Friday, September 23, 2005

Hospital

Layanan sambil lewa di hospital perkara lama
(Utusan Malaysia, 23 Sept.2005)


Saudara Pengarang,
KEBELAKANGAN ini didapati pengguna awam kian kerap tampil ke hadapan mempersoalkan hak mereka. Ini adalah satu perkara yang baik dan menunjukkan bahawa pengguna di Malaysia sudah sedar dan berani menuntut hak mereka.

Isu layanan di hospital kerajaan khususnya di wad bersalin bukan isu baru. Cuma kebanyakannya tidak mahu heboh-heboh dan hanya bising di `belakang' sahaja.


Layanan jururawat dan doktor terhadap penghuni wad bersalin khususnya wad kelas tiga bagi golongan `tak berwang' sering mengundang kesedihan ibu-ibu. Cuma bila telah selamat melahirkan mereka bersyukur dan menganggap `tidak mengapalah, yang penting anak telah selamat dilahirkan'.

Saya ingin berkongsi cerita ibu saudara saya yang melahirkan anaknya di Hospital Taiping pada tahun yang lalu. Sikap doktor yang tidak membenarkan beliau melahirkan walaupun saat melahirkan telah tiba, telah mengundang kecelakaan. Doktor tersebut seolah-olah ingin membuat ujian setakat mana bayi boleh survive selepas beberapa jam air ketuban keluar dan pada tahap air minimum manakah bayi akan terus survive.

Walaupun ibu saudara saya telah mengalami kontraksi yang kuat dan meminta beliau dibawa ke bilik bersalin segera tetapi doktor menahan malah tidak membenarkan beliau meneran kerana katanya masa belum sampai.

Ibu saudara saya bukan bersekolah tinggi tetapi sedikit sebanyak memahami bahasa Inggeris yang dituturkan oleh doktor dan jururawat. Hinggalah akhirnya kontraksi terhenti dan beliau mendengar jururawat bertutur dalam bahawa Inggeris bahawa bayinya telah meninggal dalam perut namun bimbang untuk memaklumkan kepadanya.

Salah seorang jururawat bertanya sama ada ibu saudara saya faham pertuturan mereka. Dan beliau dengan marah mengatakan beliau faham dan tahu bayinya lemas di dalam perut.

Oleh kerana bayi telah meninggal beliau telah disuruh meneran sendirian di dalam wad itu juga. Bayangkan dalam kesedihan, ibu saudara saya terpaksa meneran sendirian di dalam wad tersebut untuk mengeluarkan bayinya yang telah meninggal dunia.

Saya hanya mengetahui perkara itu beberapa bulan selepas kejadian. Walaupun ajal dan maut di tangan Tuhan tetapi perkara tersebut tidak sepatutnya berlaku.

Oleh kerana ibu saudara saya orang kampung beliau tidak tahu saluran manakah patut membuat aduan malah menganggap orang yang tidak berwang sepertinya hanya boleh bersedih dan marah-marah di belakang sahaja.

Ada ramai lagi ibu yang mengalami layanan seumpama itu hanya boleh bersedih atau marah-marah di belakang sahaja kerana mereka tidak berpelajaran, tidak berwang atau menganggap `tak mengapalah, bayipun telah selamat dilahirkan'. Sampai bila perkara ini akan berterusan? - KESAL, Kuala Lumpur.

ULASAN

Ngeri bila perkara sebegini berlaku pada ahli keluarga kita. Pesakit walau kasta mana pun dia harus diberi layanan sewajarnya. Mereka tetap pelanggan ketika mendapat rawatan. Menjadikan pesakit yang tidak berwang sebagai bahan ujikaji sesuatu yang bersifat binatang. Its also happen to my family many times before, then my mum tak tahan dan menyuarakan ketidakpuasan hatinya pada pegawai atasan di hospital tersebut. *Entah bagaimana ibu saya yang pendiam, buta huruf boleh menjadi begitu berani dan kini menjadi salah seorang wanita aktif berpersatuan mungkin akibat kisah penganiayaan tersebut. Barulah selepas itu kesnya tidak diperlekehkan. Kenapa masyarakat kita hanya takut bila orang atasan bertindak?

Berbalik pada masalah di atas. Ya, pengguna perlu tahu hak dan saluran mana untuk bersuara. Perlu ditubuhkan rakan hospital yang membantu golongan berpendapatan rendah untuk menerima layanan secara terhormat. Petugas hospital perlu ada SOP dalam melakukan tugasnya, bukan kerja ikut mood kerana ia berhadapan dengan nyawa seseorang.

Thursday, September 22, 2005

ENTAH

ENTAHLAH LABU ...


Baru pulang dari menziarahi seorang sahabat di BB Bangi. Seorang kawan yang menghadapi masalah atau lebih tepat zaman kehancuran rumahtangganya. Mereka sudah pun bercerai. Sedang melalui proses tuntutan di mahkamah. Saya yang bujang ini hanya menjadi pendengar yang setia. Tidak reti untuk menambah apa namun pendapat saya di perlukan juga kadang kala. lebih banyak mendengar kisahnya. 17 tahun hidup bersama dan akhirnya perkahwinan tidak dapat diselamatkan juga. Saya cuba meneliti permasalahan mereka. Kalau dulu di awal perkahwinan sangup bersusah payah, kenapa bila telah beranak-pinak tidak sabar menanggung dugaan. Hidup mereka telah stabil, namun bercerai disebabkan cemburu dan perkara -perkara kecil. Bila makin tua, makin sensitif agaknya. Hati mudah tersentuh. Pantang di cabar, tidak berkomunikasi dan hanya memendam perasaan. Atau sudah terlalu jemu melalui rutin kehidupan yang serupa. Soal pergi berjogging pun boleh menjadi isu besar.

Akhirnya, ramai yang ingin kembali bujang. Hidup bujang pun tidaklah selalunya membahagiakan. Rasa sunyi memang ada. Kawan sahaja juga berkata dia tidak sanggup membujang terlalu lama. Wah sudah ada perancangan yang baik ... Eloklah tu. Entahlah kadang bila mendengar cerita dari satu pihak, kita tidak dapat cerita sebenar.

Hidup ini penuh dengan misterinya. Kita menerima bahagian kita, elok atau tidak kita yang menentukan. Kadang tidak banyak pilihan yang perlu kita buat. Esok tetap memberikan hari baru, pengalaman hidup yang berbeza dan umur yang bertambah.

Hari ini saya berkampung di PJ Hilton untuk program Executive Development Program.

Wednesday, September 21, 2005

Blog

Tiada akta khusus kawal selia blog
Oleh Jamhariah Jaafar (BH 21 Sept.2005)


DUNIA semakin canggih. Teknologi berubah terlalu pantas. Setiap hari ada saja ciptaan baru dihasilkan. Akibatnya manusia menjadi mangsa apabila mereka kini terpaksa mengejar teknologi, bukannya teknologi mengejar mereka.


Malaysia adalah antara negara membangun yang amat pantas ‘diserang’ dengan pelbagai teknologi dan dunia siber yang satu ketika dulu menjadi kebanggaan untuk dikuasai, tetapi ketiadaan undang-undang siber yang khusus membuatkan negara kini mula menghadapi dilema.

Sejak dulu, kerajaan mengambil langkah untuk tidak membuat sebarang tapisan ke atas dunia siber. Seksyen 3 (3) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 juga mengisytiharkan tiada suatu peruntukan di bawah akta itu yang membenarkan sebarang penapisan maklumat dilakukan.Prinsip ini berasaskan pendapat bahawa pengawalan maklumat hanya akan memberikan kesan negatif ke atas perkembangan teknologi yang sentiasa berubah.

Bagaimanapun, selepas beberapa tempoh, masalah mulai timbul kerana ketiadaan kawal selia bagi pelbagai bentuk penyebaran maklumat, terutama kumpulan bloggers yang langsung tidak tertakluk kepada mana-mana peruntukan undang-undang.Di Malaysia ketika ini, hanya media cetak dan elektronik memerlukan permit yang sah. Peruntukan undang-undang seperti Akta Percetakan, Akhbar dan Penerbitan 1984, Akta Penyiaran 1988, Akta Hasutan 1948, Akta Rahsia Rasmi 1972, membataskan maklumat yang boleh dicetak dan disebarkan kepada orang ramai.

Justeru, kemunculan internet sebagai alat komunikasi terkini memberi pentas amat besar bagi penyebaran maklumat tanpa batasan. Akibatnya, di Malaysia saja beribu-ribu blog dan laman web diwujudkan. Ramai di antara mereka menjadi bloggers yang menyebarkan pelbagai maklumat tanpa sebarang tapisan.Kebebasan tanpa batasan ini akhirnya tidak dapat tidak menimbulkan rasa ngeri, gelisah dan kemarahan banyak pihak, termasuk kerajaan kerana bloggers mempunyai pentas amat luas untuk meluahkan pendapat, perasaan tidak puas hati dan kritikan.

Blog iaitu ringkasan bagi web log adalah diari atau jurnal maya, digunakan pengguna bagi menyiarkan pendapatnya dan komen mengenai sesuatu isu secara langsung di internet. Bloggers pula adalah mereka yang mengendalikan blog itu.Sesetengah forum perbincangan dalam blog ini dikawal selia oleh hos. Bagi yang tidak dikawal selia, apa juga kenyataan boleh menerobos masuk tanpa ditapis.

Isu mengenai bloggers ini menjadi perhatian umum apabila dua bloggers tempatan membuat laporan polis selepas laman web mereka menerima mesej berbau perkauman sejak seminggu lalu. Ini adalah kali pertama dalam sejarah Malaysia, mereka yang mengendalikan blog membuat laporan polis. Namun, tindakan kedua-dua bloggers itu membuka satu dimensi baru kepada dunia siber.

Pihak berkuasa perlu membuat keputusan sama ada perlu atau tidak satu peruntukan disediakan bagi mengawasi blog atau laman web individu ini. Kegagalan mengadakan sebarang peruntukan undang-undang boleh menjejaskan lebih banyak pihak selepas ini. Mungkin ada ada baiknya kita mengikut jejak Kerajaan Singapura yang memang terkenal sebagai negara yang mempunyai undang-undang begitu ketat dan digeruni semua pihak, termasuk pelancong asing.

Namun, ketegasan kerajaan negara jiran itu membuatkan banyak pihak lebih berhati-hati dalam meluahkan pendapat atau idea. Terbaru, Perdana Menterinya, Lee Hsien Loong, tanpa teragak-agak memberi amaran kepada seluruh rakyatnya supaya jangan bertindak melampau sehingga mengancam keharmonian kaum dan penduduk pelbagai agama republik itu.Jumaat lalu, seorang remaja Singapura yang mempunyai blog sendiri didakwa mengikut Akta Hasutan kerana dituduh menghantar mesej berbau perkauman di internet. Remaja berkenaan yang juga seorang pelajar sekolah swasta, menghadapi tujuh tuduhan mengeluarkan kenyataan berbau perkauman anti-Melayu dalam dua blognya antara 4 April hingga 16 Julai lalu.

Awal minggu lalu, dua penulis blog dituduh atas tuduhan sama mengeluarkan kenyataan berunsur perkauman di blog masing-masing.Pengarah Pusat Keselamatan dan Tindakbalas Kecemasan ICT Kebangsaan (Nicer), Lt Kol (B) Husin Jazri, bagaimanapun menegaskan Malaysia sebenarnya mempunyai peruntukan undang-undang yang cukup dalam mengawasi perkembangan laman web tempatan, kecuali jika hosnya berpangkalan di luar negara.Katanya, jika berlaku pencerobohan ke mana-mana laman web tempatan, pengadu boleh merujuk Akta Jenayah Komputer 1997, manakala Akta Hasutan pula turut membabitkan isi kandungan sesuatu laman itu.

“Tidak ada halangan untuk mana-mana pengadu merujuk sebarang kesalahan atau jenayah komputer ini dengan menggunakan Akta Hasutan atau Akta Jenayah Komputer. Isunya sekarang tidak ramai yang mengetahui mengenai perkara ini dan tidak banyak laporan polis dibuat membabitkan kesalahan ICT, kecuali penipuan membabitkan sistem kewangan atau perbankan,” katanya.

Husin berkata, pihak berkuasa negara ini hanya akan menghadapi masalah jika blog atau laman web itu, walaupun dikendali oleh rakyat tempatan, tetapi mempunyai hos di luar negara.“Internet sekarang sudah melampaui sempadan dunia. Ada antara laman web tempatan yang mempunyai hos di luar negara dan sebarang isu membabitkannya perlu mengikut undang-undang negara berkenaan. Dalam keadaan ini, seperti yang kita tahu – persepsi, budaya dan terjemahan undang-undang itu sendiri tidak sama antara sebuah negara dengan negara lain.

“Antara isu yang perlu diselesaikan ialah bagaimana kita boleh mewujudkan satu model kerjasama bagi membolehkan pihak berkuasa antara negara bekerjasama jika berlaku sesuatu kes,” katanya.Diminta mengulas dasar tidak akan menapis isi kandungan laman web atau blog yang ternyata amat lantang menyuarakan pendapat dan perasaan tidak puas hati, beliau berkata, Akta Hasutan sudah cukup kukuh untuk membabitkan golongan itu.

“Yang penting pihak berkuasa menerima laporan dan mempunyai asas kukuh melakukan dakwaan,” katanya dan meminta orang ramai menghubungi Bahagian Jenayah Komputer di Bukit Aman, jika ada blog atau laman web tempatan menyalahgunakan teknologi bagi mencetus kejadian tidak diingini di negara ini.Dalam kes dua bloggers tempatan yang membuat laporan polis kelmarin, imej mereka sebagai bloggers yang beretika dan tidak melakukan sebarang kesalahan undang-undang, boleh tercemar jika membiarkan saja penceroboh terus menghantar mesej berbau perkauman ke laman blog mereka.

Namun, ketiadaan sebarang peruntukan undang-undang membuatkan banyak pihak tertanya-tanya apakah yang boleh dilakukan pihak berkuasa yang tidak boleh bersandar kepada mana-mana akta untuk mengambil tindakan sewajarnya.Sudah tiba masanya pihak berkuasa Malaysia mengkaji untuk mengambil tindakan yang sama seperti Singapura. Ramai bloggers tempatan yang berwibawa mungkin tidak setuju jika diletakkan dalam satu bakul sama dengan media cetak dan elektronik.

Namun sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab, mereka tidak sewajarnya menghalang jika pengamal dunia siber diletakkan di bawah peruntukan Akta Hasutan kerana akta ini meliputi pelbagai kesalahan, termasuk ke atas mereka memula atau menyebarkan apa saja yang boleh menyinggung perasaan kaum dan agama.

Nota :
Kalau tulis benda-benda yang tidak membina kang kata penulis blog tak educated dan hanya menulis perkara remeh, cinta dan benda-benda picisan. Secara peribadi asalkan penulisan itu tidak menimbulkan sebarang ancaman dan kemusnahan kepada mana-mana pihak harus digalakkan. Blog seharusnya terus menjadi media alternatif yang mampu bersuara dengan bebas mengikut norma-norma yang di terima umum. Adakah pihak berwajib semakin tertekan dengan kewujudan beribu-ribu blog yang kehadirannya lebih 'lincah' dan 'terbuka' berbanding media arus perdana yang lebih terkongkong dengan pelbagai akta? Jika di rujuk dalam MSC internet tiada tapisan atau kawalan terhadapnya jadi ini sudah jelas ke arah mana penulisan blog perlu bersandarkan hakikat keterbukaannya berbanding sumber media lain.

Tuesday, September 20, 2005

Warkah

Warkah Berlagu Pilu : Sebuah Kisah

Padamu ku utuskan kalimah penuh perasaan
Untuk ku menyatakan apa yang tersirat di hatiku
Dalam tidak kau sedari kau hanya menyintaiku
Sedang ku mencuba melangkah pergi dari
hidupmu”

Warkah di utuskan buat gadis yang menyayanginya sepenuh hati. Si gadis menyintainya sepenuh jiwa. Namun jejaka itu mengambil keputusan untuk meninggalkan gadis. Walaupun dia tahu cinta gadis hanya untuknya. Sebuah warkah perpisahan di utuskan buat gadis bagi menyatakan detik perpisahan itu.

Kau yang sering membahagiakan
Di kala ku kesedihan
Tak mungkin dapat ku lupakan”

Gadis memberikan cintanya seluruh. Membahagiakan dirinya ketika si jejaka kesedihan. Si jejaka tahu benar segala pengorbanan dan amat menghargai segalanya. Tapi entah kenapa si jejaka tetap mahu meninggalkan si gadis.

Ku hanya ingin kau mengerti
Apa yang ku miliki
Cuma harapan dan sinar
Lupakanlah semua kenangan
Yang bisa buat kau bersedih
Sampai di sini saja cinta yang dipertahankan

Jejaka berharap segala kenangannya bersama gadis agar dapat dilupakan terus. Kerana segala kenangan itu akan hanya membuatkan gadis bersedih. Jejaka mempunyai alasan tersendiri mengapa dia berbuat demikian dan hanya jejaka sahaja yang mengerti keputusan yang diambilnya. Sungguh kejam jika dilihat dan azab sekali apa yang bakal diterima oleh si gadis. Namun jejaka tetap ingin memutuskan cinta kasih yang telah bersemi itu.

Anggaplah ini suratan satu perpisahan
Maafkan ku andai dirimu terluka”

Jejaka mengharapkan gadis redha di atas pemergiannya. Kadang perpisahan terjadi tanpa sebab yang mampu diucapkan. Sudah takdir mungkin. Seribu kemaafan dipohon buat gadis yang pastinya terluka teruk di atas tindakan jejaka.

Dalam tidak kau sedari kau hanya menyintaiku
Sedang ku mencuba melangkah pergi dari
hidupmu”

Gadis hanya mempunyai satu cinta dan cinta yang satu itu telah dipertaruhkan buat jejaka. Namun jejaka tidak menghargai cinta gadis dan meninggalkan gadis walau dia tahu betapa dalamnya cinta gadis terhadapnya. Jejaka mohon maaf andai hati gadis terluka.

Begitulah berakhirnya episod kisah cinta ini. Ia datang tanpa di duga dan hilang bagai ribut yang singgah sesaat cuma. Mengapa sebuah cinta itu musnah? Kemusnahan sebuah cinta kadang tidak perlu bersebab. Ia akan datang dan pergi tanpa pamitan. Siapa yang bersalah juga tidak penting kerana menyayangi seseorang bukan tanggungjawab insan yang bercinta di luar perkahwinan. Tanggungjawab yang sebenar hadir setelah keduanya diijabkabulkan. Jadi, jatuh cinta hanya merupakan satu asas yang akan mencipta ruang kebahagiaan samada ia kekal ke destinasi atau hanya tersadai dan terhempas berkali-kali. Sehinggalah kebahagiaan hakiki dimiliki bila mereka bersatu menjadi suami isteri. Jadi tidak apa kalau kita terluka dan ditinggalkan berkali-kali kerana insan itu bukan tercipta untuk kita …Bila perpisahan terjadi beruntunglah jika kata maaf diucapkan dan bukan cacian yang terhambur. Jadi bersyukurlah ...

Macam senang jer kisah ini …

Lirik penuh “Warkah Berlagu Pilu”.

Padamu ku utuskan kalimah penuh perasaan
Untuk ku menyatakan apa yang tersirat di hatiku
Dalam tidak kau sedari kau hanya menyintaiku
Sedang ku mencuba melangkah pergi dari
hidupmu

Kau yang sering membahagiakan
Di kala ku kesedihan
Tak mungkin dapat ku lupakan

Ku hanya ingin kau mengerti
Apa yang ku miliki
Cuma harapan dan sinar
Lupakanlah semua kenangan
Yang bisa buat kau bersedih
Sampai di sini saja cinta yang dipertahankan

Anggaplah ini suratan satu perpisahan
Maafkan ku andai dirimu terluka

Dalam tidak kau sedari kau hanya menyintaiku
Sedang ku mencuba melangkah pergi dari
hidupmu

Kau yang sering membahagiakan
Di kala ku kesedihan
Tak mungkin dapat ku lupakan

Ku hanya ingin kau mengerti
Apa yang ku miliki
Cuma harapan dan sinar

Lupakanlah semua kenangan
Yang bisa buat kau bersedih
Sampai di sini saja cinta yang dipertahankan

Anggaplah ini suratan satu perpisahan
Maafkan ku andai dirimu terluka

Lagu: Adnan Abu Hassan
Lirik: Faris
Penyanyi: Felix Agus

Monday, September 19, 2005

ISU

ISU POLIGAMI


Sekarang ini tengah hangat diperdebatkan tentang isu penyeragaman rang undang-undang poligami di seluruh negeri di Malaysia. Dengan penggubalan ini, isteri pertama dibenarkan membuat permohonan harta sepencarian selain nafkah anak ketika si suami membuat permohonan untuk membuka cawangan lain. Selain itu wali, bakal isteri baru, isteri pertama juga akan dipanggil di mahkamah untuk mempertimbangkan permohonan si suami.

Realiti kehidupan di Malaysia ini, walaupun Islam membenarkan poligami tapi tanggungjawab terhadap keluarga asal perlu dilindungi. Taraf kehidupan di negara kita semakin tinggi dengan kos meningkat setiap saat. Mengembangkan puak dan jajahan memerlukan kos yang lebih tinggi, bukan calang-calang orang mampu melunaskannya. Sedangkan 2 orang bekerja dalam keluarga bagi executive biasa hanya memberikan pulangan yang cukup makan inikan pula bila cawangan bertambah.

Ada juga negeri yang menolak usul ini dan mahu majlis agama negeri mereka sahaja yang menangani isu ini. Entah ler, kadang kesian pula melihat wanita di negeri tersebut. Logiknya isteri yang telah bersusah payah puluhan tahun membina keluarga bersama suami dan bila suami berkahwin lagi, takkan senang-senang isteri baru mendapat segalanya dengan mudah.

Perkahwinan menuntut segalanya, kerjasama, kepercayaan dan saling membantu. Namun kadang hanya satu-satu pihak sahaja yang terlalu berusaha untuk mengekalkannya sedangkan pihak yang satu lagi tidak berusaha sekeras itu. Bila bercakap tentang hukum Islam, segalanya telah cukup lengkap, cuma dengan rang undang-undang ini ianya memudahkan umat Islam akhir zaman ini melaksanakan hukum Islam itu dengan betul dan tidak menganiaya orang lain.

Jatuh cinta kadang tidak tentu masa, jadi jadilah. Tapi ianya memerlukan kos yang tinggi!

Friday, September 16, 2005

Parut

PARUT

Tangan saya luka tanpa saya sedari. Entah bila ianya berlaku dan saya tidak perasan. Ada garisan luka sepanjang 4 inci di lengan sebelah kiri. Mulanya saya ingatkan tidak apa, namun lama kelamaan luka itu mula bernanah. Takut meninggalkan kesan yang hodoh, bergegas ke Klinik Al-Zaharah di Bangi. Ambil segala ubat termasuk pil vitamin. Banyak juga ubat yang doktor itu bagi ( saya mintak sebenarnya, which is company yang bayar). Kebanyakkan ubat tidak termakan/guna, sebab setelah seminggu luka sudah hampir kering kini dan meninggalkan parut berhuruf “J” yang jelas kelihatan. Mungkin kena tunggu sebulan dua lagi barulah parut itu akan hilang.

Sekarang ni sakit pening sikit kita sudah risau dan cepat-cepat ke klinik. Maklumlah penyakit zaman moden macam-macam ada. Khutbah Jumaat minggu lepas di Masjid Dengkil membuat pengumuman bermula September bakal pengantin di Selangor diwajibkan membuat ujian HIV. Kawan-kawan memandang saya dengan senyuman. “Itulah kahwin lambat, kan sudah banyak prosedur dia”. Dalam hati, “Orang yang dah beranak pinak tu yang patut kena buat pemeriksaan tu, bukan boleh percaya dan penyakit tu pun bukan boleh dikesan time tu jugak. Ada tempoh matang dia juga.”

Berbalik pada kisah luka di lukai , teringat kisah zaman kanak-kanak dulu. Kakak saya terkena sabit pemotong padi, lukanya amat dalam sekali di salah satu jarinya. Darah memancut, tapi cuma di letak minyak biasa dan di balut dengan kain. Berminggu-minggu jarinya busuk bernanah. Sungguh ngeri bila di ingatkan. Mengapalah tak terfikir untuk membawanya ke hospital yer? Musykil sungguh … Kalau berlaku masa kini harus berpencak – silat semua orang.

Zaman telah berubah, masa merubah segalanya. Parut kenangan yang masih ada di tubuh badan mengingatkan kita pada betapa kita pernah melalui kehidupan itu dalam pelbagai warna. Yang indah, yang suram, kesakitan dan kegembiraan tetap membekas.

Saya telah melalui fasa-fasa kehidupan yang pelbagai. Makin tua, hidup memerlukan lebih daripada apa yang mampu kita bayangakan. Berhati-hati dan beringat sentiasa, kita tidak tahu apa yang kita akan lalui esok hari.

Aris Ariwatan
Korban Cinta


Berangkat pergi biduk kukayuh
Sarat hati yang luka
Agar tak lebih menyakitkan
Jika masih di sini


Bukan cuba untuk melarikan
Dari kerumitan cinta
Tapi waktu ini perlu untukku
Mengupas segalanya


Kadangkala pedih kini mencabarku
Melupakan semua
Tapi persaan kasih padamu
Melebihi diriku


Tapi engkau bagaikan
Tidak mengerti
Halangan cinta hanya kita berdua
Terpaksa aku pergi mencari
Kesilapan sebenarnya


Mengalah bukan kalah
Pergiku bukan lari
Bukan mudah bercinta
Jika pengertian tak setaraf
Menagih korban yang lebih dalam

Thursday, September 15, 2005

Hikmah

Hikmah di sebalik penderitaan, kesulitan


UMPAMA pepatah – langit tidak selalu cerah – begitulah untung nasib manusia. Justeru, dalam meniti detik perjalanan hidup, pasti ada pada masanya kita akan mengalami erti kesengsaraan dan kekecewaan. Bahagia dan ketenangan hati yang dikecap sekian lama umpama lenyap begitu saja.


Tiada siapa yang menyangka, dengan sekelip mata kita mungkin kehilangan orang dikasihi. Ibu bapa atau isteri meninggal dunia akibat kemalangan. Kisah lain mungkin kita dibuang kerja atau perniagaan yang diharap menampung kehidupan keluarga akhirnya muflis. Kebanyakan kita mungkin kecewa, sedih dan tertekan pada mulanya, fikiran buntu mengenangkan kehidupan diri dan keluarga selepas itu. Lebih ditakuti apabila akhirnya menyalahkan takdir, malah sudah ada cerita dan kes di negara ini atau di negara lain, si polan membunuh diri atau melakukan perkara yang tidak waras akibat tekanan hidup.

Ramai yang mudah berputus asa daripada memikirkan cara menangani masalah dan ujian itu. Masalah sebegini walaupun tidak dapat diatasi, mereka harus menerimanya dengan reda dan yakin pasti ada hikmah di sebalik peristiwa pahit itu. Mungkin hikmah itu terselindung di sebalik kebendaan duniawi, tetapi tidak di sisi Allah kerana manusia beruntung adalah yang mendapat keredaan-Nya. Jika kita menjadikan akhirat dan reda Allah itu sebagai matlamat, maka segala ujian bersifat keduniaan dianggap remeh saja.

Allah adalah pencipta manusia, maka Dia mengetahui bahawa pasti ada hamba-Nya yang akan bersedih akibat mengalami ‘zaman kejatuhan’. Malah, Rasulullah SAW sendiri pernah bersedih antaranya apabila diusir dan dikasari penduduk Taif sehingga kepalanya berdarah, ketika cuba berdakwah selepas kematian isteri, Siti Khadijah dan bapa saudaranya Abu Talib. Imam al-Ghazali dalam kitabnya, Mukashafah al-Qulb menerangkan barang siapa ingin selamat daripada azab Allah, dapat pahala dan rahmat-Nya serta masuk syurga, hendaklah dia menahan nafsu terhadap keinginan dunia, selain sabar menghadapi kesulitan dan musibahnya.

Sebagai insan yang mengaku bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh-Nya, yakinlah bahawa segala kesulitan yang dihadapi dengan sabar tidak membawa sebarang kerugian. Ia sebenarnya peluang untuk mendekatkan diri dengan pintu syurga.Sedarlah, kita mungkin ditimpa kesulitan, tetapi bersyukurlah kerana masih hidup dan memiliki kudrat untuk merubah kesulitan itu berbanding insan lain yang lebih berat tekanan dan dugaannya.

Adakah kesulitan kita itu lebih pedih daripada kesulitan ditanggung nabi dan wali Allah? Adakah sakit kita itu lebih teruk daripada penyakit Nabi Ayub? Adakah susah kita itu lebih teruk daripada cabaran dihadapi Rasulullah? Yakinlah di sebalik kesusahan yang dihadapi, pasti ada insan lain yang lebih sukar kehidupannya. Ketika sedih. Fikirlah mengenai kebahagiaan yang sudah lama diperoleh, tetapi kesenangan itu mungkin membuatkan kita terlalai. Justeru, adulah segala kegelisahan yang menjelma, kesulitan yang membuntukan dan kesedihan yang tidak terzahir kepada Allah.

Pohonlah dengan penuh tawaduk dan berharap kepada-Nya di samping berusaha mengubah keadaan, nescaya Dia perkenankan. Hal ini kerana itulah janji Allah menerusi firman-Nya bermaksud: “Berdoalah kamu kepada-Ku, nescaya akan Aku perkenankan bagimu.” (Surah al-Mukminun, ayat 60)

Hari ini tak ada mood nak menulis semula bahan yang telah saya tulis semalam. Entah di mana silapnya, artikel itu hilang. Nantilah bila saya lapang akan diusahakan semula. Pagi yang cerah dan seperti selalu kita mengharapkan agar hari ini lebih baik dari semalam. Artikel di atas di cut & paste, dari BH (15 Sept. 2005). Tulisan yang baik dan saya takut tidak dapat menjumpainya semula jika tidak di arkibkan di DJW. Selamat membaca.

Wednesday, September 14, 2005

Untuk Terakhir Kali

UNTUK TERAKHIR KALI

Entah kenapa setiap kali lagu ini ke udara hati saya berdetik, terkesan dengan kisah di sebalik lagu ini. Seakan sesuatu yang dekat. Namun sukar dan jauh untuk digapai kembali. Tiada jalan kembali. Bila satu pihak berusaha untuk memberi, namun satu pihak lagi terus membenci dan membiarkan segalanya seperti tiada apa-apa.

Mencintai dirimu
Untuk yang terakhir kali ini
Lihat ku disini
Setia untuk dirimu


Kasih yang ku belai
Gugur selama-lamanya
Waktu yang memisah
Menghukum luka yang lama terpendam


Kesuraman yang telah menjelma
Dihujani sedihku
Melaratkan kenangan bersama
Diakhir pemergian dirimu


Tinggallah aku menanti
Mimpi yang indah kan mewarnai hati
Hanyalah dirimu yang bertakhta dijiwaku dulu
Tak rela meninggal suci kasihmu itu
Bersemadi cinta ku di sini
Biar mekar mengharumi
Andai ada masa kan ku temu........kasih.....

Lagu : Sharon Paul
Lirik : Mukhriz
Penyanyi – Marsha

Kenapa harus membenci? Pada seseorang yang pernah disayangi. Kenapa mesti melarikan diri kalau takdirnya tidak seperti apa yang dirancangkan. Bukankah bersahabat dan mengekalkan perkenalan itu lebih memberi ketenangan dari saling membenci dan membuatkan ada hati-hati menderita sakit.

Tapi manusia tetap memilih untuk membenci, seseorang yang pernah dikasihi sepenuh hati.

INGATAN DARI LABUAN

Jumpa Kak S*a dan H*na di Alamanda. Ambil tanda ingatan dari orang jauh nun di Labuan. Terima kasih buat kak N*ni di atas ingatan yang diberikan. Terharu kerana masih ada orang ingat kat saya.

Monday, September 12, 2005

Ikan


Goldfish ...



KHABAR DARI GAZA

Berita paling baik ketika ini ialah tentang penamatan pencerobohan Israel di Gaza. Selama 38 tahun mereka menakluk Semenanjung Gaza. Ramai menjangkakan perkara ini akan tetap memberikan kelebihan kepada Israel untuk lebih menguasai tempat-tempat lain di Palestin. Biasalah perkara sebenar akan terselak bila kegembiraan rakyat Palestin telah reda menyambut pembebasan Semenanjung Gaza.

AIMAN AREF

Sudah dipersetujui oleh semua kaum kerabat nama anak sulung Julie ialah AIMAN AREF. Semua orang sudah memanggil nama itu, tapi bila saat-saat tidak terduga nama si kecik juga yang terpancul. Biarlah, asalkan bayi ini akan menjadi seorang lelaki yang berjiwa besar dan berjaya dunia akhirat. Kalau diikutkan dari 'telekan' makcik yang membasuh dan menyiapkan uri Julie, dia diramalkan hanya akan mendapat seorang lagi cahaya mata. Oklah tu, zaman sekarang manalah sempat nak beranak ramai kan?

GUPPY

Meredah kepekatan malam ke PJ malam tadi dan singgah ke HILT*N PJ. Berjumpa sahabat yang baru datang dari Penang. Dia membawakan 2 spesis Guppy yang di pesan dari sana : RREA FullRed dan Moscow Black. Ikan ini dijual dalam trio harganya RM 80.00 untuk RREA Full Red dan Moscow Black itu RM 20.00. Siapa sangka ikan longkang ini mempunyai nilai harga yang tinggi hingga mencecah RM 600.00 untuk strain yang baik dan berkualiti tinggi. Baka ini diimport dari Singapore & Taiwan. Pada mulanya Moscow Black di pesan oleh sahabat yang lain tetapi dia tidak kunjung tiba. Ikan tu pulak diletakkan dalam botol minuman sahaja. Petang nanti perlu beli akuarium kecil untuk mereka.

Sunday, September 11, 2005

Si Kecik

HIS CODE NAME SI KECIK

Pagi Sabtu sesudah subuh berlalu, dapat SMS dari adik ipar. Julie dah selamat bersalin Sabtu pukul 4.30 pagi di HTAR. Julie mula sakit pukul 12 malam dan kedua bakal ibu bapa itu menghadapi malam-malam yang penuh kekaburan itu berdua. Seorang blurr dan seorang tengah bertarung dengan nyawa, akhirnya tersadai di HTAR dengan tiada dokumen sebab selama ini laporan perubatan Julie di buat di klinik swasta yang jaraknya agak jauh dari rumah.

Nasib baik Julie bersalin secara normal sebab sebelum tu doktor yang menjaga Julie kata bayinya songsang. Allah mempermudahkan perjalanan Si Kecik dan ibunya. Segalanya dipermudahkan. Saya yang lebih ecxited sebenarnya. Menghubungi semua kaum kerabat. Mengambil Yana di hostel dan balik terus ke CC. Sebab bapak si kecik kata 4.30 ibu dan anak itu akan dibenarkan keluar.

Tunggu punya tunggu. Si kecik tak lagi kencing . Tunggu dia kencing dulu baru boleh balik. Melewati pukul 4.30 masih lagi tidak berlaku aksi kencing pertama yang di nanti dari si kecik. Maka kami semua bergegas ke HTAR. Sampai-sampai jer bila nenek dia pegang dengan serta-merta si kecik kencing. Pandai sungguh dia tunggu nenek dia baru nak kencing.

Si kecik ni cute sungguh, bayi seberat 3.1 kg merupakan cucu ke-10 keluarga kami.* Baby Syikin pula sudah semakin gebu dengan berat sudah mencecah hampir 6 kg kini. Kehidupan mak dan abah di kampung sudah berubah. Kena jaga si kecik, Julie masih lagi kekok nak pegang bayi. Si kecik ni memang kaki tidor, masa ‘breast feed’ pun dia boleh sedap-sedap tido . Malam-malam siaplah orang tua tu kena jaga baby. Si kecik tidor dengan nenek dia. Julie masih terlalu lemah. Pengalaman yang amat mengerunkan kata Julie. Alhamdulillah segalanya berakhir dengan baik.

Satu-satunya adik yang tak banyak ‘menyusahkan’ hidup saya sudah mempunyai seorang anak lelaki. Pagi Ahad, saya dan mak menjemput tukang urut dari kampung sebelah. Pergi ke pasar membeli segala barang keperluan. Sempat juga menukar air 3 tank akuarium di bawah rumah.

Buat si Kecik, “Selamat Datang ke dunia ini, moga menjadi anak dan muslim yang cemerlang”. Sorrylah yer Nenek panggil Si Kecik jerr … Nanti bila mummy dan daddy sudah confirm nama tu barulah kita panggil nama sebenar. Ya, Si Kecik bukan nama sebenar dia.

Friday, September 09, 2005

Sumpahan

SUMPAHAN

Saya ingatkan hidup sudah terlalu sunyi sehinggalah saya berjumpa this a group of people yang memperkenalkan tentang benda baru ini. Saya sanggup ke UPM meminjam buku-buku tentang perkara itu, mendalaminya macam seseorang yang akan menyudahkan tesis Phd. Malah lebih teruk sanggup ke sana ke mari demi mendapatkan benda yang satu itu. Malam-malam pun sanggup meredah rumah orang untuk berjumpa mereka, belajar tentangnya. Hidup saya menjadi begitu sibuk dan cukup terisi. Setiap malam termimpi-mimpi.

Wang bukanlah penghalangnya, sedangkan selama ini cukup berkira, kini tidak lagi. Mereka menyumpah saya untuk mendapatkan yang terbaik dan terkini. Sentiasa berusaha untuk menambahkan koleksi yang ada. Saya sudah tersumpah kini.

Jangan cemas, saya masih waras. Cuma kegilaan yang baru ini memang luar biasa.

Behind every man is a women and his discus tanks!”

This time saya benar-benar gembira, tiada lagi waktu untuk bermuram durja atau memikirkan hal-hal yang tidak perlu. Saya sudah mendapatkan sebahagian dari kegembiraan yang telah saya lenyapkan tanpa saya sedari.

Hidup ini cukup indah …

Thursday, September 08, 2005

Baik

BERITA BAIK

PUTRAJAYA: Cukai jalan bagi semua jenis kenderaan komersial diturunkan sebanyak 25 peratus, manakala cukai jalan bas sekolah yang kini RM10 setahun, dikurangkan kepada RM2.

Bagi kenderaan persendirian berkapasiti kurang 1,000 cc, cukai jalannya diturunkan kepada RM30 setahun, manakala potongan 50 peratus dikenakan ke atas cukai jalan kenderaan berkapasiti antara 1,000 cc hingga 1,600 cc.Selain itu, cukai jalan motosikal 151 cc hingga 250 cc dikurangkan 50 peratus. Semua potongan itu berkuat kuasa Isnin ini.

Penurunan cukai jalan ini adalah antara empat langkah utama yang diumumkan kerajaan semalam bagi meringankan beban rakyat terutama golongan berpendapatan rendah berikutan lonjakan harga minyak mentah dunia yang mencecah AS$71 setong.

Tiga langkah lain ialah:
· Tidak menaikkan harga petrol, diesel dan gas memasak sehingga akhir tahun ini;
· Tidak menaikkan kadar tol bagi tahun ini dan tahun depan.
· Menambah kadar bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat kepada orang tua, daif, anak yatim, golongan miskin, keluarga yang hilang mata pencarian, uzur, cacat atau berpenyakit.

Hapuskan sahajalah cukai jalan tu pak menteri. Banyak sangat cukai yang perlu rakyat tanggung . Sebab toll pun sudah kena bayar, minyak naik mencanak-canak. Semua benda ada cukainya sendiri. Tapi takut pulak kalau cukai jalan dihapuskan, jalan raya tak berturap sampai ke sudahnya.


HEBOH

Ini kisah finalist program Mencari Cinta yang sudah berkahwin. Ini bukan kisah bohong, cerita perkahwinannya boleh dirujuk di majalah Wanita 2001 page 71. Hahhaa pilih punya pilih kan terpilih. Yelah, Khairul tu kaya. Kalau ikut sikap abang ipar Elly tu pun dia nakkan orang yang macam tu. Tapi biasalah, orang yang kaya, kacak akan ada package sampingannya juga. Tapi memang padanlah jugak dengan Elly itu. Cuma Khairul mengaku bujang, mungkin dia ni duda kot. Kalau duda bagitahulah awal-awal. Jadi senang sikit cerita. Jangan buat orang rasa heran umur mencecah 40-an, bekerjaya hebat tapi tak ada siapa yang nak, cukup memusykilkan.

Wednesday, September 07, 2005

Patah

PATAH

Hari ini masih lagi bercuti sebenarnya tetapi saya terpaksa datang ke ofis untuk menyiapkan Business Plan @ Bajet. Seronok juga bercuti sesekali. Tidak ke mana-mana hanya meluangkan masa bersama ibu bapa.

Teringat kata-kata Dewi Yull yang saya baca di akhbar “Hidup perlu patah agar tumbuh lebih subur”. Begitu dalam sekali maknanya. Kesan kedukaan, pengalaman hidup yang dilalui sepanjang kehidupan selalunya membuatkan kita menjadi lebih tabah dan tegar.

Ada sesuatu yang menjadi kekuatan seseorang. Kita perlu mencari kekuatan itu sendiri. Orang lain hanya memandang dari jauh atau tidak peduli.

Saya perlu menambah “kerana yang terluka adalah hati kita sendiri”.

Friday, September 02, 2005

Rezeki

Apakah hikmah atau manfaat daripada rezeki yang berkat?


Hakikatnya, terlalu banyak hikmahnya. Pertama, rezeki yang berkat, ia menjadi punca atau asbab kepada termakbulnya doa.


Ini diperkukuhkan dengan hadis daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: ``Sesungguhnya Allah itu baik dan tidak menerima melainkan perkara yang baik, dan Allah memerintahkan orang Islam (orang yang beriman), sebagaimana Allah perintahkan kepada para Rasul. Sesungguhnya Allah berfirman: Wahai sekalian rasul hendaklah kamu memakan makanan yang baik dan melakukan perbuatan yang soleh dan Allah menyebut juga, wahai orang-orang yang beriman, makanlah daripada perkara baik yang telah Aku kurniakan.

Kemudian Nabi bercerita: Seorang lelaki telah melalui perjalanan yang jauh sehinggakan pakaian dan penampilannya kusut masih. Lelaki itu menadah tangan berdoa kepada Allah menyebut, Ya Rabb, Ya Rabb tetapi lelaki itu makan makanan dan minuman yang haram serta memakai pakaian haram, dan dia diberi makanan yang haram. Oleh kerana itu bagaimanakah Allah hendak menerima doanya?


Jelas di sini, biarpun doa seorang musafir di antara doa yang dimakbulkan, tetapi ia menjadi tidak termakbul kerana makanan, minuman dan pakaiannya terdiri daripada sumber yang haram.


Selain itu, rezeki yang berkat juga menjauhkan seseorang itu daripada api neraka. Sabda Nabi s.a.w. yang diriwayatkan oleh Al-Hakim : Setiap daging yang tumbuh daripada makanan yang haram, maka api nerakalah lebih utama untuk dirinya.


Seterusnya, menerusi rezeki yang berkat ini juga menandakan kita telah menyahut dan melaksanakan perintah Allah, dan pasti mendapat pahala.


Sebagaimana firman Allah bermaksud: Sesiapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarahpun, nescaya dia akan melihat (balasan)nya. Dan sesiapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarahpun, nescaya dia akan melihat (balasan)nya pula. (al-Zalzalah: 7-8)


Selain itu, kita juga menjaga maruah umat Islam kerana melakukan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya.


Saya ingin berkongsi sebuah kisah berkaitan tajuk perbincangan ini, iaitu sewaktu saya menuntut di Madinah.


Sheikh Ismail al-Humaidi menceritakan pengalamannya sendiri sewaktu berkhutbah di Masjid al-Qiblatain.Seorang lelaki daripada keluarga miskin mendapat kekayaan daripada sumber yang haram.


Abangnya yang kaya dan mempu-nyai dua orang anak berpesan kepadanya supaya menguruskan harta-hartanya selepas dia meninggal dunia, kerana dua orang anaknya masih kecil.


Setelah mereka dewasa, harta tersebut mestilah dikembalikan kepada mereka. Tetapi lelaki tersebut tidak menunaikan amanah abangnya.


Sebelum lelaki tersebut meninggal dunia, dia ditimpa sejenis penyakit kulit yang menyebabkan bau busuk sehingga sesiapapun tidak sanggup mendekatinya.


Lebih menyedihkan, apabila hendak dikafankan, jenazahnya terpaksa disiram minyak atar, supaya baunya hilang. Malah, tidak ada yang sanggup menjunjung keranda dan mengebumikannya.


Inilah contoh yang ditunjukkan Allah di dunia terhadap orang yang tidak memperdulikan halal atau haramnya rezeki yang dimiliki.


Di samping itu, rezeki berkat juga membawa kesejahteraan dan ketenangan jiwa kepada empunya diri. Contohnya dengan rezeki yang sedi-kit, dia merasa cukup dan hatinya tetap tenang serta bersyukur.

Teks penuh sila rujuk di sini :

Thursday, September 01, 2005

MEGA SALE

MEGA SALE


Otak tepu jer dan sedikit mengantuk. Pagi tadi bertolak dari kampong pukul 4.30 pagi dan sampai di CJ pukul 6.30. Well, sekarang ni tengah mega sale di mana-mana. Elok kalau nak membeli belah. Cadang nak beli 'spek' baru sebab yang ada sekarang ni nampak sudah tak masuk gaya. Nak cari yang frameless pulak. Kerja banyak tapi takder mood nak buat satu benda hari ini. Tahu kalau takder mood macam ni baik saya mohon sambung cuti terus sampai Ahad. Ramadhan pun sudah hampir.

Tuesday, August 30, 2005

Tun M

TUN M & PEMIKIRANNYA


Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, pengamatan berterusan terhadap persekitaran dan minat mempelajari mengapa sesuatu tindakan diambil, adalah antara perkara utama mempengaruhi corak pemikirannya.

Dr Mahathir turut mengingatkan semua pihak tidak menganggap diri sebagai serba tahu sedangkan ada orang lain lebih berilmu.“Apabila kita rasa tahu semuanya, kita tak pandang orang lain dan kita tak akan berjaya. Tiada guna menyuruh orang menghormati kita kalau kita tak ada apa-apa... macam mana nak suruh orang pandang tinggi pada kita kalau kita di bawah.

Kita perlu bercita-cita tinggi dan bekerja keras untuk mencapainya, barulah kita akan dihormati dan tak perlu kita suruh, mereka akan lakukan (hormati) sendiri,” katanya.

Menjawab pertanyaan pada sesi dialog ‘Seminar Pemikir’ di sini semalam, bekas Perdana Menteri itu secara berseloroh berkata, jenis makanan yang diambilnya tidak mempunyai kaitan dengan cara beliau berfikir.“Saya makan semua... mi goreng, mi siam, kuetiau sampai kadang-kadang sakit perut. Makanan Cina, India, Mexico, Jepun, Barat pun saya makan, semua itu tak berkait dengan cara berfikir.

Saya lihat bangunan di Eropah masih kukuh walau dibina 300 tahun lalu, maka dari situ saya pelajari mengenai perlunya kita berfikir jauh ke hadapan dan bukan membina sesuatu untuk kegunaan zaman sendiri semata-mata... itu sebab kita bina KLIA (Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur),” katanya.

Terdahulu ketika menyampaikan ucaptama bertajuk ‘Pemikiran Seorang Pemikir,’ bekas Perdana Menteri itu berkata, tiada salahnya untuk meniru kejayaan pihak lain seperti Jepun yang mampu membina semula negaranya selepas musnah akibat peperangan. Dr Mahathir berkata, kebanyakan kejayaan Malaysia hasil Dasar Pandang ke Timur yang terbentuk daripada pemerhatian perkembangan di negara Timur dan Barat.

Krisis ekonomi 1997, katanya, mencetuskan kebimbangan rakyat terhadap penjajahan semula dan menimbulkan keinginan untuk mencari penyelesaian yang bukan hanya boleh memulihkan ekonomi dan kewangan negara, tetapi juga mengekalkan kemerdekaannya.“Tiada penyelesaian sempurna kerana risiko untuk gagal ada di mana-mana, namun kita mesti mempunyai pelan sokongan dengan mengumpul seberapa banyak idea dan melakukan analisis untuk mengatasi masalah itu,” katanya.

Monday, August 29, 2005

Keranamu

BENDERAKU

Saya tidak pernah mencacakkan bendera pada kereta sebagaimana orang lain lakukan ketika menyambut bulan kemerdekaan. Amat mengharukan bila melihat Jalur Gemilang bertebaran di jalan raya. Dilanggar kereta yang lalu lalang. Kemerdekaan bukan hanya pada mengingati Jalur Gemilang.

Hari Sabtu ketika melintasi Tol Sungai Besi terdapat perbarisan Human Chain sepanjang jalan ke Serdang. Mengibar Jalur Gemilang dengan megahnya. Harap generasi muda memahami erti perjuangan golongan terdahulu dan mengapa bangsa kita tercorak sebegini rupa. Sejarah sebenar kewujudan sesuatu bangsa merdeka perlu di hayati dan tidak terlalu dikaburi oleh budaya hedonisme yang keterlaluan. Kealpaan bangsa kita boleh meruntuhkan kemerdekaan yang selama ini dipertahankan.

Satu-satunya sticker yang ada pada kereta saya ialah slogan “Keep Kids From Drug”. Jika belia di negara kita mampu menghindari anasir dadah, banyak sumbangan yang mampu mereka lalukan untuk negara. Menjadi warga negara yang baik mampu memudahkan negara Malaysia mencapai apa juga yang diinginkan, seperti mencipta kereta nasional yang bertaraf dunia dari segi kualiti dan harga yang munasabah contohnya.

48 tahun dengan slogan yang tidak bertukar semenjak beberapa tahun merupakan satu contoh perbelanjaan berhemah dari kerajaan, semuanya adalah Keranamu Malaysia!

Thursday, August 25, 2005

Discus


My Baby Discus. "Lepaskan aku kembali ke sungai?" Oh tidak mungkin sayang ...


Ms. Olga Wanita Bermata Hijau

Dua hari Ms Olga bertandang ke universiti saya demi memenuhi undangan program kerjasama teknikal Malaysia. Wanita dari Uzbekistan ini merupakan ibu beranak dua yang cukup istimewa dan sentiasa merendah diri.

Malaysia sama seperti New York”. Katanya spontan bila ditanya mengenai pandangannya tentang Malaysia. Beliau pernah belajar di NY semasa menyudahkan ijazah peringkat masters. Kami banyak berbincang tentang soal kerja, budaya dan politik semasa.

Hati begitu hiba saat dia menceritakan kisah kehidupannya di negara bekas Soviet Union itu. Tentang keperitan hidup di negaranya, sistem demokarsi yang berlangsung sekarang selepas perang dingin memberi impak yang terus dalam hidup seluruh rakyat Uzbek.

Saya terkejut bila wanita yang mempunyai 2 ijazah lanjutan ini hanya di bayar US$ 45.00 sebulan. Jumlah sebegitu hanya cukup untuk membeli keperluan makanan. Beliau telah berpisah dengan suaminya dan menjadikan kehidupan lebih memeritkan.

Rakyat kami ada yang takut menggunakan komputer, takut terkena radiasi”. Mungkin ini disebabkan oleh kisah letupan nuclear di Chernobyl yang berlaku ketika beliau berusia 16 tahun. Persepsi masyarakat tentang perubahan corak kehidupan moden masih di tahap rendah bila taraf ekonomi yang jauh ketinggalan berbanding Malaysia.

Selama kami berbincang tentang tugas dan cara kerja di sini. Saya dapat mengesan wanita ini begitu tulus dan luhur. “Saya tidak mempunyai call card, hanya orang-orang penting sahaja yang ada di tempat saya”. Dia berterus terang ketika saya menghulurkan call card saya di hari terakhir pertemuan kami .

Moga segala kenangan dan pengalaman yang dikutip memberi manfaat kepadanya.

48 tahun kemerdekaan negara menjadi begitu bererti bila mendengar kisah keperitan hidup Olga dan negaranya.

Wednesday, August 24, 2005

Nice Guy

You Are A Nice Guy!

Baru lepas habis nonton program Mencari Cinta sebenarnya dan tengah menunggu “Desperate Housewives” lepas ni. Apa yang saya nampak dari sedutan yang lepas-lepas Elly selalu ada kata “You are a nice guy”. Wah kalau betul-betul bagus kenapa tidak sesuai. Banyak sekali misteri yang terungkap disebalik kata-kata itu. Penafsirannya agak menyakitkan. Jadi berhati-hatilah bila seseorang berkata begitu. Untuk memberi muka dan tidak memalukan orang lain barangkali. Maksudnya begitu mudah “Awak tidak cukup bagus/hebat buat saya”. Noktah.

No More Mr. Nice Guy then …

Semenjak dua menjak ini saya lebih banyak meluangkan masa bersama keluarga. Cuti Sabtu Ahad dihabiskan bersama mereka di kampong. Seboleh-bolehnya saya akan pulang ke kampong. Saya berkata begini mungkin disebabkan saya rasa kesunyian bila tinggal berseorangan. Tetapi sebenarnya saya tidak pernah puas meluangkan masa yang ada bersama mereka. Membawa mereka ke pasar petang Ahad dan membuat sesuatu perkara bersama, atau just duduk bergosip itu dan ini. Oh ya, saya juga telah membelikan baju raya untuk mak. Nak tahu tak semua tukang jahit di kampong sudah tidak mahu menerima sebarang tempahan baru. Tak tahulah baju yang saya belikan itu boleh disiapkan sebelum raya atau tidak.

Setiap bulan saya akan mula bercuti. Raya nanti giliran saya pula akan bertugas untuk hari raya yang ke –3. Tak apalah, dari sekarang saya kena habiskan cuti saya yang berbaki. Mulai tahun ini juga saya akan mengambil 2 hari cuti ketika hari jadi saya jika ia tidak jatuh pada hujung minggu atau cuti Am. Jangan ingat Agung jer yang boleh isytiharkan cuti. Saya juga nak buat perkara tersebut untuk diri saya juga. Saya nak sambut birthday saya bersama keluarga di kampong. Tak mahulah sambut sorang-sorang di CJ. Sedih beb …

Tadi petang saya betulkan kereta saya. Servis Aircond yang rosak. Nak betulkan mana-mana bahagian yang kemek. Kadang kita hanya memandang faktor luaran tanpa benar-benar memahami hakikat dalaman yang lebih memikat. Apapun semua orang lebih teruja dengan pandangan luar. Kita hidup dengan apa yang kita rasa selesa. Pedulikanlah apa yang orang lain kata.

Tuesday, August 23, 2005

Cuti

CUTI & RIBA

Saya bercuti hari ini . Pergi ke bank dan selesaikan hutang-piutang. Maklumlah hidup insan kebanyakkan macam saya ini beginilah (lainlah kalau saya perempuan, lawa pula tu sudah tentu ada harapan kahwin dengan anak raja). Bekerja untuk bank dan demi keuntungan mereka juga. Namun jika lambat sikit sahaja mereka sudah bising-bising. Siapa boss sebenarnya? Dia (pekerja bank) atau kita sebagai pengguna? Hidup ini macam tulah, kita tidak boleh silap sikit dengan orang lain. Pandai sahajalah mereka nak membelit. Belitan kita dia tak tahu lagi.

Ada beberapa bank yang saya ‘senarai hitamkan’ sebelum mereka senarai hitamkan kita baik kita senarai hitamkan servis mereka itu. Saya dah berkempen kepada ahli keluarga saya untuk menjauhi beberapa bank itu. Sekurang-kurangnya mereka telah kehilangan beberapa pelanggan yang berpotensi. Kalau satu generasi, sudah berapa orang dia rugi? Macam skim pyramid pulak. Tapi saya tak mahulah dedahkan nama bank tersebut. Untuk ahli keluarga saya sahaja. Penerangan mereka tidak lengkap, terlalu banyak perkara tersembunyi dan tidak mesra pelanggan.

Semua benda kalau mereka jual mesti mahal giler. Tapi time kita nak jual, murah giler. Merudum jatuh tergolek dok. Semua perkara akan ada interestnya walaupun kita menggunakan atau membeli produk mereka. Inilah kehidupan zaman sekarang. Terlalu banyak riba yang membelit para pengguna seperti saya. Pengguna miskin, kalau kaya lain cerita. Tapi orang kata, lagi kaya orang itu, lagi berkira mereka dengan duit. Itu juga saya setuju.

Kalau nak menjauhi riba bertukarlah kepada Islamik bank. Hahaha anda bergurau dengan saya? Siapalah yang menguruskan cara begitu? Rasanya ia akan menjadi aktiviti menyembelih secara terang-terangan. Keuntungan mereka sudah dikira hampir dua kali ganda. Habis apa yang tinggal untuk orang miskin seperti saya? Mengharapkan kerabat diraja meminang? Itu tidak mungkin terjadi. Apa yang pasti teruskan kehidupan seperti biasa dan bayarlah setiap sen yang mereka minta tepat pada masanya.

Malis Cinta

Tersentuh di hati sedalamnya
Seri suram dan tiada cahaya
Tika dikau memaliskan cintamu

Hilang semua hilanglah segala
Luruh hati ku tidak terdaya
Leka cinta yang teguh di binasa

Chorus:
Memalis cinta
Merajuk hiba
Terbukunya, pilu daku beradu
Tanpamu

Malis cinta mu
Sebak merayu
Hilangnya dikau
Membalas rindu ku

Seri cinta mu lama tersimpan
Seringnya daku terlayang pandang
Di kamar cinta pernah diundangnya
Dikau sayang

Memalis cintamu …

Lagu : Azlan Abu Hassan
Lirik : Ucu
Penyanyi : Siti Sarah

Sumbangan untuk MAKNA,

We are having a charity Duck Race on 04/09/2005. If you have the time, kindly help cancer children in need by adopting a duck.

Sila click laman web MAKNA untuk maklumat lanjut.

Sunday, August 21, 2005

Tahniah

TAHNIAH!

Bekas personaliti TV3, Azrinaz Mazhar Hakim, 26, selamat diijab kabul dengan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, 58, dalam satu majlis tertutup di ibu kota, malam tadi. Seorang tetamu yang menghadiri majlis berkenaan memberitahu Berita Minggu, majlis akad nikah berlangsung kira-kira jam 8.30 malam dan hanya dihadiri keluarga, sanak saudara dan rakan terdekat kedua-dua pihak.”

Tahniah daripada saya. Tidak sangka akhirnya bertemu kerabat di raja. Azrinaz yang saya kenali semenjak dari zaman dia belajar dulu memang seorang yang cukup tegas dengan sesuatu yang dia inginkan. Sanggup menyambung program latihan praktikalnya di TV3 semata-mata ingin lebih mendalami bidang tersebut. Sanggup ‘memohon kerja tanpa gaji’ di station tv swasta tersebut kerana ingin mengembangkan bakat dalam bidang penyiaran sebelum diserapkan sebagai kakitangan tetap. Sesungguhnya dia memiliki hati dan rupa yang rupawan. Selamat menempuhi satu alam kehidupan yang cukup berbeza, menuntut lebih dari apa yang ada. Insan biasa yang kini menjadi permaisuri raja!

TERIMA KASIH

Sabtu ada temu janji dengan Kak Sya untuk ke rumah adik lelakinya di Kg Melayu Subang. Seronok sekali mengenali Kak Sya sekeluarga. Pecah perut ketawa mendengar celoteh kakak Kak Sya yang seorang itu. Sudah lama tak ketawa tak ingat dunia macam itu.


Balik kampung dengan akuarium sebesar 4 kaki pemberian adik Kak Sya, terima kasih banyak-banyak. Tak terakam ucapan terima kasih dengan kata-kata. Sekarang akuarium itu berada di CC, memelihara ikan Discus (baby) yang diperolehi di Klang lebih 30 ekor kesemuanya. Ibu bapa saya tersenyum gembira melihat ikan berenang-renang. Kami letakkan akuarium itu di bawah rumah, di samping pangkin yang sengaja di bina untuk duduk bersantai.


Terima kasih untuk segalanya.

Friday, August 19, 2005

Universiti

UNIVERSITI TERBAIK DUNIA


Hari ini sudah Jumaat balik. Tak der mood nak menulis sebenarnya sehinggalah saya terpandang tulisan ini. Untuk memberi semangat pada diri sendiri dan menilai kedudukan kita di mata dunia. Rasa geli bila pihak pengurusan kita selalu menekankan "World Class" itu ini tetapi tidak sebanding dengan apa yang cuba di lakukan. Tidak mahu invest dalam perkara-perkara penting dan wajib, terlalu berkira bila kita inginkan sesuatu. Mereka lebih inginkan kuantiti pelajar berbanding dengan kualiti yang ingin dihasilkan. Ya, konsep perniagaan itu penting, keuntungan bukan hanya di ukur melalui ringgit dan sen tetapi bagaimana seseorang itu menjadi insan yang benar-benar membanggakan bekas universiti, majikan dan negaranya. Apapun bukankah mereka itu semua pernah melawat universiti-universiti tersebut? Jadi sendiri mahu ingatlah yer ...

Daripada senarai 10 universiti terbaik dunia, lapan daripadanya dimonopoli AS dan dua dari Britain, lapor stesen Sky News semalam.Universiti Oxford, antara institusi disegani di Britain dan dunia, bagaimanapun jatuh dua anak tangga ke kedudukan ke-10.

Institusi Jiao Tong, di Shanghai, China, mendahului kategori pendidikan tinggi bagi pelbagai kriteria termasuk kecemerlangan penyelidikan dan akademiknya.Berikutan kelebihan pusat pengajian tinggi AS menerima lebih banyak dana berbanding lainnya di seluruh dunia, terbukti membantu penguasaan mereka yang berterusan.

Universiti Stanford, bagaimanapun jatuh satu anak tangga di tempat ketiga, yang disusuli Universiti of California at Berkeley (keempat) dan Massachusetts Institute di tempat kelima.

Universiti Britain yang menduduki senarai 100 terbaik di dunia termasuk Imperial College,University College, Edinburgh, Manchester, Bristol, Sheffield, King's College, Nottingham dan Birmingham.

Faktor lain yang diambil kira termasuk bilangan alumni atau graduan yang memenangi anugerah Nobel, jumlah rencana yang disiarkan jurnal Science and Nature serta penyelidikan yang diketengahkan.Tahun ini misalnya, pemilihan itu turut menitik beratkan aspek sastera dan kemanusiaan berbanding sebelumnya. – Agensi

10 Universiti terbaik dunia
1. Universiti Harvard
2. Universiti Cambridge
3. Universiti Stanford
4. Universiti California at Berkeley
5. Massachusett's Institute of Technology
6. California Institute of Technology
7. Colombia University
8.Princeton Universitity
9. University of Chicago
10 Univesriti Oxford.

Thursday, August 18, 2005

Wawasan

FASA KE-2 WAWASAN

Kerajaan merumuskan strategi lebih khusus dengan memberi penekanan terhadap beberapa perkara termasuk pembangunan insaniah dan pendidikan sebagai persiapan memasuki fasa kedua ke arah mencapai matlamat Wawasan 2020, 15 tahun lagi.

Strategi Fasa Kedua Wawasan 1 -Mempercepatkan pembaharuan pendidikan dengan penekanan kurikulum kepada teknologi baru 2 -Meneruskan penekanan kepada pembangunan insaniah 3 -Menerokai bidang baru sebagai tambah nilai kepada perkembangan ekonomi 4 -Mengembangkan sektor pertanian 5 -Pembangunan berasaskan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) 6 -Wujudkan syarikat multinasional berasaskan model Petronas sebagai pemain global7 -Syarikat berkaitan kerajaan (GLC) perlu menjadi pemain global.

Panel itu mengadakan perbincangan selama dua hari berakhir tengah hari semalam, bagi membantu Malaysia merumuskan strategi ketika negara memasuki fasa kedua Wawasan 2020 (2006-2020). Fasa pertama wawasan itu bermula 1990 hingga 2005. Abdullah berkata, strategi itu adalah antara input yang dicadangkan 10 anggota Panel Penasihat.


TERINGAT-INGAT

Suatu masa dulu masa umur dalam 8 tahun macam tu, ketika itu jambatan yang merentasi sungai di Kuala Selangor belum dibina. Bila mak nak ke rumah nenek di Ijok kami akan naik feri atau bot untuk menyeberang. Saya sentiasa ikut mak bila ke rumah nenek. Perkara paling seronok ialah mak akan belanja saya minum air batu campur bila sampai ke seberang. Air batu campur yang dibuat oleh seorang nyonya itu begitu sedap sekali. Terbayang-bayang kesedapannya sehingga kini. Sekarang nyonya tu dah tak ada. Gerai di bawah pokok besar itu sudah lama lenyap. Entah kenapa sekarang ini tidak pernah jumpa air batu campur yang sesedap itu lagi.

Abah pula setiap kali dapat gaji, dia akan beli beberapa bungkus Mee Hailam yang dibuat di Batang Berjuntai. Sedap sekali mee hailam itu. Dibungkus dalam plastik berlapikkan kertas surat khabar. Kesedapan yang tidak terperi. Restoran Cina yang membuatnya. Tapi memang ramai orang Melayu yang makan dan minum di situ. Sehinggalah bila ‘kesedaran’ tentang makan makanan yang disediakan oleh bukan Islam terbit, abah tidak lagi beli mee hailam yang sedap itu. Saya tak pasti pulak restoran itu wujud lagi atau tidak. Kalau masih ada, nak juga ke tempat itu. Nostalgia sungguh, bila kami adik-beradik tunggu abah yang mengayuh basikal tua balik dari ambil gaji. Seronok sekali …

Selain itu Apam Balik kecil yang rangup di CC juga sudah pupus, roti kaya 6 biji yang dihasilkan di Sekinchan juga sudah berkurun tak nampak di pasaran.

Banyak perkara dalam hidup kita akan menghilang dan meninggalkan satu titik kenangan yang tidak mungkin pudar. Kita hanya mempunyai ingatan terhadapnya dan tidak mampu menahan ia dari terus lenyap. Seperti makanan yang pernah mengenyangkan kita di zaman kanak-kanak. Memberikan kita senyuman bila tidur di malam harinya. Sesuatu perkara dalam hidup kita akan tetap terus berlalu pergi, walau sebagaimana berat hati kita mahu ia terus kekal. Mungkin kita masih mengingati bau dan keenakkannya, namun kita tidak mampu lagi mendapatkannya. Kita tidak mampu menahan segala perubahan akibat peredaran masa, walau begitu besar kesannya terhadap diri kita.

Kita hanya mampu mengimbau kisah-kisah lalu yang membekas di hati. Waktu akan tetap beredar meninggalkan bongkah kerinduan yang kian menebal.

Wednesday, August 17, 2005

Kreatif

MELAYU LEBIH KREATIF

Orang Melayu lebih menonjol berbanding kumpulan etnik lain dalam mencetuskan idea kreatif pelbagai bidang tetapi perlu diperkasakan seperti diakui pakar industri tempatan. Presiden Kolej Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing (LUCT), Tan Sri Lim Kok Wing, berkata pengalamannya lebih 20 tahun dalam teknologi kreatif termasuk sepanjang mengendalikan pelbagai program LUCT, kreativiti kaum Bumiputera lebih menyerlah.”

Saya kira ini satu pujian yang positif dan perlu diambil penekanan penting kearah yang positif juga. Saya memang agak tidak bersetuju jika pemimpin Melayu sediri memberikan penilaian negatif terhadap bangsanya sendiri. Jika tokoh bukan Melayu memberikan kenyataan tersebut saya terdiam seketika dan melihat kewajarannya.

Industri kreatif di negara kita banyak didokongi oleh orang kita ( perfileman, pengiklanan, seni persembahan dan lain-lain). Memang ramai orang Melayu yang berjaya dalam bidang ini dan mencipta nama besar seperti Yasmin Ahmad ( Iklan & Perfileman), Rizalman ( Fesyen) dan ramai lagi tokoh dalam bidang animasi. Itu adalah antara bidang yang kita nampak dan banyak lagi yang harus diteroka. Memang sesuatu yang boleh dibanggakan.

NAMUN ada juga kreativiti anak Melayu yang akhirnya memakan diri sendiri. Terlalu berani mencuba sesuatu yang baru sehinggakan mudah mengimport apa juga ‘lambakan fesyen dan budaya barat’ akhirnya keberanian mereka ini tidak bertempat dan ‘menyesatkan’ mereka. Ramai belia Melayu Malaysia terlibat dengan penyalahgunaan dadah. Akibat kepincangan perlakuan sosial dan budaya yang mempengaruhi mereka.

Pelajar Melayu memang bijak itu saya akui. Mereka sebenarnya lebih bijak daripada bangsa lain di negara kita. Tapi ada satu sikap yang saya tidak tahu mengapa mereka tidak menggunakan potensi yang ada ketahap maksimum sentiasa menjadi misteri. Mereka selesa lulus cukup makan, sedangkan bangsa lain walaupun mempunyai kepandaian yang ‘biasa’ tetapi rajin berusaha akhirnya mereka lebih berjaya. Mereka tidak rasa cemburu jika orang lain lebih berusaha untuk memajukan diri. Mereka selesa dengan pencapaian yang mereka perolehi. Harapnya generasi baru Melayu kita akan lebih serious untuk memajukan diri di dalam apa juga bidang yang mereka ceburi. Kikislah sikap tidak apa dan jauhi sikap negatif bangsa kita ( hasad dengki, mengadu-domba, kipas- mengipas) yang akhirnya akan memusnahkan kegemilangan dan potensi bangsa Melayu untuk lebih berjaya.

Nota : Macam ucapan wakil rakyat Cape Coral pulak pepagi nih !

Tuesday, August 16, 2005

BIARKAN SAHAJA

BIARKAN SAHAJA IA MENGALIR ...

Sekarang ini rasa berdebar-debar sungguh. Banyak sangat perkara kena uruskan. Soal kerja, soal diri sendiri dan macam-macam lagi. Manusia hidup memanglah sarat dengan dugaan dan tanggungjawab. Ada ketikanya rasa tak terdaya pulak. Tapi bila difikir-fikirkan setiap apa yang diberikan dan diduga pasti ada hikmahnya. Memanglah sesetengah dari perkara tersebut berpunca dari diri sendiri juga. Tidak dapat elak ( ker sengaja cari pasal?)

Ada seseorang mahukan saya lebih bersikap terbuka. Tidak perlu terlalu berhati-hati, apa kata orang tu “belasah ajer”. Tapi tak nak lah macam tu kan. Saya ni kan “LMM”, kang hilang title “Lelaki Melayu Millenium” tu kang. Saya rasa tak bersedia untuk membuka ruang-ruang baru . Biarpun ruang-ruang yang lama ini makin tepu sekalipun, akan tetap saya biarkan begitu. Ambil satu langkah dalam satu masa. Walaupun saya boleh langkau sahaja semua itu, tapi saya tidak mahu berbuat begitu. Saya tak sanggup melukai diri sendiri .

Pastinya apa yang dinanti akan berhasil juga. Berkat kesabaran dan doa yang tidak putus-putus. Moga Allah permudahkan segala urusan. Permudahkan perjalanan kehidupan ahli keluarga saya …

Dan di sini kisah ku mulai
Menuturkan segala tentang hidup
Kurasakan ada yang terluka
Biarlah kupendam sendiri

Cinta kapankan menghampiriku
Sepi bila memang tiada cinta
Hampanya hati selalu kurasa
Waktu itu kau belum ada

Biar saja ini mengalir
Biarlah memang harus begini
Kuhayati sgala perasaaanku ini
Yang kuinginkan hanya cintaku

Belum jelas harus bagaimana
Kuturuti semua kata hati
Andaikan luka itu tak ada
Mungkinkah kita kan bersama.

Melly Goeslaw - Biar Saja Ini Mengalir

Saturday, August 13, 2005

Cerah

LANGIT KEMBALI CERAH

Best sangat bila bangun pagi tadi, awan kembali terlihat dari jendela bilik saya. Rasa sangat lega. Di Kuala Selangor pula darurat jerebu sudah di tarik balik Bacaan indeks pencemaran udara kembali stabil tidak lagi amat merbahaya seperti 2 hari yang lepas.

Saya mengambil peluang untuk berjalan-jalan di Mines petang tadi. Cadang nak menonton wayang tetapi tidak jadi sebab bila kira hitung masa, nanti dalam panggung masa maghrib pulak. Berdosa sangat … Sudah berbulan lamanya tak ke Mines. Kali terakhir tahun lepas. Banyak sekali pembaharuan yang berlaku di kawasan sekitarnya. Yelah saya ni hanya tahu, ofis-bilik tidur-kampong. Hidup yang bosan ker? Takdelah banyak benda boleh dibuat dalam masa-masa bersendirian ini.

Minum –minum dan memerhatikan gelagat manusia di tepi terusan sambil melihat awan yang cerah amat lega sekali. Udara pun sungguh nyaman. Pulang sebelum maghrib.

Jumaat, hari yang amat memeningkan kepala. Boss panggil bertugas. Saya berada di Hospital Banting sebab bawak Kakak dan baby Syikin buat pemeriksaan darah. Cadang lepas tu nak balik kampong tak dapat. Call mak di kampong cakap tak dapat balik kampong minggu ini. Rasa hampa jer orang tua tu. Next week ni, tak kira pak cik nak cuti jugak.

Oh ya, tadi N call. Dia kata pasal persahabatan, sayang nak lepaskan persahabatan yang terjalin. Saya bila diutarakan pertanyaan sebegini tak tahu nak cakap apa. Siapa yang pergi dan siapa yang jadi mangsa? Apa yang pasti jerebu di hati ini dah berlalu. Apa nak jadi sudah tidak menjadi hal. Tiada siapa yang rugi sebenarnya. Alah, saya tahu itu hanya pertanyaan dari seseorang yang kesepian bila tiada orang di sisi. Kalau mereka semua ada, saya hanya menjadi jerebu yang menyesakkan dirinya.

Friday, August 12, 2005

Kacau

KACAUNYA JIWA INI

PM menyeru umat Islam melakukan solat hajat mohon jerebu di negara kita cepat reda. Moga hujan turun selebat alam dan mencuci segala kekotoran yang dilakukan oleh manusia-manusia dari tangan-tangan mereka sendiri. Jerebu ini bukan benda baru. Cuma kritikal atau tidak sahaja. Setiap tahun berlaku perkara yang sama.

Bila dah kritikal ini buat sahajalah pembenihan awan itu, nak tunggu sampai bila lagi? Pelik pulak rasanya, bila jerebu ini seolah-olah berhenti di kawasan ini. Seakan angin tidak mampu menolak mereka ke kawasan yang lebih jauh melintasi Semenanjung. Pergilah tengah laut tu ker? Hahahha jiwa kacau betul bila tak boleh buat apa. Risaukan orang tua sebab indeks pencemaran yang paling teruk ialah di Kuala Selangor. Kasihan my parents, mesti depa tidur dan makan tak selesa tuhh. Esok lepas sembahyang Jumaat nak balik kampung. Aduh pergi ke kawasan ‘bencana’. Di CJ pun keadaannya teruk juga. Tidak banyak bezanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini mengisytiharkan darurat jerebu bagi seluruh kawasan Kuala Selangor dan Pelabuhan Klang yang berkuat kuasa serta merta. Sehingga 11 pagi tadi, bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Kuala Selangor mencecah 531, manakala di Pelabuhan Kelang berada pada tahap 529, paras yang diketegorikan sebagai "sangat membahayakan kesihatan". Bagaimanapun, pada jam 5 petang, catatan IPU di Pelabuhan Klang telah turun kepada 486, manakala di Kuala Selangor adalah 527.” (Utusan Malaysia, Khamis 11 Ogos 2005)

Orang selalu kata kalau nyanyi tak sedap, hujan akan turun yer? Hahahaha …

Thursday, August 11, 2005

Cuti


The Star (10 August 2005, Wednesday)



CUTI DUA HARI

Petang tadi dapat memo dari Dato’ Prof …

This is to inform that I am declaring the Cyberjaya Campus to be closed for two days (11th & 12th August 2005) because of the worsening haze condition. The API index is now 197, 3 points below the critical level. The unhealthy level is 100-200. Above 200 is critical. All staff and students are hereby given leave for the 2 days. The Melaka Campus shall operate normally.”

Jadi dua harilah saya bercuti di sini. Nak balik ke CC, Yana masih ada kelas, jadi terpaksalah balik pagi Sabtu. Saya bolehlah membuat urusan yang tertangguh. Keadaan di CJ memang begitu teruk dan sudah masuk tahap bahaya. Udara tercemar sudah masuk dalam ofis mahupun dalam rumah. Mana ada ruang udara sahaja akan masuk dan menyesakkan pernafasan, rasa gatal-gatal dan ketidakselesaan.

Kalau ikut indek pencemaran dari laporan Utusan Malaysia ( 10 Ogos 2005) :

KUALA LUMPUR 10 Ogos - Lima kawasan di Lembah Klang dan sekitarnya catat Indeks Pencemaran Udara (IPU) tahap berbahaya pada jam 5 petang hari ini. Kawasan-kawasan tersebut ialah Pelabuhan Klang, Kuala Selangor, Shah Alam, Putrajaya dan Petaling Jaya.
Selain itu, dua kawasan lain catat IPU tahap sangat tidak sihat iaitu Kuala Lumpur dan Tanjung Malim.

IPU diukur berdasarkan tahap 0-50 baik, 51-100 sederhana, 101-200 tidak sihat, 201-300 sangat tidak sihat dan 301-500 berbahaya.

Berikut bacaan IPU sehingga 5 petang 10 Ogos:
Kawasan-kawasan yang catat IPU tahap berbahaya:

1. PELABUHAN KLANG – 424
2. KUALA SELANGOR – 418
3. SHAH ALAM – 349
4. PUTRAJAYA – 337
5. PETALING JAYA – 304

Risau juga bila teringatkan orang tua di kampong. Kuala Selangor sudah mencapai tahap bahaya. Tadi call parents di kampong keadaan memang teruk. Harap mereka tidak keluar ke mana-mana. Tapi rumah kampong dan tidak beraircond tetaplah sama walau berada dalam rumah.

Masa ambil dia di Putrajaya tadi pun rasa sesak nafas dan tak selesa. Panas semacam jer. Dia bagi gelang manik kayu setelah balik dari Sabah, selama 3 hari untuk ‘team building’. Dia suruh saya pakai jam tangan di tangan kanan.

Esok nak memulakan project baru itu. Mungkin kali ini hasilnya akan lebih memberangsangkan.





Wednesday, August 10, 2005

EPF

EPF
Ada usul yang dikemukakan oleh EPF supaya suami mencarumkan minimum RM 50.00 setiap bulan untuk isteri yang tidak bekerja. Sudah pastilah Kementerian Pembangunan Wanita & Masyarakat amat menyokong perkara ini. Memandangkan tugas sebagai surirumah juga menuntut komitmen yang bukan sedikit dan tidak mendapat MC serta terpaksa ‘bekerja’ tanpa henti seumur hidup. Satu cadangan yang dikira amat bertepatan sekali.

Saya rasakan EPF patut juga mempertimbangkan semula cadangan supaya EPF boleh dikeluarkan untuk pencarum yang beragama Islam menunaikan Haji. Usul ini sering ditolak kerana ia melibatkan pengaliran wang keluar. Apa nak kisah, sebab lama kelamaan umat Islam di negara ini tetap juga akan keluar negara untuk menunaikan Haji. Ini soal masa dan had umur. Kita tak mahulah terpaksa menunggu sampai ‘kertu’ baru boleh . EPF patut membuka peluang ini, katakan ketika umur 40 atau 45 tahun. Pasti ianya akan memuaskan hati semua pihak.

Apalah gunanya duit yang banyak kalau tidak boleh digunakan ketika masih sihat. Memanglah ada kajian wang EPF akan habis dalam tempoh 3 tahun setelah dikeluarkan. Habis nak buat macamana semua benda kena disettledkan sebelum kita dijemput pula ke alam kekal.

Jika pengeluaran lain boleh dilakukan untuk kesihatan, pendidikan dan perumahan. Rasanya pengeluaran untuk tujuan yang baik ini tidak boleh dikesampingkan. Bila ada title Haji rasanya para pekerja sudah mula sedar diri dah semakin tua dan tidaklah mereka lakukan perkara-perkara yang menjerumuskan mereka kepada perbuatan keji kerana tindak tanduk mereka sentiasa diperhatikan. Maklumlah dah Haji :)

Tuesday, August 09, 2005

Mawi


Mawi juara AF3

ADUH SALIHA
Ofis saya diserang oleh suara Mawi, semua PC staff di ofis ini menjerit-jerit dengan Seroja dan Aduh Saliha. Kalau saya tak bercakap tentang Mawi rasanya kewujudan saya saat ini tak cukup World. Macam tak wujud di dunia saat ini. Semua suratkhabar paparkan berita kemenangan dia. Lelaki Felda yang dulu tak kenal dunia hiburan tiba-tiba disimbahi rezeki kurniaan Allah. Kesan kemurahan hati rakyat Malaysia juga.

Lebih suku juta nilai hadiah yang dimenanginya. Paling mewah dengan kemenangan bergaya menyapu bersih segalanya. Mahu membawa orang tua menunaikan haji dengan duit kemenangan. Boleh terus masuk meminang si dara pujaan. Semua pihak nak jadikan dia idola dan jadi jurucakap kempen “Belia Benci Dadah”. Mungkin juga Mawi sesuai juga untuk kempen “Tak Nak”, “Pertahankan Dara dan Teruna”. Aura Mawi cukup hebat saat ini. Paklah pun tidak mendapat tempat di hati kita sehebat Mawi.

Rezeki orang tidak terduga. Rezeki terpijak? Masa depan kita ditentukan oleh kita sendiri. Kita yang berhak berusaha mengubahnya. Setiap peluang yang terbentang perlu direbut. Usah persiakan. Kita tidak tahu sejauh mana kemampuan kita sebelum mencuba.

Satu nilai positif yang membekas tentang kejayaan mawi . Jadilah diri sendiri dan jalanilah hidup ini dengan seikhlas hati. Tidak perlulah dengki mendengki, mengadu-domba. Terus berusaha tanpa menghiraukan apa orang kata. Hidup kita kita yang menentukan hala tujunya.

Hidup Siti Khominah sekeluarga (Bersamamu TV3) pula tidak sebaik Mawi. Kehidupan kais pagi makan pagi. Mempertaruhkan nyawa melintasi sungai demi rezeki dari longgokkan sampah. Dicaci cerca santapan harian. Busuk bau badan tidak apa, kerana perkara yang paling mendera adalah karenah orang yang tidak memahami penderitaan kita. Namun hidup juga perlu terus.

Kemiskinan adalah kudis masyarakat. Bila miskin kita tidak punya sesiapa yang sudi membantu. Semua orang menjauh.

Benarlah kita perlu membantu diri sendiri, kemudian keluarga kita bila berkemampuan.

Sunday, August 07, 2005

Baby Syikin

BABY SYIKIN

Sabtu pagi saya balik ke CC. Jemput mak dan abah ke Banting. Tengok baby Syikin yang cute jerr . Berat dia 3.6 paun ker kilo yer (musykil pak cik). Melantak buah rambutan sampai sakit perut. Abang pun sakit perut, muntah jer setiap masa. Bapak dia hantar ke klinik. Bila nenek dia datang makan pun nak bersuaplah semuanya tu. Mana yang tak demam pun mengangga bukak mulut mintak nenek suap. Macam anak burung mintak makanan pulak. Teringat my mum selalu suap kitaorang masa kecil. Siap dukung adik bila time makan sambil jalan-jalan keliling rumah, kitaorang yang ikut kat belakang ni pun disuapkan sekali.

Ambil Yana di Kolej juga. Pagi Ahad pergi ke Bandar Banting. Yana nak carik stock makanan dia. Antara yang dia beli biasanya sekotak air mineral. 2 minggu dah habis. Tak mahu langsung minum air yang dimasak sendiri. Pelik betul adik aku seorang nih. Orang dah belikan cerek elektrik pun buat perhiasan jer.

Tadi baby Syikin kena pergi hospital sebab nurse yang datang ke rumah pagi tadi suruh my sis hantar dia ke hospital check darah. Nurse ni tiap hari datang ke rumah, tengok perkembangan baby Syikin. Ahad pun dia datang. Baguskan perkidmatan nurse nih. Yelah bukan setiap hari orang bersalin yer tak? Harap baby Syikin taklah demam kuning.

Lepas makan tengahari hantar Yana balik ke hostel. Saya pula balik ke CJ. Pening pulak, bila bangun tidur sakit kepala.

Saya teringat kena cari barang yang hilang. Berpeluh jugalah membuka kotak-kotak yang ada di dalam bilik nih. Hampir putus asa nasib baiklah kotak yang terakhir jumpa barang yang hilang tuuh. Selama nih asyik bukak kotak yang salah jer manalah nak jumpa barang tu kan? Hidup pun macam tu agaknya. Selalu tersilap membuat pilihan dan yang datang hanyalah kekosongan. Tiada makna.

Seseorang itu sentiasa menghubungi saya. Rasa best bila ada orang ingat. Tapi saya tak kenal dia di dunia realiti. Kawan maya. Tidak salah berkawan. Tapi tuggulah tahun bila kalau nak jumpa ker apa. Malas nak fikir. Nak betulkan jalan hidup dulu, terlalu banyak simpang-siur yang membelit. Kena lihat satu-satu, tidak boleh terus terkam mana yang datang.

Sedang mengumpulkan bahan untuk project seterusnya.

Saturday, August 06, 2005

Merayau

MERAYAU

Suka juga merayau sensorang bila tension dan untuk melepaskan kepenatan. Satu aktiviti paling best dan tidak memerlukan modal untuk melakukannya ialah melawat kedai akuarium di sekitar tempat tinggal. Selalu bila lapang saya memandu sensorang ke Dengkil-Puchong- Kajang-Bangi semata-mata melihat ikan-ikan berenang-renang di kedai akuarium itu. Bukan beli sangat pun, tapi kadang berjam juga melihat dan mengkaji gelagat manusia dan koleksi ikan yang ada.

Selalunya saya andaikan tahap kemajuan sesuatu tempat itu dengan melihat bagaimana sambutan penduduk terhadap kedai akuarium di kawasan itu. Kalau maju, maka tempat itu memang ramai penduduknya dan taraf hidup mereka juga agak memberangsangkan. Maklumlah kedai ikan dan akuarium hanyalah untuk hobi. Biasanya manusia meletakkan perkara ini paling bawah setelah memenuhi keperluan utama yang lain.

Saya juga melihat corak pembeli yang datang, ikan apa yang dipelihara dengan melihat makanan ikan yang dibeli. Anak ikan, cengkerik dan sebagainya selalunya untuk ikan-ikan mahal seperti Arowana. Waktu puncak biasanya selepas waktu pejabat, ramai yang berpusu-pusa datang untuk mendapatkan makanan hidup untuk ikan kesayangan.

Kagum bila orang cina boleh berjaya dengan mengusahakan kedai ikan hiasan yang kadang harga ikannya jauh lebih murah dari pesaing mereka yang lain. Selalunya memang tiada persaingan. Memang ada kaum cina tertentu yang menumpukan minat dalam bidang perniagaan ikan hiasan ini.

Hari ini tidak dapat menahan diri untuk menangguk ikan di akuarium dan menambahkan lagi koleksi ‘guppy’ yang ada.

PERMAINAN

Kubuka sebuah pintu dengan tangan yang
Berdarah
Dan impian pecah di dalam genggaman
Ketika di hatiku tiada lagi laut dan hutan
Untuk menyembunyikan segala rahsia
Seorang manusia bernama lelaki

Kini aku tak lagi takut menghadapi dendam
Yang dikirimkan oleh sunyi
Atau dusta yang selalu menari di depan matahari

Kerana telah kutemui wujudku
Di tengah pikuk serta muslihat dunia
Dan fikiran tidak akan kulacurkan
Di tengah ini permainan.

Marsli NO
Kuantan

Saya suka sekali sajak ini. Begitu bermakna dan dalam maksudnya.

Selamat berhujung minggu semua !

Friday, August 05, 2005

Program realiti

PROGRAM REALITI

KENYATAAN Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mengenai isu program realiti di stesen televisyen tempatan, jelas menunjukkan kebimbangan kerajaan yang mahukan penerbit program itu tidak terus terjerumus menjadi pencedok budaya asing dan menjadi ejen pencemar akal budi generasi muda hari ini.”

Malaysia memang tak mahu kalah dan sentiasa ingin bersikap terbuka dan setaraf dengan negara lain di dunia. Kalau nak buat program realiti yang betul-betul elok ikut langkah TV3 – Bersamamu. Rasanya inilah program realiti TV paling berkesan. Namun oleh kerana pengsms biasanya terdiri daripada anak muda belia, maka jumlah sms tidak semeriah program realiti lain.

Saya ingin mencadangkan program realiti berikut untuk stesen televisyen tempatan.

Tema : Realiti TV – Dari Lorong Gelap Ke Menara

Para peserta : 10 peserta terdiri daripada kalangan pel*c*r di Lorong Haji Taib, Bukit Bintang dan kawasan sekitar.

Sinopsis :

Para peserta dalam program reality TV ini akan dibimbing oleh seorang lelaki yang mempunyai latar belakang keagamaan dan berpendidikan tinggi. Mereka semua akan tinggal di sebuah banglo terpencil di sebuah pulau di Malaysia. Setiap peserta akan diajar aspek keagamaan, kemahiran hidup, pendidikan yang berkaitan agar mereka berketrampilan dan berkeupayaani untuk mencari rezeki di dalam bidang yang mereka minati. Tujuan program ini diadakan adalah untuk menarik mereka keluar dari dunia gelap ke kehidupan normal. Setiap minggu peserta akan diuji melalui aspek kemahiran dan penonton program realiti ini hanya perlu mengemail peserta mana yang perlu diundi keluar. Peserta yang menerima email tertinggi akan di Voted Out!

Pakaian : Semua peserta akan memakai Jilbab/Purdah. Hanya nampak mata dan tangan sahaja supaya identiti sebenar mereka dilindungi.

Hadiah
Pekerjaan tetap dan kalau nasib baik akan mendapat calon suami.

Entah ler ada ker stesen TV nak terbitkan rancangan seperti ini yer?

KELAHIRAN

Pagi tadi my sister selamat melahirkan anak perempuan. Semua selamat. Cucu dan anak buah ke – 9 keluarga kami. Bulan sembilan nanti akan muncul lagi muka baru, kali ini dijangka lelaki pula.

LAWATAN KE UiTM

Lawatan tadi memang successful. Banyak yang kami pelajari. Melihat perkembangan kampus UiTM menjadi mega universiti dan menjadi universiti bertaraf dunia. Memang sungguh mengkagumkan.

Thursday, August 04, 2005

Guru


Terpalit kenangan zaman persekolahan yang penuh keindahan dan keperitan saling bertindan.


BEKAS CUBITAN GURU

Guru-guru di negara kita wajib dibekalkan ilmu “Face to Face With the Media”. Aspek ini perlu dimasukkan sebagai salah satu kurikulum wajib di maktab perguruan di negara kita. Semua bidang di negara kita termasuk guru tidak terlepas dari perhatian media elektronik dan cetak di negara kita . Semua isu boleh dijadikan kisah sensasi di dada akhbar dan menjadi tontonan di media elektronik arus perdana.

Semua guru perlu bersedia untuk bertemu pihak media jika cuba mencuit, menampar atau memukul anak-anak murid di zaman ini. Adalah nampak tidak professional jika pengetua mengeluarkan kenyataan seperti “ Kalau ini sekolah samseng jangan hantar anak anda ke sini”. Marah benar tu …

Begitulah bila ibu bapa zaman sekarang bersikap terlalu protektif. Siapalah tak sayang anak kan? Ibu bapa sendiri tak pernah nak mencuit anak kesayangan mereka. Bila orang lain melakukan perkara tersebut ketika di bawah kawalan sekolah. Ibu bapa akan melenting. Media massa mengambil peluang untuk memancarkan ‘tragedi’ ini di kaca televisyen.

Kadang kala masalah itu boleh diselesaikan di peringkat dalaman sahaja. Tidak perlu kehadiran media. Tapi bila hati tengah marah mana nak ingat itu semua kan? Media massa pula ambil peluang sebab terlalu prihatin dengan isu ‘human interest’ sejak akhir-akhir ini.

Zaman saya dulu guru pukul tangan dengan pembaris kayu kuning sedepa untuk setiap kesalahan latihan ilmu hisab. Seorang guru lelaki berambut kerinting itu pula suka mencubit di bahagian dada dan lebih tepat di bahagian t*t*k. Sakit sangat, nasib baik ler tak putus. Walaupun budak lelaki tak ler penting sangat benda tukan. Alhamdulillah, takderlah kesan calar yang kekal. Saya tak pernah beritahu orang tua tentang ‘penderaan’ yang guru buat ketika itu. Takut kena marah lebih teruk dan adik beradik lain ketawakan. Bila kena pukul dan cubit ketika berjalan kaki ke rumah tidak seceria selalu. Tali beg sandang hijau yang penuh corak diletakkan di kepala. Jalan nonong jer, menahan sakit. Malamnya buat kerja rumah dengan lebih tekun, harap esok tidak kena pukul kalau tidak mendapat markah yang sepatutnya.

Zaman sekarang kalau kena macam tu harus wartawan TV datang membuat liputan. Anak-anak zaman sekarang kuat berlakon kalau sakit sikit. Suka mengadu berlebihan. Ibu bapa pula akan mudah membuat keputusan dan akibat sakit hati laporan polis akan dibuat. Golongan pertengahan seperti mereka mempunyai ‘network’ yang baik dengan orang dari pelbagai latar profesion yang mahu menangguk di air keruh.

Semua profesion terutama yang berkaitan dengan perkhidmatan dan pendidikan terdedah dengan saman menyaman serta liputan media. Memanglah diakui ada perkara-perkara yang perlu didedahkan di dada akhbar. Namun katakan seorang juvana membunuh dia tidak boleh di hukum di atas kesalahannya itu kerana di bawah umur. Kanak-kanak menjadi bertambah ganas bila mengetahui undang-undang berpihak kepadanya. Bila mereka mengetahui perkara ini kesan lebih dahsyat akan berlaku. Samseng dan buli tidak akan berkurang.

Guru –guru menghadapi tekanan untuk memastikan anak murid berdisiplin sedangkan mereka tidak boleh berbuat apa-apa untuk mengatasinya. Tindakan berbentuk kekerasan tidak boleh dipraktikan kerana kesannya akan memakan diri sendiri.

Jadi inilah dilemma yang perlu dihadapi oleh kita semua. Anak orang tetap anak orang.



Wednesday, August 03, 2005

Asid


Sepasang mata menikam kalbu.



COBALAH UNTUK SETIA

Lawak pun ada, kesian pun ada bila terbaca kisah askar(30 thn) yang di simbah asid oleh isterinya. Itu baru meluahkan hasrat untuk beristeri dua, kalau sudah berkahwin lagi harus terus ‘dibobbitkan’ agaknya. Bila sudah melecur separuh badan siapalah yang rugi, dua-dua rugi. Suami bakal tidak lagi handsome sepanjang hayat, marah pada isteri dan silap gaya kena cerai. Si isteri, umor pun lebih tua (50 an) dari sang suami, kenalah mengalah sikit. Yelah dah tahu Islam benarkan berkahwin sampai 4 kalau mampu, nak buat macam manakan? Masa macam ini ada tali pinggang hitam taekwando pun sudah tidak berguna.

Sebenarnya sangat ramai lelaki setia di luar sana. Balik kerja ‘on-time’. Terkejar-kejar nak hantar anak ke tuisyen, ambik anak dari sekolah segala. Pendek kata ramai jugalah suami dan bapa mithali di luar sana tu. Ramai juga yang boleh saya jadikan contoh bila diri sendiri berumahtangga nanti. Banyak kisah benar yang boleh dijadikan panduan.

"Moral of the story', janganlah buat lawak nak beristeri 2 ker di depan isteri, sedangkan masa bercinta jeling perempuan lain pun dia sudah 'muncung sedepa'. Sendiri mahu ingatlah yer. Berhati-hati sebelum terkena. Malang tidak berbau.


JEREBU

Cyberjaya berbau hangit akibat kebakaran hutan paya di kawasan sekitar. Udara jadi tidak sihat untuk dihidu. Aktiviti ‘mengeteh’ pun jadi tidak selesa. Habis kerja kena berkurung di rumah.

Tuesday, August 02, 2005

Si kecil


Si Kecil


TERBUANG

ALOR STAR 30 Julai - Seorang bayi perempuan dipercayai baru dilahirkan pagi ini nyaris mati akibat sesak nafas setelah diletakkan di dalam sebuah beg bertutup yang ditinggalkan di hadapan tandas lelaki Masjid Kubang Rotan, Kuala Kedah di sini.”

Zaman jahiliah, dan sikap barbaric yang tidak berkesudahan. Benih sendiri di buang merata-rata. Mungkin inilah salah satu kesan yang diutarakan hasil kajian Profesor Madya Dr Lekhraj Rampal dari Universiti Putra Malaysia :

Secara keseluruhan, kebanyakan rakyat Malaysia mengadakan hubungan seks sebelum kahwin. Kebanyakan rakyat negara ini hilang dara atau teruna menjelang usia 22 tahun, sebelum kebanyakan mereka melangkah ke gerbang perkahwinan.”

Hebat tak negara kita ini? Glokal juga dalam aspek-aspek tersebut. Mungkin kalau ramai sangat anak di luar pernikahan dilahirkan di negara ini. Kerajaan mungkin boleh mempertimbangkan orang bujang lelaki dibolehkan/dipermudahkan mendapatkan anak angkat. Memanglah menjaga anak bukan seperti memelihara haiwan peliharaan. Sedangkan memelihara kucing parsi juga perlukan kos yang tinggi, lebih baik orang bujang seperti saya ini mengambil anak angkat jika berkemampuan. Sokongan dari keluarga dan saudara terdekat pastinya memberikan ruang untuk anak itu membesar menjadi warga negara yang berguna.

Apakah pandangan masyarakat bila lelaki bujang mengendong bayi ke mana-mana yer? Tohmahan masyarakat pasti tak boleh dielak. Kalaulah saya sendiri mengalami situasi tersebut dapat dijangkakan kesannya. Kenapa tak kahwin? Bela anak sendiri? Tiada beban batu digalas?

Di universiti ini ada disediakan taman asuhan kanak-kanak. Rasanya boleh sahaja dilakukan. Cuma tahap kesediaan mental dan emosi kena kuat. Teringin juga mendapatkan anak angkat bila masanya sesuai.

Saya jangkakan bila usia meningkat nanti dan JIKA masih sendiri, perkara ini boleh dipertimbangkan semula. Rezeki itu sudah ditentukan. Rasanya kaum kerabat saya subur-subur belaka. Saya .... errrr not yet tested lerr heheh!


Aku Ingin Kembali

Ya Ghafur
padamkanlah semua titik-titik dosa
yang tercipta semalam
sama ada sedar atau lupa
aku ingin kembali memiliki diriku
yang wangi
yang suci
biar penghujung nafasku
dalam iman yang kukuh
yang utuh!

Mohd Adid Ab Rahman
SMK Selandar, Melaka
(Mingguan Malaysia 31 Julai 2005)