YANG BURUK … DAN YANG BAIK DARI YANG BURUK
Bila baca blog Merryhearted ( ada dalam senarai Mencari Teduhan), tahulah setiap ibu walau di mana mereka sekalipun akan membesarkan anak-anak mereka bagai menatang minyak yang penuh. Berkorban apa sahaja untuk kebahagiaan keluarga. Teringat dulu bila Yana diserang penyakit leukemia. Mak aku yang dulunya wanita kampong yang tipikal "menjelma" menjadi seorang yang begitu agresif dan bersikap sentiasa ingin tahu. Maklah yang turun naik hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang sehingga Yana sembuh sepenuhnya bila dia masuk belasan tahun dan sehingga kini alhamdullillah semuanya selamat. Jasa ibu memang tak boleh dinilai dengan wang ringgit. Memang tak akan sama nilainya. Ianya bukan semudah meletakkan nilai hantaran untuk majlis perkahwinan. Kasih sayang memang sesuatu yang tidak ada galang gantinya.
Rasa nak termuntah bila baca satu kenyataan dari satu artikel ini. Ada juga manusia yang menjadikan anak sebagai satu objek untuk memuaskan nafsu masing-masing. Kes sumbang mahram begitu banyak dilaporkan di akhbar-akhbar.
"Saya merogol cucu saya untuk memuaskan nafsu kerana isteri saya sudah tua dan tidak menghiraukan saya!" ujar Salleh Draman seorang datuk berusia 60 tahun yang didapati bersalah merogol cucu kandungnya sendiri yang berusia 7 tahun 5 bulan pada 28 Jun lalu, sebaik sahaja mahkamah menjatuhkan 13 tahun penjara keatasnya. Tak tahulah trauma yang dihadapi oleh gadis sekecil itu ketika di soal-siasat dimahkamah oleh peguam-peguam yang terlibat. Terpaksa pula mengingati setiap inci detik celaka itu. Tetapi inilah kehidupan yang perlu juga kita tempuhi. Kepelbagaian ragam dan warna. Tidak semuanya kisah yang baik-baik atau yang manis sahaja.
Seorang bapa kepada empat anak, termasuk tiga perempuan menangis tersedu-sedu di Mahkamah Seksyen Shah Alam , baru-baru ini selepas menerima hukuman penjara 14 tahun dan 10 kali sebat kerana merogol darah daging sendiri. Tangisannya tidak sama dengan tangisan seluruh ahli keluarga yang merasai penderitaan anak yang diratahnya. Bagimana nanti dia boleh hidup dan merenung muka anak perempuannya semasa mewalikannya? Bukan soal dosa sahaja tapi, kemanusiaan. Kita yang membaca berita ini pun sudah merasa nak ludah sahaja mukanya, tapi ini adalah kehidupan. Allah menjadikan sesuatu untuk menjadi pengajaran kepada orang lain. Ambil ikhtibar, kalau dalam 23 juta penduduk di Malaysia biarlah hanya keluarga itu sahaja yang begitu yang lain jangan buat. Tapi kita bercakap tentang soal nafsu. Payah jugak tuu. Nafsu itu kurniaan Allah untuk setiap 23 juta individu di negara kita dan setiap yang bernama manusia. Kalau darah daging sendiri sanggup diperlakukan sebegitu rupa, maka tidak hairanlah mengapa manusia memandang enteng perasaan orang lain. Masing-masing akan mementingkan kepuasan diri mereka dahulu tanpa memikirkan rasa hati orang lain. Patutlah begitu ...
Aku tak berhak untuk menilai atau cuba memberitahu sesuatu itu betul atau salah. Bukan untuk mendidik masyarakat bahawa ini satu mesej yang perlu diberi perhatian. Masing-masing punya penilaian masing-masing. Hanya ingin menyelami kenapa dan mengapa. Sesuatu kejahatan atau musibah yang berlaku juga ada mesej yang tersirat dimana diri kita patut mengambil iktibar dari sesuatu itu. Bukan hanya benda yang baik-baik sahaja, yang buruk juga memberi mesej juga. Blog aku bukan kisah Cerekarama yang ingin mendidik masyarakat walaupun aku tak tahulah kalau akan ada yang akan menjadi lebih baik selepas meneonton "Sekeras Kerikil" atau "Ampunilah Dosaku" lakonan Fauziah Nawi. Mesej tidak perlu disampaikan dengan airmata yang berjela sahaja untuk memberitahu khalayak.
Cuma ambillah sesuatu dari musibah yang berlaku di sekeliling kita. Kita ini hanya insan biasa, punya kelemahan tapi tidaklah sampai melangkaui batas-batasnya. Tapi kadangkala sifat manusia dan haiwan sudah tidak banyak bezanya di zaman ini. Kadangkala haiwan pun lebih menyayangi anak-anak mereka.
Aku? Kerana keluargalah aku masih boleh tersenyum dan tidak putus harap kerana aku tahu hanya mereka sahajalah yang mampu menyayangi aku seadanya tanpa syarat.
Tuesday, September 09, 2003
Monday, September 08, 2003
SELESAI SARINGAN PERTAMA
Penat itu sahaja yang mampu aku katakan, ini baru bertunang kalau kahwin nanti mahu aku kena bercuti lama. Buat persiapan pertunangan Julie mengerah semua bala tentera mak. Abah pun tak terkecuali kena buat itu ini. Mak paling penat 3 hari tidur-tidur ayam jer sebab nak pastikan semuanya sempurna. Aku pulak semua kerja kena buat dari beli ayam di pasar sampailah kena tengok ( komplen sebenarnya) hantaran yang digubah oleh Julie dan Yana. Mereka tetap ler bercakaran walau dah nak kahwin. Tapi itulah yang membuatkan mereka istimewa. Adik-adik akan bergaduh, aku jadi orang tengah sebab semua akan mengadu kat aku.
Nenek Siti datang lambat, jiran seorang dua jer yang mak panggil sebab tentera bergajah mak dan ramai. Cik Anjit datang dengan nenek naik kereta Waja baru dia. Tempat parking di depan rumah penuh. Pukul 1.45 aku ke masjid di TK jemput keluarga Nizam. Ada 6 buah kereta kesemuanya. Majlis bermula 2.30, dan mereka bertolak dari Sungai Siput pukul 10.00 pagi. Sian tetamu lapar agaknya.
Uncle Sekak jadi jurucakap bagi pihak perempuan. Julie buat 13 dulang hantaran. Tak ingat pulak aku berapa Nizam bagi. Aku rasa Nizam ni memang beruntung dan juga abang-abang ipar aku yang lain. Keluarga kami tak pernah minta itu ini. Semuanya ikut kemampuan dan persetujuan yang dibuat dari pihak yang nak berkahwin. Orang tua hanya menunjukkan arah apa yang perlu dibuat. Bila pihak lelaki bertanya berapa hantaran yang nak diberi. Jurucakap kami balas "Tentang hantaran semua tu anak-anak dan berbincang biarlah mereka tentukan ikut kemampuan masing-masing". Kalau di tempat lain semua diorang tanya, kena tunjuk resit berapa harga cincin, dan berangan lain. Tapi kami tak buat benda-benda tu semua. Kami tak akan memalukan tetamu. Perbincangan berlangsung dalam masa tak sampai 10 minit dah selesai. Kemudian ibu pihak lelaki menyarungkan cincin dijari manis Julie. Jadi sahlah dia tunangan orang kini. Adik kami dah jadi tunangan orang.
Selepas itu ada doa selamat dan makan. Budak-budak seronok sebab tak pernah tengok sawah padi. Anak Uncle Sekak 'excited" sangat sampai terjun parit. Gempar seketika yelah ada ker patut budak-budak lain bantai gelak sahaja. Nasib baik Abang Rosli ada dan selamatkan dia. Masing-masing panik sebab parit tu dalam jugak. Aku dan Man plan untuk tambak dan lebarkan laman buat tempat parking kereta. Kalau semuanya berjalan lancar rumah kami di TK pun akan di "makeover"kan.
Tetamu pulang pukul 4.00 petang. Aku kena bergegas ke Klang sebab Man balik naik bas jer. Sampai ke Klang pukul 6.00 dan alhamdullilah tiket ke JB masih ada. Dia bertolak pukul 6.30. Aku mintak diri dulu dan hantar Yana ke Sepang sampai ke Cyber pukul 8.00 malam. Penat yang amat sangat. Dr Azmi singgah kat Cyber sebab dia akan ada meeting di UM.
Oh ya sesuatu yang menjadi tumpuan bukan sahaja Julie tapi aku yang paling banyak kena tempiasnya. Masing-masing ingatkan majlis pertunangan aku. Semua tanya aku bila lagi dan pakat nak sandingkan Julie, Man dan aku serentak. Mak datuk calon pun takder ini kan pula nak bernikah. Aku pulak dah sampai tahap tak nak fikirkan hal itu sangat dah. Kahwin tak kahwin aku malas dah nak fikirkan sekurang-kurangnya dalam waktu-waktu terdekat ini. Aku hanya nak teruskan hidup dan menikmati apa yang ada. Terlalu sakit untuk diingati segalanya.
Bila aku mengenang Julie, dari zaman kami kecil dan segala kepayahan hidup yang kami lalui selama ini dan suatu waktu dulu. Tapi aku tak ingat atau tiada dalam memori aku. Kami tak pernah bergaduh! Bertengkar atau yang sewaktu dengannya. Semasa dia belajar di UiTM aku di tahun akhir. Dia tak banyak menyusahkan hidup aku. Sebabnya dia amat berdikari sekali. Dulu kami pergi sekolah rendah naik basikal bersama, dia membonceng di belakang . Oleh kerana beg sekolah dulu-dulu besar-besar dia terjatuh sedangkan aku terus berkayuh sebab tak perasan yang dia jatuh. Sian dia, aku ni kadangkala kejam jugak. Tapi memang tak perasan dan dia masih ingat kisah itu.
Untuk Nizam semoga dia dapat menjaga dan menghargai Julie. Selamat menjadi ahli keluarga kami. Moga "kesimplelan" kami tidak mengejutkan dan tidak juga boleh dipandang enteng. Thanks Nizam sebab bagi satu dulang sepersalinan pakaian kat aku. Langkah bendul yer ... mmmm.

Friday, September 05, 2003
TERJUN SAHAJALAH JULIE!
Julie akan bertunang Ahad ini, 7 September 2003. Dia nekad dengan pilihan hatinya. Mereka berdua akhirnya akan bersatu juga. Hidup ini adalah atas pilihan masing-masing dan hanya kita yang mampu memacu ke arah mana perjalanan hidup kita seterusnya.
Mungkin kita akan takut lemas kalau tidak pandai berenang. Jadi bagaimana kita dapat menikmati keindahan batu karang dan ikan-ikan di dasar lautan kalau hanya berdiri dan merenung jauh hanya dari pantai. Terjun sahajalah ke laut itu! Kemudian nikmati segala keindahan yang ada dan kadangkala luka yang membilur dek tujahan batu karang. Kita tidak akan tahu selagi kita tidak memulakan langkah itu. Awas kalau tidak pandai berenang, sediakan pelampung. Dan oleh kerana ramai yang takut lemas ada yang terus tidak mahu mencuba dan membiarkan sahaja segala peralatan itu terbuang . Aku pun tak reti berenang dan pernah hanyut … di Pulau Redang. Julie memilih untuk terjun sahaja dan dia memang cukup berani.
Aku tak kisah sangat tentang berapa duit hantaran dan sebagainya. Yang paling penting benda-benda yang wajib. Kalau masing-masing dah suka mengapa diberatkan dengan semua itu. Namun aku akan nasihatkan Julie untuk memujuk ( eh siapa yer nama bakal adik ipar aku tu? Lupalah …) untuk membuat pemeriksaan kesihatan. Kalau di Johor diwajibkan untuk membuat pemeriksaan HIV ( aku tak pasti sekarang ni). Yelah sekurang-kurangnya buat medical check-up , pemeriksaan darah dan penyakit-penyakit lain yang boleh di sebarkan oleh suami macam Hepatitis B tu kan. Manalah tahukan, tapi moga-moga dijauhkanlah. Tapi kenalah tahu latarbelakang kesihatan pasangan kita juga. Zaman ini hidup semakin canggih, banyak godaan dan banyak sekali penyakit berjangkit. Kalau memang nak zuriat yang sihat kena tahu dari baka bagaimana. Harap nanti Julie faham dan tidak salah faham apa yang aku nak sampaikan. Tetapi keputusan akhir tetap di tangan mereka. Yelah kalau ada problem kita boleh bersedia dari awal, itu lebih baik bukan.
Kita sedia maklum pertunangan ini ialah satu langkah kearah mengikat perjanjian untuk ke gerbang perkahwinan. Namun manalah tahu ada salah satu pihak yang ingkar. Orang yang dah kahwin pun boleh bercerai-berai inikan pula baru bertunang. Mengikut Undang-Undang keluarga Islam di semua negeri di negara ini , sudah memberi ruang kepada mana-mana pihak yang tertipu akibat daripada pertunangan yang dibatalkan, untuk mendapatkan semula segala pemberiannya, sama ada yang berbentuk barangan yang dihadiahkan atau dalam bentuk wang ringgit, yang boleh dinilai kepada pihak yang memutuskan ikatan pertunangan itu.
Sewajarnya pihak yang ingkar perjanjian pertunangan, mestilah memulangkan semula segala pemberian yang diberikan kepadanya dengan sebab pertunangan. Jika pihak yang memutuskan pertunangan itu ingkar untuk memulangkan semula segala pemberian hadiah atas sebab pertunangan , maka pihak yang bersetuju berkahwin boleh mengadu kepada mana-mana mahkamah syariah dengan menggunakan seksyen 15 Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984, yang memberi panduan cara tindakan kepada mana-mana pasangan yang tertipu akibat ingkar melaksanakan perkahwinan.
Seksyen ini memperuntukkan : "Jika seseorang mengikat suatu kontrak pertunangan mengikut hukum syarak, sama ada secara lisan atau secara bertulis, dan sama ada secara sendirian atau melalui seorang perantaraan, dan kemudiannya enggan berkahwin dengan pihak yang satu lagi kepada kontrak itu tanpa apa-apa sebab yang sah, manakala pihak yang satu lagi bersetuju berkahwin dengannya, maka pihak yang mungkir adalah bertanggungjawab memulangkan pemberian-pemberian pertunangan, jika ada atau sama nilainya, dan membayar apa-apa wang yang telah dibelanjakan dengan suci hati oleh atau pihak yang satu lagi untuk membuat persediaan bagi perkahwinan itu, dan yang demikian boleh dituntut melalui tindakan dalam mahkamah.
Namun tak pasti bila kita boleh menyaman pihak yang ingkar itu untuk mendapatkan gantirugi tauladan yelah kesakitan bila ditinggalkan dan sebagainya. Trauma-trauma yang dihadapi dan segala bentuk tekanan emosi. Ada orang yang begitu setia tapi akhirnya si dia tetaplah berkahwin dengan orang lain. Jadi kena beringatlah yer. Macam 7 dipihak anda pulak. Tapi kita kenalah tahu hak kita dalam apa juga percaturan hidup ini.
Untuk Julie selamat bertunang. Moga Julie akan bahagia melayari bahtera impiannya. Ally McBeal kami akan menjadi isteri orang. Seorang wanita kecil molek tetapi tegas dan begitu berdikari. Moga si dia itu dapat menjaganya sepenuh jiwa dan kasih sayang sebagaimana kami menatangnya bagai minyak yang penuh. Kebahagiaan adik kami ini adalah kebahagian kami sekeluarga.
"Terjunlah apa yang nak di tunggu lagi kalau tidak kamu akan menyesal."
"Kau cakap kat aku ker?
"Eh silap skrip ler …!"
"Nak kena ni .."
DEKAT PADAMU
Dekat padamu
Arah ingin ku tuju,
Walaupun jauh akan ku tempuh, kerana hanya sunyi yang menemani hari,
Semenjak kau pergi membawa diri,
Dekat padamu
Disana kan bersatu, dua jiwa yang telah terpisah,
Kesetiaan yang telah kita sama ikrarkan, kupegang teguh...janji ku kotakan,
Andai tersalah arah, berikan ku tanda,
Agar kau terima yang sebaiknya, jika cinta kita hanya sejarah lama,
Sudilah ku cuba kali kedua,
Walau jauh akan ku gegas berlari,
Walau tinggi bisa kuterbang di langit,
Walau sedalam mana akan ku selami,
Kerana cinta sedalam itu mekar bila ku dekat padamu,
Dekat padamu
Itu destinasiku,
Tak kira apa jua kan ku terima,
Harapanku kan terbuka dipintu hatimu, dengan rela menunggu kehadiranku,
Andai tersalah arah berikan ku tanda,
Agar kau terima yang sebaiknya, harapan mendorong ku mengusung cinta kita,
Janganlah dibalas rasa kecewa,

+ Tapi kita tak pernah dekat. Walaupun aku amat berharap sekali. Dan kini semakin jauh dan menjauh. Biarkan lah sahaja diriku sepi tanpa kata dalam kejauhan ini.

Thursday, September 04, 2003
KENAPA BUKAN DARI TK?
Cemburu rasanya bila melihat produk import yang berada di pasaran ketika ini. Terbaru pelancaran kereta Chevrolet keluaran General Motors (GM). Model Optra nampak elegent dan sesuai untuk eksekutif muda 30an keatas. Cemburu bila negara lain mampu mengeluarkan model-model kereta yang menepati citarasa pasaran global.
Terasa letih bila melihat kereta tempatan masih di tahap itu. Sudah bosan dengan model "makeover" yang disogokkan . Hanya setakat itukah yang mampu kita lakukan? Walaupun pada hakikatnya kereta ini laku dipasaran tempatan namun perlu diakui bahawa pengguna kita tiada pilihan lain. Kereta import masih mahal.
Cemburu juga dengan negara seperti Korea yang mampu mengeluarkan kereta setanding dengan barat. Hyundai misalnya terkenal dengan model - model kereta yang memenuhi citarasa masyarakat dunia. Rakyat Korea mampu memandu kereta keluaran mereka dengan penuh bergaya dan megah sekali dengan pencapaian itu. Lihat sahajalah model Sonata dan Elentra takkala menyusuri lebuhraya kita tampak bergaya sekali. Perlu diakui rakyat negara mereka memang kreatif.
Jadi rakyat kita tidak kreatif? Kalau inilah persoalannya, masyarakat kita memang kreatif. Tetapi kreatif mereka menjurus kepada benda-benda yang terpanjang, terbesar, tertinggi dan pelbagai lagi. Mereka kreatif dengan hal-hal yang sebegitu, supaya boleh glamor sesaat dan nama dicatatkan dalam Malaysian Book of Records. Satu bentuk keghairahan mencipta rekod dan tidak memberi apa-apa makna untuk suatu jangkamasa yang lama. Sekadar untuk suka-suka dan mengisi sesuatu acara. Kalau tidak masakan mereka tergamak mencipta model J****. Mereka terlupa untuk membuat "consumer survey" untuk menghasilkan produk-produk yang boleh menjadi kegilaan dunia. Memang ada jenama Malaysia yang terkenal dan dieksport untuk pasaran dunia, tapi apa yer? ( Berfikir sejenak). Mungkin sarung tangan getah untuk perubatan atau mungkin juga kondom.
Terfikir juga kenapa barangan IKEA bukan berasal dari TK? Kenapa perlu diterbangkan ribuan kilometer dan tetaplah menjadi kegilaan golongan menengah di negara kita. IKEA asalnya hanya sebuah syarikat perabut kecil di Sweden. Produk mereka mampu membuatkan pengguna di Malaysia menunggu seawal 4.30 pagi semasa pembukaan outlet barunya di Mutiara Damansara baru-baru ini. Sweden juga mampu menghasilkan jenama kelas dunia lain yang cukup unik seperti Volvo, Ericsson dan SAAB.
Apa yang dihasilkan seharusnya memenuhi bukan sahaja selera tempatan tetapi citarasa global. Supaya nama kita juga setanding dengan negara Eropah lain bukan hanya setakat renangan merentasi selat atau menjelajah segala gunung untuk dikenali. Selepas 46 tahun merdeka Malaysia telah menghantar puluhan ribu pelajar ke luar negara yang membentuk golongan kelas menengah di negara kita. Sudah semestinya telah ada ribuan pakar-pakar yang mampu menjelmakan sesuatu. Sistem pendidikan kita pula terlalu memikirkan aspek lulus periksa dan tidak begitu menekankan aspek pemikiran kreatif. Hasilnya kita hanya menjadi masyarakat pengguna yang amat mengkagumi produk yang dihasilkan oleh orang luar. Intelektual capital mereka dijelmakan melalui produk-produk yang mampu menakluki mimpi-mimpi kita.
( Masih lagi berkira-kira untuk membuat kunjungan ke IKEA tapi entah bila …).
KL MONOREL
Akhirnya projek monorel mula beroperasi pada 31 Ogos yang lalu . Projek yang bernilai RM 1.18 bilion itu mampu bergerak sehingga 90 KM sejam dan membawa sehingga 214 penumpang setiap perjalanan atau sehingga 80,000 penumpang sehari.
Ia membabitkan laluan sepanjang 8.6 km di Kuala Lumpur melalui 11 stesen menghubungkan banyak destinasi utama di bandar raya . Stesen berkenaan ialah Titiwangsa, Chow Kit, Medan Tuanku, Bukit Nanas, Raja Chulan, Bukit Bintang, Imbi, Hang Tuah, Maharaja Lela, Tun Sambathan dan KL sentral.
Kadar tambang hanya antara RM1.20 hingga RM 2.50 mengikut jarak perjalanan. Rasanya ini lebih rasional berbanding memandu sendiri dengan kesesakan dan kadar bayaran letak kereta yang tinggi terutamanya di kawasan segi tiga emas ini.

Wednesday, September 03, 2003
MUZIUM KEMANA ARAHNYA
Kali terakhir mengunjungi Muzium Negara adalah ketika pameran Hantu pada tahun 2002 bersama N. Pada ketika itu pelawat yang datang begitu ramai dan sukar sekali untuk mencari tempat parking. Perpustakaan, Arkib Negara dan Muzium adalah cabang pusat maklumat yang terdapat di negara kita. Melalui aktiviti-aktiviti seperti pameran, Muzium Negara mampu menarik minat generasi muda dan khalayak berkunjung semula dan bukannya hanya amalan semasa zaman sekolah rendah.
"A museum is an institution dedicated to preserving and interpreting the primary tangible evidence of humankind and the environment. In its preserving of this primary evidence, the museum differs markedly from the library, with it has often been compared, for the items housed in a museum are mainly unique and constitute the raw material of study and research. In the museum the object, in many cases removed in time, place and circumstance from its original context, communicates itself directly to the viewer in a way not possible through other media." ( The New Encyclopedia Britannica, Vol.24 p:480).
Golongan jutawan di luar negara menjadikan melawat muzium sebagai aktiviti terpenting bila ada masa terluang selain berkebun dan mendapat nasihat pakar berkenaan cukai pendapatan. Salah satu sebab yang dapat kita agak ialah melawat muzium tidak memerlukan perbelanjaan yang tinggi seperti pergi menonton wayang. Maklumat yang diperolehi juga menyeluruh dan lengkap meliputi aspek budaya bangsa sesebuah negara. Jadi kita tidak punya alasan untuk tidak mahu lagi berkunjung setelah kita meninggalkan zaman sekolah rendah hampir 20 tahun yang lalu.
Namun sebagai salah satu pusat maklumat yang tidak mementingkan keuntungan, tanggungjawab muzium untuk menarik pengunjung untuk terus menghayati khazanah yang di paparkan begitu mencabar. Teknik persembahan pameran bahan dan artifak sejarah budaya bangsa memerlukan suntikan teknologi moden untuk memberi kesan yang lebih kepada khalayak. Jika ini dapat dilakukan sudah semestinya wujud interaksi bahan pameran dan pengguna dan meningkatkan lagi minat pengunjung untuk bertandang.
E-Muzium atau galeri digital secara online melalui paparan internet boleh memberikan fokus tentang kekuatan sesebuah muzium yang ada di negara kita. Selain boleh mempromosikan khazanah budaya bangsa ke seluruh dunia, khalayak akan dimaklumkan tentang aktiviti terkini muzium yang ada terdapat di negara kita. Ini secara tidak langsung akan menarik lebih ramai pelancong ke negara kita dan meningkatkan industri pelancongan domestik. Muzium Sarawak yang terdapat di Kuching begitu popular di kalangan pelancong barat dan menjadi kemestian untuk mereka melawat muzium ini bila bertandang ke Kuching. Ini menunjukkan kita juga mempunyai muzium yang boleh dibanggakan dan bertaraf dunia. Fasa pengumpulan bahan mungkin telah berlalu dan kini muzium yang ada di negara kita wajar menumpukan aspek persembahan, pameran bermusim dan pemasaran produk maklumat yang ada di muzium. Membina imej yang tepat supaya muzium tidak dilabel sebagai gudang bahan-bahan lama seharusnya menjadi agenda mereka ketika ini.
Kini Muzium Negara telah memasuki ulang tahun ke 40 penubuhannya setelah pembukaan rasminya dilakukan oleh Almarhum Tuanku Syed Putra Syed Hassan Jamalullail selaku Yang di Pertuan Agong yang ke-3, pada 31 Ogos 1963. Lebih 72 juta orang telah mengunjungi Muzium Negara dalam tempoh tersebut dengan 400 pameran telah diadakan. Ketua pengarah Jabatan Muzium dan Antikuiti sekarang ialah Datuk Dr Adi Taha.
Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan, Datuk Paduka Abdul Kadir Sheikh Fadzir merancang untuk mengadakan beberapa muzium baru termasuk Muzium Etnologi Dunia Melayu, Muzium Alam semula Jadi, Muzium Automobil Nasional, Muzium Kesenian Orang Asli dan Muzium Arkeologi Maritim. Diharapkan kewujudan muzium-muzium ini relevan dan menepati kehendak masyarakat dan menampilkan imej muzium moden yang serba canggih dari segala aspek dengan menggabungkan elemen-elemen multimedia dan mampu mendidik serta membina minda masyarakat. Bukan sekadar pameran kaku yang hanya layak ditonton kerana zaman itu telah berlalu. Kita perlu membina muzium yang bertaraf dunia dan menjadi kebanggaan seluruh rakyat Malaysia. Bahawa di situlah segala maklumat boleh di lihat dari pelbagai sudut.
Pameran terkini di Muzium Negara ialah "Pameran Kucing dan Burung Eksotik".
Tarikh & Masa : Aug 21 - Sep 21 (9am-6pm setiap hari)
Tiket : Masuk Percuma.
"Sebanyak 20 ekor kucing dan 47 ekor burung eksotik daripada spesimen terpilih dan baka kucing terbaik yang diiktiraf oleh Persatuan Kucing Antarabangsa dari jenis yang berbulu panjang atau pendek ditonjolkan, begitu juga koleksi burung-burung yang diminati ramai..."
VM
Marcell telah aku bebaskan namun Vince berterusan tidak mahu meninggalkan aku. Terbang mencari aku dan pulang semula ke sangkarnya. Aku mengambil keputusan untuk menjaganya dan menyayanginya selama mana yang dia mahu. Sehingga dia bosan. Dia patuh dan tidak terbang, tahu masuk semula ke sangkarnya. Mungkin seekor burung yang amat taat perintah. Atau dia menghargai kasih sayang yang aku curahkan. Musykil aku, bila seekor burung juga tahu yang aku amat menyayanginya. Tapi jangan salahkan aku, kerana telah dua kali aku melepaskannya dia berterusan mencari aku. Mungkin dia memang tercipta untuk aku memberikannya segala cinta.

Tuesday, September 02, 2003
EDISI SIASAT BERITA 18 SX?
Kebenaran itu pahit dan kita perlu keberanian untuk menyatakannya. TV sebagai medium penyebar maklumat semakin menghadapi persaingan dengan pelbagai medium komunikasi massa yang lain. Lari dari aliran konvensional akan mengundang isu hangat masyarakat kita. Laporan Edisi Siasat setiap Sabtu dan Ahad jam 8.00 malam menjadi sesuatu yang dinantikan. Masyarakat mula meminati berita dengan pengisian bersifat tempatan dengan membincangkan permasalahan yang melingkari masyarakat itu sendiri. Sesuatu yang bersifat taboo dijelmakan melalui layar kaca.
Dengan gaya bahasa yang sedikit menyentak. Kita pasti tergamam seketika dan itulah gambaran keseriusan yang ingin ditonjolkan tentang sesuatu isu. Hanya gaya bahasa yang sedikit kurang ajar mampu menjentik emosi kita yang kadangkala lentuk. Maklumat mampu disampaikan dengan cara tersebut, bukan retorik yang berjela. Cuma visual yang dipaparkan sedikit berani dan mengundang kebimbangan ibu bapa yang mempunyai anak remaja yang masih lagi nakal untuk mengetahui segala yang selama ini tersembunyi. Mungkin paparan secara langsung membuatkan ianya terlepas dari suntingan pihak Penapisan.
Semuanya telah dilaporkan dari ubat tenaga batin, money boy, bomoh durjana, kisah pelacuran hinggakan hal sekodeng di "bogelkan" melalui Edisi Siasat. Namun apa yang dilihat ianya agak lebih menjurus kepada sesuatu yang bersifat 18 SX. Edisi Siasat dengan keberanian yang dimilikinya mampu pergi lebih jauh lagi dengan mengutarakan pelbagai isu yang benar-benar sukar dirungkai.
Saya ingin memberi contoh tentang mengapa Pusat Serenti gagal memulihkan kes-kes penagihan dadah di negara kita walaupun berkali-kali pelatih menjalani latihan di sesuatu Pusat Serenti. Berapa banyak pelatih yang melarikan diri? Mengapa penagih masih terus menagih sejurus selepas dibebaskan walaupun telah menjalani latihan hampir 2 tahun. Inilah antara isu masyarakat yang perlu didedahkan melalui Edisi Siasat. Banyak lagi isu-isu yang menyentuh masyarakat dan perlukan perhatian dan kupasan kewartawanan yang menyeluruh agar "siasatan" yang dilakukan mampu membuka mata pihak berkenaan. Isu - isu remeh yang hanya sensasi wajar dikurangkan walaupun ianya memberi rating yang tinggi kepada stesen TV tersebut.
Edisi Siasat sebenarnya telah berjaya menjelmakan satu bentuk masyarakat bermaklumat atau "Information Society" di negara kita. Paparan Edisi Siasat dan "7 di pihak anda" mampu membuka minda orang kita tentang hak kepenggunaan dan maklumat tentang sesuatu isu dengan tepat.
"The mass media has a power and responsibility to inform, to educate and to entertain. In addition, it can act as the conscience-keeper of society by exposing wrong-doing in the public and private sectors. It can supply an informal, expeditious and inexpensive grievance-remedial instrument to the public" .( Shad Saleem Faruqui and Sankaran Ramanathan, Mass Media Laws and Regulations Malaysia pp: 1)
Cuma apa yang diharapkan paparan Edisi Siasat lebih berwibawa di dalam mengetengahkan sesuatu isu secara jujur, bersikap berkecuali dan tidak pilih bulu. Semoga kebebasan kewartawanan akan lebih menyeluruh dan tidak terbatas kepada isu remeh semata-mata.

SENJA DI TK
Sabtu 30 Ogos, petang barulah sampai di rumah di TK. Orang lain sibuk ke KL dan Putrajaya aku balik ke kampong. Tak ada apa yang hendak dilakukan dan mood aku pun di tahap yang amat nipis nak ketawa pun malas. Aku diam sepanjang perjalanan dari Sepang ke TK. Badan aku sakit-sakit, kesan kemalangan pada September tahun lepas mula terasa. Dulu aku ingat tak ada apa-apa yang serius. Sekarang bila dah hampir setahun urat yang berselirat itu tak memaafkan kealpaan aku. Kini kesannya mula terasa. Kalaulah aku berurut dari mula lagi takdelah sakitnya sekejap datang sekejap hilang.
Pukul 8.30, N telefon aku. Dia ucapkan salam kemerdekaan dan bertanya khabar keluarga di kampung. Suaranya amat ceria, dia menyambut Merdeka di sebuah kelab di KL bersama S dan beberapa kawan yang lain. Dia nampak bahagia sekali sekarang. Tak apalah, mungkin benar yang dia akan lebih bahagia tanpa kasih sayang kita. Aku tahu bukan mudah juga dia melakukan semuanya. Mungkin dia nampak sahaja ceria, gelodak jiwanya siapalah yang tahu. Dia berlucuan seperti selalu dan ingat segalanya tentang kami, juga tentang Awang bersaudara. Cuma dia akan kehilangan sebuah keluarga yang amat menyayanginya kalau dia sedar tentang itu.
Aku tidak punya mood untuk menonton TV. Tidur awal sudah semestinya. Nyamuk di kampung begitu bermaharajalela lantas seperti selalu aku tidur di bilik Abah. Sebabnya malas nak pasang kelambu di bilik-bilik lain. Selalunya bila balik kampong memang kami akan tidur di bilik abah, bukan aku sahaja, Man atau cucu-cucu abah yang lain akan tidur dalam bilik abah. Yana selalunya akan tidur bersama Mak di biliknya. Tidur dengan abah senang, subuh tak akan terlajak. Maklumlah di kampong tidurnya lena sekali sebab kekenyangan.
Ahad pagi pergi berurut di rumak Nenek Siti. Dia ni pandai juga mengurut, sedap sekali bila dah habis di urut. Aku suruh mak aku temankan aku semasa diurut. Segan dengan Nenek Siti ni, yelah aku ni kan anak teruna. Dia memang pakar bahagia perut. Perut aku yang bermasalah angin nampak berkurangan. Alhamdullilah perut tidak lagi kejang macam selalu. Bahagian pinggang aku yang bermasalah itu juga nampak perubahan yang positif. Takut juga aku, maklumlah bahagian tu kan …
Petangnya ke Hospital TK, melihat anak jiran aku yang baru lepas sedar dari koma selepas 58 hari. Walaupun dia jiran kami, tapi status dia yang bekerja "best" amat membataskan pergaulan kami. Selama ini amat jarang sekali nampak keluarga ni, kecualilah bila ada kenduri-kendara. Tidak sangka musibah yang melanda keluarganya merapatkan lagi kami sekeluarga dan orang kampong yang lain. Anaknya terlibat dengan kemalangan berhampiran dengan jambatan dekat dengan sungai di TK. Sebuah kereta telah melanggar Afiq yang menaiki motor selepas pulang dari menunaikan solat Jumaat. Setelah kemalangan tersebut pihak yang berkenaan barulah terfikir untuk memasang "trafik light" di simpang berhampiran dengan jambatan tersebut. Macam tulah selalunya.
Setelah habis di situ kami ke pasar malam di TK. Makan durian di salah sebuah gerai durian . Sedap tapi aku makan sebiji jer. Tak larat makan banyak-banyak. Membuat persiapan untuk majlis pertunangan Julie minggu depan. Beli apa yang patut dan kami semua akan berkumpul lagi pada Sabtu minggu depan. Man juga di jangka balik, Kak Baie , Kak Yah dan semestinya puteri gunung ledang yang satu tu, Yana.
Mak perasan aku tak ceria. Tapi seperti biasa aku akan buat-buat ceria takut dia risau. Tapi memang aku tak ada mood . Aku sudah jarang ketawa. Muka aku nampak serius sepanjang masa. Nantilah bila segalanya telah pulih seperti sediakala aku akan mula mengatur langkah mencari makna kehidupan. Aku pasti kebahagian itu akan muncul juga akhirnya. Segala duka pasti akan aku pendam ke lumpur.
Senja di TK berlalu dengan keriuhan ratusan gagak-gagak yang berebut-rebut mencari dahan pada beberapa batang pokok di tepi jalan yang menghala ke Sekinchan. Seribu keriuhan pun belum mampu melontar kesunyian yang bersarang di jiwa. Aku masih belum mampu melepaskan segalanya pergi. Aku masih belum ...
BERGENDING DANG GONG
Bergending dendang dang gong
Bintang jauh di langit tinggi
Bergending dendang dang gong
Bulan juga tumpang sekaki
Merindu punguk merindu
Rindu mengidam dapat bertemu
Bergending dendang dang gong
Penawar rindu racun bermadu
Bergending dendang dang gong
Bintang ada di balik daun
Bergending dendang dang gong
Bulan juga tumpang berlindung
Mengapa segan bertemu
Bagaikan ada maut menunggu
Bergending dendang dang gong
Lama merana diamuk rindu.
Bergending gending dendang dang gong
Bergending gending dendang dang gong
Jangan memilih Cik Siti Oi ..
Yang sedap di mata
Dalam Zaman ini Cik Siti Oi ..
Banyak Buaya naga
Kalaulah ku tahu
Takkan ku bercinta
Resah tak menentu
Tidur baring pun tak lena ...
Janganlah jangan kecewa
Adat hidup pasang dan surut
Mujurlah tak ke jurang diri ini
Teringat lagi pesan yang tua
Sambil-sambil menyanyi
Berpesan-pesan antara kita
Tidak-tidak di hati
Terniat terasa nak mengata
Hidup dalam dunia
Yang tua pandu arah yang muda
Baru beriringan tidak berlencongan
Kalau berpesanan hai tuan ..
Remaja hanya sekali
Bebas jangan terlupa diri
Adat yang ku pegang diwariskan
Tidakkan dijiwaku terbuang
Bergending dendang dang gong
Bintang hilang di pagi hari
Bergeding dendang dang gong
Bulan rebah di kaki pagi
Bertahun hilang tak jumpa
Rasanya tidak diri kecewa
Bergeding dendang dang gong
Tidak kulurut padi seberang
Mujurlah engkau Cik Siti Oi ..
Jenis dengar kata
Tidaklah bernasib Cik Siti Oi
Sampai bengkak mata
Adat orang lama Cik Siti oi ..
Peringat yang muda
Aku bersyukur di hati
Rasa bersuluh hidupku
Baru dan lama serasi
Baru beriringan tidak berlencongan
Kalau berpesanan hai tuan ...
Senilagu : Pak Ngah
Senikata : Siso
Nyanyian : Siti Nurhaliza & Tan Sri Dato S.M Salim
Album : Sekarang dah Jadi Tan Sri Dato S.M Salim, 2003

Saturday, August 30, 2003
SALAM MERDEKA MALAYSIA
Aku akan menyambut malam kemerdekaan di TK sahaja dengan keluarga. Tiada ucapan dan gelak ketawa dari dia untuk malam ini. Putrajaya dan KL akan bergegar dengan sambutan yang meriah seperti tahun-tahun yang sudah. Aku pula akan duduk di suatu sudut yang tersorok di suatu daerah bernama TK. Cuba memerdekakan minda dan hati. Harga kemerdekaan ini sudah semestinya mahal.
Bila seoranag kawan bertanya apa erti kemerdekaan padaku. Sepontan aku menjawab "Merdeka dari cengkaman perasaan orang-orang yang tidak layak untuk disayangi." Bentuk penjajahan ini juga sukar untuk dibebaskan sebenarnya. Ada lopak-lopak darah dan kenangan yang tak mampu di padam. Akan terbina muzium kenangan di suatu sudut bernama hati. Dan bila tarikh-tarikh tertentu muncul pastinya ingatan itu akan hadir. Seperti juga sambutan kemerdekaan ini generasi kini tidak akan merasai kesengsaraan generasi lampau menentang penjajah. Mereka datang tanpa diundang dan merampas kedamaian bumi Malaysia yang tercinta. Puluhan tahun, membina kekuatan dalaman agar bangsa kita maju dan berdaulat. Malaysia telah merdeka 46 tahun.
Di pagi 31 Ogos nanti aku akan hanya merenung kehijauan sawah yang terbentang dan siulan burung-burung yang bebas berterbangan. Kedamaian dan kesegaran udara di TK wajar dipertahankan. Semestinya penjajahan bentuk baru akan terus menyelusuri segala ceruk. Hanya dengan jiwa yang merdeka mampu menangkis segala halangan.
Salam Merdeka Malaysia!

Friday, August 29, 2003
The Viagra Myth
Manusia akan berubah, lebih-lebih lagi kalau perubahan itu sesuatu yang memberi keuntungan kepadanya. Kehidupan masa lalu adalah igauan semalam. Sebanyak mana pun kita berusaha kalau ditakdirkan perkara itu terjadi ianya akan terjadi juga. Terbaca dalam akhbar tentang viagra punca keruntuhan rumah tangga. Penyelesaian kepada sesuatu masalah biasanya akan mengundang masalah baru. Kalau dahulu daya pecutan hanyalah tahap kuasa 1.3 sekarang bila dah dapat V6 mestilah lain. Mestilah pemanduan lebih lancar dan lebih bergaya. Tidak lagi tersengguk-sengguk.
Morgentaler penulis buku "The Viagra Myth" mempersalahkan pil biru tersebut sebagai punca keruntuhan rumah tangga dan masalah lain dalam hubungan lelaki wanita. Bila keupayaan mereka dalam hal tersebut telah pulih, mereka tidak akan lagi tertarik dengan isteri atau kekasih masing-masing. Viagra yang dikeluarkan oleh Pfitzer mula dijual di Amerika pada Januari 1998 dan disifatkan sebagai satu revolusi kerana membolehkan masalah mati pucuk dibincangkan secara terbuka.
Macam habis madu sepah di buang. Tapi itulah kenyataan dalam hidup ini. Manusia akan mengambil peluang yang ada di depan mata. Tanpa bersandarkan pada kenangan. Mereka tidak akan memikirkan lagi betapa setianya pasangannya selama ini mengharungi masalah hidup mereka bersama. Bila hidup telah dikuasai oleh nafsu, mereka akan meninggalkan segalanya sebagai takdir atau ketentuan.
Tidak, mereka tidak kejam cuma mereka punya pilihan dalam menetapkan arah hidup mereka.
Warisan
Disini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Disini tersemai cita cita
Bercambah menjadi warisan
Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Kemana harusku bawakan
Kemana harusku semaikan cinta ini
Betapa
Dibumi ini ku melangkah
Ke utara selatan timur dan barat
Ku jejaki
Aku
Bukanlah seorang perwira
Gagah menjunjung senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini
Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Aku lah penyambung warisan
Sudirman (Syed Haron Ahmad)
Lagu ini memang best. Sayu dan menaikkan semangat bila dengar ketika memandu. Tapi jarang amat dengar di radio. Nanti nak cari balik kaset Sudirman kalau masih ada dalam simpanan.

ALAHAI
"Kata sayang janganlah buat macam tu."
"Alah sikit jer bukan buat apa-apapun. Tak sakitkan kau kan?"
"Hish tak eloklah macamni nanti tuhan marah."
"Alah bukan selalu, lagipun ramai yang buat camni, tengok kat sana tu pun ada."
"Tak boleh tak reti bahasalah dia ni."
"Hehehee nak buat jugak."
Kata sayangkan negara tapi conteng sana-sini, vandalisme, kotorkan tandas awam, buang sampah merata-rata. Menyusahkan orang nak gunakan kemudahan awam. Pondok telefon pun dibakar, selalunya yang ada pun tak boleh digunakan.

Thursday, August 28, 2003
BERSYUKUR
"Kalau telah berusaha keras maka kita perlu bersyukur sajalah selepas itu atas apa yang kita perolehi. Mungkin hari ini saya menangis tapi hanya sehari sahajalah, esok saya mula bekerja keras untuk meneruskan hidup." Ucapan kesyukuran sentiasa meniti di bibir doktor gigi ini, Rebecca Tiew (Potret Kejayaan, TV3). Beliau menjadikan makan roti berkulat kerana tidak mahu membelanjakan wang demi keinginannya untuk berjaya dalam pengajiannya. Beliau juga tidak mahu terusan hidup dibelenggu kemiskinan. Orang bukan Islam juga tahu erti bersyukur. Berkeluh-kesah tidak akan membawa kita kemana-mana.
Bersyukur dengan apa yang diperolehi. Dikurniakan kesihatan yang baik, keluarga yang bahagia dan kerjaya. Adalah nikmat yang tidak terperi. Aku perlu menjalani hidup ini seperti biasa. Lautan tanpa batu karang tidak akan dapat menghasilkan corak ombak terindah. Begitu juga dalam kehidupan ini banyak ujian yang perlu kita tempuhi.
Semalam ke IOI Mall Puchong, melihat saki- baki mega sale di sana. Tak banyak pilihan sangat dari segi pakaian. Tapi tetaplah "terbeli" beberapa helai baju. Makan di Kenny Rogers bersama Wan. Selepas bersolat maghrib balik semula ke Cyberjaya. Entah apa yang aku fikirkan. Semasa di mesin autopay tu tempat tiket dengan tempat masukkan duit pun buat aku confius. Nasib baik takde orang memandang. Rasa macam kampung sangat . Entahlah otak tak selari dengan tindakan begitulah agaknya.
Berbual di telefon dengan seorang kawan. Mendapat sesi kaunseling selama hampir 2 jam. Naik panas HP aku dibuatnya. Dia mahu aku menjadi seorang opportunist dan assertive . Meneroka kehidupan ini dan melihat sesuatu disebalik kejadian. Apa yang kita buat dan nilai semula kesannya. Bersikap matang dalam membuat keputusan dan jangan biarkan orang memperlekehkan kita. Kalau tidak dapat sesuatu jangan mengambil masa yang terlalu lama bersedih. Hidup perlu diteruskan dan jangan memandang masa lampau terlalu lama. Walaupun kenangan tetap wujud. Bina kekuatan dari kegagalan. Senang jer dia cakap, tapi banyak juga kebenarannya.
VM dah pandai menyanyi, merdu sekali suaranya. Hari ini aku melihat kehidupan ini dengan pandangan yang baru, semangat baru. Terlalu letih untuk memikirkan barang yang lepas.

Wednesday, August 27, 2003
DOA BUAT ADIK MOHD. FIKRI AMINUDDIN
Sayu sekali bila menatap wajah adik Mohd. Fikri, 4 tahun satu-satunya zuriat yang terselamat dalam kemalangan jalanraya yang mengorbankan seluruh ahli keluarganya. Ibu, ayah dan 3 adik-beradiknya yang lain terkorban dalam kemalangan ngeri di KM 36 Jalan KL-Ipoh, di Serendah Selangor. Keseluruhan yang terkorban daripada tragedi itu berjumlah 12 orang manakala 6 yang lain cedera. Kemalangan ini melibatkan 3 buah kereta, sebuah van dan sebuah lori tangki. Keluarga Mohd. Fikri adalah korban kegelojohan sesetengah pemandu yang tidak mementingkan nyawa lantaran sikap sabar pemandu yang amat tipis. Tidak menggunakan akal dan terlalu biadap semasa memandu.
Sikap tidak sabar pemandu Proton Wira yang dipandu oleh pemuda 21 tahun telah mengakibatkan 12 nyawa melayang. Kereta wira tersebut tidak sempat memotong halangan terakhir sebuah kereta Waja, setelah memotong van dan kereta Satria yang dipandu oleh ayah Mohd Fikri. Kita sedia maklum yang kereta seperti itu sukar sekali untuk membuat pecutan ketika memotong lebih-lebih lagi dalam keadaan jalan 2 hala . Akhirnya lori tangki telah melanggar proton Wira dan pelanggaran tersebut mengakibatkan sistem break lori tangki tersebut tidak berfungsi. Lori tangki tidak dapat dikawal dan berpusing kearah kanan jalanraya, terbalik serta melayang lalu menghempap Proton Satria dan Van.
Semasa memandu, walaupun kita berhemah tetaplah sukar menjangkakan reaksi pemanduan pemandu lain. Kita mungkin telah berhati-hati ketika memandu. Tetapi kemalangan seringkali terjadi disebabkan oleh pemandu lain walaupun kita amat berhati-hati. Ketidaksabaran pemandu lain boleh mengakibatkan nyawa kita melayang. Keluarga Mohd Fikri adalah contoh terbaik bagi menggambarkan situasi ini. Selalunya bila kita memandu, kita amat berhati-hati terutamanya bila orang yang kita sayangi juga turut berada di dalam kereta yang kita pandu. Sikap tolak ansur kita ketika memandu mungkin tidak dihargai oleh orang lain. Mereka pasti hanya menunggu peluang untuk memotong. Biarlah lambat seminit dari sesal seumur hidup. Mungkin sikap gelojoh kita ketika memandu menjadi punca orang lain kehilangan ayah, ibu dan orang-orang yang mereka sayangi seperti apa yang terjadi kepada keluarga Mohd Fikri.
Saya juga sering berulang-alik ke Melaka atau menghadiri mesyuarat di tempat-tempat lain. Bayangkan saya pasti tertidur dalam setiap perjalanan dan membiarkan pemandu memandu tanpa melayannya berbual sepanjang perjalanan. Keletihan selepas bermesyuarat menjadikan saya tidak ingat apa-apa lagi. Kereta yang dipandu laju dan sudah pasti ia mendedahkan saya kepada bahaya. Seperti Mohd Fikri saya juga mempunyai keluarga yang amat memerlukan saya. Bezanya saya telah menjalani hidup ini selama hampir 31 tahun. Mohd Fikri baru berusia 4 tahun dan menjadi anak yatim piatu.
AL-Fatihah untuk keluarga Mohd Fikri dan mangsa-mangsa lain. Saya kehilangan kata, ujian Allah terhadap adik Mohd Fikri begitu hebat . Saya merasakan diri ini begitu kerdil di sisiNya.
Kau Yang Satu
Kaulah yang Maha Esa
Kaulah yang Maha Pengasih
Kaulah yang Maha Penyayang
Tiada hidup tanpaMU
Kaulah yang Maha Agung
Kaulah yang Maha Mengetahui
Tuhan dunia akhirat
Tiada aku tanpaMu
Bilaku rasa pilu, bilaku rasa resah
Bilaku kekosongan
Kau tempatku mengadu
Oh tuhan yang Satu
Segala puji-pujianku tujukan padaMu
PadaMu
Dan hidup dan matiku hanyalah
UntukMu ... UntukMu ... UntukMU

Tuesday, August 26, 2003
BILA CINTA MATI
Kesunyiaan boleh membunuh. Maka manusia mula menyebukkan diri dengan pelbagai aktiviti. Bila tak tahu nak buat apa maka adalah orang yang sanggup merakam aktiviti mereka yang melampau di mata orang lain. Mungkin mereka dah tak tahu nak buat apa ketika itu. Aku tak salahkan mereka, itu kehidupan mereka. Kalau malu nanti boleh berhijrah ke luar negara biar semua benda di sini reda dulu.
Tapi bila sunyi aku tak tahu nak buat apa. Aku buat kerja, kerja buat aku pun ada. Eh camner tu yer? Aku pergi ke ofis dan buat apa yang patut. Tunjuk rajin? Bukan, tapi aku buat apa-apa yang patut supaya hari-hari yang lain boleh aku melepak sakan. Hahhaaaa tinggal maintain jer sebab semua benda dah siap awal. Aku tak boleh buat benda yang melampau. Takut dosa satu hal. Aku ada mak bapak yang amat mempercayai aku. Nanti saper yang malu? Mereka dan keluarga mereka jugak. Tapi bila orang buat dosa mereka tak ingat mak bapak. Selepas tu baru terfikir mereka ada keluarga dan mak bapak.
Baca kisah "Duri Dalam Daging" Berita Minggu. Macam jadi pesaing DCCK pulak. Tetapi tetap menarik, kisah hidup orang lain boleh dijadikan pengajaran. Sudah terlalu kerap dengar bila sesuatu kesalahan itu telah dilakukan barulah timbul penyesalan. Baca ketabahan wanita bernama "Hidayah" dan rasa nak sepak muka suaminya yang telah mempersiakan isteri sebaik itu. Bila telah kehilangan baru timbul penyesalan. Ada orang sanggup mengorbankan kebahagian sendiri untuk kegembiraan hidup orang lain. Berbaloi ker begitu? Itulah harga yang patut dibayar dalam perkongsian hidup. Walau sesetengah benda hanya untuk kebahagian sebelah pihak. Kebahagian yang tidak mahu dikongsi. Bila cinta mati, baru tersedar dan hilang punca.
Hidup yang sunyi. Sunyi atau lebih tepat kesunyiaan. Atau keseorangan, aku kehilangan perbendaharaan kata yang tepat. Atau bosan yang melantun-lantun. Aku cuba meng"adjust" kehidupan aku semula. Perit juga rasanya dan nak "kiok" pun ada. Tapi sebenarnya aku bersyukur juga. Tak perlulah sampai dah beranak pinak kemudian baru realized tak sesuai ker atau tak compatible ker etc. Biar sakit sekarang jangan sakit kemudian hari. Berenang-renang ke muara, hati-hati dilambung ombak.
Deria cinta aku dah mati. Itu yang aku mula rasakan. Atau baru tersedar rasa cinta itu telah lama mati. Aku tidak boleh mengasihi orang seperti dulu lagi. Aku mula mementingkan diri. Segalanya perlu aku nilai bahawa ia menguntungkan aku atau tidak. Menjadi begitu berkira bila tiba soal perasaan. Jadi takut untuk mendekati orang. Takut bila tidak mampu menahan gelora rasa. Takut untuk berkata tidak. Takut memberi dan menerima pengharapan orang. Sakit bila tidak dipedulikan adalah kesakitan yang lebih sakit dari ditinggalkan.
Jadi aku mengambil keputusan nekad untuk hidup sendiri. Hinggalah suatu ketika di mana hati aku mula terbuka kembali menerima cinta. Walaupun ketika itu yang tinggal hanyalah sisa!

Monday, August 25, 2003
ZURIAT
Perkahwinan selalu dikaitkan untuk mendapatkan zuriat penyambung keturunan. Tapi tidak semuanya berakhir begitu. Ada juga yang berkahwin tapi rezeki untuk dapat anak lambat. Kehidupan yang sibuk membuatkan ada kawan aku buat statement "sibuk sangat lah Mal sampai nak buat anak pun tak sempat". Aku gelakkan sahaja dan selalu teringat pesanan mak. "Kalau kahwin lambat nanti anak-anak kau kecik lagi, kau dah pencen."
Aku tahu itu, anak penyambung zuriat. Bila aku nonton rancangan Nona yang membincangkan soal anak yang tidak mahu menjaga kebajikan ibu bapa. Aku terfikir sendiri. Kalau ada anak pun macam itu. Lebih baik aku sendiri. Perkahwinan adalah "perjudian" kita tak tahu apa yang akan kita lalui sehinggalah kita melaluinya. Terletak pada bagaimana kita mengendalikan bahtera. Kalau layar patah tak akan ke mana, akhirnya karam dilautan.
Kawan aku yang satu lagi, suaminya tak nak anak. Dia melalui pengalaman yang pahit bila di dera oleh ayahnya yang kaki botol. Dia fobia dan benci dengan budak kecil. Dia merasakan bila dia tak suka budak kecil dan mempunyai anak, jadi dia tak mahu anak hadir dalam hidupnya. Dia rasakan itu tidak adil bagi si anak, bila ayahnya sendiri tidak mahukan dia wujud di dunia ini. Si isteri pula terlalu inginkan anak. Jadi apakah maksud perkahwinan mereka? Aku keliru juga kenapa mereka berkahwin pada awalnya. Berita terbaru yang aku terima dia dalam proses untuk bercerai. Kadangkala aku rasa dia ni dah hilang akal juga.
Mak cik aku kahwin di usia akhir 30 an. Suaminya telah berumur 49 tahun ketika itu. Mak cik aku pula ada ketumbuhan di rahim yang membuatkan dia tak boleh mengandungkan anak sendiri. Mereka mengambil anak angkat pada satu keluarga di Melaka. Tak pasti bagaimana mereka dapatkan anak dari pasangan yang tidak mampu dan mempunyai anak yang ramai itu. Mereka telah "menempah" bayi tersebut pada awal kandungan lagi. Membiayai segala kos rawatan dan bil sehinggalah anak itu dilahirkan. Apa yang aku tahu mereka juga membayar saguhati yang agak tinggi untuk mendapatkan bayi tersebut pada keluarga asalnya. Kini budak perempuan itu telah memasuki alam persekolahan. Paling mengejutkan wajahnya saling tak tumpah macam muka mak cik aku.
Bila pihak berkuasa dapat menggagalkan cubaaan menyeludup 2 bayi yang disembunyikan dalam tong ikan. Kita dapat agak memang telah ada permintaan yang tinggi untuk mendapatkan anak angkat bagi pasangan yang tidak dikurniakan zuriat. Tapi kita tidak mahu, anak yang diambil tidak diketahui asal usulnya. Memanglah bayi itu umpama kain putih dan ibu bapalah yang akan mencorakkanya.
Sekarang ini telah menjadi trend orang bujang mengambil anak angkat. Lelaki juga tidak terkecuali. Lelaki bujang membela anak angkat tidak mengejutkan. Perempuan bujang juga sudah biasa membela anak angkat. Tapi bagi pasangan g*y, itu agak sukar diterima. Seorang anak membesar dalam keadaan yang keliru. Dua orang ayah dalam hidupnya. Ada sesuatu yang tidak betul sedari awal. Persekitaran tersebut tidak sihat untuk perkembangan emosi si anak. Tidak tahu pula siapa yang membenarkan perkara tersebut berlaku. Mungkin pasangan tersebut mampu memberikan pendidikan yang baik dan ilmu yang secukupnya. Bila anak tersebut membesar dia akan mengetahui juga perkara sebenar. Bagaimana dia akan menghadapi masyarakat yang sentiasa memandang serong? Ini akan memberi tekanan kepada si anak. Anak tersebut memang comel dan tidak tahu apa. Umpama kain putih hanya masa yang akan menentukan corak kehidupan yang bagaimana bakal menantinya. Tetapi kalau itulah kehidupan yang dipilih kita hanya mendoakan setiap anak mampu menjadi insan yang bertanggungjawab terhadap dirinya dan mereka yang ada disekelilingnya.

Sunday, August 24, 2003
EDISI CUT & PASTE
Minggu ini para pembaca akan dibawa menghayati erti kasih sayang kepada orang tua kita. Selagi mereka masih hidup, jagalah mereka dengan baik. Ingatlah jangan sesekali derhaka kepada mereka.
PINGGAN UNTUK AYAH
Kasihnya ibu... membawa ke syurga.. kasihnya ayah.. sanggupkah berpisah... kasihnya saudara masa berada
SEORANG lelaki tua yang baru kematian isteri tinggal bersama anaknya,Arwan dan menantu perempuannya, Rina, serta anak pasangan itu, Viva yang baru berusia enam tahun. Keadaan lelaki tua itu agak uzur,jari-jemarinya sentiasa menggeletar dan pandangan pula semakin hari semakin kabur. Malam pertama berpindah ke rumah anaknya, mereka makan malam bersama. Lelaki tua merasa kurang selesa menikmati hidangan di meja makan. Dia merasa amat canggung menggunakan sudu dan garpu. Selama ini dia gemar bersila, tapi di rumah anaknya dia tiada pilihan. Cukup sukar dirasakannya, sehingga makanan bersepah tanpa dapat dikawal. Bukan dia tidak merasa malu berkeadaan begitu di depan anak menantu, tetapi dia gagal menahannya. Lantaran kerap benar dijeling menantu, seleranya patah. Dan tatkala dia mencapai gelas minuman, pegangannya terlucut. Prannnnngggggg ... !! Bertaburan kaca di lantai. Lelaki tua serba salah.
Dia bangun,cuba mengutip serpihan gelas itu, tapi Arwan melarangnya.Rina masam mencuka. Viva pula kesian melihat datuknya, tapi dia hanya melihat, kemudian makan semula. "Esok ayah tak boleh makan bersama kita," Viva mendengar ibunya berkata pada ayah, sebaik datuk menghilangkan diri ke dalam bilik. Arwan hanya membisu. Namun sempat anak kecil itu merenung tajam ke dalam mata Arwan. Sebagai memenuhi tuntutan Rina, Arwan membeli sebuah meja kecil yang rendah, lalu diletakkan di suatu sudut bilik makan. Di situlah ayahnya menikmati hidangan bersendirian, sambil anak menantu makan di meja berhampiran.
Viva pula dihalang apabila dia merengek mahu makan bersama datuknya. Airmata lelaki tua meleleh mengenang nasibnya diperlakukan begitu. Ketikaitu dia teringat kampung halaman yang ditinggalkan. Dia terkenang arwah isterinya. Lalu perlahan-lahan dia berbisik: "Miah... buruk benar layanan anak kita pada abang." Sejak itu, lelaki tua merasa tidak selesa tinggal di situ. Hari-hari dia diherdik kerana menumpahkan sisa makanan.
Dia diperlakukan seperti hamba. Pernah dia terfikir untuk lari dari situ, tetapi mengenangkan cucunya, dia menahan diri. Dia tidak mahu melukakan hati cucunya. Biarlah dia menahan diri dikelar dan dicalar anak menantu. Suatu malam, Viva terperanjat melihat datuknya makan menggunakan pinggan kayu, begitu juga gelas minuman yang diperbuat daripada buluh. Dia cuba mengingat-ingat, di manakah dia pernah melihat pinggan seperti itu. "Oh! Ya..." bisiknya. Viva teringat, semasa berkunjung ke rumah sahabat papanya dia melihat tuan rumah itu memberi makan kucing-kucing mereka menggunakan pinggan yang sama. "Taklah pecah lagi, kalau tak, nanti habis pinggan mangkuk mama," kata Rina apabila anaknya bertanya. Masa terus berlalu. Walaupun makanan berselerak setiap kali waktu makan, tiada lagi pinggan atau gelas yang pecah. Apabila Viva merenung datuknya yang sedang menyuap makanan, kedua-duanya hanya berbalas senyum. Seminggu kemudian, sewaktu pulang dari bekerja, Arwan dan Rina terperanjat melihat anak mereka sedang bermain dengan kepingan-kepingan kayu. Viva seperti sedang membuat sesuatu. Ada penukul, gergaji dan pisau di sisinya. "Eh, apa sayang buat ni?
Berbahaya main benda-benda ni," kata Arwan menegur manja anaknya. Dia sedikit hairan bagaimana anaknya dapat mengeluarkan peralatan itu, sedang ia disimpan di dalam stor. "Nak buat pinggan, mangkuk dan gelas untuk ayah dan emak. Bila Viva besar nanti, taklah susah cari. Kesian ayah, terpaksa ke bandar beli pinggan atuk," kata Viva. Gamam mendengar jawapan anaknya, Arwan terkedu. Perasaan Rina terusik. Kelopak mata kedua-duanya bergenang. Jawapan Viva menusuk, seluruh tangkai jantung dirasa seperti dihiris sembilu. Mereka benar-benar rasa bersalah! Malam itu Arwan memimpin tangan ayahnya ke meja makan. Rina menyenduk nasi dan menuang minuman ke dalam gelas. Nasi yang tumpah tidak dihiraukan. Viva beberapa kali memandang ibunya, kemudian ayah dan akhir sekali wajah datuknya. Dia tidak bertanya, cuma tersenyum selalu bagi menyatakan rasa seronok duduk bersebelahan datuknya di meja makan. Lelaki tua itu juga tidak tahu kenapa anak menantunya tiba-tiba berubah. "Esok Viva buang pinggan kayu tu, nak buat apa?" kata Viva pada ayahnya selepas makan. Arwan hanya mengangguk, tetapi dadanya terus sebak. huhuhuhuhuhuhuhuhu
MORAL OF THE STORY: Hargailah kasih sayang kedua orang tua kita.....Ibubapa kita hanya satu, perginya tidak akan ada pengganti...jadi, berbaktilah kepada mereka selagi hayat dikandung badan!
Nota : Seorang pembaca menghantar email yang menarik ini. Penulis sebenar tidak diketahui.

Saturday, August 23, 2003
YANA, MAK DAN ABAH
Semalam petang ambil time-off dan bergegas ke TK selepas sembahyang Jumaat. Sampai di TK pukul 6.00 petang, cadang nak gunting rambut tapi kedai rambut favourite aku tutup. Jadi rambut aku tetaplah nampak panjang sedikit, baru terperasan. Lepas maghrib bertolak semula ke Cyberjaya. Dalam perjalanan singah di kedai minum teh. Mak aku tak mahu lah pulak turun sebab dia kata Cyberjaya tu jauh lagi. Jadi minum berdua jer dengan abah. Tengah sedap-sedap minum abah suruh bungkus makanan yang dia pesan dengan kopi yang dah setengah diminum. Confius betul aku, rupanya dia takut mak aku duduk keseorangan dalam kereta. Gelak aku dalam hati, takut mak aku merajuk kot kalau kami sembang lama-lama.
Sampai di Cyberjaya, suara VM dah serak-serak basah lapar kot. VM dapat sangkar baru dan diorang confius sedikit dengan rumah baru tu. Diam jer lepas tu, terkejut kot dan bila dia bertenggek muka nampak tension jerr. Tadi pagi pukul 4.30 seperti biasa diorang melalak tak ingat dunia. Pukul 7.00 bertolak ke Pan Pac, KLIA. Ambil Yana di kolej, Yana & Ajak berkonvo ambil sijil hari ini. Tahniah, lepas ini kenalah belajar rajin-rajin masa ambil diploma. Aku malas nak berkurung dalam Pan Pac tu dan ambil keputusan balik ke ofis. Aku cuti tapi ada benda aku nak settled.
Masa aku,mak & abah minum di kawasan Salak Tinggi. Adalah seseorang yang ada gaya macam ahli politik tegur kami dengan ramahnya. Tanya dari mana semua dan mesra. Mak Datin tu pun sikit punya ramah tegur itu ini dengan mak aku. Yalah aku tahulah pilihanraya dan dekat. Kalau tak jangan harap ler nak nampak mereka minum di gerai pagi-pagi tu. Sekarang ni dah nampak sangat mereka tengah berkempen secara aman. Tanda-tanda pilihanraya dah hampir benar. Hidup tak perlu berpura-pura, pengundi sekarang bukan macam dulu boleh dibeli dan digula-gulakan. Masyarakat sekarang dah well informed, ledakan maklumat menjadikan dunia ini menjadi begitu kecil. Banyak sumber maklumat yang boleh dikorek dan masing-masing boleh menilai sendiri ikut persepsi masing-masing. Aku tukar tempat mengundi aku dari KL ke TK. Nak bantu kawasan aku dibesarkan pulak. Undi aku mungkin lebih diperlukan di sana.

Friday, August 22, 2003
PERJALANAN TERAKHIR
Kalau di beri peluang nak sahaja aku buat interview eksklusif dengan para pejuang berani mati. Kenapa dia buat keputusan nekad sebegitu? Tiada lagikah cara lain yang boleh dibuat. Yelah memanglah jalan perundingan sudah tertutup rapat atau hanya memenuhi kepentingan sebelah pihak sahaja. Bagi akulah mereka membuat sebegitu disebabkan tak mampu lagi menanggung kekejaman yang maha perit dan tekanan puluhan tahun sepanjang hidupnya. Segalanya dilakukan demi atas nama perjuangan dan apa yang diperjuangkan. Dari membiarkan bangsa diperkotak-katikkan lebih baik membuat sesuatu. Bila pemimpin yang dipilih sudah tidak lagi mampu berbuat apa.
Banyak yang aku fikirkan. Terutamanya saat-saat dia bersiap sedia membalut badan dengan segala bahan letupan itu. Dan perjalanan akhirnya dalam kehidupan ini. Macam hari ini merupakan hari terakhir mereka makan malam bersama keluarga. Kemudian kali terakhir menatap orang-orang yang disayangi isteri, anak-anak dan keluarga. Kemudian melangkah keluar dari rumah dan tahu yang dia tak akan pulang semula. Nauzubillah.
Akhbar melabel mereka sebagai "Penyerang berani mati". Macam apa yang Raed Mesk lakukan di Baitulmaqdis. Lebih 24 orang terbunuh dan lebih 100 tercedera. Kesannya mereka akan tetap main tarik tali walau apa juga yang dilakukan. Konflik di situ telah berlaku terlalu lama. Dari zaman kecil aku dulu hinggalah aku dah besar panjang. Masalah itu tak juga surut, maka seperti semua pintu tertutup. Tapi bila difikirkan banyak manapun pejuang berani mati yang mengorbankan dirinya untuk pembebasan tanahair dan untuk apa juga tujuan. Kesannya hanya sekejap kemudian hilang. Perkara ini juga berlaku di negara-negara lain oleh apa juga bangsa dan agamanya. Namun Islam selalunya dilihat lebih extreme dalam isu ini mainan media mungkin. Walau bagaimana pun banyak persoalan yang timbul. Banyak yang bermain difikiran terhadap kewajaran dan kesannya. Isu ini agak sensitif jadi tak dapatlah nak diulas lebih detail. Mungkin apa yang kita lihat tidak tembus pada apa yang sebenarnya dihadapi oleh mereka, pejuang berani mati itu.
Catatan dari email gengjurnal ini agak menarik dan pernah berkali aku terbaca :
"Jika seseorang hadir dalam hidup kamu dan menjadi sebahagian daripada kamu, tetapi atas sebab tertentu dia terpaksa pergi, jangan terlalu sedih ..
terimalah kenyataan itu dan sekurang-kurangnya dia pernah membahagiakan kamu. Masa akan menentukan segalanya, jika dia ditakdirkan bersama anda, dia akan kembali."
Tapi apa yang paling kita harapkan dalam hidup ini selalunya itulah yang kita tidak akan dapat. Allah akan terus menguji kita, hambanya yang terpilih.
Aku tak mengerti ... apa yang sedang kurasa
Rindu yang tak pernah ... begitu hebatnya
Aku mencintaimu lebih dari yang ku tahu
Meski kau tak akan pernah tahu
Aku persembahkan hidupku untukmu
Telah ... kurelakan hatiku padamu
Namun kau masih bisu diam seribu bahasa
Dan hati kecilku bicara
Baru kusadari cintaku bertepuk sebelah tangan
Kau buat remuk seluruh hatiku ...
Semoga waktu akan mengilhami sisi hatimu yang beku
Semoga akan datang keajaiban hingga akhirnya kaupun mau
Aku mencintaimu lebih dari yang kau tahu

Thursday, August 21, 2003
TENTANG AKU
Bab Pertama
Debaran pertama dah berakhir Housing loan aku dah approved. S&P dah signed cuma belum dapat dokumen dia. Hari ini aku ke bank tu nak sign offer letter. Bila semua dah complete aku buat pengeluaran KWSP pulak. Teringat bila aku ke satu bank di Putrajaya officer tu macam tak confident jer tengok aku nak beli rumah tu. Siap nak suruh aku carik saudara terdekat sebagai peminjam bersama. Ini amat berbeza sekali dengan bank yang satu ini. Bila aku kata nak buat pinjaman perumahan, terus dia suruh aku isi form tanpa tanya berapa gaji aku pelbagai. Yelah logik ler kalau kita dah buat keputusan nak beli rumah mestilah kita dah timbangkan perkara itu semasak-masaknya. Tak perlulah nak perli-perli ker apakan. Bank yang satu tu tak sampai seminggu loan aku approved. Best sekali aku rasa. Rasa nak ke bank pertama tu dan tunjukkan kat dia. Satu masalah besar dah selesai alhamdulillah.
Bab Kedua
Vince & Marcell (VM) dah boleh terbang. Diorang memang kuat makan. Selang 30 minit mulut diorang terbuka nak makanan. Bayangkan pukul 4.30 pagi diorang dah menjerit-jerit nak makan. Macam kebulur habis padahal aku bagi makanan sikit punya banyak. Marcell bersuara nyaring sekali tapi bila aku suapkan makanan dia tutup mulut pulak. Jadi aku yang tak sabar ni bukak jer mulut dia dan suapkan makanan. Diaorang ni lebih dari bayi, cuma tak perlu beli pampers dan buatkan susu tengah -tengah malam jerr. Sabar jerlah sehingga diorang ni boleh makan sendiri.
Bab Ketiga
Kerja buat masa ni semakin bertambah-tambah. Tapi kebanyakkannya meeting dan buat proposal. Jadi tetaplah banyak masa mengadap komputer. Bila mengadap komputer bolehler berborak dengan kengkawan. Rasa macam tak produktif pulak. Tapi itu lebih baik dari kekeringan idea bila paksa otak bekerja. Dateline tetaplah kena jaga. Setakat ini segalanya ikut perancangan. Pagi-pagi lagi aku dah sampai ke ofis. Sebelum pukul 8.30 biasanya aku dah siapkan mengupdate jurnal. Tapi aku kena sediakan catatannya malam sebelumnya. Pagi bila sampai ofis tinggal taip jer.
Hari Sabtu aku bercuti lagi. Baki cuti setakat hari ini ada 27 hari lagi . Tak tahu nak ke mana atau lebih tepat tak bersemangat nak pergi mana-mana lagi.
Bab Keempat
Rasa rindu dan sakit hati saling bersimpang- siur. Rasa nak menjerit tapi suara tersekat di halkumku. Entah apa-apa perasaan aku ini. Kawan-kawan lihat hidup aku ceria. Yelah nak apa lagi kan. Tapi tetaplah ingin mencari sesuatu yang hilang dalam diri aku. Kalau aku ada kuncinya, mudahlah aku keluar dan bebas. Tapi aku telah kehilangan kuncinya pada suatu hari yang suram itu.
Bab Kelima
Ke Bangi petang semalam. Hajat untuk membeli bekalan makanan Vince & Marcell. Kemudian pergi makan. Terdengar lagu terbaru S.M Salim dan Sheila Majid. Lagu duet "Entahkan Jadi Entahkan Tidak". Lantas ke kedai kaset untuk membelinya. Suka sangat lagu tu dan mainkannya berulang kali sepanjang perjalanan balik ke Cyberjaya. Satu lagi lagu yang aku suka sudah semestinya lagu Siti "Bergending Dang Gong". Penuh nasihat dan sindiran. Begitu indahnya bahasa Melayu. Album ini penuh nilai artistik dan budaya Melayu yang kuat. Lagu-lagu lain tidak berkesempatan untuk mendengarnya lagi.
Entahkan Jadi Entahkan Tidak
Tidak mengira manusia sama saja
Di dalam diam ada hati ingin bercinta
Orang muda menanggung rindu
Orang lama menanggung ragam
Carilah, pilihlah yang sepadan
Jika bercinta jangan hanya ikut rasa
Guna akal guna fikiran berwaspadalah
Sesal dahulu pendapatan
Kemudian tidak berguna
Terlajak tindakan merana
Mata bertentangan mata
Bak minyak disambar api
Janganlah asyik bercinta
Semua kerja tak jadi
Seperkara usah lupa
Memohonlah izin doa restu
Saudara, ayah, ibu …
Berenang-renang di muara
Hati-hati dilambung ombak
Dah berzaman Asyik bercinta
Entahkan jadi entahkan tidak
Disebut-sebut peribahasa
Habis manis sepah dibuang
Usahlah begitu hendaknya
Terlanjur bercinta berkekalan
Jika tidak salah lagu ini memang lagu asal Sheila dari album Ratu. Bila dilagukan semula untuk projek album ini nampak lebih hidup dan mengesankan.

Wednesday, August 20, 2003
ERTI KASIH
"Kenapa kau buat mama macam ini?"
"Kalau kau tak ada duitkan mama bagi".
" Kenapalah pergi rumah ini, kitakan ada rumah".
" Cakap dengan mama siapa yang ajar kau buat benda-benda ini semua?".
Si anak pulak tengah "high" masuk telinga kiri atau tak tahu apa-apa. "Stone" semacam sepanjang rakamam 999 oleh TV* itu. Si ibu pengsan mengenangkan nasib anak yang menjadi mangsa serbuk putih yang tidak mengenal batas usia dan warna kulit. Usia baru 21 seharusnya dihabiskan menelaah atau sedang bergelumang dengan nota-nota kuliah bukan menjadi hamba pada dadah. Tangkapan yang dijalankan di KS itu berhampiran benar dengan TK. Aku amat berharap mereka dapat memberkas pengedar atau dalangnya.
Semua ibu mengharapkan yang terbaik untuk anak-anak mereka. Kalau diikutkan dari dialog di atas si ibu sanggup memberikan apa sahaja demi kesenangan untuk si anak. Tapi bila terlalu di manjakan, si anak tidak menghargai pengorbanan orang tua. Tersilap pilih kawan hidup merana.
Seharusnya semua ahli keluarga saling mengambil peduli. Kesan keganjilan yang berlaku sedari awal. Ibu bapa perlu tegas jangan disebabkan sayang semua apa yang diminta diberikan. Anak perlu diajar erti kesusahan supaya mereka menghargai hidup. Semangat untuk menentang yang kuat perlu ada dalam diri. Supaya kita tidak mudah terpengaruh dengan ancaman yang bakal diserakkan di sepanjang kehidupan kita.
Ibubapa tidak mampu mengawal kegiatan hidup anak selamanya. Mereka juga perlu keluar mencari rezeki. Ada anak yang begitu baik perangainya bila berada di rumah. Hinggakan kegitan yang dilakukan sudah berada di tahap kritikal contohnya apa yang di paparkan pada kisah di atas. Mungkin semua ini bermula dengan merokok, kemudian balik lewat malam, minta duit beli itu ini dan akhirnya apa yang tidak disangka berlaku.
Kita masih lagi belum merdeka dari penjajahan bentuk baru ini. Kesannya lebih sakit dan tiada apa yang dapat dilakukan jika diri sendiri tidak mahu melepaskan dari penaklukan serbuk putih ini. Aku hanya pemerhati yang hanya mampu mencatatkan segalanya. Mengenangkan nasib bangsaku yang begitu banyak diuji. Aku sendiri ada 7 orang anak buah yang masih kecil berusia 2 - 9 tahun. Moga Allah melindungi mereka semua dari gejala ini.
DRAMA DJW
TANDA-TANDA AWAL REMAJA MULA KETAGIH
1. Sering mengurungkan diri
"Syam buat apa kat dalam bilik tu? Marilah turun nonton AF final ni. Abang tengoklah anak kita tu bang, asal balik rumah jer masuk bilik tak keluar-keluar."
"Hishh abang dengar tak ni? Mmm mata terjojol jer tengok Nija perform mana kan nak dengar kita cakap."
2. Pendiam
"Mak naper abang Syam tu sejak akhir-akhir ni diam jerr macam ada problem?"
3. Kerap meminjam wang daripada rakan-rakan Ataupun ibu bapa
" Mak mintak sepuluh ringgit, Syam nak beli something lerr"
"Semalamkan Mak dah bagi sepuluh, hari ni mintak lagi, Syam ingat Mak ni keje cop duit ker Syam?"
"Tak kira Syam nak jugak sepuluh ringgit ni lekaslah Mak, Syam dah lambat ni". Gesa Syam sambil menjegilkan mata kepada ibunya.
4. Berubah sikap secara mendadak
"Apa tengok-tengok ada hutang ker?"
"Apa hal lu brader?".
5. Diri tampak keletihan dan tidak bermaya
"Tolong gi kedai Syam beli belacan"
"Ala Mak ni asal nampak Syam jer suruh itu ini, suruhlah adik tu. Syam letih lak mak nak tidur"
"Tulah keje ko Syam membuta jer siang malam".
6. Selalu ponteng sekolah
"Puan Zie, anak awak dah seminggu tak datang sekolah. Dia sakit ker?
"Eh tapi Cikgu, tiap pagi dia keluar ke sekolah dan stayback, balik lewat petang katanya ada kelas tambahan. Kadang-kadang keluar buat study group malam baru balik".
7. Tidak mengikut jadual harian ketika di rumah ataupun di sekolah secara tiba-tiba.
"Tengok ni Mak beg sekolah abang Syam ni ada rokok dan mancis jerr, buku entak dia letak kat mana"
"Yelah Ani, abang Syam ko ni dah lain benar dah sekarang. Dulu tiap pagi dia buang sampah tu semua sekarang ni, semua benda dia lupa".
8. Mudah marah, tidak seperti biasanya
"Releklah brader gurau sikit pun tak boleh ker, tak rock ler camni. Musykil ler dulu Syam ni pak lawak sekarang ni cam something jer. Skru dia tercabut kot."
9. Mencuri
"Alah bang, cincin 18 karat I hilang bang".
"Tulah awak letak barang kemas bawah tilam. Tu duit awak yang dalam bantal tu letaklah tempat elok sikit dalam bank ker. Karang hilang tuduh abang plak".
10. Kehilangan minat untuk melakukan aktiviti yang selalu dilakukan sebelum ini.
"Syam jom gi surau dah nak maghrib ni".
"Abah pergilah sorang, Syam tak sedap badan ler".
11. Perubahan tabiat makan dan tidur
"Syam nasi dah sejuk ni marilah turun makan".
"Syam takde seleralah mak, mak makanlah dulu".
"Apa sajer yang dibuatnya dalam bilik tu, membuta jerlah tu.
12. Semakin berahsia.
"Abah tengok Syam macam ada problem jer, cakaplah apa masalahnya?"
"Takde apalah Abah, Syam ok apa".
"Abah tengok Syam bercampur dengan budak-budak tak senonoh tu. Ingat Syam jangan buat benda tak betul."
"Hishhh abah ni ke situ plak."
Iklan :
Jadi apabila mendapati ada antara anak-anak, adik beradik yang mula bersikap begini, kita perlu selidiki dengan lebih mendalam. Kita perlu bertindak dengan cepat untuk menyelamatkannya.
Nota :
Apa ubat rindu? Tidur... jawab A. Gedebuk kan dah kena sebijik. Memain plak tang camni.

Tuesday, August 19, 2003
YANG MEMBARAH DI DADA
Hari Ahad lepas baru aku tahu Kak Long pernah membuat pembedahan barah buah dada. Alhamdulillah peristiwa itu berlaku semasa di baru berkahwin masa bekerja di ISIS. Sekarang Kak Long telah berpindah ke Kuantan dan menjadi guru di sebuah sekolah di sana. Seorang guru yang paling garang seperti mana tegasnya dia mengawal kami adik beradik masa kami kecil. Hasilnya aku dan Man tak merokok dan bolehlah dikatakan menjadi orang juga. Terasa lagi dulu dia suka cubit dan bila kami dah besar bekas cubitan itulah yang banyak menyedarkan kami. Bila dah tua-tua ni kami saling bertanya khabar dan dia seperti selalu monitor setiap apa yang kami buat. Soalan maut dari dia, "Bilalah mak ni nak dapat menantu perempuan yer?". Mak aku hanya tersenyum. Aku pandang mak dan pura-pura tanya soalan lain. Nak cover beb. Abang Fendi lagi sempoi dia tak larat nak tanya hal-hal peribadi aku. Dia lagi pendiam dari aku.
So aku tanyalah dengan Kak Long tentang kanser tu. Kebetulan hari ini aku pun ber YM dengan seorang sahabat yang baru pergi ke seminar tentang kanser. Barulah aku tahu lelaki pun boleh di serang kanser buah dada. Macam tak percaya pulak benda tu pun boleh menyerang kaum lelaki yang sudah pasti bentuk fizikalnya amat berbeza sekali. Kanser buah dada dikalangan lelaki jarang diperkatakan kerana sukar untuk mendapatkan fakta serta bukti yang jelas. Ada satu sitcom di TV3 yang pernah di lakonkan oleh watak Sam memperkatakan isu ini.
Menurut kajian yang dilakukan di AS, daripada 100 kes yang melibatkan kanser buah dada hanya satu kes asahaja yang membabitkan golongan lelaki. Iaitu lebih kurang 0.2%. Ini bermakna golongan lelaki sukar untuk diserang kanser buah dada dan mereka sering mengabaikannya sedangkan ini tidak bermakna mereka boleh terlepas.
Di dalam tubuh lelaki juga terdapat tisu-tisu pada buah dada yang bertindakbalas dengan hormon stimulasi. Pembesaran buah dada dikalangan lelaki bergantung kepada pertumbuhan duktus dan tisu-tisu sokongan yang dikenali sebagai gynecomastia.
Jenis kanser buah dada yang sering menyerang lelaki adalah sama dengan jenis kanser yang menyerang perempuan. Biasanya kanser jenis Carcinomas merangkumi kira-kira 73%. Bagaimanapun adakalanya kanser jenis Sarcomas turut menyerang lelaki tetapi ianya agak jarang berlaku.
Simptom-simpton kanser buah dada mula menyerang ialah wujudnya ketulan-ketulan yang menyakitkan pada buah dada. Tanda-tanda ini akan dirasai sendiri oleh pesakit. Dan ia adalah tanda-tanda umum atau tanda-tanda biasa. Ketulan-ketulan ini akan wujud di bahagian areola iaitu tempat tisu-tisu buah dada berkumpul. Sesetengah lelaki yang mengidap kanser ini akan menunjukkan aksil nodus limpa yang ketara. Ketumbuhan pada buah dada lelaki yang biasanya tidak terlalu besar . Hanya 51% menunjukkan ketumbuhan tersebut mencecah 3 sentimeter.
Kaedah diagnosis yang digunakan sama dengan kaedah diagnosis yang digunakan pada perempuan. Iaitu meliputi kaedah penerangan, pemeriksaan fizikal, mammography dan thermography. Nyatanya rawatan awal yang diterima berkemungkinan besar dapat membantu seseorang pesakit mengawal kanser yang dihadapi daripada terus merebak.
Kita lihat pula antara faktor yang mempengaruhi kanser buah dada :-
a. Hormon
Kadar metabolisme hormon dan sistem perkumuhan yang kurang sempurna dikalangan lelaki turut menyumbang kepada gejala ini. Malah terdapat kajian menunjukkan lelaki yang mengidap barah buah dada yang berkahwin lewat berkemungkinan besar tidak akan memperolehi zuriat.
b. Baka / Keturunan
Sekiranya terdapat salah seseorang daripada ahli keluarga kita yang mengidap barah buah dada ini. Kemungkinan besar saudara terdekatnya akan turut diserang gejala ini.
c. Faktor Sosioekonomi
Lelaki yang mempunyai latar belakang pendidikan yang tinggai atau graduan dan golongan professional seperti pengurus lebih terdedah kepada kanser buah dada ini berbanding mereka yang bekerja di sektor yang memerlukan pergerakan fizikal yang lebih.
d. Umur
Sama seperti wanita, semakin bertambah umur semakin tinggi kemungkinan diserang kanser buah dada ini.
Kurangnya kesedaran dikalangan lelaki mengenai bahaya kanser buah dada menyebabkan mereka sering mangabaikan pentingnya pemeriksaan awal dan bertanggapan kanser ini tidak memudaratkan mereka. Namun jika dilihat faktor utama kaum lelaki diserang kanser ialah disebabkan oleh tabiat merokok. Jadi nasihatkanlah suami, abang, adik lelaki kita supaya membuat pemeriksaan jika terdapat benjolan atau ketulan-ketulan yang agak janggal.

Subscribe to:
Posts (Atom)