Wednesday, November 01, 2006

Biasa

SEINDAH BIASA

Hari ini sudah memulakan tugas semula. Semalam dapatlah berjumpa 2 orang sahabat dari UUM itu. Tak sempat nak komen pun manuskrip I tu. Sembang hal lain. Dapat idea baru untuk projek penulisan yang baru. Aduh ... yang satu pun belum final sudah dapat idea baru untuk di tulis. Rasa dia memang tidak boleh di tahan-tahan.

Mungkin inilah dilemma yang harus kita hadapi. Tapi kita perlu fokus pada satu-satu tugasan dulu. Makanan di food court di Alamanda tu tidak best langsung. Tenpanyaki dia tak sesedap di Mid Valley. Rasa daging dia tak freshlah . Rasa nak komplen saja.

Dari semalam tunggu lagi "Perpisahan" Anuar Zain di TV9 tapi tak muncul-muncul lah pulak. Geram betul.

Tuesday, October 31, 2006

Kembali

KEMBALI

Sudah 2 hari berada di CJ. Sibuk mengemaskinikan manuskrip. Setiap kali disemak masih ada kesalahan ejaan, pening. Tengah hari ini ada perjumpaan dengan Mok Cik Sue and friend di Alamanda. Untuk membincangkan kewajaran plot dan suntikan emosi. Ya lah aku kena mendapatkan pandangan perempuan yang tiada kepentingan/pengkritik bebas. Sebab Sue akan cakap secara jujur jika babak itu tidak sesuai dan meleret. Aku ni pulak jenis yang straight forward sahaja.

Raya di kampung agak hambar sebab masing-masing balik ke rumah mertua. Beli mercun dan bunga api pun rasa tak best sebab anak buah tiada. Kalau tidak pasti mereka akan menjerit keriangan dan selebihnya rasa takut lantas menyorok di celah ketiak ibu masing-masing. Hari raya memang hari untuk kanak-kanak.

Cabaran ... bila mbah asyik memadankan cucu-cucunya untuk aku pilih. Gila! Depa tu baru habis SPM. Masih terlalu mentah sepatutnya masih berlumba-lumba menuntut ilmu lagi bukan sibuk nak berlaki. Aku bukan pencabul!

Filem Cinta.

Tengok tak sedutan filem ini di TV9? Mungkin temanya ringan tapi kalau acting bermutu pasti memberi kelainan. Teruja nak menonton filem ini pada 30 November nanti. Soundtrack dari filem ini juga ada class! Anuar Zain mendendangkan lagu tema filem ini berjudul 'Perpisahan'. Ada tak sesiapa yang simpan mp3 dia harap kirimkan ke sini okey?

Filem : Cinta
Pengarah : Khabir Bhatia
Pelakon : Nanu, Que Haidar, Pierre Andre, Sh. Amani, Rahim Razali, Fatimah Abu Bakar, Rita Rudaini, Hairie Othman, Fasha Sandha, Eizlan Yusof, Rashidi Ishak
Tayangan : Julai 2006

Azlan dan Azura. Dua dunia berbeza. Azlan seorang lelaki yang kacak dan pemilik sebuah syarikat penerbitan, jadi tidak hairanlah apabila dia menjadi buruan gadis. Sedang Azura, hanya gadis biasa yang bekerja sebagai pembantu sebuah kedai buku. Bolehkah dua hati ini bertaut?

5 cerita cinta, berlatar kota metropolitan Kuala Lumpur, mencipta babak – membuai rasa dan pesona, tapi peperangan dengan diri sendiri lebih dulu harus ditempuhi dalam pencarian cinta sejati.

Friday, October 20, 2006

Harapan



MENANTI KILAU SYAWAL

Ramadhan bakal meninggalkan kita lagi. 3 hari dari detik ini, Syawal bakal menerbitkan aura keriangan yang dinanti setelah sebulan kita berpuasa. Aku masih menanti dia menghubungi aku lagi walau aku pasti tiada apa yang nak diperkatakan lagi. Dia akan beraya di Taiping bersama keluarga yang menyayanginya sepenuh hati. Dan aku masih begini, merenung matahari terbenam di senja hening. Aku berharap kita masih mampu melihat remang senja ini berlalu perlahan-lahan tanpa kita sedari.

Syawal yang dinanti tetap akan disambut penuh kesederhanaan. Semua akan beraya di rumah mertua masing-masing tahun ini. Hanya aku, Yana dan Man yang akan beraya di kampung. Tidak apa dan aku pasti tiada apa yang akan kurang nanti. Cuma, cuma itulah. Kumohon kemaafan walau di mana engkau berada. Memang tiada salah silap, memang tiada apa yang perlu dimaafkan. Engkau tidak perlu mengasihani aku. Segalanya adalah pusingan hidup. Aku tahu engkau juga tidak mahu dikasihani jika perkara itu berlaku padamu kelak. Hanya masa yang menentukannya.


"Doaku agar kaukan selalu bahagia, Agar kau temui insan tulus menyayangimu, Lepaskanlah diriku kerna keredhaanmu, Bukan kerna dendam jua bukan kerna kau terpaksa, Ku tinggalkan memori bersamamu, Kuundur diri bersama harapan...

Tidak kesampaian cinta kita, Kubawa harapan kupendam rahsia, Ku dikejauhan mendoakan, Agar kau bahgia tiada lagi duka. Daku rela mengundur diri, Ku pasti dikaukan fahami …

Tiada penyesalan kasihku korbankan, Andai telah tertulis kuterima ini bukannya kupinta, Oh pergilah dikau diiringi keikhlasanku, Cuma pengalaman mengisi kekosongan mimpiku… "

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

&

MAAF ZAHIR BATIN

KHAS BUAT SEMUA PENGUNJUNG & KENALAN WALAU DI MANA KALIAN BERADA

Thursday, October 19, 2006

TERLUPA


TERLUPA

Memang terlupa sungguhlah. Bila ke beberapa bank di sekitar CJ dah tak bekalkan 'duit kecik' baru. Sudah kehabisan ... Aku yang terlupa. Tahun ni pasti kelam-kabut sikit sebab biasanya mak akan mintak duit kecik tu daripada aku ni. Susah jugak bila saudara mara datang dan kita tak ada duit kecik nak bagi anak-anak mereka yang mengharap. Membahagiakan orang ni amat menggembirakan tapi tahun ni telan sahajalah segalanya.

Kebanyakkan staff yang bekerja pada hari Raya yang ke-3 sudah mula bercuti semenjak Isnin lagi. Kebanyakkan ofis sudah hampir sunyi. Yang tinggal mana yang akan menyambung cuti lebih panjang selepas 2 hari cuti umum itu. Beginilah kena gilir-gilir. Turn aku pada tahun 2009 nanti terpaksa bekerja pada raya ke-3 lagi. Tapi tak kisahlah, kalau kat rumah pun aku hanya melepak tengok TV dan makan tidur sahaja... lebih baik pergi ofis kan?

Tahun ni pun aku tak beli baju Melaju baru. Baju yang 3 tahun lepas pun macam baru 2-3 kali pakai saja. Masih elok tergantung di almari. Memang aku jarang pakai baju Melayu masa ke masjid. Entah kenapa aku lebih selesa pakai t'shirt putih sahaja. Lebih mudah dan ringkas. Bukan tak suka berbaju Melayu tapi agak leceh rasanya. Ada yang hanya berbaju Melayu lengkap bersamping semasa bernikah dah bersanding sahaja. Itulah nasibnya ... si Baju Melayu kita.

Kalau pakai baju Melayu dan berjeans masa pergi 'Baraan' ok juga hehehe ...

IKLAN RAYA PETRONAS

Iklan tahun ni dengan tema yang amat menyegarkan. Insaf jugak bila kita tua apa yang akan terjadi pada kita. Tanggungjawab anak terhadap orang tua sedangkan keadaan berubah. Kasih sayang semasa si anak kecil ditatang oleh ayah ibu tak semestinya akan mendapat layanan yang sama semasa si ayah tua dan uzur. Thats why I berjanji nak kumpul duit banyak-banyak dan kalau 'segalanya berjalan tidak seperti yang diharapkan' tinggal di Nursing Home berbayar macam di UK tu ...tak menyusahkan sesiapa.

Apa yang lebih membekas ini adalah iklan komersil my friend si Nurul (pelakon wanita utama iklan ini). Tak sangka dia begitu hebat kini. Tahniah Nurul ...


Wednesday, October 18, 2006

BEST


BEST ...

Buka puasa dengan kengkawan ofis dan bos di Bangi superb! Makanan banyak dan I berjaya menjamah 4-5 jenis makanan hahahah. Tu rekod jugaklah kan? Selalunya makan ala-ala jer depan tv dengan kengkawan rumah. Ohh kali ini I dapat lagi T'shirt rasanya yang ke-3 kali. Suka sangat sebab saiz dia bertepatan. :) Terima kasih sangatlah pada yang memberi.

After balik dan hantar my friend yang menumpang kereta ke Putrajaya aku menuju ke Putra Perdana pulak. Kali pertama nak bersahur with my friend yang duduk di situ. Dah dia ajak berkali-kali aku pun pergi. Aku suruh dia 'jemput' depan pintu gerbang selepas tol tu sebab aku tak tahu jalan ke rumah dia. Malam lah pulak kan.

Then aku beli makanan untuk sahur. Standardlah mana nak habis bila makan sahur kan. Yang masin bertambah masin hehehe. Aku kagum dengan kengkwan bujang aku yang dah ada rumah sendiri, rumah cantik kemas, laman menawan indah. Yalah kena rajinlah bila hidup sorangkan. Kena bangun sahur sendiri, panaskan makanan sendiri ...maklumlah tak ada bini. But they manage to do that (and enjoy doing that hehehe).

Apa yang pasti golongan profesional yang berjaya seperti mereka itu tahu apa yang mereka inginkan dalam hidup. Ada kerjaya hebat, hubungan dengan family juga rapat dan kawan-kawan yang menyokong ketika dalam kesusahan. Mereka punya jalinan hubungan sesama mereka dan keluarga yang saling bersandaran. Berkahwin lambat bukan alasan untuk hidup sembrono kan? Tapi sudah menjadi trend di negara kita. Golonga profesional bila dah dapat kerja bagus, kumpul duit beli kereta dan beli rumah. Then sumbat segala macam 'item' ke dalam rumah itu agar selesa untuk di diami. Rasanya zaman bila dapat kerja dan terkejar-kejar kumpul duit nak meminang buah hati zaman universiti dah berlalu. Keadaan semakin berubah. Atau adakah mereka ini golongan yang tidak bertuah dalam percintaan? Itu pak cik tak nak komenlah.

Masa aku melalui jalan di sepanjang jalan belakang TMnet dan Erickson tu aku nampak pokok frangipani (kemboja) cantik meliuk-liuk. Warna merah, merah jambu dan kombinasi warna keduanya tersusun indah di kiri kanan jalan. Cantik! Rasanya nak belilah sepohon dua jugak. Orang kata kalau beli anak pokok tu jangan beli yang dah bercabang dari kecik nanti tak berapa kemas pokok tu bila dewasa. Sebab dia akan makan space. Biar beli anak pokok yang tingginya sekaki tu tanpa cabang. Nanti dia akan tumbuh tinggi batangnya dan barulah bercabang di atas. Aku suka warna bunga merah darahnya. Kat Dengkil harganya dalam RM15.00.

Hari ini sudah masuk hari ke 25 Ramadhan... tiada sebutir bintang pun di dada malam. Seakan-akan beku dalam kedinginan.

Inginku sandarkan harapan
Bahagia hidup bersama
Tapi ku sangsi cinta di hatimu
Adakah sekuat cintaku

Inginku sandarkan harapan
Dan hidup saling menyayangi
Tapi ku bimbang hasrat ku tak sampai
Jika segalanya berubah

Hidup tak selalunya indah
Ada kala suka dan duka
Cinta tak selalu bahagia
Ada kala sedih dan rindu

Biar apa pun terjadi rela ku menghadapi
Kerana ku kekasihmu


Hetty Koes Endang
Ingin Ku Sandarkan Harapan

Tuesday, October 17, 2006

Ramadhan

Ramadhan ke-24

Wah masa memang pantas berlalu. Pejam celik dah nak sampai ke penghujungnya. Sedih gak sebab hidup lagi ke tahun depan? Tak tahu macam mana nanti. Insya Allah ...

Hari ini ada buka posa di Bangi. Biasanya we all panggil catering ke ofis tapi kali ini kita ke tempat katering tu pulak. Lebih banyak makanan katanya ... banyak pilihan. Bolehlah membedal semahunya. Tapi sebanyak manalah kita boleh makan kan?

Aku ni kalau buka posa di luar ralat sikit. Lagilah kalau kengkawan yang ajak, sebabnya ada sekali tu my friend ajak buka posa bersama. Ini dengan dah cancel balik kampung segala tup-tup tak jadi. Dia ada hal lain tuu yang I serik tu ... dah lah I miss nak berbuka dengan my mum. Kemudian rasa tertipu pula bila membeli makanan di Putrajaya Presint 2 tuu. Harga dia cekik darah sungguh.

For me personally, buka posa paling best ialah dengan mak bapak kita sendiri tak terbanding dengan segala suasana hotel mewah yang pernah kita hadiri. Aura kasih dan sayang mengalir dalam makanan yang dihidangkan. Walaupun kita tak banyak bercakap tapi action speak louder then words.

Hari Ahad lepas dah belanja sikit-sikit untuk raya seminggu di kampung. Beli seguni kentang ( i tak tahu kentang ada dua jenis putih dan kuning - yang kuning tu mahal sikit), seguni bawang etc. Main beli pakai 'guni' jer sebab anak buah dah ramai kan. Tu lah pasal ... alah guni dia pun bukan macam guni padi tu hahaha ...

Yalah pada siapa yang balik kampung tu, kiranya beraya di kampung di rumah ibu bapa/ mertua etc tu jangan lupa menghulurkan bantuan pada mereka. Atleast tolong gak beli daging, ikan dan belanja dapur sama. Adalah kisah my jiran selang beberapa biji rumah di kawasan kejiranan I tu. Time raya jer mak cik tua tu garu kepala . Mana tidaknya anak menantu balik kampung berbondong-bondong tetapi yang tukang keluar duit nak bagi makan seminggu kat kampung hanya mak cik tu jer lah. Dia selalu kata kerja 11 bulan untuk menampung seminggu raya sahaja. Dalam maksudnya tu kan.

Buat pengajaran diri sendiri. Bukan tak suka anak cucu balik kampung. Tapi di zaman ini, segalanya perlukan duit kan? Mana ada benda percuma, anak menantu kenalah hulur dan membantu mertua mereka sama. Bukan nak berjimat balik kampung sambut raya di kampung sebab ada orang tua yang menanggung segalanya. pandai-pandailah kan. Kang tak ikhlas pulak jadinya ...

Apa pun hadiah tahun ni dah siap di balut. Seksa betul tau nak balut kotak tu. Dahlah pembalutnya gambar rose merah dan ada simbol love merata hahahah ... teruk betul tak perasan masa membelinya. Tahun ni I kena bagi hadiah kat my colleague lelaki lagi ... Apalah hadiah yang akan I dapat tahun ni ya? Biarlah rahsia ...

Monday, October 16, 2006

Emosi

EMOSI

Tidak ada apa yang lebih menarik bila di hujung minggu selain daripada dapat membaca rencana yang membina. Baca tak rencana Pak Ungku "Meritokrasi ke Universitu rosakkan harapan Melayu"? Rasa lega sangat bila pemikiran Pak Ungku selari dengan apa yang aku fikirkan selama ini. Cuma aku hanyalah orang biasa apa yang aku cakap siapalah nak dengar kan? Tak ada impak.

Apa yang best sekali kenyataan Pak Ungku : "Orang memang syok bercakap mengenai meritokrasi. Kemunculan istilah ini masih baru, lebih kurang 15 tahun yang lalu. Malangnya, kebanyakkan yang melakukan sabotaj bukan orang Cina, tetapi pemimpin Melayu sendiri. Semua dasar ini dibuat oleh orang Melayu."

Pak Ungku menambah lagi : "Kenapa kita gila menyokong dan tidak berfikir panjang. Kita fikir anak kita saja yang sekolah menengah pun di hantar ke England. Apabila balik ke tanah air, dia anak Tan Sri, dia boleh survive, tetapi anak kampung?"

"Inilah yang menjadi dasar Pak Lah dalam rancangan Malaysia ke-9 memberi peluang dan menolong yang lemah. Bagaimana kita hendak memberi peluang supaya mereka dapat memasuki yang di atas (univesriti terbaik) dan bukan di bawah. Ini yang memerlukan bantuan."

Oh! Ketika ini universiti tersohor negara di pegang oleh Universiti Kebangsaan, banggalah sebab universiti ini mendaulatkan BM. UM? Pelajar dia tetaplah semacam, bukan sahaja pelajar kakitangan dia juga... (maklumlah universiti hebat :) )

Tak banyak cendikiawan seperti Pak Ungku di negara kita. Semakin hari semakin pupus dan ramai yang menjahanamkan motivasi orang Melayu dengan kenyataan puaka mereka seperti "Orang Melayu Malas" etc. Itu belum lagi ditambah dengan polisi yang tak konsisten dan pemimpin merasa 'bersalah' bila membantu bangsa sendiri.

Peluang yang ada untuk melakar polisi untuk memantapkan bangsa Melayu perlu direbut, aku tak percaya bila pucuk pemimpin berubah mereka akan memikirkan apa yang terbaik buat kita. Contoh paling mudah apa yang berlaku di Penang tu cukuplah.

Harapnya orang-orang di atas sana sedar apa yang mereka buat atau sedang buat.

Thursday, October 12, 2006

Lagu Raya

LAGU RAYA

Hari ini sudah 19 hari kita berpuasa. Bila dengar radio lagu raya pun sudah mula kedengaran. Rasa best bila dapat dengar lagu raya fav di radio. Pastinya lagu dendangan Sanisah Huri menjadi pilihan dan lagu "Bersabarlah sayang" masih enak untuk terus di dengar.

Suasana raya mungkin berubah setelah kita menginjak dewasa. Memang kemeriahan sambutan Syawal sudah suam-suam kuku bagi kita yang dah nak Maghrib ni kan? Maklumlah masa ni kita pula yang kena fikir sendiri segala persiapan yang perlu di buat tu. Dari soal pakaian, daging, kuih muih kita turut sama kena fikirkan.

Kebanyakkan kuih raya ( biskut raya) sekarang lebih mudah di beli walaupun harganya amat tidak munasabah . Tunggu malam rayalah, biasanya mereka akan lelong kuih-muih itu dengan tawaran harga yang menarik.

Raya tahun ni ramai ahli keluarga yang beraya di rumah mertua. Okeylah orang ada keluarga lain kenalah sambut dengan mereka juga. Aku seperti biasa mana lagi nak dituju. Ke situ jugalah langkah kaki ... Nasib baik ada Man, Yana dan Kak Yah serta anak-anak dia. Biasanya Kak Yah akan beraya di TK.

Sampul duit raya pun dah ada sikit untuk anak-anak buah tu. Tak tahulah dapat lagi ke tidak duit raya tahun ni ( heheheh macam tak logik pulak dapat duit raya!) Tapi kalau ada yang beri aku ambik jer. Rezeki jangan ditolak.

Pasal lagu raya tu ... yalah orang tu akan beraya di Taiping sebelum terbang ke Jakarta atas urusan kerja. Entahlah rasa memang dia sudah cukup bahagia dengan hidup dia tu. Aku kenalah membahagiakan diri aku juga. Rasanya nak buat bodoh sahajalah bila dia call sehari sebelum raya macam kebiasaannya. Tapi tak sampai hati pulak.

Sanisah Huri
Bersabarlah Sayang

Semua insan sedang gembira
Di hari ini sayang
Hari yang mulia
Marilah bersama berhari raya

Hilangkan duka
Lupakan saja kisah yang lalu
Gantikan cerita baru
Agar hatimu waspada selalu
Jangan kau kesalkan
Jangan engkau tangiskan

( korus )
Pada mereka yang tak mengerti
Menuduh dirimu
Di jurang kesalahan saja
Ku tak sampai hati
Biarkan engkau sendiri

Tetapi diriku dan juga temanmu
Yang tahu kisah derita
Dan luka di dada, hanya kuharapkan
Kau harus bersabar
Dan bertenang selalu
( ulang dari korus )

Wednesday, October 11, 2006

Potong

Jangan lihat cadangan potong tangan dari kaca mata agama

SAYA amat bersetuju dengan pandangan Syed Abdullah Osman Jamalullail berkenaan hukuman potong tangan bagi jenayah curi, samun dan rompak. Ketika kadar jenayah semakin meningkat di negara ini, kenapa cadangan ini tidak dipertimbangkan?

Sehubungan ini, saya amat menduga pandangan Edwin Michael yang menyifatkan cadangan itu sebagai keterlaluan dan tidak berperikemanusiaan. Saya percaya bahawa Edwin Michael (jika benar beliau bukan Islam berdasarkan namanya) melihat cadangan itu dari kaca mata seorang bukan Islam terhadap sesuatu ciri perundangan Islam.

Dalam melontarkan cadangannya, Syed Abdullah tidak sedikit pun mengaitkan hukuman potong tangan itu sebagai perundangan Islam, sekalipun hukuman tersebut terdapat dalam undang-undang hudud dan tiada dalam kanun jenayah sivil. Disebabkan memandang sesuatu itu dengan prejudis agama, maka Edwin Michael begitu lekas menolak cadangan tersebut. Betapa beliau juga menyifatkan cadangan hukuman potong tangan sebagai sesuatu yang ‘tidak berperikemanusiaan.’

Hujah beliau iitu jelas menunjukkan beliau mahu menjaga kepentingan penjenayah lebih daripada kepentingan umum dan mangsa-mangsa jenayah. Tidakkah beliau sedar betapa banyak nyawa telah terkorban akibat perbuatan peragut yang keterlaluan untuk mendapatkan beg tangan atau dompet mangsa? Betapa ada suami kehilangan isteri, anak kehilangan ibu dan ibu bapa kehilangan anak kerana nyawa mereka melayang akibat kemalangan yang berlaku setelah mereka ditolak atau ditikam oleh peragut.

Apakah Edwin Michael menganggap perbuatan sedemikian bukan sesuatu yang tidak berperikemanusiaan?Jika perikemanusiaan menjadi hujah dalam menegakkan sesuatu perundangan, mengapakah tiada siapa yang membantah hukuman mati terhadap pengedar dadah? Bukankah hukuman mati lebih berat daripada potong sebelah tangan.

Dalam melaksanakan hukuman potong tangan, tidak semestinya itu menjadi pilihan mandatori bagi para hakim tanpa mengambil kira pelbagai faktor. Ada beza jika ia mandatori atau sekadar ‘boleh dihukum potong tangan.’ Saya seorang Islam, tapi dalam menyokong syor hukuman potong tangan ini, saya memberikan pandangan dari sudut hak asasi manusia yang menjadi mangsa. Betapa jenayah ragut, curi dan rompak semakin meningkat, sekalipun penjenayah dihukum penjara dan sebat.

Malah Utusan Malaysia dalam berita muka depan pada 10 Oktober 2006 bertajuk Banduan dihukum 84 sebatan risau dibebaskan dengan jelas menunjukkan bahawa hukuman sebat pun gagal mencegah perompak daripada mengulangi perbuatannya sebanyak 39 kali. Potong tangan lebih berperikemanusiaan kerana ia akan dapat menghalang penjenayah daripada melakukan lebih banyak perbuatan tidak berperikemanusiaan terhadap manusia-manusia lain.

Saya berharap Edwin Michael dan ramai lagi rakyat Malaysia yang bersikap sepertinya akan melihat cadangan ini tanpa sebarang prejudis agama. Dan saya juga berharap orang-orang Islam tidak lekas melenting terhadap Edwin Michael kerana beralasan bahawa orang bukan Islam tidak berhak memberikan pandangan terhadap hukuman potong tangan. Cadangan ini tidak berbau keagamaan, tapi perikemanusiaan dan kesejahteraan seluruh rakyat Malaysia yang diancam peningkatan jenayah, terutama ragut. Kita tidak boleh berbincang secara sihat dan rasional jika asyik melihat dengan kaca mata agama.

Faedah daripada pengurangan jenayah hasil hukuman potong tangan hendaklah dinikmati oleh semua manusia di Malaysia, tanpa mengira agama. Inilah yang patut diterangkan kepada bukan Islam. Apakah Edwin Michael menentang kerana dia juga mahu menjadi peragut? Atau ada adik-beradiknya yang menjadi peragut? Barangkali, jika ada anggota keluarganya yang cedera parah di kepala kerana ditolak peragut, barulah Edwin Michael akan melihat cadangan ini tanpa berat sebelah di sisi agama, tapi secara rasional dan sebagai manusia yang waras.

– AHMAD RASIONAL,
Seremban.

Kembalilah kepada Islam nescaya hidup menjadi lebih aman, tenteram dan bermaruah!

Monday, October 09, 2006

jerebu

ISLAM

Putih-putih kusangka awam, rupanya jerebu bergelintangan. Hazab betul! Panas dia lain, melekit semacam saja. Tekak dan hidung rasa terbakar dah. Batuk mula datang balik. Kalau setiap tahun kena lalui macam ni, alamat umur kita tak panjanglah nampaknya. Mana tidaknya, oksigen tak cukup otak boleh jadi mereng nih.

Last Jumaat khutbah Jumaat membincangkan "How to make Islam Enjoyable". Menarik khutbat yang disampaikan oleh seorang Mat Saleh ni. Khutbah tu tak membuatkan aku ngantuk langsung. Simple dan berkesan. Yalah, betul kata dia. Kalau kita tahu falsafah disebalik keislaman kita, kita akan lakukan segala suruhan Allah itu dengan rela hati. Bersemangat dan seronok untuk melakukannya. Macam puasa nilah, best sahaja sebab kita tahu selain ianya menjadi rukun Islam yang ke-3, impak dan kesannya memang telah dibuktikan dari apa sudut sekalipun . Baik secara rohani, jasmani dan sains. Katakuncinya kita kena ada ilmu dalam melakukan sesuatu dan menuntut ilmu itu amat digalakkan.

Islam bila dilakukan sebab takut kepada ibu bapa, pada masyarakat sekeliling menjadikan kita hidup dalam kepura-puraan. Ada waktunya kita tidak akan mengamalkan apa yang diajar dalam Islam sebab kita rasa terbeban dengannya. Macam kita belajar seni mempertahankan diri. Beza orang yang mendapat tali pinggang asas dengan mereka yang telah master dan mendapat tali pinggang hitam amat berbeza. Bila mereka telah 'master' sesuatu itu, mereka akan dapat mengupas dari sudut falsafah setiap pergerakan dan rasionalnya. Mana yang belajar asas tu hanya hentam kromo sajalah. Begitu juga dengan Islam.

Kalau kita benar-benar rasa seronok dengan Islam kita akan dapat menjadi Muslim yang lebih baik, berdisiplin, cekal dan kalau tidak sempurna pun akan tetap nampak unggul di mata orang lain dan bangsa lain. Kita tidak akan rasa terbeban dalam melakukan segala amalan dan suruhan agama.

Mungkin dalam kita bercinta tu pun sama kot, bila kita dapat roh cinta itu kita akan sanggup melakukan apa sahaja deminya!

Friday, October 06, 2006

Rembesan

MAMPUKAH REMBESAN HUJAN SEHARI

Mampukah rembesan hujan sehari
melarutkan limpahan lahar
semusim kemarau?

Cukupkah dengan mendambakan
janji dan salam
ketika hati kian ditindang kerinduan?

Salmie Said
Kota Bharu Kelantan

Aku cukup teruja bila menemui sajak-sajak pendek di mana-mana sahaja. Padat, kemas dan boleh melantunkan pelbagai-bagai lapis makna. Kurang jelas pulak perkataan 'ditindang' itu setahu akulah 'tindan' = berlonggok-longgok, bertindih-tindih. Patutnya ditindan bukan ditindang untuk menunjukkan keadaan berindih-tindih ditimba rindu yang 'gedebuk' banyaknya. Entah ler tapi kira menarik jugak bahasanya.

Oh ya, aku punya comment link tu ada problem semenjak 3 hari yg lalu. Maaflah ya kerana anda semua tak dapat nak mengomen di situ. Maybe akan okey sedikit waktu lagi. Benda percuma macam tulah. Redha sajalah apa depa nak buatkan. Pasrah ...
MEMAHAMI KESAN JEREBU

Asap jerebu yang ditiup angin dari kebakaran hutan di Indonesia terus menyelubungi Malaysia hari ini dengan jarak penglihatan jatuh menjunam dan empat negeri mencatatkan mutu udara tidak sihat. Sarawak negeri yang bersempadan dengan Kalimantan Indonesia paling teruk terjejas, tidak terkecuali daerah Tawau di negeri Sabah.

Mengikut catatan Jabatan Alam Sekitar (JAS) pada 4 Oktober lalu, Tawau mencatat nilai indeks pencemaran udara (IPU) 133, iaitu paras tidak sihat. Ini memberi isyarat bahawa setiap individu perlulah mengambil langkah berjaga-jaga termasuk mengurangkan aktiviti luar dan memakai topeng ketika berada di luar atau menunggang motosikal. Kurang pengetahuan mengenai jerebu boleh menyebabkan masyarakat keliru dengan melihat suasana jerebu ini sama seperti kabus pada waktu pagi. Akibatnya, mereka membiarkan anak bermain di taman, melakukan aktiviti luar dengan lebih kerap, tidak memakai penutup hidung dan lebih teruk lagi membakar sampah secara terbuka.

Dua perkara asas yang mesti difahami ialah apakah jerebu dan indeks jerebu itu sendiri. Nilai indeks pencemar udara (IPU) dikira berdasarkan kepekatan purata setiap pencemar iaitu S02, N02, 03, PM10 dan C0. Pencemar yang dominan dalam kepekatan yang tertinggi diambil kira sebagai pencemar yang akan menentukan IPU. Bertitik tolak dari itu, kefahaman juga mesti ada mengenai kesan jerebu itu terhadap kesihatan. PM10 adalah bahan zarah yang terdiri daripada jumlah zarah terampai (total suspended particulate) termasuk sebarang zarah pepejal dan cecair dengan garis pusat antara 0.03 hingga 100 mikrons. Ini termasuk zarah seperti habuk, jelaga, debu, pollen dan pelbagai bahan termasuk kimia serta logam seperti asernik, kadmium dan plumbum.

Bahan pencemar ini boleh memberi kesan langsung terhadap kesihatan manusia sama ada kerana ketoksinan bahan berkenaan atau menyebabkan serangan terhadap sistem pernafasan manusia khususnya asma dan ‘bronchitis’.Bahan ini juga dikaitkan dengan penyakit barah. Zarah halus ini boleh menyebabkan pengaratan, kekotoran dan kepudaran warna pada harta benda. Ia juga bertindak sebagai nukleas bagi proses awan. Zarah ini juga melekat pada tumbuh-tumbuhan boleh merencatkan proses fotosintesis. Hal ini menyebabkan kerosakan pada harta benda, manusia dan tumbuhan. Sumber utama zarah terampai ini termasuk kebakaran hutan, letusan gunung berapi dan hakisan angin secara semula jadi.

Harapan kita agar setiap individu dapat menyebarkan maklumat penting ini kepada setiap lapisan masyarakat.

MOHD ASRAN AMISAH,
Tawau, Sabah.

Thursday, October 05, 2006

Tak Kisah

TAK KISAH!

Semenjak puasa ni aku sampai di ofis pukul 6.30 pagi lagi. Member rumah semua masih membongkang. Waktu pagi semangat sikit nak buat kerja, otak fresh dan bila petang kerja semua dah beres. Waktu rehat dipendekkan dari pukul 1.00 - 1.30 sebab we all boleh balik pada pukul 5.00 ptg. Tempat lain 4.30 dah balik kan?

Semenjak puasa ni aku pun ada perubahan jugak. Kalau dulu cepat jer nak marah dan merajuk sekarang dah boleh kontrol. Sebenarnya kita diberi pilihan dalam membuat keputusan untuk diri kita sendiri. Bila kita response pada sesuatu perkara kita boleh memilih untuk ke arah mana yang kita nak.

Selalunya kalau aku balik hujung minggu banyak perlakuan adik-beradik yang 'menjengkelkan' tapi kita boleh buat 'derk' jer dan tak kisah pada semua tu. Kesannya memang positif, otak tak sendat dengan permasalahan yang remeh dan hidup kita lebih bertenaga dan bahagia. Tenaga yang berlebihan tu boleh difikirkan untuk benda lain.

Kat tempat kerja pun begitu juga. Alah kita semua ni makan gaji jer, tak perlulah nak 'pressure' sangat. Marah-marah pada staf atau pada bos buang masa jer. Buat muka bodoh jerlah, bak kata orang masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Senyum jer kalau ada problem apa.

Orang Libra ni "perfectionist" tak nak lebih kurang sikit pun. Ya, benda tulah yang paling mendera kita. Nak semuanya sempurna mana mungkin kan? Kena belajar menerima bahawa tidak semua boleh dilakukan mengikut apa yang kita kehendaki. Asal ianya boleh diterima pakai sudah cukup baik. Tak perlulah nak pecah kepala memikirkan kenapa dan mengapa.

Wednesday, October 04, 2006

Sibuk

PAK CIK GIGIH BEKERJA !

Hari ini memang agak sibuk. Semalam dan semalam sebelumnya macam boleh bersilang kaki sikit hahaha...

Tiba-tiba bos bagi project baru dan nak kena buat Annual report untuk 3 tahun ke belakang. Mana nak cekau all the data tuuh? Tapi tak apa pelan-pelan lah buat.

Best kan bila dengar lagu raya kat radio? Rasa indahnya hidup! Tapi lagu yang paling aku minat tidak lain ialah "Bersabarlah Sayang" Anuar Zain yang nyanyikan. Walau dulu pernah sekali aku kutuk kaw-kaw cara dia nyanyi tapi lepas tu terjatuh hati pulak. Fuhhh ...

Kad Raya? Entahlah sekarang ni zaman e-card jer yang aku dapat or SMS. So, kalau dapat kad secara pos tu dia punya 'feel' lain sangat macam terfikir pentingnya kita pada si pengirim yang bersusah payah beratur beli setem, dapatkan kad tu lagi mmm.

Isnin rasanya nak cuti tapi sayang pulak sebab kalau cuti maknanya aku tak dapat nak mengedit. Tapi Selasa tu pulak cuti ... kalau sambung dari hari Sabtu sampai Selasa best gak duduk di rumah 'melepek' depan TV.

Tuesday, October 03, 2006

KAD UCAPAN


KAD UCAPANMU

Dia tiba agak lewat. 5 hari daripada tarikh itu. Tanpa setem. Ohhh sungguh ... dia terlupa meletakkan setem dan aku didenda RM 0.60 sen. Aku tidak akan memberitahunya bahawa kad ini sampai di tanganku dengan selamat. Supaya dia lebih terseksa ... Supaya dia rasa amat bersalah kerana terlupa tentang tarikh itu. Rasakan ... Hahaha.

Dan 9 hari dari tarikh itu adalah hari lahirnya pula. Aku tidak mungkin dapat menghantar kad ucapan sebegini kepadanya kerana aku tidak ada alamat terbarunya. Aku tidak dapat 'mendendanya' pula.

Jauh di sudut hati aku tersentuh bila dalam kesibukkan, dia masih mampu mengingati tarikh itu. Sekadar tarikh biasa padaku tapi, besar maknanya pada dia. Mungkin di lubuk hati yang terdalam. Dia masih menganggap aku sebagai kawan.

10 Ramadhan

10 Ramadhan

Hari yang ke-10 dan 20 hari lagi akan menyusul. Hari raya makin menghampiri dan meninggalkan Ramadhan sekali lagi. Setakat ni masih lagi berbuka di rumah sahaja. Walaupun ada undangan berbuka di luar tetapi terpaksa di tolak. Alasan paling klise ialah malas nak meredah kesesakkan jalan raya hanya untuk berbuka. Leceh ...

Dia ada juga kata "Bila nak berbuka bersama". Entahlah rasanya tahun ini tidak kot. Nasib baik tahun ni dia ajak di awal puasa lagi. Kalau di akhir puasa dan dia dah ajak semua sedangkan aku yang terakhir dia ajak memang nak kenalah tu. Paling benci bila jadi 'pilihan terakhir' as always. Be first or never!

My friend di UP*I yang tolong semak my BI untuk dialog tu sentiasa gigih mengeditnya. Terima kasih walaupun tidak bergaji pasti ianya meninggalkan jejak manis. Persahabatan yang luhur dan tanpa syarat sebenarnya lebih membekas. Ada juga sahabat yang menolong tanpa pernah bersua muka pun. Idea-idea yang diberikan juga menyegarkan.

Harapnya Ramadhan di tahun depan akan berbeza. Kalaulah aku dapat mencium harum wanginya lagi ... kalau panjang umur. InsyaAllah!

Monday, October 02, 2006

HARAPAN

HARAPAN

Hari ini rakan sejawatan aku dah hantar surat resigned. Dia dapat jadi lecturer di salah sebuah universiti tersohor di negara kita. I rasa happy dan dalam masa yang sama sedih pulak bila kawan-kawan meninggalkan kita. Yalah, untuk hidup yang lebih baik dan keadaan persekitaran yang lebih membina. Mana tak sedihnya we all pernah dok serumah dari zaman dia belum kahwin dulu. Teringat pula zaman bila pergi mid-nite balik jer mesti motor pancit. Kelakar!

Memanglah kita kena ada semangat untuk memperbaiki kehidupan kita. Tidak salah untuk berhijrah demi kejayaan peribadi. Kesenangan dan kesusahan yang dirasai tetap menjadi milik kita untuk dikenang. Orang lain tidak akan mempedulikan apa yang akan kita tempuhi atau apa juga kepayahan yang sedang kita lalui.

Mungkinkah masa untuk aku berhijrah juga semakin hampir?

Friday, September 29, 2006

Meriam


MERIAM BERAPI

Nahas tidak berbau. Simpati gak dengan budak yang jadi mangsa pertama meriam tanah sempena Ramadhan kali ini. Nak buat macam mana kan?

Meriam ni memanglah bahaya tapi masa zaman aku dulu we all buat meriam secara 'pro' ikut segala peraturan yang diperturunkan oleh 'mentor' . Nak cucuh api tu ada galah yang agak panjang bukan cucuh dengan tangan jer. Kita gunakan saluran air yang kukuh dan tanam dalam tanah. Siap letak batu segala kat atas tu supaya tidak melantun. Bunyi dia pun 'power".

Meriah jer time-time nak berbuka dan bersahur. Ini adalah salah satu keseronokkan zaman kanak-kanak bila ramadhan menjelma. Tak ada pulak orang kampung kami yang terbakar badan, putus jari sebab mercun dan meriam padahal boleh dikatakan setiap rumah buat meriam. Ohh kita tak gunakan buluh, tu kerja bebudak malas.

Kadang bila difikirkan generasi sekarang ni banyak sangat halangan. Itu tak boleh, ini tak elok jadi kaku hidup kita, tak ada lagi serinya. Patutnya makin lama benda itu berevolusi dan jadi lebih canggih. Kesian anak buah aku yang tidak lagi dapat menikmati keseronokkan main meriam. Benda ini pun ilmu sains gak apa hehehe ...

PADAH BLOG LAGI ...

KUALA LUMPUR 28 Sept. – Bekas Setiausaha UMNO Bahagian Bandar Tun Razak, Zaharin Mohd. Yassin dipecat sebagai ahli UMNO kerana didapati bersalah menghina parti dan pucuk pimpinan. Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, pemecatan Zaharin yang juga penulis laman blog diputuskan sebulat suara oleh Majlis Tertinggi (MT) yang bermesyuarat hari ini.

Wah penulis blog sekarang bukan perkara main-main. Boleh mempengaruhi pembuat dasar dan keputusan negara. Banyak blog yang membincangkan perkara-perkara sensitive di negara kita tapi terlepas pandang. Ramai juga ahli politik yang mempunyai blog. Kalau kita asyik membaca yang baik-baik kita tidak tahu apa kepincangan yang berlaku. Blog pihak berhaluan kiri juga penting sebenarnya untuk pihak pemerintah membuat ‘check and balance’ terhadap sesuatu isu dan keputusan. Tidaklah rasa diri betul sahaja sepanjang masa.


Apa blog dia ?

Thursday, September 28, 2006

34

30+4!!!


Fuhhh !!! Angka 4 tu dah bergolek-golek datang melekat kat angka 30. Sudah masuk kategori pertengahan, dah nak maghrib dah. Malam tadi dapat tidur lena. Aku tak fikirkan sangat sebab apa dia tak call or sms aku. Aku bukan penting sangat pun padanya. Tak apalah ... tapi aku macam menanti dia call aku bila aku terjaga pada pukul 2.00 pagi. Hampa gak ...

Aku tahu semua orang mendoakan kebahagiaan dan kesejahteraan aku. Mintaknya panjang umur dan murah rezeki. B kata nak hadiah apa? Aku kata nak pokok Yucca! Dia macam blurr dan kata "Pokok tak mati ker nanti?" Alah peralatan elektrik yang dia bagi dulu pun tak sampai setahun kiok tu apa citer tuh? Kalau pokok atleast aku memang sayang. Ada pokok Yucca yang daunnya berbelang kuning tidak hanya hijau seperti kebiasaannya. Kang aku mintak pokok bonsai kang lagi parah, beribu tuhh ...

Semalam call Si O tapi tak dapat, busy manjang. Just nak bagi tahu yang adik dia ni dah semakin tua hahaha ... Dia selalu kata I dah beso dan boleh jaga diri sendiri tak payah dia nak risaukan. Yelah ... but i need someone to talk too rite?

Tapi antara semuanya aku tetap menanti panggilan dan sms dari dia. Entah kenapa aku pun tak tahu. Kalau dapat pun jadi bahan nak bergaduh jer, kalau tak dapat lagilah hahaha...

Oklah aku nak wish "Happy Birthday to Me!!!", moga bertambah handsome, bertambah kaya, murah rezeki dan dapat seseorang yang sayang aku selamanya. Ohh! aku nak mak bapak aku panjang umur dan diberi kesihatan yang baik gak!

Wednesday, September 27, 2006

Tanpa Syarat

TANPA SYARAT

Network baru okey. Dari minggu lepas lagi dia kiok dot com. Benci betul sebab aku 'terpaksa' mengedit manuskrip masa time bekerja. Habis dah network tak ada, aku tak tahulah nak buat apa lagi kan?

Kawan-kawan ramai yang hantar SMS. Depa terkeliru birthday aku bila. Esok sebenarnya. Tak ada apa nak disambutnya time bulan puasa ni. Malam aku gi tarawih jer. Memang betulah bila kita solat sunat tarawih nih badan yang lesu selepas seharian puasa jadi cergas sebab apa yang kita makan masa berbuka akan dicerna masa kita solat tu. Macam pergi gym tapi solat sunat ni dapat pahala. Macam 2 dalam satu. Kalau pergi gym kita dapat peluh hangit jer.

Ustaz Zahazan Mohamed (Ustaz yang selalu bagi tafsir Al Quran setiap hari Isnin -Jumaatdi radio IKIM). Ustaz Zahazan bagi tau, ada tiga benda yang kita pandang akan mendapat pahala. Yang pertama, wajah ibu bapa kita, yang kedua, Ka'abah dan yang ketiga, orang-orang yang mua'lim.

Subhanallah! senangnya nak dapat pahala dengan hanya memandang wajah mak bapak kita. Selagi ada kesempatan, selagi ada hayat ibu bapa kita dan selagi kita masih bernafas lagi, pandanglah wajah mak ayah kita. Itulah wajah-wajah yang mengasihi kita seikhlas, sepenuh hati dan dengan penuh kasih sayang tanpa mengharap apa-apa balasan.

Tuesday, September 26, 2006

Solat Terawikh

INI MAHUKU

Malam tadi dapat bersolat Terawikh di Putrajaya. Bukan di masjid Putra tetapi di surau di bawah apartment tu jer. Orang ramai sampai melimpah keluar. Aku yang datang lambat terlepas 2 rakaat awal. Tapi selepas rakaat ke 8 hampir separuh keluar. Jadi lapanglah sikit tempat di bahagian hadapan.

Call my mum tanya masak apa petang tu. Sedih pulak rasanya sebab tak dapat berbuka dengan depa. Sedih sebab suasanya pasti lain di kampung kan? Tetapi sudah puluhan tahun aku berterawikh dan berpuasa di ‘kejauhan’. Walau tak jauh mana tapi tetap jauhlah jugak.

Mungkin ini pilihan hidup yang aku buat sendiri. Kalau diikutkan sepatutnya aku sudah bersenang lenang berbuka puasa bersama sang isteri dan mungkin juga anak-anak. Mungkin dah ada sepasang. Pehhh jauh jugak imaginasi aku pagi-pagi buta ni. Maksud aku kenapa aku memilih hidup sendiri dan menelan segalanya ini sebegini rupa? Sekarang rasakanlah penangannya hehehe. Aiman tak kisah sebenarnya …

Entahlah aku pun tak tahu jawapannya. Awak tahu ker?

Monday, September 25, 2006

Ramadhan

Salam Ramadhan!

Hari ini dah masuk hari ke dua kita berpuasa. Tak rasa apa-apa pun. Macam biasa sahaja. Pagi tadi bertolak ke CJ selepas bersahur kira-kira pukul 5.30 pagi. Sampai di Tol Batu 3 pukul 6.30 am dan solat Subuh di situ.

Bapak tak berapa sihat. Demam. Mak kata bapak memang macam tu kalau kat rumah. Macam tak happy jer hehehe …lebih-lebih lagi bila si Aiman dah di bawa balik oleh maknya. Sunyilah orang tua tu kan?

My mum dah 60 tahun and my dad 70 tahun. Masa memang cepat berlalu.

Dapat kiriman SMS daripada dia. Ingat juga dia kat aku. Aku tak balas pun ucapan salam Ramadhan dia tu. Bukan tak ingat, tapi entahlah …

Jam tangan pemberian dia tu pun dah ‘kiok’ semula. Mungkin dah sampai ajal dan aku tak mahu lagi bersungguhan memperbaiki apa yang tak boleh diselamatkan. Aku tahu kalau aku ambil inisiatif pasti jam tu akan berdetik semula. Dan aku dapat memakai jam itu seperti selalu. Tapi aku rasa sudah tak ada faedahnya memakai jam itu lagi. Dentingannya membuatkan aku teringat yang dia sedang memandang aku dengan pandangan yang kejam.

Biarlah riwayat jam itu sampai di sini sahaja. Ada perkara yang perlu kita biarkan sahaja ianya berlalu dan tak perlu memaksa ianya pulih seperti masa lalu.

Aku tak berjam tangan semula. Lama-lama aku tak akan rasa kekok. Sampai masanya aku pasti akan mendapatkan jam tangan yang lebih berkualiti untuk setia bersama sepanjang hayat!

Salam Ramadhan semua!

Wednesday, September 20, 2006

Pakir


PAKIR

Pelik rasanya bila kita sentiasa tidak cukup masa. Kita bergegas ke tempat kerja setiap hari seawal yang mungkin hanya kerana kita takut tidak mendapat tempat untuk memakirkan kereta. Ya, memang benar masalah ini lebih cenderung dihadapi oleh kita semua yang bekerja di sektor swasta. Bangunan komersial yang menempatkan ofis cantik kita biasanya terlepas pandang peri pentingnya mewujudkan tempat meletakkan kenderaan kakitangan mereka. Mereka seakan tidak sedar semua orang bekereta sekarang ini. Sedangkan tempat letak kereta amat terhad. Lambat seminit pasti terpaksa meletakkan kereta berbatu jauhnya.

Entahlah mungkin jurutera dan arkitek menggunapakai standard entah kurun keberapa perihal jumlah populasi dan bilangan tempat meletak kenderaan di sesuatu bangunan dan kawasan. Pasti keperluan meletak kenderaan dikorbankan untuk memenuhi kepentingan lain. Alah bukan boleh percaya mereka ini.

Tuesday, September 19, 2006

KANSER PAYU DARA

KANSER PAYU DARA

Ada sesuatu tentangnya yang membuatkan saya terpanggil untuk menulis di akhbar. Hanya ayat-ayat yang memohon agar kita lebih peka terhadap kesihatan sendiri dan orang-orang tersayang. Saya inginkan lelaki yang isterinya mendapat kanser ini lebih prihatin terhadap pasangan mereka. Bukan bak kata pepatah "habis madu sepah dibuang". Saya melihat betapa dia gigih melayari hari-hari terakhirnya. Kalau dia sendiri tidak memberitahu, saya tidak pernah tahu dia merupakan pesakit kanser payu dara tahap 3. Dia mungkin lemah tapi tidak secalit pun rasa kecewa tentang takdir Allah ini. Sudah tersurat DNAnya menghasilkan kanser dalam sejarah susur galur keluarganya.

Dia meninggal di usia 42 tahun. Meninggalkan anak-anak yang sudah menginjak dewasa. Si kecil itu kini bakal mendapat ibu baru. Bagaimana dia mampu menghadapi detik-detik yang maha sulit itu sendirian? Dia koma setelah mengetahui bahawa dirinya tidak lagi diperlukan oleh yang tersayang. Mungkin dia sengaja ingin pergi meninggalkan derita itu, meninggalkan kesakitan itu melebur dalam barah yang membunuh!

Mungkin kanser hanyalah penyebab, tapi jiwanya telah di bunuh sebelum itu lagi!

PENTINGNYA PENGESANAN AWAL KANSER PAYU DARA

Umum mengetahui bahawa dalam Bajet 2007 yang dibentangkan kerajaan telah memberikan subsidi RM50 bagi setiap ujian saringan mamografi. Usaha ini diharapkan dapat memberikan kesedaran pengesanan kanser lebih awal. Wanita di negara kita seharusnya mengambil peluang ini untuk meluangkan masa membuat pemeriksaan di hospital-hospital atau klinik swasta yang menawarkan perkhidmatan ini.

Pengesanan awal kanser payudara bukanlah tanggungjawab kaum wanita semata-mata. Kaum lelaki selaku ketua keluarga, abang atau teman lelaki yang prihatin perlu memainkan peranan penting untuk menggesa insan tersayang di dalam keluarga mereka menjalankan pemeriksaan mamografi. Mencegah lebih baik dari mengubati kerana kos yang tinggi terpaksa ditanggung oleh pengidap.

Kaum lelaki di negara kita seharusnya lebih bertimbangrasa dengan lebih sensitif terhadap kesihatan pasangan mereka. Kesibukan mencari rezeki dan menguruskan keluarga yang terbeban di bahu kaum wanita di negara kita seharusnya perlu direnungkan kembali. Sebagai tanda penghargaan terhadap isteri, ibu atau adik perempuan mereka, kaum lelaki diseru agar mereka dapat memujuk dan membiayai kos bagi menjalani pemeriksaan mamografi pasangan dan wanita yang mereka kasihi.

Untuk meningkatkan lagi kesedaran tentang peri pentingnya pemeriksaan mamografi terhadap golongan wanita dalam peringkat usia tertentu adalah menjadi harapan jika kos rawatan yang dikeluarkan (selain subsidi yang diberikan oleh kerajaan RM50) boleh dibuat pelepasan cukai pendapatan.

Saya juga menyokong kenyataan Ranjit Kaur, Presiden Persatuan Kebajikan Kanser Payu Dara bahawa perlunya pihak kerajaan memberikan perkhidmatan percuma ujian saringan mamografi di Hospital kerajaan. Diharapkan dengan memberikan perkhidmatan percuma lebih ramai golongan wanita yang tidak mampu dari segi kewangan dapat membuat pemeriksaan mamografi.

Akhir kata saya menyeru agar semua kaum lelaki di negara kita bersama-sama berganding bahu membantu dan menyokong usaha kerajaan supaya wanita di negara kita menjalani pemeriksaan mamografi.

Sekian,

Azhan A. Kamal
Cyberjaya
Berita Harian, Isnin 18 Sept. 2006

Friday, September 15, 2006

Dragon


PEPATUNG


Pernah tak masa zaman kanak-kanak kita mengejar pepatung, tangkap dan masukkan dalam botol? Lebih sadis lagi letak that rumput tak tahu nama dan lepaskan pepatung itu terbang macam helikopter. Entah berapa banyak pepatung yang mati di tangan aku pun tak tahu. Nyawanya macam tak berharga jer masa tu. Yelah, zaman tu TV pun tak der we all buat benda yang ada kait mengait dengan alam semulajadi.

Sekarang ni nak nampak pepatung pun susah. Warna-warninya sudah semakin pupus. Hilang tanpa kita sedari. Jarang nampak pepatung terbang di taman di rumah . Mungkin tetah mati, pupus.

Semua benda walau betapa kita berharap ia akan terus ada untuk kita, akan tetap hilang. Lenyap tanpa kita sedari. Sekuat manapun kita mahu dia terus kekal. Dia akan tetap pergi dan menghilang, sekuat manapun kita mendakap kenangan itu dengan erat. Kenangan terindah pun hanya sesekali terputar di kotak fikiran. Kita telah terlalu letih mengusung hidup, menjalani hari-hari yang berlalu. Melenyapkan ingatan kita pada kenangan terindah yang pernah memukul tangkai hati kita. Walau betapa pedih pun, seperti pepatung itu. Dia akan tetap terbang dan meninggalkan kita tanpa pamitan...

Telefon Bimbit Punca Marah

LONDON: Dua kajian terbaru mendapati semakin ramai orang yang ketagihan telefon bimbit sehingga menyebabkan mereka menjadi lebih tertekan dan mudah marah.Malah kajian pakar psikologi Britain itu mendakwa mereka yang tidak mempunyai telefon bimbit atau enggan menggunakan lagi alat itu sebaliknya mencatat paras tekanan darah rendah, lapor Perbadanan Penyiaran Britain (BBC) semalam.

Dr David Sheffield, pakar psikologi Universiti Staffordshire dalam kajiannya mendakwa wujud masalah perlakuan yang mendadak atau sensitif berkaitan penggunaan telefon bimbit iaitu sebanyak 16 peratus di kalangan 106 responden.Mereka bermasalah itu didapati mempamerkan kelakuan kasar sama ada menipu mengenai jumlah masa menggunakan telefon bimbit, menjadi panas baran selepas menggunakan atau terlalu taksub dengan alat komunikasi berkenaan.“Masalah kelakuan itu disebabkan tekanan akibat penggunaan telefon bimbit,” kata Sheffield yang bakal membentangkan hasil kajian itu di mesyuarat Persatuan Psikologi Britain.

Teorinya itu diperkukuhkan lagi dalam kajian lain yang melihat kesan ke atas 20 pengguna telefon bimbit sebelum dan selepas menghentikan tabiat itu.Keputusan itu menunjukkan sebaik saja mereka berhenti atau tidak lagi menggunakan telefon itu, paras tekanan darah mereka lebih rendah.Sheffield menganggap hasil kajian itu jelas membuktikan bagaimana meluasnya pasaran telefon bimbit berkenaan.Industri itu kini bernilai £13 bilion (RM81 bilion) di Britain - meningkat 10 peratus tahun lalu.Malah, satu pertiga panggilan telefon dibuat menggunakan telefon bimbit.“Kajian itu turut membuktikan telefon bimbit memberi kesan kepada semua aspek dalam dunia sosial kita hari ini. Apa yang kita dapat rumuskan, ramai pengguna terlalu ketagih kepadanya dan menyebabkan ia memberi kesan besar kepada kehidupan mereka.”Amaran Sheffield itu dibuat bertahun-tahun selepas debat sama ada penggunaan telefon bimbit boleh meningkatkan risiko barah.

Malah, pelbagai keputusan pro dan kontra mengenai kesannya biarpun kajian suruhanjaya kerajaan mendakwa telefon itu tidak mengancam kesihatan.Namun, ramai pakar sebaliknya menasihati penggunaan telefon itu perlu ada hadnya sebagai langkah berjaga-jaga.David Pringle, jurucakap Persatuan GSM yang mewakili pihak pengendali telefon bimbit sebaliknya mempertahankan kepentingan telefon bimbit berkenaan.“Semua orang bebas menggunakannya dan boleh menutupnya jika mahu. Tetapi, telefon bimbit itu memberikan orang ramai pilihan - bekerja dari luar pejabat dan memberi keselamatan.” – Agensi

Sumber : BH 15 Sept 2006.


Thursday, September 14, 2006

Kehidupan

KENYATAAN HIDUP

Semalam berkesempatan menonton Buletin Utama seperti selalunya. Termenung seketika bila Ketua Polis Negara yang baru, Musa Hassan membuat kenyataan gaji permulaan konstabel polis cuma RM690(gaji pokok). Ini lebih rendah daripada pengawal keselamatan swasta. Dengan tanggungjawab yang besar dan kos hidup yang meningkat saban detik. Amat memeritkan jika difikirkan.

Memanglah lazimnya manusia memikirkan tentang dirinya dahulu sebelum mengambil tahu hal orang lain. Maka kita pun sering terlupa bagaimana orang lain hidup dan bagaimana mereka bergelut untuk hidup. Angka 690 itu tidak memerlukan huraian lanjut. Ia memberi gambaran jelas akan hakikat hidup sebilangan daripada kita. Moga-moga yang bernasib baik tidak lupa mengambil tahu bagaimana orang lain hidup (Tidak membelanjakan wang untuk sesuatu yang tidak berfaedah).

QUIZ

Rakan pembaca sekelian. Silalah lawati laman web Radiology Malaysia . Jawab kuiz dan hadiah lumayan sedia menanti. Bukan hanya hadiah tapi ilmu yang amat berharga tentang Barah Payudara terutama buat peringatan sendiri dan tindakan kita terhadap insan-insan tersayang!


Selamat mencuba!

Wednesday, September 13, 2006

ANGKA 4

ANGKA 4

Aku suka angka 4. Bila ada seorang hartawan bagi duit hantaran 444,444.44 aku tersenyum sediri. Orang kita berlumba-lumba nak pecahkan rekod hantaran siapa paling tinggi. Biasanya untuk golongan celebriti, orang biasa peluangnya agak tipis. Biasanya bawah 10K kan?

Tuah manusia siapalah yang tahu. Kalau kita masuk bidang professional belum tentu dapat peluang macam tu. Bidang glamor sahaja yang agak berpeluang bila dapat tangkap jerung besar atau lebih tepat bila jerung datang menghampiri.

Bila putera sultan negara jiran bagi hadiah kat penyanyi barat AS 44.4 juta. Aku pun rasa sedikit musykil. Banyak tu. Kalau duit yang sama disalurkan membantu mangsa perang di Lubnan macam-macam mereka boleh buat. Kalau disedekahkan kat rakyat sendiri pun, harus setahun mereka sujud syukur. Takkan takder rakyat mereka yang miskin, yang tinggal di rumah air tukan?

Oklah kita kena bersangka baik. Depa buat amal jariah tak heboh kat press. Mungkin kita tak tahu yang depa telah hantar jumlah yang lebih besar dari AS44.4 juta untuk bantu mangsa perang di Lubnan atau sekurang-kurangnya jumlah yang setanding telah mengalir di negara jiran kita Indonesia hasil bantuan negara mereka. Kita tak tahu itu.

Harapnya kekayaan yang mereka ada, mereka kongsi dengan jiran tetangga yang memerlukan atau rakyat sendiri. Bukan hanya dikongsi dengan celebriti yang terang-terangan sudah jadi millionaire itu.

Orang kita pun bila kaya taklah hanya nak pikat model dan artis jelita semata-mata. Bantulah rakan taulan sama. Sekurang-kurangnya jadi mentor untuk menambahkan jutawan setanding dengan mereka.

Tuesday, September 12, 2006

Doktor

'DOKTOR KINDERGARTEN'

Semalam petang meredah kesesakan jalan raya ke Bangi. Sudah lama nak ke Klinik yang agak terkenal itu. Batuk yang dihidapi telah 3 minggu tidak surut. Aku sampai tepat pukul 6 petang. Setelah 1 jam 15 minit menanti nama aku belum lagi dipanggil. Mungkin sebab ramai orang, terutama pesakit kanak-kanak.

Aku jumpa petugas di kaunter bertanyakan adakah sekarang waktu rehat sehinggakan lambat benar . Kemudian tidak lama selepas itu nombor aku tertera di skrin.

Aku jumpa doktor wanita itu. Muka dia macam nak tak nak jer layan. Aku dah boleh predict apa yang dia akan lakukan. Tanyakan sakit apa, buka mulut dengan 'sudip' tengok tekak bengkak ke tidak, gunakan statoskop untuk dengar degup jantung, tulis preskripsi ubat. Done. Just like that. Tak sampai satu minit selesai. Memang pakar mereka ni. Mungkin sebab dah lama bekerja jadi tahu apa yang nak dibuat.

Bila aku tanya kenapa bahagian hidung aku menggelupas merah. Ada ker dia kata itu sebab batuk . Hahaha ... Dia ingat aku budak kecik. Tapi oleh kerana aku sakit aku tak banyak cakap. Sebab bila aku bercakap aku batuk.

Why dont they be more pro like ... "OK you dah makan ubat batuk 3-4 botol dari 2-3 klinik but your cough tak juga hilang kan?". "Why not kita lakukan X-Ray maybe kita boleh lihat tanda-tanda jangkitan lain tuberculosis ker". Atau pun cakaplah benda-benda yang menyenangkan sikit tentang penyakit itu. Atau paling bangsat pun boleh senyum menyedapkan rasa debaran yang ditanggung pesakit. Ini doktor swasta beb.

Thats why Uncle Botak kata, pergilah klinik pakar ker dan dia selalu labelkan doktor di negara kita seperti doktor di atas sebagai 'Doktor Kindergarten'. Macam doktor main-main jer ... dia gelak bila aku cakap apa yang doktor itu lakukan.

Nasib baiklah kat plastik ubat tu tertulis hadis qudsi : "Bersabarlah dalam menghadapi penyakit sesungguhnya penyakit itu penghapus dosa".

Monday, September 11, 2006

Tegang

Batuk aku masih belum reda. Sekejap ok , sekejap itulah dia datang balik terutama bila aku mula bersuara. Ada beberapa perkara terjadi hujung minggu lepas. Pening juga memikirkannya. Jadi aku memilih untuk berdiam diri.

Sibuk kerja punca penyakit


LONDON: Satu kajian terbaru menunjukkan kehidupan moden masa kini menjadikan masyarakat hari ini layak digelar masyarakat 24/7 yang sibuk bekerja seharian dan hampir sepanjang minggu yang menjadikannya mereka semakin berpenyakit.

Perbadanan Penyiaran Britain (BBC) melaporkan, kajian membabitkan lebih 5,000 responden di sekitar Britain turut menunjukkan masalah tekanan memenuhi tuntutan kehidupan moden lebih dibimbangkan berbanding ancaman penyakit di depan mata.

Malah, ini diakui sendiri responden itu yang berkata mereka kurang senaman, tidak cukup tidur, kelesuan dan tekanan bimbangkan banyak perkara lain. Namun anehnya, ancaman kesihatan utama seperti merokok dan pengambilan arak serta kesan bahan kandungan makanan bahaya sebaliknya tidak diendahkan.

Dua pertiga wanita berbanding 58 peratus lelaki menyatakan mereka lebih bimbangkan faktor gaya hidup dan tekanan akibat kehidupan moden berkenaan. Seramai 48 peratus responden terbabit memberikan kebimbangan kurangnya senaman sebagai pertama. Ini diikuti kebimbangan kedua iaitu kurang tidur (42 peratus), kelesuan (34 peratus) dan tekanan sekadar 27 peratus. Masalah merokok pasif - orang yang tidak merokok tetapi terpaksa menghidup asap rokok yang menyebabkan penyakit seperti jantung dan masalah paru-paru, sebaliknya hanya dibangkitkan 15 peratus responden. Pengambilan arak pula hanya dibimbangkan 12 peratus daripada mereka.

Masalah kesihatan berpunca daripada pengambilan garam, pewarna dan bahan pengawet pula berada di tempat kelima.Pengarah Penjagaan Kesihatan dan Perundangan Britain, Chris Rolland berkata masyarakat sekarang lebih bimbangkan soal tuntutan kehidupan berbanding ancaman kesihatan di depan mata. “Ramai yang tidak dapat membezakan antara perkara yang wajar menjadi kebimbangan. Mereka lebih pentingkan gaya hidup moden sehinggakan ancaman kesihatan tidak diendahkan.“Tidak salah dikatakan masyarakat hari ini yang terlalu sibuk lebih mudah mengalami kelesuan kerana gaya hidup tidak sihat. Mereka lebih utamakan tuntutan masyarakat sekeliling,” katanya.

Ketua Eksekutif Persatuan Kesihatan Umum Britain Angela Mawle berkata, kajian itu satu peringatan kerana ia menunjukkan masyarakat 24/7 itu bukan lagi andaian tetapi sudah wujud di depan mata.“Orang lebih pentingkan aspek kehidupan moden dengan bertelefon bimbit dan alat komunikasi canggih lain sehinggakan tiada masa untuk menenangkan diri.” – Agensi

Sumber : Berita Harian 11 Sept. 2006

Friday, September 08, 2006

Kejadian

PERINGKAT KEJADIAN MANUSIA DAN KESUDAHANNYA


Daripada Abu Abdul Rahman, Abdullah bin Mas’ud r.a katanya:

“Rasulullah s.a.w. telah menceritakan kepada kami dan dia adalah orang yang benar lagi dibenarkan: “Sesungguhnya setiap kamu dihimpunkan kejadiannya di dalam rahim ibunya selama empat puluh hari sebagai mani, kemudian dia menjadi ketulan darah seperti tempoh tersebut juga (empat puluh hari), kemudian dia menjadi ketulan daging seperti tempoh tersebut. Kemudian diutuskan kepadanya malaikat, maka dia meniupkan ruh padanya. Lalu dia (malaikat) disuruh oleh Allah supaya menulis empat perkara: rezekinya, ajalnya, amalnya dan celaka atau bahagianya. Maka demi Allah yang tiada Tuhan selainNya, sesungguhnya di kalangan kamu ada yang beramal dengan amalan ahli syurga sehingga tidak ada di antaranya dengan syurga kecuali sehasta, maka kitab mendahuluinya, lantas dia beramal dengan amalan ahli neraka, lalu diapun memasukinya (neraka). Di kalangan kamu ada yang beramal dengan amalan ahli neraka sehingga tidak ada di antaranya dengan neraka kecuali sehasta, maka kitab mendahuluinya, lantas dia beramal dengan amalan ahli syurga, lalu diapun memasukinya (syurga).

[Riwayat Bukhari]

Rezeki, ajal, amal, celaka dan bahagia telah tertulis sebelum kita dilahirkan di dunia ini lagi. Namun Allah juga berfirman yang maksudnya "Berdoalah kepadaKu nescaya Aku akan perkenankan". Jadi segalanya akan berubah dengan usaha yang dilakukan dan diiringi DOA yang berterusan.

Cuba renungkan ...

Thursday, September 07, 2006

DIA

DIA

Dapat bercakap dengan dia semalam. Terpaksa menelan semula apa yang pernah aku harapkan. Menghadapi kenyataan hidup dan cuba merasa bahagia dengan keputusan yang diambil. Dia pun seakan tersedar, semalam adalah sejarah yang hanya akan menghuni jauh di sudut hati kami.

Melepaskan adalah lebih baik dari mengikat perasaan pada sesuatu yang tidak pasti. Bebas menjelajahi ruang-ruang sepi dan meneroka hidup di masa-masa mendatang tanpa rasa bersalah, tanpa rasa benci. Sekuat manapun aku cuba mempertahankannya, sebesar itu jugalah dugaan yang tidak pernah kunjung padam. Masing-masing berhak untuk memilih kehidupan sendiri. Ya, yang tertulis untukku mungkin yang terbaik buatnya.

Dia adalah sepotong doa yang tak kesampaian!

Aku bercuti hari ini. Mengadap my editor dan mendengar komen darinya untuk memperbaiki manuskrip MMH.

Wednesday, September 06, 2006

Angkasawan


MELAYU ISLAM KE ANGKASA!

Dr Sheikh Muszaphar, 34, dan Dr Faiz, 26, akan menjayakan misi menjelajah angkasa lepas dan membuat kajian saintifik di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS), dalam tempoh setahun dari sekarang.

Dr Sheikh Muszaphar dan Dr Faiz akan berangkat ke Russia akhir bulan ini bagi menjalani latihan seterusnya sebelum melalui proses penilaian terakhir. Siapa yang yang terpilih akan menyertai misi angkasa lepas kerajaan Russia pada 2 September tahun depan.

Abdullah berkata, pengumuman calon angkasawan negara adalah hari penting dalam sejarah Malaysia.“Daripada 10,000 warga Malaysia yang memohon, panel pemilihan angkasawan sebulat suara memilih Dr Sheikh Muszaphar dan Dr Faiz,” katanya disambut tepukan gemuruh tetamu dan orang ramai di lobi Kompleks Bunga Raya, KLIA itu.

Angkasawan berkenaan juga menjadi orang Islam kedua selepas warga negara Arab berjaya melakukannya kira-kira 20 tahun lalu.Dr Sheikh Muszaphar Shukor dari Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia sebagai calon pertama dan Kapten Dr Faiz Khaleed dari Angkatan Tentera Malaysia sebagai calon kedua yang menjalani latihan intensif di Pusat Latihan Angkasawan Yuri Gagarin Star City Russia.

Tahniah! Sesetengah orang memang begitu beruntung Dr Sheikh Muszaphar contohnya, kacak bergaya, seorang model (haruslahkan kat Malaysia kalau kacak tampan menawan harus jadi model - so penanda aras seseorg tu handsome ke tidak kena tanya pernah jadi model ke tidak), bijak pula (seorang doktor) ... bertuah badan kan? Eh dia pun bujang lagi kan?

Tadi sesajer merenung angkasa lepas. Tengok awan. Manusia berlumba ke bulan, meneroka angkasa lepas. Menginsafi kejadian dan kebesaran Allah s.w.t.

Tuesday, September 05, 2006

Al-Quran

MARI BACA AL-QURAN!


Pernah tak kita nampak billboard kat mana-mana suruh umat Islam menghayati Al-Quran? Kat negara kita ni pernah nampak tak? Tak pernah kan? Yang ada kempen budi bahasa, Tak Nak ( tapi mahu) etc. Rasanya kalau ada kempen penghayatan Al-Quran, baca dan fahami maksud dan huraiannya akan membuatkan umat Islam lebih baik daripada 'biasa'. Kes rempitan tak akan berleluasa, manusia akan jadi lebih 'waras' dalam segala tindakannya (walaupun mereka akan melakukan dosa tapi akan cepat-cepat tersedar).

Kami di ofis ni dah mula membuka kitab Al-Quran dan baca hadis. Semua kena baca 2 ayat, huraian dan pengajaran di depan Presiden kami. Satu langkah yang baik. Masing-masing akan meluangkan masa untuk 'menyemak' semula cara bacaan dengan tok guru yang lebih memahami.

Ya, dulu kami ingat bila kerja di sini cukup dengan result yang bagus, TOEFL 550, kena pandai buat presentation dan berhujah dan kini mesti tahu mengaji dan baca hadis. Which is goodlah kan?

Aku pun budak baru belajar. Jadi sama-samalah kita membaca, menghayati dan memahami kitab suci ini.

Monday, September 04, 2006

Selamat Berjuang

SELAMAT BERJUANG!

Hari ini dua orang anak buah aku berjuang untuk menghadapi peperiksaan UPSR. Masing-masing memang rajin dan bekerja keras untuk berjaya. Kadang takut juga tengok mereka semua tu belajar. Kelas tambahan dan jadual belajar sentiasa diikuti. Kalau rajin belajar pasti akan berjaya.

Cabaran sentiasa ada terutama dalam dunia masa kini yang sentiasa inginkan yang terbaik. Ibu bapa sentiasa mendoakan yang terbaik dan berusaha memberikan apa sahaja demi anak-anak. Entah apa yang bakal menanti mereka. Aku sebagai bapa saudara akan berusaha membantu dan membimbing mana yang terbaik.

Aku sendiri sedang berusaha untuk menjadi seorang pak cik yang baik. Aku semasa kecil tidak rapat dengan mak cik dan pak cik aku. Walau ada yang rapat itu pun hanya sementara. Bila sudah besar barulah mereka semua itu mahu menegur. Jika tidak jangan haraplah kan ...

Masa berlalu dan melihat anak-anak saudara membesar mengingatkan aku bahawa masa berlalu begitu pantas. Tahun ini juga aku bakal mendapat anak saudara yang ke -11.

Untuk Kakak di Banting ( anak saudara pertama) dan Abang di Kuantan ( anak saudara ke -2) Buat yang terbaik dan acik akan sentiasa mendoakan kejayaan kalian!

NOVEL

Berita terkini dari Editor menyatakan manuskrip aku diterima! Alhamdulillah setelah menanti berita ini membuatkan aku semakin gigih untuk berusaha. Puan Editor call aku tadi. Namun novel aku itu akan diterbitkan untuk tahun hadapan. Tahun ni dan sehingga Februari dah penuh jadual penerbitan mereka.

Aku kena tunggu maybe pertengahan tahun depan. So you all bolehlah start simpan duit untuk membeli novel sulung aku itu nanti. Editor suruh aku tambah dailog untuk manuskrip aku itu. Sebab mereka tak mahu pembaca penat membaca monolog dalaman yang panjang berjela. Dia kata " Story you lain dari yang lain ..."

Aku akan jumpa Pn Editor itu minggu ini atau awal minggu hadapan untuk berbincang apa yang perlu ditambah dan diperbaiki.

So kawan-kawan semua doakan aku untuk kelahiran novel sulung aku di tahun hadapan. Aku ingin berkongsi apa yang berlaku dalam kisah itu kerana sebahagian dari jiwa aku turut sama merasai derita dan sengsara watak Kamarul dan Azrul. Apa pun aku tahu ramai yang menjadi Nazatul di luar sana. Hidup kadang tidak adil, tapi kalau itu lah yang tersurat di Luh Mahfuz kita perlu redha.

Kisah ini diinspirasikan daripada pengalaman hidup Nazatul dan kisahnya boleh berlaku pada siapa sahaja. Ohhh !!! aku teringat bagaimana kudup franghipani itu jatuh dan menimpa surah Yaasin dan ketika angin berbunga hangit melenyapkan ingatan aku pada kisah lalu itu.