Monday, January 31, 2005
Catatan George Carlin
Sunday, January 30, 2005
INGATAN
INGATAN
Suka baca catatan ini. Moga kita memperolehi sesuatu darinya.
Saturday, January 29, 2005
Teratai
Teratai di pinggiran, membuang sepi ke sisi!
TSUNAMI DALAM DIRI
Ada beberapa perkara timbul tiba-tiba. But aku rasa dapat menghadapinya dengan baik. Aku memohon pada yang esa agar segalanya berakhir dengan sempurna.
Masih mencari-cari idea untuk menyudahkan penulisan. Ada beberapa perkara perlu di kaji dengan teliti.
Tidak dapat balik ke CC. Minggu depan insyaallah akan balik. Nak setteldkan beberapa benda yang tiba-tiba menyentak keharmonian diri.
Rugi sekali malam tadi tidak sedar masa, terbabas nak nonton JP sebab leka nonton National Geography.
Friday, January 28, 2005
Sembahyang Jumaat
Garis panduan ke masjid untuk sembahyang Jumaat
SEMBAHYANG penting dalam kesatuan umat Islam. Pentingnya solat itu, maka Nabi Muhammad saw memberi amaran keras kepada mereka yang tidak hadir ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat.
Baginda bersabda bermaksud: “Barang siapa secara mudah meninggalkan sembahyang Jumaat sebanyak tiga kali berturut-turut, Allah akan menjadikan hatinya keras untuk menerima kebenaran.”
Baginda bersabda bermaksud: “Barang siapa yang mandi pada hari Jumaat, kemudian pergi ke masjid pada awal waktu, maka seolah-olah dia berkorban seekor unta." (Hadis riwayat Bukhari)
Menumpukan perhatian sepenuhnya kepada khutbah yang dibaca.Mendengar khutbah adalah suatu kemestian dan syarat sah bagi sesuatu Jumaat yang didirikan. Ia adalah kemuncak kepada ibadat sembahyang Jumaat.
Sumber :
Berita Harian 28/1/05 (Jumaat) B12.
Sudah Jumaat rupanya. Semalam seharian meeting di kampus Melaka. Letih woooo tertidur di depan TV lepas nonton JP.
Thursday, January 27, 2005
Samseng Jalan
SAMSENG JALAN
Takziah untuk keluarga Muhammad Nazri Ismail, yang meninggal dunia akibat dipukul teruk oleh samseng. Kita tidak pasti sebab apa, tapi aku pernah juga berhadapan dengan samseng jalan sebegini. Memang gerun. Tidakkah samseng ini mempunyai keluarga? Bagaimana jika ahli keluarga mereka yang diperlakukan sebegitu rupa?
Memang celakalah si pembuli jalan ini. Tidak akan selamat hidupnya walau sesaat. Semoga mereka yang terlibat dalam kes ini akan dihadapkan kemuka pengadilan.
Elegi Sepi
Saat mentari beradu
Rembulan pun bertamu
Hatiku menjadi sayu
Dalam kesamaran waktu
Mengapakah rinduku
Masih ada dalam kalbu
Sedangkan cinta itu
Sudah berlalu
Mungkinkah rasa bersalah
Kasih menghimpit jiwa
Kerna terlalu leka
Membuatku terluka
Dikau yang begitu setia
Tabah hadapi segala
Namun ku mencari alpa
Kesal akhirnya
Korus:
Aku pinta kepadamu
Maafkan lah kesilapanku
Aku tahu kau dan aku
Tidak mungkin akan menyatu
Apakah yang tertinggal kini
Kesedaran dihati
Yang kan tetap bersemadi
Jadi elegi sepi
Biarlah doa tulusku
Mengiringi jalanmu
Kan menebus silapku
Terhadapmu
Ohhh
Aku pinta kepadamu
Maafkan lah kesilapanku
Aku tahu kau dan aku
Tidak mungkin akan menyatu
Biarlah doa tulusku
Mengiringi jalanmu
Kan menebus silapku
Terhadapmu
Azharina
Wednesday, January 26, 2005
Aku
AKU
Setiap benda ada jadual waktunya. Ia datang dalam waktu yang tepat dan selalunya datang sekali sahaja. Tiada peluang kedua.
Terpaksa cancel untuk menonton “Elektra” di IOI Mall sebab tiba-tiba seorang sahabat muncul di depan pintu rumah.
Semalam juga berjaya memandu dari Dengkil ke kampus dengan hanya menggunakan cermin mata hitam tanpa’power”. Walaupun agak pening tapi bolehlah sebab hafal jalan agaknya.
Koleksi photografi yang aku buat siri teratai di kolam yang berjudul “Membuang Sepi ke Sisi” akan siap petang ini tak tahu macam mana hasilnya. Aku ‘develop’ gambar tu di kedai gambar saiz 8R sahaja sebab kedai itu tak boleh buat saiz yang lebih besar lagi. Kalau gambar tu ok dan tidak pecah akan di print dalam format yang lebih besar sebelum dibingkaikan.
Changjin yang manis itu berjaya mengubati Maharani. Idea penggunaan pil ubat berjaya membuatkan Maharani tidak muntah ketika meminum sup ubat. Permaisuri juga gembira dan menghargai usahanya itu. Lianshen cuba sedaya upaya untuk belajar menjadi gundik Maharaja. Maharaja datang ke rumahnya di malam hari. Kejayaan Changjin sentiasa dicemburui, sentiasa ada yang berkepentingan ingin mengusirnya. Di mana-mana pun ada orang baik dan kumpulan penentang. Kerana matlamat yang berbeza.
DAN CINTAKU ITU PUN DITOLAK
Setiap kali mobil bimbitmu
Bernyanyi
Kau melarikan diri
Bersembunyi di balik
Serombong gita cinta
Dan akulah
Pemabuk buta
Menunggu dungu
Untuk kau sahutkan suaranya.
Memang engkau tiada pernah
Berjanji
Akan menantiku di hujung
Pelabuhan
Dan menyanyikan lagu-lagu
Kecintaan
Cuma akulah
Penagih rindu
Cuba mentafsir sisir lautmu
Melebihi beban pelayaranku.
Tahulah
Barangkali aku bagimu
Sekadar
Sebutir pasir di tubir bibir
Yang akan hanya singgah
Setiap kali badai mendesah
Dan akan engkau singkirkan
Pada setiap hujung
Keberangkatan.
Tahulah aku
Sebelum ombak mahu gelodak
Cintaku itu ditolak
Sebelum sauhku sempat
Berlabuh
Kemudimu geruh dan berputar
Kau hilang bagai camar
Meninggalkan aku terdampar
Ke laut sasar
Tanpa layar
Nanar dan onar.
AZHAN UTHMANI
Pumpong, Alor Star
Mingguan Malaysia, Ahad 20 Jun 2004 p.30.
Monday, January 24, 2005
pernahkah kau menghargai?
PERNAHKAH KAU MENGHARGAI?
Masa balik dari CC ke Sepang terdengar lagu ini. Lirik dia menarik untuk di hayati. “Pernahkah Kau Menghargai”, mengapa pula kita tidak menghargainya? Atau kita menghargai sesuatu dengan cara kita sendiri, tidak seperti yang dia mahukan? Mestikah perlu menghargai sesuatu mengikut kehendaknya?
Hargailah diri sendiri dahulu sebelum menyayangi orang lain.
Dalam perjalanan hidup ini
Hati terguris tiada yang tahu
Keseorangan mengharungi sengsaraan
Hadirnya dirimu kusangkakan ikhlas
Kuberikan setulusnya
Namun tersalah jua
Mengapa
Korus:
Pernahkah kau menghargai daku
Dan pernahkah kau mencurahkan cinta
Usah beri janji palsu bagiku
Yang kini pergi dan takkan pernah kembali
Walau kini ku tersilap jua
Kan ku kuncikan sisa cinta ini dalam hatiku
Kini ku teruskan perjalanan
Walaupun perit ku tabahkan hati ini
Hadirnya dirimu kini
Takkan ku terima
Tak ingin diluka lagi
Dan tuk selamanya oh sayang
Ulang korus:
Memori yang kita jalin
Kan abadi selamanya
Biarkan ia menjadi kenangan
Kesilapan daku ini tak akan diulangi
Pengajaran yang bererti bagiku
SAIDATUL ERMA - Pernahkah Kau Menghargai
Thursday, January 20, 2005
Mimpi
MIMPIMU BUKAN MIMPIKU
My mum mimpi pasal aku buat pertama kalinya. “Angah kena langgar lori then mayatnya terbiar di tepi jalan. Tak ada sesiapa yang tolong. Masa tu Angah tengah sibuk ambil daun pisang di tepi jalan. Rumah tengah sibuk nak buat kenduri”.
“Mimpi itu mainan tidurlah Mak”. Semua orang start call dan bertanya khabar berita. I’m Ok ker tidak. Memanglah semua akan menuju ke alam abadi.
Semalam sewaktu aku tengah lunch dengan Mr Mitchell, Honorary Consul for Malaysia in Toronto di Kenanga, Street Mall. “Dia” pun call tanya khabar.
I call dia balik lepas tu.
“I mimpi pasal you malam tadi.”
“Pasal kematian jugak ker?”
“Mana tahu?. I mimpi semasa perjalanan I di Japan. I jumpa my nenek yang hidangkan makanan Jepun. Dia tunjukkan cara nak makan makanan tu. Then dalam train I jumpa my Dad and My Mum and also my sister yang dah meninggal. Then ada juga you dalam mimpi I tu. I mimpi semua orang yang sudah meninggal dalam keluarga I kecuali you. When I just nak bought a souvaniar a T’shirt for you. I jumpa you gak dalam mimpi I tuu. Kenapa huh I ni dah nak dijemput ker?”
“Hahahha itu tandanya ramai orang yang sayang kat you. But you NEVER appreciate them semasa hidupnya.” Saja I stress begitu dan cuba menakutkan dia.
Aku tergelak selepas itu. Semuanya pasal kematian yang memfokus pada kehidupan aku. Dapatkah kita meramal kematian? Atau orang-orang yang kita sayangi merasa kita menjauhkan diri?
“Mimpi adalah mainan tidur”.
Selagi kita hidup dan dipinjamkan kehidupan ini. Kita jangan sesekali berhenti mengharap. Walau ada sesetengah perkara kita tidak akan dapat walaupun kita berusaha bermatian untuk mendapatkannya. Teruskanlah menghargai kehidupan!
Manusia lahir dalam keadaan tidak lengkap. Kita mencari-cari sesuatu untuk melengkapkan kehidupan. Apa yang kita cari ialah cinta.
Selamat Hari Raya Korban dan selamat bercuti.
Wednesday, January 19, 2005
Korban
"Selamat Hari Raya Korban!"
PENGORBANAN
Kenapa berhenti kerja?
Tuesday, January 18, 2005
Bulan
Bulan?
Time In a Bottle
If I could save time in a bottle
The first thing that I'd like to do
Is to save every day
Till Eternity passes away
Just to spend them with you
If I could make days last forever
If words could make wishes come true
I'd save every day like a treasure and then,
Again, I would spend them with you
But there never seems to be enough time
To do the things you want to do
Once you find them
That you're the one I want to go
Through time with
If I had a box just for wishes
And dreams that had never come true
The box would be empty
Except for the memory
Of how they were answered by you
But there never seems to be enough time
To do the things you want to do
Once you find them
I've looked around enough to know
That you're the one
I want to go
Through time with
Words & Music by Jim Croce
My friend Kak Azah yang bagi lagu ini. Aku terdengar di pcnya semalam. Terus hati terpaut. Dalam sekali maksud liriknya. Semakin dihayati semakin terkena pada diri sendiri. Pada harapan dan persinggahan yang di kunjungi tiap tahun yang berlalu. Begitu pantasnya masa membiarkan kita terlena , banyak yang diinginkan banyak pula yang tertinggal. Kenangan membuatkan kita terus hidup dengan segala suka dukanya.
“Dia” sebenarnya masih ingin berbakti. Tapi enggan melupakan masa silam yang berterusan memancung duka.
Hati aku amat tersayat.
"Biarlah sahaja kita merenung bulan dari jauh".
"Kenapa begitu?"
"Sebab kalau kita gunakan teleskop ini, kita akan melihat permukaan bulan yang tidak rata, tidak seindah dari jauh.Awak faham maksudnya bukan?".
Monday, January 17, 2005
AJL19
ANUGERAH JUARA LAGU 19 - 2004
Akhirnya Si Labah-Labah menang AJL2004. Ramai yang menjangkakan ‘Pulangkan” menang besar malam tadi. Namun Misha tetap pulang dengan Vokal Terbaik dan Kategori Balada. Dayang menang dengan “Erti Hidup”. Malam tadi rasanya vokal Dayang lebih mantap, jelas. Namun mungkin lagu itu tidak mencabar vokal dia sangat sebab itu tak menang vokal terbaik.
Pada pendapat akulah antara ketiga-tiga lagu yang menang peringkat kategori. “Erti Hidup” lebih memberi mesej yang kuat, irama etnik yang segar. Cuma lagu ini tidak popular dan jarang di dengar. Tapi biasalah AJL19 seperti tahun-tahun sebelumya tidak mahu dianggap anti-klimaks, bila lagu yang diramal menang selalunya tidak akan menang.
Noraniza Idris kali ini dilihat memang layak menang kategori persembahan terbaik. Tarian Jawa yang begitu class, pemilihan pakaian, chereographer yang tepat, tidak berserabut, penuh tertib. Nampak persembahannya matang dan elegen. Tidak perlu menghimpunkan sejumlah orang memenuhi pentas dengan segala unggas dan api.
Anuar Zain dilihat pesaing terdekat untuk vokal terbaik, namun secara peribadi nyanyiannya kurang bertenaga malam tadi. Terlalu mengawal suara mungkin. Persembahan penyanyi lain terlalu biasa dan ada yang dilihat terlalu bersungguh. Hanya juri yang mengenal lagu.
Relaku Pujuk (Spider)
Ku dikejar bayang-bayang resah
Bila hatimu masih tak berubah
Enggan dipuja dan dipenjara
Belaian cintaku ini,
Aku bukan lelaki yang tewas
Bisa menyambar walau ku ditolak
Biar diuji kanan dan kiri
Kau kan tetap ku miliki,
Tiada lafaz yang lebih agung
Kalimah cintamu
Yang ku tunggu-tunggu,
Biar jasadku yang menanggung
Permainan darimu
Relaku pujuk,
Janganlah kau salahkan aku
Terus memburu menawan cintamu
Aku percaya sedikit masa
Kau kecundang akhirnya,
Usahlah kau bersedih
Di hadapanmu aku hadir
Memendam resah dan curiga
Dari hatimu... Oh...Oh...
Apakah kali ini
Bisa kau tolak dan berlari
Setelah aku menanamkan
Azimatku.
Penyanyi : SpiderLagu / Lirik : Tam / Keon
Trofi yang di pegang Tam Spider terjatuh, itu tandanya 'bad-luck" orang pantang kalau dapat apa-apa anugerah atau hadiah terlucut dari tangan hehehhe ...
Sunday, January 16, 2005
Majalah tiga
DI ATAS KUBURAN
Di atas kuburan
Sepi telah merapat
Tiada lagi sebarang tempat
Untuk beristirehat
Yang ada mayat
Menjadi wasiat
Kepada yang hidup
Rebutlah peluang
Carilah jalan pulang
Sebelum maut menjelang
Pada malam yang panjang!
Razali Mohamad
Air Molek , Melaka
(Utusan Malaysia,
Sudut Sastera page 30, 16 Jan 2005)
MAJALAH TIGA
Sudah 3 minggu berturut-turut Majalah 3 memfokuskan kesan Tsunami terhadap masyarakat Asia. Namun laporan mengenai Tsunami di Acheh dilihat paling menginsafkan. Malam tadi krew Majalah 3 membuat liputan di Phuket dan Pulau sekitarnya di Thailand. Liputan yang dibuat di Phuket, tidak banyak meninggalkan kesan di hati penonton walau ada kemusnahan yang teruk dan juga penduduk Islam terlibat.
Apa yang membuatkan berita sedih itu kelihatan biasa mungkin faktor ‘sejarah’ tempat tersebut. Namun bagi pendapat akulah seseorang penyampai atau wartawan yang membuat liputan perlu peka dan pandai memainkan emosi penonton. Cuba bandingkan liputan di Acheh yang dibuat oleh Norzie Pawan Chek. Penerbit Majalah 3, membuat keputusan paling tepat menghantar pengacaranya sendiri ke lokasi. Penonton dapat menikmati kesengsaraan dan perasaan hiba secara begitu jujur dan ikhlas yang diluahkan melalui emosi yang tidak tertahan Norzie. Dia kelihatan murung dan turut menderita sebagaimana mangsa Tsunami di Acheh.
Norzie turut menangis stelah dia menyudahkan sesi temubualnya. Rakaman visual tersebut paling menyayatkan. Dia turut kelihatan pilu seolah-olah ‘ahli keluarganya’ sendiri yang menjadi mangsa Tsunami. Wartawan yang baik bukan sekadar membaca skrip. Bahasa badan mampu menterjemahkan segalanya.
Saturday, January 15, 2005
Kacamata
KACAMATA
Semalam ambik hadiah daripada Karangkraf. Ambik hadiah tu daripada kawan, kat kompleks PKNS, SA. Aku dapat sepasang kacamata berjenama, harganya dalam RM916. Sudah lama dah menang hadiah surat terbaik tu, tapi hadiahnya baru tahun ni dapat. Tak apalah janji dapat. Kacamata tu stailo habis. Aku ni rabun jadi kena pakai ‘contact lenses’ kalau nak bergaya dengan benda tu. Aku ni pulak simple jerr jadi kalau terlalu stailo bukan macam aku pulak. Jadi canggung .
Yana menang 2 tiket pergi ke “Dataran Masa” main all the permainan kat theme park . Hishhh biar betul Yana nak naik ‘roller coaster’ yang boleh membunuh tu. Kang ada yang tercabut or trauma setahun aku tak jamin. Dia nak pergi dengan Ajak. Oklah kot dengan orang lain mak aku tak kasi, even dengan bebudak pompuan. Takut kena jual, words yang selalu aku dengar dari mak aku. Kalau nak pergi mana-mana kena dapat pengesahan aku dan mak aku dulu baru boleh pergi mana-mana. Nasib baik Yana ni jenis yang sentiasa memberi laporan harian. Cuma aku yang malas nak dengar kengkadang tuuh. Letihh …
Ajak plak eksiden semalam. Yana dan kawan dia yang bawak ke Hospital Putrajaya. Luka berdarah nasib baik takder yang patah. Dia suruh aku hantar tapi nak ke tempat dia ambil masa 45 minit, aku suruh sesiapa hantar ke hospital. Boleh pun berdikari. Dia risau macam dah mati laki plak.
Aku mungkin tak balik kampung hari ni. Nak menulis dan carik idea untuk penulisan aku tu. Sudah dua hari idea tak mai. Kena buat research jugak . Aku mengharapkan hujung minggu ini produktif.
Friday, January 14, 2005
LELAKI MELAYU
LELAKI MELAYU
Ok memanglah kalau diikutkan di mana-mana organisasi di Malaysia. Yang jadi dispatch, kerani segala kerja yang gitu-gitu tu orang kita yang buat. Lelaki-lelaki ni pun jangan dipandang rendah kalaupun depa belajar setakat SPM sahaja. Diorang pun ada cita-cita untuk belajar setinggi Menara KL. Cuma nasib mereka kurang elok sikit. Ada yang nak bagi lepas adik-adik belajar di universiti dulu, ada yang menyara ibu bapa di kampung.
Tidak kurang juga yang belajar PJJ bila adik-adik dah tamat belajar. Mereka menyambung cita-cita yang terbengkalai akibat tuntutan keluarga dan rasa tanggungjawab yang besar . Begitu sekali pengorbanan Lelaki-lelaki Melayu yang tak belajar tinggi ini. Cuma media selalu “TERLUPA” nak tulis pengorbanan lelaki –lelaki ini.
Jadi bagi wanita-wanita yang membanjiri universiti di seluruh negara. Jangan lupa pada pengorbanan ayah, abang, tunang yang sanggup melakukan apa sahaja untuk memastikan mereka berjaya dalam pendidikan dan menggenggam segulung ijazah. Di belakang kejayaan mereka ada pengorbanan seorang lelaki.
Mana yang lelaki yang termasuk ke dalam golongan pusat Serenti tu, kita tak tahulah pasal apa pula. Persekitaran mereka di besarkan kita tak tahu. Pendek kata rezeki masing-masing.
Bersyukur jika jalan hidup kita sentiasa lurus sampai ke puncak!
KL, Selangor, NS, Melaka dan Johor terjejas. Gangguan bermula 12.16 tengah hari sehingga pulih secara berperingkat 1.40 petang hingga 5.00 petang. Dua Busbar di Kapar terpelantik menyebabkan bekalan elektrik terputus. Ini kejadian ke-5 bekalan elektrik terputus membabitkan beberapa negeri sejak 1992 dan yang terakhir pada 1 September 2003 di P.P, Perlis, Perak, Kedah dan Kelantan.
Changjin bebas dari tuduhan bersubahat dgn peceroboh dan membantu mengubati ketua penyamun. Pembesar Min(bf dia ni, Yana kata muka org beriman hahahha) mempertahankan Changjin (surelah kan). Then Pembesar Min dalam dilema sebab ken abalik bertugas di Istana, sedangkan di anak terus tinggal di Pulau Jeju. Changjin tunjuk skil mengubat budak yang tak ada selera makan (hisssh kalau dia ada kat Melaysia mahu jer aku suruh dia ubat aku nih).
Scene menarik Pembesar Min dan Changjin di tepi kolam waktu malam. Changjin buat permintaan Pembesar Min stay kat Istana, padahal bf dia tu nak ikut dia balik pulau gak sebab dah berjanji nak jaga Changjin. Romantik siot walaupun digambarkan dalam kegelisahan, air muka masing-masing jerr.
"Walau di mana kau berada, kau tetap wujud di hatiku" Changjin.
Pembesar Min tak terkata apa dia senyum jer ( tak kan dia nak melompat dalam kolam kan tak termasuk dalam skrip yang tu). So pembesar Min terpaksalah ikut kehendak buah hati dia.
Moral dia? Kalau mak we nak suruh kita setuju dulu apa-apa, jangan nak. Kang dia mintak macam-macam hahahhaha.
Thursday, January 13, 2005
Hari yang Cerah
HARI YANG CERAH
Malam tadi Changjin buat pertama kalinya melakukan penjaruman. Sekumpulan penyanggak Jepun telah menawan dia dan hamba-hamba lain di pulau itu. Boyfriend di balik ke Istana hantar kuda. Menggeletar minah tu sebab pernah tersilap cucuk sebelum ni. Nasib baik berjaya. Helah yang dibuat untuk mengambil ubat di kebun berjaya menumpaskan penyanggak tersebut. Adegan dia dan pak we dia bersembang sambil menyatakan betapa Changjin di hargai dan diperlukan dalam hidupnya amat romantik. Salji turun, lirik mata dan bahasa badan yang bersuara kuat dalam dingin salji. Pelakon-pelakon dia sopan amat. Orang Korea memang manis-manis belaka. ( Jewel in the Palace)
Teringin nak ke Korea.
Anak-anak Acheh yang kehilangan ibu bapa semakin terbela. Keprihatinan Malaysia jiran terdekat amat patut. Siapa lagi yang seharusnya dipertanggungjawabkan untuk menolong saudara sendiri kalau bukan kita. Saudara seagama. Bencana merapatkan jurang kemanusiaan. Buaya ganas pun boleh menjadi penyelamat.
Wednesday, January 12, 2005
Kejayaan Peribadi?
KEJAYAAN PERIBADI?
“On Dec 29, a brave Universiti Teknologi Mara Lecturer, Datin Paduka Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir, became the first Asian Woman to cross Antartica on a solo expedition from the South Pole to Hercules Inlet, covering 1,100 kilometres of ice, incredibly low temperatures, strong winds and dangerous ground”.
Sharifah mencapai objektif pengembaraannya 9 hari lebih awal dan katanya lagi rakyat Malaysia seharusnya merasa bangga, terutamanya kaum wanita.
I terfikir pula satu benda, wanita Malaysia tidak perlu menunjukkan kekentalan jiwa raga dan bergadai nyawa. dengan membuat sesuatu yang wanita-wanita Antartika selalu lakukan. Wanita Malaysia telah cukup ‘gagah’ semenjak zaman Tun Fatimah lagi. Wanita Malaysia mempunyai kedudukan tinggi dalam apa juga bidang dan hierarki Masyarakat. I bukan memperkecilkan kejayaan Sharifah Cuma kita perlu memfokus pada benda-benda yang boleh memberi kesan langsung kepada Masyarakat.
Boleh melakukan ekspedisi Antartika namun ianya perlu mempunyai objektif yang lebih besar. Lakukan penyelidikan misalnya dan ianya perlu disebar luaskan untuk kepentingan masyarakat sejagat. Katakan kos ekspedisi ini 5 juta contohnya apakah kesannya kepada masyarakat Malaysia, dari sudut apa? Penyelidikan yang bagaimana dilakukan dan sebagainya. Jika tidak kita akan mengulangi perkara-perkara ‘besar’ dengan kesan yang “kecil”.
Tuesday, January 11, 2005
Di belakang rumah
DI BELAKANG RUMAH
Kehilangan nyawa akibat Tsunami, waris mangsa dibayar RM 20,000. Memanglah nyawa manusia itu tiada galang gantinya. Ada seorang ayah tu kehilangan 5 orang anak. "Najib announced that families of the 68 people who perished in the tragedy would be given RM 20,000 for each death (NST 11 Jan 2005)". Ya, duit itu berapa pun nilainya tidak akan menghidupkan mereka yang telah dijemput Ilahi.
Asyik sangat melihat penderitaan orang, dibelakang rumah sendiri ada jiran tetangga yang menderita . Di Sekinchan Selangor, only a few kilometer from Cape Coral sendiri ada saudara kita yang kesempitan hidup akibat kemiskinan, ditambah pula dengan anak-anak menderita sakit kulit hingga menjadikan kecacatan kekal pada 2 orang anak mereka. Bertahun mereka menanggung azab sengsara. Kalau tidak TV3 menghebohkannya sampai sekaranglah mereka terus dilupakan.
Entah ke mana perginya Ketua Kampung, AJKKk pula mungkin tidak tahu caranya untuk memohon bantuan. Kadang suara kecil tidak berkesan, dipinggirkan. Nasib baik ada agensi “Sure Heboh” menjalankan peranan. Nasib si kecil kini terbelalah sudah, rumah baru juga sudah dalam pembinaan. Hey! kita hidup di tahun 2005, Selangor negeri termaju di Malaysia. Kemiskinan tetap ada di mana-mana.
Mana-mana Ketua Kampung yang tidak menjalankan tugas dengan cemerlang perlu ditukar. Ini bukan masanya lagi mengekalkan ‘mata-mata kerajaan’ yang tidak mampu menjalankan tugas. Jawatan ketua kampung perlu dipertandingkan, buat pilihan raya kecil kampung, pilih mereka yang benar-benar layak. Jangan jadikan jawatan ini jawatan keturunan. Perlu ada lantikan dan pemilihan dari suara majority penduduk kampung. Nak pilih ketua darjah pun kena suara majoritikan? Kita tak mahulah berlaku kepincangan, dan menjejaskan imej kerajaan pemerintah.
Setiap hari aku terpaksa berlumba-lumba mencari parking dengan 2,000 kereta student. Kawasan kampus ni dah ler kecik. Hari-hari asyik nak gaduh jer pasal parking. FMD dah buatkan line parking kereta kami di cat kuning. Tetaplah mereka tak dengar kata.
Sunday, January 09, 2005
TENTANG SESEORANG
TENTANG SESEORANG
Yana popular ler sekejap bila gambar dia tersiar di majalah Remaja Januari 2005. Alah ada satu pertandingan tu dia masuk. Akulah yang kena ambik gambar tu dulu ingatkan nak buat apa. Bebudak kolej siap mintak autograph kat dia. Jualan majalah remaja di bookstore kolej dia laris macam pisang panas sehinggakan mak cik tu order 50 naskah lagi. Itu ler kisah yang Yana ceritakan. Kadang geram gak dengan dia ni, tapi hishhh …
Malam tadi nonton Cerekarama, aku suka hayati watak dan perwatakan, plot, gaya pertuturan pelakonnya. Citer dia pun nampak real dan ada motif. Senang kata drama “Neraka Cinta” itu standardnya jauh lebih tinggi mutunya berbanding dengan kebanyakkan filem-filem popular tanahair. Cuma watak Elli Suriaty tu kadang over acting skit. Ker sebab dia belakon dengan Erma dia jadi cam tu?. Lakonan dia masa ketagihan tu nampak real skit. Aku tak emosi sangat nonton kisah tu tapi memang ada class pengarahannya. * Aku busy buat word puzzle*.
Since Yana nak balik pagi mak aku pun masak ler pepagi. Bungkus lauk segala. Bapak aku dah entah pukul berapa dia beli roti canai pun tak tahulah. Aku bangun dan bersiap untuk bersarapan. Sian kat mak aku tuu. Wish that I ada banyak masa nak temankan dia …
Aku singgah kat rumah aku di Klang. Adik pompuan aku yang jaga rumah aku ni. Nizam kerja overtime. Julie jer yang ada di rumah. Makan tengahari. Kenyang betul, Julie dah pandai buat sambal belacan. Kalau dulu sambal dia paling pedas sekarang ni mesti Nizam dah ‘tune’ dia dan ajar camner nak buat sambal yang best. Nizam tu pandai buat roti canai gak. Masak pun pandai. Bertuah Julie. Sesiapa yang dapat aku jer yang tak bertuah. Aku tahu goreng telur jer!
Saturday, January 08, 2005
Arca
Seni Islam Timurid (1370-1507) . Keratan kepingan asal jubin yang diambil dari Shir-dar Madrasa (Uzbekistan) telah dilukis semula menggunakan cat 'acrylic'. Seni Timurid mempamerkan keunikan elemen warna terang yang digunakan untuk mewakili kekuatan serta keteguhan. Keindahan yang terpamer serta keteguhan terpancar. Jangan berhenti melukis di kanvas kehidupan manusia yang tidak selamanya putih!
