Monday, October 24, 2005

Ramadhan Mlm ke 20

RAMADHAN MALAM KE 20


Saya agak keletihan hari ini. Nak bercakap pun tak ada mood. Sebenarnya bila berada di rumah saya cukup penyenyap tak banyak cakap. Mak pun faham benar, dan selalu tanya apa yang sedang saya fikirkan. Mungkin saya banyak menyalin sikap bapak selain wajah yang saling tak tumpah ( cuma saya agak manis sedikit hahhaa ).

Musim panen hampir menjelma. Padi sudah berbuah cuma belum masak. Musim hujan di kg sekarang ini ( di semua tempat?). Semalam sempat menolong mak menyiang ikan darat yang berjaya di tangkap semasa sessi mengosongkan air di sawah. Lama tak buat kerja macam ni, berabad dah. Kebetulan ikan keli banyak jadi Yana tak tahu (atau malas) nak tolong siang ikan yang bersengat itu. Letih sangat ...

Terpaksa jaga baby Arief semasa ibu dia ke Sg Besar beli baju raya. Yana ikut sekali. Baby Arief asyik menangis jer. Dia memang tak suka kat uncle dia ni kot. Badan dia sampai kejang, sungguh-sungguh dia meradang. Puncanya mak kejutkan baby tu masa dia tengak syok bermimpi. Mak mandikan dia. Ingatkan akan bertambah lena tidur lepas tu. Hampeh bertambah meragam dan tak boleh buat satu apa.

Rumah ikan di bawah tangga sudah hampir siap. Habis juga dalam RM 500 nak buat tu. Hanya dapat menempatkan 5 akuarium X 4 kaki setiap satunya dalam tu. Tak sangka hobi yang pada mulanya hanya suka-suka boleh menjadi begitu tegar. Akuarium pun kebanyakkan kawan-kawan yang sedekahkan. Rasanya akan berbaloi juga dan mak suka sebab tiap minggu WJQ akan setia pulang ke kampong sebab nak tukar air!

Ramadhan semakin hampir ke penghujung. Ada sebahagian perkara tidak berubah dalam hidup saya, tapi semakin bererti. Contohnya tahun ini lebih kerap pulang ke kampong. Lebih banyak masa bersama keluarga. Terawih pun oklah, walau pada mulanya ada terdetik perasaan malas. Surau pun di kawasan rumah jer kan? Corong pembesar suara tu pun dok dihalakan kat rumah kita.

MELAFAZKAN IZIN PEMERGIAN

1
Wajah kekasih muncul bersama senja
ketika hujan gerimis di pelabuhan
melambaikan perpisahan.

Dingin ruang mengejutkan suasana
beku ingatan menindih hasrat
dalam peninggalan di mana-mana.

Di pelabuhan basah inilah
menyaksikan kapal layar
berangkat membelah laut.

Sedang nafas masih tercungap
melafazkan izin pemergian
ruyup ditelan gelombang khatulistiwa.

2
Malam menyambar dunia
hujan selesai menelan pelangi
belang warnanya tidak kelihatan lagi.

Camar asyik mengibar sayapnya
memercik bintik-bintik asin
memeta pantai pelabuhan.

JAMALUDIN D
Telaga Harbour, Langkawi
(Berita Minggu, Ahad 2 Oktober 2005
p:8)

Friday, October 21, 2005

Buat Yang Ditinggalkan

BUAT YANG DITINGGALKAN

Hujan turun mencurah di Cyberjaya hampir sepanjang hari semalam. Kita semua dikejutkan dengan kepulangan wanita pertama kita ke rahmatullah tepat pukul 7.50 pagi tanggal 20 Oktober 2005. Pertarungan Datin Seri Hendon melawan kanser payu dara yang dihidapinya telah sampai ke penghujung. Sesiapapun tidak akan terlepas dari cengkaman pembunuh nombor satu wanita di negara kita ini. Betapa semua wanita perlu waspada dan perlu melakukan sesuatu agar pengesanan awal dapat dilakukan. Usah berlengah, sebab keterlewatan tidak akan memaafkan diri.

Setahun yang lalu, seseorang yang saya kenali juga menjadi mangsa pembunuh senyap ini. Tempoh 2 tahun setelah pengesanan di lakukan cukup mendera arwah. Kanser payudara menular dan merosakan organ penting mengakibatkan koma. Arwah pergi pada malam Jumaat di bulan Oktober 2004. Disebalik senyuman beliau sebenarnya menanggung penyakit yang sukar diubati. Entah bagaimana arwah menyembunyikan segala penderitaan itu, atau segalanya dilakukan demi keluarga tercinta?

Rasanya hospital-hospital di Malaysia menyediakan khidmat pemeriksaan. Lakukanlah sesuatu buat diri sendiri dan insan tersayang. Saya amat mengasihi kalian dan demi rasa kasih inilah saya menulis catatan ini, menyeru agar anda semua menggerakkan isteri, adik perempuan, kakak, teman wanita juga bonda kalian membuat pemeriksaan. Ada ketikanya kita terlalu leka dengan urusan lain, sedangkan mungkin kita tidak menduga ada sesuatu yang 'membarah' di dada!

Thursday, October 20, 2005

Bersamamu

BERSAMAMU

Setiap tahun kami menganjurkan majlis berbuka puasa di ofis. Tujuh tahun berturut-turut tradisi ini berterusan. Kalau orang lain buat majlis ini di hotel-hotel mewah, kami menjemput ahli keluarga kakitangan kami ke pejabat pasangan mereka. Si anak boleh melihat tempat kerja ibu/ bapa mereka dan suami / isteri akan lebih memahami tugas dan cara kerja pasangan mereka. Ianya akan lebih mengeratkan hubungan boss dan kakitangan dan tali silaturrahim antara kami.

Acara berbuka puasa berlangsung dengan sederhana tetapi meriah. Makanan sesuai dengan harganya didatangkan khas dari KL. Hujan turun mencurah ketika kami menyuap makanan. Hati saya menjadi sayu bila melihat semua staf datang bersama keluarga tersayang, siap menayang baby baru masing-masing. Si junior cantik berseri-seri dan comel sekali di pangkuan mummy/daddy masing-masing.

Saya duduk bersama staf bujang yang lain, menelan kegelisahan diri. Memerhati dari satu sudut, mentafsir makna kebahagiaan orang lain. Mereka mampu memiliki apa yang masih belum saya gapai buat saat ini. Tiba-tiba nama saya dipanggil untuk acara pertukaran hadiah. Sebuah akuarium kaca yang comel menjadi milik saya. Terima kasihlah kepada staf yang menghadiahkannya kepada saya. Mereka tahu minat saya atau saya sudah terlepas cakap hadiah apa yang saya mahu tahun ini. Tahun lepas mendapat periuk nasi elektrik. Rezeki ...

Saya berdiri di satu sudut. Melihat mereka semua tersenyum riang. Tidak bertuah seperti tahun-tahun lalu bila acara cabutan nombor bertuah berlangsung. Tercabut nombor sendiri namun dapat menebus semula kehampaan bila rakan baik sendiri mendapat hadiah itu. Kebetulan sungguh.

Kami sembahyang berjemaah. Saya kagum dengan boss yang amat prihatin terhadap kakitangannya. Dia sanggup mendapatkan seorang ustaz untuk kami memperbetulkan tajwid bacaan Al-Quran kami nanti. Siapa lagi yang sebegini prihatin? Yelah kejayaan dunia dan akhirat perlu seiring.

Hari ini Ramadhan ke-16, semakin suntuknya masa!

Wednesday, October 19, 2005

Jiwa Kacau

JIWA KACAU : SEKACAU MANA JIWAMU?

Usah bertangguh untuk memiliki buku yang sarat dengan pengalaman peribadi dan tujahan fikiran penulis weblog ini. Sejumlah 172 entri yang terkandung pelbagai rasa di dalamnya. Mata fikir kita mentafsir pelbagai perkara mengikut kefahaman masing-masing. Memanglah pengalaman itu amat mahal harganya.

Saya amat tertarik dengan olahan bersahaja Abdullah Jones melalui puisi pendeknya “Neleh” ( Entri 165, page 183). Rasa perpisahan dilukis penuh makna “Aku tidak lagi memerlukan cahaya”. Tapi sebenarnya cahaya itu akan tetap bersinar, cuma kita tidak dapat menyentuhnya atau kesan kehadirannya tidak sehangat sebelumnya. Kenangan tidak boleh di bunuh bukan?.

Rosyam menghadiahkan kita dengan “Cerita Penjara tu!! Sensasi !! ( Entri 120, page127- 143) pengalaman penghuni penjara wanita. Sebuah kisah yang pernah diceritakan padanya. Apa yang pasti ia tetap ‘best’ untuk diimaginasikan.

Kisah pengemop lantai (Entri 68, page 68 –69) oleh Bluehikari juga menginsafkan, bila darjat manusia boleh disukat dan di timbang ikut kasta. Mungkin akibat kealpaan manusia memahami surah At Takaatsur (bermegah-megahan, surah ke 102)

Entri –entri lain juga menyengat dan memikat. Sifu dunia blog tempatan seperti Tok Rimau dan Mat Jan juga menjentik unsur sinis dalam tulisan masing-masing. Pendek , padat dan menyelerakan. Apa yang pasti kita dapat menangkap lapis makna di dalamnya. Tidak memerlukan Ph.D untuk menulis, tapi perlukan ilmu dan keberanian untuk merealisasikannya.

Sejumlah 23 blogger memerah keringat dan wang ringgit untuk menerbitkan buku Jiwa Kacau ini yang diselenggarakan oleh saudara Basri Nor Mohd. Kata penghantar oleh Saharil Hasrin Sanin (Penulis buku Lagi_Lagi Cerpen Underground) … kata penghantar dia pun sudah cukup best apa lagi tulisan-tulisan blogger lain di dalam buku ini. Cubaan pertama untuk menerbitkan entri penulis blog ke dunia buku.

Buku ini berharga RM20.00. Sila layari laman web Jiwa Kacau di http://jiwakacau.blogdrive.com



Tuesday, October 18, 2005

If only he knew

Hari Sabtu pagi kereta meragam, bateri ‘kong’. Tension jugak nasib baiklah ada staf yang sudi membantu. Menghantar ke Dengkil untuk membeli bateri kereta. Memang setiap minggu akan balik ke CC. Seronok berbuka dan bersahur dengan keluarga. Tidak semua orang dapat melakukannya. Setiap Isnin pula saya bercuti, ini untuk memastikan sasaran baki cuti minimum untuk tahun ini tercapai. Tak mahulah cuti ‘terbakar’ begitu sahaja.

Baby Arief telah di bawa balik ke Klang. Kesian pulak Atuk dan Nenek dia kat kampong. Sedih jer dengar mereka kata rindu kat cucu/anak saudara nombor 10 kitaorang ni. Tapi dapatlah Nenek dan Atuk tidur lena lepas ni. Maklumlah Arief ni kalau time meragam dan dia tahu hanya dia yang jadi tumpuan semua orang semua orang jadi panik. Lucu pulak macamanalah Mak besarkan kitaorang dulu? Maybe masa kecil we all baik-baik belaka.

Sudah membeli hadiah untuk aktiviti berbuka puasa di ofis Rabu ini. Tahun ini kena beli hadiah untuk staf lelaki pula. Tak tahulah kalau dia suka ker tidak apa yang saya beli itu.

Apa yang pasti pak cik akan tetap bercuti pada 2 November @ Hari Tersepit di antara dua perayaan yang semua orang dok risau. Apalah susahnya, ambik jer cuti tahun reramai. Siapa nak bekerja, pergilah bekerja sensorang kat ofis tuuh. Kalau kerja kat kilang memang operasi kena ‘run’ juga walau hari nak runtuh pun. Kalau bidang kaunter dan perkhidmatan bolehlah pakat semua cuti. Hospital? Hehehe terpaksalah mereka kerja, depa antara kerjaya paling dihormati sepadanlah dengan tanggungjawab mereka yer tak? Untuk para pekerja yang tak glamour dan sentiasa tidak dapat memuaskan hati semua orang bolehlah pakat bercuti ramai-ramai. Customer can wait, we all nak pi beraya.

IF ONLY HE KNEW
Gary Smalley

Kepada yang bertanya dan sedang tercari-cari buku untuk di baca. Saya ingin mencadangkan buku ini “If Only He Knew” tulisan Gary Smalley. Buku ini sesuai di baca oleh para suami atau lelaki untuk lebih memahami kehendak wanita atau isteri mereka. Smalley menerangkan tentang apa yang amat diingini oleh seseorang wanita berkahwin, emosi mereka dan mengajar lelaki cara-cara untuk memenuhi keperluan tersebut. Banyak perkara yang kita anggap remeh tetapi sebenarnya boleh memberikan impak yang besar dalam hidup pasangan.

Ia turut memuatkan 10 langkah mudah yang boleh dipraktikkan bagi mengukuhkan sesebuah perkahwinan . Smalley membantu lelaki untuk memahami bukan sekadar bagaimana untuk memberikan maklum balas terhadap perasaan wanita tetapi juga membuatkan kaum Hawa berasa penting dan dihargai.

Isi Kandungan buku ini dibahagiakan kepada 12 bab/Chapter

1.How to drive your wife away without even trying
2.Where have all the feelings gone?
3.If your wife doesn’t win first place, you lose
4.Your wife need your shoulder, not your mouth
5.Climbing out of marriage’s deepest pit
6.What no women can resist
7.What women admirer most about men
8.If your wife’s not protected, you neglected
9. Arguments … there’s a better way.
10. A successful marriage … it’s easier then you think.
11. So you want a perfect wife
12. Watch out ! It can happen to you
Ada terpikat tak nak baca buku ni? Tapi pastinya pihak pompuan yang berlumba-lumba nak baca buku nih dan mengharapkan kalaulah suami masing-masing begitu atau begini. Hey! kaum Adam bebila kalau free bacalah yer sendiri. Saya tak boleh praktikkan lagi idea penulis nih, ilmu yang ada dah tepu semuanya.

Buku lain penulis ini antaranya :

Love is a decision
The power of commitment : A guide to active, life long love
The Blessing
The DNA of relationships.

RADJA - Takkan Melupakanmu

oh terindah, lagu yg terindah
sengaja aku cipta untukmu yg terindah
semoga dapat meluluhkan segala keraguan
semoga menghancurkan kerasnya batu prasangka

Reff:
aku takkan melupakanmu
takkan meninggalkanmu
takkan menduakan cintamu, ku bersumpah

aku tak ingin mengingkar janji
tak ingin menjadi duri
tak ingin menjadi api cinta yg
membara

rebahlah kau di pelukku
lepaskan resahmu
bebaskan jiwamu
dari prasangka-prasangka burukmu
dari kerasnya batu curiga

Reff:
aku takkan melupakanmu
takkan meninggalkanmu
takkan menduakan cintamu, ku bersumpah

senyuman melati
sambutlah mentari
raihlah cintamu
hari ini

Reff:
aku takkan melupakanmu
takkan meninggalkanmu
takkan menduakan cintamu, ku bersumpah

Saturday, October 15, 2005

Sinus

SINUS


Pukul 9.00 mlm pergi ke Pusat Rawatan Islam Az-Z*h*ah. Hidung dan segala kegatalan didalam saluran pernafasan tidak dapat ditahan lagi. Ada kebengkakkan, mata berair berhari -hari sudah. Dada jadi sakit dan sukar bernafas. Tapi doktor tetap menanti jika ada nanah yang keluar. Wah! kalau nanah sudah keluar itu tandanya jangkitan sudah di tahap bahaya. Setakat ini belumlah sampai ketahap itu. Kena jaga pemakanan, sambal belacan dan udang musuh utama dan sekarang kalau pedas sedikit pun sudah tidak boleh. Ketidak -selesaannya hanya Allah yang tahu. Another Carinox, just ubat untuk penyakit selsema. Bestkan?

Cuba juga rawatan alternatif untuk mengubati resdung. Tapi kena berhati-hati dengan pengambilan ubat sebegitu, takut memberi kesan pada buah pinggang pula. Usia dah masuk 30-an, macam-macam boleh terjadi. Saya memang amat menjaga perihal diri hatta luka sikitpun bergegas ke klinik. Gunakan kemudahan yang disediakan. Hidup sendiri kena jaga diri sendiri-sendirilah ...

Memang betullah kata sahabat yang lain. Ramadhan kali ini terlalu istimewa dan amat berlainan sekali impaknya. Lebih memberi makna dalam diri. Mungkin anda pun merasakan auranya.

Yang jauh sering menghulurkan salam, mungkin yang dekat tidak terpikat. Sukar menyukat rasa hati yang tersekat antara pilihan yang berselerakkan. Kaca dan intan sering menyilaukan pandangan. Mungkin dia sedang menanti di pelabuhan rahsia, di suatu sudut dunia. Pasti dia tetap teringatkan diri ini ...

Friday, October 14, 2005

Benarkan Aku Bahagia

BENARKAN SAYA BAHAGIA!


Setiap malam ketika solat Terawih, saya berdoa agar diberikan kebahagiaan. Walaupun bahagia itu subjektif sifatnya. 10 malam pertama Ramadhan segala doa akan di makbulkan. Malam tadi malam kesepuluh. Hari ini sudah 10 hari kita berpuasa. Mata saya masih berkaca, merah dan nampak sedih. Entah apa yang terjadi dalam diri saya pun tidak pasti. Aneh! Saya seakan tidak dapat merasa segala kebahagiaan yang tuhan anugerahkan selama ini. Segalanya begitu indah dan membahagiakan. Tapi saya tidak sedar tentang itu ... sehinggalah saya membandingkan diri dengan mereka di luar sana, yang hidupnya hancur dirempuh bencana.

Memang tidak akan ada kesempurnaan dalam hidup ini. Mengakui kelemahan dan tidak malu untuk memperbaikinya merupakan usaha yang bukan mudah. Namun kemenangan buat diri sendiri bila dapat mengatasinya. Berusaha sedikit demi sedikit pasti akan membuahkan hasil. Saya hanya memerlukan sedikit waktu dan doa yang tidak putus-putus.

Thursday, October 13, 2005

Beautiful



"Sometimes the best and the most beautiful things in the world cannot be seen, cannot be touched, but can be felt in the heart" - Anon.

Setiap pagi boss benarkan kami semua bertadarus dari pukul 9.00 - 10.00 pagi. Memperbetulkan bacaan masing-masing. Kadang kita terlalu sibuk dengan hal-hal keduniaan sehinggakan melupakan apa yang sepatutnya kita kuasai dan pelajari. Maka Ramadhan ini diturunkan kepada umat Islam untuk memperuntukkan masa yang lebih sedikit untuk mengaudit diri sendiri.

Kadang airmata menitis laju ketika bacaan ayat suci Al Quran berpadu dalam ruang diri. Betapa mensyukuri nikmat pemberian Ilahi. Hidup umpama dedaunan, hijau menyegarkan dan bila cukup tempohnya, layu dan gugur ke bumi. Mungkin hidup perlu patah untuk tumbuh lebih subur, tetapi yang sebenarnya yang hilang tetap tidak akan berganti. Kalau ia hadir bukan seperti yang kita hajati, kita harus memaafkan diri sendiri dan redha dengan ketentuan Ilahi.

Dia hadir saat saya sendirian membilang tasbih kehidupan masa lalu sehingga membiarkan senyuman melekat di bibir. Mungkin inilah sebuah kehadiran yang dinantikan di Ramadhan ini ...

Wednesday, October 12, 2005

Roti John

ROTI JOHN

Tak pasti pula kenapa makanan ni mengambil nama mat saleh. Mungkin diceduk dari gaya makanan barat. Atau memang dasar orang kita kalau bagi nama mesti nama Inggeris. Kalau roti tu diberi nama Roti Pak Abu takut tak ada siapa yang terperasan kewujudannya. Panjang, besar,ringkas dan berkhasiat, amat sesuai untuk juadah berbuka puasa. Tapi tunggulah ketika anda ingin mendapatkannya. Di mana-mana pun kalau ada gerai yang menjual roti ini pasti beratur panjang, sangat panjang dan meletihkan untuk mendapatkan makanan yang satu ini. Jadi satu fenomena pula. Kalau hari-hari biasa tidaklah macam ini. Tapi pembeli tetap bersabar menanti pesanan.

Semalam sempat ke Presint 2, membeli juadah berbuka. Hajat di hati nak dapatkan roti John, tapi memandangkan barisan yang menanti cukup panjang terpaksa kansel. Akhirnya, hanya sempat membeli nasi tomato dan kerabu mangga. Sedikit kuih untuk kudapan selepas terawih tapi tak tersentuh sampai ke sudah. Nasi tomato pun tak habis makan. Sakit kepala pula, mungkin kurang minum air ( dah puasa namanya kan heheh).

Setiap malam sebelum tidur, kita cuba membohongi diri sendiri. Dalam keadaan amat terdesak kita berharap segala apa yang kita impikan akan menjadi kenyataan pabila fajar menyinsing. Hari baru bermula dengan pengkisahan mimpi kita yang tak berkesudahan. Ya, benarkanlah kita bahagia ... (Desperate Housewives)

Tuesday, October 11, 2005

Bencana

BENCANA


Kalau di lihat begitu banyak kemusnahan yang terjadi akibat bencana alam di serata pelusuk dunia. Gempa bumi yang melanda di utara Pakistan dan kawasan Himalaya di India Sabtu lalu , setakat ini mengorbankan antara 20,000 hingga 30,000 orang. Tsunami, Taufan Rita dan sebagainya di datangkan Allah untuk menguji sejauh mana umatnya mampu bersabar dengan segala ujian dari-Nya. Kebesaran Illahi ... kita ini terlalu kerdil.

Bila mereka mati kesejukan dan kelaparan, kita bermewah dengan nikmat yang melimpah. Ada yang makan buffet berbuka puasa di Hotel sampai RM100.00! Tak apalah kebanyakkan mereka itu golongan berwang, pendapatan 5 angka sebulan. RM 100 terlalu kecil nilainya. Bagi golongan berpendapatan sederhana segalanya berlu di bajet.

Bila Allah turunkan bala, kasta dan kedududukan terpisah terus. Kaya miskin akan turut menerima kesengsaraan. Harta benda, kemudahan yang dimiliki akan lenyap. Hidup ini umpama putaran roda.

Selagi kita tidar disedarkan dengan segala ini, kita mungkin terlupa bahawa ada yang lebih berkuasa di atas segalanya.

Friday, October 07, 2005

TUN M

TUN M ... LEBIH TAJAM MENIKAM

Isunya tentang hak asasi manusia dalam satu sidang yang dianjurkan oleh Suhakam.
Dunia hari ini masih kuno dari segi kebolehan membuat pilihan. Sebagai contoh
yang mengaku mempunyai tamadun yang tinggi percaya bencana ke atas mereka yang dilakukan oleh musuh mereka adalah salah tetapi bencana yang mereka lakukan ke atas musuh adalah betul.
Siapa yang makan cili terasalah pedasnya. Maka 2 diplomat Eropah kleuar dewan ketika Dr. M mengkritik US dan Britain dalam ucapannya. Komen beliau tentang serangan Amerika dan Britain ke atas Iraq atas alasan negara itu mempunyai senjata pemusnah besar-besaran adalah satu pembohongan tidak dapat diterima dengan baik oleh Pesuruhjaya Tinggi British, Bruce Cleghorn dan Duta Hungary, Tomas Toth.

Dengan menyerah kepada yang kuat dan berkuasa adalah betul dalam dunia binatang dan masyarakat zaman batu tetapi semakin maju sesuatu masyarakat, mereka sepatutnya mempunyai daya fikir yang lebih luas, untuk mengenal pasti dan menilai antara yang betul dan salah berdasarkan kuasa fikiran yang tinggi, bukan berdasarkan pada perasaan dan kehendak.
Tiada kiraan langsung berapa rakyat Iraq yang mati tetapi kematian seorang askar Amerika dilaporkan kepada dunia. Ini adalah tentera yang diduga mungkin terbunuh tetapi rakyat Iraq yang terbunuh adalah orang yang tidak bersalah dan akan hidup kalau di bawah pemerintahan diktator Saddam Hussein.
Beliau juga yakin globalisasi tidak datang dari negara-negara miskin tetapi dilahirkan oleh negara kaya.
Tetapi terus terang, globalisasi tanpa sempadan bukanlah untuk orang tetapi untuk kapital, pedagang matawang, untuk korporat, untuk bank, untuk NGO yang ambil berat tentang penyalahgunaan hak asasi manusia, kekurangan demokrasi dan lain-lain.

Haluannya, seperti yang kita lihat, satu hala. Lintasan sempadan dilakukan oleh orang kaya untuk keuntungan perniagaan mereka.
Tun M memang lantang dan semakin berbisa selepas bersara. Tetap membanggakan seperti selalu!

Saya teringat kata-kata pujangga Dr Uthman El-Muhammady tokoh Maal Hijrah. Beliau menegaskan :
Jika orang buat jahat kepada kita, kita lupa
Jika kita buat jahat pada orang, kita jangan lupa
Jika kita buat baik pada orang, kita lupa
Jika orang buat baik kepada kita , kita jangan lupa

Prof Hamka juga menyebut;
Buat baik dibalas baik adalah biasa, buat jahat dibalas jahat
adalah biasa tetapi buat jahat dibalas baik adalah luar biasa.
Berdasrkan kepada kata-kata pujangga tersebut, sifat sabar dan berhemah itu penting dalam mengharungi cabaran kehidupan. Namun sifat tersebut bukannya lahir dan ujud dalam sekelip mata tetapi ianya akan muncul setelah kita membersihkan diri dan jiwa kita dari bersikap suka membuat persepsi negatif terhadap orang lain.

Thursday, October 06, 2005

Berbuka


Goldfish yang keletihan akibat berpuasa ...


BERBUKA DI MASJID?

Idea untuk berbuka di masjid ini datang secara tiba-tiba. Tapi setakat ini belum tergerak untuk ke Masjid Putra untuk berbuka. Masih memilih untuk berbuka puasa sendirian di bilik. Sebabnya rasa kekok dan saya makan agak lambat. Tak pernah makan sekali hadap dan siap kena simpan dan ulang makan semula selepas itu.

Rasanya idea berbuka puasa di Masjid lebih baik daripada meredah kesibukan KL untuk makan bufet di hotel. Pasti akan terlepas sembahyang terawih berjemaah selepas itu disebabkan keasyikan menghadap makanan yang pelbagai. Kawan-kawan di KL biasanya rasa kecik hati bila saya sentiasa menolak ajakan mereka untuk berbuka bersama. Entahlah mungkin saya kurang selesa dengan keterbatasan waktu terpaksa mengharungi kesibukan hanya untuk sesuap nasi yang kadarnya boleh diperolehi di mana-mana sahaja.

Semalam Pak Cik Botax sibuk SMS saya yang dia masak 'beef vindaloo' dan ikan 3 rasa. Sedangkan saya berbuka sendirian dengan nasi campur yang saya beli di Street Mall dengan kos RM 3.50. Janji kenyang dan saya dapat juga ke Masjid Putra walaupun hujan seakan mengkaburi kudrat yang tersisa agar duduk sahaja di rumah.

Saya teringatkan zaman kanak-kanak saya. Berbuka bersama keluarga dengan penuh kesederhanaan tapi nikmatnya tak mampu di tukar ganti. Masih terbayang di ruang fikiran.

Pagi tadi sempat menonton Motivasi Pagi TV3, topik yang menarik tentang menangani perpisahan. Kita kadang masih terkepung dan lemas dalam kolam perasaan. Mata tertutup rapat dari memandang kebahagiaan yang menanti dipenghujung jalan. Seperti lagu Melly Goeslow "Cinta" yang sering ke udara di radio ...

"Bukankah hidup kita akhirnya harus bahagia".

Bersyukur tentang nikmat yang diberikan kerana orang lain lebih derita hidupnya. Umat Islam di Thailand di tindas dengan kejam. Kita aman damai dan tenang. Tidak perlu takut ancaman bom seperti di negara jiran.

Cuma itulah ... bila start jer pukul 5.00 petang risau nak beli juadah apa untuk berbuka puasa :)!


Wednesday, October 05, 2005

PERMULAAN

PERMULAAN

Pukul 6.00 ptg sampai dari Melaka. Bergegas ke ofis, check-out dan cuba membalas mana-mana email yang perlu. Selepas maghrib menuju ke Putrajaya. Damai sekali dan ketenangan bayu tasik mengusap wajah. Malam Ramadhan pertama ini sungguh berbeza daripada malam-malam yang lain. Muslim dan muslimah berpusu-pusu memenuhi ruang Masjid. Masjid Putra menerima tetamu yang berlipat kali ganda. Kakitangan bahagaian pembersihan dan keselamatan juga bertambah.

Berjaya melaksanakan 20+3 untuk malam pertama ini. Harapnya mampu berterusan begini, kalau dulu hanya berpuashati dengan 8, tahun ini harus berubah. Usia pun sudah bertambah bukan? Banyak sekali yang di doakan.

Terharu bila seseorang itu mahu membalas sms saya. Sudah berkurun tidak mendapat perkhabaran. Ramadhan membuka hati orang-orang yang diingati membalas huluran salam. Bukan carik gaduh pun kan?

Selamat bersahur juga. Selamat berpuasa dari XXX sekeluarga.
5-Oct-2005 04:20:00

2 kali terjaga dari tidur. Pukul 3 pagi dan bila terbangun sekali lagi pada pukul 4.00 terus mengambil keputusan untuk bersahur, makan apa yang patut. TV3 juga ada program-program yang menarik untuk ditonton. Sambil makan sambil menghayati maklumat yang dihidangkan. Segalanya 2 dalam 1.

Tuesday, October 04, 2005

Harapan Ramadhan

Harapan Ramadhan
RAIHAN & MAN BAI

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna


Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula


Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti


Tak ingin ku biarkan
Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan


Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua


Maka Rabulah kita berpuasa. Mudah benar untuk diteka. Malasnya nak bangun sahur . Ada ker orang nak kejut? Mungkin tahun ini sahur dulu sebelum tidur. Kalau terjaga balun jer makan cereals sambil mata terpejam. Bukan tak biasa kan?

Harapnya dapatlah melengkapkan malam dengan sembahyang Terawih berjemaah di surau atau Masjid Putrajaya. Puasa kerja mudah, cuma pengisiannya itu yang payah. Apa pun buat lah yang terbaik. Moga puasa kali ini paling bererti dan memberi banyak pahala dan nikmatnya. Seperti lirik lagu di atas itu … Harapan Ramadhan.

Monday, October 03, 2005

SAYA KEMBALI!

SAYA KEMBALI!

Baru masuk ofis hari ini setelah 5 hari bercuti. Balik kampung dan berehat-rehat. Betullah, kalau balik kampung memang sesuai untuk aktiviti makan tidur kemudian jalan-jalan dengan my mum. Ambil Yana di kolej dan kakak di Banting. Baby Syikin makin cute, gebu dan comel yang melampau. Sekali pandang sudah jadi macam anak Jepun pulak. Seronok bila ada 2 bayi comel di rumah.

King Adik tetap maintain sebagai baby ke-10 paling berpengaruh ketika ini. Semua aktiviti di rumah itu ditentukan olehnya. Masa dia tidur jerlah lega sikit. Tapi aneh sekali bila bapak dia ada di rumah boleh pulak dia jadi baik dan tidak banyak meragam. Kang bapak dia tak percaya pulak yang King Adik tu banyak ragam dan ‘mendera’ ibu dia saban malam.

Semalam nonton Rangka Kunci di Sunway Piramid. Oklah tak berapa best sangatlah citer tu. Saya lebih suka cerita berat dan ada mesej atau cerita hantu. Bagi saya menonton filem adalah satu aktiviti membaca kehidupan, menyelak lembaran pengalaman umpama menangani satu naskah buku interaktif. Mesti ada kesan dan pengalaman hebat yang perlu di tinggalkan dan membuatkan saya banyak berfikir selepas itu. Kalau nak hiburan ringan lebih baik saya termenung dari jendela bilik saya sahaja hahaha …

My dad demam kesian pulak bila orang tua kita demam dan kita tak berupaya untuk menangung kesakitannya. Sudah pergi ke hospital untuk check darah, takut sekali jika denggi. Ayah yang berfesyen rambut ala Mawi itu terbaring jer di rumah dan mak menjadi begitu protektif sekali (maklumlah nak jaga baby tua yang demam). Lucu pun ada bila time nak makan ubat.

Dia kata saya masih dalam proses evaluation lagi. Banyaklah dia nak evaluate, kadang saya pun rasa tidak selesa. Memanglah banyak benda kena dipertimbangkan. Sudut mana pun ianya. Kesan bagaimana dan penerimaan masing-masing terhadap individu tersebut. Saya jadi takut untuk membuka pintu hati jika sikapnya begitu. Takut terlanjur sayang dan akhirnya melukakan hati sendiri. Sikapnya sebatu jauhnya dengan apa yang saya harapkan, namun saya sudi untuk bertolak ansur. Saya bukan mencari cinta lagi, terlalu tua untuk itu. Terlalu bosan dengan proses-proses yang menyakitkan ini. Maybe lebih baik unattached buat ketika ini dan biarkan masa menentukan.

Wednesday, September 28, 2005

33

SELAMAT DATANG 33

32 baru sahaja meninggalkan saya 2 jam 07 minit yang lalu. Saya terjaga ketika handphone saya berbunyi dan penuh dengan kiriman ucapan. Terharu kerana masih diingati oleh insan-insan yang saya kira telah lenyap dari memori. Mereka masih mampu menghulur tanda ingatan. Bukankah ingatan itu lebih bermakna dari segalanya? Diingati sebagai insan yang pernah menjadi perisa kehidupan mereka. Maka atas apa yang tersisa doa mereka tetap mengharukan hati kecil saya.

Jangan serious sangat dan nikmati kehidupan ini sewajarnya. Ada perkara penting lain yang perlu di beri tumpuan selain hal yang satu itu”. Seorang teman menulis kepada saya tentang ini. Alhamdulillah 32 menghidangkan menu yang cukup menyelerakan walaupun saya juga melalui waktu-waktu getir itu sendirian.

Ditemukan dengan insan yang hebat dan dilenyapkan nikmat itu kemudiaannya. Syukurlah saat yang paling berbisa telah berlalu. Segalanya makin menambahkan keakraban bersama keluarga tercinta. Kasih sayang mereka melimpah di sepanjang perjalanan ini. Kesukaran menjadi begitu mudah untuk diharungi. Akhirnya, hanya pada merekalah kegembiraan ini seharusnya di kongsi.

Untuk diri sendiri di hadiahkan segala kesyukuran moga apa yang dicitakan menjadi satu kenyataan. Panjang umur dan dimurahkan rezeki sepanjang melintasi daerah kehidupan yang sukar dijangkakan ini.

Pak cik Botax yang pelupa tu pun buat susah-susah jer hantar SMS (takut kena marah agaknya)

**HAPPY BIRTHDAY** Moga panjang umur, sihat sentiasa dan lebih banyak pintu kejayaan akan terbuka hari mendatang.
28-Sept-2005 00:47:08

Lagu potong stim ini menjadi ikhtibar buat diri sendiri agar tidak lagi keseorangan dalam melayari usia 33 dan buat semua terima kasih di atas doa dan ingatan anda semua.

Di malam yang sunyi
Duduk ku termenung sorang diri
Di jendela sepi
Hingga dinihari
Ku menantikan kepulanganmu
Namun kata hanya sekadar tinggal kata kata

Bagaikan melukut di tepi gantang
Begitulah aku di dalam hidupmu
Ada tiada tak memberi kesan
Hanya aku menanggung kerinduan…

Dulu pernah kau katakan sayang
Ingin mendegar ku berlagu riang
Menawar duka lara ku
Lupakan saja derita yang berlalu

Tapi mengapa diri mu kasih
Ibarat lalang di tiup angin
Kasih mu di racun oleh kata fitnah
Penuh hina

Kau biarkan saja diri ku menanggung sepi
Dengan irama duka ku
Yang tak bermakna bagimu

Aishah – Melukut Di Tepi Gantang

Tuesday, September 27, 2005

BAGAN PASIR@TENGKORAK

BAGAN PASIR @ TENGKORAK

Sabtu minggu lepas seperti minggu-minggu yang lalu, saya membawa kedua orang tua saya ke pusat pendaratan ikan di CC, Bagan Pasir. Membeli ikan yang baru mendarat, memang menyeronokkan. Segar dengan harga berpatutan. Tetapi kebiasaannya pada hari Sabtu, harga ikan di situ akan naik dalam RM 2 dari hari biasa. Ini berlaku kerana kebanyakkan mak datin dari bandar besar akan keluar memborong ikan pada masa ini. Yelahkan kalau emas penuh di tangan, dengan gaya begitu moden takkan mak cik dari kampung seberang pulak kan? Ini memberi impak yang pelbagai, hari Sabtu seperti di khaskan untuk orang luar datang membeli. Orang kampung tak 'kuasa' nak membeli ikan yang harganya jauh lebih murah di hari lain.

DR. KHIR TOYO

Saya dalam proses untuk menyudahkan pembacaan saya. Buku terbaru yang ada di tangan "Dari Sungai Burung ke Bukit Megawati Perjalanan Politik Dr. Khir Toyo" tulisan Chamil Wariya. Saya menghormati Dr. Khir dan menggagumi ketabahan anak desa ini sehingga berjaya menjadi apa yang kita lihat sekarang. Dia tidak malu menceritakan kesusahan hidup yang dilaluinya di Sungai Burung salah satu daerah di Tanjong Karang. Perjalanan hidupnya sungguh menarik untuk dihayati. Tidak seperti pemimpin lain yang lahir dan membesar di dalam keluarga yang kaya, latar kehidupan Dr. Khir sungguh berbeza. Beliau ingin membela nasib golongan miskin kerana beliau sendiri telah melalui zaman suram dibelit kemiskinan. Banyak sekali kisah menarik yang diceritakan lewat buku ini. Perjalanan politik beliau dan isu kemusnahan Taman Pertanian Bukit Cahaya Seri Alam antara yang paling ditunggu.

Buku setebal 168 muka surat ini merupakan cetakan ke-2 Times Editions.

Monday, September 26, 2005

Tuhan

“TUHAN ANUGERAHKAN AWAK KEPADA SAYA”

Saya Cuma hendak berkongsi pengalaman yang entah kenapa, saya rasakan begitu menarik dan tidak akan saya lupakan dalam hidup saya. Perasaannya sukar digambarkan tetapi ia mengajar saya tentang erti hidup ini yang sebenarnya. Saya minta maaf sekiranya orang lain tidak tersentuh dengan kisah saya ini tetapi saya tetap mahu bercerita.

Saya ibu kepada tiga orang anak dan baru sahaja menamatkan penhajian ijazah saya dis ebuah kolej. Maklumlah, dulu semasa muda saya tidak dapat belajar kerana masalah kewangan. Apabila sudah tua-tua begini baru ada peluang kerana minat saya untuk menimba ilmu tidak pernah terpadam.

Dalam kelas sosiologi saya yang terakhir, projek yang diberikan adalah mengenai senyuman. Setiap pelajar perlu keluar dan menyedekahkan senyuman mereka kepada tiga orang. Reaksi mereka akan didokumentasikan. Saya kira, ia satu tugasan yang mudah sementelah saya seorang yang mudah mesra dan senyuman bukanlah satu masalah kepada saya.

Pada suatu hari, saya telah mengajak suami dan anak-anak kami untuk keluar makan di salah sebuah restoran makanan segera yang popular di tempat kami. Saya menawarkan diri untuk beratur membuat pesanan dan meminta suami serta anak-anak mengambil tempat.

Kalau tidak silap saya , ada tiga barisan semua sekali. Semasa kami tengah berbaris (pelanggan agak ramai ketika itu, kebetulan cuti hujung minggu dan hujung bulan), tiba-tiba saya perasan beberapa orang yang berada di dalam barisan seperti menapak sedikit ke belakang cuba mengelakkan sesuatu.

Saya menjadi agak panik ketika itu dan sebaik saya menoleh ke belakang untuk mengetahui, apakah puncanya, saya terhidu bau yang kurang menyenangkan. Berdiri betul-betul di belakang saya adalah dua lelaki tua gelandangan yang serba kotor (minta maaf). Mereka saling berpegangan tangan. Salah seorang daripadanya yang lebih pendek, telah tersenyum kepada saya.

Senyumannya, dengan mata yang berkaca saya rasakan sangat indah sekali, yang seolah-olah menggambarkan dia mencari-cari satu penerimaan. Sambil mengangguk dan mengucapkan selamat petang , dia mengira-ngira syiling di telapak tangannya. Sementara itu, rakannya memegang erat tangan si lelaki pendek itu seperti tidak mahu dilepaskan. Saya fikir, lelaki kedua tersebut mengalami gangguan mental.

Apabila pelayan meminta pesanan, dia menghulurkan wang yang ada dan berkata, “Bagi kopi je lah, ini je duit yang ada.” Tiba-tiba sahaja saya menjadi emosional dan sebak. Secara spontan, saya hampir-hampir memeluk lelaki tua itu dan pada ketika itulah semua mata memandang ke arah saya.

Saya bukan hendak menunjuk baik tetapi sesungguhnya, saya bersyukur masih mempunyai perasaan ihsan ini. Saya tersenyum kepada dua lelaki yangs aya kira sebaya umur ibu bapa saya di kampung. Selepas menerima minuman mereka, tiba giliran saya dan saya telah meminta pelayan tersebut menambah dua hidangan lagi dalam dulang yang berasingan daripada tempahan untuk keluarga saya.

Saya kemudiannya maju ke meja dua pengemis berkenaan, meletakkan dulang tersebut di atas meja mereka dan memegang bahu pak cik pendek . Dia mendongakkan kepalanya dan dengan air mata yang bergenang, dia mengucapkan “Terima kasih , nak.”

Entah di mana saya mendapat idea untuk mengucapkan kata-kata ini kepadanya: “ Pak cik, bukan saya … Tuhan yang telah memberikan rezeki dan harapan ini kepada pak cik melalui saya.” Setelah seketika, saya berjalan ke arah suami dan anak-anak sambil menahan perasaan.

Sebaik melabuhkan punggung di sebelah suami, dia telah tersenyum ke arah saya dan mengucapkan kata-kata yang sangat indah dan tidak akan saya lupakan sampai bila-bila. Ia umpama satu penghargaan besar buat saya daripada suami. “Kerana itulah Tuhan anugerahkan awak kepada saya … untuk memberikan saya harapan.”

Dan, apabila tugasan yang saya nyatakan di awal tadi sampai kepada pensyarah, di atelah meminta kebenaran untuk membacakannya di dalam kelas. Saya mendapat ijazah dengan satu pengajaran yang paling besar pernah saya pelajari – pengajaran untuk menerima tanpa syarat. – SYUHADA.
( Ditaip semula drpd Mingguan Malaysia Ahad 25 September 2005 p:28)

Saya amat tersentuh ketika membaca kisah ini. Paling terkesan dan saya bersyukur dengan kehidupan yang saya miliki, sekurang-kurangnya saya mampu mendapatkan segala apa yang saya inginkan ( kecualilah yang satu itu). Kisah seperti di atas sering terjadi dengan latar waktu yang berbeza. Hidup ini indah dan penuh kasih sayang jika kita melihat segalanya dari sudut yang positif.

Saturday, September 24, 2005

SEPTEMBER DATANG LAGI

SEPTEMBER DATANG LAGI

Saya agak sedih bila setiap kali mengenangkan kehadiran September. Seperti 3 tahun yang dilalui. Kesunyian, resah dan kebosanan menghantui diri. Kosong dan melampau-lampau terasa kehilangan dan keterasingannya.

Allah menguji kita kerana Dia tahu kita mampu, Cuma kadang-kadang kita terlalu suka mengalah.”

Masih menanti ketibaan suatu hari yang cerah dipenuhi segala kegembiraan yang diidamkan. Meminta terlalu banyak, sedangkan yang sedikit ini pun harus disyukuri.

Masih bernafas untuk meneruskan perjuangan. Bila kita tahu apa yang kita harapkan tidak seperti apa yang diimpikan. Berdoalah agar segala apa yang terjadi memberi manfaat dan kebaikannya. Cuma kita selalu terlupa untuk menghargainya.

Halalkan segala yang berlaku walau terlalu pahit untuk dikenang.


SEPTEMBER RAIN
Music by Billy Strayhorn Lyrics by Lorraine Feather(Vocal version of "Chelsea Bridge"; recorded by Cleo Laine & Mercer Ellington, and by Full Swing)


We've been waiting for a September rain
To clear the air againWeek in,
week out, waiting

We've been listening for the slightest breeze
Amoing the thirsty trees
Hillsides, valleys, list'ning

Every avenue in town's looking
Dusty and brown
We wander with a summer malaise
Hoping soon to leave far behind us
Troubled nights, and these feverish days

We've been waiting for a September rain
To cool the earth again
Morning, evening, waiting

Will it ever end, this summer
Everyone I know hereIs dreaming of a rainy cool
NovemberAnd it's true
When a chill's in the air, you are
More inclined to fall in love with someone
Sitting all alone here, I
Can't escape a fiery sun that
Pours down on the land
The grass is crumbling beneath my hand

Not a swallow in the sky
They’re too lazy to fly
Time passes in a strange, languid way
There’s a road that meets the horizon
But it’s too hot for trav’lin today

We've been waiting for a September rain
To cool the earth again
Morning, evening
Waiting for a late September

Friday, September 23, 2005

Hospital

Layanan sambil lewa di hospital perkara lama
(Utusan Malaysia, 23 Sept.2005)


Saudara Pengarang,
KEBELAKANGAN ini didapati pengguna awam kian kerap tampil ke hadapan mempersoalkan hak mereka. Ini adalah satu perkara yang baik dan menunjukkan bahawa pengguna di Malaysia sudah sedar dan berani menuntut hak mereka.

Isu layanan di hospital kerajaan khususnya di wad bersalin bukan isu baru. Cuma kebanyakannya tidak mahu heboh-heboh dan hanya bising di `belakang' sahaja.


Layanan jururawat dan doktor terhadap penghuni wad bersalin khususnya wad kelas tiga bagi golongan `tak berwang' sering mengundang kesedihan ibu-ibu. Cuma bila telah selamat melahirkan mereka bersyukur dan menganggap `tidak mengapalah, yang penting anak telah selamat dilahirkan'.

Saya ingin berkongsi cerita ibu saudara saya yang melahirkan anaknya di Hospital Taiping pada tahun yang lalu. Sikap doktor yang tidak membenarkan beliau melahirkan walaupun saat melahirkan telah tiba, telah mengundang kecelakaan. Doktor tersebut seolah-olah ingin membuat ujian setakat mana bayi boleh survive selepas beberapa jam air ketuban keluar dan pada tahap air minimum manakah bayi akan terus survive.

Walaupun ibu saudara saya telah mengalami kontraksi yang kuat dan meminta beliau dibawa ke bilik bersalin segera tetapi doktor menahan malah tidak membenarkan beliau meneran kerana katanya masa belum sampai.

Ibu saudara saya bukan bersekolah tinggi tetapi sedikit sebanyak memahami bahasa Inggeris yang dituturkan oleh doktor dan jururawat. Hinggalah akhirnya kontraksi terhenti dan beliau mendengar jururawat bertutur dalam bahawa Inggeris bahawa bayinya telah meninggal dalam perut namun bimbang untuk memaklumkan kepadanya.

Salah seorang jururawat bertanya sama ada ibu saudara saya faham pertuturan mereka. Dan beliau dengan marah mengatakan beliau faham dan tahu bayinya lemas di dalam perut.

Oleh kerana bayi telah meninggal beliau telah disuruh meneran sendirian di dalam wad itu juga. Bayangkan dalam kesedihan, ibu saudara saya terpaksa meneran sendirian di dalam wad tersebut untuk mengeluarkan bayinya yang telah meninggal dunia.

Saya hanya mengetahui perkara itu beberapa bulan selepas kejadian. Walaupun ajal dan maut di tangan Tuhan tetapi perkara tersebut tidak sepatutnya berlaku.

Oleh kerana ibu saudara saya orang kampung beliau tidak tahu saluran manakah patut membuat aduan malah menganggap orang yang tidak berwang sepertinya hanya boleh bersedih dan marah-marah di belakang sahaja.

Ada ramai lagi ibu yang mengalami layanan seumpama itu hanya boleh bersedih atau marah-marah di belakang sahaja kerana mereka tidak berpelajaran, tidak berwang atau menganggap `tak mengapalah, bayipun telah selamat dilahirkan'. Sampai bila perkara ini akan berterusan? - KESAL, Kuala Lumpur.

ULASAN

Ngeri bila perkara sebegini berlaku pada ahli keluarga kita. Pesakit walau kasta mana pun dia harus diberi layanan sewajarnya. Mereka tetap pelanggan ketika mendapat rawatan. Menjadikan pesakit yang tidak berwang sebagai bahan ujikaji sesuatu yang bersifat binatang. Its also happen to my family many times before, then my mum tak tahan dan menyuarakan ketidakpuasan hatinya pada pegawai atasan di hospital tersebut. *Entah bagaimana ibu saya yang pendiam, buta huruf boleh menjadi begitu berani dan kini menjadi salah seorang wanita aktif berpersatuan mungkin akibat kisah penganiayaan tersebut. Barulah selepas itu kesnya tidak diperlekehkan. Kenapa masyarakat kita hanya takut bila orang atasan bertindak?

Berbalik pada masalah di atas. Ya, pengguna perlu tahu hak dan saluran mana untuk bersuara. Perlu ditubuhkan rakan hospital yang membantu golongan berpendapatan rendah untuk menerima layanan secara terhormat. Petugas hospital perlu ada SOP dalam melakukan tugasnya, bukan kerja ikut mood kerana ia berhadapan dengan nyawa seseorang.

Thursday, September 22, 2005

ENTAH

ENTAHLAH LABU ...


Baru pulang dari menziarahi seorang sahabat di BB Bangi. Seorang kawan yang menghadapi masalah atau lebih tepat zaman kehancuran rumahtangganya. Mereka sudah pun bercerai. Sedang melalui proses tuntutan di mahkamah. Saya yang bujang ini hanya menjadi pendengar yang setia. Tidak reti untuk menambah apa namun pendapat saya di perlukan juga kadang kala. lebih banyak mendengar kisahnya. 17 tahun hidup bersama dan akhirnya perkahwinan tidak dapat diselamatkan juga. Saya cuba meneliti permasalahan mereka. Kalau dulu di awal perkahwinan sangup bersusah payah, kenapa bila telah beranak-pinak tidak sabar menanggung dugaan. Hidup mereka telah stabil, namun bercerai disebabkan cemburu dan perkara -perkara kecil. Bila makin tua, makin sensitif agaknya. Hati mudah tersentuh. Pantang di cabar, tidak berkomunikasi dan hanya memendam perasaan. Atau sudah terlalu jemu melalui rutin kehidupan yang serupa. Soal pergi berjogging pun boleh menjadi isu besar.

Akhirnya, ramai yang ingin kembali bujang. Hidup bujang pun tidaklah selalunya membahagiakan. Rasa sunyi memang ada. Kawan sahaja juga berkata dia tidak sanggup membujang terlalu lama. Wah sudah ada perancangan yang baik ... Eloklah tu. Entahlah kadang bila mendengar cerita dari satu pihak, kita tidak dapat cerita sebenar.

Hidup ini penuh dengan misterinya. Kita menerima bahagian kita, elok atau tidak kita yang menentukan. Kadang tidak banyak pilihan yang perlu kita buat. Esok tetap memberikan hari baru, pengalaman hidup yang berbeza dan umur yang bertambah.

Hari ini saya berkampung di PJ Hilton untuk program Executive Development Program.

Wednesday, September 21, 2005

Blog

Tiada akta khusus kawal selia blog
Oleh Jamhariah Jaafar (BH 21 Sept.2005)


DUNIA semakin canggih. Teknologi berubah terlalu pantas. Setiap hari ada saja ciptaan baru dihasilkan. Akibatnya manusia menjadi mangsa apabila mereka kini terpaksa mengejar teknologi, bukannya teknologi mengejar mereka.


Malaysia adalah antara negara membangun yang amat pantas ‘diserang’ dengan pelbagai teknologi dan dunia siber yang satu ketika dulu menjadi kebanggaan untuk dikuasai, tetapi ketiadaan undang-undang siber yang khusus membuatkan negara kini mula menghadapi dilema.

Sejak dulu, kerajaan mengambil langkah untuk tidak membuat sebarang tapisan ke atas dunia siber. Seksyen 3 (3) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 juga mengisytiharkan tiada suatu peruntukan di bawah akta itu yang membenarkan sebarang penapisan maklumat dilakukan.Prinsip ini berasaskan pendapat bahawa pengawalan maklumat hanya akan memberikan kesan negatif ke atas perkembangan teknologi yang sentiasa berubah.

Bagaimanapun, selepas beberapa tempoh, masalah mulai timbul kerana ketiadaan kawal selia bagi pelbagai bentuk penyebaran maklumat, terutama kumpulan bloggers yang langsung tidak tertakluk kepada mana-mana peruntukan undang-undang.Di Malaysia ketika ini, hanya media cetak dan elektronik memerlukan permit yang sah. Peruntukan undang-undang seperti Akta Percetakan, Akhbar dan Penerbitan 1984, Akta Penyiaran 1988, Akta Hasutan 1948, Akta Rahsia Rasmi 1972, membataskan maklumat yang boleh dicetak dan disebarkan kepada orang ramai.

Justeru, kemunculan internet sebagai alat komunikasi terkini memberi pentas amat besar bagi penyebaran maklumat tanpa batasan. Akibatnya, di Malaysia saja beribu-ribu blog dan laman web diwujudkan. Ramai di antara mereka menjadi bloggers yang menyebarkan pelbagai maklumat tanpa sebarang tapisan.Kebebasan tanpa batasan ini akhirnya tidak dapat tidak menimbulkan rasa ngeri, gelisah dan kemarahan banyak pihak, termasuk kerajaan kerana bloggers mempunyai pentas amat luas untuk meluahkan pendapat, perasaan tidak puas hati dan kritikan.

Blog iaitu ringkasan bagi web log adalah diari atau jurnal maya, digunakan pengguna bagi menyiarkan pendapatnya dan komen mengenai sesuatu isu secara langsung di internet. Bloggers pula adalah mereka yang mengendalikan blog itu.Sesetengah forum perbincangan dalam blog ini dikawal selia oleh hos. Bagi yang tidak dikawal selia, apa juga kenyataan boleh menerobos masuk tanpa ditapis.

Isu mengenai bloggers ini menjadi perhatian umum apabila dua bloggers tempatan membuat laporan polis selepas laman web mereka menerima mesej berbau perkauman sejak seminggu lalu. Ini adalah kali pertama dalam sejarah Malaysia, mereka yang mengendalikan blog membuat laporan polis. Namun, tindakan kedua-dua bloggers itu membuka satu dimensi baru kepada dunia siber.

Pihak berkuasa perlu membuat keputusan sama ada perlu atau tidak satu peruntukan disediakan bagi mengawasi blog atau laman web individu ini. Kegagalan mengadakan sebarang peruntukan undang-undang boleh menjejaskan lebih banyak pihak selepas ini. Mungkin ada ada baiknya kita mengikut jejak Kerajaan Singapura yang memang terkenal sebagai negara yang mempunyai undang-undang begitu ketat dan digeruni semua pihak, termasuk pelancong asing.

Namun, ketegasan kerajaan negara jiran itu membuatkan banyak pihak lebih berhati-hati dalam meluahkan pendapat atau idea. Terbaru, Perdana Menterinya, Lee Hsien Loong, tanpa teragak-agak memberi amaran kepada seluruh rakyatnya supaya jangan bertindak melampau sehingga mengancam keharmonian kaum dan penduduk pelbagai agama republik itu.Jumaat lalu, seorang remaja Singapura yang mempunyai blog sendiri didakwa mengikut Akta Hasutan kerana dituduh menghantar mesej berbau perkauman di internet. Remaja berkenaan yang juga seorang pelajar sekolah swasta, menghadapi tujuh tuduhan mengeluarkan kenyataan berbau perkauman anti-Melayu dalam dua blognya antara 4 April hingga 16 Julai lalu.

Awal minggu lalu, dua penulis blog dituduh atas tuduhan sama mengeluarkan kenyataan berunsur perkauman di blog masing-masing.Pengarah Pusat Keselamatan dan Tindakbalas Kecemasan ICT Kebangsaan (Nicer), Lt Kol (B) Husin Jazri, bagaimanapun menegaskan Malaysia sebenarnya mempunyai peruntukan undang-undang yang cukup dalam mengawasi perkembangan laman web tempatan, kecuali jika hosnya berpangkalan di luar negara.Katanya, jika berlaku pencerobohan ke mana-mana laman web tempatan, pengadu boleh merujuk Akta Jenayah Komputer 1997, manakala Akta Hasutan pula turut membabitkan isi kandungan sesuatu laman itu.

“Tidak ada halangan untuk mana-mana pengadu merujuk sebarang kesalahan atau jenayah komputer ini dengan menggunakan Akta Hasutan atau Akta Jenayah Komputer. Isunya sekarang tidak ramai yang mengetahui mengenai perkara ini dan tidak banyak laporan polis dibuat membabitkan kesalahan ICT, kecuali penipuan membabitkan sistem kewangan atau perbankan,” katanya.

Husin berkata, pihak berkuasa negara ini hanya akan menghadapi masalah jika blog atau laman web itu, walaupun dikendali oleh rakyat tempatan, tetapi mempunyai hos di luar negara.“Internet sekarang sudah melampaui sempadan dunia. Ada antara laman web tempatan yang mempunyai hos di luar negara dan sebarang isu membabitkannya perlu mengikut undang-undang negara berkenaan. Dalam keadaan ini, seperti yang kita tahu – persepsi, budaya dan terjemahan undang-undang itu sendiri tidak sama antara sebuah negara dengan negara lain.

“Antara isu yang perlu diselesaikan ialah bagaimana kita boleh mewujudkan satu model kerjasama bagi membolehkan pihak berkuasa antara negara bekerjasama jika berlaku sesuatu kes,” katanya.Diminta mengulas dasar tidak akan menapis isi kandungan laman web atau blog yang ternyata amat lantang menyuarakan pendapat dan perasaan tidak puas hati, beliau berkata, Akta Hasutan sudah cukup kukuh untuk membabitkan golongan itu.

“Yang penting pihak berkuasa menerima laporan dan mempunyai asas kukuh melakukan dakwaan,” katanya dan meminta orang ramai menghubungi Bahagian Jenayah Komputer di Bukit Aman, jika ada blog atau laman web tempatan menyalahgunakan teknologi bagi mencetus kejadian tidak diingini di negara ini.Dalam kes dua bloggers tempatan yang membuat laporan polis kelmarin, imej mereka sebagai bloggers yang beretika dan tidak melakukan sebarang kesalahan undang-undang, boleh tercemar jika membiarkan saja penceroboh terus menghantar mesej berbau perkauman ke laman blog mereka.

Namun, ketiadaan sebarang peruntukan undang-undang membuatkan banyak pihak tertanya-tanya apakah yang boleh dilakukan pihak berkuasa yang tidak boleh bersandar kepada mana-mana akta untuk mengambil tindakan sewajarnya.Sudah tiba masanya pihak berkuasa Malaysia mengkaji untuk mengambil tindakan yang sama seperti Singapura. Ramai bloggers tempatan yang berwibawa mungkin tidak setuju jika diletakkan dalam satu bakul sama dengan media cetak dan elektronik.

Namun sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab, mereka tidak sewajarnya menghalang jika pengamal dunia siber diletakkan di bawah peruntukan Akta Hasutan kerana akta ini meliputi pelbagai kesalahan, termasuk ke atas mereka memula atau menyebarkan apa saja yang boleh menyinggung perasaan kaum dan agama.

Nota :
Kalau tulis benda-benda yang tidak membina kang kata penulis blog tak educated dan hanya menulis perkara remeh, cinta dan benda-benda picisan. Secara peribadi asalkan penulisan itu tidak menimbulkan sebarang ancaman dan kemusnahan kepada mana-mana pihak harus digalakkan. Blog seharusnya terus menjadi media alternatif yang mampu bersuara dengan bebas mengikut norma-norma yang di terima umum. Adakah pihak berwajib semakin tertekan dengan kewujudan beribu-ribu blog yang kehadirannya lebih 'lincah' dan 'terbuka' berbanding media arus perdana yang lebih terkongkong dengan pelbagai akta? Jika di rujuk dalam MSC internet tiada tapisan atau kawalan terhadapnya jadi ini sudah jelas ke arah mana penulisan blog perlu bersandarkan hakikat keterbukaannya berbanding sumber media lain.

Tuesday, September 20, 2005

Warkah

Warkah Berlagu Pilu : Sebuah Kisah

Padamu ku utuskan kalimah penuh perasaan
Untuk ku menyatakan apa yang tersirat di hatiku
Dalam tidak kau sedari kau hanya menyintaiku
Sedang ku mencuba melangkah pergi dari
hidupmu”

Warkah di utuskan buat gadis yang menyayanginya sepenuh hati. Si gadis menyintainya sepenuh jiwa. Namun jejaka itu mengambil keputusan untuk meninggalkan gadis. Walaupun dia tahu cinta gadis hanya untuknya. Sebuah warkah perpisahan di utuskan buat gadis bagi menyatakan detik perpisahan itu.

Kau yang sering membahagiakan
Di kala ku kesedihan
Tak mungkin dapat ku lupakan”

Gadis memberikan cintanya seluruh. Membahagiakan dirinya ketika si jejaka kesedihan. Si jejaka tahu benar segala pengorbanan dan amat menghargai segalanya. Tapi entah kenapa si jejaka tetap mahu meninggalkan si gadis.

Ku hanya ingin kau mengerti
Apa yang ku miliki
Cuma harapan dan sinar
Lupakanlah semua kenangan
Yang bisa buat kau bersedih
Sampai di sini saja cinta yang dipertahankan

Jejaka berharap segala kenangannya bersama gadis agar dapat dilupakan terus. Kerana segala kenangan itu akan hanya membuatkan gadis bersedih. Jejaka mempunyai alasan tersendiri mengapa dia berbuat demikian dan hanya jejaka sahaja yang mengerti keputusan yang diambilnya. Sungguh kejam jika dilihat dan azab sekali apa yang bakal diterima oleh si gadis. Namun jejaka tetap ingin memutuskan cinta kasih yang telah bersemi itu.

Anggaplah ini suratan satu perpisahan
Maafkan ku andai dirimu terluka”

Jejaka mengharapkan gadis redha di atas pemergiannya. Kadang perpisahan terjadi tanpa sebab yang mampu diucapkan. Sudah takdir mungkin. Seribu kemaafan dipohon buat gadis yang pastinya terluka teruk di atas tindakan jejaka.

Dalam tidak kau sedari kau hanya menyintaiku
Sedang ku mencuba melangkah pergi dari
hidupmu”

Gadis hanya mempunyai satu cinta dan cinta yang satu itu telah dipertaruhkan buat jejaka. Namun jejaka tidak menghargai cinta gadis dan meninggalkan gadis walau dia tahu betapa dalamnya cinta gadis terhadapnya. Jejaka mohon maaf andai hati gadis terluka.

Begitulah berakhirnya episod kisah cinta ini. Ia datang tanpa di duga dan hilang bagai ribut yang singgah sesaat cuma. Mengapa sebuah cinta itu musnah? Kemusnahan sebuah cinta kadang tidak perlu bersebab. Ia akan datang dan pergi tanpa pamitan. Siapa yang bersalah juga tidak penting kerana menyayangi seseorang bukan tanggungjawab insan yang bercinta di luar perkahwinan. Tanggungjawab yang sebenar hadir setelah keduanya diijabkabulkan. Jadi, jatuh cinta hanya merupakan satu asas yang akan mencipta ruang kebahagiaan samada ia kekal ke destinasi atau hanya tersadai dan terhempas berkali-kali. Sehinggalah kebahagiaan hakiki dimiliki bila mereka bersatu menjadi suami isteri. Jadi tidak apa kalau kita terluka dan ditinggalkan berkali-kali kerana insan itu bukan tercipta untuk kita …Bila perpisahan terjadi beruntunglah jika kata maaf diucapkan dan bukan cacian yang terhambur. Jadi bersyukurlah ...

Macam senang jer kisah ini …

Lirik penuh “Warkah Berlagu Pilu”.

Padamu ku utuskan kalimah penuh perasaan
Untuk ku menyatakan apa yang tersirat di hatiku
Dalam tidak kau sedari kau hanya menyintaiku
Sedang ku mencuba melangkah pergi dari
hidupmu

Kau yang sering membahagiakan
Di kala ku kesedihan
Tak mungkin dapat ku lupakan

Ku hanya ingin kau mengerti
Apa yang ku miliki
Cuma harapan dan sinar
Lupakanlah semua kenangan
Yang bisa buat kau bersedih
Sampai di sini saja cinta yang dipertahankan

Anggaplah ini suratan satu perpisahan
Maafkan ku andai dirimu terluka

Dalam tidak kau sedari kau hanya menyintaiku
Sedang ku mencuba melangkah pergi dari
hidupmu

Kau yang sering membahagiakan
Di kala ku kesedihan
Tak mungkin dapat ku lupakan

Ku hanya ingin kau mengerti
Apa yang ku miliki
Cuma harapan dan sinar

Lupakanlah semua kenangan
Yang bisa buat kau bersedih
Sampai di sini saja cinta yang dipertahankan

Anggaplah ini suratan satu perpisahan
Maafkan ku andai dirimu terluka

Lagu: Adnan Abu Hassan
Lirik: Faris
Penyanyi: Felix Agus

Monday, September 19, 2005

ISU

ISU POLIGAMI


Sekarang ini tengah hangat diperdebatkan tentang isu penyeragaman rang undang-undang poligami di seluruh negeri di Malaysia. Dengan penggubalan ini, isteri pertama dibenarkan membuat permohonan harta sepencarian selain nafkah anak ketika si suami membuat permohonan untuk membuka cawangan lain. Selain itu wali, bakal isteri baru, isteri pertama juga akan dipanggil di mahkamah untuk mempertimbangkan permohonan si suami.

Realiti kehidupan di Malaysia ini, walaupun Islam membenarkan poligami tapi tanggungjawab terhadap keluarga asal perlu dilindungi. Taraf kehidupan di negara kita semakin tinggi dengan kos meningkat setiap saat. Mengembangkan puak dan jajahan memerlukan kos yang lebih tinggi, bukan calang-calang orang mampu melunaskannya. Sedangkan 2 orang bekerja dalam keluarga bagi executive biasa hanya memberikan pulangan yang cukup makan inikan pula bila cawangan bertambah.

Ada juga negeri yang menolak usul ini dan mahu majlis agama negeri mereka sahaja yang menangani isu ini. Entah ler, kadang kesian pula melihat wanita di negeri tersebut. Logiknya isteri yang telah bersusah payah puluhan tahun membina keluarga bersama suami dan bila suami berkahwin lagi, takkan senang-senang isteri baru mendapat segalanya dengan mudah.

Perkahwinan menuntut segalanya, kerjasama, kepercayaan dan saling membantu. Namun kadang hanya satu-satu pihak sahaja yang terlalu berusaha untuk mengekalkannya sedangkan pihak yang satu lagi tidak berusaha sekeras itu. Bila bercakap tentang hukum Islam, segalanya telah cukup lengkap, cuma dengan rang undang-undang ini ianya memudahkan umat Islam akhir zaman ini melaksanakan hukum Islam itu dengan betul dan tidak menganiaya orang lain.

Jatuh cinta kadang tidak tentu masa, jadi jadilah. Tapi ianya memerlukan kos yang tinggi!

Friday, September 16, 2005

Parut

PARUT

Tangan saya luka tanpa saya sedari. Entah bila ianya berlaku dan saya tidak perasan. Ada garisan luka sepanjang 4 inci di lengan sebelah kiri. Mulanya saya ingatkan tidak apa, namun lama kelamaan luka itu mula bernanah. Takut meninggalkan kesan yang hodoh, bergegas ke Klinik Al-Zaharah di Bangi. Ambil segala ubat termasuk pil vitamin. Banyak juga ubat yang doktor itu bagi ( saya mintak sebenarnya, which is company yang bayar). Kebanyakkan ubat tidak termakan/guna, sebab setelah seminggu luka sudah hampir kering kini dan meninggalkan parut berhuruf “J” yang jelas kelihatan. Mungkin kena tunggu sebulan dua lagi barulah parut itu akan hilang.

Sekarang ni sakit pening sikit kita sudah risau dan cepat-cepat ke klinik. Maklumlah penyakit zaman moden macam-macam ada. Khutbah Jumaat minggu lepas di Masjid Dengkil membuat pengumuman bermula September bakal pengantin di Selangor diwajibkan membuat ujian HIV. Kawan-kawan memandang saya dengan senyuman. “Itulah kahwin lambat, kan sudah banyak prosedur dia”. Dalam hati, “Orang yang dah beranak pinak tu yang patut kena buat pemeriksaan tu, bukan boleh percaya dan penyakit tu pun bukan boleh dikesan time tu jugak. Ada tempoh matang dia juga.”

Berbalik pada kisah luka di lukai , teringat kisah zaman kanak-kanak dulu. Kakak saya terkena sabit pemotong padi, lukanya amat dalam sekali di salah satu jarinya. Darah memancut, tapi cuma di letak minyak biasa dan di balut dengan kain. Berminggu-minggu jarinya busuk bernanah. Sungguh ngeri bila di ingatkan. Mengapalah tak terfikir untuk membawanya ke hospital yer? Musykil sungguh … Kalau berlaku masa kini harus berpencak – silat semua orang.

Zaman telah berubah, masa merubah segalanya. Parut kenangan yang masih ada di tubuh badan mengingatkan kita pada betapa kita pernah melalui kehidupan itu dalam pelbagai warna. Yang indah, yang suram, kesakitan dan kegembiraan tetap membekas.

Saya telah melalui fasa-fasa kehidupan yang pelbagai. Makin tua, hidup memerlukan lebih daripada apa yang mampu kita bayangakan. Berhati-hati dan beringat sentiasa, kita tidak tahu apa yang kita akan lalui esok hari.

Aris Ariwatan
Korban Cinta


Berangkat pergi biduk kukayuh
Sarat hati yang luka
Agar tak lebih menyakitkan
Jika masih di sini


Bukan cuba untuk melarikan
Dari kerumitan cinta
Tapi waktu ini perlu untukku
Mengupas segalanya


Kadangkala pedih kini mencabarku
Melupakan semua
Tapi persaan kasih padamu
Melebihi diriku


Tapi engkau bagaikan
Tidak mengerti
Halangan cinta hanya kita berdua
Terpaksa aku pergi mencari
Kesilapan sebenarnya


Mengalah bukan kalah
Pergiku bukan lari
Bukan mudah bercinta
Jika pengertian tak setaraf
Menagih korban yang lebih dalam

Thursday, September 15, 2005

Hikmah

Hikmah di sebalik penderitaan, kesulitan


UMPAMA pepatah – langit tidak selalu cerah – begitulah untung nasib manusia. Justeru, dalam meniti detik perjalanan hidup, pasti ada pada masanya kita akan mengalami erti kesengsaraan dan kekecewaan. Bahagia dan ketenangan hati yang dikecap sekian lama umpama lenyap begitu saja.


Tiada siapa yang menyangka, dengan sekelip mata kita mungkin kehilangan orang dikasihi. Ibu bapa atau isteri meninggal dunia akibat kemalangan. Kisah lain mungkin kita dibuang kerja atau perniagaan yang diharap menampung kehidupan keluarga akhirnya muflis. Kebanyakan kita mungkin kecewa, sedih dan tertekan pada mulanya, fikiran buntu mengenangkan kehidupan diri dan keluarga selepas itu. Lebih ditakuti apabila akhirnya menyalahkan takdir, malah sudah ada cerita dan kes di negara ini atau di negara lain, si polan membunuh diri atau melakukan perkara yang tidak waras akibat tekanan hidup.

Ramai yang mudah berputus asa daripada memikirkan cara menangani masalah dan ujian itu. Masalah sebegini walaupun tidak dapat diatasi, mereka harus menerimanya dengan reda dan yakin pasti ada hikmah di sebalik peristiwa pahit itu. Mungkin hikmah itu terselindung di sebalik kebendaan duniawi, tetapi tidak di sisi Allah kerana manusia beruntung adalah yang mendapat keredaan-Nya. Jika kita menjadikan akhirat dan reda Allah itu sebagai matlamat, maka segala ujian bersifat keduniaan dianggap remeh saja.

Allah adalah pencipta manusia, maka Dia mengetahui bahawa pasti ada hamba-Nya yang akan bersedih akibat mengalami ‘zaman kejatuhan’. Malah, Rasulullah SAW sendiri pernah bersedih antaranya apabila diusir dan dikasari penduduk Taif sehingga kepalanya berdarah, ketika cuba berdakwah selepas kematian isteri, Siti Khadijah dan bapa saudaranya Abu Talib. Imam al-Ghazali dalam kitabnya, Mukashafah al-Qulb menerangkan barang siapa ingin selamat daripada azab Allah, dapat pahala dan rahmat-Nya serta masuk syurga, hendaklah dia menahan nafsu terhadap keinginan dunia, selain sabar menghadapi kesulitan dan musibahnya.

Sebagai insan yang mengaku bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh-Nya, yakinlah bahawa segala kesulitan yang dihadapi dengan sabar tidak membawa sebarang kerugian. Ia sebenarnya peluang untuk mendekatkan diri dengan pintu syurga.Sedarlah, kita mungkin ditimpa kesulitan, tetapi bersyukurlah kerana masih hidup dan memiliki kudrat untuk merubah kesulitan itu berbanding insan lain yang lebih berat tekanan dan dugaannya.

Adakah kesulitan kita itu lebih pedih daripada kesulitan ditanggung nabi dan wali Allah? Adakah sakit kita itu lebih teruk daripada penyakit Nabi Ayub? Adakah susah kita itu lebih teruk daripada cabaran dihadapi Rasulullah? Yakinlah di sebalik kesusahan yang dihadapi, pasti ada insan lain yang lebih sukar kehidupannya. Ketika sedih. Fikirlah mengenai kebahagiaan yang sudah lama diperoleh, tetapi kesenangan itu mungkin membuatkan kita terlalai. Justeru, adulah segala kegelisahan yang menjelma, kesulitan yang membuntukan dan kesedihan yang tidak terzahir kepada Allah.

Pohonlah dengan penuh tawaduk dan berharap kepada-Nya di samping berusaha mengubah keadaan, nescaya Dia perkenankan. Hal ini kerana itulah janji Allah menerusi firman-Nya bermaksud: “Berdoalah kamu kepada-Ku, nescaya akan Aku perkenankan bagimu.” (Surah al-Mukminun, ayat 60)

Hari ini tak ada mood nak menulis semula bahan yang telah saya tulis semalam. Entah di mana silapnya, artikel itu hilang. Nantilah bila saya lapang akan diusahakan semula. Pagi yang cerah dan seperti selalu kita mengharapkan agar hari ini lebih baik dari semalam. Artikel di atas di cut & paste, dari BH (15 Sept. 2005). Tulisan yang baik dan saya takut tidak dapat menjumpainya semula jika tidak di arkibkan di DJW. Selamat membaca.

Wednesday, September 14, 2005

Untuk Terakhir Kali

UNTUK TERAKHIR KALI

Entah kenapa setiap kali lagu ini ke udara hati saya berdetik, terkesan dengan kisah di sebalik lagu ini. Seakan sesuatu yang dekat. Namun sukar dan jauh untuk digapai kembali. Tiada jalan kembali. Bila satu pihak berusaha untuk memberi, namun satu pihak lagi terus membenci dan membiarkan segalanya seperti tiada apa-apa.

Mencintai dirimu
Untuk yang terakhir kali ini
Lihat ku disini
Setia untuk dirimu


Kasih yang ku belai
Gugur selama-lamanya
Waktu yang memisah
Menghukum luka yang lama terpendam


Kesuraman yang telah menjelma
Dihujani sedihku
Melaratkan kenangan bersama
Diakhir pemergian dirimu


Tinggallah aku menanti
Mimpi yang indah kan mewarnai hati
Hanyalah dirimu yang bertakhta dijiwaku dulu
Tak rela meninggal suci kasihmu itu
Bersemadi cinta ku di sini
Biar mekar mengharumi
Andai ada masa kan ku temu........kasih.....

Lagu : Sharon Paul
Lirik : Mukhriz
Penyanyi – Marsha

Kenapa harus membenci? Pada seseorang yang pernah disayangi. Kenapa mesti melarikan diri kalau takdirnya tidak seperti apa yang dirancangkan. Bukankah bersahabat dan mengekalkan perkenalan itu lebih memberi ketenangan dari saling membenci dan membuatkan ada hati-hati menderita sakit.

Tapi manusia tetap memilih untuk membenci, seseorang yang pernah dikasihi sepenuh hati.

INGATAN DARI LABUAN

Jumpa Kak S*a dan H*na di Alamanda. Ambil tanda ingatan dari orang jauh nun di Labuan. Terima kasih buat kak N*ni di atas ingatan yang diberikan. Terharu kerana masih ada orang ingat kat saya.

Monday, September 12, 2005

Ikan


Goldfish ...



KHABAR DARI GAZA

Berita paling baik ketika ini ialah tentang penamatan pencerobohan Israel di Gaza. Selama 38 tahun mereka menakluk Semenanjung Gaza. Ramai menjangkakan perkara ini akan tetap memberikan kelebihan kepada Israel untuk lebih menguasai tempat-tempat lain di Palestin. Biasalah perkara sebenar akan terselak bila kegembiraan rakyat Palestin telah reda menyambut pembebasan Semenanjung Gaza.

AIMAN AREF

Sudah dipersetujui oleh semua kaum kerabat nama anak sulung Julie ialah AIMAN AREF. Semua orang sudah memanggil nama itu, tapi bila saat-saat tidak terduga nama si kecik juga yang terpancul. Biarlah, asalkan bayi ini akan menjadi seorang lelaki yang berjiwa besar dan berjaya dunia akhirat. Kalau diikutkan dari 'telekan' makcik yang membasuh dan menyiapkan uri Julie, dia diramalkan hanya akan mendapat seorang lagi cahaya mata. Oklah tu, zaman sekarang manalah sempat nak beranak ramai kan?

GUPPY

Meredah kepekatan malam ke PJ malam tadi dan singgah ke HILT*N PJ. Berjumpa sahabat yang baru datang dari Penang. Dia membawakan 2 spesis Guppy yang di pesan dari sana : RREA FullRed dan Moscow Black. Ikan ini dijual dalam trio harganya RM 80.00 untuk RREA Full Red dan Moscow Black itu RM 20.00. Siapa sangka ikan longkang ini mempunyai nilai harga yang tinggi hingga mencecah RM 600.00 untuk strain yang baik dan berkualiti tinggi. Baka ini diimport dari Singapore & Taiwan. Pada mulanya Moscow Black di pesan oleh sahabat yang lain tetapi dia tidak kunjung tiba. Ikan tu pulak diletakkan dalam botol minuman sahaja. Petang nanti perlu beli akuarium kecil untuk mereka.

Sunday, September 11, 2005

Si Kecik

HIS CODE NAME SI KECIK

Pagi Sabtu sesudah subuh berlalu, dapat SMS dari adik ipar. Julie dah selamat bersalin Sabtu pukul 4.30 pagi di HTAR. Julie mula sakit pukul 12 malam dan kedua bakal ibu bapa itu menghadapi malam-malam yang penuh kekaburan itu berdua. Seorang blurr dan seorang tengah bertarung dengan nyawa, akhirnya tersadai di HTAR dengan tiada dokumen sebab selama ini laporan perubatan Julie di buat di klinik swasta yang jaraknya agak jauh dari rumah.

Nasib baik Julie bersalin secara normal sebab sebelum tu doktor yang menjaga Julie kata bayinya songsang. Allah mempermudahkan perjalanan Si Kecik dan ibunya. Segalanya dipermudahkan. Saya yang lebih ecxited sebenarnya. Menghubungi semua kaum kerabat. Mengambil Yana di hostel dan balik terus ke CC. Sebab bapak si kecik kata 4.30 ibu dan anak itu akan dibenarkan keluar.

Tunggu punya tunggu. Si kecik tak lagi kencing . Tunggu dia kencing dulu baru boleh balik. Melewati pukul 4.30 masih lagi tidak berlaku aksi kencing pertama yang di nanti dari si kecik. Maka kami semua bergegas ke HTAR. Sampai-sampai jer bila nenek dia pegang dengan serta-merta si kecik kencing. Pandai sungguh dia tunggu nenek dia baru nak kencing.

Si kecik ni cute sungguh, bayi seberat 3.1 kg merupakan cucu ke-10 keluarga kami.* Baby Syikin pula sudah semakin gebu dengan berat sudah mencecah hampir 6 kg kini. Kehidupan mak dan abah di kampung sudah berubah. Kena jaga si kecik, Julie masih lagi kekok nak pegang bayi. Si kecik ni memang kaki tidor, masa ‘breast feed’ pun dia boleh sedap-sedap tido . Malam-malam siaplah orang tua tu kena jaga baby. Si kecik tidor dengan nenek dia. Julie masih terlalu lemah. Pengalaman yang amat mengerunkan kata Julie. Alhamdulillah segalanya berakhir dengan baik.

Satu-satunya adik yang tak banyak ‘menyusahkan’ hidup saya sudah mempunyai seorang anak lelaki. Pagi Ahad, saya dan mak menjemput tukang urut dari kampung sebelah. Pergi ke pasar membeli segala barang keperluan. Sempat juga menukar air 3 tank akuarium di bawah rumah.

Buat si Kecik, “Selamat Datang ke dunia ini, moga menjadi anak dan muslim yang cemerlang”. Sorrylah yer Nenek panggil Si Kecik jerr … Nanti bila mummy dan daddy sudah confirm nama tu barulah kita panggil nama sebenar. Ya, Si Kecik bukan nama sebenar dia.

Friday, September 09, 2005

Sumpahan

SUMPAHAN

Saya ingatkan hidup sudah terlalu sunyi sehinggalah saya berjumpa this a group of people yang memperkenalkan tentang benda baru ini. Saya sanggup ke UPM meminjam buku-buku tentang perkara itu, mendalaminya macam seseorang yang akan menyudahkan tesis Phd. Malah lebih teruk sanggup ke sana ke mari demi mendapatkan benda yang satu itu. Malam-malam pun sanggup meredah rumah orang untuk berjumpa mereka, belajar tentangnya. Hidup saya menjadi begitu sibuk dan cukup terisi. Setiap malam termimpi-mimpi.

Wang bukanlah penghalangnya, sedangkan selama ini cukup berkira, kini tidak lagi. Mereka menyumpah saya untuk mendapatkan yang terbaik dan terkini. Sentiasa berusaha untuk menambahkan koleksi yang ada. Saya sudah tersumpah kini.

Jangan cemas, saya masih waras. Cuma kegilaan yang baru ini memang luar biasa.

Behind every man is a women and his discus tanks!”

This time saya benar-benar gembira, tiada lagi waktu untuk bermuram durja atau memikirkan hal-hal yang tidak perlu. Saya sudah mendapatkan sebahagian dari kegembiraan yang telah saya lenyapkan tanpa saya sedari.

Hidup ini cukup indah …

Thursday, September 08, 2005

Baik

BERITA BAIK

PUTRAJAYA: Cukai jalan bagi semua jenis kenderaan komersial diturunkan sebanyak 25 peratus, manakala cukai jalan bas sekolah yang kini RM10 setahun, dikurangkan kepada RM2.

Bagi kenderaan persendirian berkapasiti kurang 1,000 cc, cukai jalannya diturunkan kepada RM30 setahun, manakala potongan 50 peratus dikenakan ke atas cukai jalan kenderaan berkapasiti antara 1,000 cc hingga 1,600 cc.Selain itu, cukai jalan motosikal 151 cc hingga 250 cc dikurangkan 50 peratus. Semua potongan itu berkuat kuasa Isnin ini.

Penurunan cukai jalan ini adalah antara empat langkah utama yang diumumkan kerajaan semalam bagi meringankan beban rakyat terutama golongan berpendapatan rendah berikutan lonjakan harga minyak mentah dunia yang mencecah AS$71 setong.

Tiga langkah lain ialah:
· Tidak menaikkan harga petrol, diesel dan gas memasak sehingga akhir tahun ini;
· Tidak menaikkan kadar tol bagi tahun ini dan tahun depan.
· Menambah kadar bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat kepada orang tua, daif, anak yatim, golongan miskin, keluarga yang hilang mata pencarian, uzur, cacat atau berpenyakit.

Hapuskan sahajalah cukai jalan tu pak menteri. Banyak sangat cukai yang perlu rakyat tanggung . Sebab toll pun sudah kena bayar, minyak naik mencanak-canak. Semua benda ada cukainya sendiri. Tapi takut pulak kalau cukai jalan dihapuskan, jalan raya tak berturap sampai ke sudahnya.


HEBOH

Ini kisah finalist program Mencari Cinta yang sudah berkahwin. Ini bukan kisah bohong, cerita perkahwinannya boleh dirujuk di majalah Wanita 2001 page 71. Hahhaa pilih punya pilih kan terpilih. Yelah, Khairul tu kaya. Kalau ikut sikap abang ipar Elly tu pun dia nakkan orang yang macam tu. Tapi biasalah, orang yang kaya, kacak akan ada package sampingannya juga. Tapi memang padanlah jugak dengan Elly itu. Cuma Khairul mengaku bujang, mungkin dia ni duda kot. Kalau duda bagitahulah awal-awal. Jadi senang sikit cerita. Jangan buat orang rasa heran umur mencecah 40-an, bekerjaya hebat tapi tak ada siapa yang nak, cukup memusykilkan.

Wednesday, September 07, 2005

Patah

PATAH

Hari ini masih lagi bercuti sebenarnya tetapi saya terpaksa datang ke ofis untuk menyiapkan Business Plan @ Bajet. Seronok juga bercuti sesekali. Tidak ke mana-mana hanya meluangkan masa bersama ibu bapa.

Teringat kata-kata Dewi Yull yang saya baca di akhbar “Hidup perlu patah agar tumbuh lebih subur”. Begitu dalam sekali maknanya. Kesan kedukaan, pengalaman hidup yang dilalui sepanjang kehidupan selalunya membuatkan kita menjadi lebih tabah dan tegar.

Ada sesuatu yang menjadi kekuatan seseorang. Kita perlu mencari kekuatan itu sendiri. Orang lain hanya memandang dari jauh atau tidak peduli.

Saya perlu menambah “kerana yang terluka adalah hati kita sendiri”.

Friday, September 02, 2005

Rezeki

Apakah hikmah atau manfaat daripada rezeki yang berkat?


Hakikatnya, terlalu banyak hikmahnya. Pertama, rezeki yang berkat, ia menjadi punca atau asbab kepada termakbulnya doa.


Ini diperkukuhkan dengan hadis daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: ``Sesungguhnya Allah itu baik dan tidak menerima melainkan perkara yang baik, dan Allah memerintahkan orang Islam (orang yang beriman), sebagaimana Allah perintahkan kepada para Rasul. Sesungguhnya Allah berfirman: Wahai sekalian rasul hendaklah kamu memakan makanan yang baik dan melakukan perbuatan yang soleh dan Allah menyebut juga, wahai orang-orang yang beriman, makanlah daripada perkara baik yang telah Aku kurniakan.

Kemudian Nabi bercerita: Seorang lelaki telah melalui perjalanan yang jauh sehinggakan pakaian dan penampilannya kusut masih. Lelaki itu menadah tangan berdoa kepada Allah menyebut, Ya Rabb, Ya Rabb tetapi lelaki itu makan makanan dan minuman yang haram serta memakai pakaian haram, dan dia diberi makanan yang haram. Oleh kerana itu bagaimanakah Allah hendak menerima doanya?


Jelas di sini, biarpun doa seorang musafir di antara doa yang dimakbulkan, tetapi ia menjadi tidak termakbul kerana makanan, minuman dan pakaiannya terdiri daripada sumber yang haram.


Selain itu, rezeki yang berkat juga menjauhkan seseorang itu daripada api neraka. Sabda Nabi s.a.w. yang diriwayatkan oleh Al-Hakim : Setiap daging yang tumbuh daripada makanan yang haram, maka api nerakalah lebih utama untuk dirinya.


Seterusnya, menerusi rezeki yang berkat ini juga menandakan kita telah menyahut dan melaksanakan perintah Allah, dan pasti mendapat pahala.


Sebagaimana firman Allah bermaksud: Sesiapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarahpun, nescaya dia akan melihat (balasan)nya. Dan sesiapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarahpun, nescaya dia akan melihat (balasan)nya pula. (al-Zalzalah: 7-8)


Selain itu, kita juga menjaga maruah umat Islam kerana melakukan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya.


Saya ingin berkongsi sebuah kisah berkaitan tajuk perbincangan ini, iaitu sewaktu saya menuntut di Madinah.


Sheikh Ismail al-Humaidi menceritakan pengalamannya sendiri sewaktu berkhutbah di Masjid al-Qiblatain.Seorang lelaki daripada keluarga miskin mendapat kekayaan daripada sumber yang haram.


Abangnya yang kaya dan mempu-nyai dua orang anak berpesan kepadanya supaya menguruskan harta-hartanya selepas dia meninggal dunia, kerana dua orang anaknya masih kecil.


Setelah mereka dewasa, harta tersebut mestilah dikembalikan kepada mereka. Tetapi lelaki tersebut tidak menunaikan amanah abangnya.


Sebelum lelaki tersebut meninggal dunia, dia ditimpa sejenis penyakit kulit yang menyebabkan bau busuk sehingga sesiapapun tidak sanggup mendekatinya.


Lebih menyedihkan, apabila hendak dikafankan, jenazahnya terpaksa disiram minyak atar, supaya baunya hilang. Malah, tidak ada yang sanggup menjunjung keranda dan mengebumikannya.


Inilah contoh yang ditunjukkan Allah di dunia terhadap orang yang tidak memperdulikan halal atau haramnya rezeki yang dimiliki.


Di samping itu, rezeki berkat juga membawa kesejahteraan dan ketenangan jiwa kepada empunya diri. Contohnya dengan rezeki yang sedi-kit, dia merasa cukup dan hatinya tetap tenang serta bersyukur.

Teks penuh sila rujuk di sini :

Thursday, September 01, 2005

MEGA SALE

MEGA SALE


Otak tepu jer dan sedikit mengantuk. Pagi tadi bertolak dari kampong pukul 4.30 pagi dan sampai di CJ pukul 6.30. Well, sekarang ni tengah mega sale di mana-mana. Elok kalau nak membeli belah. Cadang nak beli 'spek' baru sebab yang ada sekarang ni nampak sudah tak masuk gaya. Nak cari yang frameless pulak. Kerja banyak tapi takder mood nak buat satu benda hari ini. Tahu kalau takder mood macam ni baik saya mohon sambung cuti terus sampai Ahad. Ramadhan pun sudah hampir.