Friday, January 28, 2005

Sembahyang Jumaat

Garis panduan ke masjid untuk sembahyang Jumaat


SEMBAHYANG penting dalam kesatuan umat Islam. Pentingnya solat itu, maka Nabi Muhammad saw memberi amaran keras kepada mereka yang tidak hadir ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat.

Baginda bersabda bermaksud: “Barang siapa secara mudah meninggalkan sembahyang Jumaat sebanyak tiga kali berturut-turut, Allah akan menjadikan hatinya keras untuk menerima kebenaran.”

Sembahyang Jumaat ini terlalu penting untuk memastikan umat Islam berada di atas landasan yang membawa kecemerlangan dan kejayaan. Baginda juga meletakkan garis panduan yang wajib diikuti oleh mereka yang menghadirinya. Hal ini bagi memastikan ibadat Jumaat itu benar-benar dapat mendidik jiwa orang yang menghadirinya.

Antara garis panduan itu adalah:

Mengemas diri dengan sebaik-baiknya, mandi membersihkan dirinya agar jemaah lain, terutama yang berhampiran dengannya tidak terganggu oleh bau badan atau pakaiannya yang busuk.

Nabi bersabda bermaksud: "Apabila seseorang kamu menghadiri sembahyang Jumaat, maka hendaklah dia mandi." (Hadis riwayat Muslim)

Segera ke masjid dengan penuh ketenangan. Perkara ini perlu bagi mendapatkan saf yang paling depan, berzikir, membaca al-Quran serta berpeluang mendengar khutbah dengan jelas.

Baginda bersabda bermaksud: “Barang siapa yang mandi pada hari Jumaat, kemudian pergi ke masjid pada awal waktu, maka seolah-olah dia berkorban seekor unta." (Hadis riwayat Bukhari)


Menumpukan perhatian sepenuhnya kepada khutbah yang dibaca.Mendengar khutbah adalah suatu kemestian dan syarat sah bagi sesuatu Jumaat yang didirikan. Ia adalah kemuncak kepada ibadat sembahyang Jumaat.


Sekiranya jemaah yang membanjiri masjid tidak mendengar khutbah dengan baik, sibuk bercakap-cakap sesama sendiri atau gurau senda, dia bukan saja tidak dapat menerima faedah daripada khutbah disampaikan oleh khatib, malah solat Jumaatnya penuh dengan kecacatan dan tidak sempurna. Paling sedih, dia langsung tidak mendapat pahala.

Perkara itu seperti sabda Nabi yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad bermaksud: "Barang siapa yang bercakap-cakap ketika Imam sedang membaca khutbah (Jumaat), maka dia bagaikan seekor keldai yang membawa kitab-kitab dan sesiapa yang berkata diam (kepada rakannya yang bercakap) tiadalah Jumaat baginya, Jumaatnya tidak sempurna."Demi memastikan setiap kalimah yang dibaca oleh khatib didengar serta difahami dengan baik, Rasulullah melarang jemaah yang berada dalam masjid daripada melakukan ibadat sunat seperti bertasbih atau membaca al-Quran.

Sembahyang sunat Tahyatul Masjid dibenarkan, tetapi hendaklah didirikan seringkas mungkin agar jemaah tidak terlepas daripada mendengar khutbah.Berbual dan sikap tidak menumpukan perhatian ketika khatib membaca khutbah adalah perbuatan yang sangat buruk. Ia menyerupai sikap yang pernah ditunjukkan oleh orang kafir Quraisy pada zaman dulu.

Firman Allah bermaksud: “Dan orang kafir berkata: "Janganlah kamu mendengar akan al-Quran ini dan tentanglah dia (dengan nyanyian dan jeritan riuh rendah serta tepuk sorak) supaya kamu berjaya (mengganggu bacaan atau menenggelamkan suara pembacanya). Maka demi sesungguhnya, kami akan merasakan kepada orang yang kafir itu azab seksa yang seberat-beratnya, dan kami akan membalas mereka dengan seburuk-buruk balasan bagi apa yang mereka telah kerjakan." (Surah al-Fussilat, ayat 26 dan 27)

Amalan tidak memberi tumpuan terhadap khutbah yang dibaca oleh khatib adalah kesalahan yang menyerupai pengabaian terhadap bacaan al-Quran. Perkara ini kerana salah satu dari rukun khutbah adalah membaca al-Quran. Justeru, Allah menggesa agar apabila al-Quran atau khutbah dibaca, maka hendaklah kita diam dan menumpukan perhatian terhadap bacaan itu.

Firman Allah bemaksud: “Dan apabila al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akan ia serta diamlah (dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya), supaya kamu beroleh rahmat." (Surah al-A’raaf, ayat 204)


Sumber :


Berita Harian 28/1/05 (Jumaat) B12.



Sudah Jumaat rupanya. Semalam seharian meeting di kampus Melaka. Letih woooo tertidur di depan TV lepas nonton JP.

Thursday, January 27, 2005

Samseng Jalan

SAMSENG JALAN


Takziah untuk keluarga Muhammad Nazri Ismail, yang meninggal dunia akibat dipukul teruk oleh samseng. Kita tidak pasti sebab apa, tapi aku pernah juga berhadapan dengan samseng jalan sebegini. Memang gerun. Tidakkah samseng ini mempunyai keluarga? Bagaimana jika ahli keluarga mereka yang diperlakukan sebegitu rupa?

Memang celakalah si pembuli jalan ini. Tidak akan selamat hidupnya walau sesaat. Semoga mereka yang terlibat dalam kes ini akan dihadapkan kemuka pengadilan.

Elegi Sepi

Saat mentari beradu
Rembulan pun bertamu
Hatiku menjadi sayu
Dalam kesamaran waktu

Mengapakah rinduku
Masih ada dalam kalbu
Sedangkan cinta itu
Sudah berlalu

Mungkinkah rasa bersalah
Kasih menghimpit jiwa
Kerna terlalu leka
Membuatku terluka

Dikau yang begitu setia
Tabah hadapi segala
Namun ku mencari alpa
Kesal akhirnya

Korus:
Aku pinta kepadamu
Maafkan lah kesilapanku
Aku tahu kau dan aku
Tidak mungkin akan menyatu

Apakah yang tertinggal kini
Kesedaran dihati
Yang kan tetap bersemadi
Jadi elegi sepi

Biarlah doa tulusku
Mengiringi jalanmu
Kan menebus silapku
Terhadapmu

Ohhh

Aku pinta kepadamu
Maafkan lah kesilapanku
Aku tahu kau dan aku
Tidak mungkin akan menyatu

Biarlah doa tulusku
Mengiringi jalanmu
Kan menebus silapku
Terhadapmu

Azharina

Wednesday, January 26, 2005

Aku

AKU


Banyak yang aku buat semalam. Mengemas sebahagian kotak-kotak yang ada di bilik. Tak sangka pulak kebanyakkan isi kotak-kotak itu adalah nota-nota kuliah yang seharusnya aku buang sahaja. Semua benda aku simpan. Catatan, resit dan benda dalam ‘kategori sampah’ pun aku simpan . Tak tahulah kenapa aku sayang nak buang semua tu. Kalau aku tak buka dan lihat semula tidaklah aku akan teringat akan segala yang berlaku.

Setiap benda ada jadual waktunya. Ia datang dalam waktu yang tepat dan selalunya datang sekali sahaja. Tiada peluang kedua.

Terpaksa cancel untuk menonton “Elektra” di IOI Mall sebab tiba-tiba seorang sahabat muncul di depan pintu rumah.

Semalam juga berjaya memandu dari Dengkil ke kampus dengan hanya menggunakan cermin mata hitam tanpa’power”. Walaupun agak pening tapi bolehlah sebab hafal jalan agaknya.

Koleksi photografi yang aku buat siri teratai di kolam yang berjudul “Membuang Sepi ke Sisi” akan siap petang ini tak tahu macam mana hasilnya. Aku ‘develop’ gambar tu di kedai gambar saiz 8R sahaja sebab kedai itu tak boleh buat saiz yang lebih besar lagi. Kalau gambar tu ok dan tidak pecah akan di print dalam format yang lebih besar sebelum dibingkaikan.

Changjin yang manis itu berjaya mengubati Maharani. Idea penggunaan pil ubat berjaya membuatkan Maharani tidak muntah ketika meminum sup ubat. Permaisuri juga gembira dan menghargai usahanya itu. Lianshen cuba sedaya upaya untuk belajar menjadi gundik Maharaja. Maharaja datang ke rumahnya di malam hari. Kejayaan Changjin sentiasa dicemburui, sentiasa ada yang berkepentingan ingin mengusirnya. Di mana-mana pun ada orang baik dan kumpulan penentang. Kerana matlamat yang berbeza.

DAN CINTAKU ITU PUN DITOLAK

Setiap kali mobil bimbitmu
Bernyanyi
Kau melarikan diri
Bersembunyi di balik
Serombong gita cinta
Dan akulah
Pemabuk buta
Menunggu dungu
Untuk kau sahutkan suaranya.

Memang engkau tiada pernah
Berjanji
Akan menantiku di hujung
Pelabuhan
Dan menyanyikan lagu-lagu
Kecintaan
Cuma akulah
Penagih rindu
Cuba mentafsir sisir lautmu
Melebihi beban pelayaranku.

Tahulah
Barangkali aku bagimu
Sekadar
Sebutir pasir di tubir bibir
Yang akan hanya singgah
Setiap kali badai mendesah
Dan akan engkau singkirkan
Pada setiap hujung
Keberangkatan.

Tahulah aku
Sebelum ombak mahu gelodak
Cintaku itu ditolak
Sebelum sauhku sempat
Berlabuh
Kemudimu geruh dan berputar
Kau hilang bagai camar
Meninggalkan aku terdampar
Ke laut sasar
Tanpa layar
Nanar dan onar.

AZHAN UTHMANI
Pumpong, Alor Star
Mingguan Malaysia, Ahad 20 Jun 2004 p.30.

Sajak yang baik dan berkesan untuk dihayati. Seperti dia mampu menulisnya dengan jalan hidup aku sendiri. Aneh!

Monday, January 24, 2005

pernahkah kau menghargai?

PERNAHKAH KAU MENGHARGAI?


Masa balik dari CC ke Sepang terdengar lagu ini. Lirik dia menarik untuk di hayati. “Pernahkah Kau Menghargai”, mengapa pula kita tidak menghargainya? Atau kita menghargai sesuatu dengan cara kita sendiri, tidak seperti yang dia mahukan? Mestikah perlu menghargai sesuatu mengikut kehendaknya?

Hargailah diri sendiri dahulu sebelum menyayangi orang lain.
Hari raya korban was great. Semua orang ada. Dapat dukung si baby Naufal yang cute. Sudah dua bulan setengah baby tu and anak buah aku yang ke-8. Esok selamat bercuti semula. Ramai pulak yang sambung cuti hari ini. Sunyi kat ofis.

Dalam perjalanan hidup ini
Banyak yang telah ku alami sendirian
Hati terguris tiada yang tahu
Keseorangan mengharungi sengsaraan

Hadirnya dirimu kusangkakan ikhlas
Kuberikan setulusnya
Namun tersalah jua
Mengapa

Korus:
Pernahkah kau menghargai daku
Dan pernahkah kau mencurahkan cinta
Usah beri janji palsu bagiku
Yang kini pergi dan takkan pernah kembali

Walau kini ku tersilap jua
Kan ku kuncikan sisa cinta ini dalam hatiku

Kini ku teruskan perjalanan
Walaupun perit ku tabahkan hati ini

Hadirnya dirimu kini
Takkan ku terima
Tak ingin diluka lagi
Dan tuk selamanya oh sayang

Ulang korus:
Memori yang kita jalin
Kan abadi selamanya
Biarkan ia menjadi kenangan
Kesilapan daku ini tak akan diulangi
Pengajaran yang bererti bagiku

SAIDATUL ERMA - Pernahkah Kau Menghargai

Thursday, January 20, 2005

Mimpi

MIMPIMU BUKAN MIMPIKU


My mum mimpi pasal aku buat pertama kalinya. “Angah kena langgar lori then mayatnya terbiar di tepi jalan. Tak ada sesiapa yang tolong. Masa tu Angah tengah sibuk ambil daun pisang di tepi jalan. Rumah tengah sibuk nak buat kenduri”.

Mimpi itu mainan tidurlah Mak”. Semua orang start call dan bertanya khabar berita. I’m Ok ker tidak. Memanglah semua akan menuju ke alam abadi.

Semalam sewaktu aku tengah lunch dengan Mr Mitchell, Honorary Consul for Malaysia in Toronto di Kenanga, Street Mall. “Dia” pun call tanya khabar.

I call dia balik lepas tu.

I mimpi pasal you malam tadi.”

Pasal kematian jugak ker?”

Mana tahu?. I mimpi semasa perjalanan I di Japan. I jumpa my nenek yang hidangkan makanan Jepun. Dia tunjukkan cara nak makan makanan tu. Then dalam train I jumpa my Dad and My Mum and also my sister yang dah meninggal. Then ada juga you dalam mimpi I tu. I mimpi semua orang yang sudah meninggal dalam keluarga I kecuali you. When I just nak bought a souvaniar a T’shirt for you. I jumpa you gak dalam mimpi I tuu. Kenapa huh I ni dah nak dijemput ker?”

Hahahha itu tandanya ramai orang yang sayang kat you. But you NEVER appreciate them semasa hidupnya.” Saja I stress begitu dan cuba menakutkan dia.

Aku tergelak selepas itu. Semuanya pasal kematian yang memfokus pada kehidupan aku. Dapatkah kita meramal kematian? Atau orang-orang yang kita sayangi merasa kita menjauhkan diri?

“Mimpi adalah mainan tidur”.

Selagi kita hidup dan dipinjamkan kehidupan ini. Kita jangan sesekali berhenti mengharap. Walau ada sesetengah perkara kita tidak akan dapat walaupun kita berusaha bermatian untuk mendapatkannya. Teruskanlah menghargai kehidupan!

Manusia lahir dalam keadaan tidak lengkap. Kita mencari-cari sesuatu untuk melengkapkan kehidupan. Apa yang kita cari ialah cinta.

Selamat Hari Raya Korban dan selamat bercuti.

Wednesday, January 19, 2005

Korban


"Selamat Hari Raya Korban!"

PENGORBANAN


Hari ini nak tulis tentang pengorbanan. Pengorbanan seorang lelaki. Kisah benar ini berlaku di kampus Melaka. Seorang ayah yang mahukan anak lelakinya yang cacat dan berkerusi roda itu berjaya seperti anak orang lain. Menjadi siswazah berjaya. Dia tidak membezakan ‘ketidakupayaan” si anak. Oleh kerana mengetahui halangan anak yang terpaksa turun naik bangunan, si ayah sanggup berhenti kerja dan menjadi ‘pengasuh’ sepenuh masa. Dialah yang saban hari menghantar anaknya itu ke bilik kuliah. Menolak kerusi roda ke mana sahaja yang diperlukan agar si anak mendapat ilmu setiap hari. Dia turut bersama-sama si anak seharian di kampus. Mengunjungi perpustakaan untuk mendapatkan buku buat si anak. Begitu sekali pengorbanan seorang bapa terhadap anak lelakinya itu.


Kenapa berhenti kerja?

Misteri nusantara, kemungkinan si isteri yang bekerja membantu keluarga. Mungkin mereka orang berada dan ada pendapatan tetap dari perniagaan etc.


Kenapa tak turut sama belajar dengan anak dapatkan sekeping ijazah bersama?

Lebih baik begitu kan, tapi kos siapa nak tanggung?


Itulah rutinnya setiap hari menghantar anak dan menunggu anak hingga habis kuliah. Dia juga seorang ayah dan bukan sebarangan lelaki.

Changjin telah berjaya menjadi tabib di istana.
"Boleh saya tolong?"
"Tolong masakkan saya kuih"
"Mana saya tahu masak kuih".
Mereka berjalan di antara dinginnya udara dan pepohon gondol melatari alam. Namun kebahagiaan tetap dikecapi walau jalan sukar sentiasa terbentang di depan mata.

Tuesday, January 18, 2005

Bulan


Bulan?


Time In a Bottle



If I could save time in a bottle
The first thing that I'd like to do
Is to save every day
Till Eternity passes away
Just to spend them with you

If I could make days last forever
If words could make wishes come true
I'd save every day like a treasure and then,
Again, I would spend them with you

But there never seems to be enough time
To do the things you want to do
Once you find them
I've looked around enough to know
That you're the one I want to go
Through time with

If I had a box just for wishes
And dreams that had never come true
The box would be empty
Except for the memory
Of how they were answered by you

But there never seems to be enough time
To do the things you want to do
Once you find them
I've looked around enough to know
That you're the one
I want to go
Through time with

Words & Music by Jim Croce

My friend Kak Azah yang bagi lagu ini. Aku terdengar di pcnya semalam. Terus hati terpaut. Dalam sekali maksud liriknya. Semakin dihayati semakin terkena pada diri sendiri. Pada harapan dan persinggahan yang di kunjungi tiap tahun yang berlalu. Begitu pantasnya masa membiarkan kita terlena , banyak yang diinginkan banyak pula yang tertinggal. Kenangan membuatkan kita terus hidup dengan segala suka dukanya.

“Dia” sebenarnya masih ingin berbakti. Tapi enggan melupakan masa silam yang berterusan memancung duka.

Hati aku amat tersayat.


"Biarlah sahaja kita merenung bulan dari jauh".
"Kenapa begitu?"
"Sebab kalau kita gunakan teleskop ini, kita akan melihat permukaan bulan yang tidak rata, tidak seindah dari jauh.Awak faham maksudnya bukan?".


Monday, January 17, 2005


Changjin & Pembesar Min dalam Jewel in the Palace.

AJL19

ANUGERAH JUARA LAGU 19 - 2004


Akhirnya Si Labah-Labah menang AJL2004. Ramai yang menjangkakan ‘Pulangkan” menang besar malam tadi. Namun Misha tetap pulang dengan Vokal Terbaik dan Kategori Balada. Dayang menang dengan “Erti Hidup”. Malam tadi rasanya vokal Dayang lebih mantap, jelas. Namun mungkin lagu itu tidak mencabar vokal dia sangat sebab itu tak menang vokal terbaik.

Pada pendapat akulah antara ketiga-tiga lagu yang menang peringkat kategori. “Erti Hidup” lebih memberi mesej yang kuat, irama etnik yang segar. Cuma lagu ini tidak popular dan jarang di dengar. Tapi biasalah AJL19 seperti tahun-tahun sebelumya tidak mahu dianggap anti-klimaks, bila lagu yang diramal menang selalunya tidak akan menang.

Noraniza Idris kali ini dilihat memang layak menang kategori persembahan terbaik. Tarian Jawa yang begitu class, pemilihan pakaian, chereographer yang tepat, tidak berserabut, penuh tertib. Nampak persembahannya matang dan elegen. Tidak perlu menghimpunkan sejumlah orang memenuhi pentas dengan segala unggas dan api.

Anuar Zain dilihat pesaing terdekat untuk vokal terbaik, namun secara peribadi nyanyiannya kurang bertenaga malam tadi. Terlalu mengawal suara mungkin. Persembahan penyanyi lain terlalu biasa dan ada yang dilihat terlalu bersungguh. Hanya juri yang mengenal lagu.

Relaku Pujuk (Spider)

Ku dikejar bayang-bayang resah
Bila hatimu masih tak berubah
Enggan dipuja dan dipenjara
Belaian cintaku ini,

Aku bukan lelaki yang tewas
Bisa menyambar walau ku ditolak
Biar diuji kanan dan kiri
Kau kan tetap ku miliki,

Tiada lafaz yang lebih agung
Kalimah cintamu
Yang ku tunggu-tunggu,
Biar jasadku yang menanggung
Permainan darimu
Relaku pujuk,

Janganlah kau salahkan aku
Terus memburu menawan cintamu
Aku percaya sedikit masa
Kau kecundang akhirnya,

Usahlah kau bersedih
Di hadapanmu aku hadir
Memendam resah dan curiga
Dari hatimu... Oh...Oh...

Apakah kali ini
Bisa kau tolak dan berlari
Setelah aku menanamkan
Azimatku.

Penyanyi : SpiderLagu / Lirik : Tam / Keon


Trofi yang di pegang Tam Spider terjatuh, itu tandanya 'bad-luck" orang pantang kalau dapat apa-apa anugerah atau hadiah terlucut dari tangan hehehhe ...

Sunday, January 16, 2005

Majalah tiga

DI ATAS KUBURAN



Di atas kuburan
Sepi telah merapat
Tiada lagi sebarang tempat
Untuk beristirehat
Yang ada mayat
Menjadi wasiat
Kepada yang hidup
Rebutlah peluang
Carilah jalan pulang
Sebelum maut menjelang
Pada malam yang panjang!

Razali Mohamad
Air Molek , Melaka
(Utusan Malaysia,
Sudut Sastera page 30, 16 Jan 2005)

MAJALAH TIGA



Sudah 3 minggu berturut-turut Majalah 3 memfokuskan kesan Tsunami terhadap masyarakat Asia. Namun laporan mengenai Tsunami di Acheh dilihat paling menginsafkan. Malam tadi krew Majalah 3 membuat liputan di Phuket dan Pulau sekitarnya di Thailand. Liputan yang dibuat di Phuket, tidak banyak meninggalkan kesan di hati penonton walau ada kemusnahan yang teruk dan juga penduduk Islam terlibat.

Apa yang membuatkan berita sedih itu kelihatan biasa mungkin faktor ‘sejarah’ tempat tersebut. Namun bagi pendapat akulah seseorang penyampai atau wartawan yang membuat liputan perlu peka dan pandai memainkan emosi penonton. Cuba bandingkan liputan di Acheh yang dibuat oleh Norzie Pawan Chek. Penerbit Majalah 3, membuat keputusan paling tepat menghantar pengacaranya sendiri ke lokasi. Penonton dapat menikmati kesengsaraan dan perasaan hiba secara begitu jujur dan ikhlas yang diluahkan melalui emosi yang tidak tertahan Norzie. Dia kelihatan murung dan turut menderita sebagaimana mangsa Tsunami di Acheh.

Norzie turut menangis stelah dia menyudahkan sesi temubualnya. Rakaman visual tersebut paling menyayatkan. Dia turut kelihatan pilu seolah-olah ‘ahli keluarganya’ sendiri yang menjadi mangsa Tsunami. Wartawan yang baik bukan sekadar membaca skrip. Bahasa badan mampu menterjemahkan segalanya.

Congrat Norzie, moga lebih cemerlang.

Saturday, January 15, 2005

Kacamata

KACAMATA

Hari kerja, paling tak produktif. Nampaknya kerja hari ini outputnya lebih kepada diri sendiri. Pagi-pagi lagi dah bergegas carik newspaper. Beli 3 sekaligus untuk officemate sekali. Lepas sarapan buat persidangan carik word puzzle. Tak sampai 10 minit dah siap. Lima huruf tersembunyi dan siap pembuktian page mana maklumat tu diperolehi. Diperdebatkan sekejap sebelum diapprovekan. Kalau buat sendiri mahu seharian aku benggong.

Semalam ambik hadiah daripada Karangkraf. Ambik hadiah tu daripada kawan, kat kompleks PKNS, SA. Aku dapat sepasang kacamata berjenama, harganya dalam RM916. Sudah lama dah menang hadiah surat terbaik tu, tapi hadiahnya baru tahun ni dapat. Tak apalah janji dapat. Kacamata tu stailo habis. Aku ni rabun jadi kena pakai ‘contact lenses’ kalau nak bergaya dengan benda tu. Aku ni pulak simple jerr jadi kalau terlalu stailo bukan macam aku pulak. Jadi canggung .

Yana menang 2 tiket pergi ke “Dataran Masa” main all the permainan kat theme park . Hishhh biar betul Yana nak naik ‘roller coaster’ yang boleh membunuh tu. Kang ada yang tercabut or trauma setahun aku tak jamin. Dia nak pergi dengan Ajak. Oklah kot dengan orang lain mak aku tak kasi, even dengan bebudak pompuan. Takut kena jual, words yang selalu aku dengar dari mak aku. Kalau nak pergi mana-mana kena dapat pengesahan aku dan mak aku dulu baru boleh pergi mana-mana. Nasib baik Yana ni jenis yang sentiasa memberi laporan harian. Cuma aku yang malas nak dengar kengkadang tuuh. Letihh …

Ajak plak eksiden semalam. Yana dan kawan dia yang bawak ke Hospital Putrajaya. Luka berdarah nasib baik takder yang patah. Dia suruh aku hantar tapi nak ke tempat dia ambil masa 45 minit, aku suruh sesiapa hantar ke hospital. Boleh pun berdikari. Dia risau macam dah mati laki plak.

Aku mungkin tak balik kampung hari ni. Nak menulis dan carik idea untuk penulisan aku tu. Sudah dua hari idea tak mai. Kena buat research jugak . Aku mengharapkan hujung minggu ini produktif.

Makwe aku si Changjin dah masuk kelas Tabib. Impress habis tok guru dia sebab minah tu reti menyebut kegunaan herba-herba. Mula-mula tu guru dia macam perlekehkan dia. Sikap tak putus asa dan tidak kedekut ilmu ni memang penting. Changjin turut mengajar student lain. Yelah kalau ajar orang lain ilmu yang ada tak berkurang malah akan lebih berkat. Umur Changjin 33 tahun, seumur dengan aku plak. Kalau Pembesar Min bersara, nak jer aku ambil alih tempat dia tuu.

Friday, January 14, 2005

LELAKI MELAYU

LELAKI MELAYU

Aku jadi panas telinga bila orang dan media selalu tulis universiti di Malaysia dipenuhi oleh pelajar perempuan, ke mana perginya pelajar lelaki? Di Malaysia ada 28 Pusat Serenti tetapi hanya ada sebuah sahaja untuk wanita. Imej lelaki Melayu Malaysia tidak begitu elok di media dan mata masyarakat.

Ok memanglah kalau diikutkan di mana-mana organisasi di Malaysia. Yang jadi dispatch, kerani segala kerja yang gitu-gitu tu orang kita yang buat. Lelaki-lelaki ni pun jangan dipandang rendah kalaupun depa belajar setakat SPM sahaja. Diorang pun ada cita-cita untuk belajar setinggi Menara KL. Cuma nasib mereka kurang elok sikit. Ada yang nak bagi lepas adik-adik belajar di universiti dulu, ada yang menyara ibu bapa di kampung.

Tidak kurang juga yang belajar PJJ bila adik-adik dah tamat belajar. Mereka menyambung cita-cita yang terbengkalai akibat tuntutan keluarga dan rasa tanggungjawab yang besar . Begitu sekali pengorbanan Lelaki-lelaki Melayu yang tak belajar tinggi ini. Cuma media selalu “TERLUPA” nak tulis pengorbanan lelaki –lelaki ini.

Jadi bagi wanita-wanita yang membanjiri universiti di seluruh negara. Jangan lupa pada pengorbanan ayah, abang, tunang yang sanggup melakukan apa sahaja untuk memastikan mereka berjaya dalam pendidikan dan menggenggam segulung ijazah. Di belakang kejayaan mereka ada pengorbanan seorang lelaki.

Mana yang lelaki yang termasuk ke dalam golongan pusat Serenti tu, kita tak tahulah pasal apa pula. Persekitaran mereka di besarkan kita tak tahu. Pendek kata rezeki masing-masing.

Bersyukur jika jalan hidup kita sentiasa lurus sampai ke puncak!

BEKALAN ELEKTRIK TERPUTUS

Mula aku ingatkan benda kecik jer. PC masih boleh digunakan, network ada jadi aku tak hirau sangat. Kengkawan dok call tanya CJ camner. Then bila keadaan makin panas aku keluar bantai bersembang heheh. CJ bekalan terputus bermula 12.30 -4.00 petang.


KL, Selangor, NS, Melaka dan Johor terjejas. Gangguan bermula 12.16 tengah hari sehingga pulih secara berperingkat 1.40 petang hingga 5.00 petang. Dua Busbar di Kapar terpelantik menyebabkan bekalan elektrik terputus. Ini kejadian ke-5 bekalan elektrik terputus membabitkan beberapa negeri sejak 1992 dan yang terakhir pada 1 September 2003 di P.P, Perlis, Perak, Kedah dan Kelantan.

Changjin bebas dari tuduhan bersubahat dgn peceroboh dan membantu mengubati ketua penyamun. Pembesar Min(bf dia ni, Yana kata muka org beriman hahahha) mempertahankan Changjin (surelah kan). Then Pembesar Min dalam dilema sebab ken abalik bertugas di Istana, sedangkan di anak terus tinggal di Pulau Jeju. Changjin tunjuk skil mengubat budak yang tak ada selera makan (hisssh kalau dia ada kat Melaysia mahu jer aku suruh dia ubat aku nih).

Scene menarik Pembesar Min dan Changjin di tepi kolam waktu malam. Changjin buat permintaan Pembesar Min stay kat Istana, padahal bf dia tu nak ikut dia balik pulau gak sebab dah berjanji nak jaga Changjin. Romantik siot walaupun digambarkan dalam kegelisahan, air muka masing-masing jerr.

"Walau di mana kau berada, kau tetap wujud di hatiku" Changjin.

Pembesar Min tak terkata apa dia senyum jer ( tak kan dia nak melompat dalam kolam kan tak termasuk dalam skrip yang tu). So pembesar Min terpaksalah ikut kehendak buah hati dia.

Moral dia? Kalau mak we nak suruh kita setuju dulu apa-apa, jangan nak. Kang dia mintak macam-macam hahahhaha.

Thursday, January 13, 2005

Hari yang Cerah

HARI YANG CERAH

Tadi terdengar kat berita ERA kisah buaya yang menyelamatkan mangsa Tsunami. Dalam keadaan darurat buaya pun bolek berbakti. Hari ini macam bersemangat sikit nak mulakan hari. Matahari bersinar cerah. Aku dapat parking di tempat yang dikhaskan. Beli air teh RM.1.20 di Café Tau. Cashier dia tu budak baru. Kalau Nana tu, nampak jer aku masuk tak payah bukak mulut. Dah siap tersedia. Bertahun membuat rutin tersebut.

Malam tadi Changjin buat pertama kalinya melakukan penjaruman. Sekumpulan penyanggak Jepun telah menawan dia dan hamba-hamba lain di pulau itu. Boyfriend di balik ke Istana hantar kuda. Menggeletar minah tu sebab pernah tersilap cucuk sebelum ni. Nasib baik berjaya. Helah yang dibuat untuk mengambil ubat di kebun berjaya menumpaskan penyanggak tersebut. Adegan dia dan pak we dia bersembang sambil menyatakan betapa Changjin di hargai dan diperlukan dalam hidupnya amat romantik. Salji turun, lirik mata dan bahasa badan yang bersuara kuat dalam dingin salji. Pelakon-pelakon dia sopan amat. Orang Korea memang manis-manis belaka. ( Jewel in the Palace)

Teringin nak ke Korea.

Anak-anak Acheh yang kehilangan ibu bapa semakin terbela. Keprihatinan Malaysia jiran terdekat amat patut. Siapa lagi yang seharusnya dipertanggungjawabkan untuk menolong saudara sendiri kalau bukan kita. Saudara seagama. Bencana merapatkan jurang kemanusiaan. Buaya ganas pun boleh menjadi penyelamat.

Dia call semalam petang. Nampak berhati-hati bila berkata-kata. Tiba-tiba menjadi baik pula. Tiba-tiba ...

Wednesday, January 12, 2005

Kejayaan Peribadi?

KEJAYAAN PERIBADI?


I terbaca surat pembaca di akhbar NST ni semalam, kiriman Patricio Torres Ambassador Chile di Malaysia.

“On Dec 29, a brave Universiti Teknologi Mara Lecturer, Datin Paduka Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir, became the first Asian Woman to cross Antartica on a solo expedition from the South Pole to Hercules Inlet, covering 1,100 kilometres of ice, incredibly low temperatures, strong winds and dangerous ground”.

Sharifah mencapai objektif pengembaraannya 9 hari lebih awal dan katanya lagi rakyat Malaysia seharusnya merasa bangga, terutamanya kaum wanita.

I terfikir pula satu benda, wanita Malaysia tidak perlu menunjukkan kekentalan jiwa raga dan bergadai nyawa. dengan membuat sesuatu yang wanita-wanita Antartika selalu lakukan. Wanita Malaysia telah cukup ‘gagah’ semenjak zaman Tun Fatimah lagi. Wanita Malaysia mempunyai kedudukan tinggi dalam apa juga bidang dan hierarki Masyarakat. I bukan memperkecilkan kejayaan Sharifah Cuma kita perlu memfokus pada benda-benda yang boleh memberi kesan langsung kepada Masyarakat.

Boleh melakukan ekspedisi Antartika namun ianya perlu mempunyai objektif yang lebih besar. Lakukan penyelidikan misalnya dan ianya perlu disebar luaskan untuk kepentingan masyarakat sejagat. Katakan kos ekspedisi ini 5 juta contohnya apakah kesannya kepada masyarakat Malaysia, dari sudut apa? Penyelidikan yang bagaimana dilakukan dan sebagainya. Jika tidak kita akan mengulangi perkara-perkara ‘besar’ dengan kesan yang “kecil”.

Tuesday, January 11, 2005

Di belakang rumah

DI BELAKANG RUMAH


Sekarang ni tak boleh lagi makan malam sambil nonton berita kat TV3. Mesti rasa tak lalu makan lepas tu. Kesian, sedih dan bermacam-macam lagi perasaan terhadap mangsa Tsunami di Banda Acheh. Mayat bergelimpangan entah sampai bila akan berlarutan macam tu. Terbaca kartun Lat di NST semalam. “Awas Mock Cheque PANJANG” di bawa dengan lori treler merentas ibu kota. Penuh sindiran tajam, tetapi biarlah sekurang-kurangnya golongan korporat tempatan prihatin.

Kehilangan nyawa akibat Tsunami, waris mangsa dibayar RM 20,000. Memanglah nyawa manusia itu tiada galang gantinya. Ada seorang ayah tu kehilangan 5 orang anak. "Najib announced that families of the 68 people who perished in the tragedy would be given RM 20,000 for each death (NST 11 Jan 2005)". Ya, duit itu berapa pun nilainya tidak akan menghidupkan mereka yang telah dijemput Ilahi.

Asyik sangat melihat penderitaan orang, dibelakang rumah sendiri ada jiran tetangga yang menderita . Di Sekinchan Selangor, only a few kilometer from Cape Coral sendiri ada saudara kita yang kesempitan hidup akibat kemiskinan, ditambah pula dengan anak-anak menderita sakit kulit hingga menjadikan kecacatan kekal pada 2 orang anak mereka. Bertahun mereka menanggung azab sengsara. Kalau tidak TV3 menghebohkannya sampai sekaranglah mereka terus dilupakan.

Entah ke mana perginya Ketua Kampung, AJKKk pula mungkin tidak tahu caranya untuk memohon bantuan. Kadang suara kecil tidak berkesan, dipinggirkan. Nasib baik ada agensi “Sure Heboh” menjalankan peranan. Nasib si kecil kini terbelalah sudah, rumah baru juga sudah dalam pembinaan. Hey! kita hidup di tahun 2005, Selangor negeri termaju di Malaysia. Kemiskinan tetap ada di mana-mana.

Mana-mana Ketua Kampung yang tidak menjalankan tugas dengan cemerlang perlu ditukar. Ini bukan masanya lagi mengekalkan ‘mata-mata kerajaan’ yang tidak mampu menjalankan tugas. Jawatan ketua kampung perlu dipertandingkan, buat pilihan raya kecil kampung, pilih mereka yang benar-benar layak. Jangan jadikan jawatan ini jawatan keturunan. Perlu ada lantikan dan pemilihan dari suara majority penduduk kampung. Nak pilih ketua darjah pun kena suara majoritikan? Kita tak mahulah berlaku kepincangan, dan menjejaskan imej kerajaan pemerintah.


Setiap hari aku terpaksa berlumba-lumba mencari parking dengan 2,000 kereta student. Kawasan kampus ni dah ler kecik. Hari-hari asyik nak gaduh jer pasal parking. FMD dah buatkan line parking kereta kami di cat kuning. Tetaplah mereka tak dengar kata.

p/s : Thanks to Dusyum for correcting my facts & findings. I nak jadikan this blog buku catatan yg boleh dirujuk bila I memerlukan bahan untuk penulisan.

Sunday, January 09, 2005

TENTANG SESEORANG

TENTANG SESEORANG


Ini sebenarnya entri untuk esok (Isnin). Aku terlebih rajin dan otak aku tak mahu berhenti memikirkan masalah dunia. Banyak benda aku fikirkan or angankan. Hujung minggu Yana ajak aku balik CC. Dia nak balik sebab dia nak buat baju di CC. Ajak belikan baju baru. So adik tu nak ler cepat-cepat pakai baju yang kainya dibelikan oleh buah hati. Itu motif dia nak balik CC rupanya. Rindu kat Mak itu agenda ke dua. Secondary sebab pepagi tadi dia dah ajak aku balik kolej semula sebab Isnin ada test. Bertuah sungguh adik aku seorang nih.

Yana popular ler sekejap bila gambar dia tersiar di majalah Remaja Januari 2005. Alah ada satu pertandingan tu dia masuk. Akulah yang kena ambik gambar tu dulu ingatkan nak buat apa. Bebudak kolej siap mintak autograph kat dia. Jualan majalah remaja di bookstore kolej dia laris macam pisang panas sehinggakan mak cik tu order 50 naskah lagi. Itu ler kisah yang Yana ceritakan. Kadang geram gak dengan dia ni, tapi hishhh …

Malam tadi nonton Cerekarama, aku suka hayati watak dan perwatakan, plot, gaya pertuturan pelakonnya. Citer dia pun nampak real dan ada motif. Senang kata drama “Neraka Cinta” itu standardnya jauh lebih tinggi mutunya berbanding dengan kebanyakkan filem-filem popular tanahair. Cuma watak Elli Suriaty tu kadang over acting skit. Ker sebab dia belakon dengan Erma dia jadi cam tu?. Lakonan dia masa ketagihan tu nampak real skit. Aku tak emosi sangat nonton kisah tu tapi memang ada class pengarahannya. * Aku busy buat word puzzle*.

Since Yana nak balik pagi mak aku pun masak ler pepagi. Bungkus lauk segala. Bapak aku dah entah pukul berapa dia beli roti canai pun tak tahulah. Aku bangun dan bersiap untuk bersarapan. Sian kat mak aku tuu. Wish that I ada banyak masa nak temankan dia …

Aku singgah kat rumah aku di Klang. Adik pompuan aku yang jaga rumah aku ni. Nizam kerja overtime. Julie jer yang ada di rumah. Makan tengahari. Kenyang betul, Julie dah pandai buat sambal belacan. Kalau dulu sambal dia paling pedas sekarang ni mesti Nizam dah ‘tune’ dia dan ajar camner nak buat sambal yang best. Nizam tu pandai buat roti canai gak. Masak pun pandai. Bertuah Julie. Sesiapa yang dapat aku jer yang tak bertuah. Aku tahu goreng telur jer!

Saturday, January 08, 2005

Arca


Seni Islam Timurid (1370-1507) . Keratan kepingan asal jubin yang diambil dari Shir-dar Madrasa (Uzbekistan) telah dilukis semula menggunakan cat 'acrylic'. Seni Timurid mempamerkan keunikan elemen warna terang yang digunakan untuk mewakili kekuatan serta keteguhan. Keindahan yang terpamer serta keteguhan terpancar. Jangan berhenti melukis di kanvas kehidupan manusia yang tidak selamanya putih!


Friday, January 07, 2005

Catatan Hujung Minggu


Tertarik dengan teknik fotografi yang mengfokus lentik bulu mata palsu dan teknik make-upnya. Mungkinkah kecantikan itu adalah kepalsuan semata-mata?

CATATAN HUJUNG MINGGU


Orang kanan aku di ofis ini keguguran. Dia bercuti selama 2 minggu kalau tidak silap. Kerja banyak yang perlu diselesaikan. Hidup aku terasa terisi dengan banyak aktiviti sekarang. Aku tahu bagimana caranya untuk mengisi masa lapang dengan berkesan. Ada 2 rancangan TV yang aku tak missed nonton antaranya “Jewel in the Palace”. Siri drama Korea . Harus aku mendapatkan VCD kisah ini sebab baru minggu ini aku terperasan kisah ini menarik. Lagi pun cerita tu start pukul 8.30, masa aku tengah nonton beritalah pulak kan.

Panggilan telefon misteri dah kurang sekarang ini. Mungkin dia telah putus asa dengan usahanya. Aku pula pandai plak membatukan diri. Semua nombor yang aku tak pernah tahu memang aku tak akan layan punya. Hanya yang ada dalam list aku akan jawab.

Yana ajak aku balik kampung minggu ini. Mungkin aku balik mungkin tidak. Tapi dia beriya-iya balik sebab rindu kat Mak. Katanya dah 2 minggu tak balik kampung. Rindu sangat kat Mak dan dia bosan duduk hostel hujung minggu. Tapi itu alasan jer aku rasa. Sebab utama dia adalah untuk menempah baju baru di CC. Bukan aku tak tahu taktik dia. Kalau takder hal takkan beriya nak balik kampung.

Kalau duit anda berlebih, silalah menderma untuk mangsa Tsunami di Acheh. Mereka perlu di Bantu. Mangsa Tsunami di negara kita sudah terjaga dan terbela, Cuma belum mendapat wang derma sahaja. Di Acheh perlukan sokongan kita semua.

Sekarang ini aku tahu apa yang aku nak buat untuk tahun ini. Tidak sabar untuk menyudahkannya. Harap segalanya akan mengikut perancangan dan dipermudahkan.

Thursday, January 06, 2005

Misteri Kecurangan


Waktu yang terpilu ... 26 Dis 2004. Cinta terdampar di lautan luas. Ombak meranapkan impian. Hilang segalanya sekelip mata. Namun walau di mana kita berada Tuhan berada di atas kita! Aku suka photo ini yang aku perolehi dari NST. Menginsafkan ...

MISTERI KECURANGAN



Semalam baru aku terbaca satu kisah hidup seorang insane. Kisah ini memang telah banyak terjadi dan selalunya berlarutan dalam satu tempoh masa sebelum ianya terbongkar. Kisah kecurangan dan penipuan dalam perkahwinan, bercinta dengan suami orang yang mengaku bujang bukanlah kisah hebat yang perlu di war-warkan. Tetapi ianya sering terjadi dalam kehidupan kita. Kenapa lelaki yang sudah berkahwin sering menagih cinta di luar sedangkan yang halal begitu setia menanti di rumah? Kenapa juga begitu ramai lelaki yang berkahwin selalu mengaku bujang dan mempermainkan hati anak dara yang masih hijau tentang hidup.

Mungkin keseronokan hidup bujang menjadikan mereka begitu. Memang seronok sebenarnya menjadi bujang bukan yang buat-buat bujang sebenarnya. Ramai memilih menjadi bujangan bukan disebabkan konflik dan factor biological yang tidak menepati standard SIRIM. Sesetengah lelaki akan berfikir panjang sebelum mampu memikul tanggungjawab yang besar dalam hidupnya. Bukan lari dari tanggungjawab setelah tali perkahwinan diikat dan anak berderet. Itu menyiksa diri , isteri dan anak-anak. Ada juga yang terburu-buru berkahwin kemudian mendapati diri tidak bersedia dengan tekanan dalam perkahwinan. Hidup bujang dan alam perkahwinan merupakan dua benda yang berbeza. Persediaan emosi ke arah dunia keibubapaan dan memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga bukan perkara main-main. Kadar perceraian meningkat, kecurangan juga menjadi perkara biasa jika ada pihak yang menjadikan institusi perkahwinan sekadar aksi trial and error.

Memanglah kita tidak tahu apa yang telah tercatat di Luh Mahfuz. Perkahwinan menuntut dua orang yang dibesarkan dalam latar belakang berbeza hidup dalam satu bumbung dan membiak. Mesti ada konflik dan sebagainya. Bila mendapati apa yang diperolehi dari perkahwinan itu tidak menepati kehendak. Ada yang mula mencari hiburan di luar dan disinilah berlakunya kecurangan. Penyamaran sesumpah berlaku dengan baik sekali tanpa memikirkan kesan dan akibatnya.

Mungkin pemikiran cetek dalam mentafsir poligami dalam Islam membuatkan lelaki merasakan tidak apa mempunyai teman wanita selepas berkahwin kerana bila apa-apa terjadi, lelaki dibolehkan kahwin sampai 4. Segala dalam hidup ini ada peraturannya. Misteri kecurangan membuatkan ada pihak yang fobia tentang tanggungjawab dan perkahwinan. Cuba hayati kisah Hanif Basrie dan banyak lagi kisah benar dalam "Dicelah-celah kehidupan" Mingguan Malaysia atau skandal Clinton sekalipun. Lelaki tetap lelaki, nakalnya sudah pasti.

Apapun jika kita ikhlas dan jujur dalam apa juga yang kita lakukan kebahagiaan akan tetap hadir dalam hidup kita. Mungkin masanya sahaja yang agak lambat berbanding orang lain. Biar lambat dan bahagia daripada membuat keputusan terburu-buru yang akhirnya menjerat diri sendiri dengan masalah.

Kalau tidak puas hidup membujang, layari peringakat kehidupan itu semahunya dahulu. Kemudian setelah mendapati diri bersedia untuk memikul tanggungjawab dan bekeluarga pilihlah pasangan yang sekufu supaya mudah berkomunikasi. Perkahwinan memerlukan dua insan yang sama-sama berusaha untuk mengekalkan kebahagian dalam rumah tangganya dan bukan hanya sekadar melepasi satu tempoh masa dalam perjalanan kehidupan manusia semata-mata. Istilah bujang terlajak dan andalusia tidak sesuai dalam konteks hidup kita sekarang, tiada had umur untuk seseorang mematuhi atau melepasi tempoh yang mewajibkan dia wajib berkahwin. Perkahwinan adalah pilihan seseorang tentang apa yang dia mahukan dalam fasa-fasa mendatang dalam hidupnya.

Jika ditakdirkan dia terus mengekalkan status bujangnya. Itu sebenarnya lebih baik daripada dia berkahwin dan menambahkan statistik penceraian dan kes penderaan dalam perkahwinan!


Wednesday, January 05, 2005

Detik

DETIK 5 PETANG



Nak call dia ker tak nih? Aku garu kepala yang memang dah jarang benar rambutnya. Aku tak tahu pulak nak cakap apa kalau dia angkat hp dia tu. Mahu aku terus bisu dan hanya dengar nafas jer karang.

Aku sudah tak reti nak berlawak dengan dia. Cakap pun nanti macam endah tak endah sahaja. Walau pun hanya Allah sahaja yang tahu apa yang ada dalam hati aku.

Nak call ker tak? Malu pula aku. Nanti dia ingat aku yang terhegeh-hegeh. Sebab aku dah kata padanya, “Semuanya telah berubah dan kita semakin menjauh”. Senang jer aku cakap begitu masa tu. Sedangkan hati aku menyumpah-nyumpah sendiri selepas itu.

Aku rindu gak nak dengar dia ketawa dan kutuk aku. Sudah lama tak kutuk mengutuk.

Aku kehilangan seseorang yang benar-benar membuatkan aku bahagia bila bersama. Walau kami hanya diam tanpa suara bila berjumpa.

Aku check-out dari ofis pukul 5.11 minit petang. 11 minit aku bazirkan melangut nak call dia ker tidak. Kalaulah dia tahu, aku membazirkan 11 minit mengenang dia, sedangkan tiada seminit pun dalam hidupnya kini dia ingat kat aku.

Aku pergi tanpa membuat panggilan itu. Walau aku amat berharap segalanya berjalan seperti masa lalu.

Aku menjadi lapar secara tiba-tiba.

PENIAGA DI PASAR DENGKIL

Aku selalu gak ke pasar Selasa di pekan Dengkil. Bukan nak beli apa pun kadang sebab nak makan Soto wak sorang tu. Soto dia dari sejak mula aku duduk di CJ ni sampai sekarang maintain sedap dan harganya Cuma RM 1.50 sen . Wak tu tak kata pun sebab petrol naik segala benda naik maka harga sotonya naik gak. Aku selalu mintak “kacang tanah goreng lebih yer wak”. Sebab aku tahu bila makan banyak kacang tanah ianya baik untuk otak, jadi lebih kreatif. Ini apa yang sahabat aku kata. Ada yang tak suka makan kacang sebab takut jerawat. Muka aku bersih jer takder jerawat.

Lepas makan soto Wak tu siap berpeluh sebab menahan pedas sambal hijau dia yang power aku beralih kepada gerai auntie sorang tu. Dia ni India yang pandai sekali buat kuih Masa Lodeh. Aku tak pasti nama dia. Menggunakan kacang parpu rasanya. Sedap dan garing cukup segala ramuan. Walau kadang ada bekas jari jemari dia membentuk kuih tu. Seringgit dapat 3 ketul dan biasanya habis dalam perjalanan aku balik ke CJ. Ada juga yang tak makan air tangan non-muslim. Tapi memandangkan auntie tu goreng di situ aku taklah was-was sangat. Janji sedap dan memenuhi piawaian selera aku yang tinggi ni aku menjadi pelanggan setianya juga.

Ada beberapa orang yang aku kenal berniaga di pasar tersebut. Aku jarang beli di gerai mereka sebab aku tak berkenan dengan apa yang dihidangkan. Aku tak mahu membeli sebab kesian dan rasa terpaksa. That’s me lah … kalau boleh aku elakkan.

Last week masa cuti hampir setiap hari aku beli pecal di CC. Depan pasar basah. Ada dua orang mak cik yang menjual pecal dan yang lain menjual kuih muih. Sorang mak cik tu siap bawak anak gadis dia jadi penyeri. Berdiri sebelah ibu dia. Aku biasalah beli kat mak cik yang ada anak dara berdiri sebelah dia tu. Bukan sebab anak dara tu sangat. Tapi memang kuah pecal dia sedap sangat berbanding gerai sebelah dia tu. Aku tahu mana yang sedap mana yang tidak bila melihat balang kuah pecal masing-masing. Kalau nampak hitam sangat, tandanya kacang yang digoreng hangus dan rasanya tidak ‘fresh’. That’s kind of taste ler.

Di pasar Dengkil, takder satu pun gerai yang pandai buat pecal sebagaimana kedua mak cik di CC. Presentation tak menarik dan sambal dia pun tak der taste yang diharapkan, hangus semacam jer dan banyak air. Aku memang agak cerewet kalau bab masakan nih. Bukan cerewet apa, sebab aku percaya kalau seseorang itu memasak seperti dia nak makan sendiri masakan itu, pastinya rasa masakan dia akan lebih sedap.


Seseorang menelefon aku bertalu-talu. Kadang sepuluh kali walau tengah malam. Aku ini manusia yang sukar. Perbuatannya menakutkan aku. Walaupun niat di hati nak berkawan. Tetapi memandangkan sikapnya yang seperti ‘terdesak’ itu membuatkan aku banyak berfikir. Jika sesuatu terjadi mungkin dia tidak akan memaafkan aku dan berdendam segala.

ATAU aku menanti panggilan orang lain dan panggilannya bukan yang aku nantikan.

Aku manusia yang sukar diduga. Aku kasihan pada diriku sendiri.


Tuesday, January 04, 2005

Air

AIR


Seorang penyair, W.H Auden (1907-1973) pernah menulis, “Ribuan dapat hidup tanpa cinta (kasih sayang), tapi tidak seorang pun dapat hidup tanpa air”

Manusia minum air 7-8 gelas sehari untuk hidup sihat, segar dan awet muda. Ada yang minum banyak air untuk mengekalkan berat badan unggul.

Orang sanggup menumpahkan air mata bermingguan bila putus cinta. Air mata juga begitu murah harganya untuk mengundang simpati. Taktik sesiapa juga untuk mendapatkan sesuatu sebagai jalan terakhir.

Air hujan memberi perlambangan kesedihan melampau dalam lirik-lirik lagu. Cuba hayati lagu “Antara Hujan dan Airmata” Sudirman. Tak larat rasanya mendengar rintihan hatinya yang lara.

Alangkah risaunya jika bekalan air terputus. Susah sekali umat Islam menunaikan kewajipan dan menguruskan hal-hal lain yang berkaitan hidup seharian..

Air laut kadang nampak tenang dan mengkhayalkan. Namun sesakali ia ‘marah” dan bertukar menjadi gelombang tsunami yang mampu meragut ratusan ribu jiwa.

Bila tiada ia di cari, berlebihan menjadi bencana.

Segelas air mampu menghilangkan dahaga. Menjadi tasik tempat segala ikan dan hidupan. Menjadi lautan …

Air mata keinsafan yang lahir dalam diri bila mengingati dosa-dosa silam lebih bererti. Terlalu banyak amaran dan tanda-tandanya. Sama-samalah kita menginsafi diri.

Monday, January 03, 2005

Dalam Nafas 2005

DALAM NAFAS 2005



Hari pertama bekerja di tahun 2005. Bersyukur sekali dianugerahi Allahi kehidupan dan dipermudahkan segala hal. Walau apa pun yang terjadi di tahun 2004. Harapnya tahun 2005 ini akan lebih gemilang. Aku akan lebih assertive dan mencapai apa yang aku impikan.

Sedih sekali bila tiap kali membaca akhbar, terbayang penderitaan mangsa ombak tsunami. Bayangkanlah kehidupan kebanyakkan dari mereka memang telah sedia susah kini bertambah sukar dan rumit. Segalanya hancur dan nyawa insane yang disayangi melayang. Bukan mudah untuk memulakan kehidupan semula. Trauma yang dihadapi membuntukan lagi keadaan. Simpati sahaja tidak akan mengubah keadaan. Mana yang terdaya hulurkanlah bantuan kepada mereka.

Trauma kehidupan yang dilalui kadang membuatkan kita fobia tentang sesuatu perkara. Fobia untuk melakukan sesuatu yang kita tidak pasti akan hasilnya. Akhirnya kita hanya menanti dan membiarkan masa berlalu begitu sahaja. Aku sendiri rasa sangsi dan tidak yakin tentang sesuatu hal yang aku kira tidak berbaloi untuk dilakukan. Namun orang lain tidak memikirkan perkara itu begitu. Mengapa pula mereka boleh ‘melepasi’ halangan itu dengan mudah? Kenapa tidak aku? Hendak seribu dayalah Mal!

Akhirnya aku mendapat juga naskah “Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck” karya Hamka. Tokoh pendakwah yang menulis kisah cinta yang berlandaskan Islam. Sesuatu yang menarik untuk di baca. Terima kasih kepada Azah HS yang bersusah payah membelikan buku ini. Aku memang sudah lama mengidamkan bulu ini untuk dijadikan koleksi peribadi. Buat Azah yang terbuka hatinya untuk menceburi profesion perguruan, moga menjadi bukan sebarangan pendidik. Bersemangat sekali dia …

Teman-teman mengubah haluan kerjaya masing-masing. Aku tetap di sini . Ada banyak yang tertangguh. Segalanya mengenai kepuasan dan memperjuangkan apa yang dipercayai benar . Sememangnya sesetengah perkara tidak boleh digantikan dengan wang ringgit. Namun tanpanya sesetengah yang lain tidak pula boleh dikecapi tanpanya.

Nafas 2005 baru bermula. Aku masih kabur apa yang menanti dipenghujungnya.

Wednesday, December 29, 2004

Gemilang

Gemilang (2005)



Berjuta bintang menyanyi
Di antara yang satu
Mungkin cahaya dan impianku
Di sini gemilang
Lalu ku redah onak duri dan lautan api
Kemuncak ingin ku tawan
Aku jelajahi ohhh...


Korus:
Kini gemilang itu semakin pasti kugenggam
Gemilang suara keyakinan kian dalam
Gementar harus jangan jiwaku harus bertenaga
Mungkinkah ini menjadi realiti


Bridge:
Lalu kuredah onak duri dan lautan api
Kemuncaknya inginku tawan aku jelajahi
Ohh...
Kini gemilang itu semakin pasti kugenggam
Gemilang suara keyakinan kian dalam
Gementar harus jangan jiwaku harus bertenaga
mungkinkah ini menjadi realiti


Jaclyn Victor

Belum berkesempatan membeli album Malaysian Idol yang pertama ini. Rindu nak dengar lagu ‘Tunggu Sekejap’ itu. Kalau dihayati lirik lagu “Gemilang” ini memang membawa mesej yang positif. Harapnya 2005 akan lebih gemilang dalam hidup kita.

Tuesday, December 28, 2004

Tsunami

TSUNAMI DAN CUTI



Hari ini ‘dalam terpaksa’ aku balik ke CJ. Aku masih bercuti tetapi ada meeting yang perlu aku tangani. Universiti aku ini, universiti swasta jadi faham-faham sahajalah. Kat kampung memang best, banyak yang aku buat tapi aku tak mahu menulis tentang itu.

Pengalaman pelik Ahad 26 Dec amat mendebarkan. Walaupun hanya gegaran yang terasa tapi memang suspen gila. Ingatkan dah nak kiamat ker apa. Sebab kalau itu terjadi tak tahulah nak kata apa. Pukul 9.00 pagi semua benda yang bergantung bergoyang ligat. Kipas angin, tiang rumah bergegar dan air di dalam akuarium berkocak. Ingatkan mimpi sebab memang sedang bermalasan pagi itu. Rupa-rupanya kesan gegaran dan rempuhan Tsunami. Seriau juga …

Macam-macam dengar cerita orang tua. Naga bumi sedang bergeraklah, telur ayam tak akan menetaslah sebab benda ni terjadi. Tapi tragedi ini berlaku tanpa sedikit pun amaran. Memanglah kita tak punya peralatan dan kepakaran untuk mengesan sebarang pergerakan bumi. Malaysia pula selama ini paling aman dan terletak di luar lingkaran gunung berapi. Lagi pun hari itu Ahad manalah ada pejabat yang berkaitan bekerja kan.

Banyak yang telah di baca. Komen orang perseorang tentang pentingnya amaran awal untuk mencegah orang ramai menghampiri pantai kerana gegaran yang berlaku mengambil masa sejam untuk Tsunami menghampiri pantai di Malaysia. If only kita mendapat amaran awal dan maklumat daripada US dan Japan. Pelik pula yer selalunya US negara yang serba serbi tahu tentang apa yang akan berlaku di negara lain. Tapi dilapurkan maklumat yang mereka perolehi tidak dapat disampaikan di dunia sebelah sini. Hari Ahad ler pulak hari tu kan …

Apapun kita perlu belajar dari pengalaman berharga ini. Wujudkanlah dana untuk membeli peralatan dan fakulti yang terlibat melatih tenaga pakar untuk mendalami aspek yang kita belum pernah terfikirkan . Banyak lagi bidang baru yang kita tidak ada kepakaran, walaupun kita antara negara yang termaju di dunia sebelah sini. Nyawa yang terkorban menjadi bukti sesuatu perlu dilakukan.

Friday, December 24, 2004

End Notes

END NOTES


That lady menang Peugeot 307, jeles pak cik. Rezeki orang . Dia mestilah buat slogan tu dengan dahsyat sekali kan? Apa pun tahniah ler Sharmila, ahli ekonomi yang bekerja dengan Bank Negara.

Kalau tang slogan DIA tu pandai tapi segan nak mintak tolong. Beberapa tahun lepas dia menang RM10K dalam satu peraduan Nestle rasanya. Maklumlah my London so – so jer.

Ada 5 round lagi. Macam peluang pun senipis kulit bawang rasanya.


DIA DIA

Dia sakit pneumonia. Rasa macam kesian sangat. Tambah kesian bila dia hantar SMS ini.

Sebelum ujung thn ni ada blk cc x? Teringin nak jumpa ur mother la. Mana tau lps ni x jumpa lg kan.
23-Dec-2004 11:55:32

DIA DIA DIA

We’ve made the right decision, hvn’t we? Thank u, thank u. Merry Xmas, Happy New Year ’05 n all the years to come. Take care n I gonna miss u. Bye.
23-Dec-2004 18:13:22

Kenapalah semua orang yang aku kenal nak pergi. Semua jadi sensitive tiba-tiba. Semua rasa putus harap. Semua jadi melankolik. Mungkin diorang rasa terlalu payah nak berterus terang dan meluahkan apa yang di rasa. Atau terlalu tidak berbaloi untuk memberi dan menerima. Entah apa-apa entah.

Hidup kita ini satu perjalanan menuju kehidupan yang abadi. Tak perlulah berebut itu dan ini . Walaupun kadang terpaksa berebut juga macam NST Words Puzzle tu kan. Tapi bila aku fikirkan balik memanglah pedih bila orang tidak pedulikan kita saat dia bahagia dan bergembira. Bila susah dan rasa terpinggir baru nak datang semula.

Biarlah kita membuat satu nota kaki yang baik sebagai tanda ingatan. Kalau ditakdirkan dia pergi juga. Dia akan ingat “Orang itu bukan sebarangan orang yang boleh disakiti …”.

Thursday, December 23, 2004

Syaitan


Siti Syazwani ... di bunuh. Al-Fatihah.

SYAITAN-SYAITAN YANG TIDAK BERPERI KESYAITANAN



Kadang syaitan lebih beretika di dalam memilih mangsanya. Kadang syaitan lebih tahu malu sebab dia syaitan. Namun bagi syaitan-syaitan ini tiada perkataan yang mampu menggambarkan sikap mereka yang langsung tidak berperi kesyaitanan.

Al-fatihah untuk adik Siti Syazwani. Takziah untuk keluarganya. Ini baru balik mengaji, belum lagi melihat anak dara kita berkebaya nyonya sendat segala. Risau juga mengenangkan adik perempuan aku dan 4 orang anak saudara perempuan aku yang hidup di zaman yang serba kalut ini. Syaitan ada di mana-mana.

Kembali kepada Islam yang syumul.

SUNGAI PETANI: Seorang budak perempuan berusia sembilan tahun yang dilaporkan hilang ketika pulang mengaji al-Quran di sini kelmarin, ditemui dibunuh, dipercayai selepas dirogol di ladang sawit berhampiran Taman Rhu, tidak jauh dari rumahnya.Mayat Siti Syazwani Ahmad Dusuki, murid Tahun Tiga Sekolah Kebangsaan Pinang Tunggal, ditemui dengan kepalanya terbenam dalam parit sedalam 1.5 meter, kira-kira 150 meter dari rumahnya di Taman Rhu Fasa 3, kira-kira jam 9.15 pagi semalam.Terdapat kesan luka sepanjang tiga sentimeter di dahinya, dipercayai akibat hentakan. Bajunya terselak separuh badan, bahagian bawah berbogel dan seluar dalamnya ditemui kira-kira 50 meter dari mayatnya yang sudah dihurung semut.

Polis dan orang ramai yang melancarkan gerakan mencari sejak malam kelmarin, menemui telefon bimbit bapa Siti Syazwani yang dibawanya dan seluar dalam tersangkut dalam semak, sebelum mayatnya dijumpai tidak jauh dari situ.Keputusan bedah siasat ke atas mayat Siti Syazwani mengesahkan mangsa dicekik dengan dahi kirinya pecah, dipercayai dihentak dengan benda tumpul sebelum dibuang ke dalam parit.Berikutan kejadian itu, polis menahan 14 lelaki warga Indonesia bagi membantu siasatan. Dua daripada mereka dipercayai mempunyai maklumat bagaimana Siti Syazwani dilarikan sebelum dirogol dan dibunuh.Kehilangan Siti Syazwani disedari kira-kira jam 2 petang kelmarin apabila anak bongsu daripada lima beradik itu, tidak pulang ke rumah selepas keluar mengaji al-Quran di rumah jiran tidak jauh dari situ.Keluarganya membuat laporan di Balai Polis Tikam Batu kira-kira jam 7 malam kelmarin dan gerakan mencari dilancarkan polis serta penduduk taman berkenaan, Taman Sri Pinang dan kampung berhampiran.Gerakan mencari yang dilakukan sepanjang malam kelmarin hingga awal pagi semalam gagal menemui mangsa walaupun khidmat Unit Anjing Pengesan dari Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda dan beberapa bomoh digunakan.Gerakan itu kemudian disambung semula pagi semalam dengan bantuan dua anjing pengesan dan 35 anggota Batalion Ke 2 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kulim dan orang ramai akhirnya berjaya menemui mayat mangsa pada jam 9.15 pagi, semalam.

Sepasukan anggota polis dari Cawangan Jenayah IPD Kuala Muda bergegas ke tempat kejadian dengan dibantu Unit Forensik dari Ibu Pejabat Polis Kontingen (IPK) Kedah bagi memeriksa tempat kejadian dan mayat mangsa. Ketua Polis Kuala Muda, Asisten Komisioner Law Hong Soon turut berada di tempat kejadian.Mayat mangsa kemudian dikeluarkan dari dalam parit berkenaan pada jam 1.30 tengah hari semalam dan dihantar ke rumah mayat Hospital Sungai Petani untuk bedah siasat. Sementara itu, jurucakap polis berkata, dalam serbuan pertama di sebuah rumah di Taman Rhu Fasa 2 tidak jauh dari rumah mangsa pada jam 10 pagi semalam, polis menahan tujuh warga Indonesia.

Hasil soal siasat ke atas tujuh lelaki itu, polis menahan dua lagi rakan mereka di kawasan berhampiran dan tidak lama kemudian lima lagi lelaki ditangkap, juga berhampiran taman itu.“Hasil tangkapan pertama dan soal siasat ke atas tujuh lelaki berkenaan, dua daripada mereka dikatakan berada di ladang sawit itu ketika kehilangan Siti Syazwani dilaporkan kelmarin,” katanya.Beliau berkata, semua 14 warga Indonesia berusia 20 hingga 40 tahun itu kini ditahan dan polis akan mendapatkan perintah tahanan reman ke atas mereka hari ini.

Wednesday, December 22, 2004

Imbasan

IMBASAN 2004



Dalam hidup aku selama ini rasanya tahun 2004 ini cukup mencabar buat aku. Macam-macam benda yang berlaku.Macam-macam kejutan yang singgah. Tepis mana yang boleh dan yang lain hadapi dengan lapang dada. Tup-tup dah hujung tahun. Sudah nak menutup buku lama. DJW edisi ke-3 pun akan muncul. Tak tahulah apa konsep dia . Maybe still kisah kehidupan aku dan apa yang aku harapkan dalam hidup.

Alhamdulillah aku dikurniakan kesihatan yang baik tahun ini. Tak ada satu hari pun aku cuti sakit. Bersyukur sangat. Itulah antara perkara paling berharga dalam hidup. Dikurniakan kesihatan yang baik. Ada juga aku sakit migrain yang tidaklah terlalu teruk sampaikan aku tak boleh bangun.

Tahun ini banyak juga kejayaan yang aku capai. Sudah ada rumah sendiri, yang aku rasa satu pencapaian juga dalam hidup. Walaupun aku ‘ikat perut’ untuk membayarnya hahhaha. Tak pelah kalau tak beli, duit habis juga. Nak tunggu sampai bila? Usia semakin ke maghrib.

6 November 2004 – Kakak aku di Kuantan selamat bersalin anak lelaki . Waktu kelahiran 6.35 petang, bulan Ramadhan. Ini Anak mereka yang ke – 4 dan anak buah yang ke 8 dalam salasilah keluarga kami.

Tahun ini juga Julie kahwin pada 22 November. Majlis yang akan diingati sebab hujan turun hampir sepanjang hari. Tetamu jauh dekat tetap datang, ada satu masa tu nasi kehabisan sebab tukang masak diraja silap bajet, dia ingatkan kalau hujan orang tak ramai datang. Penat sungguh nak uruskan majlis tu. Aku terpaksa cuti seminggu. Semua orang gembira dan majlis bertandang ke Perak pada 2 Disember juga berjalan lancar.

Tahun ni juga aku tahu kisah sebenar tentang DIA. Walaupun dia sorok daripada aku . Akhirnya aku tahu kisah sebenar dia. Walaupun aku tahu dan dapat mengesan benda itu dari mula. Kebaikan dia membuatkan aku terleka juga. Dia memang baik, itu memang tidak dapat aku nafikan. Cuma kenapa dia membohongi aku itu sesuatu yang aku tak boleh terima. Terus terang sahajalah dari mula. Tak payahlah aku nak kumpul bukti dari setiap kata-kata dia itu, sehinggalah aku tahu kisah sebenar. Tak ker kejam namanya tu, meyiksa perasaan orang.

Aku tidak berdendam. Aku tetap doakan dia bahagia dengan apa sahaja yang dia nak lakukan selepas ini. Aku melalui jalan yang lain selepas ini. Walaupun aku tahu dia mahukan persahabatan tapi aku rasa cukuplah. Aku dah penat dan rambut aku jadi nipis kalau nak fikirkan benda ini sahaja.

Aku perlu sayangi diri aku sediri dahulu . Biar aku tamak dan bersikap pentingkan diri sendiri selepas ini. Sebab dah terlalu letih memikirkan hal orang. Ada ker orang yang ingat kat aku masa dia senang, masa dia gembira bergelak ketawa. Rasanya tak ada …

Walaupun aku masih bersendirian tahun ini, juga mungkin tahun depan. Kita tidak tahu apa yang akan terbentang di depan sana.

Berusaha yang terbaik menyelesaikan hal-hal dalaman aku sendiri rasanya lebih berfaedah. Sebab tiada siapa yang akan menolong kita saat kita susah kecuali IBU kita sendiri. Orang lain hanya tolong tengok dan beri nasihat dan kata-kata perangsang. Hanya cukup sekadar itu. Inilah kenyataan hidup yang aku perolehi daripada DIA.

Akhirnya aku bebas daripada mengingati DIA. Aku dah tak emosional bila mengenangkan dia. Rasanya perasaan itu sudah lama mati. Walau bangkainya masih diragui. Sekurang-kurangnya aku sudah sedikit bebas.

Aku temui kawan-kawan baru di DJW. Ada yang sentiasa memberi komen dan mengemail aku ( aku tak dapat sebutkan satu persatu di sini kang ada yang kecik hati kalau aku tak tulis ).


23 December 2004

Aku sambung cuti . Aku nak balik kampung tanam pisang, tanam itu ini dan buat benda-benda yang aku miss nak buat di Cape Coral. Aku nak pergi memancing kat sungai dengan Along. Aku nak belajar membuat ‘tut’ untuk bonsai bunga kertas aku itu. Aku nak plan betul-betul cuti aku kali ini. Aku nak makan masakan ibu aku setiap masa.

Ehhhh setiap pagi aku kena buat NST word puzzle lah pulak. Hishhhh kena juga beronline dengan kroni yang lain untuk compare jawapan. Aku lemah tang slogan, aku ada 2-3 orang yang aku bergantung harap untuk ciptakan keajaiban. Tapi biasalah hal kita manalah orang ada masa hahhahahaha….


Harapnya 2005 akan lebih sukses untuk aku … doakan jerr!

Aku akan cuba mengupdate dari CC. Sebab setiap pagi aku akan ke Tanjung beli newspaper dan minum the tarik dengan mak aku, so aku mungkin boleh beronline kalau mak aku tak boring tunggu aku menulis itu dan ini.




Saat Hilang Cinta mu!

Aku suka lagu ini . Just suka ...

Tuesday, December 21, 2004

2 Sen

2 SEN JER NILAINYA …



Bila dah tak mahu begitulah. Hantar jer SMS kata tak jadi. Bila nak, sanggup bawak semua ahli keluarga berjumpa bakal mertua. Bila hati berbelah bagi hantar SMS jer yang bernilai 2 sen tu kata tiada jodoh antara kita. Kesian aku tengok perempuan tu mesti malu, keluarga dia juga..

Lawa perempuan tu. Orang tu tak nak. Gerenti ramai lagi jejaka Malaya yang berkali-kali sudi. Moga dia dapat lelaki yang lebih baik dan mahu menjaganya hingga ke hujung hidup. Macamana yer kalau benda macam tu terjadi pada kita? Nak saman tak? Kalau kena kat keluarga aku harus saman. Jangan buat main-main benda serious macam ni. Malu wehhh!

Memanglah musim cuti sekolah ni walaupun musim hujan, musim orang berkahwin. Semua pengantin lawa, mungkin tulah kali pertama dan terakhir pakai baju Melayu songket serba lengkap siap dengan keris tersisip di pinggang. Ada orang terlalu sensitive pasal kompang. Mungkin itulah kali pertama dan terakhir (biasanya pengantin perempuan) dengar kompang dimainkan sempena majlis perkahwinannya.

Berbalik kepada perempuan cantik lawa, yang ditinggalkan tunang tu. Memang sungguh tak patut. Semua dah tersedia manalah tak sakit hati. Patutnya wakil pihak lelaki datanglah, walaupun sudah tentulah kena pelangkung barang secuit dua. Bagi bakal pengantin pun kalau tak mahu pun datanglah tunjuk muka dan menyedapkan hati orang yang pernah diberikan seluruh pengharapan serta cinta. Kita tahulah nak dirikan masjid ni memang banyak dugaan. Lebih-lebih lagi kalau lelaki tu popular dan cepat bosan serta tidak tetap pendirian.

Tetapi benda ini ada kebaikan juga. Allah nak tunjukkan yang lelaki itu memang tidak boleh dipakai. Maklumlah pemain bola negeri HH. Adalah lebih baik patah hati sekarang daripada hidup dipersiakan.dikemudian hari. Lebih baik malu sekarang daripada malu turun naik mahkamah nak tuntut cerai atau nak mendapatkan nafkah. Walaupun sekarang ni pihak perempuan menanggung kerugian wang ringgit dan malu tapi mungkin itu sejuta kali lebih baik daripada berkahwin dengan lelaki yang tidak tetap pendirian dan tidak bersedia untuk memikul tanggungjawab.

Aku turut simpati depa berdua tu dah panggil Pa, Ma segala pun tak jadi kahwin jugak. Apa lagi yang panggil aku engkau jerr …

Again apa yang kita tanam kita akan tuai di kemudian hari bukan?

Bagaimana nak tahu bila kita sudah bersedia nak berumah tangga?

Monday, December 20, 2004

Bujangan

Siapa Di Belakang Kejayaan Lelaki Bujang?


Kata Tun Dr. Siti Hasmah dalam ucaptama sempena Konvensyen Persatuan Alumni MMU bertemakan “Di Belakang Kejayaan Lelaki Ada Isteri dan Di Belakang Kejayaan Wanita Ada Keluarga Bahagia.”


Persekitaran dalam rumah yang kondusif membantu lelaki berjaya dalam kerjayanya. Beliau bagaimanapun berkata bagi membolehkan seseorang lelaki cemerlang, dia mesti bebas daripada masalah, berada dalam keadaan selesa, gembira dan segala keperluannya dipenuhi. Keadaan seperti itu mustahil dirasai di pejabat mahupun dengan bantuan kakitangan sokongan terbaik dan pembantu. Dr Siti Hasmah berkata, isteri adalah individu terbaik yang mampu mendorong kejayaan suami sebagai ketua keluarga. Individu yang mampu memenuhi keinginan lelaki, menjadi teman sepanjang hayat, menjadi penyokong dan pelindung serta insan yang menjaga adalah wanita sendiri.


Wanita itulah yang dipilih menjadi isteri dan ibu kepada anak-anak mereka .Dr Siti Hasmah berkata, perkahwinan adalah sebuah institusi yang berteraskan rasa kasih sayang, timbang rasa dan saling menghargai yang perlu dipelihara setiap pasangan walaupun mereka sudah lanjut usia.Perkahwinan bertunjangkan kasih sayang dan cinta, persefahaman, rasa percaya, setia serta hubungan mengikut konsep 'susah senang bersama'," katanya sambil mengajak pasangan suami isteri memohon keredaan Allah bagi memastikan mahligai yang dibina berkekalan.

Siapa pula di belakang kejayaan lelaki bujangan? Ini pandangan aku …


Ibu bapa dan keluarga yang bahagia serta mantap emosinya. Membesar di persekitaran yang stabil dan masyarakat menerimanya sebagai individu yang dihormati dan dipercayai.


Rakan taulan yang betul arah tujuannya. Rakan-rakan yang juga berjaya dalam kehidupan dapat memandu arah kejayaan lelaki bujang. Kalau dapat kawan yang kaki kelentong atau kaki dangdut. Aura tersebut sedikit sebanyak akan tempias juga. Jadi setelah keluarga rakan memainkan peranan yang penting.


Diri sendiri juga mestilah kebal serta magli dengan persekitaran yang begitu menduga. Punya visi dan misi untuk berjaya dan tahu apa yang diinginkan dalam hidup. Tidak mudah patah semangat ketika menghadapi saat genting dalam hidup. Kerana tidak semua permasalahan boleh dikongsi secara ‘telus’ dengan kawan baik.


Kaki tangan serta rakan sepejabat yang mempunyai ‘standard SIRIM’ juga penyumbang utama kepada kejayaan seseorang bujangan dalam hidupnya.

Yang lain bergantung juga dengan 'NASIB BAIK' . Jika ada semua faktor di atas dan nasib baik juga banyak membantu.

Friday, December 17, 2004

Hamster

HAMSTER & SPIDERMAN PUTRAJAYA



“Apasal nama dia Hamster?”

“Alah depa tu bebudak sebab saiz dia kecik senang nak menyelinap masuk ke rumah orang”

“Spiderman pulak sebab diorang pakar meniti bangunan apartment yang tinggi”.

Kes pecah rumah di Putrajaya berjaya ditumpaskan akhirnya. Siapa lagi kalau tidak remaja kita sendiri . PMR pun tak lepas lagi. Dulu salahkan warga asing yang sibuk membina bangunan sekitar, padahal ‘anak-anak’ kita sendiri yang membuat kerja sambilan ini.

Kawasan Presint 9, kawasan rumah mampu milik di perbandaran Putrajaya. Kalau kita ke Putrajaya kita boleh menentukan taraf pendidikan, jawatan penduduknya dengan melihat kawasan mana yang mereka duduki. Itulah hakikat kehidupan secara umumnya. Walaupun tidaklah 100% tepat. Tapi rumah jenis sebegini dan jenis sebegitu diduduki oleh golongan kelas tertentu. Siapa kata sistem kasta tidak wujud dalam kehidupan moden masa kini?

Ada yang berkata geng Hamster & Spiderman wujud akibat golongan remaja ini menghadapi kejutan budaya setelah ibu bapa mereka berpindah ke bandar serba canggih tapi cukup membosankan ini. Tidak banyak aktiviti untuk mereka lakukan lebih-lebih lagi ketika musim cuti sekolah.

Sesiapa yang pernah ke Putrajaya mahupun Cyberjaya pasti dapat merasakan kebosanan hidup di kawasan ini. Memang segala Taman Rekreasi tersedia, begitu juga dengan adanya gedung membeli belah Alamanda yang serba mewah itu. Tetapi sesetengah perkara yang ada di sini tidak terjangkau tangan terutama bagi golongan kelas biasa.

Untuk memenuhi tuntutan hidup yang mendesak dan ketidakmampuan keluarga. Maka gejala-gejala yang tidak sihat seperti pecah rumah dan jenayah berlaku . Amat malang sekali golongan remaja kita tersepit di antara kemodenan dan kebejatan moral di bandar serba canggih dan tersohor bernama Putrajaya.


Samseng-Ahli Fiqir


Samseng, samseng, samseng, samseng
ini bukan zaman samseng
bukan zaman samseng samseng
*tiada tempat untuk samseng
ini bukan cara samseng


Sudah banyak yang ku lihat di depan mata
pecah botol pecah gelas pecah kaca pecah kepala
cara berkuasa siapa gagah siapa perkasa siapa lagi ramai anggota
mana tempat?bila masa?kita jumpa
satu lawan satu
engkau dengan aku
buka butang buka baju
gedebak gedebik gedebuk
kita tunggu siapa yang akan jatuh dahulu


Yang menang akan jadi abang besar
tak perlu gusar
kiri kanan sentiasa ada orang jaga
bila berjalan kepak mula dibuka
jaga jaga jangan cuba merenung mata
amaran untuk semua


dunia ini dia yang punya


Samseng, samseng, samseng, samseng
ini bukan zaman samseng
bukan zaman samseng samseng
*tiada tempat untuk samseng
ini bukan cara samseng


Dan didepan mu berbaris peluang-peluang
tapi tidak mahu pun engkau rebutkan
Berderet-deret sasaran
namun tidak satu peluru pun engkau lepaskan
kerana engkau hanya asyik berjuang
Entah untuk apa dan demi siapa engkau juangkan


Keberanianmu itu adalah
himpunan puluhan anggota bengong
yang sibuk melaungkan suku-suku pantun
serta cogankata kosong


Keberanianmu itu adalah
tubuh-tubuh kaku terdalam
* bergelimpangan
di simpang-simpang jalan yang telah engkau tewaskan


Keberanianmu itu adalah wajah-wajah kamu
yang berbinkan dan berbintikan
si anu dan si polan
terpampang di muka surat depan
ruang2 surat* dipasung kaki dan tangan


Keberanianmu itu adalah anak2 bangsaku
dalam satu ikatan berkongsi kandang
bergelar si banduan


Apa yang kan kau dapat
hanya sorakan kuat
naikkan semangat
setelah bertempur hebat
engkaulah tuah engkaulah jebat
tiada siapa yang akan berani dekat
sampai bila kau nak jadi raja membabi buta
bukalah mata satu hari kau pasti akan jatuh takhta
kehabisan bisa baru kau sedar
mana pergi tuahmana hilang jebat
mana kata semangat
mana kiri kanan guamana kata bersatu
mana isi dan kukumana sehidup semati
mana pergi
argh!! semua janji


Bukan aku hendak mengata
tapi sudah nyata
semakin bermaharajalela
semakin berleluasasatu demi satu
bangsa ku menjadi layu
gugur di medang perang
ciptaan saudara saudara kubagaimana
hendakku jelaskan
pada generasi baru
dunia maju tapi bukan kita nombor satu
dunia serba canggih tapi kita masih menagih
dunia pesat membangun tapi kita masih mengelamun
salah siapa
lain makan nangka
lain kena getah
lain cari cerita
lain jadi mangsa
kerana nila setitik
rosak semua susu sebelanga


Samseng, samseng, samseng, samseng
ini bukan zaman samseng
bukan zaman samseng samseng
*tiada tempat untuk samseng
ini bukan cara samseng

Thursday, December 16, 2004

Toll

TOLL



Majoriti rakyat di negara kita memang telah mangli dengan kadar toll yang dikenakan kepada mereka setelah ‘menikmati’ keselesaan menggunakan lebuh raya. Namun rungutan demi rungutan sering disuarakan di mana perkhidmatan yang diberikan indah khabar dari rupa, kesesakan tetap berlaku di sana sini, jalan yang merbahaya dan sebagainya.

Aktiviti harian kebanyakkan rakyat Malaysia yang bekerja dimulakan dengan membayar toll untuk sampai ke tempat kerja. Kenaikan kadar toll 10% memang membebankan setiap rakyat di negara kita. Kenaikan setiap 3 tahun sekali ini memang memberi kesan yang besar . Jika dikaji pelbagai tariff baru dikenakan dengan kenaikan harga minyak membawa kepada kenaikan segala benda di negara kita. Kenaikan gaji pula tidak seimbang dengan segala kenaikan yang berlaku.

Jika diteliti banyak kesan yang akan berlaku antaranya ;-

- Rakyat di negara kita akan dibebani dengan segala kenaikan harga perkhidmatan yang tidak setanding dengan pendapatan individu.
- Wujudnya sikap terlalu berkira dan individualistik yang akan menjejaskan nilai murni yang ingin di terapkan di negara kita.

Akan sampai ketikanya masyarakat di negara kita terpaksa membayar itu dan ini walaupun hanya hendak menjenguk kampung sendiri. Golongan perantau akan mengurangkan aktiviti balik kampung yang semakin meningkat kosnya. Percutian dalam negeri juga tidak akan serancak dahulu dan pelbagai masalah micro lagi yang akan berlaku.

Aku setuju dengan kata –kata Datuk Mohamad Aziz (BN MP for Sri Gading) “ I guarantee that anyone you ask will say that high toll rates are a burden to the people”.

Perjalanan dari Kapar ke CC, kadar toll sekarang pergi balik RM 9.00 plus minyak kereta RM 10.00 sehari. Sebulan dah berapakan? Setahun then kali sampai umur 55 tahun …


Sekusam Batu-Batu di Laman

Begitulah berakhirnya
Sebuah perjalanan yang panjang
Destinasi ini bukan pilihan
Hanya kita yang menginginkan.
Kasih ini bukan paksaan
Rindu retak menitis di celah dedaunan.

Ku harap siang mampu memadam
Kedinginan semalam yang memedihkan
Ku harap mentari mampu menyinari perjalanan
Tapi cahaya terang di penghujung jalan tak kunjung datang.

Di kau berada di sini, namun jiwamu tiada lagi
Seperti telah lama mati
Selamat tinggal pujaan,berbahagialah bersamanya.

Segala keindahan telah menghilang
Sekusam batu-batu di laman.

AAK
15 Disember 2004
4.50 pm

Wednesday, December 15, 2004

Banjir

BANJIR LAGI BUMI INI



Bila banjir hujung tahun jer banyaklah pihak dipersalahkan. Salahkan parit dan sungai tersumbatlah, pengurusan perparitan yang tak berkesanlah. Manusia sering menciptakan alasan untuk menyedapkan hati. Mesti ada pihak lain yang disalahkan. Sebahagian besar punca kekalutan dan permasalahan di dunia ini adalah akibat kesilapan diri sendiri.

Amat terharu membaca berita kematian sang isteri yang hanyut dalam kereta yang dipandu bersama suami. Sang suami terpaksa membuat ‘executive decision’ dengan menyelamatkan kedua anaknya dahulu. Pada saat-saat sebegitu memang terlalu sukar untuk membuat keputusan. Penyesalan pasti akan menghukum sang suami hingga ke hujung hidup.

Banjir tahun ini dilaporkan paling besar setelah 10 tahun dan yang terkorban juga agak banyak. Allah menciptakan segalanya untuk peringatan manusia maka beringat-ingatlah.

Pengalaman banjir aku ialah di New Village. Masa tu aku mengikuti ‘practical training’ di TNB Bangsar. Sayu jer bila balik jer dari ofis tengok air dah naik dan mengotorkan seluruh rumah. Tikus besar-besar bertenggek di tunggul kayu. Itu pun sebab hujan yang tak seberapa dan boleh mengakibatkan banjir di kawasan tersebut. Tapi banjir di situ datang dia seperti ribut dan pergi seperti itu juga. Itu banjir ala KL.

mal, tahu tak ur blog is #7 for top1000 Personal General websites in Msia...ada kat Nedstat tuh :P”

Ni maklumat yang adik aku si COCO ni beritahu. Macam tak percaya pulak sebab ada gak yang membaca segala hok hek aku dalam ni. Apapun terima kasih pelawat dan sahabat budiman di luar sana. Apalah agaknya yang diorang cari daripada blog ni yer? Maybe my balada life of being single and miserable …

“Every road does not lead to ROME!” (Slovenian Proverb)

“Even the best writer has to erase” (Spanish Proverb)

Tuesday, December 14, 2004

Nyonya Kebaya

THE NYONYA KEBAYA


Aku dah baca buku tulisan wanita pertama kita “The nyonya kebaya : a showcase of nyonya kebayas from the collection of Datin Seri Endon Mahmood”. Setebal 144 muka surat dan dikategorikan sebagai salah satu buku mewah dalam kategorinya. Maklumatnya juga agak terperinci dan menarik untuk dihayati. Model-model yang mengayakan kebaya nyonya ini pun boleh tahan ke “see through”annya. Macam antara nampak dan tidak sahaja walaupun aku boleh nampak.

Memanglah buku tu bercitarasa mewah. Agak informative dengan segala maklumat tentang The Nyonya Kebaya. Kebetulan ianya dilhamkan dengan kepentingan untuk mendokumenkan keunikan baju kebaya yang sungguh berseni itu. Cuma satu sahaja yang agak kurang enak dipandang. Model yang menggayakan baju kebaya itu. Baju kebaja itu jarang amat dan menampakkan coli disetiap baju yang digayakan. Harus kalau JLO pakai untuk anugerah Oscar, pasti jadi berita hangat. Mungkin kalau dia berani( stail penyanyi barat yang tak pakai anak baju). Tapi walaupun ianya untuk Nyonya dan non-muslim. Adalah lebih baik jika model itu memakai anak baju yang lebih sopan. Ya aku lelaki normal ...

Tapi aku taklah nak komen buku ini. Siapalah kita nak memberi komen. Cuma pada pandangan aku yang mempunyai adik beradik perempuan ni. Aku memang tidak akan sama sekali membenarkan mereka memakai pakaian yang sebegini. Menjolok matalah pulak this nyonya kebaya. Sure masing-masing akan menjamu mata benda yang ‘nampak tak nampak tu”.

Kain dia memang jarang dan sulaman itu walaupun begitu indah tetap tidak dapat menafikan yang ianya boleh ‘mengenyangkan mata’ sesiapa sahaja yang melihatnya. Maybe boleh gunakan bahan lain tapi kalau nak follow tradisi pembuatan baju itu memang akan nampaklah. Kebaya potongan lain kalau tidak menggunakan bahan yang jarang itu mungkin boleh dimaafkan.

Apapun aku rasa ‘baju kurung’ pun perlu di komersialkan lagi. Dengan segala kesopanan dan menjaga apa yang perlu disimpan. Nyonya kebaya yang dalam buku itu dan yang di war-warkan di media massa rasanya terlalu advance untuk wanita muslim di negara kita. Terlalu seksi walaupun dia berakar umbikan tradisi kita yang memang sudah macam bubur caca ini.


Monday, December 13, 2004

Rendang

RENDANG KERBAU, ACAR TIMUN


Hujung minggu aku balik CC seperti biasa. Salah seorang ‘Embah’ aku ( pangkat pak cik Mak aku) buat kenduri kahwin juga. Hujan gak walau tak selebat masa kenduri di rumah aku 2 minggu lepas. Aku tak pergi rewang pun. Mungkin ada orang yang kata aku kejam sebab tak pergi kenduri rumah saudara sendiri dan satu tempat pulak tuu.

Aku memanglah kejam … tapi bayangkan ler . Embah tu ada 13 orang anak. Ini kerja kahwin dia yang ke 13 dan last. Aku tolong rewang 12 kali dah, tapi anak-anak dia haram tak mahu tolong bila keluarga aku buat kenduri. Aku pun sibuk macam diorang gak. Lagi satu selepas sahaja aku balik rewang dari rumah dia, most of the time aku demam seminggu kadang tuu sampai tak boleh bangun. Memang kebetulan tapi sedikit aneh … aku tak mahulah benda tu berulang lagi sebab aku ada banyak benda nak settle di ofis.

Ya itulah alasan paling konkrit bila mak aku tanya kenapa tak pergi rewang. Mak bapak aku dah ada menolong sudah ler…

Mak aku jatuh motor lagi, nasib baik tak apa-apa. Itu pun sebab nak pergi rumah Embah tuu .

Jumaat malam, aku nonton Ocean’s Twelve di KLCC then supper di New Village. Aku tahu semuanya walau dia tak bercakap secara terus terang tentangnya.

… BATU-BATU KUSAM DI LAMAN



“Jika suatu hari nanti dia tinggalkan you or you need a shoulder to cry on. You know how to contact me rite? I akan sentiasa ada bila you memerlukan.”

Dia hanya diam. Aku cuba bertindak seperti biasa. Mengunyah setiap kata yang aku lafazkan itu.

Kami tidak terpisah kerana tiada siapa dapat memisahkan erti sebuah persahabatan ini. Lalu dia bersuara dalam getar .

“Janji yer yang kita akan berjumpa lagi …”

“Alah awak tu yang sentiasa sibuk mana ada masa”. Aku cuba bersikap seperti biasa.

“Yelah bila I ada masa .”

Malam itu segalanya telah berubah menjadi lain. Apa yang pernah dimiliki dulu berubah menjadi sesuatu yang asing dan pelik.

Aku cuba membencinya. Tapi semakin aku membenci …


Friday, December 10, 2004

Papyrus



PAPYRUS


Inilah rupanya tumbuhan air yang dikenali dengan nama Papyrus. Kalau aku tersilap kasi tahu. Adalah seorang sahabat tu nak sedekahkan aku anak pokok ini. Katanya senang benar membiak. Kalau diperhatikan taman konsep Bali akan menggunakan tumbuhan ini sebagai salah satu elemen wajib. Aku tengah mengumpulkan tumbuhan air untuk konsep taman Malaysiana yang termasuk juga pokok pakis dan bonsai bunga kertas. Pokok pakis "Toshio" aku dah subur di rumah. Taman Malaysiana aku mengambil semangat "Malaysia Boleh".

Semalam dalam pukul 5.00 petang ‘terserempak’ Siti Sarah tengah perform dalam rancangan Muzik-Muzik TV3 kalau tak silap. Cute jer dia nyanyi, pitching terkawal, sebutan jelas penuh perasaan. Tapi jarang benar dengar lagu dia yang satu ni main kat radio. Aku ada beli kaset dia sejak album pertama dulu, tapi tulah dengar masa drive balik kampung jer.

Tinggalkan Diriku

Di dalam terang , gelap
Siang ku rasa, malam
Sejak kau tiada lagi di sini
Hidup bagai terlalu sepi
Kau tahu, sayu
Lelah aku hanya kerna mu
Masih jua dikau, gagah melangkah pergi
Berperang aku dengan diri sendiri.

Apakah salah ku kali ini
Ingin kau hokum seperti ini
Walau sebaris ayat katakana padaku
Andai ku tahu sedari dulu
Takkan ku terus menyayangi mu
Akhirnya kau yang ku cinta tinggalkan diri ku.

Ku sangkakan kau cinta
Harapan ku agar kita kan tetap bersama
Kan terus bahagia bukan berpisah begini
Selama-lamanya.

Apakah salah ku kali ini
Ingin kau hukum seperti ini
Hanya sebaris ayat katakan padaku
Andai ku tahu sedari dulu
Takkan ku terus menyayangi mu
Pedih bila kau yang ku cinta
Tinggalkan diri ku
Andai ku tahu jadi begini
Takkan ku simpan dikau di hati
Akhirnya kau yang ku cinta
Tinggalkan diri ku
Di dalam terang, gelap
Siang ku rasa, malam.

Lagu & Lirik : Aidit Alfian
Penyanyi : Siti Sarah


Masa solat Jumaat nanti nak berdoa banyak –banyak. Mencari ketenangan dan keredhaan dariNya. Aku sudah mula menerima sebahagian dari hakikat hidup yang telah terpeta sebegitu rupa.

Thursday, December 09, 2004

Teknik Penyamaran Sesumpah

TEKNIK PENYAMARAN SESUMPAH



Sajer jer letak this title ni, macam best pulak. Malaysia jatuh tempat ke –36 dunia negara yang best dan paling selamat untuk diduduki. Dikalangan negara Asia Malaysia jatuh tempat ke-6 dan Singapore tempat pertama. Manalah tak bestnya tinggal di Malaysia ni macam-macam ada. Kalau tak, takkanlah Bangla tu semua berebut nak kerja di negara kita.

Rasanya orang-orang tempatan paling tak ambil port pada kaum pendatang. Mereka pulak yang besar kepala kadang tu. Lebih malang boleh buat sesuka hati dan kita pandang dari jauh jer. Kalau ikut sejarah lagilah sakit pankreas kita nak mencerna fakta yang ada. Inilah Malaysia yang tercinta dengan segala warna dan teknik penyamaran sesumpah yang ada, kita sudah merdeka 47 tahun.

Kalau diberi pilihan negara mana aku nak bermastautin. Aku tetap pilih Malaysia, walaupun ke sana ke mari kena bayar tol( tol semakin naik setiap tahun), walaupun semua benda semakin mahal dan harga kereta import tak jugak turun-turun selepas AFTA, walaupun gaji aku tidak dibayar dengan dollar atau pound, walaupun aku ni bekerja dalam bidang yang orang kata ‘typical malay’ punya bidang, dan banyak lagi benda hebat lain di negara lain yang tidak dapat merampas takhta Cape Coral de Malaysia ini.

Sawah luas terbentang, kicau burung dan angin bayu bertiup lembut. Di situlah ayah serta bundaku ….

Pagi tadi mak cik guard kat ofis aku ni menangis mintak tolong nak pinjam duit. Aku rasa dia tahu aku ni jenis yang tak sampai hatikan. Aku Bantu setakat yang aku mampu walaupun komitment aku ni pun banyak lagi dan memeningkan kepala. Sebab aku berharap, di masa yang lain, di hari yang lain kalau aku sendiri susah harapnya adalah orang yang membantu aku, juga adik beradik dan keluarga aku.

Ini pun kena masuk dalam mengapa Malaysia tempat paling best di dunia untuk di duduki!


The beginning of health is to know the disease (Spanish Proverb)

Wednesday, December 08, 2004

Kutu

KUTU


Baca kenyataan Tun Dr. M, “Harga minyak tidak pernah naik, apa yang berlaku ialah kejatuhan matawang dolar. Inilah padahnya bila dunia terlalu bergantung kepada dolar”. Kenyataannya jelas dan padat. Senang nak faham dan tidak berbelit-belit dan mengkonfiuskan Mak cik Timah dan Pak Abu Deraman serta ramai lagi orang lain. Dulu orang tak faham apasal nak tarik balik subsidi minyak bila harga minyak naik. Maklumat perlu di sampaikan dengan cara yang paling mudah dan berkesan.

Tapi PM lantas menjawab, “Kejatuhan nilai matawang dolar bukanlah sebab utama. Kita tak perlu terburu-buru menukar urusniaga kita dalam Euro dan Yen”. Macamtulah :)
-----------

Pernah tak kita berasa benggang bila orang tidak faham apa yang cuba kita sampaikan? Kita dok lah menjeruk rasa tapi dia buat tak tahu jer. Bodoh rasanyakan camtu. Mungkin dia sudah tahu taktik kita dan dia juga pandai membiuskan diri. Aku yang mati kutu sensorang diri. Rasanya kutu pun tak ambil pusing hal-hal aku ini.

Drink nothing without seeing it; sign nothing without reading it (Spanish Proverb)

ALLAH
By Jalaluddin Rumi

I tried to find Him on the Christian cross, but he
Was not there; I went to the temple of the
Hindus and to the old pagodas, but I could not
Find a trace of Him anywhere.

I searched on the mountains and in the valleys
But neither in the heights nor in the depths was I
Able to find Him. I went to the Ka’bah in Mecca,
But He was not there either.

I questioned the scholars and philosophers but
He was beyond their understanding.

I then looked into my heart and it was there
where He dwelled that I saw Him; He was
nowhere else to be found.

Tuesday, December 07, 2004

Kisah Seorang Teman

KISAH SEORANG TEMAN


Dalam Carta Era semua lagu student AF yang conquer. Just kedudukan dia macam naik turun, minggu ini kau jadi juara esok lusa pak cik tu pulak. Kat radio lain tak pulak camtu, lagu-lagu depa tak pulak tersenarai. So aku nak buat pengkisahan apa ni? …

Hari raya dia tak datang ke Cape Coral tapi boleh beraya serata alam . Aku diam jer sebab aku tahu dia memang camtu. Dia buat open house tak jemput aku pun. Aku still maintain tak mahu kata apa, sebab kalau aku buka mulut pun dia bukan faham apa yang aku cakap. Banyak benda yang dia raikan dan buat tanpa aku … most of the things yang dia buat dia tak pernah refer kat aku. Aku still bersabar dan tak mahu bising. Aku tahulah aku tak punya ‘privileged card’ macam seseorang tuuh.

Seminggu dua, sebulan dia tak hubungi aku pun aku boleh tahan nafas. Entahlah apa yang dia fikirkan, tapi kadang aku ‘rindu’ nak bertengkar dan bertekak macam selalu. Tapi aku tahu banyak sekali miscommunications yang berlaku. Bandwidth tak sama. Aku guna jalur lebar dan dia masih dial-up nyer style.

Aku semakin tak faham bila akhirnya dia ajak aku nonton wayang. The only thing yang kami buat bersama ialah menonton wayang. Itu pun kali terakhir bulan 6 dulu. Keistimewaan itu ditarik balik bila si dia rajin beli VCD dan nonton kat skrin besar TV dia yang harganya menyamai sebuah kancil itu. Aku rasa dia pun rasa bersalah sebab selalu mengenepikan aku dalam urusan hidupnya. Tiba-tiba aku rasa penting pulak dalam hidup dia or aku hanya terperasan penting?

Aku malas nak kata apa-apa . Aku belum buat keputusan lagi. Orang boleh buang kita sesuka hati dan kutip bila diperlukan? I’m not that low!

Aku tak tahulah jika dia sahabat sejati atau dia kehilangan seorang sahabat yang amat taat setia seperti aku ini. Hey! Aku selalu mendoakan dia bahagia.

Kesimpulannya hidup jangan sensitif sangat. Hargai setiap peluang dan saat yang Allah kurniakan. Walaupun semua itu takder maknanya lagi tapi pasti ada sesuatu yang paling berharga dalam dunia ini yang masih tinggal iaitu PERSAHABATAN. Don’t lose time. Make the most of every second because you never know what will happen this afternoon let alone tomorrow.

Man’s life is like a drop of dew on a leaf ( Slovenian Proverb).

Monday, December 06, 2004

Apa?

ENTAH!

Hari Khamis 2 hb Okt 2004, majlis bertandang ke Sg Siput berlangsung. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar dan semua orang gembira. Pengantin perempuan pun tak rasa sedih kena tinggal di rumah mertua. Berakhirlah satu episod kenduri kendara yang cukup memenatkan.

Hari ini mula kerja semula dengan bersungguh hati. Banyak benda yang perlu aku siapkan kalau tak kang nahas jer. 23hb aku kenalah bercuti balik sehingga tahun baru 2005.

Sabtu aku jumpa pak cik tu akhirnya. Thanks rumah baru kau memang ‘class’. Now I know kenapa awek(s) tu semua takut naik kereta merah kau …ahaks.

Tengah dengar lagu “Awan yang terpilu”, Ning Baizura.

Wednesday, December 01, 2004

Hijau

KU LIHAT HIJAU


Hari Isnin aku lunch dengan bos dan kengkawan ofis yang lain di Verandah, Cyberlodge. Aku tidak heran sangat tentang apa yang aku makan. Tapi masa aku makan tu meja aku memang betul –betul mengadap taman air dia yang cantik. Tempat tu memang begitu hebat dari segi sentuhan laman. Air pancur dan pokok Paku Rawa yang tumbuh meliar di kolam. Sungguh indah dan mendamaikan sekali.

Banyak sekali pokok-pokok yang biasa menjadi begitu menarik jika lanskapnya diuruskan sebaiknya. Aku memang gila pokok. Aku boleh terpegun dan merenung sesuatu pokok itu berjam.Mungkin kalau aku mengambil jurusan botani aku boleh pergi jauh dalam kerjaya aku. Itu pun kalau… Rasanya banyak lagi tumbuhan hutan yang tidak kita ketahui mempunyai nilai komersial atau setidaknya boleh menjadi identity negara kita. Pokok Tanduk Kijang misalnya kalau di komersialkan dengan teknik pembiakan moden pasti mendapat sambutan hangat. Entahlah aku sekadar suka dan minat. Tidak dapat menyumbang apa-apa pun.

Hari ini sudah masuk bulan Disember. Banyak benda-benda menarik di bulan Disember ini antaranya yang paling aku nantikan ialah :

1. Edisi Laman - Impiana, ya majalah itulah. Setiap tahun editorial mereka akan mengeluarkan edisi khas khusus untuk laman. Tahun ni laman yang ditampilkan serba mewah dan mengancam. Sungguh bertuah mereka yang dilimpahi rezeki dan dapat menghasilkan laman yang cantik dengan kos yang berbaloi juga. Beberapa tahun lepas Impiana ada menampilkan sebuah taman hebat dari Sabak Bernam kalau tidak silap. Penggunaan ruang yang terhad dan bahan terbuang rasanya lebih dinantikan untuk golongan ‘biasa’ dalam menghasilkan taman yang tidak kurang hebatnya. Apa yang penting untuk sesebuah taman ialah hubungan cinta manusia dan tumbuhan itu.


2. Cuti, Cuti, Cuti – Menghabiskan baki cuti yang ada sebelum hujung tahun. Kerja biasanya dalam masa 2 minggu sahaja.


3. Bonus? – Hujung bulan kalau ada rezeki dapat bonus. Tahun ni berharap jugalah.


4. Azam tahun baru – Sediakan ‘target setting’ untuk diri sendiri . Apa yang nak digapai untuk tahun depan. Azam tahun ini alhamdulillah 70% tercapai.

Menonton Juara Lagu Balada Separuh Akhir semalam, suka sekali melihat Siti Sarah menyanyikan lagu “Saat Hilang Cintamu” dengan begitu mantap sekali. Tapi dia gagal ke peringkat akhir. Ini penyertaan dia kali ke-2. Aku tonton di PC aku di ofis melalui cybermedia kami.

Hidup yang indah …


Di Wajahmu Ku Lihat Bulan

Di wajahmu kulihat bulan

Yang mengintai di sudut kerlingan
Sadarkah tuan kau di tatap insan
Yang hauskan belaian

Di wajahmu kulihat bulan
Menerangi hati gelap rawan
Biarlah daku mencari naungan
Di wajah damai rupawan

Serasa tiada jauh dan mudah dicapai tangan
Ingin hati menjangkau kiranya tinggi di awan
Di wajahmu kulihat bulan
Bersembunyi di balik senyuman
Jangan biarkan ku tiada berkawan
Hamba menanti kan tuan


Maman [OST - Perempuan Melayu Terakhir]