Saturday, April 30, 2005

Birman


Birman Cat -Kittens. "Selamat Hari Pekerja!"



I SURRENDER

There's so much life I've left to live
And this fire is burning still
When I watch you look at me
I think I could find the will
To stand for every dream
And forsake this solid ground
And give up this fear within
Of what would happen if they ever knew
I'm in love with you

'Cause I'd surrender everything
To feel the chance to live again
I reach to you
I know you can feel it too
We'd make it through
A thousand dreams I still believe
I'd make you give them all to me
I'd hold you in my arms and never let go
I surrender

I know I can't survive
Another night away from you
You're the reason I go on
And now I need to live the truth
Right now, there's no better time
From this fear I will break free
And I'll live again with love
And no they can't take that away from me
And they will see...

I'd surrender everything
To feel the chance to live again
I reach to you
I know you can feel it too
We'd make it through
A thousand dreams I still believe
I'd make you give them all to me
I'd hold you in my arms and never let go
I surrender

Every night's getting longer
And this fire is getting stronger, baby
I'll swallow my pride and I'll be alive
Can't you hear my call
I surrender all

I'd surrender everything
To feel the chance to live again
I reach to you
I know you can feel it too
We'll make it through
A thousand dreams I still believe
I'll make you give them all to me
I'll hold you in my arms and never let go
I surrender

Right here, right now
I give my life to live again
I'll break free, take me
My everything, I surrender all to you

Right now
I give my life to live again
I'll break free, take me
My everything, I surrender all to you

CELINE DION

Kita harus hidup bahagia disamping insan-insan yang menyayangi kita sejujurnya. Tidak perlu mengejar apa yang tidak pernah menjadi milik kita selama ini. Tidak perlu terlalu berkira dan takut tidak dipeduli. Akhirnya kita tetap bersama mereka yang menyayangi kita sejujurnya. Tanpa syarat!

Hujung minggu ini balik kampung. Walau ada satu proposal yang belum siap. Aku tak peduli. Hari ini, hari inilah. Esok, esoklah.

Selamat Hari Pekerja + Cuti!

N2O

Friday, April 29, 2005

Goldfish


Goldfish spesis Ryukin. "Dia akan muncul, jika kau tidak mencarinya lagi."

PERSOALAN

Apakah yang lelaki akan lakukan bila mendapati isterinya tidak dapat melahirkan zuriat penyambung keturunan setelah bertahun berkahwin ?

Berkahwin semula (mendapatkan madu /isteri kedua)?
Mengambil anak angkat.?
Terus menunggu rezeki dari Allah.?
Mendapatkan bantuan pakar sakit tuan/puan.?
Menggunakan teknik terkini (in-vitro etc.)?

Berapa lamakah seseorang itu perlu menunggu sebelum membuat tindakan selanjutnya. Dua tahun? Apakah 5 tahun dianggap terlalu lama sedangkan ada yang menunggu berbelas tahun sebelum dikurnikan zuriat pertama. Berapa lamakah yang dianggap lama sebelum keputusan di atas di ambil?

Sedar-sedar kawan baik yang aku kenal itu sudah berkahwin semula. Isteri barunya amat muda. Bekas pelajarnya juga. Islam tidak melarang untuk berpoligami. Rezeki dialah dan moga dia bahagia. Aku tak dengar cerita pula tentang isteri pertamanya itu. Sudah lost contact dia pun tak pernah email aku perkembangan terkini dia.

Oh yer, depa ni terkenal sebagai pasangan yang bahagia Cuma tak dianugerahkan zuriat lagi. Tapi kalau kahwin kali kedua masih juga gagal mendapat zuriat apa kata isteri pertamanya pula. Kahwin kali ke-3?

Entahlah tak tahu kenapa aku menulis entri ini. Tapi nak tahu berapa lama yang dianggap lama sebelum bertindak. Pak cik aku mengambil masa 13 tahun baru berkahwin semula untuk kali kedua dan ketiga. Sebelum berpisah dengan isteri pertamanya.

Berapa lamakah yang dianggap lama? Ada yang dapat rezeki awal macam Julie, ada yang lambat. Semua itu rezeki dari Allah.

Kita hanya merancang tuhan yang tentukan.

Thursday, April 28, 2005

LEGA

LEGA

Setiap hujung bulan, masa untuk membayar segala apa yang tertunggak di bahu jemala. Selagi tak selesai aku tak berani nak usik duit gaji yang diterima. Kadang terasa juga kita ini bekerja untuk mengisi kantong, bagi membayar segala benda di setiap awal bulan. Begitulah pusingan kehidupan kita sehingga urusan itu selesai.

Bila ke bank aku mengofferkan diri untuk staff aku membayar bil-bil mereka. Aku tak kisah, sebab aku tak mahu ramai benar yang nak mengtime-offkan diri. Tak elok kan. Nanti ofis kosong kalau semua orang nak ke bank. Biarlah salah seorang yang pergi bank menyelesaikan urusan perbankan itu. Biasanya ada lebih 10 slips pembayaran yang aku bawa, kebanyakannya untuk staf-staf aku.

Cik Adik Lawa teller bank tu suruh aku gunakan mesin deposit yang disediakan. Aiyoo, aku selalu cakap kat dia. I need the receipt untuk claims dan failing purposes. Lebih aman jiwa raga bila ada salinan bank deposit berbanding resit mesin deposit yang 'cenonit' tuhh dan mudah hilang maklumatnya. Pada aku kemudahan yang ada adalah hanya PILIHAN kepada pengguna. Memanglah dasar bank untuk mengurangkan kepergantungan perkhidmatan kaunter. Tetapi jangan paksa pengguna, lebih elok membiarkan pelanggan membuat pilihan perkhidmatan apa yang dia nak.

Cik Adik Lawa rasa sedikit tertekan walaupun jari jemarinya pantas menyelesaikan urusan memasukkan data ke dalam sistem untuk berbelas borang deposit yang aku bawa. Bila aku ajukan untuk mendepositkan cek yang aku dapat. Dia suruh aku gunakan mesin cek deposit. Oklah aku buatlah, tak boleh berlamaan sikit. Dia bagi salinan borang deposit. Entah apa yang aku fikirkan membuatkan aku blurr sedikit dan dia mengeluarkan suara "urusan selesai".

Aku pun ke mesin deposit tu. Senang jer gunakannya. Yelah, next month barulah boleh jumpa Cik Adik Lawa lagi. Nanti aku bawa banyak lagi borang cash deposit.

Wednesday, April 27, 2005

GETZ


GETZ ...

Aku mendapat panggilan telefon dari dia tengahari tadi. Kunci kereta dia tertinggal dalam kereta semasa dia bergegas ke bank Harimau berdekatan traffic light CJ tu. Dia mintak tolong aku ambilkan pembaris besi atau hanger jenis dawai. Aku datang ke tempat dia dengan wajah yang ceria. Sebenarnya aku tak tahu macamana nak gunakan benda tu semua untuk membuka pintu keretanya. Aku cubalah juga, kang kata aku tak nak tolong dia. Ini kali pertama perkara ini berlaku padanya dan aku juga. Ada juga kawan bagitahu idea-idea canggih mereka, tapi buat masa itu tidak dapat dilaksanakan.

Dia ada meeting pulak pukul 2.00 petang. Aku hantar dia ke ofis dahulu. Mula-mula aku nak pinjamkan kereta aku pada dia. Tapi entah macamana kawan dia datang dan dapat membukakan pintu itu akhirnya. Lega aku.

Aku hantar Wan ke bank di Puchong. Kemudian kami ke kedai Hyundai untuk melihat sendiri kereta idaman aku Getz. Sajer jer tanya harga dia. Harga Getz dah naik dari 59 k ke 64k something sekarang ni dan harga dia akan naik lagi. Aku memang berkenan dengan color silver seperti gambar di atas. Walaupun hanya 1.3 aku rasa ianya sudah memadai. Sebab aku tak gunakan kereta sangat. Hanya untuk balik kampung. Kehidupan aku berkisar pada CJ-Kapar-CC. Jadi aku memilih kereta yang 'simple' dan tidak memeningkan aku. Yang pasti ianya within bajet yang aku ada.

Oh, aku belum lagi membuat keputusan akhir untuk mendapatkan kereta ini. Walaupun harga kereta semakin hari semakin naik kalau tunggu lama-lama. Kalau beli pun aku akan beli tanpa leather seat (3.5 k) dan V-Cool yang aku tak faham sangat fungsinya itu tetapi dikenakan charged 2k. Nanti aku akan meninjau-ninjau di tempat lain dan tengok apa yang mereka boleh offer.

Entahlah, rasanya aku masih sayang dengan kereta lama aku. Tapi kadang gatal tangan bila orang lain mula menukar kereta masing-masing. Kalau tak beli pun duit dok habis jugak. Semua ni benda 'wish-list' aku. Terlaksanakan atau tidak tak tahulah. Kalau jadi best jugak, tak jadi tak apa.

Tapi aku suka juga mencipta kejutan untuk diri aku sendiri.

Tuesday, April 26, 2005

CUKAI PENDAPATAN

CUKAI PENDAPATAN

Tengah sibuk isi borang cukai pendapatan. Tinggal berapa hari lagi tarikh akhir. Hujung bulan ni kan? Pendapatan ciput pun nak kena cukai. Hehehe "demi negara yang tercinta, kucurahkan bakti penuh setia". Ada orang tu nak tolong aku isi borang tu, tapi seganlah pulak kan. Dia kata, dia dah expert isi borang tu. Rasanya tidaklah susah sangat. Sehari dua lagi siaplah aku punya tu. Being single mestilah kena bayar lebih hahaha ...

Untuk soalan Alia tentang bagaimana kita menepis soalan-soalan 'di luar bidang kuasa kita', topik panas bila jumpa sedara mara di kampong. I selalu diamkan diri jer, gelak a little bit or kalau payah sangat I kata tengah nak sambung belajar. Hahaha padahal tak buat-buat pun lagi "Permanent Head Damage" tuh.

Masyarakat kita ni, cuba tengok yer kalau you kaya 43 tahun kahwin 19 tahun younger pun still orang panggil "Most Available Bachelor". Golongan aristrokrat macam yang I tonton di filem biasanya orang tidak mengata di depan. Mereka akan mengata di belakang. Apapun kata-kata bukan boleh melukakan pun, batu boleh lah.

Moralnya hiduplah dengan apa yang kita rasa selesa. Nikmati kehidupan ini seakan kita akan mati esok, maksud I hargailah masa-masa bujang ini sebaiknya. Jadi kita tidak merasai menyesal bila telah berjumpa idaman hati dan settled down. Ingat kat luar tu terlalu ramai orang yang dah berkahwin, beranak-pinak tapi berlagak bujang. Camner tuhh?

Lelaki Melayu Millenium, kalau tidak berkahwin orang tetap pandang semacam. Suspiciouslah with something, g*y lah, itulah, inilah. Itu lumrah alam. Glad diorang mengambil berat. Kadang pelik, ada yang lebih rela berkahwin dan nakkan status duda or janda. Untuk menyatakan "Aku pernah mengalaminya, doing that etc". Maknanya mereka akan tidak terlalu rasa bersalah dan rasa dipersoalkan sangat bila sudah berkahwin dan bercerai. I dont want that happen to me. Jangan berkahwin jika belum bersedia mental, fizikal, emosi dan material. Sebab perkahwinan selain sunah nabi dan mendapatkan pahala berganda. Ianya menuntut lebih dari segalanya.

Sunday, April 24, 2005

A moment like this

A MOMENT LIKE THIS
Kelly Clarkson

What if I told you it was all meant to be?
Would you believe me, would you agree?
Its almost that feeling that we've met before so tell me that you dont think
Im crazy when I tell your love is here and now.


A Moment like this.
Some people wait a lifetime for a moment like this.
Some people search forever for that one special kiss.
I cant believe its happening to me.
Some people wait a lifetime for a moment like this.


Everything changes, but beauty remains.
Something so tender I cant explain.
Well I may be dreaming but til I awake..Can we make the dream last forever?
And I'll cherish all the love we share for a moment like this.


Some people wait a lifetime for a moment like this.
Some people search forever for that one special kiss.
I cant believe its happening to me.
Some people wait a lifetime for a moment like this.


The speed of waiting love of all.
I wanna know that you will catch me when I fall.
So let me tell you this.
Some people wait a lifetime for a moment like this...


Some people search a lifetime for a moment like this.
Some people search forever for that one special kiss.
I cant believe its happening to me.
Some people wait a lifetime for a moment

Mungkin saat sebegini pernah datang dan kita tidak bersedia menerima kehadirannya. Lalu dia pergi meninggalkan kita.

Mungkin saat sebegini pernah singgah dalam hidup kita sekali, tetapi kita terlalu buta untuk melihat kehadirannya, lalu dia bosan dan melangkah pergi.

Mungkin saat sebegini di nanti penuh pengharapan, namun tidak satu pun yang mampu mengembalikan kebahagiaan yang hilang, lalu kehadirannya tidak dipeduli. Ada dalam ketiadaan. Rindu dalam kebencian. Akhirnya masing-masing menanti dalam kesamaran. Masa berlalu dan kesudahannya sering kali tidak membahagiakan.

Mungkin saat sebegini tiba terlalu lewat ketika kita telah mempunyai pilihan lain. Tidak mahu melukakan hati sesiapa, perasaan sendiri terpaksa dikorbankan. Akhirnya kebahagiaan yang dicari, derita yang datang. Berpisah juga akhirnya.

Mungkin saat sebegini tidak pernah singgah dalam hidup kita walau sekali, dan kita terlalu letih untuk terus menanti. Terlalu tua untuk terus mengharap. Terlalu terluka untuk terus mengingati. Terlalu bosan untuk berbicara tentangnya lagi.

Apapun … bukankah hidup kita akhirnya harus bahagia?

Saturday, April 23, 2005

Tetamu

TETAMU

Hari ini ada mesyuarat dengan Presiden tentang lawatan Sultan Brunei ke universiti aku. Banyak perkara perlu diambil perhatian. His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’Izzaddin Waddaulah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’Adul Khairi Waddien, Sultan and the Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. Lawatan 1 jam 30 minit ini akan berlangsung hari Khamis 28 April 2005, pukul 3.00 petang.

Hari ini walaupun kerja setengah hari, semua AD department aku kena ‘stay back’ sebab nak menyambut ketibaan First Vice President of the Repuclic of Cuba : His Excellency Raul Castro Ruz, bersama 90 delegates. ( 23rd April 2005, Saturday, 3.50 pm. to 4.50 p.m).

Sekarang kena buat rehersal depan Prof Dato. Berdiri depan pintu pun kena rehersal apa nak cakap dan apa nak tunjukkan. Boss masih berada di luar negara, buat umrah.

Tiba-tiba semua orang sibuk. Tukang cat sibuk mengecat, lampu yang padam berganti baru. Semuanya perlu nampak ‘perfect’ dan masa inilah nak mintak apa sahaja dapat serta merta.

Beratus pelawat dari pelbagai organisasi datang melawat setiap tahun. Tapi ketensionannya tetap sama, seperti tidak pernah menerima pelawat sebelum ini.

Tetamu datang dan pergi dalam hidup ini. Sahabat sejati terus kekal bersama. Kekasih juga datang dan pergi, isteri juga yang tak kunjung tiba :)

Sudah 3 hari Nur Iman tidak menampi beras'
Daripada: SYAHRIL A. KADIR


MUDIK (PULAU NIAS) 22 April - Nur Iman Zendrato, 8, merupakan antara kanak-kanak perempuan paling lincah dan rajin di Panti Asuhan Al-Wasliah.


Setiap pagi selepas solat subuh, dia akan memegang penyapu dan membersihkan halaman rumah anak yatim berkenaan tanpa perlu disuruh.


Menjelang tengah hari, Nur Iman terus mengambil beras dan menampinya bagi menghilangkan hama dan segala bentuk kotoran.


Selepas makan tengah hari, dialah orang pertama yang akan membasuh pinggan mangkuk abang-abangnya sambil menyanyikan lagu Potong Bebek Angsa yang menjadi kegemarannya selama ini.


Namun peristiwa tiga hari lalu merubah segalanya.


Ketika dia sedang lena tidur, tiba-tiba terjadi gempa bumi susulan hingga menyebabkan kesemua anak-anak di panti asuhan ini lari menyelamatkan diri.


Dalam suasana kelam-kabut itu, ada di antara mereka terpijak Nur Iman yang ketika itu sedang lena dibuai mimpi.


Sejak itu dia mula diserang sakit-sakit dan demam panas yang teruk. Dia kini hanya berbaring di lantai bagi menghilangkan panas badan yang ditanggungnya.


``Saya enggak (tidak) tahan lagi pak, seluruh badan terasa panas,'' katanya dalam suara yang terketar-ketar.


Nur Iman sebelum ini menjadi perhatian wartawan Utusan Malaysia, pegawai Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) dan krew TV3 kerana dia di antara penghuni `paling sibuk' melayan kami sewaktu kami tiba ke situ dalam misi membawa Mahathir Mohamad untuk lawatan bertemu Tun Dr. Mahathir Mohamad di Malaysia baru-baru ini. Menurut salah seorang pengasuh di rumah anak yatim itu, Abdul Hayyum, mungkin demam itu `singgah' akibat kesakitan gara-gara dipijak.


``Tidak lama selepas itu dia mula demam dan menggigil-gigil kepanasan, sejak itu dia tidak mahu lagi tidur di atas tilam dan hanya tidur di lantai.


``Saya ada membawanya ke rumah sakit (hospital) tetapi nampaknya belum ada tanda-tanda sembuh,'' katanya.


Semalam, kami ada memberinya sepasang baju kurung yang dibawa dari Kuala Lumpur tetapi saiz tubuhnya yang kecil menyebabkan baju yang dipakainya itu kelihatan besar dan menggelebeh. Apa yang pasti, suara manja anak kecil itu mengalunkan lagu Potong Bebek Angsa sudah tidak lagi kedengaran di panti asuhan ini.


Yang ada cuma suara deritanya yang entah bila akan akan berakhir. - Utusan

Cerita kehidupan tidak pernah berhenti selagi udara mampu dihirup dan waktu berdetik. Hidup harus terus. "Bukankah hidup kita akhirnya harus bahagia?"

Friday, April 22, 2005

PUISI

PUISI KASIH BUAT BAPA MAHATHIR

Bapa
Kami puas derita
Malang yang datang bertimpa-timpa
Air mata sudah bisa penuhkan timba

Bapa
Semalam kau mengangkat adik kami
Tetapi tempiasnya kami rasakan
Kerana bahagianya adalah milik kami juga

Bapa
Kapan bisa menjenguk kami di panti ini
Kerana di sini waktunya singkat
Bila-bila masa sahaja kami bisa wafat.

Bapa
Kapan bisa kami memelukmu
Sekurang-kurangnya untuk dijadikan kenangan
Seorang yatim bersama pemimpin penuh keagungan

Bapa
Hari ini kami terima ole-ole
Senyum kami sepanjang waktu
Seumur hidup tidak pernah menerima hadiah begitu

Bapa
Ampunkan kami keran terpaksa meminta
Kerana kami sudah tidak punya apa-apa
Beras yang ada pun tunggu masa keringnya.

Bapa
Jika tadi kami yang ketawa
Esok kami mungkin jadi bahan berita
Anak yatim yang menjadi korban gempa

Bapa
Kami berhenti di sini
Airmata ini nampaknya mula menitis
Membasahi bumi panti …

Nukilan Sukardin Telaumbanua
Panti Asuhan Al-Wasliahh, Desa Mudik
Pulau Nisa, Sumatra.

Sempena lawatan singkat Mahathir Mohamad 9 tahun, anak yatim piatu dari Panti Asuhan Al-Wasliah, Desa Mudik ,Pulau Nias ke Malaysia minggu lalu .

Aku sempat menonton filem EYE 10 akhirnya malam tadi. Taklah seram sangat kelakar pun ada. Menarik juga filem seram ini. Kisah mengenai 10 cara bagaimana masyarakat Thailand melihat hantu. Ada yang bersamaan dengan kepercayaan kita di Malaysia.

Thursday, April 21, 2005

Cuti dan Hobi

CUTI DAN HOBI

Hari ini, 12 Rabiulawal, adalah tarikh kelahiran Nabi Muhammad SAW. Sambutan memperingati ulang tahun kelahiran Baginda dikenali sebagai Maulidur Rasul. Aku dan seperti kebanyakkan orang lain yang bercuti umum pasti akan bermalasan di rumah. Bangun lambat.

Bila cuti biasanya aku tak tahu nak buat apa sangat. Kalau tak balik kampong lagilah mati kutu. Bersarapan di Puchong. Makan Nasi impit kuah kacang dan teh tarik,

Kemudian ke kedai Akuarium di situ. Melihat burung yang dijual. Hari masih pagi, burung – burung pun baru sahaja di mandikan. Tapi ketika melihat burung spesis Budgerigar ( Melopsittacus Undulatus) sempat mempraktikan teknik yang aku pelajari dari forum dan pembacaan yang aku buat tentang spesis ini bagi menentukan mana satu jantan dan betina. Bagi yang jantan di atas paruh ‘cere’ berwarna biru. Kalau kita perhatikan betul-betul spesis ini kalau nampak mesra tu pastilah sepasang. Dulu pernah juga membela burung ini. Wan yang hadiahkan pada aku. Harganya 2 tahun lepas Cuma RM 30 sepasang, sekarang dah naik sehingga RM 45 sepasang. Sangkar dia pula dalam RM 70.

Aku juga telah ke kedai burung di Kajang. Terkejut aku bila ke Kajang, jalan dia sudah begitu berubah sesangat. Siap bertol RM1.00. Ohh, nasib baik tak sesat. Ada satu kedai akuarium yang besar di tepi jalan menghala ke Putrajaya tu. Budgerigar yang ada di situ di beri ‘tag’ nama “Lovebird” ikut sedap gigi jer bagi nama kat spesies lain. Lovebird (Agapornis swinderniana) spesies lain, juga burung yang aku minat untuk mendapatkannya nanti. Selain tu aku sudah menempah sepasang Cockatiels (Nymphicus hollandicus) bewarna Lutino dari seorang ‘breeder’ tempatan. Kena ikut giliran sebab burung ini ‘handfeed’ jadi lebih jinak. Tapi nanti bocorlah poket aku sebanyak RM360 untuk sepasang Cockatiel.

Hobi aku ikut musim. Tapi sentiasa berkisar pada tumbuhan dan burung. Aku nak pastikan benda-benda ini semua memberi ketenangan pada aku. Membahagiakan diri sendiri. Nanti bila ‘birthday’ aku bolehlah mintak ‘one of the species’ ni kat ‘saudara-mara’ yang terdekat. Sebab depa tu semua macam tak tahu nak bagi apa kat aku kalau bab hadiah ni.

Buku yang aku beli di Pesta Buku Antarabangsa 3 tahun dulu “The Complete Guide to Pet and Aviary Bird Care “ tulisan David Alderton amat membantu untuk aku membuat persediaan dari segala segi. Buku ni dulu aku beli cuma RM 10.00 macam tak percaya jer. Minggu depan nak carik lagi buku yang berkaitan. Macam Dummies series ker.

Mungkin ada yang kata hobi sebegini kejam. Tetapi burung-burung tu memang sudah sejak azali dibiakkan di sangkar. Bukan spesis yang hidup liar dan ditangkap kemudian dikurung. Itu memang kejamlah. Burung Budgerigar, Lovebird dan Cockatiel adalah dari keluarga Parrot/burung kakaktua.

Aku sengaja nak menyibukkan diri. Semalam perjumpaan dengan Prof. Woods amat memberi input yang diperlukan untuk unit baru tu. Tapi masalahnya boss aku bukan faham bila aku kata it will duplicate what others doing. Tension kan?

Wednesday, April 20, 2005

Cuba-cuba

Pendekatan pembelajaran bukan boleh ‘dicuba-cuba’

SEBAGAI warga Malaysia yang dilahirkan pada era merdeka, saya tertarik tulisan bertajuk ‘Melayu patut bangga istilah Matematik sendiri’ oleh Persatuan Bahasa dan Budaya Melayu, Selatan Thailand pada 6 April lalu.

Saya cuba bersikap objektif. Apa gunanya kita emosional, yang lebih penting dalam masyarakat berbilang kaum seperti Malaysia ialah usaha kita bersama mengekalkan perpaduan, keamanan dan kemakmuran negara yang kita cintai, sebagai syarat utama masa depan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.Apabila Sains dan Matematik diajar dalam bahasa Inggeris sejak Tahun Satu sekolah rendah, masyarakat Cina sangat berhati-hati dalam perkara ini.

Ada sebuah analogi yang beredar di kalangan masyarakat Cina, iaitu mengenai cerita sebuah keluarga yang mempunyai anak kembar.Ceritanya seperti ini: Apabila anak kembar itu berusia tujuh tahun, bapa mereka mendapat arahan pindah kerja ke Jerman. Oleh sebab ibu mereka suka tinggal di Shanghai saja, maka seorang anak kembar itu tinggal bersama ibunya di Shanghai, sementara seorang lagi mengikut bapanya.

Didapati, dari segi pembelajaran, anak di Shanghai lebih mudah menerima ilmu pengetahuan kerana menggunakan bahasa ibunda; sementara di Jerman, si kembarnya terkial-kial kerana tiba-tiba didedahkan kepada bahasa Jerman yang asing kepadanya.Saya kira banyak orang tahu ‘rahsia umum’ ini, iaitu sekarang ini sekolah rendah jenis kebangsaan Cina tetap mengajar Sains dan Matematik dalam bahasa Cina, bukan bahasa Inggeris seperti yang diminta.

Masyarakat Cina percaya murid Cina lebih mudah menerima ilmu ini dalam bahasa ibunda. Sebaliknya, semua sekolah kebangsaan, mengajar dua mata pelajaran ini dalam bahasa Inggeris.Bagi ramai pelajar Melayu, terutama yang di luar bandar, barangkali dilema mereka sama seperti cerita anak kembar yang dibawa bapanya ke Jerman itu.Pendidikan bukanlah soal mencuba-cuba pendekatan kerana setiap tahun ratusan ribu pelajar terbabit.

Ertinya, kalau sesuatu pendekatan itu kurang lancar, lebih-lebih lagi jika gagal, ramai yang akan menjadi mangsa. Walaupun saya seorang Cina tetapi saya rakyat Malaysia dan saya juga prihatin terhadap perkara ini.Saya kira masyarakat Cina menggunakan strategi yang lebih baik untuk generasi mudanya di sekolah rendah.

Mereka mudah menerima ilmu dalam bahasa ibunda, akan berjaya dalam pelajaran, akan terarah untuk menjadi profesional atau peniaga yang berjaya. Sebaliknya, ramai pelajar Melayu terutama di luar bandar akan gagal atau tidak cemerlang akibat dasar ini dan lantaran itu tidak mungkin menjadi ahli profesional atau peniaga berjaya pada masa depan.

Ini dalam tempoh 10 atau 20 tahun yang akan datang, meluaskan lagi jurang pendapatan dan gaya hidup di antara masyarakat Cina dan Melayu, pada hal kita menghirup udara yang sama dan memandang langit yang sama. Saya tidak fikir pelajar Melayu nanti akan mendapatkan kerja yang kurang baik berbanding pelajar Cina, atau hanya menjadi buruh menggantikan buruh asing yang ramai di negara ini.

Pada pendapat saya, prestasi Melayu dan Cina mestilah sentiasa seimbang, yang akan merapatkan jurang pendapatan dan gaya hidup kita. Ini sangat penting bagi masa depan yang stabil, aman dan makmur bagi Malaysia. Oleh itu, yang penting bagi pelajar Melayu bukan saja patut bangga dengan istilah Matematik atau Sains dalam bahasa itu tetapi hendaklah boleh menerima ilmu itu dengan mudah dan berkesan demi masa depan mereka.

STEVEN LEE
Kuala Lumpur

Berita Harian 19 April 2005 ( Rabu)

Nota :

Akhirnya seorang Cina sendiri mendedahkan apa yang sememangnya telah banyak diperkatakan di luar. Kita yang Melayu tetap mempertahankan sesuatu yang di dakwa paling ‘mujarab’ untuk keunggulan bangsa Malaysia. Mungkin akibat terlajak tindakan. Atau sudah ‘tersend’ email tak boleh ditarik balik. Tunggulah 20 tahun lagi! Lagi pun peduli apa, aku bukannya ada anak sekarang ni. Pedulilah 'penderitaan' dan 'kesusahan' yang dialami oleh pelajar luar bandar nanti. Kita hanya yang menurut perintah orang-orang di atas yang punya gelaran dan Phd berjela.

KLBF 2005

PESTA BUKU ANTARABANGSA KL 2005 (KLBF)

KLBF telah bermula sejak 24 tahun yang lalu dan kini ianya menjadi acara yang dinanti-nantikan oleh pencinta ilmu di negara kita. KLBF telah dimasukkan di dalam kalendar pesta buku dunia setanding dengan Frankfurt Book Fair mahu pun London Book Fair yang berlangsung bulan lepas. Seorang teman yang baru pulang dari London Book Fair memberitahu kepuasan yang tidak terhingga mengenai pengalaman yang dikutip setelah berada seminggu di London.

Radio ERA seringkali mempromosi galakan membaca di kalangan pendengarnya. Ini merupakan sokongan yang baik diberikan oleh pihak swasta ke atas usaha menyemai budaya cintakan ilmu pengetahuan. Buku adalah antara sumber ilmu. Mengikut Lord Channing,

Books are keys to wisdom’s treasure;
Books are gates to lands of pleasure;
Books are paths that lead upward;
Books are friends, come, let us read.”

Apalah ertinya hidup tanpa buku. Keghairahan untuk hidup umpama hilang dan sunyi. Media elektronik seperti penghasilan e-books melalui e-Brary , iaitu satu usaha menghasilkan teks penuh buku dalam bentuk atas talian tidak dapat menggantikan keseronokan menggenggam dan membelek helaian naskah buku pilihan.

KLBF 2005 yang akan berlangsung di Putra World Trade Centre pada 23 April hingga 2 Mei 2005 menampilkan tema “The Power of Books”


Cuba hayati sepotong hadis Rasulullah yang bunyi :

Barang siapa menginginkan dunia ia harus berilmu, barangsiapa menginginkan akhirat ia harus berilmu dan barang siapa menginginkan kedua-duanya maka ia harus berilmu.”

Namun itu tidak bermakna kita boleh bermegah-megah dengan ilmu yang kita miliki kerana ia mungkin menanamkan sifat ‘Ujub’ dan ‘Riak’ di dalam diri kita sepertimana Sabda Rasullullah yang bermaksud :

Sesiapa yang menuntut ilmu dengan tujuan bermegah-megah menandingi alim ulama dengan ilmunya itu, atau dengan tujuan untuk bertengkar atau bertegang urat dengan orang yang hadir dengan ilmunya itu, ataupun dengan tujuan menarik perhatian orang ramai memujinya, nescaya Allah s.w.t akan memasukkannya ke dalam neraka.”

Ilmu sesuatu yang tidak nampak. Kadang ianya bagai lahar gunung berapi yang terpendam. Namun setiap individu itu berbeza dengan individu lain berlandaskan apa yang ia baca dan pelajari.

Ilmu, semakin di cari semakin banyak yang kita tidak tahu. Betapa kerdilnya kita.

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2005
Tempat : PWTC, Kuala lumpur
Tarikh : 23 April - 2 Mei 2005
Masa : 10.00 pagi - 9.00 malam

Borders


BORDERS Bookstore, Dataran Masa Kuala Lumpur.



Jadi bangsa suka membaca – Endon

Masyarakat negara ini disaran menjadi bangsa yang suka membaca dan menuntut ilmu pengetahuan sepanjang hayat. Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Endon Mahmood berkata, ini merupakan usaha bagi mewujudkan sebuah negara yang rakyatnya berilmu pengetahuan.

Menurutnya, amalan membaca membolehkan masyarakat mencetuskan pemikiran, pendapat dan idea pintar bagi membantu pertumbuhan negara yang lebih progresif.

``Justeru masyarakat perlu memastikan minat membaca ditanam semenjak anak-anak lagi kerana jika tidak, masyarakat akan terus ketinggalan apabila munculnya ilmu-ilmu pengetahuan baru.

``Barulah rakyat Malaysia dikenali sebagai masyarakat pintar, berkeyakinan dan berfikiran tinggi,'' katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan pembukaan gedung buku Borders di sini hari ini.

Menurut Endon, daripada pemerhatian, didapati membaca merupakan perkara yang terakhir yang akan diluangkan oleh anak-anak.

``Justeru sesuatu yang menyeronokkan dan boleh menarik minat mereka untuk membaca ataupun mendapatkan bahan bacaan harus diwujudkan.

``Kewujudan konsep baru kedai-kedai buku ataupun persekitaran tempat membaca boleh membantu menyemai minat tersebut bukan sahaja kepada generasi muda malah di kalangan orang dewasa.

``Sebenarnya, membaca seharusnya dijadikan satu aktiviti yang menyeronokkan untuk seisi keluarga,'' katanya.

Sementara itu, Endon memberitahu pembukaan gedung seperti Borders merupakan satu langkah positif ke arah mencapai matlamat Malaysia membina sebuah negara yang celik ilmu dan berharap kemudahan untuk mendapatkan buku-buku di seluruh dunia akan dapat merapatkan jurang intelektual negara.

Borders di Berjaya Times Square dirasmikan pada 19 April 2005 menawarkan 200,000 judul buku, muzik dan tajuk filem yang boleh didapati dalam bahasa Inggeris, Cina dan Melayu. Gedung tersebut merupakan gedung terbesar Borders Group di kalangan lebih 1,200 gedung Borders dan Waldenbooks di seluruh dunia.

Tuesday, April 19, 2005

Tak mampu ku lupa

ADA YANG TAK MAMPU KU LUPA

Arthur Miller pernah memberikan definasi paling sempurna untuk menggambarkan maksud personaliti :

“Nobody wants to be a hero – but in every man there is something he cannot give up and still remain himself – a core, an identity, a thing that is summed up for him by the sound of his own name on his own ears. If he gives that up he becomes a different man, not himself [ New York Times, 8 August 1958]

Sebab itulah kadang kita dapat melihat stail penulisan seseorang itu begitu dan orang lain dapat mengesan perbezaan cara dan penghujahannya. Di dunia blog ini contohnya, stail penulisan dan cara penyampaian yang unik mengambarkan identiti yang tersendiri.

Masa akan mematangkan kita, bila kita tahu arah tujuan kenapa kita menulis setiap hari. Tidak perlu mengajar orang lain yang lebih pandai tentang hidup atau juga berlagak serba tahu tentang segala benda. Aku mencatat segala apa yang dirasakan ‘berbaloi’ untuk dikenang dalam hidup yang singkat ini.

Teringat kisah perjanjian antara Syeikh Abdul Qadir Jailani dengan ibunya (bagi yang belum pernah terbaca begini kisahnya). Ianya tentang tuntutan berakhlak mulia.

Syeikh Abdul Qadir Jailani telah menceritakan : “Sejak kecil, aku telah membuat perjanjian dengan keluargaku untuk bercakap benar. Suatu hari, aku bermusafir dari Makkah ke Baghdad untuk menimba ilmu, lalu ibuku memberikan kepadaku 40 dinar sebagai wang perbelanjaan dan aku dikehendaki bercakap benar walaupun dengan sesiapa jua.

“Ketika dalam perjalanan, tiba-tiba muncul sekumpulan perompak lalu mereka merompak rombongan yang aku sertai. Lalu datang seorang perompak kepadaku, lalu bertanya : “Apa yang kamu ada?’. Aku menjawab bahawa aku mempunyai 40 dinar. Dia hairan dengan sikap jujurku, lalu dia membawaku bertemu dengan ketua perompak.

“Ketua perompak pun bertanya tentang apa yang ada padaku, lalu aku menjawab dengan jawapan yang sama juga. Ketua perompak itu kehairanan dengan jawapanku lalu bertanya: “Apa yang membuatkan kamu bercakap benar?”. Jawabku:”Aku telah berjanji dengan ibuku untuk bercakap benar, oleh itu aku takut untuk mengkhianati janji”.

“Tiba-tiba ketua perompak itu berasa gementar lalu berteriak: “Awak takut untuk mengkhianati janji dengan ibumu sedangkan aku tidak takut mengkhianati janji Allah?!!. Kemudian ketua perompak mengarahkan agar dikembalikan barang-barang yang dirompak daripada rombonganku seraya berkata:”Aku bertaubat kepada Allah di hadapan kamu”. Lalu semua prompak itu mengikut jejak langkah ketuanya dengan bertaubat kepada Allah, hasil daripada keberkatan bersikap jujur dan benar”.

Anak saudara aku yang menceritakan kisah ini semasa aku melawat mereka di Banting. Entah kenapa aku masih teringat kisah ini, walau diceritakan olehnya dengan pelat yang pekat. Aku tertarik dan teringatkannya. Teringat tentang betapa ilmu itu diperolehi tidak kira dari siapa sahaja, yang tua atau muda. Dan hari ini, aku menulis di DJW untuk dikongsi pada semua, sesuatu yang berbaloi untuk diingati dan diambil pengajaran.

Aku ingin menulis tentang kehidupan. Personaliti itulah yang ingin aku jelmakan dalam setiap entri yang aku tulis sekarang. Harap ianya tidak membuang masa kalian membacanya untuk kesekian kali.

Aku juga tidak dapat melupakan kata-kata yang aku tulis di catatan Sal (norsalina.blogspot.com). Ini response untuk puisi dia tentang Al-Quran dan lapis maknanya yang pelbagai membuatkan puisi pendek itu begitu bermakna. Lawatlah blog dia kalau nak baca puisi itu.

Mana mungkin ku biarkan kau tenggelam
di lumpur hitam
Mutiara tak akan hilang serinya
Walau berkurun di rendam duka.

Usah memaksa
Sepasang tangan menghulur salam
Jika jari jemari masih berdarah
mengenang silam yang parah!

mal Homepage 04.11.05 - 10:15 am #

Aku teringat DIA dan segala yang berlaku di tahun-tahun yang pernah di lalui.

Monday, April 18, 2005

Cintamu berlalu


Berpisah jua?



BIARKAN CINTAMU BERLALU


“Kamu boleh tidak percaya kepada orang yang menyintai dan menyayangimu. Tapi tidak percaya kepada orang yang menyayangimu dengan tulus, itu sama saja dengan pengkhianatan, rasanya menyakitkan.” Rudi Soedjarwo pengarah filem Tentang Dia membuat kesimpulan sedemikian di mana kata-kata itu bukan sembarangan kerana ia boleh dihayati. Ia adalah refleksi tentang kehidupan seharian iaitu bagaimana kasih sayang sering disalah tafsirkan dan kesannya cukup menyakitkan.

Tidak mungkin kita boleh memaksa seseorang untuk membuka hatinya untuk kita jika dia sememangnya tidak mahu berbuat semikian. Tunggulah, bertahun pun tidak akan menjadi nyata. Kita juga tidak dapat mempercepatkan masa supaya dia menyedari yang kitalah perkara terbaik yang terjadi dalam hidupnya.

Jangan dinanti. Biarkanlah cinta itu berlalu. Teruskanlah berusaha untuk menjadi yang terbaik. Untuk diri sendiri, bukan untuk mendaptkan dia semula. Belajar dari kesilapan silam dan buatlah keputusan yang lebih bijak pada masa depan.

Berhentilah mengharap pada seseorang untuk kembali., tetapi belajarlah jatuh cinta lagi dan memulakan satu kehidupan baru. Teruskanlah hidup ini seolah-olah dia tidak akan kembali buat selama-lamanya. Jika benar-benar dia tidak kembali, masa tidak terbuang. Kalau dia kembali, dan cinta masih ada. Ada hikmah disebaliknya dan hargailah pengalaman yang dilalui sepanjang perpisahan itu.


Biarkan ku pergi
Menyusuri jalan berliku
Walau sakit ku rasakan
Tanpa cinta lagi

Mimpi mimpi yang indah
Hanya sementara saja
Bagai bunga telah layu
Kau campakkan diri ku

Begini
Akhirnya kisah cintaku
Terluka
Di lubuk hati yang dalam
Ku cuba untuk bernyanyi
Walau dalam sepi

Harus aku lupakan
Kisah kasih denganmu
Biarkanlah menjauh

Biar
Biarkan aku sendiri
Biar
Ku ikuti nasib ini
Biar
Hidup tanpa cinta lagi
Aku pun tak sanggup lagi
Mengikuti cara hidupmu
Biar ku terima luka ini

Nike Ardilla - Biarkan Cintamu Berlalu

Sunday, April 17, 2005

Love bord


Love Bird.



KESETIAAN

Sabtu hantar Yana balik kampung. Dia cuti semester 4 bulan. Petang tu ke Cape Coral sebab Yana nak cari kerja sementara. Takkanlah dia nak duduk rumah jer kan, kang tumbuh bisul pulak. Jadi dia carilah kerja kat butik yang banyak bersepah di Cape Coral tu. Hissh Yana ni kalau mintak kerja senang sungguh, ayat apa dia pakai pun aku tak tahulah. Tak sampai 10 minit dia dah dapat kerja yang dia nak. Kerja di sebuah kedai pakaian, gaji dia pun boleh tahan, lepaslah duit beli mekap dan baju baru. Apa lagi yang dia nak yer tak? Pergi kerja berhantar, balik berjemput.

Ahad, pagi tadi aku merasmikan hari menghantar dia ke tempat kerja. Pukul 8.30 dia dah melangkah masuk ke kedai tu. Siapa kata susah carik kerja la ni yer? Ohh, kalau yang gaji ribu-ribu memanglah payah. Tapi kalau kerja takat bawah 1k melambak. Kalau kat kampung memang best ler sebab duit gaji tak terusik. Maksud aku duit gaji Yanalah yer. Memang dia tak usik punya. Kalau dia nak beli make-up dia mintak duit abang dia gak nanti.

Malam aku nonto Majalah 3. Aku kenal orang yang diinterview untuk one segmen itu. Terkejut jugak aku pada mulanya. Harap dia berjaya dengan usahanya itu.

Tertarik nak nonton Cerekarama “Kesetiaan’. Aku minat sebab ada lagu Siti Sarah. Ceritanya tidak seperti yang aku harapkan. Nampak bangang jer cerita tu. Kadang macam bodoh pulak jadinya. Aku tak rasa selesa menonton cerita yang terlalu ‘berlakon’ untuk menghidupkan watak.

Cuma moralnya kalau kita berkahwin jangan sesekali duduk di rumah mertua. Walau susah macamana pun cuba hidup sendiri, tinggal di rumah setinggan pun takpe. Janji jangan tinggal di rumah mertua, rumah orang tua kita atau tinggal dengan adik-beradik.

Ada jugak golongan profesional yang bodoh macam laki orang tu dan isteri yang dulunya bekerja dan bersuamikan orang kaya handphone pun tak der. Musykil sungguh. Dapat pulak mertua psycho. Buat sakit hati jer nonton cerita cam tu. Buatkan aku tak dapat mimpi yang indah-indah jer malam tuu.

Cuma tadi bila O ada telefon aku, barulah semangat sikit nak pergi makan di Dengkil. Dia suruh aku makan untuk dia sekali. Dia makan banyak, aku makan sikit mana aci kan?

Entri hari ini tajuk kesetiaan, tapi macam lari tajuk jer. Sebab aku rasa kesetiaan tak pernah menemukan aku pada maknanya yang sebenar. Manusia hanya memikirkan kebahagian hidup masing-masing, mana yang selesa untuk dirinya sahaja. Sebab itulah agaknya ramai memilih untuk hidup membujang macam aku ni. Tapi risikonya memang tetap ada. Lelaki yang tidak berkahwin akan dipandang semacam. Orang tidak akan mengata depan-depan. Cakap belakang. Tapi pedulilah yer. Perkataan bukan boleh melukakan pun. Depa nak kata dengan that three letters tu pun cakaplah. Janji aku senang dengan hidup yang aku ada sekarang ini.





Saturday, April 16, 2005

Perubahan


Menuju puncak kejayaan atau kehancuran?


PERUBAHAN

Kita akan berubah. Suasana kerja akan berubah dan menuntut cabaran baru. Tahun demi tahun ‘boss’ sentiasa inginkan sesuatu ‘produk’ yang lebih baik dari sebelumnya. Kita sebagai pekerja hanya menurut perintah dan melengkapkan diri dengan perubahan itu.

Tenaga dan kudrat tidak akan sentiasa sama seperti kita mula-mula menjawat jawatan kita sekarang. 10 tahun dahulu tidak sama dengan hari ini. Dulu kita sentiasa aktif dan menerima apa sahaja tugasan yang diberikan. Kini kita mempunyai tanggungjawab lain selain soal-soal kerja.

Semakin usia bertambah, pengalaman juga menokok. Kita sentiasa memikirkan apa akan terjadi dan membayangkan sesuatu dengan lebih jelas. Secara rasional dan memberikan hujah yang lebih menyakinkan. Kita akan lebih memikirkan kesan jangka panjang dan tidak terburu-buru membuat sesuatu.

Tapi paling malang ada orang tidak faham. Kurang mengerti perubahan yang diinginkan hanya akan menyesakkan nafas aku seorang. Kalau berjaya, segala pujian diterima olehnya, kalau gagal? Kegagalan bukanlah penamat. Tapi aku tahu kesannya jika terburu-buru membuat sesuatu. Itu bukan cara aku.

Ilmu yang sedikit harus ditambah. Bukan hanya tahu sedikit tapi inginkan hasil yang berganda. 'Iceberg' atau bongkah ais yang muncul dipermukaan membahayakan kapal yang lalu, tanpa menyedari bahaya. Titanic pun boleh karam.

Daniel Levinson, Professor of Psychology at Yale and Previously Harvard outlined some key transitions from his research. They are as follows :

Early adult transition : consolidating your identity as an adult, moving into the world of work, creatig a social context more among adults than adolescents, making initial choices in love, peer relationships, values and life style, exploring possibilities and keeping options open.

Age 30 transition : if you are to change your life – if there are things you want to do, or modify or exclude – you must start now or it will be too late; women become more aware of the biological clock ticking and the choices this forces them to make between career and family. If the structures a person chooses at this stage don’t match the ‘grain’ of their personality, emotional development, aptitudes and abilities then a crisis of some kind may occur.

Mid-life transition : becoming the person who you are meant to be is important. Up until this point there has been practice, experimenting, being a novice adult – but now there is a sense of the finiteness of time. Are you doing what you want to do? Are you making it? Are you where you want to be? What have you done with your life? What do you really get from and give to your wife, children, friends, work and community? Some people emerge from this period with a new or renewed vision and focus for the coming years and some emerge disheartened, discouraged and resigned to the future.

Age 50 transition : a time of modifying the decisions and choices made in the mid-life or a potential time of crisis where this work has not been done.

Late adulthood transition: preparing for and settling into the challenges of a life with less or no formal work or limitations and new possibilities.

[Daniel J. Levinson, The Seasons of a Man’s Life, 1978]

Friday, April 15, 2005

Frangipani


Frangipani berwarna pink

FRANGIPANI – BUNGA DARI KUBURAN

Bunga ini biasanya tumbuh rendang di kuburan. Orang kampung panggil bunga kemboja. Teringat puisi Usman Awang “Ke makam Bonda”. Pak cik Botak nak tanam pokok ini sebagai pelengkap taman Bali dia. Dia nak dapatkan pokok yang tumbuh natural di “Cape Coral”. Nak mampus, macamana nak ambik? Orang kampung tak tanam pokok ini sebagai tumbuhan hiasan . Tidak elok. Menyeramkan sebab kadang ‘harum baunya” seakan berhantu. Maklumlah kalau waktu malam berangin, balik mengaji dan terhidu bau bunga ni harus bukak langkah seribu.

Kalau Pak Cik Botak nak jugak tanam pokok ni. Aku suruh dia cari sendiri. Ada nampak jiran aku tanam dalam pasu besar di Klang. Tapi di luar pagar. Mungkin pengaruh taman Bali. Tapi dia tetap takut ‘aura pokok tu’ dan letak di luar pagar kawasan rumah dia. Janji konsep tak lari katanya.

Terlanjur cakap pasal kuburan ianya pasti bersangkut paut dengan kematian.

Antara adab menziarahi jenazah adalah seperti berikut :

Mengucap takziah kepada keluarga si mati.

Mengucapkan innalilahiwa innaillahirajiun apabila mendengar sebarang berita mendukacitakan terutama kematian.

Menziarahi jenazah.

Banyakkan membaca ayat-ayat Quran dan berwirid.

Dilarang berbuat bising dan berbual mengenai hal-hal keduniaan.

Manghadiahkan Al-Fatihah kepada si mati.

Dibenarkan menangis tetapi diharamkan meraung.

Dilarang makan dan minum di rumah jenazah selagi jenazah tidak dikebumikan.

Lelaki digalakkan bersama-sama bersembahyang jenazah dan membawa jenazah ke kubur.

Makruh hukumnya bagi wanita ke kubur.

Antara adab menziarahi kubur adalah seperti berikut :

Berwuduk

Sunat mengucapkan salam kepada ahli kubur.
Memohon doa dan keampunan bagi yang mati dan yang hidup serta berasa belas kasihan terhadap ahli kubur.

Membaca Quran atau wirid.

Dilarang meratapi orang yang mati, tetapi tidak mengapa menangis dengan tidak mengeluarkan kata ratapan.

Dilarang memaki dan mengeluarkan kata yang buruk terhadap si mati.

Dilarang duduk di atas kubur.

Dilarang solat menghadap kubur.

Dilarang lalu di atas kubur.

Di Kampus Melaka, berita yang aku terima terdapat kemalangan yang melibatkan pelajar antarabangsa kami. Dua orang meninggal dunia dan 3 orang cedera parah.

Mati itu sesuatu yang pasti.

Thursday, April 14, 2005

VIP

VIP

Semalam keluar sekejap untuk menghantar Yana ke kampus. Dia tinggal di rumah kakak di Banting. Aku ditugaskan untuk menghantar dia ke kolej untuk menduduki peperiksaan.

Tengahari panas berdenting. Tiba-tiba semua kenderaan diarahkan berhenti di bahu jalan. Motorsikal peronda mengarahkan aku memperlahankan kenderaan. Jalan Cuma 2 lorong, sempit . Biasalah tu ‘kereta pembesar kerajaan’ nak lalu. Kita kena beri laluan sebab urusan depa sentiasa penting. Urusan negara. Urusan kita urusan peribadi yang tidak memberi impak kepada sebarang dasar yang digubal.

Aku memandu perlahan-lahan, aku tidak berhenti. Sebabnya aku nak cepat sampai ke stesen Petronas. Nak terkencing pulak. Urusan aku pun penting jugak apa.

Kes Muflis

KES MUFLIS

Diperturunkan Surat yang menarik untuk direnungkan. Ianya tulisan SM Mohamed Idris, Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP). Surat ini tersiar di Berita Harian Khamis 14 April 2005 p :13.

Syarat Pinjaman Mesti Lebih Ketat Elak Kes Muflis

Laporan akhbar baru-baru ini menyatakan bilangan yang menjadi muflis semakin meningkat. Jadi, lebih baik jika kerajaan dapat memikirkan semula dasar yang menggalakkan pemberian pinjaman. Syarat untuk mendapat kad kredit juga hendaklah diperketatkan supaya golongan muda tidak mudah terperangkap dengan hutang.

Pendapatan tahunan minimum yang diperlukan untuk melayakkan pemohon mendapat kemudahan kad kredit dan bayaran minimum bulanan perlu dikaji semula. Kad tambahan hanya boleh diperolehi jika mereka berusia 21 tahun dan ke atas.

Sehingga Februari lalu, lebih 150,646 orang dilaporkan muflis. Empat sebab teratas menyebabkan muflis ialah kegagalan membayar pinjaman sewa beli kenderaan (23 peratus), kegagalan membayar jaminan pinjaman pendidikan (16 peratus), tunggakan hutang bank (15 peratus) dan hutang kad kredit (11 peratus).

Statistik ini jelas menunjukkan kerajaan perlu melakukan sesuatu supaya rakyat tidak terjebak dengan gejala hutang. Ada keperluan segera untuk menghentikan peningkatan kes kemuflisan, terutama apabila kajian mendapati ramai yang diisytihar muflis masih muda iaitu awal 20-an.

Disebabkan punca utama muflis tidak membayar pinjaman sewa beli, kerajaan perlu meningkatkan bayaran pendahuluan minimum bagi sewa kepada sekurang-kurangnya 20% berbanding 10% pada masa ini.

Institusi kewangan juga mempunyai tanggungjawab untuk memastikan kemudahan kredit hanya diberikan kepada peminjam yang betul-betul memenuhi syarat.

Tiada pinjaman seharusnya diberikan apabila had tertentu dicapai, contohnya 50% daripada pendapatan seseorang. Kontrak bagi pinjaman yang diberikan yang diberikan kepada mereka yang jelas tidak mampu membuat pembayaran perlu diisytiharkan sebagai batal dan tidak sah.

Jika langkah konkrit tidak diambil untuk memastikan pinjaman tidak dilulus sengan sewenang-wenangnya, dikhuatiri lebih ramai golongan muda di negara ini menjadi muflis.

Komen Aku :

Jika bayaran pendahuluan pembelian kenderaan ditingkatkan kepada 20%, ianya akan menjejaskan industri automotif negara. Maklumlah golongan mudalah yang beriya-iya membeli kenderaan keluaran tempatan kerana bayaran pendahuluan yang rendah.

Pembatalan kontrak pinjaman yang sudah dipersetujui juga dirasakan tidak wajar. Apa yang perlu dilakukan ialah memperketatkan polisi yang sedia ada untuk peminjam baru. Melalui data-data yang telah sedia ada. Maklumat-maklumat tersebut boleh dijadikan petunjuk golongan bagaimana dan pada tahap pendapatan yang bagaimana boleh mendapat pembiayaan bank. Rasanya KM juga perlu diimplimentasikan di bank-bank tempatan. Alah apa susah, biasanya bank-bank tempatan mudah untuk mendapatkan maklumat pinjaman terdahulu seseorang itu di Bank Negara bukan? Jadi kalau semua langkah ini diambil. Pihak bank tidak akan menghadapi risiko pinjaman tidak berbayar.

Wednesday, April 13, 2005

KM di UPM

KM DI UPM

Pukul 2.35 sudah berada di bilik Dr. Hjh Jamaliah Abdul Hamid ( Deputy Director for KM Division) Pusat Pembangunan Akademik, UPM.

Perbincangan yang sungguh memberangsangkan dan berisi. Mempelajari KM Portal yang dibangunkan. Toxonomy yang dibangunkan untuk retrieval of information. KM di UPM bermula pada April 2003 dan semakin diterima oleh komuniti kampus. Namun ianya masih lagi tertumpu pada golongan akademik dan pembuat dasar sebagai golongan sasarnya.

Rasa bertuah sekali dapat bertukar-tukar maklumat dengan Dr. Jamaliah dan membincangkan pelbagai isu yang berkait sehinggakan 2 jam seakan terlalu pantas berlalu.

Boss nak aku ke USM pula untuk melihat dan mempelajari KM di sana pula.

BLOG SEBAHAGIAN DARI KM?

Boleh juga di katakan begitu. Sebab kita menulis perkara-perkara yang berlaku dalam kehidupan kita, berkongsi pengalaman dan memberi ulasan serta maklumat baru kepada khalayak pembaca. Maklumat di susun mengikut tarikh dan boleh di capai melalui pencarian maklumat di Yahoo juga Googles.

Konsep asas KM, ‘sharing culture’ itu sudah berlaku di dunia blog.