Thursday, March 30, 2006
Pendek
Wednesday, March 29, 2006
Aku kembali
Pernahkah kau bermimpi seketika
Semakin aku hitung dalam cinta
Pernahkah kau bermimpi seketika
Berada di tempatku...?
Siti Nurhaliza– Biarlah Rahsia
Saturday, March 25, 2006
PERMAINAN
Friday, March 24, 2006
Adi

Oleh Shamsul Kamal Amarudin (BH)
IPOH: Budak pintar, Adi Putra Abdul Ghani (gambar), yang sering mengadu bosan belajar mungkin menghadapi tindakan disiplin, termasuk diberhentikan sekolah kerana kerap ponteng kelas.
Adi Putra, 7, yang kini belajar di Darjah Satu Khas Sekolah Kebangsaan Matang Buloh, Bagan Serai dekat sini, sudah diberi surat tunjuk sebab dan amaran akibat perbuatannya itu. Ibunya, Serihana Elias, berkata kebiasaannya dalam seminggu Adi Putra hanya ke sekolah selama tiga atau empat hari kerana mengadu tertekan dan bosan belajar perkara yang terlalu mudah untuknya.
Thursday, March 23, 2006
Setia
Bahan api bio adalah minyak gantian yang diperoleh daripada bahan asli seperti minyak sayuran, ethanol dan biojisim
Bahan api biosawit adalah kandungan bahan api yang diperoleh daripada minyak sawit atau pokok kelapa sawit
Envo Diesel adalah jenama bagi produk minyak sawit yang diproses dan dicampur dengan diesel petroleum yang mula digunakan secara rasminya semalam
Envo Diesel adunan lima peratus minyak sawit diproses dan 95 peratus diesel petroleum
Penggunaan Envo Diesel lebih baik bagi pemuliharaan alam sekitar kerana dihasilkan daripada sumber diperbaharui serta mengeluarkan kurang asap berbanding diesel petroleum
Envo Diesel ditawarkan pada harga RM1.58 seliter seperti harga runcit diesel di pasaran
Wednesday, March 22, 2006
TIBA-TIBA
Tuesday, March 21, 2006
Bersamamu
Monday, March 20, 2006
Letih
Friday, March 17, 2006
Mensyukuri
Jujur - RadjaDuhai kekasih pujaan hatikuApakah kau memberiku satu artiSedikit rasa yang bisa kumengertiBukan sumpah atau janji()Buktikanlah bila kau ada cintaSetulus hatimu bisa menerimaSebatas kejujuran yang kau milikiBukan sekedar bersamaReff:Jujurlah padaku bila kau tak lagi cintaTinggalkan akuBila tak mungkin bersamaJauhi diriku lupakanlah akuO… Ho… O… Ho…Jujurlah padaku bila kau tak lagi cintaTinggalkan akuBila tak mungkin bersamaJauhi diriku lupakanlah akuSelamanyaKembali ke: ()Aku mula terfikir tentang bait-bait kata ini :"Jujurlah padaku bila bila kau tak lagi cintaTinggalkan akuBila tak mungkin bersamaJauhi diriku lupakan akuSelamanya".Entah bila lah ...
Thursday, March 16, 2006
kisah
Wednesday, March 15, 2006
Angkasawan
SIAPA KE ANGKASA?
Seorang wanita terpilih dalam senarai empat calon bakal angkasawan negara yang akan menjalani latihan selama dua minggu di Russia, awal bulan depan. Jurutera Kualiti, S Vanajah, 35, terpilih bersama juruterbang Penerbangan Malaysia (MAS), Mohammed Faiz Kamaluddin, 34; pegawai perubatan di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Dr Sheikh Muszaphar Shukor, 34; doktor gigi angkatan tentera, Dr Faiz Khaled, 26.
Siapa yang akan menjadi top 2?
Pilihan DJW : Dr Sheikh Muszaphar Shukor & Mohammed Faiz Kamaluddin
Bakal terbang ke angkasa :
Pilihan DJW : Mohammed Faiz Kamaluddin.
Banggalah 3 anak Melayu terpilih ke peringkat akhir dan harapnya anak Melayu jugalah yang akan menjejakkan diri ke angkasa raya.
Tuesday, March 14, 2006
3 Tahun
Monday, March 13, 2006
TAUGEH
Sepanjang Jalan Kenangan (iii)Dia menatap wajahnya yang terteradi cermin kaca yang tak pernah berdustadan berdiri di hadapan meja pengadilanlantas cuba menghakimi diri sendiridengan kalbu terpejam, mengalir air wangimengimbas kembalipengalaman resah membanjiri hatikelmarin telah mati.Betapa dengan mudah dia terjeratdan dengan cepat ia tamatsehingga tak terasa keharumanhanya dari percikkan senja dan diasemakin menghampiri pintu nerakaIZAM ABDUL MANAFThe Mall , Kuala lumpur (1990 -1997)Berita Minggu (Dimensi) Ahad 12 Mac 2006 p:8
Saturday, March 11, 2006
DIAM
Sesudah tiba waktunya, tengah malam
menunggu warna reda terpancar
sinar matamu bening dan menikam
aku telah memilih diam
diam bukan bererti marah
diam bukan bererti kalah
diam bukan bererti salah
diam bukan bererti lemah
Malam ini kita dicabar dengus angin
mana ada cinta perkasa yang tidak membadai
antara umbi hidup dan sulur kehidupan
aku telah memilih diam
diam mengajar aku memahami sabar
diam adalah salju memadam api amarah
diam umpama bunga penyeri halaman mereda gelora
diam dibina dengan ambangan bulan mencari kebenaran
diam seperti memandang cermin diri
Setelah seribu tingkah menongkah
aku telah memilih diam
kerana ada kalanya diam lebih enak dari berbicara
jika bicara hanya mengundang dosa
memarak api sengketa
mendatang bencana
disalah teka
Sesudah tiba waktunya, tengah malam
izinkan aku memilih diam
sehingga kutemui kata-kata
yang mampu menjadi makna
Izam Abdul Manaf
Kampung Melayu, Pulau Pinang
Wanita, Disember 2005 p:182.
Friday, March 10, 2006
Bahasa
DULU kita sering disaran supaya meningkatkan keupayaan berbahasa Inggeris (BI), tapi sekarang kita diminta memperkasakan bahasa Melayu. Mengelirukan. Sekejap bahasa Melayu, sekejap bahasa Inggeris, lepas itu nanti bahasa Inggeris balik.
Dengan penggunaan bahasa Inggeris yang begitu meluas di dalam sektor pekerjaan dan juga dalam perbualan harian lebih-lebih lagi di kalangan masyarakat kota, saya berasa amat susah untuk kita kembali bertutur sepenuhnya dalam bahasa Melayu.
Ini kerana bahasa Inggeris digunakan dengan begitu meluas sehingga di sesetengah tempat dan dalam urusan perniagaan, bahasa Melayu langsung tidak digunakan.
Di dalam temu duga di mana sekalipun, amat jarang penemuduga bertutur dalam bahasa Melayu. Kebanyakannya bercakap dalam bahasa Inggeris walaupun syarikat berkenaan bukan syarikat antarabangsa.
Macam mana hendak memperkasakan bahasa Melayu jika orang Malaysia sendiri tidak menghargai dan menggunakan bahasa Melayu itu sendiri dalam urusan seharian.
- NAHIZUL ASRAN,
Alor Star, Kedah.
Thursday, March 09, 2006
Oldies
Tom Jones - I ( Who Have Nothing)
I, I who have nothing
I, I who have no one
Adore you, and want you so
I'm just a no one,
With nothing to give you but Oh
I Love You
He, He buys you diamonds
Bright, sparkling diamonds
But believe me, dear when I say,
That he can give you the world,
But he'll never love you the way
I Love You
He can take you anyplace he wants
To fancy clubs and restaurants
But I can only watch you with
My nose pressed up against the window pane
I, I who have nothing
I,I who have no one
Must watch you, go dancing by
Wrapped in the arms of somebody else
When darling it's I
Who Loves you
I Love You
I Love You
I Love YouBuat AJ ...
Wednesday, March 08, 2006
Siti
Bulan takkan terbit tanpa malamSiang takkan cerah tanpa mentariRindu takkan lahir tanpa rasa cintaCinta takkan lahir tanpa rasa sayangOmbak takkan bergelora tanpa badaiPohon takkan bergoyang tanpa bayuAirmata takkan mengalir
Tanpa resah hiba didada
Jiwa takkan pilu sayu
Tanpa derita yang melanda
Kasih dan sayang insan
Ibarat malam dan siang
Rindu dan cinta insan
Ibarat ombak dan badai
Silih berganti senyum dan tangis
Takdir menentukan bersabarlah
Ohooo tuhan
Juliza Adlizan – Kasih Dan Sayang Insan
Aneh betul semenjak dua menjak nih aku suka pulak letak lirik lagu. Lagu ni dulu-dulu kalau dengar rasa nak rejam jer radio tu dengan batu. Tapi sekarang nih bila dengar buat aku terfikir balik. Betulah kalau dihayati lirik lagu ini memang kita kena terima kenyataan .
“Rindu takkan lahir tanpa rasa cinta
Apa yang kita nak atau kita hajatkan belum tentu membahagiakan diri. Tapi kalau sudah dicuba kenalah bertanggungjawab terhadap akibatnya pula.
Seronoklah kerja hari nih semangat terlebih pulak.
Tuesday, March 07, 2006
Kasih

MIMPI DI ATAS BANTAL
Hari yang indah. Tidak semua hari yang berlalu pergi terlalu biasa untuk dikenang. Namun tidak semuanya harus dibenamkan di sini. Mata hati kita melihat sesuatu tetapi menafsirnya dengan terlalu berlainan. Kehidupan kadang menjadi satu perjalanan yang sunyi, kerana kita mahukan ianya berlaku seperti itu. Walau kita tidak pernah inginkannya. Keinginan dan realiti kehidupan tidak semestinya menyamai mimpi kita malam tadi.
Kasih Tak Sampai
Indah .. terasa indah
Bila kita terbuai dalam alunan cinta
Sedapat mungkin terciptakan rasa
Keinginan saling memiliki
Namun bila itu semua
Dapat terwujud dalam satu ikatan cinta
Tak semudah seperti yang terbayang
Menyatukan perasaan kita ...
Reff #
Tetaplah menjadi bintang di langit
Agar cinta kita akan abadi
Biarlah sinarmu tetap menyinari alam ini
Agar menjadi saksi cinta kita
berdua ... berdua ...
Sudah .. terlambat sudah
Kini semua harus berakhir
Mungkin inilah jalan yang terbaik
Dan kita mesti relakan
kenyataan .. ini
Menjadi saksi kita berdua ...
Padi
Suka lirik lagu ini.
Monday, March 06, 2006
Optimis

OPTIMIS : RAHSIA UMUR PANJANG
Friday, March 03, 2006
GERAM
Sudah dua hari aku start jogging. Keliling uni nih jer, tapi kan rasanya jarak dia mencecah 3km tau. Yerlah aku start pukul 5.45 pagi dan selesai 45 minit kemudian. Banyak berjalan daripada berlari sebenarnya. Badan rasa segar dan otak cergas jer. Tak der rasa cam malas-malas lagi. Lebih-lebih lagi bila baru kebah dari sakit ni kan. Dah masuk 30-an ni kenalah jaga badan. Tak moh lah boroi ker apa kang tak muat baju pengantin hahahha.( tahun bila yer?).Tertulis nama di hatiSentuh rasa terdalam di jiwaTak ku duga jadi beginiDalam ucap ku andaikan rasaRasa cinta ku dalam benci kuSesungguhnya aku masih cintaSesungguhnya aku masih sayangYang terjadi dalam cinta kitaKarena angkuh hatiHanya aku yang persis merasaBunga cinta masih harap cemasWalau ada yang lain telah hadirHati mu yang terpilihJika hati boleh memilihIngin ku sapa diri mu di hatiAkhir kita apa terjadiHanya hati kita yang menjawabRasa cinta ku dalam benci kuHati Yang Terpilih - Rossa
Thursday, March 02, 2006
BERUBAH
Wednesday, March 01, 2006
Dugaanku
Tuesday, February 28, 2006
MINYAK NAIK
Monday, February 27, 2006
POPULAR

POPULAR DAN TERKENAL
Di Dalam Sepi Itu
Serasa diri iniTerpinggir di batas nan sepiTak sesiapa menemani
Di dalam sepi ituKembali ku mengingati muLalu hati jadi rindu
( 1 )Aku terperangkap dalam diriAku terpedaya oleh mimpiAku dikejari bayang-bayangKeterpaksaan menyiksakan
( 2 )Lama ruang hati kekosonganLama ku menangis sendirianLama hanyalah hitungan masaTak terluntur kenangan indahDi antara kita
Di dalam sepi ituBertakhta bayangan dirimuMencengkam sanubarikuSudirman
Friday, February 24, 2006
Sekadar Renungan

SEKADAR RENUNGAN
Thursday, February 23, 2006
Tag
1.Masa aku lepas SPM aku kerja main-main di Kilang kat kampong aku. Gaji dia dapatlah RM 1.80. Nak tahu keje apa? Pasang filamen mentol. Haluss sangat benda tu dan kena siapkan 500 baru dapat RM.1.80. So tahulah aku betapa susahnya nak dapat duit masa tu.
2.Kerja kilang Papan “Greenwood” di Pelabuhan Klang. Ni tahan seminggu jer … tak tahan habuk!
3.Kerja kilang di Mattel … ya ampun selalu songlap si “Ken” bertuxedo. Tapi semua dah hilang kat mana tah. Masa nih kerja tak ingat dunia tuu.
4 Movies
1.Braveheart – Memang suka sangat filem ini. Kali pertama buat tugasan review filem untuk paper English. Kali pertama menonton filem di panggung. Aku tengok 3-4 kali. Dan tidak terkira selepas itu.
2.The Centre Stage – Lakonan mantap Maggie Cheung, suka filem lakonan Maggie untuk watak serious. Lagu kematian dia di akhir filem tu sungguh menyayatkan. Menonton lakonan dia buatkan aku banyak terfikir tentang mutu lakonan pelakon kita …
3.The Way We Were – Suka falsafah yang nak disampaikan dalam filem ini tentang menyintai seseorang. Cinta tidak semestinya sempurna untuk bahagia.
4.Semua cerita hantu … Nang Nak ker , Toshio tu ker … filem seram dari Indonesia paling menyeramkan setakat ini. Tapi selalu ketawa terbahak-bahak bila tengok cerita Korea tang hantu merangkak. Tak senonoh nak takutkan orang cara tuu.
4 places i lived
1.Selangor – Cape Coral
2.Selangor - Shah Alam
3.KL – Wangsa Maju , AU3
4.Cyberjaya
4 shows
1.Buletin Utama - Nak tengok pembaca berita dia tersasul ada sorang tu lawak gila. Selalu tersasul.
2.Majalah 3
3.Agrojurnal - Aku minat pertanian/penternakan
4.Semua rancangan Home deco dan perihal haiwan. Tapi selalunya malam tak sempat nak nonton TV, padam awal.
4 Places I rather be
1.Rasanya I akan pilih balik kg jugak di CC kalau ada peluang. Tapi masalahnya tak dapat gaji yg sama di tempat itu.
2. Melbourne
3. Sydney
4. Brunei
albums I can't live without
1.Il Divo
2.Broery
3.Lagu-lagu Klasik
4.Surah-surah pendek yang dipasang ketika memandu.
4 vehicles I owned
1.Basikal
2.Proton Iswara
3.Wira Aeroback
4.Belum dapat ilham untuk tukar yang baru.
4 orang aku nak tag
1. Klinikminda
2.Cempakasari
3. KT
4. Merryhearted
Cerita
Habsah Jaafar, 46, mendakwa beliau terpaksa berbuat demikian setelah diberi kata dua oleh pengurusan hotel terbabit sama ada mematuhi peraturan yang melarang pemakaian tudung ketika bekerja atau melepaskan jawatannya.

HABSAH Jaafar sambil diperhatikan Subahan Kamal menjelaskan isu larangan bertudung oleh majikannya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Pergerakan Pemuda UMNO di sini, semalam. - Gambar ZAINI HUSIN.
Wednesday, February 22, 2006
Kerja di universiti ni dan bergaul dengan golongan ilmuan pelbagai teori tercipta. Kawan aku bagi teori kekecewaan ini pada aku.
Kekecewaan = Pengharapan - Pencapaian
Mudah bukan? Orang tak pandai Maths pun boleh faham.
Kita akan sentiasa diuji dan diduga dengan pelbagai musibah dan juga rezeki yang tidak disangka-sangka. Bagaimana kita melalui semua itu terpulanglah dengan keazaman dan kekuatan kita menghadapi hari ini dan esok yang belum pasti.
Tertarik dengan tagline filem 9 Naga : “ Penyesalan terbesar adalah bermula dengan awal yang salah” . Lebih kurang begitulah. Kita biasanya terduduk setelah terhantuk teruk dalam kehidupan kita. Tapi pada awalnya kita sendiri yang membenarkan segalanya itu memburu hidup kita semula dan kita tidak rasa tenteram untuk menempuhi hidup.
Tapi setiap sesuatu pasti ada jalan penyelesaiannya.
UNGGUAkhirnya engkau tidak lagi
Mencintaiku
Akhirnya kita telah berpisah
Aku terpaksa
Aku rela
Aku tamatkan dengan doa
Lantas pulang ke sepi yang awal.
Langsung tidak menyangka
Suci dan bersih sebelum berjumpa
Sudah hilang
Engkau di hatiku
Sekarang serumpun unggu
Api dalam serkam terus membakar
Menunggu waktu
Bangun memekik dan menyambar.
CHUI YUE PEI
Setapak, Kuala Lumpur.
Mingguan Malaysia Ahad 19 Feb.2006 p:30
Tuesday, February 21, 2006
Matahari
Cerpen tulisan S.M Zakir ini tersiar di Mingguan Malaysia (19 Februari.2005). Jarang sekali dapat membaca cerpen-cerpen yang best dan berjiwa serta sarat dengan pengajaran. Sindiran yang di buatnya cukup tepat dalam mengolah pergolakan semasa yang berlaku antara dunia barat dan Islam. Rasanya inilah cerpen yang mempunyai jiwa glokal.
“Berkulit putih kuning dan berwajah bersih ceria. Ustaz Nik senang tersenyum dan sangat baik hati. Ustaz Nik mengajar di sekolah agama tempat Tamrin dan Mat Nor belajar. Malamnya Ustaz Nik menghabiskan masanya di surau. Bukan sahaja menjadi muazin tetap di surau itu, Ustaz Nik juga acapkali menjadi imam terutamanya solat zuhur dan asar berganti dengan Haji Salleh dan Ustaz Aziz. Dalam pada itu Ustaz Nik selalu mengadakan kuliah subuh untuk budak-budak di daerah ini.”
“Seluruh dunia termasuk pemimpin Islam mengutuk Ustaz Nik dan pasukannya. Ustaz Nik digambarkan sebagai pengganas yang jahat. Orang yang terkeluar dari Islam, sesat dan gila. Ustaz Nik dan sahabat-sahabatnya dicap sebagai pengganas yang paling jahat. Pemusnah dan pembunuh. Bahkan pemimpin-pemimpin Islam juga mencaci dan mencerca Ustaz Nik. Ustaz Nik dikatakan sebagai memalukan Islam. Tetapi mereka sendiri tidak pernah malu untuk menyembah Amerika Syarikat yang ternyata memijak dan membunuh umat Islam.”
Monday, February 20, 2006
MC
Friday, February 17, 2006
Dinner
Malam tadi pergi dinner di Cyberview Lodge Resort & Spa CJ (Cindai Ballroom). Mulanya we all plan nak buat dinner ni di PD, bigger space etc. Tapi Tun tak berapa sihat dan Tun M pun nak datang. Last-last malam tadi Tun M ada di langkawi sebab ada dinner gak di sana. Dewan hanya memuatkan 400 orang bila buat di CJ nih sedangkan we all ada 1500 staff dah. So ramailah yang tak dapat datang.
Staff award antara yang paling dinantikan. Bekas hausemate aku menang "Best Executive Award ( Technical) dia memang terlalu layak. Aku bangga dia menang. Rajin dan tidak berkira orangnya. Sanggup tolong orang tanpa banyak protokol. Admirerlah dengan kesungguhan dia tu.
Makanan Chinese Food bolehlah dikatakan sedap. Camtulah kan makanan Cina bukan ada apa sangat. Cambutan bertuah pun memang tak akan pernah nyer dapat kat aku nih. Pakat tengok jerlah. Overall menariklah jugak. Staff gak yang buat persembahan. Boss T* pun datang, dan BOD's.
Aku balik awal masa depa semua ambil gambar dan acara seterusnya nyanyi lagu universiti.

