Monday, November 07, 2005
Kemaafan
Friday, October 28, 2005
Cuti

2014959
Sempena Ramadhan yang akan melabuhkan tirainya dan Syawal yang tidak sabar menanti dipenghujung, DJW akan turut bercuti bermula esok; Sabtu bersamaan 29 Oct dan saya akan kembali meneruskan catatan di sini pada Isnin 7 November 2005. Selamat Hari Raya & Maaf Zahir Batin.
Sudah membayar Zakat Fitrah? Di Selangor RM 4.70 bersamaan 2.70kg beras. Amil tu cakap kat saya "Tahun ini bayar seorang, tahun depan berdua". Saya jawab mungkin terus bertiga dan dia gelak. InsyaAllah!
Semalam menghadiri President Talk tentang "Cemerlang di Dunia Berjaya di Akhirat". Antaranya dia kata tidak perlu menjadi manusia yang miskin menderita baru boleh masuk syurga. Jadilah orang yang kaya ( dapat membantu orang lain) dan tetap masuk syurga. Formula yang diberikan : Mukmin, Solat , Berpuasa, Bersedekah, Mengingati & Menyebut, Khusyuk, Taat, Benar , Sabar, Kehormatan.
Saya mengemail Dato Prof tentang betapa saya tersentuh dan insaf tentang perkara ini dan minta dia memberikan saya salinan presentationnya itu. Sebabnya buku nota saya tertinggal di ofis. 5 minit selepas itu dia membalas email saya dan pembantunya akan menyerahkan salinan itu pada saya. Alangkah baiknya jika saya minta buku hadith yang dia gunakan untuk ceramah tersebut, malangnya orang lain terlebih dulu memintanya.
SUARA HATI SEORANG KEKASIH
Hanya namamu di hatiku
Jiwa dan raga
Takkan berdusta
Namun bergadang cinta terus
Benci sesaat
Seribu musim takkan bisa
Menghibur hati
Yang penuh marah
Entah mengapa berpisah
Saat mulai menjalin
Suara hati seorang kekasih
Bagai nyanyian suci
Takkan berdusta
Walau ke taman kan merajai
Diri yang penuh emosi
Jauh di dasar hatiku
Tetap kukuh
Kau sebagai kekasihku …
Melly Goeslow
Thursday, October 27, 2005
Mood Raya

Pabila pintu lebaran terbuka, rasa rindu menusuk di kalbu.Namun engkaukah yang menyapa sabda jingga yang tak tergapai itu?
MOOD RAYA DAH KER?
Rakan-rakan di ofis sudah sibuk usung bawak balik kuih raya yang di tempah. Lagu raya berdentam-dentum di PC masing-masing. Layan jerlah, mood raya di sana sini. Lagu raya di PC saya mampu membocorkan emosi masing-masing, asyik lagu tu jer hehehe ...
Saya akan balik kampong pada Sabtu ini. Ada rasa terkilan yang amat sangat bila tidak dapat berbuka puasa dengan dia tuh. Yelah puasa dah masuk hari yg ke-23 pun tak ingat lagi nak berbuka bersama. Nampak sangatlah saya ini bukan dalam senarai pilihan utama dia. Kecik hati? Tak jugak, sebenarnya malas nak travel ke KL tu pun ya. Hujan, leceh dan nanti makan tak seberapa.
Yelah kalau orang hanya ingat kita hujung-hujung nak buat camner pulak yer? Baik tak payah, dah 3 tahun berturut-turut camni, sudah mangli.
Ramai yang kata inilah Ramadhan terakhir saya membujang. Terima kasih di atas doa itu. Tapi rasanya anak bulan belum kelihatan lagilah. Bulan masih malu berselindung di sebalik awan tebal. Hujan sebenarnya telah lama teduh. Senang pulak begini. Biarlah hujan berkali-kali pun sudah tidak kisah ...
Wednesday, October 26, 2005
Membeli

Selamat Hari Raya buat Semua Pembaca DJW. Maaf Zahir dan Batin.
MEMBELI KEGEMBIRAAN
Sekarang ini kalau kita pergi ke mana- mana sahaja pusat membeli belah memang terlalu sesak. Pusat membeli belah berjenama mewah kurang sikit kot sebab keperluan orang Melayu lebih kepada perkara berkaitan baju Melayu/Kurung, songkok /tudung, kuih muih dan persiapan yang seerti dengannya. Pendek kata segala yang berbau Melayulah. Inilah saat yang paling ditunggu-tunggu oleh kita semua. Suatu bulan yang cukup best yang saya pasti bangsa lain pun akan cukup heran (kantung mereka penuh lain macam sahaja). Namun gedung membeli belah jenama terkenal tidak tercuit sangat sebab target mereka bukan untuk golongan ini jadi takperlulah mereka berhabis daya menghias bangunan mereka nak sambut raya orang Islam. Kita pun faham benar tentang itu.
Saat inilah ibubapa akan bersungguh – sungguh membelikan baju baru untuk anak mereka. Berderet usung anak-anak mereka untuk pilih baju baru sekurang-kurangnya sepasang seorang. Masing-masing akan cuba mempamerkan imej ibu bapa penyayang terhadap anak-anak mereka. Bahagia sekali kan menjadi anak yang lahir di Malaysia ini. Ibu bapa akan malu dan rasa bersalah sangat kalau tidak membelikan baju baru untuk raya yang datang setahun sekali ini. Takut dicop tidak mampu atau tidak mahu anak-anak mereka rasa rendah diri bila melihat anak-anak jiran tetangga berbaju cantik aneka warna.
Orang kampong biasanya lebih bersemangat membuat persediaan hari lebaran. Segalanya serba baru. Sebab saudara mara jauh dekat akan berkunjung tiba. Tidak lengkap rasanya kalau tidak membeli kuih muih aneka jenis tersusun indah di meja tamu. Tak habis pun tak apa janji ada untuk mereka datang melihat. Duit raya pula sudah menjadi kemestian. Kang tak pasal-pasal saudara mengata, penat jer singgah rumah sipolan, kedekut tak bagi duit raya. Anak-anak kecil yang belum pandai mengira itu pun seronok mengutip duit raya dari saudara mara. Tak apalah setahun sekali kan?
Apalah sangat kalau mampu tukar jer langsir dan perabot lama. Buatkan isteri bahagia, duit boleh di cari. Kegembiraan pun kini sudah ada tanda harganya. Kang ada yang terseksa jiwa jika si suami tidak endah perkara-perkara begini. Kalau ianya boleh menggembirakan semua pihak buat sahajalah. Tapi setiap apa yang kita buat ikut kemampuan jangan sampai terpaksa ikat perut untuk tunggu next gaji selepas pulang bertugas.
Dulu saya tak faham sangat kenapa kita begitu bersungguhan bila nak sambut raya. Sebenarnya bila tiba hari raya saya mula faham tentang banyak perkara. Inilah hari kita berasa amat bahagia dan gembira. Sesudah melalui detik berpuasa selama sebulan. Kita menjadi bersemangat untuk memberikan ‘hadiah’ pada diri kita dan orang-orang yang kita sayangi . Adik beradik jauh dekat datang berkumpul menjenguk ibu bapa di kampong pada saat inilah. Saya contohnya bila bersembahyang sunat Aidilfitri akan berasa kekok dan lain bila mengenakan baju Melayu tahun lepas walaupun ianya masih baru sangat. Rasa macam hari-hari biasa sahaja semangatnya. Sekurang-kurangnya kain pelekat berharga RM 12.90 yang dibeli di pekan TK dapat memberikan kelegaan pada diri sendiri. Aura raya akan turut dirasai, “ Ohhh hari ini hari raya”. Kalau pakai baju tahun lepas terasa tidak banyak bezanya dengan hari-hari lain. Harga bukan menjadi ukuran. Murah atau mahal bukan menjadi isu.
Apalah salahnya kita memberikan hadiah untuk diri sendiri. Walaupun nilainya tidak seberapa di mata orang. Janji kita gembira. Jangan berhabis untuk perkara-perkara tak berfaedah sudahlah. Kalau dengan membelikan itu ini akan membuatkan insan-insan tersayang berasa gembira dan bersemangat untuk menyambut hari raya cubalah usahakan.
Sebab hidup kita ini terlalu singkat, kegembiraan yang kita miliki hari ini harus direbut kerana akan tiba masanya segalanya ini akan menjadi kenangan sahaja. Akan tiba masanya langsir baru walau semahal manapun harganya sudah tidak memberi erti. Akan datang saatnya baju raya yang kita mampu beli tidak ada siapapun yang akan memakainya lagi. Bila saat itu menjelma apa yang kita ada ini sudah tidak memberi apa-apa makna. Jadi kalau hari ini kita mampu membeli harga kegembiraan itu buat mereka, jangan ditangguhkan.
Kadang kehadiran kita sahaja sudah cukup menggembirakan.
Tuesday, October 25, 2005
Watak
Saya terkenangkan mereka yang pernah singgah dan memberi makna dalam diri. Watak-watak yang dulunya cukup memberi bahagia akhirnya sirna. Kehilangan kadang tanpa perlu bersebab. Tetapi kesannya cukup membekas. Mereka hadir meninggalkan ruang kosong dan wujud satu kesunyian yang cukup mendera.
Ada yang masih menyapa tapi wujudnya di dalam ketiadaan. Saya sudah tidak dapat merasai kemesraan dan senyuman yang ikhlas itu . Waktu membawa segala perubahan besar . Atau mungkin saya sahaja yang masih tetap begitu . Umpama pelayaran sebuah kapal kertas di mana kita tetap mengharapkan ia kukuh menahan gelora walau hakikatnya ia akan tenggelam bila-bila masa. Sesuatu yang sudah kita jangka sejak dari mula lagi.
Ada yang terus lenyap tanpa kesan. Tiba-tiba kita perlu menghadap hari baru tanpa lagi dapat mendengar suaranya, tiada lagi sms darinya. Ini cukup pedih. Hati akan terus tertanya-tanya sebabnya. Tiada sebarang penjelasan. Tidak berkesempatan membuat hujah balas. Mulalah membuat pelbagai andaian sendiri bila segala ruang komunikasi tiba-tiba tertutup rapat. Tahulah kewujudan kita tidak lagi memberi sebarang erti. Perlahan-lahan kita terpaksa memberi noktah. Cukuplah hanya sampai di sini sahaja walau hati terus meronta-ronta meminta penjelasan.
Watak-watak yang sirna tetap memberi bahagia walau hanya seketika cuma. Dalam detik itulah kita merasakan sesuatu keindahan yang infiniti. Jadi tahulah kamu mengapa saya amat meminati lagu ini. Ketika lebaran menghampiri. Lantunan kisah lalu dan kesyahduan lirik lagu ini menjadi satu.
BERSABARLAH SAYANG
Semua Insan Sedang Gembira
Di Hari Ini Sayang.....
Hari yang Mulia
Marilah Bersama....
Berhari Raya....
Hilangkan Duka...
Lupakan Saja kisah Yang Lalu..
Gantikan Cerita Baru...
Agar Hatimu Waspada Selalu..
Jangan Kau Kesalkan..
Jangan Engkau Tangiskan....
Pada Mereka Yang Tak Mengerti..
Menuduh Dirimu.............
Di Jurang Kesalahan Saja...
Ku tak Sampai Hati
Biarkan Engkau Sendiri..........
Tetapi Diriku dan Juga Temanmu
Yang Tahu Kisah Derita..
Dan luka Di dada Hanya Ku Harapkan...
Kau Harus Bersabar
Dan Bertenang SELALU....................
Nyanyian asal: Sanisah Huri
Nyanyian Semula:ANUAR ZAIN
Monday, October 24, 2005
Ramadhan Mlm ke 20
MELAFAZKAN IZIN PEMERGIAN1Wajah kekasih muncul bersama senjaketika hujan gerimis di pelabuhanmelambaikan perpisahan.Dingin ruang mengejutkan suasanabeku ingatan menindih hasratdalam peninggalan di mana-mana.Di pelabuhan basah inilahmenyaksikan kapal layarberangkat membelah laut.Sedang nafas masih tercungapmelafazkan izin pemergianruyup ditelan gelombang khatulistiwa.2Malam menyambar duniahujan selesai menelan pelangibelang warnanya tidak kelihatan lagi.Camar asyik mengibar sayapnyamemercik bintik-bintik asinmemeta pantai pelabuhan.JAMALUDIN DTelaga Harbour, Langkawi(Berita Minggu, Ahad 2 Oktober 2005
p:8)
Friday, October 21, 2005
Buat Yang Ditinggalkan
Thursday, October 20, 2005
Bersamamu
Wednesday, October 19, 2005
Jiwa Kacau
Usah bertangguh untuk memiliki buku yang sarat dengan pengalaman peribadi dan tujahan fikiran penulis weblog ini. Sejumlah 172 entri yang terkandung pelbagai rasa di dalamnya. Mata fikir kita mentafsir pelbagai perkara mengikut kefahaman masing-masing. Memanglah pengalaman itu amat mahal harganya.
Saya amat tertarik dengan olahan bersahaja Abdullah Jones melalui puisi pendeknya “Neleh” ( Entri 165, page 183). Rasa perpisahan dilukis penuh makna “Aku tidak lagi memerlukan cahaya”. Tapi sebenarnya cahaya itu akan tetap bersinar, cuma kita tidak dapat menyentuhnya atau kesan kehadirannya tidak sehangat sebelumnya. Kenangan tidak boleh di bunuh bukan?.
Rosyam menghadiahkan kita dengan “Cerita Penjara tu!! Sensasi !! ( Entri 120, page127- 143) pengalaman penghuni penjara wanita. Sebuah kisah yang pernah diceritakan padanya. Apa yang pasti ia tetap ‘best’ untuk diimaginasikan.
Kisah pengemop lantai (Entri 68, page 68 –69) oleh Bluehikari juga menginsafkan, bila darjat manusia boleh disukat dan di timbang ikut kasta. Mungkin akibat kealpaan manusia memahami surah At Takaatsur (bermegah-megahan, surah ke 102)
Entri –entri lain juga menyengat dan memikat. Sifu dunia blog tempatan seperti Tok Rimau dan Mat Jan juga menjentik unsur sinis dalam tulisan masing-masing. Pendek , padat dan menyelerakan. Apa yang pasti kita dapat menangkap lapis makna di dalamnya. Tidak memerlukan Ph.D untuk menulis, tapi perlukan ilmu dan keberanian untuk merealisasikannya.
Sejumlah 23 blogger memerah keringat dan wang ringgit untuk menerbitkan buku Jiwa Kacau ini yang diselenggarakan oleh saudara Basri Nor Mohd. Kata penghantar oleh Saharil Hasrin Sanin (Penulis buku Lagi_Lagi Cerpen Underground) … kata penghantar dia pun sudah cukup best apa lagi tulisan-tulisan blogger lain di dalam buku ini. Cubaan pertama untuk menerbitkan entri penulis blog ke dunia buku.
Buku ini berharga RM20.00. Sila layari laman web Jiwa Kacau di http://jiwakacau.blogdrive.com
Tuesday, October 18, 2005
If only he knew
Baby Arief telah di bawa balik ke Klang. Kesian pulak Atuk dan Nenek dia kat kampong. Sedih jer dengar mereka kata rindu kat cucu/anak saudara nombor 10 kitaorang ni. Tapi dapatlah Nenek dan Atuk tidur lena lepas ni. Maklumlah Arief ni kalau time meragam dan dia tahu hanya dia yang jadi tumpuan semua orang semua orang jadi panik. Lucu pulak macamanalah Mak besarkan kitaorang dulu? Maybe masa kecil we all baik-baik belaka.
Sudah membeli hadiah untuk aktiviti berbuka puasa di ofis Rabu ini. Tahun ini kena beli hadiah untuk staf lelaki pula. Tak tahulah kalau dia suka ker tidak apa yang saya beli itu.
Apa yang pasti pak cik akan tetap bercuti pada 2 November @ Hari Tersepit di antara dua perayaan yang semua orang dok risau. Apalah susahnya, ambik jer cuti tahun reramai. Siapa nak bekerja, pergilah bekerja sensorang kat ofis tuuh. Kalau kerja kat kilang memang operasi kena ‘run’ juga walau hari nak runtuh pun. Kalau bidang kaunter dan perkhidmatan bolehlah pakat semua cuti. Hospital? Hehehe terpaksalah mereka kerja, depa antara kerjaya paling dihormati sepadanlah dengan tanggungjawab mereka yer tak? Untuk para pekerja yang tak glamour dan sentiasa tidak dapat memuaskan hati semua orang bolehlah pakat bercuti ramai-ramai. Customer can wait, we all nak pi beraya.
IF ONLY HE KNEW
Gary Smalley
Kepada yang bertanya dan sedang tercari-cari buku untuk di baca. Saya ingin mencadangkan buku ini “If Only He Knew” tulisan Gary Smalley. Buku ini sesuai di baca oleh para suami atau lelaki untuk lebih memahami kehendak wanita atau isteri mereka. Smalley menerangkan tentang apa yang amat diingini oleh seseorang wanita berkahwin, emosi mereka dan mengajar lelaki cara-cara untuk memenuhi keperluan tersebut. Banyak perkara yang kita anggap remeh tetapi sebenarnya boleh memberikan impak yang besar dalam hidup pasangan.
Ia turut memuatkan 10 langkah mudah yang boleh dipraktikkan bagi mengukuhkan sesebuah perkahwinan . Smalley membantu lelaki untuk memahami bukan sekadar bagaimana untuk memberikan maklum balas terhadap perasaan wanita tetapi juga membuatkan kaum Hawa berasa penting dan dihargai.
Isi Kandungan buku ini dibahagiakan kepada 12 bab/Chapter
1.How to drive your wife away without even trying
2.Where have all the feelings gone?
3.If your wife doesn’t win first place, you lose
4.Your wife need your shoulder, not your mouth
5.Climbing out of marriage’s deepest pit
6.What no women can resist
7.What women admirer most about men
8.If your wife’s not protected, you neglected
9. Arguments … there’s a better way.
10. A successful marriage … it’s easier then you think.
11. So you want a perfect wife
12. Watch out ! It can happen to you
Buku lain penulis ini antaranya :
Love is a decision
The power of commitment : A guide to active, life long love
The Blessing
The DNA of relationships.
RADJA - Takkan Melupakanmuoh terindah, lagu yg terindahsengaja aku cipta untukmu yg terindahsemoga dapat meluluhkan segala keraguansemoga menghancurkan kerasnya batu prasangkaReff:aku takkan melupakanmutakkan meninggalkanmutakkan menduakan cintamu, ku bersumpahaku tak ingin mengingkar janjitak ingin menjadi duritak ingin menjadi api cinta yg
membararebahlah kau di pelukkulepaskan resahmubebaskan jiwamudari prasangka-prasangka burukmudari kerasnya batu curigaReff:aku takkan melupakanmutakkan meninggalkanmutakkan menduakan cintamu, ku bersumpahsenyuman melatisambutlah mentariraihlah cintamuhari iniReff:aku takkan melupakanmutakkan meninggalkanmutakkan menduakan cintamu, ku bersumpah
Saturday, October 15, 2005
Sinus
Friday, October 14, 2005
Benarkan Aku Bahagia
Thursday, October 13, 2005
Beautiful

Wednesday, October 12, 2005
Roti John
Tuesday, October 11, 2005
Bencana
Friday, October 07, 2005
TUN M
Dunia hari ini masih kuno dari segi kebolehan membuat pilihan. Sebagai contoh
yang mengaku mempunyai tamadun yang tinggi percaya bencana ke atas mereka yang dilakukan oleh musuh mereka adalah salah tetapi bencana yang mereka lakukan ke atas musuh adalah betul.
Tiada kiraan langsung berapa rakyat Iraq yang mati tetapi kematian seorang askar Amerika dilaporkan kepada dunia. Ini adalah tentera yang diduga mungkin terbunuh tetapi rakyat Iraq yang terbunuh adalah orang yang tidak bersalah dan akan hidup kalau di bawah pemerintahan diktator Saddam Hussein.
Tetapi terus terang, globalisasi tanpa sempadan bukanlah untuk orang tetapi untuk kapital, pedagang matawang, untuk korporat, untuk bank, untuk NGO yang ambil berat tentang penyalahgunaan hak asasi manusia, kekurangan demokrasi dan lain-lain.Haluannya, seperti yang kita lihat, satu hala. Lintasan sempadan dilakukan oleh orang kaya untuk keuntungan perniagaan mereka.
Jika orang buat jahat kepada kita, kita lupaJika kita buat jahat pada orang, kita jangan lupaJika kita buat baik pada orang, kita lupaJika orang buat baik kepada kita , kita jangan lupaProf Hamka juga menyebut;
Buat baik dibalas baik adalah biasa, buat jahat dibalas jahat
adalah biasa tetapi buat jahat dibalas baik adalah luar biasa.
Thursday, October 06, 2005
Berbuka

Goldfish yang keletihan akibat berpuasa ...
BERBUKA DI MASJID?
Idea untuk berbuka di masjid ini datang secara tiba-tiba. Tapi setakat ini belum tergerak untuk ke Masjid Putra untuk berbuka. Masih memilih untuk berbuka puasa sendirian di bilik. Sebabnya rasa kekok dan saya makan agak lambat. Tak pernah makan sekali hadap dan siap kena simpan dan ulang makan semula selepas itu.
Rasanya idea berbuka puasa di Masjid lebih baik daripada meredah kesibukan KL untuk makan bufet di hotel. Pasti akan terlepas sembahyang terawih berjemaah selepas itu disebabkan keasyikan menghadap makanan yang pelbagai. Kawan-kawan di KL biasanya rasa kecik hati bila saya sentiasa menolak ajakan mereka untuk berbuka bersama. Entahlah mungkin saya kurang selesa dengan keterbatasan waktu terpaksa mengharungi kesibukan hanya untuk sesuap nasi yang kadarnya boleh diperolehi di mana-mana sahaja.
Semalam Pak Cik Botax sibuk SMS saya yang dia masak 'beef vindaloo' dan ikan 3 rasa. Sedangkan saya berbuka sendirian dengan nasi campur yang saya beli di Street Mall dengan kos RM 3.50. Janji kenyang dan saya dapat juga ke Masjid Putra walaupun hujan seakan mengkaburi kudrat yang tersisa agar duduk sahaja di rumah.
Saya teringatkan zaman kanak-kanak saya. Berbuka bersama keluarga dengan penuh kesederhanaan tapi nikmatnya tak mampu di tukar ganti. Masih terbayang di ruang fikiran.
Pagi tadi sempat menonton Motivasi Pagi TV3, topik yang menarik tentang menangani perpisahan. Kita kadang masih terkepung dan lemas dalam kolam perasaan. Mata tertutup rapat dari memandang kebahagiaan yang menanti dipenghujung jalan. Seperti lagu Melly Goeslow "Cinta" yang sering ke udara di radio ...
"Bukankah hidup kita akhirnya harus bahagia".
Bersyukur tentang nikmat yang diberikan kerana orang lain lebih derita hidupnya. Umat Islam di Thailand di tindas dengan kejam. Kita aman damai dan tenang. Tidak perlu takut ancaman bom seperti di negara jiran.
Cuma itulah ... bila start jer pukul 5.00 petang risau nak beli juadah apa untuk berbuka puasa :)!
Wednesday, October 05, 2005
PERMULAAN
Selamat bersahur juga. Selamat berpuasa dari XXX sekeluarga.5-Oct-2005 04:20:00
Tuesday, October 04, 2005
Harapan Ramadhan
RAIHAN & MAN BAI
Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna
Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula
Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti
Tak ingin ku biarkan
Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan
Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua
Maka Rabulah kita berpuasa. Mudah benar untuk diteka. Malasnya nak bangun sahur . Ada ker orang nak kejut? Mungkin tahun ini sahur dulu sebelum tidur. Kalau terjaga balun jer makan cereals sambil mata terpejam. Bukan tak biasa kan?
Harapnya dapatlah melengkapkan malam dengan sembahyang Terawih berjemaah di surau atau Masjid Putrajaya. Puasa kerja mudah, cuma pengisiannya itu yang payah. Apa pun buat lah yang terbaik. Moga puasa kali ini paling bererti dan memberi banyak pahala dan nikmatnya. Seperti lirik lagu di atas itu … Harapan Ramadhan.
Monday, October 03, 2005
SAYA KEMBALI!
Baru masuk ofis hari ini setelah 5 hari bercuti. Balik kampung dan berehat-rehat. Betullah, kalau balik kampung memang sesuai untuk aktiviti makan tidur kemudian jalan-jalan dengan my mum. Ambil Yana di kolej dan kakak di Banting. Baby Syikin makin cute, gebu dan comel yang melampau. Sekali pandang sudah jadi macam anak Jepun pulak. Seronok bila ada 2 bayi comel di rumah.
King Adik tetap maintain sebagai baby ke-10 paling berpengaruh ketika ini. Semua aktiviti di rumah itu ditentukan olehnya. Masa dia tidur jerlah lega sikit. Tapi aneh sekali bila bapak dia ada di rumah boleh pulak dia jadi baik dan tidak banyak meragam. Kang bapak dia tak percaya pulak yang King Adik tu banyak ragam dan ‘mendera’ ibu dia saban malam.
Semalam nonton Rangka Kunci di Sunway Piramid. Oklah tak berapa best sangatlah citer tu. Saya lebih suka cerita berat dan ada mesej atau cerita hantu. Bagi saya menonton filem adalah satu aktiviti membaca kehidupan, menyelak lembaran pengalaman umpama menangani satu naskah buku interaktif. Mesti ada kesan dan pengalaman hebat yang perlu di tinggalkan dan membuatkan saya banyak berfikir selepas itu. Kalau nak hiburan ringan lebih baik saya termenung dari jendela bilik saya sahaja hahaha …
My dad demam kesian pulak bila orang tua kita demam dan kita tak berupaya untuk menangung kesakitannya. Sudah pergi ke hospital untuk check darah, takut sekali jika denggi. Ayah yang berfesyen rambut ala Mawi itu terbaring jer di rumah dan mak menjadi begitu protektif sekali (maklumlah nak jaga baby tua yang demam). Lucu pun ada bila time nak makan ubat.
Dia kata saya masih dalam proses evaluation lagi. Banyaklah dia nak evaluate, kadang saya pun rasa tidak selesa. Memanglah banyak benda kena dipertimbangkan. Sudut mana pun ianya. Kesan bagaimana dan penerimaan masing-masing terhadap individu tersebut. Saya jadi takut untuk membuka pintu hati jika sikapnya begitu. Takut terlanjur sayang dan akhirnya melukakan hati sendiri. Sikapnya sebatu jauhnya dengan apa yang saya harapkan, namun saya sudi untuk bertolak ansur. Saya bukan mencari cinta lagi, terlalu tua untuk itu. Terlalu bosan dengan proses-proses yang menyakitkan ini. Maybe lebih baik unattached buat ketika ini dan biarkan masa menentukan.