Tuesday, January 06, 2004

ZAMAN PERSEKOLAHAN


Waktu itu memang kalut sedikit. Sudahlah tak di masukkan ke TABIKA seperti kawan-kawan lain. Hari pertama dah kena menghafal ABC. Ayah yang menghantar aku ke sekolah di kampong sebelah SKST. Teringat seorang mak cik berkata "Kecik nyer budak ni dah masuk darjah 1". Berseluar pendek dan baju putih nampak cute jer kalau di tatap album lama. Tapi zaman tu zaman nakal saya kira.

Pagi-pagi ke sekolah naik basikal dengan Kak Long tapi bila balik kena jalan kaki. Kak Long habis kelas lambat. Jauh juga sekolah dari rumah kira-kira 3 batu. Tapi jalan ramai-ramai dengan kawan-kawan tidak terasa penat sangat. Beg sandang berwarna hijau cukup nostalgik. Penuh segala benda dalam beg yang sarat dan contengan karya agung pada beg. Harga beg sandang tu tidak mahal. Apa yang perlu kami buat setiap kali datang ke sekolah seawal pagi ialah mengutip sampah. Senanglah kerja tukang kebun. Sampah semua murid-mudrid dah tolong kutip. Kalau musim pelam memang meriah ler. Banyak kutip buah pelam dari sampahnya. Tak tahulah sekarang ni murid-murid kena kutip sampah lagi atau tidak.

Paling seronok bila sekali sekala mak menjemput dengan basikal merahnya itu. Mak akan bawa makanan dalam plastik. Mak mengayuh aku sibuk mengunyah di belakang. Kacang, tembikai atau kuih. Dia tahu aku ni spesis cepat lapar agaknya. Bawa bekal memang sesuatu yang wajib. Jarang di beri duit belanja. Kesian mak kena kayuh cepat-cepat sebab takut adik terjaga dari tidur. Mak masa tu slim lagi, mungkin sebab penat bersawah dan juga penat jaga adik-adik aku yang lain.

Zaman sekolah rendah tidak menyeronokkan langsung. Selalu sakit dan tidak dapat menghadirkan diri ke sekolah. Kadang berbulan. Muntah, kecacingan dan banyak lagi penyakit yang menimpa. Pendek kata kalau agak-agak gerimis jer mak tak bagi pergi sekolah takut demam. Tapi Kak Long jenis yang suka sangat ke sekolah, hujan ker ribut tetap di redah. Kalau diikutkan selalu dapat nombor corot. Malu juga dengan anak-anak jiran yang pandai-pandai. Tapi amat pelik bila zaman sekolah menengah anak-anak jiran aku jadi sebaliknya.

Bab sekolah agama ni pun satu hal. Balik sekolah pagi kena ke sekolah agama. Cikgu sekolah pagi selalu check sapa yang tidak ke sekolah agama. Sesiapa yang tak datang ke seolah agama sebelah petang dendanya kena cium tiang sekolah agama tu. Banyak kali jugalah aku kena melintas padang ke sekolah agama tu dan buat aktiviti berciuman tu. Tapi ramai juga yang pemalas macam aku ni jadi taklah malu sangat.

Balik sekolah agama aktiviti berkubang pula. Tapi pelik pulak yer kenapalah aku tak pandai berenang sampai sekarang. Dulu memang kaki berkubang. Hishh dah lah tak reti berenang tak terfikr pulak kalau lemas ker apa. Selalu kena marah sebab berkubang ni. Cuti sekolah Sabtu Ahad kena tolong mak ke sawah. Semua bala tentera mak kena turun ke sawah. Bersihkan sawah dari rumput rampai, tolong cabut benih padi yang di semai banyak sekali kerjanya. Tak macam sekarang nih semua pakai tabur dan guna mesin segala. Dulu guna "kabota" untuk membajak, guna kuku kambing untuk menanam padi. Musim menuai paling seronok sebab boleh main layang-layang. Padi kena sabit dan dibanting untuk meleraikannya. Lama dah tak nampak alat tu semua.

Satu peristiwa yang tidak dapat dilupakan. Masa tu Man dalam usia 7 tahun. Aku tolong mak meleraikan padi di bawah rumah. Entah macam mana, sebutir padi masuk ke dalam telinga Man. Korek pun tak keluar lalu pergi ke hospital. Doktor pun tak dapat keluarkan padi tersebut. Sebab padi kan macam kesat susah nak keluar. Bertahun juga padi tu ada dalam telinga Man. Nasib baik tak ada sebarang kecederaan. Suatu hari padi tu keluar sendiri. Masih elok dan abah ambil dah makan sebab dia geram sangat dengan padi tu. Hishhh ...Apa yang aku perasan mak dan abah tak marah pun kat aku yang cuai sampai termasuk padi kat telinga Man. Mak memang tak pernah marah kami. Aku lebih seram dengan Kak Long, dia memang jaga kami dengan ketat.

Zaman persekolahan rendah aku tidak menyeronokkan. Penuh kepayahan tidak mahulah aku tulis semua itu di sini. Apa yang aku tahu segalanya yang berlaku di suatu malam itu telah mengubah kehidupan kami. Ianya menjadi satu titik tolak untuk kami berjuang melepaskan diri dan mencari kehidupan dengan lebih baik. Kepayahan perit pedih kedukaan menjadikan kami lebih tabah dan bolehlah dikatakan "menjadi orang" akhirnya.

Kak Long menjadi guru di Kuantan. Guru matematik yang garang sudah semestinya. Dia pernah menjadi pegawai penyelidik di ISIS tetapi terpaksa berhenti dan mengikut suaminya ke Kuantan lalu memilih bidang perguruan. Dia lepasan Universiti di AS. Bila aku kata padanya "Jangan jadi guru sebab nak dapatkan pekerjaan sahaja". Dia selalu kata, "Kakak boleh duduk di rumah goyang kaki, tapi kerajaan telah bayar segala duit pengajian kakak dulu dan sayang kalau tak praktikan apa yang kakak tahu". Betul juga dia ada double degree suatu kerugian kalau tidak menggunakan apa yang dia tahu sebab tuntutan kehidupan. Apa yang aku tahu murid di kelasnya memang takut gila dengan dia. Kelas dia tak ada sorang pun yang ponteng. Tapi kesian pulak suami kakak aku tu, tiap tahun kena tukar cat kereta, habis calar balar kereta kakak aku kena toreh segala. Tu cabaran namanya ...

Kalaulah guru-guru aku di Cape Coral berdedikasi sepertinya mesti ramai yang excellent. Mesti ramai yang keluar dari situ dan menjalani hidup yang sempurna. Ramai yang kecundang dan tertewas. Alhamdulillah aku antara yang terlepas dari cengkaman kedurjanaan kehidupan.

OCEAN DEEP CLIFF RICHARD

Love , can't you see I'm alone
Can't you give this fool a chance
A little love is all I ask
A little kindness in the night
Please don't leave me behind
No , don't tell me love is blind
A little love is all I ask
And that is all
Ooh love , I've been searchin' so long
I've been searchin' high and low
And little love is all I ask
A little sadness when you go
Maybe you'll need a friend
Only please don't let's pretend
A little love is all I ask
And that is all
** I wanna spread my wings
But I just can't fly
As a string of pearls
The pretty girls go sailin' by
## Ocean deep
I'm so afraid to show my feelings
I have sailed a million ceilings
Solitary room

Ocean deep
Will I ever find a lover
Maybe she has found another
And as I cry myself to sleep
I know this love of mine I'll keep
Ocean deep
Now , can't you hear when I call
Can't you hear the word I say
A little love is all I ask
A little feelin' when we touch
Why am I still alone
I've got a heart without a home
A little love is all I ask
And that is all

I'm so lonely , lonely , lonely
(Ocean deep)
On my own in my room
I'm so lonely
(Ocean deep)
I'm so lonely , I'm so lonely

Note : Selalu dengar lagu ni masa memandu. Sedap didengar tapi tak ler lonely cenggitu hidup aku ni. Kata Abg Yim aku kena sentiasa menyibukandiri. Tak tahu pulak kalau dia baca blog aku ini. Malu lerr ... Malam tadi di sms aku banyak sekali dan siap telefon lagi. Antara smsnya "Han, gi tido sekurang-kurangnya cuba, ok? Cuba kosongkan minda Han dan bawak bertenang. Kehidupan ni memang indah sekiranya Han berikan peluang pada diri Han". Dia panggil aku Han cam manja pulak, tapi geli telinga aku bila lelaki panggil aku Han. Dia memang baik sekali, sekurang-kurangnya itulah yang aku dapat rasakan melalui firasat aku. Tapi aku bukan ahli nujum ...


Hari ini Cinta datang mengetuk,
tapi pergi sebelum pintu dibuka.

Berapa jumlah orang yang beruntung
dapat mendengar isi hati?

Dan lebih sedikit lagi mengikutinya.

Kita telah tumbuh menjadi generasi
yang dibuai oleh dongeng klasik dimana
cinta adalah kunci kebahagiaan.
Tapi kita tak tahu bagaimana mencari cinta.

Dan bagaimana mengetahui cinta
bila cinta datang berkunjung.

Tidak ada dari kita yang tahu.
Tapi saat ini, aku berharap ..
Andai ia tahu.

Petikan puisi dari Filem "Andai ia Tahu.."

Sunday, January 04, 2004

SAMBAL BELACAN ULAM PEGAGA


Balik ke kampung dengan siapa lagi kalau tidak dengan Yana. Dia pujuk aku pergi shopping di Jaya Jusco Bukit Raja Klang. Kebetulan sale tengah berbaki sehari lagi. Tahu sahajalah kalau bershopping dengan pompuan nak beli satu benda akan mengambil masa yang lama untuk membuat keputusan. Aku jadi tukang mengpprovedkan fesyen yang dia pilih. Yelah tak mahulah dia terpengaruh dengan fesyen non-muslim yang entah apa-apa yang bersepah di gedung membeli belah negara kita. Kalau tak kena gaya, alamat rosak ler. "Fesyen akan mati, tapi baju tradisi kita tetap utuh", teringat kata-kata Azah Aziz. Dapat ler dia membeli sehelai dua. Apa yang lebih manis ialah dia hadiahkan aku sehelai baju yang dipilih antara puluhan yang ada di JJ. Terima kasih dik ... nak marah terus tak jadi.

Sampai di Cape Coral dah pukul 2 petang. Selepas solat aku ke Cyber Cafe membaca email. Dapat lagi email dari seorang sahabat. Sudah 3 email yang aku baca darinya. Seronok sekali membaca kisah hidupnya. Kalau dia ada jurnal online pasti akulah pengunjung setianya. Nasihat darinya adalah nasihat seorang kakak kepada adiknya. Itulah yang aku dapat kesan. Dalam hidup yang pantas mengejar kebendaan ini ada juga insan yang masih mampu meluangkan masa emasnya. Memberi nasihat penuh kasih sayang kepada seseorang yang tidak pernah dikenali. Kita juga perlukan kawan-kawan yang sebegini dalam hidup. Aku rasa tidak salah menurunkan sedikit kata-katanya kerana ia berkaitan dengan hidup aku ini yang dia ikuti sekian lama.

" Kalau dah banyak yang nak berkenalan tu, akak nasihat, Mal bayang kan antara yang ramai2 tu, yang mana satu agaknya sanggup menjaga kita atau mak bapak kita dikala sedang jatuh sakit, terlentang di kerusi roda atau terbaring di atas katil hospital. Dapat tak bayangkan dia menyuap makan dan membersihkan kita. Sanggup tak dia sama2 bersusah payah dengan kita. Tak payah lah bayang kan sapa sanggup bersenang2 dengan kita, itu gerenti semua sanggup dgn senyum melebar. InsyaAllah, orang itu akan memberi kita kebahagiaan dunia dan akhirat."

Ramai juga yang berkata its about time i should think about myself and my future, settled down. Tapi masalahnya hati belum lagi terpikat. Tidaklah teruk sesangat hidup membujang ni, kalau yer pun hidup belum lengkap selagi belum berkahwin. Tapi soalnya bukan perkara itu sahaja yang perlu kita fikirkan bila kita bangun dari tidur setiap hari. Banyak lagi contohnya "Kenapa kerajaan sibuk tentang harga tambang murah Air Asia? Terfikir tentang itu ini. Masalah dunia lagi, ofis begitu begini . :)

Hidup ini juga umpama sambal belacan. Semakin pedas semakin berpeluh, semakin nak tercabut kepala menahan kepedasannya semakin ngam. Lebih-lebih lagi kalau ada ulam pegaga. Semakin seronok mengunyah walaupun bibir kepedasan menahan pedas. Tak terasa dua tiga kali tambah nasi. Yang pedas tidak semestinya tidak sedap. Jadi kita perlu memilih ulam yang tepat untuk dipasangkan dengan kepedasan sambal belacan kita. Banyak orang cara penyediaan sambal belacannya berbeza. Selera orang lain-lain. Tapi bahan asasnya tetap sama. Kata mak jangan ditumbuk cili tu kuat sangat, bila biji cili hancur sambal belacan akan jadi terlalu pedas. Segalanya perlu teliti dalam hidup kita ini.

"Sesetengah org menanti dengan taat tapi masih tidak dihargai kehadirannya, sesetengah yg lain hilang tanpa dikesan tapi dirindui setengah mati." Kata-kata ini terungkap secara spontan ketika aku ber YM dengan Abang Yim. Penasihat peribadi aku sekarang ini. Terima kasih di atas kata dorongan darinya. Dia risau kalau aku bersedih selalu. Dia sanggup call aku hanya nak pastikan aku dah makan atau belum. Banyak betul yang mengambil berat tentang diri aku. Rasa hidup ini penuh segala bentuk kasih sayang yang melimpah ruah.

Terima kasih kepada semua yang hadir dalam hidup aku ini. Terasa perjalanan ini menjadi semakin mudah di atas dorongan semua.


Sekuntum Bunga Plastik
M. Nasir

Sekuntum bunga plastik
Di dalam jambangan usang
Menghiasi kamarku yang gelap dan dingin
Seutas rantai perak
Membelit di lehermu
Memberikah cahaya dalam mimpi-mimpiku

Roda-roda penghidupan
Berputar-putar ligat
Tapi aku masih juga begini
Bisu dan kaku
Menanti sebuah jawapan
Yang belum pasti

Friday, January 02, 2004

AZAM TAHUN BARU?



Tahun baru 2004 bermula. Pagi Jumaat yang berkat. Mendapat kiriman SMS yang bertalu-talu dari sahabat sempena tahun baru. Tahun baru aku tersadai di depan TV menonton Count down 2004. Di sini tiada apa yang berlaku, walaupun dataran masjid Putra penuh dengan umat manusia. Rimas dengan keriuhan dan manusia yang ramai pulang sahaja menonton TV.

Antara SMS dari sahabat yang diterima :

"Wishing u a New Year filled with new hope, new joy, new beginning & opening of new horizons. wishing peace, prosperity & happiness in the year ahead. Happy New Year".

"A year end wish for u : 12 months HAPINESS, 52 weeks FUN, 365 days SUCCESS, 8,760 hours GOOD HEALTH, 525,600 minutes GOOD LUCK, 3,153,600 seconds of BLESSINGS. HAPPY 2004".

"My Lucky New Year Star will protect u Happy 2004! Life's short, make it Great".

Itulah antara sms yang masih ada dalam kotak Inbox hp aku.

Uncle Botak meraikan tahun baru bersama rakan-rakan perniagaannya atau "geng gosip". Dia serba salah nak ajak aku turut serta. Sebabnya dia tak mahu aku terasing atau tidak selesa dengan keadaan di tempat itu. Tak apalah jangan rasa bersalah. Dia call bertalu-talu masa aku nonton LOTR dan dia mesti ingat aku marah kat dia. Marah juga sebenarnya. Kemudian dia letih agaknya dan hantar SMS "Apa Azam tahun baru huhhh?".

Macamlah aku tak beritahu dia yang azam tahun baru 2004 aku nak jadi lebih kaya dari dia, tak mahu kepala aku menjadi botak macam dia dan dapat kereta baru (bukan tajaan). Tapi aku tak sampai hati tulis macam tu kat dia. Aku sebenarnya tiada azam tahun baru. Aku tak tahu lagi apa yang aku nak capai dari segi kerjaya? Aku tak pasti apa yang aku nak beli di tahun 2004, itu semua bergantung pada duit. Aku belum terfikirkan lagi... Aku cuma berharap yang aku akan memperolehi sedikit kebahagiaan dan ketenangan. Dapat bekerja dan dikurniakan kesihatan yang baik. Aku tidak mahu menganiaya diri aku sendiri dengan melakukan benda-benda yang boleh membuatkan emosi aku terganggu lagi. Aku hendak menikmati hidup yang singkat ini sepenuhnya dengan ceria ( I feel Good - NTV7?). Tidak mahu lagi bebankan perasaan. Berkawan sebanyak yang mungkin.

Banyak kali aku terbaca kata-kata hikmat ini di majalah dan suratkhabar : " Biarlah orang membaca diari kita. Mereka pasti tidak akan faham apa-apa. Sebuah diari hanya di baca dan difahami oleh empunyanya sahaja. Ia bukan dibaca dengan mata tapi dengan jiwa".

Hidup adalah perjuangan. Hanya yang berani sahaja yang dapat hidup berjaya kerana keberanian ialah bala tentera jiwa yang mengawal diri kita daripada di takluki, dihina dan diperhambakan. Sentiasa ingatkan diri setiap kali membuat kerja yang membuatkan kita berasa takut untuk melakukannya, 10% tentera takut lari dihalau oleh 10% tentera berani yang semakin bertambah di dalam diri. Dua kali kita melakukannya, 20% tentera berani bertambah dalam diri. Seterusnya jika 10 kali makan 100% tentera takut akan lari dari diri kita dan akhirnya keberanian akan wujud dalam diri!

Tiada siapa pun yang dapat mengenal siapa yang berani dan siapa yang pengecut sehinggalah munculnya krisis atau ujian dalam hidupnya. Berani adalah garis pemisah antara yang berjaya dengan yang gagal, antara yang mulia dengan yang hina, antara yang kaya dengan yang miskin dan antara yang tinggi dengan yang rendah. Universiti yang terbaik di dunia ialah pengalaman pahit kerana ia dianggap sebagai guru bagi kehidupan manusia itu. Kerana di sebalik kesulitan ada kesenangan dan kesungguhan.

Kata-kata dari seorang sahabat ini membuatkan aku memikirkan sesuatu sedalam-dalamnya.

"Kita mesti sentiasa berfikiran positif. Alhamdulillah, saya tidak terasa “waste of time” mengenali insan2 yg baru dalam hidup ini sebab pertemuan diatur Tuhan mesti ada sebab2 dan tujuan2 tertentu. Sebab dan akibat (cause and effect). Inilah yang saya nak Mal fikirkan dan cuba renungkan pertemuan2 yang berlaku pada Mal. Orang yang kita sayang dan rasa tak sanggup untuk berpisah tak semestinya baik untuk kita. Mesti ada tujuan mengapa Allah pertemukan dan pisahkan begitu sahaja. Mungkin untuk kebaikan dia, mungkin untuk kebaikan kita atau sama2 belajar antara satu sama lain".

Aku mula terfikirkan sesuatu, tentang kebesaran Allah atas segalanya. Memberikan sedikit ilmu untuk membina DJW. Menemukan aku dengan pembaca-pembaca dan kenalan baru dan membukakan hatinya untuk menulis sesuatu yang amat bererti dalam hidup aku di hari pertama Januari yang cerah. Terima kasih padanya yang sudi berkongsi pengalaman hidup. Hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya.

Hidup perlu terus dan aku juga berhak untuk menikmati kebahagiaan hidup dalam perjalanan sementara ini!


You Needed Me

-Artist: Anne Murray
-peak Billboard position # 1 in 1978
-Words and Music by Randy Goodrum

I cried a tear, you wiped it dry
I was confused, you cleared my mind
I sold my soul, you bought it back for me
And held me up and gave me dignity
Somehow you needed me

You gave me strength to stand alone again
To face the world out on my own again
You put me high upon a pedestal
So high that I could almost see eternity
You needed me, you needed me

And I can't believe it's you
I can't believe it's true
I needed you and you were there
And I'll never leave, why should I leave?
I'd be a fool 'cause I finally found someone who really cares

You held my hand when it was cold
When I was lost you took me home
You gave me hope when I was at the end
And turned my lies back into truth again
You even called me "friend"

You gave me strength to stand alone again
To face the world out on my own again
You put me high upon a pedestal
So high that I could almost see eternity
You needed me, you needed me

You needed me, you needed me

Wednesday, December 31, 2003

PERTAMA BUKAN TERAKHIR

PERTAMA BUKAN TERAKHIR

30 Disember menemukan aku dengan sekumpulan insan yang begitu akrab hidupnya dengan alam. Membawa aku menghirup udara segar dari perbukitan yang mengusap lembut tenang air tasik. Segala masalah yang membelenggu sesat terselit di celah pepohon. Indahnya alam kebesaran tuhan, nikmat hidup yang tidak pernah aku impikan. Selamat datang ke Kem Lambaian Danau!

Terletak di Tebat, Kampung Chinchin, 77000 Jasin, Melaka. Lebih kurang 2 jam perjalanan dari KL. Rasanya inilah kali pertama setelah meninggalkan zaman kehidupan kampus pergi ke kem yang selalunya menjadi acara wajib pelajar universiti membuat aktiviti "merendam" dan "membasuh otak" yang kadang kala beku. Tapi kali ini dengan niat yang berbeza. Ingin menjenguk sahabat Geju yang sentiasa diingati, Kak G ( lupa nak mintak call card sampai sekarang tak tahu nama penuh).

Seronok melihat hutan dan segala kehidupan yang ada di dalamnya. Pokok Periuk Kera, tumbuhan unik melatari sebahagian lanskap tersembunyi Kem. Tapi amat malang sekali , pokok periuk kera yang cuba di bawa pulang entah kemana hilangnya ( Alasan nak ke sana lagi ker?). Aku memang minat sekali mengumpul tumbuhan eksotik untuk di buat koleksi di Cape Coral.

Waktu makan di jamu dengan hidangan yang cukup menyelerakan. Ikan talapia merah segar di bakar dan cicah sambal kicap yang "power". Sedap Kak G, tak pernah makan ikan sebesar itu dan habis pula. Selalu makan tak habis :(. Makan ramai-ramai bersama geng jurnal yang lain memang menyelerakan. Uncle EP, Mushroom, Salina, Azah, Wkdin & keluarga serta Kak Ungku bersama putera dan puterinya. Thanks Geng dapur ( Jepun & the geng - tak ingat nama, memang spesies susah nak ingat nama orang, nama sendiri nasib baik ada kad pengenalan kalau tak sure lupa punya :).

Selepas bersolat, acara yang tak akan aku lupakan sampai mati pun bermula. Berkayak ... yer tidak silap eja. Aku berkayak, tapi macam orang baru bangun tidur dan kepala "weng" sahaja lagaknya. Orang semua ke kiri, aku dayung ke kanan. Orang jalan lurus, aku bantai langgar tunggul kayu ( ampun yer Kak G kalau kayak akak calar balar). Memanglah dari mula tak mahu berkayak. Tak reti or dengan bahasa lain tak mahu mencuba. Tetapi tak mahu menghampakan semua, aku pun ikut serta. Bila buat sesuatu benda separuh hati atau dah set di kepala tak mahu buat memang begitulah jadinya. Gelak pulak bila diingatkan. Namun Pak Let dan geng fasi dengan sabar mengajar aku mendayung. Di sinilah terbukti peribahasa "biar lambat asal selamat" atau bila di gubah semula "lambat bila nak sampai?". Banyak perkara yang aku terlepas dalam hidup kerana tidak mahu mencuba. Takut orang gelak bila tak menjadi. Terlalu berhati-hati, hendakkan semuanya sempurna atau "perfect" sentiasa. Namun aku juga orang biasa yang memerlukan pengalaman kali pertama. Berkayak tidaklah teruk sangat, malah kalau aku dah pandai berkayak nanti pasti aku dapat menikmati keindahan tasik di Danau itu dengan impak maksima. Suatu hari nanti mungkin. Pasti akan datang semula ke sana. Sebabnya orang-orang di sana begitu ikhlas, terpancar melalui wajah mereka.

Senja di kem begitu indah, tiada bahasa yang mampu melukiskan keindahannya. Di latari gunung-ganang dan tasik yang luas saujana mata. Berat rasa hati meninggalkan kem dengan begitu banyak nasihat dan pengalaman yang terakam di memori. Terima kasih kak G, suami dan geng fasi yang lain kerana menerima kami seadanya.

Rindu kat kak G ... eh kat Kem, periuk kera .... kayak ? aduhhh.


SELAMAT DATANG 2004

Malam ini menyambut tahun baru berseorangan di Cyberjaya. Orang lain mungkin keluar dengan rakan masing-masing. Tak apalah, macam kata Ying taklah teruk sangat berseorangan ni. Hidup perlu diteruskan, harap 2004 lebih membawa sinar kebahagiaan dan hidup lebih bermakna. Harap dapat lebih dekat dengan Allah dan memahami makna kehidupan ini sepenuhnya.

Buat semua pembaca DJW "Selamat Tahun Baru", doa saya semoga kalian mengecapi nikmat kebahagian dan dilimpahkan rezeki dari yang Esa, Insyaallah.

Terharu dengan "hadiah" tahun baru dari Merryhearted. Sudi membaik pulih jurnal saya ini. Terharu sungguh ... hanya Allah sahaja yang akan membalasnya.

Teringat kata-kata Kak G - " Tidak elok mendoakan yang tidak baik pada orang lain. Sebelum tidur perlu maafkan semua orang". Saya akan praktikkannya juga di 2004. Biar pedih tapi akan cuba juga.

Helaian daunan yang gugur dari pohon ...mengingatkan daku saat dikau berlalu ...






Monday, December 29, 2003

SAYANGI DIRI SENDIRI

"Perlu sayangi diri sendiri juga", kata-kata Kak Zar yang ringkas tapi cukup mengesankan ketika kami berYM di Jumaat lepas. Aku terdiam sejenak dan mengiyakan kata-katanya itu. Selama ini aku rasa tidak bertindak adil terhadap diri sendiri. Bagai tidak boleh ke mana kalau dia tak ada. Sekarang aku mula mengatur langkah. Nak ke mana atau hendak buat apa sahaja ikut kehendak aku sendiri. Kalau ada kawan pun bagus, tak ada juga tidak mengapa. Maksud aku, kalau kawan sibuk tak perlulah aku sampai menjeruk rasa dan membatalkan segala perancangan yang ingin dilakukan. Hidup aku, aku sendiri yang akan mengendalikannya ikut cara aku sendiri.

Aku mula merasa seronok sebenarnya dengan aktiviti bersendirian ini. Menonton wayang sendiri-sendiri juga menyeronokkan. tidak perlu bertelagah cerita apa yang perlu ditonton. Tidak perlu berpura dan menonton berkali-kali lantaran ingin meneman kawan. Boleh ke mana sahaja bila hati tergerak. Kebebasan mutlak ... dan belanjanya juga tidak banyak. Tahun 2003 banyak aktiviti terpaksa dikansel lantaran dia sibuk. Tapi aku pastikan 2004 ini kalau aku nak ke mana aku akan lakukan juga walau sendirian. Ikut perancangan dan waktu aku sendiri. Sesiapa nak ikut boleh, tak nak pun tidak akan menjadi kudis.

Tahun depan aku juga ingin meluangkan lebih banyak masa di Cape Coral. Menjenguk keluarga, biarlah kereta aku rosak teruk akibat hentakkan jalan yang berlubang. Dulu aku teringin nak menjadi sukarelawan di rumah orang-orang tua. Sedangkan aku sendiri ada orang tua yang amat dahagakan kasih sayang aku sebagai anaknya. Aku nak pastikan detik waktu yang berlalu terisi bersama mereka dan Cape Coral yang mendamaikan. Sekurang-kurangnya aku puas bila melihat ayah dan ibu tersenyum setiap kali kereta aku sampai di laman. Satu perasaan yang tidak tergambarkan waktu makan bersama. Mereka tinggal berdua sahaja di sana. Kalau dulu sebulan hanya 2 kali aku mampu balik ke sana. Insyaallah akan pulang lebih kerap ... Cape Coral bukanlah jauh sangat. Tapi aku bekerja dan ada tuntutan sosial yang perlu diisi. Kawan-kawan juga memerlukan secebis masa aku yang sedikit ini. Siapa kata orang bujang tidak sibuk?

Menulis jurnal akan diteruskan seperti biasa. Aku akan pastikan standard penulisan aku meningkat. Dairi hidup aku hanya aku sahaja yang faham. Kalau orang lain memahaminya pasti dia akan mengesan perasaan aku yang mendalam tentang tesis kehidupan aku ini. Aku nak menjadikannya bukan sekadar omong kosong. Tapi ada terselit nilai intelektual. Semua ini untuk kepuasan diri. Aku menulis bukan kerana nama. Siapalah yang ingin membaca biografi hidup aku. Aku bukan orang terkenal, hanya orang kecil dari daerah yang terasing. Tapi aku sedar budaya menulis jurnal perlu disebar luaskan . Alangkah hebatnya jika perjalanan hidup kita di rakamkan dalam bait bahasa yang termampu di luahkan. Mungkin di suatu masa ada seseorang yang disayangi memahami tentang kita. Biarlah hanya seorang yang memahami kita, itu sudah cukup membanggakan.

Aku berharap aku akan lebih memahami diri aku sendiri. Apa yang aku mahu dalam hidup. Aku juga sedar yang aku perlu menyayangi diri aku sendiri dahulu!
BUNGA-BUNGA CINTA

Misha Omar memastikan persembahannya paling cemerlang malam tadi. Vokal yang mantap dengan bait perkataan yang jelas serta ekspresi wajah yang amat baik sekali. Dia benar-benar menjelmakan Bunga-Bunga Cintanya paling harum dan bertenaga dalam Anugerah Juara Lagu ke 18 malam tadi di Stadium Putra Bukit Jalil. Merangkul 3 anugerah sekaligus membayangkan bahawa aura kemenangan di Festival Muzik Asia ke 6 di Shanghai bagai masih terasa bahangnya.

Juara Lagu : Bunga - Bunga Cinta
Irama Malaysia & Etnik Kreatif : Wassini
Balada : Bunga-Bunga Cinta.
Pop Rock : Hi Hi Bye Bye.
Persembahan Terbaik : Siti Nurhaliza.
Vokal Terbaik : Misha Omar.

Lebih memikat dalam AJL 18 ini ialah paduan suara Adibah Noor & Dayang Nurfaizah ketika membawakan lagu ghazal "Pak Ngah Balik". Siti Sarah juga kelihatan manis sekali berjoget bersama Hazami. Gelek Ella ketika membawakan lagu dangdut juga tetap menawan.

Bunga-Bunga Cinta
Misha Omar (Adnan Abu Hassan)

Hmmm... oh...
Di kala ku kesepian
Dihanyut ombak yang resah
Kau mengubati kerinduan

Di kala ku keresahan
Dihanyut malam nan gelap
Kau menerangi hidupku

Kini segalanya telah berubah
Cintamu hanya memori indah
Ku ditinggalkan kesepian
Pilu hatiku

Kembalilah kepadaku
Selamilah jiwa ini yang terluka
Ikatan kita berdua

Sayangilah diri ini
Belailah jiwa nan sepi
Kelayuan... dedaunan keguguran
Dahan-dahan nan kerapuhan
Bunga-bunga cinta... layu di pusara
Hmmm... hmmm...

Di kala ku kerinduan
Dihembus angin nan pilu
Kutatapi wajah dirimu

Di kala ku keseorangan
Dihanyut asmara cinta
Kau membelai jiwaku ini

Hanya satu kupinta oh darimu
Hargailah cinta kita oh...
Gelora menikam jiwa ini
Berada di hati
Deraian cinta yang suci


Tentang aku

Hari ini bercuti wajib sehinggalah tahun baru. Hari ini juga akan berjumpa Wkdin & Dona di KLCC serta esok ke Kem Lambaian Danau. Banyak hendak dibuat. Mengemaskinikan blog dan "mengecat rumah baru" dengan bantuan Merryhearted sempena tahun 2004 yang bakal menjelma tidak berapa hari lagi.

Saturday, December 27, 2003

KAWAN LAMA

Jumpa seorang kawan lama semalam. Kenal masa dia di tahun akhir pengajiannya. Lepas itu tidak berhubungan lagi. Lantas semalam menggagahkan diri meredah hujan ke Bangi. Tunggu dia di PKNS namun dia pun tak sure nak bagi direction. Akhirnya sampai juga di rumah kakaknya itu di atas bantuan abang iparnya.

Masuk ke rumah yang tidak kita kenali dan hampir maghrib pula tu. Ada banyak soalan-soalan wajib yang harus di jawab. Tapi semalam bunyinya agak pelik sedikit atau abang iparnya itu sengaja nak mengenakan aku. Atau aku yang terasa. Entahlah tapi bunyinya agak meyakitkan hati. Memanglah manusia sentiasa akan mengalu-alukan kedatangan orang yang berpangkat besar dan berkedudukan. Tapi setiap kerjaya yang kita pilih punya kelebihan yang tersendiri. Engineer, pensyarah, tentang kondo mewah sahajakah yang di cari orang? Kerjaya lain tak ada yang best ker? Atau tidak mampu memberi pulangan yang bagus? Selalu berjumpa orang-orang yang aneh dan kurang membaca tari hidup orang lain atau hanya menganggap hidupnya sahaja yang bagus dan berkemampuan. Insaf dan sedar diri bila melalui peristiwa semalam. Juga terima kasih kerana memberikan aku ingatan itu bahawa wang ringgit tetap di cari orang. Insyaallah aku akan bekerja lebih keras untuk mempertingkatkan pencapaian diri. Tunggulah ...

Selepas sembahyang maghrib aku dan dia menuju ke MINES. Hajat dihati nak menonton "Wishing Stairs" tidak lagi kesampaian. Kerana arahan dari kakaknya untuk kami tidak berlamaan kerana ibu bapanya dari kampung akan bertandang. Makan di Pizza Hut sambil bersembang dapat melupakan sebentar kisah tadi. Ronda-ronda sebentar dan menghantarnya pulang ke Bangi tepat pukul 9.45. Keluarganya dari kampung telah sampai. Aku hanya menurunkannya di depan pintu rumah dan pulang semula ke Cyberjaya.

Aku memang sentiasa melalui peristiwa seperti ini. Tapi tidak langsung menakutkan aku. Sebabnya ia mengingatkan aku bahawa terdapat jurang antara kami. Atau dia yang akan memasang tembok pemisah. Cuma aku rasa, hari aku belum datang lagi. Kabut masih tebal di sepanjang jalan yang ku lalaui. Cahaya mentari masih samar-samar dilindungi awam. Tunggulah nanti pada suatu hari yang cerah. Aku akan kembali lagi ke situ tapi dalam keadaan yang berbeza. Tapi aku tidak akan melakukannya demi dia. Cuma untuk diriku sendiri. Hanya aku ...

Moga Allah memperkenankan segala doa dan harapan ku selama ini.



Kita Ini Tetamu Senja

Kita datang ini hanya sebagai tetamu senja
Bila tiba detik kembalilah kita kepadaNya
Kita datang ini kosong tangan kosong dada
Bila pulang nanti bawa dosa bawa pahala

Pada tetamu yang datang dan kenal jalan pulang
Bawalah bakti mesra kepada tuhan kepada insan
Pada tetamu yang datang dan lupa jalan pulang
Usahlah derhaka kepada Tuhan kepada insan

Bila kita lihat manusia lupa tempat
Atau segera sesat puja darjat puja pangkat
Segera kita insaf kita ini punya kiblat
Segera kita ingat kita ini punya tekad

Bila kita lihat manusia terbiar larat
Hingga mesti merempat ke biru laut ke kuning darat
Harus kita lekas segera sedar pada tugas

Kita datang ini satu roh satu jasad
Bila pulang nanti bawalah bakti padat berkat

Kopratasa ( A. Samad Said - 1955)

Friday, December 26, 2003

SAHABAT DAN INGATAN

Banyak sekali yang ingin ditulis lewat email dan sms dari sahabat sejak akhir-akhir ini. Masing-masing memberi ingatan dan pesanan. Tanda mereka mengambil berat dan mengasihi. Bahagia sekali dan beruntung diri. Punya teman-teman yang sentiasa mengingati diri ini walau tidak pernah berjumpa. Aneh bukan? Mereka ini insan-insan yang sentiasa hadir dalam hidup kita dan menghulurkan salam perkenalan walau tidak pernah bertentangan mata. Jauh dan dekat sms dan email menyambung bicara. Juga DJW menemukan kami.

"Life and the many challenges will go on for me. So u take good care of urself brader, dan jangan terlalu banyak berfikir macam2 ehwal dunia ni (boleh cepat tua nanti).Enjoy life and see the brighter side of things and one day at a time".

Email dari sahabat yang sentiasa diingati. Terima kasih atas ingatan. Berfikir atau berfalsafah mencari makna kehidupan pada titik punca sesuatu sebab dan kisah. Mana mungkin kita membiarkan sesuatu itu berlaku begitu sahaja tanpa hati terdetik bertanya kenapa dan mengapa. Hidup ini adalah penerokaan dan kita adalah seorang pejuang yang ingin mengapai sesuatu dalam hidup kita. Kadang kita bahagia ada ketikanya kita berduka sengsara. Aku faham benar maksudmu sahabat. Mendoakan agar aku bahagia sentiasa. Namun senyuman dan kebahagian itu sesuatu yang subjektif. Aku tetap bahagia dengan segala kesepian yang melanda dan ketawa dalam kesunyian yang mengepung. Kebahagiaan tetap hadir kerana aku mempunyai keluarga dan sahabat seperti mu yang sentiasa hadir menghulurkan salam.


"sabarlah mal.. memang sakit.. tp kesakitanlah yg mengajar erti ketabahan bukan? dan begitulah.. sampai bila2 pon hidup adalah pencarian yang tiada noktahnya.. ".

Kesabaran itu memang sentiasa dijulang. Bergetar bibir menahan kesakitan tiada siapa yang tahu. Bukan sahaja kisah duka. Pejuang sejati tidak akan berundur. Kalau mereka boleh berjaya dan bahagia mengapa tidak kita? Memanglah kadang sumber-sumber yang ada terhad dan mengambil masa yang lama untuk sampai keperingat tersebut. Tapi dengan adanya kehendak pasti akan sampai juga. Pencarian akan sentiasa dilakukan. Namun setakat ini 'belum terpikat". Aneh sekali bukan?

"Kita perlu bergerak pantas jika tidak kita tidak akan bergerak sama sekali. Kita perlu berdiri sama tinggi dengan orang lain jika tidak kita tiada tempat untuk berdiri sama sekali". Teringat pepatah Cina tentang hidup. Kita perlu merebut peluang yang ada. Cuma tinggal 5 hari lagi 2003 akan meninggalkan kita. Terlalu banyak kisah yang berlaku disepanjang tahun. Ada yang tercapai dan banyak juga yang terkandas. Jadikan apa yang berlaku di tahun-tahun lepas sebagai tanda aras pencapaian hidup di tahun hadapan.

Aku cuma insan biasa. Kadang tanpa sedar melukakan hati orang-orang yang menyayangi aku. Juga lebih teruk lagi melukakan hati aku sendiri. Kata keramat yang perlu diucapkan "Maafkan kesalahanku". Keterlanjuran dan kadang tidak sedar melakukannya. Mungkin aku telah menganiaya diri aku sendiri selama ini. Bunyinya agak pelik tapi mungkin aku telah melakukan dosa secara sedar atau tidak keatas diriku sendiri. Pada orang lain sudah semestinya aku memohon kemaafan. Tapi pada diri sendiri?

"Everything i say u'll misinterprete it, everything i do, u will misjudge it. some people r meant 2 b alone 4ever, n i m 1 of those some'.

Apa lagi yang perlu diperkatakan. Dia masih tidak memahami aku yang satu ini. Satu-satunya yang sentiasa menyokongnya dari belakang. Pengertian tentang hidup dan bagaimana pelayaran hidup ini harus dikemudi mungkin tidak selari dengannya. Biarlah kalau itu yang dia mahukan. Aku juga tidak faham apa yang sebenarnya dia cari dalam hidup ini. Sebagaimana aku teraba-raba dalam terang!.

Di dalam terang gelap!

TENTANG ADIK

Cuti Krismas, rasa menyesal tidak pulang ke Cape Coral. Yana demam yang agak teruk. Rasa kasihan sebab dia terpaksa balik naik bas dari Nilai-KL-Klang-Kuala Selangor-TK dari pukul 9.00 pagi sampai ke Cape Coral pukul 4.00 petang. Ini semua gara-gara meeting yang sentiasa tidak putus-putus dan kesibukan di Melaka - Cyberjaya. Pulang sehari terasa tidak berbaloi. Rasa terngiang pertanyaan ibu "Tak balik ker? Ada sale di XXXX". Oh ...

Bosan semalam pergi mengikut kawan ke Bukit Tunku. Makan-makan lagi. Lepas itu cadang nak menonton wayang. IOI Mall tiada cerita hantu Korea itu. Hujan lebat mencurah dan banjir sedikit di depan jalan keluar. Lautan manusia di semua pasaraya. Lebih elok pulang sahaja ke Cape Coral di lain kali, setiap musim perayaan! Harus ingat itu Mal.

Adik masih deman, kesian dia. Esok harus menjemputnya di Stesen Bas di Klang. Harap dia cepat sembuh. Kebetulan Adik Baiti juga batuk yang teruk sekali. Juga harap dia akan cepat sembuh. Musim orang deman mungkin.


Better Man

Send someone to love me
I need to rest in arms
Keep me safe from harm
In pouring rain

Give me endless summer
Lord I fear the cold
Feel I'm getting old
Before my time

As my soul heals the shame
I will grow through this pain
Lord I'm doing all I can
To be a better man

Go easy on my conscience
'Cause it's not my fault
I know I've been taught
To take the blame

Rest assured my angels
Will catch my tears
Walk me out of here
I'm in pain

As my soul heals the shame
I will grow through this pain
Lord I'm doing all I can
To be a better man

Once you've found that lover
You're homeward bound
Love is all around
Love is all around

I know some have fallen
On stony ground
But Love is all around

Send someone to love me
I need to rest in arms
Keep me safe from harm
In pouring rain

Give me endless summer
Lord I fear the cold
Feel I'm getting old
Before my time

As my soul heals the shame
I will grow through this pain
Lord I'm doin' all I can
To be a better man

Robbie Williams [From Album : Sing When You're Winning]





Wednesday, December 24, 2003

JANGAN TAKUT UNTUK MENULIS

Tidak ramai yang berkebolehan dan berpeluang untuk menyebarkan ilmu pengetahuan secara terus. Memberi syarahan, berkhutbah atau muncul secara 'live' di TV. Namun begitu, ramai orang yang sememangnya pakar di dalam bidang masing-masing. Namun sesetengah bidang tidak begitu dikenali disebabkan kurangnya penulisan yang dihasilkan.

Pengerusi Yayasan Pembangunan Buku Negara, Shaari Abdullah dalam laporan akhbar berkata, setiap tahun kira-kira 6,000 buah buku diterbitkan di negara ini sedangkan jumlah penduduk pada hari ini hampir 25 juta orang. Angka ini jauh dari penilaian UNESCO terhadap pengertian sebuah negara maju iaitu penerbitan buku 1,000 judul bagi setiap sejuta rakyat pada setiap tahun. Kita memerlukan 25,000 judul buku setahun. Namun perkara pokok yang perlu ditangani segera ialah tentang minat membaca dikalangan rakyat Malaysia, masalah penerbitan dan pasaran buku-buku ilmiah yang terbatas di negara ini.

Adalah wajar juga jika penekanan diberikan keatas penulisan artikel-artikel ilmiah di dalam jurnal-jurnal akademik terbitan tempatan dan antarabangsa bagi menggambarkan daya intelektual rakyat Malaysia. Jika penerbitan buku ilmiah dirasakan sukar untuk direalisasikan.

Sesiapa pun berhak menulis dan boleh menjadi cerdik pandai jika sanggup berusaha dan mencuba tanpa penat dan jemu. Shakespeare yang kita kagumi dengan karya-karya dramanya bukan seorang yang berkelulusan universiti. Begitu juga Charles Dickens yang terpaksa berhenti sekolah ketika berumur 15 tahun tetapi karya-karya yang dihasilkannya dikagumi oleh seluruh masyarakat dunia. Orang yang berkelulusan universiti sendiri belum tentu berupaya menandingi karya-karya yang dihasilkan oleh Shakepeare dan Dickens.

Jangan hiraukan walaupun kita seorang surirumah, buruh , doktor, jurutera, pegawai rendah atau penganggur, kalu kita berminat untuk menulis, kita jangan takut untuk mencubanya. Bidang kesusasteraan sendiri contohnya memerlukan lebih ramai golongan professional untuk menceburkan diri. Hanya mereka yang pakar dalam bidang tertentu dapat memaparkan liku-liku kehidupan mereka dengan baik. Latar budaya, jargon atau laras bahasa yang digunakan dapat digambarkan dengan tepat. Golongan-golongan di luar bidang kerjaya berkenaan kalaupun boleh menghasilkannya tetapi kematangannya tidaklah mencapai tahap sewajarnya.

Namun tiada jalan singkat untuk menjadi seorang penulis. Menjadi penulis sama seperti menjadi seorang doktor bedah. Itulah yang terjadi kepada Carl Sanburg, penulis Amerika yang menghabiskan masanya berhari-hari di dalam bilik, kadang-kadang semalaman suntuk untuk menulis sajaksepanjang 20 tahun lamanya. Walaupun dia tahu sajak-sajaknya tidak ada harapan untuk diterbitkan tetapi dia tidak pernah putus asa. Diyakini benar "sajak adalah membuka dan menutup pintu kamar penuh rahsia, membiarkan orang menjenguk ke dalam untuk meneka apa yang kelihatan dalam sejenak ...". Dari ketekunan dan rasa tidak putrus asa itulah akhirnya Carl Sanburg meraih hadiah Pulitzer dengan karya puisinya pada tahun 1951.

Menulis blog/jurnal sebegini juga adalah satu pendedahan awal dalam bidang penulisan dan terus berdisiplin mengasah bakat mana tahu ianya boleh memberi sedikit manfaat kepada pembaca. Walaupun kita tidak mengharapkan pembaca membacanya atau menyukai apa yang kita tulis. Namun setiap komen yang diberi amatlah dihargai dan seterusnya boleh berkongsi ilmu pengetahuan yang ada. Inilah keunikan penulisan menggunakan ICT.

Jadi jangan takut untuk terus menulis apa sahaja yang terfikirkan!

Tuesday, December 23, 2003

KANAN & KIRI

Ada beberapa orang yang saya kenal bekerja menggunakan tangan kiri atau menggunakan kedua-dua tangan mereka. Mereka sebenarnya kidal dan hal tersebut bukanlah sesuatu yang pelik dan tidak perlu diperbetulkan. Merryhearted adalah salah seorang daripada 40 peratus manusia di dunia yang kidal. Dalam sejarah juga ada mencatatkan kebanyakkan orang-orang yang cerdik adalah kidal. Contoh yang paling dekat ialah Leonardo da Vinci dan Michelangelo juga kidal. Suatu kebetulan?

Kita hidup dalam masyarakat yang "bekerja dengan tangan kanan". Kebanyakkan barang-barang yang kita gunakan dibuat oleh orang yang bekerja dengan tangan kanan. Tombol pintu, perkakas membaiki kereta, alat muzik, butang baju dan berbagai-bagai lagi seolah-olah dicipta untuk digunakan oleh orang yang menggunakan tangan kanan.

Tidak ada penjelasan yang tepat mengapa terdapat perbezaan dalam 'memilih' bahagian tangan untuk bekerja. Ada teori yang mengatakan bahawa badan ini tidak 'sama ukur', yakni bahagian sebelah kanan tidak serupa dengan bahagian kiri. Muka sebelah kanan berbeza sedikit dengan sebelah kiri. Kaki kiri dan kanan berbeza daripada segi kekuatannya.

Otak juga mempunyai dua bahagian - kanan dan kiri. Kebolehan berfungsinya juga tidak sama. Dipercayai bahawa sebelah kiri otak lebih berkuasa daripada sebelah kanan. Saraf-saraf otak melintas pada paras leher dan menuju ke arah yang bertentangan. Otak sebelah kanan mengawal bahagian badan sebelah kiri badan dan begitulah sebaliknya.

Oleh kerana otak sebelah kiri lebih berkuasa, maka badan sebelah kanan lebih mahir melakukan pekerjaan berbanding dengan sebelah kiri. Kita menulis, bercakap dan membaca menggunakan otak sebelah kiri dan tangan kanan melakukan kerja. Untuk orang yang kidal, terdapat sonsangan. Bahagian otak sebelah kanan lebih berkuasa dan pemiliknya lebih mahir bekerja dengan menggunakan bahagian badan sebelah kiri.

Namun dalam kehidupan ini kekananan selalunya dianggap lebih berkuasa. Orang kanan kepada seseorang selalunya lebih dihormati. Alangkah malang bagi mereka yang memilih jalan hidup yang bertentangan. Apa sahaja yang "berhaluan kiri" dianggap sebagai ancaman. "Langkah kanan" digambarkan sebagai sesuatu yang menguntungkan. Tidak sealiran pendapat dianggap penentang. Jika memilih cara hidup yang bertentangan dianggap pelik dan jelek. "Kiri" selalu digambarkan sesuatu yang negetif. Hidup ini penuh dengan prejudis barangkali. Bukankah kepelbagaian itu membuatkan hidup ini lebih menarik dan mengasyikkan? Kebiasaan barangkali menjemukan.

Orang yang hidup sendirian juga dipandang dengan penuh kecurigaan.

HARAPAN

Hatimu ummi
rumah tua kami

Setiap malam
kaurebahkan
setiap sayap mimpi
ke atapnya
begitu berat
sebentar kami pasak sana
sebentar kami pasak sini
dari tiang ke tiang

Mudah-mudahan
hatimu ummi
rumah tua kami
tetap kukuh
tidak segera runtuh.

A Latiff Mohidin

Sunday, December 21, 2003

MAKNA KEBAHAGIAAN

Hari ini rasa macam malas sangat. Hari Ahad dan semua kerja dah siap. Membasuh dan kemas bilik. Yana call dan tanya "Angah tak gi mana-man open house hari ini?". Aku gelak jer dan kata muka I nih muka open house ker?. Yer semalam amat seronok sekali dapat berjumpa kengkawan Geng Jurnal di rumah Kak Zar. Layanan Kak Zar dan Suami amat istimewa dan mesra sekali. Makanan sedap, suka kuah kacang dia. Kak Ungku dan Suami pun ada. Kak Ungku ramah sekali orangnya. Juga EP, Zhouls, Salji dan "nona-nona manis" yang mengelilingi :). Terima kasih pada Wkdin yang sanggup bersusah payah menghantar balik ke KLCC. Dona, Mawar & Ifa juga yang penat menanti ketibaan kekanda mereka ini di Surau KLCC.

Hampir tidak perasan bila kali terakhir dapat keluar bergembira. Ada sesuatu yang hilang dalam diri dan cuba mengumpulkan semula sisa yang ada. Kadang keluar ke KLCC namun perasaan ditenggelami rasa duka walau dalam keriuhan yang melimpah. Masih juga rasa sunyi walau dalam kebisingan yang mengepung suasana. Berjalan mencari makna kebahagiaan.

Hidup ini adalah apa yang kita bayangkan. Selalu sangat dengar ayat ini. Namun kita tidak boleh membohongi hati. Segalanya terpancar di riak muka. Walaupun kita cuba untuk tersenyum ada sesuatu yang berterusan tersekat dihalkum. Entah apa yang hilang dalam diri dan tidak tahu ke mana ia hilang. Mungkin deria rasa itu telah lenyap saat segala harapan pergi. Kandas di rumputan.

Terpaksa berlakon sentiasa. Dengan watak yang berbeza di setiap lokasi yang berbeza dengan skrip yang berbeza juga. Mungkin perlu bermula dari awal lagi dan belajar untuk mencari makna kebahagiaan untuk diri. Sebabnya kita masih ada Allah yang melimpahkan rezeki dan segalanya, jika segala yang kita harapkan telah hilang musnah. Jangan berikan kemenangan percuma itu padanya!

Terus berjalan mencari makna kebahagiaan. Lupakan masa lalu!


Breathe - Michelle Branch

I’ve been driving for an hour
Just talking to the rain
You say I’ve been driving you crazy
And it’s keeping you away

So just give me one good reason
Tell me why I should stay
‘Cause I don’t wanna waste another moment
In saying things we never meant to say

And I take it just a little bit
I hold my breath and count to ten
I’ve been waiting for a chance to let you in

If I just breathe
Let it fill the space between
I’ll know everything is alright
Breathe
Every little piece of me
You’ll see
Everything is alright
If I just breathe

Well it’s all so overrated
I’m not saying how you feel
So you end up watching chances fade
And wondering what’s real

And I give you just a little time
I wonder if you realize
I’ve been wanting ‘til I see it in your eyes

If I just breathe
Let it fill the space between
I’ll know everything is alright
Breathe
Every little piece of me
You’ll see
Everything is alright
If I just breathe

So I whisper in the dark
Hoping you’ll hear me
Do you hear me?

If I just breathe
Let it fill the space between
I’ll know everything is alright
Breathe
Every little piece of me
You’ll see
Everything is alright
If I just breathe

Everything is alright if I just breathe
I’ve been driving for an hour
Just talking to the rain

Friday, December 19, 2003

KAIN SARUNG

Minggu terakhir Ramadhan saya dah UB(Uncle Botak) telah merancang untuk berbuka puasa di luar. Mula-mula ke KLCC tapi semua restoran penuh ketika itu. Lantas bergegas ke Restoran Seri Melayu nasib baik ada lagi meja kosong untuk bufet Ramadhan mereka. Tapi ada masalah besar dan agak kelakar. Semasa mendaftar nama di kaunter pendaftaran. Cik Adik Manis di meja penyambut tetamu sudah senyum simpul pada kami. Barulah saya perasan yang UB hanya berseluar pendek (Camel Active paras lutut). Tidak perasan pulak dia hanya berpakaian begitu walaupun memang nampak bergaya ( katanyalah). Mungkin disebabkan lapar entah apa entah UB tu.

Cik Adik Manis tidak membenarkan UB masuk jika tidak mengenakan kain sarung batik/pelikat. Memang telah disediakan untuk tetamu Seri Melayu jika tidak mematuhi etika berpakaian mereka. Memandangkan meja bufet terletak di tengah dan terpaksa melalui meja orang ramai dan mungkin juga kerana saya telah mula senyum-senyum. UB membatalkan hasratnya untuk kami berbuka puasa di situ. Dia segan hendak mengenakan kain sarung takut orang gelakkan. Sebabnya mungkin hanya dia sahaja yang berkain sarung. Walaupun dipujuk tak mahu juga. Lantas kami meninggalkan Seri Melayu dengan gelak yang berpanjangan. Tidak dapat dibayangkan jika UB berkain sarung pasti menarik dan vogue. Kita Melayu, kain sarung itu Melayu punya dan tidak dipengaruhi oleh orang luar tapi kita selalunya memandang sepi. Memang sesuatu yang harus dipuji untuk Restoran Seri Melayu yang menyediakan kain sarung ini bagi pengunjung mereka. Itu memang menggambarkan ciri kemelayuan.

Pemakaian kain sarung ini perlu diperluaskan. Seharusnya hotel-hotel di negara kita tidak kira berapa bintang sekalipun menyediakan kain sarung batik untuk wanita dan kain sarung pelikat untuk pelanggan lelaki mereka di setiap bilik hotel. Jadi pelanggan boleh menggunakan kain sarung ini ketika berehat dan berbaring-baring. Selain dapat mempromosikan Malaysia ianya boleh menggalakkan lagi penghasilan dan penggunaan batik di negara kita. Selain itu ianya juga dapat mengurangkan aktiviti berdedahan di tepi-tepi pantai dengan memakai bikini :).

Kain sarung ini juga amat sesuai sekali dijadikan "gift item" untuk pelancong asing. Kalau kita melancong ke Jepun Kimono selalunya di jadikan "gift item" dan seakan wajib dibeli. Di Malaysia kita ada kain sarung jadi ianya harus dipromosikan dengan lebih meluas lagi. Perkataan sarung itu berasal dari bahasa Melayu. Dalam kamus Inggersis pun ada perkataaan sarung. Orang Inggeris juga tahu apa itu sarung. Maknanya kain sarung sudah terkenal dan masyhur di seluruh dunia. Ada juga pembuat filem Amerika di mana bintang filem mereka berkemban dan memakai kain sarung. Contonnya seperti filem The Road to Hong Kong, The Road to Bali dan The Road to singapore. Masyarakat kita yang berbilang bangsa ini juga perlu menggunakan kain sarung dengan lebih meluas. Tidak hanya tertumpu pada sesuatu etnik sahaja.

Sejak akhir-akhir ini kerajaan telah menggalakkan semula pemakaian baju batik untuk kakitangan kerajaan pada hari Sabtu. Batik Malaysia perlu berubah dan menjadi lebih hebat dari segi corak dan materialnya. Ini penting jika batik ingin memikat hati golongan muda memakainya. Adalah perlu jika batik boleh disesuaikan dengan pemakaian jeans dan khakis. Motif rekaan yang ringkas, pemilihan warna dan kain amat penting disesuaikan dengan iklim Malaysia yang panas. Batik Indonesia sudah terkenal di seluruh dunia penggunaan dan pemakaiannya begitu meluas di negara tersebut terutama untuk acara rasmi kerajaan dan juga sebagai "gift item" untuk pelancong.

Jika diperhatikan masyarakat kita terlalu mudah menerima unsur luar di dalam fesyen pakaian mereka. Baju Vietnam misalnya begitu digemari golongan muda menggantikan baju kurung. Sifat baju Vietnam yang sedikit sendat ini mungkin disenangi oleh remaja kita. Memanglah ianya masih kelihatan sopan namun ia seolah-olah menenggelamkan polulariti baju kurung kita. Alangkah bagusnya jika orang luar juga menerima baju kurung, kain sarung dan batik Malaysia menjadi salah satu pilihan pakaian harian mereka sebagaimana kita dengan mudah menerima pakaian-pakaian dari bangsa lain di seluruh dunia.

Bilakah mimpi akan nyata?

Nota : Macam aktivis budayawan pulak .

Thursday, December 18, 2003

ADA APA DENGAN PUISI?

Sejak remaja lagi saya amat mengemari puisi. Ada kalanya saya lebih ingat bait puisi dari lagu. Setiap puisi yang terbenam di ingatan saya mempunyai kisah disebaliknya. Ada satu peristiwa sedih yang berlaku pada keluarga saya di penghujung tahun 1990 membuatkan saya ingat puisi S.M Noor bertajuk "Menggenggam Darah".

Seperti tikaman lawan
Ke rusuk pahlawan
Begitulah lukaku kawan
Dan aku menjadi lebih gagah
menggenggam darah
meneruskan langkah.

Walaupun puisi ini pendek tapi kata-katanya amat bererti sekali buat saya ketika itu. Ianya juga tetap relevan pada masa ini sehingga saya menggambil dua baris akhir puisi ini untuk dijadikan tagline DJW. Begitulah pengaruh puisi dalam kehidupan peribadi saya. Namun saya tidak pandai menulis puisi. Saya memang tidak berbakat menulis puisi. Tapi saya boleh mengesan "jiwa" atau "nafas" sesebuah puisi itu dari bait kata yang digunakan oleh penulis. Cuma saya tidak dianugerahkan dengan bakat tersebut. Hanya satu sahaja puisi saya yang pernah tersiar di Utusan Malaysia berjudul "Sesat", itu pun setelah berpuluh yang dihantar. Jadi tahulah yang saya tidak berbakat di dalam penulisan puisi ini.

Rakan Geng Jurnal juga ramai yang saya tahu berkebolehan menulis puisi dengan baik sekali. Antaranya Muring Wein ( http://run.to/muringwien), Akhbar (http://senja-merah.diaryland.com/) dan Fajar sekadar menyebut beberapa contoh amat berbakat sekali menulis puisi. Tiada siapa dapat menafikan bahwa puisi adalah satu daripada seni yang murni dalam kehidupan kita. Puisi adalah sesuatu yang ditulis dengan bijaksana dan apabila dibaca akan membuat kita menjadi lebih bijaksana. Puisi menolong kita dalam kehidupan, mengenali dunia dengan lebih mendalam, diri kita dan hubungan kita dengan persekitaran.

Jadi ada apa dengan puisi?

Puisi adalah bahasa manusia yang kompleks untuk dirumuskan, sukar untuk dilihat dan dirasa manfaatnya jika hanya dengan indera lahiriah. Puisi memberi kita sesuatu yang bersifat spiritual dan menyusup ke dalam ruang batin manusia yang misteri. Melalui puisi, hubungan kehidupan antara manusia dan Tuhan dapat ditingkatkan darjatnya kepada suatu tahap yang mengasyikkan seperti yang diucapkan oleh penyair dalam sajak-sajak mereka.

Tetapi , puisi bukanlah semata-mata suatu keindahan yang merdu untuk di dengar. Pada saatnya, puisi menjelma bagai air dingin yang memercik di tengah-tengah gurun yang tandus, menjadi api yang membakar semangat atau seperti ribuan anak panah yang menancap di medan perang.

J.J. Moreno berkata , "Lebih penting daripada puisi ialah kesannya. sebuah puisi dapat meransang seratus perbuatan heroik."

Sheikh Hasan Al-Athar ( seorang mahaguru Al-Azhar di abad ke-XIII Hijrah) berkata, "Orang yang tidak terkesan dengan kehalusan puisi , yang dialirkan di atas tali-tali gitar, melalui pantai-pantai, sungai, melintasi nyamannya pohon-pohon yang merimbun, maka orang itu benar-benar telah kering jiwanya, tabiatnya adalah tabiat keladi."

Robert Frost dalam pengertian yang ilmiah pula berkata, "A poem begins in delight and ends in wisdom."

Jelasnya, puisi adalah manifestasi daripada kepekaan seseorang terhadap alam dan kehidupan, berkomunikasi dengan orang lain secara spiritual - melentur perasaan selembut sutera dan menguatkan semangat sekuat besi waja. bagaimanapun, puisi bukanlah segala-galanya untuk diagung-agungkan. Puisi tetap bahasa manausia dengan segala keterbatasannya.

Wednesday, December 17, 2003

A LITTLE BIT AT A TIME

Mengupas konsep yang cuba di ungkapkan oleh Russell O.Wright dalam bukunya “A Little Bit at a Time: Secret of Productive Quality’, (Ten Speed Press, 1990) mengenai “sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit”. Tapi rakan-rakan yang nakal sering menambah sedikit demi sedikit lama-lama habis. Atau sedikit-sedikit bila nak kayanya.

Wright dalam bukunya itu menekankan peri pentingnya meningkatkan kualiti ( kerja atau sebarang benda yg sedang kita usahakan hatta dalam percintaaan): Dalam pekerjaan perlu mendapat dan mengekalkan pekerja yang bagus, perlu menegaskan kepada kakitanagn apa yang perlu dilakukan dan pastikan kerja dilakukan mengikut landasan supaya menghasilkan mutu dan hasil yang membanggakan. Buku ini juga menekankan falsafahnya tentang mencapai sesuatu biarpun sedikit dalam sesuatu masa adalah lebih baik dari tidak mendapat apa pun. Ianya juga asas peribahasa Melayu “sedikit-sedikit, lama-lama menjadi bukit”.

Dalam bahasa inggeris ada juga ungkapan yang hampir sama ertinya dengan peribahsa di atas. “Little drops of water make a mighty ocean – setitik air lama-lama menjadi lautan.” Wright dalam tulisannya juga menekankan “kalau anda hendak membuat sesuatu, lebih dahulu anda harus tahu apa yang hendak dibuat dan kemudian bagaimana hendak membuatnya”. Maksudnya kita mesti tahu “apa’ dan kemudian tahu cara menjalankannya. Perlu juga ditegaskan bahawa peraturan yang ada itu tidak penting. Yang penting ialah orang yang hendak melaksanakannya mengikut peraturan. Para pekerja seperti kita mestilah “kreatif” bila ingin menyudahkan sesuatu tugasan bukan hanya mengikut membabi buta sahaja prosedur yang telah ditetapkan.

“A little bit at a Time” tetapi berterusan. Sekali biarpun sedikit tapi berterusan. Kalau hendak membuat sesuatu , tahulah apa yang hendak dibuat, kemudian cara membuatnya. Asasnya ialah kalau hendak berjaya, kita harus tahu apa yang hendak dibuat, dan kemudian carilah cara hendak membuatnya.

Begitu juga dalam halnya untuk mengenali seseorang mungkin. Perlu tekun dan sabar menyelidik sifatnya dan segala yang dia suka atau benci. Dalam perkahwinan juga kita perlu belajar berkompromi segala apa yang ada pada pasangan kita. Apa yang tidak disukai, kelemahannya juga harus kita ambil kira. Juga keluarga pihak mertua ( kalau dapat mertua garang macam heheh …) dan sanak saudara pasangan kita. Kita perlu belajar menerima perubahan itu sedikit demi sedikit. Perubahan tanggungjawab, peranan dan status kerana kita juga perlu “berkahwin” dengan keluarga pasangan kita itu. Tolak ansur paling utama. Kita tidak semestinya mendapat segala apa yang kita angankan. Sebabnya kita dilahirkan di dalam persekitaran yang amat berbeza dengan pasangan kita itu. Tetapi jika mengikut falsafah Wright untuk mengatasi situasi ini kita mesti tahu apa yang hendak dibuat dan carilah jalan untuk mengatasinya. Mudah bukan ? Sedikit-sedikit lama-lama sayang.

Semalam mendapat SMS dari N : "Ada apa dengan cinta? Kemanakah hilangnya cintaku." Ketika itu aku sedang rancak ber YM dengan Wkdin & Donna hampir pukul 6.00 petang. Memang benar dalam hidup kita ada wajah-wajah yang sukar dilupakan. Ianya seperti menyingkap wajah gadis pelarian Afghanistan Sarbat Gula lewat fotografi Steve Curve( National Geography Photographer). Wajah penuh penderitaan menerusi renungan tajam mata berwarna hijau yang mengubah persepsi dunia terhadap Afghanistan. Namun dia dalam situasi yang jauh berbeza. Jangan diletak garam pada luka, biarlah luka sembuh sendiri. Melupakan dia mungkin akan mengambil seluruh kehidupan ini. Sedikit-sedikit lama-lama lupalah. Mungkin bukan hari ini . Mungkin juga bukan esok tapi waktu akan merawat segalanya.


INGATAN

Kau tahu
Aku sentiasa membiarkan ingatan itu
Menghijau bagai daun-daun rimbun
Dan melihat semuanya gugur
Satu persatu dimamah waktu

Pun aku masih di sini
Menantimu!

K

Tuesday, December 16, 2003

MATLAMAT HIDUP

Banyak yang di angankan sepanjang tahun 2003 seakan sudah “mengcop-mohorkan” -tidak akan tergapai. Hidup harus diteruskan walau kadangkala bosan dengan situasi yang sama. Bosan menghadap perkara rutin. (Tapi tidak bila ber YM bersama rakan-rakan). Ada ketikanya segala cita-cita atau azam tahun baru umpama satu kenyataan semata-mata, suatu retorik?. Sesuatu yang mesti dilafazkan saat menyambut detik 12 malam tahun baru. Hakikatnya ia seakan dilupakan bila melalui bulan-bulan berikutnya . Namun perjuangan harus diteruskan.

Biarlah berat badan tidak bertambah janji hati senang, juga sihat seperti yang dikhabarkan oleh Larawanabe. Biarlah rambut sedikit botak kerana itu sudah hukum alam, segalanya dipinjamkan semata-mata. Biarlah tidak dapat kereta baru Hyundai Sonata tahun ni, Wira juga mampu membelah laluan sukar jalan Klang ke Cape Coral dengan sabar. Biarlah semua orang yang ditemui telah berpunya dan bahagia dengan kerjaya masing-masing. Aku juga harus tersedar dari segala mimpi ini. Hidup bukan seperti kisah dongeng 1001 malam. Tiada jin yang akan mengkabulkan segalanya di hujung jari magis. Itu tidak mungkin terjadi, kejayaan perlu di temani dengan usaha dan matlamat yang berpanjangan. Usaha keras penuh keazaman jitu adalah perisa kejayaan yang diimpikan. Hidup bermatlamat agar segala yang diimpikan terkabul juga biarpun lambat.

Biarpun hujan telah lama teduh tapi rintiknya masih membekas di celah helaian dedaunan. Biarlah mentari terik dan terus memanggang dendam. Ada kalanya merah mataku menahan panahan mentari. Ahhh terlalu alpa kadangkala takkala menyambut huluran salam yang kadang singgah lewat angin lalu. Ombak yang menderu menghapus segalanya. Hilang punca atau terus menerus tersihir dengan ingatan lalu. Sukar sekali menetapkan matlamat hidup.

Azam tahun baru perlulah sesuatu yang boleh di capai bukan seperti kisah projek laluan berkembar elektrik 636 km yang bernilai RM 42 billion lalu kosnya menjunam 65% setelah projek berpindah milik. Tak perlulah melabur pada sesuatu yang diketahui tidak menguntungkan. Lebih baik menumpukan kepada sesuatu yang perlu. Bila tidak tercapai, imej negara akan tercalar dan kredibiliti kepimpinan seakan tercabar. Siapa yang malu? (*mereka dan keluarga mereka* - kita?)

Lebih baik berdiam diri seperti Nazmizan yang meraih 2 emas dalam acara 100m & 200m Sukan SEA di Vietnam walau pada mulanya semua orang tidak percaya. Atau menjadi seperti Durratun gimnas negara yang tidak pernah menangis bila menghadapi kegagalan sehinggakan dia lupa bila kali terakhir dia menangis. Kejayaan di luar jangkaan juga umpama tuah. Namun sudah pasti mereka punya matlamat sebelum mengecapi kejayaan.

Hidup kita adalah di atas perancangan yang kita tentukan. Kita tentukan apa yang kita inginkan. Kalau kita telah menanti dengan sabar sehingga umur 55 tahun. Menabung paksa rela 9% -12% pendapatan kita saban bulan di KWSP. Biarlah kita menikmati kemanisan hasil tuaian itu. Tidak perlulah orang lain menentukan berapa banyak yang perlu kita keluarkan. Hidup kita masa itu pun entah tinggal berapa hari lagi. Masa itulah terfikir nak rasa sedikit nikmat hidup yang tidak pernah digapai.

Mati sebelum waktunya jika kita tiada matlamat hidup. Tenggelam punca bak kapal tanpa nakhoda. Napolean Hill menyatakan dalam bukunya Law of Success, berdasarkan 16,000 kajian yang dijalankannya, 95% daripadanya dikelaskan sebagai orang-orang yang gagal dalam hidup. Hal ini berlaku kerana mereka tidak mempunyai matlamat hidup. Mereka yang dalam 95% ini melakukan kerja yang tidak mereka sukai. Hal yang berbeza pula bagi mereka yang 5 peratus lagi.

Matlamat bukanlah khayalan tetapi harapan. Untuk menyatakan matlamat kita perlu membuat perancangan dan disusuli oleh tindakan. Kalau tidak tahu ke sesuatu tempat kita memerlukan peta atau teman untuk menunjukkan jalan. Sesat itu sudah pasti dan halangan yang berlaku memang sukar dijangkakan.

Mungkin ada benarnya seperti yang diluahkan oleh Benjamin Franklin ( pencipta dan cendikiawan) bahawa dia tidak pernah berasa puas dengan kejayaan. Untuk memiliki beberapa sifat utama yang menjadi asas kemajuan dirinya, dia perlu membuat perancangan. Franklin menyenaraikan 13 jenis sifat utama: Sederhana, tidak kecoh, teratur, tegas, rendah diri, rajin , jujur, adil, menguasai diri, fikiran terbuka, tenang, suci & patuh.

Benjamin Franklin berusaha melatih diri dengan 13 sifat utama itu sampai kepada satu ketika kesemua sifat itu sebati dalam hidupnya. Benjamin membuat catatan tentang pengalaman-pengalaman yang ditemuinya dan tingkat-tingkat kemajuan yang dicapainya dari semasa ke semasa. Inilah bukti betapa perancangan itu amat penting. Alangkah bagusnya kalau Benjamin Franklin mempunyai blog dan ketika itu telah wujud internet sudah pasti segala Anugerah Blog Terbaik akan dirangkulnya dengan kemas. Macam Siti Nurhaliza yang wajib menang segala pertandingan.

Kalau tetap gagal setelah merancang, adalah mustahak mempunyai plan B bagi setiap apa yang diusahakan. Manalah tahu tidak kesampaian. Perlulah cekal dan tabah hati. Makin tinggi nilai kejayaan yang hendak dicapai, maka tinggilah nilai kecekalan dan ketabahan yang diperlukan. Sekali dua mencuba tidak bermakna terus berjaya, kadang bertahun mencuba pun belum tentu mengena. Usaha harus konsisten. Macam Thomas Elva Edison yang hanya berjaya mencipta lampu elektrik setelah 10,000 kali mencuba. Maknanya dia gagal sebanyak 9,999 kali. Beliau tidak pernah patah semangat. Macamanalah kalau dia patah hati?

Walaupun pekerjaan yang kita lakukan itu membosankan. Kita perlu menukar sikap dari suka bertangguh kepada bertindak. Untuk mengatasi kejemuan, kita harus mengubah sikap; ubahlah sikap negetif kepada positif. Perubahan sikap ada kaitan dengan keinginan mencadangkan hal-hal yang possitif terhadap diri. Cadangan ini dalam istilah psikologi disebut sebagai “autosuggestion’: Kita mencadangkan kepada diri kita untuk membuang sikap dan fikiran negetif yang masih melekat dalam diri.

Dalam buku “Think and Grow Rich” ada menyatakan, bagaimana pintar dan cergas sekalipun seseorang itu, dia tidak akan berjaya jika dia tidak merancang dan lepas itu jangan melengahkan diri utk bertindak.

Hidup ini akan penuh dengan cabaran dan halangan setiap masa. Kalau kita cepat putus asa alamat kita akan hanya menjadi “tunggul” di suatu daerah walau sesibuk manapun keadaan sekeliling kita. Luka dan sakit hati tidak akan menjadi kudis jika kita mengenangkan kejayaan yang bakal diraih.

Orang lain akan tetap bahagia dengan kehidupan dan kemewahan yang dia ada. Sikap manusia juga akan berubah dan sudah pasti dia akan menafikan perubahan itu. Banyak sekali “kesakitan” yang akan dirasakan. Tapi sudah pasti kalau kita tahu matlamat hidup, kita juga akan berjaya seperti mereka juga.

Tidak sukar untuk mencipta kejayaan peribadi antara mahu atau tidak sahaja. Marilah kita semua memulakan langkah pertama. Pasanglah cita –cita …2004!


PELAYARAN KERTAS

Aku hanyutkan kapal kertas ini
Di atas daratan berpasir
Dan tidak mengharapkan
Angin terus bertiup

Akan kubiarkan ia di situ
Di pinggir kolam
Dan akan kubiarkan
Hujan dari pergununggan
Memujuknya ke permukaan

Pelayaran bukan pilihanku
Kerana aku telah menjadi patung
Di tawan ukirku
Kebetulan
Aku masih melihat kamu belayar
Dengan mesra
Biarkan mataku menjadi batu
Kerana ia sekadar persinggahan
Pada burung-burung sesat
Atau terhalau dari sangkarnya.

ABD GHAFAR BAHARI
New Delhi, India.

Nota : Puisi yang paling bererti dan indah pernah aku baca.

Nota : Jika anda merasakan blog ini layak untuk Asia Blog Award silalah mengundi untuk DJW. Terimakasih untuk Larawanabe yang mencalonkan DJW.

Monday, December 15, 2003

PERMULAAN

Pagi yang ceria, rasa amat tenang sekali hari ini. Tiada gunanya merungut seperti selalu. Apa yang kita bayangkan itulah yang akan kita dapat. Saya ingin membayangkan sesuatu yang hebat, indah dan membahagiakan setiap hari. Bermula pagi Isnin yang tenang ini.

Semalam dapat juga ke rumah staff saya yang mendirikan rumah tangga. Hampir-hampir tak jadi kerana tidak begitu tahu jalan di KL. Nasib baik "pakcik penyelamat dunia" itu ada masa untuk mengikut. Itu pun setelah mengejutkan dia dari tidur di siang hari. Maklumlah aktiviti malam minggu dia boleh mengalahkan sang kelawar. memang tak akan terikut punya.

Saya memang malas kalau nak menghadiri majlis seperti ini. Bukan apa, terasa kita pulak semakin tua. Maklumlah hampir 95% kakitangan di unit saya ini telah berkahwin. Kita ini entah bila pula. Kalau diikutkan nak dapatkan "berkat" dah banyak sekali. Tapi itulah ...

Selesai sahaja makan saya dan Nasir telah pergi ke Restoran Yusof Haslam. Sambung makan lagi sebab dia mengadu tidak kenyang. Memanglah makan di rumah kenduri kahwin ni kenalah senonoh sikit. Bukan nak makan sangat pun cuma nak meraikan pengantin. Lainlah makan cara orang Jawa, dengan berhidangnya dan siap bekal bawak balik rumah lagi. Lain orang lain gayanya.

Bila saya tanya Nasir di mana restoran Nelayan Titiwangsa. Dia ketawa terbahak-bahak, "Kesiannya ... dekat sahaja pun tak tahu ker?". Cehh manalah kita pernah ke sana. Lantas kami membuat kunjungan hormat ke tempat itu kemudiannya. Tidaklah susah sangat nak pergi tempat itu. Cuma kalau drive malam harus confius sedikit. Tapi tak apa nanti akan ke sana lagi. Nampaklah TasiK Titiwangsa yang terkenal dengan kisah "belon-belon kecil" yang tersadai di sana. Semua ini gara-gara majlis Gathering Geng Jurnal yang akan diadakan pada 17 Januari nanti. Insyaallah akan ke sana nanti.

Setelah 2 minggu bercuti memang banyak sekali kerja yang perlu di buat. Ada seminar yang akan di adakan untuk kakitangan non-executive. Ada slot untuk saya memberikan lecture. Tapi HR tak confirm lagi. Itu hal minggu depan. Kerja kat sini macam nilah bila banyak akan terlalu banyak, tapi yang bestnya kita yang mengawal segalanya. Ikut kitalah, assessment yang lepas dapat AM lagi. Ini semua gara-gara sistem giliran untuk setiap AD di sini. Mana yang sudah mencapai tahap SR(Excellent) terpaksa menunggu musang berjanggut semula untuk mendapatkan giliran semula. Jadi jangan salahkan saya kalau tidak bekerja "bermati-matian" seperti selalu. Tapi tidaklah makan gaji buta sahaja, namun ada masanya saya menjadi sedikit nakal dan memberontak. Kalau mood tak ada nak pegang pen pun malas.

Student kami telah pulang semula ke Kampus setelah 3 minggu bercuti. Suasana kampus barulah ceria semula. Bukan apa, bila student ada ni nak makan senang. Tapi bersedialah dengan karenah mereka semua.

Oh ya seronok rasanya bila Nasir telah mengakui yang "Saat Hilang Cintamu" itu sebuah lagu yang best. Katanya lagu itu memang dibuat khusus untuk Sarah. Banyak lagi lagu yang best seperti "Tinggalkan Diriku". Cuma satu yang kami perhatikan, dia perlu bersikap sedikit profesional. Tahulah dia baru 19 tahun tapi kenalah matang sedikit bila berhadapan dengan media. "Face-to-face " skill dengan media perlu diperbaiki.

Sempat juga berperang mulut dengan Nasir semalam. Tentang misteri Nissan Xtrail, Juara Lagu, filem seram Korea dan sebagainya. Kalau dia diam mesti ada kisah tersembunyi yang ingin disimpannya terus. Tidak apa, saya akan cuba untuk mengorek rahsia itu sedikit masa lagi. Dia pasti terkejut bagaimana saya mampu mendapatkan maklumat itu. Dia mana boleh bercakap bohong dengan saya. Kalau itu yang berlaku dia akan rasa bersalah setiap hari.

Entahlah banyak yang saya fikirkan sekarang. Sekarang sudah pertengahan Disember. Yang diidamkan masih belum muncul-muncul. Mungkin bukan tahun ini. Tahun depan barangkali.

Friday, December 12, 2003

WASIAT

Entry semalam mendapat 'feedback' yang menggalakkan. Malah ada yang mengemail kepada saya secara peribadi. Terima kasih di atas segala kata-kata perangsang dan nasihat yang diberikan. Rasa terharu pulak. Memanglah kita tidak tahu apa yang akan berlaku dalam hidup kita ini. Hari ini kita membuatkan orang menderita sengsara dan esok lusa orang pula akan membuat perkara yang sama kepada kita pula. Jadi adalah lebih menguntungkan jika kita saling hormat menghormati tanpa permusuhan yang berpanjangan. Sebab hidup ini hanya perjalanan yang sementara. Tapi apalah ertinya hidup kalau tanpa pancaroba dan halangan. Lautan tanpa batu karang tidak akan dapat menghasilkan corak ombak terindah. Begitulah hakikat kehidupan, tanpa tusukan luka batu karang yang memedihkan kita tidak akan sedar ada keindahan yang tersembunyi di dasar lautan.

Cuma adalah malang kalau setelah segala yang berlaku dia ingin berbaik semula dengan kita. Sebagai sahabat bolehlah dipertimbangkan, kalau lebih dari itu macam kita inilah pilihan terakhir baginya. Saya paling pantang menjadi pilihan terakhir. Rasa begitu hina pula. Rasa puas bila melihat seseorang sedar akan keterlanjurannya. Tuhan maha adil dibalas segala titik sengsara kita secara "cash" masa di dunia ini. Namun sebagai manusia yang mengenalinya tersemat rasa kasihan yang bertimpa-timpa. Apapun itu adalah pilihannya dulu. Saya hanyalah angin lalu di dalam pengembaraan hidupnya. Kebetulan saya anak keempat memang berunsurkan 'angin'.

Semalam berbincang dengan Wan housemate saya tentang wasiat sesiapa yang perlu dihubungi jika sesuatu berlaku pada kami. Wan sentiasa memberitahu saya tentang satu perkara. Saya diminta menjenguk-jenguk 2 orang puterinya di Melaka jika sesuatu berlaku padanya. Sebak pula bila dia berkata sedemikian. Wan duda muda beranak 2. Sudah pasti dia mahu saya menghubungi keluarganya di Trengganu. Lantas saya minta no telefon keluarganya di trengganu. Yelah masing-masing jauh dari keluarga. Jadi kami saling memerlukan bila apa-apa terjadi.

Saya juga meminta Wan menghubungi keluarga saya di Cape Coral. Atau adik-adik saya yang lain. Entah kenapa kami membincangkan hal ini semalam. Saya juga meminta Wan melepaskan semula 4 ekor ikan puyu yang saya pelihara di dalam bilik saya itu. Segala buku-buku dan kotak-kotak yang ada di dalam bilik saya harus dimusnahkan. Barang pemberiaan N perlu diserahkan semula padanya. Segala album kenangan perlu diberikan pada Yana.

Saya tidak pasti kepada siapa saya namakan penama untuk EPF. Saya tidak pasti yang saya telah membuat penama itu atau belum . Mungkin kepada ibu saya dan Yana. Saya perlu menyemaknya di EPF kalau ada kelapangan nanti. Jumlahnya belum mencecah 100k pun tapi bolehlah agak lumayan juga.

Sekarang ini manusia mudah sekali kehilangan nyawa. Kemalangan jalanraya adalah faktor kematian yang paling tinggi, selain sakit jantung dan pelbagai penyakit lain. Pembunuhan pula sudah menjadi satu perkara yang amat biasa. Orang boleh mengupah pembunuh jika tidak puas hati. Adalah baik kita menyediakan satu nota kecil orang - orang yang patut di hubungi di dalam 'wallet' kita. Manalah tahu ada kecemasan yang tidak di sangka. Saya masih percaya ada lagi "good people' yang sudi membantu kita menghubungi orang-orang yang paling hampir dengan kita.

Untuk DJW saya telah memberikan passwordnya kepada Merryhearted. Kalau anything happen kepada saya dia akan memaklumkan kepada pembaca blog saya ini. Harap dia masih menyimpannya ( kalau hilangkan memang nak kena piat telingalah dia ni). Kalau terlalu lama saya tak update ker apa maybe something happen to me. Kami memang pernah berseloroh tentang hal ini suatu masa dulu. Esok hari jadi M & Merryhearted ( 13 Disember). Moga kebahagiaan sentiasa menyirami kehidupan kedua sahabat saya ini. Jumpa di alam maya terasa bertahun dah saling mengenali.

Esok saya akan pulang ke Cape Coral. Ianya cuma satu perjalanan biasa. Semalam juga saya mendengar lagu Sudirman "Salam Terakhir" dan Broery Marantika "Selamat Tinggal" . Mereka seakan tahu masa bagi mereka sudah semakin suntuk. Dan kenangan sahaja yang tersisa. Bagi saya DJW memberikan satu impak yang besar bagaimana saya mencoretkan kisah biasa saya. Saya hanyalah hamba-Nya. Terlalu kerdil di dalam segala nikmat Allah yang amat luas ini.

Saya masih merindukan cahaya mentari bersinar. Kasih ibu dan keluarga yang amat menyayangi. Saya ingin hidup seribu tahun lagi ...

Panjangkanlah umurku.

Thursday, December 11, 2003

TEMAN HIDUP

Sudah dua minggu bila memandu asyik dengar lagu Siti Sarah yang satu itu sahaja. “Saat Hilang Cintamu” entah kenapa lagu itu seakan berhantu. Tidaklah macam kisah Ju-on yang boleh membuatkan jantung tercabut bukan begitu. Tapi ianya seakan cahaya terang yang tiba-tiba muncul setelah malam yang panjang. Juga bukanlah seperti pembalasan sebuah dendam yang bermakna. Sebabnya tidak elok mendoakan yang tidak baik kepada seseorang yang pernah kita sayangi. Diulangi seseorang yang pernah …

Saat Hilang Cintamu

Mulanya sukar untuk ku tempuh
Tapi terpaksa ku buat sejak kau tiada
Sendirian ku tahankan duka ku
Kepayahan memadam rindu
Selama ini aku meyakini
Kau bahagia dengan insan yang kau sanjungi
Namun ternyata salah dugaan ku
Dengar khabarmu yang pilu

Kini engkau menyesali
Dan ubati luka mu sendiri
Pengorbanan mu menjadi debu
Dipersenda kasih mu...
Pasti kau sudah rasai...
Keperihan hati yang ku tanggungi
Walau tidak pernah ku meminta
Kau di balas begitu ...
Semua ini telah ku harungi
Kepahitan rasa bukan untuk selamanya
Kesabaran menguatkan jiwa ku
Demi meyambung hidup ke akhir waktu

Kini engkau menyesali
Mengubati luka mu sendiri
Pengorbanan mu menjadi debu
Saat hilang cinta mu ...
Pasti kau sudah rasai...
Kepedihan hati yang ku tanggungi
Walau tidak pernah ku meminta
Kau terhukum begitu ...
Semua ini telah ku harungi
Kepahitan rasa bukan untuk selamanya
Kesabaran menguatkan jiwa ku
Untuk menempuh hidup ... ke akhir waktu.

Lagu : Ajai
Lirik : Musrad.
Penyanyi : Siti Sarah



Mungkin telah takdir hidup kita. Tidak terasa apa sebenarnya bila ditinggalkan. I tinggalkan you , you ditinggalkan orang. Tidak ada apa yang menarik tentang itu. Macam putaran roda. Cuma kita tidak tahu apa yang kita akan perolehi di masa depan. Bila kita menyakiti hati orang, suatu hari orang pula akan sakiti hati kita. Perkara ini sudah basi sebenarnya. Sudah tahu penghujung ceritanya. Kadang menjadi anti-klimaks.

Cuma saya termenung bila seorang teman mengatakan pendapatnya. Kalau hendak mencari calon pasangan hidup carilah masa kita belajar. Katanya zaman hidup di universiti, sekurang-kurangnya ada 3 atau 4 tahun untuk mengenali hati budi pasangan kita. Sebabnya masing-masing masih 'fresh' dan belum kenal dunia sangat. Dari situ cinta boleh disemai. Juga akan mendapat pasangan yang memang menepati citarasa kita. Zaman bekerja sudah sukar, sebabnya kita jumpa orang yang entah apa-apa pula.

Memang ada betulnya kata teman itu. Juga pernah lecturer subject English aku cakap benda yang sama. Cuma aku antara orang yang tidak bernasib baik macam kawan-kawan aku yang lain. Bukan tidak mencuba dan memanglah telah menempuhi 8 tahun dengan orang yang sama. Cuma pada mulanya aku tidak bersungguh mengejar yang itu. Aku tak larat nak kejar 2 benda dalam masa yang sama. Terlalu naïf dengan hidup atau terlalu takut menghampakan harapan keluarga. Jadi aku tak tumpukan sangat. Takut terkantoi, sebab aku memang paling takut 'repeat paper'. Pejam celik usia bertambah dan kerja pun sudah ada.

Aku katakana kat teman aku itu. Kalau masa boleh diulang kembali aku nak jer ambik dua-dua serentak. Kejayaan dan cinta serentak. Biarlah 'result' tak secantik mana tapi dapat juga merasa apa yang diidamkan. Dia cuma gelak dan katanya semuanya telah ada rezeki hidup masing-masing . Perjalanan hidup kita memang telah ditentukan macam ini. Tidak semestinya yang kahwin dulu akan kekal. Memanglah ada juga kawan aku yang bercinta masa zaman kampus tu telah menjadi duda dan dah ada anak. Kembali membujang macam aku jugak. Aku setuju juga pendapat dia tu. Biar lambat tapi selamat. Tapi jangan lambat sangat atau melepas terus.

Memanglah usia 24-27 bagi lelaki memang masa tu dah galak nak berkahwin. Kalau ada calon masa tu yang setuju memang 'on' jer. Then bila fasa itu berlalu masuk usia 30-an ni dah slow. Fikir benda lain pulak. Aset seperti rumah menjadi tumpuan utama pula. Mantapkan kerjaya, sambung study dan tidak terfikir pula hal yang satu itu. Kesibukan menjadikan kita lupa yang kita tidak lagi mencapai kesempurnaan hidup bahawa setiap lelaki ada pasangannya perempuan. Memanglah sudah tidak heran juga kalau ditakdirkan menyendiri sampai ke tua. Janji semua telah ada , tempat tinggal, duit buat bekalan masa tua. Taklah nanti miskin dan menyusahkan orang lain kalau ditakdirkan hidup keseorangan. Manalah ada sedara mara yang pandang kita kalau nanti hidup dahlah sebatang kara miskin pula. Jadi kena beringat dari sekarang. Simpan duit dan bersedia menghadapi hari tua. Sebabnya kita tidak tahu apa yang berlaku esok-esok.

Ada juga kawan aku yang dah plan nak tinggal di rumah orang tua swasta. Dah conggak-conggak berapa kena bayar segala. Memanglah rasa nak gelakkan jer dia. Tapi terdetik di hati kalau aku nanti menghadapi situasi yang sama. Tapi takpelah dia kaya. Orang berharta ni semua orang akan layan dia dengan baik. Semua kawan akan rapat dan sentiasa menjaga hati dia. Cuba kalau dia ditakdirkan miskin dan tidak berharta. Ada ker yang nak dekat?

Kawan sejati mungkin akan datang sekali-sekali. Itu pun kalau dia ada kelapangan. Jadi tidak boleh berharap kepada kawan juga. Dia juga ada kehidupan dia juga. Masih lah kita memerlukan seorang teman hidup dalam kita menjalani kehidupan yang bersifat sementara ini. Tidak tahu apa yang akan berlaku. Dua puluh tahun dari sekarang atau manalah tahu entah bila kita akan dijemput menghadap Ilahi.

Mungkin telah jadi trend sekarang lelaki mahupun perempuan kahwin lambat. Usia yang ideal sekarang ni mungkin dalam awal 30-an bagi lelaki dan perempuan lewat 20-an. Aku tak pasti tentang statistik. Tapi kalau diikutkan sekarang ni keluar universiti pun dah umur dalam lingkungan 23-24. Baru mula kerja dan bagi lelaki, kumpul duit untuk memulakan penghidupan. Kalau yang kaya tu mungkin tidak risau sangat. Bagi yang ada banyak tangunggan atau tanggungjawab kena bantu keluarga dan adik-adik yang juga belajar di IPT. Bila semua itu dah selesai usia telah masuk 30-an. Bagi kebanyakkan lelaki walaupun dah masuk 30-an tetaplah dia nakkan teman hidup yang jauh lebih muda. Kerana masih 'laku' untuk berbuat begitu. Bagi perempuan kalau masuk usia 30-an sukar nak dapatkan lelaki yang seusia (ramai dah kahwin), walaupun memang boleh dapatkan lelaki lebih muda. Pilihan bagi mereka hanyalah lelaki yang lebih matang, namun kebanyakkannya telah 'taken' atau 'very taken'. Ada yang lebih rela membujang terus dari hidup bermadu. Lelaki pula tidak risau sangat, boleh terus mencari 'sebutir mutiara dari ribuan tiram'. Apapun semuanya telah ditakdirkan. Kita dapat sesuatu dan mungkin juga kita hilang sesuatu yang lain. Kalau dapat semuanya alangkah bagus.

Hidup ini terlalu pendek untuk dimusykilkan. Macam lagu “Saat Hilang Cintamu” itu.

INGATAN ITU

Sesuatu yang di datangkan
Umpama mimpi di malam hari
Secara tiba-tiba
Ingatan itu datang menerjah ruang fikir
Menjerat hati dengan ranting kerinduan …
Rindukah aku pada suasana itu
Bertahun kau subur dan menghijau
Dibajai dan dingelusi angin wangi
Dari laut lepas …
Barangkali sapaanmu itu hanya
Sekadar menyapa sewaktu aku melintasi
Di bawah bayanganmu yang rimbun.

TINA AGUSTINA

Wednesday, December 10, 2003

BILA CILI SEMAKIN PEDAS

Bila menonton TV dan baca laporan akhbar sejak kebelakangan ini ada usaha yang giat dilakukan untuk membenteras gejala rasuah. Ada Pak Menteri yang teragan bagi “warning” jangan ada kaduk naik junjung. Ada yang tidak boleh ditegur, pendik kata masing-masing tengah panas punggung bila kena “serbu” BPR. Bukan ker BPR badan bebas? Confius pula kalau BPR tidak boleh bertegas dalam melaksanakan undang-undang.

PM ada membuat kenyataan ( semasa menjadi TPM) separuh daripada 1,342 orang yang ditangkap kerana rasuah di antara 1998 hingga 2002 terdiri daripada kakitanagn kerajaan. Adalah penting jika mahu melihat BPR berfungsi dengan berkesan, ia perlu di beri kuasa yang lebih meluas termasuk kakitangan serta pakar. Prosedur siasatan perlu diubah secara drastic. BPR tidak boleh lagi menunggu laporan rasmi dibuat sebelum memulakan penyiasatan.

Alhamdulillah tampuk pemerintahan yang baru ini sudah semestinya punya gaya yang lebih baik untuk bersikap adil. Negara demokrasilah katakan. Harap semuanya tidak hanya hangat-hangat taik ayam sahaja. Kalau badan yang diamanahkan sukar menjalankan tugas dan diancam susahlah. Sebabnya masing-masing nak tunjukkan penumbuk siapa lebih “power” . Tapi rakyat jelata sudah semestinya faham situasi ini. Faham mana yang perlu diikut dan sedar calon mana yang mesti dikekalkan untuk pilihanraya akan datang. Bukan ker mereka itu bekerja untuk rakyat? Jadi kitalah penentunya. Kuasa di tangan kita sebenarnya.

Kalau kita tidak boleh menyuarakan pendapat, demokrasi apa namanya itu? Takut pulak kalau nak menjalankan tugas kalau kaki dan tangan sentiasa diikat dan tidak boleh mengkritik sebabnya “ada boss yang lebih atas, kamu tu orang bawahan, silap haribulan kamu tu kami tendang (singkirkan)”. Mak datuk macam begitu sekali. Kalau macam tu undang-undang hanyalah untuk orang-orang kecil seperti saya. Orang-orang besar ada satu “kuasa ajaib” yang tidak boleh disentuh. Kalau macam tu patutlah ramai benar yang bercita-cita nak jadi orang besar atau wakil rakyat. Sebab kalau ikut kenyataan Menteri itu “duit dia tak pernah habis sebab semua benda kerajaan dah tanggung hatta minyak kereta dan pembantu rumah pun disponsor kerajaan”. Bestkan hidup macam tu, duit gaji boleh simpan sebab kerajaan dah bagi semua. Kerajaan itu siapa?

Masa balik raya tempohari terdengar rungutan mak. Orang yang sepatutnya mendapat bantuan Hari Raya tidak dapat. Yang kaya juga yang terhegeh-hegeh mendapat bantuan sebab rapat dengan Ketua Kampung. Ramai juga warga emas dan janda yang sepatutnya diberikan bantuan tidak mendapat apa-apa. Silap siapa? Kenapa orang-orang yang itu juga yang dapat? Susah-susah hendak jer saya jadi Pegawai Kebajikan, habis susah benar Ketua Kampung menjalankan tugas. Itu baru peringkat kampung.

Syukurlah semua pihak dah sedar tentang rasuah nih. Yelah rasuah ni bukan macam senyuman yang boleh diberi sebagai sedekah. Walau dalam apa bentuk sekali pun dan sememangnya ianya barah dalam masyarakat kita. Teringat komen dari pelajar-pelajar timur tengah katanya “Polis-polis Malaysia boleh dibeli janji ada duit”. Macam itu sekali persepsi mereka tentang negara kita. Tapi memang benar pun itu terjadi, cuma pensyarah-pensyarah dari India tidak sangka Malaysia pun ada gejala seperti itu. Kata mereka Malaysia juga macam India, Cuma mereka merungut sebab nilai matawang kita lebih tinggi jadi kena bayar lebih kalau ikut mata wang mereka.


PM kita memang serius hendak menghapuskan gejala rasuah ini. Memanglah rasuah boleh melemahkan negara kita. Perlu ada ketelusan supaya semua orang dapat menikmati kesejahteraan hidup di bumi bertuah ini. Kalau dulu, kalau tidak kenal orang dalam susah berurusan dengan kerajaan juga swasta. Harap sekarang ini semuanya akan ikut prosedur. Kalau ikut prosedur maknanya tiada sikap pilih kasih yang boleh menidakkan hak individu lain. Malaysiakan negara Islam yang wajar dicontohi.

PM dalam laporan akhbar ada menjelaskan baru-baru ini supaya BPR menyegerakan siasatan kes rasuah untuk dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara bagi tindakan selanjutnya.

Pegawai Siasatan BPR, Datuk Nordin dalam kenyataan pada 8 Disember 2003 berkata daripada segi pentadbiran, BPR melaporkan terus tindakan kepada Jabatan Perdana menteri (JPM) dan bukan kepada individu tertentu.

“Mengikut undang-undang, dinyatakan dengan jelas tidak ada pihak yang diberi kuasa termasuk Menteri untuk menentukan kes mana yang boleh disiasat BPR dan yang mana tidak boleh disiasat. Menjadi tanggungjawab kami menyiasat secara terperinci dan jika menemui sebarang perlakuan rasuah yang baru, ia tetap menjadi tanggungjawab utama BPR untuk menyiasat lebih teliti”, katanya lagi.

Sebenarnya perisytiharan “perang rasuah” ini dilancarkan oleh PM (semasa menjadi TPM lagi semasa beliau berada di Kuching. PM menyatakan keazamannya “membenteras rasuah hingga ke akar umbi” khususnya dalam perkhidmatan Awam yang dilihat bertambah parah.

Kata PM lagi, “Tanggapan rakyat terhadap rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang dilakukan penjawat awam sudah pada tahap yang serius”. Suatu pengakuan yang jujur. Untuk mendapatkan tender perlu mengemis> kontraktor yang betul-betul buat kerja susah dapat projek. Terpaksa mengemis pada pegawai dan menteri. Itu belum tentu dapat. Kontraktor yang mengalibabakan tender juga yang terusan mendapat projek. Lihat sahaja kes Makmal komputer sekolah. Pembinaan lebuh raya di Klang ke Cape Coral juga banyak gangguan kerana kontraktor yang sama juga dapat projek yang sama di tempat lain. Sedangkan kerja yang sedia ada bertahun tidak siap lagi. Macamlah hanya “orang itu jugalah” yang layak buat semua projek. Apakah ini bukan jenis rasuah juga?

Menurut Tan Sri Samsudin Osman (KSN) : “Kelemahan yang wujud dalam undang-undang dan peraturan sedia ada dipercayai memberi peluang kepada kakitangan awam yang tidak bertanggungjawab melakukan penyelewengan dan terbabit dalam rasuah.” (BH 13 Ogos 2003).

Akan tetapi pengalaman menunjukkan walau apa dan bagaiman baik pun undang-undang dan prosedur, penyelewengan dan rasuah boleh dilakukan . Rasuah bukan kerana undang-undang dan prosedur kerja!

Kesimpulan PM tepat sekali : “Kakitangan awam yang mempunyai pemikiran dan mengamalkan nilai yang baik serta berdisiplin tinggi mampu menolak godaan untuk menerima rasuah. Usaha untuk mengatasi perbuatan negetif berkenaan tidak aakn berjaya melalui penguatkuasaan undang-undang sahaja.” (BH 12 Ogos 2003).

Sudah terlalu banyak diperkatakan tentang rasuah. Begitu juga tentang cara membenterasnya. Umum menunggu untuk melihat sama ada semua yang diperkatakan itu dapat diterjemahkan kepada tindakan.

Memanglah cili yang dimakan semakin pedas setiap hari.


Tuesday, December 09, 2003

SEORANG IBU, BUKAN SEBARANGAN IBU

Masih terkesan dengan iklan Petronas sempena Hari Raya tahun ini. Ianya bukan kerana daging lembu, hati dan limpa semata-mata. Tapi bagaimana cara anak membalas jasa ibu atau lebih tepat lagi memenuhi harapan ibu. Anak yang soleh pasti akan bermatian mendapatkan apa yang diinginkan si ibu kerana ibu kita hanyalah yang satu itu tiada galang gantinya. Walaupun mungkin mendapat ibu tiri atau angkat tidak sama dengan ibu kandung. Benarlah syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

Selalunya bila saya balik ke TK ( Cape Coral ), bila sampai di rumah dan ibu tiada di rumah. Terasa hampa, kami akan hanya duduk di anjung rumah. Walaupun ayah ada di rumah, suasana rumah begitu suram dan kehilangan cerianya. Entah kenapa wujud perasaan itu. Bila ditanya sahabat lain memang begitulah juga jawapannya. "Tak sama kalau balik kampung dan ibu tiada, lain sangat rasanya. Lebih-lebih lagi raya. Walaupun boleh ganti semua langsir dan karpet, tetaplah hilang cerianya". Itulah komen mereka. Memang tepat, bila sahaja ibu sampai ke rumah dengan motor Krisnya. Dari mula lagi dah riuh, suasana yang sepi dan muram diganti dengan keceriaan. Begitu sekali kesan kehadiran seorang ibu dalam rumah dan kehidupan kita. Patutlah ibu dikatakan suri rumah. Memberikan cahaya kegembiraan kepada sebuah keluarga.

Minggu ini pula sahabat-sahabat saya yang juga seorang ibu muda Merryhearted dan Joliekiens menghadapi detik-detik cemas. Merry, anak perempuannya patah tangan dan Jolikiens Si Daniel menghadapi lelah dan di masukkan ke hospital Ampang Puteri kalau tidak salah saya. Saya mendengar tangisan Merry lewat panggilan telefon, dan faham kegelisahan yang dihadapinya ketika melalui situasi tersebut. Juga bagi Joliekiens yang bimbangkan keadaan si anak. Begitulah kasih seorang ibu terhadap anaknya. Kerisauan mereka, malahan mereka juga sanggup menggantikan tempat si anak kalau boleh itu berlaku, mereka juga sanggup berkorban ketahap itu. Harap mereka semua bersabar dengan ujian tuhan ini. Saya hanya mampu memanjatkan doa agar segalanya akan pulih sediakala. Mereka juga adalah ibu yang hebat.

Tidak ada hubungan yang lebih rapat dan mulia selain daripada hubungan seorang anak dengan ibu bapanya. Perhubungan ini tidak akan terputus dalam apa keadaan sekalipun. Anak tetap dianggap sebagai anak dan ibu bapa tetap ibu bapa di dunia dan akhirat walaupun mereka berlainan agama. Justeru itu Islam menghendaki supaya setiap anak menghormati dan memuliakan kedua ibu bapanya. Mereka perlu menjaga hati dan perasaan ibu bapa selagi suruhan mereka tidak bercanggah dengan kehendak agama. Menyakitkan hati atau tidak menghormati mereka dianggap perbuatan derhaka dan berdosa besar di sisi Allah S.W.T. Berbuat baik kepada ibu bapa adalah perkara kedua terpenting selepas beribadat kepada Allah.

Dalam hubungan di antara anak dengan ibu bapa Allah S.W.T. melalui lidah Rasul-Nya Nabi Muhammad S.A.W. memerintahkan supaya manusia menghormati ibu lebih daripada bapa. Ini berdasarkan jasa ibu terhadap anaknya adalah lebih berbanding dengan jasa bapa terhadap anaknya.

Dalam sebuah hadis diriwayatkan bahawa seorang lelaki bertanya Rasullullah S.A.W. :

"Ya Rasullullah, siapakah manusia yang paling layak untuk saya berbuat baik kepadanya?'.
Lalu baginda menjawab: "Ibumu".
"Selepas itu siapa pula wahai Rasullullah?'
Jawab baginda, "Ibumu".
Kemudian lelaki itu bertanya lagi, Selepas itu siapa pula wahai Rasullullah?'
Jawab baginda, "Ibumu".
Lelaki itu bertanya lagi "Selepas itu siapa pula wahai Rasullullah?"
Maka Jawab baginda "Bapamu".

Daripada hadis ini jelas menunjukkan bahawa setiap anak dikehendaki menghormati ibunya lebih daripada bapanya. Jasa ibu memang banyak kalau dibandingkan dengan jasa bapa. Bermula saat mengandung, diikuti dengan saat melahirkan, berjaga malam kerana mengasuh dan mendidik anak-anaknya ditanggung oleh ibu. Semua ini adalah satu beban penyeksaan dan pengorbanan yang tidak dapat dinilai oleh kita sebagai anak.

Anak-anak dilarang menderhaka kepada ibunya, kerana pengorbanan ibu yang sangat banyak. Pengorbanan ini tidak dapat dibalas dengan pemberian segunung intan. Mungkin tidak ada seorang pun anak yang mampu membalas jasa ibu. Oleh itu anak-anak perlu memuliakan dan menghormati ibu dan bapanya. Islam tidak mengenepikan jasa bapa cuma ditekankan jasa ibu terhadap anak lebih jika dibandingkan dengan jasa bapa terhadap anak-anaknya. Mereka semua perlu dihormati dan disanjung tinggi. Apalah sangat permintaan ibu untuk mendapatkan daging lembu, limpa dan hati jika di bandingkan dengan pengorbanannya membesarkan anak-anak seperti yang digambarkan dalam iklan Petronas itu.

Saya sendiri masih terbayang saat ibu mengandungkan adik-adik. Masih gagah ke sawah walau sarat mengandung. Sanggup bergolok bergadai menyekolahkan kami bila ayah seakan telah putus asa. Rasanya kalau mak nak ke mana atau nakkan gelang emas sedepa pun kami sanggup berikan. Tapi ibu kami tidak begitu. Panggilan telefon daripada anak-anak dan bila berkelapangan balik jenguk mereka di kampung itu sudah cukup membahagiakan mereka rasanya.

Kata Dato Fadilah Kamsah :"Anak lelaki memberikan kekuatan kepada ibu ( sanggup masak kan untuk anak lelaki walau ibu tak terdaya, bersemangat bila anak lelaki balik jenguk mereka). Ibu pula nak bermanja dengan anak perempuan dengan perhatian dan layanan ( suruh anak perempuan memasak pula bila mereka balik kampung)."

Rindu kat mak, sayang kat bapak. Ya ibu saya bukan sebarangan ibu!