LELAKI BUDIMAN SEMAKIN PUPUS?
Kawan pompuan aku yang sama-sama kuliah dulu mengadu mengapa dia tak kahwin lagi. Dia kata payah nak carik lelaki budiman sekarang ni. Ada pun yang baik tapi dah berkeluarga. Dia tak mahu bermadu. Yang bujang muda tak stabil lagi atau tak boleh pakai langsung. Jadi dia lebih rela membujang dan mengaku dia lebih gembira dan bebas begitu.
Terfikir aku satu perkara, kesan penagihan dadah adalah antara sekelumit punca lelaki yang ada di negara kita terkeluar dari senarai "Lelaki Idaman Malaya". Maka tahun 2003 telah di isytiharkan Tahun Perangi Dadah Habis-habisan telah dilancarkan oleh Y.A.B Dato' Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Dalam Negeri pada 29 Mac 2003.
Kenapa Perlu Perang Habis-habisan?
Usaha membasmi dadah telah bermula sejak tahun 1980an, namun tindakan yang dilaksanakan selama ini belum dapat mengatasi sepenuhnya gejala tersebut . Justeru itu, satu pendekatan baru adalah wajar diadakan segera sebelum gejala ini sukar dikawal, bagi merealisasikan agenda negara dan wawasan ASEAN bebas dadah menjelang tahun 2015
Kenapa ia masih gagal? Ini ikut pengamatan aku selalu rakyat biasa yang kadangkala maklumat tak sampai. Sebabnya TV kat negara kita asyik sibuk kutuk mengutuk dan jaga tepi kain Erra Fazira.
1. Adakah Pusat pemulihan benar-benar komited ingin membantu anak bangsa yang terjebak ini? Berapakah kakitangan professional yang diambil di setiap Pusat Serenti di seluruh negara? Berapa nisbah pelatih dan kakitangan bertugas ?
2. Berapa ramai pelatih yang melarikan diri?
3. Apakah prosedur pemulihan itu benar-benar mantap dan diperakui?
4. Pasti ada berlaku penyalahgunaan kuasa yang membolehkan dadah diseludup masuk.
5. Kenapa dadah masih boleh diperolehi dipasaran dengan mudah walaupun hukuman gantung sampai mati dikenakan?
6. Kenapa Melayu paling ramai terjebak?
7. Berapakah yang dibelanjakan setahun untuk mengurus Pusat Pemulihan setiap tahun dan peratusan yang pulih?
8. Kenapa bekas pelatih kembali menagih semula?
( Dan lain-lain perkara yang tiada noktah akhir)
Mengikut Statistik yang dikeluarkan oleh Buletin Dadah Bil. 2/2003 :
Sepanjang tempoh suku tahun pertama tahun ini ( Jan - Mac 2003) , seramai 9,383 orang menagih dadah telah dikesan di seluruh negara. Mereka terdiri daripada 4,737 (50.48%) penagih baru dan 4,646 ( 49.52%) penagih berulang. Meningkat 5.0% jika dibandingkan dengan bilangan penagih yang dikesan pada tempoh masa yang sama tahun lalu (8,940).
Dari segi taburan, Pulau Pinang masih mencatatkan bilangan penagih paling ramai iaitu 1,886 orang, diikuti WP Kuala Lumpur ( 1,327) , Kelantan (1,077), Selangor (1,0730 dan Kedah (752)
Berbanding dengan tahun lalu, lima (5) negeri telah mencatatkan pertambahan iaitu Sarawak, Pahang, WP Kuala Lumpur, Kelantan dan Selangor. Manakala 9 negeri lain dan WP Labuan, menunjukkan bilangan penagih yang dikesan semakin menurun.
Profil Penagih
Profil penagih-penagih yang dikesan adalah seperti berikut:-
99.1% Lelaki
75.6% Melayu
77.2% terdiri daripada golongan remaja/belia dan majoritinya adalah berumur antara 25-29 tahun;
79.1% berpendidikan hingga sekolah menengah (sekurang-kurangnya tamat tingkatan 3);
86.5% mempunyai pekerjaan ( majoritinya buruh am, 41.3%)
75.7% merupakan penagih heroin/morfin, ( penagih ATS, 3.8%) dan
51.0% mengakui mula terjebak dengan dadah disebabkan oleh pengaruh kawan.
Lelaki Melayu Akan Pupus ?
Wah kalau perkara ini berlarutan alamat lelaki Melayu di Malaysia akan pupus. Belia Melayu yang sepatutnya bersaing mengejar ilmu di Universiti -Universiti tempatan lebih berminat untuk bersaing sesama sendiri menggali lubang kubur. Mereka sebenarnya cukup dewasa untuk membezakan yang mana satu baik atau buruk untuk diri mereka sendiri. Pengaruh kawan bukan alasan, kalau kawan ajak bunuh diri takkan kita nak ikut. Zaman remaja merupakan satu tahap yang amat kritikal untuk menentukan hala tuju kehidupan kita. Keluarga berperanan untuk membimbing anak-anak mereka terutama yang lelaki untuk menuju landasan yang betul dalam hidup mereka. Tapi anak-anaklah yang seharusnya bertanggungjawab terhadap apa sahaja tindakan yang diambil. Mereka tidak boleh menuding jari pada orang lain. Ibu bapa hanya dapat berjumpa anak semasa di rumah. Mereka boleh berbohong dan berlakon semasa berada di rumah. Kelakuan sebenar mereka sukar dikesan dan apa yang mereka lakukan di luar sukar untuk dihidu hinggalah perkara itu telah terlewat.
Kalau mereka terjebak masih ada sinar harapan jika mereka sendiri berusaha untuk menangani masalah yang mereka hadapi.
Bilangan penagih yang sedang menerima rawatan/pemulihan di 28 buah Pusat Serenti di seluruh negara ( pada 30 Mac 2003 ) adalah seramai 10,621 orang.
Profil penghuni adalah seperti berikut:-
97.8% penghuni lelaki ( 10,384)
74.4% berketurunan Melayu (7, 902 orang)
3.3% penghuni remaja ( 348 orang )
14.3% penghuni berpenyakit ( 1,521 orang) seperti HIV (1, 351 orang); penyakit kronik (129 orang ); dan mental (41 orang)
Selalu orang mengeluh "Jaga anak perempuan seorang lebih payah dari menjaga sekandang kerbau". Aku rasa pepatah Melayu ini perlu diubah dan seharusnya ditulis semula "Menjaga anak lelaki seorang lebih payah dari menjaga 10 orang anak perempuan". Mungkin sebab inilah perempuan lebih banyak membanjiri universiti-universiti di negara kita berbanding kaum lelaki. Aku kesian pulak kepada kaum perempuan ni nanti bila diorang dah keluar universiti ada kerja bagus-bagus tapi hidup sendiri. Yelah dah ramai sangat kaum lelaki keluar masuk 'sekolah' setiap selang 2 tahun tapi ijazah tak juga dapat-dapat.
Mungkin perkara ini adalah satu dari sebab mengapa wanita yang berpendidikan tinggi lambat kahwin sehinggakan Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga bersedia untuk mengadakan program bertemu jodoh. Mencarikan pasangan untuk mereka jika ada keperluan.
Tapi pantas sahaja Shahrizat menjawab " Setakat ini wanita di negara ini masih mampu mencari jodoh tanpa memerlukan bantuan program seumpama itu".
So Datuk Shahrizat kalau ada borang kosong nak isi nanti jangan lupa inform kita orang kat sini, nak join the club boleh?
Thursday, July 03, 2003
Wednesday, July 02, 2003
STAFF ASSESSMENT
Pengarah aku datang dalam pukul 10 pagi semalam. Banyak benda yang dia komen. Nasib aku tak baik sebab Pn.Syam subtitutekan aku untuk dia bercuti sampai hari Selasa. Terus diadakan mesyuarat tergempar dengan staff Pn. Syam. Aku masuk meeting tu sekali . Dapatlah idea-idea bernas dari staff untuk membuat kerja dengan lebih baik lagi.
Semua menyuarakan pendapat dan ada juga idea-idea tu tak pernah pun aku terfikir. Sebabnya dah lama aku tak handle Customer Service ni jadi dah berkarat ler otak. Aku maintain jer lah department aku elok-elok. Aku dapat rasakan aku ni dah terlebih memberatkan kerja orang sedangkan kerja aku sendiri entah apa-apa. Maksudnya diorang mana tahu atau ambil tahu kalau aku capai ker tak target tahunan disebabkan bantu tugas-tugas mereka? Diorang tak akan ambil peduli kalau aku hanya dapat AM jer tahun lepas. Jatuh menjunam setelah dapat SR tahun sebelumnya.
Staff department aku menang anugerah "University Best Staff Award 2003 - Non-Executive , Technical". Bangga aku bila dia dapat mengalahkan staff CITS dan seluruh staff lain dari kedua-dua kampus Melaka -Cyberjaya. Rezeki anak yang dikandungkannya mungkin.
Aku rasa staff di sini masih lagi dalam kategori baik, yelah memanglah kita tak cukup staff. Jadi aku kata kat diorang tunjukkan walau pun staff kita sedikit tapi kita dapat mengatasi semua halangan dan masalah yang ada. Itu lebih baik dari asyik mengeluh tak cukup staff. Kalau dengan staff yang tak seberapa pun kerja boleh excellence ini menandakan staff di sini bagus belaka. Aku tengok ada staff yang mula insaf dan tetap sambung kerja walaupun masa rehat. Itu satu pembaharuan yang bagus. Untuk companylah tapi untuk sendiri tu aku tak tahu. Buat kerja biarlah ikhlas. Bagi aku tak kiralah macamana staff siapkan kerja asalkan ia siap dan aku takkan kacau diorang. Aku tak suka membebel dan marah-marah atau sikit-sikit keluarkan SCL. Aku pun tak nak buat macamtu. Cara kerja aku selagi diorang selesaikan kerja on time itu sudah memadai.
Pengarah aku kata kat luar tu ramai lagi yang tak dapat kerja. Ada yang bertahun mintak kerja tak dapat. Yelah kitaorang ni duk fikir kenapalah dapat bonus sikit tak macam diorang tu sedangkan kerja teruk. Well itu kuasa HR mungkin tapi aku tahu mestilah atas recommendation Pengarah aku jugak. Aku tengah melobi staff aku untuk dapat SR dan aku telah bagi SE kat dia untuk membolehkan Pengarah aku bagi SR. Kalau aku dapat lagi AM untuk tahun ni memanglah aku akan jumpa face-to-face dengan Pengarah aku tu. Aku nak penjelasan kenapa, aku taknak alasan sebab aku bujang kesian pada mereka yang berkahwin. Hello aku pun ada tanggungjkawab juga kat keluarga dan adik yang bersekolah. Bila time kerja takde pulak di persoalkan siapa tanggung tugas banyak. Bila time assessment banyak pulak idea nak bagi kita sikit. Ini salah satu sebab aku frust ni dan aku tunggu jer keputusan assessment aku untuk tahun ni. Aku dah plan ayat bagus-bagus kalau aku masih lagi dapat kategori itu. Sebab aku rasa dan ikut statistik juga aku berhak dapat lebih dari hanya mencapai tahap AM tu. Walaupun nanti tak dapat SR pun takpelah. Mungkin tahap tu kena rotate dan aku punya turn lama lagi, tapi aku taknaklah asyik dapat AM.
Inilah rating scale kita orang. Doakan aku dpat lebih baik untuk tahun ini.
RATING SCALE
6 SE Achieved the level of SR and in addition has made significant and exceptional
contribution that has brought significant benefits or advantages to MMU.
5 SR Has delivered superior result in all the targets set. Proven excellent leadership,
good vision and practical ideas.
4 SM All targets are achieved with at least 50% of the targets delivered substantially more.
Demonstrated leadership in leading teams to deliver tasks.
3 AM Achieved the minimum of all the target sets. Demonstarted teamwork.
2 AS Achieved some targets only but has the potential to achieve all in the next assessment.
1 UN Under performing
Bila staff komplen kenapa dapat AM. Pengarah aku jawab " Syukurlah saya bagi AM kalau saya bagi UN lagi teruk awak, sebabnya ada staff department lain dapat UN".
Kami terus diam tak kata apa. Yelah besar jurangnya kalau dapat AM dari segi kenaikan gaji dan bonus. Tapi kenapa department lain juga ada yang lebih dari sorang dapat SR confius akulah.

Tuesday, July 01, 2003
SEHARIAN DI SINI
Student tengah bercuti seminggu dan keadaan kampus agak lenggang. Aku senang nak park kereta dan tak perlu berebut dengan mereka semua. Tapi makanan susah nak dapat dalam kampus, pengusaha cafe juga pakat bercuti terutama waktu malam. Semua ini membuatkan aku tidur cepat. Semalam, aku pergi ke bank settled kan apa yang perlu. Balik ke ofis terconggok depan komputer, buat paperwork. Boring buat tu aku dengar download lagu dari MP3, melalak ler PC aku sepanjang hari. Dari lagu Mariah Carey sampai ler lagu "Tak Sanggup" - X-Factor. Melayan panggilan telefon dan sambung buat kerja. Ramai staff yang bercuti hari Isnin. Di pejabat cuma aku, Wan dan Zul.
Hari ini rutin semalam pun berulang. Tapi kemungkinan Pengarah aku datang ke sini. Ni yang agak memboringkan ni, sah-sah ada sahaja yang tak kena. Tak best ler kerja ada orang tengok. Tak biasa ada big boss yang monitor itu dan ini. Kita kan independent sejak dari dulu lagi. Kerja jalan jugak apa.
Aku belum lagi mendapat respon dari N setelah aku bagi dia kad itu. Mungkin dia agak terkejut atau buat tak tahu juga. Diakan pandai menyembunyikan perasaannya. Tapi aku tahu jauh di sudut hatinya, perasaan itu berdetik juga tapi dia tak pernah mengakuinya. Kisah semalam masih menghantui hidupnya, adakah dia tak sanggup melaluinya lagi? Mungkin dia orang yang tak berperasaan. Tak mungkin juga begitu. Aku andaikan dia perlukan masa untuk membuat keputusan. Selama manapun, aku yang akan terpasung dengan seribu persoalan. Detik waktu pantas memintas dan aku masih lagi di sini menantinya.

Monday, June 30, 2003
BUKAN CUCU PILIHAN
Semalam hari Ahad 29 Jun 2003, harijadi Nenek Siti yang ke 74 tahun. Nenek masih sihat, cergas dan "manis" seperti biasa. Anak-anak nenek buat julung-julung kalinya mengadakan sambutan harijadi. Meriah sungguh dengan nasi ambeng bertalam-talam dan kek pelbagai. Pak Cik Ismail buat ucapan selaku abang sulung mewakili pihak anak. Dia sebak kerana katanya setelah 74 tahun barulah kini kita semua dapat meraikan harijadi nenek. Dia menambah "kita boleh cari apa sahaja kat dunia ini dan pergi kemana sahaja tetapi emak kita hanyalah satu dan jenguk-jenguklah selalu" dengan nada paling emosional.
Mak aku adalah anak pertama nenek, anak sulung perempuan. Dan seperti biasa "kekejaman" diskriminasi masa lampau tetap menidakkan Mak untuk menikmati alam persekolahan. Maklah yang bertungkus lumus membesarkan adik-adik yang lain. Semuanya menjadi orang, bekerjaya hebat dan semuanya memandu BMW yang amat membanggakan nenek. Entah mereka ingat jasa mak aku entah tidak. Tapi emak tetap emak, sentiasa pasrah dan berserah dan aku amat geram bila adik-adik lain macam "memperlekehkan" mak. Aku memang ambil peluang nak "luku" kepala mereka terutamanya Cik Anjit. Bagi mereka semua kejayaan sesebuah keluarga itu ialah tentang berapa banyak duit yang ada, kereta apa yang dipandu. Amat materialistik dan tidak mahu ambil peduli hal orang jika tidak menguntungkan mereka.
Tiba masa nenek memberi ucapan. Aku cuba mencari apakah kenangan yang paling indah antaranya dan kami. Tiada satupun yang manis segalanya begitu "double standard" dan terlalu berpura. Terlalu plastik hinggakan adik-adik aku juga perasan. Mungkin pengorbanan paling besar yang pernah dia lakukan ialah melahirkan mak kami kedunia, hanya itulah. Dulu bila atuk masih hidup, aku memang terlalu jarang kerumah mereka. Bila arwah tiada aku berharap keadaan akan berubah, tapi hampa. Nenek berpesan dalam ucapannya "doakan kesejahteraan ibu setiap kali solat".
Selepas majlis makan-makan ada cabutan hadiah untuk setiap ahli keluarga. Bila tiba giliran mak, no yang mak cabut memberikannya hadiah paling mahal. Dan seperti biasa Cik Anjit yang amat materialistik itu telah membatalkan nombor itu dan mak mencabut no lain. Mak dapat satu set cawan murah. Mak kata takpelah dah rezeki kita. Nasib baik ler aku tak nampak insiden itu, kalaulah aku nampak mahu sahaja aku campakkan kat muka Cik Anjit. Bila kami balik awal, dia berpura-pura mintak maaf kalau ada terkasar bahasa. Mak hanya diam. Nasib baiklah wajah mak saling tak tumpah wajah nenek. Kalau tidak jangan harap ler kami nak menjejakkan kaki kat banglo mewah mereka lagi. Banyak lagi insiden yang melukakan hati mak tapi mak aku seperti biasa amat pemaaf. "Biarlah ini masa mereka". Kalau diikutkan anak-anak mak juga berjaya cuma kami tidak menceburi dunia perniagaan seperti adik-adik mak. Adatlah kerja makan gaji kenalah mengukur dibaju sendiri. Masa kami membesar ada ker mereka tanya mak susah senang menyekolahkan anak-anak? Jadi aku rasa mereka tiada hak nak ambil tahu itu ini bila kami dah besar panjang. Cukup menjengkelkan.
Masa perjalanan balik Mak cakap kat aku, mungkin hadiah yang kita bagi tak sehebat hadiah yang diberikan oleh adik-adik mak yang lain untuk nenek. Dada aku jadi sebak tiba-tiba.

Saturday, June 28, 2003
Jongkang Jongket
Malam tadi tak dapat tidur dan start baca Jongkang Jongket yang diberi oleh Syati. Baru baca separuh, seronok membacanya dan kadangkala informatif. Gaya bahasanya juga bersahaja. Prof Shad tu pernah ajar aku masa aku ambil paper "Law & Society" program master. Aku memang terhibur bila dengar lecture Prof Shad, satu isu tu boleh dikupas berjam. So kitaorang pakat ler bagi soalan kat dia dan seperti biasa dia akan komen sesuatu isu sampai habis masa kuliah. Paper tu aku dapat A- jer so aku boleh kata akulah pelajar lelaki paling pandai antara semua dalam kelas tu ( hehehe ikut style Mat Jan). Tapi ada sorang akak tu dapat A, tak acilah sebabnya paperwork dia husband dia tolong buatkan sah-sah hubby dia lawyer. Tak kira yang tuu. Paper law ni amat memenatkan bila time exam dia, otak akan digunakan ke tahap maksimum dan amat penat, terlalu penat sampai nak kiok rasanya bila lepas exam. Wenggg semacam jerr. Nantilah nak baca lagi Jongkang Jongket tu, aku tak tau link dia pergilah tanya Tok Rimau kalau nak download dia punya pdf format untuk Jongkang Jongket.
REMAJA
Malam tadi lepas balik dinner menonton Dewi Remaja di NTV7, dan seperti biasanya kalau pertandingan yang melibatkan bakat mestilah gadis Melayu Islam ramai. Memang kita di Malaysia Melayu kaum majoriti. Bidang glamor seakan menjadi tarikan utama remaja kita tak kiralah apa jua pertandingan nyanyian atau bakat-bakat lain. Nasib baiklah pertandingan ratu cantik tidak lagi boleh disertai oleh gadis Melayu Islam selepas Erra Fazira. Ada juga seorang dua peserta yang aku kenal. Diorang pun kalau bersandung bahu kat KLCC harus tegur aku balik. 3 peserta akhir "Feel Good Girl" terselit nama Zaryn Tumin. Bekas pelajar aku dulu dalam bidang penyiaran. Tapi sayang dia tidak mengunakan pengetahuan penyiarannya ke tahap maksimum. Jawapan untuk soalan yang diajukan oleh Wan Zaleha bagaimana peranan media untuk mewujudkan masyarakat ceria tidak dapat dikupas dengan baik. Sepatutnya dia menggunakan kelebihan bidang penyiaran yang ada padanya ketahap yang maksimum. Mungkin dia gabra tapi dia dah banyak juga berlakon drama.
Apapun bukan rezeki dia untuk menang. Pertandingan itu pun entah apa-apa.
Yana adalah pembaca majalah Remaja yang terbit 2 kali sebulan tu. Isi kandungan dia banyak kepada fesyen, hubungan dan yang berkaitan dengan dunia remaja. Kadangkala seakan hidup remaja ini hanya untuk berseronok dan mengecap zaman glamor. Kecantikan perlu ditonjolkan ketahap maksimum dan ini amat menguntungkan syarikat kosmetik. Mungkin ini yang ingin ditampilkan melalui majalah tersebut. Ada juga informasi berguna untuk panduan remaja. Di rumah di TK majalah tu dah boleh buat tukun tiruan. Aku selak dan baca juga bila aku lapang dan boring tak tahu nak buat apa.
Pemenang dewi remaja dah berangan nak jadi penyanyi dan pelakon. Itulah sekurang-kurangnya peluang atau batu loncatan bila memasuki pertandingan macam itu. Datin-datin yang menonton rancangan tu pun bertambah risau kalau-kalau Dato' termenonton sama, rasa tak selamat atau dedudukan sedikit tergugat. Tak kisahlah kalau tak popular dan glamor janji hajat di hati kesampaian. Hidup ini penuh dengan kejutan bukan!

Friday, June 27, 2003
KERETAKU BUKAN JAGUAR
Hari ini servis kereta di Dengkil. Ambil 2 jam time-off. Biasalah kereta Proton setahun jer power window dia akan rosak. Aku tukar kabel dia RM 54 dan tukar minyak pelincir semua-semua tu RM 162.15. Yelah aku bukan tahu sangat pasal kereta. Kereta aku jarang aku "mandikan" kecualilah bila aku balik kampong. Sebabnya kereta tu berpanas dan berhujan kalau basuh pun tak sampai sejam berdebu semula. Kawasan apartment universiti takde tempat kereta yang berbumbung. Hampir dua jam aku "monitor" mekanik tu mengerjakan kereta aku. Aku perhati dan tanya itu ini. Mekanik yang godam kereta aku tu junior mekanik so aku agak risau dan suruh senior diorang ada sama. Jadi 3 orang sekalilah yang bantu menservis kereta aku. Bila aku perhatikan dalam masa 6 bulan harga minyak pelincir naik agak banyak bulan November 2002 harga dia RM 59.00, Januari RM 66 dan sekarang dah RM 70 untuk Shell Helix Semi Sintetik. Nampak sangat kenaikan dia begitu mendadak dan tak terkawal. Harus telefon 7 dipihak anda untuk mengetahui kenapa harga dia tidak selaras dan naik ikut suka sahaja. Nasib baik dia bagi free gift tak jadi aku nak buat komplen tapi akan tetap komplen juga nanti bila dah dapat bukti-bukti yang sahih.
Beberapa hari yang lalu aku mula pergi kerja berjalan kaki. Tempat kerja aku dengan apartment hanya lebih kurang 5 ke 10 min jer berjalan itu pun kalau ikut lenggang Mak Limah. Kalau drive terpaksa pusing satu Universiti dan ambil masa lagi untuk panaskan engin. Itu pun bila pasang kaset tak habis satu lagu dah sampai. Bila aku mula berjalan kaki ramai yang tanya kenapa berjalan jer? Aku bukan nak berjalan terus cuma nak mengurangkan penggunaan kereta sebabnya nak parking pun payah kat kampus ni . Lebih baik jalan kaki, bagus juga untuk kesihatan jantung kita. Bersenam pun jarang jadi berjalan kaki juga satu aktiviti yang elok. Teringat kat Kak Christine Ling yang berjalan kaki dari rumah dia di PJ ke Akademi TV3 di SS6/6 dulu dan dia tak gunakan lif bila panjat bangunan. Patutlah dia sihat dan awet muda. Selama aku kerja dengan dia tak pernah dia ambil MC ker apa. Tapi kat sini ada hari-hari yang perlu juga aku drive, tak elok nak tumpang kawan jer bila pergi makan kat Street Mall atau pergi sembahyang Jumaat di Dengkil. Jadi kena gilir-gilir ler.
Lepas servis kereta pergi ke Maybank di Cyberjaya. Bayar segala bil dan bila dah bayar barulah hati senang untuk tempoh 30 hari yang akan datang. Hidup ni macamnilah membayar dan terus membayar sehinggalah kita padam. Eh! upah gali kubur pun kena sediakan dulu sebelum padam.

Thursday, June 26, 2003
BONUS
Pagi semasa aku nak taip entri aku seperti selalu, blogger ada problem sebab diupgrade ke version ke berapa entah ni. Mungkin nak bersaing dengan blog-city. Tapi kira oklah mungkin dia pun boring sebab tengok benda yang serupa sahaja setiap hari.
Cerita hari ini ialah tentang bonus, kalau semua staff kerajaan dapat setengah gaji, bonus kita kat sini ikut pencapaian tahun lepas. Pencapaian aku tak berapa bagus sebab untuk tahap SE atau excellence dah di booking untuk orang lain. Ada sistem giliran, yang kengkadang aku rasa tidak berbaloi. Yelah kena tahun tu kerja banyak, projek berlambak oleh kerana giliran kita dah lepas so kita tak dapat SE. Jadi ianya akan memberi kesan kepada bonus dan kenaikan gaji pada bulan 7 nanti. Apa pun aku tetap bersyukur rezeki adik-adik aku.
Yana call dan suruh aku buka akaun BCB. Beli buku-buku dia dan pelbagai lagi. So bonus yang "sedikit" tu terbang ke urusan dialah. Takpelah mungkin kalau aku ditakdirkan tidak berkahwin nanti dia boleh jaga aku. Besar pulak harapan aku ni. Entah ler, aku rasa kalau duit gaji aku hanya untuk aku memang aku akan senang lenang ler. Bukan mengungkit tapi 3 orang adik aku semua aku bantu pengajian dia. Aku ikhlas sebab aku nak juga melihat mereka berjaya. Kalau nanti mereka dapat mencari rezeki sendiri pun itu sudah dikira berbaloi.
Mungkin tahun depan akan dapat bonus yang lebih baik moga-mogalah. Tahun ni tahun yang agak "suram" untuk aku. Aku juga dalam process untuk mempertingkatkan usaha. Kerja apa yang tidak pernah aku buat? Present paper kat persidangan antarabangsa, mesyuarat peringkat menteri pun aku dah attend. Tapi akhirnya aku tahu sistem di sini yang "sakit". Ianya memang mencabar dan aku akan terus menjadi bahan ujian mereka. Kalaulah aku ni tikus makmal dah lama aku bunuh diri. Syukurlah aku muslim yang tahu ada kuasa lebih besar dari kuasa mereka itu, Allah mengetahui dan hanya dialah yang memberi rezeki. Duit banyak mana pun tak cukup. Next week tunggu saham pulak harap-harap saham Telekom naik, tu pun rezeki juga.

Wednesday, June 25, 2003
BERINGAT-INGATLAH
Mayat Canny Ong Lay Kian , 28 telah disahkan. Beliau telah di culik dan dibunuh dengan kejam pada 13 Jun yang lalu. Suspek juga telah diberkas dan mengaku bertanggungjawab. Penjenayah telah mendekati mangsa ditempat letak kereta sebelum menculik dan merogol. Kisah ini telah berulangkali kita dengar, tempat letak kereta merupakan kawasan yang sunyi dan memungkinkan jenayah sebegini berlaku. Bayangkanlah tempat kereta di shopping complex yang bertingkat dan kadangkala "menggerunkan" jika berseorangan terutamanya bagi golongan wanita. Tapi zaman sekarang jenayah tak pernah mengira mangsa, lelaki juga tidak terlepas jadi sasaran sebab manalah kita tahu "selera" penjenayah yang pelbagai itu. Jadi sentiasa berwaspada dan jangan berjalan berseorangan kecualilah tempat itu benar-benar kita confident selamat.
Aku risau juga dengan 2 orang adik perempuan aku tu. Yana terutamanya, dia ni agak penakut sedikit. Bayangkan kalau dia balik ke TK dari Nilai naik komuter ke KL, Kemudian dari KL ke stesen bus klang. Dari Klang ke Kuala Selangor dan seterusnya ke TK. Barulah sampai ke rumah. Kalau dia balik sorang-sorang kami semua akan tak sedap duduk di ofis. Ada tu prepaid dia kehabisan sebab aku tak tambah nilai dia lagi. Mak aku cukup risau kalau ada apa-apa berlaku. Jadi untuk tidak menyesakkan emosi masing-masing aku lah yang jadi driver dia kalau dia nak kemana-mana. Pulang ke kampong mesti berhantar, balik berjemput. Nak pergi shopping aku hantarkan. Tapi aku ni kadangkala sibuk dan tension jadi "sang pari-pari" dia. Setiap cuti hujung minggu dia akan tentukan nak pergi mana. Kalau aku tak hantar dia akan ugut nak pergi sendiri yang akhirnya akan membuatkan aku serba salah. Aku jadi orang bujang yang tak bebas dengan tanggungjawab yang sebegitu. Walaupun itu memang tanggungjawab aku sebagai abang dia. Aku nak juga di berdikari tapi banyak faktor juga yang perlu aku fikirkan. Faktor keselamatan terutamanya sedangkan kalau kat kampong pun nak pergi ke kedai di depan rumah pun kena berteman ini kan pula di tempat yang asing sebegitu. Aku suruh dia kalau nak kemana-mana mesti berteman. Bawak payung yang boleh digunakan sebagai senjata. Dan kalau sesiapa cuba mengacau jangan endah atau memberi respon balik. Alhamdullilah setakat ini dia mendengar cakap.
Julie pula seorang wanita bekerjaya dan independent. Kesenyapannya membuatkan kami risau juga. Yelah kalau balik rumah dari kampong tak pernah call my mum balik. Orang tua tu akan kerisauan. Dia juga jarang call rumah. Dan semenjak berboyfren ni agak jarang balik kampong. Kalau aku paksa balik kampong barulah dia nak balik. Tapi dia memang pandai menjaga diri. Kadangkala agak "garang" sikit. Aku taklah risau sangat pasal dia but still kena ambil tahu jugak. Aku dah jarang bercakap dengan dia kecualilah benda-benda yang perlu tidak seperti masa dia belajar dulu.
Mungkin masa telah berubah dan kita semakin di injak kedewasaan. Atau mungkin aku dah semakin tua? Aku tak nak lah tua sebelum waktunya.

Tuesday, June 24, 2003
PUTIH
Sejak kebelakangan ni banyak betul iklan produk pemutih atau pencerah wajah di pasaran. Orang asia tak kira wanita atau lelaki berlumba-lumba untuk mencerahkan wajah sawo matang masing-masing. Muka yang cerah dan putih sentiasa menjadi igauan semua. Kadang kala ada kebaikan juga sebabnya masing-masing ingin menampilkan yang terbaik sekurang-kurangnya untuk diri sendiri atau untuk makwe atau pakwe masing-masing. Generasi kini sering ingin menampilkan yang terbaik kerana persaingan sengit barang kali. Maka penguasaha produk kecantikan amat memahami hasrat mereka ini. Ada tu siap ada cap mohor lagi.
Tapi tak tahulah jika hanya orang di sebelah sini sahaja yang mempunyai sikap macam itu. Putih cerah nampak ayu di mata mereka. Kalau gelap tu di kira saham dia jatuh. Tapi tak semua yang putih itu menawan dan yang gelap itu jelek. Ada yang berwajah cerah kesan penggunaan kosmetik atau produk kecantikan tapi bahagaian leher dan anggota badan yang lain agak kontras. Ini nampak janggal. Biarlah wajah sawo matang kita ini kekal begitu. Yang paling penting jaga kesihatan, jaga penampilan diri. Biar sihat sentiasa, bila sihat tak kira apa juga warna kulit akan kelihatan memancarkan seri wajah. Jangan nampak cerah pucat dan berpenyakit akibat penggunaan produk kecantikan itu. Tak perlu berbelanja beratus ringgit untuk kelihatan ayu sebenarnya. Amalkan pemakanan yang betul dan pilihlah produk kecantikan yang sesuai dan tidak keterlaluan. Banyak juga sumber semulajadi yang boleh digunakan. Pasti setiap sorang dari kita ada petua dan amalan kecantikan masing-masing. Tanyalah orang tua-tua.
Michael Jackson mungkin nak putih sebab dia malu menjadi bangsa kulit hitam. Tapi aku pasti dia akan lebih dihormati jika mengekalkan warna kulitnya yang sebegitu. Tapi kalau kita rasa rendah diri sebab muka tak lawa atau tak handsome buatlah sesuatu. Fikirkanlah bahawa kita mungkin mempunyai kelebihan yang orang lain tidak ada. Jangan rasa rendah diri. Segala-galanya terletak pada hati dan minda kita. Berfikirlah secara positif dan bersyukur dengan kesihatan yang Allah berikan.
N ajar aku cara nak buat facial or masker gunakan tepung jagung "butterfly'" dan timun yang diparut. Kosnya amat murah dan kesannya amat menyegarkan wajah yelah cuaca kat Malaysia ni kan panas. Yana pulak ajar aku buat rawatan muka dengan putih telur dan susu tepung. Siap letak tisu buat macam topeng. Cara ini agak leceh tapi kesannya memang berbaloi. Yelah nak jelita pun kena usaha jugak dan perlu peruntukkan masa membuatnya. Derita juga sebenarnya nak cantik atau nak maintain ayu ni yer sebenarnya.
Ada sesiapa nak kongsi petua-petua yang lain?

Monday, June 23, 2003
TAK SANGGUP
Jumpa N petang Ahad lepas. Dia ke KT pada hari Rabu dan Khamis. Patut pun bila aku call takde orang jawab. Dia semakin busy sebab business dia dah berjalan, first shipment telah dilakukan. Hujung tahun akan menjelajah Eropah untuk bertemu wakil atau agen pemasaran dia di sana. Apa sahaja yang dia lakukan aku akan mendoakannya sahaja. Tapi tak semestinya ianya berlaku seperti yang dirancangkan. Aku tahu dia cukup arif dengan sepak terajang dunia perniagaan. Dia ada offer untuk aku 'mengikutnya' semasa lawatan ke eropah selama sebulan. Sebulan tu agak lama kalau aku ikut kena cuti tanpa gaji selama sebulan ler jawabnya. Hujung tahun dalam 6 bulan dari sekarang jadi banyak masa untuk memikirkannya.
Kadangkala terfikir juga untuk memulakan karier baru atau berpindah kerja. Benda ni selalu bermain-main di fikiran. Tapi rasa tak sanggup pulak untuk bermula dari bawah lagi. Walaupun mungkin imbuhan dari wang ringgit lebih tinggi tapi banyak benda yang terpaksa di lepaskan. Kawan-kawan di tempat kerja sekarang ni "best" sangat berbanding di tempat kerja lama. Semuanya satu fakulti cuma junior / senior sahaja. Jadi tak ada apa yang perlu dirisaukan. Rasa tak sanggup pulak nak berpisah dengan mereka semua. Tempat baru tak semestinya lebih baik dari apa yang kita dapat sekarang ini. Bersyukur dengan apa yang ada. Keadaan ekonomi sekarang pun tidak menentu.
Kalau tak sanggup menerima cabaran jangan sesekali bermain api. Tapi dia bukan api, lebih kepada perasaan. Seseorang yang amat confius dengan gerak hatinya. Kalau tak sanggup ditinggalkan jangan mulakan langkah pertama. Tapi aku telah melangkah jauh dan rasa tak sanggup nak berpatah balik. Tak perlu dirisaukan kerana itu adalah pilihan hati.
N kata dia suka sangat lagu ini. Dia nak beritahu aku sesuatu ker?

Tak sanggup ku lafazkan cinta
Kerana takut hati kan kecewa
Tak sanggup ku ucapkan sayang
Bila di hati masih terbayang
Dilukai ketika dulu
Pedihnya masih menghantuiku
Serik dah ku rasa mempercayai
Cinta kan abadi selamanya
Hingga ku dinoda menyerahkan jiwa
Untuk dikecewa akhirnya
Tak sanggup aku dihimpit pilu
Oh benar tak sanggup ku ikrarkan
Janji yang tak mampu untuk dikota
Bukannya jiwa tak berkasih
Luka lama ku rasakan
Masih mencurigai gerak hatiku
Pedihnya masih menghantuiku
Oh benar tak sanggup ku berduka lagi
Meletak harapan terlalu tinggi
Tak sanggup ku gadaikan cinta
Pabila dipertaruhkan jiwa
Dilukai... dibelenggu
Pedihnya masih menghantuiku
Vokal: X-Factor
Lagu/Lirik: Cook/Greenaway/Norman/Yusry & Edry
N kata dia suka sangat lagu ini. Dia nak beritahu aku sesuatu ker?
Sunday, June 22, 2003
SELAGI ADA
Semasa memandu ke Putrajaya untuk bersarapan terdengar lagu Ning "Selagi Ada" di corong radia ERA. Bila diamati lirik lagu ini boleh tahan juga. Sememangnya sudah berkali-kali terdengar lagu ini sebelum ini tapi tak begitu peduli. Bila N bagitau yang ex-bf "Kissable" tujukan lagu ini untuk Kissable timbul minat untuk dengar dan hayatinya. Aku jadi gelak sorang-sorang. N kata ex-bf Kissable tujukan lagu ni masa diorang pergi dinner dan siap buat announcement lagi. Kissable yang tak pernah dengar lagu ni jadi terpinga-pinga. Memanglah kalau dengar sekali jer tak boleh tangkap maksud dia. Pertama tak semua penyanyi Melayu menyebut sebutan atau patah perkataan ikut bahasa Melayu, ada yang "melenggokkannya" ikut sedap anak tekak sahaja. Seharusnya mereka menyebut perkataan itu ikut sebutan yang betul dan bangga dengan bahasa itu. Ini pandangan peribadi, sebutan Ning masih dikira ok tapi lontaran suara sopranonya menenggelamkan bait kata.
Bila dihayati lirik lagu ini sedih pulak jadinya. Macam harapan yang tidak kesampaian atau mengharap pada yang tak sudi pulak jadinya. Sanggup meyiksa diri menahan rindu pada seseorang yang disayangi walaupun dia sedar hatinya dah berubah. Tidak salah untuk berharap kalau memang ada jalur sinar dihujung sana. Atau masing-masing masih ambil berat. Tapi kita akan tahu sendiri bila perasaan itu telah lenyap dan harapan telah terpadam. Lepaskan dia dengan pilihannya sendiri kerana mungkin dia akan lebih bahagia tanpa cinta kita.
Hari ini akan ke Banting, jemput Yana dari kampong. Aku suruh Julie ambil Yana di kampong then hantar ke rumah kakak di Banting. Dari sana aku ambil dia dan hantar ke kolej. Petang ni kalau sempat nak ke jumpa N sebab dah seminggu dia senyap tanpa khabar berita. Mungkin dia ke KT urusan bisnes atau dia tidak sihat. Risau pulak.
Terima kasih untuk Dr. Rosalinda di atas komen di GB aku dan insyaAllah akan di panjangkan kepada Mr. X tu. Semalam baru jumpa Mr. X dan bersembang sambil minum teh tarik kat Putrajaya. Banyak pengalaman hidup dia terutama semasa buat master di University of Durham. Aku sempat pesan kat dia kalau musim durian nanti jangan lupa hantar seguni dua ke Cyberjaya.

Telah ku lakukan semuanya kasih
Telah ku korbankan segalanya
Namun ku sendiri tak pernah mengerti
Apa yang engkau fikirkan
Apa yang engkau inginkan
Ku tahu kau tak pernah setia (kasih)
Ku tahu diriku tak bererti
Namun ku sendiri tak pernah mengerti
Apa yang engkau fikirkan
Apa yang engkau inginkan
Selagi ada cinta di hatiku
Selagi ada rindu yang membara
Selagi air mata ini mengalir
Kau tetap di hati ini
Cintamu tetap di hati
Selagi ku mampu bertahan kekasih
Jangan sampai cinta tiada lagi
Jika memang cinta tiada lagi (kasih)
Tinggalkan aku sendiri...
Tinggalkan cintamu kasih...
Selagi ada cinta di hatiku
Selagi ada rindu yang membara
Selagi ku mampu bertahan kasih
Ku terima segalanya
Walau hatiku merana
Bila dihayati lirik lagu ini sedih pulak jadinya. Macam harapan yang tidak kesampaian atau mengharap pada yang tak sudi pulak jadinya. Sanggup meyiksa diri menahan rindu pada seseorang yang disayangi walaupun dia sedar hatinya dah berubah. Tidak salah untuk berharap kalau memang ada jalur sinar dihujung sana. Atau masing-masing masih ambil berat. Tapi kita akan tahu sendiri bila perasaan itu telah lenyap dan harapan telah terpadam. Lepaskan dia dengan pilihannya sendiri kerana mungkin dia akan lebih bahagia tanpa cinta kita.
Hari ini akan ke Banting, jemput Yana dari kampong. Aku suruh Julie ambil Yana di kampong then hantar ke rumah kakak di Banting. Dari sana aku ambil dia dan hantar ke kolej. Petang ni kalau sempat nak ke jumpa N sebab dah seminggu dia senyap tanpa khabar berita. Mungkin dia ke KT urusan bisnes atau dia tidak sihat. Risau pulak.
Terima kasih untuk Dr. Rosalinda di atas komen di GB aku dan insyaAllah akan di panjangkan kepada Mr. X tu. Semalam baru jumpa Mr. X dan bersembang sambil minum teh tarik kat Putrajaya. Banyak pengalaman hidup dia terutama semasa buat master di University of Durham. Aku sempat pesan kat dia kalau musim durian nanti jangan lupa hantar seguni dua ke Cyberjaya.
Friday, June 20, 2003
KAHWIN TANPA CINTA?
Lokasi : YM ( Malaysia)
XXXXXX
Aku : Umor berapa ko kahwin?
Dia : Lepas 2 tahun kerja, masa tu umo aku 26.
Aku : Oh, ko kahwin muda lah ni, dah ada anak?
Dia : 2 orang , sorang lelaki dan sorang girl umo 8 tahun.
Aku : Best lar ko, ko jumpa kat mana bakal bini ko tu?
Dia : Oiii ingat beli ikan kat pasar! Kakak aku carikkan. Mak aku meninggal so tinggal aku jer yang tak kahwin.
Aku : Wah kira kahwin paksa ler tu yerr .
Dia : Dia baik yelah aku nak jugak seseorang teman aku masa tua.
Aku : I can see that, so you ler jantan bertuah kat Mesia ni.
Dia : Tak jugak
Aku : Naper cenggituh? Ko kan dah ada 2 anak mestilah bahagia.
Dia : Tu nafkah kena bagi ler tapi aku tak cinta kat dia.
Dia : Dia memang baik
Aku : mmmmm
Aku : aku kurang faham ler?
Dia : aku cinta orang lain, tapi takde jodoh.
Aku : Atleast ko ada 2 anak, aku ada anak tekak jerr
XXXXXXX
Waduh berkahwin bertahun tapi cinta tetap pada orang lain? Camner tuh lebih baik jangan kahwin . Tapi dia tetap adil dan tahu tanggungjawab dia kepada keluarga. Aku nak jerr tahu perasaan isterinya yang suaminya tidak menyintainya. Perkahwinannya adalah desakan keluarga. Aku faham perasaan dia, cinta memang perkara yang sulit. Tapi aku masih tak faham kalau orang duduk, makan, tidur bersama tanpa rasa cinta. Semuanya berdasarkan tanggungjawab dan amanah untuk menjaga anak orang. Bahagia ker kahwin camtu? Kenapa kahwin kalau hanya nak memenuhi kehendak keluarga? Kenapa yerr …
Aku tahu dia dapat menjalankan tanggungjawabnya dengan baik. Sebagai suami, ayah dan ketua keluarga. Keluarga dia bahagia seperti yang dia kata. Mungkin dia bukan suami yang romantik. Tapi dia tetap tidak mengabaikan tanggungjawabnya dengan keluarga. Aku kesian pulak kat isteri dia yang bersabung nyawa melahirkan zuriat dari benih lelaki yang dicintainya sepenuh jiwa raga. Tapi sebaliknya dia hanya dijadikan alat untuk memenuhi kehendak seseorang. Siapa yang terjebak atau siapa yang jadi mangsa?
Aku pulak telah melakukan perkara yang betul ( ikut kepala otak aku lerr). Bila makcik dan saudara hulurkan gambar calon isteri. Aku tolak dengan baik. Aku kata biar aku cari sendiri. Tunggulah dulu sebab aku nak settledkan something. Aku sebenarnya tak mahu berkahwin dengan orang yang tidak aku cintai. Biarlah lambat cuma aku tak mahu menyiksa orang yang patut aku berikan sepenuh cinta dan perhatianku. Aku tak mahu menjadi lelaki yang kejam. Aku tidak mahu ada wanita yang teraniaya. Mungkin cinta boleh hadir setelah bersama. Tapi aduhhh rumit sekali dan aku taknak fikirkannya.
Mak dan abah kahwin pilihan keluarga gak. Mereka bahagia apa dan ada anak macam aku ni (hehehe). Tapi zaman dah berubah terlalu banyak makan Ajinomoto buatkan otak masing-masing jadi tak betul.

Thursday, June 19, 2003
KEBOSANAN
Kadangkala aku bosan dengan apa yang aku lakukan setiap hari. Melalui rutin yang sebegitu semenjak hampir 4 tahun. Mungkin aku kena mencari sesuatu hobi yang baru atau kegilaan baru. Bukan gila memburu perempuan atau mengumpul sebanyak mana awek yang termampu. Bukan begitu, aku rasa telah sampai masanya aku melakukan sesuatu yang baru juga. Mungkin bukan soal kerja, tugasan di ofis aku amat menyenangkan. Mungkin orang diluar sana amat mengidamkan tempat yang aku duduki sekarang. Dan aku bersyukur kerana memperolehinya sebelum usia aku mencecah 30 lagi. Satu rekod peribadi.
Setiap hari hujung minggu aku pulang ke kampong atau bertemu kawan. Pulang ke kampong memang menjadi kewajipan aku untuk menjenguk kedua ibu-bapa di kampong. Aku tidak pernah merungut yang itu. Menziarahi mereka merupakan detik yang terindah dan saat-saat yang di tunggu. Hingga aku berangan untuk bekerja di Universiti Industri Selangor kalau ada rezeki dan dapat menjaga mereka. Yelah Batang Berjuntai tu dekat dah dengan Tanjong Karang, 30 min drive jerr.
Mungkin aku sudah terlalu letih memikirkan karenah adik-adikku yang pelbagai. Dari masalah peribadi mereka, risau tentang ini dan itu. Segalanya menjadi tanggungjawab aku untuk "monitor" perkembangan mereka. Payah juga menjadi abang ni rupanya. Mungkin kerisauan aku ni hanya boleh reda bila mereka telah berumahtangga. Tapi mungkin tidak juga. Kadangkala lebih havoc dari biasa.
Tapi hari-hari aku yang lain terasa amat membosankan aku kena membuat sesuatu. Mungkin gardening, mungkin aku perlu mendapatkan sesuatu sebagai pets. Kucing mungkin dan mungkin juga anjing kalau boleh ( hehehe anjing harams). Tapi aku ni bukan rajin sangat dan tinggal di apartment membuatkan aku terpaksa melupakan hasrat aku itu.
Kenapa bosan agaknya? Pulang dari ofis kemudian, makan, nonton TV dan tidur. Rutin seharian di Cyberjaya. Aku tak mahu usia aku berlalu begitu sahaja. Kalau aku cakap dengan parents sudah pasti mereka kata kahwin ler cepat. Bukan yang itu juga. Aku ingin menikmati hidup bujang mungkin hingga 2008. Banyak yang perlu aku kejar dan beri tumpuan sepenuhnya sebelum "settled down". Tapi aku diserang kebosanan setiap hari.
Mungkin aku perlu melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti kebajikan. Contohnya menjadi ahli Sahabat HUKM. Ada kawan aku suruh aku masuk kelas tarian zapin dengan Pak Ngah ( Swatari). Kelas dia untuk semua peringkat umur. Tarian zapin memang best tapi aku ni penyegan orangnya. Kang kena gelak dek orang sebab langkah sumbang. Walaupun dah terbayang nak jadi back-up dancer Siti Nurhaliza kat konsert dia ( hahaha berangan betul). Ada sorang kawan bagi idea aku jadi pengacara rancangan "Jalan-Jalan Carik Makan". Bayangkan bakrupt ler restoran yang aku promote tu nanti. Sebabnya aku tak kuat makan dan tak pandai berpura. Kalau makanan tak sedap memang aku tak kan sentuh . Tapi ok untuk tambah berat badan aku . Ehh aku ni camera shy ler pulak. Atau belajar bahasa Jepun di UiTM 3 kali seminggu. Mungkin boleh membunuh rasa bosan aku yang menghempap-hempap jiwa raga ku ini.
"Alah Mal baik ko duk kat surau atau gi masjid Putrajaya tu dari maghrib dan tunggu sampai Isyak dapat gak pahala dan ilmu. Jiwa tenang dan sudah pasti takder risiko apa-apa" . Kata X buat aku terdiam. Betul gak yer, aku patut memperbanyakkan aktiviti yang sebegitu. Mesti itu adalah langkah pertama untuk membunuh kebosanan aku ni.
Aku stressed ker? Confius pulak.

Telah kuhebahkan
Rinduku yang lesu ini
Tertutuplah mastuli
Namun mustika
Cintaku terus membara
Walaupun tenggelam
Cinta yang dalam membeku
Di selendang arus
Namun mutiara
Rinduku masih menyala
Biarkan tidak terlintas hasrat cinta tertutup ini
Untuk sorak dan istihar di hatimu
Mungkin kerinduan belum kau penuhi
Haruskah diuji
Namun pernah terkandas hasrat rindu tenggelam sepi
Mengumum dan merayu terhadapmu
Bukti kerinduan masihkah kau sangsi
Perlukah diuji
Wednesday, June 18, 2003
LASIK - Laser in-situ keratomileusis
Semalam seharian mencari maklumat tentang LASIK. Pembedahan mata menggunakan pancaran laser. Tertarik dengan idea ini untuk memulihkan tahap kebergantungan penggunaan kacamata. Memanglah setiap pembedahan ada risiko yang perlu dihadapi. Tapi bila membaca artikel-artikel berkenaan procedure pembedahan yang dilakukan tahap kejayaannya tetap tinggi. Juga telah mendapatkan pandangan Dr. Rosalinda seorang pakar mata dari Indonesia ( pembaca blog aku ni jugak). Apa yang pasti aku perlu membuat pemeriksaan mata terlebih dulu samada kes aku ni sesuai atau tidak untuk Lasik. Lantas menghantar email kepada beberapa klinik swasta yang mengendalikan prosidur ini. Antara yang paling awal memberi respon ialah TLC.
"Thank you for your interest in LASIK at TLC.
Lasik can correct your myopic astigmatism stated provided your cornea is thick enough for the procedure. We can only determine this using a sophisticated scan that measures the thickness of your cornea (the part of your eye where you place the contact lens on). That means that we cannot tell whether we can solve your problem that until we see you in KL. Anyhow, we had treated a few patients with high myopia such as above 1000. In all cases of LASIK, the main aim is to reduce your DEPENDENCY on glasses/contact lenses. i.e., if you want 100% guarantee you will never need glasses again, no-one in the world can do that. Realistically, you have a 95% chance of not using glasses in most of your activities after your initial lasik, and e few chances that you may have residual power. In such cases where there is residual power, the surgeons usually recommend a retreatment to get rid of the residual power if the vision is still not clear enough for daily activities. In other words, 95 out of every 100 lasik patients can achieve 20/20 vision without glasses, and 5 of 100 may be able to see slightly less than 20/20 (usually the line immediately above 20/20 on the vision chart) without glasses, (but still a large improvement than your current state). Moreover, when you have reched mid-40s, you may require reading glasses to read close fine prints,
just like everyone else. Mr. Kamal, you will need to do an eye examination to rectify your suitability for the LASIK treatment.
TQ.
Regards,
Piria
Customer Service Executive
TLC The Lasik Centre Sdn Bhd.
Apapun aku kena berbincang dengan beberapa pihak lagi untuk mendapatkan pandangan mereka pula terutamanya doktor mata di Hospital Mata Tun Hussin Onn, pandangan keluarga dan N serta Z. Duit untuk membiayai pembedahan ini pula mungkin tak menjadi isu sebab kalau semuanya OK insyaalah ada rezeki di bulan Julai nanti. Mungkin kos pembedahan ini dalam RM 3000 - RM 5000 ikut rate salah satu klinik yang ada di KL. Tapi tak pasti mungkin kos pembedahan ini lebih tinggi dari yang dijangkakan. Kena buat research dan interview orang yang pernah melalui prosedur ini. Sekarang ni memang aku tak boleh ke mana tanpa cermin mata dengan power yang tinggi. Aku pulak jenis yang letak kacamata merata jadi menyusahkan aku untuk mencarinya. Kadangkala aku tercari-cari kacamata aku walhal dia ada di depan mata. Its not about nak menampakkan wajah aku supaya lebih menawan. Tapi lebih kepada keselesaan dan gaya hidup aku supaya tidak terbatas. Kos buat cermin mata pun mahal untuk setiap cermin mata aku harganya lebih RM 500 setiap satu. Kalau setiap tahun kena tukar dah berapa. So moga-moga dengan pembedahan ini kurang sikit tahap kebergantungan aku pada cermin mata. Yelah aku kena 'manjakan" diri aku jugak kerana diriku amat berharga!
Assessment
Borang assessment untuk tahun ni dah keluar. Amat mudah nak isi sebab ianya online dan user friendly. Aku kena mengajar staff aku cara nak isi borang ni ikut target masing-masing. Immediate Officer akan menilai staff masing masing selepas 25 Jun. Aku rasa staff aku layak untuk mendapat SE which means excellent untuk tahun ni. Tapi kadangkala boss aku bagi lebih rendah sebab kemungkinan itu sentiasa berlaku. Ada kouta untuk tahap SE ni. Sesiapa yang mendapat tahap ini akan dicalonkan untuk menduduki interview anugerah staff cemerlang universiti. Setiap tahun anugerah ini diadakan semasa majlis makan malam universiti. Aku pernah menjadi calon akhir pada 2 tahun lepas, dan giliran aku hanya akan datang lagi 7 tahun dari sekarang. Masa tu aku ada lagi ker tidak kat sini tak tahulah.
Teman Baru
Semakin ramai yang ingin berkenalan setelah aku membuka blog aku ni. Terima kasih kerana sudi berkenalan dan menghantar email. Maka bertambahlah kenalan aku dari seluruh negara. Tak sangka pulak sebab pada mulanya aku menulis blog sekadar melepas tekanan perasaan atau mengisi masa lapang aku, bukan untuk mencari publisiti ker apa. Sebabnya aku menulis ikut sedap tekak aku jer nak tulis apa. Terima kasih sekali lagi atas salam perkenalan yang dihulurkan dan moga kita boleh bertukar-tukar pandangan dan pengalaman tentang hidup. Untuk Z di OUM terima kasih kerana sudi berkongsi cerita dan ketahuilah your secrets are safe with me. Yang lain tetaplah aku ingati, berkawan biar beribu dan musuh jangan dicari.

Tuesday, June 17, 2003
Rumah di Tengah Sawah
Masa hari Ahad lepas aku sembang-sembang dengan mak di anjung rumah sambil angin sepoi-sepoi bahasa menampar lembut pipi aku yang merah padam petang itu. Mak cerita tentang Julie dan pakwenya. Abah dah setuju dengan pilihan Julie tapi mak tak nak masuk campur. Mak aku bukan pemilih tapi bagi dia Julie kena buat pilihan yang tepat. Atau lebih mudah lagi jangan menolak tuah kalau ada orang yang lebih bersedia, buat apa pilih lelaki muda yang belum establish. Ada juga kebenaran kata-kata mak tu. Tapi entahlah kuasa cinta ni kan aneh. Aku dah lihat buah hati Julie tu dan aku pasti sejarah akan berulang. Yelah memanglah OK tapi perkahwinan kan menuntut lebih dari itu. Satu pakej yang akan saling melengkapi. Aku pun takut nanti Julie yang akan lebih terbeban dengan tanggungjawab hidup berkeluarga. Sebabnya ada lelaki bila berkahwin serah bulat-bulat pada isteri hal rumahtangga dan masih keliru dengan tanggungjawabnya. Apa pun aku doakan dia bahagia kalau itu memang jodohnya.
Mak pulak bagi tempoh sampai tahun depan nak sandingkan kami bertiga serentak. Aku, Man dan Julie sekali. Aku gelak bila tang ni, yelah kalau dah terima 3 menantu serentak pastilah tak terlayan. Aku tak mahu lerr, tapi mungkin Man nak kahwin cepat. Bagilah adik-adik aku lepas dulu. Mak aku takut anak aku kecik lagi bila aku tua nanti. Tapi trend masa kini memang kahwin lambat apa. Kena belajar, membina kerjaya dan kumpul harta serba sedikit. Zaman dah berubah kalau dulu cukup jer umur boleh kahwin dah dan buat pondok di tengah sawah. Sekarang bukan macam tu lagi. Gaji empat lima ribu pun belum tentu cukup nak tanggung anak orang. Banyak yang kena fikir.
Aku usulkan kat mak aku tentang anak angkat. Mak kata nak ambil anak siapa? Dan sampai bila pun dia tetap anak orang. Betul juga tu tapi ada orang buang anak tepi longkang dan dalam tong sampah. Ada juga orang bujang bela anak angkat. Si N pun ambil anak saudara dia sebagai anak sendiri walaupun tidak tinggal serumah. Semua harta dia dinamakan nama budak tu. Dari KWSP, Insurance hinggalah semua harta terpijak dia tu. Aku tak kisah ler harta dia aku ni sapalah nak masuk campur. Bila aku tengok mak dan abah aku ni. Bila tua tetaplah mereka keseorangan. Yelah anak-anak semua dah duduk jauh-jauh. Hujung bulan atau 2 minggu sekali jer aku balik kampong. Cuma aku , Julie dan Yana jer yang balik. Yang lain setahun sekali atau bila ada urusan di KL jer nak balik TK. Mak dan Abah tinggal berdua. Bilik-bilik di rumah tu dah jadi macam stor pulak. Rumah tu memang "terlalu" besar untuk mereka tinggal berdua. Nasib baik dan aku bersyukur mereka sihat. Aku memanglah kerap telefon rumah tanya khabar berita. Macam iklan Telekom tu apalah ertinya teknologi kalau tak digunakan.
Aku sekarang ni agak tertekan dengan isu ini. Aku sendiri tak tahu apa yang aku carik. Sunyi tu memanglah sunyi bila duduk sorang-sorang tapi itu lebih baik buat masa sekarang ni. Banyak benda yang belum settled dan pencarian masih berlangsung. Kita punya pilihan dalam hidup bukan?

Monday, June 16, 2003
Penat
Hari ini menghantar Yana untuk register semester baru program diploma dia. Mak datuk penat nyer terpaksa beratur sama dengan Yana sebab dia ni akan hilang punca bila orang ramai sangat. Tempat parking punyalah jauh dan kereta tak boleh menghampiri kampus. Kegabraan Yana terserlah bila orang tu mintak RM120 dia boleh selamba jer bagi RM 200. Then boleh blah macam tu jerr. Orang tu pun ingat RM 150 jer dan bagi wang baki RM 30. Nasib baik aku ingatkan Yana pasal duit tu dan dia mintak semula wang baki dan nasib baik juruwang tu nak bagi balik RM 50 tu tanpa banyak soal. Yana boleh maintain ayu jer tanpa rasa bersalah. Yelah bukan dia yang cari duit mana dia tahu peritnya orang carik duit tu. Inilah bahananya anak bungsu sorang ni. Benda lain dia ingat, tapi pasal duit ni dia main hentam jerr. Tu belum kes duit dia selalu hilang kat bilik hostel. Entah-entah dia tak perasan berapa duit yang dia ada. Kalau perasan pun bila duit tu dah hilang atau hampir habis.
Selepas register sessi angkut mengangkut pulak. Mak datuk banyaknya benda yang dia bawak. Macam nak pindah rumah jerr. Bahan mekap dia jerr dah satu beg, orang pompuan ni kan banyak benda kena maintain dia sound aku bila aku mengadu benda apa yang dia bawak banyak sangat tu. Nasib baik si Ajak ada dan tolong aku angkut barang ke bilik dia. Pukul 12.00 semua urusan siap dan aku balik ke Cyberjaya. Tidur sekejap dan ke ofis check email. Boss aku datang dari Melaka hari ini. Tapi tak kisah ler aku tetap buka lagu dari MP3 seperti selalu.
Ada seorang penulis blog dari Geng Jurnal tu rupanya student kami. So dia minta tolong tentang sesuatu insyaalah aku akan tolong. Blog dia memang glamor habis dan aku adalah jugak baca blog dia tu. Dunia ni kecil sahaja rupanya, pusing-pusing ketemu juga. Hanya masa dan keadaan jer tak tahu bila. Entah-entah pembaca blog aku juga adalah seseorang yang aku jumpa hari-hari. Manalah aku tahu kan. Tapi aku tahu pembaca blog aku tak ramai so selamat ler sikit. Selamat dari apa yerr? Rasa selamat bila kita tak kenal orang tu. Kalau kita kenal rasa lain pulak.
Penat aku hari ni sampai makan pun tak lalu. Aku bercuti tapi macam tak bercuti jerr bila aku ke ofis telefon tak henti-henti berdering.

Saturday, June 14, 2003
Engkaukah Sabda Jingga Yang Tak Tergapai Itu?
Ada orang takut untuk jatuh cinta sekali lagi. Takut untuk melalui saat perit kekecewaan. Takut cinta yang dibina tidak seperti yang diharapkan. Ketakutan itu bertambah perit jika kasih yang diharapkan musnah dipertengahan jalan. Cinta itu adalah satu perjudian bukan?. Sebabnya kita tidak tahu apa yang kita akan dapat. Bak kata Sofea Jane dalam sebuah filem "Cinta itu adalah apabila kita bertemu dan membuat pilihan yang tepat". Tapi kita membuat pilihan berdasarkan apa sebenarnya? Adalah kita bersedia menerima dirinya seadanya atau sebab-sebab tertentu. Adakah wujud sesuatu cinta tanpa sebab?
Zaman percintaan mungkin tidak seindah mana tapi kebahagiaan tetap wujud jika kita berusaha mencarinya. Tapi kedua belah pihak perlu berusaha kearah itu. Bukan hanya sebelah pihak sahaja bermati-matian mempertahankannya dan sebelah pihak lagi bersikap tidak kisah. Cinta juga memerlukan kejujuran. Jarak sempadan bukan penghalang untuk membenihkan perasaan itu. Jika ada kemahuan di situ ada jalan. Cinta juga menuntut kesabaran yang tinggi untuk direalisasikan. Ianya bukan semudah mengungkapkan perasaan sayang atau tuntutan nafsu semata. Persediaan mental juga penting. Bersedia untuk berkongsi, memberi dan menerima. Saling memerlukan antara satu sama lain.
Cinta itu bukan kepuraan, bukan seperti memelihara bintang peliharaan. Bila kita tak punya masa kita boleh membuangnya begitu sahaja. Ianya adalah satu tanggungjawab yang berat. Ia juga tidak boleh dipaksa. Paksaan untuk menerima cinta akan membuatkan salah seorang itu serba salah. Ketidakjujuran dan kecurigaan akan bermaharajalela. Jika ini yang terjadi perpisahan adalah jalan yang paling baik. Tak perlu menyeksa diri dan hidup juga perlu diteruskan. Pusingan kehidupan akan bermula semula. Kita akan jatuh cinta lagi. Tapi dengan siapa dan di mana, itu terserahlah pada keadaan. Ada kalanya cinta amat payah hadir dalam diri seseorang. Tapi kepayahan itulah yang akan membuahkan sesuatu yang paling manis. Mungkin dia bukan tercipta untuk kita. Ada seseorang diluar sana yang menanti. Manalah kita tahu, jadi jangan serik untuk jatuh cinta sekali lagi.
Aku? mmmm nantilah, tumpukan pada kerjaya dan buat persediaan serba sedikit. Persediaan untuk menghadapi saat kematian juga perlu. Yelah kita hidup ini hanya sementara akhirat juga yang kekal. Impikan bidadari di Syurga? Teruskanlah bermimpi pada sabda jingga yang tak tergapai itu!

Friday, June 13, 2003
"Reunion"
Semalam nonton cerita yang menarik di TV3, pasal reunion. Dalam banyak hal kita perlu menjadi diri kita sendiri untuk dihormati. Kita tidak perlu menjadi orang lain yang akhirnya memperbodohkan diri. Jika diadaptasikan kisah tersebut dalam hidup kita ianya seakan realiti. Masing - masing berlumba-lumba untuk mendapatkan pekerjaan yang baik dan menjadi somebody setelah tamat pengajian di universiti. Tetapi aku tak setuju jika kejayaan itu hanya diukur dengan berapa gaji kita sebulan atau kereta apa yang kita pandu. Setiap individu mempunyai peranan dan tanggungjawab yang berbeza. Ada yang memang dilahirkan kaya dan tidak perlu risau tentang keluarganya. Maka perjalanan hidupnya lebih mudah. Gaji yang diterima tiap bulan boleh digunakan sepenuhnya hanya untuknya.
Ada juga segolongan yang lain yang perlu memikirkan hal adik-adik yang masih belum tamat pengajian dan keluarga di kampong. Tetapi ada juga yang bila habis sahaja pengajian, dapat pekerjaan dan berkahwin. Begitulah realiti sebenar kehidupan setelah tamat pengajian di universiti. Tapi aku tak dengar pula kawan-kawan aku yang tidak bekerja. Masing-masing aku dengar suka lompat kerja untuk dapat imbuhan yang lebih lebat. Itu rezeki masing-masing. Kami mempunyai Yahoo Group untuk meng "update" perkembangan terkini dan sumber informasi semasa kami. Yelah supaya tidak lost contact. Siapa kahwin dengan siapa dan siapa dapat 'baby" baru juga diberitahu. Sebabnya kami berada di serata pelusuk tanahair termasuk Sabah & Sarawak. Hanya melalui Yahoo Group ini sahajalah dapat kami mengetahui perkembangan terkini masing-masing.
Selepas berpisah dan memulakan kehidupan selepas zaman belajar dan alam kampus. Aku tidak pernah berjumpa mereka semenjak Oktober 1996. Kalau bekerja dalam bidang yang sama kemungkinan berjumpa semasa mesyuarat atau ketika menghadiri persidangan. Tak tahulah apa yang mereka fikirkan tentang kehidupan aku. Mungkin mereka masih mengingati seorang pemuda yang sering mengantuk di kelas walaupun duduk di barisan paling depan dengan cermin mata tebal. Mungkin mereka masih ingat nama untuk kelas Inggeris aku "Kent". Tapi aku hendak mereka tahu aku bukan lagi pemuda naif yang suatu ketika dulu begitu pasrah dengan hidupnya. Mungkin mereka terkejut jika melihat aku yang "baru" tapi aku lebih suka mendiamkan diri. Itu lebih baik bukan?
MyKad
Buat pertama kalinya aku membuat urusan bank menggunakan MyKad. Namun apa yang membuatkan aku marah ialah juruwang itu memberitahu yang cap jari aku tak sama dengan apa yang ada dalam MyKad atau kemungkinan besar chip dia rosak. Habis tangan aku di belek macam penjenayah perang. Dan aku jadi tidak selesa macamlah aku ni membuat kesalahan apa. Masa aku dapat MyKad aku tu 3 bulan lepas tidak diberitahu pulak yang ia rosak ker apa. Akhirnya dia membuat keputusan untuk melepaskan sahaja kes tersebut dan pengeluaran boleh dilakukan. Kecangggihan kadangkala amat menyusahkan. Terpaksa ambil cap jari, padahal di MyKad dah sah-sah ada. Teknologi sepatutnya memudahkan, tapi kita suka buat kerja yang sama berulangkali. Yelah sepatutnya segala urusan menjadi lebih pantas bukan sebaliknya. They never learned.

Thursday, June 12, 2003
Hari ini aku sibuk dengan meeting. Start pukul 9.00 pagi ada meeting dengan HR sebab nak proceed atau tak penubuhan jabatan baru. Dalam masa yang kritikal dan budget yang payah nak dapat ni mungkin peluang adalah tipis. Tapi tidak salah mencuba dan teman sejawatan aku tu dah buat research hampir 6 bulan untuk merealisasikan impian semua.
Terima email komplen dari seorang pelajar. Tapi bila dilihat dan baca betul-betul bukan staff aku yang terlibat. Itu staff Melaka sebenarnya. Tapi Puan aku ni macam dah kena 'pukau' oleh suspect utama yang sikit punya bijak memainkan peranannya. Harap jangan ada insan yang tidak bersalah teraniaya. Harap juga pengadu itu tampil dan beritahu siapa yang dia rujuk. Yelah staff yang tidak bersalah mungkin teraniaya. Inilah masalahnya jika ada nama yang serupa, 3 pulak tu dalam organisasi yang sama dan pengadu main hentam nama bapak atau bin dia. Susah betul jadinya.
Hari ini juga nak "let go" saham Telekom aku tu. Ada kawan yang bagitau ini masa yang sesuai nak exercise. Yelah harga dia tidak akan naik lagi. Kalau simpan pun tak memberi apa-apa makna. Biarlah untung sedikit dari rugi tak dapat apa. Maklumlah pilihanraya dah dekat anything can happen.
Semalam aku 'kehilangan" seorang kawan sebab salah faham yang berlaku. Entah apalah sebabnya buat aku confuse dengan statement-statement dia. Hidup memang sukar untuk diramalkan. Aku layan lagu "Ribaibaru" yang aku dapat dari Spyz. Lirik dia memang kena dengan batang hidung aku. Aku call N dan dia selamat tak de kena banjir ke apa. Tapi sikap dia tetap menjengkelkan aku .

Subscribe to:
Posts (Atom)