak. Persoalan cinta yang dikupas menarik walaupun cerita itu simple. Bolehlah buat mengisi masa lapang. Akhirnya manusia tetap menerima hakikat kuasa cinta dapat mengubah seseorang, terutama pendiriannya tentang cinta. Hantar Uncle ke rumah dia dan aku memandu terus ke Cyber.

Pagi ini nak ke bank dan "Legal Firm" uruskan tentang hal rumah dan settledkan segalanya. Akhirnya semua selesai. Alhamdullillah ... Jadi aku ambil "emergency leave" hari ini. Sekali-sekala nak bercuti kalau rancang betul-betul tak menjadi. Cuti banyak lagi tak tahu nak buat apa jadi aku ambil untuk hal-hal penting macam inilah.

Saturday, October 11, 2003

CATATAN TANPA NOKHTAH

Hari ini nak menghibur hati. Rasa dah lama tak berhibur dan bersenang-senang menghayati hidup. Melupakan sebentar segala masalah dan persoalan yang bertaburan dan membiarkan masa berlalu dengan pantas. Mendongak ke langit, awam putih membentuk lembaga-lembaga yang tidak menentu sukar ditafsir. Awam kumulus nimbus pasti akan menurunkan hujan. Di daerah lain di pantai timur banjir. Hati juga boleh banjir tapi limpahannya terbendung oleh rasa sendiri. Manusia yang sukar!

Badan juga boleh memberontak demam jika tidak selari dengan fikiran. "Telah sampai masanya kau lepaskan segalanya pergi ", begitulah kata mereka. Wajar buang sahaja segalanya ke longkang, usah di kenangkan lagi. Cuba jangan pandang ke belakang dan jalan terus. Tinggalkan semua lorong kelabu yang berdebu di belakang. Aspal jingga yang terbentang ada jalur sinar menerpa di penghujungnya. Kejarlah yang itu. Tinggalkan sahaja mimpi semalam, bentak hati. Tapi hati masih enggan melupakan. Aduhai ...

"Cuba keluar dari lingkungan dan hirup udara segar, mungkin ke bukit atau danau yang tenang", Suaranya memberikan idea. Agaknya dingin air dari perbukitan mampu membilas segalanya. Mungkin ketenangan dan kicauan berburung mampu menghiburkan hati yang gundah. Usah tersihir dengan kenangan lalu, bangun dan berjalanlah ... tapi hati tetap enggan berlari mendakap, rasa yang masih keliru.

"Begitu sukarkah?". Aku terdiam, kalaulah aku ada kuncinya telah lama aku berlari dan bebas dari belenggu ini. Kalaulah aku mudah membiarkan segalanya mereput dan sebati dengan alam. Tapi pada sabda jingga yang tak tergapai itu aku jadi semakin keliru. Cuma, aku hanya ingin menikmati masa - masa mendatang ini dengan aman dan tenang ... cuma sendiri. Ingin sendiri lagi tanpa sesiapa yang peduli. Aku masih waras dan masih bahagia dengan segalanya. Jalur sukar yang terpeta kadangkala lebih membuatkan aku bahagia. Terima kasih kerana peduli tentang aku.

Suatu hari yang sunyi, aku pasti akan mendapat jawapan pada segala persoalan yang berselerakKan di depanku. Cuma aku masih malas untuk mencari jawapannya, cuma nantilah. Akan tiba waktunya, ... aku masih bahagia menggenggam sunyi ini.

Friday, October 10, 2003

DIA

Malam tadi ada jemputan dinner mengejut. Aku yang masih lagi "mamai" dan waktu sudah pukul 7.30 malam bergegas ke KL. Housemate aku pula ada exam di UPM pukul 8.00 malam, dia minta tolong aku hantar. Jadi aku hantar dia dahulu ke UPM dan kemudian bersiap untuk dinner itu. Memanglah serba tidak kena, cari bank dan kemudian isi minyak kereta di Putrajaya. Pukul 9.17 sampai dan ambil dia.

Aku cadangkan beberapa nama restoran, tapi dah kerap sangat makan kat Chakri Palace kami bertolak ke Saloma Bistro pulak. "Live Band" dia ok juga ada lagu-lagu yang buat aku sebak macam "Could I have this kiss forever" dan "Dia". Aku makan Chicken Chop dan dia nasi goreng apa entah tu. Makanan lambat sampai dan tidak berapa sedap. Lagi pun tekak aku terasa pahit jadi selera memang tak ada.

Just update kehidupan masing-masing, apa yang aku buat dan dia tanya keluarga aku terutamanya my mum. Oklah dia pun sihat dan begitu ceria seperti selalu. Dinner habis pukul 10.45 dan aku hantar dia balik lantas memecut ke Cyberjaya. Oh ya dia tanya aku hadiah apa yang aku nak untuk my belated birthday. Aku tahu dia faham apa yang aku nak. Aku akan tunggu dia belikan juga. Tak kira aku nak yang tu juga.

Kesian pulak kat Cik Wan, sebabnya aku dah janji nak makan satay dengan dia sebelum tu, tapi nasib baik dia faham situasi aku ketika itu. Lain kalilah yer Wan. Pagi tadi rasa malas nak pergi kerja tapi memandangkan hari Jumaat aku jadi bersemangat pula. Cepatnya masa berlalu hari ini dah Jumaat balik.

Thursday, October 09, 2003

"HAPPY BIRTHDAY N"

Hari ini harijadinya yang ke -*9, moga dia menemui apa yang dia cari selama ini. Dari kejauhan walau di mana sahaja dia berada moga Allah melimpahkan rahmatnya dan melindunginya dari segala malapetaka. Dilimpahkan rezeki dan nikmat kesihatan. Semalam petang selepas sahaja aku balik ke rumah makan ubat batuk, selsema dan pelbagai lagi pil, aku terus tertidur hingga ke pukul 2.00 pagi. Terjaga dan sent SMS, tak berjawab. Mungkin dia telah tidur lena. Tak apalah sebab aku telah hantar SMS sebelum itu. Dia sibuk mungkin.

Tidak ada apa yang dapat aku coretkan di sini tentang dia. Otak aku tak mampu lagi mengingati segalanya. Kesan pelbagai pil yang aku telan agaknya. Cuma satu yang aku selalu pelajari darinya "Kejarlah apa sahaja impian walaupun ianya tidak menyenangkan sesetengah pihak, tetapi hati kita dan kehendak sendiri paling utama". Lagu ini, mengingatkan aku tentang dia. Dulu, suatu masa dulu lagu ini pernah menghiasi kamar tidurnya.

I wanna make you smile
whenever you're sad
carry you around when your arthritis is bad
all i wanna do, is grow old with you

I'll get you medicine when your tummy aches
Build you a fire if the furnace breaks
So, it could be so nice growing old with you,....

I'll miss you
Kiss you
Give you my coat when you are cold
Need you
Feed you
Even let you hold the remote control.

So let me do the dishes in our kitchen sink
Put you to bed when you've had too much to drink
Oh I could be the man that grows old with you
I wanna grow old with you.

Adam Sandler - I wanna Grow Old With You

Jadi berpeganglah pada apa yang kita pernah percaya, bahawa seseorang di dunia ini pernah wujud dan memberikan kebahagiaan walaupun hanya sedetik cuma. Walaupun detik itu payah untuk berulang lagi ...



HAK MALAYSIA TERJAMIN: TRIBUNAL TETAPKAN SYARAT SINGAPURA TAMBAK LAUT
Daripada Khirul Bahri Basaruddin, BH 9 Okt. 2003


HAMBURG: Tribunal Antarabangsa Mengenai Undang-Undang Laut (ITLOS) semalam sebulat suara mengarahkan Singapura tidak menjalankan kerja penambakan laut sehingga boleh menyebabkan prejudis yang tidak dapat dipulihkan terhadap hak Malaysia atau merosakkan alam sekitar maritim.

Sehubungan itu, Presiden ITLOS, L Dolliver M Nelson bersama 20 anggota tetap dan dua anggota ad-hoc tribunal dalam keputusan yang dianggap memihak kepada Malaysia, juga memerintahkan kedua-dua negara menubuhkan kumpulan pakar bebas yang diberi mandat untuk menjalankan kajian berhubung kesan kerja penambakan itu.

Perintah ITLOS antara lain menyebut:-

1. Kumpulan pakar bebas diberi mandat untuk menjalankan kajian, yang syarat rujukan dipersetujui kedua-dua negara dalam tempoh tidak melebihi setahun daripada semalam, kesan daripada kerja penambakan laut oleh Singapura dan mencadangkan, sebagai keperluan, langkah bagi menangani sebarang kesan buruk berikutan kerja penambakan itu.

Menyediakan secepat mungkin laporan sementara berhubung kerja menambak di kawasan D di Pulau Tekong.

2. Bertukar maklumat secara berulang kali berhubung taksiran risiko atau kesan kerja penambakan laut yang dibuat Singapura.

3. Melaksanakan nota komitmen berhubung perintah ITLOS dan mengelakkan sebarang tindakan yang tidak selaras dengan keberkesanan pelaksanaan itu dan tanpa memudaratkan kedudukan isu yang akan dibawa di depan Tribunal Timbang Tara Mengenai Undang-Undang Laut.

4. Berunding bagi mencari jalan langkah sementara berhubung kawasan D di Pulau Tekong termasuk menggantung atau meminda, jika perlu bagi memastikan kerja menambak itu sementara siap kajian oleh pakar bebas yang tidak memudaratkan Singapura melaksanakan komitmen yang dibuat sebelum itu.

Komitmen Singapura yang dibuat oleh Ejennya, Prof Tommy Koh dalam perbicaraan lalu, menyatakan kesanggupan negara itu menyemak semula atau menggantung kerja penambakan jika ada bukti memberi kesan buruk.

Prof Koh juga menyatakan komitmen Singapura berhubung kawasan D bahawa negara itu tidak mengambil tindakan untuk membina tembok penahan batu di sekitar kawasan D sementara siapnya kajian bersama yang dijangka siap dalam tempoh setahun.

Keputusan setebal 22 halaman yang dibacakan selama sejam oleh Nelson dalam persidangan terbuka, juga mengeluarkan perintah Malaysia dan Singapura masing-masing mengemukakan laporan awal kepada ITLOS dan tribunal tidak lewat daripada 9 Januari 2004.

Akhirnya, ITLOS memerintahkan Malaysia dan Singapura menanggung kos prosiding masing-masing.

Selain itu, ITLOS juga menolak bantahan awal Singapura bahawa tribunal itu tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar permohonan Malaysia.

Nelson berkata, berdasarkan kepada Lampiran VII, Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Mengenai Undang-Undang Laut (UNCLOS), tribunal mempunyai bidang kuasa untuk mendengar pertikaian itu.

Ejen Bersama Malaysia, Duta Malaysia ke Jerman, Datuk Kamal Ismaun dan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail mewakili Malaysia dalam persidangan itu.

Pada 27 September lalu, ITLOS menetapkan untuk membuat keputusan pada 8 Oktober selepas Malaysia dan Singapura selesai menggulung hujah masing-masing. Mengikut Perkara 88 UNCLOS, sebaik saja hujah lisan selesai disampaikan, tribunal akan mengadakan perbincangan bagi membuat keputusan.

Sebaik saja keputusan dicapai, pihak terbabit akan dimaklumkan mengenai tarikh keputusan dan tribunal akan mengadakan persidangan terbuka bagi membaca penghakiman itu.

Keputusan tribunal adalah muktamad dan ia mengikat pihak terbabit pada hari keputusan itu dibacakan. Jika timbul persamaan undi dalam keputusan, presiden menggunakan undi pemutus.

Selain Ahmad Fuzi dan Abdul Gani, pakar undang-undang daripada Malaysia, Prof Sir Elihu Lauterpacht, Prof James Crawford dan Prof Nico Shcrijver turut berhujah.

Selain pasukan perundangan, dua pakar teknikal dari Malaysia memberi keterangan dalam perbicaraan itu. Mereka ialah Prof Dr Mastura Syed Abdullah, daripada Jabatan Geografi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Prof Roger Alexander Falconer, daripada Universiti Cardiff Wales.

Wednesday, October 08, 2003

BILA SEJENGKAL JADI SEDEPA

Hari ini kita menanti dengan penuh debar keputusan Tribunal Antarabangsa Mengenai Undang-Undang Laut (ITLOS) yang mendengar permohonan Malaysia bagi mendapatkan perintah sementara supaya Singapura menggantung kerja penambakan laut di Selat Johor.

Mengikut perkara 88 Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi Undang-Undang Laut (UNCLOS) sebaik sahaja hujah lisan selesai disampaikan pada 25 -27 September 2003, tribunal akan mengadakan perbincangan dan membuat keputusannya hari ini. Presiden ITLOS, L.Dolliver M Nelson yang mendengar permohonan Malaysia itu bersama 20 anggota tetap dan dua anggota ad-hoc ITLOS membuat keputusan itu selepas Malaysia dan Singapura selesai menggulung hujah masing-masing.

Dalam perbicaraan itu , Malaysia memohon 4 perintah sementara daripada ITLOS sementara menunggu satu tribunal timbang tara ditubuhkan bagi mendengar kes Malaysia terhadap Singapura.

Empat perintah sementara yang di pohon itu ialah :

1. Singapura perlu, sementara menunggu keputusan tribunal timbang tara, menggantungkan semua kerja penambakan laut di sekitar sempadan meritim kedua-dua negara atau kawasan perairan Malaysia terutama sekitar Pulau Tekong dan Tuas.

2. Keluasan kerja-kerja belum dilaksanakan , dengan menyediakan Malaysia maklumat penuh meliputi projek kini dan yang dirancangkan , termasuk terutamanya cadangan keluasan, kaedah pembinaan, asal-usul dan jenis bahan yang digunakan, dan reka bentuk perlindungan pantai serta langkah penjagaan jika ada.

3. Memberikan Malaysia peluang sepenuhnya untuk membuat ulasan ke atas kerja dan kesan yang bakal dihadapi seperti menyediakan maklumat;

4. Bersetuju untuk berunding dengan Malaysia berhubung isu yang belum diselesaikan sebelum ini.

Dalam permohonan itu Malaysia mengemukakan tiga laporan teknikal yang dibuat oleh Delf Hydraulics The Netherlands, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan UKM serta peta, gambar rajah, nota pertukaran diplomatik serta rujukan kes undang-undang bagi menyokong permohonan itu.

ITLOS telah diberitahu tentang 5 pusingan nota pertukaran diplomatik dengan Singapura membantah projek penambakan laut yang dijalankan oleh negara itu. Peguam Malaysia, Prof Nico Schrijver berhujah walaupun menerima nota bantahan dan cadangan mengadakan rundingan, Singapura menolaknya terus.

28 Januari 2002 - Pusingan pertama Malaysia menghantar nota bantahankepada Singapura tetapi dijawabnya pada 20 Februari 2002 dengan alasan bantahan Malaysia tidak berasas.

2 April 2002 - Pusingan kedua, dan 11 April 2002 Singapura mengatakan pintu rundingan tertutup buat Malaysia.

30 April 2002- Melalui nota pertukaran Malaysia secara tegas membantah semua kerja penambakan di kawasan yang dipertikaikan itu dan meminta mesyuarat pegawai peringkat tertinggi tetapi pada 14 Mei 2002, Singapura menyatakan enggan melayan permintaan negara ini.

10 Julai 2002 - Melalui nota pertukaran pusingan keempat, Malaysia mengingatkan negara jirannya berhubung hak mengikut konvensyen undang-undang laut dan pada 28 Ogos 2002, sekali lagi ditolak oleh Singapura.

4 Julai 2003 - Pada pusingan kelima selepas Malaysia memfailkan pernyataan tuntutan buat pertama kalinya Singapura bersetuju dengan mengadakan rundingan pada 13 dan 14 Ogos 2003.

Bagaimanapun, negara itu tetap dengan pendirian enggan menghentikan kerja penambakan itu. Prof Sir Elihu Lauterpacht berhujah tribunal mempunyai tanggungjawab untuk melindungi alam sekitar maritim dan perintah yang dipohon Malaysia sama dengan tanggung jawab ITLOS. Prof James Crowford pula berhujah projek penambakan laut di Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) dijalankan selepas Laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) lulus.

Malaysia menegaskan dalam penghujahannya :

1. Tindakan Singapura dalam melaksanakan kegiatan di sekitar Pulau Tekong dan Tuas menyebabkan kerosakan teruk dan tidak dapat dibaiki terhadap persekitaran marin serta prasangka serius terhadap hak-hak Malaysia.

2. Malaysia bertegas bahawa kegiatan penambakan laut mengakibatkan perubahan besar kepada aliran rejim dan mendapan selain mengakibatkan hakisan pantai.

3. Malaysia mahu mengekalkan haknya berkaitan penyelenggaraan marin dan persekitaran pantai serta mengekalkan haknya terhdap akses maritim ke garisan pantainya, seperti yang diberi jaminan oleh konvensyen itu.

Dalam perbicaraan itu Malaysia di wakili oleh pakar undang-undang dari Malaysia, Prof Sir Elihu Lauterpacht, Prof james Crawford dan Prof Nico Shcrijver; 2 pakar teknikal Prof Dr. Mastura Syed Abdullah, daripada Jabatan Geografi UKM dan Prof Roger Alexander Falconer daripada Universiti Cardiff Wales. Selain itu Tan Sri Ahmad Fauzi Abdul Razak Ketua Setiausaha Kementerian Luar dan turut dibantu ejen bersama, Duta Malaysia Ke Jerman Datuk Kamal Ismaun dan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail.

Diharapkan keputusan yang akan diambil oleh ITLOS adalah adil selepas mengambil kira kepentingan serta kebimbangan Malaysia terutamanya bagi melindungi alam sekitar maritim.

Tuesday, October 07, 2003

SOAL HATI

"Jika kita menyerahkan hati kita kepada kekasih dia akan menghancurkannya"

Tepat sekali ungkapan ini. Kekasih tetaplah seorang individu asing yang hadir dalam hidup kita. Sebagaimana dia datang dia juga boleh meninggalkan kita begitu sahaja. Kekasih, lebih-lebih lagi tanpa ikatan yang sah, yang boleh menghalalkan segalanya sudah pasti punya pilihan dan kehendak. Bila dia merasakan kehendaknya tidak dapat dipenuhi lagi atau ada peluang yang lebih baik dia akan pergi. Begitulah aturan kehidupan, kita tidak boleh memaksanya untuk sentiasa setia dan berada di sisi kita. Saat inilah seseorang yang pernah kita berikan pengharapan akan menghancurkan kebahagiaan yang pernah dibina bersama. Perlu diingat dia tetaplah orang asing sebagaimana dia datang begitulah dia akan pergi dan lebih menghancurkan lagi jika dia pergi tanpa rasa bersalah sedikit pun.

Kalah menang, bahagia celaka jatuh bangun merupakan percaturan hidup yang tidak dapat dipisahkan daripada manusia. Semuanya termaktub di Luh Mahfuz dan tercatat di suratan takdir. Manusia dikehendaki supaya beriktiar dan berusaha untuk memperolehi apa yang dihajatinya. Namun kita harus sedar bahawa manusia hanya sekadar merancang, beriktiar dan berusaha, tetapi Allah yang menentukannya.

Sebagai seorang Islam kita tidak harus mudah putus asa kerana sesungguhnya sifat putus asa itu membawa kekufuran, dan kekufuran amat dilarang oleh Allah s.w.t. Orang yang mudah putus asa terdiri daripada mereka yang cacat imannya, yang tidak mempercayai qada dan qadar dan tidak sanggup menerima penentuan Allah s.w.t. Sifat putus asa seolah-olah memprotes ketentuan Allah yang menetapkan segala-galanya. Sifat ini berlawanan bagi sifat qinaa'ah iaitu berperasaan reda dan senang hati terhadap apa yang ditentukan oleh qada dan qadar serta mempercayai dengan sepenuh iman dan kepercayaan bahawa setiap sesutu itu , sama ada baik atau buruk, gagal atau berjaya adalah natijah dan hasil usahanya sendiri.

"Jadi serahkanlah hatimu kepada Allah maka kamu akan beroleh ketenangan"

Untuk memulihkan keadaan orang yang berputus asa dan untuk menenteramkan fikirannya hanya satu sahaja yang disarankan oleh Islam iaitu mengingati Allah banyak-banyak. Ingatkan kemurahan dan kekuasaanNya. Hanya dengan mengingati Allah sahaja akan tenteram hati dan perasaan.

Firman Allah dalam surah Ar Ra' du ayat 28 yang bermaksud:

"Orang-orang yang beriman dan tenteram hati mereka dengan "zikrullah", ketahuilah dengan "zikrullah" itu akan tenang tenteramlah hati manusia".

Tapi hati manusia pula sukar diduga. Kehendaknya pelbagai amat sulit untuk ditafsirkan .


Surat rindu ini
Entah pada siapa
Harus kukirimkan
Untuk dapat menyatakan hati
Yang dikejauhan ini
Apabila mata masih enggan melupakan
Indah musim bunga yang kita raikan bersama
Sekuntum bunga biru yang kuselitkan
di rambutmu. masih ada wanginya
.

Monday, October 06, 2003

CEBISAN WAKTU BERLALU

Sabtu pagi aku ke Sungai Manggis, rumah kakak. Kebetulan Ika dan Izat ada sukaneka jadi kami semua jadi penyokong mereka. Jerit tak ingat dunia. Alhamdullillah mereka berdua menang semua acara yang dipertandingkan. Mungkin itu adalah nikmat hidup berumah tangga, ada anak-anak yang cerdik dan berkebolehan. Ika & Izat memang cerdas otaknya, top student dalam kelas samada sekolah kebangsaan atau sekolah agama. Jadi pendidikan mereka seimbang.

Namun Ika, masih tetap berwajah murung. Selaku kakak sulung, juga cucu sulung keluarga kami, mungkin Ika banyak memendam perasaan. Nasib baik hal-hal yang melibatkan ibu bapa mereka setahun dulu tidak banyak mempengaruhi alam persekolahannya. Nasib baik semuanya berakhir dengan baik. Tapi mungkin abang ipar malu nak bertegur seperti sebelum peristiwa itu berlaku. Mungkin akak mampu melupakannya, tapi kami tetap "trauma" mengenangkannya. Hampir setahun kami dipanggang dengan masalah mereka. Syukur segalanya berakhir dengan aman namun kami semua akan lebih berhati-hati. Ketika di tepi padang hujan turun tiba-tiba. Aku memang pantang kalau kena hujan gerimis dan hujan yang tiba-tiba alamat dapat selesama.

Sampai di TK pukul 12.00 tengahari. Sebelum tu singgah di Sungai Buluh beli ikan dan sayuran. Mak tak ada di rumah, Yana pulak tak mahu memasak nak tunggu mak juga. Aku tertidur sampai pukul 3 petang. Bangun tidur semua dah terhidang. Tapi selera makan aku dah tertutup kalau makan lambat sangat dan kepala aku mula pening.

Malam ada 3 undangan kenduri "Unggahan". Kenduri nasi Ambeng masyarakat Jawa sempena nak meyambut bulan puasa di samping mengirim arwah. Abah pulak dah keluar jadi aku terpaksa mewakilkannya. Kenduri mesti pergi tidak boleh tidak. Kalau tak ada yang tua anak-anak lelaki lain wajib hadir. Potong stim betul sebab ada final Piala Malaysia. Selepas maghrib ianya bermula sampailah pukul 10.30 baru habis. Sekarang kenduri nasi Ambeng tak payah makan-makan just bahagi-bahagikan dan bungkus bawa balik hatta kuih-muih juga bungkus. Rasa macam nak mengejar masa sesangat. Yelah kata abah ada satu malam tu 4 tempat sekali. Yang bestnya dapat sejadah percuma dan kain pelikat ikut kemampuan tuan rumah. Zaman dah berubah rezeki masing-masing juga bertambah. Ada 60 rumah di kawasan kejiranan aku masing-masing akan buat juga kenduri-kenduri ini. Malam memang tak payah masaklah untuk beberapa minggu ini. Tapi jemu juga, zaman kecil-kecil dulu tak ler sebanyak ni kendurinya.

Malamnya sah-sah aku diserang demam. Badan menggigil, otot-otot kejang. Selsema dan tekakt terasa sakit. Aku tidur diruang tamu, sejuk tapi badan berpeluh. Esoknya aku kansel appointment dengan mak nak ke Nilai 3, Julie yang bawak mak. Pagi Ahad aku balik ke Cyber dan pergi ke klinik. Doktor tu ramah pulak jadi aku keluarkan teori kenapa aku selalu demam tiap 3 bulan sekali. Tak macam orang dulu-dulu jarang dapat demam. Selain faktor usia, masyarakat sekarang banyak bergerak sebab faktor-faktor sosial. Dari segi pekerjaan jumpa pelbagai ragam manusia, jumpa manusia yang pelbagai. Dan kita tidak tahu status kesihatannya. Masa pergi kenduri tu pun ramai yang dah selsema jadi jangkitan virus mudah merebak. Jika di bandingkan masyarakat dulu lebih statik, orang dari Melaka bersawah juga tapi mereka jarang bertemu orang lain contohnya dari TK. Jadi virus itu lebih bersifat setempat dan mangli juga tahap imunisasi badan kebal sebab tak jumpa virus yang pelbagai dari tempat lain. Sekarang kita berjumpa dengan ramai manusia ketika bekerja, bersosial, mesyuarat etc. Teori aku itu diakui ada kebenarannya oleh doktor dari Klinik Al-Zahrah tu. Otak aku memang tak henti-henti memikirkan itu ini walaupun badan aku lemah.

Hari ini juga ayah Fahrol dan staff BU akan menghadiri satu sessi soal siasat moga Allah akan bersama orang-orang yang benar. Tapi payah juga orang yang ada degree panjang berjela ini selalunya tidak mahu menerima pandangan orang biasa macam kita ini . Pandangan mereka sahajalah yang betul. Orang begini angkuh dan susah menerima pendapat orang lain. Maka itulah mereka dianggap melagakkan "scholarshipnya". Tetapi sebenarnya kalau kita berpijak di bumi yang nyata "scholarship" merupakan ciri yang mengasingkan manusia "scholar" daripada manusia di sekelilingnya. Sepatutnya "scholar" ialah cendikiawan atau manusia yang begitu menyintai ilmu; dia tak jemu-jemu menimbanya hinggalah ke akhir hayatnya. Sanggup dikritik jika tidak betul dan belajar dari pengalaman orang lain. Bukan jadi manusia yang bongkak dan bodoh sombong. Seperti buku tulisan Laurence J. Peter "An expert is someone who has stopped thinking. He knows". Maknanya "Pakar ialah manusia yang sudah berhenti menimba ilmu. Dia mengetahui."

Friday, October 03, 2003

KUASA HANDPHONE

Terbaca di Berita Harian tentang "Telefon bimbit boleh kesan suami curang", 2 October 2003.

Malaysia boleh dikategorikan antara negara paling hebat di dunia dalam menggunakan telefon bimbit apabila memanfaatkan teknologi itu untuk melafazkan cerai antara suami kepada isterinya secara perkhidmatan mesej pendek (SMS) yang begitu popular masa kini.

Tetapi lain pula yang terjadi di Itali apabila teknologi komunikasi itu menjadi laluan utama dalam memecahkan segala tembelang mengenai hubungan sulit seseorang suami.

Kajian penyiasat persendirian negara itu, Miriam Tomponzi, mendapati isteri sudah pandai mengesan segala hubungan sulit suami mereka melalui telefon bimbit, sama ada melalui SMS atau nombor telefon tersimpan dalam memori alat komunikasi itu.

Katanya, kajian syarikat itu mendapati hampir sembilan daripada 10 hubungan sulit yang dikesan di Itali membabitkan telefon bimbit.

“SMS boleh dianggap sebagai perkhidmatan curang dan tidak setia. Seseorang suami boleh menghantar mesej cinta kepada kekasih sulitnya tanpa disedari isterinya,” katanya.

Hakim penceraian, Cesare Rimini berkata, mesej teks kini menggantikan surat cinta.

“Hubungan sulit kini dapat dikesan melalui komunikasi telefon bimbit. Dulu komunikasi begini adalah melalui surat,” katanya.

Untuk membolehkan hubungan sulit diteruskan melalui telefon bimbit, Tomponzi memberi lima panduan kepada suami yang mampu mengelak perbuatan mereka daripada diketahui isteri. Panduan itu seperti berikut:

1. Selepas setiap panggilan dibuat atau diterima, terus buang sebarang nombor daripada telefon bimbit berkenaan. Kemudian buat panggilan ke saudara atau kenalan terdekat yang nombornya dikenali isteri.

2. Buangkan semua mesej teks walaupun ia adalah bahasa indah dan jangan cuba menyimpannya bagi kegunaan untuk dibaca semula.

3. Sekiranya suami menerima panggilan ketika berada bersama isteri, cuba lakukan seperti ini:

4. Bersedia dengan nama yang berkaitan dengan tugasan seperti panggilan daripada tempat kerja untuk membolehkan perbualan ‘palsu’ dilakukan bagi mengelak sebarang syak wasangka.

5. Bertindak pantas dengan mengatakan panggilan itu tersalah nombor.

6. Tutup telefon dan mengatakan terdapat gangguan pada talian.

Kalau nak diikutkan banyak kisah yang saya perolehi dari kawan-kawan tentang penggunaan handphone ni. Yelah macam orang baik yang pertama kali berbuat salah dengan bini masing-masing. Sentiasa curiga dan bimbang kalau-kalau isteri terserempak dengan mesej yang ada di handphone. Hatta masa mandi pun kena bawak handphone mereka. Itu belum kisah sim card yang pelbagai, untuk official lain, family lain then untuk berseronok lain.

"Kalau SMS diterima pukul 1 dua pagi mana ler logiknya kawan sekerja tanya pasal kerja, pompuan pulak tu." Kata Kak V dalam nada marahnya. "Bila ditanya asyik-asyik kawan ofis tu takde apalah tambahnya lag." Saya tersenyum sahaja. Sebenarnya banyak kisah yang berlaku tentang SMS ni yang boleh ditulis dan dijadikan pedoman. Namun biarkanlah sahaja ianya menjadi kenangan peribadi penulis.


MARI BERPANTUN BERSAMA WkDin, Merryhearted & Mal

Semalam entah kuasa dari mana yang telah merasuk Merryhearted dia mengajak aku berbalas pantun. Aku pula yang boring melantun-lantun sebab pelawat ballik selepas lunch terus beraksi. Hasilnya kami berpantun, sesuatu yang tidak pernah terfikir sama sekali. Seronok sekali ajak Wkdin sekaki. Namun sorry yer Merry banyak pantun yang hilang tak dapat dijejaki lagi…. Amat terasa rugi "tacit knowledge" hilang camtu jer. Ingatkan Zonkboard simpan archive rupanya hampeh. Inilah apa yang dapat diselamatkan . Tapi susunannya berterabur. Lain kali kalau ada pantun lagi akan di simpan baik-baik ikut turutannya sekali.


Merryhearted: Jangan di tikam diri sendiri,
Jangan mengharap pada yang tak pasti,
Bukankah masih banyak lagi,
Yang akan mengatakan sudi....

Mal: Yang baru itu muda lagi
Terasa untung diriku ini
Moga kekal perhubungan ini
Doa restu semua amat dinanti .... cewahhh


Wkdin: Kalaulah hati terasa sunyi,
Dengar suara siti menyanyi,
Janganlah lupa pesanan ini,
Berdoalah kepada ilahi,

Merryhearted: Barang yang lepas jangan dikenang lagi,
Jika dikenang merana badan sendiri,
Orang yang pergi jgn ditangisi,
Biarlah yg baru pula mengisi...

wkdin: ala.. lamo dah den tak pantun........kena pantun la pulak ari nih...

mal: Menunggu Siti penuh berhati
Takut hatiku diluka lagi
Memang begitu hajat di hati
Sanggup membujang tak dapat Siti

mal: Suatu masa akukan pergi
Tanpa dia yang kusayangi
Soal hati memang begini
Terasa sulit rumit sekali

wkdin: Menjinjing kain melintas titi,
Melintas dengan berhati-hati,
Kalau yer pun menunggu Siti,
Takkan begitu sampai mati..

merryhearted: Usah disoal diri sendiri,
Jawapannya ada didalam hati,
Kenapa mesti diingati lagi,
Pada yang satu yang entahkan pasti....

mal: Pagi petang teringat Siti
Merdu suara penuh emosi
Memang itu hajat di hati,
Sampai sekarang sanggup sendiri


wkdin: Kamal tersenyum segak berdiri,
Tapi kesian masih sendiri,
Segakkan diri kemaskan hati,
Manalah tahu berjumpa siti... ulang........

mal: Cintaku hanyut di lautan sepi
Bagai sejarah berulang kembali
Tak tahulah diriku ini
Asyik setia pada yg satu ini

wkdin: Kamal tersenyum segak berdiri,
Tapi kesian masih sendiri,
Segak diri kemas hati,
manalah tahu berjumpa siti...

merryhearted: Jika dia datang kembali,
Janganla pula kau ulangi lagi,
Biarkan saja dia sendiri,
kenapa mesti bertemu lagi...

mal: Seluas angkasa aku jelajahi
Cinta yang satu tetap bersemi
Pada yang satu paling disayangi
Nasib ler nanti kalau berubah hati .... hahahaha


merryhearted: Jika benar kata dijanji,
Jangan pula nanti berubah hati,
Jika benar akan kau tadahi,
Tadahilah ia sepenuh hati....

mal: Berubah hati tidak serasi
Selalu ketemu orang begini
Entahlah Merry nasibku ini
Asyik berjumpa orang begini

Merryhearted : Usah dirungut tentang nasibmu
Usah dirujuk pada yang tak mahu
Kalau asyik berjumpa yang begitu
Kau angkat kaki tumpang lalu.


merryhearted: Berkawan biar seribu berkasih biar satu,
Begitu kata org dulu-dulu,
Jika akan berubah hati,
Itu maknanya tidak serasi....

mal: Jumpa lagi wkdin ku ini
Di lain kali berpantun lagi

Wkdin : Balik nanti naik motor...
Bbisa di atur..................


wkdin: Kita berpantun di arena ini,
Cukup lah dulu penuh pedoman,
samalah dengan diriku ini,
Isteri menunggu penuh harapan....hehehe

merryhearted: Kira campur tolak bahagi,
Lama ke lagi?


mal: Aduhai Merry kalau ko sudi
Kita berpantun sampai esok pagi!

merryhearted: Bukan aku tak mahu tunggu,
Tapi aku harus pulang dulu,
Anak aku dirumah dah penat menunggu,
Sampai menangis nak minum susu.... haaaa ambik kau... hehehe


Thursday, October 02, 2003

REAKSI TERHADAP PENGKLONAN MANUSIA

Semalam petang terdetik di hati, kalau tidak berkahwin ( baca membiak) maka generasi manusia akan terhenti. Mungkin pengklonan manusia adalah jawapan ke atas "kemalasan" manusia membiak secara sah dan halal menerusi institusi perkahwinan. Namun cepat-cepat terfikir semula rasional di atas setiap kejadian yang telah Allah tentukan. Menarik juga jika kita menghayati perkembangan pengklonan manusia ini. Entahlah kalau difikirkan memanglah ianya satu kejayaan sains yang etikanya hebat diperdebatkan. Namun setiap satu kejadian itu mungkin ada sesuatu yang berguna yang boleh memberi faedah kepada perkembangan sains perubatan dan umat manusia secara keseluruhannya.

Tanggal 26 Disember 2002, Eve didakwa sebagai manusia pertama hasil teknologi pengklonan. Ia benar-benar mengejutkan dunia. Bayi perempuan seberat 3.2 kilogram yang dikatakan dilahirkan oleh seorang wanita berbangsa Amerika berusia 31 tahun di suatu tempat yang dirahsiakan di luar Amerika Syarikat. Eve lahir hasil penyelidikan yang dijalankan oleh pertubuhan yang dikenali sebagai Clonaid dan dibiayai oleh Raelian. Tersentak dengan pengumuman itu Presiden AS, George W. Bush dan presiden Perancis, Jacques Chirac segera menyokong undang-undang pengharaman pengklonan manusia. Namun bayi klon yang lahir itu masih menjadi pertikaian.

Dunia Islam juga memberi respon terhadap pengklonan manusia yang antaranya, Majdah Zawawi, misalnya, dalam Human Cloning A Comparative Study of the Legal and Ethical Aspects of Reproductive Human Cloning (2001) mengatakan Akademi Fuqaha' Islam yang berpusat di Jedah telah berfatwa bahawa pengklonan terhadap manusia dalam apa bentuk pun adalah haram dan melanggar moral manusia. Ini mungkin saja dibuat berdasarkan ijtihad yang berlaku dalam perkembangan luar biasa bidang bioteknologi. Majdah seterusnya menyarankan agar proses 'kelahiran bayi" dibiarkan dalam cara yang sudah diterima umum daripada terjebak dalam persoalan yang memungkinkan membawa kehancuran institusi kekeluargaan.

Yusuf Al-Qardhawi pula menyatakan Islam melarang pengklonan kerana ia bertentangan dengan prinsip "keanekaragaman" dalam penciptaan. Menurut Qardhawi, Allah menciptakan alam raya ini di atas asas keanekaragaman, sementara klon manusia berasaskan pada duplikasi watak yang sama dengan tubuh aslinya.

Ulamak Islam Lebanon Hussein Fadhallah pula memberikan pandangan yang agak radikal dalam soal ini katanya " Klon bukan tentangan terhadap kekuasaan Tuhan. Manusia hanya menggunakan reaksi kimia dan genetik yang diberikan Tuhan padanya, dalam tubuhnya, yang kemudian ditempatkan dalam materi keduniaan lainnya melalui cara tidak normal."

Mufti Mesir, Dr Nasr Farid Wasil pada sidang akhbarnya 30 Jun 2002 menegaskan bahawa pengklonan manusia tidak harus pada pandangan syarak kerana menjejaskan beberapa perkara, termasuk hukum-hakam, kesihatan, kemasyarakatan dan perundangan. Katanya, perbuatan mengklon bukan untuk kebaikan dan muslihat manusia sebaliknya akan membawa kecelakaan kepada manusia keseluruhannya. Pada waktu yang sama, beliau menegaskan bahawa Islam tidak menegah dan tidak menentang pengklonan sel manusia jika untuk kebaikan. Contohnya, pengklonan yang dilakukan kepada sel manusia yang boleh dijadikan bahan untuk mengubati penyakit dengan syarat ia tidak menyebabkan berlaku percampuran keturunan.

Dulu Malaysia pernah dilanda kontroversi berhubung kemajuan bioteknologi, khususnya bayi tabung uji dan ibu tumpang yang dicetuskan melalui isu penjualan sperma di Kuala Lumpur sekitar 1992. Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia pada 11 Mac 2002 telah menumumkan bahawa pengklonan manusia adalah haram di sisi agama Islam kerana ia bercanggah dengan fitrah kejadian manusia yang dijadikan mengikut ketentuan Allah kerana bayi yang dilahirkan tidak menerusi percantuman antara suami (sperma) dan isteri (ovum atau telur), serta menidakkan hak keturunan menyebabkan timbul implikasi hukum seperti hak dalam mewarisi harta pusaka. Penggunaan ‘stem cell’ bagi tujuan perubatan dan kajian, yang diambil bukan dari proses pengklonan adalah diharuskan selagi ianya tidak bercanggah dengan hukum syara’.

Walaupun kita sudah sedia maklum isu pengklonan ini haram dalam Islam namun ianya perlu di buat kajian lanjut. Islam menetapkan pengklonan manusia sememangnya haram kerana ia melibatkan penggunaan sel baru - bukan lagi pencantuman antara benih lelaki dan wanita, malah sebaliknya tidak memerlukan sperma lelaki untuk melahirkan anak. Jika benar Eve adalah manusia klon pertama di dunia ada kemungkinan ia melanggar prinsip kesejahteraan manusia, jadi inilah yang dikatakan menimbulkan isu etika itu.

Jika kita tinjau misi Human Cloning Foundation (HCF) melalui laman webnya www.humancloning.org : HCF mempromosikan pengklonan manusia dan cabang bioteknologi lain yang mampu menyembuhkan penyakit serta memanjangkan hayat manusia. Contohnya menghuraikan rahsia penyakit kanser dan kaedah penyembuhannya, pengklonan organ, bidang pembedahan kosmetik dan terapi anti tua.

Pengklonan organ mungkin boleh diterima akal dan boleh diperdebatkan semula namun pengklonan manusia itu sudah keterlaluan. Hanya sedikit daripada apa yang banyak(pengetahuan) yang dibenarkan oleh Allah untuk difahami manusia. Kuasa menghidupkan nyawa adalah hak mutlak Allah yang tidak akan tercapai oleh manusia.

Pernah juga bermimpi untuk mengklonkan H atau N tapi itu hanyalah dalam mimpi. Sedangkan dalam mimpi pun tak "terklon" ( baca : bukan kelon) inikan pula dalam realiti.


TINJAUAN DJW

Ketika memandu ke Dengkil di simpang empat berdekatan MDC ada traffic lights. Semasa lampu merah, semua kereta berhenti. Aku perhatikan di sebelah kiri dan kanan . Melihat gelagat pemandu yang ada di dalam kereta kita akan dapat mengesan sesuatu. Cuba teori ini dan pastikan kesahihannya :

1. Jika kita nampak pasangan yang riuh bercerita, macam "happy" semacam jer memang sah-sah ler wanita atau lelaki tersebut samada pasangan kekasih, kenalan atau yang tidak mempunyai pertalian rapat antara keduanya. Yang pasti teman di sebelah bukan pasangan hidupnya.

2. Kalau di lihat pasangan yang duduk diam-diam, tertib dan muka boring tahap cipan tu, ada harapan besar mereka adalah pasangan suami isteri. Mereka ni selalunya kurang berbual mesra hanya benda-benda yang penting sahaja. Kalau ada pun macam "tak lalu" jer tidak semesra pasangan pertama itu.

Ini tinjauan tepi kain DJW jer kesahihannya kenalah nilai dan alami sendiri. Maklumlah perkahwinan itu hanya menghalalkan 2 orang asing untuk bersama secara sah. Secara logiknya memang banyak perbezaan antara keduanya.

TENTANG DIA

1. Z call aku dari ofisnya dan ucap "happy belated birthday" dia masih ingat , kagum sungguh. Tapi sebelum aku kagum berlebihan dia beritahu aku 7 October ni birthday dia yang ke-25 (motif). Muda lagi tu dan dia 'update' aku yang dia akan sambung pengajian peringkat Phd dia selama 3 tahun di UTP. Ayat tersembunyi dia "Tunggulah aku tiga tahun lagi, jika tidak engkau akan menyesal."

3. "Dia" busy semalam dan tak adalah email yang sekerap hari sebelumnya tu. So aku "ketensionan" dan aku tahu dia sengaja nak mendera aku. Aku tahu dia merajuk@marah sebab aku kata kat dia "kejam". Tapi seperti selalu dia nak aku berfikiran positif jangan dengar lagu "Mungkin" tukar kepada yang lebih ceria "Sinaran" - Sheila Majid.


Wednesday, October 01, 2003

MERENUNG KE DALAM DIRI

Hari ini agak sibuk, sebab selama 2 hari bermula hari ini ada "attachment" pegawai-pegawai dari luar negara di jabatan aku. Jadi tetamu kena layan dengan baik ler. Tunjukkan semua ceruk universiti ini. Mungkin suatu hari nanti kalau aku pulak yang bertandang ke tempat mereka senang sikit.

Semalam aku berkesempatan ber YM dengan WkDin ( http://wkdin.blogspot.com). Satu-satunya rakan blogger yang aku kenal berketurunan Jawa. Bercakap bahasa Jawa ini juga satu "harta" yang tidak ternilai diperturunkan oleh keluarga aku. Sebabnya adik-adik aku yang lain hancur "grammarnya" bila bercakap loghat ini. Terutamanya Yana, rasa geram jer kalau dengar dia cakap Jawa. Wkdin tanya kenapa aku macam dah putus asa dalam soal perkahwinan. Sebenarnya bukan serik ker apa cuma mahu memberi lebih masa kepada diri sendiri untuk mengenali apa yang sebenarnya aku mahukan dalam hidup. Aku beri tempoh hingga umor 35, lepas itu kahwin 4 terus ! Wkdin cakap "Nak dapat satu pun payah inikan pula 4 ." Aku gelak, memang ada kebenarannya. Bukan mudah berpoligami.

Ahad lepas kalau baca suratkhabar MM ada melaporkan seorang lelaki Arab Saudi mengahwini empat wanita dalam satu malam semata-mata untuk membuktikan kepada bekas isterinya bahawa dia masih mampu menawan hati wanita. Selepas keruntuhan rumah tangga mereka yang hanya bertahan selama beberapa bulan , bekas isteri lelaki itu memberitahunya tidak ada wanita yang akan sanggup berkahwin dengannya lagi. Kerana itu dia bersumpah akan berkahwin dengan empat wanita dalam satu malam semata-mata untuk membuktikan bekas isterinya salah. Kalau dekat Riyard boleh ler kot sebabnya tiada undang-undang untuk memohon kebenaran isteri terdahulu dan sebagainya.

Kisah ini menarik untuk direnungkan juga, tentang Mr. X kawan yang memang saya kenal peribadinya. Katanya saat percintaan amat berbeza sekali dengan alam rumah tangga yang sebenar. Apa yang dinikmati semasa bercinta kadang kala amat jauh dengan realiti perkahwinan. Aku tahulah kenapa dia berkata begitu. Sebabnya bercinta macam nak rak selama 4 tahun, kemudian berkahwin hanya kekal 4 tahun juga dan ada 2 orang anak. Puncanya pihak mertua minta dia melepaskan anaknya. Masa tu bulan Ramadhan, bulan yang segala syaitan di rantai. Dia pun terpaksa menurut kehendak si isteri kerana ingin mempertahankan maruahnya sebagai lelaki. Orang mintak jadi dia beri sahaja. Mereka kena faham perkahwinan adalah perkongsian hidup, kalau nak hidup senang dan mewah kenalah kedua-dua pihak berusaha. Si isteri juga bekerja kenalah bantu suami sama kalau nak hidup senang. Nama pun perkahwinan, lainlah berkahwin dengan anak raja ker. Moralnya pihak ketiga jangan masuk campur dalam sesuatu urusan rumahtangga dan kemampuan dari segi material juga penting untuk memiliki sebuah rumah tangga yang bahagia. Ini lah yang aku belajar dari cerita Mr. X. Cinta semata tidak akan membawa bahagia dan material juga belum tentu boleh memberi kesenangan. Apa yang penting kedua belah pihak harus tahu matlamat hidup dan kemana arah selepas itu. Setelah 2 tahun hidup menduda Mr. X pening kepala, ada 4 orang sekali yang amat menyayanginya. Dia tak tahu nak pilih yang mana satu. Bekas isterinya tetap macam itu juga, entah ler dapat suami yang baik dan setia tidak dihargai dan lebih rela hidup sendiri.

Kawan aku juga ada berkata , rezeki dalam perkahwinan ini Allah beri dalam satu pakej. Kebahagiaan yang dinikmati dalam perkahwinan yang pertama belum tentu akan diperolehi jika berkahwin lain. Rezeki itu mungkin hanya untuk isteri pertama dan anak-anak dari perkahwinan yang pertama ( sahaja nak peringatkan WkDin kalau dia ada niat nak pasang lagi satu). Hanya golongan alim sahaja yang boleh berjaya dan mampu memenuhi "disiplin" berpoligami ini. Orang biasa walaupun cukup dari segi material dan mampu belum tentu boleh membahagiakan isteri-isterinya.

Mawar juga berpesan kepada aku semalam : "Bro mal, balik umah duk depan cermin dan lihat apa yang bahaya ttg diri anda, then u'll know the answer." Malam tadi dalam samar-smar cahaya bilik aku pandang cermin. Ada jerawat halus di muka. Mungkin banyak berangan. Aku tahu bukan itu yang dia maksudkan, aku perlu melihat ke dalam diri apa kelemahan-kelemahan aku. Cermin aku yang sebenar adalah orang-orang yang ada disekeliling aku, yang sentiasa berurusan dan dalam lingkungan kehidupan aku. Mereka sahaja yang boleh menilai diri aku ini macamana. Kalau aku nilai diri sendiri memanglah macam bagus jer. Aku tahu yang aku ni insan yang punya kekurangan. Banyak sekali yang perlu diperbaiki dan diperbetul. Contohnya kata kawan aku , salah satu sikap aku ialah sedikit pendesak. Kalau nak sesuatu tu tak boleh tunggu esok, hari ini hari ini juga. Macam tak boleh tunggu. Aku kena ubah menjadi lebih matang dan sedikit berdiplomasi, cool, tertib buat pelan-pelan jangan gelojoh kata orang tu.


Keliru

Di lubuk hatiku tersimpan
Ada rasa bimbang
Yang enggan ku ceritakan
Ternyata baru kusadari
Senangnya hatimu
Yang engkau simpan untukku

Aku cinta kepadamu
Aku rindu di pelukmu
Namun ku keliru
Telah membunuh
Cinta dia dan dirimu

Oh... Tuhan maafkan diriku
T'lah melangkah lugu
Memberi bimbang hatinya

Kutahu engkau t'lah berdua
Tak mungkin kurasa
Melepas kasih antara kita

Aku cinta kepadamu
Aku rindu di pelukmu
Ingin ku akhiri
Yang t'lah terjadi
Lamunan membawamu kembali

Engkaupun keliru
Menilai arti cinta kita
Yang kau kira selamaya

Ruth Sahanaya

Nota : Untuk dia "maaf' semalam terlaser pulak.