Friday, May 21, 2004

BEGITU KE?

BEGITU KE?


Sekarang ni akhbar begitu bersungguh siarkan berita Noritta. Semua benda keluar secara terperinci sekali. Kadang tak sanggup nak baca. Kebebasan media mungkin. Hinggakan yang tetuduh jadi macam ‘superstar’ sekejap bila menjadi buruan pemberita. Muka hari-hari keluar Buletin Utama. Penting sangat ker Noritta tu hinggakan berita kematianya perlu dihebahkan ke serata alam? Mungkin sebagai pelaris akhbar masing-masing.

Dia sudah meninggal dunia. Pengadilan biarkanlah menjalankan tugasnya dengan aman. Bagaimana perasaan keluarga Noritta, ibu bapa dan adik-adiknya yang lain? Aku lebih bersimpati dengan nasib adik-adiknya. Pandangan orang terhadap mereka yang terpaksa dikendong seumur hidup. Mungkin belum kena batang hidung sendiri, kalau sudah terkena diam terduduk tak terkata. Adat dunia begitulah.

Memanglah PM suruh dedahkan salahlaku penjenayah seks. Tapi kadang media melaporkan berita tersebut agak keterlaluan. Daripada orang elok-elok tidak tahu, menjadi berita sensasi di mana sahaja. Kalau benda tersebut berlaku akibat penganiayaan, atau kes yang tidak pernah berlaku di negara ini oklah. Mungkin tujuannya adalah untuk mendidik masyarakat. Ini berita yang sudah menjadi asam garam masyarakat kota.

Akibat benda ini, banyak lagi perkara lain yang penting terabai. Bila semua tertumpu pada masalah seks. Perkara lain yang memerlukan pembelaan menjadi sesuatu yang tidak ada nilai pula. Banyak lagi yang perlukan perhatian dan media harus dedahkan. Didiklah pembaca menghargai tulisan atau rencana ilmiah. Tulislah tentang ketidakadilan, kesengsaraan rakyat yang perlukan pembelaan. Kepincangan dan masalah sosial merupakan pokok utama, itu yang perlu didedahkan. Bukan bila menatap akhbar tiap hari terbayang di kepala “Siapa pula yang kena rogol hari ini?”.


MENTAFSIR CINTA



Kata mereka, cinta itu
Tiada definisi
Terlalu subjektif dan tersendiri.

Kata aku, cinta itu
Perlu dikaji
Dari suatu sudut
Yang tidak ketahui.

Kata mereka, rindu itu
Suatu cabang
Daripada sebuah pohon cinta.

Kata aku, rindu itu
Perlu ditafsir
Dengan minda
Yang sedar.

Kata mereka, sepi itu
Perlu dirumus
Menjadi kesimpulan
Sebuah erti.

Kata mereka, cinta
Adalah sejagat.

Kata aku cinta
Belum mencapai makna sepakat.

SOLIHIN OSMAN
PSSR, UiTM Shah Alam

Berada di KL hari ini. Merayau-rayau dengan tujuan. Dibayar untuk merayau-rayau Jumaat datang lagi …

Rindu padanya.

Thursday, May 20, 2004

RUMI

RUMI
Kami mencari-Nya ke langit yang tinggi
Dia bersinar bak bulan di atas sebuah danau
Tetapi jika kamu memasuki air
Ke langitlah dia akan terbang …



Puisi karya : Jalaluddin Rumi

“ Tidak ada seorang pun yang mampu menyingkap rahsia paling dalam dari doa mistik seperti rumi. Dia merasa dalam doa itu sendiri adalah rahmt Ilahi, dan dia membuka dirinya sendiri terhadap rahmat itu”, tulis Annemarie Schimmel dalam bukunya Mystical Dimension of Islam. Beliau merupakan seorang professor wanita dari Universiti Harvard yang berasal dari Jerman, seorang orientalis.

Dan aku selalu berharap yang doa yang satu itu akan termakbul. Aku sudah letih berlarian, menanti dipenghujung lorong dan berjalan lagi. Terlalu memenatkan ...

Wednesday, May 19, 2004

PEMBALASAN TUHAN

PEMBALASAN TUHAN


The Revenge of God: The Resurgence of Islam, Christianity, and Judaism in the Modern World, hasil tulisan Gilles Kepel, seorang sarjana di Pusat Kajian Ilmu-Ilmu Sosial di Peranchis. Keppel ingin menegaskan bahawa kebangkitan agama-agama samawi dalam dunia moden sebagai sumber moral, dan sekaligus pelaku perubahan mampu menawarkan penyelesaian bermakna kepada tentangan gejala kekerasan. Apa yang menarik tentang tulisan Kepel ialah penegasan yang dibuatnya bahawa tindakan bukan kekerasan ( non violence) pernah diajukan oleh para nabi dalam menangani kekerasan.

Namun, ‘wajah perang’ dalam agama-agama banyak diketengahkan oleh para’agamawan’ kepada penganut-penganut agama sehingga memberi gambaran bahawa perang dan kekerasan merupakan sesuatu yang tidak terpisah dari kehidupan beragama, dan ini akan menyebabkan semakin terasa bahang panas antara hubungan agama dengan agama lain, sehingga boleh menimbulkan konflik yang berakhir dengan kekerasan.

Dalam konteks sejarah, Kepel menceritakan bagaimana nabi Muhammad s.a.w menyampaikan risalah Islam di tengah masyarakat Islam yang sentiasa memusuhi baginda, menghina bahkan menuduh ‘gila’ dengan melakukan berbagai aksi kekerasan. Dan, ini semua dihadapi dengan sabar bahkan Rasulullah sentiasa tersenyum di saat musuh meludahi dan mengejek baginda.

Cerita di atas merupakan salah satu sikap aktif tanpa kekerasan, melawan kekerasan tanpa kekerasan , yang dilakukan Rasulullah . Satu contoh yang sangat hebat dalam sejarah, sekaligus satu sikap yang visioner, moden dan santun. Sikap melawan kekerasan tanpa kekerasan atau 'active non violence' merupakan bentuk penyedaran dalam lingkup peribadi mahupun social yang dilandasi kebenaran dan sikap arrahman (kasih) serta ar-rahim (sayang). Landasan kebenaran di sini diertikan sebagai nilai dasar yang menjadi tujuan kehidupan yang harus diperjuangkan oleh setiap manusia.

Sebenarnya masih banyak contoh hebat melawan kekerasan tanpa kekerasan dalam konteks moden. Antaranya : Mohandas K. Ghandi dari India, Martin Luther King Jr.(Kristian), Ibu Theresa ( Katolik), Malcom X ( Islam) dan Dalai Lama ( Buddha). Perjuangan mencapai kebenaran akan berhadapan dengan kezaliman dan kekerasan. Sedangkan sikap kasih sayang merupakan landasan yang harus dipegang teguh dalam memperjuangkan kebenaran. Maka melawan kekerasan dengan sikap yang dilandasi cinta kasih yang berkomitmen pada kebenaran semata, diharapkan dapat menghapuskan kekerasan di muka bumi ini, sebagaimana yang dicontohkan oleh Nabi Muhammad s.a.w dan pejuang-pejuang agama yang lain.

Persoalannya mampukah kita mencontohi sikap-sikap yang mulia ini kerana melawan kekerasan sentiasa dihadirkan dengan sikap berkepentingan diri yang mengatasi kepentingan sejagat? Di dunia ini bersikap toleransi akan dilihat lemah dan menurut. Tidak berbuat apa akan dilabel pengecut. Contoh paling klasik ialah konflik Palestin –Israel. Apakah tidak wajar kekerasan digunakan bagi menentang Yahudi di bumi Palestin?


Tuesday, May 18, 2004

MALAS NAK KASI TAJUK

MALAS NAK KASI TAJUK


Aku setuju sangat dengan buah fikiran Zamri Misman “ Penyelesaian atasi sindrom tidak mahu kahwin ( BH 17/05/04 p:9) “ … sebenarnya, kita tidak harus dengan mudah menghukum lelaki atau wanita yang memilih jalan untuk hidup membujang. Persoalan rezeki , ajal maut dan jodoh pertemuan adalah ketentuan Allah yang mesti kita yakini. Adakah perlu kita meletakkan beban kepada mereka yang menbujang jika telah ditakdirkan tidak mendapat jodoh sepanjang hidup mereka?. Sememangnya lebih baik tidak berkahwin jika berkahwin hanya menganiaya orang lain atau menjadi mangsa penganiayaan orang. Seharusnya kita lebih memikirkan tindakan dalam membendung orang yang mudah dapat jodoh dan kemudian berkahwin ataupun berpoligami tetapi gagal mengurus rumah tangga dengan baik sehingga bercerai berai, zuriat perkahwinan terabai dan keganasan rumah tangga berlaku.”

Masalah itulah yang paling utama untuk ditangani. Yelah ramai yang kahwin tapi tak tahu makna perkahwinan itu sendiri. Masa aku sedap-sedap menghirup kuah laksa Johor di One Utama Ahad lepas. Aku sempat bergosip dengan partner- in- crime aku tentang seorang sahabat ni. Ini bukan edisi mengumpat tapi hakikat hidup yang perlu ditelan. Moga memberi sedikit makna tentang apa itu kesetiaan dan kecurangan.

Mr X ni dah berkahwin, dia kawan aku juga. Ada seorang isteri dan anak yang comel sangat. Isteri dia baik, cantik, bijak. Lulusan luar negera tetapi terpaksa jadi guru berijazah ajar bahasa Inggeris sebab kalau tidak suami dia tak kasi kerja. Aku nampak Mr. X tengah berkepit dengan makwe dia si Z ni, nama dia pulak sikit punya glamour.Mr. X kata dia memang sayang sangat-sangat isteri dia tu tapi dalam masa yang sama dia tetap ada makwe untuk berseronok –seronok. Aku dapat bayangkan yang si isteri tu tengah huru-hara jaga anak lelaki dia tu kat rumah. Masa yang sama Mr. X bangga tayang makwe dia di One Utama dalam cahaya terang benderang di tengah kesibukan umat manusia. Kalau dia bujang aku peduli apa.

Tidak , aku tak cemburu kalau dia nak berkahwin 2 atau 4 sekaligus. Itu hak dia kalau mampu. Tapi aku amat pantang kalau orang tu tidak setia dan jujur dalam perhubungan. Aku rasa marah tiba-tiba. Memanglah perlu berkawan tapi apa ertinya hidup kalau sentiasa berbohong dan nasib baik dia tak dapat isteri macam Mak Andeh tuu. Kawan aku bagitahu, memang payah nak dapat satu tapi bila dah dapat memang tak putus-putus macam orang berebut di kaunter masa “sale”. Yelah maybe dia ada rupa, berpangkat besar senang dapat. Kawan aku bagitau walaupun dia pergi dating tapi dia tetap call si isteri bagitau kat mana dia berada. Ok fine, tapi aku tetap tidak faham apa yang dia nak dalam hidup. Surelah dia tak kata dengan si Z nak mampus. Jadi tidak ker sentiasa berbohong tu namanya.Si Z tu pun satu dia dah tahu Mr. X dah kahwin tapi dok layan jugak. Aku dapat simpulkan naluri si X seperti kereta Honda, sentiasa berubah-ubah versi atau modelnya. Tak sempat nak panas engin model baru keluar. Hishhhh …

Or boleh jadi sebab orang macam aku yang tak mahu mengambil peluang. Tapi kalau macam si Z tu maaflah bagi free pun aku tak nak. Maaf yer Mr. X aku cuma kagum dengan tahap komunikasi dan kelentong kau menangani situasi yang pelbagai tu. Tak tahulah jika kau dapat tidur lena tiap malam. Nak hidup mungkin kena begitu. “Work smart and play hard!”.

Monday, May 17, 2004

SERONOK TAPI BAHAGIAKAH?

SERONOK TAPI BAHAGIAKAH?


Aku dapat rasakan hidup aku semakin seronok sekarang. Lebih seronok dari bulan-bulan yang terdahulu. Satu peningkatan indeks pencapaian hidup yang aku kira bertambah baik. Aku lebih banyak senyum dari termenung kosong menatap cicak di siling. Aku bukan menang loteri atau ada anak raja yang datang meminang aku. Bukan itu. Walaupun Ustazah Siti Norbayah menyarankan wanita juga memberi 'hint' jika dia suka seseorang lelaki, tapi aku tahu wanita kita cukup berkira tentang itu. Nanti habis semua timba yang ada di pasaraya mencari perigi.

Nak hidup lebih lama lelaki kena berkahwin. Nak stabilkan emosi dan ada yang menyarankan ( pakar ker diorang ni) supaya memilih wanita yang gemuk supaya lebih setia. Tapi ada pandangan dari pakar jugak lah kot yang kata wanita kurus lebih subur. Pening pak cik macam ni. Tapi yang pasti saiz asal kan bertambah 20% sesudah berkahwin jadi bajet sendirilah ya. Alah itu semua nasib, sebab kahwin kan satu perjudian. Bukan setakat beli katil baru. Boleh try test dan dapatkan katil lain jika tidak selesa. Hisshh berdosa sangat kalau macam tu :). Tidak semua lelaki yang boleh 'menternak cinta'. Ada yang tidak tahu menyemai di ladang kontang.

Ada satu pendapat dari seorang lelaki tentang perkahwinan ini aku tidaklah sokong 100 peratus sebab aku tahu hanya diri sendiri sahaja yang tahu jalan yang kita pilih:

Apa salahnya lelaki memilih hidup membujang?

Saudara Pengarang,

SAYA adalah salah seorang lelaki yang membuat keputusan untuk hidup tidak berkahwin atau membujang. Saya ingin bertanya, salahkah saya mengambil keputusan sebegitu? Apakah setiap lelaki yang hidup di dunia ini mesti mendirikan rumah tangga dan jika gagal berbuat demikian dianggap seorang lelaki yang `aneh' atau tidak betul?

Apa guna seseorang itu berkahwin kemudian bercerai-berai beberapa tahun kemudian? Ya, kemungkinan ada yang mengatakan itu adalah satu takdir, satu jalan mudah menyerah pada Tuhan.

Saya ada kawan yang pada permulaan cinta mereka `bagai hendak rak' tetapi akhirnya bercerai-berai selepas mendapat anak pertama. Begitu juga yang terjadi dengan salah seorang ahli keluarga saya sendiri. Beranak dua sudah menduda. Saya rasa kita sepatutnya lebih menumpukan fikiran kepada menyelesaikan masalah sosial yang berlaku apabila berlaku penceraian dan bukan soal kahwin atau tidak seseorang itu.

Bagi saya, itu hak peribadi. Siapa yang ingin berkahwin, berkahwinlah dia dan begitulah juga sebaliknya. Jangan kerana ingin menambah zuriat atau umat tapi kualitinya amat rendah sekali. Apakah Nabi Muhammad s.a.w. akan berbangga dengan hanya banyaknya anak-anak orang Islam atau umat Islam tapi amat sedikit yang dapat memberi manfaat kepada Islam? Bukankah Nabi kita pernah berkata di akhir zaman nanti umatnya bagai buih di lautan tapi lemah kualiti peribadinya? Hari ini kita sudah melihat kata-kata Nabi itu menjadi kenyataan. Umat Islam hanya gah pada bilangan tapi nak lawan Israel yang tak berapa kerat itu pun tak mampu. Inikah yang kita mahu?

Bagi saya lebih baik membujang daripada memiliki anak-anak yang mendatangkan banyak masalah pada saya kemudian hari. Ya, kemungkinan ada yang berkata itu kemungkinan kerana salah asuhan. Tapi ada anak ustaz atau tuan imam, tuan guru sendiri yang tidak menjadi manusia berguna, kerana salah asuhankah itu?

Kepada mereka, lelaki atau perempuan, pilihlah jalan terbaik untuk diri anda sendiri dan bukan kerana desakan orang lain. Yang hendak hidup kita, bukan mereka yang hanya tahu menghukum ini salah, ini tak betul, ini tak baik saja. - AHMAD NASIR MOHAMED, Alor Star, Kedah.

Komen aku untuk Ahmad Nasir :

1. Kena kumpul duit banyak-banyak kalau hendak memilih jalan ini selamanaya. Sebab bila ada tabungan yang banyak hidup taklah terlalu tersisih sebab duit boleh membiayai segalanya di usia senja. Bila ada duit dan berharta taklah sedara menyisihkan kita. Mereka akan datang dengan sendirinya. Duit itu juga boleh membiayai kehidupan di Nursing Home bertaraf 5 bintang kalau diperlukan.

2. Bab anak tu ikut 'cetakan' ibu bapa juga. Tapi kadang pengaruh sekeliling juga mencorakkannya juga. 20 tahun akan datang tidak tahu corak bagaiman pula yang akan timbul. Ya 50=50 untuk perkara ini . Untung sabut timbul.

3. Berkahwinlah jika sudah bersedia ( ikut nasihat Mak Andeh) sebab kalau tak bersedia tu nanti . Bila anak merengek minta perhatian kita pulak naik angin dan berlakunya penderaan. Atau tidak memahami peranan masing-masing dalam keluarga. Nanti bakal perang jer hari-hari :).

Yang lain banyak nak tulis tapi nantilah yer ...


Friday, May 14, 2004

YAYASAN KEPIMPINAN PERDANA

YAYASAN KEPIMPINAN PERDANA


YKP menyediakan akses terus menerus dan berpusat kepada pelbagai maklumat tentang bekas-bekas Perdana Menteri Malaysia menerusi perpustakaan penyelidikan elektronik moden lagi canggih yang mengandungi data daripada pelbagai sumber utama dan kedua.

Aku akan menjadi penyelidik jemputan untuk mendokumenkan semua bahan Tun Abdul Razak bin Dato' Hussein ( 1970-1976)- Bapa Pembangunan Malaysia dan Tun Hussein Onn (1976-1981)- Bapa Perpaduan Malaysia. Aku kena mendekatkan diri dengan kedua tokoh negarawan ulung ini dan mengetahui semua perkara yang berkaitan. Agak mencabar juga tugasan sukarelawan ini. Bahan - bahan penulisan untuk kedua tokoh ini tidak banyak yang diterbitkan. Kebanyakkannya unpublished material yang tersimpan di Arkib Negara dan koleksi peribadi. Ianya nanti seperti mencari sesuatu yang aku sendiri tidak tahu di mana harus dimulakan. Pastinya aku akan banyak keluar membuat penyelidikan. Meninggalkan tugas-tugas hakiki aku buat seketika. Proposal untuknya akan dihantar kepada Yayasan, namun universiti aku yang akan membiayai tugasan aku ini. Maklumlah Petronas antara pemegang syer terbesar untuk Yayasan ini.

Aku semakin pelik dengan kerja aku ini sekarang. Melakukan tugas-tugasan luar lebih banyak dari tugasan di universiti namun univeriti yang membayar gaji aku. Tapi yang pentingnya aku suka dengan cabaran baru ini. Kesibukan nanti akan membuatkan aku sedikit aman dari memikirkan hal-hal yang tidak perlu.

Dia tidak mahu aku kesunyian dan rasa keseorangan, nah aku sudah menyerahkan diri aku kepada segala kesibukan. Jangan kata aku tidak menghiraukan dia pula nanti bila aku tidak punya masa lagi untuk 'bergaduh' lewat sms seperti selalu.

Thursday, May 13, 2004

MEMASAK

MEMASAK


Dia tanya aku pandai masak ke tidak. Aku hampir tertelan lidah menahan ketawa. Memasaklah perkara yang paling aku tak suka. Leceh dan kalau masak untuk makan sendiri baik aku beli bungkus. Economikal dan ‘hazard free’. Yelah kang tak pasal-pasal bomba kena standby time aku memasak. Cuma kalau beli lauk memang macam tu lah sahaja. “Over cooked” satu hal, kadang tidak terjamin selamat. Sebatu dah tahu jenis masakannya.

Inilah agaknya yang orang tua risau. Tiada orang yang menjaga makan pakai. So agaknya kalau aku tahu memasak atau lebih tepat lagi rajin memasak di rumah nanti. Badan aku boleh nampak subur dan terurus. Boleh jadi pandangan mereka tentang aku akan berbeza. Atau sekurang-kurangnya mereka tidak risau yang aku kebuluran.

Pagi, aku sarapan Nestum 3 in 1 dan teh panas yang dibeli. Nana Cybercafe Tau tanya aku “ Minum teh jer bang? Taknak makan? Patutlah badan kurus”.

Aku sengih sahaja, sebabnya kalau aku beli pun aku tak makan dan buang tidak tersentuh. Atau selalunya aku sedekahkan makanan itu pada kengkawan. Kadang membazir sahaja. Dia tak tahu aku dah bosan menatap makanan yang serupa itu saban hari sepanjang 5 tahun aku di sini.

Bayangkan pula bagaimanalah nanti kalau aku terpaksa makan makanan yang di masak sang isteri sepanjang hayat aku bersamanya. Lebih parah kalau dia hanya tahu masak benda yang serupa dan sampai masanya aku bosan dengan masakannya. Alangkah terseksanya batin, tidak boleh komplen dan telan sahaja seadanya. Tak, aku tak cerewet tentang makanan, cuma payah nak menemukan selera aku. Silap pilih lauk boleh putus selera aku.

Akhbar semalam ada berita tentang penurunan kadar perkahwinan pasangan Islam di negara kita. Saban tahun orang kahwin dah berkurangan. Kahwin pun dalam usia yang agak 'matang'. Memanglah begitu, tuntutan kerjaya dan sosial sentiasa menjadi batu penghalang. Kahwin zaman sekarang bukan boleh lagi asal ada. Mesti kena cukupkan segalanya dulu. Takdelah orang kahwin untuk hidup susah. Nak tunggu stabil usia akan mencecah 30-an, kadang terlepas peluang 2 -3 kali. Yelah siapalah yang nak tunggu lama-lama. Bila dah sampai ke usia 'matang' yang ada pula tidak memenuhi selera sebab tak tahu sangat latar belakang. Cinta zaman kampus sudah berlalu jauh. Zaman bekerja tak sempat nak buat pilihan. Jumpa biasanya dah berpunya. Takkan nak cari pasangan kat panggung wayang or pasar raya :). Ada yang bagi cadangan cari pasangan di masjid, alamat sembahyang tak khusyuk ler jawabnya. Kang masing-masing melilau masa imam mengaminkan doa atau lebih banyak yang lepak di kaki tangga dari duduk dalam masjid beramal ibadat.

Entahlah yang pasti aku kena belajar memasak.

TABUNG HAJI


“Ketika saya mula-mula mencadangkan penubuhannya dulu, Tabung Haji adalah tempat orang Islam menyimpan wang bagi mengerjakan haji dengan selamat dan mudah. Namun fungsinya sekarang menyerupai bank selain membuat pelbagai pelaburan yang akhirnya merugikan sehingga menjejaskan simpanan penyimpan.”.

Prof. Diraja Ungku Aziz ( Pengasas Tabung Haji), mencadangkan urusan kewangan dan pelaburan Tabung Haji dikawal mengikut Akta Perbankan dan Institusi Kewangan (Bafia).

Wednesday, May 12, 2004

ONLY FOOL RUSH IN!


Aku kerap terjaga dari tidur. Kadang tu pukul 3 pagi mata tak mahu pejam. Baca buku atau hanya dengar radio. Tidak juga lelap. Sejak akhir-akhir ini abah kerap telefon. Dia risau tentang aku. Dia bermimpi yang aku dalam kesusahan. Orang tua memang mudah mendapat firasat. Abah call semua anak-anaknya supaya lebih berhati-hati. Aku tegaskan padanya yang segalanya dalam kawalan. Tidak perlu risau, tapi orang tua tetap begitu.

Aku memikirkan sedalam-dalamnya kata-kata dari seorang sahabat ini. Dia juga betul dengan pendapatnya.

“... think carefully before u start being in love and be ready to be loved. U have to value urself high brader before u start!”.

“Mal....I think you are a fool to think so much about that idiot(sorry Mal if I am saying too hard here).You will never experience what real love can feel if u get urself hooked on some one like XXXX. Buat penat ajer.....and I think you are not doing justice to ur life and in fact u have placed urself into a difficult position unnecessarily for some one who is really not worth it. Alah... XX bukan lah tahu sejarah Mal sepenuhnya, tapi this is just my plain, bloody frank opinion.I will never EVER go for that kind of a character.....NEVER!!!”.

Aku berada dalam satu garis bulatan yang sentiasa menemukan titik yang sama.

"The problem with u is...bila dah like dengan sesorang itu, u really macam dah tak ada orang lain lagi dalam dunia ni yang u will go for. Banyak Mal......! Cuma the problem dengan orang macam kita ini, susah sikit nak cari. Itu saja. But u r still young, so masih lagi ada masa".

"Selain dari bercinta....we have to focus ourselves on other things like our career, hobbies,travel etc. or others that can make our live happier and most important live longer. Jangan umur belum sampai 40 dah kena diabetes, stroke, heart attack d.l.l. So don't waste your time playing with your emotions(and of others too).....it will never end
(believe me)".

Aku semakin mendapat ilham yang datang semalam. Mendiamkan diri dan cuba menjarakkan diri dari segalanya ini. Kemudian lihat apa yang terjadi. Jika takdirnya tetap begitu, dia akan datang semula lagi. Tapi aku berharap akan punya kekuatan untuk menjadi aku yang lain ketika itu. Amat berharap …


bayahy: Words Of Inspiration for the day:

It is not enough to get things done; they must be done right.
Arthur T. Hadley


Jadi aku perlu menulis sesuatu yang berfaedah :

GLOBAL BRAIN : THE EVOLUTION OF MASS MIND FROM THE BIG BANG TO THE 21ST CENTURY – HOWARD BLOOM



Maklumat perlu di kongsi ( sharing information)atau lebih tepat perlu ada 'sharing culture', bertukar pengetahuan secara bebas maka internet telah dicipta untuk tujuan ini. Menurut Bloom, “the global brain is not just human, made of our vaunted intelligence. It is webbed between all species. A mass knits of the continents, the seas and the skies. It turns all creatures and small into probers, crafters, innovators, ears, and eyes. This is the real global brain, the truest planetary mind”.

Di Internet, transisi metasistem baru akan mengubah ‘superorganisme” peradaban manusia menjadi cerdas dengan terbentuknya 'super brain'. 'Super brain' ini terdiri daripada kumpulan otak manusia yang menyatu dengan berkembangnya world wide web di internet yang tidak ubah seperti urat-urat penghubung antara sel-sel di dalam otak manusia.

Dengan cara demikian , jaringan web lebih menyerupai memori ‘otak’ manusia. “Link” antara dua dokumen web itu serupa dengan kaitan antara dua konsep. Ketika manusia menambah ‘link-link’ baru dalam webnya sesuai dengan pencarian dalam 'search engine', web itu akan bertambah cerdas. Segalanya ini akan memberikan ledakan maklumat dan ilmu pengetahuan. Bagi Bloom internet adalah sebahagian daripada evolusi manusia menuju kesempurnaanya.

Tuesday, May 11, 2004

PARAS ATAU WARAS


Sejak akhir-akhir ini banyak sangat pertandingan mencari bakat baru dalam bidang seni. Tak kiralah TV ker atau yang dianjurkan oleh badan-badan tertentu. Yang berkerumun tiada lain remaja Melayu. Melayu begitu berminat sangat nak menjadi orang terkenal dalam profesion ini. Ada rupa sikit dan tahu membaca lebih kurang nak jadi artis terkenal. Memanglah bidang ni tiada kouta, tak perlu kelayakan segala janji ada pakej yang lengkap. Agaknyalah kalau ditabur wang siling kat KLCC tu salah satunya pasti terkena kepala artis tempatan kita. Begitu banyak sekali artis di negara kita, cuma terkenal dan tidaknya sahaja.

Tak semestinya jelita sahaja yang boleh berjaya. Karisma itu penting. Tapi kalau tiada rupa walau suara best macamanapun tetaplah susah nak terkenal. Banyak contoh di negara kita ni. Tapi kenapa yer remaja kita terlalu benar asyiknya nak jadi penghibur?

MENCARI DIRI


Walau di cuba segalanya. Permainan ini masih belum tamat. Ikut rentaknya, hati terluka sentiasa. Biarkan sahaja lebih membarah. Perlu mencari sunyi agar lebih mengenali diri. Apa mahu mu lagi?

Monday, May 10, 2004

8 JAHANAM


Entah kenapa aku berasa agak geram dengan kes budak IPT yang dirogol beramai-ramai di sebuah rumah di Puchong. Apa yang aku kesalkan perkara tersebut boleh dielakkan. Dengan begitu banyak pendedahan yang dibuat oleh media ada segelintir umat manusia yang sentiasa memandang ringan sesuatu kes. Lebih mengharukan bila ianya terjadi kepada pelajar IPT yang sudah semestinya bijak menilai baik dan buruk. Teknologi sebenarnya menganjakkan kita ketahap yang lebih tinggi. Dunia Chatting tidak salah, ianya memudahkan perhubungan. Mencari teman hidup juga tidak berdosa jika kena gayanya. Aktiviti chat biasanya dilakukan oleh orang-orang yang kesunyian. Perkenalan melalui chat biasanya bergantung kepada nasib. Selalunya terjadi 'kejujuran sifar'. Bahaya sentiasa menanti terutama kepada golongan wanita yang memilih cara ini untuk mencari teman. Biasalah, kalau 'nickname' pun sudah semacam begitu jugalah karektor tuan punya diri.

Buat adik-adik di luar sana, jagalah diri baik-baik. Beringat selalu, dunia ini terlalu luas dan maha kejam. Lelaki-lelaki normal sudah pasti menanti peluang yang terbuka luas. Pintu kejahatan sentiasa terbuka dan jangan sesekali hampirinya. Kesilapan sedetik akan memadamkan segala kepayahan ibubapa yang membesarkan kita semenjak dari kecil. Lelaki-lelaki budiman tetap ada disekeliling. Mungkin tanpa disedari ada rakan sekuliah yang menaruh hati, tapi tidak kau peduli. Lebih baik berkawan dengan orang yang dikenali, walaupun kemungkinan terjadinya sesuatu jenayah tetap ada tapi, masakan rakan sendiri ingin menjahanamkan hidup kawannya sendiri.

IBU


Menyayangi seorang ibu umpama dahaga yang berlarutan hingga ke akhir hayat. Sentiasa kehausan kasihnya. Tanpanya hidup tidak akan bererti. Senyumannya membawa seribu erti yang tidak terucapkan. Kasihnya melimpah ruah bagai arus sungai yang mengalir terus tanpa hentinya. Dia mungkin tidak mengetahui ayat-ayat klasik, kerana dia tidak tahu membaca. Juga, dia tidak menghiraukan kilau permata. Hanya kehadiran anak-anak mampu memberinya bahagia.

Friday, May 07, 2004

ADUHAI!


Aku sudah ada hobi baru … bergaduh! Perang SMS, Perang jarak jauh gunakan telefon sudah menjadi hobi baru. Bila jumpa segalanya tak terkata. Tiada apa yang terluah. Buat bodoh sahaja. Tapi bila berjauhan, macam-macam yang tidak puashati. Sebenarnya banyak maklumat baru yang aku dapat bila bertegang leher dengannya.

Senyap sekejap, kemudian akan menyatakan ayat keramat yang satu itu … SORRY. Entah siapalah yang cipta perkataan ini. Bila setiap ‘salahlaku’ boleh terpadam dengan sepotong ayat. Sebelah pihak wajib menerimanya paksa rela. Sedangkan Nabi ampunkan umat. Ahhh aku rindu betul kalau lama tidak ‘gaduh’ . Entah kenapa kalau segalanya berjalan baik bukan seperti kami. Nampak aneh semacam pula.

Cuma satu yang aku tekankan dan keyword dia ialah “kejujuran”. Kalau kita jujur ikhlas, walau di mana sahaja kita tercampak. Iman tetap teguh, jujurlah pada diri sendiri dan orang yang kita sayangi. Aku benci pada kecurangan. Sikap ‘tidak apa’ pula hanya akan menjadi barah jika tidak dibendung.

Aku harap dia sedar yang segalanya adalah berkaitan dirinya. Bukan dia atau sesiapa sahaja yang dia kenali. Menyayangi seseorang bukan seperti memiliki binatang peliharaan. Dibelai bila punya masa terluang, ditinggalkan begitu sahaja bila sibuk. Aku bukan binatang peliharaan sesiapa, dia juga bukan.

Thursday, May 06, 2004

BAHASA JIWA BANGSA



Banyak yang ditulis tentang permasalahan bahasa Melayu. Aspek penggunaan dan memartabatkan bahasa ini di negara kita yang tercinta. Namun bila Bandar pemerintahan utama di negara kita juga seolah-olah ‘segan’ untuk menggunakannya bagi menamakan tempat-tempat di jajahan takluknya. Ianya memberikan satu makna yang cukup pedih. Bahasa Melayu walaupun mungkin tidak akan pupus tapi mungkin akan muflis. Siapalah Melayu tanpa bahasanya.

SINDROM DRAKULA



Mereka menangis bila TV merakamkan detik sedih kematian si anak dan mohon agar pendera budak dua tahun itu dihukum. Mereka menyalahkan pembantu rumah yang tidak tahu apa itu. Tetapi jiran tetangga, pihak nursery bukan buta. Banyak pihak yang boleh menjadi saksi terhadap kes tersebut. Mereka ingat orang lain setolol mereka! Berbulan-bulan masakan mereka tidak menyedari anak mereka luka rabak? Kalau benarlah semua pertuduhan dapat dibuktikan mereka yang melakukannya, sungguh celaka! Setiap detik dalam hidup mereka tidak akan ada sesaat pun yang mampu mereka melupakan kekejaman itu. Merekalah drakula itu sebenarnya.


Hati Lebur Jadi Debu

Titik-titik noda, tertinggal di dalam dada
Guratan hatiku masih ada
Terguris di mata, pahit ku rasakan
Hari ini hati masih luka

Telah aku cuba, melupakan segalanya
Namun titik terang tiada datang
Langit makin cerah, luka makin dalam
Hati ini hancur jadi debu

Hanya satu, yang ku sayangi
Tiada pengganti, sampai saat ini
Hari-hari, langit kelabu
Menutup hatiku, serasa 'kan mati

Bukit 'kan ku daki, laut pun ku seberangi
Agar dapat lupakan diri mu
Namun apa daya, aku manusia
Gagal menghapus kenangan lama

Hetty Koes Endang

Dia masih tidak tahu makna kejujuran. Peduli apa aku apa yang dia miliki. Atau apa sahaja yang dia beri padanya. Tanpa kejujuran dan keikhlasan sesuatu jalinan perhubungan itu hanya menanti hari untuk mati!

Wednesday, May 05, 2004

HARI RABU YANG SUNYI


Agak lama tidak mengupdate jurnal ni. Cuti 4 hari yang memenatkan, lebih penat dari bekerja :). Di CC hanya ada aku, Yana dan parent sahaja. Mak beransur pulih, walaupun pergerakannya masih lambat. Kami tidak bercuti ke Cameron Highland. Maklumlah masa cuti nak pergi beli ikan di pasar pun rasa berjam inikan pula keluar ke tempat-tempat awam. Sabtu berjaya juga meloloskan diri ke Teluk Batik. Seksa memandu masa cuti tak usah cakaplah. Semua jalan jammed teruk walaupun jalan kampong.

Teluk Batik terlalu sesak dengan manusia. Hanya berkelah sekejap dan posing lebih kurang, balik ... panas sangat! Ohh tapi yang menariknya masa singgah di tapak semaian tu. Berjaya memiliki 2 pokok Tanduk Kijang sekaligus. Cuma RM 100 sahaja untuk 2 pokok bertuah itu. Macam dapat emas rasanya. Di PKNS harganya mencecah RM 300 sepokok bayangkanlah sukanya hati. Pokok-pokok tu aku letakkan di kampong dulu. Pasu pun murah di Perak.

Hari Isnin pergi ke pasar Isnin di CC. Menarik sangat dapat lagi tumbuhan yang aku idamkan. Murah juga. Lepas tu duduk rumah berkebun dan meracun laman rumah yang rumput tanpa permit tumbuh sesuka hati. Semalam pula ke Dataran Masa, best juga. Tapi tak berani naik 'Roller coster' di situ. Rasa sudah terlalu tua untuk benda sebegitu. Takut otak aku bergegar nanti hahahha.

Hari ini mulakan hari baru. Minggu yang sibuk dengan meeting dan lawatan. Meeting peringkat antara universiti akan diadakan hari Jumaat. Kertas kerja aku kena siapkan. Hari ini ada segerombolan pelawat dari Thailand datang melawat.

Perasaan aku tidak menentu. Geram, kecewa, rasa dipermainkan saling berbaur antara kenangan yang menikam setiap sudut. Tapi aku kena hadapi kenyataan hidup. Tidak semua yang kita inginkan akan diperolehi. Setelah berusaha keras, kejayaan hanyalah satu bonus. Tawakal sahajalah ...

- Kaulah Segalanya-
Hazrul Nizam

Kau mahu bak segala
Cinta yang ku dahaga
Kehadiran dirimu
Menyinari maka semua hatiku

Kaulah segalanya
Yang menyinari hidupku kasih
Hanya satunya
Yang kucintai

Hulur tanganmu kasih
Sambut cintaku
Jangan tinggalkan daku
Seorang diri
Tak sanggup lagi dilukai oh..

Maafkan daku
Jika salahku
Peristiwa yang pernah ku alami dulu
Aku tahu betapa pahit
Mu menerima sejarah hidupku oh..

Kaulah segalanya
Yang menyinari hidupku kasih
Hanya satunya
Yang kucintai

Sambutlah cintaku
Jangan kau pergi dari sisiku
Cintaku padamu
Ikhlas sejati
Cintaku padamu
Ikhlas sejati

Friday, April 30, 2004

MENANTI SANG BIDADARI


Semalam ada dinner dengan Abang Nasir. Meredah gerimis ke Shamelin. Mula-mula plan nak ke New Village tapi tahu jerlah bila hujan keadaan kawasan itu agak tidak menyenangkan. Kami kelaparan maklumlah hujan. Singgah di gerai sahaja. Arif Kauna berhampiran Esso. Makanan dia bolehlah, habislah jugak. Abang Nasir berlawak pasal Arif Kauna ni, tapi semuanya x-rated. Terpaksalah sensored :).

Bila habis jer makan gerimis tak juga teduh. Entah silap makan ker malam tu, Abang Nasir bertanya aku pelbagai soalan yang sebelum ni dia tak berkesempatan tanya. "Bila you plan nak kahwin?" Aku tergamam tahap cicak kobeng yang baru terputus ekornya. "Yelah you kan semua dah ada rumah, kereta, kerjaya . Kalau orang lain mungkin I takkan tanya sebab mungkin belum stabil". Seperti biasa syarahannya berlanjutan dengan nada yang begitu serius dan sedikit kuat. Aku tidak berapa selesa, lebih-lebih lagi ramai orang di sekeliling.

"Jangan tangguh lama-lama. Nanti menyesal, you need wife & kid to complete your house. Its for your own good. Maybe sekarang you tak kisah sebab you duduk bujang. Nanti bila Ally Macbeal ( referring to Julie) kahwin you akan terasa. Kahwin ni best. Jangan tengok I, kalau bukan my silly mistakes itu, sekarang I pasti bahagia".

Dia tambah lagi. " Umur you berapa sekarang?". Aku tak cukup tangan nak tunjukkan jumlah umur aku. "Ohhh ... nanti bila you dah masuk 40 tahun you akan rasa sunyi macam I". "I cakap ni sebab I dah masuk 40-an, sunyinya rasa lain sangat'. " Apa plan you? Nak I arrangekan?". Wah dia nak tolong aku cari teman hidup. Macamlah boleh beli di pasar sahaja. Aku diam dan mengangguk-angguk sahaja sepanjang sessi 'bergebang' itu. Entah kenapa dia cakap begitu pada aku. Dia dah buang tebiat ker? Atau dia tengah nak tulis wasiat?

Setelah dia mendera aku dengan pelbagai soalan. Keadaan mula kendur sedikit. Yang aku ingat " Dont put a big question mark for others when they see u still like this". Apa yang dia kata itu ada kebenarannya. Dia seorang kawan, abang, partner in crime yang baik. Malah keluarga aku sendiri kenal rapat dengan dia. Aku hormati dia macam sebahagian dari keluarga aku sendiri.

"Ni mug yang you nak tu". Barulah aku tersengih sedikit. Sudah beratus kali aku suruh dia belikan mug itu. Starbucks Coffee City Mug Collector Series. Yelah kalau orang belikan lain rasanya berbanding beli sendiri. Di samping dia belanja aku malam itu dia hulurkan RM 50 untuk Mak. Untuk berurut katanya dan dia meminta maaf tidak dapat menjenguk Mak di Kampong.

Sepanjang perjalanan balik kata-katanya masih tergiang-ngiang di telinga. Buka Radio Era ada lagu Fran - Kerna Terpaksa. Tersentuh sekali ... aku dah semakin tua!

Kerna Terpaksa

Kerna terpaksa aku melangkah pergi
Kerna terpaksa ku turut kata hati
Gementar tibuhku dengan keputusan ini
Biarpun pedih ku teruskan jua

Di antara kita mengapa ada dia
Biarpun hanya kawan biasa
Tapi ku rasa berlainan caranya
Hingga mencakar perasaan ku
Terpaksa ku..
Terpaksa ku membuat pilihan
Mengundurkan diri untuk kebahagiaan mu

Kerna terpaksa aku rela sendiri
Kerna terpaksa lalu aku menangis
Tertutup hatiku untuk bercinta lagi
Tidak ku tahu bila kan terbuka

Di antara kita mengapa ada dia
Biarpun hanya kawan biasa
Tapi ku rasa berlainan caranya
Hingga mencakar perasaan ku
Andainya ku melakukan begitu
Bagaimanakah perasaan mu
Terpaksa ku..
Terpaksa ku membuat pilihan
Mengundurkan diri untuk kebahagiaanmu

( Lagu : Manan Ngah )

Thursday, April 29, 2004

KAWANKU


Semalam ke bank di Puchong. Beratur panjang di mesin ATM. Maklumlah gaji masuk dan masing-masing nak bayar itu ini. Bila time aku guna mesin tu, lama sangat process yang diambil. Alih-alih dapat mesej.

“Urusan anda dibatalkan sebab masalah teknikal”. Cuba mesin sebelah, mesej yang sama juga keluar. Sudahnya aku pergi ke kaunter pertanyaan dan mereka semak kad Maybank aku itu.

Chip dia rosak dan kena buat kad baru. Malam sebelum itu baru aku guna kad itu di Cyberjaya takde masalah pun. Takpelah aku tukar baru dan kena bayar RM12.00 untuk tukar kad itu.

Kemudian kad siap dan aku tukar no pin sementara ke no pin baru. Still bila aku nak keluarkan duit tak boleh juga. Aku jumpa orang bank dan suruh dia tengok. 'Unsangkarable' pulak bila mamat tu ada mesin tu tiba-tiba elok. Masa tu ada 3 –4 orang yang mengalami masalah yang sama. Diaorang pun terpaksa tukar kad baru.

Hishhh kenapa yer boleh jadi macam tu?

ANGKA 4


Tiba-tiba aku perasan kaitan angka 4 dalam hidup. Banyak kisah yang terjadi disebalik angka 4 ini. Aku cuba ingatkan semuanya yang termampu.

Pertama: Aku sendiri anak ke empat dari 7 orang adik beradik. Anak 4 unsur Angin. Sebab itu kot aku selalu ‘hangin’ satu badan. Juga badan aku senang ditiup angin. Tapi maaflah aku jalan laju macam angin juga.

Kedua : Rumah aku no. 4. Ada 4 bilik semuanya di jalan Harapan.

Ketiga : Masa di universiti dulu aku hanya mampu mendapat 4 kali anugerah dekan. Aku amat berharap dapat lebih, tapi pemilihan subjek alternatif buatkan aku hanya mampu dapat B+ sahaja untuk subjek tu. Orang lain tak payah study boleh dapat A untuk subjek Komunikasi. Aku pula bagai nak pecah kepala tapi tetaplah dapat B+ sahaja untuk Sains Politik. Aku rasa frust sangat sebab pilih subjek itu sepanjang 4 tahun pengajian di universiti. Untuk peringkat master pula aku ambil 4 semester untuk habiskan tempoh pengajian.

Keempat : Pernah 4 kali jatuh hati dengan seseorang. 4 kali juga tak menjadi. 4 kali juga rasa diri dipermainkan. Ada yang satu itu aku ambil masa 4 tahun untuk lupakan dia. 4 tahun yang sia-sia. Eh aku sekarang available untuk 4 orang sekaligus. Hehhehhee...

Sahaja suka-suka ... letihlah tak tahu apa nak tulis sebenarnya.

PAKIS



Semalam juga selepas waktu pejabat, dengan mendung yang tak tentu hujan ke Dengkil. Apa lagi menuju ke nurseri di situ. Sudah agak lama tak mengunjungi tapak semaian kat situ. Pak cik tu baik sesangat. Nurseri dia memang banyak spesis pakis, heliconia, teratai, telipok etc. Harga dia pun boleh tahan ok. Semalam dapat 4 spesies pakis yang menarik. Salah satunya itu memang 'rare' kata pak cik tu. Harga dia pun RM 20.00 untuk 4 pasu kecil. Berpatutan sekali. Bertambahlah koleksi yang ada.

Tapak semaian dia sebelum restoran Malee dan sebelum sampai ke Traffic Light pekan dengkil kalau lalu dari Cyberjaya/Putrajaya.




Wednesday, April 28, 2004

PONTIANAK HARUM SUNDAL MALAM


Tayangan : May 2004
http://www.pontianakhsm.com

Tahun 1947, Kampung Paku Laris

Kampung Paku Laris terkenal dengan Primadona Meriam, penari gamelan yang telah menawan hati ramai peminat di pasar dan di istana. Harum bunga sundal malam pembuka tarian Meriam serta kejelitaannya mengasyikkan. Sesekali apabila gerak Meriam bersatu dengan rentak, tubuh Meriam menjadi ringan dan terapung di atas canang. Saudagar Marsani dan sahabat baiknya Danial di antara mereka yang berebut-rebut mencuri hati Meriam. Tetapi Meriam memilih Danial sebagai suaminya. Marsani yang lebih tampan terguris dan menyimpan perasaan cemburu.

Teman Meriam, Laila dan pembantunya yang separuh pekak, terjumpa Meriam yang mengandung anak sulongnya berlumuran darah tertikam di perutnya. Meriam tidak dapat diselamatkan. Kapal Danial pula karam di laut dan membawa maut. Marsani amat kecewa dan patah hati di atas pembunuhan Meriam . Kejadian aneh mula berlaku di Kampung Paku Laris. Ramai yang terbunuh terutamanya kaum keluarga dan orang-orang Marsani.. Orang kampung menuduh Meriam mengamalkan ilmu hitam dan kembali menjadi pontianak.

Sekarang 2003

Di sebalik rahsia tersembunyi beban dosa menghantui Marsani yang ‘hidup dalam kematian’ hingga kini. Dalam ketakutan, Marsani menghadapi hari tuanya menunggu ketibaan Meriam kerana percaya Meriam akan menghapuskan keturunannya. Marsani melawan usia tuanya melalui rawatan ozon dan pembedahan plastik. Asmadi yang agak sewel sudah biasa dengan perangai bapa saudaranya.

Kemunculan Maria seiras Meriam dan bekerja di café Ana menjadi obsesi pada Marsani. Marsani melihat Maria sebagai Meriam dan percaya cucunya Norman bersama isterinya Ana akan menjadi mangsa dendam Meriam. Beberapa peristiwa mempengaruhi hidup Marsani, Maria, Norman dan Ana setelah terjumpanya kubur di tapak pembinaan tempat Norman bekerja. Lembaga yang menakutkan telah kelihatan berkeliaran di Paku Laris. Maria semakin hari semakin merasakan dirinya berubah dan dia bukan lagi Maria. Dia menjadi takut kerana dituduh pontianak oleh Marsani setelah melihat tanda ditengkoknya.

Bau haruman bunga sundal malam dan barang lama peninggalan Marsani di rumah Ana mengakibatkan perkahwinan Norman dan Ana terancam. Marsani dan Asmadi cuba memberi amaran kepada Norman dan Ana bahawa Maria adalah Meriam yang kembali menjadi pontianak untuk membalas dendam tetapi tidak diterima oleh mereka. Marsani akhirnya memaksa Maria berhadapan dengannya bertarung bagi kali terakhir.

Siapa Maria?

:: LAKONLAYAR . PENERBIT . PENGARAH ::

Shuhaimi Baba

Aku dan Abang Nasir memang ‘hantu’ cerita hantu. Korea, Jepun, China, Mat Saleh. Sudah tengok dah macamana keseraman hantu mereka. Sekarang akan muncul pula Maya Karin jadi hantu paling jelita (seperti yang dipromo di TV). Nampak macam takut juga … kalau takut alamat rugi tiket sebab ‘most of the time’ pandang tempat lain bukan skrin hahhahaa. Kalau tak takut sangat, siap boleh gelak-gelak dalam panggung. Bila baca sinopsis filem ni macam best juga.
Memandangkan bulan ini amat perit dengan dugaan yang datang bertimpa-timpa, adalah baiknya kami ‘release tension’ nonton PHSM.

Pagi Selasa lepas terjaga bila dengar Misha menyanyi lagu ‘Pulangkan’ tu. Rasa best pulak lirik lagu dia.

PULANGKAN



Seharum bunga yang menggoda
Sekadar dipandang usah dipuja
Kau pasti tak percaya
Kasih ku bukan,
Untuk mu, saying

Tiada ku sangka kau sungguh kejam
Kau rampas segalanya yang kau dendam
Namun takkan bahgia kehidupan mu
Bila bunyi bersatu
Kau milik ku

C/o
F : Pulangkan cinta hati ku
M: Oh hentikan lah menghantui ku
F: Pulangkan oh pulangkan lah pada ku
M: Ku pulangkan kesan hidup mu
F: Yang dikau musnah tanpa relaku
M: Bebaskanlah maafkan daku, oh kasih

Tiada kemaafan di sini
Kau ragut degupan hati ku ini
Akan ku jejakimu, kemana jua
Hingga akhir masa, saying …

Lagu : Ajai
Lirik : Habshah Hassan & Shuhaimi Baba
Penyanyi : Misha Omar & Ezad ( Exists)

*Lagu ini boleh download dari www.jakionline.net!

“Aku akan rampas
Apa yang kau rampas dari aku
Kau tak akan aku lepaskan
Kau boleh hidup dalam kematian
Bila bunyi bersatu
Kau milikku …”.


Tuesday, April 27, 2004

ROH YANG PERGI


Pelipis dan hidung yang berpeluh
Dada yang kian berombak turun naik
Kerongkong yang kering kehausan
Amat dahaga bergelut dengan nazak
Denyut nadi ini semakin longlai dan perlahan.
Penuh keinsafan dan ketenangan
Degup jantung ini diiringi zikrullah.
Akan bertambah pasrah
Setelah bersamanya makrifatullah.

Jasad yang lemah tidak bermaya
Menanti malaikat Izrail
Dengan panggilan tugasnya
Akan membawa roh dan nyawa
Ke pesisiran lubang tenggorok
Lantas hadirlah sakaramatul maut
Suatu kepastian
Sebagai titik noktah kehidupan
Di dunia fana ini, bersama
Kalimah syahadat.

Roh yang pergi
Dengan jasadnya yang terbujur kaku
Yang dingin di pembaringan
Sebagai tanda kembalinya
Seorang insane yang sekian lama
Berbakti kepada makhluk duniawi
Mengabdi diri kepada Illahi
Bersama amalan ikhlas setulus hati.

Dengan rohnya yang harum mewangi
Umpama kasturi di pagi hari
Terbukalah pintu-pintu langit
Disambut penghuni-penghuninya
Bersama kata-kata aluan wajah berseri
Terdengar khabar gembira
Lalu pastilah keyakinan diri
Dengan keimanan selama ini yang hakiki
Sewaktu di dunia dahulu
Bukanlah suatu impian atau dongengan
Telah terserlah kini.

Oleh
Ishak Adanan

Insaf sekali bila membaca sajak ini . Kematian adalah bermulanya satu perjalanan yang panjang di alam abadi. Mengingati mati menginsafkan diri. Apa yang dimiliki dan dikejar separuh nyawa di dunia ini akan ditinggalkan. Hanya amalan yang dapat membantu ‘berumah’ di alam itu.

KANSER PROSTAT



Nak berkongsi maklumat tentang penyakit ini. Yelah selalu dengar barah buah dada segala. Kadang saya pulak yang sibuk suruh kakak dan adik perempuan saya buat medical check-up tentang benda itu. Maklumat berdasarkan Buletin Health Pro ( No.39 Jilid 05) Feb 2004.

Apa itu prostat?

Prostat adalah kelenjar yang hanya terdapat pada lelaki. Peranannya ialah untuk mengeluarkan cecair m*z* bagi persiapan untuk melakukan pers*tubuh*n. Fungsi prostat jelas kelihatan apabila seorang lelaki ‘basah’ akibat ereksi ekoran rasa keghairahan keterlaluan. Cecair alkali seperti gel yang jernih ini juga merupakan cecair penting air m*n*.

Tanda-Tanda Awal Penyakit Prostat

a. kencing tak lawas
b. sukar mengeluarkan kencing selepas mengambil ubat tertentu contohnya ubat-ubat anti –histamine.
c. Pancutan air kencing tidak kuat dan tidak sempurna walaupun diteran dengan kuat.
d. Sukar untuk memulakan kencing.
e. Sentiasa merasakan air kencing masih terkeluar walaupun proses mengencing telah selesai.
f. Terpaksa meneran dahulu untuk mengeluarkan air kencing.

Kenapa Prostat Membesar?

Terdapat banyak kemungkinan mengapa prostat boleh membesar. Ada yang berlaku secara fisiologik dan ada yang berlaku secara patologik. Perubahan fisiologik atau perubahan semulajadi merupakan sebab yang terbanyak. Antara yang utama ialah Benign prostatic hyperplasia (BPH). Sementara perubahan patologik atau perubahan kerana penyakit termasuklah kanser prostat, peradangan prostat dan jangkitan prostat.

Apa itu Benign Prostatic Hyperplasia (BPH)?

Pembengkakkan akibat BPH tidak diketahui dengan tepat, tetapi banyak berpendapat ia ada kaitan dengan perubahan hormon yang berlaku pada seseorang lelaki yang meningkat usia. Ia bukan kanser, tetapi merupakan masalah yang sering mengganggu lelaki lanjut usia. Begitupun ia tidak mungkin boleh menyebabkan kanser prostat. BPH yang besar ( mungkin sebesar telur ayam kampung) boleh memudaratkan lagi masalah seperti yang telah disebut di atas. Masalah yang berpanjangan boleh menyebabkan:

a. Kerosakan buah pinggang akibat tekanan air kencing yang meningkat atau air kencing yang tidak boleh mengalir sempurna.
b. Jangkitan pundi kencing.
c. Kejadian batu karang kerana air kencing yang lama tidak dibuang.
d. Rasa tidak selesa kerana pundi kencing yang penuh.
e. Mengganggu funngsi dan kawalan pundi kencing.


Apa itu kanser prostat?

Kelenjar prostat boleh bertukar menjadi kanser baik secara sendirian ataupun ekoran perebakan sel-sel kanser dari organ berhampiran, seperti kanser rectum, kanser colon dan kanser pundi kencing. Walaupun insidenya tidak tinggi seperti mana BPH – iaitu sekitar 20-30 peratus, namun masalah kanser prostat sangat serius kerana apabila ia merebak, kesan kemusnahan setempat amat serius dan menyukarkan rawatan. Kira-kira 60% kanser prostat didapati berlaku secara bersendirian dan setempat.


KE MANA HILANGNYA DIA?



Sudah agak lama pembaca DJW aku yang seorang itu tidak mengirim email. Kali terakhir dia mengutus email, rumahtangganya sudah berada di ambang kehancuran. Dia pasrah katanya. Ketika itu dia akan menghadiri satu kursus di Port Dickson. Dia juga pelajar di sebuah IPT di Selangor. Entah apa yang berlaku padanya ketika ini. Harap segalanya akan berakhir dengan baik. Perpisahan juga kadang lebih baik dari hidup terseksa tidak dihargai, lihat Mak Andeh. Berdiri teguh menentang badai yang menghempas diri. Moga dia juga sekuat itu. Doaku dia bahagia dengan jalan yang dipilihnya, atau kalau dia tidak punya pilihan. Aku bermohon agar hidupnya lebih tenang dalam mengatur liku-liku hidup mendatang.





Monday, April 26, 2004

PONTENG


Kes pelajar ponteng semakin mendapat perhatian masyarakat. Hinggakan polis terpaksa masukkan dalam 'job descriptions' mereka tangkap budak-budak yang ponteng. Budak-budak ni kalau yang jenis tak makan saman memang 'brutal' gila. Kadang yang paling membimbangkan mempunyai 2 personaliti yang berbeza ; di rumah baik macam kucing parsi, tapi kat luar liar mengalahkan tikus mondok. Ibubapalah yang paling kesian dan tak sangka ditipu sedemikian rupa.

Elok jugalah kalau polis turut prihatin, tangkap budak-budak ni. Sebelum mereka terjebak pada permasalahan yang lebih besar lagi seperti penyalahgunaan dadah. Di bandar besar kalau ponteng memang banyak 'port' menarik mereka nak tuju. Kalau kat kampong nak lepak kat mana? Kebun kelapa sawit? Kat kampong juga ramai sedara mara dan jiran yang kaki lapor alamat tak selamat. Di bandar besar siapa nak peduli? Nasib baik ada anggota polis. Teringat dulu kalau tak pergi sekolah, parent kena tulis surat rasmi kepada guru kelas. Kalau tidak mesti penat bersoal jawab dengan cikgu.

Entahlah mungkin sistem pendidikan kita membosankan, terlalu lama untuk menghabiskan sesuatu tahap persekolahan sedangkan murid-mudid semakin pandai. Cepat jemu dan belum tentu menjamin masa depan. Sistem persekolahan kita rasanya telah banyak kali digubal sepatutnya lebih efisien.

Pengaruh kawan dan pegangan diri yang rapuh adalah punca sebenar gejala ponteng ini. Individu yang mudah leka dan terbuai dengan keseronokan sementara selalunya lebih terdorong untuk ponteng. Masa remaja inilah yang bakal mencorakkan keseluruhan hidup kita di masa hadapan. Jika asasnya tidak mantap, alamat menderita sepanjang hayat. Lainlah jika orang tua kita kaya raya . Semuanya berpunca dari rumah, keluarga bahagia, stabil ekonominya akan merangsang pembesaran anak-anak untuk lebih berdisiplin dan berjaya dalam hidup.

Entahlah saya sendiri hanya ada anak tekak ...

TAKZIAH UNTUK EP & ANAK-ANAK



Salam takziah untuk EP & anak-anak di atas kehilangan isteri tercinta. Semoga tabah menghadapi dugaan hidup. Saya berada di kampong ketika mendapat SMS dari Azah HS. Terima kasih juga buat Wkdin yang menghubungi saya pada pagi Ahad yang syahdu itu. Doa saya untuk EP sekeluarga.

Al-Fatihah.


Kita Ini Tetamu Senja

Kita datang ini hanya sebagai tetamu senja
Bila tiba detik kembalilah kita kepadaNya
Kita datang ini kosong tangan kosong dada
Bila pulang nanti bawa dosa bawa pahala

Pada tetamu yang datang dan kenal jalan pulang
Bawalah bakti mesra kepada tuhan kepada insan
Pada tetamu yang datang dan lupa jalan pulang
Usahlah derhaka kepada Tuhan kepada insan

Bila kita lihat manusia lupa tempat
Atau segera sesat puja darjat puja pangkat
Segera kita insaf kita ini punya kiblat
Segera kita ingat kita ini punya tekad

Bila kita lihat manusia terbiar larat
Hingga mesti merempat ke biru laut ke kuning darat
Harus kita lekas segera sedar pada tugas

Kita datang ini satu roh satu jasad
Bila pulang nanti bawalah bakti padat berkat

Kopratasa ( A. Samad Said - 1955)

Saturday, April 24, 2004

PERISTIWA


Semalam berjumaat di Masjid Dengkil. Aku hantar pisang sekali kat masjid itu ( selalu tukang makan jer). Aku suka sangat dengar khutbah di situ berbanding di tempat aku bekerja. Hampir semua orang yang bekerja di tempat aku rasa begitu.

Lepas sembahyang aku dan rakan-rakan pergi makan. Jalan raya tiba-tiba riuh rendah dengan bunyian muzik Cina. Perarakan kematian, ramai sungguh yang menghantar si mati ke kuburan. Seperti pesta-pestaan, muzik pun pelbagai dari yang biasa hingga ada kumpulan muzik moden juga. Mungkin si mati orang kaya. Badut-badut yang berjalan atas kayu tinggi itu melontar gula-gula ke arah kami yang sedang makan di restoran berhampiran traffic light.

Aku sampai lambat ke ofis, hampir pukul 3.00 petang. Aku bagi alasan ada cina mati , jalan sesak. Setiap peristiwa ada kepentingannya yang tersendiri. Aku mula faham tentang itu.

Bila mak sakit, semua sibuk menelefon ke rumah dengan begitu kerap. Yana jadi telefonis dan ‘amah’ yang taat. Bukan lagi anak manja mak. Bila orang datang dia kena buat air. Biasanya kalau aku suruh buat teh alamat bertahun, tapi tidak sekarang.

Mak tidur di depan tv, dekat ruang tamu. Dia suruh aku tidur dibiliknya. Di kampong mesti pasang kelambu, kalau tidak jadi habuan nyamuk sahaja darahku yang sedikit itu. Nyamuk suka darah orang yang balik kampong sekali sekala. Mungkin nyamuk ini entah keturunan keberapa tidak ingat yang aku juga penghuni tetap rumah di kampung itu.

Abah jaga mak macam menatang minyak yang penuh. Sekejap-sekejap urut kaki mak. Mak dapat layanan ‘first class’ dari abah. Aku sendiri jarang berpeluang urut kaki mak. Bila mak sakit aku rasa bangga dapat urut kaki mak, pakaikan stokin segala. Kami memberi sepenuh perhatian pada mak.

Man menangis-nangis sebab tak dapat balik. Dia kena outstation di Filipina. Aku tahu dia juga bersedih bila mak sakit. Ya, kami semua merasai kesakitan yang mak alami.

Pinggang aku terasa sakit bila duduk lama-lama menghadap PC, bagaimana keadaan pinggang dan rusuk mak yang membengkak biru lebam agaknya?

Lepas meeting hari ini aku nak cabut balik kg, tak kira!

Suratan Atau Kebetulan

Sesuatu yang tak disangka
Seringkali mendatangi kita
Itukah suratan dalam kehidupan
Atau hanya satu kebetulan


Kita asyik membicarakan
Persoalan hidup dan pilihan
Sedang kejujuran semakin berkurang
Masih tiada bertemu jawapan

Walau kita dihadapkan
Dengan berbagai pilihan
Mengapa sering terjadi
Pilihan tak menepati

Hingga amat menakutkan
Menghadapi masa depan
Seolah telah terhapus
Sebuah kehidupan yang kudus

Pertemuan sekali ini
Bagi diriku amat bererti
Tetapi ku bimbang untuk menyatakan
Bimbangkan berulang kesilapan

Kenny Remy Martin (Kenny Tay / Habsah Hassan)

Friday, April 23, 2004

DUGAAN


Mak accident!
21-Apr-2004
18:32:44

SMS yang di terima petang Rabu itu benar-benar boleh membuatkan aku mati terkejut. Aku call Yana dan dia sudah menangis-nangis tak tahu nak buat apa. Bila dengar suara mak dihujung talian barulah aku lega. Aku suruh pergi hospital mak nak pergi berurut sahaja.

Balik la cepat, aku takut la
21-Apr-2004
19:51:00

Yana SMS lagi dah tahulah aku yang kecederaan mak agak serius. Orang tua berlanggar dengan motor mana boleh tahan sakitnya. Nasib menyebelahi mak petang itu. Tulang rusuknya tidak patah. Tapi banyak sekali bahagian badanya yang lebam teruk. Tulang rusuk bengkak akibat hentakan handle motosikalnya. Nasib baik ...

Petang tu mak pulang dari bandar, mengekori sebuah motorsikal didepannya. Tiba-tiba entah angin apa yang merasuk motor didepannya dengan tidak memberi 'signal' telah berhenti untuk membelok. Perempuan itu ... Jarak sudah agak dekat dan mak hilang kawalan, brek pun tak ingat. Terbabas kesebelah kiri jalan. Nasib baik sebelah kiri dan ada busut kalau tidak mak sudah masuk ke parit besar. Kami bernasib baik petang itu.

Mak kami tetaplah kesakitan dan bengkak di sana sini. Sakit bila bercakap. Doktor sudah scan badan mak dan 'confirm' tiada yang patah. Perempuan itu dengan tidak rasa bersalahnya datang ke rumah mintak gantirugi kerosakan motornya. Kami rasa geram sangat ... hinggakan nak tengok muka mereka pun tak lalu. Mak malas nak bertekak dan kami bersetuju bayar separuh untuk harga kerosakan motornya. Padahal motor dia tidak apa-apa. Motor mak yang rosak teruk.

Aku dan Julie ambik Emergency Leave semalam. Ramai juga yang datang menjenguk. Aku bosan bila ulang cerita yang sama. Pedih ... tapi syukurlah setakat ini mak kami masih boleh bergerak, makan ubat yang doktor beri.

Terima kasih dan bersyukur pada Allah kerana melindungi mak kami dari bahaya. Dugaan yang diberi kami syukuri. Semoga mak kami sembuh cepat dan kembali aktif seperti sediakala. Sayang mak ...

Wednesday, April 21, 2004

MMMMM


Selang 3 minggu setelah Syeikh Ahmed Yassin dibunuh dalam satu serangan roket Israel di Genting Gaza, dunia dikejutkan pula dengan pembunuhan Abdel Aziz al-Rantissi Sabtu lalu. Seperti biasa Amerika akan mempertahankan tindakan Israel walau seluruh dunia mengutuk. Sudah terlalu letih melihat isu ini dari zaman aku tak kenal huruf sampailah sekarang. Tidak tahu bila akan berakhir.

Semalam ke Melaka ada workshop di sana. Balik pergi ke pasar Dengkil. Makan soto yang dibuat oleh seorang pak cik tu. Sedap sampai berpeluh-peluh, lagi pedas lagi ummph. Tapi tak bestnya bila malam sakit perut. Namun tetap makan benda yang sama bila ada kesempatan. Tak pernah serik.

Hari ini nak mengembalikan borang LHDN, dah lambat dah tinggal beberapa hari lagi. Kalau tak mesti kena denda. Lepas tu nak ke Klang ambil kunci rumah, developer dah siap perbaiki ‘kecacatan’ rumah aku itu. Man ke Singapore dengan misi yang belum selesainya itu. Harap sangat segalanya berjalan lancar.

Yana plan nak ke Cameron Highland pulak hujung minggu depan. Tak sure lagi kalau Sri Intan ada kosong lagi ker tak. Maklumlah cuti panjangkan hujung minggu depan. Tapi hotel banyakkan kat sana.

Dia sudah mula ok.

Tuesday, April 20, 2004

MIMPI TAK SAMA


Aku suruh doktor itu cabut gigi taring aku itu tapi dia cabut dua batang gigi yang lain. Aku rasa depressed sesangat. Aku dah tak handsome lagi kalau gigi aku tu rongak camtu. Aku gabra dan bila aku gosok gigi , gigi aku masih ada lagi di situ. Alhamdulillah, ianya cuma mimpi sahaja, syukurlah. Mainan tidur kata mereka semua. Usah percaya kata mereka lagi. Tapi ada juga yang kata alamat ada yang akan meninggal atau akan bercerai. Harap yang terbaik untuk kita semua. Aminn…

Apa yang pasti aku amat merinduinya. Kami bertengkar atas sebab-sebab kecil. Biasalah masing-masing nakkan perhatian. Tidak boleh silap sikit, perang akan bermula. Harap ianya masih boleh diselamatkan lagi. Bukan sehari dua kenal sudah bertahun. Sudah banyak kali merajuk berbagai ni. Harap kami dapat berfikir dengan waras. Aku sedar masing-masing penat, letih dan segala mak nenek yang sewaktu dengannya.

Harap kami mampu bertahan dan mempertahankan apa yang kami percaya.

Rindu sekali padanya … serius.

TANDUK RUSA


Pokok tanduk rusa yang aku beli di Sungai Buluh tu dah mula bertunas. Alhamdulillah walaupun masa aku beli pokok tu macam segan jer nak hidup sekarang ni dah mula nampak perkembangan positif. Aku rasa seronok, macam dapat baby jerr. Sekurang-kurangnya tak rasa stress sangat. Aku boleh lupa hal-hal lain bila membelek ‘diorang tu’. Aku boleh ingat jumlah ‘tanduk” di setiap pokok yang aku ada. Macam takde kerja lain jer. Tapi itulah yang dikatakan minat yang mendalam. Rajinnya tidak perlu dipaksa.

RINDU


Betul-betul rindu, tapi macam benci tapi rindu pulak.


Glenn Fredly - Januari

Berat bebanku..meninggalkanmu
separuh nafas jiwaku.... sirna
bukan salahmu.....apa dayaku
mungkin cinta sejati tak berpihak.. pada kita


Kasihku..sampai disini kisah kita
jangan tangisi keadaannya
bukan karena kita berbeda
dengarkan dengarkan lagu... lagu ini
melodi rintihan hati ini
kisah kita berakhir di januari

Selamat tinggal kisah sejatiku
oh..... pergilah..........



Monday, April 19, 2004

PANGKOR ISLAND


Trip ke Pangkor berjaya dengan kadar sesat yang paling minima. Taklah dengar statement 'keji" dari Yana lagi " Kalau tak sesat kita silap naik kereta kot Mak". Hehhee serious cuma kat bandar Seri Manjung jer yang tiba-tiba confius sebab signboard hilang tiba-tiba. Tanya seorang mamat tu dan di bagitau arah yang betul. Ohya sebelum tu kami bertolak dari rumah pukul 8.00 pagi, sampai di Sekinchan mak teringat yang gas tak dioffkan. Mak datuk kena patah balik semula ke rumah. Dapur dah berbau gas. Mak terlupa yang dia panaskan lauk untuk abah. Abah pula dah kuar untuk acara minum teh kot. Hehehe kitaorang diam jerlah sebab bukan silap kami. Kalau tak penat ler nak dengar. Nasib baik kuasa minda mak berkesan.

Perjalanan yang menyeronokkan sebab boleh tengok tumbuhan liar. Rumput colok cina, teratai dan pakis merah yang orang jual di tapak semaian tu boleh ambil jerr di tepi jalan sepanjang CC ke Sungai Besar. Sampai di Jeti Lumut pukul 11.45. Beli tiket dan menyeberang dalam tempoh kurang dari 30 minit. Kami menginap di Palma Beach Resort. OKlah bilik dia beraircond dan bersih. Makanan ok gak kenyang. Resort tu milik orang Melayu dan siap ada notis besar " Kami tidak menyewakan bilik kepada pasangan ( Muslim ) yang belum berkahwin". Bukan non-muslim bedal jer kot.

Acara petang tu dimulakan dengan bola sepak pantai. Aku jadi goal keeper - kalah. Sebab pasir pantai panas tak tahan kaki aku. Kena bagi alasan ler , kalah 7-9. Oklah kan... Then menang volleyball dan yang paling mengkagumkan geng kurus kitaorang ni boleh menang acara tarik tali. Macam tak percaya jerr tapi itulah. Tulang besi urat dawailah katakan.

Malam dinner ada barbeque , acara memberi door gift semua dapat. Frame gambar dan mug yang cantik untuk semua. Tapi kami tak bernasib baik dalam acara cabutan nombor bertuah. Tak bertuah ler hari tu. Kemudian jalan-jalan di tepi pantai. Malam tu tidur dalam pukul 11.30 malam penat dan sakit kepala. Nasib baik mak bawak panadol.

Ahad pagi kami balik awal 9.30 dah sampai di Jeti. Orang lain pergi snorkling dan berenang. Mak lebih suka pergi shopping di area jeti tu. Oklah walaupun ikan bilis dia harga standard tapi fresh. Banyak jugalah ikan kering yang dibeli. Pukul 11.00 sampai di parking kereta semula. Bertolak pulang, singgah di 'nurseri', beli pokok bunga untuk mak. Aku beli 2 tempayan yang saiz sederhana untuk teratai. Satu tempayan yang agak kecil pula untuk mak. Makan tengahari di Sungai Besar.

Pukul 2.00 sampai di rumah dan hujan turun mencurah. Aku tidur ... 4.30 bertolak ke CJ.

Di mana sahaja
Pada keriuhan yang mengepung
Rindu padanya ...

Friday, April 16, 2004

JALAN-JALAN


Selamat berhujung minggu! Esok aku, Mak dan Yana akan ke Pulau Pangkor. Rasanya dah berkurun tak ke sana. Officemate ajak ke sana, jadi why not kan? Masing-masing bawak pasangan dan anak masing-masing. Aku ajak Mak dan Yana ikut sama. kebetulan Yana tengah bercuti semester. Mak pulak memang suka ke pulau-pulau ni. Bulan lepas hampir seminggu berombongan ke Pulau Tioman.

Rombongan kami 28 orang semuanya. Ada banyak game yang sedia diatur. Kalah menang tetaplah dapat hadiah. Ada juga yang cancel penyertaan last minute. Tak pelah tak menjejaskan pun. Kalau yang dah bagitau awal-awal kami faham ler duduk perkaranya. Tak pe ... memang susah nak bergathering ni. Susah nak kumpulkan semua orang. Masing-masing ada keutamaan masing-masing juga.

Harap esok tak sesat. Aku balik dulu ke Cape Coral then lalu jalan Teluk Intan lepas tuu pandai-pandailah co-pilot aku baca papan tanda. Nak keluar pagi-pagi sikit. Bajet kalau sesat still sampai dalam masa yang ditetapkan. Macam Explorace pulak. Kalau masuk Explorace ni mesti hancuss tak sampai ke mana. Selamat ...



Thursday, April 15, 2004

TIPAH TERTIPU


Kisah sensasi Sarah Marbeck dengan kenyataan terbukanya di media mungkin meminjam sedikit sebanyak semangat Malaysia Boleh ( sebab Sarah pernah dibesarkan di Malaysia). " In response to my questions about my motives, the reason i decided to go public with details of my relationship with David Beckham is because for two years my life was on hold while I waited for him". ( The Sun, Wed April 2004 p:4).

Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. atau alang-alang mandi biar basah. Bila si ibu Elizabeth juga menyokong tindakan Sarah ; "I was aware of Sarah's relationship with David Beckham and supported her decision to tell the public about it". Beritahu kepada seluruh dunia bahawa Beckham pernah meniduri anak gadisnya? Mungkin mereka terlupa nonton filem Ali Setan ( biasalah filem Melayu siapa nak pandang) ada dialog yang begitu segar menggetar rasa " Tipah tertipu bang!!.."

BIJAK! BIJAK!


Malaysia mengambil langkah yang bijak dengan menarik diri dalam pencalonan tuan rumah Sukan Asia tahun 2010. Walaupun kerajaan dilihat tidak popular dengan keputusan ini tapi logiknya kos penganjuran temasya sukan ini mencecah RM 1.3 billion, adalah kekangan terbesar. Malaysia sudah membuktikan mampu menganjurkan sukan bertaraf dunia dan kita bukanlah sebuah negara kaya. Kos yang begitu besar lebih baik digunakan untuk tujuan pembangunan ( pembangunan sukan atau mengatasi masalah kebejatan moral).

EXPLORACE


DJW ingin merakamkan ucapan tahniah kepada pasangan suami isteri Rina & Fariz yang memenangi perlumbaan Explorace terbitan TV3. Mereka memang layak menang, kerjasama antara mereka berdua cukup baik, sentiasa tenang, tidak mendengki dan punya semangat yang kental. Strategi yang dirancang oleh mereka berdua juga menjadi. Sentiasa murah dengan senyuman dan menghormati sesiapa sahaja yang mereka jumpa di sepanjang perlumbaan. Tahniah!

Wednesday, April 14, 2004

REALITI


Hidup miskin di Malaysia tidak seteruk yang disangka. Kalau betul channelnya segala bentuk bantuan akan diterima, tak kiralah bermusim ker tidak. Banyak projek yang diusahakan untuk membantu mereka. Contohnya pemilikan rumah kos rendah dan lain-lain lagi. Yang paling malang sebenarnya ialah golongan sederhana, yang tidak layak untuk mendapat bantuan tetapi gaji atau pendapatan isi rumah juga tidak mencukupi. Golongan inilah sebenarnya yang sengsara, mereka tidak layak membeli rumah kos rendah juga jauh dari jangkauan untuk memiliki rumah yang berharga dibawah 150k.

Siapa yang tidak mahu memiliki Rumah Kos Rendah, boleh sewakan, boleh beli 2 buah kemudian renovate jadikan sebuah rumah yang cukup besar dengan 6 bilik. Tapi itu bukan hak kita, berdosa jika mengambil yang bukan hak. Rakyat miskin masih lagi ramai di negeri Selangor ini. Setinggan masih wujud di mana-mana. Jika dilaporkan 100, 000 ribu buah rumah tidak dijual adakah kerajaan sudah berputus asa membantu golongan miskin ini? RM 25,000 memanglah suatu jumlah yang tidak menjadi kudis bagi golongan kaya. Tapi jika pemilikan rumah ini dibuka kepada mereka masalah baru akan wujud. Si miskin tetap miskin dan menjadi golongan penyewa, manakala golongan kaya akan mengaut keuntungan.

Memanglah kerajaan negeri telah melabur jutaan ringgit dan memerlukan pulangan. Namun adalah wajar perkara ini diperhalusi. Pembinaan rumah kos rendah di lokasi jin bertendang dengan kemudahan terhad. Mungkin tidak cukup menarik golongan miskin. Skim pemilikan rumah ini juga perlu dikaji semula. Golongan sederhana yang melepasi tahap kemiskinan juga memerlukan pembelaan. Ada baiknya rumah itu diserahkan kepada penghuni setinggan atau dapatkan penajaan untuk membantu mereka. Negara kita bukanlah negara kebajikan tetapi golongan ini harus juga difikirkan nasib mereka.


SMS



adakah hidup anda lebih ceria skrg setelah kurangnya atau tiada lagi hal2 yg mencetuskan gangguan emosi n minda anda?
13-Apr-2004 08:44:15

Selamat Ulangtahun ke3 perkenalan 2 kioks. tq 4 always being there 4 me n coping with my 'how mean' attitude.
14-Apr-2004 10:14:24


Ohh dah tiga tahun yer? Cepatnya masa berlalu. Lucu kalau dikenang bagaimana kita berjumpa. Aku sering diuji dengan pelbagai kerenah. Masih di sini mempertahankan apa yang aku percaya.

"Antara kita tak siapapun yang perlu menyusun gurindam atau memetik kecapi, siulan angin nipis mengimbau pada langsir biru telah menguncikan bibir kita dari segala kata". Walau di mana pun dia berada semoga hidupnya ceria, bahagia dan sentiasa dilimpahi rahmat dari-Nya.

Sesungguhnya menyayangi seseorang itu bukan paksaan dan merinduinya juga bukan suatu dosa ...

Tuesday, April 13, 2004

BULI


Hari ini aku nak mengulas tentang masalah buli. Kalau yg nakal tahap jahat dan disabitkan bersalah apa kesannya? Kes di Seremban boleh dijadikan rujukan utama dan juga kes seorang kanak-kanak 13 tahun yang membunuh anak guru tuisyenya tahun lepas. Juga paling terbaru kes bunuh adik tiri sendiri.

Hukuman yang dijatuhkan untuk mereka melalui peruntukan Kod 302 ( hukum mati) or 304 ( penjara). Itu sahaja, tapi mereka bawah umur kes akan dibawa ke mahkamah Juvana. Akan terlepas dari tali gantung dan penjara.

Aku tidak berapa setuju jika media terlalu mengembar-gemburkan isu ini. Kesannya kepada khalayak cukup jelas. Walau se’brutal’ mana pun tindakan yang dibuat oleh pelajar bawah umur, mereka tetap terlepas dari hukuman gantung sampai mati. Paling kuat mereka akan di hantar ke Sekolah Hendry Gurney (sekolah istimewa kepada pelajar hilang kawalan). Atau bila mencapai umur 18/21 tahun nanti akan dipenjarakan pada satu tempoh tertentu hingga dapat pengampunan. Jadi pelajar lain yang memang ada niat hendak membuli akan tahu yang se’brutal’ manapun dia membelasah, undang-undang akan melindungi mereka. Undang-undang juga ada ‘lompang’ kosong yang boleh membuatkan mereka meloloskan diri. Jadi macamana tu? Kes- kes mereka ini akan dirujuk sebagai kes Juvana, langsung tidak menggerunkan mereka. Lebih parah jika ‘golongan seangkatan mereka’ tahu tentang perkara ini dan membiakkan lagi kes buli di sekolah-sekolah. Isunya Cuma permasalahan remaja sekarang, itu yang perlu lebih ditekankan. Remaja kita dibesarkan dalam suasana yang ‘terlalu tercemar’ dari segala sudut.

Hidup bagi remaja sentiasa ada peluang kedua. Aku sendiri seram untuk membesarkan anak di zaman ini. Siapa sangka budak kecil zaman sekarang boleh menjadi pembunuh kejam.

Monday, April 12, 2004

LETIH


Pagi Isnin, keletihan masih terasa. Balik kampung kemudian ke rumah Faizal. Ajak dia ke Ikea semalam. Penatlah! Dari pagi sampai petang pun tak habis “round” , menghayalkan!. Melihat konsep dan membeli sedikit sebanyak barang keperluan. Nasib baik Faizal minat benda yang sama kalau tidak mahu dia cabut lari. Lunch dengan ‘roast beaf’. Salmon pun ada.Teringat projek “salmon” yang tak menjadi tu!

Pukul 5.00 ptg bertolak ke Sungai Buloh, kami ke Kg Melayu subang. Survey pasu bunga dan batuan untuk taman. Oklah harga dia, Cuma kena sewa lori kalau dah confirm nak beli nanti. Aku membeli satu lagi “Staghorn”. Kali ini Cuma RM 28 dengan 2 mata tunas. Tapi stanghorn tu masih kelihatan baru sangat belum tahu hidup matinya. Bela dari kecil, hanya akan dapat tahu hasilnya dalam 2 atau 3 bulan lagi. Faizal ajak aku ke Temerloh untuk dapatkan staghorn tanduk berdiri. Nantilah bila aku free aku cuti dan bolehlah ke sana.

Rumah aku dah diperbaiki oleh pemaju. Nampak berbeza sangat, tapi still ada 2 – 3 benda yang belum disudahkan. Mungkin akan mengambil masa seminggu lagi. Tengoklah bila dia call aku nanti. Renovation bahagian dapur akan bermula awal bulan 5 nanti. Tengah berbincang dengan kontraktor dan dapatkan 2 –3 quotation.

Purnama Merindu


Bermaknakah tiap baris kata-kata
Ataukah hanya dibibir saja
Bersungguhkah rindu yang engkau pamerkan
Ataukah sekadar hanya lakonan

Rindu... telah melekat dalam hatiku
Walau awan berlalu
Rinduku... tak berubah... arah


Purnama mengambang... cuma berteman
Bintang berkelipan dan juga awan
Siapa tahu...
Rindu yang mencengkam di hatiku

Aku meminta pada yang ada
Aku merindu pada yang kasih
Aku merayu padamu yang sudi... merindu ku

Purnama mengambang berbagai warna
Bila embun pun datang bintang purnama
Tinggallah aku sendirian bertemankan malam sepi

Aku meminta pada yang ada
Aku merindu pada yang kasih
Aku merindu padamu yang sudi memujuk

Hiaskanlah cinta di jari manisku
Sinarkan bagai gemerlap kencana
Tandakanlah kasih dimercu kalbu
Serikanlah purnama yang merindu

Dalam hujan semalam ketika memandu balik ke CJ, ERA pasang lagu ini. Dengan pandangan mata yang terbatas dek hujan yang mencurah, hati tersentuh. Rasa membekas sangat lirik lagu ini. Aku suka lagu Siti dari album dia yang dulu, lagu-lagu lama dia lebih feeling contohnya "Aku Cinta Padamu". Mungkin keadaan juga mempengaruhi ketika itu. Tapi sehingga ke hari ini , lagu dia tetap sedap. Lagu baru dia agak asing, perlu banyak kali dengar. Mungkin aku merindui Siti yang dulu, uhuks.

Buat apalah di rindu bulan dan bintang, semua itu tidak akan ke mana. Di mana penghujungnya, masih teraba-raba dalam hujan yang mencurah. Kabur pandangan ...

Saturday, April 10, 2004

MEMAHAMI GLOBALISASI


Terdapat beberapa perkara yang perlu diperjelaskan berkenaan globalisasi. Pertamanya, globalisasi adalah "a continuous process and not a static condition" - satu proses yang berterusan dan bukannya satu keadaan yang tidak berubah. Dalam erti kata lain , globalisai adalah satu tindakan yang beransur-ansur meruntuhkan sempadan geopolitik dan menjadikan dunia ini sebagai satu unit global. Ini bertepatan dengan apa yang digelar oleh Ohmae ( 1990) sebagai "borderless world" - dunia tanpa sempadan. Atas sebab inilah maka ada pandangan yang menyatakan bahawa globalisai menjadikan geografi tidak bermakna lagi. Ini kerana manusia hari ini dikatakan tinggal di dalam perkampungan global di mana komunikasi berlangsung dengan lebih cepat dan cekap, seolah-olah jarak fizikal dan perbezaan waktu sudah lagi tidak menjadi perkara-perkara yang perlu dipertimbangkan.

Selain itu, globalisasi adalah satu enigma kerana ianya menyebabkan revolusi maklumat dan pada waktu yang sama ianya adalah kesan revolusi maklumat. Oleh kerana manusia mahu berkomunikasi dengan lebih cepat dan cekap, maka banyak penyelidikan dan pembangunan dalam bidang telekomunikasi dan pengkomputeran telah dijalankan sehingga wujud kemajuan mendadak dalam kedua-dua bidang ini ( OECD, 1997 - Organisation for Economic Co-Operation and Ddevelopment). Inilah yang dikatakan penyebab kepada revolusi maklumat yang berlaku pada abd ke 20. Pada waktu yang sama, revolusi maklumat yang disebabkan oleh globalisasi ini turut menyebabkan proses globalisasi itu sendiri menjadi lebih pantas dan meninggalkan kesan yang lebih mendalam . Ini bermakna revolusi maklumat juga menyebabkan globalisasi. Kesimpulannya globalisai dianggap sebagai 'penyebab bagi" dan "kesan daripada" revolusi maklumat.

Takrif globalisasi :

i. Daripada perspektif maklumat : Globalisai adalah terdiri daripada "forces which are transforming the information pattern of the world and creating the beginning of what has been called the information super highway" - daya-daya penggerak yang merobah corak maklumat di dunia ini dan membentuk permulaan apa yang dipanggil sebagai lebuh raya maklumat yang besar.

ii. Dari perspektif ekonomi : Globalisai adalah satu transformasi dalam erti kata "creating new economic interdependencies across vast distances" - mewujudkan kebergantungan baru dalam bidang ekonomi merentasi jarak yang jauh.

iii. Definisi globalisasi yang lebih menyeluruh ialah " All forces which are turning the world into a global village, compressing distance, homogenising culture, accelerating mobility and reducing the relevance of political borders - Semua daya penggerak yang menjadikan dunia ini kepada satu perkampungan global, memendekkan jarak, membentuk budaya yang homogenistik (serupa0. mempercepatkan pergerakan dan mengurangkan kepentingan sempadan politik.

Definisi ketiga ini dilihat lebih menyeluruh dan lengkap kerana ianya memberikan ciri-ciri globalisasi iaitu:

i. Mewujudkan perkampungan global.
ii. Memendekkan jarak fizikal, geografi dan perbezaan waktu.
iii. Membentuk satu buidaya global merentasi sempadan.
iv. Meningkatkan kecekapan sistem pengangkutan.
v. Meruntuhkan sempadan politik dan kenegaraan.

Definisi yang hampir serupa juga diberikan oleh OECD (1997) iaitu "globalisation is not a single phenomenon ... (but) a range of trends and forces changing the face of the world in which we live in" - Globalisai bukanlah satu fenomena semata-mata ... tetapi terdiri daripada beberapa aliran dan daya penggerak yang merobah rupa bentuk dunia yang kita diami ini. Walau bagaimanapun, adalah didapati bahawa globalisasi membawa makna yang berbeza kepada orang yang berbeza. Hakikatnya, terdapat pelbagai intepretasi yang berbeza yang wujud bagi istilah globalisasi ini.

Nota : Artikel ini ditujukan pada sdr Azri yang bertanyakan saya tentang istilah globalisai dan bagaimana untuk menghasilkan term paper yang baik. Nasihat saya belajar di peringkat IPT lebih mudah tapi kenalah rajin.
a. Untuk memulakan penyelidikan kena fahami tajuk yang dipilih.
b. Buat "literature search" dan kumpulkan bahan yang diperolehi.
c. Baca dan kesan point yang penting. Cuba buat perbandingan antara penyelidik terdahulu. Cth : dari aspek istilah pun boleh buat perbandingan dan ulas. Ini akan menunjukkan kita well-versed dengan topik tersebut.
d. Statistik, grafik, layout juga memainkan peranan yang penting. Begitulah juga bagaimana nak membuat references ada style yang perlu dipatuhi. Grafik menjadikan penulisan kita lebih jelas ( gambarajah etc.)
e. Siapkan assignment sebulan lebih awal ( itu style saya dulu) jumpa pensyarah suruh dia semak. Buat pembetulan dan sudah pasti 'A' menanti dipenghujungnya. See! ianya bukan tentang dilahirkan bijak sahaja, tapi usaha keras dan kerajinan untuk menghasilkan paper yang bagus. Selamat mencuba tips ni yer Azri!

LIMA HURUF YANG MEMBUNUH



Ini lima huruf yang "membunuh" dalam sesuatu perhubungan. Perkataan ini pilihan aku sendiri. Orang lain aku tak tahu apa perkataan untuk mereka. Ukur bayu di badan sendiri. Badan aku saiz M jerr. Membunuh membawa erti mendera perasaan -"mandi tak basah , tidur tak lena". Atau bila terlalu menyayangi, juga bila terlalu memberi.

CINTA
SETIA
RINDU
KASIH
JUJUR
RISAU
DEBAR
SABAR

Aku mula belajar tentangnya dan faham. Dulu bila aku menonton filem Cinta Kita lakonan Sofea Jane - “Cinta itu adalah apabila kita bertemu dan membuat pilihan yang tepat’. Itu tagline filem tersebut. Jatuh cinta dengan orang yang benar-benar menghargai kita itu penting.

Setia adalah kata keramat yang mengikat cinta itu. Apapun godaan dan rintangan. Perlu setia mempertahankan apa yang disayangi. Kalau mudah berubah hati lantaran kilau permata, payahlah.

Rindu muncul tanpa dipaksa bila kasih sudah terjalin. Kasih sayang pengikat perhubungan. Ahhh perasaaan yang satu ini akan sentiasa datang bertimpa-timpa. Risau sepanjang masa. Debar menanti pula setiap kali namanya melintas di ruang fikiran.

Sabar itu kuncinya, supaya kasih kekal abadi. Sabar bertahan, moga cinta itu sampai ke penghujungnya.

Ahhh !!!! "Live life the simplest way! ...arrrrghhh.

Friday, April 09, 2004

PANTAI


Semalam selepas waktu kerja Abang Nasir ajak aku menziarah kakak dia di Hospital Pantai. Mengingatkan kakak dia baik aku pun dengan rela hati pergilah ke sana. Silent protest aku terhadap pakcik itu diabaikan buat seketika. Sepatah dia soal, aku jawab acuh tidak acuh sahaja. Lawak telenovella pukul 1.30 TV2 membuatkan perut aku sakit menahan ketawa. Dia berlawak sepanjang jalan. Tapi seperti biasa kami sesat. Bangsar tu bukan jauh benar, hospital tu tepi jalan jer. Tapi kami tersalah masuk jalan. Nasir rabun, dan aku 2X lima dengan dia. Nak marah buat sakit hati jerr nanti. Sabar sahajalah.

Jumpa kakak Nasir, dia tetap senyum ramah seperti biasa. Sakit kanser payudara dan ditambah sakit perut lagi. Adik Nasir dan keluarganya juga ada ketika kami sampai. Anak tunggal adik Nasir tu hiperaktif dan menjerit-jerit membuatkan aku fobia dengan budak kecil. Nakal sebab tak pernah dimarah agaknya. Budak 5 tahun seharusnya sudah 'behave'. Aku tidak percaya kata orang tua kalau 'budak nakal /aktif' bijak. Bijak membuli adalah nanti .

Setelah lebih kurang 45 minit di situ kami turun ke Bangsar. Laparlah pulak, tahulah di Bangsar ni nak parking susah. Kami mencari restoran Thai - Lanna. Seperti biasa aku ditugaskan memilih menu: tomyam, kerabu pelam, red curry dan entah apa namanya tu aku belasah order. Kombinasi yang tak tepat ler pulak. Biasalah kalau kombinasi makanan tak tepat kami tak habis makan. Nasib baik pak cik tu tak ketuk kepala aku dan suruh aku habiskan jugak seperti biasa. Sebab dia tahu aku masih 'geram' marah dengan dia.

Selepas makan aku hantar dia balik. Drive sensorang ke CJ, sampai pukul 12.05 mlm.

Thursday, April 08, 2004

DOKTOR YANG TERLAMPAU!


Siri drama perubatan ER memang amat aku minati. Tak boleh missed dan aku tabik doktor yang bersungguh membantu pesakit. Tapi itu fiksyen, realitinya " Kalau kes yang sama berlaku di Malaysia alamat mati kataklah pesakit tu". Terharu sekali bila menonton Buletin Utama malam tadi. Kes seorang suami kehilangan isterinya akibat tiada doktor yang membantunya merawat isterinya yang baru keguguran di HUKM. Lapan jam tanpa bantuan disebabkan ketiadaan doktor. Uri masih tersangkut di rahim. Perkara ini sepatutnya boleh dielakkan. Pengurusan hospital yang tidak cekap?

Kes kedua, seminggu bekalan ubat tiada. Si isteri bergantung nyawa dengan ubat itu ( ini kes dihospital lain). Hello mintak tolong ler dengan hospital lain pinjam ubat mereka dulu tak boleh ker? Semua tu hospital kerajaan buatlah perjanjian - boleh memberi pinjam bekalan ubat dalam waktu-waktu kritikal. Tiada usaha atau malas nak menyusahkan diri?

Wah senang banyaklah kalau semua nak hantar ke hospital swasta. Hospital kerajaan dibina buat apa? Jadikan perhiasan? Nak tunjukkan Malaysia ni such a Caring Society terhadap rakyatnya? "Nak layanan bagus pergilah hospital swasta" - jadi awak makan gaji buta? Bila patient serbu hospital awak semua gelabah, tension, tarik muka masam, herdik patient sesuka hati. Nama pun hospital kerajaan, habis kerajaan itu siapa kalau bukan rakyat? Rakyat itu siapa pula - KITA!

Bab layanan - tengok lebih kurang bagi ubat. NOKTAH. Kalau macam tu budak darjah satu pun boleh buat. Kasilah khidmat nasihat. " Pak cik sakit bla bla bla ... tak boleh makan ni, kena buat macamni". Tak payah bermanis muka atau senyum paksa pun takpe. Janji bersungguh nak bantu pesakit. Kebanyakkan yang serbu hospital kerajaan orang kampung/berpendapatan rendah. Mereka juga ada harga diri, jangan herdik tengking, perli sesuka hati. "Awak tu digaji untuk membantu orang awam macam mereka".

Awak tahu tak sanjungan masyarakat pada awak? Kalau dengar menantu doktor jer kembang semangkuk jadinya. Taklah macam aku ni takde siapa nak pandang walaupun gaji aku mungkin lebih tinggi . Bagus benarlah kalau masyarakat sedar hak mereka. Suarakan ketidakpuasan hati biar mereka tersedar dari lena yang panjang. Kalau rasa 'trap" resigned jer, biar doktor asing conquer hospital di Malaysia. Kalau rasa suka menengking orang, kerjalah kat kilang, jadi supervisor kilang. Jangan pilih profesion ni, kau takkan goyang kaki ( macam kerja aku).

Ada juga doktor yang berdedikasi di Malaysia ni . Tapi maaflah mereka semua kebanyakkan yang aku jumpa non-muslim. Ada banyak di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang. Tabik spring kat mereka semua.

Wednesday, April 07, 2004

YANG TERDETIK DI HATI



Pernah tak alami perkara-perkara seperti ini. Bila kita sedang memandu kita terngiang-ngiang satu lagu itu dan bila kita buka radio lagu itu pun main di radio. Rasa hebat sekali perasaan itu. Kebetulan mungkin, tapi benda ini kerap juga berlaku. Semalam juga benda ini berlaku lagi, sedang menyanyi-nyanyi dalam hati, bila buka radio lagu yang sama baru saja dimainkan. Seronok rasanya.

Bukan itu sahaja , selalu juga aku dapat meneka SMS dari siapa yang aku dapat. Juga sering terjadi, "Aku baru jer tergerak hati nak call ko, ni ko dah call baguslah". Kebetulan juga agaknya. Mungkin benda ini boleh dilatih atau ada satu gelombang berfrekuensi rendah di otak yang menyalurkan maklumat di bawah sedar.

Aku selalu meneka situasi yang dia alami. Dia akan serba salah dan tidak mampu lagi berbohong dengan aku. Seronok rasanya bila berjaya 'menghukum' dia semahunya. Rasa puas sekali, nakal tak aku?

KERNA TERPAKSA

Kerna terpaksa aku melangkah pergi
Kerna terpaksa ku turut kata hati
Gementar tubuhku dengan keputusan ini
Biarpun pedih ku teruskan jua

Di antara kita mengapa ada dia
Biarpun hanya kawan biasa
Tapi ku rasa berlainan caranya
Hingga mencakar perasaan ku
Terpaksa ku..
Terpaksa ku membuat pilihan
Mengundurkan diri untuk kebahagiaan mu

Kerna terpaksa aku rela sendiri
Kerna terpaksa lalu aku menangis
Tertutup hatiku untuk bercinta lagi
Tidak ku tahu bila kan terbuka

Di antara kita mengapa ada dia
Biarpun hanya kawan biasa
Tapi ku rasa berlainan caranya
Hingga mencakar perasaan ku
Andainya ku melakukan begitu
Bagaimanakah perasaan mu
Terpaksa ku..
Terpaksa ku membuat pilihan
Mengundurkan diri untuk kebahagiaanmu

( Lagu : Manan Ngah - Fran )

Kadang aku kehilangan kata, lebih baik berdiam diri. Berjalan di lorong sunyi. Menyentap masa silam. Lalu aku sedar kebahagiaan ini adalah pilihan kita. Kita memilih untuk bahagia sebagaimana dia. Andai dia lebih bahagia tanpa kita, doakan sahaja. Entah bila kabut ini akan berlalu pergi ...

Tuesday, April 06, 2004

TANPA TAJUK


9.08 pagi dengar Radio Era dalam perjalanan balik selepas menghantar seorang kawan ke stesen komuter Serdang. Halim mainkan semua lagu nostalgia ( jiwang karat) pagi ni. Tersentak habis bila dengar lagu-lagu Noor Kumalasari yang lama itu " dalam keriuhan di majlis yang indah ... hati seorang kekasih lama". Tergelak pun ada.

Hari ini memulakan hari dengan azam baru. Macamlah ini bukan ayat yang selalu aku tulis. Sekurang-kurangnya kerja siap walaupun tak sepenuhnya, tapi dari mula dah pasang niat untuk berkerja dengan rajin. Kadang terfikir banyak benda semasa bekerja, tapi bukan tahap mengelamun. Bila baca buku "Poor Dad Rich Dad", banyak yang boleh diambil ikhtibar. Pentingnya kita semua mengetahui asa accounting dan investment. Yelah semua ibubapa nakkan kita lulus dari universiti untuk mendapatkan kerja yang baik sebagai jaminan masa depan. Tetapi kehidupan sekarang menuntut lebih dari itu. Bagaiman kita menguruskan kewangan kita. Semakin gaji bertambah, hutang juga semakin meningkat. Kita akan hidup untuk membayar segala bil. Bila bil yang perlu dijelaskan semakin meningkat, kita perlu mendapatkan kerjaya yang lebih mantap , kerja keras supaya imbuhan juga bertambah. Semakin hari keperluan hidup juga meningkat. Perlu ada pengurusan dan asas kewangan yang baik supaya kita tidak hidup dengan hanya membayar segala benda tanpa menikmati nikmat hidup yang sebenarnya.

Rasanya kalaulah aku jumpa buku ini masa aku mula-mula dapat gaji pertama dulu alangkah baiknya.

Hati Seorang Kekasih Lama

Dalam keriuhan
Riang suasana
Di majlis yang indah

Dari kejauhan
Aku menyaksikan
Persandingan dikau

Kau dikelilingi
Teman teman dan saudara
Aku ditemani air mata

Sukar meyakinkan
Hati yang terluka
Oleh janji janji
Masih kedengaran
Jelas dibayangan
Kemesraan yang lalu

Setiap ku lahirkan
Keraguan masa depan
Kau selalu meyakinkan daku
Amat pedih melindungi kelukaan hati
Dengan senyum senda gurau dan ketawa
Diri seperti sekam dan api
Ku terbakar sendiri

Bila bersendiri
Aku memikirkan
Di mana silapnya
Hingga dengan mudah
Dikau memungkiri
Mengkhianati janji

Apa alasan mu
Tiba-tiba melukakan
Hati seorang kekasih lama



Monday, April 05, 2004

AKU HIDUP DALAM BLUES


Hari ini aku bercuti. Emergency leave, ada hal dengan developer. Busy tak cukup tangan rasanya. Maklumlah semuanya kena buat sendiri ( baru padan muka ). Semalam balik kampong, Yana cuti semester. Aku balik ke CJ pagi Ahad. Ronda-ronda ke Plaza Masalam. Tengok lampu di T**st Lighting, mahal walaupun selepas discount. Ada patent yang sama di tempat lain aku boleh dapat dengan harga yang munasabah. Harga lampu di Puchong lebih berpatutan. Aku memang cerewet hal-hal harga ni.

Kemudian ke Macy, ada sofa 3 seater yang menarik. Color boleh pilih. East Heritage tutuplah pulak. Bertahun belajar di Shah Alam inilah kali pertama menjejakkan kaki ke Plaza Masalam ni. Masa buat Master dulu kelas aku hanya sepelaung jer dari tempat tu. Mungkin hambatan masa atau memang 'buta jalan'. Hanya tahu pergi dari A- A jer.

Balik dari SA aku ke PKNS Bangi. Beli pokok Pakis Ayam Mas. Aku ingatkan pokok Pakis Gajah. Tumbuhan ini memerlukan kawasan redup . Tapi setiap pelepahnya boleh mencecah lebih satu meter. Cantik sangat, harga dia sahaja yang kurang cantik, saiz anak pun dah RM 40. Tapi berbaloilah bila aku tanya yang besar harganya mencecah RM 200. Takpalah bela dari kecil lebih puashati.

Friday, April 02, 2004

TENTANG SAHABAT


Berkenalan dengan seorang sahabat di Putrajaya. Pada mulanya ok sahaja, tiap pagi dia call tanya khabar. Kami juga adalah juga keluar minum teh tarik. Aku pula takde hal kalau ada yang nak berkawan baik. Orang bujanglah katakan. Tapi rupa-rupanya ada udang disebalik batu. Dia nak suruh aku masuk jadi ahli, perniagaan yang dia jalankan. Skim konsep piramid yang satu itu. Kalau ikut teori memanglah ada kewajaran. Tapi benda itu aku tak minat. Memang bukan 'line' aku. Nak bercakap dan cari 3 orang di bawah aku pun aku tak sanggup. Keluar dengar 'lecture' aku tak reti. Jadi aku katakan baik-baik dengan dia yang aku tak minat. Kalau aku nak cari duit lebih baik aku mengajar part time di UiTM, diorang ada offer aku bayaran dia pun ok gak lepaslah untuk bayar duit rumah ker apa.

Jadi sekarang dia senyap dan menghilang. Aku ikhlas untuk berkawan dengan sesiapa sahaja. Tapi ianya berdasarkan keikhlasan dan kejujuran. Bukan nak gunakan aku untuk kepentingan peribadi. Kalau macam itu apa lagi Selamat Jalan Romeolah jawabnya.l

HOBI


Kalau nak ceria dan waktu sentiasa terisi mesti ada hobi. Selalu dengar kenyataan ini di radio. Jadi aku pilih hobi baru ini. Taklah baru sangat tapi aku rasa ianya bersesuaian dengan aku. "Gardening" - sesuai sekali dan amat menenangkan jiwa aku. Sekarang ini aku dah dapatkan 2 jenis pokok tanduk rusa spesies Platycerium Coronarium ( Jenis tanduk berjurai tapi tiap tunas tumbuh satu dalam satu-satu masa). Satu lagi spesies yang paling aku minati dan sentiasa jadi intipan ialah Platycerium Ridleyii ( Jenis tanduk yang tegak ke atas). Spesies ini mahal paling kecil pun dah mencecah RM 80 dan kalau sudah menjadi 'rusa' harga dia boleh sampai RM 300. Tanduk rusa mudah diuruskan harus berkeadaan lembab.

Satu lagi tumbuhan yang menjadi pujaan hati ialah Pokok Periuk Kera. Unik dan begitu mengkagumkan sekali tumbuhan ini. Dia makan serangga. Aku gantung pokok ini di dapur apartment aku dan bila aku lihat apa yang terisi di kantung dia ialah semut! Banyak juga semut yang terperangkap. Banyak spesies periuk kera ini (Nepenthes sp). Aku baru ada satu dan sudah terpikat habis.

Selain itu tumbuhan yang aku minat ialah teratai, telipok dan Heliconia. Kawasan taman di rumah aku nanti tidaklah luas, sekangkang anak kucing jer. Tapi aku pastikan mereka semua ini akan mennjadi penghuni taman aku dan hidup subur menghijau.

Kalau sesiapa ada tips dan minat yang sama boleh ler berkongsi idea dan pengalaman.


RINDU

Bunga sekuntum
Rindu menjalar lesu
Resah bertahun.

AAK
8.45 a.m
Cyberjaya

Thursday, April 01, 2004

INTELECTUAL CAPITAL (IC)


“Knowledge is like light. Weightless and intangible, it can easily travel the world, enlightening the lives of people everywhere (Peril & Promise :18).

IC is the term given to combined “intangible” ( or more specifically the “knowledge”) assets which enable the company to function( Chua et. Al, 1999: 468). IC includes people who are the esperts in their respective fields, protected products brands, technology, healthy corporate culture, relationships and loyalty of staff and customers. Unlike tangible assets, IC appreciates given the appropriate environments (Chua et al, 1999:467).

Berikut adalah kronologi IC yang telah diringkaskan dari tahun 1969 hingga 2002.

1969 – Galbraith stressed the importance of IC ( Feiwal, 1975)
1980 – Itami published”Mobilising Invisible Assets’ in Japanese (Sullivan, 2000:240)
1986 – Sveiby published “the Know-How Company’ on “Managing “Intangible Assets”.
1988 – Sveiby introduced “Knowledge Capital”.
1989 – Sveiby published “The Invisible Balance Sheet”.
Fall 1990 – Stewart had fully accepted the term IC.
Jan 1991 – Stewart published the first article on “Brainpower” in Fortune.
Sept 1991 – Skandia organized first corporate IC function, names Edvinsson VP.
1993 – St. Onge established concept of Customer Capital (CC)
Oct 1994 – Stewart autored “IC” cover article in Fortune.
May 1995 – First Skandia public report made on IC.
Mar 1997 – Sveiby published “The New Organisational Wealth”.
Mar 1997 – Edvinsson & Malone authored “IC”
April 1997 – Stewart authored “IC” and mentioned that “Knowledge can be measured and managed to improve performance.
June 1997 – Hoover Institution conference organized on measuring IC.
Aug 1997 – Bontis published “Develops measures and models of IC”.
March 1998 – Sullivan published “Profiting from IC”.
Dec 1999 – Chua, Richardson & Pointon authored “IC and Business Performance in Malaysia”.
2000 – Sullivan defined “Intellectual Assets” as the codified knowledge of Human Capital.
May 2000- Chua , Richardson & Pointon authored “Managing IP Rights in Cyberspace”.
2001 – Stewart published “the wealth of knowledge”.
May 2001b – Chua & Richardson compared “KM practiced in UK/US and MSC enterprise”.
April 2002 – Chua presented “Return on Investment (ROI) for KM in Malaysia,

IC telah diperkenalkan oleh Galbraith seawal tahun 1969. CC ( Customer Capital ) kemudiannya di masukkan sebagai salah satu komponen IC pada tahun 1993. Bontis kemudian muncul untuk memberi response kepada kenyataan Stewart bahawa “ Ilmu pengetahuan boleh diukur dan diuruskan di dalam mempertingkatkan keupayaan”.

Terdapat 8 entiti IC ( Stewart, 1997; Sveiby, 1997; Wiig, 1997; Bukowitz and William, 1999; Sullivan, 2000) seperti berikut :

1. Human Capital (HC) – Cosnsists of competence and capabilities of employees.
2. Structural Capital (SC) – consists of the results of intellectual activities in data and knowledge bases, documents, etc.
3. Customer Capital (CS) – consists of the value of the enterprise’s relationship with its customers.
4. Organisational Capital (OC) – consists of embedded knowledge assets in the process and innovation areas. Edvinsson and Malone ( 1998:35) provide the example s of company ‘s ‘investment in systems’ and “operating philosophy “ to speed up the flow of knowledge through the organization and even through the distribution channel.
5. Process Capital (PC) – Consists of the enterprise’s value creating processes such as infrastructure computer systems, design(Tiwana, 2000:42) and techniques(eq, ISO 9000)( Edvinsson and Malone, 1998:36)
6. Innovation Capital(InC) – refers to the “renewal capability and the results of innovation in the form of protected intangible assets( Intelectual Property – IP), other Intangible Assets and talents used to create and bring to market new products and services” ( Edvinsson and Malone, 1998; 35-36)
7. Intellectual Property (IP) – Consists of documented and captured knowledge, which is legally protected.
8. Intangible Assets (IA) – “goodwill” that has “no physical existence but are still of value to the company”( Edvinsson and Malone, 1998: 23-25)


BUAT UNCLE EP SEKELUARGA



Teringat artikel ini “Berfikirlah secara positif jika tidak kita akan mudah dijangkiti penyakit”. Jika kita berasa ‘dunia terlalu kejam pada kita’, sebenarnya ada orang lain yang lebih malang dan menderita hidupnya. Dugaan hidup datang dalam pelbagai bentuk, rezeki masing-masing tak sama. Terharu sekali bila membaca keadaan wife EP yang terlantar di ICU, tapi dia begitu redha dan pasrah sekali. Pengalaman hidupnya mungkin membuatkan dia tidak mudah patah semangat. Harap segalanya berakhir dengan baik. Harapan pasti ada dan sama-samalah berdoa agar isterinya cepat sembuh.

Doa dari kejauhan ini.