Monday, December 13, 2004

Rendang

RENDANG KERBAU, ACAR TIMUN


Hujung minggu aku balik CC seperti biasa. Salah seorang ‘Embah’ aku ( pangkat pak cik Mak aku) buat kenduri kahwin juga. Hujan gak walau tak selebat masa kenduri di rumah aku 2 minggu lepas. Aku tak pergi rewang pun. Mungkin ada orang yang kata aku kejam sebab tak pergi kenduri rumah saudara sendiri dan satu tempat pulak tuu.

Aku memanglah kejam … tapi bayangkan ler . Embah tu ada 13 orang anak. Ini kerja kahwin dia yang ke 13 dan last. Aku tolong rewang 12 kali dah, tapi anak-anak dia haram tak mahu tolong bila keluarga aku buat kenduri. Aku pun sibuk macam diorang gak. Lagi satu selepas sahaja aku balik rewang dari rumah dia, most of the time aku demam seminggu kadang tuu sampai tak boleh bangun. Memang kebetulan tapi sedikit aneh … aku tak mahulah benda tu berulang lagi sebab aku ada banyak benda nak settle di ofis.

Ya itulah alasan paling konkrit bila mak aku tanya kenapa tak pergi rewang. Mak bapak aku dah ada menolong sudah ler…

Mak aku jatuh motor lagi, nasib baik tak apa-apa. Itu pun sebab nak pergi rumah Embah tuu .

Jumaat malam, aku nonton Ocean’s Twelve di KLCC then supper di New Village. Aku tahu semuanya walau dia tak bercakap secara terus terang tentangnya.

… BATU-BATU KUSAM DI LAMAN



“Jika suatu hari nanti dia tinggalkan you or you need a shoulder to cry on. You know how to contact me rite? I akan sentiasa ada bila you memerlukan.”

Dia hanya diam. Aku cuba bertindak seperti biasa. Mengunyah setiap kata yang aku lafazkan itu.

Kami tidak terpisah kerana tiada siapa dapat memisahkan erti sebuah persahabatan ini. Lalu dia bersuara dalam getar .

“Janji yer yang kita akan berjumpa lagi …”

“Alah awak tu yang sentiasa sibuk mana ada masa”. Aku cuba bersikap seperti biasa.

“Yelah bila I ada masa .”

Malam itu segalanya telah berubah menjadi lain. Apa yang pernah dimiliki dulu berubah menjadi sesuatu yang asing dan pelik.

Aku cuba membencinya. Tapi semakin aku membenci …


Friday, December 10, 2004

Papyrus



PAPYRUS


Inilah rupanya tumbuhan air yang dikenali dengan nama Papyrus. Kalau aku tersilap kasi tahu. Adalah seorang sahabat tu nak sedekahkan aku anak pokok ini. Katanya senang benar membiak. Kalau diperhatikan taman konsep Bali akan menggunakan tumbuhan ini sebagai salah satu elemen wajib. Aku tengah mengumpulkan tumbuhan air untuk konsep taman Malaysiana yang termasuk juga pokok pakis dan bonsai bunga kertas. Pokok pakis "Toshio" aku dah subur di rumah. Taman Malaysiana aku mengambil semangat "Malaysia Boleh".

Semalam dalam pukul 5.00 petang ‘terserempak’ Siti Sarah tengah perform dalam rancangan Muzik-Muzik TV3 kalau tak silap. Cute jer dia nyanyi, pitching terkawal, sebutan jelas penuh perasaan. Tapi jarang benar dengar lagu dia yang satu ni main kat radio. Aku ada beli kaset dia sejak album pertama dulu, tapi tulah dengar masa drive balik kampung jer.

Tinggalkan Diriku

Di dalam terang , gelap
Siang ku rasa, malam
Sejak kau tiada lagi di sini
Hidup bagai terlalu sepi
Kau tahu, sayu
Lelah aku hanya kerna mu
Masih jua dikau, gagah melangkah pergi
Berperang aku dengan diri sendiri.

Apakah salah ku kali ini
Ingin kau hokum seperti ini
Walau sebaris ayat katakana padaku
Andai ku tahu sedari dulu
Takkan ku terus menyayangi mu
Akhirnya kau yang ku cinta tinggalkan diri ku.

Ku sangkakan kau cinta
Harapan ku agar kita kan tetap bersama
Kan terus bahagia bukan berpisah begini
Selama-lamanya.

Apakah salah ku kali ini
Ingin kau hukum seperti ini
Hanya sebaris ayat katakan padaku
Andai ku tahu sedari dulu
Takkan ku terus menyayangi mu
Pedih bila kau yang ku cinta
Tinggalkan diri ku
Andai ku tahu jadi begini
Takkan ku simpan dikau di hati
Akhirnya kau yang ku cinta
Tinggalkan diri ku
Di dalam terang, gelap
Siang ku rasa, malam.

Lagu & Lirik : Aidit Alfian
Penyanyi : Siti Sarah


Masa solat Jumaat nanti nak berdoa banyak –banyak. Mencari ketenangan dan keredhaan dariNya. Aku sudah mula menerima sebahagian dari hakikat hidup yang telah terpeta sebegitu rupa.

Thursday, December 09, 2004

Teknik Penyamaran Sesumpah

TEKNIK PENYAMARAN SESUMPAH



Sajer jer letak this title ni, macam best pulak. Malaysia jatuh tempat ke –36 dunia negara yang best dan paling selamat untuk diduduki. Dikalangan negara Asia Malaysia jatuh tempat ke-6 dan Singapore tempat pertama. Manalah tak bestnya tinggal di Malaysia ni macam-macam ada. Kalau tak, takkanlah Bangla tu semua berebut nak kerja di negara kita.

Rasanya orang-orang tempatan paling tak ambil port pada kaum pendatang. Mereka pulak yang besar kepala kadang tu. Lebih malang boleh buat sesuka hati dan kita pandang dari jauh jer. Kalau ikut sejarah lagilah sakit pankreas kita nak mencerna fakta yang ada. Inilah Malaysia yang tercinta dengan segala warna dan teknik penyamaran sesumpah yang ada, kita sudah merdeka 47 tahun.

Kalau diberi pilihan negara mana aku nak bermastautin. Aku tetap pilih Malaysia, walaupun ke sana ke mari kena bayar tol( tol semakin naik setiap tahun), walaupun semua benda semakin mahal dan harga kereta import tak jugak turun-turun selepas AFTA, walaupun gaji aku tidak dibayar dengan dollar atau pound, walaupun aku ni bekerja dalam bidang yang orang kata ‘typical malay’ punya bidang, dan banyak lagi benda hebat lain di negara lain yang tidak dapat merampas takhta Cape Coral de Malaysia ini.

Sawah luas terbentang, kicau burung dan angin bayu bertiup lembut. Di situlah ayah serta bundaku ….

Pagi tadi mak cik guard kat ofis aku ni menangis mintak tolong nak pinjam duit. Aku rasa dia tahu aku ni jenis yang tak sampai hatikan. Aku Bantu setakat yang aku mampu walaupun komitment aku ni pun banyak lagi dan memeningkan kepala. Sebab aku berharap, di masa yang lain, di hari yang lain kalau aku sendiri susah harapnya adalah orang yang membantu aku, juga adik beradik dan keluarga aku.

Ini pun kena masuk dalam mengapa Malaysia tempat paling best di dunia untuk di duduki!


The beginning of health is to know the disease (Spanish Proverb)

Wednesday, December 08, 2004

Kutu

KUTU


Baca kenyataan Tun Dr. M, “Harga minyak tidak pernah naik, apa yang berlaku ialah kejatuhan matawang dolar. Inilah padahnya bila dunia terlalu bergantung kepada dolar”. Kenyataannya jelas dan padat. Senang nak faham dan tidak berbelit-belit dan mengkonfiuskan Mak cik Timah dan Pak Abu Deraman serta ramai lagi orang lain. Dulu orang tak faham apasal nak tarik balik subsidi minyak bila harga minyak naik. Maklumat perlu di sampaikan dengan cara yang paling mudah dan berkesan.

Tapi PM lantas menjawab, “Kejatuhan nilai matawang dolar bukanlah sebab utama. Kita tak perlu terburu-buru menukar urusniaga kita dalam Euro dan Yen”. Macamtulah :)
-----------

Pernah tak kita berasa benggang bila orang tidak faham apa yang cuba kita sampaikan? Kita dok lah menjeruk rasa tapi dia buat tak tahu jer. Bodoh rasanyakan camtu. Mungkin dia sudah tahu taktik kita dan dia juga pandai membiuskan diri. Aku yang mati kutu sensorang diri. Rasanya kutu pun tak ambil pusing hal-hal aku ini.

Drink nothing without seeing it; sign nothing without reading it (Spanish Proverb)

ALLAH
By Jalaluddin Rumi

I tried to find Him on the Christian cross, but he
Was not there; I went to the temple of the
Hindus and to the old pagodas, but I could not
Find a trace of Him anywhere.

I searched on the mountains and in the valleys
But neither in the heights nor in the depths was I
Able to find Him. I went to the Ka’bah in Mecca,
But He was not there either.

I questioned the scholars and philosophers but
He was beyond their understanding.

I then looked into my heart and it was there
where He dwelled that I saw Him; He was
nowhere else to be found.

Tuesday, December 07, 2004

Kisah Seorang Teman

KISAH SEORANG TEMAN


Dalam Carta Era semua lagu student AF yang conquer. Just kedudukan dia macam naik turun, minggu ini kau jadi juara esok lusa pak cik tu pulak. Kat radio lain tak pulak camtu, lagu-lagu depa tak pulak tersenarai. So aku nak buat pengkisahan apa ni? …

Hari raya dia tak datang ke Cape Coral tapi boleh beraya serata alam . Aku diam jer sebab aku tahu dia memang camtu. Dia buat open house tak jemput aku pun. Aku still maintain tak mahu kata apa, sebab kalau aku buka mulut pun dia bukan faham apa yang aku cakap. Banyak benda yang dia raikan dan buat tanpa aku … most of the things yang dia buat dia tak pernah refer kat aku. Aku still bersabar dan tak mahu bising. Aku tahulah aku tak punya ‘privileged card’ macam seseorang tuuh.

Seminggu dua, sebulan dia tak hubungi aku pun aku boleh tahan nafas. Entahlah apa yang dia fikirkan, tapi kadang aku ‘rindu’ nak bertengkar dan bertekak macam selalu. Tapi aku tahu banyak sekali miscommunications yang berlaku. Bandwidth tak sama. Aku guna jalur lebar dan dia masih dial-up nyer style.

Aku semakin tak faham bila akhirnya dia ajak aku nonton wayang. The only thing yang kami buat bersama ialah menonton wayang. Itu pun kali terakhir bulan 6 dulu. Keistimewaan itu ditarik balik bila si dia rajin beli VCD dan nonton kat skrin besar TV dia yang harganya menyamai sebuah kancil itu. Aku rasa dia pun rasa bersalah sebab selalu mengenepikan aku dalam urusan hidupnya. Tiba-tiba aku rasa penting pulak dalam hidup dia or aku hanya terperasan penting?

Aku malas nak kata apa-apa . Aku belum buat keputusan lagi. Orang boleh buang kita sesuka hati dan kutip bila diperlukan? I’m not that low!

Aku tak tahulah jika dia sahabat sejati atau dia kehilangan seorang sahabat yang amat taat setia seperti aku ini. Hey! Aku selalu mendoakan dia bahagia.

Kesimpulannya hidup jangan sensitif sangat. Hargai setiap peluang dan saat yang Allah kurniakan. Walaupun semua itu takder maknanya lagi tapi pasti ada sesuatu yang paling berharga dalam dunia ini yang masih tinggal iaitu PERSAHABATAN. Don’t lose time. Make the most of every second because you never know what will happen this afternoon let alone tomorrow.

Man’s life is like a drop of dew on a leaf ( Slovenian Proverb).

Monday, December 06, 2004

Apa?

ENTAH!

Hari Khamis 2 hb Okt 2004, majlis bertandang ke Sg Siput berlangsung. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar dan semua orang gembira. Pengantin perempuan pun tak rasa sedih kena tinggal di rumah mertua. Berakhirlah satu episod kenduri kendara yang cukup memenatkan.

Hari ini mula kerja semula dengan bersungguh hati. Banyak benda yang perlu aku siapkan kalau tak kang nahas jer. 23hb aku kenalah bercuti balik sehingga tahun baru 2005.

Sabtu aku jumpa pak cik tu akhirnya. Thanks rumah baru kau memang ‘class’. Now I know kenapa awek(s) tu semua takut naik kereta merah kau …ahaks.

Tengah dengar lagu “Awan yang terpilu”, Ning Baizura.

Wednesday, December 01, 2004

Hijau

KU LIHAT HIJAU


Hari Isnin aku lunch dengan bos dan kengkawan ofis yang lain di Verandah, Cyberlodge. Aku tidak heran sangat tentang apa yang aku makan. Tapi masa aku makan tu meja aku memang betul –betul mengadap taman air dia yang cantik. Tempat tu memang begitu hebat dari segi sentuhan laman. Air pancur dan pokok Paku Rawa yang tumbuh meliar di kolam. Sungguh indah dan mendamaikan sekali.

Banyak sekali pokok-pokok yang biasa menjadi begitu menarik jika lanskapnya diuruskan sebaiknya. Aku memang gila pokok. Aku boleh terpegun dan merenung sesuatu pokok itu berjam.Mungkin kalau aku mengambil jurusan botani aku boleh pergi jauh dalam kerjaya aku. Itu pun kalau… Rasanya banyak lagi tumbuhan hutan yang tidak kita ketahui mempunyai nilai komersial atau setidaknya boleh menjadi identity negara kita. Pokok Tanduk Kijang misalnya kalau di komersialkan dengan teknik pembiakan moden pasti mendapat sambutan hangat. Entahlah aku sekadar suka dan minat. Tidak dapat menyumbang apa-apa pun.

Hari ini sudah masuk bulan Disember. Banyak benda-benda menarik di bulan Disember ini antaranya yang paling aku nantikan ialah :

1. Edisi Laman - Impiana, ya majalah itulah. Setiap tahun editorial mereka akan mengeluarkan edisi khas khusus untuk laman. Tahun ni laman yang ditampilkan serba mewah dan mengancam. Sungguh bertuah mereka yang dilimpahi rezeki dan dapat menghasilkan laman yang cantik dengan kos yang berbaloi juga. Beberapa tahun lepas Impiana ada menampilkan sebuah taman hebat dari Sabak Bernam kalau tidak silap. Penggunaan ruang yang terhad dan bahan terbuang rasanya lebih dinantikan untuk golongan ‘biasa’ dalam menghasilkan taman yang tidak kurang hebatnya. Apa yang penting untuk sesebuah taman ialah hubungan cinta manusia dan tumbuhan itu.


2. Cuti, Cuti, Cuti – Menghabiskan baki cuti yang ada sebelum hujung tahun. Kerja biasanya dalam masa 2 minggu sahaja.


3. Bonus? – Hujung bulan kalau ada rezeki dapat bonus. Tahun ni berharap jugalah.


4. Azam tahun baru – Sediakan ‘target setting’ untuk diri sendiri . Apa yang nak digapai untuk tahun depan. Azam tahun ini alhamdulillah 70% tercapai.

Menonton Juara Lagu Balada Separuh Akhir semalam, suka sekali melihat Siti Sarah menyanyikan lagu “Saat Hilang Cintamu” dengan begitu mantap sekali. Tapi dia gagal ke peringkat akhir. Ini penyertaan dia kali ke-2. Aku tonton di PC aku di ofis melalui cybermedia kami.

Hidup yang indah …


Di Wajahmu Ku Lihat Bulan

Di wajahmu kulihat bulan

Yang mengintai di sudut kerlingan
Sadarkah tuan kau di tatap insan
Yang hauskan belaian

Di wajahmu kulihat bulan
Menerangi hati gelap rawan
Biarlah daku mencari naungan
Di wajah damai rupawan

Serasa tiada jauh dan mudah dicapai tangan
Ingin hati menjangkau kiranya tinggi di awan
Di wajahmu kulihat bulan
Bersembunyi di balik senyuman
Jangan biarkan ku tiada berkawan
Hamba menanti kan tuan


Maman [OST - Perempuan Melayu Terakhir]


Tuesday, November 30, 2004

Word Puzzle

WORD PUZZLE

Hidup aku menjadi seperti “word puzzle” sekarang ni. Melihat dari pelbagai sudut demi meneka maksud yang tersirat.

Kadang aku menjadi terlalu benci dan marah sebab aku tidak boleh membencinya. Ada huruf-huruf yang hilang . Ada perkataan yang sentiasa tersembunyi dan aku gagal mentafsir maksudnya.

Ada yang berkata buat apalah membuang masa mencari perkataan yang tersembunyi itu sedangkan aku boleh sahaja membiarkan sahaja ia menjadi misteri.

Aku memilih untuk melihat apakah perkataan yang tersembunyi itu. Ianya membuatkan aku puas dan boleh tidur dengan lena bila memdapat jawapannya.

Monday, November 29, 2004

Dalam Gerimis itu

DALAM GERIMIS ITU!


Jumaat 26 November 2004

8.57 Bertolak ke Masjid di Kuala Selangor untuk majlis akad nikah Julie. Pengantin perempuan sampai awal dan tension menunggu . Pukul 10.00 barulah mereka sampai dan dengan 2 lafaz pada detik 11.15 segalanya selesai. Sebuah masjid terbina, syaitan menangis meraung.

Sabtu 27 November 2004

'Rewang', semua orang kampung ada. Jiran – jiran yang tidak tidur malam memasak juadah . Tuan rumah ‘tidur mati’ , mereka bertungkus lumus buat kerja. Masa kita pulak berehat. Begitulah hidup di kampung. Wang tidak dapat membeli segala keikhlasan dan budi baik mereka ini. Terima kasih yang hanya mampu di hulur.

Tetamu datang silih berganti semenjak petang Jumaat lagi.

Ahad 28 November 2004.

Pengantin melangkah dalam gerimis manja pada tujahan detik 2.33 petang . Segala penat lelah terbalas. Jalan becak dan dingin udara menampar mesra kegembiraan dan melepaskan segala yang ditanggung bertahun. Anak perempuan mak dan ayah juga adik perempuan kami menjadi miliknya pula.

Hujan yang mencurah dan keriangan saling bertingkah. Kebahagiaan adalah milik sesiapa sahaja yang berusaha mencarinya.

Aku letih teramat …

Tuesday, November 23, 2004

Tangga



TANGGA-TANGGA KE PINTU BAHAGIA



Masih mood raya. Boss aku pun tak carik aku di ofis. Kebanyakkan staff masih sibuk membuat ulasan raya masing-masing. Balang kuih raya sentiasa bertukar tangan. Kerja di ofis masih gitu-gitu jer. Takder projek besar yang perlu diuruskan sangat. Kerja aku mungkin kerja ‘typical malay’ yang tak banyak risiko. Tapi aku rasa ianya berbaloi dengan tahap kebebasan yang aku miliki di samping staff sokongan yang amat efisen yang membantu. Sesuai dengan gaji yang aku perolehi. Kalau di bayar 5K sebulan aku perlu bekerja seolah-olah dibayar 15K. Jadi apa yang aku buat ikut harga pasaran semasa. Kalau di bayar harga kacang, aku bagilah sebegitu juga. Boleh dengar MP3 24 jam tak kisah. Masa happy dan tak banyak benda bolehlah bersilang kaki kan? Masa sibuk jangan di tegur …

Cabaran atau kerja yang mencabar? Aku kerja makan gaji kalau orang lain di bayar gaji yang sama dan buat benda yang sebegitu. Aku buatlah, masing-masing ada specific job descriptions dan assistant manager di sini pun ramai. Rasanya kalau ada sistem siapa kerja lebih boleh dapat gaji lebih mahu akau berlumba-lumba membuat yang terbaik. Aku bukan kerja dalam bidang sales, jadi aku tak peduli itu semua. Asal segalanya siap dalam masa yang diperuntukkan dan ikut target aku rasa dah memadai. Bukan tak boleh kerja ektra miles, tapi buat apa? Rasanya apa yang aku buat boss aku puashati dan aku dapat kenaikan gaji yang sewajarnya. Banyak sudah projek yang aku buat di luar bidang kuasa aku. Aku tak mahu tamak dalam mengejar sesuatu. Mesti ada plan perlaksanaan yang berkesan. Aku sendiri tentukan apa yang aku nak buat setiap hari berdasarkan kekuatan yang ada ( kakitangan dan kemudahan yang ada).

Esok aku bercuti semula. Mungkin kalau aku free aku singgah di ofis untuk baca email atau baca email di mana-mana CC. Aku boleh akses email ofis aku di mana-mana. Lepas tu aku kena lihat berapa baki cuti aku dan buat cuti wajib hujung tahun. Bulan 12 memang aku tak buat kerja sangat. Ya macam makan gaji buta jer. Tapi dah itu kehendak majikan nak buat macamana pulak kan? Kadang aku terfikir juga, betapa beruntungnya manusia yang bernama Mal ni. Alhamdulillah …

Hujung minggu ni 28hb Julie akan disatukan dengan Nizam. Sahlah dia akan menjadi ahli keluarga kami. Welcome to our family Nizam. Aku memang tak banyak cakap. Julie akan duduk di rumah aku di Klang. Aku tak kisah. Tapi aku dah letakkan syarat-syaratnya sebab aku juga nak jadikan rumah di Klang, rumah hujung minggu aku. Aku kena tentukan apa yang boleh di bawa masuk apa yang tak boleh.

Dulu aku ingat nak membina kehidupan aku di rumah itu. Tapi aku tak dapat melaksanakan mimpi aku itu. Kadang bila aku lihat lampu-lampu yang bergantungan di rumah itu aku jadi sedih . Maybe kalau ada rezeki lain aku nak beli rumah di area Putrajaya sahaja. Kalau ada rezekilah …

Man cadangkan rumah di Klang diberikan sahaja kepada Julie untuk sambung bayar dan aku beli rumah lain di area aku bekerja. Nantilah aku fikirkan, tengoklah setahun dua lagi macamana dan sebelum aku mencecah 35.



TANGGA-TANGGA KE PINTU BAHAGIA

Mana silapnya arah yang aku jejaki
Yang ku temu hanya pintu sepi
Dalam keriuhanku rasakan kekosongan
Jiwaku dahaga kasih sayang

Masih tak bertemu
Yang ku cari dulu
Hati masih berlagu
Dalam langkah perjalanan terkeliru
Hilangnya arah tuju

Sungguh lama terpisah pandangan
Sejak detik akhir pertemuan
Jauh meninggalkan dirimu dan diri ku
Terpisah bersama waktu

Sejauh mana sekali pun aku berlari
Ingatan padamu menghantui
Aku tak mengerti
Dan tidak ku mampu lagi’
Menahan gelora hati ini

Ingin aku kembali ke jalan yang dulu
Aku rindu padamu
Moga dibukakan semua pintu-pintu
Untuk ku bersamamu

Ingin aku mendaki semula
Tangga-tangga ke pintu bahagia.
Mencari cahaya
Cinta yang sebenarnya
Antara aku dan dia …

Alleycats


Lagu ini best sangat … liriknya begitu kena dengan jalan hidup aku. Kalau sesiapa rindu kat aku. Dengarlah lagu ini. Download ler kat Jakionline.net tuuh . Doakan segalanya berjalan lancar. Jumpa lagi bila aku balik bercuti nanti. Kalau aku free nanti aku update.



Monday, November 22, 2004

DuA Kaki Lagi Ke

DUA KAKI LAGI KE



Semalam pukul 6.22 semasa aku memandu ke Banting, Radio ERA mainkan lagu Anuar Zain “Sabarlah Sayang”. Berkurun aku minta ERA mainkan lagu ni akhirnya dapat dengar juga. Dulu aku kutuk cara Anuar Zain menyanyikan lagu ini. Tapi bila di dengar dengan lapang dada rasa best juga.

Tadi topik pagi di ERA pasal pembuli jalan. Masa raya last week aku sendiri mengalami peristiwa ‘pahit’ ini. Aku tak apa-apa tapi orang tua aku yang trauma. Masa tu aku tengah mencari-cari rumah sedara aku di Bukit Badung. Tahun lepas rumah dia rumah kayu tahun ni plak mengalahlan “Palace of the Golden Horses” manalah aku perasan. Kami pulak saudara yang baik, setahun sekali jer bertandang. Rumah yang di cari tak jumpa-jumpa dan aku pula tak perasan sudah masuk satu simpang di jalan utama yang tak besar mana.

Aku perasan yang kereta itu agak jauh lagi. Untuk menambahkan nilai dramatik si pemandu tu buat aksi membrek tahap 2 kaki lagi ke pintu neraka. Aku ingatkan sebab tiada berlaku kemalangan aku hanya angkat tangan dan berlalu pergi. Tapi dia tidak puas hati. Aku lihat dia keluar kereta dan memaki hamun. Aku pandu slow dan tak hiraukan dia.

Aku terus memandu dan sampai di rumah saudara aku. Entah datang dari mana kereta tadi juga follow kami di belakang dan keluarlah seorang akak dan suaminya. Biasalah aku kena marah tahap cipan nak terberanak. Aku tak keluar kereta dan biarkan dia melalak di depan rumah orang. Akhirnya mereka berlalu pergi dengan perasaan ‘puas hati’ sebab dah ada orang yang dia nak marah. Aku perasan akak tu mempunyai hobi memarahi orang sebagai aktiviti masa lapang dia. Kalau tidak takkanlah mereka beriya mencari kami dan turut sesat ke sana-sini kalau tiada urusan penting yang lain.

Memang sesetengah orang tidak akan memberi peluang atau memaafkan kesalahan orang lain begitu sahaja. Aku mengaku yang aku sedikit terlajak kereta sebab aku tahu yang jarak itu masih selamat. Tahu sahajalah simpang di kampung kanan kiri penuh dengan gutan hujan tropika yang menghalang kita melihat kiri dan kanan dengan jelas, tup-tup dah berada di tengah jalan atau simpang yang lain.

Memang ada orang yang suka memarahi orang lain dengan teruk jika ada peluang. Tapi tunggulah kalau dia bertemu buku dengan ruas. Masa tu kalau aku tak bawak parents aku dalam kereta aku tu mahu jer aku sound balik. Namun mengenangkan yang aku banyak benda lain yang nak difikirkan. Aku tak mahulah memanjangkan hal tersebut. Takut pula kalau mereka keluarkan parang ker apa kan. Rasanya tindakan aku berdiam diri dan tidak keluar dari kereta membuatkan mereka malu sendiri. Aku dapat membiuskan emosi aku dengan baik masa tu. Seorang pemandu teksi pernah melanggar kereta aku dengan teruk di KLIA tapi akau tak lah marah seperti orang hilang akal. Kita perlu tangani masalah tersebut dengan tenang dan fikiran yang waras. Semuanya akan berjalan lancar. Rasanya orang itu pun tak minta maaf ker apa dengan aku. Kemalangan siapalah yang nakkan ianya berlaku kan?

Friday, November 19, 2004

Dam Dam Dum

DAM DAM DUM BUNYI MERCUN



Raya ke-6 dah hari ini. Aku balik ke Cyberjaya sekejap sebab nak perbaharui road-tax dan insurance kereta. Aku terlupa yang road-tax aku tamat esok dan aku dok ingat bulan depan.

Raya di CC meriah. Aku dan kerabat main mercun puas-puas. Mercun roket berdentum-dentam di tengah sawah. Cantik jer lapang sasar kita orang tahun ini. Padi dah dituai jadi tak takut berlaku kebakaran atau apa. Jiran tetangga pun agak jauh so tak der hal orang nak marah ker apa.

Setiap kali mercun tu bergegar di udara aku rasa puas sangat. Rasanya masalah aku turut meletup sama di angkasa membentuk gegaran yang maha hebat. Kalaulah kebahagiaan itu boleh dibeli aku sanggup berhabis membelinya. Tapi tidak semua benda boleh di beli dengan wang ringgit. Tapi serious aku happy raya kali ini walau aku memang takder mood nak beraya pada mulanya.

'Baraan' was great dan oleh kerana next week kenduri Julie so Mak dan bapak aku menjemput sedara mara untuk kerja kahwin Julie. Sambil beraya sambil menjemput mereka ke rumah. Penat memanglah penat. Sedara mara aku kebanyakkannya tahap mak datin dan datuk. Jadi layanan depa lain sedikit tidak boleh berlebih kurang. Kalau tak dijemput sendiri mereka akan kecik hati.

Aku cukup kesian dengan mak bapak aku tuu. Kepenatan mereka nak fikir itu ini. Seksa sebenarnya nak buat kenduri kendara ni. Sebab itulah aku tak mahu ‘menyusahkan’ mak aku buat kenduri kahwin aku nanti. Tak perlu rasanya dan kalau ada nanti tak perlu buat secara besar-besaran. Tapi kalau buat kenduri di kampung kecik ke besar, jiran tetangga kena dijemput nanti apa kata mereka pula. Belum ada lagi yang buat style catering jer di kampung aku. Kalaulah aku yang mulakan nanti, mahu 7 keturunan aku kena kutuk dengan orang kampung.

Aku tahu dia beraya dengan siapa dan di mana tahun ini. Aku tahu dia teringat kat aku juga. Aku tahu dia mahu aku menjemput dia datang ke rumah aku tahun ini. Aku tahu dia berharap kami akan berkawan baik semula, walau hanya kawan. Setiap kali mengenangkan dia aku bakar mercun roket. Berdentum dan bergegar di tengah malam yang pekat. Walaupun letupan itu hanya sekejap tapi aku puas. Sekurang-kurangnya aku tahu dia telah tiada walaupun dia ada di mana-mana sahaja setiap masa.

Aku menjadi singa yang menanti masa untuk membaham tiap patah katanya setiap kali dia bersuara. Aku mahu dia benar-benar terseksa dengan segala perbuatannya kali ini. Aku memang kejam dan keadaan membuatkan aku begitu. Aku tahu dia serba salah.

Kita tidak boleh memiliki segala yang kita mahu di dalam hidup ini serentak. Tapi dia tak faham dan buat-buat tak reti tentang itu. Dia kena membuat pilihan mana satu yang dia mahu dalam hidupnya.

Aku memilih untuk menyambung cuti hingga 4 Disember 2004. Baki cuti aku banyak lagi. Aku akan terus bercutian dan bermalasan lagi selepas ini.


Aku mengharapkan keajaiban berlaku, tapi yang aku dapat hanya gegaran mercun roket sesaat dan hilang ditelan gelap malam.

Wednesday, November 10, 2004

Selamat Hari Raya



SERIBU KEMAAFAN



Syawal 1425 sudah semakin hampir di muka pintu menutup Ramadhan yang penuh keberkatan ini. Sesungguhnya masa begitu pantas berlalu.

Dikesempatan ini saya ingin memohon kemaafan jika ada tulisan atau gurauan yang tidak disengajakan melukakan hati dan perasaan.

Maaf jika saya mengambil masa emas saudara dengan membaca catatan yang entah apa-apa ini setiap masa.

Maaf juga jika tulisan saya tidak memberi apa-apa makna atau gagal memberikan ilmu baru saban waktu.

Seribu kemaafan andai ada hati yang disakiti, persoalan tidak terjawab atau layanan yang tidak sepertinya.

Apapun panjatkanlah kesyukuran kerana kita telah berjaya menempuhi dugaan dan cabaran di Ramadhan ini dan Syawal yang penuh kenikmatan sedang menanti kita.

SELAMAT HARI RAYA & MAAF ZAHIR BATIN”

Kecil mungil berwarna
Warna warni terangi alam
Sentuhan karya indah
Jika tergambar baik

Mata hati melihat
Kau sangat istimewa
Terbang melayang layang
Menari hinggapi bunga bunga

Kupu kupu jangan pergi
Terbang dan tetaplah di sini
Bunga bunga menanti mu
Rindu warna indah dunia

Anak kecil tersenyum manis
Pandang tarianmu indah
Bahagia dalam nyanyian
Kupu kupu jangan pergi

Melly Goeslow – Kupu Kupu

Tuesday, November 09, 2004

Pecah Kaca

PECAH KACA PECAH GELAS


Zaman pantun pecah kaca pecah gelas sudah berlalu. Pos Malaysia sudah bertahun tidak buat pengumuman tarikh akhir menghantar kad raya. Orang lebih sibuk carik sampul duit raya di bank-bank daripada beli kad raya. Sekarang ni kalau dapat kat raya feeling dia semacam.

Sahabat handai sudah tak reti nak hantar kad raya. Masing-masing hantar sms dan call sahaja. Betapa teknologi menganjakkan kita ke satu era yang lebih dinamik. Memanglah maksud dia sama sahaja. Menyampaikan ucapan sama ada online atau bercetak. Namun impak dia agak lain.

Nostalgia mendapat kad raya dari sahabat handai sudah berlalu. Hidup kita semakin mudah dan kita melupakan satu perkara yang pernah kita lakukan penuh nikmat. Membelek kad raya dan kata-kata yang tertulis . Paling penting ingatan dan betapa susahnya seseorang itu berhabis tenaga mengingati kita dengan sekeping kad raya.

Sekarang kad raya dari organisasi , syarikat dan supplier terlalu plastik. Kadang tidak bertandatangan pun, cuma di stamp dengan nama. Ringkas dan hilang serinya.

Aku tidak mendapat kad raya daripada dia. Cuma berkali –kali dia call dan mengucapkan Selamat Hari Raya dan mohon kemaafan. Walau banyak mana gelas yang pecah di hari Raya ini , ianya tidak akan sama dengan masa lalu yang kita tinggalkan.

Kenangan tetap melekat indah sebagaimana kita pernah melalui detik itu.

“You need to do something with your weight?”

“Apasal bertambah kurus sekarang?”

Aku hanya terdiam sebagaimana aku memandang malas pada serpihan kaca yang berserakkan saat segala kenangan itu seakan menikam hati aku sendiri.

Gulps …

Aku sedang berpuasa dari mengingati dia.

Monday, November 08, 2004

PUSARA DI LEBUH RAYA


“Saya nasihat anda, merayu anda, berhati-hatilah. Saya harap anda tidak membuatkan saya menangis,” Pak Lah.

PM kita memang penyayang. Tapi awas pula dengan tindakan yang bakal dikenakan kepada pesalah trafik yang melibatkan kemalangan.

Mencadangkan supaya lesen memandu mereka yang terbabit dalam sebarang kemalangan jalan raya, ditarik balik dan disimpan oleh polis daerah tempat kejadian itu berlaku selama dua minggu.

Dalam tempoh itu, pemandu berkenaan tidak boleh memandu dan selepas itu, mereka hanya boleh mendapatkan semula lesen memandu di balai polis yang sama.

Pemandu berkenaan juga hanya boleh membayar kompaun kesalahan mereka di balai polis itu, bukan di balai polis tempat lain seperti diamalkan sekarang.

Mereka juga tidak boleh memohon lesen memandu di tempat lain dalam tempoh itu kerana rangkaian sistem maklumat semua pejabat pentadbiran berkaitan jalan raya dihubungkan antara satu dengan lain.

Memandu Malaysian Style memang memeningkan.

Macam tiada hari lain dan tidak boleh tunggu sedetik seperti dikejar hantu. Celuk selagi boleh.

Pemandu berhemah dikatakan tidak cekap dan lembab. Memandu dengan tekun belum tentu selamat. Kesilapan orang lain boleh membahayakan nyawa kita juga.

Jalan raya yang berlubang di sana sini akibat naik taraf jalan membuatkan pemandu panas hati tidak boleh silap sikit pasti mencarut di sana sini.

Kenderaan yang uzur dan dipandu oleh warga emas atau orang yang tahap penglihatan dia kabur terutama di waktu malam dan semasa hujan amat membahayakan. Harus ada sticker di belakang kereta mereka “Saya Pemandu Rabun Tolong Jauhi Kereta Anda atau Jangan Follow Saya!”.

Kalau jalan selorong memang pening bila ada pemandu rabun nih. Kereta dia ketengah ketepi. Pemandu di belakang kecut perut jadinya.

Apapun ikutlah nasihat PM kita tu memandu dengan tekad selamat sampai ke destinasi walau lambat sedikit. Bertimbang rasa dengan pemandu lain, jangan mementingkan diri sendiri dan ingat awak sahaja yang nak balik kampung rebus ketupat.

Sunday, November 07, 2004

When You're Gone.


Richard Marx - My Own Best Enemy (2004)

When You're Gone



Well look at me, the guy who's got it all
Tryin' to read my own writing on the wall
Not happy 'til the sadness comes
To keep me company
Oh, but what becomes of fools who love like me


Who's gonna dry my tears
When I'm crying?
Who's gonna hold my hand
When I'm dying?
Who's gonna set me right when
Everything is wrong
Who's gonna love me
When you're gone?


Sure as winter goes and comes around again
I will be my own undoing in the end
I'll find the answers
I've been searching for
In your goodbye kiss'
Cause I don't deserve you and you don't deserve this


Who's gonna dry my tears
When I'm crying?
And who's gonna hold my hand
When I'm dying?
Who's gonna set me right when
Everything is wrong
Yeah, who's gonna love me
When you're gone?


Never happy 'til the darkness comes
And rains down on me
Down on me


And who's gonna dry my tears
When I'm crying?
And who's gonna hold my hand
When I'm dying?
Who's gonna set me right when
Everything is wrong
Who's gonna love me
When you're gone?


Who's gonna love me when you're gone?
Baby when you're gone
Yeah, who's gonna love me
When you're gone?
Who's gonna love me when you're gone?
Who's gonna love me?


Layan jiwang karats lah pulak.

Saturday, November 06, 2004

Mood ke laut

MOOD KE LAUT



Boring pulak hari ini. Sabtu ganti untuk Sabtu minggu depan. Minggu depan boleh ler balik hari Jumaat petang terus. Telekom dah kerja 5 hari jer seminggu, anak syarikat tak der pulak ura-ura nak bekerja 5 hari jer.

Rasanya petang ni kena balik kampung banyak kerja nak disiapkan. Semalam call Yana dia boring kena buat kuih sensorang. Kalau aku ada pun aku jadi tukang tolong tengok jer manalah aku reti nak buat. Leceh dan remeh kerjanya.

Tahun ni paling takder mood nak raya. My sis ada yang nak bersalin. Tinggal tunggu hari jer. Then kenduri kahwin Julie hujung bulan ni jugak. Cuti raya kena pendekkan sebab nak digunakan masa kenduri nanti dan masa bertandang ke Perak.

Memang takder mood hari ini. I dengar lagu Sanisah Huri ni berulang-ulang … Bersabarlah Sayang. Teringat kat dia ... dia ingat kat kita ker?

Friday, November 05, 2004

Perjalanan ke syurga

PERJALANAN KE SYURGA



Pagi tadi kena migrain yang agak teruk. Boss pulak dok call selang 10 minit tanyakan tentang proposal yang perlu aku siapkan untuk bangunan baru. Mata aku makin kecil dan kalkulator yang aku gunakan antara nampak dan tidak jerr. Masa tinggal 45 minit kata boss aku dihujung talian.

Macam marathon aku buat kerja. Bila buat kerja agak tergesa-gesa ni biaslaah lupa savelah itulah inilah. Kena buat semula. Mencabar sungguh. Tetapi akhirnya siap juga dan migrain aku pun tiba-tiba hilang. Alhamdulillah … sepetang ni aku perlu merehatkan diri setelah bekerja berhempas pulas dari malam tadi dan pagi tadi pun masuk kerja pukul 7.00 pagi .

Sejuk dan rasa nak demam … atau yang lebih afdal rasa nak tidur plak. Apa pun rasa sungguh lega bila hasil kerja kita dihargai.

Berulang suara
Bercerita kembali
Pada kisah semalam
Yang datang dan pergi.

Usia kita
Perjalanan dunia
Pencarian ke syurga
Menanti merasa kehidupan.

Masih adakah kecintaan
Masih adakah kerinduan
Yang belum engkau lepas
Dari kurungan

Masih adakah kemarahan
Masih adakah kebencian
Yang tetap engkau simpan
Di perasaan

Segala mungkin
Adalah kemungkinan
Perancangan semalam
Menanti merasa kebenaran

Perjalanan Ke Syurga
Jay Jay/Bob
Dunia Muzik Wea Sdn bhd/ Luncai Emas Sdn Bhd.
Album :Koleksi Abadi Jay Jay, 1992

Untuk Syazwan & Isteri,

Terima kasih di atas budi baik kalian. Hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya.

Thursday, November 04, 2004

Suatu masa dulu

SUATU MASA DULU


Masa kecil banyak peristiwa yang aku lalui di bulan Ramadhan ini. Bulan puasa sesuatu yang amat dinantikan . Aku rindu betul nak buat benda-benda ini semua. Tapi mengenangkan awak tu usia dah boleh jadi bapak orang so aku pendamkan sahaja. Membesar di CC dan dikelilinggi adik –beradik memang aku kira satu masa terindah dalam hidup aku.

Aku RINDU …masa lalu di Cape Coral.

Main bungapi dan mercun yang berdentum di sana-sini. Duit belanja sekolah aku habiskan beli mercun yang hanya di pasang pada malam raya dan hari raya pertama. Ikut stok yang ada. Dulu mercun bebas dibeli di mana sahaja dan boleh beli sikit-sikit. Sekarang ni mercun HARAM.

Meriam buluh aku tak mainlah. Kitaorang buat meriam dari ‘saluran air’ konkrit yang kebal dan tak pernah dalam sejarahnya pecah . Tak ada pulak aku dengar kengkawan aku terbunuh sebab main meriam ni. Kitaorang tanam meriam tu dalam tanah. Bunyi dia mak datuk bergegar urat saraf dan otak. Fungsinya untuk kasi tahu waktu berbuka puasa dan masa bersahur. Seronok bila meriam bersahutan dari kampung ke kampong. Meriam buluh memanglah akan pecah kalau tidak diikat dengan kuat dan ianya memang bahaya. Bunyi pun ala-ala jer macam katak tersedak … buang masa jerr.

Buat kuih raya dengan mak . Masa tu kalau buat kuih bahulu akulah yang kena mengacau benda tu dalam pasu besar. Alat yang ada spring aku tak ingat apa bendanya tuu. Lama sungguh nak pastikan adunan tu naik . Yang ni memang seksa sungguh. Tapi best masa buat kuih boleh ponteng puasa.

Terawih di kampung dulu-dulu habis sampai pukul 12.00 malam. Penat tapi best jugak time nak makan kuih muih di surau tuu. Best sesangat…

Membeli air batu potong yang beharga RM 0.60 sebatang tu pun best. Sebab kena mengayuh basikal 2 batu dari rumah aku ke kedai Cina tuu. Hari-hari pulak tuu aku kena beli.

Ohhh yer kasut raya ada dua jenis sahaja yang mak aku paternkan untuk aku. Sama ada kasut sekolah atau that kasut merah bertapak keras. Kasut tu warna merah kehitaman. Tak ingat jenama apa tapi kalau pakai sure kaki melecet punya.

Duit raya sekupang yang dikutip dari rumah ke rumah. Sehinggalah sampai sekarang aku kena ikut rombongan baraan. Aktiviti wajib setiap raya.

Tapi raya tahun ini akan amat berbeza sekali.

Sanisah Huri

Bersabarlah Sayang

Semua insan sedang gembira
Di hari ini sayang
Hari yang mulia
Marilah bersama berhari raya
Hilangkan duka

Lupakan saja kisah yang lalu
Gantikan cerita baru
Agar hatimu waspada selalu
Jangan kau kesalkan
Jangan engkau tangiskan

( korus )
Pada mereka yang tak mengerti
Menuduh dirimu
Di jurang kesalahan saja
Ku tak sampai hati
Biarkan engkau sendiri

Tetapi diriku dan juga temanmu
Yang tahu kisah derita
Dan luka di dada,
hanya kuharapkan
Kau harus bersabar
Dan bertenang selalu

Seandainya kehidupan ini adalah satu mimpi yang indah ... jangan bangunkan aku dari mimpi ini!

Wednesday, November 03, 2004

Taubat

Lapan Tanda Taubat Diterima


ADAKAH taubat kita diterima Allah?
Taubat yang diterima dan ditolak ada tandanya.Antara tanda orang yang taubatnya diterima:

Selepas bertaubat keadaannya lebih baik daripada sebelumnya. Seorang hamba hendaklah melihat dirinya setelah bertaubat. Apakah bertambah baiknya atau masih dalam kejahatan. Kalau menjadi baik, Alhamdulillah. Kalau sebaliknya, hendaklah dikesali.

Hendaklah berasa takut, yang dia tidak aman daripada azab Allah.

Hendaklah menambat keinginan hatinya daripada berbuat maksiat.

Hendaklah menyesal dan takut untuk melakukan sama ada dosa kecil atau jenayah yang besar.

Berasa hina diri dan tawaduk.

Tanda taubat ditolak termasuk:

Lemah keazamannya dan hatinya membayangkan keseronokan melakukan dosa semula. Itu adalah taubat orang yang dusta. Malunya kepada manusia, tidak kepada Tuhan, takutnya kepada manusia tidak takut kepada Allah.

Tenang dan yakin dirinya telah bertaubat dan berasa aman daripada murka Allah.

Beku air matanya daripada menangis dan keras hatinya.

Tidak takut terhadap kematian dan peristiwanya.

Tidak takut neraka dan peristiwanya.

Tidak melakukan amal soleh selepas bertaubat.

Marilah kita bertaubat bersungguh-sungguh kepada Allah sebelum terlambat. Firman-Nya bermaksud :“Wahai orang yang beriman, bertaubatlah kamu kepada Allah (mintalah dihapuskannya dosa kamu), dengan taubat nasuha, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, pada hari Allah tidak akan menghinakan Nabi dan orang yang beriman bersama-sama dengannya, cahaya (iman dan amal soleh) mereka, bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka (ketika mereka berjalan), mereka berkata (ketika orang munafik meraba-raba dalam gelap gelita): “Wahai Tuhan kami, sempurnakanlah bagi kami cahaya kami dan limpahkanlah keampunan kepada kami, sesungguhnya engkau amat berkuasa atas tiap-tiap sesuatu.” (Surah at-Tahrim, ayat 8)

Peringatan untuk diri sendiri.

Membeli Baju

Membeli baju perlu masa yang sesuai. Tetapi, baju yang cantik biasanya sudah ada pembelinya. Namun kenapa baju itu masih digantung di situ dan orang ramai terus keliru meminatinya? Sedangkan pakaian itu sudah ditempah.

Pilihlah baju yang lain.

Tak sesuailah, yang itu jugak nampak cantik.

Mana tahu, cantik di luar sahaja sedangkan fabrik dia tak sesuai dengan iklim di Malaysia.

Terdiam.

Yelah orang pilih yang lain. Tapi lain kalilah.

Berlalu tanpa membeli apa-apa.

Tuesday, November 02, 2004

Patcholes

I SURVIVED KLANG – KUALA SELANGOR PATCH HOLES!



Sabtu petang aku berbuka puasa di Salak Tinggi. Meriah sangat, jumpa kroni dan kawan-kawan baru. Bergosip macam tak ingat bulan puasa pun. BBQ dia best, dan balik selepas tolong tuan rumah basuh pinggan. Macam baik jer aku ni.

Ahad barulah aku balik ke CC. Isnin ke Klang dengan Mak dan Yana. Balik semula ke Cyberjaya pagi tadi. Pukul 7 dah sampai sini. Memandu di jalan Kuala Selangor ke Klang perlukan ketabahan yang tinggi. Jalan berlubang di sana-sini. Simpang siur ‘signboard’ dia dan lencongan memang mengelirukan. Sabar jelah.

Dari Kuala Selangor ke CC jalan dah elok. Boleh pecut dan berangan melihat panorama indah desa. Cewahhh … Rasanyalah mahu 4 tahun lagi jalan Kuala Selangor – Klang tu baru siap. Rasanya dah 7 tahun atau lebih projek tuu . Kena banyakkan bersabar sebab puasa.

Life aku biasa-biasa jer. Banyak kisah off- record ler. Aku bukannya artis orang manalah nak tahu kisah hidup aku nih. Hari ini kena siapkan rancangan pembangunan 10 tahun department aku. Semalam lagi Boss dah call bila boleh siapkan paper tu.

Kadang aku rasa banyak bercakap pun hanya mengganggu. Aku harus diamkan diri sahaja buat masa ini.

Saturday, October 30, 2004

Tudung Periuk

TUDUNG PERIUK



Tudung periuk, tudung periuk berikan hamba, kainlah yang buruk, kainlah yang buruk berikan hamba buat menyapu si air mata …” Ehh cam silap siaran jer. Semalam dapat hadiah periuk nasi elektrik untuk Raya tahun ini. Pemberi hadiah mestilah misteri memang susah nak kesan. Siap bagi ucapan “Semoga rajin-rajinlah memasak , jangan makan kat luar jer”. Makan kat luar memang tak sedap pun.

Petang ni akan ke Salak Tinggi untuk majlis buka puasa di sana tu. Tak tahu nak bawak apa. Mungkin nak bawak acar buah dan pisang rasanya. Esok baru balik kampong sebab nak jumpa Julie di Klang.

Dia call semalam agak lama dari selalu. Dia ajak buka puasa tapi masa cuti Deepavali nanti. Cehhh time semua orang KL dah cabut balik ke kampung baru plan nak carik aku.

“Kang kata tak ajak pulak”.

“Jangan ajak kalau terpaksa.”

Malaslah nak layan. Biarlah bukan rezeki dan bukan sesuatu yang penting untuk dipenuhi.

Aku ni manusia yang “Complicated”.

Friday, October 29, 2004

Buka Puasa di Ofis

BUKA PUASA DI OFIS


Hari ini ada majlis buka puasa di ofis. Setahun sekali kaum kerabat anak bini akan di bawa ke ofis tempat mak bapak depa kerja. Setahun sekali jumpa mereka semua. Paling best ada majlis pertukaran hadiah. Macam krismas plak, tapi benda ini memang menjadi satu tradisi masa aku perkenalkan acara itu 5 tahun dulu.

Setiap tahun rancang nak makan kat hotel segala, tapi masing-masing tak nak. Lebih meriah dan berbaloi jemput catering . Lebih separuh kos di taja dan setiap ahli hanya membayar RM 10 untuk 14 jenis lauk pauk yang mengalahkan majlis kahwin. Wang baki aku jadikan duit raya untuk cabutan bertuah.

Maybe aku pernah cerita kisah beberapa tahun lepas, aku lupa tutup handphone dan N call aku bertalu-talu . Sembahyang tak khusyuk jadinya. Ada yang menahan ketawa pulak tuu. Sebab nada dering phone aku sikit punyalah romantik lagu “My Baby You”- Marc Anthony. Sekarang taubat aku tak moh jadi isu hangat lagi macam tu.

Hujung minggu ni banyak juga jemputan berbuka puasa di luar. Aku tak pasti nak pergi ke tidak. Malas ler kalau buka puasa di luar ni. Rasa agak tidak selesa pulak. Tapi kadang kesian pulak hampakan harapan orang.


BOHONG


Seminit Kau Pujuk Rayu
Seminit Kau Marah Marah
Seminit Kau Diam Diri
Buat Tak Tahu


Apakah Sebenar Mahumu
Jadi Tanda Tanya
Mungkin Kau Sengaja
Buatku Begitu
Buat Ku Jemu


Angkat Kaki Melangkah Pergi
Membawa Diri
Beradu Nasib Diluar Sana Yang Menguji


Tak Sangka Begini
Akhirnya Kau Buat Diriku Ini
Bertapa Terbukti Kau Berbohong Selama Ini

Aku Harap dan Berdoa
Kau Puas Hati
Kalau Ku Pergi
Bolehlah Kau Cari
Pengganti


Lagu : Nor Fiqri (Maestro Publishing)
Lirik : Loloq (Luncai Emas Sdn, Bhd)
Nyanyian : Mas AF2

Thursday, October 28, 2004

Budak Kaca Mata

BUDAK KACA MATA


Hampir sejam aku panik tahap lipan berkaki 16. Semua benda yang aku lihat menjadi kabur dan aku terpaksa meraba-raba dalam terang. Aku terlupa di mana aku meletakkan kaca mata aku sesudah sembahyang subuh tadi. Tension bila spek itu tak ada di tempat yang selalu aku letak. Aku terlupa sungguh …

Semua ceruk bilik aku geledah. Akhirnya spek yang bertuah itu terletak cantik di atas tilam katilku. Mahu aku hilang akal sekejap kalau tak jumpa sedangkan aku banyak benda nak disiapkan di ofis. Pandangan tidak akan berasa puas kalau tidak memakai spek tersebut. Begitulah walau sebentar nikmat di tarik balik akibat kelalaian sendiri tapi kesannya amat mendalam. Macamanalah kehidupan orang buta yer? Hishhh …

Dulu pun pernah aku tercarik – carik kat mana spek yang aku letak. Kemudian housemate aku dengan selamba jawab “Tulah yang kau pakai tu apa?”. Hishhh kenapa nyer ada perasaan sebegitu. Aku dah semakin pelupa ker? Nasib baik ada kawan. Sekarang ni semua benda kena buat sendiri tak der siapa nak tolong.

YU YU


Setiap petang, sebab tak der benda nak buat aku nonton siri “Burning Flame II”. Best citer ni dan buat aku ketagih terutama watak budak kecil berumur 4 tahun di mana ayahnya seorang ahli bomba. Lakonan Yu Yu amat hidup dan natural sangat. Macam seronok sangat kalau ada anak perempuan yang sebegitu. Walaupun ibunya telah meninggal dunia dia tetap mendapat sepenuh kasih sayang daripada pak cik dan ayahnya.


Banyak konflik yang berlaku terutama corak layanan pak ciknya yang lebih memahami dan ayahnya yang sedikit tegas. Namun hubungan anak dan ayahnya tetap saling memerlukan.

AKU


Kenaikan gaji tidak seperti yang dijanjikan. Kecewa pak cik. Tapi bersyukurlah sebab ramai yang masih kantoi sebab artikel yang dihantar untuk Sharenet tidak memenuhi piawaian. Jadi kenaikan gaji mereka masih ditahan. Inilah cabaran yang ada bekerja di tempat aku ini. Kita kena pandai buat presentation, pandai menulis, pantas membuat kerja. Walaupun tahap kipas-mengipas memang kurang, tapi karenah HR memang sukar sekali dijangkakan.

Wednesday, October 27, 2004

Al_Fatihah

AL-FATIHAH


Dapat SMS ini semalam. Tapi petang baru aku terperasan gara-gara sibuk hingga tak sedar dunia sekeliling.

12 Ramadhan pulangnya bonda tercinta ke rahmatullah … Darinya kita dtg kepadanya kita kembali. Dia seorang ibu yg paling istimewa di dunia ini. Al-Fatihah.
26-Oct-2004 11:30:54

Salam takziah buat Farman sekeluarga. Maaf kerana tidak dapat datang menziarah. Walaupun hanya kenal di alam cyber, terasa ikatan persaudaraan terjalin erat.

Aku teringat SMS dia yang terdahulu.

Kadangkala Allah hilangkan sekejap matahari then didatangkan kilat dan guruh di langit. Puas kita menangis mencari Matahari … Rupanya Allah nak hadiahkan pelangi yang cantik.
13-Oct-2004 21:46:06

Moga tabah menghadapi ketentuan dari-Nya. AL-Fatihah.
<http://rahsiasuarahati.blogspot.com/>

KEMANISAN HIDUP



Paling manis bila kita mendapat apa yang kita harapkan. Paling manis bila segalanya mengikut perancangan. Tapi segala yang manis tidak juga elok untuk kesihatan. Hidup selalunya tidak bergerak terlalu mudah ke destinasinya. Ada sahaja kerikil tajam yang membekas di kaki.

Menghargai kemanisan hidup juga mungkin satu seni yang paling misteri. Kita tidak pasti bila ianya datang dan hanya tersedar bila ia direntap dari genggaman kita. Jadi kita perlu menghargai setiap detik dan segala apa yang memang telah menjadi milik kita. Pahit, manis, suka, duka adalah sesuatu yang memang telah ditakdirkan untuk kita jalani. Bersyukurlah kerana kita masih bernafas dan meneruskan hari-hari baru ini dengan lapang dada. Apa juga yang hadir dalam hidup kita harus di lakukan sebaiknya.

Banyak perkara yang menyedarkan aku perihal manusia dan kehidupan. Sering kita sendirian di saat –saat kita paling memerlukan seseorang.

Tuesday, October 26, 2004

Eratkan Silaturahim

ERATKAN SILATURAHIM


Daripada Abu Hurairah, katanya, aku dengar Rasulullah saw bersabda: “Sesiapa yang ingin dimurahkan rezekinya dan diberkati penghidupan dan dipanjangkan umurnya, maka hendaklah dia menghubungkan silaturahim.” (Hadis riwayat Bukhari)

Dalam hadis ini, Rasulullah mengingatkan hubungan silaturahim adalah prasyarat untuk menjamin kehidupan harmoni. Antara sebab berlakunya kesempitan hidup dalam kehidupan seseorang adalah tidak memberi tumpuan lagi kepada hubungan silaturahim terutama sesama keluarga dan saudara seagama.

Kesimpulannya antara faktor untuk memperbaiki taraf dan keselesaan kehidupan ini adalah dengan mempereratkan perhubungan silaturahim. Kalau tali ini rapuh, maka akan rapuhlah kehidupan dan runtuhlah keharmonian dalam kehidupan masyarakat.

Sumber : BH 26/10/2004

Agak sibuk hari ini. Kena siapkan bulletin dept dan biz plan 10 tahun. Pagi tadi tak sempat nak bersahur. Malas nak bangun ...


Monday, October 25, 2004

Hujan tak sudah

HUJAN TAK SUDAH


Semalam hantar Yana berurut. Pak cik tukang urut tu sudah manjadi ayah angkat Yana sebenarnya. Dia memang mahir tentang urut dan teknik-teknik urutan dia juga memang bagus. Dia mengurut di depan saksi, bukan di dalam bilik ker apa. Memanglah begitu sebaiknya tidak menimbulkan syak. Tapi kalau orang ramai segan juga sebab dia mengurut di tempat terbuka. Alhamdulillah kaki Yana yang terkehel dan pernafasan dia yang sesak itu telah pulih. “Miracle “ ini kali kedua aku lihat benda ini (dengan izin Allah) yang pertama ketika pak cik tu datang ke hospital semasa dia mengurut Yana di hospital tempohari yang doktor tak tahu nak buat apa.

Teknik mengurut ini perlu dipelajari dengan betul. Sebabnya memang terlalu banyak tukang urut di sesebuah kampung itu. Namun perbezaannya ialah cara dan kaedah mana yang dipraktikkan. Terfikir pula orang yang selalu pergi berurut dan pusat-pusat urut tradisional. Di mana tukang urut dia orang-orang muda. Bahaya tuu …

Berbuka bersama keluarga di kampung memang best sangat. Tak terkata keberkatannya.

Selepas berbuka aku cadang nak balik ke Cyber. Tapi hujan tak sudah sampai tengah malam. Terlelap dan aku balik selepas subuh pagi tadi. Dua jam aku drive dan sampai di ofis 7.20 am.

Semalam dia call aku lagi. Tanya khabar. Ada sesuatu yang membuatkan aku sungguh kecewa dengan sikapnya. Terlalu kecewa …

Saturday, October 23, 2004

Jangan Curang

Jangan Curang!


Juruperunding kardiologi di Guy's and St Thomas Hospital Trust, London, Dr Graham Jackson dalam kertas kerja bertajuk ‘Seks, Jantung dan Ketidakupayaan Ereksi (ED)’

Kajian yang dijalankan di Jepun, Frankfurt dan Berlin mendapati 75 peratus mereka yang membuat hubungan sulit mempunyai risiko kematian mengejut akibat serangan jantung. Sebaliknya, risiko serangan jantung bagi mereka yang melakukan hubungan seks normal adalah rendah yang mana kajian masing-masing di Jepun, Frankfurt dan Berlin menunjukkan hanya 0.6 peratus, 0.18 peratus dan 1.7 peratus kematian mengejut disebabkan melakukan hubungan seks,” katanya yang menyatakan pesakit boleh meneruskan aktiviti seks seperti biasa selepas dua hingga tiga minggu daripada tarikh itu sekiranya tidak mengalami sebarang komplikasi.

“Dianggarkan kira-kira 1.6 juta lelaki Malaysia mengalami ED yang mana kurang daripada 10 peratus mendapatkan rawatan bagi mengatasi masalah mereka. Antara alasan mereka tidak tampil mendapat rawatan ialah ia suatu perkara yang membabitkan maruah dan tidak perlu diperbesarkan,” katanya.


Sumber : Nor Afzan Mohamad Yusof, “Sakit jantung parah jika curang”, Berita Harian 22 Oktober 2004
http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Friday/Keluarga/20041022081041/Article/

PRINTER BARU!

Rasanya baru sahaja aku mintak printer baru kat officemate, diorang dah dapatkan a brand new printer (hp laserjet 1150). Last time aku mengadu malas nak bangun ambil kertas kat meja sebelah tu hari ini dah dapat. Mudah ler kerja aku sekarang. Bukan tak pernah ada printer, dah 2 -3 kali aku dapat printer tapi disebabkan meja aku 'semak' aku malas nak share printer dengan orang lain. Jadi diorang tempatkan printer tu kat meja lain. Hari ini berkat bulan Ramadhan redha sahajalah siapa nak share printer ini dengan aku.

Selama 5 tahun akau bekerja ni, PC aku dah bertukar 3 kali rasanya. Kerja 'overload' agaknyalah.

Hari ini kena balik kampong. Yana habis exam pukul 5 petang. Aku akan ke rumah my sis di Banting dan lepas berbuka bertolak ke CC. Last week Yana jatuh tangga hostel dia dan pengsan. Selalu mengadu sesak nafas dan aku kena hantar dia berurut di Ijok. Macam-macam adik aku seorang ni.

Aku berharap akan dapat menyelesaikan segala misi yang berselerakan di depan aku ini dengan jayanya.


Di Dalam Sepi Itu

Serasa diri ini
Terpinggir di batas nan sepi
Tak sesiapa menemani

Di dalam sepi itu
Kembali ku mengingati mu
Lalu hati jadi rindu

Aku terperangkap dalam diri
Aku terpedaya oleh mimpi
Aku dikejari bayang-bayang
Keterpaksaan menyiksakan

Lama ruang hati kekosongan
Lama ku menangis sendirian
Lama hanyalah hitungan masa
Tak terluntur kenangan indah
Di antara kita

Di dalam sepi itu
Bertakhta bayangan dirimu
Mencengkam sanubariku

Sudirman (Manan Ngah/Habshah Hassan)

Friday, October 22, 2004

MENANTI HUJAN TEDUH (II)


Semalam petang hujan turun selebat alam semasa aku sedang tawaf di Pasar Ramadhan. Terpaksa berteduh di salah satu gerai itu menanti hujan teduh. Adalah lebih kurang 45 minit aku terpacak berdiri memandang kosong hujan yang turun. Pukul 6.00 petang redah juga hujan, tidaklah basah mana pun.

Teringat kisah seorang wanita tua yang sentiasa menangis mengenangkan nasib anak-anaknya tak kira hari hujan atau panas. Sebabnya bila hujan dia risaukan anaknya yang berkerja sebagai tukang kasut, dan bila panas dia risaukan pula anak yang kerjanya menjual payung pula. Dalam hidup kita ini sentiasa ada seseorang yang sentiasa mengingati kita tidak kira susah atau senang iaitu ibu, juga keluarga terdekat kita.

Dalam hidup kita akan menerima banyak kejutan. Hanya kecekalan yang membolehkan kita mengharungi segalanya.

Ofis aku ini sejuknya lain macam pula. Terpaksa pakai baju tebal-tebal. Kalau dikatakan produktiviti menurun sebab ‘kesejukan’ pun boleh rasanya dijadikan alasan. Teruklah … kerja banyak yang menanti. Otak pula beku tak ada idea …

Salam Jumaat semua.

Thursday, October 21, 2004

Sepetang di pinggiran

SEPETANG DI PINGGIRAN


Pasar Ramadan di kampus ni agak menyenangkan juga. Tak payahlah aku keluar ke Putrajaya atau ke Dengkil demi sesuap nasi. Ada banyak pilihan dan orang-orangnya pula aku dah kenal. Dari hari pertama aku beli makanan di gerai yang sama sahaja sebab aku tahu kualiti makanan dia macamana. Aku tahu ikan itu ikan semalam atau fresh dengan melihat cara masakan mereka. Biasanya aku membelanjakan tak sampai RM5 jer untuk berbuka. Amat menjimatkan sekali. Itu pun selalunya tak habis.

Aku beli “Ondeh-Ondeh” dua biji semalam. Aku memang teruk, seringgit dapat 5 aku mintak dua biji jer. Mak cik tu senyum jer “ Cukup ker dua biji”. Bebudak keliling senyum-senyum jer. What?

6.30 petang sudah terconggok depan TV nonton “Jejak Rasuk 10”. Tahun ini dokumentari Jejak Rasul antara siri yang paling mantap setelah beberapa tahun macam kehilangan arah sahaja. Tahun ini lebih fokus, informatif dan banyak footage yang menarik. Tak boleh miss rancangan ini setiap petang, macam sudah ketagih pulak.

Semalam Dia call tanya khabar, buka makan apa dan segala mak nenek yang dia nak tahu. Masa tu pulak aku tengah menonton Jejak Rasul jadi jawab antara dengar dan tidak. Kali terakhir dia call ialah masa hari Ahad (10/10/2004). *Waduh aku boleh ingat tarikh cayalah*. Nothinglah …

Masing-masing hatinya sudah berkarat :

Sabda Rasullullah bermaksud: “Bahawa hati itu berkarat, seperti berkaratnya besi.”

Lalu orang bertanya:”Wahai Rasullulah, bagaiman membersihkannya?”

Jawab Rasullullah: “Membaca al-Quran dan mengingati mati.”

Membaca al-Quran dijelaskan di sini bagi membersihkan kekotoran dalam hati yang didatangkan syaitan mengikut saluran darah.

Syukur aku masih di landasan yang betul.

Wednesday, October 20, 2004

Isteri

ISTERI

Semalam terbaca hadis ini di BH (19/10/04),

Daripada Anas ibnu Malik berkata bahawa Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:

“Seorang isteri apabila menunaikan solat fardhu, berpuasa pada Ramadan, menjaga kehormatan diri dan mematuhi suaminya, maka berhaklah dia memasuki syurga, menerusi pintu mana yang dia suka.”

Huraiannya :

Berdasarkan hadis ini, setiap isteri perlulah menunaikan tanggungjawab terhadap agama dan suami dengan menunjukkan kelakukan yang baik dan terpuji. Jika berhadapan dan berbual dengan suami, dia hendaklah menundukkan pandangannya, diam dan mendengar ketika suami bercakap. Ketika suami pulang ke rumah, dia hendaklah bangun dan menghormatinya. Begitu juga isteri harus sentiasa mengenang jasa dan budi suaminya walaupun kecil, menghormati keluarga suami dan sentiasa mengutamakan kebersihan ketika di samping suami.

Selain hadis ini , banyak hadis lain yang menceritakan balasan yang diperolehi isteri jika melakukan kebaikan kepada suami, antaranya:

- Sekali suami minum air yang disediakan dengan layanan baik oleh isteri, ia seolah-olah lebih baik bagi isteri daripada berpuasa sunat setahun.
- Isteri yang siang malam menggembirakan suami akan diberi keredaan kepada Allah.
- Seorang wanita yang hamil, dicatat ganjaran di langit sebagai seorang syahid dan khidmatnya kepada suami sebagai jihad.
-Jagaan dan peliharaan baik isteri kepada anak akan menjadi benteng daripada neraka manakala pandangan mesra ke wajah suami menjadi tasbih.
- Isteri yang bersifat pemalu serta menjaga diri dan harta suaminya ketika suami tiada di rumah dan mengekang mulut daripada perkara yang tidak enak didengar suami ketika suami datang kepadanya akan diberi ganjaran syurga.


Islam ini begitu indah. Mudah sekali golongan isteri mendapat pahala daripada Allah. Bersyukur sekali jika suami dan bakal suami yang mendapat isteri yang taat dan beriman. Namun malangnya, apa yang berlaku dalam kehidupan moden ujian sentiasa datang dalam sesebuah rumahtangga itu. Ada isteri baik dan taat mendapat pula suami yang kejam dan tidak bertimbang rasa dan sebaliknya pula. Cabaran hidup memang tidak mudah dijangkakan. Kehidupan sebelum dan selepas berkahwin amat berbeza. Sebab itulah mungkin ramai yang begitu berhati-hati ketika memilih teman hidup hinggakan ada orang mengatakan : “Orang lelaki tidak pernah risau tentang hidupnya sehinggalah dia berumahtangga, bagi wanita pula sehingga dia mendapat suami’.

Aku? Tunggulah sehingga tempoh berhibernasi aku tamat.

Tuesday, October 19, 2004

ZAKAT FITRAH SELANGOR RM4.70



Kadar Zakat Fitrah di Selangor meningkat 20 sen daripada RM4.50 tahun lalu kepada RM4.70 pada tahun ini. Peningkatan ini berdasarkan pertambahan penduduk sama ada kelahiran baru atau mereka yang berhijrah ke Selangor. Mais dijangka mengutip RM 9.16 juta tahun ini berbanding RM8.2 juta tahun lalu , iaitu peningkatan RM 1.14 juta.

Seramai 718 fakir dan 10,332 miskin di Selangor berdasarkan bancian terakhir tahun ini. Asnaf fakir bakal menerima RM500 dan RM750, asnaf miskin antara RM450 dan RM700 seorang. Pusat Zakat Selangor memperuntukkan RM 11.77 juta untuk diagihkan kepada fakir miskin pada Ramadhan dan sambutan Aidilfitri.

NEVER GIVE UP!



Ini nama satu rancangan yang pernah aku tonton di CH9 rasanya. Rancangan dari Jepun. Menariknya ialah cara mereka membantu golongan susah di negara mereka. Selalunya bantuan akan diberikan dari segi latihan dengan pakar dan peralatan restoran untuk mempertingkatkan jualan.

Peserta bersama pasangannya akan dilatih mempelajari sesuatu jenis masakan Jepun yang unik dan mendapat sambutan. Pakar akan mengajar teknik masakan yang betul. Ada sesi latihan sebenar.

Menariknya restoran tersebut biasanya akan melonjak dari segi pendapatan bila mendapat liputan dari TV. Ini merupakan kejayaan sebenar setelah mereka hampir tersungkur.

Malaysia ada juga rancangan begini. Tapi lebih kepada promosi tempat makan “Jalan-Jalan Cari Makan”. Hehehhe …

YM DI TEMPAT KERJA



Ramai yang kata aku takder kerja sebab YM sentiasa ‘on’ setiap masa. Memang benar YM aku sentiasa tersenyum minta perhatian. Penggunaan YM dalam skop kerja aku memang banyak membantu. Ia memudahkan aku mendapat bantuan dari luar ketika aku tercari-cari idea dan sokongan. Aku boleh menghubungi rakan sejawatan aku dengan mudah di Melaka mahupun di serata pelusuk dunia. Aku boleh kejutkan kawan aku di University Melbourne atau University of Sydney sesedap rasa bila kepala aku ‘jammed’ takder idea nak menulis proposal. Atau aku boleh tanya Mak Andeh tentang sesuatu yang aku tak pasti.

YM bukan hanya untuk berborak kosong. Ianya boleh menjadi suatu alat komunikasi ‘real time’ yang banyak membantu mempertingkatkan mutu kerjaya kita. Syaratnya kita mestilah ada ‘contact’ yang mantap dengan golongan yang sama profesion. Groupkan mereka mengikut bidang kemahiran.

Lagi satu bila aku menggunakan YM bil telefon di tempat kerja aku juga rendah walaupun pihak pengurusan memberikan limit RM 50.00 setiap bulan. Penggunaan internet di tempat aku bekerja adalah percuma.

Namun penggunaan YM di jabatan kerajaan memang tidak dibenarkan. Ianya juga memang tidak sesuai dan harus diharamkan di kalangan peringkat non-executive, mereka yang banyak terlibat dengan khidmat pelanggan atau segala tugas yang berkait rapat dengan interaksi manusia secara langsung. Takut pelanggan akan memberikan komen yang tidak enak di dengar.

Sudah bertahun YM ini terpasang dan membantu kerja aku berjalan lancar. Malahan aku pernah mendapat grade SR untuk pencapaian prestasi kerja aku. SR merupakan tahap kedua tertinggi yang jarang benar boleh diperolehi.

Apa juga anggapan pihak luar atau mereka yang tidak mengalami situasi kerja seperti aku ini mereka pasti akan mengatakan perkara ini menyalahi etika kerja. Kalau mereka bekerja dengan kerajaan mungkinlah. Tapi orang seperti aku ini bekerja 24 jam sehari. Sentiasa memikirkan tentang tugas setiap masa. Perjalanan kerja kena tip-top. YM hanyalah alat komunikasi yang boleh menjadi mata pisau tajam yang berguna jika kita bijak mengaplikasikannya untuk tujuan yang berfaedah.

Kita ini bekerja menggunakan PC 24 jam. Penjelajahan tetap berlaku, cakerawala ini terlalu besar dan tidak dapat dijangkau!

Monday, October 18, 2004

Fragmen 2

FRAGMEN 2



5.30 petang, semalam selepas menonton Jejak Rasul bergegas ke Putrajaya. Mendung hitam dan gerimis pula. Suasana lenggang, huh mereka dah pindah ker? Apasal pasar ramadhan dia tak der orang? Selalunya bersebelahan pasar tu sahaja. Beli roti dan cepat-cepat ke Street Mall. Restoran tu pun tutup. Nasib baik ada satu gerai di station bus tu buka. Makanan dia biasalah ‘over cooked’ semacam. Tapi takpelah sebab aku belanja RM 3.00 jer untuk juadah berbuka semalam. Amat menjimatkan.

Selepas maghrib nonton 3R sambil mengunyah makanan (mengelamun selebihnya). Best jugalah rancangan 3R ni, informative dan menyedarkan kita banyak benda terutamanya pada khalayak penonton perempuan. Aku sendiri pun banyak yang tak tahu. Harus disyorkan pada Yana untuk menonton benda yang tak akan diajarkan di sekolah hatta di universiti sekalipun.

Terawih 8 rakaat sahaja membuatkan aku nak kiok. Sudah tua agaknyalah. Momentum tak menyala lagi. Atau dah lemau.

Entah kenapa aku menulis catatan ini pun aku tak tahu. Ramai penulis blog yang aktif telah menutup blog mereka kerana mereka tidak mahu kehidupan mereka di baca oleh orang lain. Itu hak masing-masing.. Jangan menulis benda-benda yang sensitif dan boleh menjerumuskan kita pada ISA sudah. Kalau dulu menulis di anggap terapi tapi kini tidak lagi. Ianya lebih kepada menguruskan lantunan emosi. Kadang duka, gembira, bahagia dan derita. Maklumat adalah data-data yang memberi makna kepada sesuatu. Ilmu pengetahuan pula sesuatu benda baru yang diperolehi akibat proses ini.

Kadang ianya tidak membawa apa-apa makna baru dalam hidup. Tetapi jika kita menulis semuanya tentang kehidupan orang lain, apa yang tinggal untuk kita? Jadi aku menulis sesuatu yang boleh aku miliki dan seharusnya kekal begitu.

Sebenarnya tiada apa yang harus di tulis pada hari ini.

Sunday, October 17, 2004

FRAGMEN 1

FRAGMEN 1

Banyak yang berlaku dalam kehidupan aku akhir-akhir ini. Rasanya aku ingin memejam mata dan hidup semula di tahun hadapan. Atau, cepatlah masa berlalu dan aku tidak perlu melalui semua ini. Namun bila difikirkan, segala yang berlaku adalah disebabkan kelalaian aku juga. Jadi aku harus menghadapi setiap kemungkinan ini dengan sebaiknya. Ini ujian dari Allah juga. Tuhan tidak akan menguji setiap dari hambanya dengan sesuatu yang diluar kemampuannya. Begitulah lebih kurang yang aku faham.

Aku mendapatkan nasihat daripada beberapa orang yang aku kenal. Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. Segalanya menuntut pertimbangan akal yang waras. Aku masih mampu tersenyum. Aku masih mampu melakukan segalanya dengan lapang dada, walaupun dentuman rasa yang kadang membuatkan aku menggigil juga.

Ini bukan aku … Aku amat berharap segalanya ini hanya mimpi. Ke mana pun aku pergi, segalanya akan datang balik menerpa padaku juga. Baiklah aku tunggu dan hadapinya sendiri-sendiri.

Ketika pulang aku amat mengharapkan kedamaian zaman kecil. Tidak perlu aku memikirkan hal-hal sebegini berat. Bebas berlarian ke mana sahaja mahuku. Kini aku ingin menjerit namun suaraku tersangkut dihalkum.

Aku masih mampu tersenyum dalam seribu pengertian. Aku bernafas dalam desakan waktu yang menguji. Aku hanyalah hambaMu … berikanlah aku peluang untuk melihat kembali catatan ini di kemudian hari.

Harapan Ramadhan
(Man Bai & Raihan)

Ku mengharap Ramadhan kali
ini penuh makna
Agar dapat kulalui dengan
sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintah Nya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu
membelenggu diri tiada
henti-henti

Tak ingin kubiarkan Ramadhan
berlalu sajaTuhan pimpinlah daku yang
lemah mengharungi
segalanya dengan sabar

Kita memohon pada Tuhan
diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan
diterima amalan
Selangkah demi selangkah...
dengan Rahmat Mu oh
Tuhanku.. ku tempuh jua

Lagu : Man Bai/Farihin
Lirik : Man Bai/Farihin
bum : Maafkan - Raihan 1999

Thursday, October 14, 2004

Ramadhan 2004

RAMADHAN 2004



Puasa kali ini paling syahdu. Aku duduk sensorang dan pergi terawih berseorangan juga. Padan muka aku sebab memilih kehidupan sebegini. Masing-masing ada teman hidup.
Aku mula terfikir tentang ini dua tiga malam yang lalu. Kalau ada apa-apa yang terjadi kepada siapa harus aku minta bantuan (superman pun dah mati).

Tapi aku pasti tidak sunyi. Masa aku habiskan di tempat kerja. Hujung minggu aku cabut balik kampong. Tiada apa yang kurang. Lebih baik begini dan cara ini lebih sesuai untuk aku.

Salam Ramadhan Al-Mubarak

Selamat berpuasa segala segi
Selamat berterawih setiap malam
Selamat bagi perokok
Selamat segalanya … (Cuma duit yang tak akan selamat).

Ofis aku balik pukul 4.30 petang tapi rehat hanya 30 minit. Tidak kisahlah. Rehat banyak-banyak pun nak buat apa.

Segalanya akan seperti biasa sahaja. Esok aku balik kampung. Ingin berbuka puasa dengan keluarga. Mungkin balik dengan Yana. Tapi dia ada exam hari Ahad. Aku suruh dia jangan balik, duduk sahaja di hostel. Aku nak berlamaan di kampung.

Aku sebenarnya rindu pada seseorang. Tapi mengenangkan apa yang telah dia buat pada aku. Aku tendang sahaja rindu itu dalam longkang. Sebagaimana dia lakukan itu pada aku. Aku akan berpuasa daripada mengingati dia. Aku akan cuba …

Aku rindu pada Allah . Rindu yang lebih kekal …

Wednesday, October 13, 2004

Superman

SUPERMAN



Christopher Reeve yang lumpuh seluruh badan meninggal pada 11 Oktober 2004. Pelakon hikayat orang terbang sudah tiada. Saya sendiri pernah meminati siri ini ketika zaman kanak-kanak. Kini terdapat siri yang sama dengan kupasan yang lebih mantap melalui siri Smallville. Sebenarnya siri sebegini diwujudkan sebagai satu escapism kepada ketegangan permasalahan atau untuk mentertawakan diri sendiri sahaja.

Saya tidak memerlukan superman datang membantu ketika saya amat berharap seseorang memberi pertolongan. Kerana kesakitan yang saya alami sering tercicir di awangan. Saya akan membiarkan segalanya berlalu dalam kesibukan membunuh setiap ingatan itu.

Saya tidak memerlukan superman.


Tuesday, October 12, 2004

Datuk

DATUK


Big boss aku dapat anugerah Datuk juga. Panjang ler nak menyebut nama dia ni bila terserempak kat mana-mana nanti. Yg Berbahagia Prof Datuk Dr GJ, harus tergeliat lidah. Dia dapat Darjah Mulia Seri Melaka. Sekarang ni kalau ke Melaka kena berhati-hati. Kalau memandu kena tengok kiri kanan juga, sebab kebarangkalian kita terserempak dengan orang yang dapat title Datuk amatlah tinggi. Silap-silap bila ke Mahkota Parade tersenggol bahu dengan depa semua tu.

Aku baru habis buat presentation tadi. Aku sendiri yang bagi presentation rasa boring bila orang dengar dan tidak presentation kita. Benda yang agak informative memang agak membosankan. Aku sendiri tak suka dengar orang bagi syarahan. Jadinya aku memendekkan presentation aku tadi. Malas nak bersungguhan. Lepas tanggungjawab aku, Sebenarnya aku lebih suka menulis daripada membuat ucapan. Tapi bila kita bekerja, kita kenalah berkongsi maklumat juga dengan orang lain. Aku Cuma rasa seronok bila orang memahami apa yang kita sampaikan atau cuba dengan tekun memberi perhatian. Katakan sahajalah mereka penat sebab perjalanan jauh. Kalau begitu hantar email sahajalah dan aku jawab. Tak banyak kos dan membuang masa.


Untuk aku sendiri :

Usah memendam perasaan, yang lama tak akan pergi dan yang baru tak akan datang …”
Juga sajak ini :

Ketika Langit Sedang Tidur

Ketika langit sedang tidur
Dengan sepenuh cinta
Kupetik si bintang timur.

Angin dan awan terdiam
Gunung seperti terfana
Dalam kilau pengalaman.

Kepesonaan yang menakjubkan
Menakluk teluk nurani
Aku mula menghirup sinar.

Tuhan, Kaulah kekasih abadi
Menganugerahkan ketenangan
Ketika aku resah mencari.

Wadi Leta S.A.
Kota Bharu, Kelantan.
Berita Minggu, 10 Oktober 2004 p:7.



Monday, October 11, 2004

Bunga-Bunga Berguguran

BUNGA – BUNGA BERGUGURAN


Ketika aku berjalan masuk ke pejabat. Aku lihat mak cik yang sorang itu begitu tekun menyapu sampah. Musim gugur ketika ini. Pokok-pokok di depan ofisku yang mengeluarkan bunga ‘pink’ dan ‘putih cream’ itu gugur semahunya. Bertimbun –timbun dan seperti bunganya luruh tak mahu berhenti. Pokok-pokok itu mengeluarkan bunga yang cantik tapi kos ‘maintenancenya’ juga tinggi. Lumrahlah barang yang cantik selalunya menuntut kos yang tinggi . Ada kos melepas yang perlu ditanggung.

Mak cik itu selalu berlawan dengan aku siapa yang beri salam dulu. Kadang aku terasa kekok kalau dia yang beri salam. Sedangkan aku berjalan dengan memikirkan begitu banyak hal. Kadang aku tidak perasan dia ada di situ sedang tekun menyapu kuntum-kuntum bunga yang luruh. Namun dia tetap sedar akan kelibatku .

Aku pula selalunya berjalan dengan tidak menghiraukan orang disekeliling. Berjalan dengan langkah yang deras. Pagi ini aku berasa kekok buat sekian kalinya lagi … Mak cik itu memberikan salam dahulu walaupun tanganya terus tangkas memunggut sisa kuntum bunga yang berguguran.

SEWAKTU MENGURUNG DIRI

Sewaktu merapatkan jendela
Menutup sekali pintu hati
Tak ingin mendengar
Desas desus
Umpat dan keji.

Sewaktu mengurung diri
Lalu hujan pun turun
Menitis melalui lubang paku
Menimpa batang hidung.

Sewaktu melarikan diri
Masalah kian kusut masai
Ujilah ketahanan diri
Fikirlah mengatasinya
Hadapi sehingga selesai.

Hashim Yahya
PSPN Selangor.
Mingguan Malaysia, Ahad 10 Oktober 2004 p: 30
.

Saturday, October 09, 2004

MI – TUNGGU SEKEJAP

MI – TUNGGU SEKEJAP


Malam tadi nonton MI sensorang. Mantap sungguh persembahan si Jac tu. Dia membawakan lagu itu seperti darah yang mengalir dalam dirinya sahaja. Begitu menggigit rasa. Sesuatu kepuasan tahap maksimum. Jarang ada penyanyi lain yang boleh menyanyikan lagu P.Ramlee sebaik itu. Ditambah pula dengan penghayatan yang cukup mantap. Kita sudah tahu siapakah pemenang MI walaupun keputusannya malam ini. Pemilihan lagu favourite yang bertepatan oleh para juri.

Memanglah agak berbeza jika seseorang yang sudah berpengalaman dan hidup mati dengan nyanyian dan seseorang terlalu baru untuk berentap dengan Jac. Dina memberikan vokal yang baik namun pemilihan lagu tidak sesuai malam tadi. Saya tidak tahu kenapa dia memilih lagu P.Ramlee juga. Mungkin sebab Jac berbuat demikian terpaksalah dia mengikut jejak langkah ‘kakak’ dia itu. Sayang sekali persembahan Dina dilihat ‘terlalu’ mudah dan tidak meninggalkan impak yang mendalam. Saya suka suara Dina, walaupun jika dia gagal menjadi MI saya pasti dia mempunyai masa depan yang cukup cerah kerana dia masih muda 19 tahun. Banyak masa lagi untuk dia menimba pengalaman. Rasanya dia juga berpeluang besar untuk menang MI tetapi peluang itu telah di sia-siakannya.

Tunggu sekejap
Wahai kasih
Kerana hujan masih renyai
Tunggu sekejap
Dalam pelukan asmaraku

Jangan bimbang
Walaupun siang akan menjelma
Malam ini
Belum puas ku bercumbu
Dengan dinda

Tunggu sekejap
Wahai kasih
Tunggulah sampai hujan teduh
Mari kudendang
Jangan mengenang orang jauh

Jangan pulang jangan tinggalkan
Daku seorang
Tunggu sekejap kasih
Tunggu

Suka pulak dengan lagu ini (dendangan Jac). Rasa ini adalah salah satu persembahan terbaik dia. Lagu ‘Gemilang” juga serasi dengan vokal Jac.

Tetapi jika Jac membuat album, saya hanya akan membeli album Melayunya sahaja. Dia terlalu ‘keFantasiaan’ sangat. Lebih baik beli terus album si Fantasia itu. Bersepah sudah gaya suara sepertinya di pasaran antarabangsa terutama geng kulit hitam. Dia perlu lebih original untuk menembusi pasaran antarabangsa. Secara peribadi Dina lebih menggambarkan ciri-ciri Malaysian Idol dari Malaysia yang sebenar. Namun pengundi biasanya lebih memihak kepada Jac disebabkan terpesona dengan pakej yang dipersembahkan. Itu tidak salah.

Dia

Hari ini ‘Birthday’dia. Aku wish dia semalam lagi. Dia terkejut aku masih ingat birthday dia. Apa pun yang terjadi. Tiada satu detik pun yang aku boleh lupa tentang ini.

Selamat Hari Lahir moga segalanya berjalan seperti apa yang kau impikan. Segala yang berlaku kehendakmu.

Friday, October 08, 2004

Entah

ENTAH

Baru habis meeting pagi tadi. Sarapan pun tak sempat. Depa bagi ‘mineral water’ jer ni mesti sebab harganya dah turun. Perut kosong …

Pagi tadi tak sempat nak update DJW. Malas pulak nak menulis. Sebab tak banyak yang berlaku . Ehh maksud aku, banyak benda yang aku belum teroka, jadi tak adalah idea nak menulis. Aku terlupa apa yang aku dok fikir masa meeting tadi. Nantilah kalau aku ingat aku tulis.

Ada presentation yang aku kena buat untuk esok dan hari Selasa. Rasanya hari banyak dah berlalu tapi tak banyak yang selesai.

Dapat call Man semalam. Ada perkara yang dibincangkan.

'Dia' tak call aku lagi. Esok birthday dia. Katanya dia nak tengok “Malaysian Idol” kat Genting dengan kengkawan dia. Dia tak ajak aku pun. Rasa kecik hati juga. Tapi aku bukannya suka sangat ke tempat macam tu. Aku pasti si Jac akan menjadi Idol kita yang pertama. Ehhh penting ker itu semua?

Rasanya nak melawat pameran MAHA di Mines. Masuk pun percuma. Tapi esok kerja.

Thursday, October 07, 2004

NAK MENJADI PETANI?


Semenjak akhir-akhir ini kerajaan berkempen menggalakkan siswazah dan belia di negara kita menceburi bidang pertanian semula. Memang diakui bidang pertanian memberi peluang pekerjaan yang besar kepada siswazah yang mengganggur di negara kita. Ada ramai petani yang hidup mewah di negara kita. Asal rajin berusaha rezeki Allah ada di mana-mana. Berpendapatan 5K sebulan bukanlah sesuatu yang mengejutkan jika kita menceburi bidang ini.

Latihan dan kepakaran telah tersedia. Modal dan tanah boleh dicari. UPM pun sudah di minta membuka semula bidang-bidang yang dibekukan kerana visi dan penumpuan universiti yang beralih arah sedikit masa dulu. Soalnya sejauh mana bidang pertanian boleh menarik minat belia di negara kita?

Kalau diikutkan kehidupan penternak yang mempunyai 17 ekor lembu di kampong jauh lebih bahagia dan selesa berbanding dengan kehidupan seorang eksekutif di ibu negara. Hidup mereka lebih aman tenteram tanpa ‘stress’ yang melampau akibat tekanan hidup di kota besar.

Pengalaman hidup saya sendiri sebagai anak petani banyak membentuk kehidupan saya sekarang. Petani/pesawah kecil memang banyak pancarobanya. Walaupun kerajaan menyediakan subsidi namun kos input pertanian semakin tinggi. Soal pengairan bila kemarau, musuh perosak tanaman dan rumput rumpai yang degil begitu mendera. Namun teknologi sekarang banyak mencorakkan bidang pertanian di negara kita. Orang tengah dihapuskan, kaedah pertanian moden yang serba canggih boleh mambantu meningkatkan hasil. Penyelidikan baka baru dilakukan. Memang bertuah jika memilih bidang pertanian sebagai kerjaya. Namun kita juga perlu ada modal, latihan dan tanah untuk diusahakan.

Bidang pertanian memakan masa bertahun juga untuk pulang modal. Tiada jalan singkat untuk berjaya dalam hidup.
Kalau ditanya kepada saya nak menjadi petani moden? Saya memang tak sanggup (dari segi modal, tanah pun tak ada). Lagipun saya telah membesar dalam 'kenangan masa lalu' yang cukup menginsafkan. No thanks! Saya bahagia dengan apa yang saya ada sekarang. Mungkin masa pencen nanti (kalau panjang umur). Nak juga membela ayam itik, lembu kambing di kampong.

Wednesday, October 06, 2004

Hadiah Nobel

ANUGERAH PERUBATAN NOBEL 2004

Setiap kali ada orang luar menang Anugerah Nobel. Setiap kali itu jugalah hati terdetik. Bila pula rakyat Malaysia dapat menggenggam anugerah paling berprestij itu? Rasanya hentikanlah membuat sesuatu yang luarbiasa tetapi tidak memberi impak langsung walaupun menelan jutaan ringgit untuk sekadar nama. Rasanya Tun Dr.M telah berjaya membuatkan Malaysia gah di mata dunia. Jadi, tidak perlulah kita membuktikan itu ini dengan melakukan sesuatu yang sia-sia dan bersifat sementara (*anda mungkin tahu apa*)

Terbaru, dua saintis Amerika Syarikat , Richard Axel dan Linda Buck menjadi pemenang Anugerah Perubatan Nobel 2004 kerana kajian gen yang menjelaskan fungsi deria bau manusia, menurut pihak hospital Universiti Karolinska di Sweden .

Kebolehan manusia menghidu bauan sudah lama dikenal pasti sebagai deria paling mengkagumkan. Asas untuk mengenal pasti dan mengingati kira-kira 10,000 bau yang berlainan selama ini tidak difahami.

Seebelum penemuan kajian Axel dan Buck deria bau sesuatu yang misteri. Kedua-dua saintis berkenaan menemui sebuah keluarga gen yang besar iaitu kira-kira tiga peratus daripada keseluruhan 1,000 gen berlainan dan ia berfungsi sebagai reseptor.

Ia adalah sekumpulan sel yang bertindak khusus untuk mengesan perubahan pada persekitaran dan mencetuskan impak dalam sistem saraf deria.

Setiap sel reseptor berkenaan mempunyai satu jenis reseptor bau dan ia mampu mengesan sejumlah bau-bauan.

Pemberian anugerah kepada Profesor Universiti Colombia, Axel yang berusia 58 tahun dan Buck, 57 dari Pusat penyelidikan Barah Fred Hutchinson di Seattle kerana kejayaan nya membutirkan sistem deria khusus untuk pembauan (olfaktori) dari tahap molecular hingga susunan setiap sel.

Tuesday, October 05, 2004

ISA

ISA


Menulis sesuatu isu berkaitan agama dan apa juga isu sensitif yang boleh memecah-belahkan keharmonian di Malaysia boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Keselamatan Dalam negeri (ISA). Tidak ada istilah “ini laman web saya, saya boleh tulis apa yang saya suka”. Sudah beberapa kali Polis Di Raja Malaysia dan MIMOS singgah di DJW. Tiada apa yang mengelirukan dan kemungkinan mereka akan ketawa sendirian bila membaca apa sahaja yang tercatat di sini. Kisah seorang hamba Allah di muka bumi ini yang penuh dengan masam manis kehidupannya.

Bila Cyberlaw di negara kita masih lagi belum mantap (skeleton) maka tindakan di bawah ISA difikirkan sebagai langkah terbaik. Menyediakan ruang terbuka di alam siber, maka kita hendaklah bersedia dengan pelawat yang pelbagai karenah. Itu adalah salah satu cabaran yang perlu dihadapi.

Ada baiknya kita mempunyai self-censorship terhadap isu-isu sensitif yang tidak perlu dibincangkan secara terbuka. ‘Invisible college’ boleh dilakukan di kedai-kedai kopi, YM dan sebagainya. Dasar langit terbuka di negara kita tetap mempunyai jaringan yang memerangkap kuman-kuman yang terlepas ke langit!

DIA

Kini baru aku tahu siapa dirinya yang sebenar.

Monday, October 04, 2004

Naik Minyak

NAIK MINYAK


Umum telah mengetahui yang harga petrol telah naik berkuatkuasa 1 Oktober. Harga runcit petrol, diesel dan gas petroleum cecair (LPG) dinaikkan lima sen seliter atau sekilogram , berikutan kenaikan harga minyak mentah sedunia daripada RM 126.27 kepada RM 180.386 satu tong. Harga petrol RON 97 adalah RM 1.42 seliter di semenanjung, RM 1.40 di Sabah dan RM 1.42 di Sarawak, manakala RON 92 dijual pada harga RM 1.38 di seluruh negara.

Bagi harga baru diesel di Semenanjung pula (83.1 sen seliter), Sabah (83.4 sen) dan Sarawak( 82.8 sen), manakala harga LPG RM 1.40 sekilogram di Semenanjung serta Sabah dan Sarawak (1.48).

Harga ini masih dikatakan rendah berbanding kenaikan harga minyak dunia. Amatlah tidak wajar kita membuat perbandingan dengan negara bukan pengeluar minyak. Harga seliter minyak di Singapore pada 1 September ialah RM 3.28 seliter, Di Hong Hong (5.75 seliter). Manakala di Malaysia harganya pada ketika itu ialah RM.1.37 seliter. Malaysia adalah antara pengeluar minyak dunia. Petronas mendapat ratusan billion setahun untuk mencarigali sumber asli ini di negara kita. Ada pihak-pihak tertentu yang mencadangkan Petronas ‘menyerap’ kos yang ditanggung oleh kerajaan itu demi menjamin kestabilan harga minyak di negara kita. Rasanya syarikat milik kerajaan ini tidaklah akan rugi jika berbuat demikian.

Kebimbangan tentang kenaikan harga minyak di negara kita sudah mula dirasai. Berasaskan pengiraan mekanisme penetapan harga automatik (APM), harga petrol RON97 di Semenanjung sepatutnya RM 2.34 seliter, Sabah (RM 2.35) dan Sarawak (RM 2.33). Harga petrol RON92 di Semenanjung pula sepatutnya RM 2.26 seliter, Sabah (RM 2.25) dan Sarawak (RM 2.23). Ramai yang akan beralih kepada motosikal jika harga petrol naik mencecah RM 2.00. Dengan kenaikan petrol semua barang keperluan harian dengan sendirinya naik. Nilai wang kita semakin mengecut tidak sepadan dengan kenaikan harga barang keperluan asas di negara kita.

Kisah ayam cucuk, daging ayam dan babi turut mencetuskan kebimbangan di luar sana. Saya memang sudah lama tidak makan daging ayam (kecuali jika ibu saya yang memasaknya). Harganya sudah naik daripada RM 5.40 kepada RM 6.00. Namun kita percaya kerajaan Malaysia sudah melakukan sehabis baik sebelum sesuatu kenaikan harga barangan itu dilakukan.

Semua benda naik tetapi gaji tidak naik sepadan dengan kenaikan harga barang keperluan asas ini. Tidak boleh berkata apalah sebabnya saya tidak maju DJW menjadi Scr**nshots yang dipantau Bukit Aman bila menulis tentang Islam Hadhari. Saya tetap berfikiran waras ketika menulis. Walaupun realiti kehidupan di luar sana lebih dahsyat. Anda semua mesti merasakan sesuatu.

Bersyukurlah dengan apa yang kita ada hari ini. Kemungkinan ianya tidak akan kekal begitu, selamanya. Bersedialah …

Friday, October 01, 2004

Puas

PUAS

Malam tadi dapat tidur dengan lena sekali. Presentation untuk gathering tu dah siap. Aku tak sangkalah pulak ppt tu boleh buat kecanggihan juga. Aku selalu anggap ia tak sesuai untuk majlis besar. Rupanya kreativiti yang penting. Orang mungkin tak sangka itu adalah ppt . Setanding flash pulak aku rasakan.

Malam ini ada meeting di IOI Resort, Putrajaya. Semua AJK diminta hadir. Tapi biasalah aku tak pernah datang meeting walau sekalipun. Tapi kerja tetap tip-top. Malas nak travel kesana-kemari untuk kerja-kerja amal ni. Mana yang boleh dibuat secara online aku lebih prefer macamtu. Lagipun aku memang tidak mahu menonjolkan diri sangat. Kita akan menghasilkan banyak benda-benda yang hebat kalau kita tidak kisah siapa yang akan mendapat penghargaannya.

Aku dapat banyak kawan baru bila join komuniti ini. Ianya bukan tentang hiburan semata, tetapi demi membela nasib seseorang dan sesama umat manusia.

Petang ni aku, Kak Yah dan Yana akan balik ke Cape Coral. Rindu kat masakan Mak …
Selamat berhujung minggu.