Wednesday, April 30, 2003

Kisah Khatijah & Wan Nadiah

Seorang pelajar A Level Kolej Sunway, Khatijah Khalilur Rahman mendermakan semua wang yang dimenanginya menerusi peraduan meneka lagu The Mix 6 List anjuran radio Mix FM. Bayangkan seorang pelajar berusia 19 tahun yang baru menerima duit terpijak sebanyak RM 60,000 itu sanggup menyumbangkan kepada mangsa peperangan di Iraq. Baguslah mungkin dia juga datang dari keluarga yang berada dan tidak memerlukan sangat wang tersebut. Daripada duit habis tak tentu hala baik didermakan dapat juga pahala. Tapi kalau orang lain yang dapat akulah contohnya memanglah rasa tak cukup list nak belanjakan duit itukan. Sebab itulah agaknya aku tak pernah menang hadiah besar dalam apa juga pertandingan.

Tertarik juga mendengar kisah Wan Nadiah dan satu-satunya pelajar Malaysia yang diterima masuk ke Universiti Harvard. Beliau seorang pelajar straight A's yang wajar dicontohi bukan sahaja cerdik pemikiran tapi juga tertib dan tahu apa yang dia mahukan dalam hidup. Ianya hasil didikan kedua ibubapanya yang memberikan pendidikan yang sempurna dan sebuah keluarga yang bahagia. Bila ditanya soalan Kenapa agaknya pelajar Melayu lemah?" Jawab Wan Nadiah, "Ia tak ada kena mengena dengan bangsa.". Suatu Jawapan yang cukup memberangsangkan. Memanglah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu bangsa itu jika bangsa itu sendiri yang tidak mengubahnya. Apa juga bangsa di dunia ini perlu berusaha jika ingin berjaya. Kalau buat sesuatu hangat-hangat tahi ayam memanglah takkan sampai kemana. Ramai pelajar Melayu yang lebih pandai dan bijak cuma mereka tidak ditonjolkan di media massa. Mungkin juga kita kena lihat walaupun bangsa lain lebih banyak mendapat peratusan yang tinggi dalam akademik tapi akhirnya bekerja di luar negara atau berhijrah bila sampai masanya. Itu juga tidak memberi apa-apa sumbangan pada pencapaian negara.

Tuesday, April 29, 2003

Makan

Betullah kata Ceqtie aku memang tak lalu makan. Bukan minggu ni jer tapi memang sudah lama dah. Selera makan memang tak ada. Bila rasa menggigil barulah ada daya untuk makan. Pelik pulak macamana aku boleh ada tenaga. Sedangkan kalau lunch atau sarapan tak pernahnya habis. "Kau bujang ler Mal tak gunakan tenaga sangat". Mungkin betul jugak kata Ayah Fahrol tu. Aku mungkin tak gunakan banyak tenaga untuk aktiviti lain yang memerlukan aku memerah tenaga habis-habisan. Nak berjogging pun setiap petang dah start hujan.

Bila aku baca magazines, walaupun kita tidak lapar bila time makan kita kena makan . Kalau tidak muka akan nampak lesu sebab tidak cukup nutrient . Aku gantikan dengan pengambilan pil vitamin dan minum banyak soya bean. Aku pernah baca dari email kalau minum banyak soya bean pun tak elok sebab ada pengawet. So my mum tak perlulah risau tentang hal tak cukup makan sebab takde orang jaga. Sebabnya aku bukannya kuat makan sangat. Kalau di ikutkan salah satu azam tahun baru aku ialah untuk menambahkan berat badan ke tahap yang sesuai dengan tinggi aku 172 cm ni. Sekarang ni aku memang under weight. Kena tambah berat sikit supaya nampak lebih "ganas". Taknak ler orang kata macam tak cukup makan jer. Bukan taknak makan cuma, tak pernah habiskan makanan jer. Membazir betul. Aku dah cuba pelbagai jenis makanan setiap kali time makan tapi itulah tak juga berjaya.

Malam tadi contohnya aku tak makan malam. Selain malas nak keluar memandu ker Putrajaya/ Street Mall. Perut aku tak terasa lapar langsung ajaib sungguh. Mungkin aku dalam tekanan, mungkin juga. Wan masih bercuti / MC di Trengganu, perut dia masih lagi mendatangkan masalah padanya dia bercuti untuk tempoh 2 minggu. Mungkin akibat amalan pemakanan yang tidak teratur. Selalunya kitaorang akan keluar makan malam berdua, sebabnya dia tak boleh memandu waktu malam. Penyakit saraf matanya semakin teruk. Dugaan untuk sahabat aku seorang tu. Next week akan sibuk dengan class di Melaka dan berulang-alik Cyber/Melaka. Kena jaga betul-betul pengambilan makanan kalau tidak mahu aku hilang berat badan lagi. Diorang selalu kata kalau aku dicampakkan kat Afrika pastinya aku akan dapat mengasimilasikan diri aku dengan baik di sana. Tapi selalunya aku akan cepat berasa lapar bila berada di luar negara. Asyik fikir pasal hal nak makan kat mana sahaja berbanding kat tempat sendiri.

Dugaan lagi ...

Monday, April 28, 2003

Lupa lahh

Director aku call pagi tadi dan tanya kenapa aku tak datang kerja semalam. Yes Ahad, oopps aku terlupa semalam sepatutnya aku ada briefing untuk pelajar Internet Based Programme tu. Aku sebenarnya confused dengan program universiti yang hampir-hampir sama ni. Program tu lebih kurang sama sengan Distance Education Program tapi ada 2 dept yang uruskan. Nasib baik Syam dah masuk kerja hari ini. Senang sikit aku nak bergerak selepas ini. Tak ler terkejar-kejar sentiasa dengan program yang banyak tu. Aku hantar email mintak maaf dengan ketua unit IBDP. Kalau dia nak marah pun apa aku nak buat. Patutlah ada orang hubungi handphone aku semalam. Tapi dia tak cakap apa-apa tentang appointment aku semalam tu. Diorang pun tak bagitau or remind aku on Friday. Tapi memang aku yang bersalah, cuainya aku. Aku tak semak schedule aku masa hari Jumaat sebab sibuk fikir nak jumpa N jer . Hampeh betul ler aku ni.
Dan Bintang itu Berkerlipan di AIM 2003

Album Terbaik
Album Pop Terbaik
Artis Baru Terbaik

Tahniah untuk Siti Sarah kerana mendapat kemenangan besar di AIM 2003. Aku meramalkan dia menang untuk 3 anugerah utama menjadi kenyataan. Cuma tekaan agak meleset untuk Anugerah lagu terbaik. Entah kenapa "Kesetiaan" kecundang padahal lagu tu cukup popular dan sukar dilagukan. Menurut Ajai sendiri lagu itu pernah diberikan kepada seorang penyanyi top tanahair tapi tidak mampu dinyanyikan olehnya. Apapun Sarah membuktikan bakat yang ada mampu memacu kejayaan walau hanya berbekalkan album sulung.

Ada kekalutan semasa anugerah Album Terbaik dimana M. Nasir membacakan semula pemenang untuk anugerah Lagu Terbaik. Entah apa-apa entah rasa benda macamtu tidak seharusnya berlaku di malam kemuncak segala-galanya. Selepas ini Siti Sarah mempunyai tugas berat untuk terus melipat-gandakan usaha menghasilkan produk yang lebih bermutu. Sudah pasti jika dilihat sokongan dari para pencipta seperti Azmeer & Ajai amat diperlukan untuk meneruskan misi Sarah menduduki tangga teratas atau sekurang-kurangnya memberi sedikit "gegaran" kepada Siti Nurhaliza. Siti Sudah pasti tidak akan berdiam diri, persaingan sihat perlu untuk muzik Malaysia berkembang dan tidak menjurus pada suatu pola yang sama.

Siti Sarah amat beruntung kerana diuruskan oleh ayahnya yang juga bekas penghibur . Sudah pasti pengalaman si ayah dapat sedikit sebanyak membantu perjalanan seni Siti Sarah. Seperti yang pernah saya perkatakan mengenai penyanyi ini beliau perlu mengasah mutu vokal, cara berkomunikasi dan menjauhi gosip liar yang membinasakan. Kawalan dari orang tua amat penting untuk melahirkan seorang lagi diva tanahair. Kalau diperhatikan cara beliau menjawab ketika sessi interview bersama wartawan, cara pemikirannya boleh dikatakan matang diusia 18 tahun. Bila wartawan bertanyakan tentang soalan sensitif beliau bijak mematikan hujah pihak tersebut.

Diharap Siti Sarah akan terus maju di dalam karier nyanyiannya. Empat anugerah untuk tempoh tidak sampai setahun dikira cukup bermakna untuk pendatang baru sepertinya. Dan akhirnya bintang itu mula berkerlipan ...

Quotes:
"Apasal baju Ella macam aiskrim padle pop?"
"Tak baik tau cakap macam tu , berdosaaa sangat" - Ella

Sunday, April 27, 2003

Berjalan Di Atas Awan ( Part 5 )

Selebat hujan yang turun, mencurah membasahi bumi
Tidak selebat hujan di dalam jiwa ku
...

Aku rasa entah apa-apa entah. Sedih nonton filem "Centre Stage" pun tak hilang lagi. Fikiran aku mula berkecamuk juga. Segala ketidakpastian tidak dapat dirungkai, diam dan terus mendiamkan diri. Rasa hilang harga diri pulak jika terlalu meminta atau mengharap pada yang tidak sudi. Nak buat macamanakan diri ini yang tidak dapat mengawalnya. Sudah bosan ker atau masih keliru? Masa yang diperuntukkan amat lama, takkan tidak terdetik di hati? Betullah kadangkala ianya datang sekali sahaja tapi sudah begitu bermakna, adakalanya pula berkali-kali muncul tapi tidak dipeduli.

Apa yang perlu di buat? Berundur sebentar dan melihat jejak yang ditinggalkan dalam kesamaran itu ? Kenangan menerpa bertubi-tubi, rasa itu juga yang terisi di hati. Mungkinkah ada sinar dipenghujung jalan?. Atau memang dah tak boleh diselamatkan lagi. Berita "Kissable" bercerai dengan suami juga menyentap rasa. Alasan sukar dan bosan pada pasangan setelah cuma 3 tahun bersama. Sukar untuk menyesuaikan diri sebagai alasan? Bukankah setiap individu itu berbeza mana ada orang yang sama. Mana boleh setiap orang perlu mempunyai karektor lucu lucuan segala. Benda itu tidak boleh dibuat-buat. Kalau sudah bersikap pendiam mestilah terima diri seadanya. Tidak perlu berubah secara total demi tuntutan pasangan, menjadi orang asing pada diri sendiri. Lagak habis madu sepah dibuang. Dia tidak pernah memperkenalkan aku dengan kawan-kawannya juga seakan misteri. Walau mereka bersungguh ingin ketemu. Sanggup membuat janji lain jika ingin berjumpa, kenapa yer?

Jawapan yang diminta tidak di endah. Kembali kepada asal, pusing-pusing ketemu titik itu juga. Mungkin ia dugaan semata entahlah berserah sahaja padaNya. Atau ...


There's something in your eyes that's far too revealing
Why must it be like this a love without feelin'
Something is wrong with you I know
I see it in your eyes
Believe me when I say
It's gonna be okay

I told you from the start I won't be demanding
I won't be demanding
If you have a change of heart I'll be understanding
I'll be understanding
When love becomes a broken heart and dreams begin to die
Believe me when I say
We'll work it out some way

I'll never try to hold you back
I wouldn't try controlling you
If it's what you want
It's what I want
I want what's best for you
And if there's something else that you're looking for
I'll be the first to help you try
Believe me when I say
It's hard to say goodbye

We've lost that loving touch we used to feel so much
I try to hide the truth that's in my eyes
The love without feeling
But when I feel we're not in love, I know I'm losing you
Believe when I say
We'll work it out some way

I'll never try to hold you back
I wouldn't try controlling you
If it's what you want
It's what I want
I want what's best for you
And if there's something else that you're looking for
I'll be the first to help you try
Believe me when I say
It's hard to say goodbye

Don't say goodbye

If it's what you want
It's what I want
I want what's best for you

I'll never try to hold you back
I wouldn't try controlling you
If it's what you want
It's what I want
I want what's best for you
And if there's something else that you're looking for
I'll be the first to help you try
Believe me when I say
It's hard to say goodbye

I'll never try to hold you back
I wouldn't try controlling you
If it's what you want
It's what I want
I want what's best for you
And if there's something else that you're looking for
I'll be the first to help you try

Saturday, April 26, 2003

Bank and Banking

"Makcik nak buat pertukaran buku ASB makcik ni sebab no akaun makcik tak sama dengan dalam komputer"
"Tak boleh buat kat sini makcik, makcik buat kat mana dulu?"
"Makcik buat kat Pejabat Pos Dengkil, diaorang kata boleh buat kat sini sebab ***bank ada fax machine semuanya"
"Tak boleh makcik kitaorang pun agen macam Pejabat Pos tu jugak kena pergi ke PNB ni untuk sattledkan"
"Kalau nak tutup akaun dan keluarkan semua duit boleh tak?"
"Tak boleh makcik kita hanya bukak akaun, masuk keluar jer"

Makcik tu pun keluar dari bank tu dengan perasaan hampanya. Sudah pasti dia entah dari ceruk mana di Dengkil tu. Begitulah nasibnya kalau orang dari pihak-pihak berkenaan sentiasa tolak menolak dan memberi maklumat yang tidak jelas. Mengapa Pejabat Pos Dengkil tidak menelefon terus ke PNB dan menerangkan bagaimana seharusnya urusan itu dijalankan. Bukan hanya lepas tangan dan merujuk kes mereka ke bank berkenaan? Kalau bank tersebut mengamalkan khidmat pelanggan yang cemerlang sudah pasti dia akan memastikan kes tersebut di bantu sewajarnya. Contohnya menghubungi PNB bagaimana hendak menutup akaun bolehkah agen melakukan prosedur tersebut. Orang-orang kampong selalunya diperlekehkan karenah birokrasi dan double standard dari segi khidmat pelanggan. Maklumat yang diberikan perlulah jelas dan tepat. Kalau hendak menutup akaun terpaksa ke PNB itu sesuatu yang perlu diberikan perhatian. Katakan kroni I dari TK , or my mum menghadapi situasi yang sama dan diberi arahan kalau nak tutup akaun kena pergi ke PNB di KL. Betulkah begitu? Sebabnya dulu adik I yg bekerja di Maybank Finance kata ada sesetengah urusan yg boleh dilakukan di ***bank, tapi kadang kala mereka tidak mahu melakukan urusan tersebut sebab taknak menyusahkan kepala. Ada sekali tu alasan yang diberikan "borang habis"... Macam tu ker ? Entah lah aku pun tak tahu. Tapi bila kaum yang satu tu, diorang dilayan sikit punya mesra sanggup call mana-mana shj. Mungkin mereka tu lebih assertive dan tahu hak mereka sebagai pelanggan.

Ada satu kes yang melibatkan my dearest mum di B** TK. Masa tu my mum tengah nak keluarkan duit . Maklumlah anak-anak akan masukkan duit bulanan dalam akaun. Bila dah isi form wang keluar dia ke kaunter. Belum apa- apa teller tu dah melaserkan my mum tu. Yelah buku tu memang jarang update, jumlah yang mak I nak keluarkan melebihi jumlah baki terdahulu yang ada dalam buku akaun dia. Apalah salahnya teller tu update atau semak akaun tu dulu bukan main nak melaser jer. Mak I sangat lah terasa hatinya. Dia siap kata kat semua anak-anaknya " Ni lah kalau orang tak de pelajaran , orang akan perbodoh-bodohkan jer". Kitaorang amatlah marah siap nak tulis kat akhbar pelbagai supaya orang kampong yang menjadi pelanggannya mendapat khidmat yang memuaskan bukan hanya cantik di luaran shj. Semenjak hari itu my mum tak pernah lagi berurusan dikaunter, sekarang dia dah pandai gunakan ATM machine walaupun mak I tak reti membaca, dia ingat step dia entah macamana entah. Atau kalau kitaorang balik kampong baru keluarkan duit. Kesian my mum ...

Tulah kalau kerja apa pun just because nak gaji, bukan kerja sebagai ibadah kerana nak berkhidmat pada masyarakat. Khidmat yang diberikan pun entah apa-apa asal gitu-gitu jer. Itu belum kes double standard lagi ... diorang ni kena gi kursus customer service ni .

Adik

Tadi ke Sepang jumpa Yana lagi. Dia kehabisan barang makanan dan aku bagilah duit poket untuk minggu depan. Minggu depan juga dia akan ada final exam. Kitaorang ke mini market yang biasa kami pergi. Yana ni adik bungsu pompuan paling kecik. Kitaorang dulu ingat Isman adik bungsu kitaorang. Yelah masa tu Isman dah tingkatan 2 then tiba-tiba dapat adik baru pulak. Memanglah terperanjat beruk masa tu. Tapi kitaorang amat seronok nak terima adik baru ni. Bila mak mengandung dalam usia agak lanjut ada masalah kekurangan darah. Hinggakan Yana disahkan mengidap anemia, kekurangan sel darah putih. Bila di belek album lama. Yana masa kecil dia orang tak sangka dia boleh menjadi anak dara yang begitu jelita ( cam promote pulak) . Tapi sekarang ni mak datuk make-up dia jer dah mengalahkan adik I yang kerja di Pelabuhan Klang tu. Soal kecantikan memang dia cukup jaga, segalanya begitu up-to-date. Yelah abg dan kakak-kakak dia sponsor. Sekarang ni dah ada pakwe pulak si Ajak tadi jumpa Ajak dan minum sama-sama. Ni pakwe dia yang keberapa entah aku pun dah lost count. Yana jenis yang kalau orang tak nak dia lagi tak hingin. Bukan jenis setia macam abang dia ni ewahhh. Baguslah apapun aku selalu pesan kat dia supaya belajar setinggi mana yang boleh dulu. Walaupun pompuan perlu ada kerjaya dan pendidikan yang mantap sebab apa-apa terjadi nanti senang. Moga dia berjaya cemerlang dalam final exam dia next week.

Puasnya memandu kat highway sambil dengar lagu "Sendiri". Bukak lagu tu kuat-kuat dan rewind berkali-kali. N tadi telefon dan kata dia kat KLCC beli "catuan". Petang ni nak kesana, next week baru balik kampong sebab Yana akan bercuti sebulan.


Survivor

Bila menonton program Survivor, dimana tidak semestinya yang kuat akan berjaya, aku teringat kehidupan aku di kampong suatu ketika dulu. TK adalah kawasan pertanian, semua masyarakatnya tertumpu kepada aktiviti menanam padi. Kehidupan biasalah aman damai tapi hanya cukup makan sahaja tak boleh bermewah ker apa. Usia 12 - 17 tahun adalah zaman remaja yang amat mencabar. Masa tu siapa yang tak lepas SRP dan tak repeat tingkatan 3 tak kan kemana. Mereka hanya bersawah atau pergi ke KL kerja kontrak. Zaman remaja adalah zaman yang menuntut bimbingan dan kawalan dari keluarga secukupnya. Walaupun di kampong pengaruh rock/punk, berambut panjang, merokok dan sebagainya tetap ada. Tetapi yang paling dahsyat adalah gejala penagihan dadah dan ianya masih berlaku hingga ke hari ini.

Bila tahun ini kerajaan merancang untuk memerangi dadah secara berterusan. Tapi nampaknya bahaya SARS dan kegawatan ekonomi membuatkan program yang dilaksanakan tidak serancak di awal tahun. Akibat penagihan dadah ramai kawan -kawan semasa kecil yang seusia terlibat sama. Ada yang meninggal dunia, dan masih menagih sehingga kini. Jalil salah seorang anak jiran aku yang terlibat, pelajar pintar tapi kecundang akibat serbuk putih itu. Akhirnya meninggal dunia 2 tahun yang lepas. Jefri masih lagi meneruskan akitiviti tersebut tapi aku tahu keluarganya masih menghadapi saat-saat yang sukar untuk memenuhi tuntutannya. Keluar masuk Pusat Serenti namun pembekal dadah terlalu licik untuk ditumpaskan dan tetap sedia menanti bila mereka keluar. Apa yang menjadi misteri pihak berkuasa masih tidak dapat menangkap siapakah dalang yang merosakkan anak bangsa ini terutama kawan-kawan sepermainanku.

Semasa remaja, ibu bapaku amat 'mengongkong' pergerakanku walaupun masa tu aku sudah masuk tingkatan 5. Pergi mana, keluar dengan siapa, tak boleh balik selepas maghrib. Ada satu kes aku terkantoi merokok, sebab ada sebatang rokok tersimpan elok di kotak pensilku. Habis semalaman mak dan ayah memarahiku. Yang paling syahdu dan masih tergambar di ruang ingatan. Aku melihat ibuku menangis disebabkan perbuatan ku. Tapi akhirnya aku tahu mereka amat menyayangiku dan tidak mahu aku terlibat dengan gejala tidak sihat. Sehingga ke hari ini ibuku tetap monitor kehidupanku walaupun secara tidak langsung. Tapi lebih kepada rasa rindu bila anak-anak telah membesar. Namun semakin kita menginjak usia kedewasan cabaran tetap ada, banyak perkara boleh berlaku dan aku akan sentiasa berhati-hati. Bersyukur aku di kurniakan keluarga yang amat mengambil berat terhadap kehidupanku. Kami amat rapat diantara satu sama lain walaupun kini jarang bertemu akibat tuntutan karier masing-masing.

Bila aku melihat masa lalu dan apa yang berlaku pada kawan-kawan ku yang lain di daerah TK, aku mula mengerti kehidupan bukan sekadar meneruskan hidup tapi memerlukan kita berfikir, mentafsir dan bertindak.

Friday, April 25, 2003

Seronok Sangat

Dia call pada pukul 7.45 malam, masa tu aku baru jer tengah nak golek-golek atas tilam. Maklumlah hari ni penat sangat so aku baring-baring lepas maghrib. Dia tanya buat apa tu aku kata nak tidur . "Hoi ini bukan TK ler nak tidur asal nampak hari gelap jerr", dia ketawa terbahak-bahak. Seronok dengar dia ketawa. Dia lalu tempat aku hari Rabu dan Khamis sebab ambik kereta kat Pelabuhan Klang. Tapi dia tak tahu jalan nak ke Cyberjaya. Banyak jugak yang aku tanya kat dia. Aku gelak tak ingat dunia bila dia citer "pencabul" & "perogol bersiri". Esok dia tak kemana-mana sebab malam tu nak nonton AIM katanya. Aku pulak masih tak sure nak balik ker tidak. Esok aku tak kerja. Kalau tak balik rindu pulak kat ayah bonda tu plus Ikan sembilang masak santan pedas mmmm ...





Hari Jumaat ( TGIF )

Hari ini ada lawatan dari Kolej Matrikulasi Yayasan Satu ( Saad) dari Lembah Beringin. So kenalah buat presentation dan bertukar-tukar maklumat dengan mereka semua. Hampir dua jam kami buat perbincangan situasi kerja semasa. Boss mereka ialah my super senior, kiranya saya ni dia punya juniorlah . Segan jugak bila senior tanya kita punya kerja takut tak mencapai specifikasi yang dikehendaki. Tapi alhamdullilah diorang nampak amat berpuashati. Biasanya bila pelawat datang mereka akan bagi souvaniar terutamanya pen jadi memang banyak ler pen yang ada kat rumah tu. Macam jadi koleksi jugak secara tak langsung. Tapi tak berharap pun benda tu semua kalau mereka sudi datang pun dah kira bersyukur.

Bila habis jer sessi lawatan tu, saya, Ayah Fahrol & Zul bergegas ke masjid di Dengkil untuk solat Jumaat. kami memang jarang solat di surau Universiti ni bukan apa pun sebab nak jugak jumpa masyarakat luar. Khutbah dia memang mantap dan oklah. Kemudian makan di gerai depan masjid tu. Hari Jumaat masa berlalu cepat sangat. Tadi Yana call tapi I still tak decide lagi nak balik kampong minggu ni ke tidak. Kalau gaji dah masuk besok baliklah kalau tak balik minggu depan. Yana dah berkira nak bawak balik barang-barang dia di kolej tu . Nantilah malam kena call dia lagi.

My former lecturer yang tengah buat Phd thesis call I untuk hantar pre-test questionnaire dia. Dia siap bagitau suruh saya komen yang negetif jer untuk questionnaire tu, dia tak nak yang positif. Masa saya ambik paper dia dulu dia tak bagi pun markah yang elok kat saya. Maklumlah saya ni bukan dia punya favourite student. Tapi takpelah saya tak kecik hati ker apa. Saya akan tolong dia jugak dan dia boleh nilai saya dari apa yang saya buat sekarang.

Esok nak bercuti sebab Sabtu minggu lepas dah kerja. Hehehehe ...

Thursday, April 24, 2003

Kerja Kilang

Bila aku bercerita dengan N yang aku pernah kerja kilang, dia senyum kelat kat aku. Aku tanyalah kat dia kenapa, dia bayangkan aku kerja dengan kengkawan pompuan dan semuanya pompuan. Ya itu betul majoriti yang kerja kat tempat aku kerja dulu adalah pompuan. Tapi ada juga bahagian yang memerlukan tenaga lelaki. Masa tu tengah tunggu STPM tahun 1991, mintak kerja apa saja asalkan halal. Mula-mula kerja di kilang papan mak datuk berat sangat kerja dia tahan sebulan jer. Kemudian tengok anak-anak jiran kerja di kilang permainan kanak-kanak, rasa nak try pulak. Alhamdullilah berjaya, tapi azab jugak bayangkan pukul 4.00 pagi dah kena bangun. Kemudian 4.30 pagi kena terpacak tepi jalan raya tunggu bas kilang. Dari TK ke Pelabuhan Klang sampai sana betul-betul azan subuh. Maknanya sembahyang subuh kat surau kilanglah sebelum masuk kerja pukul 8.00 pagi.

Hari pertama dia bagi try semua department. Ada tempat buat body part, segala macam. Mana yang agak-agak menyusahkan hidup aku buat-buat reject jer. Akhirnya dapatlah masuk tempat packing. Satu line tu ada lebih kurang 30 orang pekerja wanita yang cun melecun dan anggun sentiasa. Line leader dia juga baik lupa pulak nama dia tapi mata dia sepet dan sentiasa bertocang. Aku duduk jer bahagian belakang masukkan barang ke dalam kotak. Kerja dia senang tapi kerja macam robotlah. Aku respect betul ler siapa yang kerja kilang ni. Tak boleh monteng ker mengular ker atau nak chatting ker pelbagai. Sentiasa kerja dan kerja, tangan sentiasa berjalan dan kadangkala mulut ikut rentak yang sama. Diorang monitar habis apa yang kita buat . Berapa minit buat tu, siap darap kali untuk measure kepantasan pekerja untuk capai target. Maklumlah produk Barbie untuk pasaran antarabangsa. Aku kerja di Mattel Sdn Bhd untuk suatu tempoh sebelum aku masuk "U".

Bila aku kerja kat kilang tu adalah orang kampong yang bising tak elok buat anak patung @ berhala. Tapi aku niat dalam hati kerja ni hanya sementara sahaja. Bila kerja tu satu problem besar timbul. Hari Jumaat takde peruntukkan pelepasan untuk pekerja lelaki sembahyang Jumaat. Aku terpaksa lah ponteng setiap hari Jumaat. Bila dah kerap buat macam tu aku di panggil mengadap. Aku mintak ler kelonggaran untuk solat Jumaat. Management yang macam @##%$$ tu tetap tak nak bagi pelepasan. Dia kata kalau tak nak kerja berhenti. Yelah aku ni kan "orang suci" bak kata N, mestilah pergi solatkan walaupun terpaksa beli surat MC kat klinik di TK tu. Satu minggu kena keluarkan duit RM 15 ringgit untuk dapatkan surat MC sedangkan gaji aku sehari lebih rendah dari itu. Tapi takpe, demi kerana agama mana boleh main-main. Aku yang nampak cam budak baik tu dah dicop sebagai budak nakal sebab racun kengkawan satu bas yang lelaki dari TK ponteng tiap hari Jumaat.

Bila kerja dengan majoriti budak pompuan ni. Merekalah yang akan mengawal situasi tempat kerja. Mood tiap hari bergantung kepada mood diorang. Ada sorang akak tu, selalu urut-urut bahu aku sebab dia tahu aku kepenatan. Diorang semua akan gelakkan aku bila aku cuba "menepis". Yelah masa tu kan aku dalam zaman "suci" lagi dari anasir-anasir yang macam tu. Teringat wajah sorang akak tu nama dia Kak Zee, baik entah dah kahwin entah tidak.Orang Perak bila dia jumpa jer dia mintak aku ajar dia cakap orang putih. Tapi dia cakap ikut slang Perak yang pekat so jadi kelakar. Tapi dia memang gigih, yelah bila Mat Saleh jumpa pekerja diorang mestilah speakingkan. Aku memang cukup tabik dengan mereka semua sanggup kerja 24 jam overtime demi sesuap nasi. Kebaikan mereka semua hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya. Bila aku dipindahkan ke tempat yang memerlukan aku handle machine pemotong kertas. Kerja tu memang berat, bayangkanlah nak masukkan gulungan kertas yang beratnya hampir satu tan tu kat mesin sebelum saiz ukuran di buat. Aku tahu diorang nak buang aku atau suruh aku berhenti bila tak tahan. Tapi aku ni kan seorang yang bersemangat waja, lagi orang pressure lagilah aku tunjukkan skill aku. Tahan jugalah aku buat kerja tu sampai panggilan ke Universiti tiba.

Tempat tu memang menguji kesabaran dan keimanan aku, ingat lagi kalau overtime dengan diorang semua pakat pasang lagu Ramlah Ram. Ramlah memang tengah zaman top dia masa tu sebelum Ziana Zain ambik alih. Bila aku ingatkan balik, aku bersyukur juga bila selalu bangun pukul 4.00 pagi, bila kat Universiti tak payah orang kejut pun boleh bangun sendiri sampailah sekarang. Bila aku ditimpa kesusahan aku selalu bayangkan ada orang lain yang lebih susah dari aku. Bila makan ramai -ramai kat ofis teringat zaman tu, seketul KFC di kongsi ramai-ramai. Baik betul diorang tu, takde dengki mendengki dan sentisa saling tolong menolong. Harap sekarang ni mereka telah tukar polisi dan membenarkan pekerja lelaki keluar bersembahyang Jumaat. Rasa perit bila diingatkan tapi segalanya menjadi satu memori terindah bahawa aku juga pernah merasai kepayahan itu semua.

Lihatlah Burung Senja telah pulang menuju sarang,
Mencari dirinya yang hilang
Di kepaknya tersisip pengalaman
Di kakinya terpeta jejak pengalaman.


Pengalaman itu sesuatu yang mahal harganya ...


Annual Staff Performance Assessment Incorporating : ShareNet - University Wide Knowledge Sharing & Knowledge Management Experiment

Mandatory untuk setiap staff menghantar luahan idea terbaru, pengalaman tugas yang berguna menerusi penulisan artikel. Ingat tu kalau kerja kat sini kena pandai buat presentation dan must good in writing!. Nak cerita sikit tentang ShareNet ni ianya merupakan " a campus wide knowledge sharing and knowledge management system". Dipelopori oleh CCTD untuk mewujud mantapkan knowledge culture di kalangan warga universiti. Bila penulisan artikel oleh kakitangan akademik dan bukan akademik diwajibkan untuk sebahagian assessment masing - masing akan cuba menunjukkan skills mereka. Artikel perlu di hantar sebelum 15 June 2003.

Akan ada Review Committee untuk menilai hasil kerja kita samada boleh dapat A+ atau A. Kalau dapat F dia punya grade akan turun 1 anak tangga dan kalau bagus akan naik satu grade. Payah jugak yer walaupun idea asal ialah untuk contribute ilmu pengetahuan, bila dah dipaksa akan wujud unsur-unsur lain pulak. Idea ni bagus, kalau semua orang jujur dengan ilmu yang diberikan. Tapi ada ker mereka nak share ilmu mereka begitu sahaja. Ilmu yang menjadikan mereka specialist dalam sesuatu bidang dicapture dalam database kemudian bila you tinggalkan universiti adalah sesuatu untuk universiti. Tapi takpalah ikut sahaja apa yang mereka mahu. Tulis ler apa-apa sahaja yang berkaitan tugas kita. Yang paling penting jangan sampai terkantoi dapat F sudah. Survival beb ...

Aku nak tulis apa yekk ...!

Wednesday, April 23, 2003

Persidangan Asap - Communities of Practice (COP)

Setiap pagi kami menghabiskan masa untuk bersarapan di bilik yang kecil itu. Di pintu masuk ke bilik pantry itu tercatat nota "the most powerful people meet here everyday". Kami berbincang dan bergosip tentang semua hal, politik, sukan hinggalah kisah rumah tangga. Sudah tentu pelbagai tips yang terpaksa dikongsi dengan orang bujang seperti aku ini membuatkan aku terpaksa control macho. Selalunya isu semasa yang berlegar tentang permasalahan kerja dibincangkan. Rasa ketidakpuasan hati tentang pihak pengurusan 'diluahkan' pada sessi perbincangan yang tidak formal itu. Masing-masing memberikan pendapat atau sekadar mendengar dengan tekun. Detik 15 min itu amat berharga untuk dilepaskan. Pelbagai maklumat dan berita terkini di sampaikan dalam masa yang sesingkat itu. Memberikan kelegaan emosi yang tidak terhingga.

Shift pertama dimulai oleh golongan staff wanita yang akan bersarapan dahulu. Dari jauh kami terdengar gelak ketawa mereka yang berderai dan sesekali berbisik sesama mereka. Ketika yang sama juga puak exekutif akan sibuk mengemaskinikan email yang di terima, menyemak segala appointment untuk hari tersebut dan berbuat apa yang patut untuk memulakan tugas. Setelah staff wanita meninggalkan bilik tersebut, kami pun memulakan "persidangan asap" kami. Suatu persidangan rutin yang begitu bermakna untuk dilepaskan. Banyak perkara yang tidak boleh dibincangkan di dalam mesyuarat formal akan diperdebatkan dalam persidangan asap. Mesyuarat secara formal biasanya akan "mengongkong minda" dan emosi kami kerana segalanya akan dicatatkan, segala butir bicara diminitkan. Bos sudah tentu akan mendengar, tidak boleh berkata sebarangan. Banyak permasalahan yang boleh diselesaikan semasa persidangan asap . Ini dengan sendirinya akan memudahkan kerja kami di pejabat.

Pihak pengurusan sepatutnya menghargai sumbangan COP di dalam memajukan syarikat. Tempat perbincangan secara tidak formal perlu diwujudkan agar kakitangan boleh berinteraksi secara lebih terbuka dan selesa. Hewlett-Packard misalnya menunjukkan keprihatinan mereka di dalam isu ini - " When we designed this building, you saw that there was a big coffee area downstairs. The idea was that we created spaces where people can actually meet and talk". Kami bukan meminta peruntukan masa untuk bergosip dan membuang masa membincangkan isu-isu remeh. Di sini perkara sebegitu adalah sesuatu yang mustahil kerana group kami pernah tertangkap semasa makan di cafe tahun lepas, lantas mendapat surat amaran dari HR. Perkara ini tidak mungkin berlaku di sini dan sekarang kami melakukannya secara "tidak sengaja" di pejabat kami, di ruang sempit itu.

Tapi percayalah setiap unit dan department masing-masing akan mewujudkan kelompok ini. Pembentukan COP ini diwujudkan bila terdapat sekumpulan kakitangan yang mengamalkan disiplin ilmu atau dalam bidang yang sama saling membantu di dalam organisasi tersebut. Keahlian COP terbentuk secara tidak langsung bila dirasakan kesesuaian dan kepercayaan sesama mereka wujud. Mereka akan keluar minum bersama, makan tengahari bersama dan melakukan aktiviti lain. COP adalah salah satu aspek di dalam KM ( Knowledge Management). Secara disedari atau tidak kita adalah ahli kepada segolongan manusia yang sekepala semasa kita di pejabat atau sewaktu kita bekerja. Maka persahabatan dan keakraban itu terjalin dengan sendirinya menjadi sebegitu kukuh.

Paul R.Gamble & John Blackwell ( 2001) mendefinisikan COP sebagai " collections of individuals bound by informal relationships who share a similar work role in a common context. They are groups that :
a. Come together voluntarily for a shared purpose;
b. Have members that identify themselves as part of the community;
c. Repeatedly engage in activities with other members and communities;
d. Have interactions that last for an indeterminate period of time.

Aku mengelarkannya "persidangan asap" kerana Ayah Fahrol biasanya akan merokok setelah bersarapan pagi. Asap akan memenuhi ruang bilik yang sempit itu. Nasib baik ventilation fan telah dipasang maka sekarang ini, konsentrasi semakin mampan setiap kali sesi persidangan diadakan. Aku , Zul & Wan tidak merokok, tapi asap rokok itu begitu dominan sifatnya. Biasanya Ayah Fahrol yang lebih banyak memberikan maklumat dari department lain akan memberikan ulasan, dan secara tidak langsung memberikan input maklumat semasa kepada yang lain. Setiap kali bersarapan aku jarang dapat menghabiska makanan kerana biasalah takde selera dan kerana makananya memang tidak menyelerakan langsung. Selepas persidangan berakhir segala konflik juga akan berakhir dan kami akan memulakan tugas seperti biasa secara tekun dan berdedikasi sekali (yelah tu). Jika ada masalah atau isu baru timbul akan kami perbincangkan bersama di persidangan asap keesokannya.

Lagu lagi ...

Bila aku suka sesuatu lagu tu. Aku akan mainkan ia berkali-kali untuk satu tempoh masa yang lama sehinggakan N naik geram dan cuba menyorokkan tape cassette lagu tersebut. Dan minggu ini dan untuk minggu yang seterusnya aku mainkan lagu Nicky Astria pulak. Tape lama yang baru ditemui semula hasil gerak gempur mengemas bilik aku. Aku katakan kat N, lagu ni susah nak dengar kat tempat lain Radio ERA pun belum tentu ada. Tunggulah sampai aku bosan then aku tukar lagu lain OK. N telefon petang tadi semasa aku sedang order makanan di JFZ kat Street Mall. Aku suka tempat tu sebab tak ramai orang jadi kebarangakalian untuk ter-SARS pun kurang. Tempat yang ramai orang di restoran-restoran sebelah tu aku seram nak masuk sebab banyak kaum yang itu.

Sendiri

Ku ingat dirimu
Di selang waktu ku
Ku renung selalu
Indahnya cinta yang dulu
Di jiwa ini
Tak ku daya
Terlahirlah sudah
Alunan cerita cinta
Yang pernah tercipta

Di saat kita berdua
Kini hanya kenangan
Kembali hidupku
Dan diriku sendiri
Tiada kau lagi
Lewat di cinta ini
Diriku terseksa
Ingin kau datang lagi
Tiada kau lagi
Jauh di hidup ini.
Hari - hari sepi ku sendiri
Tiada kau lagi ( tiada kau lagi )

Lagu : Ian Antono Lirik : Fajar Budiman
Dendangan Nicky Astria.




Alahai

Hari ini sepatutnya aku pergi ke seminar sehari di Mutiara Hotel, KL. Tapi driver takde, dah di booking semuanya. Aku tak tahu sangat drive di KL. Aku hanya tahu pergi ke KLCC jer atau bila N ada dia yang akan tunjukkan jalan. Aku takkan gunakan kenderaan aku untuk hal-hal kerja ni. Walaupun boleh claims duit minyak dan tol tapi memang aku takkan gunakan kereta sendiri. Kalau diorang rasa penting sediakan transport. Bila majikan berkira kita pun kena berkira sama. Leceh ler kalau drive sendiri nanti risau nak park kat manalah, traffic jammed ler, nak fikirkan pasal meeting lagilah dan pelbagai lagi. Staff di Melaka kata semalam nak ambik aku di Cyber, tapi diorang call pagi tadi untuk cancel. Takut tak sempat sampai katanya. Apapun aku kata takpelah, hari ini pun ada lawatan dari pelajar-pelajar Indonesia.

Dugaanku

Jiwa ku yang suram
Malam yang panjang ini
Aku bersendirian
Merenung kehidupan
Memikir kesudahan
Pada siapakah hendak ku curah keresahanku

Aku berpaut pada sejengkal tali cuma
Itulah yang ada sementara aku
Hidup di dunia ini
Inikah dugaanku inikah kesempatan
Haruskah ku terus atau membiarkan
Ianya berlalu

Dekat di depan mata berat meluah kata
Terpendam segala apa dirasa sekian lama ini
Apakah kita nanti tiada dapat serasi
Ataukah hanya aku bermimpi untuk memiliki

Kesempatan yang datang tiada ketentuan
Mampukah ku memandang di kejauhan
Tak kesampaian
Sering terbayang-bayang tinggi lagi harapan
Entahkan ku sempat ataupun tidak
Untuk bersama mu

Ning Baizura (Is / Lukhman S)


Tuesday, April 22, 2003

Fobia SARS

Kesedaran orang ramai tentang ancaman SARS mula menunjukkan kesan. Bila aku hantar Wan yang sakit perut ke Klinik di Bangi, masing-masing tak mahu masuk ke klinik. Orang yang sihat tunggu jer di luar. Maklumlah masa aku masuk ke dalam klinik tu ramai benar yang batuk-batuk-selsema pelbagai. Kecut perut aku jugak. Aku pun tolong ler Wan isi form yang ada. Bila melihat ramai lagi orang yang masih menunggu, aku ajak Wan pergi sarapan dulu. Sebenarnya aku tak nak lelama kat situ. Kemudian datang balik just nice nama pun di panggil. Rupanya dia sakit perut, entah mana datangnya angin nakal tu yang suka sangat bersarang kat perut si Wan tu aku pun tak tahulah. Ubat dia punyalah banyak. Mungkin dia makan tak ikut masa. Dan penyakit angin tu boleh datang bila-bila masa. Pagi sebelum ke klinik tu aku nampak dia tak boleh bergerak, kejang badan dia. Aku hulurlah minyak gamat dan pelbagai minyak lagi. Dia taknak aku hantar dia ke klinik time tu jugak. Then aku dengan selambanya boleh terus ke ofis pukul 7.45 pagi update aku punya jurnal. Hampeh betul aku ni. Bila rasa bersalah dan habis jer update jurnal tu aku call dia dan bawak dia ke klinik. Aku ni kawan yang baik ker? Aku mulanya ingat just sakit-sakit biasa jerr.

Keluarga Wan risau, yelah dia kan duduk bujang dengan aku. Keluarganya risau kalau ada apa-apa yang berlaku, lebih teruk takde orang nak tengok. Kakak dia bookingkan flight untuk balik Trengganu. Air Asia hanya fly malam jer yang available, so Wan nak balik Trengganu cepat jadi dia pilih fly dgn "World Best Carbin Crew of the Year 2002". Aku hantar dia ke KLIA pukul 1.45 petang dan dia hanya fly 4.00 petang. Yelah aku kena gak kerja kan walaupun sepanjang hari aku dok kehulu-kehilir selesaikan problem Wan ni.

Sekarang ni kalau pergi ke tempat-tempat awam kena berhati-hati. Kawan aku dari The Star call bila dia ke bank, ada sorang cina tua bersin dengan kuat. Semua orang dalam bank tu lari keluar. Masing-masing takut . Yelah virus tu kan amat bahaya lebih teruk dari AIDS. Mangsa ke dua yang mati di P. Pinang tu keranda dia siap di balut dengan plastik lagi. Bila hari Jumaat pun orang fobia nak gunakan sejadah di masjid. Tapi itu bukan alasan tak nak sembahyang Jumaat atau tak nak sembahyang berjemaah. Bila pergi ke tandas awam pun takut nak gunakan mangkuk tandas. Pijak jer dengan kaki siapa yang nampak kan. Tulah bahananya SARS ni.

Entahlah tahun 2003 banyak betul dugaan dari Allah. Pertumbuhan ekonomi juga terpaksa di semak semula. Segalanya perlu tunggu dan lihat. Tapi orang perlu juga makan, terpaksa juga bekerja. Pergi sekolah, naik bas, beli ikan di pasar dan sebagainya. Bila lihat banyak lori-lori sayur kat Johor tak boleh masuk ke Singapore sebab ada pasar yang di tutup, jual jerlah sayur tu kat tempat lain . Bagi sayur yang berkualiti tu kat rakyat Malaysia sama. Orang JB kata ikan dan sayur yang di jual kat pasar lain di Malaysia entah grade yang ke berapa entah. Yang berkuali dan "excellent" di eksport ke Singapore. Thats why kot aku selalu beli terung yang bengkok, bendi tak cukup subur dan sebagainya. Tapi mungkin itu yang tak banyak penggunaan racun serangga. Entahlah ...

Sedih lagi ...

Selalunya apa yang kita inginkan dalam hidup itulah yang kita tidak akan dapat. Ujian dari Allah s.w.t kepada hambanya agar lebih berusaha keras agaknya. Kita mudah kehilangan sesuatu yang kita miliki dan begitu terasa kehilangannya setelah ianya tiada. Aturan hidup memang begitu mungkin. Hanya menghargai sesuatu bila ianya telah tiada. Lagu ini mungkin boleh menceritakan segalanya dengan jelas. Kata-kata telah tiada untuk di tulis. Benci aku tahap cipan nak terkentut pun ada. Cisss

Mariah Carey - All I've Ever Wanted

If you only know
What I feel for you
If you only lived for me
The way I live for you
I'd be in heaven
My dreams would come true


'Cause all I've ever wanted
Is you
And you alone
And I love you so
More than you could ever know
All I've ever wanted
Is you


If you were my own
To caress and hold
I would shower you with love
And drown within your soul
Because I live and breathe for you
And I really need you to know


That all I've ever wanted
Is you
And you alone
And I love you so
More than you could ever know
All I've ever wanted
Is you


Everything I do is for you
You are every part of me
And I don't want to face
Another day
Alone
Without our love


'Cause all I've ever wanted
Is you
And you alone
And I love you so
More than you could ever know
All I've ever wanted
Is you


Customer First : Why Not You First?

Organisasi selalunya menanamkan di pemikiran pekerjanya bahawa pelanggan adalah raja dan segala-galanya. Itu memang diakui benar tapi bukannya selalu betul. Kakitangan juga perlu difikirkan, mereka juga perlu dilayan sewajarnya oleh majikan. Sudah pasti sebagai pekerja kita kena fikirkan tentang diri kita dahulu sebelum dapat memberikan perkhidmatan yang cemerlang untuk pelanggan. Apa yang paling penting diri kita perlu berada dalam keadaan yang paling selesa, sihat dan gembira setiap kali kita memulakan tugas seharian. Kesan yang positif ini mampu menyenangkan semua pihak yang berurusan dengan kita. Ini bermakna diri kitalah yang paling utama dan difikirkan dahulu, sebabnya kita adalah nadi dan tulang belakang kepada syarikat.

Bila kita melangkah ke tempat kerja kita perlu melupakan segala konflik yang kita alami sebelum itu. Contohnya jika kita bergaduh dengan jiran mungkin akan terbawa-bawa sikap garang dengan pelanggan kita. Kita mesti memberikan imej yang positif kepada diri kita sendiri. Ciri-ciri seseorang yang mempunyai pemikiran yang positif di dalam hidupnya adalah seperti berikut :

1. Tahu kehendak & objektif dalam hidup.
2. Membuat sesuatu tanpa paksaan.
3. Memberikan lebih dari yang di minta.
4. Mengambil peluang yang ada.
5. Expose diri supaya di kenali.

Seseorang itu tidak akan berjaya jika masih mengamalkan sikap seperti di bawah ini :

1. Tidak ada pilihan dalam hidup ( Jangan limitkan pilihan kita atau menghadkan diri kepada sesuatu perkara )
2. Selalu dengar cakap orang lain.( kita mesti dengar suara hati kita sendiri)
3. Tiada kesungguhan ( tidak bersemangat / tidak komited )
4. Fikirkan masa lalu sebagai benda yang lebih penting ( bila orang lain gagal diri tidak mahu mencuba )
5. Tiada pendirian ( sentiasa berubah-ubah )
6. Tiada keyakinan diri.
7. Melengah-lengahkan kerja.
8. Selalu menyalahkan orang lain ( salahkan MASA atau benda yang tidak boleh memberi respon )
9. Kurang usaha, pasif, cepat puashati, berfikiran tertutup, tidak mahu belajar benda yang lain/baru, berpandangan negetif, malas, hanya merancang dan berfikiran ( angan- angan).
10. Jarang berdoa.

Jangan Mudah Putus Asa

Menonton drama cina yang bermutu bukan sesuatu yang membuang masa. Banyak faedah yang di perolehi tentang survival, kehendak dalam hidup dan yang penting jangan mudah putus asa bila melakukan sesuatu. Namun tentang moral kita sendirilah yang perlu membuat penapisan mengikut apa yang kita percaya. Drama On the Treshold of an Era II telah berakhir semalam. segala permasalahan telah terjawab. Yang berusaha pasti akan menuju jaya. Kejayaan menanti di hujung perjuangan yang panjang. Kesakitan, airmata dan kematian adalah pengorbanan yang perlu di bayar. Kuasa cinta jugalah yang menemukan semula Ah Ling & Ah Keong. Dimana Ah Keong tetap percaya bahawa Ah Ling masih hidup, kesungguhannya menanti dan berusaha dengan mengiklankan kehilangan Ah Ling di akhbar. Akhirnya mereka di pertemukan di lapangan terbang Hong Kong, dalam pertemuan yang penuh emosi itu.

Kata - kata Ah Keong kepada Ah Ling - " Aku harap kau dapat mengikat aku sepanjang hidup .."

Bagi Ah Ling pula - " Membenci seseorang memang amat memenatkan".

Kata - kata Ah Tim ketika mula sedar dari koma - " Jangan Pergi ..."

Kata -kata Ah Tim kepada Ah Keong - " Hidup tanpa rintangan tidak mencabar, kalau hidup terlalu mudah juga tidak bermakna".

Semua orang mempunyai penyesalan tapi jangan mudah putus asa. Putus asa tidak akan membawa kita kemana-mana. Akhirnya aktiviti lain pukul 6.00 - 7.00 setiap hari boleh diteruskan. Petang ini akan mula berjoging di Taman tasik Cyberjaya. Harap segalanya akan berjalan lancar hidup perlu diteruskan dengan semangat baru setiap hari.

" Masa lalu adalah seperti melihat dari tingkap kaca yang berdebu, segalanya nampak senyap dan tidak pasti" - In The Mood For Love.

Monday, April 21, 2003

Kaktus

Hari Sabtu lepas aku sampai di tempat N pukul 7.10 malam. Lepas Maghrib kami ke kedai perabut sebab N nak cari kabinet untuk TV dia. Cari design yang paling simple dan mudah di bawak. N malas nak beli yang jenis terpaksa tunggu sampai hari Isnin baru diorang hantar. Segalanya mesti pantas dan mudah. Kemudian ke Jaya Jusco, Cheras. Pergi ke kedai bunga cari bunga untuk bilik dia. Mahal bunga dari Lovely Lace tu tapi dia dah suka beli ajelah. N ajak makan kat KFC, since aku dah "insaf" tak nak makan kat tempat-tempat yang macam tu lagi. Kami makan di kedai mamak di Fathima, makan sup tulang dan mee goreng. Ok jugak makanan dia.

Malam tu aku tidur awal sebab penat ronda-ronda shopping ni. Pagi Ahad N buat sandwich dan kopi. Aku makan apa yang dia sediakan. Pagi tu aku dah berjanji nak jumpa Yana di Sepang. Bagi duit belanja yang dia nak . Pukul 11.45 baru kami sampai kat tempat dia. On the way back nak singgah kat nursery, N nak beli bunga Cactus tapi tempat tu tutup pulak. Masa pergi buka tapi bila balik tutup pulak. Malam tadi pergi ke Sungei Wang N kata dia pernah jumpa orang jual cactus kat situ. Aku katalah kenapa tak pergi ke Kotaraya/Pertama Complex sah-sah ada orang jual cactus kat situ. Tapi dia degil puas tawaf satu building tak jumpa. Tulah bila di cari tak jumpa, bila orang tak nak tersua-sua pulak. Aku dah kepenatan plus lapar. Makan kat Lot 10, tempat makan tu lenggang. Mungkin sebab hujung bulan orang tak makan kat luar. Nampak juga hotel-hotel di KL ni lenggang ada 2 / 3 bilik jer yang cerah. Pelancong asing begitu kurang kebelakangan ni kat KL mungkin sebab SARS.

Semalam petang juga, pergi betulkan paip di ofis N di Jalan Chan Saw Lin. Benda tu senang jer aku buat tak sampai 10 minit. N bagi upah RM 50.00 hehehe . Aku kata tak nak sebab aku rasa mak aku kat kampong pun tahu perbetul kerosakan camtu. Dia kata kalau dia upah plumber lagi mahal berkali-kali ganda. N ni memang tak reti buat kerja-kerja camtu. Dasar anak manja betul ler. Aku tengok bil air dia dah mencecah seribu lebih untuk 2 bulan ni disebabkan masalah paip rosak tu. Keseluruhan perjalanan sepanjang hujung minggu ni cuma 243km jer ( Cyberjaya - Sepang - Cheras - Town - Cyberjaya ). Aku rasa mengantuk lagi bila sampai kat ofis ni.

Tentang Cuti

Plan untuk bawak mak aku ke Cameron Highland mungkin terpaksa di tangguhkan. Takut pulak nak berjalan-jalan bila wabak SARS melanda ni. Tapi aku sekarang ni dah tahap kena habiskan cuti jugak. Aku ada baki cuti 34 hari lagi dari 37 hari untuk tahun ini. Selalunya cuti tahunan aku memang tak pernah habis. Tahun sebelumnya 9 hari tak boleh di carry forwardkan untuk tahun berikutnya. Jadi aku juga yang rugi. Itu belum termasuk cuti unrecorded leave masa aku kerja waktu cuti atau hari Ahad. Entah bila nak gunakan cuti-cuti macamtu. Mungkin aku akan balik kampung bercuti 3 hari tiap bulan . Boleh juga aku bela pokok-pokok bunga kat kampong tu. Atau kalau aku malas nak bekerja hari Isnin aku boleh bercuti tiap hari Isnin. Mungkin ini cadangan yang baik jugak. Sebabnya hari Isnin aku memang takde mood nak buat kerja.

In The Mood For Love

Aku memang antara peminat filem cina ( pasca moden or art filem) lakonan Maggie Cheung. Malam ini dia akan berpasangan dengan Tony Leung. Filem yang berjaya menggondol lima anugerah dalam festival Filem Hong Kong ke -20 ini mengisahkan percintaan dua pasangan , Chow seorang wartawan dan Su Lizhen, isteri ahli perniagaan yang menyewa rumah saling bersebelahan. Isteri Chow adalah penyambut tetamu di sebuah hotel manakala suami Su Lizhen , Chan sentiasa sibuk dengan urusan perniagaan. Su Lizhen kerap ditinggalkan, begitu juga Chow kerana jadual kerja isterinya tidak menentu. Mereka mendapat tahu masing-masing mempunyai hubungan sulit dan berasa dikhianati. Filem ini diarahkan oleh Wong Kar-Wai dan terbitan tahun 2001. Memang sudah lama aku menanti filem ini, dulu filem Centre Stage & Red Dust pun dah keluar kat TV.

Saturday, April 19, 2003

Handling Difficult Customers the Right Way : The Benefits

You may ask "What's in it for me?" or "why bother?"

The reason you should learn how to deal with difficult customer is FOR YOU. 1) It helps you to reduce stress. 2) It helps you to enjoy your job. 3) It gives you a sense of job satisfaction.

Handling Difficult Customers you will need : 1) The RIGHT mindset. 2) The Right goal. 3) The RIGHT techniques.

The RIGHT mind-set
You cannot satisfy everybody : There will always be an unhappy customer. Do not get stressed by the predictable. You CAN do something about it. You are in control of the situation. This mind-set will help you to: Become immune to attacts/insults from difficult customers. Reduce frustration and stress. Offer better customer service.

The RIGHT goal
The following should be your goal in handling difficult customers. "I want to deal with the person/situation professionally". "I want to end this nasty interaction as quickly as possible". What should NOT be the goal : To get even / to fight back. To defend yourself. To humiliate. Also you need not like the nasty person. Choosing the right goal helps you to: Prevent the situation from escalating into major time consuming conflicts. Safe yourself from stress i.e. frustration, anger etc.

The RIGHT techniques
1) Understand the 'rules of hostile interaction'.
2) Understand what the upset/angry customer wants.
3) Understand what to do when an unhappy customer is venting
4) Use the right words to defuse unhappy customers.
5) Use 'mirroring responses'.

Rules about hostile interactions
Stay away from responding to 'bait' : The hostile customer ( attacker) want to be in control of the situation. Bait consists of behaviors (verbal or non-verbal) that are designed to get you react, usually in an emotional manner. If you respond to the bait, you hand over control of the conversation to the attacker, thus wasting your time reacting and responding instead of helping the customer or ending the interaction in a positive way. Do not become defensive - defensive statements usually contains the word "I" or "We". Do not counter-attack - counter-attacking remarks usually contains the word "You".

What Angry Customer Need and Want?
1. They want their problem solved.
2. They want help : They want you to be helpful even if you can't solve their entire problem. Show genuine effort to help them.
3. They want choices : They do not want to feel helpless, or trapped, or at the mercy of the "system".
4. They want acknowledgement : People want to feel that you are making an effort to understand their situation. Do not ignore their feelings.

Empathy
How do I like to be treated?
- When I am interrupted before I finish speaking, I feel ....
- When interest is shown in what I am saying, I feel ...
- When I have to wait until someone finishes paperwork, I feel ...

Venting
Often customer just needs to get something off his/her chest. It does not matter if the customer is right or wrong; they need to air their complaints. When the customer is venting : Listen attentively. Do not take the harsh words personally [ Imagine yourself as a sounding board; you receive the words but you let it bounce off ]. When the customer is venting : Do not interrupt. Do not tell the person to calm down [ Allow the rage the burn out , Visualize the customer cooling down]. Do not get angry yourself. Do not defend your self. Do not counter-attack.

Defusing unhappy customers
- Show empathy
- Encourage venting.
- Stay objective.
- Remain calm.
- Listen attentively
- Take responsibility
- Involve customer.
- Give added value / alternative.
- Provide action plan.
- Involve your manager.

Mirroring responses
Customer need to be acknowledged. Respond to customer's anger or frustration with empathy by using mirroring responses.

The angry / irrate customers
Things you can do to take control of potential hostile situations :

FIRSTLY:
- You need to look for signs of irritated or upset people : Non-verbal clues; clenched fists, staring, red-eye, restlessness.
- Anticipate anger by looking out for non-verbal signals so that you wont't be caught by surprise.
- By being prepared for any outburst, you will not react too quickly to hostile behavior.
- Prepare yourself mentally by telling yourself you CAN control the situation.
- Keep yourself under control. If you get angry yourself, you are likely to contribute to the deterioration or the situation.

SECONDLY
When in contact with a hostile customer, you must strive to present yourself in as un-bureaucratic a way as possible. Remember that the customer's anger is usually directed at the organization. If the customer perceives you as a piece of bureaucracy ( an object), he/she is more likely to be more abusive. If the customer sees you as a human being who is doing the best you can, he/she will show less aggressive behavior.

How to be un-bureaucratic : Speak in a friendly manner: do not speak in monotone. It implies that you are uninterested. When possible, use the customer's name. Great the person properly. Never say "I only work here" or "I am only following the rules". Avoid hiding behind policy.

Ways to defuse an angry / irate customer :
- Visualization; see the customer as a newborn baby screaming for attention.
- Gentle reminder: say "Is there something I have done personally to upset you? I would like to help you if you give me a chance".
- Transfer : If the customer is too wild for one person to handle, say, "I think my manager may be able to help you".
- Call security: If the customer is about to become violent, say "I'm sorry but we need to find way to work together. I think security will help".

Every hostile situation is different, and not all solutions will work all the time.
The general principle are : to be prepared by observing customers early in the process and to make sure that you come across as a real person who works hard to solve the customer's problems.

What's in it for me ?
You have been provided with the tools. It is up to you to decide to master them and use them. If you choose to do so, it is for your benefit : You will be able to reduce stress level when interacting with difficult customers. You will not feel like a victim since you are in control of the situation. You will be a professional!

AFFIRMATION
" I am not at the mercy of my customers. It does not matter whether my customers deserve good service or not; by choosing to give it to them anyway, I remain in control of how I feel".

- from the office of Azhan Assaha Kamal -
Lagu Tiga Kupang

Pagi ni terpaksa ke ofis sebab ada presentation nak kena buat. Pendaftaran student MBA sessi April di buat biasanya masa cuti. Aku punya turned pukul 11.00 hingga 1.00 petang. Sebelum tu terpaksalah pergi ke ofis siapkan apa yang patut. Pernah bila aku buat presentation, computer tiba-tiba tak berfungsi, network problem dan sebagainya. Time kita nak buat kerja biasanya time tu ler dia buat hal. Tapi aku memang takde mood nak bercakap, aku nak buat seringkas yang mungkin sebab kepala aku pening. Malam tadi ter missed Survivor sebabnya bila tengok gusti alih-alih tertidur depan TV pulak. Wan pagi-pagi lagi dah keluar rumah mungkin ada game bola yang terpaksa dia handle. So tak boleh ler suruh dia ganti ker apa.

Masa presentation tadi ok alhamdulillah. Semua faham kot, banyak pulak soalan. Maklumlah buat presentation depan orang dah kerja ni masing-masing nak tunjuk siapa lebih tahu dari siapa. Tengok dari biodata mereka memang ada yang jadi GM company dahsyat-dahsyat. Tapi bila menuntut ilmu kenalah ikut cakap guru kan. Mereka mungkin good dalam bidang diorang. Ilmu Allah ni tak terkira banyaknya. Kalau nak tahu semua benda memang tak akan adanya. Perasan tadi one guy cuba nak perlekehkan aku, banyak sungguh soalan dia. Habis terpaksa gunakan segala skills untuk menempis serangan.Nasib baik dulu masa belajar ada baca Pedang Setiawan. Aku tahu dia sajer nak uji aku. Aku pulak jenis yang tak kisah. Aku suka bila dapat respon camtu sebenarnya. Seperti yang bekas colleague aku dulu cakap "kerja kat tempat ini lain culture dia : Kalau diorang tunjukkan penumbuk kita kena tunjukkan tapak kaki kita kat depan diorang". Baru aku tahu apa maksud di sebalik kata-kata dia tu.

Petang nanti nak ke Cheras lepak rumah N seperti biasa. Esok jumpa Yana dan bagi duit belanja dia. Semalam dia kata duit dia dah habis. Oleh kerana esok tempat aku ni takde elektrik untuk kerja-kerja penyelenggaraan terpaksalah ke tempat N semula. Atau ajak dia pergi ke Wetlands Paya Indah sebab aku pun tak pergi ke tempat tu lagi. Selalunya lalu jer tempat tu, dalamnya entah ada apa aku pun tak tahu. Wetlands tu on the way ke tempat Yana mungkin nak singgah kalau ada sesiapa temankan. Pergi sorang tak best.

Friday, April 18, 2003

Ku Bahagia

Semenjak minggu ni drama On The Threshold Of an Era II semakin mengancam. Episod semalam Ah Ling telah membuat 2 percubaan membunuh diri. Percubaan pertama dia berjaya diselamatkan. Nampak sungguh kemelut perasaannya yang begitu tertekan emosinya. Bagai patung bernyawa, di mana kebahagiaannya direntap oleh lelaki yang tidak menghargainya. Kali kedua dia menuju ke pantai dan teringat kisahnya bersama Ah Keong melihat bintang yang paling bersinar di suatu malam. Aku dapat rasakan dia amat menyintai lelaki itu tetapi terpaksa membuat keputusan yang akhirnya membunuh kebahagiaanya sendiri. Babak di mana Ah Ling membunuh diri itu di gambarkan begitu dramatik sekali. Tapi mayatnya masih tidak dijumpai lagi. Harus kena nonton lagi petang ini sebab semakin siri ini nak habis semakin best.

Tadi email yang aku hantar ke TV3 dibalas. Hisyam Abdullah merekemenkan aku untuk berbincang dengan Nizal MHI untuk projek dokumentari. Kebetulan Nizal tengah membuat projek yang sama jadi senang ler aku nak discuss lebih lanjut. Boss aku mesti suka bila mendengar berita ini. Yelah selama ini dia kerap jugak keluar program TV jadi dia tak kisah kalau lepas ini kita buat untuk peringkat nasional pulak. Harap-harap projek ini berjaya mendapat kerjasama dari pihak stesen TV.

Hari ini tak banyak yang aku kena buat dekat ofis cuma balas email. Takde meeting hari ini, petang aku nak buat rehersal untuk presentation student MBA. Esok walaupun cuti masih kena bertugas juga. Itu yang aku tak gemar kerja masa cuti ni . Malam tadi N dah call esok dia ada perjumpaan ahli keluarga dia. Jadi petang baru dia ada. Malam esok baru boleh aku jumpa dia. Nak keluar makan kat mana yerr?

Thursday, April 17, 2003

Suatu Pagi di Putrajaya

Hari ini dari pukul 8.30 pagi hingga 4.00 petang ada seminar di Marriott Hotel Putrajaya. Pagi tadi juga masa di pintu masuk IOI Resort, kereta kitaorang disondol dari belakang oleh Nissan Sentra. Tersentak ler jugak sebab masa tu tengah mengelamun apa entah. Sebab aku memang benci bila kena langgar ni banyak sangat urusan kena buat. Nasib baik Nissan Serena tu kuat, jadi tak banyak sangat kerosakan dia berbanding kereta yang melanggar kita tu. Mentang - mentanglah pemandu yang langgar kita tu Manager Kimberly Product dia ingat dia saper.Mula-mula dia nak marah-marah kita pulak. Memandangkan kita memang tak bersalah, kita pun turun dan buat report di balai. Wan tak ada mood nak join seminar tu dan tolong uruskan hal-hal accident. Hasilnya pemandu Nissan Sentra tu yang kena saman, bolehlah kita claims insurance dia, selamat. Rasa geram jugak walaupun hanya kereta company .Kereta dia memang teruk habis walaupun kita hanya memandu 20km sejam. So kalau kita dilanggar atau melanggar adatlah masing-masing akan pretend pihak yang satu lagi bersalah.

Masa seminar tu jumpa my lecturer Cik Salmah. Gembira sungguh dia, dan bila jumpa solan utama dia ialah "Bila I nak terima your invitation card?". I jawab ler next year ler kalau panjang umur. Seronok juga dapat bertukar-tukar pandangan dan pengalaman. Walaupun mata memanglah mengantuk tapi kenalah pasang telinga juga. Lunch dia pun ok, Chinese Set. Seperti biasa aku memang tak reti nak gunakan copstick walaupun N dah ajar berkali-kali . Bila aku start mintak sudu ramai pulak yang mintak. Memanglah rasa tak selesa makan dalam bowl yang kecil tu tapi makanan memang banyak.

Lepas makan tengok pertunjukkan fesyen show. A tribute to Secretaries Week : Zang Toi Fesyen Show. Aku rasa bodoh pulak bila nonton benda camtu, entah apa faedahnya aku pun tak tahu. So aku pergi ke tempat lain dan lepak kat surau. Masa tu group Maybank pun ada. Seronok kot jadi secretary sampai ada sambutan khas untuk diorang. Patutnya ada juga sambutan untuk staff lain contohnya Accountant Day, Executive Week, Librarian day, Policeman day dimana bos akan meraikan staf -staf dia yang lain. Barulah adil bukan hanya setiausaha jer. Pukul 2.30 masuk semula ke dalam bilik seminar yang sejuk tu.

Minggu depan akan ada lagi satu seminar di KL. Kena pergi jugak sebab boleh meluaskan network dan jumpa kengkawan lain. Next week will be the busy day for me sebab registration day dah start. Akan ada banyak presentation untuk student baru. Badan I rasa sengal-sengal pulak dan nak start demam balik. Mungkin kesan hentakkan tadi. Nantilah bila balik kampong nak urut badan kot ada urat yang terseliuh ker.


Langkah semakin hilang jejak
Dihembus angin duka
Kini tinggal samar bayangan
Tak bisa lagi berdiri
'Tuk menatang cinta ini
Mengapa harus ku sendiri pertahankan
Cinta yang berdarah ini oh...
Hati masih merindu sedih
Walau hujan berapi
Membakar di bumi hatiku
Andainya putus katamu
Ingin pergi dariku cuma
Kau menyesali
Segalanya akan aku tempuhi
Biar pun sejuta duri
Menikam bisa hatiku
Menusuk pilu kalbuku
Akan aku teguh berdiri lagi oh..
Biarkanlah diriku sendiri
Hadapi kelukaan ini
'Kan ku sambut airmata ini
Walaupun pedihnya tiada terperi


Langkah semakin hilang jejak
Dihembus angin luka
Kini tinggal samar bayangan
Andainya putus katamu pergi
Tinggalkan daku cuma
Usahlah kau menyesali lagi


Nicky Astria - Samar Bayangan

Lirik lagu ni sedap pulak, tadi masa kemas-kemas kotak kat bilik terjumpa kaset ini. Entah sapa yang kasi kaset ini tak ingat ler. Banyak juga kaset lama yang aku jumpa seperti Paul Anka dan Sudirman tapi aku hanya boleh dengar masa memandu jer sebab Hi Fi aku tu dah boleh buat tukun tiruan bunyi dia macam apa-apa entah. So kalau N kata nak hadiah apa tahun ini untuk birthday bolehlah dimasukkan dalam wish list. Thanks untuk N kerana sudi settledkan problem aku walaupun lambat sikit. Harap masing-masing masih boleh bertahan. Bukan selalu keajaiban berlaku. Aku pun segan yang amat untuk buka mulut. Mulanya dia confius sebab mengapa takde adik-beradik lain yang tolong. N ni macam angel pulak aku rasa dia ni. Dia terlalu baik dengan aku dan rasanya adik beradik aku sendiri tak sebaik dia. Dia sedaya upaya nak tolong jugak tanpa banyak soal. So aku katakan kat dia "camnilah jadi orang tua" dan dia buat-buat pengsan pulak. Cissss