Wednesday, June 07, 2006

SIBUK

SIBUK

Sibuk betul sekarang nih. Nak menulis dan buat research untuk penulisan memang mencabar minda. Nak detailkan maklumat pun satu hal jugak. Menulis ni bukan harap dapat ilham datang dari langit jer. Siapalah dulu yang cakap menulis ni pekerjaan untuk orang yang kuat berangan memang tak sama langsung.

Kena banyak membaca, tanya orang itu ini. Even terpaksa tanya tuan doktor untuk dapatkan kepastian ubat apa yang digunakan. But memang menyeronokkan disepanjang proses ini. Banyak belajar dan dapat maklumat baru. Kalau orang lain tak terasa apa-apa tak kisahlah. Janji aku puas. Sebab banyak perasaan aku tercurah ketika menghayati watak dan perwatakan. Kamarul tak semestinya betul dan Azrul tak selamanya silap. Iryanty dan Nazatul pula telah ditentukan perjalanan hidupnya begitu.

Yerlah kalau kita tulis benda yang baik dapat pahala bila orang baca. Kalau kisah itu macam 'tersasar' dari landasan sikit, pembaca boleh buat tauladan. Tapi bukan niat nak mendidik, itu tugas guru, tugas ibu bapa dan diri sendiri. Penulis hanya menyampaikan apa yang dia rasa betul dan bersesuaian dengan keadaan. Kebenaran kadangkala pahit untuk ditelan.

DIA
(Wanita yang membunuh cintaku)

Si jelita itu
Membawa sedulang dusta
Ketika aku terlalu naïf
Menghirup cinta yang kau hidangkan.

Ketika belati itu menusuk ke jantungku
Engkau terus berlalu
Rintihan dan raunganku
Kau biarkan tersekat di celah sepatu
Dan kau terus berlalu.

Entah kenapa,
Setelah sekian waktu
Kau kembali menagih simpati.
Aku melihat kilau belati yang pernah
Menusuk jantungku
Aku melihat sepatumu yang penuh debu
Aku melihat si jelita itu
Yang pernah kucinta sepenuh jiwa

Waktu rupa-rupanya
Lebih adil
Derita dan rintihan ku dulu
Rupanya lebih bahagia
Dan aku tak ingin terus leka
Menghirup segala duka.

Pada si jelita
Kukhabarkan,
Telahku bunuh segala cinta
Yang ada cuma kenangan
Melekat di ruang ingatan.

Azhan A. Kamal
Cyberjaya

Monday, June 05, 2006

SYIKIN

SYIKIN YANG MANIS

Sabtu pagi ke rumah kakak di Banting. Ajak semua anak buah balik kg. Baby Syikin pun dah 10 bulan, dah pandai berjalan jatuh. Comel dan nakal budak tu. Rasanya kalau pipi dia di buat dari plastik dah habis bocor dah sana sini. Maklumlah semua orang tergeram dengan budak nakal nih. Pantang di tinggal mak dia sikit.

Aktiviti di kampong takderlah apa sangat. Makan tidor jer seperti selalu. Oh ya masa pergi ke pasar I terkeliru antara ikan selar kuning dan ikan kembong sebab warna ikan tu lebih kurang sama. But masa I beli tu ikan selar kuning tu agak gebu sedikit daripada ikan kembong. Maklumlah nak masak kari. I beli 2 kilo sebab harganya RM5 sekilo. Bila balik depa kata tu selar kuning. Tak sedap sangat ikan tu sebab agak keras dagingnya berbanding ikan kembong bila di masak kari.

So i pegi balik ke pasar carik ikan kembong tu sekilo RM 7 - 10 ringgit ikut saiz. Mata dia kecik sikit dari ikan selar dan tanda kuning di badan dia tak nyata sangat. Tapi memang berbeza dari segi rasa. Untuk orang yang 'sembrono' jer masa membeli barang kadang tak terperasan kalau tak tanya jenis ikan tu.

Jumpa my friend yang masa di sekolah menengah dulu. Anak dia dah 4 orang.Pehhh bila dia tanya I keje kat mana I katalah kat sini. Dia macam tak percaya jer ... ahhaha maybe masa zaman sekolah dulu i ni nampak macam takder masa depan kot hahahha ...

Friday, June 02, 2006

Cokelat

COKELAT

Aku keluar rumah tepat pukul 9.30 ke LRT PTJ. Mematungkan diri di bawah cahaya lampu. Bosan! Lalu aku baca buku dari kulit pertama sampailah ke muka surat 232 , Dugalia Huso. Dia tidak juga kunjung tiba.

Aku sms dia dan dia kata flight delay. Oklah aku tunggu lagi, jam menunjukkan pukul 10.30. "Baru sampai dan ERL delay !" Aku tunggu lagi. Masuk dalam kereta, ke tandas dan baca buku lagi. 11.20 malam barulah dia muncul dengan muka penat, pening sakit kaki segala.

Dia tanya aku jalan nak balik ke Puchong ( Dia tak tahu ker I 'slow' tentang direction lebih-lebih lagi malam-malam buta).

"Boleh drive ker? Nak minum teh dulu kot mengantuk tak jumpa jalan balik nanti?" Aku offer diri. Sebenarnya aku nak tanya dia tentang trip dia ke Phuket tempohari.
"Oklah " Sambil memusingkan badan tapi tiba-tiba ...
"Alah ... penatlah nak terus balik" Tipikal dia yang aku kenal.
"Nah aku belikan cokelat (RM 7.30). Terima kasih sebab jemput. Oh ya! ada 2 set botol syampu hotel yang I bawak. U suka kumpul kan?"
Dia masih ingat apa yang aku suka buat. Tapi ... takpelah. Aku dapat cokelat dan botol-botol itu. Dia pun berlalu.

Aku sms dia tentang satu perkara yang tidak pernah dia akan jawab. Malam tadi aku tidur dengan lampu terpasang hingga ke subuh!

Thursday, June 01, 2006

Laksana Bulan

ENGKAU LAKSANA BULAN


Masa aku hantar dia di LRT dia jalan laju dan tidak menoleh. Dia pergi jauh dan tinggalkan segala kenangan itu di hadapan tayar keretaku agar aku dapat melenyeknya. Biar pecah berderai menghilang dalam dingin subuh. Pagi itu aku bangun seawal mungkin untuk hantar dia dan ditinggalkan lagi.


Dia akan kembali menjadi orang lain yang tidak akan aku kenali . Dia telah menghantar segala rasa mengharapku pergi. Dia akan sentiasa hadir dalam hidup aku. Pasti dia juga tidak mahu aku lagi. Kerana ‘dia’ adalah semalamku.


Semalam yang membuatkan aku terus dibuai lagu ini ketika aku memandu. Memandu sebuah kehidupan baru!


Engkau Laksana Bulan


Engkau laksana bulan
Tinggi di atas kayangan
Hatiku dah kau tawan
Hidupku tak keruan


Mengapa ku diseksa
Kenapa kita bersua
Berjumpa dan bercinta
Tetapi menderita


O...o...o...o...o...o...o...o
Kau tinggalkan diriku *


Oh Tuhanku
Mengapa kah
Kau bezakan hidupku
Oh Tuhanku
Mengapa kah
Manusia begitu


O...o...o...o...o...o...o...o
Kau tinggalkan diriku


* Oh Tuhanku
Mengapa kah
Jadi miskin hidupku
Oh Tuhanku
Mengapa kah
Sangat buruk nasibku


Mengapa ku diseksa
Kenapa kita bersua
Berjumpa dan bercinta
Tetapi menderita


* (original version: Kau cabutlah nyawaku)


Dengar lagu ni versi Sheila Majid sungguh best sekali.

Wednesday, May 31, 2006

Dugalia Huso

MENCARI DUGALIA HUSO

Sedang membaca buku ini "Mencari Dugalia Huso" tulisan A. Kadir Jasin. Bekas Ketua Pengarang NSTP. Buku ini adalah buku ke-3 beliau selepas Biar Putih Tulang & Other Thots. Mencari Dugalia Huso menghimpunkan pengalaman , pemikiran dan kritikan kemanusian beliau yang luas, dari daerah-daerah yang maju dan membangun - di mana nama Malaysia di sanjung dan dipuji, hinggalah ke daerah-daerah krisis, kesedihan dan peperangan seperti Bosnia-Herzogovina dan Kosovo.

Ingin berkongsi tentang kata-kata menarik di kulit belakang buku ini, ianya petikan dari artikel-artikel dalam buku ini juga.

I
Manusia di tanah Air
"Tidak ada manusia di dunia yang bangsanya ditentukan oleh agama yang dianutinya melainkan Melayu Malaysia. Untuk menjadi Melayu seseorang itu wajiblah beragama Islam. Tiada orang Melayu di Malaysia yang tidak beragama Islam.

Tetapi di Asia Barat, tidak kurang daripada 14 juta orang Arab beragama Kristian. Di Indonesia banyak orang keturunan Melayu beragama Kristian, Hindu dan Buddha. Menurut akhbar The Detroit News, 75 peratus daripada orang Arab yang menetap di Amerika Syarikat adalah Kristian".

II
Manusia di hadapan Tuhannya
"Sebagai institusi kewangan Isalm terbesar dan terulung di negara kita, Tabung haji harus menjadi benteng pertahanan ciri-ciri pelaburan Isalam, bukan melarikan diri setiap kali berlaku penyusupan unsur-unsur bercanggah dengan Islam.

III
Manusia Seantero Dunia
"Salah satu tempat di mana kegilaan menggantikan kewarasan dan bumi berubah menjadi neraka ialah Kosovo"

Buku setebal 232 muka surat ini adalah terbitan Berita Publishing. Aku dapat percuma so tak tahu berapa harga di pasaran.

Tuesday, May 30, 2006

POTONG

POTONG


Hari ini ada lelaki yang sanggup memotong kemaluannya sendiri untuk membuktikan dia tidak curang. MMM kecurangan tetap akan berlaku walau pada sesiapa pun, tanpa perlukan sebarang bukti. Jangan anggap suami yang sentiasa pulang ke rumah selepas waktu pejabat tidak melakukan kecurangan. Tapi tepuk dada tanya iman.


<http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Tuesday/Mukadepan/20060529232002/Article/>


This article ni pun best :
<http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Tuesday/Keluarga/20060523085058/Article/>


Bila kita renung kembali apa yang berlaku di Jogjakarta. Kita akan sedar bahawa hidup ini hanya pinjaman. Senafas dalam leka segalanya boleh lenyap. Esok kehadirannya tetap misteri.

Banyak babak kematian dalam manuskrip yang sedang aku siapkan. Entah kenapa aku nak segala watak-watak itu mati. Tiada orang suci yang tidak mempunyai masa lalu bukan?

Monday, May 29, 2006

Kembali

KEMBALI ...

Aku bercuti semenjak Khamis lepas. Sepatutnya hari ini pun cuti sebab masa student cuti nilah kita boleh meluruskan badan sedikit. Hidup I tetap meriah seperti biasa. Banyak sangat perkara berlaku di dunia ni. Gempa bumi di Jogjakarta, isu kahwin misyar yang di gembar-gemburkan, Myteam tewas tipis dengan team Malaysia.

Masa hari Jumaat minggu lepas ternonton isu kahwin misyar ni di WHI. Biasalah bila perkara yang kita tak berapa faham diperdebatkan akan nampaklah segalanya negatif. Tapi pada realitinya, kalau lelaki yang bertaraf rendah berkahwin dengan wanita profesional yang lanjut usia akan menimbulkan banyak implikasi negatif. Maklumlah umat akhir zaman ni, kalau berkahwin ikut cara 'biasa' tu pun ramai yang miss tanggungjawab inikan pula kalau tanpa peranan dan tanggungjawab sebagai ketua keluarga. Macam 'gig*lo' terhormat pulak jadinya. Or even stray. Its a norm dalam masyarakat kita kalau kahwin lambat, perkahwinan pun bukanlah diwajibkan pun, tapi digalakkan. Untuk menambah-biakkan umat nabi. Tapi kalau zuriat yang dihasilkan itu terbentuk daripada hubungan tanpa kasih sayang, hanya nafsu semata-mata. Entah macamana 'produk' yang nak dihasilkan itu. Lebih baik hidup sendiri tak pening kepala. Ada yang kata isu ini amat remeh, tapi if 'orang lelaki' tidak manghayati peranan mereka betul-betul sesuatu yang buruk akan lebih mendominasi seluruh perancangan yang pada asalnya untuk membantu wanita mendapatkan pasangan.

Memanglah kalau diberi pilihan semua orang tak mahu komitmen, tapi kalau berkahwin setakat nak dapatkan pelepasan cukai LHDN pun apa gunanya kan?

Tuesday, May 23, 2006

Jatuh

JATUH CINTA SEKALI LAGI

Bukan aku yang jatuh cinta yer ( kena buat penafian siap-siap). Ni judul cerekarama Sabtu lepas. Walaupun ada Final FA tetaplah nak tengok jalan ceritanya sebab nak belajar tentang plot, watak dan perwatakan. Kisah dia memang biasa ( atau diceduk dari chicken soup?). Bila suami mula terpikat dengan setiausaha yang ( aduh Saliha). Manalah tak cair kalau suara dia pun boleh buat kepala berpinar sekejap.

So the typical Malay wife tu pun balik kampong bila si suami nak kahwin dengan setiausaha tu. Apsal pulak depa tak tulis, ok you boleh kahwin tapi setiap bulan masukkan dalam akaun I RM 10K, nak pembantu rumah, setiap tahun melancong keliling dunia etc. Hahaha sebabkan kadang lelaki kaya nih bila banyak duit ke situlah halanya. So untuk mempastikan poket mereka sentiasa kering then mintaklah benda yang 'berfaedah'. Contohnya hantar anak-anak ke sekolah private yang bayaran dia 'aduh' jugak setiap bulan. Pehhhh ...

Back to the story so wife dia tu panjang akal gak . Dia buat permintaan selama sebulan untuk pastikan suami dia tu benar-benar nak berkahwin dan dia mohon diceraikan. Taktik dia boleh dipraktikan setiap hari dia minta si suami buat sesuatu untuk dia. Hari pertama si suami buatkan sarapan. Kemudian si isteri hantar email ucap terima kasih.

Ada harinya mereka dinner di luar dan main 'stranger game'. Anak-anak depa panggil 'uncle' jer kat daddy mereka dan ceritakan macamana uncle tu mengurat mama mereka. Menonton DVD "French Kiss"sebab itulah filem yang mereka tonton masa dating dulu. Ada tu si isteri masak masakan yang hangus sebab untuk mengingatkan si suami tentang masakan pertama semasa mereka mula-mula berkahwin dulu.

Akhirnya si suami tak jadi kahwin lagi sebab di hatinya hanya ada isterinya sahaja. Moral dia memanglah dalam perhubungan itu seseorang itu perlu sentiasa berada di hati. Kalau sudah berada di hati walau bagaimana 'cobaan' pun pasti dapat mengatasinya. Memanglah kalau buat perkara yang sama sahaja akan bosan. Kena sentiasa mencuba perkara baru supaya boleh jatuh cinta selamanya. Kalau hari-hari pakai selipar yang sama, kita tak kisah pun tentang rupa dan bentuknya, tunggulah sehingga selipar kita terputus talinya. Serta- mertalah kita terpandang semula pada selipar lama yang tidak pernah kita hiraukan.

Friday, May 19, 2006

Kasih

KASIH

Selalu menyanyikan lagu ni time turun tangga, masa kat bilik air, masa jalan sensorang. Automatik ... walaupun suara tak sedap tak kisah. Si Dayang nyanyi best gak, dulu lagu ni lagu Hetty Koes Endang.


Malam ini kasih
Teringat aku padamu
Seakan kau hadir ke sisi menemani ku..
Ku yakinkan diri agar tiada sepi
Ku lewat kau hadir di dalam mimpiku


Seandainya mungkin..
Ku mampu terbang ke awan
Detik ini jua
Ku akan melayang ke sana
Kan kubawa pulang
Dia yg selalu ku sayang..
Bersama berdua kita bahagia


Kasih dengarlah hatiku berkata
Aku cinta kepada dirimu sayang..
Kasih..percayalah kepada diriku..
Hidup matiku hanya untukmu....

Thursday, May 18, 2006

Bestari



NAZA 206 BESTARI

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak malam tadi melancarkan Naza 206 Bestari, kereta hatchback bergaya yang dikeluarkan oleh Naza Corporation Sdn. Bhd. (NCSB) dengan kerjasama Automobiles Peugeot.
Kereta tersebut merupakan versi direka bentuk semula Peugeot 206 yang menjadi model paling laris gergasi automotif Perancis itu di Eropah.Kereta tersebut yang berharga RM68,888 di atas jalan, mengandungi 435 komponen tempatan yang dihasilkan oleh 24 vendor.

206 Bestari yang menawarkan enjin berkeupayaan 1.5 liter merupakan model kedua yang dilancarkan oleh Kumpulan Naza dalam tempoh tidak sampai sebulan. Syarikat itu sebelum ini melancarkan kereta kompak Naza Sutera. 206 Bestari didatangkan dalam pilihan warna hitam, biru, perak, merah dan kelabu dengan reka bentuk luar yang tampak lasak dan bergaya.

Semalam dia call 3 kali dan aku buat pura-pura tak dengar. Aku jawab "Good morning!" Padahal sudah tengahari badak! Aku dengar dia cakap "Good afternoon" sipi-sipi di hujung talian. Wah! kalau dia call mesti nak kena angkat, aku call beratusan kali haram dia tak endah bila dia busy dan boleh pulak buat kenyataan "Aku dah lama tak guna no nih ..." Habis apsal ler tak bagi no hp yang lagi satu. Aku tunggu dia call dari rumah. Tapi dia tak akan berani punya. Hehehe psycho!

Wednesday, May 17, 2006

pupus




Memperkenalkan "Johan Morawon" - European Burmese , 2 weeks old.


PUPUS

Masih terbayang kisah seorang ibu yang ditikam ketika sedang menyusukan bayinya di KL baru-baru ini. Suami kepada wanita itu disyaki telah membunuh isterinya. Desakan hidup dan masalah yang melingkari kehidupan mereka membuatkan perkara ini terjadi. Ianya memberi gambaran nilai suami kini semakin pupus. Sukar untuk difahami siapa berlindung daripada siapa sekarang ini.

Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik , Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Antara tanda hari kiamat ialah ilmu semakin sedikit dan kejahilan semakin banyak, zina akan berleluasa, wanita semakin ramai dan lelaki semakin kurang sehingga 50 wanita hanya dilindungi seorang lelaki" (al-Bukari dan Muslim).

Mungkin antara maksud yang tersirat adalah bahawa kurangnya bilangan lelaki yang menjalankan peranan mereka sebagi pelindung terhadap wanita. Suami millinium sekarang ini menjadi semakin manja. Kalau masa bujang boleh buat itu ini tup-tup bila berkahwin segala tanggungjawab terlepas ke bahu isteri. Basuh baju sendiri pun dah tak tahu ( tak semualah). Itu belum lagi kes mengambil kesempatan terhadap isteri. Tidak memberikan nafkah yang sepatutnya apatah lagi dalam waktu yang sama si isteri bekerja. Memanglah perkahwinan adalah satu perkongsian. Tapi pasti ada yang menjadi mangsa.

Bak kata seorang kakak. Perkahwinan satu perjudian. Kalau takut untuk berkahwin sebab tak mahu perkara itu semua terjadi, maka kita tidak mencuba untuk merasai satu pengalaman baru dalam hidup. Adilah kalau tidak bahagia, sebab kita yang merancang untuk gagal. Kalau kita mahukan kerukunan masing-masing kena mainkan peranan yang besar. Bukan satu sahaja tangan yang menarik.

Begitulah hidup ...

Tuesday, May 16, 2006

Naif

NAIF


“Ibu tunggal kelahiran Perlis, Ruzana Zubir, 36, terjelepok di kerusinya dan hampir terjatuh sebaik sahaja Mahkamah Daerah Sydney membebaskannya daripada tuduhan menyeludup lebih lima kilogram candu ke Australia, April tahun lalu.

Dia hampir tidak percaya apabila 11 orang juri sebulat suara mengumumkan keputusan tidak bersalah atas tuduhan yang dihadapinya.”

Dia wanita naïf, itu yang digambarkannya. Mempercayai seorang teman bernama Haj yang mendakwa bahan yang dibawanya itu hanya ubat herba dari Iran. Aku seperti Ruzana tidak mengenali bagaimana candu itu. Bentuknya, macamlah kebanyakkan tumbuhan herba lain yang tumbuh melata di depan mata. Aku tak kenal namanya. Inikan pula candu!

Mungkin Ruzana seorang wanita, maka ‘ketidaktahuan’ dia dalam perkara ini membenarkan dia dibebaskan walaupun pihak pendakwaraya mengemukakan 20 orang saksi bagi mengemukakan bukti bahwa dia tahu bahan yang dibawanya itu candu.

Bagaimana jika orang yang membawanya itu seorang lelaki, dengan latarbelakang keluarga yang boleh disyaki? Kisah ini mungkin tidak akan tamat seperti ini.

Tapi dalam hal-hal lain lelaki amat bernasib baik. Cuba perhatikan dalam kes perebutan kasih. Kes Abby-Norman, Abby tidak menyalahkan Norman tapi menjadikan si penyanyi cantik itu sebagai kambing hitamnya. Walaupun kita tahu SMS tanpa no telefon tidak akan sampai pada penerimanya. Sama jugalah kalau lelaki tidak memberi respon bunga-bunga cinta tidak berlaku. Untung juga jadi lelaki, isterinya tidak akan menyalahkan diri walau sedar kesalahan besar yang dilakukan. Semua ini kerna sayang.

Juga kisah seorang Tan Sri yang bershopping dengan seorang artis di Mid Valley. Si isteri punyalah mengamuk dan adegan tarik menarik rambut terjadi. Si suami hanya memerhati di sisi. Aneh bukan? Suami tidak akan sesekali dipersalahkan.

Naif seorang perempuan dan seorang lelaki amat berbeza. Bagai langit dengan bumi!

Monday, May 15, 2006

Hari Ibu

HUJUNG MINGGU YANG BERBEZA

Hujung minggu kali ini amat bermakna, Hari Ibu. Aku walau bagaimanapun tetap bangun lambat. Sambung tidur setelah solat subuh. Man dari JB pun berhujung minggu di kampong. Dia ni selalu kalau call Mak siap nangis-nangis. Aku takderlah nak nangis depan Mak segala (walaupun aku agak sensitif orangnya).

Mak sakit kepala petang Sabtu tu. Dia kata tak larat nak masak. But bila anak menantu balik. Mak bangun dan kelihatan amat ceria. Mungkin kehadiran kami semua menjadi tonik ajaib kekuatan Mak. Rambut Mak sudah putih. Dipotong paras bahu. Mak tetap Mak yang aku kenali menyembunyikan duka hati dalam ceria yang berlantunan. Mak menghidu duka dan menyiram segalanya dengan mudah sekali. Memberi semangat dan kekuatan, nadi kami.

Mak tahu bagaimana kami tidak dapat hidup tanpanya. Masa Mak pergi Umrah dan Haji dulu rumah di tengah sawah itu cukup sunyi. Kami mati kutu dan kerinduan. Sungguh berbeza sekali bila Mak ada di rumah. Tanpa banyak berbicara pun kami rasa bahagia amat, hanya dengan menyedari Mak ada.

Pagi Ahad seperti selalu, makanan banyak terhidang. Man pulang awal ke JB. Aku balik ke PJ. Masa bersalaman aku kucup kedua belah pipi Mak. Cium tangannya. Aku kata "Selamat Hari Ibu". Mak menangis. Aku tidak akan sesekali menangis di depan Mak. Nanti dia tambah sedih.

Dalam kereta, untuk perjalanan sejauh 120km ini, air mata tak terbendung. Berderaian laju tanpa henti. Syukur! Mak masih ada di sisi untuk kami ...

Thursday, May 11, 2006

Selamat Bercuti

SELAMAT BERHUJUNG MINGGU

Bulan 5 memang banyak cuti umum. Esok bercuti lagi. Cadangnya nak menulis itu pun hanya cadangan sebab plan boleh bertukar bila-bila masa.

Tadi baru jer lepas pergi buat 'khidmat masyarakat' di sebuah sekolah di Cyberjaya nih. Dalam 70 orang pelajar dengar program kitaorang nih. Best sebab dapat berkongsi pengalaman dan idea dengan orang lain. Budak-budak muda kalau mendapat arah tuju yang betul akan menjadi tiang bangsa yang kukuh. Bukan tiang yang hanya mencacak bulan di atas pokok kelapa dan tak tahu apa-apa tentang arah tujuan. Sekurang-kurangnya dia tahu kenapa bulan itu di situ, di atas pokok kelapa!

Bila aku bincang dengan guru-guru sekolah tadi aku jadi takut tentang nasib bangsa sendiri. Apa akan terjadi 10 tahun akan datang? Seram sejuk, siapa yang akan menyedarkan belia kita tentang masa depan. Sedangkan kini kita semakin hidup dalam dunia yang begitu kejam dan tidak pernah memberi maaf (pada kesilapan hari ini).

Selamat berhujung minggu semua!

Wednesday, May 10, 2006

Gula

DIPERGULAKAN

Malam tadi sempat pergi ‘mengeteh’ di Presint 8 Putrajaya. Walau tengah malam umat manusia tetap ramai, penuh meja di mana-mana sudut. Menghirup manis teh yang tetap manis amat walaupun dilaporkan beberapa negeri mengalami kehabisan gula secara mendadak.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna bingung sebab bekalan gula kehabisan. Minggu lepas di Perlis, sekarang di Kelantan dan khabarnya turut berlaku di beberapa tempat di Lembah Klang.

Cerita kekurangan gula ini tidak timbul secara mendadak. Ia muncul lebih sebulan lalu. Dalam tempoh yang agak panjang itu, pihak berkuasa masih bingung dan tidak tahu puncanya. Di Perlis ada kilang gula, pun gula boleh kehabisan. Mungkin kerana kilang gula di Perlis membekal lebih kepada negeri lain.

Sebelum itu ada kapal ditahan di Pulau Pinang kerana dikatakan cuba menyeludup gula ke negara jiran. Adakah gula kita habis diseludup? Sekarang bekalan gula paling berkurangan di Kelantan. Ini negeri yang penduduknya dikatakan paling kuat makan gula.

Sekarang harga gula RM 1.40 sekilogram. Bila TV dah mula kata harga gula di Negara kita antara yang paling rendah di rantau ni seolah-olah ‘kerajaan’ mendapat 'hint' bahawa pengeluar gula di negara kita mahu harga gula dinaikkan. Pengeluar/pengedar akan seludup dan sorok gula supaya orang panik dan memberi tekanan kepada kerajaan untuk naikkan harga. Alah, taktik nih kita semua sudah faham benar. Bila mereka mula membanding harga di sana-sini pastinya kenaikan akan berlaku walau kementerian menafikan perkara ini. Tunggu dan lihat sahajalah nanti.

Tapi ada baiknya juga bekalan gula berkurangan . Rakyat Malaysia boleh praktis cara-cara lain untuk menambahkan manis dalam hidup, kurang minum –minuman yang terlalu manis baik untuk kesihatan.

Tuesday, May 09, 2006

Prinsip

PRINSIP

Perkara yang baik tidak semuanya betul. Jika betul pun kita perlu bangkang. Sebab tugas Ahli Parlimen adalah untuk menolak segala usul pembangkang. Jelas dan nyata – Ahli Parlimen kerajaan tidak boleh menyokong usul pembangkang. Dan Perdana Menteri menegaskan bahawa amalan ini adalah kekal dan perlu dipatuhi oleh semua.

Out of blue, Shahrir Samad bangun dan mungkin sebab rambut pun dan beruban fikiran dia waras sedikit ketika itu maka Pengerusi BBC itu menyokong usul Ketua Pembangkang. Dalam negara yang mengamalkan usul kerajaan sahaja wajar disokong oleh semua termasuk pembangkang dan bukan sebaliknya walaupun ianya demi kebaikan.Maka tindakan Shahril itu umpama menjolok mata semua Ahli Parlimen kerajaan. Macam Jebat penderhaka.

Cacing kepanasan di dalam dewan, pastinya cili yang di makan terasa pedas amat. Maka usul tersebut di tolak. Nak mampus kalau usul tersebut diterima. Maka kain yang koyak tidak dapat ditampal lagi. Malu akibatnya kelak.

Hidup pun perlu ada prinsip. Shahril melepaskan jawatan pengerusi BBC ( alah tak besar mana jawatan tu kalau hidup tak ada prinsip) dengan begitu nekad. Prinsip hidup kitalah yang sebenarnya membezakan diri kita intan atau permata. Dalam kes Shahril kita tahulah jenis macam mana Ahli Parlimen di negara kita ini.

Monday, May 08, 2006

Kosong

KOSONG

Jumaat malam Sabtu lepas dapat nonton M:i:III di KLCC. Terima kasih buat kawan yang bagi tiket free tuu. Cerita dia so-so jer. Maybe sebab orang nak tengok hero dia jer. Bila keluar panggung takder apa yang boleh diingatkan. Cuma satu jalan lurus yang tak perlu di ceritakan lagi.

Aku pun tak tahu definisi citer yang baik. Tapi selalunya citer yang baik akan tinggalkan sesuatu di ingatan. Buat kita berfikir semula selepas itu walau bertahun-tahun selepas itu. Tapi kalau citer itu kosong. Ianya hanya satu perjalanan lurus yang tidak memberi apa-apa kesan.

Hujung minggu aku juga mono tone. Cuma bahagia bila mak dan ayah kita ada di depan mata.

Friday, May 05, 2006

REDA


Reda punca jiwa tenang

SAYA menghadapi tekanan perasaan kerana masalah kerja. Mungkin orang lain melihat saya sebagai insan normal ketika di pejabat. Tetapi, apabila di rumah, saya sering menangis hingga bengkak mata. Malah, kadang-kadang menjadi pendiam dan rasa malas hendak pergi kerja

Saya sering kali menangisi nasib, menyalahkan Tuhan kerana tidak memakbulkan doa untuk mendapat pekerjaan lain. Doa dan harapan saya inginkan pekerjaan di jabatan kerajaan yang mempunyai masa depan. Saya tidak menyukai kerja sekarang kerana kerja sementara. Dari segi gaji, memang kecil sebab saya memiliki ijazah, sedangkan gaji yang diterima sama taraf dengan pemegang diploma. Dari segi skop kerjaya, memang jauh melencong daripada apa yang saya pelajari. Suami kerap memujuk supaya saya berhenti kerja.

Tetapi, kalau berhenti kerja, takkan dia hendak tanggung hutang kereta, rumah dan sebagainya. Saya sudah dua tahun berkahwin, tetapi belum mempunyai anak. Tipu saya katakan jika saya tidak berkeinginan untuk mempunyai zuriat sendiri. Tetapi, dek kerana kekangan kewangan dan pekerjaan yang tidak mempunyai masa depan yang stabil, saya terpaksa menangguhkan dulu hasrat untuk menimang cahaya mata. Tidak tahu sampai bila hendak bertangguh sedangkan usia saya sekarang 28 tahun.


PERLUKAN MOTIVASI, Kuala Lumpur.

ANDA bekerja dan sudah berumah tangga, tetapi merancang tidak melahirkan anak kerana tidak mampu berikutan masalah kewangan, sedangkan teringin menimang anak. Anda tidak suka pekerjaan kini dan cuba mendapatkan kerja di jabatan kerajaan, tetapi setakat ini belum berjaya.Anda selalu bersedih sebab merasakan keadaan terlalu malang kerana tidak dapat apa yang diharapkan. Anda menyalahkan Allah kerana tidak makbulkan doa anda.

Soalan yang saya ingin ajukan. Apa pula dengan tugas dan tanggungjawab di rumah. Adakah apabila menangis dan bersedih kerja ini terbengkalai? Adakah kesedihan anda sudah sampai kategori murung yang memerlukan rawatan profesional? Jalan keluar yang saya nampak.

Ambil tanggungjawab atas keadaan sekarang dan terima seadanya sebab ramai lagi yang berada dalam keadaan yang lebih teruk. Ini perlukan perubahan sikap. Perubahannya adalah kita reda ketetapan Allah ke atas diri sekarang l Jika hendak anak, insya-Allah rezeki anak, Allah yang tentukan dan kemungkinan besar apabila anak dilahirkan rezekinya pun akan datang.

Ia sama ada suami atau anda mendapat pekerjaan yang lebih baik.Yakinlah bahawa Allah yang menentukan dan jangan takut beranak sebab bimbang tidak cukup rezeki. Gunakan masa di rumah menjalankan tanggungjawab melayan suami dan bersantai dengan mengadakan hobi atau pembelajaran atau membaca.

Jangan layan perasaan Amalkan doa :

Allahuma inni a'uzubika minal hammi wal hazan.”

Maksudnya: “Ya Allah lindungi aku daripada menyesal perkara yang lepas dan merisaukan perkara yang akan datang.”

Kira semua nikmat Allah berikan kepada anda sekarang dan ucap syukur banyak-banyak. Mudah-mudahan dengan sikap bersyukur dan reda, Allah akan memberikan lagi rezeki yang melimpah-limpah. Anda perlu bersyukur kerana masih mendapat pekerjaan, sedangkan ramai lagi graduan terpaksa menganggur.Sebenarnya sikap tidak berpuas hati dengan apa yang ada adalah sejenis ‘penyakit’ hati. Ia perlu diubati. Jika tidak anda akan berterusan tidak puas hati dan menyalahkan orang lain.Sedarlah bahawa Allah yang akan menolong orang yang menolong dirinya sendiri.

Jawapan disediakan oleh Dr Suriya Osman, seorang doktor perubatan dan boleh dihubungi pada wanitajim@jim.org.my

Salam Jumaat, artikel ini ditujukan pada seorang sahabat yang sentiasa bersedih hati. Juga untuk peringatan diri sendiri. Reda dengan segala ketentuannya. Namun berusahalah mengejar apa yang kita rancangkan dalam hidup yang singkat ini. Kasihanilah diri sendiri terlebih dahulu kerana tiap apa yang kita lakukan akan memberi kesan pada diri kita terlebih dulu. Juga ianya turut terbias pada orang disekeliling kita terutama mereka yang kita sayangi. Memanglah kita inginkan segalanya sempurna dan menyenangkan, ketidakupayaan mencapai apa yang kita inginkan bukanlah kelemahan, andaikan kita akan membuat yang lebih baik di masa-masa akan datang. Terimalah segala kejadian itu dengan reda!

Thursday, May 04, 2006

Busy

Bila busy tak upaya untuk mencatat. Bila busy semua tumpuan di arah pada satu tugasan. Deringan telefon begitu mengganggu. Lagu yang berkumandang seakan memerli diri. Tup-tup sudah sampai waktu untuk pulang. Stayback atau balik? Mmmm ...

Wednesday, May 03, 2006

Plan

PERANCANGAN

Kadang bila aku fikir balik, hidup ini susah kalau kita terlalu plan sangat apa yang nak dibuat. Terutamanya plan jangka pendek. Selalunya tidak berlaku seperti apa yang kita harapkan. Kita nak buat lain, jadinya lain pula. Sebab kita hidup di dunia ini bukan seorang, orang lain juga boleh mempengaruhi tindakan dan agenda hidup kita. Harus bertindak mengikut keutamaan waktu itu. Apa yang kena buat dulu dan kadang terpaksa mengorbankan apa yang telah kita rancangkan sedari awal. Jadi kita kena bersedia untuk tidak mematuhi jalan hidup kita sendiri. Ada waktunya terpaksa 'mengikut' jalan hidup orang lain.

Semalam buat kali kedua tahun ni Julie tertinggal kunci rumah. Dua-dua kunci tertinggal. Kalau ada 3 pun harus tertinggal semua agaknya. Aku pun lepas ofis, meluru ke Klang. Entah apa yang aku fikirkan, termasuk salah jalan. Masuk ke Syeksen 15, aku ingatkan Kg Jawa (sebab nak elakkan tol). Nasib baiklah aku tahu jalan tu. Bila dah keluar ke jalan di depan JJ Bkt Raja. Aku try lalu jalan depan tu, rupanya tak ke mana. Jammed jer yang lebih. 5.30 aku keluar, pukul 7.20 baru sampai kat Kapar. Masa banyak terbuang di jalanan. Aku rasa kalau takder lagu yang best dia radio mahu mati kejung dalam kereta. Sebab itulah kot kemalangan jalan raya boleh berlaku sebab manusia semua mati kebosanan di jalan raya dan nak perhatian ( so depa langgarlah bontot kereta depan). Kereta aku tu bahagian mana yang orang tak pernah orang langgar?

Tuesday, May 02, 2006

Kasih

KEHIDUPAN

Cuti 3 hari tapi tak banyak sangat aktiviti yang aku buat. Most of the time aku bantai melepek di depan TV. Sebab macam nak demam jer tapi tak demam. Maybe tanda-tanda stress. Atau memang aku tak bertenaga time cuti-cuti macam nih.

Baca komen Tun M di akhbar tentang 'beberapa kesilapan yang di buat oleh kerajaan sekarang' walaupun dia kata hanya pandangan peribadi. Yelah, kerajaan sekarang nilah yang punya kuasa nak buat apa sahaja. Bukankah memang telah banyak kesilapan sedari dulu dan kesannya baru nampak sekarang? ( Ini pulak pandangan peribadi aku sebagai rakyat jelata).

Perasan tak? Mungkin sebab kita dah 'berumur' maka kita akan merasakan bahawa hidup di Malaysia ni semakin menekan. Segalanya perlu duit dan banyak sekali yang perlu di bayar semula kepada kerajaan. Pendek kata kita perlu kaya dan banyak duit kalau nak hidup senang di Malaysia. Walaupun semua negara di dunia ni mahukan rakyatnya kaya dan berharta supaya senanglah mereka menanggung pengurusan sesebuah kerajaan melalui cukai dan percukaian yang dikenakan. Ya, kesan paling ketara ialah pada golongan pertengahan dan rendah. Golongan miskin dan kaya boleh hidup senang. Si miskin dapat bantuan dari kerajaan dan yang kaya memang confirm hidup selesa.

Benarkah kekayaan boleh mengubah seseorang? Pada pandangan peribadi aku, ya! Tidak banyak, sikit mesti ada. Sikapnya akan terus berubah menjadi orang lain yang tidak pernah kita kenali. Mereka akan mencari kelompok mereka sendiri. Segalanya perlu menjadi aset padanya walaupun hanya dari segi persahabatan yang tidak memerlukan kos itu.

Entahlah, kaya dan hidup senang. Hidup yang berkat. Sebanyak mana pun duit yang di cari tak pernah cukup untuk mengisi segala mimpi-mimpi kita yang tertangguh!

Friday, April 28, 2006

Menanti

MENANTI

Lepas solat Jumaat biasanya kitaorang pergi minum dan lunch di gerai bersebelahan masjid di Dengkil. Tapi servis dia cukuplah teruk. Tunggu air dia pun sikit punya berjam. Ambik order orang lain dan yang hantar orang lain, berzaman air pun tak sampai-sampai. Aku ni dahlah jenis malas nak tunggu . Tak sabarlah nak tunggu 15 minit ker 20 minit hanya nak dapatkan air minuman. Kalau tunggu orang pun cam tu, pening sangat kalau kena tunggu.

Penantian memang satu penyiksaan. Sebab tak tahu nak buat apa. Rasa masa yang ada dipersiakan tanpa rela jer. Tapi kalau pergi ke restoran mamak tak pulak macam ni yer? Servis depa cepat dan tepat jer . Tak adalah depa tanya berkali-kali.

Memaglah sabar itu sebahagian daripada iman. Tapi bab menanti ni memang amat mendera jiwa ragalah. Lagilah kalau takder aktiviti nak buat dan kita terpaksa menanti. Pehhh ... terdera emosi.

Pernah dengar lagu ni di ERA tak? Sedap jugak yer? Sempoi dan menarik gaklah sesuai dengan vocal Linda.

Jika Kau Kekasih - LINDA AF2

Tidakkah terasa beban yang aku pikul
Menyiksa jiwaku kekasih
Kenapa kau tak pernah merasakan

Dan jika kau kekasih yang menyayangi aku
Harus kau mengerti hatiku
Itu hanya apa yang ku impikan

Bilakah kau akan mengerti

c/o

Kata hati merayu aku pergi
Meninggalkan dirimu
Tapi ku tak berdaya
Mengapa kasih harus ku alami
Setelah aku korban segala-galanya
Sanggup ku harungi hidup
Bersama dirimu meninggalkan
Semua yang aku cintai (oh?oh)

Jika kau kekasih senangkanlah hidupku
Jangan biar aku begini
Hidup di dalam kerungsingan kasih

Jika kau kekasih yang menyayangi aku
Harus kau mengerti hatiku
Itu hanya apa yang ku impikan

Bilakah kau akan mengerti

c/o , Bilakah kau akan mengerti , c/o

Kasih?

Thursday, April 27, 2006

Cuti


CUTI

Hari ini bercuti. Selesaikan segala hal perbankan. Boring sebab duit gaji yang diterima belum pun panas di akaun sendiri sudah berpindah ke akaun orang lain. Kerja makan gaji cam tulah. Semua orang busy dengan hal LHDN sekarang nih. Tahun ni nak cuba pula e-Filing tu, dengarnya amat mudah dan cepat. Kalau mudah bolehlah digunakan dengan jayanya nanti. We all dapat the security pin no tu, sebab HR yang uruskan. Nak harap kita sendiri pergi ke office LHDN tunggulah tahun depan.

Masa di SA dapat jugak berjumpa dengan "DIN" hehehe salah seorang pembaca blog aku. Sembang over the teh tarik session. Best gak, rasanya aku nih susah sangat nak jumpa orang. Jadual kehidupan yang padat dan darjah kemalasan nak jumpa orang juga melantun-lantun naiknya. Sebab tu kot aku nih terus 'menyigle-minglekan' diri.

Dapat sms dari my dear friend. Perkataan 'dear' masih relevan ker? Hahaha ... biaslah kes bila memikirkan satu perkara yang sudah terlepas dari genggaman. Harapan nak memandang balik memanglah payah.

Hujan selebat2nya di luar. tiba-tiba terkenang org jauh yg tak mencecah dihati.. apa n dimana silapnya agaknya?
26-Apr-2006 15:21:30

Bila kita terlalu memikirkan masa lalu, kita jadi statik dan takut dengan masa depan yang terbentang. Takut untuk merasai kembali keadaan-keadaan yang telah lama menghilang. Sukar sebenarnya untuk membina sebuah jambatan baru untuk ke seberang sana.

Hari esok adalah milik mereka-mereka yang berani!

Monday, April 24, 2006

Terus

TERUS MELANGKAH ...

Minggu ini 2 kali balik kg, malam Khamis dan Sabtu pagi. Orkid Cymbidium yang aku dapat dari Kak Widuri tu sudah selamat di tanam. Dapat 4 pasu. Masa aku balik ke CJ, lalu jalan ke Banting ternampak cymbidium di beberapa pokok kelapa di sepanjang jalan. Tapi di kebun oranglah pulak, kalau tak bertuan harus aku kebas jugak hahaha ...

Well banyak pulak perkara baik berlaku sejak akhir-akhir ini ( Alhamdulillah), permohonan housing loan subsidy aku sudah diluluskan, call JPA dan mintak pengurangan bayaran balik pinjaman pun ada nada positif. Dapat diskaun 75% dan mereka kena bayar baki yang terlebih bayar kepada aku semula.

Dr Huey email aku tadi dan beritahu Si Lisa dan beranak, 4 ekor anaknya.Warna chocalate male yang aku nak itu pun ada. So nanti ada harapanlah aku membela seekor kucing Burmese. But 3 bulan dari sekaranglah.

Projek penulisan aku walaupun agak slow tapi setiap hari ada benda baru yang aku tulis. Walaupun ceritanya tidaklah sedih ( macam baca buku ilmiahlah pulak bila 2-3 kali baca balik). Hahaha ... aku terpaksa 'bunuh' watak-watak yang aku benci di dunia nyata dalam kisah aku itu. Pehhh ... kalau bunuh di alam nyata mestilah kena gantung sampai mati. Bila kita menulis kita 'tentukan' takdir mereka pulak hahaha...

PERSOALAN

Kucari wajah bulan
yang retak di sudut gelap
tajamnya tetap membelah luka
yang terbit bukan darah
daripada kepedihan tikaman
namun tetap menghiris rasa.

Kerana sesekali dalam hidup ini
ada kesakitan yang tidak kelihatan.

Azah Az-Zahra
Bandar Tasik Selatan
23 April 2006 ( Ahad, Berita Minggu) p: 8.

Lama menanti sajak sebegini. Teringat sajak "Menggenggam Darah" yang seakan sama maksudnya dengan sajak ini.

Esok aku pergi berseminar di SA selama dua hari. Jumpa kengkawan yang dah lama tak jumpa.

Friday, April 21, 2006

Tekanan

TEKANAN

Hidup memang hadir dengan pakej yang lengkap antara suka duka dan gembira lara. Bila kita diuji, ujian akan datang bertimpa-timpa dan berturutan. Macam selonggok jatuh di atas riba. Bukan satu hari ini dan 2-3 tahun kemudian satu lagi. Bukan begitu. Biasanya ianya bagai satu rantaian yang panjang.

Bila kita ketawa dan bersuka ria, kadang kita terlupa akan ada waktunya kita menangis pula. Kegagalan dan kesusahan orang lain sebenarnya ‘pesanan-pesanan’ sulit yang diberi pada kita untuk berhati-hati dan berwaspada di lain masa. Supaya kita mengambil ikhtibar. Namun kita kadang terlalu ‘sibuk’ memikirkan keburukkan / musibah orang lain sehinggalah sesuatu itu berlaku pada diri kita pula.

Kekecewaan dan kegagalan adalah ujian dari-Nya agar kita berani membuat keputusan dan bertindak. Jika di lain masa ujian itu lebih besar kita sudah bersedia dengan kaedah yang lain pula untuk mengatasinya. Ujian Allah sebenarnya adalah tanda kasih saying-Nya supaya kita tidak lupa diri di dunia yang sementara ini.


Tekanan perasaan membinasa diri
Oleh Halina Mohd Noor (BH 21 April 2006)

KURANG bijak menangani tekanan perasaan dikenal pasti sebagai punca hampir 60 peratus kemalangan jalan raya di negara ini. Malah 30 peratus pertengkaran yang berlaku antara pasangan suami isteri juga disebabkan oleh tekanan perasaan walaupun hakikatnya tiada konflik berlaku dalam perkahwinan mereka.

Tekanan perasaan mendorong fikiran yang kurang rasional menyebabkan individu gagal membuat keputusan betul dan bertindak tanpa pertimbangan. Maka tidak hairanlah apabila sering kali anda bertembung dengan pemandu yang tiba-tiba menjadi ganas di jalan raya semata-mata kerana anda memotong keretanya atau suami isteri yang asyik bergaduh walaupun disebabkan perkara terlalu remeh.

Sekiranya dibiarkan, tekanan perasan boleh memberikan kesan fizikal seperti lemah pertahanan badan, mudah jatuh sakit, sakit otot, sakit kepala, sakit pinggang dan corak tidur yang tidak tetap. Mereka yang sudah biasa dengan tekanan biasanya tidak sedar ‘masalah’ yang dihadapinya sehinggalah tekanan sudah berada pada peringkat teruk.

Pakar Psikologi yang juga Pengarah Pusat Psikologi Kolej Universiti HELP, Dr Goh Chee Leong, berkata tekanan sewajarnya tidak dibiarkan sebaliknya diatasi segera bagi mengelakkan timbul implikasi yang boleh memudaratkan seseorang itu.

Kebanyakan orang memilih memendam dan menyembunyikan tekanan perasaan yang dihadapi. Inilah yang menyebabkan orang lelaki lebih tertekan berbanding wanita kerana mereka tidak meluahkan apa yang dirasai seperti mana wanita.

Ibarat gunung berapi, apabila dipendam terlalu lama, ia akan meletup pada satu masa. Jangan malu untuk meluahkan perasaan kerana tekanan perasaan sebenarnya perkara biasa dan bukannya tanda anda lemah,” katanya ketika menyampaikan ceramah berjudul, ‘Pengurusan Tekanan’ pada Seminar Untukmu Wanita: Sihat dan Bahagia, anjuran TV3 di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Bagaimanapun, Dr Goh menasihatkan beberapa cara sesuai untuk meluahkan perasaan tanpa perlu menyakitkan hati orang lain. Langkah pertama yang harus dilakukan ialah dengan mengenal pasti punca tekanan.

Sebelum tidur, tulis pada diari mengenai masalah yang anda hadapi dan apakah langkah yang akan anda ambil untuk mengatasinya. Kita tidak boleh ubah apa yang sudah berlaku tetapi kita boleh mengubah apa yang bakal berlaku di masa depan.

Sekiranya kita tertekan kerana sikap orang lain, kita harus ingat bahawa kita tidak boleh mengubah sikap orang lain terhadap kita. Apa yang penting, anda perlu berani berdepan dengan masalah dan atasi dengan bijak. Jangan tangguhkan masalah sehingga akhirnya bertimbun dan terpendam di lubuk hati,” katanya.

Bagi meringankan tekanan perasaan, babitkan diri dengan aktiviti sosial seperti meluangkan masa bersama rakan atau melakukan aktiviti kreatif seperti memasak, mempelajari kemahiran baru seperti menjahit, belajar komputer, membaca buku atau mendengar muzik. Dekatkan diri kepada agama dengan banyak berdoa, membaca al-Quran dan berzikir.

Menjaga kesihatan diri adalah aspek paling penting mengawal tekanan perasaan. Banyakkan berehat dengan tidur yang cukup dan amalkan makanan seimbang. Kurangkan minuman mengandungi kafein seperti kopi atau teh dan amalkan diet sederhana.

Definisi Tekanan:
• Kerisauan apabila menghadapi masalah, cabaran atau perubahan.

Gejala tekanan:
• Kecewa
• Hilang sabar
• Risau

Cara mengatasi apabila ada tanda awal tekanan
• Berhenti daripada bercakap atau berfikir kerana pada masa ini anda tidak boleh membuat keputusan rasional.
• Ambil masa tenangkan diri dengan mengira satu hingga 10.
• Tarik nafas 15 hingga 20 minit.
• Tegangkan otot dan genggam tapak tangan kemudian lepaskan perlahan-lahan sambil menghembus nafas.

Thursday, April 20, 2006

Ikan

BALIK KAMPONG

Semalam selepas maghrib hantar Yana balik kg. Sebab bila baca mesej dia tulis... "Aku sakitlah hantar balik kg cepat ...". Sampai-sampai aku tengok dia sihat jer . Cuma bila tidur petang tu dia cam kena 'tindih' benda yang sentiasa bebudak hostel dapat ( I believe sebab pemakanan + pernafasan kan?).

Sampai CC pukul 11.00. Mak aku masak nasi banyak malam tu macam ramai yang nak makan. Padahal hanya aku yang nak makan. Hehehe ... ada ikan darat pulak tuuh ... Pehh. Best. Malam tadi sedang asyik dibuai mimpi. Bapak pulak kejut dalam pukul 4.00 pagi, kena tolong dia angkat jaring ikan. Semua orang mengeringkan air di sawah, jadi ikan-ikan akan terlepas kalau tak di pasang jaring di saluran keluar air. Senang jer ikan tu semua masuk dalam jaring tuhh. Banyak sekali. Tapi aku takut ikan keli. Sengat dia lebih berbisa dari biasa. Dalam banyak-banyak tuu ada benda panjang ... alamak ular ler peh aku terus meremang. Laju jer dia keluar. Maklumlah mamai lagi time tuu. Bila suluh betul-betul rupanya si belut . Memang sebijik cam ular lah. Naper yer ada orang yang suka makan belut? Kalau depa nampak camner rupa dia sebelum di masak mesti fikir 2 kali nak telan.

So tadi pukul 5.30 dah bersiap nak ke ofis dan sampai di CJ pukul 8.10 pagi. Ngantuk tapi bestlah.

Wednesday, April 19, 2006

Wild Orchid


WILD ORCHID

Semalam ke Presint 2 ambil bahan yang dikirimkan oleh Pn Widuri melalui suaminya ( terima kasih daun keladi, harap suami ok yer! Suami dia memang mesra alam). Buku RM ke 9. Dapat juga menjejakkan kaki ke jabatan kerajaan. Apa yang buat saya terpegun ialah dekorasi ofis mereka. Macam dalam istana beb! Kalaulah aku dapat ofis macam tu pasti semangat nak bekerja melantun-lantun ke siling. Persekitaran indah, nyaman dan menyegarkan pasti idea nak menulis pun lancar. Taklah serabut cam ofis aku nih. Sempit dan padat. Kadang nak berjalan pun terpaksa tunggu giliran hehehe ...

Selain buku tu dapat juga orkid liar macam dalam pic di atas tu. Species Cymbidium Dayanun, antara orkid liar yang banyak terdapat di hutan dan kg-kg. Senang nak tanam . Mungkin tahun nih hobi aku ialah kumpul orkid hutan. Ada user group untuk peminat orkid hutan nih. Aku pun dah join dalam group tu. Zaman globalisasi nih memang senang nak dapatkan maklumat dan contact.

Semalam nasib baik tak cakap kat hubby kak Widuri. "Kirim salam kat kak Widuri yer" mesti dia tercenggang kalau dia tahu aku cakap cenggitu. Widuri tu nickname kat YM jer so nama sebenar aku tak ingat.




Tuesday, April 18, 2006

Langkah

SIBUK

Semalam bercuti. Hari ini rasa nak demam pulak. Kerja banyak bila masuk bulan 4. Ohh!! aku tak pergi ke PWTC Sabtu lepas. Terlepas peluang nak dengar Si Anuar Zain nyanyi lagu 'Mungkin' secara life. Staff aku yang wakilkan aku. Depa siap naik pentas bergambar dengan AZ, nak kasi panas hati aku jer. Tapi tak kisahlah aku suka lagu yang tu jer, bukan orangnnya :).

Orang kata kalau kita diuji Allah, akan diturunkan ujian secara berturutan dan tak henti-henti. Aku merasakan yang ujian dari-Nya ini datang berturutan. Mematangkan kita supaya lebih bersedia dia masa hadapan untuk ujian yang lebih besar pula.

Aku nak demam. Tapi insyaallah aku akan ke ofis lagi esok. Kerja banyak maaa ... minggu depan 2 hari akan berseminar di SA.

LANGKAH BERUNDUR

Buruh-buruh Nepal memanjat gunung
menjunjung guni daun teh yang basah
dipungut sejak subuh-subuh
aku tak terdaya menjunjung kasih
malah langkahku terasa berundur
sedang alam sudah lama bangun dari tidur.

Mohamad Kholid Hamzah
Bharat Tea Plantation, Tanah Rata.

Thursday, April 13, 2006

PC Baru

PC BARU

Wah hari ini bergaya dengan PC baru ... jenama biasa (NEC) tapi power gak ler storage dia . Boleh ler buat kerja dengan pantas tidak terkemut-kemut sangat. Ini kali ke 4 sepanjang 7 tahun aku berkerja, PC di tukar. Best gak yerr?

Well, sebenarnya tengah berdebar tunggu esok. Kena buat Public Speaking. Setelah study 10 topik yang dipilih tu. Aku decide nak buat topik yg last jer ... menjerit 5 minit dan tambah dengan 'Why Should I Care what People Think", selama 5 minit lagi. Menjerit 5 minit? Macam lama kan? Tapi aku nak buat intro barang seminit dua dan menjerit jelah lepas tu.

10 topik yang akan diundi tuu banyak topik yang aku tak suka. Nota dia banyaklah tapi bila kita 'blank' kang satu ayat tak keluar. Kalau BM tu boleh ler bantai suka hati jer kan. Hahaha ...

My friend pun pilih topik menjerit nih. Suara dia pun dah serak tak keluar tuuh... praktis menjerit kat bilik air kot? Dia kata kita kena accept apa juga yang berlaku nanti, walaupun kita nak semua tuuh perfect tapi kena juga bersedia jika berlaku perkara-perkara yang tidak dirancang. Hidup memang begitulah, package dia di sini sudah macam tu ikut jerlah aliran dan kehendak mereka, selagi mereka nak begitu.

Sabtu ni pula ada jemputan ke TM Group Awards 2005, kehadiran wajib. Aku dah janji nak balik kg dgn Yana pulak tuu. Kena balik pagi Ahadlah nampaknya. Isnin aku mintak cuti. Hantar Yana balik pagi Isnin tu.

Banyak perkara berlaku sejak 2 menjak nih. Tension, penat dan projek banyak kena buat.

Tuesday, April 11, 2006

Berhijrah

BERHIJRAH

Hari ini cuti Maulidul Rasul. Aku sudah ada di ofis sejak pukul 8.00 pagi setelah meneguk secawan teh dan roti di Restoran Hassan, Street Mall. Semenjak dua menjak ini aku memang bersemangat nak buat kerja. Ada kuasa ajaib buatkan aku terbangun awal. Seperti ingin melarikan diri dari kebosanan. Namun sesuatu yang bosan barangkali cukup memberi kepuasan. Lari dan melarikan adalah satu benda yang hampir-hampir sama tetapi berlainan.

Meeting semalam sungguh memberangsangkan, walaupun dijangka hanya 10 wakil univ. yang datang, namun hampir semua hadir. Ada yang tak dapat cenderamata yang aku sediakan, sebabnya ingatkan tak ramai yang datang sebab sambung cuti. Hidup ini penuh dengan perkara diluar jangkaan bukan?

Rakan di ofis berbincang tentang topik nak berhijrah. Mencari kerja yang lebih tenang tetapi tetap memberi imbuhan yang lumayan. Masing-masing ingin lari daripada 'segala kejutan' tsunami tugasan yang menghempap emosi ini. Kadang tidak boleh tidur malam dibuatnya dan semua mereka sudah berumahtangga. Corak kerja masa bujang dan bila sudah berkahwin pastinya perlukan 'tune' yang betul.

Masing-masing mahu pergi dalam keadaan bila nama masih di puncak. Saat nama amat memuncak di mata khalayak profesion. Saat tenaga amat didambakan organisasi dan menjadi pertaruhan boss untuk menyudahkan projek yang berlambak macam ikan kering dijemuran.

Ada yang terasa hati bila boss sendiri menyatakan "Tak mintak kerja ker di situ sini"... bukan sekali kawan aku tu di 'hint'. Jadi dia tahulah time tu dah nak sampai. Macam boss dah tak perlukan dia. Kalau aku pun kena macam tu harus aku terasa hati.

Tapi aku amat pasti dalam hidup ini, semua orang akan hanya memikirkan kepentingan dan kesenangan serta keselesaan masing-masing. Akhirnya kita sendiri yang menentukan kebahagiaan dan arah tuju hidup kita sendiri. Bukan boss dan rakan sejawatan. Mereka walau bagaimana tinggi pun pengharapannya terhadap kita, tetaplah lepas tangan dan hanya menurut arahan pihak atasan. Jadi keputusan untuk berhijrah amat bergantung kepada apa yang kita inginkan dalam hidup ini. Yang akhirnya memberi kebahagiaan yang diinginkan dan kepuasan.

Aku sendiri tidak menyalahkan mereka yang seolah-olah 'mementingkan' kebahagiaan sendiri-sendiri. Inilah kehidupan yang sebenarnya. Kebahagiaan diri sendiri sememangnya menjadi pertaruhan utama dalam hidup.

Seperti dia, mereka yang memilih untuk pergi dan meninggalkan. Membiarkan pengharapan orang lain mereput dan kusam. Sekusam batu-batu di laman.

Monday, April 10, 2006

Meeting

DEALOVA


Pagi Isnin yang sibuk. Bangun awal dan termimpi-mimpi apa yang aku nak buat hari ini. Ada meeting yang besar melibatkan 22 IPTA/IPTS yang akan aku kendalikan. ppt dah sedia, tapi nanti aku touch-up sikit lagi mana yang perlu.

Masa terperangkap dalam kesesakan lalulintas di Klang petang Jumaat minggu lepas aku terdengar lagu ini di radio. Pehh! Sedap sungguh lirik lagu dia. Aku pasang kuat-kuat, sekuat hati aku yang ingin menjerit.

Selepas segalannya berakhir nih, harus aku mohon cuti panjang. Letih dan tension.

Dealova
Artist:
Once

Aku ingin menjadi mimpi indah
Dalam tidurmu
Aku ingin menjadi sesuatu
Yang mungkin bisa kau rindu

Karena langkah merapuh
Tanpa dirimu
Oh... Karena hati tlah letih

Aku ingin menjadi sesuatu
Yang slalu bisa kau sentuh
Aku ingin kau tahu bahwa aku
Selalu memujamu

Tanpamu sepinya waktu
Merantai hati
Oh... Bayangmu seakan-akan

Kau seperti nyanyian dalam hatiku yang
Memanggil rinduku padamu
Seperti udara yang kuhela kau selalu
ada

Oh...

Hanya dirimu
Yang bisa membuatku tenang
Tanpa dirimu
Aku merasa hilang... dan sepi
Dan sepi...

Kau seperti nyanyian dalam hatiku yang
Memanggil rinduku padamu
Seperti udara yang kuhela kau selalu ada

Kau seperti nyanyian dalam hatiku yang
Memanggil rinduku padamu
Seperti udara yang kuhela kau selalu ada

Selalu ada...
Kau selalu ada...
Selalu ada...
Kau selalu ada...

Sya... na na na...

p/s : Buat dia yang menghilang dan menjauh ...

Thursday, April 06, 2006

Ginjal

SAYANGI GINJAL

Aku tak pernah lagi buat pemeriksaan menyeluruh tahap kesihatan dan kali terakhir ialah 7 tahun lepas ketika aku mula bekerja di sini. Aku jarang ambil MC dan ada tahun-tahunnya aku tak pernah pun ke Klinik. Cuma awal tahun nih aku demam yang agak teruk selama 2 minggu. Tapi masih boleh bekerja. Demam datang sebelah malam sahaja dan bila siang dah kembali kebah. Bila baca tentang ginjal ni , seram juga dan ada baiknya kita semua membuat pemeriksaan kesihatan secara menyeluruh sekurang-kurangnya setahun sekali. Kali terakhir darah aku diperiksa ialah 3 tahun lepas, OK jer keputusan dia tapi tak tahu itu pemeriksaan untuk apa pun tak ingat.


“SIKAP tidak mengambil tahu dan kurang kesedaran mengenai penyakit buah pinggang adalah antara punca meningkatnya bilangan penghidap penyakit senyap ini setiap tahun. Dangkal pengetahuan juga menyebabkan penyakit ini tidak dapat dikesan awal dan hanya terpaksa dirawat selepas pesakit berada pada tahap teruk dan tidak dapat diselamatkan.

Ketua Jabatan Nefrologi, Hospital Kuala Lumpur (HKL), Datuk Dr Zaki Morad Mohd Zaher menegaskan masyarakat perlu diberikan pendedahan mengenai penyakit buah pinggang bagi mencegah penyakit berkenaan terus meningkat. Beliau yang ditemui pada sambutan Hari Ginjal Sedunia di HKL meluahkan rasa bimbang dengan peningkatan pesakit buah pinggang di negara ini. “Kesedaran adalah satu cara untuk mencegah seseorang individu daripada penyakit buah pinggang. Buat masa ini kesedaran amat rendah sehingga pesakit hanya datang selepas keadaan mereka sudah kronik. Sekiranya ia dapat dikesan awal, penyakit buah pinggang boleh dirawat disamping dapat mengurangkan kesan atau komplikasi lebih teruk,” katanya.

Katanya sehingga hari ini terdapat 12,000 pesakit buah pinggang yang memerlukan rawatan manakala 1,500 pesakit sudah menjalani pemindahan buah pinggang. Di Malaysia, kira-kira 2,400 kes baru kegagalan buah pinggang dikesan setiap tahun dan menjelang 2008, pesakit buah pinggang di negara ini dijangka berjumlah 20,000 orang. “Hari ini penyakit buah pinggang boleh dikatakan penyakit paling kerap dialami. Jika sepuluh tahun lalu ia hanya sekitar 6% daripada populasi penduduk tetapi hari ini ia sudah meningkat menjadi 10 hingga 12%. Sekitar 1980 an, pesakit hanya 43 orang tetapi hari ini sudah mencecah 12,000 orang. Sebahagian puncanya adalah akibat gaya hidup mewah yang diamalkan seperti gaya pemakanan dan penyakit lain seperti kencing manis,” katanya.


“Satu cara untuk menyembuhkan penyakit ini ialah dengan menjalani pemindahan buah pinggang tetapi pesakit perlu menunggu lama sebelum mendapatkan penderma sesuai yang mahu mendermakan buah pinggang mereka. Justeru kita amat memerlukan lebih ramai penderma bagi mengatasi masalah ini,” katanya.Sementara itu Ketua Penyelaras Transplan Pusat Sumber Transplan Nasional (PSTN), Dr Lela Yasmin Mansor berkata, walaupun jumlah pengikrar (mereka yang mendaftar untuk menderma) di kalangan orang Melayu semakin bertambah tetapi ia masih jauh berbeza dengan kaum lain.“Kira-kira 10% daripada keseluruhan pengikrar berjumlah 93,394 adalah Melayu. Daripada 163 penderma organ kadaverik (telah meninggal dunia) sejak 1976 , tujuh daripadanya adalah orang Melayu.

Jumlah ini sudah meningkat berbanding beberapa tahun kebelakangan ini tetapi ia masih belum cukup baik. Jika dibandingkan dengan kaum lain, penderma Melayu masih jauh lebih rendah,” katanya. Menurutnya lagi stigma dan salah faham mengenai pendermaan organ dari sudut agama menyebabkan orang Melayu belum cukup yakin untuk menderma. Justeru, kempen pendermaan organ kini memfokuskan kepada orang Islam agar mereka faham benar-benar faham mengenainya. Selebihnya bergantung kepada pilihan mereka sendiri kerana pendermaan organ berbentuk sukarela dan ikhlas.

Bekas pesakit buah pinggang, Mohd Tarmizi Mohd Aris,31, menasihatkan orang ramai agar mengambil berat dan menjaga kesihatan buah pinggang masing-masing. Tarmizi yang menderita penyakit berkenaan sejak berusia setahun, berkata penyakit buah pinggang menyebabkan penghidapnya tidak dapat menjalani hidup dengan sempurna.“Kalau boleh buatlah pemeriksaan kesihatan sekurang-kurangnya setahun sekali. Paling penting, pastikan anda mengawal makanan. Jangan makan terlalu banyak garam atau protein kerana ia kurang baik untuk buah pinggang,” katanya.

Tarmizi yang bekerja sebagai wakil insuran terpaksa menunggu selama lebih 20 tahun untuk menerima buah pinggang daripada penderma. Tarmizi menjalani pemindahan buah pinggang di sebelah kiri buat pertama kali pada 1988 yang didermakan oleh neneknya manakala buah pinggang kanan diterima daripada seorang penderma kadaverik pada tahun 2000. “Saya mengalami kesukaran hidup sebelum menjalani pemindahan buah pinggang. Tidak banyak aktiviti boleh dilakukan kerana saya cepat letih dan kerap ke hospital untuk menjalani rawatan dialisis. Akibat makan ubat, kaki dan muka jadi bengkak. Sebelum ini wajah saya sering kelihatan pucat, bengkak dan kerap muntah-muntah. Selepas menjalani pemindahan buah pinggang, saya dapat menjalani hidup seperti orang lain walaupun tidak boleh terlalu penat. Saya bersyukur kerana ada penderma yang sudi mendermakan buah pinggang mereka dan memberi saya peluang membina hidup baru,” katanya.

Tanda dan gejala masalah kegagalan buah pinggang:
· Ketidakselesaan atau rasa membakar ketika membuang air kecil.
· Darah keluar bersama-sama air kencing.
· Perubahan kekerapan membuang air kecil.
· Sakit belakang (bahagian lion).
· Membuang air kecil dengan kerap pada waktu tengah malam.
· Bengkak pada pergelangan kaki.
· Sembap di keliling mata yang berlarutan terutama pada sebelah pagi.Pencegahan
· Jalani pemeriksaan ginjal.

Amalan menjaga kesihatan buah pinggang.
· Amalkan pemakanan yang seimbang.
· Minum sekurang-kurangnya dua liter air sehari.
· Jangan merokok atau hentikan tabiat merokok.
· Makan ubat selepas mendapatkan nasihatkan doktor (elakkan ubat yangtidak perlu).
· Kekalkan berat badan supaya indeks jisim tubuh berada pada aras yangsihat.
· Bersenam setiap hari selama 30 minit.


( SUMBER : BH 6 April 2006)

Wednesday, April 05, 2006

Bercumbu

MESRA BIARLAH BERPADA

"Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim, yang bersidang bersama Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Alauddin Mohamad Sheriff dan Datuk Richard Malanjum, sebulat suara memutuskan Datuk Bandar Kuala Lumpur (DBKL) adalah betul untuk mendakwa seorang guru sandaran dan teman wanitanya kerana bercumbu di Taman City Centre Kuala Lumpur (KLCC).Malah, panel tiga hakim itu mempersoalkan kewajaran sepasang kekasih menunjukkan kasih sayang dengan berpeluk dan bercumbu di khalayak ramai.

“Adakah bermoral dalam masyarakat kita sebagai masyarakat Asia, bercumbu dan berpelukan di tempat awam? Kita perlu ingat bahawa peraturan itu bukan dibuat di negara seperti Amerika Syarikat atau United Kingdom di mana perbuatan seperti itu diterima masyarakat.“Bagaimana pula dengan hak orang sekeliling yang melihat perbuatan mereka,” kata Ahmad Fairuz.Berikutan itu, mahkamah menolak permohonan Ooi Kean Thong, 23, dan Siow Ai Wei, 21, untuk pengisytiharan bahawa tuduhan terhadap mereka melanggar peruntukan Perlembagaan Persekutuan kerana menghalang hak asasi mereka.

Panel itu memutuskan Seksyen 8(1) Undang-Undang Kecil Taman (Wilayah Persekutuan) 1981(UKT) tidak ultra vires (bercanggah) Perkara 5(1) Perlembagaan Persekutuan, berhubung kebebasan hak asasi.

Apa yang aku geli ialah hujah balas peguambela tu, sebijik macam apa yang pernah student kat sini perjuangkan tentang kebebasan hak asasi. Tahulah dapat degree kat UK tapi biarlah berpada-pada.

Terdahulu, dalam hujahnya, peguam S Selvan berkata, Datuk Bandar gagal mengambil kira Malaysia adalah negara majmuk, manakala berpeluk dan bercumbu hanya satu cara untuk pasangan kekasih menunjukkan kasih sayang mereka.

Ini bukan London babe, kalau pun nak 'mesra' tengoklah kiri kanan bukan di kawasan tumpuan ramai. Sikit-sikit isu masyarakat majmuk yang dipersoalkan. Bukan kah kita semua sudah 'menerima' dengan seadanya. Kalau naik kenderaan awam contohnya, ada bau minyak apa tu yang menusuk pun kita diam jer sebab memikirkan masyarakat majmuk.

“Kesan daripada undang-undang itu menyebabkan kesusahan pada anak guam saya, selain menyekat hak asasi mereka. Beliau (Datuk Bandar) tiada kuasa untuk membuat undang-undang sedemikian dan tiada kuasa untuk menentukan tahap moral yang perlu diikuti masyarakat.“

Jika beliau boleh membuat peraturan seperti itu, bererti kuasanya tiada had. Kita perlu menyekat kuasanya untuk menggubal peraturan sedemikian, jika tidak, kuasanya seolah-olah tiada had.

Peguam ni cakap macamlah dia takder anak perempuan. :)

Best juga kalau mengikuti kisah dari kamar perundangan negara.

Tuesday, April 04, 2006

Kopi

KOPI MASIN YANG MANIS

Dia bertemu dengan gadis itu di sebuah pesta, gadis yang menakjubkan. Banyak jejaka berusaha mendekatinya. Sedangkan dia sendiri hanya seorang lelaki biasa. Apabila pesta telah selesai, dia mengundang gadis itu untuk minum kopi bersamanya.

Walaupun terkejut dengan undangan yang mendadak, si gadis tidak mahu mengecewakannya. Si lelaki begitu gugup untuk mengatakan sesuatu, sedangkan si gadis berasa sangat tidak selesa.

Tiba-tiba si lelaki memanggil seorang pelayan. “Tolong ambilkan saya garam. Saya ingin masukkan ke dalam kopi saya.” Semua orang memandang keanehan. Mukanya mendadak menjadi merah tetapi dia tetap mengambil dan membubuhkan garam ke dalam kopi serta meminum kopinya.

Si gadis bertanya dengan penuh rasa ingin tahu kepadanya: “Kebiasaanmu sangat aneh.” Jawab pemuda:”Saat aku masih kecil, aku tinggal berhampiran laut. Aku sangat suka bermain-main di laut di mana aku dapat merasakan laut. Masin dan pahit. Sama seperti rasa kopi ini. Sekarang , setiap kalai aku minum kopi masin , aku sangat merindukan kedua-dua orang tuaku yang masih tinggal di sana,” jawabnya sambil air mata bergenang di kelopak matanya.

Gadis berasa begitu terharu. Dia pasti mempunyai rasa tanggungjawab akan tempat tinggal orang tuanya. Kemudian si gadis memulakan perbualan, mulai bercerita tentang tempat tinggalnya yang jauh, masa kecilnya, keluarganya … Itu merupakan permulaan yang indah dari kisah cinta mereka. Mereka terus menjalinkan hubungan. Kesimpulannya, dia adalah lelaki budiman yang hampir sahaja dia terlepas pandang begitu sahaja.

Pemuda dan gadis itu akhirnya mendirikan rumah tangga. Setiap kali dia membuatkan suaminya secangkir kopi, di amembubuhkan sedikit garam di dalamnya kerana dia tahu itulah kesukaan suaminya. Setelah 40 tahun berlalu, suaminya itu meninggal dunia. Dia turut meninggalkan sepucuk surat untuk isterinya.

Begini bunyinya : “Sayangku, maafkan pembohonganku selama ini, satu-satunya kebohonganku padamu – tentang kopi masin. Kamu ingtkan saat kita pertama kali berkenalan? Aku sangat gugup waktu itu . Sebenarnya aku menginginkan sedikit gula. Tapi aku telah mengatakan garam. Waktu itu aku ingin membatalkannya, tetapi aku tidak sanggup. Aku tidak pernah menyangka hal itu akan menjadi awal perbualan kita.

“Aku telah beberapa kali cuba mengatakan hal sebenarnya kepadamu tetapi aku begitu takut untuk melakukannya kerana aku telah berjanji untuk tidak menyembunyikan apa pun darimu. Sekarang, saat kau membaca surat ini , aku telah tiada. Tidak ada lagi yang perlu aku bimbangkan. Bahawa sebenarnya aku tidak pernah menyukai kopi yang masin.

“ Namun sayangku, sejak aku mengenalimu, aku selalu minum kopi yang rasanya masin sepanjang hidupku. Aku tidak pernah menyesal atas semua yang telah aku lakukan padamu. Dapat berada di sampingmu adalah kebahagian terbesar dalam hidupku. Jika aku punya kesempatan untuk menjalani hidup buat kali kedua, aku tetap akan berusaha mengenalimu dan menjadikanmu isteriku walaupun aku harus minum kopi masin sekali lagi.”

Sambil membaca, air matanya bercucuran deras membsahi surat itu. Pada suatu hari , seseorang telah bertanya kepadanya, “Bagaimana rasa kopi masin?”. Si isteri pasti menjawab, “Rasanya begitu manis sekali”

Moralnya: Kadang-kadang, anda merasakan anda mengenali seseorang lebih baik daripada orang lain, tetapi hanya untuk menyedari bahawa pendapat anda tentang seseorang itu bukan seperti yang anda gambarkan. Sama seperti kejadian kopi masin tadi.

( sumber : Mingguan Malaysia, Ahad 2 April 2006 p:29)

Teringat pula aku kisah seorang kawan yang telah berkeluarga. Dia nih amat menggemari ulam petai. Tetapi si isteri cukup anti dengan tabiat makan suaminya ini. Maka petai telah di haramkan di bawa masuk ke dalam rumah mereka. No petai at all. Si isteri tak mahu buat sambal petai atau segala masakan yang berasaskan petai kegemaran si suami. Si isteri tak tahan dengan bau busuk petai atau dia tidak mahu mengakui yang suaminya hanyalah orang kampong yang dibesarkan bersama alam dan ulaman yang menjadi makanan ‘rugi’nya. Petai memberi perlambangan kolot, kekampungan dan kotor bagi si isteri.

So bila berpeluang ‘out-station’ dan bila berpeluang balik kampongnya sendiri. Si suami macam balas dendam dan suruh ibunya masakkan segala makanan kegemarannya. Bila nampak petai selera suaminya bertambah. Si isteri tak boleh cakap banyak bila di rumah ibu mertuanya ( kena tunjuk menantu yang baik).

Dua tahun lepas mereka bercerai, tak tahulah apa sebabnya. Mungkin krisis perkahwinan tahun ke 7 atau disebabkan petai aku tak tahulah. No Comment. Tapi apa yang pasti banyak perkara kita kena bertolak ansur bila hidup bersama. Suami kena memahami kehendak isterinya dan begitulah sebaliknya. Apa yang paling penting adalah persefahaman. “Jujur” macam lagu Radja tuu. If you don’t love me because of petai its ok then, tapi janganlah sampai meyiksa diri sendiri seperti kisah kopi masin di atas tu!

Aku pun suka makan petai.!

Monday, April 03, 2006

TIBA-TIBA

TIBA-TIBA

Tiba-tiba, tak ada perkara lagi yang hendak di tulis di sini. Tiba-tiba, segalanya seperti sudah terlalu biasa untuk dikhabarkan.

Kesibukan akan semakin mengasak, lelah aku di sini.Tiba-tiba, suasana baru hadir dalam hidup dan aku harus perlahan-lahan menelannya.

Hujung minggu hantar keluarga ke majlis kahwin dan berkhatan saudara mara. "Rewang" sekejap dan balik dalam keletihan yang amat sangat.

6.57 pagi tadi, sudah 'tersampai' awal di ofis. Sekarang ni 5.30 pagi sudah celik mata dan tak sabar-sabar ke ofis.

Daun-Daun Kering

Daun-daun kering
berguguran
segugus gerimis
membasahi
takkan hijau ia kembali.

Wan Zahari Wan Ali
SMK Saujana
Setau Trengganu
Berita Minggu, Ahad 2 April 2006