PEJABAT AGAMA
Semalam ke Salak Tinggi tolong Wan jadi saksi untuk borang kebenaran nikah luar mukim dia. Aku pun belajarlah benda-benda yang perlu tentang pernikahan ni serba sedikit. Baca phamplet yang ada disediakan di situ. Yalah kot-kot terbuka hati manalah tahu. Lama juga nak mendapatkan borang pengesahan tu. Hanya kami sahaja yang ada kat situ tapi still agak lambat proses dia. Mungkin sebab Wan duda tu yang diorang nak pastikan semua benda lengkap.
Bila semua dah settled, kami pergi makan di food court di depan Pejabat Agama tu. Ada petai segala. Selera makan. Zul kata kat India petai ni diorang bagi lembu makan jer. Aku yang dengar tu terlopong sesaat. Kat Malaysia benda ni sikit punya berharga kat sana diorang bagi makan lembu jer, sungguh tidak patut. Aku makan 4 biji jer maklumlah time kerja. Bukan boleh bedal macam tu jer. Takut nafas berbau masa kat ofis nanti. Nasib baik tak ada meeting ker apa. Zul makan hampir sepapan, nah kau ada juga orang lain yang ‘hantu’ makan petai. Petai ni berkhasiat. Aku memang suka makan ulam.
Mak aku yang ajar aku makan petai ni. Dulu masa kecil aku bedal ler makan petai. Masa sarapan pagi pun bila makan nasi goreng aku tibai jer. Bila sampai kat sekolah aku senyap jer, diam semacam takut bila buka mulut, berbau. Tapi never learned. Sekarang ni kena berhati-hati manalah tahu kan . Imej kena jaga tak boleh sembarangan. Hanya bila balik kampong jer boleh makan semua benda ni.
Ni aku tuliskan maklumat dari phamplet yang diterbitkan oleh Bahagian Perundangan keluarga (BPK) JAIS.
Prosedur Permohonan Nikah Lelaki Bujang/Duda
-Pemohon yang bujang hendaklah menghadiri Kursus Pra Perkahwinan.
-Pemohon mendapat borang Permohonan Nikah (IA) dari Pejabat Agama Islam Daerah.
-Pemohon dan 2 saksi lelaki dewasa hendaklah menandatangani borang permohonan Nikah (IA) dan mengemukakan Sijil kursus dihadapan Penolong Pendaftar Nikah Kariah mengikut alamat dalam kad pengenalan pemohon.
-Pemohon menyerahkan borang Permohonan Nikah (IA), Sijil Kursus dan dokumen berkaitan ke Pejabat Agama Islam Daerah dan mendapatkan pengesahan Pendaftar Nikah Daerah.
-Pemohon menyerahkan borang yang telah disiapkan bersama dokumen berkaitan dan Sijil Kursus kepada pihak perempuan.
Prosedur Permohonan Nikah Bagi Perempuan Anak Dara/Janda.
-Pemohon yang belum pernah berkahwin hendaklah menghadiri kursus Pra Perkahwinan.
Pemohon mendapatkan borang Permohonan Nikah( IC dan ID) dari Pejabat Agama Islam Daerah.
-Pemohon, wali dan 2 orang saksi lelaki dewasa hendaklah menandatangani borang permohonan Nikah (IC dan ID) dan mengemukakan Sijil Kursus dan borang pihak lelaki serta dokumen berkaitan yang telah disahkan dihadapan Penolong Pendaftar Nikah Kariah mengikut alamat dalam kad pengenalan/ atau tempat pemastautin.
-Pemohon atau wali hadir di Pejabat Agama Islam untuk mendapatkan pengesahan /surat kebenaran bernikah. 1.Kebenaran Seksyen17:RM5.00
-Akad nikah boleh dijalankan dengan perundingan Pendaftar/Penolong Pendaftar atau dinikahkan oleh walinya sendiri di hadapan Pendaftar/Penolong Pendaftar.
Aku juga sempat membelek Permohonan Berpoligami , prosedur dia lebih panjang dan ketat. Wan siap sound aku, “Yang pertama pun belum lepas”. Hehehe …



