Terlepas hutang RM376,000
KUALA LUMPUR: Dalam satu penghakiman bersejarah semalam, Mahkamah Tinggi di sini mengurangkan sebanyak RM376,000 jumlah yang perlu dibayar seorang pembeli rumah kepada sebuah bank selepas beliau gagal membuat pembayaran terhadap satu pinjaman yang dibuatnya mengikut kemudahan pembiayaan Islam.
Hakim Datuk Abdul Wahab Patail dari Bahagian Perdagangan Mahkamah Tinggi memerintahkan rumah berkenaan dilelong mengikut Kanun Tanah Negara untuk mendapatkan balik sebanyak RM582,000 dan bukannya hampir RM959,000 seperti yang diminta oleh bank berkenaan.Affin Bank Berhad menyaman Zulkifli Abdullah, seorang bekas kakitangannya kerana gagal membuat pembayaran pinjaman di bawah kemudahan Al-Bai Bithaman Ajil yang diberikan bank berkenaan pada Disember 1997 untuk sebuah rumah tepi, dua tingkat berangkai.
Al-Bai Bithaman Ajil adalah prinsipal Syariah yang membabitkan bayaran tertunda bagi pembelian hartanah dan penjualan serta pembayaran harga jualan yang termasuk margin keuntungan.Zulkifli, yang meninggalkan bank itu pada bulan yang sama beliau membuat pinjaman rumah itu, diberikan kemudahan pinjaman sebanyak RM346,000 yang disebut Harga Pembelian Bank, tetapi pada hari yang sama, bank itu menjual hartanah berkenaan kepada beliau yang memerlukannya membayar balik pinjaman selama tempoh 18 tahun dengan 216 bayaran ansuran bulanan (berjumlah RM582,000).
Bagaimanapun beliau tertunda dalam pembayarannya sebanyak dua kali selepas melunaskan beberapa pembayaran berjumlah RM33,454 hingga Jun 2001.Dalam penghakimannya, Hakim Abdul Wahab berkata, isu yang dihadapkan ke mahkamah ialah jumlah seorang pelanggan itu perlu bayar kepada penyedia kemudahan jika berlaku bayaran tertunda selepas membuat bayaran ansuran.
“Dalam erti kata mudah, kesusahan defendan ialah selama dua tahun lapan bulan selepas ia diberikan, kemudahan itu menjadikan tuntutan hutang sebanyak RM958,909,21.
“Walaupun nilai pasaran katakan RM400,000 dan harga berkenaan didapatkan daripada lelongan, defendan masih berhutang sebanyak RM558,909.21.
“Berbeza dengan pinjaman konvensional, peminjam yang gagal membuat bayaran hanya diperlukan membayar balik jumlah pinjaman dicampur dengan faedah terakru dan bayaran lain termasuk denda bayaran lewat. Berdasarkan tanggapan serupa pelupusan hartanah pada nilai pasaran, biasanya tidak banyak yang boleh ditambah oleh peminjam bagi melepaskan dirinya daripada liabiliti lain,” katanya.
Beliau menegaskan, sebab perbezaan itu ialah apabila berlaku peminjam tidak membayar balik pinjaman sebelum tamat tempoh pemegangan, jumlah yang peminjam dalam pinjaman konvensional perlu bayar atas jumlah yang dipinjam – faedah dan faedah bayaran lewat – adalah terhad kepada tempoh daripada pengeluaran pinjaman hingga penyelesaian penuh dan bukannya bagi pemegangan penuh pinjaman asal.
Abdul Wahab memberikan contoh dua kes terdahulu di Mahkamah Tinggi, satu membabitkan kemudahan pembiayaan Islam sebanyak RM265,000 dan satu lagi RM150,000, di mana defendan diperintahkan membayar bank harga jualan masing-masing RM583,000 dan RM217,500 apabila peminjam gagal membayar balik.Oleh itu kemudahan sebanyak RM265,000 menjadi hutang sebanyak RM583,000 dan jika pun satu lelongan harga penuh RM265,000 didapatkan, defendan masih berhutang sebanyak RM318,000.
Dalam kes kedua, defendan diperintahkan membayar balik bank harga jualan sebanyak RM217,000 dan walaupun nilai pasaran rumah itu sebanyak RM150,000 dan harga yang didapatkan daripada lelongan, defendan masih berhutang RM67,000.“Apabila kepuasan untuk memenuhi hasrat suci mengelak daripada pembiayaan itu mengandungi elemen Riba (faedah) menyebabkan kedukaan kepada yang mungkir sebelum berakhirnya tempoh pemegangan kemudahan Al-Bai Bithaman Ajil.
“Pendedahan bahawa walaupun selepas sekuriti telah dilelong pada harga penuh pasaran masih terdapat jumlah besar yang terhutang dengan bank, adalah sesuatu yang mengejutkan,” kata hakim.
KOMEN
Begitulah sikap bank walaupun pinjaman secara Islam ianya tetap 'sama' atau dengan bahasa mudah keuntungan yang diterima oleh bank telah dikira siap-siap kadang berkali ganda dari nilai pinjaman asal. Ianya tetap membebankan peminjam. Kes ini menarik untuk direnungkan kerana buat pertama kalinya nasib peminjam seakan dibela. Walaupun kita telah bersetuju dengan harga akhir yang diberikan semasa pinjaman dibuat, apa yang berlaku jika perjanjian terbatal sungguh mengejutkan. Walaupun harta tersebut dilelong, bank mendapat semula wangnya, namun peminjam tetap berhutang baki jumlah seperti apa yang dipersetujui di peringkat awal (sama seperti jika dia terpaksa membuat bayaran dalam tempoh 18 tahun). Wah untung gilerlah bank macam tu.
Siapalah agaknya lawyer untuk kes ni yer? Adakah peminjam diisytiharkan muflis disebabkan kes ini?