“RED COFFEE”
Awal bulan begitu letih sekali. Rasanya 'its about time' aku membuat anjakan paradigma. Kerjaya dan kehidupan personal aku sendiri. Tapi harus mula dari mana yer? Bismillah … aku mula menyukai kehidupan baru aku sebenarnya. Seseorang yang sentiasa membuat aku ‘mendidih darah’ juga sentiasa di sisi. Aku tahu dia amat membenci aku, tapi dia juga takut jika aku meninggalkan dia keseorangan. Memanglah kawan dia ramai, nak yang macamana sahaja boleh dapat. Tapi hanya ada seorang aku sahaja dalam hidupnya. Yang memahami dia sejujurnya, yang boleh memberi komen secara terbuka dan mampu ‘meramal’ apa akan berlaku. Sangkaan aku sentiasa tepat dalam kes-kes yang berlaku padanya. Mungkin bahasa yang aku gunakan sedikit menyengat kesan menonton 'Edisi Siasat' barangkali. Tapi aku peduli apa.
Hari itu dia ‘marah’ yang amat sangat bila perkara itu aku bongkarkan. Tapi kenapa harus marah? Kenyataan memang pahit. Aku sekuman pun tidak rugi apa-apa. Rezeki masing-masing dan dia lebih bertuah menerima segala madu yang terhidang. Aku biasalah hanya dapat tempias angin dari pergunungan yang tersesat ke lembah ini. Tapi aku tetap bersyukur di atas segalanya. Rezeki tuhan ada di mana-mana.
Hidup di dunia ini terlalu pendek untuk dimusykilkan. Tiada apa yang mustahil akan berlaku. Kalau sesuatu itu terjadi, akan tetap terjadi. Mengapa berdusta atau enggan mengakui walau kenyataan telah terbentang di depan mata.
Aduhai aku sudah terlalu letih untuk bermain tarik tali dan menganyam angan yang tak sudah. Namun terasa di hati juga jika hari-hari yang aku lalui terlalu mendatar tanpa rasa itu. Aku tidak boleh membohongi perasaan aku sendiri.
Ya aku rasa bertenaga juga kesan “Red Coffee” pemberiannya itu. Mungkin aku harus menunggu dia menghantar sms pada aku pula hari ini. Semalam seharian dia diam, SMS aku tidak berbalas.
Aku tidak perlu menunggu SMS itu sebenarnya kalau aku mahu.