AKU
Setiap benda ada jadual waktunya. Ia datang dalam waktu yang tepat dan selalunya datang sekali sahaja. Tiada peluang kedua.
Terpaksa cancel untuk menonton “Elektra” di IOI Mall sebab tiba-tiba seorang sahabat muncul di depan pintu rumah.
Semalam juga berjaya memandu dari Dengkil ke kampus dengan hanya menggunakan cermin mata hitam tanpa’power”. Walaupun agak pening tapi bolehlah sebab hafal jalan agaknya.
Koleksi photografi yang aku buat siri teratai di kolam yang berjudul “Membuang Sepi ke Sisi” akan siap petang ini tak tahu macam mana hasilnya. Aku ‘develop’ gambar tu di kedai gambar saiz 8R sahaja sebab kedai itu tak boleh buat saiz yang lebih besar lagi. Kalau gambar tu ok dan tidak pecah akan di print dalam format yang lebih besar sebelum dibingkaikan.
Changjin yang manis itu berjaya mengubati Maharani. Idea penggunaan pil ubat berjaya membuatkan Maharani tidak muntah ketika meminum sup ubat. Permaisuri juga gembira dan menghargai usahanya itu. Lianshen cuba sedaya upaya untuk belajar menjadi gundik Maharaja. Maharaja datang ke rumahnya di malam hari. Kejayaan Changjin sentiasa dicemburui, sentiasa ada yang berkepentingan ingin mengusirnya. Di mana-mana pun ada orang baik dan kumpulan penentang. Kerana matlamat yang berbeza.
DAN CINTAKU ITU PUN DITOLAK
Setiap kali mobil bimbitmu
Bernyanyi
Kau melarikan diri
Bersembunyi di balik
Serombong gita cinta
Dan akulah
Pemabuk buta
Menunggu dungu
Untuk kau sahutkan suaranya.
Memang engkau tiada pernah
Berjanji
Akan menantiku di hujung
Pelabuhan
Dan menyanyikan lagu-lagu
Kecintaan
Cuma akulah
Penagih rindu
Cuba mentafsir sisir lautmu
Melebihi beban pelayaranku.
Tahulah
Barangkali aku bagimu
Sekadar
Sebutir pasir di tubir bibir
Yang akan hanya singgah
Setiap kali badai mendesah
Dan akan engkau singkirkan
Pada setiap hujung
Keberangkatan.
Tahulah aku
Sebelum ombak mahu gelodak
Cintaku itu ditolak
Sebelum sauhku sempat
Berlabuh
Kemudimu geruh dan berputar
Kau hilang bagai camar
Meninggalkan aku terdampar
Ke laut sasar
Tanpa layar
Nanar dan onar.
AZHAN UTHMANI
Pumpong, Alor Star
Mingguan Malaysia, Ahad 20 Jun 2004 p.30.





