Wednesday, August 03, 2005

Asid


Sepasang mata menikam kalbu.



COBALAH UNTUK SETIA

Lawak pun ada, kesian pun ada bila terbaca kisah askar(30 thn) yang di simbah asid oleh isterinya. Itu baru meluahkan hasrat untuk beristeri dua, kalau sudah berkahwin lagi harus terus ‘dibobbitkan’ agaknya. Bila sudah melecur separuh badan siapalah yang rugi, dua-dua rugi. Suami bakal tidak lagi handsome sepanjang hayat, marah pada isteri dan silap gaya kena cerai. Si isteri, umor pun lebih tua (50 an) dari sang suami, kenalah mengalah sikit. Yelah dah tahu Islam benarkan berkahwin sampai 4 kalau mampu, nak buat macam manakan? Masa macam ini ada tali pinggang hitam taekwando pun sudah tidak berguna.

Sebenarnya sangat ramai lelaki setia di luar sana. Balik kerja ‘on-time’. Terkejar-kejar nak hantar anak ke tuisyen, ambik anak dari sekolah segala. Pendek kata ramai jugalah suami dan bapa mithali di luar sana tu. Ramai juga yang boleh saya jadikan contoh bila diri sendiri berumahtangga nanti. Banyak kisah benar yang boleh dijadikan panduan.

"Moral of the story', janganlah buat lawak nak beristeri 2 ker di depan isteri, sedangkan masa bercinta jeling perempuan lain pun dia sudah 'muncung sedepa'. Sendiri mahu ingatlah yer. Berhati-hati sebelum terkena. Malang tidak berbau.


JEREBU

Cyberjaya berbau hangit akibat kebakaran hutan paya di kawasan sekitar. Udara jadi tidak sihat untuk dihidu. Aktiviti ‘mengeteh’ pun jadi tidak selesa. Habis kerja kena berkurung di rumah.

Tuesday, August 02, 2005

Si kecil


Si Kecil


TERBUANG

“ALOR STAR 30 Julai - Seorang bayi perempuan dipercayai baru dilahirkan pagi ini nyaris mati akibat sesak nafas setelah diletakkan di dalam sebuah beg bertutup yang ditinggalkan di hadapan tandas lelaki Masjid Kubang Rotan, Kuala Kedah di sini.”

Zaman jahiliah, dan sikap barbaric yang tidak berkesudahan. Benih sendiri di buang merata-rata. Mungkin inilah salah satu kesan yang diutarakan hasil kajian Profesor Madya Dr Lekhraj Rampal dari Universiti Putra Malaysia :

“Secara keseluruhan, kebanyakan rakyat Malaysia mengadakan hubungan seks sebelum kahwin. Kebanyakan rakyat negara ini hilang dara atau teruna menjelang usia 22 tahun, sebelum kebanyakan mereka melangkah ke gerbang perkahwinan.”

Hebat tak negara kita ini? Glokal juga dalam aspek-aspek tersebut. Mungkin kalau ramai sangat anak di luar pernikahan dilahirkan di negara ini. Kerajaan mungkin boleh mempertimbangkan orang bujang lelaki dibolehkan/dipermudahkan mendapatkan anak angkat. Memanglah menjaga anak bukan seperti memelihara haiwan peliharaan. Sedangkan memelihara kucing parsi juga perlukan kos yang tinggi, lebih baik orang bujang seperti saya ini mengambil anak angkat jika berkemampuan. Sokongan dari keluarga dan saudara terdekat pastinya memberikan ruang untuk anak itu membesar menjadi warga negara yang berguna.

Apakah pandangan masyarakat bila lelaki bujang mengendong bayi ke mana-mana yer? Tohmahan masyarakat pasti tak boleh dielak. Kalaulah saya sendiri mengalami situasi tersebut dapat dijangkakan kesannya. Kenapa tak kahwin? Bela anak sendiri? Tiada beban batu digalas?

Di universiti ini ada disediakan taman asuhan kanak-kanak. Rasanya boleh sahaja dilakukan. Cuma tahap kesediaan mental dan emosi kena kuat. Teringin juga mendapatkan anak angkat bila masanya sesuai.

Saya jangkakan bila usia meningkat nanti dan JIKA masih sendiri, perkara ini boleh dipertimbangkan semula. Rezeki itu sudah ditentukan. Rasanya kaum kerabat saya subur-subur belaka. Saya .... errrr not yet tested lerr heheh!


Aku Ingin Kembali

Ya Ghafur
padamkanlah semua titik-titik dosa
yang tercipta semalam
sama ada sedar atau lupa
aku ingin kembali memiliki diriku
yang wangi
yang suci
biar penghujung nafasku
dalam iman yang kukuh
yang utuh!

Mohd Adid Ab Rahman
SMK Selandar, Melaka
(Mingguan Malaysia 31 Julai 2005)

Sunday, July 31, 2005

Minyak

NAIK LAGI SEPOSEN!!

“Kerajaan memutuskan harga runcit diesel dinaikkan 20 sen lagi seliter, petrol naik 10 sen seliter dan harga runcit LPG bertambah lima sen satu kilogram, berkuasa hari ini. Dengan kenaikan itu, harga Semenanjung bagi seliter Petrol RON 97 meningkat kepada 162 sen, Petrol RON 92 (158sen), diesel (128.1sen) dan LPG (145sen).” ( BH 31Julai 2005)

Akan terus naik dan naik lagi. Kalau mencecah RM 2.00 seliter nanti nak ke mana-mana kena baget ler. Nak balik kampong tiap minggu pun dah tak boleh nanti. Setakat 31 Julai 2005, kalau isi RM20.00 dapat dalam 12 liter lebih dan boleh ler kereta saya pergi dalam 200 km. Satu alasan yang baik untuk terus kekal menggunakan kereta nasional terutama Proton yang taklah kuat ‘menelan’ minyak seperti kereta import.

Setakat ini saya boleh berjalan kaki ke pejabat. Gunakan kereta bila nak ke bank atau semasa nak ke Masjid di Dengkil. Tetapi kalau nak balik kampong tiap minggu rasa perit juga. Kalau tak balik rindu pulak kat keluarga, lagi pun boleh ‘mengngong’ kalau duduk sensorang di CJ ni.

Nasib baiklah saya tak suka ‘ngeluyur’. Hidup saya sentiasa tetap di kawasan ofis dan tempat persinggahan sahaja. Kalau ada ‘mambang’ yang duduk jauh-jauh lagilah parah yer tak? Bayangkan kalau dapat buah hati di Trengganu/Kelantan tuhh …sendiri mahu ingatlah yer. Kena carik orang satu negeri, sekampong lagi baik.

Sekarang buat sesuatu kena buat kajian dulu. Buat analisa kos, mesti tahu kos melepas dan impak yang bakal diperolehi.

Kadang terfikir adakah kerajaan sekarang mewarisi sebuah kerajaan yang hampir muf...? Tampung kebocoran di sana-sini?

Oppps!

“ … pembiayaan subsidi secara berterusan, mengakibatkan pengurangan perbelanjaan bagi projek pembangunan seperti sekolah. hospital dan jalan raya.”


BACA CERPEN BEST INI …”Jalan Bukit Tidak Berbulan”

Karya Siti Hajar Mohd Zaki (BM, Sastera, 31 Julai 2005 p:8). Rasanya berdasarkan kisah benar tentang remaja yang di tahan di Zouk dulu. Sarat dengan hujah yang padat dan menyedarkan. Kupasan isu sosial yang mantap, penuh nilai keislaman yang sarat.

“Mereka miskin pakaian. Fakir akhlak. Papa kedana sifat malu. Benar ujar Rasulullah, kalau kamu tiada rasa malu, berbuatlah apa saja! Pakaian arahan-Nya yang berkehendakkan melindungi gemerlap mutiara seorang wanita telah dimalapkan oleh rekaan ‘up-to-date’ kononnya. ‘Up-to-date’ yang hanya menutup ‘yang perlu’ bukannya yang mudah diterjemahkan penuh nafsu.”

Bacalah Berita Minggu Ahad 31 Julai 2005. (***** bintang untuk cerpen ini)

SUKA PUISI INI JUGA …

Lelaki Yang Lari

Dia adalah lelaki yang lari
Menebang rindu di belantara kacau
Menarah bukit di cenuram lurah
Membakar jerami huma di lerengan,
Tiba-tiba ketika sampai di penara
Dia kehilangan suara.

Tanpa menanti, dia kecewa
Gondolan suasana menjadi angin berlari
Ruang terbuka dipanahi mentari
Untuk apa menanti lagi, bisiknya sendiri.

Alam semestinya memarahi
Ketelanjuran seorang lelaki
Biarlah dalam pelarian, dia mati.

Jamaludin D
Langkawi
(BM, 31 Julai 2005 p:8)

Balik kampong. Mak dan abah sihat. Tiada isu berbangkit. Semuanya aman damai seperti angin yang menyelusup masuk dari celah tingkap. Membuai-buai lembut langsir biru. Menyegarkan dan memberi tenaga. Namun, tiada siapa yang tahu seorang lelaki itu, menahan gempa dalam diri!

Saturday, July 30, 2005

Cinta


Cinta ini ...

Tentang Cinta

Ungkapan cinta Pablo Neruda . . .

“I do not love you as if you were salt-rose, or topaz or the arrow of carnations the fire shoots off. I love you as certain dark things are to be loved in secret, between the shadow and the soul.

Love you as the plant that never blooms but carries in itself the light of hidden flowers thanks to your love a certain solid fragrance risen from the earth, lives darkly in my body.

I love you without knowing how, or when, or from where I love you straightforwardly, without complexity or pride I love you because I know no other way than this where I does not exist, nor you.

So close that your hand on my chest is my hand, so close that your eyes close as I fall asleep.”

Doa Hayati …

"Jika cinta itu satu dosa, ampunilah dan maafkanlah! Hamba akan turut perintah-Mu, hamba tak akan melanggar larangan , tak akan menghentikan suruhan. Akan hamba simpan, biarlah orang lain tak tahu, tetapi izinkan hamba ya Tuhan.”

( Hamka . “Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck”, Pustaka Dini :2004, p: 46 )

Kata-kata Basri kepada Rita

“Cintamu, cinta yang berputik dalam keadaan rusuh. Cinta hari-hari rusuhan tak upaya kau bawa ke mana-mana."

Kata –kata cinta yang terlafaz adalah kata-kata pengorbanan. Arghh kalaulah dia terus meyakini itu …

“Selagi bangsa kita tidak melontar jauh-jauh feudal mind yang terpasak dalam batang tubuh kita ini, selagi itulah kita tak akan mampu menyaingi bangsa-bangsa lain di dunia ini. Kita menerima pengukuhan-pengukuhan itu sejak zaman kesultanan Melayu lagi. Teguh dan tidak mungkin digugat lagi. Ketaatan dan kesetiaan mudah dijual beli dengan habuan kebendaan dan inilah ciri feudal mind yang paling bodoh serta hodoh dan punca sebenar kerendahan taraf bangsa kita …”

( Faisal Tehrani. “Cinta Hari –Hari Rusuhan”, Creative Enterprise:2000 , p: 1-2)

Saya menerima HANYA ini daripada seseorang yang pernah diberikan seluruh cinta ,

Apa nak buat kalau berat dah 65kg? Nak puasa tak larat. Rindu pulak nak gaduh dgn awk. :)
29-July-2005 17:26:31

Sudah hilang tidak usah di cari lagi. Biarkan ianya tersimpan di lubuk paling dalam. Berikan ruang untuk kenangan baru bercambah subur. Menanti, bukan penantian lagi. Saya sudah lama berhenti berharap.

Nota : Entry yg amat personal

Friday, July 29, 2005

Blog

NON - CONVENTIONAL MALAY BLOG

Saya terpanggil untuk menulis komen saudara Azhan Jusoh tentang penulis blog Melayu di negara kita . Memetik tulisannya yang tersiar di Berita Harian 27 Julai 2005,
“Saya sedih dengan kegilaan masyarakat sekarang dengan kebangkitan rancangan realiti TV seperti Akademi Fantasia. Bukan saja remaja, malah mereka yang sudah berumur juga tidak kurang ketinggalan mempersoalkan isu remeh ini.

Kebangkitan blog (laman internet) yang mengupas rancangan ini, sama ada mengenai persembahan pelajar, tarian, baju dipakai tidak kena dengan lagu dan lain-lain, turut melambangkan pemikiran orang Melayu.

Rata-rata blog ini dibangunkan orang Melayu yang mempunyai pekerjaan tetap. Saya hairan, mana mungkin mereka mempunyai banyak masa untuk menulis perkara remeh seperti itu, melainkan menggunakan masa bekerja di pejabat.

Ini amat mengecewakan kerana selain mensia-siakan masa yang ada, majikan juga akan kerugian dengan perilaku kakitangannya yang tidak bertanggungjawab ini.
“


Terlebih dahulu saudara perlu memahami konsep blog yang ada, pengisian yang ingin mereka buat dan komitmen yang dilakukan. Rasanya tiada siapa melarang seseorang menulis mengikut minat dan kepakaran mereka. Terdapat begitu banyak penulis-penulis blog yang membicarakan tentang isu sosial, keagamaan, ulasan buku dan seribu satu perkara yang berdetik di dunia ini. Mungkin saudara Azhan Jusuh tidak berkeupayaan membuat pencarian 'blog-blog super' yang menjurus kepada pengisian ilmiah yang selalunya tidak menonjol dan kurang perhatian dari khalayak pembaca.

Namun blog-blog ini terus dikemaskinikan bertahun lamanya dan mencipta reputasinya yang tersendiri. Memanglah diakui blog yang membicarakan topik hangat semasa contohnya tentang AF akan mendapat hits berpuluh ribu sehari berbanding blog yang menulis perkara yang bersifat ilmiah. Namun konsep penulisan seseorang itu amat berbeza. Bukan sedikit penulis blog yang menulis tentang pengalaman kehidupan yang memberi manfaat kepada pembaca serta ditulis cukup bersahaja dengan gaya bahasa yang teratur.

Ada juga blog AF ditulis dengan gaya bahasa terkawal dan cukup enak didengar. Itulah identiti blog tersebut dan dengan hits yang begitu tinggi diharapkan ianya dapat mencambah-biakkan semangat pembaca untuk mendalami isu-isu yang lebih mencabar minda. Semangat menyelusuri blog-blog yang lebih serious topik perbincangannya secara tidak langsung akan terjadi.

Saya menyeru kepada mereka yang terbabit menggunakan pemikiran mereka untuk memartabatkan bangsa. Banyak lagi isu semasa yang boleh dikupas untuk tujuan perbahasan bersama. Banyak lagi agenda Melayu yang perlu kita perjuangkan.
Sepatutnya, dengan adanya prasarana internet, kita boleh berbincang dan berkongsi pendapat dengan segenap lapisan masyarakat mengenai isu lebih penting.

Kita memerlukan pendapat dan saranan yang utuh untuk terus mengemudi negara.

Saya berharap pemilik blog Melayu janganlah terus alpa dengan isu remeh rancangan realiti TV yang tidak mendatangkan sebarang faedah. Bangkitlah dan terus menjana masa depan negara berteraskan sahsiah Melayu Glokal.

AZHAN JUSOH,Sri Damansara, Selangor.
Sumber : Surat Email ( Berita Harian 27 Julai 2004)

Blog merupakan media alternatif. Apa sahaja yang ingin ditulis akan tersiar tanpa tapisan dan kawalan. Pembaca akan memberikan input sebagai maklum balas. Pembaca juga terdiri dari pelbagai golongan. Tidak semuanya mahir tentang apa sahaja topik yang ingin diperdebatkan. Tidak hairanlah isu-isu serious biasanya tidak mendapat maklumbalas yang diinginkan walaupun sudah ditulis semudah yang mungkin. Namun ramai pembaca senyap akan memahami sesuatu perkara itu melalui pembacaan yang singkat ini. Rasanya jika ini berlaku, matlamat penulis untuk menyebar-luaskan maklumat dan ilmu itu telah tercapai.

Soal bagaimana penulis blog mencuri masa mengemaskinikan blog mereka bukan persoalan pokok. Tetapi komitmen dan masa yang dikorbankan itu lebih penting. Ramai penulis blog menulis sekadar hobi dan menambahkan kenalan di dunia cyber, mereka menulis untuk kepuasan peribadi. Lagipun terdapat kekangan jika terlalu ‘terbuka’ dan ‘celupar’ pasti musibah akan menimpa diri seperti apa yang terjadi kepada seorang penulis blog yang menulis tentang Islam Hadhari tahun lepas.

Untuk blog-blog Melayu yang menulis di luar kebiasaan, teruskan menulis. Suatu hari nanti pembaca akan bijak memilih antara kaca dan permata. Blog sudah menjadi wadah merakam kehidupan dan ilmu pengetahuan. Menyampaikan pemikiran bangsa tanpa sempadan.

Biar bermula sebagai picisan daripada tidak menulis langsung.

Thursday, July 28, 2005

Semut

ENJET-ENJET SEMUT

Tun M mengulas isu AP dengan begitu hangat sekali. Katanya “In the Umno general assembly, the minister made several claims that were not correct. During a television interview, she also alleged that I had forgotten this and that. Although I am already 80 years old, I am not senile yet.” (The Star 27 July 2005).

Saya malas nak mengulas isu AP. Sebab ianya kudis yang hinggap pada beberapa orang Melayu sahaja. Bukan golongan mahrin seperti saya. Cuma saya tertarik pada komen Tun M, “Walaupun saya berumur 80 tahun saya belum nyanyuk lagi”. Tun menjadi penasihat kepada beberapa badan korporat seperti Penasihat kepada Proton, Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Lembaga Pembangunan Tioman dan Penasihat Petronas. Selain itu Tun juga menjadi canselor UTP dan satu-satunya canselor yang bekerja dan mempunyai pejabatnya sendiri di kampus. ( Canselor lain tidak seaktif beliau, datang ke kampus buat kerja). Juga mempunyai pejabat yang cantik di Yayasan Kepimpinan Perdana. Tun menggunakan sepenuh kudrat dan masanya berfikir jadi mana mungkin dia nyanyuk.

Ayah saya juga sentiasa mengaji. Suaranya terdengar begitu syahdu .Memang semakin tua kita, jika rajin menggunakan daya pemikiran kita kebarangkalian kita dirundung kemurungan dan nyanyuk amat tipis. Sentiasa berfikir maksud saya.

Tapi saya sendiri pelupa orangnya. Terutamanya lupa nama orang dan nombor-nombor penting. Saya tidak mengingati nombor. Otak saya gunakan membuat kerja lain. Adakah masalah lupa saya ini disebabkan banyak termakan semut secara tidak sengaja?

Penyelidik dari University of Pittsburg menyarankan “Jika sesorang itu sering terlupa nama sejurus selepas mendengarnya, atau tidak dapat menggingati 5 barang yang ingin dibeli ketika pergi membeli belah, sila check tekanan darah anda”.

Kajian telah dilakukan keatas orang yang bekerja dengan tekanan darah normal dan tekanan darah tinggi. Otak akan merekod tindakbalas yang diterima di bahagian otak yang berlainan ketika ujian dijalankan.

“Individu yang mempunyai tekanan darah normal mempunyai daya ingatan yang tajam berbanding mereka yang mempunyai masalah hypertensi ketika ujian daya ingatan dijalankan. Mereka juga mempunyai perjalanan darah ke otak yang lebih baik, yang memungkinkan salah satu faktor penting ke atas keupayaan daya ingatannya,” menurut Richard Jennings seorang Psikologis.

Jenning juga menyatakan bahawa memastikan tekanan darah di tahap yang memuaskan juga akan melindungi jantung kita. Dan perkara ini secara tidak langsung akan memberikan impak kepada keupayaan daya ingatan yang lebih baik.

Jadi kenyataan ini juga memberi jawapan kepada masalah pelupa yang dihadapi oleh sesetengah dari kita.

Bukan sebab termakan semut sahaja rupanya.



Wednesday, July 27, 2005

Tentang sahabat

TENTANG SAHABAT

Hari ini saya ingin menulis tentang seorang sahabat. Anehnya hanya dia yang saya rasa amat memahami susah senang diri ini. Masalah dan kegembiraan yang dikongsi. Sahabat sejati ialah seseorang yang kita tidak segan-silu berterus terang dan dia boleh membaca perubahan riak wajah kita. Namun kewujudannya amat sedikit di dunia ini. Bukan selalu kita berpeluang menghargai apa yang seorang sahabat boleh lakukan kepada kita.

Selain ibu kandung, siapa lagi yang mampu bersusah payah dan membantu tanpa syarat bila kita mengalami kesusahan hidup? Adik-beradik kita faham benar keadaan mereka. Hanya sahabatlah jalan terakhir bila berada di lorong gelap tanpa cahaya.

Kami bekerja satu ofis, pernah tinggal serumah. Saya pernah mengambil upah menyiapkan tesis kesarjanaannya dulu. ( Upahnya lumayan sekali, 4 angka. Mencari bahan dan menaip sekali tapi sorry yer dapat B+ sahaja sebab salah dia tak selalu merujuk supervisor).Yup dia mengalami glaucoma/masalah penglihatan. Ketika itulah juga perkahwinanya retak.

Tadi saya berkata padanya. Saya akan namakan anak saya sempena namanya jika diberikan rezeki suatu hari nanti. Tapi saya paksa dia ambil nama saya untuk anaknya pula. Pastilah dia geleng kepala. Lantas dia mencadangkan pelbagai nama untuk ‘anak’ saya nanti.

Tapi, saya terpaut pada nama Azhan Uthmani. Menggingati seorang sahabat pada nama anak yang entah bila akan dilahirkan kadang seperti kerja gila. Memang agak gila bila bekerja extended working hours seperti sekarang ini. Hidup dalam lingkungan cubicles, hanya pada merekalah kita menumpang gembira, seperti sebuah keluarga mengisi kehidupan.

Tuesday, July 26, 2005

DEB

DEB
“Presiden Gerakan, Lim Keng Yaik mengesyorkan agar para pemimpin Melayu mengkaji punca sebenar kegagalan orang Melayu mencapai 30 peratus ekuiti setelah 35 tahun DEB diguna pakai.”

Saya agak bersetuju dengan syor Lim Keng Yaik ini mengapa kita tidak dapat mempertahankan ekuiti yang kita miliki dan setelah 35 tahun ianya semakin merosot. Maka Melayu UMNO mahukan ianya diteruskan. Dibuat lebih baik dan selamat kerana sebelum ini berlaku ‘kebocoran’.

Jika dilaungkan sebagai Melayu sudah pasti ianya Melayu UMNO. Pelbagai kelompok Melayu di negara kita memakai topi kepimpinan yang berbeza. Kita sendiri belum bersatu hati. Bangsa Cina walau nampak pelbagai parti tapi nawaitu mereka tetap satu untuk memperjuangkan bangsa mereka. Perhimpunan mereka sendiri dilakukan dalam bahasa Cina. Kita (Melayu UMNO) mencanang strategi biar semua orang tahu dan meminta pula pandangan bangsa lain tentang apa yang diusulkan itu. ‘Dia’ itu sesiapa? Kenapa perlu meminta pandangan dan terasa bersalah membantu bangsa sendiri?

Siapa yang menghina bangsanya sendiri? Siapa yang menjahanamkan bangsanya sendiri? Siapa yang melakukan pengkhianatan terhadap bangsanya?

DEB seharusnya bukan berkaitan soal kekayaan sesetengah golongan terpilih penyokong kerajaan sahaja. Kekayaan negara harus dinikmati oleh semua orang. Soal tidak makan, setinggan, keciciran dari mendapat pendidikan seharusnya sudah dapat diatasi. Bukan soal siapa dapat apa di syarikat korporat mana.

Sepatutnya Melayu Muslim di negara kita kaya raya. Wang zakat sahaja sudah berjuta-juta dikutip setiap tahun. Namun mengapa kemiskinan terus membelenggu? Mengapa ada yang masih tidak cukup makan? Mengapa ada yang berterusan meminta-minta di negara sendiri.

Cuba renungi semula kata – kata Datuk Dr Norraesah Mohamad bahawa “Pendapatan antara orang Melayu dan bukan Melayu semakin mengekang. Sebelum DEB jurang perbezaan dalam pendapatan atau income disparity ratio antara Melayu dan Cina ialah 1:2.29. Pada tahun 1999 ia menurun kepada 1:1.74 dan kini berada pada tahap 1:1.83.

Ianya memberi maksud setiap 1 ringgit yang diperolehi oleh orang Melayu, rakan Cinanya memperolehi hampir 2 kali ganda . Ianya semakin meningkat kini. Ianya juga memberi maksud bahawa matlamat kesamarataan iaitu aspek penyusunan semula masyarakat jauh dari sasaran.

Menjiwai semula matlamat DEB amat penting. Namun ianya perlu dilakukan lebih menyeluruh. Bukan memberi kekayaan pada golongan Melayu terpilih sahaja.

Ibu Bapa

Garis panduan melayani ibu bapa

DALAM Islam warga tua mempunyai kedudukan tinggi, lagi istimewa. Untuk itu, Islam memberikan beberapa garis panduan bagaimana mereka seharusnya dilayani.


Inti pati garis panduan itu dijelaskan dalam ayat 23 dan 24, surah al-Israa’ yang bermaksud:

“Dan Tuhanmu telah perintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang daripada kedua-duanya, atau kedua-duanya sekali sampai pada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “Ha” dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).


“Dan hendaklah engkau merendah diri kepada kedua-duanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua seperti mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku ketika kecil.”


Secara umumnya, anak dituntut untuk berbuat baik kepada orang tuanya. Tuntutan ini memang patut bagi membalas segala budi dan jasa mereka yang membela dan memelihara anak daripada kecil hingga dewasa.


Oleh itu, menjadi tanggungjawab anak untuk memelihara ibu bapa.
Lima prinsip yang perlu diberi perhatian anak dalam melaksanakan tanggungjawab ini mengikut ayat di atas ialah:


1. Jangan bercakap kasar dengan mereka dengan perkataan seperti “Ha” atau “Ah”.
Dalam kata lain, jangan mengeluarkan perkataan yang menggambarkan rasa tidak senang si anak kepada ibu bapa atau mengeluh dengan kerenah mereka. Hal ini kerana perkataan itu merendah-rendahkan kedudukan mereka sebagai ibu bapa serta akan melukakan hati mereka.


2. Jangan menengking mereka.
Alangkah mengeluh pun tidak boleh, inikan pula menengking atau menyergah mereka.


3. Anak hendaklah berkata dengan ibu bapa dengan kata-kata sopan, hormat dan penuh kasih-sayang serta menggunakan nada lembut dan suara perlahan.


4. Anak hendaklah merendahkan diri di hadapan orang tuanya. Setinggi mana pun ilmu atau pangkat si anak itu, ia perlu merendahkan dirinya di hadapan kedua-dua orang tuanya.


5. Anak perlulah berdoa untuk orang tuanya agar Allah mengasihi mereka dan mengurniakan nikmat dan rahmat selama umur mereka masih ada.


Doa itu adalah antara usaha kita membalas budi ibu bapa yang memelihara sejak lahir.


Sumber : Berita Harian
http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Monday/Agama/20050725002611/Article/


Bila baca artikel ini, saya teringat kepada mak dan bapak di kampong. Dua hari di kampong dan melihat rutin mereka. Pergi ke pasar malam, masak dan buat itu ini sibuk sekali. Yana dah balik ke kolej mesti mereka sunyi. Rambut sudah putih, termenung di tangga mengingati masa lalu.

Selalu saya berkata pada sendiri . Berilah saya kelapangan masa agar selalu dapat bersama mereka. Berilah saya kekayaan dunia moga dapat memberikan mereka hidup yang lebih selesa. Saya sentiasa berdoa untuk kesejahteraan dan kesihatan mereka.

Terlalu banyak yang mereka beri, terlalu singkatnya masa.

Monday, July 25, 2005

Tiada dikau

TIADA DIKAU, TIADA MAKNA

Saya bercuti hari ini. Hantar Yana balik ke kolej. Mak datuk penat sangat, segala macam benda nak diangkut balik. Dari mineral water sampailah segala macam snek. Saya dulu tak derlah macam tu. Satu beg jer bila balik ke asrama. Perempuan semua benda kena lengkap.

Banyak benda berlaku . Seorang staff perempuan saya kehilangan bonda tercinta pada Sabtu malam Ahad minggu lepas. Kebetulan saya berada di kampong. Tak dapat melawat jenazah di Melaka. Tadi bila saya tengok dia di ofis, masih bersedih pilu. Seminggu sudah berlalu. Tapi yelah bonda kita. Siapa tidak terasa kehilangan. Namun hidup perlu diteruskan. Al-fatihah.

Semalam melawat Julie yang sudah sarat, bulan September dia dijangka bersalin. Masa berlalu terlalu pantas.

Satu berita gembira, Pn S sudah bertugas semula hari ini. Kesian dia, selepas melahirkan, kena denggi pula. Satu keluarga pulak tu. Nasib baiklah baby dia tak apa-apa. Rasa seronok sebab bolehlah saya menumpukan seluruh kudrat pada dept sendiri. Tidaklah lagi terkejar-kejar.

Tengah tunggu kawan nih. Nak bagi baulu yang dia pesan dari CC. Baulu yang dibuat kat sini lembut jer tidak keras.

TIADA DIKAU TIADA MAKNA

Hatiku retak
Mengejar bayang
Puas ku dakap
Kau terus menghilang

Kemarilah sayang
Kembalikan bahagia
Kini dan untuk selamanya

Usah kau prasangka
Resah dan meneka
Daku damba cintamu Cuma
Kau teristimewa

Kesilapan
Tiada kemaafan
Kau tinggalkan daku
Bersama harapan

Tiada dikau tiada makna
Maghligai yang telah kita bina
Hancur berkecai

Hatiku ini retak
Mengejar baying
Puas ku dakap
Kau terus menghilang

Kemarilah sayang
Kembalikan bahagia
Kini dan untuk selamanya

Usah kau prasangka
Resah dan meneka
Daku damba cintamu Cuma
Kau teristimewa


Lagu & Lirik : Hazami
Penyanyi : Siti sarah

Saturday, July 23, 2005

Rindu


The Neon Tuxedo Guppy.



Dia rindu kat saya ...

Dia call saya di ofis. Dia macam takut-takut bila bercakap. Yelah hari tu macam dah tak mahu sangat nak cakap dan berkawan dengan saya. Rasa sudah tak ada hari esok lagi rasanya. Sudah tak ada langsung kebaikan yang pernah saya buat untuknya. Dia marah dan saya juga angin ketika itu. Berminggu senyap. Masing -masing tak mahu mengaku kalah. Teori-teori yang dipelajari sudah tak boleh pakai. Maklumlah ketika kepala tak betul SMS pun lebih kepada benda-benda yang tak betul sahaja. Tadi saya menahan ketawa ketika berbicara dengannya, baru dia rasa ... best jugak kenakan orang macam tu sekali sekala. Sekarang saya sudah bahagia dan kegembiraan yang diperolehi membuatkan saya juga tidak memerlukan dia lagi (sebagaimana dia juga). Keadaan menjadi begitu formal sekarang. Bila dia cuba melawak saya hanya terdiam, ya menelan segala kata-kata pahit yang pernah terhambur.

Awak ... saya tidak pernah berdendam. Rezeki orang biarlah.

Friday, July 22, 2005

Dan

Dan

Dan
Bila esok datang kembali
Seperti sedia kala
Di mana kau bisa bercanda

Dan
Perlahan kau pun
Lupakan aku mimpi buruk mu
Dimana telah ku tancapkan duri tajam
Kau pun menangis menangis sedih
Maafkan aku

Dan
Bukan maksud ku
Bukan ingin ku melukaimu
Sedarkah kau di siniku pun terluka
Melupakanmu menepikanmu
Maafkan aku

Lupakanlah saja diriku
Bila itu bisa membuatmu
Kembali bersinar
Dan berpijar seperti dulu kala
Caci-maki saja diriku
Bila itu bisa membuatmu
Kembali bersinar
Dan berpijar seperti dulukala

Sheila On 7

Dan aku tahu waktu itu tidak akan kembali lagi … Aku sudah terlalu penat dan letih. Hujung minggu yang amat kunantikan. Minggu yang amat menduga. Penilaian prestasi sudah sampai ke kemuncaknya. Boss pun tidak dapat memberikan kata putus.

Semalam seorang staff kontrak meminta aku menyokong permohonannya menyambung kontrak. Itulah bila diberi peluang, tidak mahu menggunakan sebaiknya. Bila sudah hilang dalam genggaman, baru menggelabah. Boss marah dia bersungguhan , aku jadi saksi . Seingat aku mak aku sendiri tidak pernah marah aku sebegitu. Tadilah baru aku rasakan seperti rezeki itu datang dari langit, membuka hatinya memberi keizinan. Sedangkan sudah berkali-kali boss menyatakan kontrak staff itu sudah ditamatkan. Kadang aku terfikir kenapa sesetengah orang tidak menghargai rezeki yang diterimanya, kerja main-main tidak bersungguh hati. Aku tidak tahu apa yang membuatkan dia begitu.

Sedangkan aku waktu cuti pun aku pergi ke pejabat. Hahaha yelah aku tinggal di sinikan.

Thursday, July 21, 2005

Isu AP

ISU AP

AP ( Permit Import) – Terhangat di pasaran. Sampai nangis-nangis mempertahankan tindakan. Al-Quran menjadi saksi. Semua benda nakkan bukti. Tak buat nanti kena maki.

AP ( Ayah Pin) – Sudah terang lagi bersuluh. Entah apa ditunggu lagi. Kaki dan tangan terikat mati. No Action Talk Only!

AP (Aku Penganggur) – 80,000 graduan Melayu tak bekerja. Nak buat macamana?

AP ( Ambil Peluang) – Kahwin free di KL ini. Siapa berhajat marilah sini.

AP (Ayu Pintar) – Ayu jelita belum dimiliki, mencari cinta di TV. Gadis muslim dan 9 jejaka. Punya citarasa pintar pula.

AP ( Angkut Potong) – Semua benda bernama besi, pasti diangkut tak kira apa. Tanda jalan di sana sini, di potong di cincang sesuka hati.

AP ( Ambil Peduli) – Yang satu ini tidak sensasi, tapi penuh tragedi. Ada keluarga makan siput babi, sebak dan sengsara tidak dipeduli.

AP (Aku Penagih) – Pusat Serenti sedia menanti penagih tegar meningkat tak henti. Apa sudah jadi bangsaku ini?

AP (Ada Peragut) – Berhati-hati bila berjalan, ada peragut sedang berkeliaran.

AP ( Ada Perhimpunan) – Di PWTC berlangsung kini, perhimpunan Agung pak cik dan mak cik , berteriak melaung mencari publisiti. Siaran langsung lagi …

Hehehe … jangan marah yer

Wednesday, July 20, 2005

Ungu Violet



UNGU VIOLET

“Begitu sempitnya waktu. Begitu besarnya cinta”. Aku suka sekali kata-kata yang penuh makna ini. Waktu tidak pernah berasa belas pada pencinta, sebesar mana pun rasa cinta jika tanpa keizinan-Nya kita akan tetap sendirian, ditinggalkan dan diduga. Waktu akan terus berlalu tanpa menanti kita bersedia memagut cinta yang hadir. Adakah cinta itu satu pilihan untuk dimiliki, atau memilih menanti untuk dicintai?

Inilah antara tema yang menunjangi Ungu Violet lakonan Dian Sastrowardoyo dan Ricky Hangono. Ditambah pula dengan lagu tema “Menanti Sebuah Jawaban” dendangan kumpulan terkenal Padi. Apa lagi yang diinginkan untuk sebuah filem cinta? Skrip yang baik, plot yang mantap? Entahlah …

Sinopsis :

Lando (Ricky Hanggono) seorang jurukamera yang baru saja ditinggal tunangannya. Dalam kegalauannya ini dia bertemu dengan seorang gadis penjaga ticket bus yang bernama Kalin (Dian Sastrowardoyo). Lando pun kembali menemukan ghairah hidupnya. Tapi perkara ini tidak berpanjangan, kerana tanpa alasan yang jelas Lando meninggalkan Kalin begitu saja, yang membuat Kalin marah dan sakit hati.

Waktu terus berlalu, Lando yang tetap dengan kegalauannya mendapatkan Kalin sekarang telah menjadi seorang super model, dia melihat kehadiran Kalin dimana-mana. Timbul kerinduan dan keinginan untuk menemui Kalin kembali dan menjelaskan alasannya dulu pergi. Akhirnya kesempatan itu diperolehinya, dia berhasil menemui Kalin, tapi pertemuan ini berakhir dengan tragis kerana Kalin mengalami kemalangan dan mengakibatkan dia buta. Walaupun kemudian Kalin mendapatkan penderma untuk kornea matanya yang membuat dia bisa melihat kembali, tetapi dia tidak melihat kehadiran seorang Lando, laki-laki yang sebenarnya sangat dia cintai.

Mungkinkah Kalin akhirnya bertemu dengan Lando, atau apakah kornea mata itu?? Begitu sempitnya waktu, begitu besarnya cinta !!

Tapi rasanya kita sudah dapat menduga kesudahan filem Ungu Violet ini. Mahu menonton bersamaku?

Menanti Sebuah Jawaban

Aku tak bisa luluhkan hatimu
Dan aku tak bisa menyentuh cintamu...
Seiring jejak kakiku bergetar
Aku telah terpagut oleh cintamu
Menelusup hariku dengan harapan
(Namun kau masih) terdiam membisu

Reff.
Sepenuhnya aku ingin memelukmu
Mendekap penuh harapan
Tuk mencintaimu
Setulusnya aku akan terus menunggu
Menanti sebuah jawaban
Tuk memilikimu

Betapa pilunya rindu menusuk jiwaku
Semoga kau tau isi hatiku
Dan seiring waktu yang terus berputar
Aku masih terhanyut dalam mimpiku
Aku tak bisa luluhkan hatimu
Dan aku tak bias menyentuh cintamu …

Lagu Tema : Padi “Menanti Sebuah Jawaban”
produksi Sony Music BMG Entertainment Indonesia.


Official Website :
http://www.ungu-violet.com/



Tuesday, July 19, 2005

Bunga Berguguran

MUSIM BUNGA BERGUGURAN

Pagi tadi tidak memandu ke ofis. Sajer jalan kaki . Cuma tak sampai 7 minit sudah sampai ke ofis. Baru perasan rupanya pokok-pokok di sekitar kampus sudah berbunga lebat. Warna putih dan merah jambu melatari wajah hijau pepohonan. Bunga-bunga berguguran setiap masa, sehinggalah semuanya luruh. Rasa seperti musim luruh di negara 4 musim. Yalah Malaysia pun ada musimnya juga “hot, hotter, hottest” hehehhee.

Meeting seharian. Soal penilaian kakitangan yang tidak sudah-sudah. Mahu berikan yang terbaik untuk kakitangan. Tapi siapalah kita. Sejauh mana kita boleh membantu, kita bantu. Yang lain sendiri mahu usahalah. Tak ada siapa lagi yang dapat membantu, jika bukan diri sendiri.

Projek ofis baru besar kemungkinan akan ditangguhkan. Fasa ke-2 belum siap. Aku tidak kisah, banyak lagi projek yang perlu aku buat di peringkat kebangsaan demi kepentingan semua pihak. Yelah kita sudah sampai ke peringkat ‘world’ kan?

Majlis penyampaian hadiah telah dibuat minggu lepas di Crowne Plaza pada 14 Julai. 2 tiket ke Melbourne, Voucher membeli belah dan hadiah sampingan lain diterima. Aku mengalah untuk tidak ke Melbourne kali ini. Walaupun aku merupakan salah seorang calon yang paling layak untuk terbang ke sana. Aku memilih untuk memberikan peluang itu kepada orang lain sebab dia juga ahli kumpulan kami yang bertiga ini. Tapi aku tetap nyatakan pada diri sendiri mungkin peluang lain akan menyusul pula … ke Korea Selatan? Aku pernah ke Melboune bersama dia 3 tahun lepas. Urusan penyelidikan. Kali ini untuk meraikan hadiah kemenangan yang kami perolehi. Tak apalah tidak mahu memperbesarkan isu.

Aku hanya meminta sedikit dari voucher membeli belah itu untuk membelikan Yana ‘electric kettle’.

Ketika aku memandang bunga-bunga yang berguguran. Musim baru akan muncul di suatu masa, begitu jugalah aku berdoa peluang aku pasti akan hadir di lain masa.

KEINSAFAN

Jika datang hari ini
kesedaran mengetuk pintu hati
semalam yang pahit
usah diratapi disesali
jadikan sekadar pengalaman
yang mendewasakan kita
kerana sesalan
hanya menambah luka
sebaliknya dengan berani
kita bunuh ratapan
dan bersama keinsafan
kita baiki kesilapan
kerana kesilapan
untuk dikesali dan diperbaiki
bukan untuk diratapi dan diulangi

Ehsan Jamily
Berita Minggu, Ahad 17 Julai 2005 p:8

Monday, July 18, 2005

Kahwin Percuma

KAHWIN PERCUMA?

KUALA LUMPUR 14 Julai - Baitulmal Wilayah Persekutuan berhasrat untuk menanggung sepenuhnya kos perkahwinan bagi pasangan kurang berkemampuan yang ingin mendirikan rumah tangga di bawah Skim Perkahwinan. Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) Che Mat Che Ali berkata, pada masa ini skim yang diperkenalkan pada tahun 2000 itu, Baitulmal memberi bantuan untuk membiayai sebahagian sahaja kos perkahwinan ataupun sehingga RM3,000. ``Bagi mereka yang ingin mendirikan rumah tangga tetapi kurang berkemampuan boleh tuntut agihan ini daripada Baitulmal oleh kerana pada hari ini ramai generasi muda yang tidak kahwin,'' katanya.

Che Mat yang juga Setiausaha Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (Mawip) berkata demikian kepada pemberita pada bengkel penambahbaikan skim agihan zakat era millenium Mawip di sini, hari ini.Che Mat berkata, lelaki yang berpendapatan kurang RM1,024 sebulan layak untuk memohon bantuan Skim Perkahwinan itu. Beliau berkata, pihaknya akan meningkatkan promosi skim itu dengan harapan lebih ramai lagi generasi muda mendirikan rumah tangga dan tiada lagi alasan tidak berkahwin kerana tidak berkemampuan. ``Sejak tahun 2000 tidak sampai 100 orang yang memohon skim ini untuk mendirikan rumah tangga,'' katanya.

UM –14 Julai 2005

Sebenarnya ianya satu usaha yang baik bagi warga KL untuk mendapat pembiayaan melangsungkan perkahwinan. Jika tidak mampu dan hasrat perkahwinan tidak boleh ditangguhkan. Baitumal boleh membantu. Tak perlulah membuat pinjaman pembiayaan peribadi di bank yang kadar faedahnya tinggi. Nanti sudah beranak-pinak pun hutang bank tidak juga langsai. Dari satu segi perkara ini dapat mengurangkan maksiat. Kadang terlalu lama masa yang diperlukan untuk mengumpulkan wang hantaran, sedangkan perkara itu bukan wajib.

Aku memandang perkara ini tetap ada pro dan kontranya. Kalau dua jiwa sudah nak kahwin buat apalah nak menyusahkan mereka dengan wang hantaran yang tinggi. Kahwin ikut kemampuanlah. Kalau tak mampu buat majlis kenduri yang besar, buat ala kadar sudahlah. Tidak perlu meminta-minta. Tak best pulak rasanya …

Sebab bila ‘entry point’ pun sudah tidak lepas, bagaimana nak membesarkan keturunan yang serba serbi perlukan RM?

Perkukuhkan nilai diri dan keupayaan, jangan tergesa-gesa. Biar lambat asal selesa.

Sunday, July 17, 2005

Najmil

Najmil Faiz & Teknologi Nano

Kalau aku di beri peluang menulis biografi seseorang pasti aku akan memilih Najmil Faiz. Kisah orang biasa yang menggunakan bakat dan keupayaan akademik dalam mencipta kejayaan. Dia tidak memohon tajaan berjuta ringgit untuk mencipta rekod bagi mengharumkan nama negara. Dia percaya dengan usaha keras, kejayaan dan penghargaan akan menyusul. Beliau selayaknya menjadi contoh atau idola rakyat Malaysia terutamanya golongan Melayu Muslim muda di negara ini untuk menjadi Melayu global yang berketrampilan.

Kita telah menuju kepada sebuah masyarakat bermaklumat (Information Society) :

This is a society in which the key product consists of information and hence the key resources are idea and knowledge. It is called a post-industrial society, and can be contrasted with an industrial society, in which the key resources are capital and the key products are manufactured goods. By extension, in an information society, business organizations will succeed and add value to their products and services through their ability to exploit idea and knowledge, rather than through their ability to exploit manufacturing capacity.
(source : A Dictionary of Information Technology and Service Computers p.95)


Sedikit latar belakang & kejayaan Najmil

Pelajar Malaysia pertama diberi penghormatan membentangkan kajiannya di Parlimen United Kingdom (UK) di London pada 14 Mac lalu, Najmil Faiz Mohamed Aris, berazam memperkembangkan teknologi Nano di negara ini selepas menamatkan pengajiannya nanti.


Beliau yang sedang mengikuti pengajian di peringkat kedoktoran dalam bidang kejuruteraan di University Metropolitan, Leeds, juga bercita-cita mempopularkan hasil kajiannya berkaitan cara mengawal Nano dan mikro dalam proses kejuruteraan sekembali ke tanah air, Mac tahun depan.

Menurutnya, kaedah pengawalan itu sudah lama dipraktikkan di luar negara tetapi belum digunakan secara meluas di negara ini kerana teknologi di Malaysia masih jauh ketinggalan berbanding negara lain terutama negara maju.

``Ketika ini saya sedang menjalankan kajian mengenai `Nano' dan `Micro-Machine Process' dan saya mahu mempopularkannya di negara ini supaya Malaysia dapat bersaing dengan negara-negara maju menjelang 2020,'' katanya.

Najmil, 25, yang berasal dari Ipoh, Perak melanjutkan pelajaran ke UK pada tahun 2000 bagi pengajian sarjana muda dalam kejuruteraan sebelum menyambung ke peringkat Ijazah Kedoktoran (PhD).

Beliau dijangka pulang ke tanah air pada Mac tahun depan untuk muncul sebagai salah seorang rakyat Malaysia termuda memiliki PhD, sekaligus memulakan kerjaya barunya sebagai pensyarah di Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn (KUiTTHO) di Batu Pahat, Johor.

Pada 14 Mac lalu, Najmil mencipta sejarah menjadi pelajar Malaysia pertama dijemput membentangkan kajian mengenai Proses Mikro dan Kejuruteraan Nano selama 15 minit di depan anggota Parlimen UK.

Menurut Najmil, kajiannya yang memenangi anugerah The Best Research of Good Prospect itu berkaitan teknologi mengurangkan geseran yang mampu mengurangkan kos serta meningkatkan keberkesanan dalam industri dan sektor pembuatan.

Saturday, July 16, 2005

Siti Sarah

BERSAMAMU … SITI SARAH

Pilihan musik dan penyanyi yang aku gemari memang selalunya lari dari kebiasaan. Keunikan seseorang sukar diungkapkan dengan kata-kata. Aku memang mengkagumi bakat nyanyian penyanyi kecik molek bersuara “Alicia Keys” ini. Setiap album barunya pasti menjadi koleksi peribadi, ya menjadi dendangan rasmi bila memandu balik ke kampong.

Setelah dibuai dengan kehebatan lagu “Kesetiaan”, kelunakkan lantunan dendamnya dalam “Saat Hilang Cintamu”, kini Sarah menjelmakan “Tiada Dikau Tiada Makna”. Album ke-3 yang telah berada di pasaran di penghujung bulan Jun ini memang amat dinantikan.

Sarah hadir dengan buah tangan yang lebih menyengat dengan lagu hit terbarunya “Bersamamu” yang menjadi lagu tema drama bersiri di TV. Pertaruhan Sarah berduet dengan Zahid AF2 melalui lagu “Menari Denganku” amat menghiburkan untuk lagu yang dikuasai irama rap.

Lagu “Tiada Dikau Tiada Makna”, lagu dan lirik oleh Hazami menjadi lagu pertama di dalam album ini. Percubaan Sarah menyanyikan lagu ini memang menjadi. Aku amat menyukai lirik lagu ini yang mempunyai makna mendalam.

“Hatiku retak
Mengejar bayang
Puas ku dakap
Kau terus menghilang
…”

Penghayatan Sarah untuk lagu ini memang mantap. Namun liriknya yang agak kabur berbanding lagu “Bersamamu” akan menjadikan lagu ini mengambil masa sedikit untuk dinikmati maknanya. Namun ianya merupakan salah satu lagu yang paling aku suka.

Lirik lagu memainkan peranan penting untuk sesebuah lagu itu. Lagu yang baik pastinya mempunyai lirik yang hebat dan mudah diingati. Keseluruhan album ini memang amat memuaskan hati. Ianya seperti membaca keseluruhan kehidupan peribadi yang mana plot penceritaan kisah kehidupan itu dilontarkan melalui muzik dan lirik lagu .Tiada Dikau Tiada Makna meneruskan lagi kecemerlangan Sarah di dalam arus industri muzik tanahair.

Lagu Lain : Cuma Permainanmu; Tinggal Serpihan; Kembara Kita; Kasihku Tunggu; Perihal Cinta Sejati; Cinta Usia Kita; Malis Cinta, Sandarkan Pada Kenangan (Duet Bersama Jamal Abdillah).


BERSAMAMU

Jangan di ucap selamat tinggal
Pada diri ku yang manantikan mu
Telah kau tunai seribu janji
Satu kau mungkiri …
Hidup bersama ku

Tidakkah kau kasihan
Kepadaku yang mengharapkan cinta mu
Mengalir airmata ku
Merintih dalam pilu bila kau berlalu.

Serikan semula mahligai hati yang lara
Bertahun lama ku tunggu
Bertaut cinta yang satu (dengan mu)

Berikan ku cinta
Sembuhkan luka lama
Selagi kasih membara
Daku setia selamanya

Jangan diucapkan perpisahan
Sayup suaramu membungakan rindu
Pasrahku di dalam kerinduan
Kasih padamu
Subur di hatiku.

Lagu & Lirik : Affendy
Nyanyian : Siti Sarah
Album : Tiada Dikau Tiada Makna
Terbitan : NAR Records (2005).

Friday, July 15, 2005

IPTA

IPTA –IPTS

“Kementerian Pengajian Tinggi akan bergabung dengan beberapa kementerian lain bagi mencari jalan segera menempatkan hampir 120,000 pelajar pintar Melayu yang gagal ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) ke institusi pendidikan alternatif.”

Sekarang kita boleh tahu seseorang pelajar itu gred A atau sebaliknya dengan hanya melihat di mana dia belajar. Pelajar pintar bijak akan mendapat termpat di IPTA manakala yang kurang (kadang tidak bernasib baik ) belajar di IPTS. Pelajar super pandai belajar di luar negara dengan tajaan penuh kerajaan di universiti terkemuka dunia.

Ada seorang rakyat Malaysia yang baru-baru ini membentangkan tesis kajiannya di Parlimen Britain pada Mac lalu, Najmil Faiz Mohamad Aris, 26 hanya mendapat pangkat 3 dalam SPM. Namun kini beliau adalah antara salah seorang pelajar kejuruteraan terbaik dunia.

Untuk berjaya memang payah. Tapi kita perlu lulus dengan cemerlang jika mendapat peluang untuk belajar. Setakat lulus cukup makan tidak lagi sesuai. Kehidupan selepas zaman belajar amat mencabar hanya yang terbaik diterima.

Rasanya kanak-kanak sekarang amat berat cabarannya. Cabaran untuk menjadi yang terbaik dikalangan yang pintar hebat. Bukan hanya berlumba-lumba untuk menjadi Mawi. Jadilah seorang professional Melayu Muslim yang disegani dalam apa juga bidang yang kita ceburi.

Ya, seorang professional Melayu Muslim Terunggul!

Thursday, July 14, 2005

Membaca


The Russian Red King Cobra Guppy




JULAI BULAN MEMBACA

Aku suka sekali membaca. Kalau tak membaca aku boleh pening. Aku bawa buku di mana-mana aku pergi. Tunggu bas ker, tunggu makanan kat cafe ker aku bawa buku. Dapat baca 3-4 helai pun amat membantu. Harapnya setiap hari boleh dapat ilmu baru. Dulu naik bus LEN bewarna merah bila balik kampong sungguh seronok. Membaca buku dan diusap angin di bus yang tidak ber air-cond itu.

Zaman kecil, Perpustakaan Awan Negeri Selangor (PPAS) ada menyediakan perpustakaan bergerak ke sekolah di kampong aku. Akulah yang sering datang dan meminjam buku di situ. Setiap petang Rabu aku datang meminjam buku. Masa itulah aku kenal dan membaca novel penulis tempatan seperti Zaharah Nawawi dan sasterawan negara yang lain. Aku boleh menyudahkan sebuah novel berat semalaman bertemankan pelita minyak tanah. Maklumlah elektrik hanya ada pada pertengahan tahun 80- an.

Bila dewasa pilihan buku kita berubah. Kini aku banyak membaca buku-buku berbentuk motivasi dan hobi. Entahlah, mungkin internet menjejaskan pembacaan aku. Sebab banyak bahan dalam bentuk online sekarang: pangkalan data atas talian, e-brary dan sebagainya membuatkan maklumat boleh dipilih-pilih di hujung jari.

Bebudak lain taksub dengan basikal BMX, aku terlalu takut jika watak dan perwatakan yang aku baca sampai ke penghujung terlalu cepat dan aku tiada bahan bacaan untuk di baca sedangkan rabu baru sehari berlalu.

DIA

Hilang bagai ribut, datang tidak bersambut . Kembali? Hilanglah engkau walau hanya dalam mimpi.


Wednesday, July 13, 2005

memburu cinta

MEMBURU CINTA

Nonton program terbaru Mencari Cinta TV3, tergelak sendiri. Tak tahulah namun cuba mengkaji apa persamaannya.

“Seseorang yang nampak sombong, tetapi sebenarnya pak lawak bila sudah kenal”. Kebanyakkan mereka telah stabil dari segi ekonomi dan matang. Cuma jodoh mereka lambat hadir. Sibuk membina hidup barangkali.

Tapi mana mungkin tidak menjumpai seseorang ? Ahli keluarga, saudara mara , sahabat handai pastilah akan mula memadan dan program suai padan berlaku di sepanjang hidup seorang bujangan.

Macamana wanita boleh terlepas pandang pada mereka ini? Atau terlalu memilih? Oppps perempuan hanya menanti pinangan. Lelaki yang mempunyai kuasa memilih sebenarnya. Ada tu sampai 42 kriteria yang dia nak. Manalah ada manusia yang sempurna brader. Ketidaksempurnaan itulah yang lebih menyeronokkan. Tidak statik dan explore pada satu pengalaman baru.

Cinta kena diburulah. Itulah yang aku pelajari dalam hidup ini . Kalau dulu bila ada kawan yang sama minat pada seseorang yang aku minati, biasanya aku memberi laluan pada mereka. Hey! Sekarang jangan haraplah … Cinta tak boleh lagi ditunggu, kalau nak rembat jer ... Ehh kena pinanglah. Tapi jangan kata aku tengah nak tempah baju pengantin pulak macam sorang tuu kata. Itu khabar angin jer ...

Cuma itulah , awan tetap kelihatan putih dari jauh, cinta datang biarlah seluruh.

Masuk TV dan memburu cinta? Gilalah, tak mahulah buat promosi macam tu. Wanita itu pula yang diberi kuasa ‘meminang’ lelaki, hahahha nah kau …

Tuesday, July 12, 2005

Guppy


Guppies - RREA (Real Red Eyes Albino)



BUSY

Baru selesai membuat 'staff assessment'. Penat beb nak perah otak menilai staff kita nih. Cari apa X faktor mereka dan menentukan kedudukan mereka. Macam ada ranking pulak. Yelah kena nilai betul-betul kerana ini melibatkan periuk nasi orang. Ada staff yang biasa, tidak mahu memcuba sesuatu yang baru. I pulak nak staf yang 'non-convensional'. Memang adalah staff yang sebegitu. Setakat ni semua mereka oklah. Tidak memeningkan kepala sangat.

Semalam meredah hujan ke Bangi. Kawan aku pulak bila aku kata dah sampai dia baru nak keluar ofis. Aku pulak dah menunggu lebih 30 minit. Aku biasalah bila tak buat sesuatu apa, tercongok jer camtu rasa pening dan tak selesa. Rasa macam orang bodoh pulak. Mungkin bila kita dah berumur lebih 30 tahun kita malas nak keluar rumah atau sudah tidak ada kesabaran untuk menanti orang. Bagi aku takder janji Melayu. Kalau janji pukul sekian-sekian kena datang lebih awal atau tepat pada masanya. Aku paling benci menunggu. Akhirnya aku kata aku nak belah. Aku balik macam tu jer. Malas nak layan ... Dia call bertalu-talu selepas itu. Cehh ...

Aku sibuk sekali sekarang ini ...

Monday, July 11, 2005

Sabra-Satilla

SABRA-SATILLA

Dua hari setalah London menerima habuan letupan bom, dunia bagai tersentak seketika. Namun segala apa yang terjadi di London hanyalah secebis dari kisah derita saudara seagama di Palestin. Sekali lagi Norzie Pak Wan Chik cemerlang dalam tugasan membelah sejarah kekejaman tentera Israel pimpinan Sharon di khemah pelarian Sabra-Satilla.

23 tahun peristiwa penyembelihan 3,500 pelarian Palestin itu disingkap semula dalam liputan Majalah 3. Ketika peristiwa ini berlaku, aku masih kecil. Usia 10 tahun manalah faham benar tentang penyembelihan dan kekejaman Israel.

Norzie dengan penuh wibawa membawa kita semua menyelusuri kisah kekejaman dan derita kehidupan yang tidak berkesudahan sehingga kini. Norzie berdiri antara runtuhan bangunan akibat letupan bom, menginsafi diri ketika menatap wajah para suhadah dan tiada kata-kata yang dapat dilafazkan ketika menjejaki kubur mangsa kekejaman Sharon berselerakkan mohon keadilan. Sedangkan dunia terus membisu.

“Di dunia ini Israel dan Amerika adalah tindakan kejahatan yang besar. Sharon datang membunuh anak-anak kami. Aku berdoa dia dibunuh sebagaimana dia membunuh anak-anak kami”. Begitulah ratapan Ummu Ali yang kehilangan 3 orang anaknya disembelih Israel.

Negara di mana lahirnya penyair Khalil Gibran itu tidak sunyi dari derita sama seperti apa yang terjadi 23 tahun dahulu. Rintihan mereka dipandang sepi oleh negara-negara lain, apatah lagi PBB.

Sabra-Satilla, 3500 orang lelaki, perempuan juga kanak-kanak disembelih dalam peristiwa yang berlaku lewat senja itu.

Apa yang berlaku di daerah lain, di sudut dunia ini lebih membilur dan pedih dari apa yang berlaku di London. Di Palestin peristiwa yang berlaku puluhan tahun bagai baru semalam berlaku. Bayangkanlah derita mereka!

Saturday, July 09, 2005

Kehidupan

HARGAILAH KEHIDUPAN

Mulanya aku malas sekali nak balik ke kampung hujung minggu ini. Namun mengenangkan hanya merekalah yang aku ada di dunia ini. Aku tidak mahu mempersiakan waktu-waktu emas yang aku miliki ini.

Bila aku membaca kisah kawan-kawan . Begitu berat dugaan mereka . Aku menjadi insaf sendiri. Bersyukur dengan apa yang ada. Senyum memancung kedukaan . Rasa bertuah di atas nikmat kurniaan-Nya.

Kehidupan ini sukar dijangkakan. Di luar segala duga. Akal manusia seringkali gagal menyelak rahsia. Manusia hidup dalam peta hidup yang tersendiri.

Tahu kenapa aku masih menulis setelah sekian lama? Sebab, terlalu banyak kasih sayang dari keluarga dan sahabat yang menyayangi aku tanpa syarat!

Mereka yang sentiasa memerhati dan mendoakan kesejahteraan .

Sabtu dan Ahad waktu cuti . 48 jam yang penuh misteri, terisi segala rindu dan bahagia, tanpa kata-kata.

Aku hanya memerhati segala ceritanya yang hilang entah ke mana. Tiada jejak …

Friday, July 08, 2005

London


Kejadian berlaku jam 7.51 pagi waktu tempatan sehari selepas London diisytiharkan sebagai kota tuan rumah Sukan Olimpik 2012 dan ketika Negara Kumpulan Lapan (G8) memulakan persidangan di Gleneagles, Scotland.

LONDON BERGEGAR

Sah-sah orang yang bertanggungjawab membuat dajal di London tu fail subject geografi masa sekolah dulu. Bush dan semua ahli G8 di Gleneagles Scotland tapi depa bantai orang yang tak berdosa di London. Akhirnya ada orang yang kehilangan kekasihnya, ada anak yang kehilangan ibu dan ayah mereka. Sungguh tak patut kalau nak buat pun buat lah betul-betul, bukan terhadap orang yang tidak berdosa. Apapun kekejaman bukan pemudah cara.

Umum mengetahui kematian 1 warga negara kuasa besar boleh mengakibatkan seluruh negara lain dihapuskan.

Teringat pada Pauline dia nak datang ke KL pun sikitlah punya takut. Takut dirompaklah, takut denggilah, takut pengganaslah. Tup-tup tempat yang paling selamat pun boleh kena bom. Lihatlah Pauline … apa pun harap you selamat di sana.

MENJARING MATAHARI

New banner membawa pengertian baru dalam kehidupan. Mengharap pada sesuatu yang mungkinkah tergapai tangan. Walau dari segi teorinya kita pasti akan memperolehi apa yang kita inginkan, walaupun bukan seperti apa yang kita impikan.

Daun-daun kering, dan cahaya mentari yang menembusi ruang waktu yang berlalu. Kehidupan pasti akan sampai kepenghujungnya, ke alam lain. Matahari tetap hadir tiap waktu . Hidup juga walau bagaimana pun harus diteruskan.

Terima kasih pada Salina (http://norsalina.blogspot.com) yang dapat menzahirkan apa yang ingin aku sampaikan di DJW.

Thursday, July 07, 2005

Proton

PROTON OH PROTON

Sekarang ni kalau baca akhbar memang hal Proton jer lah yang menjadi pertikaman lidah. Tuding menuding dan segala yang tak elok terselah. Menteri berkaitan salahkan PM dulu kenapalah bagi status kereta nasional kat Naza. Alahai dah buat tapi tak mahu mengaku pulak. Bila dah tersepit dengan isu lambakan AP baru terhegeh-hegeh nak salahkan orang lain import kereta hanya RM 11,000 dan pasang di negara kita.

Ohh sebab fungsi sudah bertukar? Sekarang jadi penasihat jadi mata terbukak luas dengan senario yang berlaku. Penguasaan pasaran 80% sudah jatuh ke 44% sahaja sekarang bila pembeli sudah hilang kepercayaan dan bertukar ke Perodua dan kereta Korea yang lebih berkualiti. Citarasa pembeli yang tidak boleh dipaksa.

Pasti isu menjaga vendor tempatan akan dihujahkan dan lebih 20 ribu tenaga pekerja dalam bidang berkaitan akan terjejas. Kenapa tidak terfikir dari dulu kalau sudah tahu Naza boleh senang –senang buat pakatan strategik dan keluarkan jenama hebat untuk pasaran tempatan dan antarabangsa? Bila bahan yang dikeluarkan masih di tahap gitu-gitu jer pembeli baru pun sudah merasa bosan. Kereta jenama lain lebih kurang sama saja harganya dengan kereta nasional. Tak kanlah rakyat Malaysia ni tak celik mata lagi.

Kebanyakkan rakyat Malaysia menggunakan kereta nasional, masing-masing masih setia dan belum habis bayar pun sampai kereta tu berkarat. Tidak semua rakyat negara ini mampu menukar kereta macam menukar baju. Jadi sudah pasti lambakan kereta akan berlaku di negara kita kalau pengeluaran lebih 700,000 setahun sedangkan pasaran hanya memerlukan 500,000 sudah pastilah ada yang tidak terjual.

VW pun bila kita baca kenyataannya memerlukan 7 tahun untuk memperhalusi pakatan yang dilakukan , kita sudah baca riaknya. Mereka tak mahu berkongsi . Nampak sangat kita yang terhegeh-hegeh. VW sendiri tidak nampal prospek jangka panjang di atas pelaburan yang kan dihasilkan that’s why mereka memerlukan tempoh yang panjang untuk mengkajinya. Atau adakah mereka menolak dengan cara yang baik? Diorang bersopan juga rupanya.

Entah ler bagi aku a good CEO will compete, tak perlu takut dengan keunggulan Perodua dan ‘kebijaksanaan’ Naza. Sudah terlalu lama dilindungi oleh kerajaan, bila kerajaan bertukar barulah tahu langit itu tinggi atau rendahnya. CEO yang baik tidak perlukan perlindungan kerajaan. Mereka akan dapat bersaing secara adil dan sihat di pasaran tempatan dan global. Best company winlah kan ?

Entah bila kita akan merasa bangga bila memandu kereta keluaran tempatan sebagaimana orang Korea memandu Hyundai Sonata atau setidak-tidaknya Getz.

Wednesday, July 06, 2005

Hidup

HIDUP YANG BIASA

The Cafe yang selalu aku pergi untuk bersarapan dan lunch telah tutup. Tamat tempoh perkhidmatan mereka. Susah sikit nak dapatkan sesuap nasi.

Semalam aku ke Dengkil makan soto yang aku 'miss' berbulan-bulan. Sebabnya tak der kawan yang aku boleh ajak menebeng kat situ. Kawan-kawna aku kebanyakkannya 'non-warung standard' jadi mereka geli-geleman bila di ajak ke tempat itu. Kalau ada pun si Wan tulah, tu pun nanti dia merungut sakit perutlah itu lah inilah. Sekarang dia dah kahwin so takderlah yang sudi meneman aku ke situ setiap petang Selasa. Wan dan isteri ke Kuching untuk menghadiri seminar. Aku hantar dia kat KLIA Express di Putrajaya.

Aku juga membeli 3 ekor ikan belida berbintik semalam. Ikan ni nampak macam jenis yang hidup sensorang, tak mahu berteman. Bila bertiga asyik mengejar dan nak membunuh sahaja. tengoklah kalau boleh hidup barang seminggu kemungkinan untuk hidup lama adalah cerah. Kalau tidak 'keras' jerlah nanti.

Siti Sarah dah keluar album ke-3. Nampak best jer tapi tak berkesempatan untuk ke IOI mall membelinya. Tajuk album dia "Tiada Dikau Tiada Makna". Aku ada semua album dia yang terdahulu, dan satu-satunya penyanyi yang aku follow perkembangan seninya. Nanti bila aku dah dengar album dia ni aku akan review.

Semua orang takder di ofis. Aku sibuk sekali dan bosan dalam waktu yang sama.

Tuesday, July 05, 2005

Suami Sepanyol wajib cuci tandas

Suami Sepanyol wajib cuci tandas

MADRID: Lelaki Sepanyol akan diwajibkan mencuci tandas dan menukar lampin bayi sekerap mungkin sebagaimana dilakukan isteri masing-masing, mengikut pindaan undang-undang perkahwinan di negara itu.

Jika gagal berbuat demikian, suami yang malas itu boleh dikenakan tindakan tegas, biarpun media tempatan tidak mengulas bentuk hukuman dimaksudkan itu.Dalam laporan semalam, langkah berkenaan bertujuan mengikis sikap lelaki macho negara latin itu supaya lebih mesra rumah tangga dengan turut berkongsi urusan dilakukan isteri.Pindaan undang-undang kontrak perkahwinan itu disokong kerajaan Sosialis Perdana Menteri Jose Luis Rodriguez Zapatero dan ahli politik Katolik dan berhaluan kanan lain.Ia antara lain memaksa lelaki dan wanita tidak hanya sekadar berkongsi kasih, tetapi sama-sama melakukan kerja rumah, membesarkan anak dan menjaga orang tua mereka.

Langkah memaksa golongan lelaki melakukan kerja rumah yang turut dicanangkan di Australia yang hadir dalam bentuk cadangan, sebaliknya menyaksikan Sepanyol lebih tegas apabila menggunakan undang-undang bagi memaksa kalangan suami malas yang lebih banyak menghabiskan masa menonton televisyen.Ahli Parlimen Sepanyol yang memperjuangkan pindaan itu, Margaret Uria dari Parti Nasionalis Basque berkata, kenyataan itu adalah amaran tegas kepada suami Sepanyol yang disifatkannya sebagai ‘alah’ kepada tugas rumah tangga.Statistik juga menunjukkan wanita Sepanyol melakukan pelbagai kerja rumah seperti membersih dan memasak sekurang-kurangnya enam jam sehari berbanding lelaki cuma 44 minit. – Agensi

Komen :

LMM pun rasanya sudah ke arah itu. Cuma kadang perempuan jer yang nak tunjuk sayang lebih dan buat semua kerja tu di awal perkahwinan. Kudrat tengah kuat, bila dah tak kuat mulalah nak membebel semua tak kena. Apa yang paling penting ialah wanita jangan sesekali manjakan suami masing-masing di awal perkahwinan. Kena beri tunjuk ajar kepada mereka apa kena buat bila berada di rumah. Ini adalah kerana supaya suami mereka ada peranan yang perlu di lakukan di rumah. Jangan marah suami yang asyik menonton TV bila di rumah. Habis dah tak diajar masa mula-mula kahwin dulu. Sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tanggunglah akibatnya.

Sumber :
Berita Minggu 3 Julai 2005

Sunday, July 03, 2005

Alaf21

MENGHIRUP FALSAFAH ALAF 21

Pagi Jumaat 1 Julai 2005, melapangkan diri ke Karangkraf untuk menemui bloggers yang lain di situ. Perjumpaan antara bloggers dan Alaf 21 sesuatu yang amat dinantikan. Kadang aku pelik kenapa aku boleh sampai ke majlis itu sedangkan begitu banyak undangan melantit yang lain tidak pernah sekalipun aku penuhi. Pastinya Alaf 21 mempunyai tarikan yang maha kuat. Bertemu sendiri dengan orang kuat Alaf 21, menyelusuri perkembangan syarikat Alaf 21, proses kerja dan rutin mereka dalam dunia penerbitan merupakan pengalaman yang cukup berharga. Tertarik dengan hasrat murni Alaf 21 untuk mencambah-biakkan keinginan bangsa Malaysia untuk meminati aktiviti pembacaan. Setiap satu produk yang dihasilkan mampu memenuhi keinginan kita semua. Bak kata orang “Macam-Macam Ada”.

Tidak dilupakan dapat juga bertemu dengan Kak Sri Diah antara orang kuat di Karangkraf dan penulis novel yang lain seperti Ramlee Awang Murshid dan Sharifah Abu Salem. Perbincangan yang diadakan dalam sessi soal jawab berlangsung dengan cukup mesra dan kedua pihak memberikan respon yang baik.

Aku memang tak pernah menanyakan soalan, aku lebih suka menghayati sesuatu diskusi dengan cara aku sendiri. Sebabnya soalan yang aku inginkan jawapan sudah ditanya oleh orang lain. Cara aku, jika aku inginkan sesuatu , aku dapatkannya sendiri. Akhirnya masa yang ditunggu tiba juga. Ketika menghantar aku dan seorang bloggers ke syeksyen 16 untuk mengambil kereta yang di tinggalkan di situ, Kak Wan telah memberikan semangat untuk aku menghantar manuskrip ‘setengah masak’ yang aku peram sekian lama.

Untung sabut timbul. Kak Wan kata “ Biasalah kalau manuskrip di tolak, itu sudah menjadi perkara biasa”.


Baca laporan dan gambar-gambar oleh Alaf21;

Thursday, June 30, 2005

Julie Posey

The Julie Posey Story

Kisah yang menarik tentang seorang suri rumah Julie Posey menangkap penjenayah fidofil hanya dengan melayari internet di ruang tamu rumahnya.

Segalanya bermula bila Julie dan suaminya menghadiahkan anak perempuannya sebuah komputer di hari jadinya yang ke 13. Kristyn telah melayari laman sembang di Internet dan berkenalan dengan Sam “MagicMan” yang berasal dari Boulder. Mereka telah membuat janji temu dan mereka telah berjumpa di tempat yang di janjikan. Nasib menyebelahi Kristyn bila kawan baiknya berkunjung ke rumahnya untuk menggunakan PC dan menjumpai perbualan antara Kristyn dan Sam. Julie telah dapat menghalang sesuatu yang dahsyat berlaku pada Kristyn. Namun Sam yang hanya mahukan seks daripada gadis bawah umur terlepas.

Detik ini telah membuatkan Julie berazam untuk menangkap fidofil dengan bekerjasama dengan anggota polis. Beberapa perjumpaan yang dirancangkan berjaya memerangkap penjenayah dan ada juga yang menemui kegagalan. Walaupun pada satu tahap Julie berputus asa lebih – lebih lagi bila kisah silamnya diungkit dalam satu kes perbicaraan mahkamah. Julie pernah di perkosa oleh jirannya iaitu Thomas Radner ketika berumur 11 tahun. Perkara inilah yang membuatkannya berazam untuk menumpaskan penjenayah yang mengambil kesempatan ke atas anak gadis melalui kemudahan laman sembang Internet.

Satu kes pembunuhan dalam laporan berita yang ditonton oleh suami Julie mengenai kematian seorang budak perempuan telah membuka mata suami Julie bahawa perjuangan Julie harus di teruskan. Gadis berusia 13 tahun itu telah di bunuh oleh seorang lelaki tua di sebuah hotel hasil perkenalannya di laman sembang Internet.

Kemuncak cerita ini ialah bila Sam akhirnya dapat diberkas hasil usaha Julie menyamar sebagai gadis berumur 14 tahun.

Moral kisah benar ini ialah kadang tanpa disedari kita mengundang penjenayah masuk ke dalam rumah kita tanpa disedari. Anak-anak yang mudah terpedaya menjadi mangsa kerakusan fidofil untuk memuaskan nafsu. Walaupun kebanyakkan mereka sudah berumur dan berumahtangga tapi menjadikan laman sembang (chatroom) untuk berseronok.

Cerita ini amat menarik. Sebuah tesis kehidupan dan wajar dijadikan pedoman dan pengajaran.

Kehidupan ini kadang sudah terlalu tercemar. Terlalu sesak dan memualkan.

Disesuaikan daripada filem
Defending Our Kids: The Julie Posey Story
(8TV 29 Julai 2005 10.00 pm)

Wednesday, June 29, 2005

Koma

DIPERSIMPANGAN DILEMA

"Saya tak sanggup jadi pembunuh, saya tak sanggup bunuh anak saya! Dialah satu-satunya anak lelaki saya yang menjadi harapan keluarga,? kata Mohsin Hassan mengenai satu laporan kononnya beliau mahu sistem bantuan hayat anaknya, Azrin, yang koma akibat dibelasah 20 lelaki Sabtu lalu, dicabut." (BH 29 Jun 2005)

Kisah keluarga ini pernah dilalui oleh Terry yang koma selama 15 tahun dan akhirnya Si suami mendapatkan perintah mahkamah untuk 'melepaskannya' pergi dengan aman supaya Terry tidak terus menderita. Bantahan dari ibu-bapa Terry membuatkan kes itu berlarutan dan akhirnya bantuan makanan Terry dihentikan. Terry meninggal dunia setelah kelaparan beberapa hari.

Kelmarin, seorang pakar bedah neuro surgeri hospital itu menjangka Asrin mungkin hidup dalam keadaan koma selama-lamanya akibat cedera parah di otak. Asrin tidak sedarkan diri selepas dibelasah sekumpulan remaja samseng dalam pergaduhan dipercayai berpunca daripada cemburu di Persiaran Gurney, jam 2.30 pagi, Sabtu lalu

Doa saya buat keluarga Pak Mohsin.

Redha.

Asrin, 18, meninggal dunia di Hospital Pulau Pinang (HPP) awal pagi ini selepas koma empat hari. Al-Fatihah

Tuesday, June 28, 2005

Siput

Siput Babi, Pucuk Paku.

Berderai air mata bila menonton kisah realiti kehidupan “Bersamamu” terbitan TV3. Malam tadi kisah keluarga Maini dan Mariam serta 5 orang anaknya dari Sarawak benar-benar menginsafkan. Paling mengharukan bila keluarga itu memakan siput babi sebagai lauk hidangan makan tengahari. Sayur pun hanyalah pucuk ubi yang diperolehi disekitar kawasan hutan tempat tinggal mereka.

Mengapalah masyarakat sekitar memencilkan mereka? Zaini anak lelaki sulung keluarga tersebut begitu gigih membantu keluarga mencari kayu api. Walaupun hidup tidak sempurna, namun mereka tidak menyalahkan takdir yang menimpa. Malam bertemankan cahaya pelita. Kemewahan tidak pernah menjelma.

Sedang 'orang-orang besar' panas punggung ketika kes ‘politik wang” dan rasuah ketika ini. Terdapat segelintir masyarakat yang tidak mendapat pembelaan kerajaan. Kesan kepincangan sistem yang ada. Kesenangan dan kemewahan yang diperolehi mungkin akibat menjahanamkan peluang orang lain untuk hidup secara bermaruah.

Insaf.

Monday, June 27, 2005

Matahari

MATAHARI DI DEPAN MATA

Sabtu pagi aku men’snake’kan diri. Kontraktor yang betulkan pakir di rumah aku dah janji nak datang. Pukul 7.30 aku dah bertolak ke Kapar. Tapi hampeh pukul 1.00 petang baru mereka buat kerja baik pulih tu. Kalau tahu macam tu takderlah aku ambik EL.

Dalam dok melangut jadi mandur, sebab nak pastikan segalanya sempurna. *Aku bab komplen memang cekap. Tapi kan depa tu berjimat habis, kayu yang terkopek depa gam jer hanginlah aku kan? Aku suruh tukar dan siap varnish sekali. Nampak ler macam baru. Lega sikit hati.

But tiba-tiba dapat call dari secretary boss aku di Melaka. Biasalah kalau cakap lembut-lembut ni mesti ada hal. Ingatkan dia dapat menghidu jejak aku mensnakekan diri. Rupanya dia panggil aku semula datang ofis sebab ada hal penting. Sekarang katanya, pulak tu di Melaka. Adoii, pening kepala. Sebab tadi dah janji dengan Yana nak hantar dia ke Avon di KS. So aku mintak meeting tu di buat hari Ahad. Aku turun sorang sebab Zul dah terlepas ke Kuching berjalan-jalan, Wan pulak dengan ‘beraninya’ kata ada hal lain. Aku sorang yang bujang nih sentiasalah tak tahu nak create alasan . Lagipun ‘performance appraisal’ hujung bulan nih. Biasanya boss akan ‘makan hati’ dan terkenang benda-benda sebegini yang boleh memberi impak pada prestasi kerja. Aku belajar dari dulu , masa-masa appraisal janganlah buat hal kang tak pasal-pasal dapat teruk.

Dalam paksa rela pergilah aku ke Melaka. Memandu 90km sejam jer dengan air-cond kereta aku yang tak berfungsi. Masa air-cond kereta ok jarang pulak aku gunakan.. Bekerjalah aku dari pukul 9.00 pagi sampai 5.00 petang. Buat booklet untuk pelawat belia seluruh dunia. Aku sediakan content sebab tak reti nak buat design. Zul yang pandai buat design. Makan tengahari di kedai mamak then sambung kerja lagi. Siap semua aku check presentation boss aku dan pastikan semuanya ok. Orang buat kerja ni seminggu kitaorang kena buat dalam tempoh sehari jer. Payah tapi siap juga akhirnya. Fax kan material ke Singapore sebab President di sana. Then tadi dapat panggilan dari boss satu muka surat tu kena ubah ‘ as usual’ mana boleh buat sekali dan approve kan?

Semalam memandu balik ke CJ dengan pancaran matahari tepat di depan mata. Leher aku jadi zirafah sebab terpaksa mengelak pancarannya yang menyilaukan. Bahaya sungguh . Pukul tujuh dah sampai di tol Kajang. Makan malam di Bangi pekena ‘sup ekor’ . Balik nak sambung kerja dan nonton Apprentice pun tak dapat.

Minggu ni 2 tiket VIP nak nonton Mentor di SA pun terbuang. Terlupa pulak pasal hal itu dalam masa sibuk-sibuk camni. Yelah kadang bila kita bekerja, kita ni dah jadi milik syarikat. Harap BOD yang akan bermeeting minggu ni approvekan ler kerja 5 hari . Hehehe …

Saturday, June 25, 2005

The Calon

The CALON & REUNION

Tadi selepas solat Jumaat seperti biasa aku , Wan dan Zul makan di gerai berhampiran masjid di Dengkil itu. Seperti biasa dua orang sahabat baik aku tu bagi nasihat tentang perkara yang tidak berkesudahan ini.

The Calon itu orang yang sama. Yup aku tahu dan fasih segala kebaikannya. Kadang aku rasa The Calon itu terlalu baik untuk aku. Tetapi Zul sentiasa kata “ Wanita yang baik untuk lelaki yang baik”. Well, sekurang-kurang nya aku tidak menyimpang dari landasan .

Wan pula kata masa dia berkahwin dulu dia tidak kisah pasal hal harta atau segala ‘faedah’ yang boleh diperolehi. Yelah kadang pasangan kita lebih berharta dari kita dan sebaliknya. Dia kata, segalanya yang dipunyai nanti akan dikongsi dan kita tidak kisah itu semua lagi. Sama-sama membina hidup.

Ramai orang-orang disekeliling aku sudah menemui si jantung hati.

Batch 92-96 akan memgadakan ‘reunion’ pada pertengahan bulan depan di Restoran Sri Melayu. Aku memanglah nak pergi sangat jumpa kengkawan semua sebab dah 9 tahun tak jumpa. Tapi nanti “Dia” juga berkemungkinan besar akan datang. Seganlah … tiba-tiba aku rasa amat jauh dan tiada apa yang dapat dibanggakan setelah 9 tahun berlalu ini. * Takkan nak tunggu aku kahwin dgn CT then baru jumpa mereka kan?* Tidaklah macam tu, tapi aku rasa kawan-kawan aku lain semua dah ‘settled-down’ dan hidup dengan bahagia. Ada beberapa puak yang masih single –mingle termasuklah aku. Confirmlah aku bakal jadi topik panas mereka. Bukankah perjumpaan seperti itu hanya nak lihat anak kita sudah ada berapa, isteri kita yang mana satu, kereta apa yang kita pakai sekarang ? Hehhehe buruk benar pandangan aku pada reunion ni yer? Pastinya tak ramai yang menghubungi aku dalam masa 9 tahun ini. Cuma jumpa begitu-begitu semasa conference/seminar sekali-sekala.

Jadi kemungkinan besar aku memilih untuk balik kampung jer pada tarikh itu.


J. Mizan
Renungkanlah

Rasa cinta pasti ada
Pada makhluk yang bernyawa
Sejak lama sampai kini
Tetap suci dan abadi
Takkan hilang selamanya
Sampai datang akhir masa
Takkan hilang selamanya
Sampai datang akhir masa
Renungkanlah

Perasaan insan sama
Ingin nyinta dan dicinta
Bukan ciptaan manusia
Tapi takdir yang kuasa
Janganlah engkau mungkiri
Segala yang Tuhan beri

Rasa cinta pasti ada
Pada makhluk yang bernyawa
Sejak lama sampai kini
Tetap suci dan abadi
Takkan hilang selamanya
Sampai datang akhir masa
Takkan hilang selamanya
Sampai datang akhir masa
Renungkanlah

Lagu ni aku curik dari komen page Salina. Tak kisah lah kan yerr? Jangan marah pulak.

Friday, June 24, 2005

Percaya

TENTANG HIDUP
"PERCAYA kepada naluri kerana ia sentiasa benar. Lakukan sesuatu dengan ikhlas dan gembira kerana kehidupan ini tidak sesukar mana, andai setiap perkara dijayakan, disulam dengan kegembiraan,” ujar pemilik A Cut Above, Winnie Loo pada pelancaran Autobiografi A Cut Above baru-baru ini.

Kehidupan memang tidak sesukar mana jika kita berada di landasan yang betul. Bila kita tahu apa yang di ingini Tidak lari bila sesuatu masalah timbul. Selesaikan satu persatu agar fikiran kita menjadi tenang dan stabil.

Escapism? Merokok, buat benda-benda mengarut taklah sampai begitu sekali. Tahulah kenapa ada yang menghabiskan masa di Kelab Dangdut segala. Rasanya sebab nak lari dari masalah, walaupun masalah lain mungkin menjerat.

Hiduplah dengan apa yang kita rasa selesa. Masih percaya dengan perkara ini. Jangan hidup berpandukan orang lain. Kita melayarkan bahtera kehidupan ikut kemampuan kita. Orang lain tak akan faham apa yang bakal kita hadapi. Akhirnya kita juga yang terpaksa menelan perkara itu sendiri-sendiri. Sendiri mahu ingatlah kan?

Dalam kehidupan sebenar aku amat berahsia dan jarang buka mulut. Sebab mereka tak perlu tahu apa yang aku lalui dalam kehidupan ini. Tidak perlu … pengalaman mengajar aku bahawa orang yang paling kita percaya pun belum tentu akan sanggup membantu bila kita kesusahan. Jadi lebih baik hadapi segalanya sendirian.

Saat gembira memanglah menyeronokkan, saat ribut petir mati kesejukanlah keseorangan

Thursday, June 23, 2005

Bersamamu

BERSAMAMU

Aku mintak lirik lagu ni kat Mai SA, sebab bila aku dengar kat TV tak sempat nak hafal. Lagu Negara Ku pun tak hafal, ini kan pula lagu macam ni kan? Rancangan Bersamamu TV3 ni sedih sekali, ramai orang susah di Malaysia ni rupanya. Gunakan SMS untuk menderma. Ianya untuk tujuan mulia, meringankan beban saudara yang dalam kesusahan. Alangkah baiknya kalau peminat AF3 juga berlumba-lumba mengsms, tapi tak ramai yang menonton rancangan ini. Aku tak tahu ratingnya macammana. Yang pasti hanya non-astro subscriber yang menonton TV free kot yang nengok rancangan ni. Golongan mak datin yang banyak duit mestilah nonton channel lain.

Ada orang yang tak sanggup menonton kisah macam ini di TV. Kisah penderitaan orang terutama bangsa Melayu kadang dilihat penuh sinis. Tapi mereka tidak akan meminta, jika tidak terpaksa. Manalah ada orang yang sanggup mendedahkan aib dan kesengsaraan hidup selain terpaksa. Bagi mereka ini adalah jalan terakhir setelah mungkin usaha lain tidak berkesan.

Hari ini hari mereka, hidup kita tidak tentu lagi bagaimana peta perjalanannya. Langit tidak selalu cerah, hujan air batu boleh terjadi secara tiba-tiba.

Bercakap tentang TV3, tadi ‘bekas’ kawan aku call aku di ofis. Terkejut aku dengar suara lemak merdu @ manja dia tu. Tidak berubah, biasalah bila ada hal, orang yang dah berkurun tak ditegur pun akan jadi makhluk paling penting ketika ini. Dia mengandung anak keduanya ketika ini. Tak sangka masa berlalu begitu pantas. Aku mintak dia simpan kan tiket JL hujung tahun ini sebab aku tak pernah nonton sebarang konsert secara live. Dia kata kalau nak nengok Mentor secara life dia boleh tolong. JL kena mintak dengan boss dia, kalau ada balance baru dia kasi. Dia bagi no hp dia dan ofis, walaupun aku tak mintak. Sebab dia dah berpunyakan. Tapi dia tetap begitu. Dia tanya aku kenapa tak kahwin lagi? Aku terkedu …

Macam kisah jejak kasih pulak. Banyak kisah yang terjadi di masa lalu, dan kita hanya membiarkannya berlalu begitu sahaja.

Wajah (Bersamamu TV3)
Penyanyi: Jaclyn Victor (1st Malaysian Idol 2004)
Komposer: Othman Mohamad
Penulis lirik: Habsah Hassan

Berbumbungkan angkasa kelabu
Lantainya bumi retak seribu
Setiap langkah perjalananmu
Beronak berliku

Betapa berat mata memandang
Berat bahu menggalas bebanan
Belum sempat menitis ke pipi
Tangisan kering sendiri

Berkali tersungkur
Pandanganmu kabur
Namun azam meneruskan hidup
Tak pernah luntur

Engkaulah perwira
Di medan derita
Merentasi ranjau kehidupan
Dengan harapan

Luahan rasa derita jiwa
Pada wajah tiada rahsia
Menunggu malang berganti tuah
Usah kau berputus asa
Kaulah wira

Wednesday, June 22, 2005

5 Hari

KERJA 5 HARI SEMINGGU?

Setakat ni belum nampak pembayang yang management akan announce kerja 5 hari seminggu. Orang di Pucuk Rebung sudah lama kerja 5 hari jer. Orang tua tu tak dapat ilham lagi kot nak bagi pekerja dia rehat 2 hari . Yelah mana yang 'kaki bekerja' kang takder apa nak buat.

Bagus gak kalau dapat kerja 5 hari seminggu nih. Ada banyak masa nak balik kampong jenguk orang tua. Boleh pergi dating dan carik pasangan mana yang bujang tuhh (hehehe). Mana yang dah ada pasangan, banyak masa nak bersama bini dan menambahkan statistik jumlah penduduk Malaysia. Meramaikan umat Islam. Mana yang sudah beranak pinak boleh jaga anak dan bagi masa maid pergi bercuti pulak .Maknanya banyaklah benda boleh di buat. Tapi kalau jenis yang buat 'dunno' tu cuti ker tak cuti ker sama jer.

Akhirnya dia menghubungi aku jugak. Dengan alasan biasa dia dan tidak berasa bersalah langsung. Bencilah sikap dia tuuh tapi itu jer yang boleh aku kenangkan.

Tuesday, June 21, 2005

KERJA

Baca tulisan ni di akhbar BH pagi ini , “9 Ciri Mudah Dapat Kerja”

Sembilan Ciri Graduan Mempunyai Pasaran

1.Maju dan berdaya saing
2.Berketrampilan dan berpersonaliti unggul
3.Mempunyai pengetahuan dan kelayakan sesuai dengan kerjaya.
4.Menguasai kemahiran komunikasi.
5.Bersikap positif dan bersemangat tinggi.
6.Beretika dan mempunyai intergriti tinggi.
7.Mempunyai kemahiran sampingan.
8.Mempunyai kualiti intelektual
9.Memanfaatkan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi.

Soalnya bagaimana majikan dapat mengesan kesemua ciri ini semasa temuduga diadakan? Kadang apa yang dilihat didepan mata tidak seperti yang diharapkan setelah calon diambil bekerja. Ada yang hanya pandai bercakap tapi kerja entah apa-apa dan menimbulkan masalah kepada team yang sedia ada.

Tapi sebenarnya, semasa interview diadakan kita dapat merasa mana calon yang ‘sesuai’ dengan kita tanpa dia membuka mulut pun. Kita sudah tahu yang dia layak untuk menjawat jawatan yang dipohon. Macam sudah ada kuasa ajaib bakal majikan dan calon pekerja sewaktu dia menunggu di luar bilik temuduga lagi.

Itulah yang bekas-bekas majikan aku katakana ketika aku diambil bekerja. Dia ada kata, dia sudah tahu mana calon yang nak diambilnya. Cuma interview sebagai formiliti sahaja dan calon-calon lain yang dijemput sebagai ‘back-up ‘ jika aku tidak hadir.

Betulah pengalaman aku menginterview orang ni. Kadang kelulusan semua baik, tapi sikap dia yang sukar digambarkan kita dapat tahu yang dia boleh get along dengan kita atau tidak, dia ni jenis lompat kerja kerap sangat atau tidak. Menurut arahan atau kaki bangkang ker. Tapi itulah seperti yang aku katakana tadi, kalau dia memang ada rezeki, kita dapat rasakan dari awal lagi walau dia tidak membuka mulutnya lagi. Kita boleh tahu orang itu nak kan kerja itu atau gaji.

That’s why kenapa sesetengah orang sukar mendapat kerja di tempat lain atau mintak kerja ( tukar kerja) tak dapat-dapat. Sebab aura dia tak kena. Kena mandi bungalah dulu .

Monday, June 20, 2005

Senyap

SENYAP

Sudah seminggu dia mendiamkan diri. Tiada suara, tiada apa. Senyap sunyi. Aku tidak menanti apa-apa di hujung sini. Tapi kadang risau jika ada sesuatu yang terjadi dan aku menjadi orang terakhir yang tahu. Sedih bukan?

Aku pun gatal tangan untuk mengsmsnya. Tiada jawapan. Ditelan naga barangkali. Panggilan juga tidak berjawab. Barangkali dia tiada di sini. Mungkin terbang jauh tanpa pamitan. Mungkin aku bukan di antara insan yang perlu tahu apa yang dia lakukan.

Tidak mengapa kawan, bukan tidak pernah kita bersenyap sunyi. Tapi tiap kali kau 'hidup semula' aku tidak pernah mengungkit masa-masa senyap yang aku lalui.

Masa berlalu, senyap juga yang merayap di jemari ini.